Mesyuarat KSPPD
Mesyuarat KSPPD1, 2012
MINIT MESYUARATKETUA SEKTOR DAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAHJABATAN
PELAJARAN JOHORBIL 1/2012
TARIKH:26 28 MAC 2012TEMPAT:HOTEL PRIME CITY, KLUANG
1ENCIK MOHD NOR BIN A GHANI-PENGERUSIPengarah Pelajaran
Johor
2ENCIK MD HASIDIN BIN HAJI ZAINI -TIMBALAN PENGERUSITimbalan
Pengarah Pelajaran Johor
3ENCIK ABDUL AZIZ BIN HAJI REDWAN -SETIAUSAHAKetua Sektor,
Sektor Pengurusan Sekolah
4PUAN HAJAH SAADIAH BINTI SAIDKetua Sektor, Sektor Pengurusan
Akademik
5ENCIK MD BUANG BIN SAIBANI Ketua Sektor, Sektor Jaminan
Kualiti
6TUAN HAJI SHAHARUDIN BIN HAJI SHARIFFKetua Sektor, Sektor
Pembangunan Kemanusiaan
7ENCIK MOHD ZAMRI BIN SABRANKetua Sektor, Sektor Penilaian Dan
Peperiksaan
8ENCIK ASARI BIN SAMSURIKetua Sektor, Sektor Khidmat Pengurusan
dan Pembangunan
9ENCIK MOHD AZMAN BIN MOHD YUNOSWakil Ketua Sektor, Sektor
Pendidikan Islam
10CIK NORBIHA BINTI BUANGWakil Ketua Sektor, Sektor Pendidikan
Swasta dan Pendidikan Khas
11TUAN HAJI ISHAK BIN MAHBOBKetua Penolong Pengarah, Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri Johor
12PUAN BAHARIAH BINTI TEMUKetua Sektor, Sektor Pengurusan
Maklumat (ICT)
13ENCIK MOHD NARAWI BIN MOHAMED ALIKetua Sektor, Sektor
Psikologi dan Kaunseling
14ENCIK AB RAHIM BIN LAMINPegawai Pelajaran Daerah Batu
Pahat
15TUAN HAJI BAHROM BIN ALIPegawai Pelajaran Daerah Johor
Bahru
16TUAN HAJI A MANAF BIN MUSLIMINPegawai Pelajaran Daerah
Kluang
17ENCIK MD DIN BIN HUSSEINPegawai Pelajaran Daerah Kota
Tinggi
18DATIN HAJAH HASNAH BINTI MD SEMPegawai Pelajaran Daerah
Kulaijaya
19TUAN HAJI YASMAN BIN JAMSIRPegawai Pelajaran Daerah
Mersing
20TUAN HAJI AHMAD BIN OTHMANPegawai Pelajaran Daerah Muar
21PUAN HAJAH FATIMAH BINTI AHMADPegawai Pelajaran Daerah Pasir
Gudang
22TUAN HAJI MSDUKI BIN HAJI SHAHRIPegawai Pelajaran Daerah
Pontian
23ENCIK YASIRAN BIN MASKOMPegawai Pelajaran Daerah Segamat
Taklimat Pengurusan Oleh Tuan Haji A Manaf Bin Muslimin, Pegawai
Pelajaran Daerah Kluang dan Tayangan Video Korporat Pejabat
Pelajaran Daerah Kluang
1Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang telah memilih daerah
Kluang sebagai tuan rumah Mesyuarat KSPPD Bil 1/2012. Jawatankuasa
Pengelola mesyuarat pada kali ini telah membuat penambahbaikan
dengan menggunakan kemudahan internet secara langsung bagi
mengurangkan penggunaan kertas.
2Mempelawa ahli mesyuarat menonton tayangan video korporat PPD
Kluang yang bertemakan Senario Pendidikan Masa Kini.
3Mendoakan semoga semua pemimpin pendidikan negeri Johor
dilimpahi kesihatan yang baik untuk terus menyumbang ke arah
kecemerlangan pendidikan di negeri ini. PPD Kluang akan terus
berusaha untuk cemerlang agar dapat turut menyumbang ke arah
peningkatan pencapaian untuk negeri Johor sekaligus merealisasikan
motto Selangkah Di Hadapan.
4Mewakili seluruh warga pendidikan daerah Kluang mengucapkan
terima kasih dan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang
kekurangan semasa menguruskan mesyuarat kali ini.
