Cikgu Marzuqi, M.Sc. Ed USM Acceleration Chemistry MODUL KIMIA SPM 2014 KERTAS 2 [100 markah] KELAS INTENSIF SKOR Kimia A+ Written by: Cikgu Marzuqi Mohd Salleh M.Sc. Ed USM BSc (hons) Ed (Chemistry) USM MODUL 2 BAB 4: JADUAL BERKALA UNSUR BAB 5: IKATAN KIMIA
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Cikgu Marzuqi, M.Sc. Ed USM Acceleration Chemistry
MODUL KIMIA SPM 2014
KERTAS 2 [100 markah]
KELAS INTENSIF SKOR Kimia A+
Written by: Cikgu Marzuqi Mohd Salleh
M.Sc. Ed USM
BSc (hons) Ed (Chemistry) USM
MODUL 2
BAB 4: JADUAL BERKALA UNSUR
BAB 5: IKATAN KIMIA
Cikgu Marzuqi, M.Sc. Ed USM Acceleration Chemistry
4.0 JADUAL BERKALA UNSUR
4.1 Jadual berkala unsur
1. Dari kurun ke-18 hingga ke kurun ke-19, ramai saintis telah menemui banyak
unsur. Unsur-unsur ini kemudiannya dikelaskan setelah melalui banyak
peringkat.
2. Penemuan ini telah membawa kepada perkembangan Jadual Berkala moden
yang kita gunakan sekarang.
3. Pengelasan ini juga membenarkan ahli kimia menentukan sifat-sifat sebatian
yang terbentuk.
Saintis Sumbangan
Antoine Lavoisier (1743-1794)
Merupakan ahli kimia pertama yang mengelaskan unsur-unsur kepada 4 kumpulan.
Empat unsur ini termasuklah gas, logam, bukan logam dan oksida logam.
Pengelasannya tidak diterima kerana cahaya, haba dan beberapa sebatian seperti silika, magnesia, dan alumina turut dianggap sebagai unsur.
Johann W. Dobereiner (1780-1849)
Mengelaskan tiga unsur yang mempunyai sifat kimia yang serupa ke dalam satu kumpulan yang disebut triad.
Namun, susunan seperti ini adalah terhad kepada beberapa unsur sahaja.
John Newlands (1837-1898)
Mencadangkan bahawa unsur-unsur disusun berdasarkan pertambahan jisim atom.
Digunakan untuk menyusun semua unsur yang diketahui secara mendatar, dalam tertib jisim atom yang menaik. Setiap baris terdiri daripada 7 unsur.
Pengelasannya tidak berjaya kerana Hukum Oktaf hanya dipatuhi untuk 17 unsur yang pertama sahaja (iaitu dari hidrogen ke kalsium).
Lothar Meyer (1830-1895)
Memplotkan graf isi padu atom unsur melawan jisim atom. Graf itu disebut lengkung Meyer.
Menunjukkan unsur-unsur dengan ciri kimia yang sama menempati kedudukan yang sama pada keluk graf.
Dimitri Mendeleev (1839-1907)
Menemui bahawa unsur-unsur seharusnya disusun berdasarkan pertambahan jisim atom.
Meninggalkan ruang-ruang kosong untuk diisi oleh unsur-unsur yang belum ditemui.
Jadual berkalanya digunakan sebagai asas bagi pembinaan jadual berkala moden.
Henry J.G. Moseley (1887-1915)
Menemui konsep nombor atom atau nombor proton. Mencadangkan bahawa unsur-unsur di dalam jadual
berkala disusun mengikut urutan nombor proton.
Cikgu Marzuqi, M.Sc. Ed USM Acceleration Chemistry
Susunan unsur-unsur di dalam Jadual Berkala Moden
1. Semua unsur dalam Jadual Berkala Moden disusun mengikut kumpulan dan
kala.
Kumpulan Sifat-sifat kimia
1 Logam alkali
2 Logam alkali bumi
17 Halogen
18 Gas adi
2. Unsur-unsur dalam kumpulan yang sama:
Mempunyai bilangan elektron valens yang sama.
Mempunyai sifat kimia yang serupa.
Menunjukkan sifat fizik yang berubah secara beransur-ansur apabila menuruni
kumpulan.
3. Unsur dengan nombor proton
o 58-71 (kala 6) disebut Siri Lantanida.
o 90-103 (kala 7) disebut Siri Antinida.
