Konsep Teknologi
TAJUK 1 Teknologi Pengajaran (2 jam)
Tajuk ini mengandungi konsep teknologi, konsep pengajaran,
konsep teknologipengajaran, peranan teori pembelajaran,
mengenalpasti domain teknologipengajaran, dan menjelaskan fungsi
domain tersebut. Tajuk ini jugamembincangkan hubungkait
konsep-konsep di atas.HASIL PEMBELAJARAN1. Menjelaskan konsep dan
prinsip teknologi pengajaran.2. Mengaitkan peranan teori
pembelajaran dalam teknologi pengajaran.3. Mengenal pasti domain
teknologi pengajaran.4. Menghuraikan peranan dan kepentingan
teknologi pengajaran.Subtajuk : Teknologi pengajaran Peranan Teori
Pembelajaran Domain Teknologi Pengajaran Peranan dan kepentingan
Teknologi Pengajaran dalam P&PTEKNOLOGI PENGAJARAN
RENUNGAN1. Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?.2.
Bagaimanakah teknologi digunakan untuk pembelajaran?Perkataan
teknologi berasal daripada bahasa Yunani,techneyang bermakna
kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik sehingga terbit
satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas.
Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi
proses dan idea. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada
proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud
atau objektif terletak pada alat.
KataHeinich, Molenda dan Rusell (1969)Teknologi bukan
semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi prosesdan idea.
Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea,
manakalakejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif
terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu
pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea samada
dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah
merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan pemangkin ke
arah mencapai kejayaan.
Naim Hj. Ahmad (1990)mendefinisikan teknologi pendidikan sebagai
satu perkaedahan atau pendekatan yang memadukan secara harmonis,
fungsi-fungsi pengurusan (organisasi dan personel), pengembangan
(penyelidikan, teori reka bentuk, penerbitan, penilaian, pemilihan,
logistik, penggunaan dan penyebaran dan sumber ( mesej, manusia,
bahan, alat, teknik dan cara penyediaan secara sistematik untuk
penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran
dan pembelajaran manusia.
Yusuf Hashim (1997), teknologi pendidikan ialah satu proses
merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai
aktiviti-aktiviti pembelajaran secara sistematik dengan tujuan
meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Keadaan pelajar juga ditekankan sebagai sebahagian daripada
teknologi pendidikan kerana hal ini boleh mempengaruhi keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan (AECT)berpendapat
bahawa teknologi pendidikan ialah satu bidang yang terlibat dalam
kemudahan menyediakan pembelajaran untuk manusia menerusi
pengenalpastian, penyusunan, penggunaan dan pengurusan sumber yang
sedia wujud, pengurusan proses dan manusia yang terlibat
melakukannya.
"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik
dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada
pendidikan"(Crowell (1971):Encyclopedia of education)
"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan
teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan
belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya
menimbulkan pembelajaran"(Uhwin Derek (1976): Applying Educational
Technology)
Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi
alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang
bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam
pembelajaran.
FIKIR-FIKIR1. Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi
Pengajaran ?2. Apakah kepentingan teknologi pengajaran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran?3. Apakah pengajaran?4. Apakah
pembelajaran?
PERANAN TEORI PEMBELAJARANRENUNGAN1. Apakah teori
pembelajaran?2. Bagaimanakah pemindahan pembelajaran berlaku?Teori
pembelajaran menjelaskan bagaimana perlakuan dalam proses
pembelajaran dalam suatu persekitaran berlaku. Ini dapat membantu
guru merancang, menyedia dan melaksanakan strategi P&P berbantu
media yang berlandaskan teori pembelajaran yang sesuai.
Mengikut perkembangan pendidikan di Malaysia terdapat tiga (3)
teori pembelajaran yang seringkali menjadi rujukan dalam proses
P&P iaitu teori tingkahlaku, teori sains kognitif, dan teori
konstruktivisme.
FIKIR-FIKIRBagaimanakah teori pembelajaran dapat menentukan
aktiviti yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi
pengajaran?
DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARANRENUNGAN1. Apakah domain teknologi
pengajaran?2. Apakah peranan domain teknologi pengajaran?Domain
Teknologi Pengajaran (1994) adalah teori dan amalan tentang mereka
bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta
sumber untuk pembelajaran.Teori bermaksud konsep, konstruk, prinsip
dan cadangan yang menyumbang kepada badan pengetahuan. Amalan pula
bermaksud pengunaan pengetahuan untuk menyelesaikan
masalah.Teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke
arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Teknologi pengajaran ialah satu proses yang kompleks dalam
menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan
rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya
secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan kaedah dan tatacara untuk
mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Untuk memudahkan, istilah teknologi pengajaran akan digunakan
seerti dengan teknologi pendidikan.
Teknologi pengajaran ialah satu komponen teknologi pendidikan
yang merupakan satu gabungan harmonis dan sistematik antara
perkakasan, perisian , seni penggunaan dan pengendalian untuk
mencapai pengajaran yang berkesan dan bermakna. Secara jelas nya
teknologi pengajaran menekankan kepada keperluan dan proses
pembelajaran yang berkesan.
FIKIR-FIKIR
Berdasarkan analisis teknologi pengajaran, AECT, senaraikan lima
domain teknologi pengajaran. Huraikan maksud dan seterusnya
terangkan fungsi bagi setiap domain teknologi pengajaran
tersebut.
PERANAN DAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENGAJARAN DALAM P&P
RENUNGAN1. Apakah peranan teknologi pengajaran terhadap
pembelajaran?2. Bagaimana teknologi pengajaran memberi kesan
terhadap pembelajaran?
Tujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah dan memberi
kesan terhadap pembelajaran. Pembelajaran adalah matlamat, manakala
pengajaran adalah cara untuk mencapai matlamat ini. Guru harus
memahami maksud pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju.
pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju.
Antara peranan teknologi pengajaran ialah:(a) Mengubah Peringkat
Membuat Keputusan(b) Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran(c)
Mengubah Pengalaman Pembelajaran
FIKIR-FIKIR1. Senaraikan peranan lain teknologi pengajaran
mengikut pengetahuan anda.2. Mengapakah teknologi diperlukan dalam
pengajaran masa kini?3. Adakah pengajaran tradisional tidak
berkesan yang menyebabkan teknologi diperlukan? Bincangkan.
LATIHAN
Nyatakan secara ringkas definisi konsep-konsep berikut:
a. Teknologib. Pengajaranc. Pembelajarand. Teknologi
Pengajaran
Bibliografi
Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim dan Rosnah Ahmad
Zain, (2009)Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran,Penerbitan
Multimedia Kuala Lumpur.
Rekabentuk PengajaranRekabentuk Pengajaran
TAJUK 3 Rekabentuk Pengajaran (Instructional Design) (4 jam)
Tajuk ini mengandungi huraian konsep reka bentuk pengajaran.
ModelASSURE sesuai sebagai panduan untuk mereka bentuk proses
pengajaran dan pembelajaran menggunakan media. Sebagai bandingan
model ADDIE pula digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk.
HASIL PEMBELAJARAN1. Menghuraikan konsep reka bentuk
pengajaran;2. Menyenaraikan kepentingan reka bentuk pengajaran;
dan3. Menganalisis model ASSURE atau model ADDIE4. Mengaplikasikan
model ASSURE atau model ADDIE dalam pengajaran.Subtajuk : Reka
bentuk Pengajaran (RP) Peranan dan kepentingan reka bentuk
pengajaran Model-model reka bentuk pengajaran (ASSURE atau
ADDIE)
REKA BENTUK PENGAJARAN (RP)
RENUNGAN1. Kenapa guru perlu merancang pengajaran?2. Bagaimana
untuk merancang pengajaran?
Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik,seseorang guru
tidak dapat mencapai keberkesanan dalam pengajaran. Terdapat banyak
model reka bentuk pengajaran yang boleh menjadi panduan
menghasilkan proses atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi perkara asas berikut:a)menentukan keperluan pelajar;(b)
menentukan matlamat dan objektif;(c) membina prosedur penilaian;(d)
mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian;(e) mencuba sistem
pengajaran; dan(f) menilai keseluruhan sistem.
PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARANRENUNGAN1. Apakah
tujuan reka bentuk pengajaran?2. Bagaimana reka bentuk pengajaran
membantu proses P&P?
Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan
pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh
kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari
oleh pelajar. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap
mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar
terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini
kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan
menarik serta tidak membazir masa dan sistematik.
FIKIR-FIKIR1. Apakah peranan dan kepentingan rekabentuk
pengajaran dalam merancang sesuatu proses P&P?
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
RENUNGAN1. Apakah elemen-elemen yang biasanya ada dalam sesuatu
model reka bentuk pengajaran?
Model ASSURE dan ADDIE merupakan model reka bentuk pengajaran
yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan
media.
Berikut adalah perbandingan langkah-langkah dalam kedua-dua
model tersebut.
Model ASSUREmengandungi 6 langkah iaitu:
AAnalyse learner (Analisis pelajar)SState objective (Nyatakan
objektif)SSelect method, media, and materials (Pilih kaedah, media
dan bahan)UUtilise media and materials (Gunakan media dan
bahan)RRequire learner participation (Memerlukan penglibatan
pelajar)EEvaluate and revise (Nilai dan semak)
Analyse Laerner (Analisis Pelajar)Pada peringkat ini masalah
pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu dijelaskan
terlebih dahulu.Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan
analisis seperti berikut: Siapa kumpulan sasar? Apakah ciri-ciri
mereka? Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai? Berapa
tempuh perlaksanaannya?
State Objective (Nyatakan objektif)Pada peringkat ini kita
seharusnya menyatakan apakah objektid pembelajaran terhadap
kumpulan sasar. Objektif mestilah dinyatakan secara eksplisit
supaya mudah diukur dan dicapai.
Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan
bahan)Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras
dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin
pencapaian objektif pembelajaran. Strategi yang diamalkan pada masa
kini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
iaitu memberi penekanan kepada pelajar aktif. Misalnya kaedah
perbincangan, simulasi, kajian kes, kajiam makmal, kajian lapangan,
pembelajaran kendiri dan sebagainya.
Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)Penggunaan
bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk dan media;
cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga
menggunakan bahan yang sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan
tersebut diubahsuai, ditambahbaik dan dibaik pulih sesuai dengan
situasi semasa. Perlu diingat guru hendaklah menentu arah tuju
pengajaran dan pembelajaran.Pada masa kini penggunaan bahan capaian
sepertiinternet, e-learning, online learning, laman web dan
sebagainya sudah menjadi kebiasaan.
Require learner participation (Memerlukan penglibatan
pelajar)Pada fasa ini, pengelibatan pelajar adalah penting. Pelajar
perlu dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam hal ini pelajar terlibat dalam kerja kumpulan, berbincang dan
memberi idea, pelajar membuat simulasi dan juga membuat beberapa
aktiviti seperti membuat kajian kes.
Evaluate and revise (Nilai dan semak)Penilaian formatif memberi
maklum balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maklum
balas ini dapat digunakan untuk membetulkan atau menambahbaikan
proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang
perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan
sempurna tetapi gagal apabila dilaksanakan. Jueteru itu adala
penting untuk guru untuk mencuba perancangan pengajaran ke atas
sekumpulan kecil pelajar untuk mendapat maklum balas keberkesanan
perancangan tersebut.
Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau
peringkat oembelajaran yang memberikan maklum balas tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh Datayang
dikutip memberikan maklumat tentang pencapaian objektif yang
ditetapkan. Oleh itu moedl ASSURE amat menekankan penilaian
formatif dan juga sumatif.
Model ADDIEmengandungi 5 langkah iaitu:A Analyse (Analisis)D
Design (Reka bentuk)D Develop (Bina)I Implement (Laksana)E Evaluate
(Nilai)
FIKIR-FIKIR
Anda adalah seorang guru satu matapelajaran di sebuahsekolah.
Sebagai seorang guru anda memilih MODEL ASSUREuntuk merancang dan
menghasilkan pengajaran yang berkesan.1. Mengapakah anda memilih
MODEL ASSURE berbanding Model ADDIE sebagao relabentuk pengajaran
anda?2. Terangkan bagaimana Model ASSURE ini dapat diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda?
Ingat:1. Segala maklumat yang diperolehi dan hasil kerja dalam
MODEL ADDIE sebagai reka bentuk pengajaran anda?2. Terangkan
bagaimana MODEL ASSURE ini diaplikasikan dalam proses P & P
anda?
REKA BENTUK PENGAJARAN
4.1. PENGENALANDalam merancang pengajaran dan pembelajaran
berbagai elemen dan aspek yang perludifikirkan oleh pendidik dan
mereka yang terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen
yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di
dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah.
Memandangkan elemen yangperlu difikirkan terlalu banyak dan meluas,
pendidik perlu memikirkan satu reka yangterbaik untuk membina dan
merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
bersesuaian.
Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan oleh
perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek pengajaran
dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka bentuk pengajaran
hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran pendidikan sahaja adalah
tidak tepat. Menurut Hunter (1987), kandungan dan corak
pembelajaran mestilah dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran
yang baik. Seorangpendidik akan merancang pengajaran dan
pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Justeru itu, setiap
pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran bagi
menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan
berkualiti.
4.2. REKA BENTUK PENGAJARAN
Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai
proses sains bagi membina spesifikasi pengajaran dengan terperinci
bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yang
boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk
pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu
mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskan pembelajaran.
Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh
dilihat daripada dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses.
Sebagai displin ilmu, reka bentukpengajaranadalah berkaitan dengan
proses pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.Proses
rekabentuk pengajaran adalah pembangunan spesifikasi pengajaran
berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.Morrison et.al.
(2001) menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif
utamayang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif
isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd
Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada
pelbagai faktor yang mepengaruhi hasil pembelajaran.
Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah:i. Menentukan pencapaian
objektifii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif
tercapaiiii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak
objektif dan pelajariv. Media dan bahan yang sesuai dengan
peringkat umur pelajarv. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk
pembelajaran yang sesuaidengan kehendak pengajaranvi. Penyemak
semula progam yang tidak mencapai kehendak Gropper (1997)
menyatakan proses reka bentuk pengajaran akan dapat membaiki aspek
berikut:i. Pendekatan yang sistematik dapat memandu pengguna dalam
proses pengajaran dan pembelajaranii. Reka bentuk pengajaran dapat
memantau dan mengawal fungsi sistem pengajaran dan pembelajaran
dengan sistematikiii. Dapat menilai komponen dan urutan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
Model reka bentuk pengajaran bersistem ditakrifkan sebagai
kerangka kerja yang dapat membantu pengaturcara atau pembangunan
perisian dalam melaksanakan pembentukan perisian. Secara umumnya,
model yang digunakan dalammembangunkan perisiannberasal adalah
daripada kejuruteraan perisian. Dewasa ini, terdapat berbagai model
diperkenalkan, walaubagaimanapun secara umumnya proses yangn
dicadangkan hampir sama.
Komponen penting yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran
bersistem ialahnmerancang, mereka bentuk, melaksana dan menilai. Di
antara model reka bentuknpengajaran bersistem yang terkenal
ialah:
i. Model ADDIEii. Model ASSUREiii. Model Hanaffin and Peckiv.
Model Robert Glaseav. Model Bransonvi. Model Resier and Dickvii.
Model Van Pattenviii. Model Gentryix. Model Dick and Careyx. Model
Air Terjunxi. Model Prototypingxii. Model Smith and Raganxiii.
Model Jerold Kempxiv. Model Gerlach and Elyxv. Model Diamon
Model reka bentuk terbahagi kepada empat kategori iaitu:i. Model
berorentasikan bilik darjahii. Model orentasi produkiii. Model
orentasi systemiv. Model orentasi teknologi
Model berorentasi bilik darjah lebih memberi tumpuan kepada
keadaan pembelajarandalam bilik darjah serta tertumpu kepada elemen
yang wujud dalam bilik darjah sepertiguru, pelajar,kurikulum dan
kemudahan. Antara model-model reka bentuk pengajaran berorentasikan
bilik darjah ini ialah Model ASSURE (1982), Model Gerlach and
Ely(1980), Model Kemp (1985) dan Model Hanafin and Peck.
Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat andaian
bahawa bahan sesuatu produk pengajaran sentiasa diperlukan, bahan
yang dihasilkan tidak memerlukan proses pengubahsuaian, produk yang
dihasilkan boleh digunakan oleh pelbagai pihak dan penekanan
diberikan kepada percubaan. Antara model reka bentuk produk ialah
VaPatten (1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990).
Model reka bentuk berasaskan sistem melibatkan pembangunan bahan
pengajaran besar bagi sesuatu kursus atau satu kurikulum. Model ini
lazimnya dibangunkan oleh satu pasukan yang besar. Pembangunan
perisian memerlukan sumber tenaga, bahan sokongan, analisis,
percubaan dan ujian yang banyak. Antara model yang terdapat dalam
kategori ini ialah Branson (1975), Diamon (1989) dan Dick and Carey
(1996).
Memandangkan semakin banyak corak pengajaran dan pembelajaran
berasaskan teknologi digunakan dalam dekad ini, model reka bentuk
berasaskan teknologi mula mendapat tumpuan. Model ini memberi
tumpuan khas terhadap pembinaan perisian berasaskan teknologi.
Antara model reka bentuk pengajaran dalam kumpulan ini ialah Model
Air Terjun (1997) dan Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)
4.3. MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN
4.3.1. MODEL ADDIE
Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem
ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja di bawah:
Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE
Analisis
Dalam langkah ini, pembangun perisian perlu mengenal pasti
masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh
dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian,tinjauan, soal-selidik
dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang
dihadapi,pembangun perisian perlu mencari punca atau faktor yang
menimbulkan masalah tersebut. Dalam fasa analisis inijuga, aspek
persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif
pembelajaran dikenalpasti. Pembangun perisian perlu membuat
penilaian terhadap perkara-perkara berikut:
Analisa(Analysis) Reka Bentuk(Design) Pembangunan(Development
Perlaksanaan(Implementation) Penilaian(Evaluation)
i) Matlamat perisianii) Objektif perisianiii) Kumpulan
sasaraniv) Kandungan perisianv) Pendekatan pedagogivi) Strategi
penggunaan perisian
Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk
pengajaran bersistem yang dihasilkan menepati atau memenuhi
keperluan pengguna yang sebenarnya.
Reka Bentuk Perisian
Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa
analisis kepada satu lakaran fizikal yang akan digunakan semasa
proses pembinaan. Kesemua maklumat keperluan dalam proses reka
bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalammereka bentuk
perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi
perhatian:
i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang
telah dirangkadalam fasa analisis.ii) Menentukan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan
perisian.iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami
dan bersesuaian dengan pengguna.iv) Menentukan reka bentuk paparan
bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran
yang telah dirancang.
Pembangunan PerisianPembangunan perisian melibatkan proses
membangunkan atau menghasilkan perisian dengan mengunakan aplikasi
multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisianperlu
dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam
fasa rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan
pakar-pakar perisian dan memakanmasa yang lama.
Perlaksanaan Perisian
Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan
dan melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang
telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke
dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.
Proses kerja dalam fasa ini ialah:i) Membangunkan perisianii)
Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkaniii) Menguji
kestabilan perisianiv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian
bagi membaiki dan meningkatkanlagi kualiti perisian.
Fasa Penilaian
Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian
yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio,
video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini juga menguji
adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C
(2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan
mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang
digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan
sumatif.
4.3.2. Model ASSURE
Model ASSURE diperkenalkan oleh Heinich et al pada tahun 1996.
Enam langkah dalam model ini ialah:A- Menganalisis Pengguna
(Analyze Learners)S- Menyatakan Objektif (State Objectives)S-
Memilih kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media &
Materials)U- Menggunakan media dan bahan (Utilize Media &
Materials)R- Memerlukan penglibatan pelajar (Require Learner
Participation)E- Melakukan penilaian dan pengubahsuaian (Evaluate
& Revise)
Menganalisis Pengguna
Golongan sasaran pengguna perisian serta sifatnya perlu
dipastikan terlebih dahulu sebelum mereka bentuk perisian.
Pembangun perisian perlu memastikan kandungan perisian yang
dipersembahkan bersesuaian dengan golongan sasaran.
Pembangunperisian perlu melihat pengalaman lepas, kecekapan
pengguna, sikap pengguna dan cara interaksi pengguna sebelum
merancang reka bentuk perisian. Pembangun perisian jugaperlu
membuat analisis media yang sesuai digunakan mengikut pengguna.
Contohnya animasi dalam bentuk kartun amat sesuai digunakan bagi
pelajar sekolah rendah.
Secara ringkas terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan oleh
pembangun perisian:
i) Menganalisis ciri-ciri umum pengguna seperti jantina, umur,
tahap dan carapembelajaran, taraf sosial dan bakat. Dengan
mengetahui ciri-ciri ini,pengguna perisian dapat menjadikanya
sebagai asas dalam pemilihan mediadan bahan. Terdapat dua cara
untuk mendapat maklumat tentang ciri-ciriumum ini iaitu melalui
penelitian rekod dan interaksi. Interaksi membolehkan pembangun
perisian menganalisis sikap dan latar belakang mereka.
ii) Menganalisis pengetahuan pengguna terhadap isi kandungan
iaitu dari segipengetahuan sedia ada, sikap dan kemahiran. Maklumat
ini diperolehidaripada ujian kemasukan dan juga interaksi dengan
pelajar. Guru tidakseharusnya mengandaikan semua pelajar mepunyai
pengetahuan sedia adayang sama.iii) Menganalisis stail pembelajaran
yang perlu digunakan bersesuaian denganpengguna. Stail pembelajaran
merujuk kepada bagaimana cara seseorang ituberinteraksi dan
bertindak balas dengan sekitaran yang akan memberi kesankepada
pelajar ketika mereka belajar. Salah satu instrumen yang
digunakanialah gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1992).
Menyatakan objektif pembelajaranPembangun perisian perlu
menetapkan terlebih dahulu objektif pelajaran yang hendak dicapai.
Objektif ialah perubahan tingkah laku yang akan dicapai setelah
pengguna menggunakan perisian ini. Menurut (Jamaludin et al 2001),
objektif merupakan tahap minima apa yang sepatutnya dipelajari oleh
pelajar hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif
perlu dinyatakan secara jelas, bagi memastikan aplikasi perisian
yang dibina mempunyai hala tuju yang jelas.Dalam membina objektif
pembelajaran pembangun perisian akan merujuk kepadasumber-sumber
berikut:i) Dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum,
buku teks atauulasan pakar.ii) Harapan pembangunan perisian
terhadap perubahan tingkah laku penggunayang ingin dicapai hasil
daripada proses menggunakan perisian pembelajaran.
Pemilihan kaedah, media dan bahan
Dalam langkah ini pembangun perisian harus memastikan kandungan
yang dirancang bersesuaian dengan pengguna, objektif dan kurikulum.
Bagi perisian pengajaran di peringkat sekolah, pembangun perisian
seharusnya merujuk kepada dokumen seperti sukatan pelajaran,
ringkasan kurikulum, buku teks atau lain-lain dokumen sebagai
panduan, supaya perisian yang dibina tidak tersasar. Pembangun
perisian seharusnya merancang bahan serta kaedah penyampaian yang
sesuai. Pemilihan kaedah serta bahan yang bersesuaian dengan
pengguna penting bagi mencapai objektif pembelajaran dan menanam
minat pengguna. Selain daripada itu, faktor kebolehan pengguna,
sumber yang sesuai dan kemudahan yang ada perlu diambil kira.
i. Memilih kaedah
Kaedah dalam konteks ini bermaksud cara yang digunakan
untukmempersembahkan maklumat. Pembangun perisian perlu memilih
kaedahyang sesuai dalam membentuk corak pengajaran perisian
multimedia.Disebabkan terdapat pelbagai peringkat dalam pengajaran,
pembangunperisian perlu memilih kaedah yang bersesuaian dengan
peringkat pengajaran.Untuk memilih kaedah, pembangun perisian perlu
mengkaji perkara-perkaraseperti objektif, kandungan pelajaran dan
kumpulan sasaran.
ii. Memilih media
Media adalah perantara. Media merujuk kepada apa sahaja bahan
yangmenjadi perantaraan antara penyampai dan penerima. Contoh media
ialahfilem, surat khabar, radio dan televison. Dalam memilih media,
terdapat duajenis bentuk media yang perlu difikirkan iaitu:
a) Media sedia adaMedia sedia ada bermaksud media yang telah
terbina dan hanya perludimanipulasikan sahaja.b) Media dibinaMedia
yang perlu dibina oleh pembangun perisian.Media yang dipilih
perlulah:a) Sesuai dan sepadan dengan kurikulumb) Menggunakan
perkataan sesuai dan tiada kesalahan bahasac) Dapat memotivasi
pelajar serta menggalakkan penglibatan pelajard) Mempunyai maklumat
yang tepat berkualiti dan terkinie) Mempunyai aspek tenikal yang
berkualitif) Mempunyai aspek nilai murnig) Dapat merangsangkan daya
pemikiran
Menggunakan media dan bahan pembelajaran
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang
cukup penting. Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya
negatif terhadap persembahan. Media yang digunakan seperti teks,
animasi, grafik, video dan audio perlulah dirancang agar ia
bersesuaian dengan kehendak pengguna dan kandungan pelajaran yang
dipersembahkan. Media yang digunakan seharusnya memberi kesan yang
positif terhadap motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian
kepada persembahan.
Penglibatan pelajarPenglibatan pelajar yang aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi menjamin proses
pemindahan ilmu berlaku secara sempurna. Perisian pembelajaran
seharusnya dapat membentuk keadaan yang sesuai dengan pengguna,
efektif serta dapat menarik minat pengguna. Pembangun perisian
perlu memerhati, berbincang serta mendapat maklum balas terhadap
keupayaan perisian dalam merangsang penglibatan pelajar yang
aktif.
Melakukan penilaian dan pengubahsuaianUntuk menentukan
keberkesanan perisian pembelajaran, perisian perlulah dinilai.
Proses penilaian juga membolehkan pembangun perisian membuat
pengubahsuai perisian bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang
terdapat dalam perisian supaya memenuhi kehendak pengguna. Secara
keseluruhan penilaian melibatkan aspek:i. Menilai kepuasan
penggunaii. Menilai aspek pembelajaran dan pengajaraniii. Menilai
media dan kaedah yang digunakan
4.3.3. Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)
Model reka bentuk Rapid Protyping (1998) merupakan salah satu
bentuk modelpengajaran berorentasikan teknologi. Model ini
mengandungi tujuh peringkat (Rajah 4.2). Model Rapid Protyping
melibatkan aspek pembelajaran dan penggunaan teknologi. Prototaip
yang dibina merupakan produk percubaan. Oleh itu terdapat sedikit
perbezaan antara prototaip dengan produk akhir. Prototaip mempunyai
keupayaan yang lebih rendah daripada perisian yang sebenar.
Rapid Prototyping lebih menekankan penggunaan teknologi serta
melibatkan maklum balas daripada pengguna pada satu atau dua
peringkat. Masalah masih wujud dalam perisian prototaip. Pengguna
tidak dapat menilai keberkesanan keseluruhan pembelajaran dalam
perisian prototaip. Perisian prototaip selalu digunakan bagi
membangun perisian komersial. Reka bentuk skrin dalam perisian
komresial sudah cukup untuk meramal dan menilai perisian
keseluruhan yang akan siap. Dalam perisian pendidikan, walaupun
prototaip dapat digunakan oleh pelajar, pembangun perisian tidak
dapat menyatakan keberkesanan sehingga dilakukan ujian ke atas
perisian sebenar.
4.3.4. Model Reka Bentuk Air Terjun (1997)
Model Air Terjun mengandungi enam fasa yang berurutan. Model Air
Terjun terdiridaripada enam fasa iaitu analisis, rekabentuk,
implementasi, pembangunan intergrasi, pengujian atau penilaian dan
penyelenggaraan (Rajah 4.3). Model Air Terjun mengutamakan reka
bentuk penggunaan teknologi. Kelemahan model ini ialah proses
pembangunannya terlalu terikat dengan satu fasa sehingga sukar
untuk ianya diubahsuai atau mengikut kesesuaian suasana. Adalah
mustahil untuk mengikut langkah secara terperinci tanpa wujud
masalah.Analisis feasibilityAnalisis keperluanImplement
perisianPenilaian dan pengujianKitaran prototaipPembangunan
perisianMereka bentuk perisian
Rajah 4.3. Aliran Kerja Berdasarkan Model Air Terjun (1997)
4.3.5. Model Reka Bentuk Pengajaran Dick Dan Carey (1996)
Model reka bentuk ini beorentasikan sistem. Model reka bentuk
Dick Dan Carey (1996) melibatkan komponen pelajar, pengajar, bahan
pengajaran dan persekitaranpembelajaran. Rajah 4.4 menunjukkan
model reka bentuk pengajaran Dick dan Carey. Setiap langkah dalam
model ini menerima input daripada langkah sebelumnya dan memberi
output kepada langkah berikutnya.
AnalisisReka
bentukPenyelenggaraanImplementasiPengujianPembangunan
Rajah 4.4 Model Reka Bentuk Dick dan Carey (1996)
Setiap komponen dalam model ini saling berkaitan, berinteraksi
dan berkerjasama untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Komponen pengajaran dalam model ini membantu guru membaiki model
yang sedia ada sekiranya terdapat sebarang kelemahan.Model Dick dan
Carey memerlukan penglibatan pembangunan bahan pengajaran,analisis,
percubaan, ujian dengan kadar yang banyak. Oleh itu model ini
sesuai digunakan untuk pengajaran bagi keseluruhan kursus atau
kurikulum.Kenal pasti matlamat pengajaranKenal pasti ciri dan
perlakuan peringkatPenilaian formatifBina atau pilih bahan
pengajaranBina strategi pengajaranBina item ujian rujukan
kriteriaTulis objektif prestasiPenilaian sumatifBuat analisis
pengajaran
4.3.6. Model Hannafin Dan Peck (1988)
Model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) (Rajah 4.5)
melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk dan fasa
perlaksanaan. Setiap fasa dinilai, diuji dan disemak secara
berasingan untuk melihat keberkesanan secara berterusan.Fasa
analisis keperluan digunakan untuk mengenal pasti keperluan
pembinaan perisian multimedia. Peringkat analisis adalah peringkat
yang paling kritikal kerana peringkat ini menentukan keupayaan
keseluruhan perisian yang dibina. Analisis terhadap pengguna,
analisis terhadap persekitaran pembelajaran serta kandungan dan
matlamat perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum fasa reka bentuk
dan perancangan dilaksanakan.Fasa ini terbahagi kepada dua iaitu
fasa analisis keperluan tafsiran dan fasa analisiskeperluan
perisian. Fasa reka bentuk digunakan untuk memindahkan maklumat
yang terdapat di fasa analisis keperluan kepada satu lakaran
fizikal yang digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumat
keperluan yang digunakan dalam proses reka bentuk boleh didapati
dari analisis yang dilakukan dalam fasa analisis permulaan.
RAJAH 4.5. Model Reka Bentuk Hannafin Dan Peck (1988)Kesemua
elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini
perlulahdigarapkan ke dalam perisian dengan berbantukan alat
pengarangan. Fasa Penilaian merujuk kepada proses pengujian dan
penilaian perisian yang dibangunkan. Fasa ini secara tidak langsung
menguji keseluruhan fasa. Jenis penilaian yang terlibat dalam fasa
ini ialah penilaian formatif dan sumatif.
Fasa 1Analisis keperluanFasa 2Reka bentukFasa3Pembangunan dan
perlaksanaan Penilaian dan pengulangan
Model Hanifin dan Peck (1988) memberi penekanan kepada keupayaan
kelas untukmenerima pengajaran dan pembelajaran berasaskan media.
Model ini juga sesuaidigunakan untuk skop pengajaran dan
pembelajaran yang tidak luas serta dalamkumpulan sasaran yang
terhad.
4.3.7. Model Robert Glasea
Model Robert Glasea mempunyai empat komponen utama iaitu
objektif pengajaran,pengetahuan sedia, kaedah mengajar dan
penilaian.Rajah 4.6. Aliran kerja berdasarkan Model Robert Glaseai.
Objektif pengajaranObjektif pengajaran adalah hasil pengajaran yang
melibatkan perubahantingkah laku yang spesifik dan boleh diukur
setelah mengikuti pelajaran.Objektif pengajaran adalah tahap
jangkaan minima bagi prestasi yang dicapaioleh pelajar. Pembangun
perisian boleh mendapat maklumat tentang objektifpengajaran
daripada sukatan dan huraian kurikulum.ii. Pengetahuan sedia
adaPengetahuan sedia ada adalah pengalaman yang telah dimiliki atau
dikuasaioleh pelajar sebelum proses pembelajaran. Dengan mengetahui
pengalaman Objektif, Pengajaran, Pengetahuan sedia ada, Kaedah
Mengajar, Penilaian, Maklum balas lepas pembangun perisian boleh
memilih kaedah, tahap dan strategi yangbersesuaian dengan golongan
sasarannya.
iii. Kaedah mengajarSetelah menetapkan objektif yang hendak
dicapai dan mengetahui pengalaman sedia ada pada pelajar, barulah
pengatur cara atau pembangun perisian memilih kaedah mengajar yang
sesuai dengan golongan sasaran.Kaedah mengajar penting bagi
memastikan pengajaran yang hendak disampaikan dapat digunakan dan
diaplikasikan.
iv. Penilaian
Bagi memastikan perisian ini menepati spesifikasi yang
ditetapkan, perisian yang dibina perlu diuji. Penilaian yang
melibatkan pelbagai pihak bertujuan untuk mendapatkan maklum balas
dan komen. Laporan penilaian akan dapatmembaiki kesilapan dan
kelemahan dalam perisian. Dengan adanya maklumbalas dari proses
penilaian, seorang pembangun perisian atau pengaturcaraan boleh
mengesan pencapaian dan penerimaan pelajar.
Media Pengajaran
TAJUK 2 Media Pengajaran (2 jam)
Tajuk ini mengandungi konsep media dan media pengajaran yang
merupakansalah satu domain dalam teknologi pengajaran. Tajuk ini
juga menghuraikanpengkelasan, kelebihan serta fungsi untuk
menentukan pemilihan, pembinaandan penggunaan media pengajaran
sebagai saluran komunikasi.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan konsep media dan media pengajaran.2. Merumuskan
fungsi media pengajaran.3. Menyatakan pengkelasan media
pengajaran.4. Menganalisis faktor dan cara permilihan media
pengajaran.5. Menyata dan menghuraikan langkah penyediaan media
pengajaran.
Subtajuk:
Konsep Media Pengajaran Jenis-jenis dan klasifikasi media Fungsi
media dalam pengajaran dan pembelajaran
KONSEP MEDIA PENGAJARAN
RENUNGAN Apakah media pengajaran? Bagaimana media boleh
meningkatkan keberkesanan proses P&P? Bagaimana media boleh
diklasifikasikan? Apakah fungsi media pengajaran? Apakah
faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan di dalam memilih media
pengajaran? Apakah langkah-langkah yang perlu di dalam menyediakan
bahan media pengajaran?Bidang teknologi pengajaran tercetus
daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai
media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media pengajaran
menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan.
Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal
daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk
kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada
penerima. Contoh media termasuklah filem, televisyen, radio,
rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.
Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk
menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga
dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta
perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses
pembelajaran.
FIKIR-FIKIR
Nyatakan kelebihan menggunakan media dalam pengajaranApakah
jenis media yang akan anda gunakan untuk mengajar:(a) Sains
mengenai rupa atom;(b) Matematik mengenai set, subset dan
tindanan:(c) Perbezaan lagu-lagu klasik Timur; dan(d) Contoh
binatang-binatang terancam di Malaysia?
JENIS-JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA
Media boleh dibezakan melalui:a. Bentuk fizikal atau formatb.
Atribut atau cirri
Media pengajaran terbahagai kepada dua:a. Media Cetakb. Media
bukan cetak
Pengkelasan Media1. Media Tayang Kaku contoh: transparensi,
slaid dan mikrofilem2. Media Tayang Bergerak contoh: pita video,
cakera padat digital dan filem3. Bahan Grafik contoh: lukisan,
poster, kartun, carta dan graf4. Gambar kaku gambar contoh: foto,
kad imbasan dan poskad5. Bahan Pameran Tiga-Dimensi contoh: model,
boneka, diorama dan puppet6. Papan Paparan/Pameran contoh: papan
kapur, papan putih, papan flanel danpapan bulletin7. Media Audio
contoh: pita kaset, cakera padat dan computer8. Media Cetak contoh:
modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah
FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
RENUNGAN
Apakah fungsi media di dalam proses P&P? Bagaimanakah media
dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses P&P? Sesuatu
media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan
objektif pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran
seharusnya daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan
mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak.
Antara fungsi media pengajaran ialah:
(a) Memperjelaskan Penyampaian MesejAnggapan, perkataan sudah
memadai untuk menyatakan sesuatu mesej seringkali menyebabkan kita
menghadapi pelbagai masalah komunikasi. Adalah lebih berkesan jika
perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit
maknanya. Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan
akan lebih berkesan dan menarik seperti melalui penggunaan animasi,
bunyi dan muzik dapat dilakukan.
(b) Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera
Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu
dan pancaindera:(i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh
digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau
video.(ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat
dibantu dengan timelapse atau high-speed photography.(iii) Kejadian
yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk
filem,gambar foto mahupun secara lisan.(iv) Objek yang terlalu
kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalambentuk model,
gambar rajah, dll.(v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat
divisualkan.
(c) Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi
Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat
mengatasisikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat,
meningkatkan interaksi dankefahaman pelajar tentang realiti.
Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan
keselesaan masing-masing.
(d) Pengalaman dan Persepsi yang Sama
Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi
setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah
dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami
kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana
kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi
yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan
berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar
secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang
sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.
FIKIR-FIKIR
Anda adalah seorang guru di sebuah sekolah. Penggunaan Media
Pengajaran memainkan peranan yang penting dalam proses P&P.
i. Terangkan maksud media pengajaranii. Nyatakan pengkelasan
media pengajaraniii. Nyatakan kelebihan penggunaan media
pengajaranLangkah-langkah membina media pengajaran haruslah
mengandungi aspekberikut;
Analisiso Keperluano Kandungan Topiko Pelajar -Hasilan
pembelajarano Objektif.
Pemilihan Bahano Jenis Mediao Ciri Mediao Kesesuaian
Reka bentuko Mediao Proses pengintegrasian dalam P&Po
Rancangkan penglibatan pelajar.
Pembinaano Pengguaan perkakasan, peralatan dan perisiano
Penerbitan.
Pelaksanaano Penggunaan dalam P&P
Penilaiano Semak perancangan anda.o Maklumbalas sebelum
pelaksanaano Maklumbalas semasa pelaksanaano Maklumbalas selepas
pelaksanaan
FIKIR-FIKIR
a)Bincangkan apa yang dimaksudkan media pengajaran?,b) Nyatakan
ciri-ciri dan jenis-jenis media pengajaran.c) Bincangkan apakah
kesan dan kepentingan media pengajaran dalam proses P&P.d)
Dengan menggunakan persembahan elektronik atau perisian yang sesuai
bina carta atau pengurusan grafik yang sesuai untuk menunjukkan
klasifikasi media pengajaran.
