-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
MESYUARAT KETIGA
PENGGAL KETIGA
DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KEEMPAT BELAS TAHUN 2020
SHAH ALAM, 06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
Mesyuarat dimulakan pada jam 09.30 pagi
YANG HADIR
Y.B. Tuan Ng Suee Lim (Sekinchan)
(Tuan Speaker)
Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari (Sungai Tua)
(Dato’ Menteri Besar Selangor)
Y.B. Tuan Ganabatirau A/L Veraman (Kota Kemuning)
Y.B. Puan Rodziah binti Ismail (Batu Tiga)
Y.B. Tuan Ir. Izham bin Hashim (Pandan Indah)
Y.B. Tuan Ng Sze Han (Kinrara)
Y.B. Puan Dr. Siti Mariah binti Mahmud (Seri Serdang)
Y.B. Tuan Hee Loy Sian (Kajang)
Y.B. Tuan Mohd Khairuddin bin Othman (Paya Jaras)
Y.B. Tuan Borhan bin Aman Shah, P.J.K. (Tanjong Sepat)
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
Y.B. Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni (Sungai Kandis)
Y.B. Tuan Lau Weng San (Banting)
Y.B. Tuan Haji Saari bin Sungib (Hulu Kelang)
Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan)
Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan)
Y.B. Puan Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baharu)
Y.B. Tuan Dr. Idris bin Ahmad (Ijok)
Y.B. Tuan Hasnul bin Baharuddin, P.P.T. (Morib)
(Timbalan Speaker)
Y.B. Tuan Rajiv A/L Rishyakaran (Bukit Gasing)
Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew (Sungai Pelek)
Y.B. Puan Rozana binti Zainal Abidin (Permatang)
Y.B. Puan Juwairiya binti Zulkifli (Bukit Melawati)
Y.B. Tuan Ahmad Mustain bin Othman (Sabak)
Y.B. Tuan Mohd Sany bin Hamzan (Taman Templer)
Y.B. Tuan Chua Wei Kiat (Rawang)
Y.B. Tuan Lai Wai Chong (Teratai)
Y.B. Tuan Edry Faizal bin Eddy Yusof (Dusun Tua)
Y.B. Tuan Mazwan bin Johar (Sungai Ramal)
Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze (Subang Jaya)
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
Y.B. Tuan Syamsul Firdaus bin Mohamed Supri (Taman Medan)
Y.B. Puan Lim Yi Wei (Kampung Tunku)
Y.B. Tuan Shatiri bin Mansor (Kota Damansara)
Y.B. Puan Jamaliah binti Jamaluddin (Bandar Utama)
Y.B. Tuan Mohd Najwan bin Halimi (Kota Anggerik)
Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi bin Mohd Mokhtar (Meru)
Y.B. Tuan Azmizam bin Zaman Huri (Pelabuhan Klang)
Y.B. Tuan Leong Tuck Chee (Pandamaran)
Y.B. Tuan Gunarajah A/L R George (Sentosa)
Y.B. Puan Wong Siew Ki (Balakong)
Y.B. Tuan Halimey bin Abu Bakar (Seri Setia)
Y.B. Tuan Mohd Shaid bin Rosli (Jeram)
Y.B. Tuan Sallehudin bin Amiruddin (Kuang)
Y.B. Tuan Rizam bin Ismail (Sungai Air Tawar)
Y.B. Datuk Rosni binti Sohar, DMSM., PJK. (Hulu Bernam)
Y.B. Dato’ Mohd Imran bin Tamrin, D.I.M.P (Sungai Panjang)
Y.B. Tuan Zakaria bin Hj Hanafi (Semenyih)
Y.B. Datuk Abdul Rashid bin Asari, P.S.D., S.M.S., J.P. (Selat
Klang)
Y.B. Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, D.P.M.S. (Sijangkang)
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
Y.B. Puan Dr. Daroyah binti Alwi, P.J.K. (Sementa)
Y.B. Puan Haniza binti Mohamed Talha, S.M.S. (Lembah Jaya)
Y.B. Tuan Adhif Syan bin Abdullah (Dengkil)
Y.B. Tuan Muhammad Hilman bin Idham (Gombak Setia)
TIDAK HADIR (Dengan Maaf)
Y.B. Dato’ Teng Chang Khim, D.P.M.S.
(Bandar Baru Klang)
Y.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
S.P.M.S., S.M.S. (Bukit Antarabangsa)
Y.B. Dato’ Haji Mohd Shamsudin bin Haji Lias,
DPMS., JSM., SSA. (Sungai Burong)
Y.B. Tuan Harumaini bin Haji Omar, D.P.N. (Batang Kali)
-
5
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
TURUT HADIR
(Mengikut Fasal LII (3) Undang-undang Tubuh Kerajaan
Selangor, 1959)
Y.B. Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya, D.P.M.S., B.C.M., B.K.T.,
P.J.K.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Y.B. Dato’ Salim Bin Soib @ Hamid, D.S.D.K., P.K.T.
Penasihat Undang-undang Negeri Selangor
Y.B. Dato’ Nor Azmie bin Diron, D.P.M.S.
Pegawai Kewangan Negeri Selangor
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
6
PEGAWAI BERTUGAS
Puan Gayathri Prasena A/P Jaya Kumar
Setiausaha Bahagian Dewan
Encik Muhajirih bin Ahmad
Penolong Setiausaha Dewan
Encik Zawawi bin Mohd. Arif
Penolong Setiausaha Pentadbiran
Puan Siti Salina binti Muftar
Setiausaha Pejabat
Encik Abdul Khalil bin Sabiis
Bentara
Encik Mohamad Izad Shafiq bin Ahmad Mashudi
Puan Nurul Liana binti Musa
Pelapor Perbahasan
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
7
(TUAN SPEAKER MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT)
Dewan dimulakan pada jam 09.30 pagi
SETIAUSAHA DEWAN : Selamat pagi dan salam sejahtera. Aturan
Urusan
Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri
Selangor ke Empat
Belas pada 6 November 2020 dimulakan dengan bacaan doa.
PENOLONG SETIAUSAHA : Bacaan doa.
SETIAUSAHA DEWAN : Aturan Urusan Mesyuarat yang seterusnya,
pertanyaan-pertanyaan.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Assalamualaikum W.B.T dan salam
sejahtera. Saya persilakan Sabak.
Y.B. TUAN AHMAD MUSTAIN BIN OTHMAN : Soalan saya No. 58.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. TUAN AHMAD MUSTAIN BIN OTHMAN
(N02 SABAK)
TAJUK : INSENTIF BAJA KEPADA PETANI
58. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Mengapa input - input pertanian hanya tertumpu kepada pesawah
dan pekebun
sawit khususnya kurang menerima input - input seperti baja?
JAWAPAN:
Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM : Terima kasih Tuan Timbalan
Speaker. Yang Berhormat Sabak bertanyakan soalan berhubung
dengan insentif baja
kepada petani. Ini berkait rapat dengan soalan kenapa bantuan
input pertanian iaitu
baja-baja ini hanya tertumpu pada pesawah dan tidak kepada
pekebun sawit. Untuk
makluman Yang Berhormat, sawit ini termasuk dalam komoditi
sebagaimana juga
getah, koko, kopi dan juga lada hitam dan lada putih. Ini semua
tergolong dalam
kategori komoditi yang tidak tertakluk di bawah Jabatan
Pertanian. Jadi dengan sebab
itu maka di bawah peruntukan Jabatan Pertanian selama ini memang
tidak memberi
bantuan kepada semua komoditi ini termasuk sawit. Walau
bagaimanapun pekebun
sawit terutama pekebun-pekebun kecil digalakkan membuat
integrasi tanaman
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
8
ataupun membuat intercropping dengan menanam tanaman lain kontan
atau pun
ternakan lebah kelulut untuk melayakkan mereka menerima bantuan
input daripada
Jabatan Pertanian. Dan sawit ini dibuat juga komoditi lain,
mereka ini mempunyai
agensi lain. Biasanya agensi persekutuan sama ada FELDA atau
FELCRA membantu
mereka dalam urusan terutamanya sawit. Saya ada menerima
beberapa permohonan
tentang sawit ini dan kita akan teliti memandangkan bahawa
keadaan keperluan itu
ada, Cuma kita akan melihat peruntukan sebab selama ini bantuan
yang kita sediakan
adalah untuk membantu pertanian. Jadi kalau dah masuk dalam
komoditi ini kita akan
melihat kemampuan kita dan juga akan menguruskan perbincangan
kita dengan
agensi persekutuan lain yang menjaga mereka ini untuk melihat
bagaimana
peruntukan-peruntukan ini dapat diberikan kepada mereka yang
memerlukan.
Sekian, terima kasih.
Y.B. TUAN AHMAD MUSTAIN BIN OTHMAN : Soalan tambahan. Tidak
adakah cadangan untuk membekalkan baja yang dikeluarkan oleh
pihak negeri
daripada Thailand kerana ada mengatakan bahawa mutu baja
daripada Thailand
adalah yang terbaik bila mereka gunakan. Terima kasih.
Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM : Tentang baja ataupun input
yang
berkaitan tak kiralah sama ada sawit ataupun kepada pesawah dan
juga kepada
pertanian lain, kajian yang dibuat mendapati bahawa kesesuaian
baja-baja ini tidak
perlu diambil kira bukan sahaja jenis tanaman tetapi perlu
mengambil kira keadaan
tanah itu. Ini yang menjadi masalah kita, kebanyakan kita dapati
contohnya sawah,
baja-baja yang diterima ini sebenarnya tidak dibuat secara
spesifik khusus kepada
kesesuaian tanah itu sebab kajian rawatan tanah ini pun tidak
dibuat dengan betul.
Kos untuk satu kajian tanah untuk menentukan keadaan tanah itu
tinggi dan mahal
dalam RM1,000.00 menyebabkan ramai para petani tidak mengambil
langkah-
langkah ini dan kita dapati dalam kajian terbaru yang
dikeluarkan oleh IADA ataupun
Barat Laut yang menguruskan sawah contohnya, mendapati bahawa
keadaan tanah
adalah sangat daif. Kedudukan sama ada CEC dipanggil Cation
Exchange Capacity
kandungan positif ion dan juga keadaan dia punya PH value dia
keasidan tanah itu
makin tinggi dan semua ini tidak sesuai untuk sebarang baja
digunakan. Ini
merupakan antara perkara yang kita telah ambil langkah-langkah
untuk membantu
petani kita untuk membuat kajian tanah ini supaya dapat dirawat
dengan baik supaya
kesuburan tanah dapat ditingkatkan. Begitu juga dengan sawit,
kita tidak boleh
meletakkan satu jenis baja kepada semua jenis tanaman. Itu
kajian yang perlu dibuat
dan kita di bawah anak syarikat kerajaan Negeri Perbadanan
Kemajuan Pertanian
Selangor, kita mempunyai satu loji pengeluar baja yang di
sekitar 8 tan sehari baja
kompos yang memproses tinjak ayam dan menggunakan teknologi
moden yang
mesra alam mikrob EM dan telah pun beroperasi dan kita telah
mula mengagihkan
kepada warga tani kita di seluruh Selangor. Selepas ini kita ada
lagi dalam seminggu
dua lagi sebelum ini pun kita telah mula beri dengan harga yang
berpatutan ataupun
dengan bantuan subsidi Kerajaan Negeri tetapi mempunyai fungsi,
mempunyai kesan
yang sangat baik bukan sahaja pada pokok tapi kita telah uji
kaji dengan pelbagai
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
9
jenis pokok, durian pun termasuk dan menunjukkan kesuburan yang
bagus dan kita
akan diperluaskan penggunaan baja ini dia juga mesra alam. Tidak
mencemarkan air
dan mengandungi mikrob-mikrob yang baik dalam baja ini dalam
membantu
kesuburan pokok. Ini kita sedang teliti dan buat dan saya yakin
ini boleh digunakan
oleh sawit dan pihak PKPS telah pun menggunakan untuk ladang
sawit mereka dan
didapati hasilnya sangat bagus dan saya akan bincang dan lihat
kemampuan kita dan
kita akan salurkan kepada pekebun-pekebun kecil yang tidak
menerima bantuan lain
daripada agensi atau jabatan yang lain. Terima kasih.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Soalan seterusnya, Rawang.
