ENCIK AZIZUL RAHMAN BIN ABD RAHMAN - Guru Cemerlang Gred Khas C dan kini mengajar di SMK Dato` Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. LATIHAN: MERANGKA KARANGAN CETAK ROMPAK SOALAN Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menganjurkan pertandingan menulis rencana untuk pelajar sekolah menengah. Tajuk yang ditetapkan ialah “Cetak Rompak: Sebab, Kesan dan Cara Mengatasinya”. Anda berminat menyertainya. Tulis rencana anda selengkapnya. LANGKAH 1 Menganalisis Soalan FORMAT Perbahasan KATA KUNCI 1. Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menganjurkan pertandingan menulis rencana untuk pelajar sekolah menengah. 2. Tajuk yang ditetapkan ialah “Cetak Rompak: Sebab, Kesan dan Cara Mengatasinya”. LANGKAH 2 Merangka Karangan Pendahuluan Jenis Definisi Cetak rompak merupakan suatu bentuk jenayah mengaut keuntungan dengan memanipulasikan hasil kerja orang lain terutamanya dalam bidang penyiaran. Pihak penerbit pula mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang besar tetapi mendapat pulangan yang kecil. ISI HURAIAN CONTOH Sebab: Jenayah cetak rompak telah menjadi barah dalam industri seni negara. penjualan hasil karya cetak rompak berleluasa di pasar malam atau penjualan CD, VCD lagu-lagu tempatan, filem-filem tempatan yang masih di peringkat pratonton 1
113
Embed
MODUL MERANGKA KARANGAN · Web viewMurid membina soalan pemahaman dan menjawab soalan pemahaman. Sederhana (a) Murid menulis ringkasan petikan yang dibaca Atau (b) Murid membuat rumusan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ENCIK AZIZUL RAHMAN BIN ABD RAHMAN - Guru Cemerlang Gred Khas C dan kini mengajar di SMK Dato` Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
LATIHAN: MERANGKA KARANGAN
CETAK ROMPAK
SOALAN Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menganjurkan pertandingan menulis rencana untuk pelajar sekolah menengah. Tajuk yang ditetapkan ialah “Cetak Rompak: Sebab, Kesan dan Cara Mengatasinya”. Anda berminat menyertainya. Tulis rencana anda selengkapnya.
LANGKAH 1 Menganalisis Soalan
FORMAT PerbahasanKATA KUNCI 1. Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna telah menganjurkan pertandingan menulis rencana untuk pelajar sekolah menengah.
2. Tajuk yang ditetapkan ialah “Cetak Rompak: Sebab, Kesan dan Cara Mengatasinya”.
LANGKAH 2 Merangka Karangan
Pendahuluan Jenis DefinisiCetak rompak merupakan suatu bentuk jenayah mengaut keuntungan dengan memanipulasikan hasil kerja orang lain terutamanya dalam bidang penyiaran. Pihak penerbit pula mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang besar tetapi mendapat pulangan yang kecil.
ISI HURAIAN CONTOHSebab: Jenayah cetak rompak telah menjadi barah dalam industri seni negara.
penjualan hasil karya cetak rompak berleluasa di pasar malam atau pusat membeli-belah secara terang-terangan
karya cetak rompak boleh diperoleh dengan lebih mudah, cepat dan murah berbanding dengan karya yang asli
sikap atau mentaliti masyarakat kita yang
penjualan CD, VCD lagu-lagu tempatan, filem-filem tempatan yang masih di peringkat pratonton di pawagam-pawagam.VCD filem tempatan atau cakera padat lagu-lagu tempatan dijual dengan RM5.00 sekeping berbanding dengan harga asli yang berharga sekitar RM19.00 – RM20.00 sekeping
1
suka akan barangan murah menyebabkan cetak rompak berkembang luas bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
Kurangnya pemantauan pihak berkuasa
pemantauan yang berkala dan di tempat yang sama memudahkan pihak syarikat cetak rompak membaca pergerakan pihak berkuasa dan seterusnya menyusun strategi untuk mengaut keuntungan
mereka juga mempunyai sistem rangkaian maklumat yang lengkap dan dapat melarikan diri dengan cepat apabila berlaku serbuan
pemantauan menjelang musim-musim perayaan.mengagihkan agen untuk berniaga secara kecil-kecilan di kaki lima dan apabila diserbu mereka tidak mengalami kerugian yang banyak
Kesan: Pelanggaran Hak Cipta
hak cipta adalah sesuatu yang peribadi tetapi dengan adanya cetak rompak hak penulis telah dinafikan atau tidak dihargai
dengan tanpa izin menyalin dan menjualnya untuk mendapatkan keuntungan atas angin tanpa mengeluarkan modal yang besar.
Membentuk perkembangan seni tanah air
pihak penulis, pencipta atau artis hilang minat untuk berkarya kerana mereka takut mengalami kerugian
penerbit lebih suka menerbitkan album komplikasi untuk menjimatkan kos dan mengurangkan margin kerugian.
menerbitkan seleksi lagu-lagu terbaik Syarifah Aini atau Siti Nurhaliza, seleksi lagu-lagu Rock sepanjang zaman.
Karyawan mengalami kerugian
kerugian daripada segi masa, daya usaha dan wang ringgit.
Filem Puteri Gunung Ledang RM20 juta.
2
Penerbitan sesuatu filem atau lagu menelan belanja puluhan ribu ringgit, malah ada yang mencecah jutaan ringgit. Penerbit terpaksa membuat pinjaman bank
Langkah :Mengkaji semula harga cakera padat dan VCD
kajian yang mendalam tentang harga minimum CD atau VCD perlu dilakukan oleh pelbagai pihak agar semua pihak mendapat kesan positifnya.
perbincangan oleh pihak berkuasa, penerbit, penulis, artis, wakil penjual, wakil pengguna atau wakil PAPITA sendiri
Anjakan paradigma masyarakat
mengadakan kempen yang berterusan untuk menyedarkan masyarakat bahawa cetak rompak adalah satu kesalahan dan perlu dibanteras
di peringkat sekolah persatuan pengguna boleh memainkan peranan untuk membentuk minda generasi muda tentang isu ini
melalui media massa, persatuan pengguna menganjurkan pertandingan esei, sajak, bahas, pidato yang berkaitan dengan masalah cetak rompak
Penutup :
PENANDA WACANA PENYATAAN SEBAB HARAPANKesimpulannya Semua pihak perlu
terlibat sama dalam mengawal jenayah cetak rompak
jika tidak dikawal perkembangan seni tanah air akan menjadi malap
mereka yang terlibat dengan jenayah cetak rompak segera insaf dan memikirkan tentang hak dan perasaan orang seni yang berjiwa sensitif
Peribahasa Menangguk di air keruh (mencari keuntungan atas penat
3
lelah orang lain)
Titik peluh (penat lelah)
Busut juga yang ditumbuhi anai-anai (orang yang sememangnya kaya akan bertambah kaya)
HARI KANTIN
SOALAN Anda telah dilantik sebagai setiausaha Hari Kantin yang telah diadakan baru-baru ini. Hari Kantin tersebut telah berjalan dengan lancar dan meraih keuntungan yang besar. Tulis laporan lengkap tentang Hari Kantin itu untuk dibentangkan dalam mesyuarat yang akan diadakan.
LANGKAH 1 Menganalisis soalan
FORMAT LaporanKATA KUNCI 1. Saya sebagai Setiausaha Hari Kantin
2. Program berjalan dengan lancarnya
3. Sediakan laporan lengkap tentang Hari kantin
LANGKAH 2 Merangka karangan
Pendahuluan Jenis PerangkaanKeuntungan yang diperoleh pada tahun 2007 ialah RM25,000.00 sahaja.Tahun ini, keuntungan mencecah RM 70,000.00.Sebab: banyak aktiviti menarik yang dianjurkan dan juga sumbangan ibu bapa dan tajaan daripada beberapa buah syarikat ternama di sekitar sekolah.
ISI HURAIAN CONTOH1. Majlis Perasmian Hari Kantin
dirasmikan oleh Pegawai Daerah dan dihadiri oleh pegawai-pegawai pelajaran, pengetua dan guru besar sekitar dan wakil-wakil syarikat penaja
persembahan oleh kumpulan zapin dan pancaragam
- Lagu Ya Salam, Nirmala dan lagu zapin, Telok Sengat.- Pancaragam membuat persembahan formasi dengan rangkaian lagu sekolah, tunggu sekejap, tiga malam dan widuri.
