Top Banner
Teaching Reading and Teaching Reading and Writing in the Malay Writing in the Malay Language Classroom Language Classroom Seminar 4
43

MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Feb 01, 2016

Download

Documents

Phil

MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom. Seminar 4. Kandungan. Keboleh bacaan dan kebolehan membaca Aspek berkaitan dengan kemahiran menulis Jenis-jenis karangan Pelbagai kaedah menulis karangan Pengajaran penulisan. KEBOLEHBACAAN. - PowerPoint PPT Presentation
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

MLL 205MLL 205Teaching Reading and Writing in Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroomthe Malay Language Classroom

Seminar 4

Page 2: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Kandungan

• Keboleh bacaan dan kebolehan membaca• Aspek berkaitan dengan kemahiran menulis• Jenis-jenis karangan• Pelbagai kaedah menulis karangan• Pengajaran penulisan

Page 3: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

KEBOLEHBACAAN

0 Kebolehbacaan (readability) ialah satu konsep yang berbeza dengan kebolehan membaca (reading ability).

0 Kebolehan membaca ialah tahap kecekapan, kemahiran atau kebolehan seseorang individu memahami bahan yang dibaca. Tahap kebolehan membaca seseorang bergantung kepada kecekapan atau kemampuan pembaca itu memahami atau bertindak balas dengan bahan bacaan tersebut.

0 Individu pembaca yang baik ialah individu yang dapat bertindak balas secara spontan dan tepat terhadap bahasa, idea dan stilistik bahan penulisan yang dibacanya. Menurut Harris, 1969 (dlm. Nadzeri, 1998: 43) seorang pembaca yang baik ialah, ““one who can respond simultaneously, and appropriately, one who can respond simultaneously, and appropriately, to the to the language, ideas and stylistics of mature writing, language, ideas and stylistics of mature writing, and moreover, can and moreover, can achieve these understanding with reasonable speed and fluency.achieve these understanding with reasonable speed and fluency.” ”

Page 4: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0Menurut Khadijah Rohani (2001), kebolehbacaan ialah tahap senang-sukar sesuatu bahan bacaan itu

0Formula kebolehbacaan ialah satu cara atau teknik yang objektif dan saintifik untuk mentaksir atau meramalkan tahap senang-sukar sesuatu bahan bacaan itu

0Tujuan utama mengadakan pengukuran kebolehbacaan sesuatu bahan bacaan adalah untuk membolehkan para pendidik, ibu bapa dan kemungkinan para penulis khasnya penulis buku teks mencuba menyesuaikan kebolehan membaca pembaca atau pelajar dengan bahan yang dibacanya

KEBOLEHABACAAN

Page 5: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0Tahap kebolehan membaca murid dan tahap kebolehbacaan bahan

KEBOLEHBACAAN

Tahap kebolehan membaca murid Tahap kebolehbacaan bahan

(1) Tahap Pembacaan Bebas (TPB)

(2) Tahap Pembacaan Pengajaran(TPP)

(3) Tahap Pembacaan Kecewa (TPK)

(1) Tahap Pembacaan Bebas (TPB)

(2) Tahap Pembacaan Pengajaran (TPP)

(3) Tahap Pembacaan Kecewa(TPK)

Page 6: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Tahap Pembacaan Murid0TPB - pembacaan tanpa bantuan

- murid faham perkatan dan ayat seluruh teks secara sendirian

0TPP - murid perlukan bantuan guru untuk membaca

- tidak dapat faham bacaan tanpa bantuan

0TPK - murid dapat teks terlalu sukar

- mendatangkan kekecewaan dalam percubaan membaca

KEBOLEHBACAAN

Page 7: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Kebolehbacaan Bahan0sama seperti kebolehan membaca murid kerana pengukuran tentang kebolehan membaca murid dan kebolehbacaan bahan dijalankan serentak0Ada 3 peringkat0TPB - bahan dapat dibaca dengan mudah tanpa

bantuan guru0TPP - bahan mudah difahami dengan bantuan guru0TPK - bahan tidak dapat difahami sehingga mengecewakan

KEBOLEHBACAAN

Page 8: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0Cara menentukan tahap kebolehbacaan bahan

(1)Menggunakan Prosedur Kloz

- untuk menilai tahap kebolehbacaan sesuatubahan bacaan

- diadakan berdasarkan petikan keratan bacaan

- Pada setiap perkataan yang kelima digugurkan perkataan untuk membolehkan murid meneka dan mengisikan perkataan yang tepat

- Ayat yang pertama dan juga ayat yang terakhir tidak diusik untuk menolong murid memahami kandungan karangan

