TENTATIF PROGRAM PPSDM ANTI BULI
MASAAKTIVITIOBJEKTIFPERSONALIA
7.30 hingga 8.00 pagiPendaftaran pesertaAJK PENGELOLA
8.00 hingga 8.15 pagiTaklimat programGBK PENGELOLA
8.15 hingga 9.00 pagiIce breaking / Pembahagian kumpulanGBK 1:
Noorzila bt Abu Bakar (SMK Suai)
9.00 hingga 10.00 pagiLDK 1Kenali diriGBK 2: Norhisyam (SMK
LBM)
10.00 hingga 10.30 pagiREHATGBK PENGELOLA
10.30 hingga 12.30 tengah hariLDK 2Kemahiran komunikasiGBK 3
& 4 (SMK Subis)
12.30 hingga 2.00 petangREHAT, MAKAN TENGAH HARI & SOLATGBK
PENGELOLA
2.00 hingga 4.00 petangTeam BuildingKerjasama kumpulan,
kemahiran berfikir kreatif & kritis, kemahiran menyelesai
masalah.GBK 5: Keretie Ballih (SMK Bekenu)GBK 6: Rega Dhevi
Marimuthu (SMK Bakong)
4.00 hingga 4.30 petangProgram Khas (Kejutan Hari Lahir
Pelajar)GBK 7: Siti Hazirah bt Abu Bakar(SMK Subis)
4.30 hingga 5.00 petangPenilaian & Rumusan programGBK
PENGELOLA
5.00 petangBersurai
Lagu tema : Sahabat (Najwa Latif) dan Gemuruh Jiwa (Faizal
Tahir)
LERAI BEDUNGAN (ICE BREAKING) AKTIVITI 1
Tajuk:Duit Oh Duit
Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:
1. menyedari bahawa manusia mempunyai nilai harga diri yang
tinggi.
2. memahami bahawa manusia saling memerlukan antara satu sama
lain.Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli
Masa:10 minit
Bahan:Contoh duit (Lampiran 1), Double-sided tape dan sampul
surat.
Langkah:
1. Peserta diminta untuk mengeluarkan sambul surat yang telah
diberikan semasa pendaftaran.2. Fasilitator meminta setiap peserta
membuka sampul surat yang diberi dan melihat nilai wang
diperoleh.3. Peserta menampal nilai wang tersebut di sebelah kiri
dada.
4. Peserta diminta membentuk kumpulan mengikut nilai wang yang
diarahkan oleh fasilitator.5. Semua peserta bergerak membina
kumpulan dengan nilai yang dinyatakan.- Contoh : 90 SEN, RM1.45,
RM2.83, RM4.92 dan RM5.006. Fasilitator membuat sesi rumusan dengan
para peserta.
Falsafah:
1. Murid tahu bahawa, sekecil mana pun potensi manusia itu, ia
adalah penting sebagai pelengkap kehidupan.
LERAI BEDUNGAN (ICE BREAKING) AKTIVITI 2
Tajuk : Saya kata Buat ini, buat ituObjektif : Pada akhir
aktiviti ini peserta dapat:
1. menyedari bahawa pentingnya untuk memberi fokus di dalam
sesuatu perkara.
2. cuba melakukan yang terbaik dengan menggunakan potensi yang
ada
Sasaran : Murid-murid terlibat dengan buli
Masa : 10 minitBahan : Tiada
Langkah :1. Semua peserta diminta berdiri, berselerak dan
menghadap fasilitator.2. Fasilitator memberi arahan :i. Apabila
disebut Saya kata buat ni diikuti dengan aksi/pergerakan tertentu,
semua peserta perlu ikutnya.ii. Apabila disebutkan Saya kata buat
itu dan ubah pergerakan baru , peserta tidak boleh ikutnya tetapi
masih terus membuat pergerakan sebelumnya.iii. Mereka yang salah
ikut arahan, keluar dari kumpulan dan akan dikenakan denda.iv.
Aktiviti dijalankan sehingga dapat beberapa pemenang.
Falsafah :Peserta perlu mendengar dengan teliti dan peka kepada
arahan yang disampaikan sambil bertindak dengan cepat.
LERAI BEDUNGAN (ICE BREAKING) AKTIVITI 3
Tajuk:BINGGO
Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:
1. Mengenali lebih ramai kenalan baru
2. Membina hubungan lebih mesra sesama rakan dan lebih
menghormati hak rakan-rakan lainSasaran:Murid-murid terlibat dengan
buli
Masa:10 minit
Bahan:BINGGO (Lampiran 2), dan pen
Langkah:
1. Peserta diberikan sehelai kertas BINGGO.
2. Di dalam masa 5 minit, semua peserta hendaklah memenuhkan
kertas BINGGO mereka dengan nama rakan-rakan yang mempunyai
cirri-ciri yang dinyatakan.