2. Tarikh dan Tempat 27 Februari 2007 Dewan sekolah3. Aktiviti Hari Kantin 3.1 Kutipan Derma Para pelajar diberikan Mereka akan mengutip
4
kad kutipan derma semasa musim cuti sekolah.
Para guru pula ditugaskan untuk memohon derma daripada badan-badan korporat.
derma dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga mereka sahaja.
Maslina Enterprise
Ever Strong
Comtech Sdn. Bhd
Bumi Restu
Syarikat Indera Hardware
3.2 Jualan Kupon Jamuan Perdana
dibuka kepada guru-guru sekolah dalam daerah
RM50.00 seorang.
500 keping tiket habis dijual.
1. 3.3 Cabutan Bertuah
diadakan pada malam kemuncak iaitu pada malam Jamuan Perdana di Dewan Sekolah
pengunjung bertuah
pemungut derma terbanyak kategori pelajar
pemungut derma terbanyak kategori guru dan staf sokongan
3.4Pertandingan memasak Terbuka
Bahan-bahan mentah disediakan oleh pihak penganjur. Setiap peserta dikenakan bayaran RM10.00
kategori wanita
kategori lelaki
berpasangan
3.5 Tangan Emas Peserta dikehendaki menyiapkan sampel jahitan yang disediakan, kraf tangan dan anyaman ketupat.
kategori wanita
kategori lelaki
3.6 Pakaian Beragam memaparkan pakaian beragam kaum dan suku kaum di Malaysia
pakaian paling anggun
peserta paling bergaya 3.7 Karaoke Amal Dua orang mantan
pengetua sekolah telah menyumbang dua buah lagu setiap seorang. Dua buah lagu telah
- Lagu Widuri dan Angin Malam yang dipopularkan oleh Mendiang Broery Marantika.- Seiring dan Sejalan serta sebuah lagu dari kumpulan DIIoyd.
5
dibeli oleh YDP PIBG sekolah dengan harga RM2,000.00.
4. Penaja dan Bentuk Tajaan
daripada syarikat yang berurusan dengan pihak sekolah
kontraktor-kontraktor sekitar sekolah
pengusaha dewan makan dan kantin sekolah.
Bentuk Tajaan
wang ringgit
hamper
Maslina Enterprise. RM 1,000.00
Ever Strong: RM 1,000.00
Hidang Enterprise: sebanyak 30 buah hamper
Comtech Sdn. Bhd.: 10 barangan elektrik untuk cabutan bertuah
Bumi Restu: RM1,000.00
Syarikat Indera Hardware: RM2,000.00
5.Sambutan Pengunjung Sambutan pengunjung di luar jangkaan. Semua aktiviti yang dijalankan pada hari kantin mendapat sambutan yang menggalakkan.
Ramai juga ibu bapa dan pengunjung yang datang.
Penutup :
PENANDA WACANA PENYATAAN SEBAB HARAPANSesungguhnya Aktiviti ini seharusnya
dijadikan aktiviti tahunan.
Bukan sahaja dapat keuntungan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk pembangunan prasarana sekolah, malah turut merapatkan lagi hubungan ibu bapa, guru dan sekolah.
Semoga kerjasama erat antara ibu, bapa, guru dan sekolah akan terus terjalin demi kebaikan masa depan anak-anak mereka.
Peribahasa Langkah kanan (bernasib baik)
Murah hati (tidak kedekut)
6
Halwa telinga (nyanyian untuk hiburan)
PENCEMARAN BAHASA
SOALAN Selaku pegawai bahasa yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka, anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Punca Pencemaran Bahasa dan Cara-cara Mengatasinya” kepada setiausaha-setiausaha syarikat pengiklanan. Tulis ceramah anda selengkapnya.
LANGKAH 1 Menganalisis Soalan
FORMAT CeramahKATA KUNCI 1. Saya sebagai pegawai bahasa
1. Menyampaikan ceramah kepada setiausaha syarikat pengiklanan.
2. Tentang: punca-punca pencemaran bahasa dan cara-cara mengatasinya.
LANGKAH 2 Merangka Karangan
Pendahuluan Jenis Fakta Bahasa penting bagi menggambarkan identiti sesebuah negara.
Pada masa kini, semakin banyak pencemaran bahasa berlaku dan mencemarkan identiti negara serta dipandang serong oleh negara lain.
ISI HURAIAN CONTOHMasalah sikap gemar menggunakan
bahasa pasar dalam penulisan atau pengiklanan
suka menggunakan bahasa singkatan
mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam
dialog-dialog dalam drama televisyen atau filem
juruhebah radio
papan iklan
bahasa Internet
bahasa slanga yang
7
suatu ayat (bahasa rojak)
digunakan oleh remaja
Pembangunan sukan di peringkat teras
mengena pasti bakat muda yang boleh diketengahkan supaya dapat ditingkatkan bakatnya menjadi seorang ahli sukan yang berjaya
kejohanan sukan peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
Tiada kesedaran untuk memelihara keindahan bahasa ibunda
tidak ada pihak atau badan khas yang bertanggungjawab menjaga dan menegur kesalahan bahasa khasnya dalam media massa, media elektronik, jika ada pun hanya teguran dalam bentuk rencana tetapi tiada tindakan susulan
ada majalah yang mengkhusus dalam memberi tunjuk ajar dan teguran tetapi tidak mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat atau badan-badan korporat. Hanya segelintir pelajar yang menggunakannya, itu pun untuk tujuan peperiksaan sahaja
tiada tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada syarikat perniagaan atau pengiklanan yang melakukan pencemaran bahasa dalam papan iklan mereka
majalah Dewan Siswa, Pelita Bahasa
Tatabahasa Dewan
Terlalu banyak bahasa asing yang diserapkan ke dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu
kita banyak mengubahsuaikan perkataan asing dan diguna pakai dalam
impact – impak
resolution – resolusi
8
perbendaharaan bahasa Melayu kita, akibatnya terdapat golongan yang mengambil mudah dengan mencampuradukkan perkataan Melayu dan Inggeris dalam ayat
keadaan ini menyebabkan hilangnya keaslian bahasa Melayu. Sesetengah pihak beranggapan keadaan itu perlu kerana bahasa itu bersifat dinamik. “Tepuk dada tanya selera”
implication – Implikasi
situation – situasi
phenomenon – fenomena
budget – bajet (dulunya belanjawan)
Kempen mengamalkan bahasa Melayu
diadakan di peringkat sekolah, jabatan, syarikat swasta/ kerajaan dan juga badan-badan korporat
semua pihak perlu terlibat dalam kempen cintai bahasa kita, atau kempen menggunakan bahasa Melayu dengan betul
di peringkat sekolah : adakan minggu bahasa
di peringkat jabatan atau badan korporat : kempen bertutur bahasa Melayu yang betul
sektor-sektor swasta hendaklah mengurangkan penggunaan bahasa Inggeris
Persepakatan cendekiawan bahasa Melayu
mewujudkan kerjasama untuk mencipta perkataan baru bagi menggantikan perkataan bahasa Inggeris yang sekian lama digunakan
memastikan dan memantapkan sistem ejaan dalam bahasa Melayu supaya tidak mengelirukan pengguna-pengguna
Road Show tukar kepada Jerayawara
9
bahasa Melayu.
Penutup :
PENANDA WACANA PENYATAAN SEBAB HARAPANKesimpulannya Penggunaan bahasa
Melayu yang betul dalam komunikasi seharian perlu diberi perhatian serius oleh semua rakyat Malaysia
- bahasa jiwa bangsa- bahasa melambangkan bangsa.- rosak bahasa rosaklah identiti negara
Semua pihak perlu peka dan melaksanakan tanggungjawab mereka demi memastikan maruah bahasa kita tidak tercemar atau semakin hilang identitinya.
Peribahasa Tepuk dada tanya selera
Bahasa menunjukkan bangsa
10
PROGRAM MAJALAH DALAM KELAS
(MDK)
MEMANFAATKAN DEWAN SISWA
DARI KULIT KE KULIT
Oleh AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN
DS JAN – MAJALAH DALAM KELAS (MDK)
Tahniah kerana anda memiliki majalah Dewan Siswa (DS) untuk dibaca. Tentu banyak maklumat, pengajaran dan ilmu yang anda peroleh. Sebenarnya, kandungan majalah DS juga sesuai dijadikan bahan rujukan dan bahan rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia.
Yang berikut dikemukakan aktiviti yang sesuai dilaksanakan dengan setiap kandungan majalah DS, khasnya dalam proses pengajaran dan pemelajaran bahasa Malaysia.
