Page 1
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 1
Ruj. Fail : MPSJ/KHP/100 – 6/1/1Jld 7( )
MINIT MESYUARAT PENUH
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
BIL. 1 TAHUN 2020
Tarikh : 22 Januari 2020 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Kenanga,
Aras 2, Ibu Pejabat,
Majlis Perbandaran Subang Jaya
Kehadiran : Seperti di Lampiran A
1.0 BACAAN DOA
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Amizi bin
Aminudin, Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Khidmat Pengurusan,
Majlis Perbandaran Subang Jaya.
2.0 PERUTUSAN PENGERUSI
Puan Yang Dipertua memulakan mesyuarat dengan mengucapkan
salam kepada semua yang hadir dan memaklumkan bahawa
Page 2
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 2
mesyuarat kali ini merupakan Mesyuarat Penuh MPSJ Bil. 1/2020.
Seterusnya beliau menyampaikan beberapa perkara seperti yang
berikut :
i) Tayangan gambar-gambar pelaksanaan program/aktiviti yang
telah berlangsung sepanjang bulan Januari 2020.
ii) Pemakluman Pengisytiharan Kepentingan Peribadi Bagi
Mesyuarat Penuh. Semua ahli mesyuarat diwajibkan
mengisytiharkan kepentingan peribadi ke atas sebarang
keputusan yang dibincangkan dan hendaklah berkecuali dengan
menyatakan kepentingan dan berundur diri seketika semasa
perbincangan. Selaras dengan keputusan Mesyuarat MMKN bil
21/2018, Ahli Majlis diminta mengisi borang Pengisytiharan
Kepentingan Ahli Mesyuarat setiap kali mesyuarat diadakan.
iii) Pemakluman larangan menggunakan peralatan komunikasi
semasa mesyuarat berlangsung.
iv) Puan Pengerusi mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru
Cina kepada semua kaum Thionghoa yang akan merayakannya
pada 25 dan 26 Februari 2020.
v) Puan Pengerusi memaklumkan tentang MPSJ telah mendapat
kelulusan Kabinet untuk dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya
Subang Jaya (MBSJ). Status terkini, keputusan dasar MMKN pada
Page 3
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 3
15 Januari 2020 telah memutuskan tarikh pengisytiharan MBSJ
adalah pada 20 Februari 2020 atau 3 Mac 2020.
Walau bagaimanapun, tarikh pengisytiharan tidak dapat ditentukan
kerana perlu mendapatkan tandatangan Yang Dipertuan Agong
terlebih dahulu sebelum ianya dikuatkuasakan.
Selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong, MPSJ akan
melaksanakan Majlis Pengisytiharan MBSJ dan istiadat ini akan
disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor. Cadangan tarikh
bagi Majlis tersebut juga bergantung kepada perkenan DYMM
Sultan Selangor.
Majlis Sambutan Bandaraya Subang Jaya akan diadakan di Arena
MBSJ dengan berbagai acara dan aktiviti yang akan berlangsung
seperti persembahan pembukaan kebudayaan, persembahan
gendang tiga kaum, formasi waja diri, perarakan kontigen,
pertandingan perbarisan, persembahan artis MBSJ dan jemputan
serta persembahan bunga api. Cadangan tarikh majlis sambutan
adalah selepas Majlis Pengisytiharan dilaksanakan.
Diharapkan semua Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan dan
pegawai-pegawai dapat memberikan kerjasama dalam membuat
persiapan menuju Majlis Bandaraya Subang Jaya, Gemilang
Bersama.
Page 4
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 4
vi) Puan Yang Dipertua memaklumkan berkenaan program Majlis
yang akan berlangsung sepanjang bulan Februari 2020 iaitu
Program Bengkel Kebudayaan Warisan MPSJ.
Bengkel ini merupakan kali ke 3 diadakan bagi mengisi modul-
modul program Anugerah Sekolah Sejahtera MPSJ sempena
Program Generasi Bestari Smart Gen MPSJ. Program ini akan
diadakan pada 11 dan 12 Februari 2020 (Selasa-Rabu), jam 8.30
pagi – 4.00 petang bertempat di Kompleks 3K, SS13, Subang
Jaya.