Y.B. TUAN CHUA WEI KIAT : Terima kasih Tuan Timbalan Speaker,
hari
ini saya dengan berbaju Melayu ingin bertanya soalan no. 59.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. TUAN CHUA WEI KIAT
(N14 RAWANG)
TAJUK : PELANCONGAN BASIKAL
59. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Kayuh basikal kini merupakan trend sukan baru bagi anak muda,
bagaimana
kerajaan membantu memastikan keselamatan mereka semasa
mengayuh
basikal di jalan raya?
b)
Batu Arang merupakan spot pelancongan basikal, apa tindakan
kerajaan untuk
meningkatkan infrastruktur keselamatan di kawasan tersebut?
JAWAPAN:
Y.B. TUAN NG SZE HAN : Terima kasih Yang Berhormat Rawang.
Yang
Berhormat Rawang bertanya soalan berkenaan Pelancongan Basikal.
Ini merupakan
satu soalan yang baik dan powerful kerana ini boleh di jawab
oleh saya sebagai EXCO
Kerajaan Tempatan atau Yang Berhormat Kajang sebagai EXCO
Pelancongan
ataupun Yang Berhormat Paya Jaras sebagai EXCO Belia dan Sukan.
Untuk
makluman Yang Berhormat Rawang, dalam memastikan keselamatan
penggunaan
basikal PBT di Negeri Selangor telah menyediakan laluan basikal
secara berasingan
dengan jalan raya agar pengguna basikal tidak berkongsi bersama
kenderaan lain.
Dan bagi peningkatan infrastruktur keselamatan untuk tujuan
pelancongan basikal di
Batu Arang, Majlis Perbandaran Selayang telah menyediakan 7 unit
papan tanda
pemberitahuan laluan berbasikal di sekitar Pekan Batu Arang pada
tahun 2019
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
10
sebagai pemakluman kepada pengguna jalan raya dan orang awam
yang melalui
kawasan tersebut. Terima kasih.
Y.B. TUAN CHUA WEI KIAT : Untuk pandangan saya memang
kawasan
itu dah dinaikkan dengan beberapa papan tanda tapi ia tidak
mencukupi dan saya
berharap kerajaan boleh melakukan sesuatu untuk meningkatkan
lagi kawasan
tersebut. Salah satu aspek keselamatan adalah dicadangkan untuk
melebarkan
kawasan jalan tersebut disebabkan jalan tersebut merupakan jalan
desa ia amat
sempit kalau tambah pula dengan basikal di kawasan tersebut dia
akan menjadikan
keselamatan yang pelancong basikal ini terancam.
Y.B. TUAN NG SZE HAN : Baik, cadangan daripada Yang Berhormat
Rawang
diambil maklum dan saya juga memohon Yang Berhormat Rawang boleh
memberi
cadangan secara lebih komprehensif supaya Majlis Perbandaran
Selayang boleh buat
kajian dan seterusnya memberi peruntukan yang secukupnya untuk
menaiktarafkan
laluan basikal di kawasan sana. Terima kasih.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Soalan seterusnya, Subang Jaya.
Y.B. PUAN MICHELLE NG MEI SZE : Terima kasih Tuan Timbalan
Speaker, soalan Subang Jaya No. 60.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. PUAN MICHELLE NG MEI SZE
(N31 SUBANG JAYA)
TAJUK : GARIS PANDUAN PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA
ASRAMA PELAJAR/AIRBNB
60. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Sila nyatakan status penggubalan Garis Panduan Pengubahsuaian
Rumah
Teres kepada Asrama Pelajar/Airbnb.
b) Sila nyatakan tarikh pelaksanaan Garis Panduan tersebut.
c) Sila nyatakan inti pati Garis Panduan tersebut.
JAWAPAN:
Y.B. TUAN NG SZE HAN : Tuan Timbalan Speaker, izinkan saya
menjawab
soalan 60 daripada Yang Berhormat Subang Jaya bersekali dengan
soalan no. 96
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
11
daripada Yang Berhormat Rawang memandangkan kedua-dua soalan ada
kaitan.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada 13 Oktober 2020, MBSA
telah
membentangkan cadangan Garis Panduan yang memfokuskan kepada
Asrama
Pekerja dan Pelajar di Negeri Selangor dan MBPJ telah
membentangkan Garis
Panduan Bagi Menjalankan Aktiviti Penginapan Komersial di
Bangunan Kediaman
(Airbnb) di Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan
Negeri Selangor Bil.
3/2020. Mesyuarat tersebut secara dasarnya tiada halangan dengan
pembentangan
tersebut namun perlu mengambil kira pandangan yang dibangkitkan
sebelum
dibentangkan di ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
untuk kelulusan
diguna pakai di Negeri Selangor di jadikan satu polisi negeri
Selangor sebelum ia
boleh diumumkan ataupun diguna pakai. Dan antara inti pati draf
garis panduan
asrama pekerja dan asrama pelajar di negeri Selangor adalah isi
rumah yang
dibenarkan tinggal dalam satu kediaman dan tindakan
penguatkuasaan aktiviti di
tapak agensi meluluskan dan kaedah kelulusan dan kawalan lain
yang berkaitan masa
dan tempoh operasi. Bagi Garis Panduan Airbnb pula, Kerajaan
Negeri bersama-
sama PBT masih meneliti kaedah yang sesuai mengikut peruntukan
undang-undang
sedia ada bagi mengawal dan mempertimbangkan untuk melesenkan
aktiviti Airbnb.
Saya difahamkan pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian
Pelancongan
Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Kementerian Perumahan dan
Kerajaan
Tempatan (KPKT) juga sedang menyemak untuk memudah cara aktiviti
perniagaan
ini. Untuk makluman, saya secara peribadi telah mendengar
taklimat melalui online
meeting dari pihak Airbnb yang berpangkalan di Singapura
berkenaan cara operasi
dan lain-lain isu berbangkit. Saya berpandangan kegiatan short
term rental ini sama
ada dari Airbnb atau lain-lain platform telah menjadi satu trend
namun adalah penting
sebarang keputusan mengambil kira kedudukan persekitaran
masyarakat khususnya
di Selangor termasuk jenis bangunan yang sesuai yang boleh
digunakan. Terima
kasih.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Soalan seterusnya, Sentosa. Tidak
hadir.
Soalan seterusnya, Balakong.
Y.B. PUAN WONG SIEW KI : Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Soalan saya no. 62.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. PUAN WONG SIEW KI
(N27 BALAKONG)
TAJUK : SAMPAH HARAM
62. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
12
a)
Masalah pembuangan sampah haram dan discharge air sampah
merata-rata
tempat masih tidak dapat diatasi sehingga sekarang. Bolehkah
kerajaan
mengemukakan statistik jumlah kes berkaitan yang telah dijatuh
hukuman dari
tahun 2018 sehingga sekarang?
b)
Adakah kerajaan akan menimbang untuk memberatkan hukuman
berkenaan?
JAWAPAN:
Y.B. TUAN NG SZE HAN : Tuan Speaker, statistik jumlah kes
berkaitan
pembuangan sampah haram dan discharge air sampah merata-rata
tempat yang telah
dikenakan tindakan adalah sebanyak 1532 kes pada tahun 2018. Dan
1983 kes pada
2019 dan 874 kes sehingga bulan September 2020. Pecahan kes
mengikut PBT
adalah seperti berikut. Bagi MBSA tahun 2018 sebanyak (44 kes),
2019 (53 kes) dan
2020 (61 kes). Bagi PJ (1 kes) pada tahun 2018, 2019 (2 kes) dan
tahun ni tiada.
Bagi Subang Jaya, 2018 (88 kes), 2019 (91 kes), 2020 (87 kes).
Selayang, 2018 (26
kes), 2019 (31 kes), 2020 (44 kes). Kajang 2018 (110 kes), 2019
(151 kes), 2020 (71
kes). Bagi Klang paling banyak, 2018 (1078 kes), 2019 (1592
kes), 2020 (346 kes).
Ampang Jaya, bagi 2018 tiada kes. 2019 (7 kes), 2020 (16 kes).
Sepang 2018 (184
kes), 2019 (161 kes), 2020 (186 kes). Bagi Kuala Langat, 2018 (1
kes), 2019 (7 kes),
2020 (19 kes). Bagi Hulu Selangor, 2018 dan 2019 tiada, 2020 (3
kes). Kuala
Selangor, bagi 2018 tiada, 2019 (6 kes), 2020 (41 kes). Dan bagi
MBSB, Sabak
Bernam, tiada, bagi ketiga-tiga tahun. Dan selain tindakan
penguatkuasaan, dengan
mengeluarkan amaran, kompaun dan notis berdasarkan undang-undang
berikut:
a) Mengeluarkan Notis di bawah Seksyen 82, Borang B Akta
Kerajaan Tempatan
kepada pemilik tanah supaya memastikan tidak berlaku kacau
ganggu.
b) Mengeluarkan Notis Kerja Tanah di bawah Seksyen 70A Akta
Jalan Parit dan
Bangunan untuk memastikan tiada lagi aktiviti pelupusan sampah
haram
dilakukan.
c) Mengeluarkan Notis di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa
1976
kepada pemilik tanah supaya memulihkan tanah kepada keadaan
asal.
Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor dalam
memperkenalkan
Arahan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor Bilangan 1
Tahun 2019 sebagai
panduan kepada pihak Pejabat Tanah atau Pentadbir Tanah dan
Pegawai PBT untuk
mengambil tindakan ke atas pemilik tanah tapak pelupusan sampah
haram dengan
mengeluarkan Notis 7A kepada pemilik agar memulihkan pelanggaran
syarat tanah
tersebut. Seterusnya, Notis 7B akan dikemukakan bagi mendapatkan
pengesahan
terhadap pemulihan yang telah dibuat. Sekiranya, selepas tempoh
yang diberikan
pemulihan tanah tidak dilaksanakan serta pemilik tanah berdaftar
masih ingkar dan
berdegil, tindakan perampasan tanah oleh Pentadbir Tanah akan
dilakukan di bawah
Notis 8A Seksyen 130 Kanun Tanah Negara 1965. Sekian, terima
kasih.
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
13
Y.B. TUAN LAU WENG SAN : Soalan tambahan.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Banting.
Y.B. TUAN LAU WENG SAN : Terima kasih Tuan Timbalan Speaker.
Saya tadi
mendengar statistik yang dibaca oleh Yang Berhormat Kinrara dan
sedikit terkejut
dengan statistik, hanya kurang daripada 20 kes di kawasan Kuala
Langat. Saya kira
mungkin kes itu sebenarnya lebih banyak. Barangkali kes itu
tidak dapat disabit salah
kerana tidak dapat menemui siapakah pesalah ataupun mereka yang
membuang
sampah sesuka hati. Dan kebanyakan kes yang berlaku adalah
berlaku di tepi jalan,
di tempat yang terpencil, di kebun kelapa sawit dan sebagainya
dan bukan di tempat
swasta ataupun tanah swasta. Jadi, saya ingin bertanya kepada
Yang Berhormat,
memandangkan sekarang ini, dalam mengekang pencemaran air pun
kita sudah mula
meninjau menggunakan teknologi yang canggih. Adakah mungkin
dalam kes, dalam
isu pembuangan sampah haram ini, kita menggunakan juga teknologi
seperti mungkin
CCTV, mungkin dron dan sebagainya untuk memantau tempat-tempat
hotspot ini
supaya penguatkuasa dapat mengenal pasti siapakah pesalah
tersebut dan kemudian
mereka akan dibawa ke mahkamah dan juga sama ada mungkin
kita
memperuntukkan satu peruntukan permulaan untuk membekalkan tong
sampah
kepada semua rumah di kawasan di seluruh Selangor. Saya tahu ini
telah dilakukan
di Petaling Jaya, ia memberikan sedikit kesan positif, kalau ia
dilakukan di
Perbandaran dan Majlis Daerah yang lain, saya rasa ia akan
memberi kesan yang
bagus kepada, mengatasi masalah ini. Jadi, saya ingin meminta
pendapat daripada
Kerajaan sama ada itu mungkin boleh dilakukan atau tidak.
Sekian, terima kasih.