Contoh:
Media: Dewan Siswa, Oktober 2007
Halaman Ruangan Aktiviti
11
0 -1 Rakaman Pengembara Surat tidak rasmi
Karangan jenis pengalaman
3 Perlembagaan Karangan jenis fakta
Meringkaskan karangan
Rumusan
Pemahaman
5 Surat Anda Menulis pendapat/cadangan
6-7 Sekolahku Akarku Karangan jenis laporan
Surat tidak rasmi
8 Bimbingan Penulisan Menulis karangan mengikut soalan
yang dikemukakan
9 Gaya Remaja Kini Perbincangan/Lisan
10 – 11 Cetusan Pendapat Karangan
Rumusan/Pemahaman
Meringkaskan karangan
12 – 13 Fokus 1 Karangan
Rumusan/Pemahaman
Meringkaskan karangan
14 – 15 Fokus 2 Karangan
Rumusan/pemahaman
12
Meringkaskan karangan
16 Fakta dan Graf Dimanfaatkan dalam penulisan
karangan
Penulisan karangan Bahagian A (SPM)
17 Tokoh Remaja Wawancara
Berita
18 Tanya Doktor Anda Ceramah
Wawancara
Rencana
19 Islam dan Anda Rumusan/Pemahaman
Ringkasan
20 – 21 Cintai Bahasa Kita Tatabahasa
22 – 23
46 – 48
Cerpen daripada Siswa Cerpen untuk Siswa
Menukarkan cerpen kepada komik/skrip drama
Mengesan frasa dan ayat yang indah
Karangan KOMSAS
25 Ulasan Cerpen Karangan jenis ulasan
26- 27 Misteri dalam Sains Pemahaman
Membina teka silang kata
28 – 29 Puisi Siswa Melagukan puisi
13
Pemahaman
Melukis grafik
Ulasan
30 Ulasan Puisi Ulasan Puisi
32 – 33 Tanah Airku Laporan
Surat tidak rasmi
Rencana
Pantun/syair
34 – 35 Zaman Remajaku Wawancara
Ceramah
Surat tidak rasmi
Pengalaman
36 – 37 Teknologi Bahan Pemahaman
Berita/Rencana
Membina teka silang kata
38 – 39 Ulasan Buku Ulasan buku
Karangan KOMSAS
40 Ensiklopedia Ringkasan
14
Pemahaman
Pantun
42 – 43 Antarabangsa Wawancara
Ceramah
Pengalaman
Rencana
44 – 45
57 – 59
Sekitar Siswa
Diari Siswa
Berita
49
50
Tip Belajar Bimbingan Remaja
Wawancara
Ceramah
Rencana
Surat tidak rasmi
60 – 61 Menuju Cita-cita Pengalaman
Wawancara
Rencana
Surat tidak rasmi
62 – 63 Teka Silang Kata Memanfaatkan Kamus Dewan
15
KUIZ DEWAN SISWA
Oleh AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN
DS FEB – MAJALAH DALAM KELAS (MDK)
Antara aktiviti yang sering dijalankan oleh Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah ialah pertandingan bahas, berbalas pantun, pidato/syarahan, forum, menulis esei, puisi, dan lain-lain. Kebanyakan aktiviti ini hanya melibatkan segelintir pelajar sahaja, manakala yang lain hanya menjadi penonton.
Oleh yang demikian, ahli jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu sewajarnya mengadakan Kuiz Dewan Siswa pada setiap bulan. Setiap pelajar digalakkan untuk menyertai kuiz ini bagi memestikan mereka membaca dengan teliti majalah kesayangan mereka ini.
Pelajar yang berminat untuk menyertai kuiz ini mestilah membeli soalan yang disediakan oleh pihak persatuan. Pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan tepat wajar diberikan hadiah.
Yang berikut dikemukakan contoh soalan Kuiz Dewan Siswa berpandukan majalah Dewan Siswa bulan Jun 2007.
Persatuan Bahasa Malaysia
SMK Dato` Sulaiman
83500 Parit Sulong,
Batu Pahat, Johor.
KUIZ DEWAN SISWA, JUN 200716
Nama : ________________________________________ Tingkatan : ________
Arahan :
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul Hantar borang jawapan kepada Setiausaha, persatuan Bahasa Malaysia sebelum 7 Julai
2007.
1. Sejenis makanan segera orang Turki : ______________________
2. Maksud peribahasa “Kalau langit hendak menimpa bumi bolehkah ditahan dengan telunjuk”.
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) merujuk kepada cara pembelajaran kendiri murid dan guru berperanan sebagai fasilitator. Terdapat pelbagai jenis murid dengan keperluan yang berbeza-beza. Gaya dan kadar pembelajaran seseorang murid mungkin berbeza dengan murid yang lain. Oleh itu, kita sebagai guru harus mengambil kira minat dan keperluan seseorang murid semasa kita melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sehubungan dengan itu, PAK adalah antara cara yang boleh dilaksanakan untuk murid belajar mengikut keperluan masing-masing.
PAK adalah antara program yang membantu melengkapi pembelajaran di bilik darjah. Program ini menyediakan pelbagai bahan dalam empat aras iaitu aras pemulihan, mudah, sederhana dan cemerlang.
Sehubungan dengan itu, bahan-bahan yang terdapat di dalam majalah Dewan Siswa sesuai dimanfaatkan untuk PAK sama ada digunakan di rumah atau di sekolah.
Yang berikut dikemukakan contoh bahan dalam majalah Dewan Siswa yang dapat membantu guru menyediakan latihan PAK untuk empat aras.
Media : Majalah Dewan Siswa, Januari 2008
Ruangan : Cetusan Pendapat
Tajuk : Belia Pasak Negara
Halaman : 10 hingga 11
Aras Pencapaian Murid Aktiviti yang dicadangkan
Pemulihan
Murid menyalin petikan “Belia Pasak Negara”.
22
Mudah
Murid membina soalan pemahaman dan menjawab soalan pemahaman.
Sederhana
(a) Murid menulis ringkasan petikan yang dibaca
Atau
(b) Murid membuat rumusan daripada petikan yang dibaca.
Cemerlang
(a) Murid mencadangkan penyelesaian terbaik daripada masalah yang dikemukakan oleh penulis di dalam petikan.
(b) Murid menulis karangan jenis pendapat berpandukan isi yang diperoleh daripada aktiviti (2).
Media : Majalah Dewan Siswa, Januari 2008
Ruangan : Bimbingan Penulisan
Tajuk : Cetak Rompak
Halaman : 40
23
Aras Pencapaian Murid Aktiviti yang dicadangkan
Pemulihan
Murid membaca dan menyalin semula rangka karangan yang disediakan.
Mudah
Murid mengembangkan perenggan dan pendahuluan penutup karangan kepada 50 hingga 55 perkataan.
Sederhana
Murid menulis tiga perenggan lengkap isi karangan.
Cemerlang
Murid menulis karangan lengkap berpandukan rangka karangan yang diberi.
24
KAJIAN MASA DEPAN (KMD)
Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN
DS APRIL – MAJALAH DALAM KELAS (MDK)
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada tahun 2002 adalah bertujuan untuk mendidik generasi baharu yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. KMD akan membantu generasi sekarang menyedari bahawa masa depan pasti berubah dan penuh dengan cabaran dan dugaan. Mereka juga boleh merancang masa depan sesuai dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta dapat menerima dan dapat menangani perubahan.
Oleh itu, dalam mengajarkan Bahasa Malaysia, kita sebagai guru perlu mengaplikasikan sebaik mungkin KMD dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini perlu kerana masa depan merupakan satu keadaan yang dinamik dan sentiasa berlaku perubahan. Masalah masa depan lazimnya kompleks serta sukar ditentukan dan penyelesaiannya bersifat global. Tambahan lagi, manusia terikat dengan bilai dan norma, keinginan dan hajat serta kehendak yang berbeza-beza.
KMD merupakan strategi khusus yang saintifik untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.
Bagi memudahkan kita mencari bahan yang sesuai untuk merangsang pemikiran pelajar kita agar terus berfikir, ke aras menyusun pemikiran yang logik, mengkonsepsikan kehidupan, mengambil tindakan jangka pendek dan jangka panjang serta strategi membuat keputusan yang bakal diambil, majalah Dewan Siswa telah menyediakan beberapa ruang yang sesuai untuk pelajar terus berfikir sesuai dengan konsep KMD.
