Bidang : Akademik Tajuk : Orientasi Mata pelajaran -Kepentingan mata pelajaran Objektif : Murid dapat: 1. Memberi maklumat tentang kepentingan mata pelajaran. 2. Mendedahkan peluang kerjaya dengan pilihan mata pelajaran yang sesuai. 3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid. Masa : 40 minit Sasaran : Kelas Peralihan Bahan : Kertas A4. Langkah-langkah 1. Set Induksi: Guru meminta murid menyebut beberapa mata pelajaran yang mereka pelajari. 2. Guru Kaunseling berbincang tentang kepentingan setiap mata pelajaran. 3. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mengikut mata pelajaran . 4. Guru Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap Mata pelajaran Kelas Peralihan; i. Bahasa Melayu ii. Bahasa Inggeris iii. Amalan Bahasa Melayu iv. Pendidikan Jasmani & Kesihatan v. Pendidikan Seni vi. Bahasa Cina vii. Bahasa Tamil Penilaian : Murid mencatat maklumat yang diberi oleh Guru Kaunseling. Rumusan : Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran membolehkan pelajar memperoleh kemahiran asas, ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Bidang : Akademik
Tajuk : Orientasi Mata pelajaran -Kepentingan mata pelajaran
Objektif : Murid dapat:1. Memberi maklumat tentang kepentingan
mata pelajaran.2. Mendedahkan peluang kerjaya dengan pilihan mata
pelajaran yang sesuai.3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.
Masa : 40 minit
Sasaran : Kelas Peralihan
Bahan : Kertas A4.
Langkah-langkah1. Set Induksi:
Guru meminta murid menyebut beberapa mata pelajaran yang mereka pelajari.
2. Guru Kaunseling berbincang tentang kepentingan setiap mata pelajaran.
3. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mengikut mata pelajaran .
4. Guru Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap Mata pelajaran Kelas Peralihan; i. Bahasa Melayuii. Bahasa Inggerisiii. Amalan Bahasa Melayu iv. Pendidikan Jasmani & Kesihatanv. Pendidikan Senivi. Bahasa Cinavii. Bahasa Tamil
Penilaian : Murid mencatat maklumat yang diberi oleh Guru Kaunseling.
Rumusan : Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran membolehkan pelajar memperoleh kemahiran asas, ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni.
Falsafah : “Membaca Jambatan Ilmu”.
1
Bidang : Kerjaya
Tajuk : Sejarah Kerjaya
Objektif : 1. Murid mengetahui tentang sejarah pekerjaan
2. Murid memahami bahawa kerjaya sentiasa berkembang dan dinamik
Masa : 1 jam
Sasaran : Kelas Peralihan
Bahan : Lampiran PA
Langkah-langkah
: 1. Penerangan tentang sejarah perkembangan kerjaya.
2. Soal jawab secara lisan dengan murid.
3. Mengedarkan lampiran PA
4. Murid menjawab soalan dalam lampiran PA.
5. Murid membentangkan jawapan masing-masing.
6. Guru Kaunseling membuat rumusan secara keseluruhan tentang sejarah kerjaya
Penilaian : Menyiapkan latihan yang diberikan
Rumusan : Terdapat beberapa jenis kerjaya mengikut peredaran zaman
Falsafah : 1. Manusia memerlukan pekerjaan untuk menyara kehidupan
2. Pekerjaan memberi keselesaan dan jaminan dalamkehidupan
3. Setiap bidang pekerjaan saling menyumbang antara satu sama lain.
2
Bidang
Tajuk
Kerjaya
Jenis-jenis Kerjaya Di Persekitaran Murid
Objektif : Murid dapat:
1 Memberi kesedaran tentang kerjaya yang terdapat di persekitaran mereka.
2. Menghormati kerjaya setiap individu.
Masa : 40 minit
Sasaran : Kelas Peralihan
Bahan : Lampiran PB dan PC
Langkah-langkah
: 1. Set Induksi - Guru Kaunseling memberi penerangan kepada murid berhubung dengan jenis-jenis kerjaya di persekitaran mereka.
2. Murid memberi contoh-contoh pekerjaan di persekitaran mereka
3. Mengedarkan lampiran PB dan PC
4. Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja.
5. Murid membentangkan jawapan masing-masing.
6. Guru Kaunseling membuat rumusan secara keseluruhan.
Penilaian : Murid dapat menyiapkan 2 lampiran PB dan PC secara bertulis.
Rumusan : Terdapat pelbagai jenis kerjaya di persekitaran murid. Setiap kerjaya akan memberi sumbangan kepada persekitaran mereka berdasarkan kepada pengetahuan dan kemahiran pekerjaan tersebut.
Falsafah : 1. Murid peka terhadap persekitaran kerjaya masa kini.
