IKAN HIASAN JENIS BERANAK Modul ini akan membolehkan pelajar mengenal pasti ikan hiasan jenis beranak, membiakkan, mengasuh, memilih dan memasarkan ikan hiasan. OBJEKTIF 1. Mengenal pasti spesies ikan hiasan jenis beranak dan bertelur. 2. Mengenal pasti jantina ikan dan memilih induk. 3. Menjalankan pembiakan ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail. 4. Mengasuh benih ikan sehingga boleh dipasarkan. 5. Mengred dan membungkus ikan hiasan untuk pasaran. 6. Mengkultur Moina sp, Artemia sp dan Infusoria. KANDUNGAN MODUL Unit 3.1 Pembiakan ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail. Unit 3.2 Mengkultur makan hidup (Moina sp). Unit 3.3 Mengkultur Artemia Unit 3.4 Mengkultur Infusoria Unit 3.5 Memilih, mengred dan membungkus ikan hiasan. MODUL 3
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
IKAN HIASAN JENIS BERANAK
Modul ini akan membolehkan pelajar mengenal pasti ikan hiasan jenis
beranak, membiakkan, mengasuh, memilih dan memasarkan ikan hiasan.
OBJEKTIF
1. Mengenal pasti spesies ikan hiasan jenis beranak dan bertelur.
2. Mengenal pasti jantina ikan dan memilih induk.
3. Menjalankan pembiakan ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail.
4. Mengasuh benih ikan sehingga boleh dipasarkan.
5. Mengred dan membungkus ikan hiasan untuk pasaran.
6. Mengkultur Moina sp, Artemia sp dan Infusoria.
KANDUNGAN MODUL
Unit 3.1 Pembiakan ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail.
Unit 3.2 Mengkultur makan hidup (Moina sp).
Unit 3.3 Mengkultur Artemia
Unit 3.4 Mengkultur Infusoria
Unit 3.5 Memilih, mengred dan membungkus ikan hiasan.
Ikan iasan d idalam akuarium
MODUL3
Unit 3.1 Pembiakan Ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail
MAKLUMAT RUJUKAN
Pendahuluan
Ikan membiak melalui proses persenyawaan iaitu induk betina bertelur dan
induk ikan jantan mengeluarkan sperma. Proses persenyawaan ini pula
berlaku sama ada di dalam badan atau di luar badan induk ikan betina.
Sekiranya proses persenyawaan berlaku di dalam badan induk ikan
sperma ikan jantan dimasukkan ke dalam badan ikan betina melalui
urogenital. Telur yang telah tersenyawa itu disimpan dan berkembang
membentuk anak lembaga di dalam badan ikan betina. Anak ikan yang telah
sempurna dan boleh berenang bebas akan dilahirkan. Ikan yang bersifat
seperti ini dikenali sebagai ikan jenis beranak.
Sekiranya anak yang dikandung mendapat bekalan makanan dan aliran
darah induknya ia dikenali sebagai viviparous. Sekiranya anak yang
dikandung mendapat bekalan makanan dan yolk sac ia dikenali sebagai
ovoviviparous.
Perbezaan jantina
Dalam spesies ikan beranak sirip anal ikan jantan diubahsuai menjadi struktur
yang digunakan untuk memasukkan sperma ke dalam organ pembiakan ikan
betina. Struktur ini dikenali sebagai gonopodium. Kebiasaanya ikan jantan
dibezakan dengan ikan betina dari perbezaan struktur ini.
Biologi pembiakan
Semasa mengawan ikan jantan akan memasukkan sperma ke dalam badan
ikan betina melalui gonopodium. Ikan betina menyimpan sperma di dalam
struktur yang dikenali sebagai oviduct sehingga beberapa bulan. Sebanyak 4
hingga 5 kali perindukan (brood) boleh dihasilkan dari satu pengawanan.
Sebanyak 20 hingga 200 ekor anak boleh dihasilkan setiap kali beranak.