Antara ruang yang tersebut ialah:
Menuju Cita-cita Cetusan Pendapat
Fokus
Islam dan Anda
25
Misteri dalam Sains
Zaman Remajaku
Teknologi Baharu
Tanya Doktor Anda
Berdasarkan bahan rangsangan seperti dalam ruangan di atas, pelajar haruslah digerakkan dengan berasaskan konsep “Guru Kreatif, Pelajar Aktif” agar mereka dapat:
1. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan. 2. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.
3. Membina sikap dan nilai tentang masa depan.
4. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.
5. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang masa depan.
Contoh:
Media : Majalah Dewan Siswa, Januari 2008
Ruangan : Teknologi Baharu
Tajuk : Saintis Beras
Halaman : 44 – 45
Dalam kumpulan, pelajar dikehendaki berbincang tentang rencana “Saintis Beras” berpandukan rajah di bawah:
BERASDahulu Sekarang Akan datang
26
Contoh:
Media : Majalah Dewan Siswa
Ruangan : Fokus 2
Tajuk : Remaja Semakin Hilang Harga Diri?
Halaman : 14 – 15
Dalam kumpulan, pelajar dikehendaki berbincang tentang rencana “Remaja Semakin Hilang Harga Diri?” berpandukan rajah di bawah :
REMAJADahulu Sekarang Akan datang
27
“LIMA MINIT SEHARI BERSAMA DEWAN SISWA”
Oleh AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN
DS MEI- MAJALAH DALAM KELAS (MDK)
KITA perlu mengakui bahawa membaca, asas utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Malaysia (BM) atau apa-apa bahasa sekalipun. Hal ini demikian kerana setiap kali berlakunya proses membaca, maka akan berlakulah pula aktiviti berfikir, menulis, menganalisis, mengkritik dan membuat kesimpulan.
Oleh itu, bagi meningkatkan kemahiran di atas, kita perlu memastikan setiap orang pelajar membaca pada setiap hari. Sehubungan dengan itu, aktiviti membaca wajar dijalankan selama sekurang-kurangnya lima minit sebelum kita memulakan proses P&P BM.
Antara bahan bacaan yang sesuai dengan selera dan kehendak pelajar sekolah menengah ialah majalah Dewan Siswa. Berdasarkan pengalaman, program “Lima Minit Sehari Bersama Dewan Siswa” saya dapati pelajar begitu seronok kerana pada setiap hari, mereka akan menemukan pelbagai bentuk bahan bacaan seperti rencana, karya kreatif, permainan bahasa dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, sebelum kita melaksanakan program ini, para pelajar harus didedahkan dengan teknik membaca yang betul agar hala tuju dan objektif program tersebut tercapai.
Terdapat lima teknik membaca yang dapat diamalkan oleh pelajar, iaitu :
1. Membaca terarah (mendapat gambaran ringkas tentang isi bahan yang dibaca). 2. Membaca sepintas lalu (untuk mengetahui persoalan pokok bahan yang dibaca).
28
3. Membaca dengan mencari (untuk mencari sesuatu perkataan, angka, fakta dan sebagainya).
4. Membaca dan belajar (untuk mengetahui dan mengingati perkara penting sekali gus mendapat keterangan lanjut daripada bahan yang dibaca).
5. Membaca secara kritis (untuk menilai bahan yang dibaca).
Sehubungan dengan itu, terdapat banyak ruangan di dalam majalah Dewan Siswa yang sesuai dimanfaatkan untuk program “Lima Minit Sehari Bersama Dewan Siswa”. Antaranya ialah :
Rakaman Pengembara Surat Anda
Cetusan Pendapat
Tokoh Remaja
Tip Belajar
Islam dan Anda
Cintai Bahasa Kita
Misteri dalam Sains
Ulasan Buku
Ensiklopedia
Bimbingan Remaja
Teknologi Bahan
Tanah Airku
Sekitar Siswa
Tanya Doktor
Zaman Remajaku
Diari Siswa
Kita juga harus yakin bahawa program membaca ini begitu penting kepada para pelajar dalam usaha mengasuh mereka membina keyakinan diri agar mereka membaca tanpa dipaksa dan seterusnya dapat menambah kepantasan membaca, memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa, menambah perbendaharaan kata, dan membantu mereka menghayati dan menikmati keindahan dan kemurnian bahasa.
Percayalah, jika program ini dapat dijalankan secara berterusan, minat membaca dalam kalangan pelajar dapat dipupuk.
29
MEMANFAATKAN DEWAN SISWA UNTUK PLBS/ULBS
Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN
DS JUN - MAJALAH DALAM KELAS (MDK)
Penaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) dicadangkan agar dilaksanakan untuk menggalakkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi kemahiran bertutur di dalam bilik darjah di samping memastikan penaksiran dijalankan secara berterusan dari tahun 1 hingga tingkatan 5. Penaksiran ini juga diharapkan dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran bertutur yang selaras dengan matlamat Pendidikan Bahasa Malaysia sekolah menengah yang berhasrat untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.
30
Bagi mencapai matlamat di atas, empat objektif Penaksiran Lisan telah ditetapkan, iaitu:
1. Kebolehan berbual untuk menjalin dan mengeratkan hubungan dengan menggunakan bahasa yang betul, tepat dan bertatasusila.
2. Kebolehan berbincang dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan bahan yang betul, tepat dan bertatasusila.
3. Kebolehan menyebarkan maklumat yang diperoleh dengan menggunakan bahan yang betul, tepat dan bertatasusila.
4. Kebolehan memberikan respons berdasarkan pelbagai bahan rangsangan.
Untuk menilai pencapaian murid, pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan konstruksi penaksiran iaitu:
1. Tatabahasa dan Kosa kata
Bahasa gramatis dengan penggunaan perkataan dan kosa kata yang tepat dan betul mengikut konteks.
2. Sebutan, Intonasi dan Nada
Sebutan jelas dan tepat dengan intonasi dan nada yang betul sebagaimana penutur jati.
3. Fasih dan Bermakna
Keseluruhan pengucapan fasih, lancar dan bermakna (mengikut wacana)
31
4. Bertatasusila
Pengucapan beradab dan sesuai dengan situasi.
Bagi membolehkan guru menaksir murid, contohnya, dalam PLBS, disarankan lapan aktiviti. Sehubungan dengan itu, bagi memudahkan murid membuat latihan, beberapa ruangan di dalam majalah Dewan Siswa didapati amat membantu guru dan murid untuk melancarkan penaksiran ini.
Contoh:
Aktiviti Kandungan Majalah Dewan Siswa
(Januari 2008)Berinteraksi untuk menjalinkan dan mempererat hubungan mesra
Tanya Doktor Anda
Teman Siswa
Bimbingan Remaja
Zaman Remajaku
Sekitar Siswa
Tip Belajar
Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan
Surat Anda
Menuju Cita-cita
Cetusan Pendapat
Fokus
Islam dan Anda
Berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat
Cerpen daripada Siswa
Ulasan Cerpen
Teknologi untuk Siswa
Antarabangsa
32
Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan
Buku
Ulasan Buku
Borang-borang Penyertaan
Teks Silang Kata
Memujuk untuk mempengaruhi pihak lain untuk melakukan sesuatu
Rakan Pengembara
Menuju Cita-cita
Syarat Penyertaan Berurus dengan pihak tertentu untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan
Iklan buku
Tanya Doktor Anda
Bimbingan Penulisan Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu
Rakaman Pengembara
Fokus
Islam dan Anda
Tip Belajar
Misteri dalam Sains
Teknologi Baharu Memahami dan memberikan respons
Menuju Cita-cita
Puisi Khas
Cintai Bahasa Kita
Ulasan Puisi
Ulasan Cerpen
DEWAN SISWA UNTUK MATA PELAJARAN LAIN
Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN
33
DS JULAI - MAJALAH DALAM KELAS (MDK)
Majalah Dewan Siswa (DS) yang bermotokan “Wadah Pelajar Menengah dan Remaja” ini bukanlah semata-mata dikhaskan sebagai bahan tambahan dan bahan rangsangan untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) sahaja tetapi sebaliknya majalah ini juga sesuai untuk beberapa mata pelajaran lain.
Sebagai contoh, cuba perhatikan kesesuaian ruangan-ruangan yang berikut yang termuat dalam Dewan Siswa, Mac 2008 dengan mata-mata pelajaran lain.
