PEMARKAHAN
PJJ SEMESTER 5 SESI 2013/2014HIH 3013ILMU-ILMU HADITH
TUGASAN INDIVIDUBincangkan Metodologi Al-Hadith Dikumpulkan Dan
Dibukukan Sehingga Berada Dalam Himpunan Hadith Sunan Sittah Atau
Sunan Tisaah Untuk Menolak Dakwaan Penyelewengan Terhadap Kesahihan
Al-Sunnah
DISEDIAKAN OLEH
NAMANO. MATRIK
ROSNI BINTI ISMAILD20112054622
PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI02 (A131PJJ)NAMA TUTOR E-LEARNING: DR
AHMAD YUNUS KASIMTARIKH SERAH: 01.05.20141.0 PENDAHULUAN
Hadith menurut bahasa bermaksud Al-Jadid iaitu sesuatu yang
baru. Ia juga bermaksud sesuatu yang dikatakan, dicakapkan atau
disebut dari seseorang kepada orang yang lain. Jamaknya ialah
Ahadiith. Firman Allah subhanahu wa ta'ala:
"Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan
dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan
perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada
keteranganal-Quran ini.(Al-Kahfi 18: 6)
Dalam ayat Al-Quran di atas, Hadithbermaksud Al-Quran
al-Karim.
Firman Allah ta'ala dalam surah yang lain:
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklahengkau sebut-sebutkan (dan
zahirkan)sebagai bersyukur kepadaNya. (Al-Dhuha 93:11)
Maksud Hadith dari sudut Istilah menurut Ahl al-Hadith,
Muhaddithun(Ulama' Hadith) bermaksud Segala sesuatu yang bersumber
daripada Rasulullahsallallahu 'alaihi wasallamsama ada perkataan,
perbuatan, ketetapan, ciri-ciri tubuh badan, akhlak dan tingkah
laku atau perjalanan hidup (sirah) beliau sama ada sebelum atau
sesudah beliau diangkat menjadi Rasul.Definisi Hadith
isisiUsuliyyin(Ulama Usul) pula ialah Segala sesuatu yang
diriwayatkan daripada Rasulullahsallallahu 'alaihi wasallamsetelah
kenabian sama ada perkataan atau perbuatan atau ketetapan
beliau.
Menurut para Usuliyyin masa sebelum kenabian tidak dikategorikan
sebagai hadith kerana yang dimaksudkan hadith ialah segala amalan
Nabi yang mengandungi hukum syara' dan tidak berlaku melainkan
setelah Rasulullahsallallahu 'alaihi wasallamdiangkat menjadi
Rasul. Pandangan ini turut dipegang oleh para Fuqaha (Ahli Fiqh)
kerana hukum fiqh hanya terdapat pada perkataan, perbuatan dan
pengakuan Rasulullahsallallahu 'alaihi wasallamsahaja sedangkan
sifat fizikal dan tingkah laku tidak mengandungi dasar fiqh (halal
dan haram).
Pendapat usuliyyin mengenai definisi hadith ini turut
dipersetujui oleh salah seorang Ulama' besar dalam Mazhab Hanbali
iaitu Ibn Taimiyyah. Berkata Ibn Taimiyyah rahimahullah: Kitab yang
mengandungi riwayat tentang Rasulullahsallallahu 'alaihi
wasallamantaranya ialah kitab-kitab tafsir, sirah dan al-Maghazi
(peperangan) dan kitab-kitab hadith. Kitab-kitab hadith mencakupi
segala sesuatu setelah kenabian secara khas walaupun di dalamnya
terdapat perkara-perkara yang berlaku sebelum kenabian. Ini kerana
perkara sebelum kenabian tidak dihafaz dan diambil sebagai dalil
syara'. Bahkan umat Islam telah sepakat bahawa perkara-perkara yang
wajib diimani dan diamalkan ialah apa-apa yang dibawa oleh
Rasulullahsallallahu 'alaihi wasallamsetelah
kenabian.[footnoteRef:2] [2: Fatawa Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah
18/110]
2.0 KATEGORI HADITH 2.1 Hadith Bersifat Qauliyyah (perkataan )
NabiSecara mudahnya difahami sebagai apa yang disebut, dikata,
dilafazkan dari mulut Nabi dan didengari oleh para sahabat. Hadith
dalam kategori ini mempunyai lafaz Qalam Rasulullah (Rasulullah
berkata/ bersabda) dan yang seumpama dengannya. Contohnya
hadith
Maksudnya : Daripada Alqamah bin Waqqas Al-Laithi berkata, saya
pernah mendengar Umar bin Al Khathhab diatas mimbar berkata; saya
mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Semua
perbuatan bergantung atas niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap
orang (tergantung) apa yang diniatkan; Barangsiapa niat hijrahnya
karena dunia yang ingin dicapainya atau karena seorang perempuan
yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia
niatkan"(Riwayat Al-Bukhari no.1; Muslim no. 1907 dan selain
mereka)
2.2 Hadith bersifat Fi'iliyyah (perbuatan) NabiIaitu apa juga
perkara yang dilakukan oleh Rasulullah sama ada berkaitan cara
solat, wudhu', haji, sumpah, dan sebagainya. Kebanyakan hadith ini
diriwayatkan oleh para sahabat yang melihat Rasulullah melakukan
seperti itu lalu diceritakan semula oleh para sahabat. Ianya
digelar hadith dan bukannya Athar al-Sahabat sebagaimana yang
disebut oleh sebahagian pihak. Ini kerana walaupun ianya disebut
oleh Sahabat namun riwayat itu berkaitan dan disandarkan kepada
Nabi . Contohnya hadith seperti:
Maksudnya : Daripada Abdullah bin Zaid berkata bahawa Nabi
pernah berwudhu dua kali-dua kali (basuhan).(Riwayat Al-Bukhari no.
