Top Banner
MODENISASI DI MALAYSIA INSTITUT PENDIDKAN GURU KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH, DARULAMAN
26

Modernisasi Di Malaysia (2)

Jan 02, 2016

Download

Documents

puteri_ctfairuz

HE
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Modernisasi Di Malaysia (2)

MODENISASI DI MALAYSIA

INSTITUT PENDIDKAN GURU KAMPUS DARULAMAN,

06000 JITRA, KEDAH, DARULAMAN

Page 2: Modernisasi Di Malaysia (2)

Disediakan oleh:

Siti Fairuz binti Mohd Saufi (920611-03-5854)Taharah binti Abdullah (910520-02-5774)

PISMP Pendidikan Islam 2 Ambilan Januari 2012 (Semester 3)

Pensyarah : Tuan Haji Azmi bin Mat

Page 3: Modernisasi Di Malaysia (2)

SOAL

AN 1 Menjelaskan

Hubungan Etnik dalam Konteks Modenisasi di Malaysia SO

ALAN

2 Membincangkan Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Demografi, Politik dan Ekonomi SOAL

AN 3 Menganalisis

Perancangan Pembangunan Lima Tahun

Page 4: Modernisasi Di Malaysia (2)

Hubungan Etnik Dlm Konteks Modenisasi

Malaysia

Ciri-ciri Etnik Dalam Konteks Demografi, Politik & Ekonomi

Perancangan Pembangunan Lima

Tahun

Modenisasi

di Malaysia

Page 5: Modernisasi Di Malaysia (2)

Konsep modenisasi:

- Satu proses transformasi @ perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat (dialami oleh semua bangsa/negara) sama ada secara berencana atau tidak berencana.

Perubahan secara berencana- suatu proses yang mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan ukuran pencapaian terlebih dahulu sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan.

Perubahan berencana disebut modenisasi @ pembangunan

Page 6: Modernisasi Di Malaysia (2)

ASPEK MODENI

SASI

Pembangunan Ekonomi

Pembangunan Politik

Page 7: Modernisasi Di Malaysia (2)

Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kehadiran kolonial Inggeris.

Sebagaimana negara ’baru’ yang lahir setelah Perang Dunia Kedua, Malaysia turut berusaha untuk melakukan pembangunan politik dan pembangunan ekonomi.

Projek modenisasi yang diasaskan sejak pemerintahan kolonial Inggeris telah dilanjutkan dengan melakukan pelbagai perubahan dan penyesuaian.

Dua komponen penting untuk modenisasi Komponen ekonomi Komponen politik

MODENISASI DI MALAYSIA

Page 8: Modernisasi Di Malaysia (2)

HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS MODENISASI MALAYSIA

• Komponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial, khususnya, dalam aspek pembangunan faktor pengeluaran (tanah, buruh, modal).

• Kepada pihak kolonial Inggeris, komponen ekonomi penting untuk membangunkan ekonomi negara mereka.

• Begitu juga di Malaysia, pembangunan ekonomi bukan hanya untuk kepentingan ekonomi tetapi juga untuk menjadi landasan pembinaan negara-bangsa.

• Cita-cita pembinaan negara-bangsa selalu gagal kalau pembangunan ekonomi tidak mantap.

Page 9: Modernisasi Di Malaysia (2)

CIRI-CIRI ETNIK DALAM KONTEKS DEMOGRAFI, POLITIK DAN EKONOMI

ETNIK UTAMACina

Peribumi di Sabah dan Sarawak

Melayu

India

Page 10: Modernisasi Di Malaysia (2)

DEMOGRAFI

POLITIK

EKONOMI

CIRI-CIRI ETNIK

Page 11: Modernisasi Di Malaysia (2)

DEMOGRAFI

Kamus Dewan:

Demografi bermaksud kajian

tentang ciri-ciri perkembangan

penduduk (dari segi saiz,

kepadatan, taburan, kelahiran,

kematian dsb) dalam tempoh

waktu tertentu.

Page 12: Modernisasi Di Malaysia (2)

• Melayu = majoriti

• Cina dan India = minoriti.

• Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia bertambah daripada 18.38 juta orang pada tahun 1991 kepada 23.27 juta pada tahun 2000.

• Bancian penduduk berdasarkan etnik pada tahun 2000 menunjukkan :

o Etnik Melayu dan bumiputera lain adalah 65.1 peratus. o Etnik Cina pula sebanyak 26.0 peratus. o Etnik India sebanyak 7.7 peratus o Selebihnya merupakan etnik lain-lain termasuk di Sabah dan

Sarawak.