3. Fasilitator membuat sesi rumusan dengan para peserta dengan
cara memanggil beberapa peserta yang berjaya memenuhkan kad BINGGO
mereka dan meminta mereka memanggil rakan-rakan BINGGO mereka untuk
diperkenalkan kepada ahli-ahli lain di dalam kumpulan besar.
Falsafah:
1. Semua manusia mempunyai kehendak, keperluan dan minat berbeza
yang perlu kita hormati.
LERAI BEDUNGAN (ICE BREAKING) AKTIVITI 4
Tajuk:Aku Juara
Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:
1. menyedari bahawa manusia mempunyai rasa untuk menang atau
menguasai sesuatu perkara 2. memahami bahawa manusia perlu
mempunyai strategi dan perancangan untuk berjaya di dalam sesuatu
perkaraSasaran:Murid-murid terlibat dengan gejala buli
Masa:10 minit
Bahan:Belon, tali raffia, wisel
Langkah:
1. Semua peserta diberikan sebiji belon dan seutas tali rafia.2.
Semua peserta diarahkan meniup belon dan mengikat pada kaki masing
- masing.3. Apabila Fasilitator meniup wisel, para peserta
diarahkan untuk cuba memecahkan belon kawan-kawan dan pada masa
yang sama menyelamatkan belon yang ada pada kaki mereka dari
dipecahkan oleh rakan-rakan lain.
4. Setelah tamat masa permainan, Fasilitator memanggil beberapa
pelajar untuk mengupas perasaan mereka apabila belon mereka pecah,
berjaya memecahkan belon kawan dan sebagainya.5. Fasilitator
membuat sesi rumusan dengan para peserta.
Falsafah:
1. Murid tahu kepentingan merancang strategi memastikan matlamat
yang dirancang dapat dicapai.
LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 (LDK 1) AKTIVITI 1
Tajuk:Rantai Nama
Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:
1. Mengenali semua ahli kumpulan.
2. Mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan semua ahli
3. Membina hubungan jelekit antara semua ahli.
Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli
Masa:15 minit
Bahan:Tiada
Langkah:
1. Fasilitator dan semu ahli peserta berkumpul dalam satu
bulatan kecil (fasi juga duduk di dalam bulatan bersama peserta).2.
Fasilitator memperkenalkan diri dengan menyatakan nama penuh, nama
panggilan dan dari sekolah mana. Selepas itu peserta di sebelah
kanan fasilitator pula menyatakan nama penuh, nama panggilan dan
dari sekolah mana. Peserta menyebut semula maklumat diri fasi dan
dirinya sendiri.3. Peserta seterusnya melakukan perkara yang sama
(memperkenalkan diri dan menyebut rantaian nama peserta
sebelumnya).4. Fasilitator membuat sesi rumusan dengan para
peserta.
Falsafah:
1. Semua manusia diberikan nama yang baik dan bermakna oleh ibu
dan bapa masing-masing. Kita hendaklah menghormati nama orang lain
dan tidak mengejek atau memperlekehkan nama orang lain.
LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 (LDK 1) AKTIVITI 2
Tajuk:Gunting Dan Buang
Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:
1. Meneroka permasalahan sebenar yang menjadi punca tekanan2.
Berpeluang meluahkan segala permasalahan yang terpendam dalam diri
selama ini.3. Membantu ahli melepaskan tekanan yang dihadapi.4.
Membantu peserta mengurus tekanan yang dihadapinya.
Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli
Masa:20 minit Bahan: Kertas A4, gunting dan pen
Langkah:1. Fasilitator mengedarkan kertas A4 kepada ahli-ahli.2.
Fasilitator meminta setiap ahli dalam kelompok menulis serta
menyenaraikan setiap kerungsingan, kebimbangan, perkara yang belum
diselesaikan, permasalahan serta kesusahan dalam diri masing-masing
di atas kertas yang disediakan.3. Masa yang diberikan ialah 10
minit.4. Fasilitator meminta ahli-ahli berkongsi tekanan yang
dialami dalam hidup mereka.5. Kemudian, fasilitator meminta
ahli-ahli menggulung kertas tersebut sambil merasai tekanan yang
dialami.6. Selepas itu, Fasilitator mengedarkan gunting kepada
setiap ahli kelompok dan mereka boleh menggunting kertas yang
tertulis dengan tekanan menjadi cebisan kecil.7.Fasilitator memberi
peluang kepada ahli-ahli yang ingin berkongsi tentang perasaan
mereka daripada awal sehingga selepas membuang tekanan tersebut
dalam tong sampah.