158; Abu Daud no. 136; Al-Tirmizi no. 43)
2.3 Hadith bersifat Taqririyyah (pengakuan) Rasulullahterhadap
sesuatu Iaitu kebenaran, pengakuan, pengiktirafan Rasulullah
terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh para Sahabat sekalipun
ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah. Diamnya Rasulullah terhadap
sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat termasuk dalam
tanda taqririyah Nabi kerana antara salah satu sifat Rasulullah
ialah baginda tidak akan diam terhadap perkara maksiat, munkar dan
bertentangan dengan syariat.Contoh hadith dalam kategori ini ialah
hadith Rasulullah tidak melarang sahabat makan daging Dhab iaitu
sejenis biawak padang pasir:
: :
Maksudnya : Daripada Abdullah bin Abbas bahwa Khalid bin Walid
yang di juluki dengan pedang Allah telah mengkhabarkan kepadanya;
bahawa dia bersama dengan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam
pernah menemui Maimunah isteri Nabi sallallahu 'alaihi wasallam
-dia adalah ibu saudara (sebelah ibu) Khalid dan juga Ibnu Abbas-
lantas dia mendapati daging Dhab (sejenis biawak padang pasir) yang
telah di bakar, kiriman dari saudara perempuanya yaitu Hufaidah
binti Al-Harith dari Najd, lalu daging Dhab tersebut dihidangkan
kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Sangat jarang beliau
dihidangkan makanan hingga beliau diberitahu nama makanan yang
dihidang itu, ketika Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam hendak
mengambil daging Dhab tersebut, seorang wanita dari beberapa wanita
yang hadir berkata, "Beritahukanlah kepada Rasulullah sallallahu
'alaihi wasallam mengenai daging yang kalian hidangkan!" Kami lalu
mengatakan, "Itu adalah daging Dhab, wahai Rasulullah!" Seketika
itu juga Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengangkat
tangannya, Khalid bin Walid pun berkata, "Wahai Rasulullah, adakah
daging Dhab (biawak padang pasir) itu haram?" Beliau menjawab:
"Tidak, namun di negeri kaumku tidak pernah aku jumpai daging
tersebut, maka aku enggan (memakannya)." Khalid berkata, "Lalu aku
mendekati daging tersebut dan memakannya, sementara Rasulullah
melihatku dan tidak melarangnya."(Riwayat Muslim no. 1946; Ibn
Majah no. 3241; An-Nasai no. 4316)
2.4 Hadith yang bersifat Khalqiyyah (Kejadian)
Rasulullahsallallahu alaihi wasallamIanya merangkumi sifat fizikan
serta tubuh badan Nabi sallallahu alaihi wasallam. Kebiasaan hadith
ini diceritakan oleh para sahabat yang pernah menyaksikan sendiri
sifat-sifat yang terdapat pada tubuh badan baginda seperti
kebanyakan riwayat-riwayat yang terdapat dalam Syamail Muhammadiah
karya Imam Al-Tirmizi rahimahullah. Contoh hadith yang menceritakan
sifat tubuh badan Rasulullahsallallahu alaihi wasallamialah:
Maksudnya : Daripada Al-Bara berkata: Aku tidak pernah melihat
seseorang yang rambutnya berkilat lebih bagus ketika memakai
pakaian berwarna merah daripada Rasulullah. Beliau memiliki rambut
yang mendekati kedua bahu beliau, tidak panjang dan tidak
pendek.(Riwayat Muslim no. 2337;Al-Tirmizi no. 3635; Abu Daud no.
4183)
2.5 Hadith yang bersifat Khuliqiyyah (Akhlak)
Rasulullahsallallahu 'alaihi wasallamSeperti sifat bercakap,malu,
senyum, berjalan dan sebagainya. Antara hadith dalam kategori ini
ialah:
Maksudnya : Daripada Anas bin Malik dia berkata;
Rasulullahsallallahu 'alaihi wasallamsering mengulang perkataannya
hingga tiga kali agar dapat difahami." (Riwayat Al-Tirmizi no.
3640)
3.0 SEJARAH DAN METHODOLOGI PENGUMPULAN HADITS3.1 Tempoh riwayat
Hadith dengan Lisan dan Menjaganya dengan Hafalan (abad ke-I H)Pada
tempoh itu (para sahabat dan tabi'in) hadith belum dibukukan
melainkan dijaga dalam hafalan, kerana nabi S.A.W pernah melarang
mereka menulis hadith-hadith beliau sebagaimana yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim yang bermaksud Janganlah kalian menulisi dariku
selain al-Qur'an, dan barangsiapa yang telah menulis sesuatu selain
al-Qur'an maka ia harus menghapusnya.
Walaupun akhirnya beliau nabi S.A.W membolehkannya, yaitu pada
hari pembukaan Makkah pada para sahabat sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud : Tulislah apa yang aku sampaikan untuk abu Syah. Dan
membolehkan AbduLLAH bin Amr bin Ash untk menulis hadits-hadits
darinya.
Ketika nabi S.A.W wafat para sahabat mengambil langkah untuk
menulis al-Qur'an dalam bentuk mushaf dan tidak membukukan hadits
nabi s.a.w melainkan bersungguh-sungguh menyebarkannya dalam bentuk
hafalan mereka.3.2 Tempoh Penulisan dan Pembukuan Hadith (abad
ke-II H)Apabila Islam telah berkembang,maka telah tersebar para
sahabat ke seluruh alam dan sebahagian lagi telah wafat, maka mulai
terasa perlunya pembukuan hadits. Hal ini menggerakkan khalifah
Umar bin Abdul Aziz (99H-101H) memerintahkan para ulama terutama
Abubakar bin Muhammad bin Amr bin Hazm (qadhi Madinah) dan Muhammad
bin Muslim bin Ubaidillah bin Abdullah bin Syihab az Zuhri
al-Madani (tokoh ulama Hijaz dan Syam 124 H).Setelah kedua tokoh
ulama ini bangun mengumpul hadith maka mulailah banyak yang
mengikutinya mereka seperti Ibnu Juraij (150-H) dan Ibnu Ishaq
(151-H) di Makkah; Ma'mar (153-H) di Yaman; al-Auza'i (156-H) di
Syam; Malik (179-H), Abu Arubah (156-H) dan Hammah bin Salamah
(176-H) di Madinah; Sufyan ats-Tsauri (161-H) di Kufah; AbduLLAH
bin Mubarak (181-H) di Khurasan; Husyaim (188-H) di Wasith; Jarir
bin abdul Hamid (188-H) di Ray. Mereka tidak hanya menulis
hadits-hadits nabi S.A.W saja, tetapi juga sifat-sifat Rasulullah
S.A.WKitab-kitab hadits yang masyhur pada masa itu adalah :1.