Perutusan Pengerusi oleh Encik Mohd Nor bin A Ghani, Pengarah
Pelajaran Johor
1.1Mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas atas
kehadiran ahli mesyuarat pada kali ini dan mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat KSPPD
Bil 1/2012. Menyatakan rasa bangga dan berbesar hati atas
pengorbanan dan komitmen yang diberikan oleh semua ahli mesyuarat
kerana telah menyempurnakan tanggungjawab dan tugasan sepanjang
tiga bulan pertama tahun 2012. Menyatakan harapan agar semua warga
pendidikan terus berusaha dalam menaikkan nama Jabatan Pelajaran
Negeri Johor (JPNJ) melalui pencapaian cemerlang dalam bidang
akademik, sukan, kurikulum dan pengurusan cemerlang di peringkat
JPNJ, PPD dan sekolah. Segala yang telah dicapai adalah hasil
kerjasama sepasukan.
Makluman
1.2Menjelaskan tentang Transformasi Pendidikan Negeri Johor
supaya dapat difahami oleh semua warga pendidikan negeri Johor
1.2.1Program Transformasi merupakan satu tuntutan perubahan yang
perlu dilaksanakan oleh semua warga pendidikan negeri Johor.
Analogi Lessons of the Geese wajar dijadikan iktibar dalam
mendepani tuntutan perubahan dalam perkhidmatan.
1.2.2Semua warga pendidikan perlu bersikap positif dalam
menjayakan Transformasi Pendidikan Negeri Johor. Kreativiti dan
inovasi, kepantasan bertindak dan membuat keputusan, nilai untuk
wang dan integriti hendaklah menjadi amalan. Pemimpin pendidikan
wajar berperanan untuk memahami, menghayati, menyokong,
menjelaskan, menyebarluaskan dan melaksanakan transformasi
tersebut.
1.2.3Semua guru disaran menjadi pemimpin dan pengurus pendidikan
yang cemerlang dan bermaklumat dalam konteks cemerlang yang
bermaksud go beyond ( melepasi pencapaian sedia ada ) manakala
bermaklumat bermaksud dapat menganalisis data yang ada.
Tindakan: Semua Ahli Mesyuarat
1.3Memberikan fokus kepada Agenda KPM
1.3.1Dasar Baru - KSSM, KSSR, MBMMBI, 1M1S, PBS dan Transformasi
Pendidikan Vokasional
1.3.2Inisiatif Baru - NKRA, Murid Tanpa Dokumen, Sekolah Amanah,
Teach For Malaysia, English Teaching Assistants (ETA) dan Sekolah
dalam Hospital
Makluman
1.4Mengingatkan semula Fokus Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia
1.4.1Bina UpayaaModal Insan BerkualitibProgram Pembelajaran
Sepanjang HayatcPeningkatan Kualiti PendidikandPerluasan Sistem
Penyampaian Pendidikan
1.4.2Pendemokrasian KecemerlanganaPeluang kecemerlangan untuk
semua muridbProses PdP perlu diberikan kepada semua muridcKelas
tanpa guru perlu diisikan dengan guru ganti
1.4.3Transformasi Pendidikan VokasionalaKe arah mencapai negara
majubModal insan yang boleh kebekerjaancKemahiran
VokasionaldPengalaman Industri eKeusahawanan
1.4.4Guru PenyayangaMemiliki sifat kepedulianbMenjiwai murid
merupakan aset pentingcMembudayakan amalan penyayang sifat
profesional guru
1.4.5Gaya Pengurusan
aClient engagementbPendekatan memudahkancPrinsip keterbukaan
Makluman
1.5Mengingatkan semua ahli mesyuarat agar sentiasa memberikan
fokus kepada Agenda JPN Johor
1.5.1Selangkah di Hadapan - Positif membantu menjayakan
Transformasi Pendidikan Negeri Johor
1.5.2Amalan Baik
aBekerja dengan ikhlas untuk mencapai Visi dan Misi KPM / JPN /
PPD / Sekolah
bBekerja dengan mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang untuk
mencapai sasaran Johor terbilang 2015
cSentiasa menghayati, mengamal dan melaksanakan SKT dan KPI
Jabatan Pelajaran Johor dPeka terhadap peranan dan tanggungjawab
sebagai pemimpin pendidikan negeri dan daerah dalam melaksanakan
dasar dan program KPM/JPN/PPD Makluman
1.5.3Penambahbaikan KPI, daripada 15 kepada 14 KPI yang perlu
dihayati dan dilaksanakan, iaitu:-
aKRA 1 : Mempunyai pemimpin pendidikan yang berkualiti dan
berintegriti
iKPI 1 : 90% Pengetua dan Guru Besar melaksanakan amalan
Kepimpinan Teragih di sekolah
iiKPI 2 : Semua 90% sekolah berada pada sekurang-kurangnya Band
4