Falsafah: 1. Setiap manusia mempunyai masalah atau tekanan.
Namun begitu semua masalah dan tekanan perlu diatasi dengan bijak
agar tidak memberi impak negatif kepada diri kita.
LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 (LDK 1) AKTIVITI 3
Tajuk:Menguji Tahap Stres Anda
Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:
1. Melihat secara skor untuk tahap stres ahli.2. Berpeluang
meluahkan segala permasalahan yang terpendam dalam diri selama
ini.3 Membantu ahli melepaskan tekanan yang dihadapi.4 Membantu
peserta mengurus tekanan yang dihadapinya.
Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli
Masa:20 minitBahan: Soal selidik stress (Lampiran 3) dan
penLangkah:1. Fasilitator mengedarkan kertas soal selidik kepada
ahli-ahli.2. Fasilitator meminta setiap ahli dalam kelompok
menjawab dengan menanda YA atau TIDAK.3. Masa yang diberikan ialah
10 minit.4.Fasilitator akan menganalisis skor berdasarkan panduan
skor.5. Fasilitator meminta ahli-ahli berkongsi tekanan yang
dialami dalam hidup mereka.6.Fasilitator memberi peluang kepada
ahli-ahli yang ingin berkongsi dapatan ujian stress mereka dan
tentang perasaan mereka melalui skor yang diperolehi.
Falsafah:Tahap stress boleh diuji untuk melihat skornya.
Mengetahui skor ujian membolehkan peserta mengendalikan diri serta
mengawal stress masing-masing. Stress yang tidak dikawal dan
ditangani dengan bijak boleh membawa kepada gejala tidak baik
termasuk membuli.
LATIHAN DALAM KUMPULAN 2 (LDK 2) AKTIVITI 1
Tajuk:PENGURUSAN EMOSIObjektif:Pada akhir aktiviti ini peserta
dapat:
1. Faham dan mengetahui keburukan emosi marah. 2. Tahu cara-cara
menguruskan emosi, terutamanya emosi marah. Sasaran:Murid-murid
terlibat dengan buli
Masa:60 minit Bahan: Lampiran 4 , crayon / pensil warna dan
penLangkah:1. Murid duduk dalam kumpulan kecil.2. Fasilitator
meminta setiap ahli dalam kelompok berkongsi pengalaman tentang
perasaan marah yang pernah mereka alami.3. Fasilitator mengedarkan
Lampiran 3 dan 4 batang crayon / pensil warna yang berlainan warna
kepada setiap kumpulan.4.Fasilitator meminta ahli-ahli kumpulan
menandakan tahapperasaan pada jangka suhu yang mewakili setiap
tahap perasaanmereka iaitu perasaan gelisah, sedih, marah dan
perasaan takut sejak awal pendaftaran program hingga sekarang.5.
Selepas itu, peserta juga diminta mewarnakan badan manusia dengan
Crayon / pensil warna yang berlainan warna mengikut empat jenis
perasaan yang berlainan berdasarkan soalan-soalan yang ditanyakan
oleh fasilitator, contohnya Kalau anda marah, di manakah letaknya
fokus perasaan anda itu?. Warnakan perasaan itu pada anggota badan
yang dirasakan mempunyai gerak balas atas perasaan ituCadangan
warna: Gembira Warna Kuning Sedih - Warna Hitam Marah -Warna Merah
Takut -Warna Biru6.Setelah tamat aktiviti mewarna, fasilitator
berbincang dengan peserta berdasarkan hasil gambar yang
diwarnakan.7. Fasilitator menerangkan hasil gambar itu berdasarkan
bahagian/tempat anggota badan yang diwarnakan khasnya untuk
perasaan marah. Adalah lebih baik manusia menyalurkan perasaan
negatif itu melalui tindakbalas anggota badan pada
bahagian-bahagian tubuh manusia yang sesuai berbanding dengan semua
bertumpu pada bahagian hati atau pemikiran sahaja, ia akan memberi
kesan yang negatif kepada kita.8. Pada akhir sesi, fasilitator
berbincang bersama ahli kumpulan tentang :
i.Apa itu marah ?ii.Apakah keburukan kalau kita selalu
berperasaan marah?iii.Cara-cara pengurusan emosi marah.
Falsafah: 1.Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.
