Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 07 Tahun 2018 _____________________________________________________________________________________________ 31 Julai 2018 1 Ruj. Fail : MPSJ/KHP/100 – 6/1/1Jld 4( ) MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 07 TAHUN 2018 Tarikh : 31 Julai 2018 (Selasa) Masa : 10.00 pagi hingga 11.30 tengahari Tempat : Bilik Mesyuarat Kenanga, Aras 2, Ibu Pejabat, Majlis Perbandaran Subang Jaya Kehadiran : Seperti di Lampiran A 1.0 BACAAN DOA Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh YM Raja Mohd Ashraf bin Raja Chik, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Subang Jaya. 2.0 PERUTUSAN PENGERUSI Puan Yang Dipertua memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam kepada semua yang hadir dan memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini merupakan Mesyuarat Penuh MPSJ Bil. 7/2018 dan ia juga merupakan mesyuarat pertama bersama Ahli-ahli Majlis baru lantikan 2018-2020. Seterusnya beliau menyampaikan beberapa perkara seperti berikut : i) Puan Yang Dipertua mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Ahli-ahli Majlis yang telah dilantik oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi penggal 2018-2020.
31
Embed
MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN ......MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 07 TAHUN 2018 Tarikh : 31 Julai 2018 (Selasa) Masa : 10.00 pagi hingga 11.30
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 07 Tahun 2018
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 06/2018 Minit Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 06 Tahun 2018 yang telah diadakan pada 27 Jun 2018 (Rabu) disahkan tanpa pindaan.
4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT Tiada perkara berbangkit. 5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN MESYUARAT DARIPADA
JAWATANKUASA
5.1 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil. 12/2018 bertarikh 28 Jun 2018
----------------------------------------------------------------------------------------- Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam laporan tersebut.
Bil Para & M/Surat
Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan
1. Para 8.4 &
m/s 94
Encik Yap Kok Weng
Permohonan Kerja Lebih Masa Untuk : Marimo Land Sdn. Bhd
Beliau memaklumkan bahawa lokasi pembinaan adalah berhampiran dengan kawasan kediaman. Oleh yang demikian, permohonan kerja lebih masa dikhuatiri akan menimbulkan aduan kacau ganggu daripada penduduk setempat.
Encik Mehanatan a/l Embamurthi
Beliau memohon pandangan mesyuarat mengenai kelulusan yang diberikan
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 07 Tahun 2018
Beliau memohon agar permohonan kebenaran kerja lebih masa dikaji semula di masa akan datang agar tidak mendatangkan masalah kepada penduduk. Maklumbalas : Puan Yang Dipertua memaklumkan bahawa kelulusan kebenaran kerja lebih masa adalah terhadap kerja-kerja dalaman sahaja. Sekiranya terdapat aduan kacau ganggu daripada penduduk setempat, pihak MPSJ akan mengeluarkan arahan berhenti kerja dengan serta merta.
Tindakan : Jabatan Bangunan
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 07 Tahun 2018
5.2 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil.
13/2018 bertarikh 5 Julai 2018 -----------------------------------------------------------------------------------------
Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam laporan tersebut.
5.3 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Bil. 14/2018 bertarikh 24 Julai 2018
----------------------------------------------------------------------------------------- Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam laporan tersebut.
6.0 PEMBENTANGAN KERTAS MESYUARAT/KERTAS MAKLUMAN 6.1 CADANGAN PENYUSUNAN AHLI MAJLIS SEBAGAI
PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BAGI PENGGAL 2018-2020
PKNS PUCHONG BATU 13 ½ TAMAN PUCHONG HARTAMAS PUCHONG BATU 14 KAMPUNG BARU PUCHONG BANDAR PUCHONG UTAMA BANDAR BUKIT PUCHONG TAMAN SAUJANA PUCHONG TAMAN MUTIARA INDAH TAMAN PUCHONG IMPIAN
THOMAS LOW YEW SIN
19
TAMAN LESTARI PUTRA PUSAT PERNIAGAAN SURIA
PUCHONG TAMAN DESAMINIUM KOTA PERDANA PUSAT BANDAR PUTRA
PERMAI TAMAN DATO DEMANG TAMAN PINGGIRAN PUTRA TAMAN EQUINE TAMAN LESTARI PERDANA BANDAR PUCHONG SOUTH HUTAN SIMPAN AYER HITAM PUSAT PERNIAGAAN
D’ALPINIA PUSAT PERNIAGAAN THE
ATMOSPHERE TAMAN PERTANIAN UPM TAMAN PERINDUSTRIAN
PUTRA PERMAI
M AMBARASAN A/L MURUGESU
20
TAMAN SERDANG JAYA TAMAN PERINDUSTRIAN
SERDANG TAMAN SRI SERDANG UPM
ENCIK MOHAN SINGH A/L SURTAR SINGH
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 07 Tahun 2018
6.2 CADANGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA, PENENTUAN BIDANG TUGAS DAN KEANGGOTAAN AHLI MAJLIS DALAM MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BAGI PENGGAL 2018-2020
iii) Kadar elaun adalah merujuk kepada Keputusan Mesyuarat Kerajaaan Negeri (MMKN) yang ke 6/2017 bertarikh 15 Februari 2017 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Negeri Selangor ke 7/2017 pada 22 Februari 2017 seperti berikut :
Elaun Ahli Majlis MPSJ
Elaun Tetap
Ahli Majlis
Elaun Tetap
YDP
Elaun
Mesyuarat
Jawatankuasa
Elaun
Mesyuarat JK
Teknikal/Kecil
RM 2,500.00 RM 2,500.00 RM 150.00 RM 100.00
iv) Lain-lain elaun kepada Ahli Majlis adalah seperti berikut: Elaun telefon sebanyak RM 200.00 sebulan kepada setiap
Ahli Majlis.