Y.B. TUAN NG SZE HAN : Tindakan penguat kuasa dengan bantuan
daripada
teknologi seperti CCTV atau dron sebenarnya telah dilaksanakan
ya di Negeri
Selangor mahupun bagi pemantauan sungai ataupun kawasan
pembuangan sampah
haram. Yang itu, telah dilaksanakan. Dan saya juga setuju dengan
cadangan
daripada Yang Berhormat Banting, kita harus mengguna teknologi
untuk membantu
kita menjalankan tindakan penguatkuasaan harian. Yang itu satu
cadangan yang
cukup baik. Bagi cadangan untuk membekalkan tong sampah kepada
setiap rumah,
ini juga bergantung pada kewangan, kekuatan kewangan di setiap
PBT. Sekiranya
PBT itu mempunyai kekuatan kewangan yang mencukupi sebenarnya
tiada halangan
daripada Kerajaan Negeri untuk membeli tong sampah kepada setiap
unit. Tetapi,
harus kita ingat juga, sampah, kalau kita nak serahkan segala
tanggungjawab sampah
ya, untuk mengurus sampah kepada PBT, ia sebenarnya adalah tidak
adil ataupun
bukan satu konsep yang betul. Kita sepatutnya melakukan satu
education kepada
semua penduduk termasuk peniaga dan pengilang di Negeri
Selangor. Bagaimana
mereka boleh membantu ya, membantu kita punya alam sekitar untuk
mengurangkan
sampah atau pun mengendali sampah dengan cara yang betul. Terima
kasih.
Y.B. DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Soalan tambahan.
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
14
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Sijangkang.
Y.B. DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Terima kasih, Tuan
Timbalan
Speaker. Apa yang saya risaukan pada hari ini ya, walaupun tadi
disebutkan
jumlahnya tidak lebih daripada 20, tetapi saya melihat
peningkatan kes-kes yang telah
dikenal pasti di Kuala Langat ni. Pada hari ini, yang cukup
merisaukan saya selain
daripada sampah-sampah domestik, sampah-sampah yang, pasar-pasar
malam ni,
saya melihat ada trend, saya tak tahu sebenarnya, tapi apa yang
saya dapat daripada
sampah yang dibuang di tepi-tepi jalan ya, kalau di tanah yang,
di tanah kebun dan
sebagainya mungkin kita boleh kenal pasti siapa tuan punya tanah
tu, tapi yang di tepi
jalan ni. Yang saya lihat, ada seolah-olah komponen daripada
E-Waste. Yang
berbentuk, yang telah di crushed sampah ni, berbentuk
wayar-wayar, ada fabrik nya
dan kemudian ada komponen pvc ya. Tempoh hari berlaku di
Sijangkang, di kawasan
Sijangkang, di tepi jalan, saya beritahu pada PBT, PBT dah
bersihkan, kemudian ada
dilonggokkan lagi semula selepas tu dan saya ingat saya tak
pasti sama ada perkara
ini sama juga yang berlaku di kawasan Banting ya, dibakar tempoh
hari yang
memberikan bau yang saya kira kalau E-Waste ni, dia sesuatu yang
tidak seharusnya
berlaku lah. Terima kasih.
Y.B. TUAN NG SZE HAN : Saya setuju sangat dengan Yang
Berhormat
Sijangkang. E-waste sepatutnya tidak, tidak boleh dibuang di
merata tempat, di tepi
jalan ataupun di mana-mana tempat. E-waste sepatutnya
dikendalikan dengan baik,
harus dihapuskan di tempat yang betul, tetapi soalnya adalah, di
mana datangnya e-
waste, kenapa ada e-waste. Saya juga terima aduan yang sama
daripada kawasan
Kuala Langat, kenapa ada e-waste, pernah ada e-waste dibuang di
beberapa tempat
di Kuala Langat. Jadi, soal tu, di mana datangnya e-waste? Dah
tentunya, e-waste
ni kebanyakannya datang dari luar negara. Dan kenapa e-waste ini
boleh masuk ke
Malaysia? Pendirian Kerajaan Negeri Selangor adalah jelas,
adalah jelas. Kita tidak
menggalakkan pemprosesan e-waste di Negeri Selangor. Sekiranya
mereka tanpa
apa-apa permit yang sah, tanpa apa-apa kelulusan yang sah. Jadi
soalnya, kenapa
boleh masuk? Jadi, yang ini, saya rasa, semua agensi termasuk
agensi di peringkat
PBT, di peringkat Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat harus
bekerjasama untuk
menangani isu ini. Dan, saya juga berharap sangat di agensi
seperti Kastam, di
agensi seperti di Pelabuhan dan juga di Kementerian dapat
membantu untuk
menghalang pengimportan e-waste ke dalam Negara kita.
Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI : Speaker.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Pelabuhan Klang.
Y.B. TUAN AZMIZAM BIN ZAMAN HURI : Baik, terima kasih Yang
Berhormat
Timbalan Speaker. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat
Kinrara soalan,
adakah sekarang Kerajaan Persekutuan memberikan kerjasama
seperti mana
Pakatan Harapan di Putrajaya memberikan kerjasama dalam usaha
untuk menangani
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
15
isu sampah-sampah haram terutama sampah-sampah yang dibawa masuk
daripada
luar negara yang dibuang ke negara Malaysia. Seperti yang lepas,
tahun lepas
semasa Pakatan Harapan di Putrajaya, kita nampak penguatkuasaan
secara operasi
bersepadu di antara pihak Kastam, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat
Tanah, PBT dan
bekerjasama untuk menangani masalah ini.
Y.B. TUAN NG SZE HAN : Kalau kita nak bandingkan dengan
semasa
Pakatan Harapan menjadi Kerajaan di Putrajaya, memang jauh
bezanya lah. Dulu
semasa Pakatan Harapan berada di Putrajaya, selalunya
agensi-agensi di Negeri,
termasuk pejabat saya dan saya sendiri selalu dijemput ke
Putrajaya untuk mesyuarat
bersama Menteri dan juga Jabatan-jabatan Persekutuan untuk
menangani isu-isu
seperti ini. Dan Yang Berhormat Pelabuhan Kelang juga pernah
bersekali dengan
Yang Berhormat Menteri untuk turun padang, untuk ambil tindakan
penguatkuasaan
bersekali, tetapi sekarang saya nampak kerjasama itu harus
dipertingkatkan lagi untuk
kita bersama-sama menangani masalah seperti macam ini.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Sementa.
Y.B. PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI : Terima kasih Tuan
Timbalan
Speaker. Tadi, EXCO ada menyebut bahawa salah satu PBT yang
tertinggi adalah
MPK di Klang, kawasan sampah haram, jadi, 1000 lebih untuk dua
(2) tahun berturut-
turut.
1. Jadi adakah lokasi ini ataupun hotspot ini, lokasi yang
berulang kali dibuat
pemeriksaan ataupun sememangnya ada 1000 lebih lokasi-lokasi
sampah
haram ini di Klang dan
2. Kemudian tarikh, ataupun tahun yang terakhir tadi 300 lebih
jadi maknanya
mungkin pihak MPK, adakah MPK melaksanakan kerja dengan
bagus
sehingga akhirnya hanya tinggal 300 lebih, lokasi ataupun
hotspot sampah
haram ini?
Y.B. TUAN NG SZE HAN : Yang Berhormat Sementa, statistik yang
saya
berikan tadi bukan statistik hotspot ataupun statistik lokasi.
Ia bukan bermakna ia
mempunyai 1000 lebih lokasi pembuangan sampah haram di kawasan
MPK, bukan.
Itu adalah statistik Notis, statistik tindakan yang telah
dikenakan terhadap aktiviti
haram ini. Jadi, dari statistik yang saya beri, yang itu jelas
menunjukkan banyak
penambahbaikan, banyak improvement di kawasan MPK. Sebelum ini,
tahun 2018,
1078 kes dan 2019 1592 kes dan tahun ini sehingga September
tahun ini, hanya 346.
Ini bermakna MPK telah mencadangkan tugas atau tanggungjawab
mereka dengan
baik dan dengan ini, kita boleh nampak Notis yang diberi telah
kurang sangat banyak
kalau banding dengan tahun-tahun yang lepas.
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
16
Y.B. TUAN HAJI SAARI BIN SUNGIB : Speaker.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Soalan seterusnya, Hulu Kelang.
Y.B. TUAN HAJI SAARI BIN SUNGIB : Terima kasih, Tuan Timbalan
Speaker.
Soalan saya, nombornya 63.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. TUAN HAJI SAARI BIN SUNGIB
(N18 HULU KELANG)
TAJUK : PENGURUSAN EMPANGAN KLANG GATE
63. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Dalam konteks pengurusan Empangan Klang Gate:
Apakah hubungan antara entiti-entiti berikut: PAAB, SPAN, Air
Selangor Sdn
Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd, LUAS dan JPS?
b)
Apakah peranan JPBD, Jabatan Perhilitan Selangor, Jabatan
Mineral dan
Geosains Selangor dan Jabatan Perhutanan Selangor?
JAWAPAN:
Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM : Terima kasih Yang Berhormat
Hulu Kelang
yang bertanyakan soalan berhubung dengan pengurusan Empangan
Klang Gate.
Apakah hubungan antara entiti-entiti berikut yang disebut di
sini iaitu PAAB, SPAN,
Air Selangor, Puncak Niaga, LUAS dan JPS juga disebut peranan
JPBD, Jabatan
Perhilitan Selangor, Jabatan Mineral dan Geosains Selangor dan
Jabatan Perhutanan
Selangor, ha, habislah. Lengkap tu. Saya kaitkan dengan
pengurusan Empangan
Klang Gate ya. Hubungan antara Agensi-agensi serta Jabatan
berkaitan untuk yang
pertamanya ialah Lembaga Urus Air Selangor ataupun LUAS. LUAS
merupakan
Badan Berkanun Kerajaan Negeri Selangor yang berfungsi selaras
Enakmen LUAS
1999. LUAS mengawal selia sumber air di Empangan Klang Gate sama
ada dari segi
kualiti ataupun kuantiti. Ini LUAS ini urusan ia menjaga semua
air mentah kita ya,
termasuklah di Empangan Klang Gate ini, termasuk juga kawalan
terhadap Air
Selangor bagi pengurusan dan pengendalian empangan bagi
memastikan kecukupan
sumber air dan juga keselamatan struktur empangan. Kawasan
tadahan air
Empangan Klang Gates telah diwartakan sebagai zon perlindungan
selaras Seksyen
48, Enakmen LUAS 1999 dimana setiap aktiviti di kawasan tadahan
air empangan
memerlukan Kebenaran Bertulis Pengarah LUAS.
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
17
Yang kedua ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
SPAN merupakan
Agensi Kerajaan Persekutuan yang melaksanakan dan
menguatkuasakan undang-
undang perkhidmatan bekalan air serta mengawal selia Operator
Perkhidmatan
Bekalan Air (Pengurusan Air Selangor) mereka lah yang
mengeluarkan lesen dan
mengawal selia semua operator bekalan air di seluruh Negara,
agar mematuhi Akta
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 654) dan Akta
Industri
Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655). SPAN yang bertanggungjawab
mengawal selia
operator yang menghasilkan air terawat dan membekalkannya kepada
pengguna
supaya mematuhi had piawaian yang ditetapkan.
Puncak Niaga Sdn. Bhd. pada masa suatu ketika dulu, Puncak Niaga
sekarang ini
tidak relevant lah dalam konteks pengurusan Air Selangor jadi
saya rasa tak perlu lah
sebab sekarang di ambil alih oleh Air Selangor. Pengurusan Aset
Air Berhad (PAAB)
merupakan agensi Kerajaan Persekutuan yang mengawal selia
projek-projek
Kerajaan, projek air Kerajaan Persekutuan dengan menyediakan
pembiayaan projek-
projek berkaitan bekalan air kepada negeri-negeri dan dia
bertanggungjawab dari segi
menguruskan aspek pembiayaan.
