Top Banner
SKPD 1013 Pengantar Sains Sosial Metodologi Sains Sosial dan langkah- langkah menjalankan kajian (research procedures)
24

Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

May 24, 2015

Download

Technology

Fatin Halid
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

SKPD 1013 Pengantar Sains Sosial

Metodologi Sains Sosial dan langkah-langkah menjalankan

kajian (research procedures)

Page 2: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

Metodologi Sains Sosial

Cara menyiasat dan memperoleh pengetahuan mengenai dunia sosial iaitu mengenai manusia, masyarakat dan alam sekitar – menyiasat berdasarkan falsafah sains sosial – falsafah rasionalisme

- Methodology - How to know what we want to know?

Page 3: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

Situasi yang membolehkan penyelidikan/kajian dilakukan – sikap saintifik yang perlu ada pada seseorang (scientific attitude) a.      Ingin tahu (curiousity)b.      Scepticism (ragu-ragu dan ingin tahu dengan lebih mendalam)c.      Objektif

Page 4: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

Cara menyiasat dan memperoleh pengetahuan melibatkan dua bentuk usaha yang berbentuk abstrak dan berbentuk empirikal a. Bentuk abstrak – cara memerhati dan melihat dunia sosial (khususnya objek kajian) – ide, andaian, teori, paradigma, konsep, model dan pendekatan yang sesuai

b. Bentuk empirikal – cara memberi dan mengumpul maklumat mengenai dunia sosial yang sama – teknik mengumpul, mengutip, menghimpun dan menimbun tambah data dalam keadaan yang lebih konkrit  

Page 5: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

Apakah jenis-jenis penyelidikan yang hendak dilakukan (salah satu jenis atau gabungan jenis)   i. Exploratory (Penerokaan) – “what” – apa sebenarnya isu sosial yang dikaji (what is the social activity or social issue about?)

 ii. Descriptive (Pemerihalan) – “who” dan “how” – siapakah (orang) atau apakah (institusi) yang terlibat atau yang berkenaan, dan bagaimana isu itu boleh berlaku (How does it happen?)

iiii. Explanation (Penerangan) – “Why” – kenapa isu itu berlaku?

Page 6: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

Kegunaan penyelidikan (Use of research)  i. Basic Research (Kajian atau penyelidikan Asas)– untuk tujuan umum iaitu menjalankan penyelidikan kerana ingin mengetahui dan memahami sesuatu isu atau fenomena sosial

iii. Applied Research (Kajian atau penyelidikan Gunaan) – untuk tujuan tertentu, cth. untuk penggubalan dasar atau polisi di peringkat kerajaan atau swasta

Page 7: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

Dimensi masa untuk sesuatu penyelidikan i. Longtitudinal research – penyelidikan untuk jangka masa yang agak lama, biasanya lebih dari satu tahun, cth. selama 5 tahun, 10 tahun dsb., boleh beri banyak maklumat dan gambaran yang menyeluruh dan mendalam mengenai sesuatu yang dikaji, tetapi melibatkan kos yang tinggi dan masa yang banyak, berguna untuk membina teori-teori dan konsep-konsep baru yang berkenaan dengan isu yang dikaji

ii.Cross-sectional research – penyelidikan pada masa tertentu atau “at one point in time”, kos penyelidikan lebih rendah dan masa yang lebih singkat, hanya beri gambaran umum

Page 8: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

1. Langkah-langkah menjalankan kajian (research procedures)

1. Huraikan permasalahan kajian (Research Problem)

2. Kajian lepas (Literature Review)

3. Bentuk satu kerangka teoritis/konseptual dan kemukakan andaian asas (atau hipotesis bagi setengah disiplin)

4. Hasilkan satu rekabentuk kajian (research design) yang sesuai

5. Pengumpulan data

6. Analisis data

7. Kesimpulan dari hasil kajian

Page 9: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

1. Menyatakan/membentuk satu permasalahan kajian (define a research problem) i. Apa yang dikaji – apakah persoalan atau isu sosial yang ingin diketahui atau difahami – cth apa sebenarnya isu yang berlaku, bagaimana sesuatu isu berlaku, mengapa sesuatu isu berlaku, dsb. (Note - Permasalahan kajian BUKAN hanya mengkaji masalah sosial tetapi isu-isu sosial yang boleh merupakan masalah sosial ataupun bukan)

ii. Tujuan kajian - kenapa hendak mengkaji – ingin tahu sebab-sebab atau faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu yang ingin diketahui itu berlaku

Page 10: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

Kesignifikan kajian Kenapa/Apa pentingnya menjalankan kajian, kenapa ingin mengetahui atau memahami isu yang berkenaan  

Page 11: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

2. Kajian Lepas

Carikan kajian-kajian lepas yang ada kaitan dengan permasalahan kajian (apa yang dikaji) – dalam jurnal, buku, kertas persidangan/seminar

Page 12: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

3. Membentuk kerangka teoritis atau konseptual

- pilih teori, konsep, paradigma, model, pendekatan, dsb yang releven – ikut pilihan pengkaji - bentuk andaian yang bersifat sementara (hipotesis) - Jika diingini oleh pengkaji (dengan berdasarkan kepada permasalah kajian dan displin pengkaji) - (mengikut pilihan pengkaji)