Bengkel ini merupakan strategi kerjasama pintar antara Majlis
Perbandaran Subang Jaya dengan Perbadanan Adat Melayu dan
Warisan Negeri Selangor (PADAT) bagi menyemarakkan dan
membudayakan kegiatan seni budaya dalam kalangan pelajar dan
guru. Antara program yang akan dilaksanakan adalah tarian
tradisonal dan vokal koir.
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS
PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 12/2019
Minit Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 12/2019
bertarikh 23 Disember 2019 (Isnin) disahkan tanpa sebarang pindaan.
Page 5
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 5
4.0 MAKLUM BALAS MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN
SUBANG JAYA BIL. 12/2019
Perkara berbangkit adalah seperti yang berikut:
Bil Perkara Keterangan Keputusan
1. Melesenkan permit
kerusi meja di atas
tapak parkir.
Jabatan Pelesenan
memaklumkan buat
masa ini tiada
cadangan
meluluskan permit
untuk kerusi meja
di atas tapak parkir
atas sebab
keselamatan.
Mesyuarat memutuskan
bagi permohonan permit
kerusi meja di kawasan
terbuka, MPSJ akan
menggunapakai dasar
sedia ada daripada
Kerajaan Negeri.
Walau bagaimanapun,
bagi lokasi tertutup atau
kawasan spesifik yang
difikirkan sesuai,
permohonan permit kerusi
meja boleh
dipertimbangkan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa
Kawalan Perniagaan.
Tindakan : Jabatan
Pelesenan
Page 6
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 6
5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA
5.1 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)
Perancangan dan Pembangunan Majlis Perbandaran Subang
Jaya Bil.1/2020 bertarikh 8 Januari 2020 (Rabu)
---------------------------------------------------------------------------------------
Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju
menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam
laporan tersebut dengan cadangan seperti yang berikut:
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
1. Para 1
& m/s 3
Encik
Keshminder
Singh a/l
K.Karam
Singh
BP 2 : SUBANG
HI-TECH
Kertas Kerja bil :
382/20/102/2019
(Untuk: Next
Delta Sdn. Bhd.)
Beliau memohon agar
MPSJ menetapkan syarat
kepada pemajuan akan
datang iaitu mewujudkan
1 bit polis di kawasan
tersebut memandangkan
faktor kes jenayah yang
semakin meningkat.
Keputusan Mesyuarat :
Puan Yang Dipertua
memaklumkan bahawa
permohonan kemudahan
Page 7
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 7
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
awam perlu dilihat dari
beberapa aspek seperti :
i) Keperluan dan
kesesuaian lokasi
ii) Kesediaan pihak polis
terhadap penambahan
balai polis baharu
Mesyuarat memutuskan
pertimbangan terhadap
permohonan ini akan
dibincangkan dengan
lebih lanjut dalam
Mesyuarat Jawatankuasa
OSC.
Tindakan : Jabatan
Perancangan Bandar
2. Para 1
& m/s 3
Puan Lee
Jen Uyin
BP 2 : SUBANG
HI-TECH
Kertas Kerja bil :
382/20/102/2019
(Untuk: Next
Delta Sdn. Bhd.)
Beliau memohon MPSJ
mengkaji berkenaan trafik
di kawasan Persiaran
Setia. Pembangunan ini
dikhuatiri akan
memburukkan lagi
keadaan trafik sedia ada.
Page 8
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 8
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
Keputusan Mesyuarat :
Puan Pengerusi
memaklumkan bahawa
pengurusan trafik sedia
ada merupakan
tanggungjawab pihak
Majlis. Pemaju hanya
bertanggungjawab
terhadap pengurusan
trafik baharu yang dijana
oleh pembangunan
tersebut sahaja.
Walau bagaimanapun,
MPSJ telah meminta
disediakan jejambat yang
menghubung ke Federal
Highway serta
peningkatan taraf dan
pelebaran jalan-jalan
sedia ada.
Makluman
Page 9
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 9
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
3. Para 1
& m/s 3
Encik
Frankie Koh
Eng Kee
BP 3 : PUTRA
HEIGHTS
Kertas Kerja bil :
05/01/02/2020
(Untuk: Kingsley
Hills Sdn. Bhd.)