3
2. Setiap bidang kerjaya adalah saling berkaitan antara satu sama lain.
3. Peluang kerjaya bergantung kepada minat, kebolehan dan perancangan awal yang sistematik.
4
SEJARAH KERJAYA KELUARGA
ERA JENIS-JENIS KERJAYA
KERJAYA DATUK NENEK
KERJAYA IBU BAPA
KERJAYA ABANG KAKAK
CITA-CITA SAYA
5
PA
PB
Cari gambar pekerjaan anda. Tampal dan namakan pekerjaan tersebut
6
KERJAYA DI SEKELILING SAYA
LOKASI HUBUNGAN JENIS PEKERJAAN
RUMAH SAYA
RUMAH
JIRAN SAYA
TAMAN / KAMPUNG SAYA
7
PC
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Program Orientasi - Membina Hubungan
Objektif : Murid dapat:1. Meningkatkan rasa kasih sayang antara satu sama lain2. Meningkatkan rasa kasih dan sayang kepada sekolah3. Mewujudkan rasa kepunyaan
40 minit
Sasaran : Kelas Peralihan
Bahan : Buku Catatan
Langkah- :langkah
1.Set Induksi - Guru Kaunseling menceritakan mengenai pengalamannya semasa hari pertama di sekolah dan mengaitkan dengan kepentingan mengenali rakan baru2. Murid membentuk 2 bulatan (Bulatan besar dan bulatan kecil)3. Guru Kaunseling akan mengarahkan bulatan yang besar mengelilingi bulatan yang kecil4. Ahli kelompok akan berkenalan dengan rakan baru berdasarkan nama panggilan, hobi dan tempat lahir.5. Setelah selesai, Guru Kaunseling akan meminta murid yang di dalam bulatan mengubah kedudukan dan mengulangi langkah 4. Proses ini akan diteruskan sehingga semua pelajar dapat mengenali rakan dalam bulatan.
Penilaian : Maklumat rakan baru
Rumusan : Murid- murid akan dapat mengenali rakan-rakan baru .
Falsafah : Tak kenal maka tak cinta
Rumusan : Guru Kaunseling menerangkan kepada pelajar tentang :1. Dapat mengenali lebih ramai kawan supaya tidak rasa sunyi.2. Manusia perlu teman kerana manusia hidup bermasyarakat.3. Setiap manusia merasa selesa dan gembira jika mereka dikenali dengan lebih rapat.
Falsafah : Berfikir dulu sebelum berkata-kata
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
8
Tajuk : Program Orientasi- Sekolahku Rumahku
Objektif : Murid dapat:1. Meningkatkan rasa kasih sayang antara satu sama lain.2 Meningkatkan rasa kasih sayang kepada sekolah.3. Mewujudkan rasa kepunyaan.
Masa : 40 minit
Sasaran : Kelas Peralihan
Bahan : 1. Gambar tandas yang cantik2. Gambar tandas yang kotor
Langkah-langkah
1. Set Induksi- Guru Kaunseling menayangkan gambar tandas yang
paling cantik- Guru Kaunseling menayangkan gambar tandas yang
paling kotor
2. Guru Kaunseling membimbing kelompok untuk menjalankan tanggungjawab kepada sekolah dengan rasa kasih sayang.
3. Kelompok menyatakan tugas yang sepatutnya boleh dibuat Contoh - pam selepas gunakan tandas. - mengutip sampah yang dijumpai di sekolah
Penilaian: Murid dapat menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menyayangi sekolah
Rumusan: Murid menganggap sekolah sebagai rumahnya sendiri.
Falsafah : Anggaplah sekolah sebagai rumah yang perlu dijaga dan disayangi.
Bidang :Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Komunikasi- Komunikasi Interpersonal- Kemahiran Komunikasi - Halangan dalam komunikasi
9
Objektif : Murid dapat:1. Memahami maksud Komunikasi berkesan2. Meningkatkan kemahiran komunikasi berkesan murid.3. Meningkatkan keyakinan murid dalam hubungan interpersonal.
Masa : 80 minit
Sasaran : Kelas Peralihan
Bahan : Bahan Edaran (Petikan Mesej)
Langkah-langkah
1. Set Induksi - Guru Kaunseling bersoal jawab dengan murid tentang, ”Apa itu komunikasi ?.” 2. Guru Kaunseling membuat rumusan tentang makna komunikasi.3. Guru Kaunseling menyerahkan satu petikan mesej kepada Seorang murid dan memintanya membaca dan mengingatinya secara senyap. Kemudian kertas tersebut diserahkan semula kepada Guru Kaunseling.4. Murid tersebut diminta untuk membisikkan mesej kepada murid seterusnya. Kemudian murid itu menyampaikan kepada pelajar seterusnya di dalam barisannya sehingga semua murid telah menerima mesej tersebut.5. Murid yang terakhir diminta untuk menulis semula mesej yang diterimanya di atas kertas A4 yang disediakan.6. Guru Kaunseling meminta murid tersebut membaca mesej Itu dengan kuat.7. Guru Kaunseling membandingkan mesej asal dengan mesej yang dibaca oleh murid yang terakhir.8. Guru Kaunseling meminta respons dari kelas tentang apa yang telah berlaku.9. Guru Kaunseling meminta pandangan murid mengapa berlaku kesilapan dan perbezaan mesej dengan teks asal.