 

Page 13: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

HTentukan unit analisis (sampel) dan persampelan:- 1. Unit analisis – orang atau bukan orang (organisasi, dsb.) 2. Sampel dan persampelan * Sampel juga adalah unit analisis-* Persampelan ialah proses memilih sampel - satu proses yang penting kerana ada had-had tertentu dalam menjalankan kajian (dalam kata lain, kita tidak boleh kaji semua orang atau semua benda kerana kesuntukan masa, kekurangan dana, dll.), oleh itu perlu pilih subjek kajian (iaitu sampel) untuk tujuan representasi bagi populasi yang dikaji

Page 14: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

Jenis-jenis persampelan

1) Persampelan bukan kebarangkalian(non-probability sampling) (contoh persampelan bertujuan (purposive),“snowball”, persampelan berkuota)

2) Persampelan kebarangkalian (“probability sampling”) (contoh persampelan rawak mudah/simple random sampling, stratified sampling, dsb.

Page 15: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

Tentukan jenis data yang ingin dikumpul dan dianalisa

– data kualitatif atau data kuantitatif a. Data kuantitatif – data dalam bentuk angka atau nombor atau statistik

b. Data kualitatif – data dalam bentuk ayat, perkataan atau gambar

Page 16: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

Tentukan kaedah/teknik/metod untuk mengumpul jenis data yang sesuai:-  i.  Kaedah pengumpulan data kuantitatif – data yang dikumpul melalui kaedah/teknik-teknik experimen, survei, analisa kandungan (content analysis), statistiks yang sedia ada (existing statistics)

ii. Kaedah pengumpulan data kualitatif – data yang dikumpul melalui kaedah/teknik temubual,pemerhatian ikut serta (participation observation), pemerhatian tidak ikut serta (non-participation observation)

iii. Gabungan kedua kaedah 

Page 17: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

Tentukan kaedah/teknik/metod menganalisa data yang sesuai:–  i.  Kaedah menganalisis data kuantitatif (guna statistiks samada dengan bantuan program komputer mengenai statistiks (program SPSS/Statistical Package for the Social Sciences atau tanpa bantuan program komputer iaitu secara manual), atau

ii. Kaedah menganalisis data kualitatif (ada teknik-teknik tertentu contohnya analisa kandungan/content analisis, guna bantuan program komputer cth NUDIST, dsb.).

iii.Gabungan kedua kaedah

Page 18: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

 4. Merekabentuk satu rekabentuk kajian (research design) yang sesuai

Semacam satu blue print tentang kajian

Dalam rekabentuk kajian itu, nyatakan metodologi dan aspek-aspek tentang metodologi seperti permasalahan kajian, kajian lepas, kerangka teoritis, jenis data, kaedah kumpul data dan kaedah analisis data, dsb

Page 19: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

5. Proses mengumpul data kualitatif dan/atau data kuantitatif Pengkaji kumpul data di lapangan ikut kaedah kumpul data yang telah dia tetapkan Mengumpul data dengan teliti, cth. Buat seberapa banyak catatan yang boleh dan dengan detail atau mendalam

Page 20: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

6. Proses analisis data

Selepas kembali dari lapangan dan setelah kumpul data yang diperlukan, pengkaji mula membuat analisis data mengikut kaedah analisis data yang dia telah pilih dan tetapkan

Page 21: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

7. Membuat kesimpulan dari hasil kajian

Boleh persembahkan hasil kajian dalam persidangan, seminar, forum, dsb; Boleh diterbitkan dalam jurnal, buku, laporan, dll; dihasilkan dalam bentuk latihan ilmiah; dll.

 

Page 22: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

Etika penyelidikan sains sosial

i.  Maksud etika – tatasusila dan cara berkelakuan oleh mereka yang melakukan penyelidikan

ii. Kelakuan yang bersifat professional

iii. Yang mesti dipatuhi sewaktu mengumpul data, menganalisis, melapor dan menerbitkan penemuan penyelidikan

iv. Tidak dinyatakan dengan jelas dan tidak diliputi oleh undang-undang

 v. Jika dilanggar, pelaku biasanya dikenakan isbat sosial (social sanction)

Page 23: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

iv. Etika beza dengan peraturan, kalau peraturan dilanggar, pelaku akan dikenakan hukuman atau denda mengikut apa yang telah ditetapkan

iiv.Contoh jenis etika penyelidikan – tidak boleh melakukan plagiarisme (pengambilan fakta-fakta dan maklumat dari bahan penerbitan tanpa mengakui), mengiktiraf sumbangan yang sedia ada, berani mempertahankan hasil penemuan, mesti menbenarkan penilaian oleh rakan kesepakaran (peer review), bersedia berkongsi ilmu, bersedia mendapat latihan dalam tradisi keilmuan, menyerapkan etika murni pada generasi baru, dsb.

Page 24: Metodologi dan langkah_menjalankan_kajian

Hambatan kepada kajian

- ada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pengkaji dalam proses menjalankan kajian