KEBOLEHBACAAN

Page 9: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

- biasanya menggunakan keratan bacaan yang tidak

kurang daripada 250 patah perkataan. Tujuannya ialah untuk mengisi 50 item kloz (di tempat- tempat kosong)

- Untuk kegunaan di peringkat sekolah rendah, keratan bacaan yang panjangnya di antara 100 – 160 patah perkataan boleh digunakan

* TPB = lebih 50% jawapan betul

* TPP = 40 - 50% jawapan betul

* TPK = kurang dari 40% jawapan betul(a)= jumlah perkataan tepat yang diisi murid

(b)= jumlah tempat kosong

(c)Bahagi (a) dengan (b) = c

(d)Darap (c) dengan 100

KEBOLEHBACAAN

Page 10: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0 Inventori bacaan tidak formal

- ujian bacaan tidak formal dalam kelas

- untuk melihat dan menentukan tahap

kebolehbacaan bahan dan kebolehan membaca murid

- guru pilih teks yang belum pernah dibaca

- murid baca lantang, guru catat jenis dan jumlah kesalahan dari segi gaya, penyebutan, nada suara dan intonasi

- Soalan petunjuk

a) Adakah murid sebut dengan betul?

b) …gantikan perkataan dengan perkataan lain

KEBOLEHBACAAN

Page 11: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

It’s called ‘reading’. Its how people install new software into their brains

Page 12: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Kemahiran Membaca1) Konsep Membaca

2) Tujuan membaca

3) Proses Membaca

4) Faktor-faktor mempengaruhi kebolehan membaca

5) Soalan dan Penyoalan dalam Pengajaran kefahaman membaca

6) Taksonomi Bloom

7) Peringkat Mengajar Bacaan

8) Jenis teks dan jenis bacaan

9) Mengajar kefahaman membaca dan strategi

10) Mengajar Perbendaharaan kata

11) Kebolehbacaan

Page 13: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Definisi:

- bahasa bertulis dengan lambang-lambang bunyi

- alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan

- bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat

- berkait rapat dengan membaca

- kedua-dua mementingkan teknik dan akal

- tiada bacaan jika tiada tulisan dan sebaliknya

Kemahiran Menulis

Page 14: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.

0Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Kemahiran Menulis

Page 15: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Konsep Menulis0Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.

0Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Kemahiran Menulis

Page 16: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Fungsi Kemahiran Menulis

- Ann Raimes (1983) mengemukakan 3 fungsi kemahiran menulis:

(1) merangsang dan melahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan

(2) memberi peluang kepada pelajar untuk

menerokai bidang bahasa

(3) memperluas pengetahuan, melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata, tangan, akal dan dll) untuk lebih merangsangkan lagi pembelajaran

Kemahiran Menulis

Page 17: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0 Aspek Berkaitan dengan kemahiran menulis

(1)Jenis-jenis Kemahiran Menulis

- dua jenis

(A) kemahiran menulis secara mekanis

- peringkat awal supaya tulisan kemas dan boleh dibaca

- ada 3 peringkat

* peringkat menyediakan murid (tangan/mata)

* Peringkat mendirikan asas – serentak dengan bacaan. Kenal lambang huruf sesuai dengan gambar, tulis ayat pendek, menulis huruf manuskrip,

* peringkat latihan menulis – tulis ayat dengan kemas, bersih dan kepantasan yang sesuai

(B) kemahiran untuk pelahiran (mental)

-

Kemahiran Menulis

Page 18: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Peringkat Mekanis0Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. 0Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.

Kemahiran Menulis

Page 19: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran mekanis, guru boleh:0Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis.0Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.0Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang.0Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.0Latihan menulis huruf dalam suku kata.0Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.0Latihan menamakan gambar-gambar.0Latihan menyalin frasa atau ayat.0Latihan menyalin ayat daripada buku.

Kemahiran Menulis

Page 20: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Peringkat Pelahiran0Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan.

0Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.

0Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari.

Kemahiran Menulis

Page 21: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Contoh Aktiviti:0Menulis jawapan pemahaman0Menulis karangan0Menulis ayat berdasarkan gambar0Membina ayat0Memanjangkan ayat0Menulis rencana0Mengisi silang kata0Melengkapkan ayat.