Penyediaan tempat pembiakan
Untuk mendapat kejayaan pembiakan beberapa perkara perlu diambil kira
iaitu:
Mutu air dengan kadar pH sekitar 7.5
Air baru dan bersih
Induk yang matang dan tidak berpenyakit
Saiz tangki lebih 30 x 30 x 30cm dengan isipadu air lebih daripada
20 liter.
Menyediakan sangkar pembiakan.
Tangki pembiakan
Tangki pembiakan digunakan juga sebagai substrak mengumpul anak yang
dihasilkan dan tangki pembesaran. Anak ikan yang dihasilkan akan dipelihara
di dalam tangki yang sama sehingga boleh dipasarkan.
Menyediakan sangkar pembiakan
Semua ikan jenis beranak cenderung untuk bersifat kanibalistik iaitu memakan
anak yang baru dilahirkan. Untuk menjaga keselamatan anak-anak ikan yang
baru dilahirkan dari menjadi mangsa kepada induknya sendiri atau ikan lain,
sangkar yang diperbuat daripada jaring netlon atau sebarang kotak plastik
yang mempunyai lubang yang membolehkan anak-anak ikan bebas keluar
perlu disediakan. Alat ini dikenali sebagai sangkar pembiakan. Ukuran
sangkar adalah berbeza-beza bergantung kepada kesesuaian tangki
pembiakan yang digunakan.
Pemilihan induk
Induk ikan jantan dan betina perlu diasingkan terlebih dahulu sebelum anak
ikan matang untuk mengelakkan dari pembiakan tidak terkawal (early
pregnancy). Ini bagi memastikan pembesaran yang baik untuk induk dan anak
yang dihasilkan. Induk perlu dipilih mengikut sifat-sifat tertentu yang
dikehendaki. Ikan yang cacat dan warna badan yang kurang menarik tidak
dijadikan induk.
Mengumpul anak
Untuk penghasilan ikan secara komersial pembiakaan dijalankan dalam tangki
simen atau fiberglas yang besar (saiz tangki lebih kurang 10m x 10m). Ikan
yang dihasilkan dikutip dari masa ke semasa untuk mengelakkan kesesakan
dan menggalakkan induk untuk terus menghasilkan zuriat lain. Untuk
mengelakkan pemangsaan ke atas anak ikan yang baru dilahirkan tangki
tersebut perlu dibubuh tumbuhan akuatik seperti keladi bunting (Eichhornia
crassipes) atau Hydrilla sp yang berfungsi sebagai tempat persembunyian.
Mengasuh anak
Anak ikan yang dihasilkan boleh membesar di dalam tangki yang sama dan
pindahkan induk untuk pembiakan ke tangki lain. Untuk penghasilan secara
komersial, anak ikan yang dihasilkan perlu ditangguk dan dipindahkan ke
dalam tangki lain atau kolam tanah. Untuk menggalakkan pembesaran, anak
ikan diberi makan Moina atau pelet dua kali sehari. Setelah ikan berumur 3
hingga 4 bulan dan mencapai saiz yang sesuai ikan boleh dipasarkan.
PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
1. Empat buah tangki akuarium berukuran 60 x 30 x 30 cm
2. Aerator eletrik, batu angin (air stone) dan turbin udara.
3. Empat buah sangkar pembiakan. Sangkar ini boleh disediakan sendiri
menggunakan jaring netlon atau membeli kotak jaring dari kedai menjual
plastik.
4. Sebuah tangguk tangan.
5. 10 ekor induk setiap jenis ikan iaitu Ikan Guppy, Molly, Platy dan Swordtail.
Nisbah jantan dan betina ialah 1 : 4.
6. Empat (4) jambak tumbuhan akuatik. 200 gram garam halus.
7. Satu botol larutan anti klorin (Sodium hipoklorit).
8. 50 gram sodium bikarbonat (baking powder) atau “pH down” yang boleh
diperolehi dari kedai akuarium.