Elaun perjalanan, penginapan dan makan layak diterima dengan syarat ianya adalah arahan rasmi Majlis. Kadar tuntutan yang diberikan adalah setaraf dengan jawatan
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 07 Tahun 2018
Pengurusan dan Profesional Gred 48. Kategori arahan rasmi Majlis yang diterima pakai seperti mengikuti kursus yang melibatkan bidang tugas Ahli Majlis, bertugas di luar negeri/negara atas fungsi sebagai Ahli Majlis dan menghadiri mesyuarat luar negeri / daerah (jika pengangkutan / penginapan tidak disediakan).
Pembayaran Elaun Tanggung Kerja kepada Ahli Majlis
yang menanggung kerja adalah mengikut kadar tanggung kerja bagi penjawat awam iaitu ¼ dari Elaun Tetap dan bergantung pada tahap kewangan Majlis.
Bayaran Pengurusan merupakan bayaran utiliti seperti
bayaran bil air, bil elektrik, bekalan pejabat dan elaun pembantu (PA) adalah sebanyak RM 2,500.00 sebulan.
v) Puan Yang Dipertua meminta agar semua Ahli-Ahli Majlis
membaca dan memahami pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) – Garis Panduan Tatacara Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, Perintah Tetap Mesyuarat, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-Undang Kecil MPSJ serta Garis Panduan yang digunapakai di MPSJ.
6.3 CADANGAN PEMBERIAN DAN PEMBAYARAN ELAUN AHLI
MAJLIS BAGI BULAN JULAI 2018 -----------------------------------------------------------------------------------------
Kertas mesyuarat ini disediakan oleh Jabatan Khidmat Pengurusan dan telah dibentangkan oleh Timbalan Yang Dipertua MPSJ.
Keputusan Mesyuarat : Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat menerima pembentangan kertas mesyuarat tersebut dan keputusan mesyuarat seperti berikut : i) Pembayaran Penuh Elaun Tetap Ahli Majlis sebanyak
RM 2,500.00 / Ahli Majlis bagi bulan Julai 2018 kepada 10
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 07 Tahun 2018
orang Ahli Majlis lama yang disambungkan perkhidmatan bagi penggal 2018-2020.
ii) Pembayaran Penuh Elaun Pengurusan Ahli Majlis sebanyak RM 2,500.00 / zon untuk bulan Julai 2018 bagi pembayaran elaun Pembantu Ahli Majlis kepada 13 zon seperti berikut :
BIL AHLI MAJLIS ZON
1. Encik Yap Kok Weng Zon 10
2. Encik Mohd Saifullah Bin Mohd Zulkifli
Zon 5
3. Encik Tai Cheng Heng Zon 23
4. Encik Chia Yew Ken Zon 1 dan Zon 4
5. Encik Mohan Singh A/L Surtar Singh
Zon 9
6. Encik Mehanatan A/L Embamurthi
Zon 11 dan Zon 13
7. Cik Wong Siew Ki Zon 21
8. Encik M.Anbarasan A/L Murugesu
Zon 19
9. Puan Kavitha A/P Chandragesen
Zon 18
10. Puan Sharmazira Binti Md Sharif
Zon 12 dan Zon 14
iii) Pembayaran Elaun Ahli Majlis baharu dibayar secara purata gaji bermula tarikh Mengangkat Sumpah dan Menandatangani Watiah Pelantikan Sebagai Ahli Majlis MPSJ pada 26 Julai 2018. Walau bagaimanapun, Ahli Majlis baharu yang telah melaksanakan tugasan Ahli Majlis sebelum tarikh tersebut perlu mengisi borang maklumat pemberian elaun Ahli Majlis dengan menyatakan tarikh permulaan pelaksanaan tugasan. Pembayaran akan dibuat mengikut tarikh tersebut.
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 07 Tahun 2018