Yang ke-6 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor Empangan
Klang Gate
(KGD) merupakan empangan yang bertindak dwifungsi iaitu sebagai
sumber bekalan
air dan juga struktur kawalan tebatan banjir untuk kawasan
Gombak dan Kuala
Lumpur. Oleh itu, JPS berperanan dalam memastikan fungsi
empangan sebagai
struktur tebatan banjir dapat dilaksanakan dengan penyelarasan
bersama LUAS dan
Air Selangor. Sehubungan itu, JPS berperanan dalam memastikan
kapasiti storan
bagi paras banjir maksimum Empangan Klang Gates (Maximum Level
For Flood
Detention) adalah 96.65 meter berbanding maksimum paras level
bekalan air pada
keadaan biasa pula (Normal Storage Level For Full Water Supply)
adalah pada kadar
95.22 meter.
Jabatan Perancang Bandar dan Desa atau pun Plan Malaysia (JPBD),
Plan Malaysia,
Selangor ini berkait dengan pula kedudukan Empangan Klang Gate
terletak di dalam
kawasan jajaran Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS) iaitu
yang sedang
dalam proses untuk diiktiraf menjadi sebahagian Tapak Geopark
Kebangsaan. JPBD
merupakan Jabatan yang bertanggungjawab mengawal selia aktiviti
pembangunan
melalui Pelan Pengurusan di kawasan Permatang Kuarza ini
termasuk kawasan
tadahan air Empangan Klang Gate.
Yang ke-8 Jabatan Perhilitan Selangor adalah bagi melindungi dan
memulihara
Kawasan Perlindungan serta komponen yang terkandung di dalamnya
termasuk flora
dan fauna daripada mengalami kepupusan. Jabatan Perhilitan telah
mewartakan
Rezab Hidupan Liar Klang Gate, Selangor seluas 134 hektar. Rezab
ini telah
ditubuhkan pada tahun 1936 bagi melindungi flora dan fauna yang
terdapat di salah
satu kawasan batu kapur di Semenanjung Malaysia.
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
18
Yang ke-9 Jabatan Mineral dan Geosains (JMG Peranan JMG adalah
mengendali
penyiasatan pelbagai bidang geosains seperti pemetaan geologi,
sumber air bawah
tanah, geologi kejuruteraan, bencana geologi, geologi alam
sekitar, geologi marin,
geofizik, dan bidang-bidang geosains lain secara sistematik.
Berdasarkan fungsi JMG
tersebut maka peranannya dalam konteks pengurusan Empangan Klang
Gate adalah
dari segi kepakaran geologi dan struktur batuan di mana kawasan
tersebut adalah
terdiri dari batu kapur agak rapuh, granit dan juga terdapat
Permatang Kuarza.
Yang terakhir Jabatan Perhutanan Selangor, Jabatan Perhutanan
Semenanjung
Malaysia bertanggungjawab kepada pengurusan, perancangan,
perlindungan dan
pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) selaras dengan
Dasar
Perhutanan Negara (DPN) 1992 dan Akta Perhutanan Negara (APN)
1984.
Empangan Klang Gate dan kawasan tadahannya berada di dalam rizab
hutan.
Sebarang aktiviti melibatkan flora dan fauna di dalam kawasan
tadahan Empangan
Klang Gates perlu mendapat kelulusan daripada Pejabat Hutan
Daerah termasuk
aktiviti riadah seperti pendakian dan pengembaraan di dalam
hutan. Sekian.
Y.B. TUAN HAJI SAARI BIN SUNGIB : Terima kasih, Yang Berhormat
EXCO
memberi jawapan yang tepat dan baik sekali saya rasa. Saya ada
beberapa soalan,
2 soalan, 1 soalan adalah Adakah di empangan Klang Gates ada
loji pemprosesan
air? Tak ada, jadi tiada peranan Air Selangor atau pun ke-2
apabila ada insiden
berlaku di Bukit Tabur insiden orang hilang, jatuh, Jabatan
ambil peranan untuk
menutup dan melarang kemasukan siapa-siapa di situ. Kemudian
penduduk rasa,
ada tak betul jadi dia kata satu projek telah dibuat oleh
geosains adalah oleh JPBD
jadi dia nak tahu simptom. Jadi, kita tak tahu. Yang ini kata
itu, yang ini kata siapa
punya kuasa jadi saya redakan. Soalan saya ada juga saya
kemukakan dalam Dewan
tetapi soalan saya yang dalam bentuk tambahan ini saya nak tanya
siapakah yang
calling shot menarik balik boleh boleh orang pegi situ Jabatan
Perhutanan ke atau
Jabatan Perancang Bandar dan Desa? Bukit Tabur....
Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM : Terima kasih Yang Berhormat
saya akan dapat
teliti lagi yang Bukit Tabur yang isu ini tapi yang hakikatnya
begini walaupun tidak ada
loji yang berhampiran tetapi empangan-empangan kita ini
dioperasikan yang
melibatkan bekalan air memang dioperasikan yang melibatkan
bekalan air, memang
dioperasikan oleh Air Selangor dari segi kepakarannya dalam
mengendalikan operasi.
Tapi tanggungjawab mengawal selia empangan ini adalah masih di
bawah LUAS.
Cuma dari segi mengoperasikan nak buka tutup bukan apa
sebagainya, gate
sebagainya itu adalah di bawah Air Selangor jadi tak kira lah
ada loji dekat atau tidak
masih letak di bawah Air Selangor untuk menguruskannya. Yang
berhubung dengan
sebarang perkara yang berlaku sebagaimana yang berlaku ada
banyak jabatan yang
berkait kita akan lihat. Kalau kata melibatkan pengurusan hutan
maka ia di bawah
Jabatan Hutan yang akan mengambil tindakan, kalau melibatkan
struktur tanah atau
pun batu ini kita akan minta pihak JMG untuk buat kajian
sebagainya tetapi aspek ini
tertakluk di buat di bawah keputusan kerajaan akhirnya kita kena
sama Jabatan Hutan
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
19
kalau di kawasan tanah yang lain di bawah PTG akan kita akan
tengok kesesuaian
dan juga kalau terletak di bawah skop PBT maka PBT akan
mengambil tindakan-
tindakan sedemikian, jadi saya untuk Bukit ini saya akan tengok
secara teliti apa
punca dan masalah sebenarnya untuk kita dapatkan saya akan
berikan nanti laporan
Yang Berhormat, sekian terima kasih.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Soalan Hulu Bernam telah dijawab
bersekali dengan
pada soalan yang ke-48 seterusnya, Seri Setia.
Y.B. TUAN HALIMEY BIN ABU BAKAR : Soalan No. 65
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. TUAN HALIMEY BIN ABU BAKAR
(N32 SERI SETIA)
TAJUK : PEMBUANGAN SAMPAH SECARA HARAM DI LUAR KAWASAN
OPERASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN
65. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Apakah tindakan dan langkah-langkah yang diambil oleh
Kerajaan bagi
mengatasi dan mengurangkan aktiviti pembuangan sampah haram
di
dalam seliaan PBT dan bukan seliaan PBT kawasan terbabit?
JAWAPAN:
Y.B. TUAN NG SZE HAN : Tuan Speaker, tindakan dan
langkah-langkah yang diambil
oleh PBT bagi mengatasi atau mengurangkan aktiviti pembuangan
sampah haram
dalam kawasan selia PBT dan bukan seliaan PBT adalah seperti
berikut, menjalankan
rondaan atau pemantauan berkala dan menjalankan operasi di
kawasan hotspot
dengan pakaian preman bekerjasama dengan masyarakat setempat
bagi mendapat
maklumat dan tindakan penangkapan kepada pesalah. Ke-3 memulakan
mobile
CCTV dan dron di lokasi-lokasi hotspot pembuangan sampah haram
untuk dijadikan
bukti kukuh bagi membawa pesalah ke peringkat pendakwaan. Yang
ke-4 Menyita
kenderaan pengangkutan pengangkut sampah atau lori yang membuat
kesalahan dan
mengenakan kompaun maksimum dan kos operasi penguatkuasaan sita
lori. Yang
ke-5 bagi kawasan-kawasan kampung, seperti Kampung Tradisi dan
Kampung Baru,
Bagan atau Tersusun, Kerajaan Negeri melalui PBT ada menyediakan
perkhidmatan
kutipan sampah berjadual secara berpusat dengan menyediakan tong
Beach Bin di
lokasi yang strategik bagi memudahkan penduduk kampung membuang
sampah di
tong sampah tersebut dan Ke-6 bagi tapak pelupusan sampah haram
yang berskala
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
20
besar terutamanya dikawal oleh pengusaha di tanah persendirian,
PBT dengan
kerjasama PBT akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara
bersepadu di
bawah peruntukan di bawah undang-undan sedia dan akan mengikut
SOP yang
diperkenalkan melalui arahan Pengarah Tanah dan Galian Negeri
Selangor yang
membawa kepada perampasan tanah di bawah Akta Kanun Tanah Negeri
1965,
sekian terima kasih.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Seri Setia
Y.B. TUAN HALIMEY BIN ABU BAKAR : Terima kasih Yang Berhormat
EXCO, saya
nak tanya ada kawasan yang mana sampah terbiar ini yang dibuang
di kawasan tanah
persendirian, dah berulang kali berapa kompaun yang dikenakan
kepada pemunya
tanah tersebut tetapi dalam masa yang sama saya nak tanya juga
adakah yang
hukuman yang lebih berat sebab mereka ni boleh bayar berapa 20,
30 Ribu, dia boleh
bayar selepas tu tempat itu terbiar semula. Yang ke-2, yang ini
isu yang saya bawa
di kawasan sungai, tepi-tepi sungai yang ini pun satu masalah
yang besar dan
dijadikan satu tempat pembuangan sampah haram. Macam semalam
Yang
Berhormat EXCO Pandan Indah menyatakan dia banyak dia macam apa
nama siapa
yang mati dulu, masing-masing menjawab yang mana satu tak tahu
yang mana
betulnya. Jadi saya minta kepada Yang Berhormat EXCO saya nak
tanya sekali lagi,
apakah tindakan yang dibuat kepada tanah-tanah persendirian yang
sekarang ini
mereka mengalami masalah untuk membangunkan tanah tersebut?
Y.B. TUAN NG SZE HAN : Ini tanah persendirian. Sebenarnya,
merupakan
tanggungjawab tuan tanah itu untuk menjaga tanah mereka dengan
baik sekiranya
mereka gagal menjaga tanah persendirian itu atau tanah yang
dipunyai oleh mereka
sendiri maka tindakan boleh dikenakan seperti kalau sekadar
kompaun itu tidak cukup
kuat kita boleh rampas tanah itu dengan mengeluarkan Notis 7A,
selepas 7A tamat
tempoh, 7B selepas 7B tamat tempoh mereka masih gagal memulihkan
tanah tersebut
maka Notis 8A boleh dikeluarkan untuk proses merampas tanah.
Tadi juga sebut di
kawasan Seri Setia di sebelah sungai ada tempat pembuangan
sampah haram. Saya
percaya lokasi yang disebutkan oleh yang Berhormat Seri Setia
itu adalah
bersebelahan dengan Sungai Klang, Sungai Klang itu bukan tanah
persendirian. Di
tepi tebing-tebing itu adalah di bawah JPS. Sebenarnya kenapa
saya tahu masalah
ini kerana dia sebelah kawasan saya, kalau diri di kawasan
Kinrara saya boleh
nampak masalah di kawasan Seri Setia. Jadi yang untuk isu ini
saya juga
dimaklumkan oleh PJ dan juga Subang Jaya bahawa mereka telah
bekerjasama
dengan JPS memang bukan senang kerana sepanjang Sungai Klang itu
adalah
sungai yang sangat panjang, di tebing sungai itu memang
merupakan satu lokasi
hospot yang orang suka buang sampah terus ke dalam sungai satu
tindakan yang
sangat baik dan sangat proaktif yang telah dilaksanakan oleh
Subang Jaya adalah
untuk menjadikan tebing sungai itu sebagai satu kawasan bukan
kawasan picnic,
kawasan hijau kawasan di mana orang boleh pergi sana boleh buat
joging dan buat
senaman yang ini telah buat di kawasan Yang Berhormat Subang
Jaya dan
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
21
dilancarkan oleh Yang Berhormat Pandan Indah itu adalah satu
inisiatif yang cukup
baik dan saya mencadangkan semua PBT untuk mengadakan projek
seperti macam
ini di tebing sungai untuk mencantikkan tebing sungai dan untuk
menyibukkan buat
tebing sungai itu sibuk supaya ada orang joging atau pun buat
aktiviti yang sihat di
tebing sungai supaya aktiviti seperti pembuangan sampah haram
itu tidak berlaku lagi
di kawasan tersebut.