Mushannaf oleh Syu'bah bin al-Hajjaj (160-H)2. Mushannaf oleh
Al-Laits bin Sa'ad (175-H)3. Al-Muwaththa' oleh Malik bin Anas
al-Madani, Imam Darul Hijrah (179-H).4. Mushannaf oleh Sufyan bin
Uyainah (198-H)5. Al-Musnad oleh asy-Syafi'i (204-H)3.3 Tempoh
pengasingan Hadith dari Perkataan para Shahabat dan Tabi'in (abad
ke-III H)Dipilih hanya hadith-hadith nabi s.a.w sahaja, ulama mula
menyusun kitab-kitab musnad yang bersih dari fatwa-fatwa, seperti
musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Walaupun demikian, masih bercampur
dengan hadith-hadith dha'if dan juga hadith maudhu', sehingga pada
pertengahan abad-III para ulama membuat kaedah-kaedah dan
syarat-syarat dalam pengumpulan hadith shahih. Sehingga muncul
idea-idea untuk mengumpulkan hadith-hadith yang sahih-sahih saja
yang disusun oleh Imam Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin
Bardizbah al-Bukhari (Imam Bukhari) dengan karyanya Jami'us Shahih
dan disusul oleh muridnya Imam Muslim bin Hajjaj bin Muslim
al-Qusyairi an-Naisaburi (Imam Muslim), sehingga abad ini merupakan
abad keemasan bagi ilmu hadith dengan munculnya para ahli hadith
terkemuka dan dinamakan kutubus-sittah (6 kumpulan hadits) yang
memuat hampir seluruh hadits-hadits yang shahih. Diantara
kitab-kitab hadits yang sudah tersusun waktu itu adalah :1.
Mushannaf Said bin Manshur (227-H)2. Mushannaf Ibnu Abi Syaibah
(235-H)3. Musnad Imam Ahmad bin Hanbal (241-H)4. Shahih al-Bukhari
(251-H)5. Shahih Muslim (261-H)6. Sunan Abu Daud (273-H)7. Sunan
Ibnu Majah (273-H)8. Sunan At-Tirmidzi (279-H)9. Sunan An-Nasa'i
(303-H)10. Al-Muntaqa fil Ahkam Ibnu Jarud (307-H)11. Tahdzibul
Atsar Ibnu Jarir at-Thabari (310-H)
3.4 Penyempurnaan (Abad-IV H)Permisahan antara ulama
mutaqaddimin (salaf) kaedah mereka adalah berusaha dalam meneliti
setiap perawi, menghafal hadith serta menyelidiki sanad hadith itu
sampai kepada sahabat dan tabi'in. Sedangkan ulama muta'akhkhirin
(khalaf) mereka dalam menyusun hadith adalah dengan memetik dari
kitab-kitab yang telah disusun oleh ulama salaf mereka mensyarahnya
(memberikan ulasan tentang isi hadits-hadits tersebut). Kitab-kitab
hadits yang termasyhur pada abad ini diantaranya adalah :1. Shahih
Ibnu Khuzaimah (311-H)2. Shahih Abu Awwanah (316-H)3. Shahih Ibnu
Hibban (354-H)4. Mu'jamul Kabir, Ausath dan Shaghir, oleh
At-Thabrani (360-H)5. Sunan Daraquthni (385-H)
3.5 Penyusunan Kitab-kitab Hadits (Abad-V H)mereka menyusunkan
hadits-hadith dari segi kandungan dan tajuk-tajuk yang sama.
Disamping itu juga menghurai dan meringkaskan kitab-kitab hadith
sebelumnya, sehingga muncullah berbagai kitab-kitab hadith hukum
seperti :1. Sunanul Kubra, al-Baihaqi (384-458 H).2. Muntaqal
Akhbar, Majduddin al-Harrani (652-H).3. Bulughul Maram min
Adillatil Ahkam, Ibnu Hajar al-Asqalani (852-H).Dan berbagai kitab
targhib wa tarhib (kitab fadhilat untuk mendatangkan keghairahan
untuk beramal dan mengancam bagi yang lalai), seperti :1.
At-Targhib wa Tarhib, Imam al-Mundziri (656-H).2. Riyadhus
Shalihin, oleh Imam Nawawi (767-H).
4.0 RAHSIA PENGAJIAN KITAB SUNAN SITTAH
Sunan Sittah mahsyurnya diistilahkan kepada enam kitab hadis
iaitu, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasaie, Sunan Abu Daud,
Sunan Tirmizi, dan Sunan Ibnu Majah. Ada pula pendapat yang
mengatakan di tempat Sunan Ibnu Majah lebih sesuai dengan
al-Muwatta atau Sunan Darimi kerana darjatnya lebih tinggi
berbanding Sunan Ibnu Majah yang mengandungi pelbagai status hadis
termasuklah hadis maudu. Namun, melihat kepada sistem pengajian
hadis, Sunan Ibnu Majah adalah lebih sesuai dimasukkan dalam
silibus pengajian kerana mempunyai kelebihan dan kepentingannya
tersendiri. Adapun susunan (mengikut tertib) pengajian hadis adalah
seperti berikut;1. Sunan Tirmizi: (Menyebut ikhtilaf ulamak)Kitab
hadis yang pertama yang perlu dipelajari adalah Sunan Tirmizi.
Melaluinya kita dapat melihat sejauh manakah ikhtilaf yang berlaku
di kalangan ulamak dalam sesuatu perkara.2. Sunan Abu Daud:
(Menyebut dalil masing-masing ulamak)Setelah melihat ikhtilaf
ulamak, perlulah kita mengetahui dalil-dalil yang dijadikan
sandaran oleh mereka.3. Sahih Bukhari: (Mengajar cara istinbad
hukum dan menyatakan hadis paling sahih)Setelah mengetahui
dalil-dalil sekelian ulamak, maka Sahih Bukhari pula dipelajari
untuk mengetahui dalil-dalil yang paling sahih. Melalui pengajian
Sahih Bukhari juga, kita akan diajar cara untuk menginstinbad hukum
daripada hadis, ini dapat kita lihat pada setiap tarjamatul bab
(tajuk bab) yang telah diistinbadkan oleh beliau daripada ayat
Quran atau hadis yang diletakkan di bawah bab berkenaan.4. Sahih
Muslim: (Memperbanyakkan hadis sahih)Imam Muslim memperbanyakkan
hadis sahih dengan mengulanginya walaupun pada lafaznya sama tetapi
melalui turuq (jalan sanad) yang berbeza, seolah-olah ingin
menyatakan hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari banyak diriwayatkan
oleh perawi-perawi hadis yang lain yang tidak disebutkan Imam
Bukhari di dalam kitabnya. Ini kerana, hadis yang dimuatkan oleh
Imam Bukhari di bawah tarjamatul babnya tidaklah banyak disebabkan
syaratnya yang terlalu tinggi.
5. Sunan Nasaie: (Mengajar supaya meneliti hadis perawi)Imam
Nasaie menjelaskan status perawi dari sudut yang sahih dan
kecacatan (illal) pada matan sesebuah hadis, dan apa sebenarnya
yang difahami oleh ahli ilmu berkenaan lafaz sesebuah hadis itu.6.