Beliau memaklumkan
bahawa jalan masuk ke
pembangunan ini adalah
melalui jalan Persiaran
Harmoni. Situasi semasa
di persiaran ini telah
mengalami kesesakan di
tahap yang tinggi.
Pembangunan ini
dikhuatiri akan
menambahkan lagi
kesesakan sedia ada.
Beliau ingin tahu adakah
jalan masuk ke Persiaran
Harmoni akan dilebarkan?
Keputusan Mesyuarat:
Puan Yang Dipertua
memaklumkan bahawa
setiap pembangunan
baharu telah menjalani
tapisan traffic impact
assessment (TIA).
Page 10
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 10
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
Mesyuarat memutuskan
supaya Jabatan
Kejuruteraan menyemak
syarat-syarat yang telah
dikenakan berkenaan
jalan masuk ke persiaran
tersebut. Sekiranya syarat
tersebut tidak
dimasukkan, mohon
pemaju mengambil kira
tentang penambahbaikan
menaik taraf Persiaran
Harmoni kesan daripada
pembangunan yang
berlaku.
Tindakan : Jabatan
Kejuruteraan
Page 11
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 11
5.2 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kemasyarakatan Majlis
Perbandaran Subang Jaya Bil. 1/2020 bertarikh 8 Januari
2020
---------------------------------------------------------------------------------------
Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju
menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam
laporan tersebut dengan cadangan seperti yang berikut:
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
1. Para
7.2 &
M/Surat
27
Encik Yap
Kok Weng
Kertas
permohonan
mengadakan
latihan badminton
oleh JKP zon 16
di Dewan
Serbaguna
Laman Puteri 3
(Kertas
mesyuarat bil.
09/01/2020)
Beliau ingin tahu adakah
perkara 7.2, 7.3 dan 7.4
merupakan dasar baharu?
Keputusan Mesyuarat:
Setelah meneliti dan
berbincang mesyuarat
bersetuju menangguhkan
keputusan dan perlu
dibawa untuk
perbincangan semula
pada Mesyuarat
Jawatankuasa
Kemasyarakatan akan
datang.
2. Para
7.3 &
M/surat
28
Kertas
Permohonan
Menggunakan
Dewan
Serbaguna
Page 12
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 12
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
MPSJ, Puchong
Jaya bagi Tujuan
Aktivit Line Dance
oleh JKP Zon 10
Tindakan : Jabatan
Pembangunan
Masyarakat
3. Para
7.4 &
M/surat
29
Kertas
Permohonan
Menggunakan
Dewan
Serbaguna
MPSJ, Puchong
Jaya bagi Tujuan
Aktivit Line Dance
oleh JKP Zon 17
5.3 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Majlis
Perbandaran Subang Jaya Bil.1/2020 bertarikh 13 Januari
2020
---------------------------------------------------------------------------------------
Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju
menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam
laporan tersebut dengan beberapa cadangan seperti yang
berikut:
Page 13
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 13
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
1. Para
5.11 &
M/surat
12
Encik
Frankie Koh
Eng Kee
Cadangan bagi
Mengadakan
Sambutan
Perayaan
Tahun Baru
Cina, Hari
Deepavali dan
Hari Natal
(Krismas)
Majlis
Perbandaran
Subang Jaya
2020
Beliau mencadangkan
supaya Sambutan Hari
Natal (Krismas) juga
diberikan peruntukkan
untuk dilaksanakan acara
sambutan.
Keputusaan Mesyuarat
Setelah meneliti dan
berbincang, mesyuarat
bersetuju bajet bagi
sambutan perayaan tahun
2020 adalah sebanyak
RM 150 ribu. Pembahagian
peruntukan mengikut
sambutan perayaan akan
dibincangkan dan
diputuskan kelak.