bKRA 2 : Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi
keilmuan, kemahiran dan sahsiah
iKPI 3 : Semua guru telah dipantau dan memperoleh Skor Pemastian
Standard SKPM2 melebihi 70%
iiKPI 4 : Menyedia keperluan guru mencukupi dan mengikut
Opsyen
cKRA 3 : Melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhi
keperluan global
iKPI 5 : Mencapai tahap 98% menguasai 3M di sekolah-sekolah
iiKPI 6 : Memastikan 85% murid-murid di negeri Johor telah
melalui pendidikan Prasekolah sebelum memasuki Tahun 1
iiiKPI 7 : Memastikan 100% pelajar SPM mencapai gred minimum C
dalam Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah
ivKPI 8 : Kes disiplin murid dapat dikurangkan di bawah paras
0.01%
vKPI 9 : Johor Memastikan 95% murid mengikut program 1 Murid 1
Sukan
dKRA 4 : Mencapai prestasi Cemerlang dalam Pentaksiran dan
Penilaian
iKPI 10 : Peperiksaan awam meningkat mengikut peningkatan yang
ditetapkan capaian peperiksaan awam
eKRA 5 : Mempunyai kemudahan Pendidikan yang berkualiti
iKPI 11 : Semua sekolah dan asrama mempunyai kemudahan bilik
darjah, sukan dan penginapan yang mencukupi, selesa dan lengkap
dengan kemudahan asas (perabot, peralatan, padang permainan dan
utiliti)
fKRA 6 : Mempunyai sistem Pengurusan yang cekap, berkesan dan
berinovasi
iKPI 12 : 95% sekolah di negeri Johor memperoleh Sijil Audit
Tanpa Berteguran dalam pengurusan kewangan
iiKPI 13 : Semua sekolah sekurang-kurangnya menghasilkan satu
inovasi
iiiKPI 14 : 99% pengurusan aduan pelanggan di pertingkat secara
sistematik
Makluman
1.5.4Perancangan Strategik, KRA & KPI Jabatan Pelajaran
Negeri Johor dan inisiatif Pengarah Pelajaran Johor merupakan
instrumen yang boleh dijadikan panduan bagi menyahut seruan dasar
baru kerajaan dan merealisasikan transformasi pendidikan di Johor
kerana perancangan tersebut seolah-olah seperti satu road map yang
menggambarkan laluan yang perlu ditempuhi untuk sampai ke satu
matlamat yang dicita-citakan.
Makluman
1.5.5Keberkesanan Sistem Penyampaian
1.5.5.1Keberkesanan sistem penyampaian dalam pengurusan
danpentadbiran pendidikan di semua peringkat akan dapat
mengurangkan timbulnya aduan awam. Semua pentadbir dan pengurus
pendidikan di negeri Johor perlu sentiasa bertanggungjawab
mengurangkan berlakunya isu-isu dan aduan. Pengurusan dan
pentadbiran pendidikan masa kini sedang berhadapan dengan cabaran
utama untuk memenuhi keperluan pelanggan.
1.5.5.2Kelemahan mengurus keperluan pelanggan menimbulkan
pelbagai aduan awam. Jika tidak diurus dengan segera, akan menjadi
isu, seterusnya menjadi krisis yang boleh menggugat keharmonian
sistem pendidikan negara.
1.5.5.3 Dalam dunia perniagaan global masa kini, keperluan dan
kepuasan pelanggan menjadi fokus utama mereka. Begitu juga
pengurusan dan pentadbiran pendidikan negara, perlu meletakkan
keperluan dan kepuasan pelanggan sebagai fokus utama dalam amalan
kerja seharian.
1.5.5.4Sistem Penyampaian yang dimaksudkan di sini melibatkan
pelaksanaan yang meletakkan sesuatu pada tempat yang hak.
Penyebaran maklumat dilakukan dengan cepat dan sistematik.
Kepimpinan berintegriti yang diamalkan akan menentukan kejayaan
dasar-dasarkerajaan
Makluman1.5.6Program-program Jabatan Pelajaran Negeri Johor
aHeadcountbAudit AkademikcPLAN JdADaPP Makluman1.5.7Kepimpinan
PendidikanaManagerial LeadershipbInstructional
LeadershipcTransformational LeadershipdDistributed
LeadershipeSustainable Leadership
Makluman
1.5.8Program Pengarah Turun Padang
Program PPKKPS adalah suatu program yang memberi fokus kepada
kualiti kepimpinan dan pengurusan sebuah sekolah.
aFasa 1 ialah penarafan kendiri audit dokumen sekolah
menggunakan instrumen PPKKPS yang telah dikemaskini melibatkan
semua sektor
bFasa 2 pula melibatkan Program Pengarah Turun Padang ke
daerah-daerah. Hasil perbengkelan akan dibentang dan rumusan
programdibuat oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Johor.