TUGASAN
Menghasilkan benih ikan beranak menggunakan teknik pembiakan di dalam
sangkar.
PENCAPAIAN STANDARD
1. Dapat mengenal pasti spesies ikan hiasan jenis beranak.
2. Mengenal pasti jantina dan memilih induk yang matang untuk dibiakkan.
3. Mengasuh benih ikan sehingga ke saiz yang boleh dipasarkan.
LANGKAH KERJA
Penyediaan Peralatan
1. Sediakan sebuah tangki akuarium di tempat yang kurang gangguan.
2. Isikan air sebanyak ¾ bahagian.
3. Masukkan beberapa titik larutan anti klorin.
4. Masukan garam ke dalam air.
5. Pasang pengudaraan dengan kekuatan sederhana.
6. Pasangkan sangkar pembiakan.
7. Masukkan satu jambak tumbuhan air ke dalam sangkar pembiakan.
8. Biarkan tangki selama semalaman.
Melepaskan Induk
Pada keesokan harinya, lepaskan induk yang telah dipilih ke dalam sangkar
pembiakan.
Pemerhatian
1. Cerapan perlu dilakukan pada waktu pagi, tengahari dan petang pada
setiap hari.
2. Rekodkan kelakuan ikan semasa mengawan.
Mengasuh Benih
1. Setelah anak ikan dihasilkan induk perlu dipindahkan ke tempat lain
untuk dipulihkan.
2. Anak ikan diberi makan Moina sp. atau Artemia sp sehingga berumur 2
hingga 3 minggu.
3. Selepas itu makanan ditukar kepada pelet jenis starter yang
mengandungi protein 30 - 35%.
Menyediakan rekod pembiakan
Setelah ikan menghasilkan anak, rekodkan jumlah bilangan anak yang
dihasilkan untuk setiap jenis.
Gambarajah menunjukkan kedudukan tangki dan sangkar pembiakan untuk membiakkan ikan Molly, Guppy Platy dan Swordtail
Sangkar pembiakan digunakan untuk membiakkan Black Molly
Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan peralatan seperti sangkar
pembiakan, tumbuhan akuarium plastik dan induk untuk membiakkan ikan
jenis beranak. Jarak antara bahagian bawah sangkar pembiakan dan tangki
pembiakan ialah lebih kurang 5 hingga 10cm. Tumbuhan plastik digunakan
untuk merangsang pembiakan dan diletakkan di bahagian luar sangkar
pembiakan.
REKOD PEMBIAKAN
Nama pelajar :
Tingkatan :
Bil Perkara Catatan
1 Jenis ikan
2 Saiz tangki
3 Mutu air
4 Penyediaan air
5 Pengudaraan
6Perangkap telur (breeding trap)
7 Media pembiakan
8 Induk ikan
9 Bilangan induk
10 Tarikh masuk induk
11 Tarikh membiak
12 Tarikh telur menetas
13 Makanan anak ikan
14 Kelakuan anak ikan
PENILAIAN
Jawab semua soalan
1) Berikan 4 contoh ikan hiasan jenis beranak yang biasa terdapat di pasaran
negara kita
a. ...........................................................
b. ...........................................................
c. ...........................................................
d. ...........................................................
2) Namakan alat pembiakan yang digunakan untuk memasukkan sperma ke
6. Bagaimanakah caranya untuk memastikan koloni Infusoria telah terbentuk dengan banyak di dalam larutan kultur ?
A. Apabila warna air telah berubah kepada warna hijau.
B. Terdapatnya habuk putih yang bergerak-gerak di dalam air.
C. PH air turun kepada tahap asidik.
D. Bahagian permukaan air dipenuhi serangga.
7. Mengapakah Infusoria tidak boleh diberikan kepada anak ikan dengan kadar berlebihan ?
A. Larutan kultur akan mencemarkan air dan boleh menyebabkan anak
ikan mati.
B Anak ikan akan bersaing dengan mikro organisma untuk mendapat
oksigen.
C. pH air akan menurun.
D. Anak ikan akan terlalu kenyang dan boleh mengakibatkan kematian.
8. Pilih faktor yang tidak berkaitan mengapa pengusaha ikan hiasan lebih suka menyediakan sendiri Infusoria ?
A. Lebih ekonomik kerana boleh disediakan dari bahan-bahan buangan.
B. Lebih bersih dan bebas dari penyakit berbanding dengan plankton yang
dikutip dari tangki kumbahan.
C. Harga di pasaran terlalu mahal dan tidak ekonomik.
D. Dengan memberi makan Infusoria akan menghasilkan kadar kehidupan
anak yang tinggi.
Unit 3.5 Memilih, mengred dan membungkus ikan
MAKLUMAT RUJUKAN
Pendahuluan
Di dalam industri ikan hiasan proses memilih, mengred dan membungkus ikan merupakan aspek yang sangat penting terutama bagi industri yang melibatkan urusniaga eksport.
Pemilihan ikan berkualiti
Proses memilih ikan yang berkualiti memerlukan kemahiran dan pengalaman dimana hanya ikan berkualiti dan memenuhi mutu peminat ikan hiasan semasa yang akan dipilih untuk dipasarkan sama ada di eksport atau dipasaran tempatan. Ikan-ikan yang kurang berkualiti biasanya akan dipasarkan untuk kegunaan tempatan atau dieksport sebagai makanan ikan karnivor.
Pemilihan ini dijalankan kepada dua peringkat iaitu semasa peringkat fry dan peringkat juvenil.
Pemilihan diperingkat Fry
Anak ikan yang telah berumur sekitar 2 hingga 3 minggu akan dipilih berdasarkan morfologi yang menarik dan memenuhi mutu semasa. Ikan yang cacat atau yang tidak diperlukan akan dihapuskan atau dijual dengan harga yang murah sebagai makanan ikan karnivor. Proses ini biasanya dijalankan dalam industri pembenihan ikan Emas dan ikan Koi.
Pemilihan diperingkat juvenil
Ikan yang telah mencapai saiz maksimum akan dipilih sekali lagi berdasarkan morfologi yang dikehendakki. Sekali lagi ikan yang kurang bermutu akan diasingkan dari ikan yang bermutu. Ikan hiasan ini akan dipasarkan berdasarkan gred yang telah ditentukan. Proses ini biasanya dijalankan dalam industri pengeluaran ikan Emas dan Koi.
Pemilihan berdasarkan jantina
Ikan jantan biasanya mempunyai warna yang lebih menarik dan berharga lebih mahal dari ikan betina. Ikan betina pula biasanya kurang menarik. Ianya sama ada boleh dipasarkan dengan harga yang murah untuk makanan ikan karnivor, dijadikan bakal induk atau dimusnahkan. Proses ini biasanya
dijalankan dalam industri pengeluaran ikan Sepat, ikan Pelaga dan dwarf gourami.
Ikan Guppy jantan mempunyai warna ekor yang lebih panjang dan berwarna-warna sementara ikan betina tidak mempunayi warna yang menarik. Ikan jantan akan dipilih semasa ikan masih diperingkat anak dan diasingkan dari induk betina. Ianya dibesarkan hingga boleh dipasarkan. Di kalangan jantan ini juga akan terhasil baka atau strain yang pelbagai dan perlu pemilihan seterusnya. Ikan betina akan dijual dengan harga yang murah untuk makanan ikan.
Pemilihan berdasarkan variety
Dalam sesetengah jenis ikan pembiakan akan menghasilkan lebih dari satu jenis strain atau variety ikan. Ini adalah disebabkan ikan yang dibiakkan itu bukan merupakan baka tulin. Gen resesif yang dibawa dalam induk akan dimanifestasikan dalam generasi anaknya. Fenomena ini biasa ditemuai dalam pembiakan ikan Diskus, Pelaga, Tiger Barb, Ruby Barb, Flower Horn dan lain-lain. Pemilihan yang teliti adalah sangat diperlukan. Kerja ini adalah rumit, memerlukan kecekapan, pegalaman dan memerlukan masa yang panjang. Jenis-jenis ikan ini akan dipasarkan dengan harga yang berbeza-beza berdasarkan mutu dan permintaan pasaran semasa.
Pemilihan berdasarkan kelainan
Keuntungan yang lumayan mungkin akan diperolehi oleh pembiak ikan yang dapat menghasilkan varieti baru yang mempunyai bentuk unik dan menarik. Ikan yang mempunyai ciri unik seperti albino, kecacatan tulang belakang atau bentuk kepada mungkin dapat menarik perhatian peminat ikan hiasan ganjil yang menawarkan harga ribuan ringgit bagi seekor ikan Contohnya ialah ikan Arowana Albino, Arowana berkepala dua, Flower Horn atau Oskar yang yang mempunyai corak warna tertentu pada padanya dan lain-lain.
Pemilihan berdasarkan warna
Warna memainkan peranan penting dalam menentukan mutu ikan hiasan yang akan dipasarkan. Warna yang paling menarik mendapat harga pasaran tinggi. Dalam industri penghasilan benih ikan Arowana secara besar-besaran faktor ini sangat diambil berat untuk memastikan anak ikan yang dihasilkan mempunyai mutu warna yang menarik. Induk yang dipilih untuk pembiakan adalah dikalangan gred terbaik. Pembiak ikan mengharapkan anak yang dihasilkan dari induk bermutu ini akan diwariskan ke generasi seterusnya. Dalam industri pembenihan ikan Koi juga biasanya pembiak ikan akan cuba memperolehi induk yang telah memenangi pertandingan. Pertandingan ini biasanya dijalankan di negara Jepun.
Sebagai contoh ikan Arowana Merah dan Arowana Emas yang dihasilkan secara pembiakan semula jadi di dalam kurungan akan menghasilkan pelbagai gred anak walaupun induk yang digunakan dari jenis yang terbaik.
Asas penggredan ikan hiasan
Saiz ikan merupakan kriteria penting dalam penggredan ikan. Untuk tujuan eksport saiz ikan perlu diambil kira memandangkan kos pengangkutan adalah tinggi. Oleh kerana itu saiz ikan yang kecil lebih sesuai sesuai dan ekonomik.
Penggredan berdasarkan 3 saiz iatu saiz kecil (S) , sederhana (M) dan besar (L). Gred S dibahagikan lagi kepada double S (SS) dan gred L dibahagikan lagi kepada double L (LL). Sebenarnya penggredan ikan ini adalah sangat subjektif dan lebih dipengaruhi kepada kecenderungan penternak itu sendiri tanpa adanya panduan piawai yang boleh digunakan sebagai rujukan.
Saiz S biasanya digunakan untuk anak-anak ikan yang masih kecil atau saiz ikan itu sendiri adalah kecil. Saiz M merujuk kepada saiz ikan yang masih di peringkat remaja (juvenile). Saiz L pula digunakan kepada ikan yang telah dewasa atau matang. Penggredan ini akan menjadi sangat penting sekiranya pembeli dari luar negara atau tempatan menetapkan spesifikasi tertentu untu membeli. Biasanya ikan yang mempunyai gred L dan mempunyai kualiti terbaik (A) berharga mahal berbanding ikan bersaiz S dan tidak mempunyai kualiti.
Penggredan Ikan Hiasan
Tangki fiberglas yang dipasang kotak dan jaring untuk mengasingkan ikan pelbagai
saiz
Tangki simen dan tangguk juga digunakan untuk mengred ikan hiasan
Mengred ikan hiasan perlu dilakukan dengan teliti
Pekerja sedang melakukan penggredan
Mangkuk kecil digunakan untuk memilih ikan Ikan yang telah digredkan, dibungkus untuk dipasarkan