Page 13: Modernisasi Di Malaysia (2)
Page 14: Modernisasi Di Malaysia (2)

Ketuanan politik di Malaysia berkaitan dengan aspek sejarah dan demografi.

Jumlah suatu kelompok etnik menentukan secara langsung jumlah undi yang akan diperoleh di dalam pilihan raya.

Atas dasar itulah terdapat kebimbangan di kalangan etnik Cina tentang kenyataan yang menunjukkan bahawa jumlah penduduk etnik Cina mengalami kemerosotan.

Kebimbangan tersebut cukup berasas kerana mereka ingin memastikan etnik Cina kekal berpengaruh dan mengimbangi kuasa politik.

Namun begitu, penurunan jumlah penduduk etnik Cina perlu dilihat tidak hanya dalam konteks isu politik, tetapi juga masalah nasional, iaitu berkait dengan masalah buruh dan produktiviti nasional.

POLITIK

Page 15: Modernisasi Di Malaysia (2)

EKONOMI

Penguasaan ekonomi ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan.

Etnik Cina merupakan majoriti dalam ekonomi.

Di Malaysia, isu pembangunan ekonomi berkait rapat dgn isu sosial terutamanya isu kemiskinan dan agihan kekayaan menurut golongan etnik.

Page 16: Modernisasi Di Malaysia (2)

Isu agihan pendapatan dapat dilihat melalui 2 sudut iaitu:

• di antara kelas sosial yg berbeza (kelas atas, pertengahan dan bawah)

• di antara kelompok etnik yg berbeza iaitu antara Melayu, Cina dan India.

Masalah ketidakseimbangan pengagihan ekonomi telah menyebabkan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Masalah ini cuba diselesaikan menerusi dasar pembangunan ekonomi negara seperti DEB .

Di sebalik tumpuan kerajaan untuk mengutamakan pembangunan ekonomi dan menjadikan Malaysia salah sebuah negara moden dan maju di Asia, aspek keharmonian dan bekerjasama antara kumpulan etnik tidak dilupakan.

Page 17: Modernisasi Di Malaysia (2)

Perancangan Pembangunan Lima Tahun

• Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial Inggeris mencuba sedaya upaya membina kembali Persekutuan Tanah Melayu daripada runtuhan peperangan tersebut, baik dari segi fizikal mahupun dari segi sosial, politik dan ekonomi.

• Dalam arena politik, mereka menemui kegagalan terutamanya dalam usaha untuk mendirikan Malayan Union.

• Dari segi ekonomi, kolonial Inggeris telah berjaya memperkenalkan institusi ’perancangan pembangunan’ di Persekutuan Tanah Melayu.

• Dengan mengambil ilham daripada rancangan lima tahun yang dilaksanakan di Soviet Union dan India, serta pengalaman Marshall Plan, yang telah berjaya membina kembali seluruh Eropah dengan biayaan Amerika Syarikat, dan dengan naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta beberapa pertubuhan kecil di dalamnya ketika itu.

Page 18: Modernisasi Di Malaysia (2)

• Pihak kolonial Inggeris telah merangka dan melaksanakan rancangan lima tahun pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diberi nama

• Draft Development Plan 1950-1954 : sebagai asas kepada suatu tradisi perancangan moden, suatu institusi penting dan suatu alat politik berkesan yang menentukan masa depan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia

• First Five-Year Tanah Melayu Plan 1955-60 : pimpinan tempatan telah diasuh dan diberikan tanggungjawab mengendalikan proses pembangunan masyarakatnya sendiri melalui pemerintahan sendiri yang terbatas selepas Pilihanraya Umum tahun 1955 dan kemudiannya melalui pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

• Second Five – Year Tanah Melayu Plan 1961-65 diperkenalkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pimpinan tempatan.

Page 19: Modernisasi Di Malaysia (2)

• Walaupun daripada segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan ketika itu merupakan lanjutan perancangan pembangunan kolonial Inggeris, namun daripada segi tujuan, matlamat dan strategi khusus telah menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian.

• Rancangan Malaysia Pertama 1966-70. merupakan rancangan pembangunan yang menekan usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia.

• Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), merupakan rancangan pembangunan yang menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai.

• Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua.

Page 20: Modernisasi Di Malaysia (2)

• Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) dan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1996) merupakan rancangan pembangunan yang menitik beratkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.

• Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2006) pula mula memberi perhatian ke atas industri berteraskan K-ekonomi.

• Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), tumpuan diberikan tidak hanya kepada industri berteraskan K-ekonomi tetapi turut memberi perhatian kepada isu pembangunan manusia atau disebut sebagai “modal insan”.

Page 21: Modernisasi Di Malaysia (2)

RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-

1960)•Matlamat utama memulihkan perusahaan getah bagi meningkatkan pendapatan penduduk.•Menubuhkan RIDA untuk rancangan pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur masyarakat desa.(1966 ditukar kepada MARA).•LKTP 1956 bagi membuka tanah baharu untuk tujuan penempatan semula, menambah hasil pertanian dan meningkatkan taraf hidup penduduk (1971 ditukar kepada FELDA).

RANCANGAN MALAYA KEDUA

(1961-1965)•Digubal oleh pemerintah Malaya sendiri.•Menyediakan kemudahan asas dan menggalakkan kepelbagaian ekonomi.•Bermatlamat mengurangkan perbezaan taraf hidup, mewujudkan peluang pekerjaan dan kemudahan kesihatan, pelajaran dan perumahan•Penubuhan sistem Bilik Gerakan bagi menyelaraskan kegiatan ekonomi di kampung dan daerah.

Page 22: Modernisasi Di Malaysia (2)

RMK-1(1966-1970)

•Pembangunan negara secara menyeluruh meliputi semua bidang ekonomi•Bermatlamat:•Mempelbagai kegiatan ekonomi•Mewujudkan peluang pekerjaan•Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber•Mempercepat integrasi•Beri tumpuan kepada perindustrian gantian-import dan perusahaan pembuatan.•Penubuhan FELDA, FELCRA, MARDI, MIDA.

RMK-2(1971-1975)

•Bermatlamat antaranya:•mewujudkan peluang pekerjaan pelbagai sektor•mengurangkan jurang perbezaan pendapatan•meningkatkan daya pengeluaran•memperbaiki taraf hidup•Ketika ini terdapat peralihan dari industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport.•Penubuhan DEB, KEJORA, DARA, PERNAS, UDA, RISDA, LPP

Page 23: Modernisasi Di Malaysia (2)

RMK-3 (1976-80)

•Memperkenalkan rancangan pembangunan wilayah dengan penumpuan kepada penanaman kelapa sawit dan getah•Meneruskan usaha pembangunan pertanian dan perindustrian•Penubuhan KETENGAH, KESEDAR

RMK-4 (1981-1985) RMK-5 (1986-1990)

•Memperkemaskan program pembangunan ekonomi•Penekanan kepada pertanian, perindustrian serta sektor industri berat•Rancangan pembangunan yang menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan serta pembukaan kawasan perusahaan baharu•1979, PNB ditubuhkan untuk uruskan pelaburan Skim Amanah Saham Nasional (yang diperkenalkan 1981).

Page 24: Modernisasi Di Malaysia (2)

RMK-6 (1991-1995)RMK- 7(1996-2000)

•Strategi bermatlamat:•Meningkatkan kecekapan dan daya saing serta menggalakkan penglibatan swasta•Mengurangkan penyertaan langsung sektor awam•Mengekalkan dasar liberisasi serta pelonggaran peraturan•Menggalakkan perindustrian menggunakan teknologi canggih•Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal

•Pengenalan Dasar Pembangunan Nasional lanjutan kepada DEB

RMK-8 (2001-2005)RMK-9 (2006-2010)

•Stategi utama:•Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap•Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi•Meluaskan penggunaan ICT•Memupuk dan menyemai nilai positif dan nilai murni•Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan•Membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan

•Menekankan pembangunan ekonomi, sosial, modal insan dan projek-projek pertanian diberi keutamaan•Pengenalan Dasar Wawasan Negara

Page 25: Modernisasi Di Malaysia (2)

KESIMPULAN

• Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat yang mencatatkan peningkatan positif adalah bukti kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia.

• Pembangunan ekonomi Malaysia juga mempunyai kesan positif dalam konteks hubungan etnik.

o Kemiskinan tanpa mengira etnik sudah dapat diatasi. o Penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi

antara etnik adalah seimbang

• Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, telah menyebabkan proses perpaduan terus berlangsung.

Page 26: Modernisasi Di Malaysia (2)

SEKIAN, TERIMA KASIH