Makluman
1.5.9Program Bicara Intelek Guru
Bermatlamat untuk menyatukan pemikiran patriotisme guru dan
stafKementerian Pelajaran Malaysia terhadap pembinaan sebuah negara
bangsa yang berjaya melalui penyampaian maklumat tentang isu-isu
semasa
Makluman
1.6 Memaklumkan program-program lain yang perlu dijelaskan
kepada wargapendidikan negeri Johor
aPelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSPK) Tahun
2012bPelaksanaan Sistem Pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008cProgram
Pemantauan (berkelompok, kolaboratif dan individu) dProgram
PROSIDAR (Program Sifar Dadah Sekolah Rendah)eProgram Berani
Katakan TIDAK pada RAHSIA
Tindakan: Semua Ahli Mesyuarat
1.7 Mengingatkan ahli mesyuarat akan perlunya perkongsian bagi
membinakekuatan untuk meningkatkan kemampuan ke arah kejayaan
bersama. Sikap positif amat perlu bagi membantu menjayakan
Transformasi Pendidikan Negeri Johor.
Makluman
Mesyuarat bersetuju untuk mengesahkan Minit Mesyuarat KSPPD Bil
4/2011 tanpa bantahan setelah menerima cadangan dan sokongan
berikut:
Cadangan :Tuan Haji Ahmad Bin Osman Pegawai Pelajaran Daerah
Muar
Sokongan : Tuan Haji Shaharudin Bin Haji Shariff Ketua Sektor,
Sektor Pembangunan Kemanusiaan
Mesyuarat bersetuju menerima maklumbalas tindakan daripada Minit
Mesyuarat KSPPD Bil 4/2011 kecuali perkara-perkara berikut yang
memerlukan tindakan susulan:3.1Perkara 3.4 : Majlis Perhubungan PPD
Negeri Johor memaklumkan Ujian Setara Negeri tidak mengikut
keputusan mesyuarat KSPPD dan mesyuarat Kurikulum Negeri. Mohon JPN
Johor menyemak semula ujian setara.
Keputusan Mesyuarat : Peperiksaan setara sekolah rendah hanya
untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.
Peperiksaansetara sekolah menengah pula dilaksanakan untuk
Perperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3 dan 5, serta Peperiksaan
Akhir Tahun tingkatan 2 dan 4 sahaja.
Tindakan : Sektor Pengurusan Akademik
3.2Perkara 3.5 : Penggunaan Aplikasi Sistem Penempatan Murid Ke
Tingkatan Satu dan Peralihan (ST1P-J) Bagi Semua Murid Tahun 6
Sekolah Negeri Johor.
Keputusan Mesyuarat : Semua PPD diminta menggunakan
kebijaksanaan dalam menguruskan kemasukan dan penempatan murid ke
sekolah baru. Semua pegawai terlibat perlu menerapkan nilai-nilai
integriti dengan memastikan kerahsiaan maklumat berkaitan butiran
dan syarat-syarat kemasukan. Keputusan yang dibuat adalah dalam
kawalan Panel Penempatan Murid dengan mematuhi prosedur sedia ada.
Tindakan: Semua Pejabat Pelajaran Daerah
3.3Perkara 3.8 : Cadangan Jerayawara (Roadshow)
Pengantarabangsaan Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2011/ 2012
Keputusan Mesyuarat : Sekolah-sekolah digalakkan melaksanakan
program pengantarabangsaan dengan mematuhi prosedur yang
berkuatkuasa. Lawatan pada hari persekolahan tidak dibenarkan bagi
mengelakkan pentadbir meninggalkan sekolah dalam jangka masa yang
lama. Walau bagaimanapun sebarang lawatan dalam negeri dibenarkan
dijalankan pada hari persekolahan dengan kebenaran Jabatan
pelajaran Negeri Johor dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tindakan: Semua Pejabat Pelajaran Daerah
3.4Perkara 3.15 : Kekurangan Pembantu Makmal yang sangat
mendesak(Makmal = 9, jawatan diisi 4 termasuk Ketua Pembantu
Makmal) sekolah 100% aliran Sains Kekurangan Pembantu Makmal yang
sangat mendesak Keputusan Mesyuarat : Penempatan akan dilaksanakan
pada bulan April atau Mei Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan dan
Pembangunan
3.5Perkara 3.24 : PPD Pontian menerima bil elektrik sekolah dari
TNB atas nama Pengarah Pelajaran Negeri Johor dan Pegawai Pelajaran
Daerah Pontian Keputusan Mesyuarat : Semua bil hendaklah
didaftarkan atas nama Pengetua / Guru Besar
Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
3.6Perkara 4.3 : Kertas cadangan 04(b) - Program Guru Penyayang
oleh UnitHal Ehwal Murid. Program tersebut meliputi penggunaan