REFLEKSI
1. Apakah yang kita faham tentang media pengajaran?2. Apakah
perbezaan antara teknologi pengajaran berbanding dengan media
pengajaran ?3. Apakah perbezaan antara media pengajaran dengan
sumber pengajaran?
LATIHAN1. Apakah yang dimaksudkan dengan media?2. Apakah fungsi
media dalam pengajaran dan pembelajaran?3. Terdapat pelbagai jenis
media yang boleh membantu guru-guru dalam melaksanakan pengajaran
di bilik darjah. Jelaskan klasifikasi tersebut dengan memberikan
contoh-contoh yang sesuai.4. Anda telah melalui pelbagai pengalaman
sebagai pelajar di sekolah. Berdasarkan pengalaman anda buat
penilaian dan refleksi tentang perbezaan pembelajaran melalui
penggunaan pelbagai media dengan pembelajaran tanpa penggunaan
media.5. Bagaimana media mampu membantu masyarakat menjadi
masyarakat yang berpendidikan.6. Apakah perbezaan antara media
dengan media dalam pengajaran?LATIHAN LANJUTAN
1. Dalam pengkelasan media pengajaran, Edgar Dale (1946) telah
membina "Kon Pengalaman Dale". Apakah yang dimaksudkan dengan "Kon
Pengalaman Dale"? Apakah pula pendapat Brunner (1966) mengenai kon
yang sama?2. Lukiskan 1 carta aliran (langkah-langkah) penyediaan
media pengajaran.
Model Assure
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru
merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan
tugas ini , guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang
sesuai.
Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan
pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak
terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan
tersusun.Perancangan yang dimaksudkan ialah susunatur pengajaran
agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne (1985)
menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang
secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu
disusun secara berperingkat-peringkat.
Peringkat-peringkat berkenaan adalah1. Tarik perhatian
pelajar.2. Beritahu objektif pembelajaran.3. Cungkil dan kaitkan
pengetahuan sedia ada pelajar.4. Sampaikan isi pelajaran/ bahan
pemgajaran dan pembelajaran.5. Bimbing pembelajaran pelajar.6. Uji
penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.7. Beri maklum
balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar.8. Taksir pencapaian
pelajar.9. Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran.Model
ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat
memanfaatkan penggunaan media.
Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran
pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat
membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik
darjah masing-masing.
Model ASSUREAplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang
dapat menjamin kejayaan.
1. Analyse Learners(Analisis Pelajar)2. State Objectives(
Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)3. Select methods, media and
materials( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)4. Utilize media
and materials( Guna media dan bahan sumber)5. Require learner
participation(Libatkan pelajar dalam pembelajaran)6. Evaluate and
revise(Nilai dan semak semula)1. Analisis PelajarMenganalisis
kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita
merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar
dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:1. Ciri-ciri umum
pelajar.2. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.3. Gaya belajar
Ciri-ciri umum pelajarCiri umum pelajar termasuklah umur, tahun,
kelas, aliran, jantina, penempatan/daerah/kawasan, budaya dan
seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan
dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam
penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui
penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media
cetak.
Pengetahuan sedia adaSetiap pelajar mempunyai pengalaman yang
berbeza. Analisis pengetahuandan pengalaman sedia ada pelajar dapat
membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada
pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui
ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian
pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesi soaljawab di
dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan
pengalaman pelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi
guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang
sesuai yang akan digunakan.
Gaya Pembelajaran PelajarPelajar mempunyai gaya pembelajaran
yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara
yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai
pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat
membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang
efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan
modelMutiple IntelligenceGadner adalah beberapa contoh model gaya
pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara
individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor
motivasi dan tingkah laku belajar.
2. Nyatakan Objektif/Hasil PembelajaranObjektif pengajaran dan
pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala
tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar
boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif
mesti spesifik.
Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan
kaedajh penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan
langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin
dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih
dahulu.
Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat
kriteria berikut:1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan
sasar)2. Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan
baru)3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)4. Aoakah
tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)
Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar) Fokus penulisan
pbjektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah
pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif
dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun
fizikal.
Apakah yang hendak dicapai? Apakah bentuk pelakuan baru)Apakah
yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang
dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah
yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga
hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antara perkataan
yang sesuai digunakan ialah melakar menamakan meramal membaca
menjawab melukis menilai melabel menjelas
Situasi dan Syarat PerlakuanApakah syarat pelakuan? Pencapaian
objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat
bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan
syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan
suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran.Bagaimana hendak
dicapai? (Apakah syarat pelakuan)Situasi atau syarat pelakuan
bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru
menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang
sesuai.
Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)Darjah
pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah
ketepatan, kualiti atau kuantititingkah laku, tempuh masa yang
ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan
membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar
yang belum mencapai objektig pengajaran dan pembelajaran dalam
bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan
tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif.
Contih penulisan objektif pengajaran dan pembelajaranPada akhir
pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat melabel nama
negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia
sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu. Menamakan secara
lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai
sultan.
3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan SumberSetiap perancangan
pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan
bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses
pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut: Membuat
keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang
hendak dicapai. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang
dipilih. Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber
pembelajaran.Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh
Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuaim
soalan-soalan berikut perlu ditanya. Adakah bahan ini menepati
kurikulum? Adakah isipelajaran menepati kurikulum? Adakah laras
bahasanya jelas? Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan
pelajar? Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar?
Adakah bahan ini berkualiti? Adakah bukti yang menunjukkan bahan
ini berkesan? Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan
kecenderungan memihak? Adakah ada panduan pengguna?
Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan
objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.
4. Gunakan Media dan Bahan Sumber
Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan
pelajar. Bagi memasyikan kejayaan penggunaan media dan bahan,
sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.
Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam
kelas. Guru hendaklah menhkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang
telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan
bahan tersebut nemar-benar sesuai dengan kumpulan pelajarm objektif
pengajaran dan pembelajaran. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam
kelas. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.
5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran
Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau
berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang
kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori
behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar
akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti
pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi,
latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus
mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat
membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar,
Gambar foto, slaidm gambar bersiri, video dapat mencetuskan
perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti
penyelesaian masalah.
6. Nilai dan Semak Semula
Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya
langkah ini menyentuh dua aspekpenilaian aiitu penilaian
pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan
pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan
pelajar.
LATIHANJawab SEMUA soalan1. Terdapat enam langkah dalam model
ASSURE.Senaraikan langkah-langkah tersebut.Pilih dua langkah
daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah
berkenaan. Huraian hendaklah disertakan contoh yang sesuai dengan
subjek pengkhususan anda.2. Anda hendak menyediakan satu rancangan
persediaan mengajar bagi satu topik pelajaran subjek anda. Sediakan
dua objektif pengajaran pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri
pelajar.3. Pilih media yang sesuai bagi topik yang
berkenaan.Berikan rasional pemilihan tersebut,4. Dalam fasa
analisis learner, aspek pelajar adalah diutamakan. Apakah ciri-ciri
umum pelajar yang dapat dikaitkan dengan Model ASSURE.5. Model
Mutiple Intelligence adalah satu contoh gaya pembelajaran.
Terangkan ciri-ciri yang terdapat dalam model ini. Berikan contoh
berdasarkan subjek pengkhususan anda.6. Perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran memerlukan kemahiran guru menggunakan media pengajaran
semasa memberikan input kepada pelajar penting untuk mendapatkan
perhatian pelajar. Pilih kemahiran guru yang sesuai untuk
mendapatkan kemahiran pelajar.7. Sediakan satu contoh Rancangan
Pelajaran Harian (RPH) matapelajaran pengkhususan anda. Bagaimana
Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda.
JAWAPAN1.Terdapatenamlangkah dalammodel ASSURE.Senaraikan
langkah-langkah tersebut.Pilihdualangkah daripadanya dan huraikan
secara terperinci langkah-langkah berkenaan. Huraian hendaklah
disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda.Enam
langkah dalam model ASSURE.A= Analyse learner (Analisis pelajar).S=
State objectives (Nyatakan objektif).S= Select, modify or make
media (Pilih Kaedah, Media dan Bahan)U= Use media (Gunakan media)R=
Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar).E=
Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan).A = Analyse
learner (Analisis pelajar).Terdapat 3 perkara penting untuk
menganalisis ciri-ciri pelajar:(a) Ciri-ciri umumMerupakan
deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi
dan sebagainya.
(b) Kompetensi khususBerkait dengan pengetahuan dan kemahiran
sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.(c) Gaya
pembelajaranMerujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat
menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan
bertindak balas dengan persekitaran.Tidak semua orang mempunyai
kebolehan yang sama ;tidak semua orang belajar dengan cara yang
sama-GardnerTabiat Pemprosesan MaklumatUrutan Konkritpengalaman
secara hands-on mengikut urutan logikal Buku Kerja Pengajaran
Terancang (PI) Tunjukcara Pendekatan Makmal berstruturUrutan
Abstrak -pelajar mampu mendekod maklumat verbal & simbolik
dengan mudah Persembahan Verbal (reading presentation) Mendengar
persembahanRawak Konkrikmenjurus kepada pendekatan cuba jaya (TNE)
Permainan Simulasi Projek pembelajaran kendiri Kaedah penemuanRawak
Abstrak tangapan makna (pemahaman) dari persembahan perantara
(manusia) dan respons pada nada dan gaya penyampai Perbincangan
kumpulan Kuliah dengan sesi soal jawab Video TelevisyenS = Select
modify or make media (Pilih Kaedah, Media dan
Bahan)Terdapat3langkah dalam pemilihan kaedah, media dan bahan
pengajaran.a) Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan
pembelajaran.Sesuatu sesi pengajaran kemungkinan mengambil kira dua
atau lebih kaedah untuk melayani tujuan yang berlainan dalam
perkembangan pelajaran.Seperti Set Induksi dimulakan dengan kaedah
simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi latihan dan latih tubi
untuk mempelajari kemahiran yang baru.
b) Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang
dipilih.Pemilihan media berasaskan kriteria yang tertentu:1.
Sepadan dengan kurikulum2. Maklumat tepat dan terkini3. Bahasa yang
jelas dan tepat4. Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar5.
Menggalakkan penglibatan pelajar6. Mempunyai teknikal kualiti yang
baik.7. Terdapat bukti keberkesanannya8. Bebas daripada bias.9.
Mempunyai buku panduan yang lengkap.(c) Mereka bentuk mediaBagi
mereka bentuk media, ia terdiri daripada:Media sedia adaUbah suai
media yang sedia adaMereka bentuk media yang baruTujuh perkara yang
perlu diambil kira untuk mengubahsuai media yang tersedia atau
menyediakannya sendiri.1. Objektif2. Pelajar3. Kos4. Kepakaran
teknikal5. Peralatan6. Fasiliti7. Masa
Gunakan Media dan Bahan
Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik:1. Preview
bahan2. Sediakan bahan3. Sediakan persekitaran4. Sediakan pelajar5.
Sediakan pengalaman pembelajaran2.Anda hendak menyediakansatu
rancangan persediaan mengajar bagi satu topik pelajaran subjek
anda. Sediakandua objektifpengajaran pembelajaransetelah
menganalisis ciri-ciri pelajar.Objektif pembelajarana. Objektif
pembelajaran mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan
kurikulum atau buku teks.b. Penentuan objektif adalah berdasarkan
kepada peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai, keadaan
dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.Contoh: Diberi
satu keratan akhbar yang mengandungi 200 patah perkataan
(Keadaan/syarat pembelajaran), boleh membaca keratan akhbar
tersebut (Prestasi) dengan lancar dan jelas (Kriteria/darjah
pencapaian).
Objektif Pembelajaran Ikan Hiasan Tahun 5Di akhir pembelajaran
ini pelajar berupaya :
1. Mengenal, melabel bahagian luar ikan dan menyenarai spesis
ikan hiasan tropika2. Memilih ikan hiasan untuk dipelihara.3.
Mengenal, memilih dan menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium.4.
mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan.5. mengenal pasti
kandungan mutu air.6. mengenal pasti simptom penyakit biasa pada
ikan hiasan.7. menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium.
3.Pilih media yang sesuaibagi topik yang berkenaan. Berikan
rasional pemilihan tersebut,Seseorang guru harus tahu dan bijak
untuk memilih media pengajaran, faktor-faktor berikut perlu
diberikan perhatian:1. Kesesuaian2. Peringkat
penerimaan/kefahaman3. Pemerolehan4. Harga5. MutuProfesionalisme
seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah
satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran
dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan
telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan
kepentingan media pengajaran dalam pendidikan seperti penggunaan
computer dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, ia dapat
memberikan kemudahan seperti berikut : Pengajaran lebih terancang
Melibatkan pelbagai deria Memperkayakan pengalaman Perluasan
batasan komunikasi Pembelajaran individu Keseronokan
belajar/motivasi Sumber maklumat Menolong membentuk gambaran yang
betul dalam fikiran murid. Menguat dan mengekalkan daya ingatan
Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit Memberikan gambaran dan
peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah Menjimatkan
masa Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas
Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaranSelain itu,menurut
kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran
berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria
masing-masing.Deria% Penerimaan
Mata70
Hidung5
Mulut4
Telinga15
Rasa/sentuhan6
4.Dalam fasa analisis learner, aspek pelajar adalah diutamakan.
Apakah ciri-ciri umum pelajar yang dapat dikaitkan dengan Model
ASSURE
Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media,
teknologi dan kaedah yang sesuai dengan pelajar. Sebagai contoh,
jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai
menggunakan bahan bukan cetak. Begitu juga jika pelajar itu lemah
dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi menggunakan instruksi
berbantu computer. Guru harus juga memilih media yang sesuai bagi
kumpulan pelajar yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau
yang mempunyai budaya atau nilai tertentu. Bagi pelajar yang tidak
atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih jenis
media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah
simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi.
Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan
menggunakan pengalaman enaktif (pengalaman sebenar, simulasi atau
lawatan) atau pengalaman ikonik (Video, CD) seperti yang terdapat
dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale.Bagi kumpulan heterogenus
iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan atau
pengalaman yang sangat berbeza, guru boleh memilih bahan pandang
dengar atau multimedia seperti persembahan video atau PowerPoint.
Media dan teknologi ini dapat memberi asas kepada kumpulan
berkenaan untuk memulakan perbincangan kumpulan atau belajar secara
individu.Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa
untuk menganalisis pelajar kerana pertama kali bertemu dengan
pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai kebolehan dan
pengalaman. Dalam situasi ini, guru boleh berbincang lebih awal
dengan pelajar atau mendapatkan rekod akademik pelajar supaya dapat
ditentukan jenis media dan kaedah yang diperlukan. Penceramah
biasanya tidak dapat menganalisis penontonnya dan cara yang paling
baik ialah datang lebih awal supaya dapat sedikit maklumat tentang
pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap atau minat mereka.Soalan
5ModelMutiple Intelligence adalah satu contoh gaya pembelajaran.
Terangkan ciri-ciri yang terdapat dalam model ini. Berikan contoh
berdasarkan subjek pengkhususan anda.Mutiple Intelligence atau
dalam bahasa melayunya ialahpelbagai kecerdasan.Berikut ialah apa
yang saya telah pelajari contoh gaya pembelajaran;Pelbagai
Kecerdasan dan Kemahiran BerfikirDalam kes ini, para pelajar perlu
memahami lapan kecerdasan (eight multiple intelligences) dan
kemahiran berfikir yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar
dalam apa juga bentuk pengajaran, sama ada secara kontekstual atau
masteri.Mengapa Lapan kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu
Dikembangkan?1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya lapan
kecerdasan yang perlu dikembangkan.2. kemahiran berfikir adalah
penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup.3. Untuk
menguasai sesuatu yang diajar, para pelajar anda seharusnya mahir
berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.Bagaimana Lapan Kecerdasan Dikembangkan?Teori
Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada
tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di
Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur
tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu
terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan
yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan
manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah
dikenal pasti adalah seperti berikut:a. Bahasab. Logik-Matematikc.
Ruang (spatial)d. Muzike. Kinestatikf. Interpersonalg.
Intapersonalh. Nature SmartLapan kecerdasan tersebut tidak diajar
sebagai satu topik yang berasingan, tetapi dikembangkan secara
penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Ciri-ciri lapan kecerdasan boleh digambarkan secara ringkas
melalui jadual berikut:KecerdasanCerdas dalamPekerjaan
1. BahasaMenulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi
ucapan.Penulis, penyajak, penceramah
2. Logik MatematikMenaakul, kiraan, membuat analisisSaintis,
jurutera, akauntan
3. Ruang (spatial)Mencorak, melukis, mengukirPelukis,
pengukir
4. MuzikMencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memainkan alat
muzikPencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik.
5. KinestatikGerakan, tarian, lakonan, sukan, permainanAtlet,
pemain bola sepak, peninju, penari,, pelakon.
6. InterpersonalPerhubungan manusiaDiplomat, ahli politik,
peniaga
7. IntrapersonalNilai murni, pendirian, falsafahPengarang,
penyajak, ahli falsafah
8. Nature SmartMengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai
jenis flora dan faunaPetani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang
Bandar, Geologist
Guru boleh mengembangkan kecerdasan-kecerdasan berkenaan dengan
aktiviti-aktiviti berkaitan bahasa berkenaan:i. Pembelajaran
koperatif: Mengembangkan kecerdasan interpersonal.ii. Lakonan,
permainan simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan
kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang.iii.
Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep;
mengembangkan kecerdasan ruang.iv. menyanyi lagu, menulis lirik
atau seni kata lagu; mengembangkan kecerdasan muzik.Guru juga boleh
memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik
seperti kemahiran-kemahiran berikut:i. Menaakul secara logik.ii.
Membuat kiraan.iii. Membuat analisis seperti membanding, membeza,
mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir.iv. Membuat
sintesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis,
rumusan.v. Membuat keputusanvi. Menyelesaikan masalah.Soalan
6Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran guru
menggunakan media pengajaransemasa memberikaninput kepada pelajar
penting untuk mendapatkan perhatian pelajar. Pilihkemahiranguru
yang sesuai untuk mendapatkan kemahiran pelajar.Mengapa Guru Perlu
Menggunakan Media PengajaranProfesionalisme seseorang guru dapat
dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya
ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan
media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di
dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media
pengajaran dalam pendidikan. Artikel ini akan membincangkan peranan
media pengajaran dan faedah kepada guru dan murid. Dengan
penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai
seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir
pengajaran yang mana akan dapat membantu murid memahami dan
mengingati sesuatu fakta dan ilmu. Menurut kajian, peratus
penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah
dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing. Deria %
Penerimaan Mata 70%, Hidung 5%, Mulut 4%, Telinga 15%,
Rasa/sentuhan 6%.Kepentingan media pengajaran dalam proses
pengajaran pembelajaran ialah seperti berikut: Pengajaran lebih
terancang Melibatkan pelbagai deria Memperkayakan pengalaman
Perluasan batasan komunikasi Pembelajaran individu Keseronokan
belajar/motivasi Sumber maklumat Menolong membentuk gambaran yang
betul dalam fikiran murid. Menguat dan mengekalkan daya ingatan
Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit Memberikan gambaran dan
peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah Menjimatkan
masa Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas
Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaranPemilihan Media
PengajaranSeseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media
pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian:1.
Kesesuaian2. Peringkat penerimaan/kefahaman3. Pemerolehan4. Harga5.
MutuKesesuaianSebelum memilih sesuatu media pengajaran, guru perlu
menetapkan objektif yang hendak dicapai terlebih dahulu. Contohnya,
kalau objektif guru adalah supaya murid mengetahui tentang bunyi
sebutan perkataan yang betul di dalam pembelajaran bahasa kedua,
dan di samping membetulkan bunyi sebutannya, maka murid perlu
mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang betul ialah alat perakam
audio. Boleh juga alat perakam audio digabungkan dengan carta dan
sebagainya jika difikirkan mustahak. Sesuatu media dianggap sesuai
jika memenuhi syarat berikut: Memenuhi kehendak isi dan objektif
murid Memudahkan kefahaman murid Memerlukan latihan yang minimum
untuk menggunakannya Menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran
yang menyeronokkan Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga
senang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
Selamat digunakan oleh muridPeringkat penerimaan/kefahamanMungkin
isi kandungan media yang dipilih itu sesuai, tetapi cara
penyampaian atau peringkat penerimaan murid adalah tidak setara
dengan keupayaan mereka. Dengan lain perkataan media tersebut tidak
setanding dengan keupayaan murid untuk menerima dan memahami isi
kandungan yang disampaikan oleh media tersebut. Ini berlaku kepada
media yang telah siap tersedia oleh pihak-pihak tertentu seperti
syarikat pengeluar media tersebut. Untuk mengelakkan perkara ini,
media perlulah dihasilkan sendiri oleh guru yang mengajar. Media
yang dapat memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang
hendak disampaikan hendaklah dipilih.HargaSesuatu media yang hendak
digunakan hendaklah diperolehi dengan mudah dan harga yang murah.
Media elektronik tidak dapat dinafikan mempunyai keupayaan yang
lebih baik walaupun harganya mahal. Sekiranya harga tidak menjadi
masalah, pilihlah media yang dapat memberikan kesan yang lebih
baik. Kos adalah munasabah dan tidak terlalu
membebankan.PemerolehanSeseorang guru yang merancang menggunakan
media pengajaran, perlu mengenal pasti pemerolehan sesuatu media
itu. Adakah media tersebut ada di pusat sumber atau sekolah
masing-masing? Bolehkah media tersebut disediakan dengan mudah?
Sekiranya mudah diperolehi, akan mendorongkan seseorang guru
menggunakannya dengan lebih kerap.MutuSekiranya faktor-faktor di
atas sudah dipenuhi, apakah guru akan menolak penggunaan media
tersebut kerana mutu yang rendah? Sesuatu objektif pembelajaran
tidak akan tercapai sekiranya mutu media yang digunakan itu tidak
elok seperti warna, suara dan tulisan yang tidak jelas.Penghasilan
MediaKebanyakan media yang ada di pasaran adalah dipasarkan untuk
mencari keuntungan tanpa memenuhi kehendak dan keperluan tertentu
guru dan murid. Oleh itu untuk menyediakan media yang sesuai, guru
perlulah membuat sendiri. Banyak sekali faedah yang diperolehi dari
penghasilan media oleh guru seperti berikut: Isi kandungan yang
sesuai dengan sukatan sekolah Objektif pengajaran pembelajaran
disusun dengan lebih tepat Jika dilibatkan murid dalam penghasilan
media, akan dapat mengukuhkan lagi daya ingatan dan meberikan
pengalaman yang berguna kepada murid Menambahkan koleksi pusat
sumber sekolah di samping menjimatkan kosBeberapa aspek yang perlu
dititik beratkan dalam penghasilan media adalah seperti berikut:
Pengetahuan mengenai bahan yang hendak dihasilkan (isi kandungan)
Kemahiran untuk penghasilan Mempunyai daya kreatif Tenaga untuk
penghasilan Alatan khas yang diperlukan Masa KosSoalan
7Sediakansatu contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) matapelajaran
pengkhususan anda. Bagaimana Model ASSURE dapat diintegrasikan
dalam pembinaan RPH anda.Refleksi
Sebelum______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Refleksi
Selepas______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Model
ASSUREODELASSUREA -Analyze Learners (Analisis Pelajar)S -State
Objectives (Nyatakan Objektif)S -Select Methods, Media &
Materials (Pilih kaedah, media dan bahan)U- Utilize Media &
Materials (Gunakan media dan bahan)R -Require Learner Participation
(Pelajar mengambil bahagian)E -Evaluate & Revise (Nilai dan
UbahsuaiModel ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda
melalui apa yang saya terangkan di bawah ini.Kenalpasti ciri-ciri
peringkatmasuk (pengetahuan sedia ada) berkaitan dengan tajuk dan
isi kandungan (pengetahuan, kemahiran dan sikap) sebelum seseorang
itu ingin membuat Rancangan pengajaran Harian (RPH).Menyatakan
objektif-objektif pembelajaran secara khusus di dalam RPH.Biasanya
objektif diambil daripadasukatan, panduan kurikulum ataubuku teks.
Penentuan objektif berdasarkan peringkat prestasi yang ingin
dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteriakriteria atau darjah
pencapaian.Model ASSURE.Memilih media bahan yang sesuai harus
difikirkan sebelum membuat RPH.Dipilih berdasarkan tingkat
kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang
ingin dicapai. Menyediakan bahan yang sesuai, tempat-tempat
belajar, makmal dan pusat sumber yang cukup. Menyediakan set
induksi yang menarik bersesuaian dengan tujuan dan objektif
pembelajaran.Libatkan pelajar semasa dalam PNP.Dalam proses
pembelajaran, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran
(membuat latihan, simulasi, perbincangan, latihtubi, kuiz dan
lain-lain) Pengukuhan serta-merta diberikan akan menghasilkan
tindakbalas yang betul.Nilai dan semak semula bahan yang telah
diletakkan dalam RPH-Penilaian dan semakan semula perlu dijalankan
di akhir pembelajaran.-Tujuannya adalah untuk mengesan:Adakah
objektif tercapai? Adakah alat atau bahan dapat membantu
pembelajaran? Adakah pelajar mengendalikan bahan dengan betul?
Adakah suasana pembelajaran selesa?
Asas GrafikTAJUK 5 Reka Bentuk Visual (6 jam + 8 jam)1. Tajuk
ini mengandungi prinsip-prinsip visual bagi penghasilan media
pengajaran.2. Ia memuatkan elemen dan prinsip reka bentuk visual
memandangkan kebanyakan media mengandungi atribut visual.3.
Prinsip-prinsip di atas diaplikasikan melalui penghasilan
bahan-bahan media unjuran dan bukan unjuran.
HASIL PEMBELAJARAN1. Menghuraikan kepentingan visual dalam
pengajaran.2. Menyatakan peranan visual dalam pengajaran3.
Menyatakan prinsip reka bentuk visual.4. Menyenarai dan menjelaskan
komposisi visual yang menggabungkan elemen dan prinsip visual
dengan baik.
Sub-tajuk:1. Rekabentuk Visual2. Peranan Visual Dalam
Pengajaran3. Prinsip Asas Rekabentuk Visual4. Asas Grafik5. Grafik
digital6. Asas Fotografi7. OHP
REKABENTUK VISUAL
RENUNGAN Berikan contoh-contoh reka bentuk visual semula jadi
yang terdapat di sekeliling anda? Apakah kelebihan bentuk tiga
dimensi? Kenapa grafik perlu digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran?
Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan
konkrit yang lebihbaik daripada pernyataan secara lisan atau
bertulis. Ini bermakna fungsi utamavisual adalah untuk komunikasi
dalam pengajaran. Justeru,peranan visual dalam pembelajaran adalah
amat penting.Namun,sebahagian besar daripada kejayaan kerana bahan
visual, adalah berdasarkan ada pada visual tersebut. Ini hasil
daripada perancangan yang rapi dankesesuaian teknik digunakan.
PERANAN VISUAL DALAM PENGAJARAN
Visual membantu menyediakan panduan konkrit sesuatu idea. Visual
ikonik umpamanya membantu ingatan untuk menghubungkan idea.
Visualmemotivasikan pelajar dengan cara menarik perhatian, mengekal
perhatian danmenghasilkan maklum balas emosi. Visual dapat
menghuraikan maklumat yangsukar difahami. Visual juga dapat
menggambarkan perkaitanantara unsur-unsurberlainan.1. Visual jika
digunakan bersama teknologi pengajaran dapat
meningkatkanpencapaian2. Menjadikan idea (perkataan) lebih
konkrit3. Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan
mengekalkan perhatian pelajar4. Memudahkan idea atau maklumat yang
sukar difahami5. Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama
kapur dan tutur6. Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi
bentuk bukan visualseperti tutur atau perkataan7. Rebentuk visual
yang baik dapat meningkat komunikasi antara punca (Guru) dan
penerima (pelajar)8. Mempastikan kebolehbacaan (dapat lihat
perkataan dan imej dengan jelas)9. Mudah untuk interpretasi
mesej10. Dapat libatkan dan tarik perhatian pelajar11. Dapat tarik
perhatian kepada perkara yang terpenting
Tipografi adalah olahan visual teks untuk menjelaskan jadual,
carta, peta, gambar rajah atau ilustrasi. Tipografi melibatkan
pemilihan jenis huruf/fon, reka letak dan penempatan teks di atas
skrin berbanding dengan saiz skrin dan teks lain dan penggunaan
petanda atau signal seperti tajuk, prakata, rumusan, dan lain-lain
lagi
Untuk menyediakan visual yang baik dalam media, guru harus
pertimbangkan tiga elemen reka bentuk visual berikut: Elemen Visual
(Pilih jenis visual) Elemen Verbal (Pilih jenis huruf) Elemen yang
menarik perhatian (Kejutan, tektur, interaksi)
PRINSIP ASAS REKABENTUK VISUAL
Prinsip Asas Rekabentuk Visual dibahagikan kepada tiga
kumpulanVisual : memilih dan mengendalikan elemen visualCorak:
memilih corak untuk memapar elemenSusunan : menyusun elemen
membentuk corak
Elemen Reka Bentuk Visual Elemen Visual Elemen Lisan Elemen
Tarikan Realistik Stail Huruf Bilangan Luar Biasa Permukaan Warna
Interaksi Saiz Jarak Analogi Organisasi
ATRIBUT VISUAL Atribut Visual Visual Unjuran Visual Bukan
Unjuran Tranparensi Video Objek sebenar Model Bahan Bercetak Kerja
Lapangan Papan Paparan
KONSEP DAN FUNGSI VISUAL
Visual boleh didapati dalam tiga bentuk, iaitu fotografik,
elektronik dan grafik. Fotografik dan video adalah visual yang
mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu
menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar.
Bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara artistik atau
simbolik.
RENUNGAN1. Kenapa dalam kehidupan kita warna memain peranan yang
penting? Kenapa bentuk sesuatu objek kadangkala memberi pelajar?2.
Berikan SATU contoh bagaimana prinsip grafik berkaitan dengan
kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual
yang dihasilkan menarik dan berkesan. Visual analogik menerangkan
sesuatu konsep dengan menunjukkan sesua simbol yang dianggap dapat
mewakili kon kartun dilukis bagi mewakili peristiwa sel darah putih
menyerang bakteria. Di sinkarektor kartun dilukis menyamai konsep
asal. Visual organisasi merangkumi carta aliran graf, peta, carta
kategori dan sebagainya.
Lima elemenASAS GRAFIK
Enam prinsip grafik akan dibincangkan iaitu: simpl dominan;
pola; seimbang; variasi; dan
harmoni.
ASAS FOTOGRAFI
Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah
mahupun yang mahal. Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang
mempunyai lubang untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan
mempunyai ruang untukmeletakkan filem dibahagian yang
lainnya.Lubang ini membolehkan cahaya masukke dalam kotak dan
menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk
membentukimej.
FIKIR-FIKIRSejauh manakah fotografi penting dalam proses
pembinaan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran?Berdasarkan topik
sesuatu matapelajaran, hasilkan sekurang-kurang 5 keping cetakan
fotografi dengan menggunakan beberapa teknik-teknik pengambaran.
Lekatkan gambar-gambar yang diambil pada kertas A4, dan terangkan
apakah teknik-teknik pengambilan foto yang telah digunakan ketika
mengambil gambar tersebut.
Anda ialah seorang jurufoto bertauliah yang bekerja di sebuah
institut pengajian tinggi. Anda diminta memberi satu taklimat
tentang Kamera SLR (single lens reflex), Kamera TLR (twin lens
reflex) dan Kamera Digital. Maklumat anda juga perlu menekankan
aspek pemilihan filem dan pemahaman tentang bacaan shutter
speed.
PENGGUNAAN BAHAN TRANSPARENSI (LUTSINAR)
Subtajuk:Prinsip Penghasilan TransparensiBahagian-bahagian dan
fungsi OHP Pengendalian OHP Jenis-jenis transparensi Teknik
penyediaan dan persembahan transparensi
RENUNGAN
Jelaskan bagaimana untuk menghasilkan transparensi dan cara
penggunaannya bagi membantu proses P&P menjadi lebih berkesan.
Keperluan perkakasan yang diperlukan ialah Projektor Over
Head/Projektor lutsinar (OHP)
Teknik Penghasilan Transparensia. Tulis Terusb. Bertingkapc.
Berjalurd. Bertindihe. Pusingan
Jenis-Jenis Lutsinara. Tulis Terus (write-on)b. Thermal
(infra-merah)c. Fotokopid. Ink-jet Film
FIKIR-FIKIR1. Kenapa tranparensi masih menjadi pilihan guru
dalam pengajaran walaupun terdapat pelbagai pilihan teknologi yang
lain?2. Bincangkan juga kekangan atau had penggunaan OHP.
LATIHAN1. Apakah yang dimaksudkan grafik?2. Anda bercadang untuk
menghasilkan bahan grafik untuk mengajar tema 'Pencemaran Alam
Sekitar". Dengan menggunakan lukisan lakaran grafik, jelaskan dua
asas reka letak visual yang anda rancangkan untuk bahan tersebut.3.
Pernahkan anda melibat persembahan grafik yang menarik? Pada
pendapat anda, apakah yang anda mengatakan bahan persembahan itu
menarik?
Soalan aneka pilihan
1. padanan-padanan berikut merupakan sifat utama elemen asas
reka grafik kecualiA. titik tidak berukuran dan tidak berarahB.
garisan berukuran panjang, lebar dan tinggiC. ruang kawasan kosong
sekeliling sesuatu objekD. bentuk keluasan, ketinggian, dan jisim
yang lebih daripada satu permukaan
Fahami maksud sajak berikutDalam suasana yang dingin Kulihat
pohon-pohon melambai-lembutDeruan angin sepoi-sepoi bahasaMenyapa
rinduku padamu
2. Sekiranya anda diminta untuk menterjemahkan maksud sajak
tersebut kepada satu bahan grafik, apakah antara warna yang paling
tepat mengungkapkan maksud sajak tersebut?A. Kuning dan jinggaB.
Merah dan putihC. Putih dan hitamD. Biru dan hijau
Penggunaan Bahan 2DBahan-bahan Dua Dimensi
Keperluan VisualBahan 2DBahan 3DMedia Dlm P&PPapan
PengajaranProjektorTransperasi
Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis
atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau
permukaan rata.Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam
bilik darjah termasuklah:a. Gambarb. Grafikc. Cartad. Petae. Graff.
Posterg. Kad Imbasanh. Kad Gambar
Gambar atau gambarfotoGambar sama ada dalam bentuk hitam putih
atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia,
tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas
foto atau filem. Ada kemungkinan gambar foto tersebut telah
dihasikan sendiri oleh guru atau dibekalkan oleh pihak-pihak
tertentu. Untuk tujuan pendidikan, pelbagai bentuk dan jenis gambar
foto boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia,
aktiviti-aktiviti harian,sejarah sains, hobi dan lain-lain.
Kelebihan GambarfotoGambar boleh menerangkan dengan jelas
konsep-konsep abstrak kepada ide-ide yang maujud dan formal. Gambar
mudah didapati dan mudah dihasilkan.Tidak memerlukan peralatan khas
untuk menggunakan gambar kecuali ianya terlalu kecil.
Penggunaan gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat
pengajaran pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup. Gambar
dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru
kepada murid dengan jelas dan tepat.
Kelemahan GambarfotoKadangkala ianya terlalu kecil untuk dilihat
dengan baik oleh murid-murid dalam sesuatu bilik darjah yang besar.
Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar sesuatu benda
kerana gambar berbentuk dua demensi.Kaku tiada pergerakan. Oleh
itu, mungkin konsep sebenarnya bahan yang ditunjukkan tidak dapat
sampai kepada murid dengan sepenuhnya.Kadangkala gambar yang
dipamerkan tidak mempunyai warna, maka penegasan kesahan tidak
dapat dibuktikan. Gambar foto hanya menunjukkan satu sudut
pandangan sahaja. Dengan itu mungkin murid tersilap membentuk
konsep mengenai sesuatu benda.Panduan Penggunaan Gambarfoto.Untuk
alat Bantu mengajar gunakan gambarfoto yang besar agar dapat
dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas. Semasa
digunakan, letak gambarfoto di atas alas atau pemegang atau kaki
atau diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar foto berkedudukan
tegap. Hadkan jumlah gambarfoto yang bakal digunakan pada satu-satu
masa. Gunakan satu gambar foto pada satu-satu ketika agar perhatian
murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual.Cuba tarik
perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan
dengan gambarfoto yang dipamerkan.
GrafikGrafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentu hitam
putih atau berwarna warni. Semasa menggunakan grafik, guru haruslah
berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan intepretasi
mengenai masej yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut. Setiap
individu mempunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan
mengenai maksud sesuatu garfik yang dilihatnya. Keadaan ini menjadi
dasar yang digunakan di dalam Ujian Warna Rorschach Color Test oleh
ahli-ahli psikologi untuk menguji personaliti seseorang.Guru
mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar
bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan. Semakin
rendah tahap penerimaan murid, semakin banyaklah panduan dan
bimbingan yang diperlukan untuk memastikanmesej yang betul diterima
daripada sebarang grafik yang digunakan.
CartaCarta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang
menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara-pekara yang
telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai
satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun
alran perubahan sesuatu. Sebelum carta dapat digunakan dengan
sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan bahawa carta
tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Secara amnya, carta
patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat
menyampaikan mesejnya melalui visual.
Jenis-jenis CartaCarta Organisasi yang menunjukan hubungan atau
rantaian pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam sesuatu
organisasi kumpulan dan sebagainya.
Carta Klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan
kategoribahan-bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi
haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.
Carta Masamenggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna
untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.
Carta Jadualmenunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang
memberi penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau
peristiwa akan berlaku
Carta Urutanmenggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau
prosedur atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan
tertentu. Carta ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya
mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu persatu.
GrafGraf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data
yang dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan
perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu. Graf adalah
satu pesembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran
dan pembelajaran.Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan.
Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah
bergantung kepada dua faktor penting; Kadar kesukaran fakta atau
data yang hendak disampaikan Tahap fahaman atau penerima murid.Agar
pengunaan graf menjadi amat efektif, guru patutlah memilih jenis
yang sesuai dengan keperluan faktor-faktor di atas.
Jenis-jenis graf Graf Bar atau Batang Graf Gambar atau Pictograf
Graf Bulat atau Pie Graf Garisan
Graf BarData-data ditukar menjadi blok atau selinder yang
mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf ini dilukis menegak,
di mana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti.Untuk pastikan
tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau
lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit
yang serupa. Graf Bar adalah mudah dibaca dan amat sesuai untuk
murid tahap rendah.
Graf Gambar atau PiktografDalam graf ini data-data ditukar
menjadi gambar atau symbol ringkas yang membawa nilai-nilai
tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai
dipapar tidak begitu tepat.Untuk pastikan tidak berlaku sebarang
kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat menulis unit
niali setiap gambar atau simbol yang digunkan itu dengan jelas dan
nyata.
Graf Bulat atau PieSatu bulatan dilukis dan bulatan itu
dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen. Setiap satu
segmen merupakan s