Bil. Ruangan Halaman Kesesuaian untuk Mata Pelajaran
1. Kulit Hadapan - Pendidikan Moral Pendidikan Seni
Pendidikan Moral11. Cerpen daripada Siswa 22 – 23 Kesusasteraan Melayu12. Ulasan Cerpen 25 Kesusasteraan Melayu13. Misteri dalam Sains 26 – 27 Sains
Geografi14. Puisi Siswa 28 – 29 Kesusasteraan Melayu15. Ulasan Puisi 30 Kesusasteraan Melayu16. Bimbingan Remaja 32 Pendidikan Moral
Sivik
Pendidikan Islam17. Ulasan Buku 33 Kesusasteraan Melayu
18. Zaman Remajaku 34 – 35 Sejarah
Pendidikan Moral
Sivik19. Teknologi Baharu 36 – 37 Sains
20. Antarabangsa 38 – 39 Sejarah Pengajian Am
21. Bimbingan Penulisan 40 Pengajian Am22. Buku 41 Kesusasteraan Melayu23. Tip Belajar 42 Pendidikan Seni
Pendidikan Moral
Sivik24. Ensiklopedia 43 Pendidikan Jasmani
Sains25. Sekitar Siswa 44 – 45 Pendidikan Moral26. Cerpen untuk Siswa 46 – 48 Kesusasteraan Melayu
Pendidikan Moral27. A Story for You 49 Bahasa Inggeris
MUET28. Write and Speak 50 – 51 Bahasa Inggeris
MUET29. Tanah Airku 52 – 53 Sejarah
Geografi
35
Pendidikan Moral
Sivik30. Menuju Cita-cita 54 – 55 Pendidikan Moral
Sivik31. Diari Siswa 58 – 59 Pendidikan Moral
Sivik32. Tanya Doktor Anda 60 Sains
Pendidikan Jasmani33. Puisi Khas 65 Kesusasteraan Melayu34. Kulit Belakang - Pendidikan Seni
Perdagangan
Ekonomi
Berdasarkan kesesuaian ruangan-ruangan yang tersebut di atas dengan beberapa mata pelajaran dan disiplin yang lain, ternyata bahawa Dewan Siswa dapat dimanfaatkan di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, segala-galanya bergantung pada kemampuan guru untuk mengolah bahan-bahan bermutu ini bagi kegunaan dan faedah pelajarnya.
Para pelajar pasti akan berasa gembira jika diajak membaca dan berbincang tentang “Pengaliran Arus Elektrik Tanpa Wayar?” yang tersiar dalam Dewan Siswa , Mac 2008, halaman 36 -37.
Mungkin selama ini mereka hanya didedahkan kepada teori dan latihan di dalam bilik darjah/makmal berdasarkan buku teks atau buku kerja semata-mata tetapi mereka mungkin tidak mengerti mengapa mereka harus bersusah payah mempelajari sains. Apakah faedahnya? Yang lebih penting, apakah kesesuaian mata pelajaran tersebut dengan realiti kemajuan sains masa kini dan masa hadapan?
Dengan membaca ruangan seumpama ini, para pelajar sebenarnya telah diajak melangkah jauh ke hadapan tentang perkembangan teknologi moden berbanding apa-apa yang ada di dalam buku teks semata-mata. Tentu sekali dengan membaca bahan tambahan seumpama ini, minat mereka terhadap pelajaran sains akan bertambah.
Kesimpulannya, Dewan Siswa bukanlah majalah milik guru-guru Bahasa Malaysia sahaja tetapi majalah ini boleh dimanfaatkan oleh semua guru.
36
PELAKSANAAN PROGRAM MDK PADA PERINGKAT SEKOLAH
Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN
DS OGOS - MAJALAH DALAM KELAS (MDK)
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada menyatakan bahawa tidak ada formula yang tidak cela. Namun, agenda yang paling cela dan paling tidak berguna ialah
37
agenda yang begitu sempurna tetapi tidak dilaksanakan (Malaysia Melangkah ke Hadapan: 1991:29).
Begitu jugalah dengan pelbagai program yang ingin kita laksanakan di sekolah, jika tidak dirancang dengan baik dan sempurna, tanpa kerjasama dan galakan sudah pasti program yang baik tidak akan berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan cemerlang.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar pihak pentadbir di sekolah menyusun strategi yang sempurna, terancang dan sistematik bagi mendapatkan hasil yang diharapkan tanpa terlalu banyak membazirkan masa, wang ringgit dan tenaga.
Dalam melaksanakan program Majalah dalam Kelas (MDK), komponen penggerak sesebuah sekolah, iaitu pihak pentadbir, Panitia Bahasa Malaysia (BM), dan guru BM mestilah jalan seiring dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing sesempurna yang mungkin.
Seperti yang dinyatakan di atas, bagi melaksanakan sesuatu program di sekolah (Dalam konteks ini program MDK), tiga pihak harus dapat melaksanakan tugas mereka, iaitu:
1. Pihak pentadbir 2. Panitia BM
3. Guru BM
1. Pihak Pentadbir
Sebagai Pentadbir, Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan Akademik, dan Ketua Bidang Bahasa memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberkesanan sesebuah panitia dan organisasinya. Dalam hal ini, pihak pentadbir mestilah memberikan “lampu hijau” dan sokongan bagi membolehkan program MDK ini dilaksanakan di sekolahnya.
Sebelum itu, pihak pentadbir harus meneliti terlebih dahulu sama ada program ini sesuai atau sebaliknya, jika dilaksanakan pada peringkat sekolah. Dalam hal ini, pentadbir haruslah mendapatkan maklumat yang terperinci daripada Ketua Bidang Bahasa dan guru-guru yang telah menghadiri kursus dan bengkel MDK.
Sekiranya pihak pentadbir telah berpuas hati akan kelebihan dan kemanfaatan program ini, maka, perbincangan lanjut hendaklah dilakukan dengan Pengerusi Panitia BM, dan memberi kepercayaan penuh kepada Panitia BM untuk merancang dan melaksanakan program ini di sekolah.
Setelah program ini berjalan, pihak pentadbir harus menjalankan penyeliaan, perbincangan dan penilaian bagi memperbaiki lagi program ini sekiranya berlaku sebarang kekurangan.
1. Panitia BM
38
Panitia BM ialah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran BM di sesebuah sekolah. Antara peranan penting Panitia BM termasuklah:
1. Menitikberatkan bidang profesional, termasuk usaha membantu pengetua dalam menyediakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang.
Bertanggungjawab menyediakan garis panduan serta menyelaraskan perancangan pengajaran BM di semua peringkat sekolah.
1. Panitia harus membantu guru-guru dalam menyediakan dan memilih bahan-bahan Alat Pandang-Dengar dan Alat Bantu Belajar dengan mengadakan bengkel dalam kalangan guru-guru BM dan memastikannya digunakan dengan berkesan.
Strategi Pelaksanaan
Panitia BM mestilah mengadakan kursus dan bengkel dalaman untuk guru BM tentang program MDK. Setelah menghadiri kursus dalaman, diharapkan guru BM telah mendapat gambaran yang jelas tentang bagaimana program MDK ini dapat dilaksanakan di dalam bilik darjah.
Walau bagaimanapun, sekiranya guru BM masih menghadapi masalah, guru-guru berkenaan bolehlah merujuk kepada Pengerusi Panitia BM atau guru-guru yang telah berjaya melaksanakan program ini.
Selain itu, Panitia BM juga berperanan untuk mengatur dan menyusun strategi pembelian dan pengedaran majalah kepada para pelajar.
Guru BM
Penentu kejayaan sesuatu program seumpama ini sebenarnya banyak bergantung pada guru BM. Guru BM yang kreatif dan inovatif seharusnya dapat meyakinkan para pelajar dari segi pengajaran dan cara memanfaatkan sesuatu bahan.
Guru BM yang menjadi pakar rujuk kepada para pelajar mestilah telah melengkapkan diri dengan pelbagai teknik, kaedah, dan ilmu bahasa itu sendiri.
Selain itu, guru BM mestilah berani mencuba sesuatu yang baharu dalam menyampaikan sesuatu pengajaran dan tidak hanya terikat kepada sesuatu kaedah dan teknik sahaja. Tanpa mempelbagaikan teknik dan kaedah serta bahan, sudah pasti pelajar dan guru itu sendiri akan berasa bosan.
Di samping itu, tanggungjawab untuk menggalakkan para pelajar memiliki majalah dan bahan-bahan bacaan bermutu juga terletak pada bahu guru BM. Hal ini demikian kerana jika guru BM berhadapan dengan para pelajar yang tidak atau kurang membaca, sudah pasti penguasaan BM mereka tidak memuaskan dan rendah mutunya. Sebaliknya, jika para pelajar
39
terdedah kepada bahan-bahan bacaan yang baik, sudah pasti kecekapan berbahasa mereka lebih mantap.