Modul AndaDiutamakan, Modul Guru Penyayang Dalam Bilik Darjah,
Modul HariPertama Perhimpunan, Modul Iklim Sekolah Penyayang, Modul
Latihan Dalam Perkhidmatan Guru, Modul P&P Guru Penyayang,
Modul Prihatin Guru Penyayang
Keputusan Mesyuarat : Program ini tidak dianggap satu program
formal dan memerlukan Jawatankuasa Khas dan protokol khusus tetapi
harus dilaksanakan secara semulajadi. Program ini perlu dijadikan
aktiviti Unit Hal Ehwal Murid agar tidak timbul isu penambahan
beban tugas guru
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Semua Pejabat
Pelajaran Daerah
3.7Perkara 4.4 : Kertas Cadangan 06(a) - Perluasan Kelas Aliran
Agama (KAA) Menengah Atas 2013 oleh Unit Institusi Pendidikan
Agama, Sektor Pendidikan Islam
Keputusan Mesyuarat : Cadangan diluluskan namun penangguhan
dibuat untuk tingkatan 4 dan 5 kerana berlaku kekurangan kemudahan
asrama di SMK Seri Lalang. Murid akan ditawarkan penempatan di SMK
Simpang Renggam.
Tindakan: Sektor Pendidikan Islam
3.8Perkara 4.9 : Kertas Cadangan () - Kesesuaian Khidmat
Konsultan dalam Pelaksanaan Perayaaan Hari Guru Peringkat Negeri
oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat Induk Perayaan Hari Guru
Peringkat Negeri akan dijalankan pada 4 April 2012 di JPNJ
Tindakan : PPD Kota Tinggi
3.9Perkara 6.3 : Pengisian jawatan pegawai interim yang telah
atau masih kosong di PPD. Kekosongan sehingga 4 jawatan iaitu
Penolong PPD Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Penolong PPD
Pembangunan Profesional, Penolong PPD Bahasa Melayu (Menengah) dan
Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) menyukarkan pegawai untuk
menjalankan tugas dengan cekap Mesyuarat mengambil maklum
penjelasan Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling bahawa terdapat
daerah yang tidak melantik Penolong PPD Perhubungan. Maka kaunselor
pentadbiran telah digunakan untuk membantu proses penyiasatan kes.
Pengisian jawatan tidak mendapat sambutan dalam kalangan guru.
Keputusan Mesyuarat : Semua PPD diminta mengenalpasti calon dan
lantikan rasmi akan diuruskan oleh JPN
Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan dan PembangunanDan Semua
Pejabat Pelajaran Daerah
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah membentangkan Laporan
Barisan Hadapan Pendidikan Negeri Johor
Keputusan Mesyuarat : Jika terdapat kekosongan perjawatan di
peringkat sekolah dan PPD, PPD hendaklah menubuhkan panel untuk
membuat cadangan lantikan. Kertas cadangan beserta justifikasi
perlu disediakan dan dihantar ke JPNJ / KPM berdasarkan kategori
perjawatan.
Tindakan: Sektor Pengurusan Sekolah dan Semua Pejabat Pelajaran
Daerah
Pengerusi memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat
mengemukakan isu-isu pendidikan untuk dibincangkan 5.1Ketua Sektor
Pengurusan Maklumat
Isu : Penggunaan emel moe yang masih rendah di kalangan pegawai
di PPD dan JPN. Emel tersebut perlu digunakan untuk semua urusan
rasmi sekaligus mengurang penggunaan kertas. Keputusan Mesyuarat :
Semua pegawai di PPD dan di JPN hendaklah mengaktifkan dan
menggunakan emel moe dalam semua urusan rasmi.
Tindakan : Semua Sektor dan Semua PPD
5.2Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan
Isu : Penolakan tugas oleh guru-guru sebagai pengawas
peperiksaan awamterutama Sijil Pelajaran Malaysia. Data menunjukkan
ramai guru menolak tanpa alasan munasabah.
Keputusan Mesyuarat : Surat lantikan wajib dipatuhi kerana surat
tersebut merupakan arahan rasmi daripada Pengarah Pelajaran Johor.
Surat lantikan perlu diperbaiki supaya lebih jelas dan guru
memahami segala klausa sebagai tugas dan tanggungjawab.
Tindakan : Sektor Penilaian dan Peperiksaan
5.3Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya
Isu : Kepadatan murid di SMK Kangkar Pulai dan SMK Kulai Besar
yang semakin kritikal berikutan pembangunan kawasan sekitar yang
sangat pesat.