TUAN TIMBALAN SPEAKER: Sungai Pelek
Y.B. TUAN RONNIE LIU TIAN KHIEW : Terima kasih Tuan Timbalan
Speaker, sorry
ya. Saya percaya semua pembuangan sampah yang haram itu
melibatkan lori. Kalau
tak ada lori, susah mahu buang sampah haram ini. Jadi selain
daripada Kempen
Kesedaran dan Kempen Pendidikan yang dikatakan oleh EXCO tadi,
saya rasa
undang-undang pun kita lebih keras lagi. Saya cadang kalau boleh
semua PBT beri
hak atau pun Pegawai Daerah di beri hak untuk menahan lori-lori
yang didapati
membuang sampah haram tak payah pergi mahkamah dan payah
mana-mana kerana
satu bulan dua bulan kalau lori disimpan di situ dia akan jadi
sangat susah pada
pemilik lori dan juga pekerja lori jadi ini cadangan saya bagi
untuk EXCO.
Y.B. TUAN NG SZE HAN : Terima kasih Sungai Pelek, sebenarnya
cadangan ini
belum dicadangkan oleh Yang Berhormat Sungai Pelek telah
dilaksanakan, cadangan
belum dicadangkan tetapi PBT-PBT kita telah laksanakan sitaan
lori sampah.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Balakong
Y.B. PUAN WONG SIEW KI : Terima kasih Timbalan Speaker, soalan
saya beri tadi
Yang Berhormat EXCO ada kata tentang rampasan tanah. Boleh saya
tahu berapa
tanah sebenarnya sudah dirampas dari 2018 sehingga sekarang?
Dan satu lagi, satu soalan lagi sebab di Balakong banyak berlaku
adalah, siapa yang
buang sampah itu sebenarnya kilang-kilang yang beroperasi. Bukan
sahaja di dalam
kawasan MPKj tapi dekat Majlis lain pun ada. Jadi tindakan
kepada kilang-kilang yang
membuang sampah di tapak sampah haram atau pun di tepi jalan
ini, ada sedikit kita
boleh cari, ada sedikit kita tak dapat cari. Jadi tindakan
kepada kilang-kilang hanya
kompaun dengan sita lori, mungkin seminggu, sebulan tetapi saya
rasa tindakan ini
terlalu ringan kepada kilang-kilang. Jadi adakah Kerajaan akan
menimbang lagi
tindakan yang lebih keras kepada pembuang-pembuang sampah haram
ini?
Y.B. TUAN NG SZE HAN : Baik, terima kasih Yang Berhormat
Balakong. Bagi soalan
pertama saya tiada jawapan sekarang kerana statistik itu saya
tidak dapat ingat
semua statistik. Saya akan beri secara bertulis. Bagi soalan
kedua, harus kita faham
kenapa ada pembuangan sampah haram dan apakah kandungan yang
selalu kita
jumpa di setiap tapak pelupusan haram atau pun tapak pembuangan
sampah haram.
Apakah kandungan sampah tersebut, biasanya yang kita jumpa di
kawasan sampah
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
22
haram adalah yang pertama dari industri, yang kedua
construction, yang ketiga
institution atau pun kita panggil ICI tapi ini bukan saya kata
ini apa tu, sampah ini
dibuang oleh kilang cat ICI bukan, tapi ICI Industry
Construction dan Instruction. Jadi
macam mana kita hendak menangani isu ini. Macam mana kita hendak
memastikan
sampah ini akan dilupuskan di tapak pelupusan yang besar seperti
Jeram atau pun
Tanjung Dua Belas. Isu sekarang adalah kesedaran itu tidak
mencukupi. Ia tiada
kesedaran, semalam saya juga terima satu aduan daripada seorang
pengadu bahawa
dia telah melantik sebuah syarikat yang dikatakan recycling
center yang boleh buang
sampah secara betul. Tetapi tindakan telah diambil terhadap
kilang tersebut oleh PBT
kenapa, kerana PBT jumpa sampah kilang ini di tepi jalan dan PBT
melalui produk
tersebut telah dapat mengenalkan kilang mana yang membuang
sampah itu. Tetapi
adakah itu salah kilang? Atau pun salah kontraktor yang tidak
mengikut SOP atau
pun tidak membuangkan sampah itu di tapak pelupusan yang betul.
Salah siapa, ini
adalah kesedaran bagi banyak pengilang-pengilang. Bagi mereka
telah melantik
sesebuah syarikat, sesebuah syarikat kontraktor untuk
membuangkan sampah itu,
bagi mereka tanggungjawab mereka telah selesai. Tetapi
sebenarnya belum selesai
kerana mereka perlu memastikan sampah itu end up in tapak
pelupusan yang betul.
Jadi bagaimana kita hendak selesaikan masalah ini, Kerajaan
Negeri Selangor
sedang dalam proses mengkaji untuk mewajibkan satu syarikat
sahaja untuk
mengutip sampah-sampah seperti industri dan construction iaitu
KDEB Waste
Management. Kita masih dalam proses untuk mengkaji dan juga akan
mengadakan
proses engagement bersama persatuan-persatuan kilang untuk
menggariskan satu
SOP atau pun satu garis panduan yang dapat membantu kita dan
juga membantu
pengilang-pengilang untuk menyelesaikan masalah sisa-sisa
industri ini, terima kasih.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Soalan terakhir, Seri Setia.
Y.B. TUAN HALIMEY BIN ABU BAKAR : Terima kasih Timbalan Speaker.
Yang
Berhormat, saya hendak tanya tadi Yang Berhormat nyatakan
tanah-tanah
persendirian boleh ditarik semula jika mereka ingkar. Saya
hendak nyatakan bahawa
kawasan saya, soalan saya adakah pihak Kerajaan Negeri ambil
tindakan sebagai
contoh kawasan saya Sime Darby, tanah terbiar ada tapi mereka
tidak uruskan. Yang
kedua tanah kerajaan sendiri yang milik Kerajaan, bagaimana pula
tindakan itu.
Y.B. TUAN NG SZE HAN : Bagi soalan pertama, Sime Darby itu saya
tak pasti, saya
perlu, nanti kita duduk bersama. Yang Berhormat bagi saya
maklumat yang lebih
lanjut untuk ini. Bagi soalan kedua, kalau tanah kerajaan, tanah
kerajaan yang mana?
Tanah kerajaan Negeri atau pun tanah kerajaan yang telah diserah
kepada
Persekutuan. Kalau telah diserah kepada Persekutuan, itu adalah
merupakan
tanggungjawab agensi yang mempunyai hak milik tanah tersebut.
Jadi kalau
berlakunya pembuangan sampah-sampah secara haram di tapak-tapak
tersebut,
biasanya PBT akan memaklumkan agensi tersebut untuk membersihkan
tapak itu,
terima kasih.
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
23
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Baik soalan seterusnya. Dusun Tua.
Y.B. TUAN EDRY FAIZAL BIN EDDY YUSOF : Terima kasih Timbalan
Speaker,
soalan saya No. 66.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. TUAN EDRY FAIZAL BIN EDDY YUSOF
(N23 DUSUN TUA)
TAJUK : PENGURUSAN SAMPAH KAWASAN KAMPUNG
66. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Bagaimanakah peruntukan RM6.85 Juta yang telah diperuntukkan
Kerajaan
Negeri kepada PBT bagi pengurusan sisa pepejal kawasan
kampung
dibelanjakan?
JAWAPAN:
Y.B. TUAN NG SZE HAN : Terima kasih Timbalan Speaker, saya
bangun menjawab
soalan lagi. Soalan ini juga berkenaan dengan sisa pepejal. Tuan
Speaker, secara
dasarnya Kerajaan Negeri tidak memperuntukkan kewangan kepada
PBT bagi
menguruskan sampah di kawasan kampung. Namun bagi meningkatkan
tahap
kebersihan dan keselesaan rakyat di kawasan luar bandar seperti
Kampung Tradisi
dan Kampung Baru, Bagan atau Tersusun, Kerajaan Negeri telah
mengambil inisiatif
untuk memberikan bantuan kewangan kepada PBT berstatus Majlis
Daerah
khususnya mempunyai sumber kewangan yang terhad. Pihak PBT
perlu
mengemukakan permohonan serta makluman yang diperlukan kepada
pihak
Kerajaan Negeri. Setelah pihak Kerajaan Negeri memberi
kelulusan, pihak PBT akan
mengemukakan surat setuju terima atau SST yang diperolehi dan
Kerajaan Negeri
akan menyediakan bantuan kewangan tersebut kepada PBT
berdasarkan nilai
kontrak yang diperolehi. Penyaluran bantuan kewangan tersebut
akan dilaksanakan
secara direct grant. Berikut adalah makluman penyaluran bantuan
kewangan kepada
PBT yang berkaitan bagi tahun 2019 dan tahun ini. Bagi MPKL
tahun 2019 sebanyak
RM1.25 Juta dan tahun ini RM1.275 Juta. Kuala Selangor tahun
2019 RM878,000.00
bagi tahun ini RM1.61 Juta. Hulu Selangor tahun 2019 RM1.34 Juta
dan tahun 2020
RM1.46 Juta. Sabak Bernam tahun 2019 RM1.97 Juta dan tahun ini
juga RM1.97
Juta, terima kasih.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Soalan seterusnya Meru.
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
24
Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR : Terima kasih
kepada
Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya No. 67.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR
(N42 MERU)
TAJUK : KELUASAN TANAH KERAJAAN YANG TELAH DICEROBOHI
67. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan yg telah di cerobohi
seluruh Selangor
secara rasmi?
JAWAPAN:
Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR : Terima kasih Meru. Timbalan Speaker
untuk
jawapan ini saya ingin memaklumkan bahawa jumlah keluasan tanah
kerajaan yang
telah diceroboh adalah berjumlah 1055.27 ekar. Pecahan mengikut
daerah adalah
seperti berikut Petaling 100 ekar, Klang 212.77, Gombak 80 ekar,
Hulu Langat 84,
Sepang 72, Kuala Langat 353, Kuala Selangor 100, Hulu Selangor
50 dan Sabak
Bernam 3.5 ekar berjumlah 1055.27 ekar.
Kesemua tanah berkenaan telah dikeluarkan Notis 425 Kanun Tanah
Negara (KTN)
1965 oleh Pentadbir Tanah Daerah yang berkaitan untuk
proses-proses seterusnya,
terima kasih.
Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR : Soalan
tambahan.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Meru.
Y.B. TUAN MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR : Ok, selain
daripada
tindakan mengeluarkan notis, apa tindakan yang telah dibuat dan
juga mungkin saya
ingin mengetahui tentang tanah yang dicerobohi ini selain
daripada aktiviti pertanian,
aktiviti apa yang kita dapat laporan atas pencerobohan
tersebut.
Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR : Majoriti daripada
pencerobohan-pencerobohan
yang saya sebutkan tadi memang terlibat dengan aktiviti
pertanian. Lama-kelamaan
dia akan terlibat dengan aktiviti bangunan seperti perumahan dan
ada sebahagiannya
pula terlibat dengan aktiviti-aktiviti lain seperti peletakan
atau pun penempatan
sampah-sampah haram dan juga aktiviti-aktiviti untuk meletakkan
stor dan
sebagainya. Ini aktiviti-aktiviti biasa yang kita dapat kesan
dan kenal pasti dan untuk
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
25
aktiviti perumahan dan sebagainya sememangnya kita akan
mengenakan notis-notis
untuk mengeluarkan mereka khususnya atau pun meletakkan
perumahan atau pun.
Sana semenjak selepas dari tahun 2014 dan 2015 kita telah mula
memberikan
ruangan untuk pemilikan tanah kosong daripada 2008 sampai lah
tahun 2014, kita
masih lagi menggunakan memutihkan rumah-rumah yang diduduki
tanpa kebenaran.
Tapi selepas itu kita dah mula membuka untuk pemilikan tanah
kosong dengan harga
pasaran dan beberapa syarat-syarat tertentu dan sebagainya. Kita
ini bukan syarat
untuk kita menggalakkan pembinaan rumah tanpa kebenaran tetapi
ini adalah salah
satu daripada usaha yang dilaksanakan untuk pemutihan yang kita
laksanakan sejak
tahun 2008, terima kasih.