Rajah 4.1 Jadual Berkala Unsur yang moden
Cikgu Marzuqi, M.Sc. Ed USM Acceleration Chemistry
4.2 Unsur kumpulan 18 (gas adi)
Unsur-unsur kumpulan 18 terdiri daripada helium (He), neon (Ne), argon (Ar),
krypton (Kr), xenon (Xe) dan radon (Rn).
Sifat fizik gas adi:
a. Tidak berwarna, tidak berbau.
b. Tidak larut dalam air.
c. Tidak mengkonduksikan arus elektrik atau haba.
d. Mempunyai takat didik dan takat lebur yang sangat rendah.
Sifat kimia gas adi:
a. Gas adi adalah lengai. Gas adi tidak reaktif dan tidak bertindak balas
dengan sebarang unsur yang lain.
b. Disebabkan susunan elektronya yang stabil, iaitu sama ada susunan
duplet atau aktet.
Kegunaan unsur
kumpulan 18
Helium (He) Neon (Ne)
Argon (Ar) Kripton (Kr)
Radon (Rn)
Xenon (Xe)
Cikgu Marzuqi, M.Sc. Ed USM Acceleration Chemistry
4.3 Unsur Kumpulan 1 (Logam alkali)
Unsur ini bertindak dengan air untuk menghasilkan larutan beralkali.
Kumpulan ini terdiri daripada litium (Li), natrium (Na), kaliaum (K), rubidium (Rb),
sesium (Ce), dan fransium (Fr).
Sifat fizik logam alkali:
Pepejal
Permukaan berkilat
Boleh alirkan elektrik
Takat didih & lebur tinggi
Sifat kimia unsur logam alkali:
Bertindakbalas dengan air
Bertindakbalas dengan oksigen
Bertindakbalas dengan Kumpulan 17
Kerektifan unsur kumpulan 1
Kereaktifan bertambah
Saiz atom bertambah
Elektron valens semakin jauh dari nukleus
Daya tarikan nukleus dengan elektron valens lemah
Mudah derma elektron
Kereaktifan bertambah
Langkah keselamatan apabila mengendalikan logam alkali
Mudah meletup
Simpan dalam minyak paraffin.
Cikgu Marzuqi, M.Sc. Ed USM Acceleration Chemistry
4.4 Unsur Kumpulan 17 (halogen)
Unsur-unsur Kumpulan 17 terdiri daripada fluorin (F), klorin (Cl), bromin (Br), iodin
(I), dan astatin (At).
Unsur itu wujud secara semula jadi dalam pelbagai bentuk mineral dalam kerak
bumi dan juga air laut sebagai garam halide.
Sifat fizik halogen:
Tidak mengkonduksikan arus elektrik dan haba.
Mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah.
Berwarna.
Larut sedikit dalam air.
Sifat kimia halogen:
Merupakan bukan logam yang paling reaktif.
Tindak balas kimia halogen melibatkan pembentukan ion negatif yang bercas-1.
Bertindakbalas dengan air
Bertindakbalas dengan besi
Bertindakbalas dengan alkali
Langkah keselamatan apabila mengendalikan halogen
Halogen beracun dan mengakis.
Halogen berbahaya kepada sistem respirasi dan menyebabkan kulit luka akibat
terbakar.
Pakai kaca mata keselamatan semasa mengendalikan halogen.
Pakai sarung tangan semasa mengendalikan halogen.
4.5 Unsur dalam suatu kala
Kala ialah baris unsur-unsur yang mendatar dalam Jadual Berkala Unsur.
Unsur dalam kala ini ialah natrium, magnesium, almuninum, silikon, fosforus,
sulfur, klorin dan argon.
Unsur Na Mg Al Si P S Cl Ar
Nombor proton 11 12 13 14 15 16 17 18
Susunan elektron 2.8.1 2.8.2 2.8.3 2.8.4 2.8.5 2.8.6 2.8.7 2.8.8
Sifat logam Logam Separuh logam
Bukan logam
keelektronegatifan bertambah
Takat lebur berkurang
Takat didih berkurang
Jadual 4.2 sifat fizik unsur dalam kala 3
Cikgu Marzuqi, M.Sc. Ed USM Acceleration Chemistry
4.6 Unsur peralihan (logam peralihan)
Unsur peralihan terletak di antara Kumpulan 2 dengan Kumpulan 13.
Contoh unsur peralihan ialah scandium (Sc), titanium (Ti), vanadium (V),