Maklumbalas Mesyuarat : Ketua Sektor, Sektor Khidmat Pengurusan
dan Pembangunan memakluman bahawa KPM telah meluluskan pembinaan
kabin dalam jangkamasa terdekat. Cadangan untuk membina sekolah
baru di Bandar Putra, Pulai Perdana dan Pulai Indah, Kulaijaya bagi
mengatasi kepadatan murid di SMK Kangkar Pulai juga telah diajukan
ke EPU.
Makluman
5.4Pegawai Pelajaran Daerah Muar
Isu : Kebanyakan aduan pelanggan awam tidak berasas dan
mencadangkan aduan-aduan yang tidak berasas ini tidak perlu
dilayan.
Keputusan Mesyuarat : Semua aduan awam hendaklah disiasat
mengikut prosedur.
Tindakan: Semua Sektor dan Semua PPD
Pengerusi memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat
membentangkan kertas cadangan yang telah didaftarkan kepada
urusetia untuk dibahaskan
6.1Kertas Cadangan 01(A) Proses Redeploymen Guru Berkemahiran
Komunikasi Bahasa Cina Dari SK ke SJKC
Keputusan Mesyuarat :Kertas cadangan diterima. Tindakan yang
perlu diambil ialah melaksanakan Perancangan Strategik dan Pelan
Tindakan untuk mengenalpasti jumlah guru yang sanggup kembali ke
SJKC. Kajian dan perbandingan terhadap guru-guru yang ditempatkan
di SJKC sama ada mengajar sepenuhnya mata pelajaran Bahasa Melayu
atau gabungan dengan mata pelajaran lain seperti Pendidikan Jasmani
perlu juga dijalankan.
Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah
6.2 Kertas Cadangan 03(A)Pelaksanaan Peningkatan Budaya Inovasi
Dalam Perkhidmatan
Keputusan Mesyuarat :Kertas cadangan diluluskan kerana program
ini berkaitan dengan star rating. SJQ diminta melaksanakan program
ini untuk meningkatkan kualiti pengurusan. Inovasi harus memberi
penekanan untuk memudahkan PdP di sekolah. Sijil diberikan sebagai
tanda pengiktirafan .
Tindakan : Sektor Jaminan Kualiti dan Sektor Pengurusan
Akademik
6.3Kertas Cadangan 04(A)
Sistem Pengurusan Rekod kes pelajar Dibuang sekolah ( eR Pelajar
)
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan cadangan diterima.
Pihak pelaksana perlu membuat penambahbaikan dan memastikan agar
program ini tidak menambah beban kerja guru. Kertas cadangan ini
dilihat baik kerana mempunyai akses dengan data SSDM dan
membolehkan pegawai perhubungan polis mengakses data dengan mudah.
Tindak ikut kepada analisis boleh diteruskan dengan memberi
cadangan program program pembangunan insan.
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Semua Pejabat
Pelajaran Daerah
6.4Kertas Cadangan 04(b)
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
(SMPPD)
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan agar cadangan
tersebut diluluskan. Juga dicadangkan supaya aplikasi ini
digabungkan dengan data eRPelajar. Secara tidak langsung ia akan
meminimumkan jumlah sistem aplikasi dalam talian. Kawalan dan
kerahsiaan maklumat perlu diambil kira.
Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan
6.5Kertas Cadangan 08(A)
Pelaksanaan Persidangan Antarabangsa Pemimpin-pemimpin Pelajar
2012 ( Johor International Student Leaders Conference )
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan agar cadangan
diluluskan tetapi permohonan rasmi perlu dibuat dan dimaklumkan
secara bertulis kepada KPM. Kertas kerja terperinci perlu
disediakan agar maklumat dan masalah pengisian markah tahap
antarabangsa ke dalam sistem akan dibawa ke peringkat KPM oleh
pihak pengurusan tertinggi JPNJ. Tindakan : Sektor Pendidikan
Swasta dan Pendidikan Khas
6.6Kertas Cadangan 08(C)
Penubuhan Institut Latihan (Antarabangsa) Kepimpinan Pelajar,
Johor ( Johor International Institute of Leadership JIISL )
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan agar cadangan
diterima sepenuhnya.
Tindakan : Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
6.7Kertas Cadangan 10(A)
Sistem Pengurusan Pendidikan Johor (SPPJ)
Keputusan Mesyuarat : Kertas cadangan diluluskan dan semua
aplikasi di bawah JPNJ hendaklah menggunakan satu sumber data,
tetapi aplikasi yang di bawah kendalian KPM hendaklah dirujuk
kepada pihak EPRD.