Emosi perlu dikawal dengan baik kerana emosi yang tidak stabil akan
menyebabkan banyak perkara negatif dan akibat buruk akan
terjadi.LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 (LDK 2) AKTIVITI 2
Tajuk:Bola Asertif
Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:
1. Melatih sifat asertif.
2. Mewujudkan keyakinan dalam berkomunikasi
Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli
Masa:60 minit
Bahan:Surat khabar lama
Langkah:
1. Setiap kumpulan diberikan beberapa naskah surat khabar lama
dan diarahkan membina sebiji bola dari surat khabar (fasi tidak
menyatakan sebesar mana dan sebagainya).2. Selepas bola itu siap,
semua ahli berdiri dan membuat satu bulatan. 3. Peserta diminta
berdiri dalam bulatan. Fasilitator menerangkan bahawa peserta
mengajak/ memujuk/ mendesak/ meminta rakan untuk membuat sesuatu
dengan memenuhi peraturan-peraturan berikut : peserta yang memegang
bola sahaja yang dibenarkan bercakap. peserta boleh memberi bola
itu kepada peserta lain sama ada diisyaratkan ataupun tidak.
peserta boleh mendapatkan bola tersebut secara memberi isyarat
tanpa lisan. apabila memegang bola ahli harus menjawab / berkata
sesuatu walaupun sekadar bersetuju ataupun tidak dengan pendapat
peserta yang memberi bola kepadanya. Bola tidak harus jatuh ke
lantai, sekiranya hal ini berlaku, peserta dikeluarkan.
4. Fasilitator membuat sesi rumusan dengan para peserta
(mengenai perasaan jika ada yang menjatuhkan bola, lambat memberi
respon dan sebagainya)
Falsafah:
1. Kemahiran berkomunikasi sangat penting di dalam kehidupan.
Kita juga perlulah menggunakan kemahiran asertif di dalam kehidupan
agar semua perkara dapat diselesaikan secara win win situation.
TEAM BUILDING ( 8 STESEN) DUA KUMPULAN DIGABUNG MENJADI SATU, 10
AHLI SATU KUMPULAN
TEAM BUILDING STESEN 1
Tajuk:Gelung Ajaib
Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:
1. tahu bagaimana untuk member fokus kepada sesuatu perkara2.
mengekalkan tahap fokus tersebut sehingga selesai sesuatu
perkara
Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli
Masa:10 minit
Bahan:Straw , straw yang dijadikan gelung (gelung ajaib) dan
mangkukLangkah:
1. Peserta berkumpul dalam satu kumpulan kecil. 2. Semua peserta
beratur satu barisan. Semua peserta diberikan satu batang straw
setiap seorang.3. Fasilitator mengarahkan peserta pertama untuk
datang ke hadapan dan cuba mengambil satu gelung straw dan passing
kepada peserta kedua dan seterusnya sehingga kepada peserta
terakhir meletakkan gelung straw di dalam mangkuk.4. Semasa passing
, tidak dibenarkan menggunakan tangan atau apa-apa anggota lain,
kecuali mulut dan straw sahaja.5. Setelah gelung straw diletakkan
ke dalam mangkuk oleh peserta terakhir, peserta pertama mengulangi
langkah yang sama untuk mengambil gelung straw yang seterusnya.
Apabila masa tamat, fasilitator mengira bilangan gelung yang
Berjaya dikumpulkan oleh kumpulan itu.6. Jika gelung straw terjatuh
di tengah jalan, mesti mula semula dari hadapan.
Falsafah:
1. Kerjasama teras kejayaan kumpulan.
TEAM BUILDING STESEN 2
Tajuk:Kandang Gozilla
Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:
1. berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan
sesuatu masalah2. bekerjasama dalam menyelesaikan masalah secara
muafakat
Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli
Masa:10 minit
Bahan:Kertas A4 dan sebilah gunting
Langkah:
1. Kumpulan dibekalkan dengan satu helai kertas A4 dan sebilah
gunting.
2. Fasilitator mengarahkan semua ahli kumpulan berfikir dan
berbincang bagaimana hendak memasukkan semua ahli kumpulan ke dalam
kertas A4 tersebut.
3. Kumpulan itu dikira berjaya semua ahli berjaya masuk ke dalam
kertas A4 tanpa kertas A4 itu koyak atau terputus.
Falsafah:
1. Kerjasama teras kejayaan kumpulan.
TEAM BUILDING STESEN 3
Tajuk:SMELL, SMELL, SMELL !!!
Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:
1. Menghargai pancaindera yang telah Allah kurniakan dan gunakan
ke jalan yang baik2. Bersyukur dengan nikmat dan kesihatan yang
Allah berikan
Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli
Masa:10 minit
Bahan:2 Kain penutup mata, botol air mineral, meja, 4 bahan
makanan berbeza (dibungkus dalam uncang hitam), pen dan kertas.