Y.B. TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN : Soalan tambahan.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Bukit Gasing.
Y.B. TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN : Terima kasih, dalam satu
sidang Dewan
yang lepas, Jawatankuasa Pilihan Tanah PADAT telah buat satu
syor, satu saranan
kepada Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan ERSM untuk
mengambil khidmat
gambar satelit untuk mengenal pasti semua tanah yang dicerobohi
daripada awal dan
mungkin selepas dua tiga tahun selepas mereka cerobohi. Ada tak
perkembangan
kerjasama dengan pihak ERSM atau pun sekarang dikenali dengan
nama baru MYSA
untuk mendapatkan khidmat satelit ini untuk membantu gerak kerja
Pejabat-pejabat
Tanah.
Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR : Setakat ini belum ada makluman
langsung. saya
harus mendapat maklumat lanjut daripada pihak berkenaan. Namun,
pemetaan tanah
dan kawasan-kawasan sekitar ini itu biasanya berdasarkan laporan
daripada pihak
awam dan juga dapatan-dapatan yang kita kenal pasti. Namun
begitu dengan
penggunaan dron sebagai contoh untuk pemeriksaan sepanjang lebih
daripada 1,000
kilometer sungai kita, kita dapat mengenal pasti sebenarnya
pencerobohan-
pencerobohan sebenar terutama di kawasan pinggir-pinggir sungai
dan kawasan
sekitarnya yang secara tidak langsung akan dapat membantu kita
untuk
menyelesaikan masalah-masalah potensi pencemaran mahupun apa
yang disebut
pelanggaran-pelanggaran syarat penggunaan tanah, terima
kasih.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Soalan seterusnya Semenyih.
Y.B. TUAN ZAKARIA BIN HANAFI : Terima kasih Timbalan Speaker,
soalan saya
No. 68.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. TUAN ZAKARIA BIN HANAFI
(N24 SEMENYIH)
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
26
TAJUK : PENCEMARAN AIR SEMENYIH
68. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Nyatakan bilangan dan jumlah kompaun atau saman ke atas
kesalahan
melibatkan pencemaran air dan melibatkan LRA Semenyih?
b)
Bila tarikh operasi Langat 2 dapat digunakan dan berapakah
jumlah kos sebenar
melibatkan projek ini?
JAWAPAN:
Y.B. TUAN HEE LOY SIAN : Terima kasih Yang Berhormat Semenyih.
Tindakan
susulan penguatkuasaan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri
melalui Lembaga
Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri
Selangor yang
melibatkan insiden pencemaran di LRA Semenyih bagi tempoh 2017
sehingga kini
adalah seperti berikut. Untuk notis pemberitahuan kesalahan pada
tahun 2017
sebanyak 6. Pada tahun 2018 sebanyak 2, Notis Am yang
dikeluarkan pada tahun
2017 sebanyak 2, Notis Amaran dikeluarkan 1 pada tahun 2017 dan
pendakwaan 1
pada tahun 2017. So, untuk menjawab soalan nombor b, soalan
kedua, Loji Rawatan
Air Langat 2 berkapasiti 1,130 Juta liter sehari yang
dibangunkan oleh Pengurusan
Aset Air Berhad iaitu PAB dan telah mula beroperasi pada 21
Disember 2019 dengan
kapasiti 5,065 Juta liter sehari iaitu stream B.
Air bersih LRA ini dibekalkan ke wilayah Hulu Langat, petaling
dan Kuala Lumpur
dengan purata pengeluaran semasa adalah sebanyak 430 Juta
sehari. Manakala
stream A yang juga berkapasiti 565 Juta liter sehari telah
selesai pentauliahan iaitu
commercialning dan dijadualkan akan diserahkan pada Air Selangor
pada 30 Oktober
2020. Walau bagaimanapun, oleh sebab jaringan paip air bersih
belum siap kapasiti
penuh LRA ini tidak dapat digunakan sepenuhnya dan hanya mampu
membekalkan
430 Juta liter sehari sahaja kepada pengguna.
Keseluruhan projek pembangunan LRA 2 termasuk projek pembinaan
kolam-kolam
perkhidmatan dan sistem agihan dijadualkan akan siap pada 31
Disember 2023.
Dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM2.38 bilion, sekian
terima kasih.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Soalan seterusnya Kota Anggerik.
Y.B. PUAN JUWAIRIYA BINTI ZULKIFLI : Tuan Speaker, Peraturan
Tetap 242, saya
mohon untuk ambil soalan ini.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Saya benarkan.
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
27
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. TUAN MOHD NAJWAN BIN HALIMI
(N40 KOTA ANGGERIK)
TAJUK : PENGGERAK BELIA TEMPATAN NEGERI SELANGOR
69. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menambah baik proses
pemilihan
Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Negeri?
b)
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan
keberkesanan
kerjasama PeBT dengan pihak Ali-ali Dewan Negeri di kawasan
masing-masing?
JAWAPAN:
Y.B. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN : Terima kasih Tuan
Timbalan
Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Anggerik dan
Yang Berhormat
Bukit Melawati yang telah mengambil soalan berkaitan dengan
PeBT, apakah
perancangan kita bagi menambah baik proses pemilihan PeBT kita.
Dan kekhuatiran
Kota Anggerik adalah apakah keberkesanan kerjasama PeBT dan Yang
Berhormat-
Yang Berhormat sekalian di dalam Dewan Undangan Negeri ini. Kita
mempunyai 288
Penggerak Belia Tempatan dan mempunyai 12 Penggerak Induk di
setiap PBT.
Kerajaan Negeri dalam perancangan membuat penstrukturan semula
atau
menambah baik dari segi struktur organisasi, pelantikan,
tatacara pencalonan dan
juga peruntukan kewangan yang ada pada masa ini. Usaha ini
dibuat melalui
penambahbaikan buku yang kini dipanggil sebagai Garis Panduan
kita akan tukar
kepada Tatacara Penggerak Belia Tempatan ataupun Perlembagaan
Penggerak
Belia Tempatan.
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, kita telah mengadakan
Bengkel
Memperkasa PeBT Negeri Selangor yang telah diadakan pada 14
hingga 16 Ogos
2020 yang dihadiri hampir kesemua wakil pengerusi induk PBT di
setiap zon dan juga
para pegawai Belia di peringkat PBT yang bertujuan mengenal
pasti apakah masalah
sebenar yang dihadapi oleh PBT di peringkat Zon dan di peringkat
DUN. Dan mereka
mengutarakan cadangan penambahbaikan dan maklum balas yang
diterima di
antaranya adalah isu kerjasama di antara PeBT dan PBT itu
sendiri, isu birokrasi,
bagaimana mendapat kelulusan kertas kerja yang dicadangkan, isu
bagaimana
permohonan peruntukan itu dapat digunakan, dan isu bagaimana ada
PeBT kita yang
masih tidak aktif dan kurang ciri-ciri kepimpinan. Isu-isu yang
dikemukakan ini telah
menjadi penanda aras bagi kita membuat penambahbaikan garis
panduan yang sedia
ada.
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
28
Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, di antara
cadangan-cadangan
penambahbaikan adalah menambah struktur organisasi PeBT itu
sendiri, iaitu
mewujudkan pelbagai peringkat pelantikan sebagaimana yang saya
sebut baru-baru
ini, kita ada Jawatankuasa PeBT di peringkat Zon, lantikan Ahli
Majlis, kita ada PeBT
atau P.I lantikan daripada ADUN, kita akan wujudkan Jawatankuasa
Eksekutif PeBT
di peringkat negeri dan kita sedia ada Jawatankuasa Pembangunan
Generasi Muda
di peringkat Majlis Sukan Negeri Selangor. Jadi di antara
perkara semua ini adalah
cadangan yang saya dalam perbincangan kita dan InsyaAllah kita
akan bawa kepada
Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan MMKN untuk kelulusan
seterusnya. Di antara
penambahbaikan adalah seperti mana saya sebut PI itu dilantik
oleh ADUN, PeBT
dilantik oleh Zon, Jawatankuasa Eksekutif adalah terdiri
daripada mereka yang dipilih
di kalangan mereka untuk duduk di Jawatankuasa Eksekutif di
peringkat Negeri
Selangor yang terdiri daripada pelbagai jawatan yang kita akan
tentukan kemudian.
Yang Berhormat sekalian, di antara cadangan kita juga adalah
mewujudkan sepuluh
Jawatankuasa EXCO di peringkat Jawatankuasa Eksekutif peringkat
Negeri Selangor
yang terdiri, yang mewakili 10 Teras Induk yang ada dalam dasar
belia kita sekarang
ini. Maknanya di peringkat Zon Ahli Majlis ada PBT, mereka ini
akan membentuk
Jawatankuasa Eksekutif di peringkat Negeri Selangor. Struktur
yang sama
sebagaimana yang sama struktur EXCO atau Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri,
mereka ada 10 orang, mereka ada portfolio masing-masing,
berdasarkan 10 teras,
mereka akan melantik seorang Pengerusi di kalangan mereka dan
mereka akan
melantik Setiausaha. Dan di antara cadangan yang kita akan
wujudkan adalah kita
juga akan wujudkan Dewan Kongres Belia Selangor. Sekarang ini
Yang Berhormat
sekalian, kita ada Program ADUN Muda dan mereka ini terdiri
daripada mereka-
mereka yang kita tidak tahu daripada mana latar belakang tetapi
dalam Program
Dewan Kongres, Dewan Kongres Belia Selangor ini setiap DUN yang
melantik PeBT
itu akan hadir dan kita akan berbincang dengan Sekteriat Dewan,
Setiausaha Dewan
bagaimana kita nak jadikan platform Dewan Undangan Negeri ini
sebagai platform
mereka berbahas dalam merangka, menaikkan kepentingan belia itu
sendiri.
Kalau di Federal sekarang ini ada Majlis Rundingan Belia. Majlis
Rundingan Belia ini
sebab tu semasa kita bersama Kerajaan Persekutuan, EXCO Belia
dan Sukan akan
mempengerusikan Majlis Rundingan Belia. Bila kita tidak lagi
bersama Kerajaan
Persekutuan, maka Majlis Rundingan Belia itu dipengerusikan oleh
Pengerusi ICU
sekarang ini. Jadi kita totally cut off daripada Majlis
Rundingan Belia Persekutuan.
Jadi Kerajaan Selangor akan mewujudkan Dewan Kongres Belia
Selangor, PeBT atau
P.I itu yang dilantik akan duduk di kerusi Yang Berhormat
sekalian, Ketua ataupun
Pengerusi Eksekutif PeBT akan duduk di kerusi YAB Dato’ Menteri
Besar, 10
Eksekutif yang dilantik akan duduk di kerusi EXCO yang ada dan
mereka akan
berbahas dalam kepentingan belia itu sendiri. Ini yang akan kita
akan buat untuk
penambahbaikan dan melahirkan kepimpinan di masa yang akan
datang. Dan sudah
tentu kita akan review balik peruntukan-peruntukan ataupun
bagaimana duit yang kita
sedia ada ini diturunkan. Di antara masalah kita sekarang ini
adalah penggunaan duit
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
29
itu dipecah-pecahkan mengikut penggal dan suku-suku. Jadi kalau
satu penggal jatuh,
satu bulan jatuh, RM200.00, RM300.00 dia tidak berkesan. Satu
PBT dapat
RM5,000.00 dipecahkan mengikut bulanan dia tidak lagi berkesan.
Jadi apa yang kita
akan buat berdasarkan pada belanja yang sedia ada, Dato’ PWN
jangan risau.
Belanjawan yang sedia ada, peruntukan yang kita ada akan ubah
suai balik, bermakna
setiap DUN itu kita bagikan dalam lebih kurang RM20 Ribu
perbelanjaan untuk
mereka belanjakan ataupun amaun yang kita akan tetapkan
kemudian. Bermakna kita
akan restructure balik penggunaan kewangan kita di peringkat DUN
dan juga di
peringkat Zon. Itu sahaja Yang Berhormat.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Bukit Melawati.
Y.B. PUAN JUWAIRIYA BINTI ZULKIFLI : Terima kasih Tuan Speaker.