Sunan ibnu Majah: (Sebagai menguji kefahaman dalam bidang hadis)Ini
merupakan langkah terakhir untuk menjadi alim dalam ilmu hadis,
kerana padanya ada pelbagai hadis termasuklah yang maudu, maka para
pelajar dikehendaki menyatakan sendiri status hadis yang terdapat
dalam kitab ini. Sekiranya maudu, maka apakah sebabnya? Begitulah
seterusnya, semuanya untuk menguji kefahaman mereka dalam bidang
hadis.
5.0 KEUNIKAN METHODOLOGI DAN KEISTEMEWAAN PENULISAN HADIS
SAHIHDalam sejarah menghimpun dan penulisan hadis mengalami
perkembangan yang agak lambat dan bertahap dibandingkan dengan
perkembangan dan penulisan al-Quran. Hal ini kerana al-Quran pada
zaman Rasulullah s.a.w sudah ditulis al-Quran itu walaupun sedikit,
dan mulai dibukukan pada zaman Abu Bakar khalifah pertama sekalipun
penyempurnaannya dilakukan pada zaman khalifah Osman bin Affan yang
disebut dengan mushaf Osman. Sedangkan penulisan hadis pada masa
Rasulullah s.a.w hanya secara umum kerana dilarang oleh baginda
S.A.W. Pembukuan hadis bermula pada abad ke 2 hijrah, pengumpulan
dan penulisan hadis mengalami proses pengembangan yang lambat,
melibatkan banyak orang dari masa ke masa dan menghadapi pelbagai
masalah.
Keadaan hadis pada masa perkembangan sebelum pengumpulan dan
penulisan pernah mengalami masalah yang berliku di tengah
masyarakat . Oleh kerana itu, para ulama bangkit mengadakan kajian
hadis-hadis yang beredar dan meletakkan dasar kaedah-kaedah atau
peraturan-peraturan yang ketat bagi orang yang meriwayatkan hadis.
Dr. M. Syuhudi Ismail menjelaskan perlunya penelitian hadis kerana
hadis Nabi sebagai salah satu sumber ajaran Islam. Tidak seluruh
hadis ditulis ketika Nabi masih hidup. Telah timbul pelbagai
pemalsuan hadis, dan proses pembukuan hadis memakan waktu yang
lama.
Dengan demikian, penyusunan hadis pada hakikatnya sama antara
ahli hadis yang lain kerana pola penyusunan hadis telah ditetapkan
para ulama-ulama terdahulu. Begitu juga dengan pola penyusunan
hadis Imam Bukhari dan hadis Imam Muslim, berdasarkan ilmu hadis
yang telah ditetapkan oleh para ulama terdahulu, pada dasarnya pola
penyusunan hadis kedua-dua imam tersebut iaitu Imam Bukhari dan
Imam Muslim adalah sama. Oleh kerana itu, pola penyusunan hadis
Imam Muslim banyak kepada pola penyusunan hadis Imam Bukhari, namun
jika diteliti ada perbezaan antara keduanya.
Sahih Bukhari dan Sahih Muslim merupakan dua kitab yang paling
sahih setelah al-Quran. Melalui kedua-dua kitab ini, ilmu hadis
menjadi lebih tersebar kerana pengaruh kedua kitab sahih itu
terhadap orang Islam terkemudian ini. Kedua-dua kitab ini telah
membuktikan adanya gerakan menghimpun dan meriwayatkan hadis pada
masa Imam Bukhari dan Imam Muslim, sehingga taraf kedua kitab itu
tidak dapat ditandingi oleh karya imam-imam hadis sesudahnya.
Setelah melihat bentuk metod dan pola penyusunan kitab hadis
yang dilakukan Imam Bukhari dan Imam Muslim, sebagai seorang
muslim, banyak memberikan kelebihan yang besar daripada kedua imam
ini. Berkat jasa beliau berdualah, hadis dapat terjaga terutama
dari kalangan oreantalis yang selalu mengkritik dan memandang
rendah para ahli hadis termasuk salah satunya adalah Imam Bukhari.
Kitab Sahih Imam Bukhari banyak mendapat kritikan dari para
oreantalis yang berkaitan dengan metod dan pola punyusunan kitab
tersebut.
Namun kedudukan kitab hadis Sahih Bukhari sehingga sekarang
banyak menjadi rujukan, sedangkan kitab hadis Sahih Muslim
merupakan kitab hadis kedua setelah kitab hadis Sahih Imam Bukhari.
Walaupun ada perbezaan antara keduanya, namun tidak ada
perselisihan dan perpecahan antara ulama-ulama ahli hadis tentang
pola penyusunan kitab hadis kedua imaminit. Dengan demikian, dapat
disimpulkan bahawa dalam penulisan dan pola penyusunan kitab hadis,
antara Imam Bukhari dan Imam Muslim pada hakikatnya tidak ada
perbezaan yang ketara, tetapi pada bahagian-bahagian tertentu yang
membezakan antara keduanya terutama perkara utama kitab hadis yang
ditulis.
5.1 Metodologi Penulisan Kitab Hadis Sahih Imam Bukhari
Imam Bukhari adalah ahli hadis yang termasyhur diantara para
ahli hadis sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Ahmad, Imam
Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasai, dan Ibnu Majah. Dalam
kitab-kitab fiqh dan hadis, hadis-hadis beliau memiliki darjat yang
tinggi. Sebahagian menyebut dengan jolokan Amirul Mukminin fil
Hadis iaitu pemimpin kaum mukmin dalam ilmu hadis. Dalam bidang
ini, hampir semua ulama di dunia merujuk kepadanya.
Nama lengkap Imam Bukhari adalah Abu Abdullah Muhammad ibn
Ismail ibn Ibrahim ibn Mughirah al-Jafi ibn Bardizbah al-Bukhari,
salah seorang dari perawi dan ahli hadis yang terkenal. Beliau
lebih dikenal dengan nama al-Bukhari, hal ini disandarkan pada
tempat kelahirannya iaitu Bukhari.Ada sumber mengatakan bahawa Imam
Bukhari dilahirkan di Bukhara, Uzbekistan, Asia Tengah. Beliau
lahir pada hari Jumaat,13 Syawal 194 H pada 21 Julai 810 M. Ayahnya
yang bernama Ismail terkenal sebagai seorang ulama yang soleh.
Tempat beliau lahir kini termasuk wilayah Rusia, yang waktu itu
memang menjadi pusat kebudayaan ilmu pengetahuan Islam sesudah
Madinah, Damaskus dan Baghdad. Daerah itu pula yang telah
melahirkan ilmuan-ilmuan besar seperti al-Farabi dan Ibnu Sina.