Penilaian: Pemerhatian
Rumusan: Guru Kaunseling menerangkan kepada pelajar tentang :1.Apakah Komunikasi Berkesan.2. Mengapa berlaku masalah di dalam komunikasi3. Apakah halangan komunikasi?.4. Bagaimana mengurangkan halangan komunikasi.
Falsafah : Berfikir dahulu sebelum berkata-kata.
PD
PAK ALI PERGI KE KEDAI NAIK LORIPAK ALI BELI IKAN KELI
MASAK KARI.
10
MASAK KARI DALAM KUALIPAK ALI SENANG HATI
MAKAN TENGAH HARI DENGAN ISTERISEDAP SEKALI
BOLEH TAMBAH LAGI?
Bidang : Keibubapaan
Tajuk : Struktur Keluarga
11
- Salasilah Keluarga
- Tanggungjawab dan peranan ahli keluarga
a) Peranan Bapa
b) Peranan Ibu
c) Peranan Anak
Objektif : 1. Murid dapat menjelaskan tentang salasilah keluarga dan memahami tentang peranan dan tanggungjawab mereka dengan baik.
Masa : 1 jam
Sasaran :
Kelas Peralihan
Bahan : 1. Alat Multimedia2. Keratan akhbar, kertas A4, Nota
Langkah-langkah
: 1. Set Induksi. Guru Kaunseling menunjukkan gambar-gambar berkaitan
dengan sebuah keluarga.2. Guru Kaunseling bersoal-jawab dengan murid berkaitan
dengan keahlian sebuah keluarga.3. Murid menceritakan perihal dirinya dalam keluarga.4. Murid menghasilkan salasilah keluarga masing-masing.5. Murid menyatakan peranan dan tanggungjawab setiap ahli
keluarga.6. Guru Kaunseling meminta murid membuat kumpulan dan
membentangkan tugasan masing-masing dalam kelompok kecil.
7. Murid membuat rumusan berdasarkan tajuk yang dibincangkan.
Penilaian : 1. Murid berupaya menceritakan salasilah keluarga asas.
Rumusan : 1. Membantu murid mengetahui dengan lebih jelas tentang kepentingan salasilah keluarga asas.
Falsafah 1. Setiap ahli keluarga perlu menghormati hak masing–masing dan saling bekerjasama.
2. Melahirkan budaya “Yang tua dihormati yang muda disayangi”.
12
3. Mengamalkan sikal berkasih sayang, berkerjasama, hormat menghormati dan bertanggungjawab.
Bidang : Pembangunan Diri
Tajuk : Potensi Diri
13
Objektif : Murid dapat:1. Mengukur potensi diri berbanding dengan orang lain .
2. Mengatasi kelemahan diri 3. Melakukan anjakan pradigma diri.
Masa : 40 minit
Sasaran : Kelas Peralihan
Bahan : 1.Lembaran kerja 2.Gambar tokoh / idola
Langkah - langkah
1. Set Induksi - Gambar tokoh / idola murid.2. Berbincang nama tokoh / idola, biodata dan keistimewaan
mereka.3. Mengisi lembaran kerja mengenai diri sendiri.4. Mengisi lembaran kerja mengenai perkara yang menarik
tentang diri saya5. Berbincang dan menyenaraikan tentang bakat masing-
masing
Penilaian : Murid berupaya mencatat dan menyenaraikan potensi diri
Rumusan : Murid menyedari dan menghargai potensi diri
Falsafah : 1. Penerimaan kendiri 2. Meningkatkan harga diri
PE
______________
14
KEKUATAN
DIRI
___________ _____________
________________ _________________
______________
___________ _____________
________________ _________________
Bidang : Pembangunan Diri
Tajuk : Pengurusan Diri
Objektif : Murid dapat:1. Menguruskan diri sendiri dengan baik2. Menjaga kebersihan diri
15
KELEMAHAN
DIRI
3. Menyayangi diri sendiri
Masa : 40 minit
Sasaran : Kelas Peralihan
Bahan : Lembaran kerja
Langkah-langkah1. Set Induksi-
Menunjukkan beberapa contoh gambar murid yang berpakaian kemas dan bersih.