Yang
Berhormat EXCO saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat tadi
berkenaan
Dewan Kongres Belia Selangor. Melalui program ini apa yang
Kerajaan Negeri
harapkan adakah hasil daripada Dewan Kongres ini akan, isu-isu
itu akan diangkat ke
Dewan Undangan Negeri melalui ADUN-ADUN atau pun apakah yang
mungkin Yang
Berhormat boleh lanjutkan penjelasan.
Y.B. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN : Terima kasih Yang
Berhormat.
Saya kira di antara kepentingan Dewan Kongres ini adalah menarik
perhatian Yang
Berhormat ataupun EXCO yang memegang portfolio Belia dan Sukan
sekarang dan
di masa akan datang. Jadi isu-isu yang dibawa itu adalah isu
yang berbentuk
masyarakat dan setempat yang mana perkara ini sama ada dibawa
pengetahuan
EXCO yang berkenaan ataupun boleh dibawa dalam Yang Berhormat
dalam soalan-
soalan Dewan yang akan datang dalam bentuk begitu.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Sijangkang.
Y.B. DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Terima kasih Tuan
Timbalan Speaker.
Usia PeBT dah lebih 10 tahun ya, yang saya kira usia yang agak
matang daripada,
semenjak dulu saya dan beberapa orang sebagai Pembantu
Jawatankuasa Tetap
Belia dan kemudian saya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Belia, Menteri
Besar pula menjadi Jawatankuasa Tetap Belia. Dan saya mendengar
tadi ada satu
peningkatan untuk menambahkan lagi Jawatankuasa ini supaya lebih
mantap lagi.
Daripada segi keseluruhan kalau dapat mungkin dibayangkan,
berapa peratus
prestasi PeBT ini dengan jumlah yang cukup besar meliputi
seluruh negeri Selangor
dan adakah jumlah peruntukan itu menjadi asbab dia tidak
mencapai peratusan yang
membanggakan. Sebab saya tengok kalau tak silap saya dalam bajet
ini RM2.8 Juta
diperuntukkan. Yang itu saya ingat dari mula dulu begitu juga
dan apakah kalau itu
menjadi sebab adakah Kerajaan Negeri melihat supaya ada satu
peruntukan yang
agak munasabah supaya PeBT ini kita lebih berjaya lagi. Terima
kasih.
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
30
Y.B. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN : Terima kasih Yang
Berhormat
Sijangkang, saya ingin merakamkan juga terima kasih kepada Yang
Berhormat
EXCO-EXCO terdahulu yang telah membentangkan idea PeBT ini yang
sangat luar
biasa, very rare, kita tidak ada konsep seumpama ini di
negeri-negeri yang lain, saya
ucapkan terima kasih dan cuma saya mengambil tugas untuk
menambah baik apa
yang telah sedia ada. Di antara kekangan kita sekarang ini Yang
Berhormat ini
Sijangkang adalah kekangan prosedur kewangan itu sendiri. Di
antara PBT-PBT ini
proses kewangan tidak sama. Kadang-kadang nak keluar RM500.00
pun dia punya
cara tu macam nak keluar RM50,000.00, punya susah. Jadi kita
akan review balik dan
untuk makluman Yang Berhormat kita tidak berhasrat menambah
peruntukan
kewangan yang ada kerana peruntukan kewangan yang sedia ada ini
juga kalau Yang
Berhormat tengok contoh di MPK, prestasi tuntutan elaun dan
program tidak sampai
pun 50% itu. Maknanya dengan duit yang ada ni pun kita tidak
boleh utilize, kita tidak
berhasrat saya nak tenangkan jiwa Dato’ PWN supaya tidak susah
hati, kita akan
bergerak di dalam ruangan yang sedia ada. Cuma persoalan dia
mengapa
permohonan ini di tahap 50%? Apakah ada masalah birokrasi
ataupun masalah
ketidakupayaan PeBT itu sendiri, ataupun tidak ada minat di
kalangan PeBT kita, kita
akan review balik the whole thing. Jadi InsyaAllah Yang
Berhormat Sijangkang, kita
akan improve dari masa ke semasa.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Soalan seterusnya Teratai.
TUAN LAI WAI CHONG : Terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker,
soalan saya
nombor 70.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. TUAN LAI WAI CHONG
(N22 TERATAI)
TAJUK : ASET AIR SELANGOR
70. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a
)
(a) Apakah perancangan kerajaan dalam usaha menambah aset
kecemasan Air Selangor dalam menghadapi ketiadaan air?
JAWAPAN:
Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM : Terima kasih Yang Berhormat
Teratai. Cepat
masuk ya. Yang Berhormat Teratai telah bertanyakan soalan
berhubung dengan
perancangan kerajaan dalam usaha menambah aset kecemasan Air
Selangor dalam
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
31
menghadapi krisis air. Jadi perkara ini pun saya telah jawab
dalam Penggulungan
saya tapi saya akan sebutkan lagi sekali. Untuk aset kecemasan
maknanya lori-lori
tangki yang digunakan oleh Air Selangor setakat 16 Oktober 2020
adalah seperti
berikut:-
Bil Aset Kapasiti (Liter) Jumlah Aset
(Unit)
1 Lori Tangki Air 5,600 82
2 Lori Tangki Jumbo 35,000 2
3 Tangki Statik 1,893 461
4 Tangki Statik 2,271 177
5 Tangki Statik 3,785 9
Berdasarkan peruntukkan CAPEX ataupun Perbelanjaan Modal 2019,
Air Selangor
telah membuat pembelian penggantian lori tangki air baru
berkapasiti 5,600 liter
sebanyak 3 unit dan diterima pada Oktober 2020. Manakala melalui
bajet CAPEX
2020, Air Selangor telah membuat pembelian sebanyak 10 buah lori
tangki air
berkapasiti 10,000 liter tiap satu dan dianggarkan mula diterima
pada pertengahan
tahun 2021. Air Selangor juga telah memeterai perjanjian
Framework Agreement
Services of Rental of Jumbo Tanker for Air Selangor sebanyak
40,000 liter dengan
4 pembekal lori jumbo untuk penyediaan lori secara kecemasan
dengan kapasiti
sehingga 40,000 liter setiap satu dalam keadaan kecemasan untuk
digunakan oleh
dibekalkan oleh syarikat-syarikat ini. Juga saya ada sebutkan
semalam ada
perjanjian juga dengan syarikat-syarikat air di luar pada
Selangor untuk juga
membantu menyediakan lori atau tangki, lori tanker bagi membantu
dalam keadaan
semasa krisis.
Air Selangor telah merangka perancangan untuk penggantian atau
penambahan
(bergantung kepada keperluan semasa) lori tangki air untuk tahun
2021 sehingga
2022 sebanyak 10 unit lagi yang berkapasiti 10,000 liter setiap
satu. Selain itu,
program penggantian kenderaan termasuk lori-lori tangki ini
telah termasuk dalam
Pelan Perniagaan 30 Tahun syarikat melibatkan anggaran kos
keseluruhan semua
jenis kenderaan untuk 30 tahun ini sebanyak RM251.3 Juta. Total.
Terima kasih.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Ya Teratai.
TUAN LAI WAI CHONG : Saya memohon Kerajaan ambil maklum bahawa
tiada lori
tanker dihantar oleh Air Selangor di Kampung Tasik Permai
baru-baru ini lah yang
krisis air yang lepas ini. Terima kasih.
Y.B. TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM : Saya sebagaimana yang sebut
dalam
Penggulungan, kalau berlaku krisis yang besar di mana berlaku
baru-baru ini yang
melibatkan Sungai Selangor yang membekal air hampir 60% kepada
bekalan air
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
32
Selangor dan Wilayah Persekutuan, kita dengan kemampuan yang ada
kita hanya
boleh membekalkan air dalam 16% sahaja, dalam keadaan emergency
sangat-
sangat rendah kerana itu telah mengambil kira segala facility,
sewaan ataupun
bantuan lori tanker daripada negeri-negeri lain. Ini memang satu
perkara yang berlaku
yang besar, krisis yang besar. Jadi antara cara lain yang kita
telah, saya telah
cadangkan kepada Air Selangor ialah pertama untuk melihat
pili-pili awam ini
mungkin dapat ditingkatkan, ditambah kerana tapi satu perkara
yang Ahli-ahli Yang
Berhormat kena faham jika berlaku krisis air ini kawasan-kawasan
yang tak ada air
pun luas, jadi airnya ambil daripada mana.
Jadi ini satu perkara lagi dari lori tangki ini dalam keadaan
krisis yang besar ini dia
kena keluar kawasan, kena ambil air tempat yang ada air
kadang-kadang ulang itu
makan masa berjam-jam, 5 jam,4 jam just satu pusingan. Jadi
tentulah kesukaran
dengan traffic jam nya dengan jauhnya inilah satu perkara kaedah
lagi yang perlu kita
bagi pertimbangan. Jadi kita tidak mahu new norma pula di Negeri
Selangor sebab
itu kita telah ambil langkah-langkah jadi, kita ada pertimbangan
yang sesuai dan
sewajarnya. Tapi saya sebut tadi macam mana saya telah sebut
lagi saya sebut lagi
sekali cadangan-cadangan yang sering diulangi oleh Yang
Berhormat Bukit Gasing
untuk kita juga activate kan kolam-kolam atau reservoir
tangki-tangki kita ada yang
sama ada 100 lebih ini perlu lah kita dalam proses juga untuk di
activate kan dan
kawasan-kawasan bangunan baru pula juga perlu menyediakan
tangki-tangki ini
sekurang-kurangnya boleh bertahan sehari dua hari atau tiga hari
air. Ini dapat
membantu nanti juga dalam krisis jika berlaku lagi yang kita
akan cuba elakkan di
masa yang akan datang ini. Terima kasih.
Y.B PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI : Soalan tambahan.
Y.B TUAN LAU WENG SAN : Soalan tambahan.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Sementa.
Y.B PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI : Terima kasih Tuan Timbalan
Speaker. Dalam sewaktu krisis ketiadaan air ini rasanya ok,
maknanya pihak Air
Selangor akan menghantarkan air-air bersih ke lokasi-lokasi
cumanya kita juga perlu
menyediakan air minuman yang bersih kepada penduduk kerana waktu
itu semua air
di pasaran sudah habis. Maknanya di pasar raya ke di mana semua
air-air berbotol
ini akan habis dibeli oleh penduduk. Jadi saya memohon kepada
pihak Kerajaan
Negeri agar Air Selangor juga menyediakan air-air berbotol yang
bersih yang boleh
dijadikan minuman kepada penduduk dan diagihkan ke
kawasan-kawasan yang
terputus bekalan air ini. Terima kasih.
Y.B TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM : Memangnya sebelum ini memang
kita
menyediakan botol yang 5 liter memang kita agihkan cuma saya
sebut tadi kalau krisis
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
33
terlalu besar, jadi tidak kemampuan untuk menguruskan pembekalan
ini memang
menjadi masalah tetapi sebelum ini memang ada yang baru ini pun
memang ada kita
agihkan mungkin tidak meluas kerana kekangan dari segi jumlahnya
satu. Yang
keduanya, dari segi agihannya. Nanti kita akan mempertingkatkan
dan bantu untuk
mengurangkan beban atau kesan daripada tekanan ini. Yang kedua
satu perkara lagi
yang hendak kita pastikan juga yang kita perlu teliti juga
perkara ini sebab
perkembangan saya sudah sebut isu dari segi penambahan lori-lori
tangki yang
digunakan terutama oleh PBT. PBT kita memang mempunyai lori
tangki tetapi
piawaiannya mungkin tidak sampai tahap mencapai untuk air
minuman ini untuk
membawa karat dan sebagainya. Walaupun sudah dicuci pun masih
ada karat lagi,
ia digunakan sebelum ini digunakan untuk siram pokok-pokok atau
tanaman, pokok-
pokok bunga mereka. Jadi ini kita boleh pertimbangkan dalam
keadaan emergency
sebahagian keperluan air ini bukan sahaja untuk sebahagian besar
juga untuk
membersihkan ataupun untuk kegunaan tandas atau sebagainya, ini
pun perlu kita
teliti bagaimana kaedah pelaksanaannya untuk mengurangkan beban
ataupun
masalah kepada penduduk. Air minuman tadi saya terima memang
kita akan
tingkatkan untuk membantu bila berlaku krisis ini. Terima
kasih.