Bahkan ulama-ulama besar seperti Zamaksyari, al-Durdjani,
al-Bairuni dan lain-lain, juga dilahirkan di Asia Tengah. Sekalipun
daerah tersebut telah jatuh di bawah kekuasaan Soviet Union.
Kedudukan Imam Bukhari bukan sahaja dikenali dikalangan umat Islam
sahaja, namun seluruh umat manusia mengetahui kehebatan beliau.
Kitab hadis Sahih Imam Bukhari merupakan kitab hadis pertama yang
menjadi rujukan para ahli hadis hingga sekarang terutama dikalangan
para ilmuwan muslim mahupun bukan Islam terutama tentang method dan
pola penyusunan kitab hadis tersebut.
Di antara kota yang pernah beliau kunjungi dalam rangka mencari
ilmu hadis adalah ke Maru, Naisaburi, Ray, Baghdad, Basrah, Kuffah,
Madinah, Mekkah, Mesir, Damaskus dan Asqalani. Guru-gurunya dalam
bidang hadis lebih dari 1000 orang. Beliau sendiri pernah
menyebutkan bahawa kitab al-Jami al-Sahih atau yang terkenal dengan
nama Sahih al-Bukhari, disusun hasil dari menemui 1080 orang guru
dalam bidang ilmu hadis. Dari perjalanan beliau tersebut, Imam
Bukhari berhasil mengumpulkan hadis sebanyak 600 000 hadis, 300 000
hadis di antaranya beliau hafal, yang terdiri atas 200 000 hadis
hasan, dan 100 000 hadis yang sahih.
Beliau seorang intelektual yang berdisiplin tinggi. Imam Bukhari
dikenali sebagai pengarang kitab yang produktif. Karya-karyanya
tidak hanya dalam disiplin ilmu hadis, tetapi juga ilmu-ilmu lain,
seperti tafsir, fiqh, dan sejarah. Fatwa-fatwanya selalu menjadi
pegangan umat sehingga mencapai darjat sebagai mujtahid mustaqil
iaitu ulama yang ijtihadnya terbuka, tidak terikat pada mazhab
tertentu, sehingga mempunyai autoriti tersendiri dalam pendapat
berkaitan hukum. Pendapat-pendapat beliau sealiran dengan Imam Abu
Hanifah iaitu Imam Hanafi yang berpendirian mazhab hanafi, tetapi
ada juga sedikit perbezaannya. Sehingga pola penyusunan dan pola
pimikiran beliau tentang hadis tidak bergantung kepada satu mazhab
saja, namun beliau mengambil dari berbagai pemikiran para
ulama-ulama dalam penyusunan kitab hadis tersebut.
Imam Bukhari diakui memiliki daya hafalan yang tinggi, diakui
oleh kakaknya Rasyid bin Ismail. Kakak beliau pernah menceritakan,
pernah Bukhari semasa remaja dan beberapa murid lain mengikuti
kuliah dan ceramah di Balkh. Tidak seperti murid lain, Bukhari
tidak pernah membuat catatan semasa kuliah. Beliau sering dicemuh
kerana membuang masa tidak mencatat, namun Bukhari diam tidak
menjawab. Suatu hari, kerana sering dicemuh, Bukhari meminta
kawan-kawannya membawa catatan mereka, kemudian beliau membacakan
secara tepat apa yang pernah disampaikan dalam kuliah dan ceramah
tersebut. Tercenganglah mereka semua. Ternyata Bukhari menghafal di
luar kepala 15 000 hadis, lengkap dengan keterangan yang tidak
sempat mereka catat.
Berpandukan pada pendapat tersebut, dapat dikatakan bahawa Imam
Bukhari merupakan seorang yang pintar dan cerdas. Beliau pada usia
muda telah menunjukan kecintaan kepada ilmu hadis. Dalam menghimpun
hadis-hadis sahih dalam kitabnya tersebut, Imam Bukhari menggunakan
kaedah-kaedah penelitian secara ilmiah dan terperinci yang
menyebabkan kesahahihan hadis-hadisnya. Beliau berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk meneliti dan menyelidiki keadaan para
perawi, serta berusaha mencari kesahihan hadis-hadis yang
diriwayatkannya.5.1.1Keistemewaan Penulisan Kitab Hadis Sahih Imam
BukhariKedudukan hadis dalam Islam sebagai sumber hukum. Para ulama
juga telah bersepakat bahawa dasar hukum Islam adalah al-Quran dan
Sunnah iaitu al-Hadis. Kitab sahih Imam Bukhari telah memperoleh
penghargaan tertinggi dari para ulama. Para ulama telah bersepakat
bahawa Sahih al-Bukhari adalah satu-satunya kitab yang paling sahih
sesudah al-Quran. Kitab Sahih Imam Bukhari diterima oleh para ulama
secara sepenuhnya di setiap masa dan keistimewaan kitab Imam
Bukhari yang diungkapkan oleh para ulama, diantaranya:
i. Imam al-Tirmidzi berkata: Aku tidak melihat dalam ilmu IIlal
iaitu cacat yang tersembunyi dalam hadis dan para tokoh hadis
seorang yang lebih mengetahui dari Al-Bukhari.ii. Ibn Khuzaimah
berkata: Aku tidak melihat sesorang yang lebih mengetahui hadis
Rasulullah S.A.W dan yang lebih hafalan daripada Muhammad bin
Ismail Al-Bukhari.iii. Al-Hafizh Adz-Dzahabi berkata: Dia adalah
kitab Islam yang paling agung setelah kitab Allah.
Di antara kelebihan daya ingatan dan kecerdasan Imam Bukhari
ialah mampu membawa 100 pasangan sanad hadis dan matan yang sengaja
diajukan oleh 10 ulama Baghdad semasa menguji kekuatan daya ingatan
dan intelektual Imam Bukhari dalam periwayatan hadis. Semua itu
dapat dijawab oleh Imam Bukhari dengan baik. Para ulama yang
mengambil hadis dari Imam Bukhari antaranya yang sangat popular
adalah Al-Tirmidzi, Imam Muslim, An-Nasai, Ibrahim bin Ishaq
al-Hurri, Muhammad bin Ahmad Ad-Daulabi, Manshur bin Muhammad
al-Bazdawi. Imam Bukhari meninggal dunia 1 Syawal 256 H/31 Ogos 870
M pada hari jumat malam sabtu iaitu malam Hari Raya Idul Fitri
dalam usia 62 tahun kurang 13 hari di Samarkand.