Kemahiran Menulis

Page 22: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

(2) Ejaan

- berkait rapat dengan tulisan

- bantu ingat, hafaz bunyi dan tulis dengan cepat

(3) Jenis-jenis tulisan

- huruf cap

- huruf sambung

(4) Ransangan Menulis

- motivas

- sudah bersedia

- persembahan

- pelaksanaan

- penilaian

Kemahiran Menulis

Page 23: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

(4) Jenis kemahiran yang diperlukan dalam tulisan

- keseragaman (pergerakan tangan/pena)

- persambungan ( satu unit)

- pergerakan yang tetap

- menulis untuk pelahiran (mental)

(B) Peringkat mengajar menulis mental

- meniru

- hasilkan semula

- menggabung

- penulisan berpandu

- penulisan bebas

Kemahiran Menulis

Page 24: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0 Unsur-unsur yang diperlukan untuk menghasilkan sesebuah bahan penulisan:

Aspek berkaitan dengan kemahiran menulis

Kemahiran Menulis

Karangan

GRAFOLOGI MORFOLOGI

SINTAKSIS PEMILIHAN KATA

(EKSPRESI)I)PENYUSUNAN

EjaanEjaanTanda BacaanTanda BacaanHuruf besar/kecilHuruf besar/kecil

Imbuhan, kata majmukImbuhan, kata majmukKata ganti,kata adjektif,Kata ganti,kata adjektif,Kata nama, kata kerja,Kata nama, kata kerja,Kata hubungKata hubung

Ayat/frasaAyat/frasaSusunan kata-kataSusunan kata-kataPecahan ayatPecahan ayatPola ayatPola ayatRagam ayatRagam ayat

Isi, tepat dan jelasIsi, tepat dan jelasIkatan dan kesatuan ayatIkatan dan kesatuan ayat

Perbendaharaan kataPerbendaharaan kataPeribahasaPeribahasaBahasa bungaBahasa bunga

Page 25: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

`

0bermula ketika kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti tulisan seperti membuat corak, mewarnakan bentuk, membuat lukisan berbentuk geometri, menekap dan membentuk huruf.

0menconteng dan melukis gambar mengikut tanggapan mereka juga merupakan asas kebolehan menulis.

0Dengan latihan dan pengalaman asas ini yang bertujuan untuk menguasai mekanik tulisan, kanak-kanak berasa seronok dan mereka dilatih untuk mendapatkan kematangan urat saraf.

0Latihan ini penting bukan sahaja mereka berpeluang untuk mematangkan urat saraf yang mengawal jari dan tangan tetapi mereka juga dapat menghasilkan penyelarasan kordinasi tangan dengan mata.

Kemahiran Menulis Peringkat Rendah

Page 26: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0Pada peringkat pramenulis ini guru mengajar mereka cara yang betul memegang pensel, kedudukan badan dan perkara-perkara lain yang membolehkan mereka mula dengan tabiat yang baik serta berasa selesa ketika menulis.

0Guru juga harus memberi peluang kepada mereka menggunakan pelbagai alat untuk memperkembangkan kemahiran menulis.

Kemahiran Menulis Peringkat Rendah

Page 27: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0Setelah mereka tahu menulis dengan kemas serta dengan kepantasan yang sesuai, guru mengajar mereka kemahiran mengeja menurut strategi-strategi yang tertentu.

0Aktiviti ini bukan sahaja mengajar mereka mengeja tetapi dapat membantu mereka untuk mengingat, menghafaz bunyi perkataan serta melatih mereka menulis dengan tepat dan pantas.

Kemahiran Menulis Peringkat Rendah

Page 28: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0Pada peringkat sekolah rendah murid-murid boleh mengarang menurut tanggapan mereka berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Mereka telah didedahkan dengan berbagai-bagai jenis karangan berdasarkan pelbagai tajuk dan untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi.

0Mereka dapat melahirkan perasaan, keinginan, menyampaikan maklumat dan idea.

Kemahiran Menulis Peringkat Rendah

Page 29: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0Kemahiran yang sudah diperolehi di sekolah rendah

diperkembangkan di sekolah menengah. Kecekapan mengarang amat penting pada peringkat ini.

0Mereka perlu melakukan kerja-kerja menulis dan mengarang sebagai kaedah menyampaikan maklumat, idea dan pendapat untuk menghadapi masa hadapan yang lebih sempurna dan berkesan.

Kemahiran Menulis Peringkat Menengah

Page 30: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Jenis-jenis karangan

Karangan

Naratif

•cerita•berita•laporan•rencana•ulasan

Argumentatif

•bahas•perbincangan•kritik

Deskriptif

•gambaran suasana•peristiwa•benda•perwatakan

Kreatif

•puisi•cerpen•drama

Imaginatif

•pengalaman

Ekspositori

faktaidea

Bina sebuah tajuk karangan bagi setiap jenis karangan yang diberikan.

Page 31: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0Deskriptif

- penggambaran yang menghuraikan sesuatu secara terperinci mengenai seseorang, tempat, suasana, pemandangan

- Karangan jenis deskriptif membolehkan seseorang pembaca atau pendengar seolah-olah dapat merasa atau melihat situasi yang

dihuraikan.