Para pelajar bolehlah dianggap sebagai “penerima”. Mereka mesti diberikan sesuatu yang baik dan meyakinkan mereka. Guru BM yang dapat menyampaikan pengajaran dan ilmu yang berkualiti sudah pasti akan dihormati oleh para pelajar.
MAJALAH DEWAN SISWA DAN KERJA MASA CUTI
Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN
DS SEPT - MAJALAH DALAM KELAS (MDK)
Apabila tiba musim cuti persekolahan, para pelajar seharusnya dibekalkan dengan kerja rumah sebagai satu cara untuk memastikan mereka terus berdampingan dengan pelajaran.
Di samping itu, kerja rumah juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi perkara yang telah dipelajari di sekolah.
40
Dengan adanya majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Masyarakat dan sebagainya, maka, dirasakan agak mudah untuk membekalkan para pelajar dengan kerja rumah yang lebih sistematik, terancang, bermutu, dan yang lebih penting, menyeronokkan para pelajar.
Yang berikut ialah contoh satu program kerja masa cuti dengan menggunakan Dewan Siswa sebagai bahan utama untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia.
2. Menulis rumusan karangan Baca petikan dengan teliti,
kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab berlakunya pencemaran air dan cara-cara mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.
Ruangan: Cetusan Pendapat
Tajuk: Pencemaran Air
Halaman: 11
3. Menulis karangan jenis rencana
Sahabat pena anda dari luar negara ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang telah diadakan baru-baru ini. Balas surat sahabat pena anda dengan menyatakan pengisian dan kelebihan pesta
Ruangan: Pesta Buku
Tajuk: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008
Halaman: 56 – 57
41
buku tersebut.
Program : Kerja Masa Cuti
Semester Pertama 2008
Media : Dewan Siswa,
Mac 2008
Tingkatan : 3
Bil. Tugasan Soalan Rujukan1. Sistem Bahasa Kenal pasti kata nama, kata ganti,
kata bilangan, kata sendi dan kata adjektif yang terdapat di dalam petikan.
Ruangan: Fokus 1 dan Fokus 2
Tajuk: Remaja Hari Ini Boros
Tajuk: Pembaziran Akibat Perubahan
Halaman: 12 – 152. Meringkaskan karangan Baca petikan dengan teliti.
Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang kepentingan mencintai alam sekitar.
Ruangan: Cetusan Pendapat.
Tajuk: Sayangi Alam Sekitar
Halaman: 103. Menulis karangan
berdasarkan bahan rangsangan.
Lihat iklan pada halaman 61 dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan merujuk kamus .
Ruangan: Iklan
Tajuk: Koleksi Kamus
Halaman: 61
42
MDK MEMBANTU PEMBELAJARAN KONSTEKTUAL
Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN
DS OKT – MAJALAH DALAM KELAS (MDK)
Pembelajaran Kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti amali (hands-on) dan aktiviti minda minds-on.
Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang
43
bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian.
Oleh itu, teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Sebelum kita mengaitkan penggunaan majalah dengan pembelajaran kontekstual, ada lebih baik jika kita mengetahui tentang proses pembelajaran. Proses pembelajaran sebenarnya merangkumi perkara-perkara yang berikut:
Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti amali (hands-on) dan peluang untuk penemuan kendiri.
Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid.
Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif.
Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.
Sesungguhnya, dengan melaksanakan Pembelajaran Kontekstual, murid akan mendapat faedah seperti yang berikut:
Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan. Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian.
Boleh memindahkan kemahiran.
Boleh meneroka dan mendapatkan bukti.
Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.
Dapat belajar secara kerjasama.
Di sini, cuba kita perhatian bahawa kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan melalui teknik Majalah dalam Kelas (MDK) selaras dengan kehendak Pembelajaran Kontekstual.
PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DAN MDK DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL
Perkara Pembelajaran Secara Kontekstual/MDK
Pembelajaran Secara Tradisional
Objektif Mencari, membina dan Memindahkan maklumat.
44
mengaplikasikan maklumat kepada dunia sebenar.
Peranan Guru Pembimbing dan mentor. Penyampai maklumat.Peranan Murid Aktif mencari dan membina
maklumat melalui aktiviti sebenar dalam kehidupan harian.
Penerima maklumat yang pasif melalui syarahan.
Isi Kandungan Disesuaikan untuk kecerdasan pelbagai.
Disesuaikan untuk kecerdasan bahasa dan logik matematik sahaja.
Kaedah Inkuiri, penemuan dan aplikasi Syarahan dan soal jawab.Penilaian Berasaskan pencapaian atau prestasi
dan penyelesaian masalah.Menguji fakta ujian (kertas dan pensel).
Kesimpulan
Objektif pembelajaran dapat dicapai dengan lebih cepat.
Objektif pembelajaran lambat dicapai.
Di sini cuba kita ambil beberapa contoh kaedah pembelajaran MDK yang kebanyakannya selaras dengan kehendak Pembelajaran Kontekstual.
Contoh:
Bil. Aktiviti MDK Pembelajaran Secara Kontekstual1.
2.
3.
4.
5.
Melukis komik daripada cerpen
Watak dan perwatakan.
Menukarkan rencana kepada pantun, syair dan lirik lagu.
Menukarkan puisi kepada grafik.
Menukarkan grafik/gambar kepada puisi, pantun, dan syair
Mencari, membina dan mengaplikasikan maklumat
Disesuaikan dengan kecerdasan pelbagai.
Inkuiri, penemuan dan aplikasi
Guru sebagai pembimbing dan mentor.
MDK MEMANFAATKAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI
Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN
Bonus Dewan Siswa – November 2008
45
Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) merupakan satu teori yang penting kerana teori ini mempunyai hubung kait yang rapat dengan bidang pendidikan. Pakar pendidikan mengakui bahawa setiap orang murid memiliki pelbagai kecerdasan dan cara seseorang murid berfikir, bertindak dan belajar adalah berlainan antara seorang murid dengan murid yang lain.
Sekurang-kurangnya terdapat lapan jenis TKP yang dikenal pasti setakat ini, antaranya ialah:
1. 1. Kecerdasan Verbal-Linguistik
Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Terangkum juga kebolehan seseorang mengingati maklumat, meyakini orang lain serta kefasihannya bercakap bahasanya sendiri.
1. 2. Kecerdasan Logik-Matematik
Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab akibat serta kebolehan menjangka.
1. 3. Kecerdasan Visual-Ruang
Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.
1. 4. Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.
1. 5. Kecerdasan Muzik
Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah kebolehan mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dana tempo dalam melodi yang mudah.
1. 6. Kecerdasan Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti menggalakkan murid menyertai sesuatu projek.
1. 7. Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran membanding beza antara satu sama lain. Kecerdasan ini juga dapat membantu individu menangani perasaan, beradab sopan serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.
46
1. 8. Kecerdasan Naturalis
Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan, galian dan binatang, termasuk rumput dan batu-batan, serta pelbagai flora dan fauna. Di samping itu, kecerdasan ini meliputi juga kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan.
Bagi merealisasikan TKP dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, pendekatan “guru kreatif pelajar aktif” yang menjadi pegangan program Majalah dalam Kelas (MDK) amat selari dengan teori ini yang antara lain berhasrat untuk:
Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.
Mempelbagaikan cara penilaian.
Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.
Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baharu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap orang murid adalah unik dan belajar dengan cara berlainan.
Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas.
Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.
Yang berikut dikemukakan beberapa contoh yang membuktikan keserasian antara aktiviti dalam program MDK dan TKP yang berupaya memperkembangkan potensi dan kecerdasan murid dalam suasana yang bermakna dan menyeronokkan.
Bil. Kecerdasan Pelbagai Aktiviti Program MDK1. Kecerdasan Verbal-Linguistik 1. Ayat dan frasa yang indah
2. Pemahaman: Bukan sekadar menjawab soalan
2. Kecerdasan Logik-Matematik 1. Menjawab teka silang kata
2. Membina teka silang kata 3. Kecerdasan Visual-Ruang a. Menterjemahkan puisi kepada bentuk
3. Mendeklamasikan puisi 5. Kecerdasan Muzik 1. Melagukan sajak
2. Mencipta lirik lagu 6. Kecerdasan Interpersonal 1. Meramalkan watak dan perwatakan
2. Meramalkan kesudahan komik 7. Kecerdasan Intrapersonal a. Meneruskan cerpen8. Kecerdasan Naturalis 1. Menukarkan rencana kepada pantun,
syair, sajak dan lirik lagu.