Langkah :1 Fasilitator menerangkan cara-cara menjalankan
aktiviti ini.2 Seorang peserta akan dikeluarkan untuk menjadi
pencatat dan penunjuk arah kepada para peserta.3 Para peserta
disusun seperti gambarajah. 2 orang peserta akan berjalan serentak
ke arah meja dengan mata tertutup dan tidak melanggar halangan
iaitu botol-botol air mineral yang telah disusun. 4 Tugas penunjuk
arah adalah untuk memberitahu peserta bagaimana hendak mengelakkan
halangan dan tidak melanggar botol air mineral. Jika peserta
terlanggar botol air mineral, maka peserta hendaklah berpatah balik
ke garisan permulaan dan memulakan semula perjalanan dari tempat
permulaan.5 Sampai di meja, para peserta dikehendaki menghidu bau 4
jenis bahan makanan dan meneka apakah nama bahan makanan terdapat
di dalam uncang tersebut. Pencatat akan mencatat jawapan setiap
peserta.6 Pencatat akan mengambil penutup mata dari peserta
tersebut dan memberikannya kepada dua peserta seterusnya.7 Dua
peserta seterusnya akan mengulangi perkara yang sama seperti
peserta yang sebelum mereka.8 Setelah kesemua peserta tamat dan
memberikan jawapan masing-masing, semua ahli kumpulan boleh
berbincang dan membuat keputusan muktamad apakah 4 bahan makanan di
dalam uncang.
Falsafah :1 Kerjasama teras kejayaan kumpulan.
X-pencatat & tunjuk arahX XXXpesertabotol air
mineralGambarajah susun atur permainan
A
B
C
D
TEAM BUILDING STESEN 4
Tajuk:Hoki Ping Pong
Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:
1. Memberi fokus dan mengikut peraturan yang ditetapkan sebaik
mungkin.2. Kita hendaklah sentiasa berfikiran rasional, matang dan
berfikir panjang di dalam sesuatu perkara atau hal.
Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli
Masa:10 minit
Bahan:Sebiji bola ping pong, dua sudu plastik dan botol air
mineral.
Langkah langkah :1 Fasillitator menerangkan proses permainan
kepada semua peserta2 Para peserta dibahagikan kepada dua
kumpulan.3 Dua kumpulan ini beratur di dalam keadaan bertentangan
tetapi ditengah tengah mereka di susun botol-botol air mineral
seperti gambarajah.4 Apabila permainan dimulakan, dua orang peserta
akan bergerak bersama dan saling passing bola ping pong antara satu
sama lain dan menggunakan sudu plastik sebagai kayu hoki. (seperti
laluan di dalam gambarajah di bawah).5 Dua peserta ini akan membawa
bola dalam keadaan passing hingga ke kumpulan lawan tetapi bola
ping pong tidak boleh kena atau terlanggar botol mineral.6 Jika
terkena botol mineral, dikira batal dan pasangan itu mesti mulakan
semula passing bola dari tempat permulaan.7 Permainan ini
diteruskan sehingga semua peserta telah melengkapkan task passing
bola ping pong menggunakan sudu plastik seperti permainan hoki.
Falsafah : 1. Kerjasama teras kejayaan kumpulan.
XX X Xbotol air mineral X laluan peserta pesertaGambarajah susun
atur permainan
TEAM BUILDING STESEN 5
Tajuk:Konsentrasiku
Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:
1. Memberi fokus dan mengekalkan fokus dengan konsisten.2.
Sebelum melakukan sesuatu aktiviti dalam kumpulan perlu ada
perbincangan dan atur strategi.3. Biasanya kerja yang susah kalau
dibuat bersama ianya akan menjadi mudah.Sasaran:Murid-murid
terlibat dengan buli
Masa:10 minit
Bahan:Kapas dan straw setiap peserta
Langkah langkah :a. Fasillitator menerangkan proses cara-cara
menjalankan aktiviti ini.b. Para peserta dibahagikan kepada dua
kumpulanc. Kedudukan kedua-dua kumpulan dijarakkan (untuk aktiviti
bergilir-gilir).d. Setiap peserta akan bergilir-gilir membawa kapas
kepada rakan sampai habis kesemua peserta (Jika kapas terjatuh
sebelum sampai kepada rakan yang satu lagi, peserta tersebut kena
ulang semula).