Jenis-jenis karangan

Page 32: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0Naratif

- Karangan jenis naratif menggunakan ragam bahasa sastera yang fokusnya adalah mengenai penceritaan semula sesuatu kejadian, pengalaman atau peristiwa yang telah berlaku dan diceritakan semula.

0 Imaginatif

- berkait rapat dengan pengalaman dan yang berbentuk kreatif

Jenis-jenis karangan

Page 33: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0Argumentatif

- perbincangan, perbahasan dan kritikan

- karangan jenis ini memerlukan pendapat atau pandangan tentang sesuatu perkara

- dalam karangan jenis perbahasan, biasanya penulis akan mengambil satu sudut pandangan atau pendirian sama ada menyokong atau menentang

- berbeza dengan karangan jenis perbincangan yang mana penulis akan memberi pendapat mengenai aspek kebaikan dan juga keburukan

Jenis-jenis karangan

Page 34: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0Ekspositori

- karangan yang mendedahkan sesuatu fakta, idea dengan tujuan untuk memberitahu mengenai sesuatu atau menjelaskan sesuatu perkara

- kekuatan karangan jenis ekspositori terletak pada sejauh mana penulis dapat berhujahmengenai sesuatu isu yang dibincangkan itu.

Jenis-jenis karangan

Page 35: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0Penulisan mengikut 3 peringkat:

1) Peringkat prapenulisan

2) Peringkat menulis

3) Peringkat pasca penulisan

Kaedah Menulis Karangan

Page 36: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0 Peringkat prapenulisan

- sumbang saran

- perbincangan dalam kumpulan kecil/kelas

- mencari isi melalui pembacaan

- buat rangka kasar

- mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan

bahan elektronik yang lain

- membuat peta minda atau carta alaira cerita

- menentukan watak

- menyaring bahan

- menulis draf

0

Kaedah Menulis Karangan

Page 37: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0 Peringkat menulis

- mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan

- menentukan format

- tulis apa sahaja yang terlintas di otak mengenai tajuk yang dirangkakan

- beri bukti/alasan

- bina dan kembangkan isi

- buat perenggan untuk memperlihatkan kesinambungan isi dan idea

- mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata, sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk huruf) dan wacana

- berikan tanda baca yang sesuai

- mengambil kira aspek kohesi dan koherens

Kaedah Menulis Karangan

Page 38: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0Peringkat penulisan semula

- penulis memeriksa/menyemak apa yang ditulis

- mempertimbangkan bahagian yang perlu dibaiki

- betulkan tanda baca, perenggan, ejaan, perkataan dan frasa

- kurang atau tambah fakta, idea

- susun semula ayat atau perenggan

- semak kesesuaian tajuk, isi, pendahuluan danpenutup

Kaedah Menulis Karangan

Page 39: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

0 Pendahuluan

- pendek dan menarik

- menimbulkan pertanyaan

- mengemukakan pendapat

- mengemukakan sesuatu seruan dari kenyataan0 Isi

- susun ikut urutan

- satu isi dalam satu perenggan

- setiap perenggan berkaitan0 Penutup

- menggulung isi atau pendapat

- tidak tambah isi baharu

- meninggalkan persoalan agar pembaca berfikir

- ulang peribahasa/sedutan dalam pendahuluan

- klimaks dalam cerpen

- gunakan satu petikan kata-kata hikmat/puisi

Format Menulis Karangan

Page 40: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom
Page 41: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

TMA02Question 1 (Total 50 marks)0Teknik penyoalan dan bentuk soalan merupakan aktiviti penting dalam pengajaran bacaan dan kefahaman. Terangkan teknik penyoalan dan cara menyoal dengan berbagai-bagai jenis soalan menurut Taksonomi Bloom. Beri contoh-contoh tertentu bagi setiap bentuk soalan. (50 marks)

Question 2 (Total 50 marks)0Raimes (1983) telah mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran penulisan. Pilih tiga jenis pendekatan dan jelaskan dengan contoh-contoh tertentu. (50 marks)

Page 42: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Rujukan

0 Khadijah Rohani Mohd. Yunus (2001). Kebolehbacaan dalam Buku Teks. Bahan Kursus Penulisan Buku Teks Sekolah Menengah, Bahagian Buku Teks, KPM dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

0 Keith, J. Readability. (On-line). Available: http://www/timetabler.com /reading.html

0 Nadzeri B. Hj. Isa (1998). Tahap Kebolehbacaan Bahan Bacaan. Jurnal Pendidikan Bahasa, Bil. 16. 42-48.

0 http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2005/tayjp2005.pdf

0 Harmer, Jeremy. The Practice of English Language Teaching. Harlow: Pearson Education Limited, 1991.

Page 43: MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Terima Kasih