Jenis-jenis kamera Jenis-jenis kamera yang dipilih adalah bergantung kepada jenis-jenis gambar yang ingin diambil yang berguna untuk aplikasi pengajaran. Secara umumnya kamera diklasifikasikan merujuk kepada sistem paparan (viewing) yang digunakan. Berdasarkan kepada sistem ini, terdapat empat jenis kamera iaitu kamera viewfinder, kamera reflek kanta tunggal (sigle lense reflex -SLR), kamera reflek kanta kembar (twin lens reflex-TLR) dan view. 1. Kamera Viewfinder ( rangefinder) Kamera jenis ini mempunyai alat paparan yang berasingan dari lensa. Alat paparannya kelihatan seperti pintu yang telus dimana jurukamera perlu melarasnya terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu gambar. Sebahagian dari kamera jenis ini mempunyai pasangan lensa dan finder yang bekerja secara serentak. Apabila sesuatu imej telah kelihatan dengan jelas, lensa dengan sendirinya terlaras kepada jarak yang dikehendaki. Kamera jenis ini sering dikaitkan sebagai kamera range finder.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Jenis-jenis kamera
Jenis-jenis kamera yang dipilih adalah bergantung kepada jenis-jenis
gambar yang ingin diambil yang berguna untuk aplikasi pengajaran.
Secara umumnya kamera diklasifikasikan merujuk kepada sistem paparan
(viewing) yang digunakan. Berdasarkan kepada sistem ini, terdapat empat
jenis kamera iaitu kamera viewfinder, kamera reflek kanta tunggal (sigle
lense reflex -SLR), kamera reflek kanta kembar (twin lens reflex-TLR) dan
view.
1. Kamera Viewfinder ( rangefinder)
Kamera jenis ini mempunyai alat paparan yang berasingan dari
lensa. Alat paparannya kelihatan seperti pintu yang telus dimana
jurukamera perlu melarasnya terlebih dahulu sebelum mengambil
sesuatu gambar. Sebahagian dari kamera jenis ini mempunyai
pasangan lensa dan finder yang bekerja secara serentak. Apabila
sesuatu imej telah kelihatan dengan jelas, lensa dengan sendirinya
terlaras kepada jarak yang dikehendaki. Kamera jenis ini sering
dikaitkan sebagai kamera range finder.
Kamera jenis ini lebih mudah, ringan, harga yang lebih murah dan
senang dikendalikan. Masalah utama kepada kamera jenis ini
adalah penilik (viewfinder) perlu digunakan untuk melihat subjek
dan kemudiannya subjek dirakam dengan menggunakan lensa. Ini
menyebabkan berlakunya imej/pandangan yang dilihta tidak sama
dengan gambar yang dirakamkan (parallex problem). Pada
umumnya, lensa pada kamera ini tidak boleh ditukar/dilaras.
2. Kamera SLR
Kamera reflek lensa tunggal atau
lebih dikenali sebagai SLR merupakan
kamera yang semakin popular dan banyak
digunakan dewasa ini.
Ia merupakan kamera yang sangat
sesuai untuk mengatasi masalah parallex.
Sistem optik yang dibina pada kamera jenis
ini membenarkan jurukamera melihat subjek
melalui lensa yang sama yang digunakan
untuk mengambil gambar sesuatu subjek
dan mengelakkan masalah perbezaan
pandangan antara imej sebenar dengan
yang kelihatan pada skrin.
Walaupun ia lebih besar dan
pengendaliannya lebih kompleks, tetapi
ianya lebih fleksibel dan boleh digunakan
dalam pelbagai keadaan dan situasi.
Ia sangat sesuai digunakan untuk
fotografi yang memerlukan kepantasan
seperti aktiviti sukan kerana lensanya boleh
ditukar-tukar contohnya untuk wide angle,
close up, telefoto dan sebagainya.
Appeturenya terbina di dalam lensa
sementara shutternya berada diantara lensa
dan badan kamera itu sendiri. Ini
memudahkan pertukaran lensa tanpa
membenarkan cahaya masuk ke dalam
Contoh kamera SLR
Kedudukan shutter dan appature pada kamera SLR
kamera secara berlebihan.
3. Kamera reflek kanta kembar (TLR)
Ia mempunyai dua lensa yang berbeza iaitu satu
lensa digunakan untuk memfokus dan satu lagi untuk
mengambil gambar. Pasangan lensa ini bekerja
secara serentak dimana apabila gambar di atas skrin
fokus telah kelihatan dengan jelas, lensa untuk
mengambil gambar juga telah berada dikedudukan
yang sedia untuk merakam gambar tersebut.
Walaubagaimanapun masalah parallax perlu diambil
perhatian kerana kedudukan kedua-dua lensa adalah
berasingan.
Satu perkara yang menarik mengenai kamera ini
ialah ia dapat menghasilkan gambar yang lebih
cantik, imej dapat dilihat dengan terang dan jelas
kerana skrinnya yang besar. Ia sangat sesuai untuk
fotografi potret perseorangan dan kumpulan.
Kelajuan shutter dan appeture juga boleh diubahsuai,
tetapi ia tidak sesuai untuk mengambil gambar yang
melibatkan aktiviti pantas seperti sukan.
Pengendaliannya juga agak sukar.
4. Kamera View.
Ia merupakan kamera yang telah agak
ketinggalan zaman dan ’old fashioned’, tetapi
perlu dijelaskan di sini sebagai pengetahuan
tambahan.
Ia biasanya digunakan untuk fotografi studio
terutama untuk gambar potret, dan sesuai juga
untuk mengambil gambar kumpulan di luar
studio.
Ia terdiri dari rel yang menempatkan dua
penyokong boleh laras yang disambungkan di
bahagian bawah rumah skrin paparan (seperti
rajah).
Ia menggunakan filem besar dalam bentuk
keping ( saiz 10.2 x 12.7 cm); 1 keping filem = 1
gambar.
Satu keburukan kamera jenis ini adalah saiznya
yang sangat besar dan berat, oleh itu ia
memerlukan tripod untuk mengendalikannya.
Kerana saiznya itu, ia sangat tidak sesuai
dibawa ke sana sini, dan untuk aktiviti luar
terutama yang melibatkan pergerakan.
Tetapi jika kita menginginkan gambar yang
besar dan jelas serta perlu mengubahsuai imej,
ini adalah kamera yang sangat sesuai.
Ia juga sangat sesuai digunakan untuk gambar
lanskap dan arkitek yang melibatkan bangunan
tinggi dan lebar.
Selain daripada jenis-jenis yang dinyatakan di atas, mungkin perlu
diterangkan bahawa terdapat beberapa jenis kamera yang lebih
fleksibel dan lebih luas penggunaannya iaitu:
5. Kamera segera (pollaroid)
Kebanyakan kamera jenis ini adalah berasaskan
kepada sistem viewfinder.
Kamera ini digelar kamera segera kerana ia tidak
memerlukan bilik gelap untuk memproses gambar.
Gambar boleh diproses dengan segera; iaitu lebih
kurang 1 minit selepas ia diambil kerana bahan kimia
untuk memproses gambar terbina di dalamnya.
Apa yang perlu dilakukan, hanya tekan pelepas shutter
dan tunggu seketika sehingga slaid sedia untuk
menghasilkan gambar.
Potensi penggunaannya di dalam pendidikan perlu
diambil kira kerana ia sangat bermanfaat untuk
merakam imej dengan lebih mudah dan pantas seperti
silap mata. Ia boleh membantu guru menjadi lebih
kreatif dan inovatif di dalam bilik darjah.
Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan foto-foto untuk
kegunaan segera seperti gambar pasport, kad
pengenalan dan lesen memandu.
Walaubagaimanapun kualiti gambar yang dihasilkan
mudah terjejas dan tidak tahan lama.
6. Kamera digital
Kamera yang berfungsi secara manual memerlukan jurukamera
mempunyai kemahiran untuk mengendalikannya. Dengan kemunculan
kamera digital yang berteknologi terkini dan bekerja secara automatik
berasaskan teknologi digital, kerja fotografi dapat dilakukan dengan lebih
mudah walaupun oleh orang biasa yang tidak mempunyai kemahiran
dalam bidang ini.
Kamera jenis ini tidak memerlukan filem untuk merakam sesuatu subjek,
tetapi sebaliknya menggunakan kad memori (seperti yang diterangkan
dalam bab 1.6 (3).
Imej/subjek akan dirakam terus ke dalam format digital dan boleh
dipaparkan secara elektronik menggunakan komputer. Paparan boleh
dilihat samada dengan Microsoft Picture Manager atau Windows Picture &
fax viewer atau Paint atau perisian lain yang terdapat pada komputer
masing-masing.
Imej yang dirakam boleh terus dilihat dari skrin yang terdapat pada
kamera tanpa perlu mencetaknya terlebih dahulu. Sekiranya ingin dicetak,
ia memerlukan pencetak yang berkualiti tinggi yang menggunakan warna
seperti ink-jet atau buble jet.
Ia juga memerlukan kertas cetakan khas untuk memprosesnya terus dari