Tindakan : Sektor Pengurusan Maklumat
6.8Kertas Cadangan 12(A)
Penginapan Sementera Pelajar Tingkatan 3 dan 5 Di Kuarters
Institusi Pendidikan (KIP) SMK Datuk Menteri
Keputusan Mesyuarat : Kertas cadangan tidak diterima kerana
terdapat pelbagai kekangan seperti pengurusan sumber manusia,
perjawatan dan peruntukan.
Tindakan : PPD Batu Pahat
6.9Kertas Cadangan 15(A)
Penghebahan Bahan Muat Turun BerpusatKeputusan Mesyuarat :
Kertas cadangan diluluskan.
Tindakan : Sektor Pengurusan Maklumat dan Semua Pejabat
Pelajaran Daerah
6.10Kertas Cadangan 16(A)
Memperuntukkan Sebuah Rumah Guru Yang Tidak Diduduki di SMK
Tunku Abdul Rahman Putra Kepada Persatuan Pesara Guru Daerah
Kulaijaya
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan supaya cadangan
diterima sepenuhnya. Permohonan rasmi oleh persatuan tersebut perlu
dibuat melalui PPD dan perlu diajukan ke JPNJ. Namun, persatuan
harus bertanggungjawab terhadap beberapa terma dan syarat seperti
bayaran utiliti, kawalan keselamatan dan pelbagai tawaran menarik
sebagai sokongan permohonan.
Tindakan : PPD Kulaijaya
6.11Kertas Cadangan 20(A)
Peruntukan Tambahan BAGI Kerja-kerja Pembersihan dan Pencegahan
Unggas
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan agar kertas cadangan
yang lebih terperinci dimajukan seperti nama sekolah dan tahap
kritikal kes terhadap kesihatan dan keselamatan murid. Dokumen
bergambar perlu dilampirkan.
Tindakan : PPD Pontian
6.12Kertas Cadangan 21(B)
PERMOHONAN PENURUNAN KUASA KELULUSAN PUNGUTAN WANG DARI KUMPULAN
WANG SEKOLAH ( KHUSUS BAGI GURU-GURU BERKEPENTINGAN KEPADA MURID
)
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan kertas cadangan ini
perlu ditangguhkan dan akan dirujuk kepada unit kewangan untuk
mendapatkan pandangan yang lebih jelas.
Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan dan PPD
Segamat
Pengerusi memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat
membentangkan kertas makluman yang telah didaftarkan kepada
urusetia untuk dibahaskan
7.1Kertas makluman 01(A)
MAKLUMAT PENGURUSAN SEKOLAH
Mesyuarat mengambil maklum
7.2Kertas Makluman 01(B)
MAKLUMAT PROGRAM RINTIS REHAT AWAL BAGI MURID TAHUN 1 NEGERI
JOHOR 2012
Mesyuarat mengambil maklum
7.3Kertas Makluman 02(A)
PERLAKSANAAN PROGRAM ENGLISH TEACHING ASSISTANT (ETA)
2012Mesyuarat mengambil maklum
7.4Kertas Makluman 02(B)
LINUS : KEPUTUSAN SARINGAN 6 DAN 3 SARINGAN KHAS
Keputusan Mesyuarat : Semua PPD mesti bertanggung jawab
terhadapketepatan dan kesahihan maklumat yang dikemukakan
Tindakan : Sektor Pengurusan Akademik dan Semua Pejabat
Pelajaran Daerah
7.5 Kertas Makluman 03(A)
LAPORAN PENCAPAIAN ANUGERAH TAWARAN BARU GURU BESAR NEGERI JOHOR
2011
Keputusan Mesyuarat : Pengerusi memutuskan semua yang layak
menerima imbuhan tawaran baru telah menerimanya sebelum program
Pengarah Turun Padang
Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
7.6Kertas Makluman 04(A)
PELAPORAN PROGRAM RAHSIA UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKTOR
PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN HINGGA 09 MAC 2012Mesyuarat mengambil
maklum
7.7Kertas Makluman 04(B)
PELAPORAN PROGRAM TASK FORCE MENANGANI GEJALA SALAH LAKU SOSIAL
REMAJA UNIT HEM, SPK SEHINGGA 09 MAC 2012Mesyuarat mengambil
maklum
7.8Kertas Makluman 05(A)
PENGGUNAAN REKOD SPPBS DALAM PENAMBAHBAIKAN PBS MULAI TAHUN
2012
Keputusan Mesyuarat : Sektor Penilaian dan Peperiksaan diarahkan
supaya mengambil tindakan sewajarnya agar tiada perkara berbangkit
pada masa depan Tindakan : Sektor Penilaian dan Peperiksaan
7.9Kertas Makluman KM 05(B)
KERTAS PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012
Keputusan Mesyuarat : Semua guru yang dilantik wajib patuh
arahan, guru boleh dipanggil bertugas sepertiga daripada cuti, jika
enggan beri surat tunjuk sebab. Tindakan: Sektor Penilaian dan
Peperiksaan
7.10Kertas Makluman KM 07(A)
ARAHAN BERTUGAS BAGI MENGGANTIKAN GURU BEREDAR DENGAN
PENGWUJUDAN JAWATAN GURU TAMBAHAN PENDIDIKAN ISLAM
Keputusan Mesyuarat : Semua PPD diminta mengeluarkan surat
arahan bertugas kepada guru Pendidikan Islam ke SJK demi
kepentingan murid.
