ST. Martin Telupid Hari minggu palma adalah hari peringatan
dalam kalendar liturgi Kristian dan disambut oleh umat Katolik di
seluruh dunia. Perayaan ini dirayakan bagi memperingati peristiwa
Yesus dan murid-muridnya memasuki Kota Yerusalem, sebelum Dia
disalibkan. Perayaan ini juga merupakan permulaan bagi minggu
suci.
Bersama-sama dengan gereja sejagat, umat di Gereja Santo Martin
Telupid turut merayakan perayaan ini. Perayaan bermula seawal jam 8
pagi bermula di perkarangan gereja. Perayaan Liturgi telah dipimpin
oleh Rev. Fr. Jasery Emmanuel Gabuk dan dibantu oleh Seminarian
Christopher Ireneus.
Figure 1: Umat yang hadir merayakaan Hari Minggu Palma
Figure 2: Pemberkataan daun Palma
Figure 3: Perarakan memasuki gereja yang didaului oleh koir.
Figure 4: Rev. Fr. Jasery
Dalam homili, Fr. Jasery menyeru agar umat merayakan minggu
Palma dalam semangat kasih dan korban bagi Kristus terutama sekali
dalam persiapan memasuki minggu suci. Beliau juga turut
mengingatkan umat agar tidak mejadi seperti orang Israel yang
memuji Yesus dengan sorak gembira tetapi dalam sekelip mata juga
menyalibkan dia.
Sementara itu, turut diadakan di Gereja Santo Martin Telupid
adalah Hari Belia Sedunia peringkat paroki yang telah diadakan
sehari sebelum perayaan Hari Minggu Palma dan telah dihadiri
kira-kira 50 orang peseta. Pada sebeleah pagi diadakan perkongsian
Pesanan Bapa Suci yang bertemakan Berbahagialah orang yang suci
hatinya, kerana mereka akan melihat Allah (matius 5:8).
Figure 5: Pembacaan Pesanan Bapa Suci oleh Cik. Vianney
Figure 6: Sebahagian daripada peserta yang hdirPada sebelah
malam pula telah diadakan Doa Taize bagi Keamanan Dunia yang
diadakan bersempena dengan Earth Hour. Doa ini bukan sahaja
disertai oleh para belia tetapi juga turut disertai oleh umat dari
paroki Telupid.
Figure 7: Doa Taize untuk keamanan dunia sempena Earth Hour
Figure 8: Para petugas pewarta Injil (yang terdiri daripada
belia) menerima berkat daripada paderi sebelum pewartaan Injil
Oleh Hildy Albert