MEMANFAATKAN MAJALAH DEWAN SISWA
DALAM KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL
48
Oleh AZIZUL RAHMAN BIN ABDUL RAHMAN
Bonus Dewan Siswa – Disember 2008
Peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Moral (Kertas 1225) bagi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui dua kertas ujian, iaitu Kertas 1225/1 (Ujian Bertulis) dan kertas 1225/2 (Kertas Kursus). Pentaksiran kerja kursus ini lebih bersifat formatif, iaitu pentaksiran yang berterusan dengan tujuan untuk membimbing, memaju dan mengembangkan nilai moral dalam diri calon mengikut kemampuan mereka. Pentaksiran terhadap penghayatan dan amalan nilai ini memerlukan masa yang panjang dan dibuat secara berterusan melalui pemerhatian tingkah laku calon, pelaporan guru dan pendokumentasian hasil kerja. Proses pentaksiran ini berlaku melalui dua elemen, iaitu:
Elemen Sahsiah : Penghayatan dan amalan nilai moral semasa berkomunikasi,
membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu perkara.
Elemen Iltizam : Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan
kebertanggungjawab calon dalam melaksanakan aktiviti
Tugasan Harian dan Kerja Amal
Berdasarkan pengalaman, saya dapati majalah Dewan Siswa dapat membantu murid-murid untuk pentaksiran Elemen Iltizam khasnya dari segi Tugasan Harian. Dalam tugasan ini, murid-murid dikehendaki membuat tugasan seperti menulis karangan, menulis laporan hasil kerja amal, mendapatkan maklumat dari pusat sember, membuat rencana tentang kegiatan sosial masyarakat dan lain-lain berhubung dengan pembelajaran Pendidikan Moral.
Dalam Tugasan hari ini, murid-murid dikehendaki menulis beberapa buah rencana yang panjangnya sekitar 250 perkataan. Antara tajuk atau tema yang disarankan untuk murid-murid menulis rencana tersebut ialah:
Bidang Pembelajaran 1 : Perkembangan Diri (prinsip-prinsip Rukun Negara, usaha membanteras rasuah, amalan hidup sihat, pentingnya remaja merancang masa depan, tokoh yang boleh diteladani, semangat kejiranan, rekod kecemerlangan individu, SUHAKAM, Dasar Sosial Negara dan kesan senjata nuklear).
Bidang Pembelajaran 2 : Sambutan Hari Ibu dan Bapa, keluarga yang bahagia,
mengekalkan tradisi keluarga, Rumahku Syurgaku.
Bidang Pembelajaran 3 : Kesan pembalakan haram, kitar semula, Penilaian
49
Impak Alam Sekitar (EIA) dan mengekalkan air yang
bersih
Bidang Pembelajaran 4 : Barangan buatan Malaysia, bunga kebangsaan dan
aktiviti mencabar yang dilakukan oleh rakyat Malaysia
Bidang Pembelajaran 5 : Hari Kanak-kanak, peranan wanita, Hari Pekerja,
Orang Kurang Upaya (OKU) dan Triunal Tuntutan
Pengguna
Bidang Pembelajaran 6 : Peranan undang-undang Antarabangsa, kebebasan
akhbar di Malaysia, perayaan keagamaan di Malaysia
dan sikap keterbukaan asas penyelesaian konflik
Bidang Pembelajaran 7 : Peranan pertubuhan antarabangsa meningkatkan
persefahaman gloal, Wawasan 2020 dan
perhubungan Malaysia dengan negara serantau
Berdasarkan Bidang Pembelajaran di atas, jelaslah bahawa banyak ruangan di dalam majalah Dewan Siswa dapat membantu murid-murid untuk mendapatkan bahan-bahan yang sesuai dijadikan bahan rujukan semasa menulis rencana yang ditetapkan.
Sebagai contoh, cuba perhatikan rencana-rencana yang disiarkan di dalam majalah Dewan Siswa bulan April 2008 yang difikirkan dapat membantu murid-murid dalam menulis rencana untuk kerja kursus mereka:
Bil. Tajuk Halaman1. Sekolahku Akarku 6-7
50
2. Cetusan Pendapat (Kegiatan Kokurikulum, Pencemaran Alam, Kes Buli)
10-11
3. Fokus 1 (Sukan Lasak) 12-134. Fokus 2 (Ke Arah Cara Hidup Sihat) 14-155. Tanya Doktor Anda 186. Misteri Dalam Sains (Mengapa Air Laut Masin?) 26-27
7. Bimbingan Remaja (Remaja dan Pertanian) 328. Antarabangsa (Sierra Leone) 34-359. Teknologi Baharu (Teknologi dalam Sekuntum Bunga) 36-3710. Tanah Airku 38-3911. Bimbingan Penulisan (Ahli Sukan Berwibawa) 4012. Tip Belajar (Mencari Sahabat Ulang Kaji) 4213. Sekitar Siswa 50-5114. Zaman Remajaku 52-5315. Menuju Cita-cita (Jurulatih Atlet) 54-5516. Pilihan Raya (Memahami Proses Pilihan Raya di
Malaysia)60
Jelas, sekiranya murid-murid yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral membaca majalah Dewan Siswa pada setiap bulan, nescaya urusan mereka untuk menyiapkan kerja kursus dan tugasan harian ini akan dapat dijalankan dengan lancar dan bermaklumat.
MUTIARA KATA
1. abu senja melayang menyalut mangkuk malam 2. acap kali mengeluarkan kata-kata jenaka
51
3. ada kepulan asap menerjah ke atas, lalu naik bercampur dengan kabus pagi
4. ada air mata kesal tercalit pada wajahnya
5. ada alur gembira bertimpal ragu
6. ada angin semilir yang menjamah pipi
7. ada cebisan belas di penjuru hati kemanusiaannya
8. ada debaran jantung yang tiba-tiba menggila saat warkah itu kutatapi
9. ada gurat-gurat penderitaan yang terlindung di sebalik wajah ceria
10. ada intonasi protes dalam suaraku
11. ada kalanya simpatiku menjelma
12. ada keharuan yang melambai dada
13. ada kepedihan yang tidak tertanggung dalam jiwanya
14. ada lorong matahari
15. ada manik putih menempias pipiku
16. ada martabat atau nilai diri yang tersendiri
17. ada nada ejekan
18. ada perhitungan lain dengannya
19. ada rentak risau di hujung nafas
20. ada riak keletihan
21. ada selapis tipis bayang petang
22. ada simpati yang terketik di hati
23. adalah setanding kalaupun tidak lebih tinggi
24. adalah wajar satu bentuk orientasi sosial yang lebih terarah perlu diterapkan
25. agar kepentingan dan hak mereka terlindung
26. agenda kerja yang tersusun dan sempurna
27. air bercerau-cerau
28. air dan buih memercik ganas
29. air hujan meleleh-leleh jenuh hingga ke perdu
52
30. air mata yang berleretan dari lubuk kesedihan
31. air mukaku menterjemahkan apa yang ingin kukatakan
32. air mukanya pun nampak kelat membuatkan aku kecut
33. air sungai beralun lunak berkilau-kilauan dipanah matahari
34. air sungai mengalir tenang tanpa kocakan
35. akan kulukiskan sekali lagi seluruh ilusi hidup ini
36. akan menampakkan kedewasaan dan mentaliti yang lebih tinggi
37. akan mengungkai rahsia dirinya; akan meruntas mahkota maruahnya
38. akar-akar nyiur yang akrab mencengkam pasir
39. akhirnya akan menjahanamkan keturunan kita selama-lamanya
40. akhirnya aku bertawakal dan reda
41. akhirnya hatiku berbisik sendiri
42. akhirnya tersangkut di ranting kenangan
43. aku bangun dengan kesegaran yang tidak pernah kurasai sebelum ini
44. aku berhak mempertahan maruah dan hakku jika dicabar
45. aku bermonolog sendiri antara hati dan perasaan
46. aku berperang dalam diri, melawan kesabaranku
47. aku bungkam dengan kata-katamu
48. aku cuba menyusun kata-kata untuk diluahkan
49. aku cuba memancing perbualannya, sekali gus mengorek rahsia
50. aku cuba memasukkan kata-kata itu ke dalam kalbu
51. aku cuba membuang kecanggunganku
52. aku cuba membunuh bayang-bayang itu tetapi tidak mampu
53. aku cuba mengumpul segala bicara yang terbenam di lubuk hati
54. aku dan dia sama-sama terpaku
55. aku diam melayani pertanyaan dalam diri
56. aku diamuk resah
53
57. aku digigit perasaan kesal yang teramat sangat
58. aku dihanyutkan oleh perasaan sendiri
59. aku hanya mampu menghulurkan simpati tiap kali menatap warkah dukamu