Tindakan: Semua Pejabat Pelajaran Daerah
7.11Kertas Makluman 08(A)
INOVASI : PERMOHONAN SECARA ON-LINE BANTUAN YURAN MURID
PRASEKOLAH SWASTA 2012
Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat telah meluluskan Inovasi yang
dibuat dan diminta dipanjangkan ke Sektor Pengurusan Maklumat untuk
didaftarkan di KPM.Tindakan : Sektor Pendidikan Swasta dan
Pendidikan Khas
7.12Kertas Makluman 10(A)
PERLAKSANAAN PROJEK 1 BESTARINET SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI
JOHORMesyuarat mengambil maklum
7.13Kertas Makluman 11(A)
FOKUS UTAMA PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING 2012
Mesyuarat mengambil maklum
7.14Kertas Makluman 12(A)
PUSAT LATIHAN DAN KEPIMPINAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH BATU PAHAT
PLK PPDBP
Mesyuarat mengambil maklum
7.15Kertas makluman 13(A)
PROGRAM LESTARI KECEMERLANGAN UPSR TAHUN 2012 PEJABAT PELAJARAN
DAERAH JOHOR BAHRU
Mesyuarat mengambil maklum
7.16Kertas makluman 16(A)
KANTIN 1 MALAYSIA
Keputusan Mesyuarat : Beri sokongan kepada dasar kerajaan dan
pastikan logo 1 Malaysia diubahsuai dan kualiti makan
dikekalkan
Tindakan : PPD Kulaijaya
7.17Kertas Makluman 18(A)
ONE STOP DATA CENTER ON-LINE PPD MUAR
Mesyuarat mengambil maklum
7.18Kertas makluman 19(A)
PROGRAM GENGGAM STRAIGHT A SEKOLAH KAWALAN DAN KELAS RANCANGAN
KHAS PPD PASIR GUDANG
Mesyuarat mengambil maklum
7.19Kertas Makluman 20(A)
SMK DATO' PENGGAWA BARAT PONTIAN DIANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG
KELAB PELABURAN BIJAK PNB
Mesyuarat mengambil maklum.
8.1Timbalan Pengarah memaklumkan bahawa PPD Pasir Gudang dan PPD
Kulaijaya telah berjaya mencapai Lonjakan Saujana dalam
pendidikan.
Makluman
8.2Sektor Pengurusan Akademik memaklumkan tiada peruntukan khas
untuk Program English Teaching Assistent (ETA) 2012
Makluman
8.3Sektor Pengurusan Sekolah memaklumkan bahawa SM Sains Batu
Pahat akan mula beroperasi pada bulan Jun 2012
Makluman
8.4PPD Kota Tinggi membangkitkan status perkhidmatan pegawai
interim yang berkhidmat di PPD
Keputusan Mesyuarat : Rekod perkhidmatan pegawai yang
dipinjamkan perlu dicatatkan ke dalam Buku Rekod Perkhidmatan
negeri
Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan dan Semua
Pejabat Pelajaran Daerah
Pengerusi menyampaikan ucapan penangguhan mesyuarat KSPPD Bil
1/20129.1Merakamkan ucapan terima kasih kepada Urusetia JPNJ, Warga
Pejabat Pelajaran Daerah Kluang, PUSPANITA PPD Kluang dan semua
pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kluang yang dapat
melaksanakan tugas dengan lancar dan cemerlang. Cadangan mesyuarat
KSPPD Bil 2/2012 ialah di Johor Bahru.
9.2Merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada PPD Kluang
kerana berjaya mengelola perjalanan mesyuarat dengan amat
cemerlang. Pengurusan mesyuarat kali ini boleh dijadikan penanda
aras kepada PPD yang lain.
9.3Menangguhkan Mesyuarat KSPPD Bil 1/2012, jam 11.00 malam, 27
Mac 2012.
1 | Page