Y.B TUAN LAU WENG SAN : Soalan tambahan.
TUAN TIMBALAN SPEAKER : Banting.
Y.B TUAN LAU WENG SAN : Terima kasih. Saya ingin bertanya
sebelum ini
saya pernah menjalankan untuk menggunakan memperbanyakkan
tangki-tangki
statik di aset ataupun di premis PBT seperti Dewan Orang Ramai,
Balai Raya dan
sebagainya. Tujuan saya mencadangkan ini adalah untuk
mengurangkan turnover
tank, lori-lori tangki air yang Air Selangor. Saya ingin
bertanya kepada Yang
Berhormat apakah kos untuk melaksanakan program ini sekira ia
boleh
dipertimbangkan, apakah kemungkinannya ia boleh diterima Air
Selangor?
Y.B TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM : Saya tidak ada khusus kos yang
diberikan di
sini. Cuma, memang ada kita bincangkan isu tangki statik ini ia
ada masalah lain pula.
Walaupun kita kata turn around boleh ditingkatkan sebenarnya
lori yang datang pun
memang dia kosongkan air ke dalam tangki ini. Jadi kalau kita
tambah maknanya kita
perlu juga tambahan lori tangki untuk mengisi air-air di
tangki-tangki ini. Maknanya ia
kena prosesnya sekali mungkin ada satu 2 tempat yang lorinya
terpaksa statiknya di
situ sebab tangkinya sudah penuh, tangki statiknya sudah penuh
tapi kalau kita
tambah kita kena selaraskan juga penambahan lori tangki untuk
memastikan, nanti
kita kena marah pula tangki banyak air tidak ada sebab lori
tidak sampai. Itu pun satu
masalah yang perlu kita koordinasikan perkara ini dan kita perlu
pertimbangkan. Yang
keduanya, isu masalah ini penempatannya sebab benda ini bukan
berlaku krisis
setiap hari. Jadi tentu perkara-perkara ini juga kita akan ambil
pertimbangan tetapi
bukan bermakna tidak ada pembelian baru memang ada tetapi kita
akan timbang
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
34
melihat kepada keperluan dan kesesuaian untuk kita tempatkan di
mana-mana yang
sesuai tetapi pili awam jauh lagi baik bagi saya untuk ditambah
kerana saya rasa itu
lebih praktikal dan tidak makan space yang luas untuk
kegunaannya. Terima kasih.
Y.B PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI : Soalan tambahan.
TUAN SPEAKER : Sementa.
Y.B PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI : Terima kasih Tuan Speaker.
Saya
tertarik dengan cadangan daripada Banting tadi dan saya juga
ingin mencadangkan
agar sewaktu krisis ini lori-lori tangki ini tadi disebut akan
mengambil masa yang lama
untuk isi air untuk bawa air pergi ke lokasi dan tunggu air
habis barulah lori ini pergi
mengisi semula. Jadi cadangan saya adalah supaya lori-lori
tangki ini mengisi penuh
semua tank-tank ataupun tangki-tangki air sama ada di
masjid-masjid, di surau-surau
di mana kawasan-kawasan ini mudah penduduk datang untuk
mengambil air. Jadi
isikan penuh semua tangki-tangki yang ada di masjid, di surau
ataupun di kawasan-
kawasan yang ada tangki-tangki ini dan maknanya air tidak akan
terputus sementara
lori ini pergi dan berulang alik. Terima kasih.
Y.B TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM : Itu kena kaji secara teliti,
pertama ialah
kapasiti tangki yang ada ini pun, kedua adalah sistem pumping
dia kena pam benda-
benda ini kalau kita hendak buta kena ada perlu sistem
pengepaman yang boleh
ditengok kaedah yang disebut tadi pun di dewan-dewan tertentu
tapi bagi saya kita
tidak mahu benda ini jadi macam satu yang kebiasaan pula nanti
dan kita akan
pertimbangkan dan kita akan lihat keperluan untuk mewujudkan
sokongan bantuan
air ini ketika krisis dalam masa yang sama juga kita mengambil
kira juga kesesuaian
dan kewajaran untuk kita meletakkan di marata tempat
tangki-tangki ini. Terima kasih.
Y.B DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Soalan tambahan.
TUAN SPEAKER : Soalan tambahan lagi. Ok, silakan.
Y.B DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI : Terima kasih Tuan
Speaker.
Maklumat yang sampai kepada kami sebagai ADUN daripada rakyat
yang cukup
marah bila air kita terganggu adalah pihak Air Selangor
maklumkan bahawa isu untuk
kita tambah tangki-tangki statik ini bukanlah satu isu besar
untuk kita supply air tetapi
adalah disebabkan oleh faktor PKP yang akhirnya di luar kawalan
dan mereka tidak
mempunyai strength dan ini yang kita sampaikan kepada rakyat
agar nampak reda.
Jadi saya tidak pasti sama ada itu satu punca yang cukup besar
sehingga kita tidak
dapat tambahan tangki-tangki statik sebelum ini saya ingin
sangat cantik, setiap surau
kita ada saya ingat kita boleh gunakannya jawatankuasa mana
peringkat untuk
membantu daripada urusan sebabkan PKP yang jadi crowded dan
sebagainya.
Terima kasih.
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
35
Y.B TUAN IR. IZHAM BIN HASHIM : Saya tidak dapat makluman itu,
saya rasa itu
tidak tahu sumber daripada mana tapi tidak ada masalah urusan
air ini kerana kita
memberi kebenaran dapat kebenaran untuk menguruskan kerana ini
dianggap satu
khidmat kritikal kepada rakyat dan tidak timbul isu itu.
Sebenarnya apa yang berlaku
ialah setakat mana krisis itu, bertapa besar krisis itu kalau
kecil kita boleh kendalikan
dengan baik kalau berlaku terlalu besar tentulah keperluan
logistiknya agak berbeza.
Itu yang menjadi sekatan dan kekangan kita kerana apa yang
berlaku itu yang dirujuk
kekangan berlaku krisis yang besar yang berlaku masa paip yang
pecah tidak ada
masalah, itu kita boleh kendalikan dengan cepat kerana luas
kawasannya tidak besar
tetapi bila berlaku kawasan yang begitu luas tentulah keperluan
logistik kita pun
hendak menunggu daripada lain hantar pun makan masa bukannya
boleh kita dapat
segera lori-lori tangki ini. Jadi tentulah menyebabkan ada
kekangan di situ tapi saya
tidaklah menyebut bahawa sempurna apa yang kita buat, ada
kelompongan dan
kelemahan di sana sini yang kita sudah kenal pasti dan kita akan
perbaiki pada masa-
masa yang akan datang. Terima kasih.
TUAN SPEAKER : Sungai Air Tawar tidak hadir.
Y.B TUAN SALLEHUDIN BIN AMIRRUDIN : Tuan Speaker. Peraturan 24
Sub
Kepala 2, saya ingin mengambil soalan daripada Sungai Air Tawar.
Soalan nombor
71.
TUAN SPEAKER : Saya benarkan.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. TUAN RIZAM BIN ISMAIL
(N01 SUNGAI AIR TAWAR)
TAJUK : STATUS SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN NEGERI
71. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a)
Sila nyatakan senarai Ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat
berkaitan
kerajaan di bawah seliaan Kerajaan Negeri.
b)
Berapakah nilai peruntukan untuk membayar elaun kesemua Ahli
Lembaga
Pengarah?
c) Berapakah kekerapan mesyuarat Lembaga Pengarah diadakan?
JAWAPAN:
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
36
Y.A.B DATO’ MENTERI BESAR : Terima kasih Yang Berhormat Kuang
dan
Sungai Air Tawar yang menanyakan soalan ini. Kita mempunyai
senarai yang
panjang anak-anak syarikat jadi saya tidak boleh senaraikan
semua namun saya bagi
contoh yang paling besar, antara yang paling besar yang kita
dapat laksanakan
adalah anak syarikat ataupun Ahli Lembaga Pengarah bagi Syarikat
MBI. Untuk
syarikat seperti ini kita meletakkan kepimpinan utama Kerajaan
Negeri, saya sendiri,
Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan 2 orang
wakil daripada
MBI selaku anak syarikat ataupun Ahli Lembaga Pengarah. Namun
begitu kita dalam
proses merangka supaya wakil MBI ini datang sebagai pengurusan
bukan sebagai
Ahli Lembaga Pengarah, kita sedang ubahkannya jadi kita ada dua
kekosongan
selelas ini untuk diisi. Untuk MBI sahaja setiap tahun untuk
yuran dan untuk elaun
kehadiran mesyuarat kita telah berbelanja sekitar RM382 Ribu
yang dapat diberikan
ataupun manfaat kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah. Yuran tahunan
dibayar
setahun sekali nilainya di antara RM50 Ribu hingga RM80 Ribu dan
elaun mesyuarat
di antara RM2 Ribu hingga RM3 Ribu maknanya pengerusi yang
lebih. Untuk anak-
anak syarikat yang lain seperti PKNS, PKPS mempunyai jaringannya
yang sendiri
dan setiap satu juga mempunyai elaun dan yuran tahunan yang
dibayar kepada Ahli-
ahli Lembaga Pengarah. Itu sedikit jawapan yang diberikan.
TUAN SPEAKER : Kota Damansara.
Y.B TUAN SHATIRI BIN MANSOR : Soalan saya yang ke 72. Terima
kasih Tuan
Speaker.
PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
Y.B. TUAN SHATIRI BIN MANSOR
(N39 KOTA DAMANSARA)
TAJUK : SENARAI MASJID / SURAU DI N39 YANG MENERIMA
SUMBANGAN
DARI KERAJAAN NEGERI SEJAK 2008
72. Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar:-
a) Di kawasan Petaling MBSA Seksyen (U3,U4,U5.U6) Zon
17,Zon18,Zon24?
b)
Di kawasan Petaling MBPJ (Zon 3 , Zon 4)?
c)
Berapakah jumlah dan tujuan sumbangan?
JAWAPAN:
-
06 NOVEMBER 2020 (JUMAAT)
37
Y.B TUAN MOHD ZAWAWI BIN AHMAD MUGHNI : Yang Berhormat Tuan
Speaker saya selalu dapat masa-masa kecederaan di hujung,
harap-harap dapat
selesai menjawab pertanyaan daripada Kota Damansara. Kota
Damansara bertanya
tentang masjid dan surau di kawasan beliau dan sumbangan yang
diberi oleh
Kerajaan Negeri sejak tahun 2008. Untuk makluman Yang Berhormat
Kota
Damansara senarai masjid dan surau yang menerima sumbangan dari
Kerajaan
Negeri Selangor sejak tahun 2008 adalah seperti berikut. Bagi
Masjid di kawasan
Petaling MBSA Seksyen U3,U4,U5.U6 Zon 17, Zon 18, Zon 24
terdapat 4 buah
masjid. Manakala Surau pula adalah sebanyak 42 buah surau.
Senarai masjid dan
surau akan diserahkan selepas sesi Dewan ini. Bagi Masjid di
kawasan Petaling
MBPJ pula Zon 3, Zon 4 ialah sebuah sahaja iaitu Masjid Kota
Damansara. Manakala
Surau pula adalah sebanyak 15 buah. Senarai surau akan
diserahkan selepas sesi
Dewan ini. Sumbangan yang diperuntukkan adalah untuk tujuan baik
pulih, elaun
pegawai masjid dan surau serta pengimarahan yang berjumlah RM
2,389,084.85.
Sekian terima kasih.
Y.B TUAN SHATIRI BIN MANSOR : Soalan tambahan.
TUAN SPEAKER : Silakan.
Y.B TUAN SHATIRI BIN MANSOR : Kebiasaan peruntukan-peruntukan
ini diberi
terus kepada masjid ataupun surau, saya harap sangat permohonan
ini bolehkah
pihak JAIS memaklumkan kepada pusat khidmat berapakah jumlah
telah diberi
ataupun permohonan yang telah diberi untuk tujuan apa di
masa-masa yang akan
datang.
TUAN SPEAKER : Ringkas sahaja boleh atau tidak.
Y.B TUAN SHATIRI BIN MANSOR : Ya, ringkas sah