2. Murid memberi pendapat tentang gambar.3. Guru Kaunseling menerangkan kepentingan
pengurusan diri4. Murid mencatat aktiviti dalam lembaran kerja mengenai
cara mengurus diri dengan baik5. Guru Kaunseling memberi motivasi kepada murid
untuk menggalakkan pengurusan diri yang baik.
Penilaian : Murid mengisi lembaran kerja.
Rumusan : Murid mampu menguruskan diri sendiri dan mengutamakan kebersihan diri
Falsafah : 1. Kita perlu menyayangi diri sendiri2.Menjaga amanah Tuhan yang dianugerahkan kepada kita
PF
SENARAIKAN ALAT KEBERSIHAN DIRI
1.
2.
16
3.
4.
5.
BAGAIMANA CARA AGAR ANDA KELIHATAN KEMAS?
1. ________________
2. ____________ 3. _______________
4. _________________ 5. ________________
Bidang : Pembangunan Diri
Tajuk : Asas Komunikasi
Objektif : Murid dapat: 1. Berkomunikasi dengan berkesan
17
2. Menggunakan laras bahasa yang betul 3. Melatih diri untuk menghargai orang lain
Masa : 40 minit
Sasaran : Kelas Peralihan
Bahan : Gambar seorang guru
Langkah-langkah:
1. Set Induksi Simulasi guru kaunseling bersama dengan murid menggunakan gantinama diri yang betul.
2. Lakonan secara spontan diantara guru dengan murid untuk latihan SAYA dan CIKGU .
3. Menerangkan tentang ganti nama KAMU kepada kawan-kawan.
4. Lakonan semula untuk latihan perkataan “KAMU”
Penilaian : Murid-murid di nilai dari kemampuan membahasakan diri sebagai SAYA dan guru sebagai CIKGU.
Rumusan : Para pelajar berupaya menggunakan gantinama yang betul dalam komunikasi harian.
Falsafah : Membina asas komunikasi yang positif. Kemahiran komunikasi merupakan aset utama dalam diri
Bidang Pembangunan Diri
Tajuk Semangat Cintakan Sekolah
Objektif Murid dapat:1. Meningkatkan rasa kasih dan sayang terhadap
18
sekolah2. Menanamkan semangat patriotisme dalam diri
murid.
Masa 40 minit
Sasaran Kelas peralihan
Bahan 1.Senikata Lagu Sekolah2. Radio dan kaset
Langkah-langkah 1. Murid-murid diedarkan dengan senikata lagu sekolah.2. Guru memainkan cd atau kaset lagu sekolah.3. Murid-murid menyanyi dengan iringan muzik.
Penilaian Murid-murid dapat menyanyikan lagu sekolah.
Rumusan Guru Kaunseling menerangkan tentang :1. Pentingnya semangat cintakan sekolah.2. Sekolah sebagai tempat menimba ilmu.3. Sekolah sebagai tempat meningkatkan semangat perpaduan pelbagai kaum.
Falsafah Sekolah Cemerlang, Murid Gemilang, Negara Terbilang
Objektif Murid dapat:1. Menyenaraikan tidak kurang daripada 5 nilai kendiri
yang positif dan negatif.2. Menyatakan secara lisan akibat penyalahgunaan
najis dadah.
Masa 40 minit
Sasaran Kelas peralihan
Bahan 1.Alat Multmedia 2. Risalah.3. Buletin Dadah.
Langkah-langkah 1. Set Induksi - Murid melihat gambar kesengsaraan kehidupan mangsa akibat penyalahgunaan najis dadah.2. Murid menyatakan imej diri yang positif dan negatif daripada apa yang mereka lihat.3. Setiap murid diberi peluang untuk menyatakan perasaan mereka setelah melihat gambar.4.Murid menyenaraikan secara bertulis kesan penyalahgunaan dadah secara berkelompok.5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan
Penilaian 1. Soal jawab2. Pemerhatian
Rumusan Teknik perbincangan kumpulan yang membincangkan kesan penyalahgunaan dadah.
Falsafah Kesedaran tentang kepelbagaian personaliti manusia memberi panduan kepada murid membina dan membentuk imej yang positif untuk mencapai kepuasan dan kejayaan hidup yang lebih bermakna dan bernilai.
Nama ahli kumpulan :
1. Siti Nor Azura bt. Hussin - SMK Arau, Perlis2. Rozi Yanti bt. Shaharudin - SMK Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor3. Dzulkifli b. Md. Rejab - SMK Bukit Gambir, Gelugor, P. Pinang4.Mohamad Adi b. Ismail - SMK Syed Sirajuddin, Jejawi, Perlis
20
5.Samsuddin b. Jiman - SMK Kompleks KLIA, Nilai, N. Sembilan6. Tn. Hj. Ishak b. Hamli - JPN Pulau Pinang7. Rozlan b. Othman - JPN Perlis