Falsafah
1. Kerjasama teras kejayaan kumpulan.
TEAM BUILDING STESEN 6
Tajuk:Inilah Caraku
Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:
1. Meningkatkan kreativiti dalam menyelesaikan masalah.2. Tidak
mementingkan diri.Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli
Masa:10 minit
Bahan:Surat khabar lama
Langkah langkah :
1 Fasillitator menerangkan proses permainan.2 Jadikan dua
kumpulan (lelaki/perempuan) - Jika peserta bercampur jantina3 Semua
peserta berdiri di atas sekeping surat khabar.4 Fasilitator akan
menarik/koyakkan sedikit demi sedikit kertas tersebut.5 Peserta
akan memastikan semua ahli akan sentiasa berada di atas kertas.6
Markah akan diberi berdasarkan berapa kecilnya surat khabar yang
boleh menampung semua ahli kumpulan
Falsafah :1. Kerjasama teras kejayaan kumpulan.
TEAM BUILDING STESEN 7
Tajuk:Air Dalam Kaca
Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:
1. menanamkan rasa tanggungjawab di dalam kumpulan.
2. mewujudkan semangat kerjasama di kalangan ahli
3. mengambil berat tentang peranan masing-masing.
Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli
Masa:10 minit
Bahan:Kertas A4 , 2 gelas kaca dan air mineral
Langkah:
1. Peserta berkumpul dalam dua kumpulan kecil dan melantik
seorang ketua menjadi pengarah dalam setiap kumpulan.2. Fasilitator
meminta peserta mengisi air dalam cawan dan meletakkan di atas 3
helai kertas.3. Fasilitator mengarahkan semua peserta memegang
menggunakan 2 belah tangan dan mengangkat secara serentak serta
bergerak ke hadapan bersama- sama tanpa menumpahkan air.4. Ketua
kumpulan berperanan membuat arahan yang baik bagi memastikan air
tidak tumpah dan ahli peserta faham dengan arahan sehingga akhir.
Dua kumpulan kecil ini mesti bergerak dan berjalan bersama-sama
mengikut ke mana arah fasi minta.5. Fasilitator membuat sesi
rumusan dengan para peserta.
Falsafah:
1. Kerjasama teras kejayaan kumpulan.
TEAM BUILDING STESEN 8
Tajuk:Mesin Manusia
Objektif:Pada akhir aktiviti ini peserta dapat:
1. Mencari idea kreatif (teori) dan menzahirkan dengan cara
perbuatan (praktikal)
2. Berfikir luar dari kotak (out of the boxes)
Sasaran:Murid-murid terlibat dengan buli
Masa:10 minit
Bahan:Tiada
Langkah:
1. Dua peserta menjadi sukarela untuk meneka apa yang dilakukan
oleh 8 orang rakan yang lain. Mereka diletakkan jauh dari 8 rakan
lain (diasingkan).2. 8 ahli lain berbincang dan hendaklah memilih
satu jenis mesin yang ada dalam kehidupan seharian manusia.3. Semua
ahli berbincang dan bersama-sama melakonkan tanpa suara dan tugas 2
ahli yang sukarela menjadi peneka adalah untuk meneka apakah nama
mesin yang sedang dilakonkan oleh kumpulan tersebut.4. Jika peneka
tidak dapat meneka dengan tepat nama mesin yang dilakonkan, semua
ahli kumpulan akan didenda
Falsafah:
1. Kerjasama teras kejayaan kumpulan.
UJIAN PRA DAN POST
PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI DAN DISIPLIN MURIDBULI
UJIAN PRA
Sila jawab dengan jujur kenyataan no.1 hingga 12 dengan
membulatkan. Mengikut skala berikut:
1. TIDAK SETUJU2. KURANG SETUJU3. TIDAK PASTI4. SETUJU5. SANGAT
SETUJU
BILKENYATAANSKALASKOR
1.Saya tahu apa itu buli.12345
2.Saya tahu apa yang patut dilakukan jika saya dibuli12345
3.Buli menyeronokkan saya, saya akan terus membuli.12345
4.Saya rasa ingin berkuasa.12345
5.Saya ingin popular.12345
6.Saya mesti mendapat apa yang saya mahu.12345
7.Saya mengenali diri saya yang sebenar.12345
8.Saya tahu akan kelebihan diri saya12345
9.Saya tahu akan kelemahan diri saya12345
10.Saya menghargai diri sendiri.12345
11Saya menghargai orang lain12345
12Saya mempunyai hala tuju kehidupan yang jelas12345
SKOR KESELURUHAN60
*Ujian ini dijalankan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
1
PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI DAN DISIPLIN MURIDBULI
UJIAN POST
Sila jawab dengan jujur kenyataan no.1 hingga 12 dengan
membulatkan. Mengikut skala berikut:
1. TIDAK SETUJU2. KURANG SETUJU3. TIDAK PASTI4. SETUJU5. SANGAT
SETUJU
BILKENYATAANSKALASKOR
1.Saya tahu apa itu buli.12345
2.Saya tahu apa yang patut dilakukan jika saya dibuli.12345
3.Buli menyeronokkan saya, saya akan terus membuli.12345
4.Saya rasa ingin berkuasa.12345
5.Saya ingin popular.12345
6.Saya mesti mendapat apa yang saya mahu.12345
7.Saya mengenali diri saya yang sebenar.12345
8.Saya tahu akan kelebihan diri saya12345
9.Saya tahu akan kelemahan diri saya12345
10.Saya menghargai diri sendiri.12345
11Saya menghargai orang lain12345
12Saya mempunyai hala tuju kehidupan yang jelas12345
SKOR KESELURUHAN60
*Ujian ini dijalankan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
BORANG PEMANTAUAN
INSTRUMEN PEMANTAUAN OLEH GURU DISIPLINNAMA SEKOLAH
KES (BULI)
(KESOPANAN)
NAMA MURID
TINGKATAN
NAMA GURU DISIPLIN
BILKENYATAANTANDAKAN ( / )
YATIDAK
1.Murid ini selesa berjumpa dengan guru disiplin.
2.Murid ini mahu melakukan perubahan dengan nasihat guru dan
rakan.
3.Rakan sekelas memberi maklum balas yang positif terhadap
perubahan sikap pelajar.
4.Guru kelas telah memberi respon yang baik terhadap kelakuannya
di dalam kelas.
5.Ibu bapa sering menghubungi atau datang ke sekolah untuk
mengetahui perihal anaknya.
6Prestasi akademik meningkat berdasarkan ujian dan peperiksaan
di dalam sekolah.
7Murid ini sudah pandai berkomunikasi dan membentuk personaliti
diri yang positif.
8Murid ini telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang
positif.
9Murid masih perlu menghadiri sesi kaunseling susulan bagi
memantapkan JERIS murid.
10Murid ini masih perlu diberi perhatian.
Jumlah
Skorskor10Perubahan tingkahlaku
0-3Rendah
4-6Sederhana
7-10Tinggi
T/laku
Selepas mengikuti program didapati murid ini
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________(Tandatangan
Guru Disiplin)LAPORAN PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI DAN DISIPLIN
MURID ( FOKUS BULI ) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIANAMA SEKOLAH:
DAERAH: NEGERI: 1. Dapatan Ujian Pra dan Pos (Dilengkapkan oleh
Guru Kaunseling)
Bil
Nama
Nilai diri
Ujian PraUjian PosPerubahanPositif/Negatif
2. Dapatan Instrumen Pemantauan (Dilengkapkan oleh Guru Disiplin
)BilNamaNilai Diri
3. Maklumat penglibatan pelajar dengan kes buli selepas hadir
program (Dilengkapkan oleh Guru Disiplin)BilNamaTarikh
Kesalahan
Disediakan oleh :Disahkan oleh :
()() Guru DisiplinPengetua
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2B I N G G ONama :______________________________
Sekolah : ______________
Saya suka minum Nescafe
Nama:T.tgn :Menggunakan HP jenama Sony Ericson
Nama:T.tgn :
Suka menyanyi
Nama:T.tgn :
Suka bersukan
Nama:T.tgn :
Suka Justin Bieber
Nama:T.tgn :
Suka warna biru
Nama:T.tgn :
Anak sulung
Nama:T.tgn :
Suka main video game
Nama:T.tgn :
Menggunakan HP jenama Samsung
Nama:T.tgn :Hobi memancing
Nama:T.tgn :
Suka menonton drama TV
Nama:T.tgn :
Suka makan nasi lemak
Nama:T.tgn :
Anak bongsu
Nama:T.tgn :Suka memasak
Nama:T.tgn :Suka dengar Sinar FM
Nama:T.tgn :
Suka warna hijau
Nama:T.tgn :
LAMPIRAN 3Nama : ___________________________________ Sekolah :
________________Menguji Tahap Stress AndaPanduan: Dalam soal
selidik ini, tiada jawapan yang betul dan salah. Anda perlu
menjawabnya dengan jujur dan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh
rakan-rakannya yang lain.
Tandakan (/) pada YA sekiranya pernyataan tersebut menggambarkan
diri anda dan tandakan (x) pada TIDAK sekiranya pernyataa ntersebut
tidak menggambarkan diri anda.
BILITEMYaTidak
1.Saya sukar hendak tidur
2.Saya sentiasa rasa risau
3.Saya sentiasa memikirkan sesuatu yang negatif
4.Saya makan banyak
5.Saya tiada selera makan
6.Saya tidak dapat member perhatian sepenuhnya
7.Saya selalu rasa hendak muntah
8.Saya selalu mengalami kesakitan di bahagian bahu
9.Saya selalu rasa sakit kepala
10.Saya cepat berasa letih
11.Saya selalu rasa cemas
12.Saya kerap kali cirit- birit
13.Saya sukar menyiapkan kerja
14.Saya sentiasa dalam ketakutan
15.Saya sering menangis sendiri
16.Saya selalu merasa kesakitan di bahagian dada
17.Badan saya sering menggeletar
18.Saya selalu merasa tidak bertenaga
19.Saya suka bersendiri
20.Saya tidak yakin pada diri sendiri
Jumlah untuk jawapan Ya= .
Panduan aktiviti ini .Jawab soal selIdik ini dengan jujur untuk
membantu diri anda mengesan tahap stress yang anda sedang
alami.SKOR DAN PENTAFSIRANNYA
Baca dan tafsirkan skor anda berdasarkan panduan penskoran yang
diberikan seperti berikut:Pemarkahan:Setiap jawapan Ya mewakili
satu markah, dan untuk jawapan tidak, tiada markah diberikan.
Jika anda menjawab Ya dengan skor:
0 5Skor ini menunjukkan tahap stess anda adalah rendah
.Tahniah!!
6 10Skor ini menunjukkan tahap tekanan anda adalah sederhana.
Anda perlu menguruskan dengan sebaik mungkin agar tidak memberi
kesan yang lebih serius pada diri anda.
11 15Skor ini menunjukkan tahap stress anda adalah tinggi.
Pengurusan stress yang segera perlu diberikan untuk membantu anda
mengurangkan tekanan yang ada pada diri anda.
16 20Skor ini menunjukkan tahap stress anda adalah sangat tinggi
.Anda dicadangkan untuk mengikuti aktiviti mengurangkan stress atau
berjumpa dengan kaunselor anda untuk pertolongan segera.
LAMPIRAN 4Nama : ________________________________________
Sekolah : _________________
GembiraSedih
Sila dapat gambarajah luaran manusia.MarahTakutLAMPIRANMaksud
Marah: Suatu emosi serta reaksi tindak balas semula jadi terhadap
sebarang ancaman dan ketidakselesaan. Boleh bersifat dari sedikit
keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal
Perasaan/Emosi marah telah menjadi satu masalah kalau ia: Selalu
berlaku pada diri anda Terlalu melampau Berpanjangan Mempunyai
unsur mengancam Mengganggu pekerjaan dan perhubungan dengan
orangKeburukan Perasaan Marah: Mendorong bertindak secara
ganas-membahayakan diri dan orang lain. Masalah keluarga
Perhubungan social Pekerjaan KesihatanCara-cara Menangani Perasaan
/ Emosi Marah:
Meluahkannya Memukul dan menconteng pada tempat-tempat yang
disediakan khas Relaxation- Tarik nafas Imagery gambaran
pengalaman/ memori yang menyeronokkan. Senaman ringan/yoga- relax
muscles Mengubah cara pemikiran positif take it easy, getting angry
make you feel worse.. Mengatasi masalah, cari jalan penyelesaian
Memperbaiki kemahiran berkomunikasi Guna unsur humour Tukar
suasana/tempat Ahli Fokus
LIRIK GEMURUH (FAIZAL TAHIR)
Bila bertalu rentak dikalbuHasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak dikalbuHasrat yang tersirat semakin
kuburuBila bergema laungan gempita Harapan bernyala nadiku
berganda
Gemuruh jiwa semangat membara Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpiSegalanya pasti kan terbukti
nanti
Gemuruh jiwa semangat membara Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan Menyerlah jauh dari yang biasa
Gemuruh jiwa semangat membaraDari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipanMenyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa
LIRIK SAHABAT (NAJWA LATIF)
Kau ada di kala ku sukaDi kala ku dukaSetiap tangisan dan juga
ketawaKau ada di kala ku perluSetia menemanikuPegang erat tanganku
Bila aku jatuh
Kau lah yang selaluSelalu menemanikuMendengar kisah Pahit manis
hidupkuKaulah yang di situSetia menunggu kuKaulah yang satuMenjadi
sahabatkuHoooooooo
Ku tahu ku kan selalu adaAda dirimuDan ku harap kau juga rasa
begituKau lah yang selaluSelalu menemanikuMendengar kisah pahit
manis hidupkuKau lah yang di situ Setia menunggu kuKau lah yang
satuMenjadi sahabatkuHoooooo 38