Disamping cerdas, Imam Bukhari termasuk para ahli hadis yang
kuat dan banyak hafalannya, sehingga para ulama menempatkan
kitabnya hadis Sahih Bukhari kitab yang paling sahih setelah
al-Quran. Namun disisi lain, terutama dari kalangan orientalis
tidak berhenti mengkritik Imam Bukhari terutama tentang metod dan
pola penyusunan kitab hadisnya. Di antara kalangan dan tokoh
orientalis yang mengkritik Imam Bukhari adalah, Ignaz Goldziher,
seorang orientalis berasal dari Hungaria dari keluarga Yahudi yang
menjadi pelopor pengkritik Imam Bukhari dalam periwayatan hadis.
Prof. Dr. MM Azami dalam bukunya Dirasat fil Hadis an-Nabawi wa
Tarikh Tadwinih menyatakan bahawa Ignaz Goldziher menuduh rujukan
hadis yang dilakukan oleh ulama terdahulu terutama Imam Bukhari
tidak dapat disahihkan secara ilmiah kerana kelemahan metodnya.
Menurut Goldziher kerana para ulama lebih banyak menggunakan metod
kritik sanad, dan kurang menggunakan metod kritik matan. Goldziher
kemudian mencadangkan metod kritik baru iaitu kritik matan saja.
Apabila diteliti cadangan Ignaz Goldziher, sebenarnya para ulama
terdahulu sudah menggunakan metod kritik matan. Apa yang dimaksud
kritik matan oleh Ignaz Goldziher itu berbeza dengan metod kritik
matan yang digunakan oleh para ulama. Menurutnya, kritik matan
hadis itu mencakupi berbagai aspek seperti politik, sains, sosial
dan lain-lain. Beliau mengatakan bahawa dalam kitab Sahih Bukhari,
Imam Bukhari hanya melakukan kritik sanad dan tidak melakukan
kritik matan. Sehingga setelah dilakukan kritik matan oleh Ignaz
Goldziher, hadis itu ternyata palsu.
Diantara para penulis moden atau intelektual Islam yang
berfikikiran orientalis ini adalah Profesor Ahmad Amin. Dalam
bukunya Fajr al-Islam, beliau juga merendahkan ulama hadis secara
umum. Kemudian secara khusus, Imam Bukhari dikritiknya. Katanya,
Kita melihat sendiri, meskipun tinggi reputasi ilmiahnya dan cermat
penelitiannya, Imam Bukhari ternyata menetapkan hadis-hadis yang
tidak sahih dilihat dari segi perkembangan zaman dan penemuan
ilmiah, kerana penelitian beliau hanya terbatas pada kritik sanad
saja. Menurut Ahmad Amin, banyak hadis-hadis Bukhari yang yang
tidak sahih, atau secara tepatnya palsu. Diantaranya adalah sebuah
hadis di mana Rasulullah S.A.W bersabda, Seratus tahun lagi tidak
ada orang yang masih hidup diatas bumi ini. Hadis ini oleh Ahmad
Amin dinilai palsu, kerana ternyata setelah seratus tahun sejak
Rasulullah S.A.W mengatakan hal itu masih banyak orang yang hidup
diatas bumi ini. Seorang pakar hadis berasal dari Indonesia, Prof.
Dr. Ali Musthafa Yaqub dalam bukunya kritik hadis menyatakan,
adalah suatu tindakan yang sangat tidak ilmiah apabila ada orang
yang terburu-buru menilai bahawa suatu hadis itu palsu menurut
penilaiannya, kerana bertentangan dengan al-Quran dan bertentangan
dengan hadis yang lain yang sedarjat kualitinya sebelum melihat
karya tulisan para ulama terdahulu yang membahas masalah tersebut.
Kejahilan seseorang dalam memahami maksud suatu hadis tidak dapat
dijadikan alasan untuk menilai bahawa hadis tersebut palsu.
Dengan demikian, bahawa para orientalis tidak ilmiah dalam
menilai bahawa dalam hadis-hadis Imam Bukhari terdapat
riwayat-riwayat yang palsu dan bertentangan dengan al-Quran, kerana
kritikan mereka tidak ilmiah. Namun dalam berdasarkan kritikan yang
dilakukan oleh tokoh-tokoh orientalis kepada Imam Bukhari, hanya
perkara kecil iaitu dalam pola penyusunan hadis yang dilakukan oleh
Imam Bukhari hanya menggunakan pendekatan sanad saja, beliau
mengabaikan pengkajian hadis yang disandarkan kepada matan.
Disinilah yang menjadi perbezaan antara pola penyusunan kitab
hadis antara Imam Bukhari dan Imam Muslim iaitu terletak pada sanad
dan matan. Berdasarkan pada kitab hadis Imam Bukhari dan Imam
Muslim, bahawa metod atau pola penyusunan kitab hadis yang
dilakukan Imam Bukhari adalah menggunakan pendekatan kepada sanad,
sedangkan Imam Muslim adalah menggunakan pendekatan sanad dan
matan. Akan tetapi bahawa Imam Muslim lebih mengutamakan kepada
pendekatan matan dibandingakan dengan gurunya Imam Bukhari.
6.0 METHODOLOGI PENULISAN KITAB SAHIH MUSLIM.
Kitab hadis Sahih Muslim telah ditahqiqkan oleh Imam Nawawi
menggunakan pelbagai disiplin ilmu metodologi hadis. Terdapat dua
metodologi yang digunakan dalam menulis kitab sahih Muslim iaitu
metodologi secara umum berkaitan dengan kitab ini dan
metodologipenulisanyangkhususyangtelahdigunakanolehImamMuslimdalampenulisanhadisnya.Metodologi
umum, dari segi penggunaaan tulisan, Imam Muslim menggunakan
tulisan
dalambentukKhatNasakh.Beliaumenulistajukataukitab,bab,sanad,matandanayatal-Quran.
Tulisan hadis ditulis dengan saiz yang kecil. Beliau meletakkan
baris pada semua kalimah, hadis-hadis serta ayat-ayat al-Quran.
Dari segi penyusunan kitab, kitab ini dimulakan dengan terjemahan
Imam Muslim yang dikarang oleh Imam Nawawi. Terjemahan ini
memuatkan serba sedikit tentang biodata Imam Muslim sama ada dalam
kehidupan mahupun pendidikan. Kemudian, Imam Nawawi mengulas
tentang Kitab Sahih Muslim secara ringkas dan menguraikan sedikit
methodologinya.