60. aku hanya memprotes dalam diam
61. aku juga mengongsi kesilapan itu
62. aku juga rasa bengkak hati
63. aku juga sudah banyak kali terluka dengan sikapnya itu
64. aku kenal akan ketulusan hatinya
65. aku ketawa renyah
66. aku lebih kerap menjadi pemerhati dan pendengar
67. aku masih degil untuk mengalah
68. aku masih tidak menyapanya ketika bergeseran bahu
69. aku melepaskan radangku
70. aku memarahi diri sendiri
71. aku membaca serangkai dua doa penenang jiwa
72. aku membalas senyuman mereka seadanya
73. aku membayarnya dengan senyuman paling manis
74. aku membilang butir-butir hari
75. aku mempertajamkan lagi pemahamanku yang dangkal ini
76. aku memusatkan pandanganku
77. aku menagih kesedarannya untuk hidup normal
78. aku mendongak mencari sinar harapan matahari
79. aku mengagumi semangatnya
80. aku mengecur air liur
81. aku menggigit bibir menahan sabar
82. aku menghirup nafas dalam-dalam
83. aku menoleh hari-hari kelmarin yang aku lewati berlorongkan kesuraman
54
84. aku merasa bagai tercampak ke gurun tak berorang
85. aku merenungnya dengan kebencian yang meluap-luap
86. aku rasa debar yang menghenyak dada
87. aku sebenarnya melayani perasaan yang riang tetapi berdebar
88. aku sebenarnya tidak punya waktu terluang
89. aku seboleh-bolehnya cuba mentafsirkan apa yang hendak disuarakan
90. aku segera beralih ke alam nyata, membiarkan lamunanku tergantung tanpa tali
91. aku sekadar akur
92. aku semacam dicengkam rasa bersalah yang amat sangat
93. aku sering diundang untuk menarik-narik kembali peristiwa itu agar terpancar di layar ingatan
94. aku telah mencicirkan kasihku padanya
95. aku terkapai-kapai mencari kepastian makna
96. aku terlayang diriku sewaktu di alam persekolahan
97. aku terlempar ke alam nyata
98. aku terpaksa memaniskan muka mencipta perbualan supaya suasana tidak kaku
99. aku tidak dapat mengesan garis-garis luka pada wajahnya
1. ada kerusuhan yang berbungkal di hati
1. adat masih kuat melingkari kita
1. agenda kepimpinannya dapat direalisasikan
1. air mata mula luruh
1. akhbar arus perdana
1. akhirnya ditemui kaku
1. aku terpaksa membiarkan sahaja dia seiringan denganku
2. aku terpaksa menghadap malam menerusi jendela yang masih terbuka
3. aku terpana seketika
55
4. aku tersentuh hingga ke ufuk batinku
5. aku tersepit di antara keinginan hati dan kerisauan fikiran
6. aku terus terbuai dalam sentimennya
7. aku tetap bertahan dengan kepayahanku
8. aku tetap dibebani rasa tidak percaya
9. aku tidak berhak mencemburui kecantikannya yang dianugerahi Allah
10. aku tidak berhenti-henti diserang tanda tanya
1. aku tidak dapat tidur walau sepicing pun
2. aku tidak mahu hatiku yang tipis ini mencair dan menangis
3. aku tidak mahu kekontangan ilmu
4. aku tidak mahu menerima kerana harga diriku terlalu mahal
5. aku tidak mahu orang lain mengongsi derita yang aku tanggung
6. aku tidak tahan dengan kebisuan itu
7. aku tidak tahu bagaimana mahu mengukur ingatan itu
8. aku tidak tahu di mana cicirnya kepetahanku sebagai pemidato sekolah
9. aku tidak tahu mengapa perasaan itu harus tumbuh
10. aku yakin pada keikhlasan dan kejujuran
11. aku yang dilimpahi air mata
12. aku yang tertinggal rasa kebingungan
13. aku, tahu ada kebimbangan yang berakar di perdu hatinya
14. akulah yang sering berlaga-laga dengan masa, lalu tertewas aku
15. alam hijau dicoret oleh cat-cat alam semula jadi
16. alangkah gilanya perasaan
17. alangkah tenteramnya menjadi gunung itu
18. aliran sungai menjadi lesu
19. alun-alun mengembang dan berlarian seperti mendaki dan menurun bingkai air yang berbaris-baris
56
20. amarahnya meriap dan merisak
21. amat berat lidahnya untuk melepaskan itu semua
22. anak matanya tertancap pada sungai yang mengalir
23. anak-anak bermain di keteduhan perdunya
24. ancaman bagi mengakis jati diri umat
25. aneka cita rasa dan cita-cita
26. angan-angan kita turut melangit
27. angin malam masih membelai langsir, terasa seperti membelai hatiku
28. angin malam menerobos kasar menampar-nampar wajahku
29. angin menghambus sejarah
30. angin pada malam itu bagaikan mati layaknya
31. angin pagi kian kehilangan punca, bertiup hanya sekali tanpa arah
32. angin pagi minggu terlalu malas bertiup
33. angin pengap berat meruntun jiwa
34. antara ramuan untuk membentuk masyarakat
35. apabila keadaan ini telah dapat kita realisasikan
36. apabila rosak budi pekerti rakyatnya maka binasalah seluruh negara itu
37. apakah memang tiada lagi ruang untuk ceria seperti dulu
38. apatah lagi pada detik yang memisahkan antara keduanya
39. api kemarahan pun menjalar di setiap rongga hatimu
40. arena pentas juang kita
41. aromanya menusuk ke rongga hidup
42. arus berapung seperti pelampung putih
43. asap berkelun-kelun yang muncul
44. asap yang mengepul naik seolah menyangga awan
45. atas dasar tanggungjawab sesama manusia dan insan
46. atmanya meronta-ronta
57
47. aturan yang membekukan
48. awan gelap akan membocorkan langit dengan hujan yang lebat
49. awan kumulonimbus berarak lesu
50. awan lamunanku lenyap
51. awan sisik ikan tertampal
52. ayah mengujarkan lembut penuh makna
53. ayat dan hijau azan memercik ke luar
54. badannya bergetar oleh keharuan yang amat sangat
55. bagai ada batu yang menindih lidah
56. bagai mengungkap satu realistik
57. bagai panahan arjuna yang tidak berpenghujung
58. bagai setitis embun pada rumput yang dipaksa kering oleh sinar mentari
59. bagaikan ada petir yang menyentap hulu hatiku, meskipun terik mentari membakar kulit
60. bagaikan kehilangan kata-kata kerana terlalu gembira
61. bagaikan langit runtuh menimpa tubuh
62. bagaimana harus aku menterjemahkan kegembiraanku
63. bagaimana kalam perpisahan yang dianggap sementara itu menjadi tragedi sepanjang hayat
64. bagaimana mahu mematikan ingatan padamu?
65. bagi memperbaiki impak yang tertentu
66. bagi seseorang menghantar idea atau gagasan pemikiran
67. bahasa pengkayaan dan penyebaran ilmu
68. bahasa yang cuma mempesona, menjadikan diri melayang
69. bahasaku kecil dan caraku terpencil
70. baik-baik meniti kaca, kalau pecah kaki terluka
71. bakal memperteguh tali-temali sosial
72. bangsa yang tiada wawasan akan ditewaskan
58
73. banyak lagi tugas agenda besar yang masih tergendala
74. barangkali aku bertindak di bawah sedar ketika itu
75. barangkali dia masih diburu rasa kesal yang tidak bertepi sejak peristiwa itu
76. batas dan susila pergaulan
77. batas kesabaranku juga amat terhad dan minimum
78. batu mengepung waktu
79. batu tanda perjuangan
80. bawa daku bersama meniti pelangi
81. bayang rebah dalam diri
82. bayu bersilir perlahan
83. bebal dan tegar dalam diri
84. beberapa strategi mungkin boleh dirangka
85. bebola mata yang semakin layu dek kedinginan malam, terbuka kembali
86. bebola suria tidak kelihatan lagi
87. benaknya hampir pecah memikirkan hal ini
88. bening pagi menyebarkan zarah-zarah udara yang nyaman
89. benteng pertahanan emosi yang rapuh
90. berada dalam kesamaran untuk mencari jawapan
91. berakar nasional dan berakal internasional
92. berbagai-bagai perasaan buruk menerjah ke benaknya
93. berbahang dengan gelojak pertengkaran
94. berbaur tekad dan iltizam yang sentiasa semakin padu