Tindakan : Jabatan
Korporat dan
Pengurusan Strategik
Page 14
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 14
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
2. Para
5.22 &
M/surat
21
Encik Mohd
Saifullah bin
Mohd Zulkifli
Permohonan
Sewaan
Operator di
Kompleks 3C,
Majlis
Perbandaran
Subang Jaya
Beliau ingin tahu status
permohonan sewaan
terhadap 3 operator yang
tidak bersetuju dengan
kadar sewa yang
ditawarkan oleh pihak
Majlis. Beliau difahamkan
sekolah agama telah
bersetuju dengan kenaikan
kadar sewa dan akan
menghantar cadangan
sebutharga baharu dalam
masa terdekat.
Keputusan Mesyuarat:
Setelah meneliti dan
berbincang, mesyuarat
bersetuju untuk
mempertimbangkan
cadangan sebutharga
baharu yang dikemukakan
oleh operator yang
menyewa di kompleks 3C
Page 15
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 15
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
MPSJ. Perkara ini akan
dibincangkan dalam
mesyuarat Jawatankuasa
Kewangan MPSJ akan
datang.
Tindakan : Jabatan
Pembangunan
Masyarakat
5.4 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan
Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1/2020 Bertarikh
14 Januari 2020
---------------------------------------------------------------------------------------
Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju
menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam
laporan tersebut dengan cadangan seperti yang berikut:
Bil Para &
M/Surat
Ahli
Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
1. Para
8.5 &
m/s 19
Puan
Sharma
zira binti
Md
Sharif
Cadangan
Konsep Bidaan
(Bidding Concept)
Untuk Bazar
Ramadan
Beliau memohon
perkara ini dibincangkan
semula kerana peniaga
yang menjalankan
perniagaan di tapak
Page 16
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 16
Bil Para &
M/Surat
Ahli
Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
(Hotspot) bagi
Tahun 2020.
bazar Ramadan Taman
Puchong Prima (OTK)
kebanyakannya terdiri
dari penduduk sekitar
yang berada dalam
kategori golongan B40.
Sistem bidaan akan
membebankan dan
berharap sistem undian
yang dilaksanakan
sebelum ini diteruskan
kerana sistem tersebut
merupakan kaedah yang
terbaik.
Keputusan Mesyuarat :
Mesyuarat mengekalkan
keputusaan sedia ada
dengan melaksanakan
konsep bidaan sebanyak
20 petak sahaja di setiap
3 lokasi bazar ramadan
yang mendapat
sambutan hangat iaitu
Page 17
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 17
Bil Para &
M/Surat
Ahli
Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
Bazar USJ 4, Subang
Jaya, Bazar Taman
Puchong Prima (OTK)
dan Bazar BK5 Bandar
Kinrara.
Tindakan : Jabatan
Pelesenan
2. Para
8.5 &
m/s 19
Ar.
Kamarul
Hisham
bin Hj.
Yeop
Hashim
Cadangan
Konsep Bidaan
(Bidding Concept)
Untuk Bazar
Ramadan
(Hotspot) bagi
Tahun 2020.
Beliau memaklumkan
berkenaan laluan bas
yang melalui tapak
Bazar Ramadan USJ 4.
Keputusan Mesyuarat :
Mesyuarat meminta
Jabatan Perancangan
Bandar mengubah
laluan bas yang melalui
tapak Bazar Ramadan
USJ 4 sepanjang
tempoh bazar tersebut
beroperasi.
Tindakan : Jabatan
Perancangan Bandar
Page 18
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 18
5.5 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan dan
Teknologi Maklumat Majlis Perbandaran Subang Jaya
Bil. 1/2020 bertarikh 15 Januari 2020
---------------------------------------------------------------------------------------
Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju
menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam
laporan tersebut.
5.6 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur,
Pengangkutan dan Kemudahan Awam Majlis Perbandaran
Subang Jaya Bil. 1/2020 bertarikh 15 Januari 2020
---------------------------------------------------------------------------------------
Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju
menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam
laporan tersebut.
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
1. Para
2.2
M/surat
5
Encik Abbas
Salimmi bin
Che Adzmi
@ Azmi
Taklimat
Berkenaan
Status Kerja-
Kerja Yang
Tertangguh di
Jajaran Projek
Transit Aliran
Ringan (LRT)
bagi laluan
Beliau memaklumkan
masalah yang berulang
terpaksa dihadapi oleh
MPSJ terhadap
pelaksanaan kerja bagi
projek melibatkan MRT dan
LRT. Beliau
mencadangkan agar MPSJ
mengeluarkan Notis
Page 19
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 19
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
Kelana Jaya
(KLJ) dan
Ampang (AMG)
di Kawasan
Majlis
Perbandaran
Subang Jaya,
oleh pihak
Prasarana
Malaysia
Berhad
Tawaran Kompaun
terhadap kesalahan yang
berulang.
Keputusan Mesyuarat :
Mesyuarat bersetuju Notis
Tawaran Kompaun
dikeluarkan terhadap
kesalahan yang berulang.
Tindakan : Jabatan
Kejuruteraan
2. Hal-hal
Lain
Encik Tai
Cheng Heng
Kajian ke atas
Jalan Serdang
Raya
Beliau meminta agar MPSJ
menjalankan satu kajian
terhadap jalan raya di
kawasan Serdang Raya
serta memutuskan jenis
kenderaan yang sesuai
menggunakan jalan
tersebut berdasarkan
keadaan semasa jalan.
Keputusan Mesyuarat :
Mesyuarat memutuskan
Page 20
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 20
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
perkara yang dibincang di
luar topik minit mesyuarat
akan dicatatkan sebagai
hal-hal lain dan jawapan
semasa mesyuarat tidak
akan diberikan. Persoalan
akan dihantar ke Jabatan
berkaitan untuk diberikan
maklum balas.
Tindakan : Jabatan
Kejuruteraan
5.7 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan dan
Kesejahteraan Bandar Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil.
1/2020 bertarikh 16 Januari 2020
---------------------------------------------------------------------------------------
Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju
menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam
laporan tersebut dengan cadangan seperti yang berikut:
Page 21
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 21
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
1. Para
6.4 &
M/surat
11
Encik Mohan
Singh a/l
Surtar Singh
Kertas
Cadangan
Pelaksanaan
Projek dan
Program
Landskap
bagi Tahun
2020
Beliau memohon penjelasan
lanjut mengenai cadangan ini
beserta senarai kawasan
terlibat.
Keputusan Mesyuarat:
Mesyuarat memutuskan
cadangan pelaksanaan
projek dan program Landskap
bagi tahun 2020 diedarkan
kepada semua Ahli Majlis dan
jika terdapat sebarang
pindaan atau cadangan
tambahan perkara ini akan
dibincangkan dalam
mesyuarat akan datang.
Tindakan : Jabatan
Landskap
2. Para
7.2.1,
&
M/surat
13
Puan Lee
Jen Uyin
Hal-hal lain Beliau memohon dibuat
pindaan terhadap minit
mesyuarat iaitu pembetulan
Memohon maklum balas
garis panduan dari Jabatan
Page 22
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 22
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
yang memberikan kebenaran
untuk mengunci pintu pagar
lorong belakang.
Keputusan Mesyuarat:
Mesyuarat memutuskan
pindaan terhadap minit
mesyuarat dilaksanakan.
Tindakan : Jabatan
Kesihatan
3. Para
7.2.2
&
M/surat
13
Puan Lee
Jen Uyin
Hal-hal Lain Beliau meminta pindaan
terhadap minit mesyuarat
iaitu pembetulan JKP Zon 1
kepada JKP Zon 3.
Keputusan Mesyuarat:
Mesyuarat memutuskan
pindaan terhadap minit
mesyuarat dilaksanakan.
Tindakan : Jabatan
Kesihatan
Page 23
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 23
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
4. Para
5.1
&
M/surat
7
Encik Yap
Kok Weng
Laporan
Pejabat
Kesihatan
Daerah
Petaling bagi
Tahun 2019
Beliau memohon penjelasan
mengenai apakah yang
dimaksudkan dengan
penyediaan skrip standard
untuk semua program
berkaitan Denggi. Beliau juga
mencadangkan klip bagi
tayangan video dan info
berbentuk grafik berkaitan
Denggi juga dibuat serta
diedarkan kepada semua Ahli
Majlis untuk dipaparkan.
Keputusasan Mesyuarat:
Ahli Majlis merupakan
perantara kepada masyarakat
untuk menyampaikan
informasi –informasi penting.
Jabatan akan menyediakan
skrip standard iaitu maklumat
berkaitan Denggi berbentuk
maklumat ringkas bagi
membantu Ahli Majlis
Page 24
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 24
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
menyampaikannya sebelum
program. Manakala maklumat
berbentuk grafik akan
dibekalkan juga untuk
digunakan sekiranya terdapat
keperluan tayangan di lokasi.
Jenis penyampaian adalah
tertakluk kepada kesesuaian
acara / program.
Tindakan : Jabatan
Kesihatan
5.8 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan
Korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil.1/2020
bertarikh 17 Januari 2020
---------------------------------------------------------------------------------------
Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju
menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam laporan
tersebut dengan cadangan seperti yang berikut:
Page 25
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 25
Bil Para &
M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
1. Para
2.1 &
M/surat
3
Encik Mohan
Singh a/l
Surtar Singh
Penerimaan
Aduan
Mengikut Zon
Beliau memohon perincian
mengenai aduan di DUN
Sri Serdang kerana
merupakan kawasan yang
mempunyai aduan
tertinggi. Beliau berharap
kajian dapat dilaksanakan
bagi mencari penyelesaian.
Keputusan Mesyuarat:
Mesyuarat memutuskan
perincian aduan serta
cadangan penyelesaian
dibincangkan dengan lebih
lanjut dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Audit dan
Pengurusan Korporat.
Tindakan : Jabatan
Korporat dan
Pengurusan Strategik
Page 26
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 26
6.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
6.1 Cadangan Dasar Fi Baharu Pelesenan Anjing di Kawasan
Pentadbiran MPSJ
(Kertas Mesyuarat Bil.1/1/2020)
Kertas kerja ini disediakan oleh Jabatan Kesihatan dan
dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan.
Keputusan Mesyuarat :
Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat bersetuju dan
meluluskan perkara yang berikut:
i) Kadar fi bagi permohonan yang diterima sebelum 1 Julai
2020 adalah mengikut kadar fi biasa iaitu :
a) Anjing mandul – RM 10.00
b) Anjing tidak mandul – RM 20.00
ii) Kadar fi baharu bermula 1 Julai 2020 adalah seperti yang
berikut :
a) Anjing mandul – RM10.00
b) Anjing tidak mandul – RM 100.00
iii) Bagi kadar fi baharu 2020, pelaksanaan bayaran RM100.00
bagi anjing tidak mandul adalah untuk pembayaran tahun
pertama sahaja. Tahun seterusnya pembayaran adalah
sebanyak RM 20.00.
Tindakan : Jabatan Kesihatan
Page 27
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 27
6.2 Cadangan Logo Baharu Majlis Bandaraya Subang Jaya
(Kertas Mesyuarat Bil.2/1/2020)
Kertas kerja ini disediakan oleh Jabatan Korporat dan
Pengurusan Strategik dan dibentangkan oleh Setiausaha
Perbandaran.
Keputusan Mesyuarat :
Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat bersetuju dan
meluluskan logo baharu Majlis Bandaraya Subang Jaya seperti
Lampiran 1.
Page 28
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 28
7.0 PENUTUP
Puan Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 12.05 tengah hari.
Tarikh Disediakan : 24 Januari 2020
″ SELANGOR MAJU BERSAMA "
″ MESRA, CEKAP DAN BERINTEGRITI "
Disediakan oleh;
……………………………………................................
(HJ. MOHD ZULKURNAIN BIN CHE ALI), A.M.N., A.M.S.
Setiausaha Perbandaran
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
Disahkan oleh;
………………………………........................
(TPr. NORAINI BINTI ROSLAN), S.I.S., P.P.T
Yang Dipertua
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA
Page 29
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 29
LAMPIRAN A
HADIR
1. Puan Noraini binti Roslan, S.I.S., P.P.T - Pengerusi
Yang Dipertua
2. Tuan Haji Mohd Zulkurnain bin Che Ali, A.M.N., A.M.S. - Setiausaha
Setiausaha Perbandaran Mesyuarat
3. Encik Yap Kok Weng - Ahli Majlis
4. Encik Mohd Saifullah bin Mohd Zulkifli - “
5. Ar. Kamarul Hisham bin Hj. Yeop Hashim - ″
6. Encik Mohd Tarmizi bin Lazim - ”
7. Encik Mohd Fitri bin Jamaludin - ″
8. Puan Sharmazira binti Md Sharif - ″
9. Puan Kavitha a/p Chandragesan - ″
10. Encik Ismail Kamal bin Abdul Rahman - ″
11. Encik Keshminder Singh a/l K.Karam Singh - ″
12. Encik Thomas Low Yew Sin - ″
13. Encik Mohan Singh a/l Surtar Singh - ″
14. Encik Mehanatan a/l Embamurthi - ″
Page 30
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 30
15. Encik Chia Yew Ken - ″
16. Encik Tai Cheng Heng - ″
17. Encik Thamilarasu Sandayan - ″
18. Encik Wong Yii Seang - ″
19. Encik Lee Jen Uyin - ″
20. Encik Abbas Salimmi bin Che Adzmi @ Azmi - ”
21. Encik Koh Eng Kee - ”
22. Encik Ahmad Faidzal bin Mohamed - ”
23. Encik Thong Kim Fatt - ”
TURUT HADIR (PEGAWAI MPSJ)
1. Ir. Rosli bin Mohammad Yunus, P.J.K.
Pengarah, Jabatan Kejuruteraan
2. Tuan Hj. Mohd Fadzil bin Mahat, A.M.N, A.M.S
Pengarah, Jabatan Perbendaharaan
3. Encik Muhammad Zaki bin Yusof
Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat
4. Encik Ismail bin Salim
Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan
Page 31
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 31
5. Dr. Roslan bin Mohamed Hussin, A.M.S.
Pengarah, Jabatan Kesihatan
6. Puan Hjh. Aida binti Omar
Pengarah, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
7. Puan Hjh. Sharifah Rohaida binti Abd. Rahman, P.J.K.
Pengarah, Jabatan Hasil
8. Puan Azura binti Mohd Don
Pengarah, Jabatan Pengurusan Alam Sekitar
9. Encik Nor Azmi bin Hj. Mohd Rosli, P.P.T.
Pengarah, Jabatan Bangunan
10. Encik Samzol bin Saat
Pengarah, Jabatan Teknologi Maklumat
11. Puan Hjh. Noraziah binti Ali, P.J.K.
Pengarah, Jabatan Audit Dalam
12. Encik Nazarudin bin Mashtuki
Pengarah, Jabatan Kontrak & Ukur Bahan
13. Sr Mohd Marwan bin Khalilludin
Pengarah, Jabatan COB
14. Encik Azfarizal bin Abdul Rashid
Timbalan Pengarah, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik
15. Puan Azlina binti Mat Salim
Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Landskap
Page 32
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 32
16. TPr Hazman bin Mahayudin
Timbalan Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar
17. Puan Rosmawati binti Zainuddin
Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pelesenan
18. Puan Zamzamah binti Zainuddin
Penolong Pengarah, Jabatan OSC
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
1. Encik M Anbarasan a/l Murugesu - Ahli Majlis
2. Puan Ng Seow Chen - ″
3. Encik Ismail bin Muhamad, A.I.S
Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar
4. Puan Hjh Anita binti Abd Jalil, P.P.T.
Pengarah, Jabatan Undang-Undang
5. Encik Muhammad Azli bin Miswan
Pengarah, Jabatan Pelesenan
6. Cik Rozdiana binti Mohd Rosmi
Pengarah, Jabatan OSC
7. Puan Emilia binti Nasir
Penolong Pengarah, Unit Integiriti
Page 33
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020
_________________________________________________________________________________________________
22 Januari 2020 33
URUS SETIA
1. Puan Nik Zalina binti Megat Muda
Timbalan Pengarah, Jabatan Khidmat Pengurusan
2. Puan Mazura binti Mohamad
Penolong Pengarah, Jabatan Khidmat Pengurusan
3. Puan Juliana binti Jaafar
Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Jabatan Khidmat Pengurusan