PenulisanbeliaudisertakandenganMukaddimahyangdidahuluidenganbasmalah.Seterusnya,masuk
kepada kitab pertama hingga kitab terakhir iaitu dimulai dengan
kitab Iman dan berakhir dengan kitab Tafsir. Jumlah tajuk yang
terdapat dalam Sahih Muslim ada kemungkinan berbeza antara edisi
dengan edisi yang lain. Menurut satu pendapat di dalam sahih
Muslim, terdapat 54 kitab yang dicatatkan di dalam kitab tersebut.
Tajuk utama diletakkan pada setiap helaian mukasurat yang baru dan
ditebalkan tulisan. Setiap hadis disambung dengan sanad dan matan
yang sahih dan pada penghujung hadis diletakkan ayat-ayat al-Quran
bagi menguatkan hadith tersebut. Berdasarkan kepada metodologi yang
digunakan dalam kitab Sahih Muslim ini, beliau menyebut kalimah
Haddasani danHaddasanasebelum dinyatakan sanad dan matan hadis
tersebut.
kemudian, beliau meletakkan bilangan hadis pada setiap tajuk dan
disertakan juga dengan nombor hadis yang tidak berulang. Ini
bertujuan memudahkan para pengkaji
danpembacamembuatrujukanpadakitabsyarahSahihMuslimdandapatmengetahuibilangan
hadis yang terdapat pada setiap tajuk dengan mudah. Dari segi gaya
bahasa, Imam Muslim menggunakan bahasa yang sederhana,
bolehdifahami dan diterjemahkan sesuai dengan proses pembelajaran.
Beliau memuatkan hadis-hadis yang mudah diingati dan difahami.
Metodologi secara khusus, Imam Muslim mengambil masa selama 16
tahun untukmenyelesaikan susunan kitabnya dengan membuat kajian
terhadap 300 000 hadis yang dikumpulpada peringkatawalnya. Beliau
membahagikan kitabnyakepada beberapatajuk yangdinamakan kitab
berjumlah 54 kitab.
Walaupun Imam Muslim menyusun kitab sahihnya kepada beberapa
kitab, tetapi beliau tidak membawa tajuk-tajuk bab seperti yang
terdapat dalam Sahih Bukhari. Perkara ini merupakan suatu perbezaan
yang nyata antara Sahih Bukhari dengan Sahih Muslim. Imam Muslim
menyusun hadis dengan sanad yang berlainan pada satu tempat. Jika
terdapat kelainan lafaz pada sesuatu riwayat, beliau akan
menerangkan bahawa lafaz hadis itu
daripadaperawiitu.Beliaumenjelaskanhaltersebutdenganperkataan
al-lafz lahu. Kaedah seperti ini menunjukkan ketelitian dan sifat
amanahnya dalam meriwayatkan hadis.
Imam Muslim juga mendahului sahihnya dengan suatu pendahuluan
dengan menerangkan objektif penyusunannya, menerangkan bahawa
seseorang itu hendaklah meriwayatkan hadis daripada perawi yang
thiqah dan jangan meriwayatkan hadis daripadaperawi yang dusta dan
juga menerangkan bahawa hadis al-Muanan boleh dijadikan hujah.
Seperti Imam Bukhari, Imam Muslim juga tidak menegaskan dengan
jelas dalam sahihnya syarat-syarat perawi yang diterima hadis
mereka. Ahli-ahli hadis telah mengkaji hadis-hadis yang terdapat
dalam Sahih Muslim dan mereka telah merumuskan bahawa Imam Muslim
mensyaratkan bahawa hadis yang diriwayatkan itu mestilah
diriwayatkan oleh perawi-perawiyang thiqah sehingga sampai kepada
peringkat sahabat dan sanadnya pula hendaklah berhubung dari awal
sanadnya sampai kepada sahabat yang menerima hadis daripada
Rasulullah s.a.w.
Namunbegitu,terdapatbeberapaorangyangditinggalkanolehImamBukharidarimeriwayat
hadis mereka, telah diterima oleh Imam Muslim setelah beliau
meneliti kebenaran hadis-hadisyang diriwayatkan oleh perawi-perawi
tersebut. Antara perawi-perawi tersebut ialah Hammadbin
Salamah,Suhail binAbu Salih,Dawud binHindun, Abu Al-Zubirdanal-Alak
bin Abd. al-Rahman.
Ciri-ciri karya kitab Sahih, Imam Muslim tidak memberi perhatian
pada petikan hukum. Beliau juga tidak menyebut bab-bab yang
ditambahnya kemudian. Perkara yang lebih diberiperhatian ialah
mutabaatdansyawahid. Kedudukan kitab ini adalah selepas sahih
Bukhari dan beberapa banyak penulisan tentang hadis dapt
dikeluarkan daripada kitab ini. ImamMuslimtelah mempersembahkan
kitabnya kepada seorang pengkritik hadis yang teragung iaitu Abu
Zurah. Apa-apa kecaca tan hadis yang didapati oleh Abu Zurah, maka
Imam Muslim membuangnya tanpa bantahan kerana beliau tidak mahu
mencatat hadis-hadis sahih menurut kriterianya sahaja. Beliau
mencatat hadis-hadis hanya daripada perawi-perawi yang ketulenan
hadis-hadis mereka diterima dalam kalangan ulama. Ini jelas
daripada kenyataan beliau sendiri dalam kitab sahih bahawa beliau
mencatat hadis yang diterima ramai sahaja sebagai suatu yang
tulen.Jumlah hadis yang terdapat dalam Sahih Muslim adalah sebanyak
7275 hadis.
yangberasaldaripada300000hadisyangdikumpulpadaperingkatawalnya.Apabiladikirahadis
yang tidak berulang, maka jumlahnya adalah sebanyak 4000 hadis.
Menurut perkiraan Muhammad Fuwad Abd al-Baqi, Sahih Muslim
mengandungi 3033 bilangan hadis. Kaedahperkiraannya
tidaklahberdasarkan sistemisnad, tetapiberdasarkan
tajuk-tajuksahaja. Lazimnyakita ketahui bahawa ahli-ahli hadis
menghitung berdasarka isnad. Oleh itu, jika kita menggunakan kaedah
mereka itu, maka bilangannya akan bertambah mungkin dua kali
ganda.
Imam Muslim telah menerangkan sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Al-Khatib Al-Baghdadibahawabeliautelahmengumpulkan
hadisyangterdapatdidalamsahihnyaitudaripada 300 000 hadis yang
telah dipelajarinya. Daripada jumlah tersebut beliau telah memilih
4000 hadis. Tidak termasuk yang berulang. Jika termasuk yang
berulang, jumlahnya melebihi hadis Sahih Bukhari kerana Imam Muslim
membanyakkan thariq(jalan) dalam hadis yangdikumpulkan itu. Menurut
al- Araqi(seorang Ulamahadis) sebagaimana yang dinaqalkan
olehAl-Suyuti ialah sebanyak 12 000 hadis.
7.0 METOD IMAM ABU DAUD DALAM PENYUSUNAN SUNAN-NYA
Kitab-kitab hadith seperti Jami Musnad mengandungi hadis-hadis
hukum, hadis-hadis yang berkenaan dengan amal-amal yang terpuji
(fada'il a'mal), kisah-kisah, nasihat-nasihat (mawa'iz), adab dan
tafsir. Cara penyusunan kitab hadith mengikut cara demikian tetap
berlangsung sehingga datangnya Imam Abu Daud. Maka, Imam Abu Daud
menyusun kitabnya, khusus hanya memuat hadis hukum dan
sunnah-sunnah yang menyangkut hukum. Ketika selesai menyusun
kitabnya, Imam Abu Daud menyerahkan kitab itu kepada Imam Ahmad bin
Hanbal, dan Imam Ahmad bin Hanbal memujinya sebagai kitab yang
indah dan baik.
Imam Abu Daud dalam sunannya tidak hanya memasukkan hadis yang
sahih semata-mata sebagaimana yang telah dilakukan Imam Bukhari dan
Imam Muslim, tetapi beliau juga turut memasukkan kedalamnya hadis
sahih, hadis hasan, hadis dha'if yang tidak terlalu lemah dan hadis
yang tidak disepakati oleh para imam untuk ditinggalkannya. hadis
yang sangat lemah, beliau jelaskan kelemahannya.
Cara yang beliau gunakan dalam kitabnya itu dapat diketahui
melalui suratnya yang beliau kirimkan kepada penduduk Mekah sebagai
jawapan keatas pertanyaan yang diajukan oleh mereka mengenai kitab
Sunannya. Abu Dawud menulis:"Aku mendengar dan menulis hadith
Rasulullah S.A.W sebanyak 500 000 buah hadith. Daripada keseluruhan
jumlah itu, aku memilih sebanyak 4800 buah hadith yang kemudiannya
aku masukkan kedalam kitab Sunan ini. Dalam kitab tersebut, aku
himpunkan hadith-hadith yang sahih, hadith-hadith yang menyerupai
hadith sahih dan hadith-hadith yang mendekati shahih. Dalam kitab
itu, aku tidak memasukkankan sebuah hadith pun yang telah
disepakati oleh para ulama untuk ditinggalkan. Segala hadith yang
sangat dhaif akan aku jelaskan kelemahannya. Adapun hadith yang
tidak aku berikan penjelasan sedikit pun, maka hadith tersebut
bertaraf sahih dan sebahagian dari hadith yang sahih ini ada yang
lebih sahih daripada yang lain. Aku tidak mengetahui sebuah kitab,
sesudah al-Quran, yang harus dipelajari selain daripada kitab ini.
Empat buah hadith saja dari kitab ini sudah cukup menjadi pegangan
bagi setiap orang. Hadith tersebut adalah:Pertama: "Segala amal itu
hanyalah menurut niatnya, dan tiap-tiap orang memperolehi apa yang
dia niatkan. Kerana itu, maka barang siapa berhijrah kepada Allah
dan Rasul-Nya, nescaya hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya pula.
Dan barang siapa hijrahnya kerana untuk mendapatkan dunia atau
kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya hanyalah
kepada apa yang dia hijrah kepadanya itu."Kedua: "Termasuk kebaikan
Islam seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak berguna
baginya."Ketiga: "Tidaklah seseorang beriman menjadi mukmin sejati
sebelum ia merelakan untuk saudaranya apa-apa yang ia rela untuk
dirinya."Keempat: "Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun
telah jelas pula. Di antara keduanya terdapat hal-hal
syubhat(samar) yang tidak diketahui oleh ramai orang. Barang siapa
menghindari syubhat, maka ia telah membersihkan agama dan
kehormatan dirinya dan barang siapa terjerumus ke dalam syubhat,
maka dia telah terjerumus ke dalam perbuatan haram, ibarat
penggembala yang menggembalakan ternaknya dekat dengan kawasan yang
terlarang. Ketahuilah, sesungguhnya setiap penguasa itu mempunyai
larangan. Ketahuilah, sesungguhnya larangan Allah adalah segala
yang diharamkan-Nya. Ingatlah, di dalam tubuh badan ini terdapat
segumpal daging, jika ia baik, maka baik pulalah semua tubuh dan
jika rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh. ketahuilah,
sesungguhnya ia adalah hati."
Demikianlah penegasan Imam Abu Daud dalam suratnya. Perkataan
Imam Abu Daud itu dapat dijelaskan sebagai berikut: i. Hadith
pertama adalah ajaran tentang niat dan keikhlasan yang merupakan
asas utama bagi semua amal perbuatan diniah(agama) dan
duniawiah.ii. Hadith kedua merupakan tuntunan dan dorongan bagi
umat Islam agar selalu melakukan setiap yang bermanfaat bagi agama
dan dunia.iii. Hadith ketiga, mengatur tentang hak-hak keluarga dan
tetangga, berlaku baik dalam pergaulan dengan orang lain,
meninggalkan sifat-sifat takabur, dan membuang sifat iri hati,
dengki dan benci dari hati masing-masing.iv. Hadith keempat
merupakan dasar utama bagi pengetahuan tentang halal dan haram,
serta cara memperoleh atau mencapai sifat wara', iaitu dengan cara
menjauhi hal-halyang samar dan masih diragukan status hukumnya oleh
para ulama.
Dengan hadith ini nyatalah bahawa keempat hadith di atas, secara
umum, telah cukup untuk membawa dan menciptakan kebahagiaan.
BIBLOGRAFI
Mohd Napiah Abdullah(1989)
IkhtisarSejarahPerkembanganDanKaedahPenyusunanHadith.1989.
SelangorDarulEhsan :DewanBahasaDanPustaka.
WanHasanBinWanEmbongJurnal Kajian Takhrij Hadith Sahih Berkaitan
Dengan Iman Yang Diriwayatkan Oleh Imam Bukhari Dan Muslim
UTM.PusatPengajianIslamDanPembangunanSosial.
Hadi Mahsan(1985) Pengenalan Kitab-Kitab, Hadis Sunan Muslim
Kuala Lumpur: Dewan BahasaDanPustaka.
Muhammad Mustafa Azami.(1989.) (ter: Engku Ibrahim Engku Ismail)
KajianMetodologidanPenulisanHadith. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka