MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2020 HARI SELASA : 15 SEPTEMBER
MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGAPARLIMEN KEEMPAT BELAS
2020
HARI SELASA : 15 SEPTEMBER
NO SOALAN: 1
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah proaktif diambil Kerajaan
dalam pembangunan mampan sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu
bagi mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal yang meningkat saban
tahun.
NO SOALAN: 1
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan aspirasi
negara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bersih dan
mempunyai pengurusan sisa pepejal yang mampan, pembangunan
ekonomi juga perlu seiring dengan kelestarian alam sekitar. Antara
langkah proaktif yang telah diambil oleh Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam pengurusan sisa pepejal yang
mampan selaras dengan Kluster 3 di bawah Dasar Kebersihan
Negara iaitu ekonomi kitaran adalah melalui perkara-perkara berikut:
(i) Menggalakkan pelaksanaan pengasingan sisa di punca
(separation at source – SAS); dan
Kementerian telah melaksanakan program pengasingan sisa di
punca (separation at source – SAS) bagi sisa pepejal isi rumah
sejak 1 September 2015 yang melibatkan komuniti isi rumah
dan orang awam. Pelaksanaan SAS turut diperluaskan kepada
sektor komersial, perindustrian, keinstitusian dan pembinaan
bermula pada tahun 2018.
(ii) Menggalakkan amalan kitar semula.
Pada masa kini, Kadar Kitar Semula Kebangsaan telahpun
mencapai 30.67% dan KPKT telah menetapkan sasaran Kadar
NO SOALAN: 1
Kitar Semula Kebangsaan sebanyak 40% pada tahun 2025.
KPKT telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif untuk
menggalakkan amalan kitar semula bagi mengurangkan jumlah
sisa seperti melaksanakan Program Komuniti Sifar Sisa
(ZeComm) di Program Perumahan Rakyat (PPR) terpilih.
2. Selain itu, sebagai langkah perancangan untuk jangka masa panjang,
KPKT sedang melaksanakan kajian Extended Producer Responsibility
(EPR) untuk meneliti mekanisme terbaik bagi pelaksanaan EPR di
seluruh Malaysia. Pelaksanaan EPR di Malaysia kelak dijangka dapat
mengoptimumkan kos pengurusan sisa pepejal melalui perkongsian
tanggungjawab bersama pengeluar produk terhadap sisa pepejal
yang dijana sekaligus mengurangkan bebanan kewangan yang
ditanggung Kerajaan.
3. Di samping itu, KPKT juga sedang menyediakan Garis Panduan
Pembangunan Waste Eco Park (Integrated) yang akan menjadi
rujukan agensi dan pihak yang berkenaan untuk membangunkan
waste park. Pembangunan waste park secara berpusat akan
menambah baik pengurusan aktiviti kitar semula dengan
menyediakan fasiliti lengkap dalam satu kawasan untuk memudahkan
kawalan dan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.
4. Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh KPKT ini adalah sebagai
langkah untuk mengurangkan penjanaan sisa dan ianya akan dapat
membantu mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak
pelupusan seterusnya meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan
NO SOALAN: 1
sedia ada. Keadaan ini akan dapat mengurangkan kos pengendalian
dan pelupusan sisa pepejal yang ditanggung oleh Kerajaan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 2
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Kamarudin Bin Abdun minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI, KOPERASI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan berapakah jumlah lesen pengedar tepung, gula, gas dan
minyak masak yang telah dikeluarkan oleh Kementerian dan berapa
banyak lesen yang telah dibatalkan terutamanya di Negeri Perlis.
NO SOALAN: 2
JAWAPAN
Tuan Yang di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Di bawah Seksyen 7, Akta Kawalan Bekalan 1961, urusniaga barang-
barang kawalan berjadual memerlukan lesen barang kawalan berjadual,
(Lesen CSA) yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan Malaysia iaitu
Ketua Setiausaha KPDNHEP. Ia bertujuan untuk menjamin bekalan
domestik yang stabil, dan sebagai mekanisme pemantauan serta
pengumpulan data barang kawalan.
Bagi tahun 2020, lesen borong CSA di negeri Perlis yang masih aktif bagi
produk tepung gandum, gula, gas LPG dan minyak masak adalah seperti
berikut;
Tepung gandum; 10
Gula; 7
Gas LPG; 5
Minyak masak; 12
Setakat ini tiada sebarang lesen CSA bagi syarikat di negeri Perlis yang
dibatalkan atas tindakan kes. Walau bagaimanapun, Kementerian
sentiasa menjalankan penguatkuasaan dan pemeriksaan dari semasa ke
semasa bagi memastikan pemain industri mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan serta bekalan barang kawalan berjadual stabil dalam pasaran.
NO SOALAN: 2
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 3
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Haji Idris Bin Ahmad minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan statistik dan data berkaitan pengangguran di kalangan
siswazah yang memiliki ijazah pertama sejak tahun 2015 hingga Julai
2020.
NO SOALAN: 3
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Berdasarkan Statistik Siswazah 2019, Jabatan Perangkaan
Malaysia (DOSM) mengklasifikasikan siswazah adalah merujuk kepada
individu memiliki sijil tertinggi daripada universiti, kolej, politeknik,
badan yang diiktiraf atau setaraf, dengan tempoh pengajian sekurang-
kurangnya dua tahun iaitu diploma dan ke atas.
2. Kerajaan telah mengenalpasti punca atau sebab graduan gagal
mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian. Antaranya ialah
a) kelulusan atau CGPA yang rendah menyebabkan majikan kurang
minat mengajikan mereka,
b) ketidak sepadanan antara bidang pengajian dengan keperluan
pasaran kerja,
c) kegagalan siswazah mendapat maklumat tentang kekosongan
jawatan;
d) memohon kerja berdasarkan lokasi tertentu yang menyebabkan
mismatch antara bidang pengajian dan kekosongan jawatan; dan
e) memiliki soft-skills atau insaniah yang rendah.
3. Untuk makluman ahli dewan yang mulia ini, berdasarkan Laporan
Statistik Siswazah 2016, pengangguran siswazah pada 2016 adalah
seramai 145,800 orang atau pada kadar 4.0%. Manakala bagi tahun
NO SOALAN: 3
2017, pengangguran siswazah adalah seramai 154,500 orang atau pada
kadar 4.0%.
4. Selanjutnya bagi tahun 2018, jumlah pengangguran siswazah
adalah seramai 161,300 orang atau pada kadar 3.9% dan jumlah
pengangguran siswazah bagi tahun 2019 adalah sebanyak 170,300
orang atau pada kadar 3.9%.
5. Dalam pada itu, sebagai langkah mengatasi masalah
penggangguran, Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas
Pekerjaan Nasional (JKPN) pada 5 Jun 2020 oleh YAB Perdana Menteri
yang berperanan untuk membincangkan long-term reform initiatives
memandangkan terdapat isu-isu pasaran pekerjaan yang bersifat
structural seperti mismatch dan sebagainya.
6. Jawatankuasa ini akan menjadi medium bagi memastikan hasrat
Kerajaan membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif pasaran pekerjaan
dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 4
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah minta MENTERI PEMBANGUNAN
USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan sejauh mana pencapaian
pelatih-pelatih lepasan skim PROTÉGÉ dalam keboleh pasaran di dalam
industri semenjak ia dilancarkan.
NO SOALAN: 4
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs
(PROTÉGÉ) merupakan antara instrumen penting Kerajaan di
bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(MEDAC) yang telah dijenamakan semula dan ditambah baik sejak
September 2019 melalui Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).
2. Dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan
graduan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
melalui PROTÉGÉ telah melaksanakan program PROTÉGÉ-Ready
To Work (PROTÉGÉ-RTW) bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan
(GLC), syarikat-syarikat penerima Perolehan Kerajaan di bawah
arahan Pekeliling Perbendaharaan Perolehan Kerajaan
(PP/PK1.2), institusi kewangan melalui kerjasama Bank Negara
Malaysia dan Financial Industry Collective Outreach (FINCO) serta
syarikat-syarikat swasta.
3. PROTÉGÉ-RTW melibatkan latihan penempatan dan bimbingan
bersama industri bagi tempoh 8 hingga 12 bulan untuk
meningkatkan potensi kebolehpasaran para graduan mendapatkan
peluang pekerjaan. Seramai 6,248 graduan telah berjaya menerima
manfaat daripada program PROTÉGÉ-RTW dan angka ini akan
meningkat dari semasa ke semasa. Daripada jumlah tersebut,
NO SOALAN: 4
seramai 1,043 graduan telah berjaya diserap oleh syarikat atau
mendapat pekerjaan selepas tamat menjalani program.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 5
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ ISA BIN AB HAMID
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Dato’ Isa Bin Ab Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan jumlah dan projek serta bajet yang disalurkan
oleh RISDA dalam Pembangunan Usahawan Desa Orang Asli untuk
tahun 2018-2020.
NO SOALAN: 5
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, RISDA telah melaksanakan
Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) bertujuan untuk
menggalakkan pekebun kecil dan ahli isirumah menceburi bidang
keusahawanan di samping menambah pendapatan isirumah yang
bergantung kepada hasil kebun getah. Program AET ini adalah terbuka
kepada semua pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA termasuk
masyarakat Orang Asli di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
(JAKOA).
Sepanjang tahun 2018 sehingga bulan Julai 2020, RISDA telah
meluluskan permohonan bantuan berjumlah RM 90,000 kepada
masyarakat Orang Asli.
Sebagai makluman Yang Berhormat, permohonan bantuan Program
AET ini masih dibuka. Pekebun kecil termasuk masyarakat Orang Asli
yang berminat boleh hadir ke pejabat RISDA yang berdekatan.
Kelulusan boleh diberikan jika permohonan tersebut menepati kriteria
yang telah ditetapkan.
RISDA dan KPLB sentiasa membuat hebahan kepada masyarakat
melalui media massa, media social, hari bertemu pelanggan dan
pelbagai majlis serta aktiviti yang diadakan di lapangan.
Saya juga memerlukan bantuan dari Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk
menyampaikan informasi berkenaan program-program yang ditawarkan
NO SOALAN: 5
oleh RISDA dan KPLB seperti Program AET ini kepada masyarakat
Orang Asli di kawasan masing-masing.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 6
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk John Ambrose minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
MAKANAN menyatakan senarai barang makanan import yang terjejas
semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan apakah kesan dari segi
jumlah bekalan dan harga jualannya.
NO SOALAN: 6
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP), bekalan makanan negara sentiasa
dalam keadaan mencukupi dan stabil. Bekalan barang makanan
import juga tidak terjejas.
2. Walaubagaimanapun mengikut data Kementerian, terdapat
pengurangan import bagi daging lembu / kerbau, daging kambing /
bebiri, keratan ayam dan daging babi pada bulan April dan Mei
2020. Antara empat (4) produk pertanian tersebut, pengimportan
daging lembu / kerbau mencatatkan penurunan paling ketara
sebanyak 72% pada bulan April berbanding Mac 2020.
3. Namun demikian, pengurangan import ini tidak menjejaskan
bekalan daging lembu / kerbau negara disebabkan permintaan
rendah sepanjang PKP kerana penutupan premis hotel, restoran
dan kedai makan serta majlis sosial seperti keraian dan
perkahwinan yang tidak dibenarkan.
4. Selain itu, pengimportan daging lembu / kerbau pada tiga (3) bulan
pertama tahun 2020 berupaya menampung bekalan sepanjang
PKP termasuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan dan
Syawal. Hal ini secara tidak langsung telah menstabilkan bekalan
dan harga untuk tempoh enam (6) bulan pertama tahun 2020.
NO SOALAN: 6
5. Pada masa yang sama, Kementerian Pertanian dan Industri
Makanan (MAFI) juga sentiasa memantau bekalan makanan secara
harian dan melaporkan status terkini kepada Majlis Keselamatan
Negara (MKN) sejak pelaksanaan PKP yang bermula pada 18 Mac
2020. Kementerian dengan kerjasama Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa
memantau harga sepanjang tempoh PKP dan didapati harga
barangan makanan utama adalah sentiasa terkawal.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 7
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI BELIA DAN SUKAN
menyatakan jenis-jenis bantuan kewangan dan program latihan yang
disediakan untuk atlet-atlet yang bertanding pada peringkat antarabangsa.
NO SOALAN: 7
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian menerusi Majlis
Sukan Negara (MSN) melaksanakan program pembangunan dan
latihan persediaan atlet berprestasi tinggi dengan kerjasama:
(a) Institut Sukan Negara (ISN)
(b) Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK)
(c) Majlis Olimpik Malaysia; dan
(d) Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Program Podium dan Program Pelapis Kebangsaan memberikan
penekanan kepada prestasi atlet berdasarkan sasaran pingat (dengan
izin: performance-based) di temasya Sukan Olimpik, Sukan
Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA. Pelan periodisasi yang
bersistematik dan berstruktur ini melibatkan semua pemegang taruh,
termasuklah jurulatih.
3. Para atlet yang berlatih di bawah kendalian MSN secara sepenuh
masa ditawarkan pakej latihan yang khusus termasuklah:
- Elaun latihan bulanan;
- Kemudahan penginapan dan rejim pemakanan;
- Pendedahan latihan dalam dan luar negara;
- Pertandingan dalam dan luar negara;
- Peralatan latihan dan pertandingan;
NO SOALAN: 7
- Kepakaran jurulatih;
- Perkhidmatan sains dan perubatan sukan; serta
- Program binaan dan kebajikan.
4. Jumlah elaun menerusi Skim Latihan Atlet adalah mengikut prestasi.
Setiap atlet boleh menerima:
(a) Untuk Sukan Olimpik - RM7,500
(b) Sukan Asia dan Komanwel - RM6,000 atau RM4,500
(c) Kejohanan Dunia / Asia / Komanwel - RM3,500
(d) Sukan SEA sebanyak RM2,000
(e) Atlet program asas - RM800
(f) Atlet separa masa pula sebanyak RM500.
5. Sebagai dorongan untuk meningkatkan prestasi, Skim Hadiah
Kemenangan Sukan (SHAKAM) pula disediakan sejak tahun 1986
untuk atlet-atlet yang cemerlang di temasya antarabangsa. Sebagai
contoh, untuk pingat emas:
(a) Di Sukan Olimpik – RM 1 juta;
(b) Sukan Komanwel dan Sukan Asia – RM 80,000;
(c) Sukan SEA serta kejohanan individu di peringkat Asia, Komanwel
dan Dunia – RM 20,000 bagi pingat emas pertama.
6. Untuk atlet yang telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan Sukan
Paralimpik, Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO) pula menawarkan
elaun bulanan berjumlah RM2,000 bermula dari tarikh kelayakan
dalam tempoh setahun sebelum temasya.
NO SOALAN: 7
7. Pemenang pingat Olimpik dan Paralimpik akan menerima Skim
Imbuhan Tetap Olimpik (SITO) sepanjang hayat secara bulanan:
(i) Pemenang pingat emas akan menerima elaun RM5,000;
(ii) Pingat perak RM3,000; dan
(iii) Pingat gangsa RM2,000.
8. Antara program latihan yang disediakan adalah Program Podium
yang diwujudkan sebagai persediaan untuk menghadapi temasya:
(i) Sukan Olimpik Tokyo 2020;
(ii) Sukan Asia 2022;
(iii) Sukan Komanwel 2022; dan
(iv) Sukan SEA 2021, tertakluk kepada situasi semasa.
9. Di samping itu, Program Pelapis Kebangsaan yang merangkumi 16
jenis sukan teras bertujuan untuk mewujudkan kumpulan atlet terbaik
remaja sebelum diserap ke Podium. Atlet Pelapis Kebangsaan ini juga
akan menyertai temasya sukan remaja seperti Sukan Olimpik Remaja,
Sukan Remaja Asia dan Sukan Remaja Komanwel serta kejohanan-
kejohanan antarabangsa.
10. Bagi sukan permotoran, KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara
menyediakan pelbagai insentif kewangan dan latihan, termasuklah
melalui Sepang International Circuit (SIC) bagi atlet dalam sukan
permotoran dua roda.
NO SOALAN: 7
11. Atlet permotoran yang berbakat berpeluang menyertai perlumbaan di
seluruh dunia termasuklah:
- Idemitsu Asian Talent Cup (ATC);
- European Talent Cup (ETC);
- CEV FIM dan MotoGP;
Usahasama bersama SIC akan dapat memastikan kesinambungan
pelapis muda sukan permotoran negara.
(i) Pada tahun 2019, Kementerian telah memperuntukkan bantuan
kewangan sebanyak RM 760,072 kepada SIC dan RM 100,000
kepada pelumba motor negara Hafizh Syahrin.
(ii) Manakala pada tahun 2020, SIC diperuntukkan RM 1,020,000
untuk latihan dan persiapan atlet permotoran negara; manakala
Saudara Hafizh Syahrin menerima RM 600,000.
12. Kesemua ini hanyalah sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk
membangunkan bakat-bakat sukan di setiap peringkat,
membudayakan sukan di kalangan masyarakat, serta membina
ekosistem sukan yang lestari demi negara yang kemakmurannya
dapat dikecapi bersama.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 8
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L
NACHIAPPAN
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan bagaimana penguatkuasaan terhadap
kilang-kilang yang beroperasi bagi mengelakkan pencemaran terhadap
air sungai seperti yang berlaku di Sungai Kim-Kim, Pasir Gudang.
NO SOALAN: 8
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam
Sekitar (JAS) terus melipatgandakan tindakan melalui Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 (AKAS 1974) kepada semua kilang-kilang dikenalpasti
berisiko menyumbang kepada pencemaran air sungai.
2. JAS menjalankan penguatkuasaan di lapangan secara berkala ke
atas kilang-kilang bagi memastikan mereka mematuhi AKAS 1974
sepenuhnya. Penguatkuasaan adalah merangkumi Seksyen 25 Akta
tersebut iaitu kawalan terhadap pelepasan efluen ke perairan daratan,
alur air atau sungai berhampiran.
3. Berdasarkan kepada rekod JAS, terdapat 57,396 kilang yang
menjalankan pelbagai jenis aktiviti perindustrian beroperasi di seluruh
negara. Daripada jumlah tersebut, 3,480 kilang menghasilkan efluen
perindustrian.
4. Pada tahun 2020, Jabatan juga telah mengambil inisiatif berimpak
tinggi dengan melaksanakan Ops Gempur, iaitu operasi ke atas kilang
secara besar-besaran dengan kerjasama dari pelbagai agensi.
5. Bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Ogos 2020, JAS telah
menjalankan 66 Operasi di seluruh Negara yang melibatkan
pemeriksaan ke atas 2,398 kilang dari pelbagai jenis industri. Sebanyak
2,819 tindakan penguatkuasaan di bawah AKAS 1974 telah diambil ke
NO SOALAN: 8
atas pihak-pihak yang didapati tidak mematuhi undang-undang tersebut
termasuk kesalahan berkaitan pencemaran air.
6. Di peringkat global pula, menurut Pertubuhan Bangsa – Bangsa
Bersatu (PBB), jenayah alam sekitar merupakan jenayah terancang
keempat terbesar selepas dadah, penggubahan wang haram, dan
pemerdagangan manusia yang mencecah sehingga USD258 bilion pada
tahun 2016. Menurut PBB juga, angka ini meningkat antara 5% hingga
7% setiap tahun. Isu jenayah alam sekitar bukan sahaja mengancam
kelestarian negara dan kesihatan manusia, malah juga menggugat
keselamatan negara.
7. Oleh yang demikian, semalam Yang Berhormat Menteri KASA
telah mengumumkan satu pasukan Petugas Khas Cegah Jenayah
Alam Sekitar yang melibatkan kerjasama antara unit penguatkuasa
JAS, SPAN, JBK dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Unit ditubuhkan
secara pentadbiran ini dijangka akan dapat beroperasi pada awal
Oktober.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 9
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Mohd Yusmadi Bin Mohd Yusoff minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan pendirian Kerajaan terhadap amalan perubatan
menggunakan "Stem Cell”.
NO SOALAN: 9
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya membenarkan
amalan perubatan menggunakan ‘stem cell’ yang telah terbukti
kesahihannya dari segi keberkesanan (efficacy) dan
keselamatannya (safety) kepada pesakit.
3. Pada tahun 2009, KKM telah mengeluarkan satu piawaian
kebangsaan bertajuk National Standards For Haematopoeitic Stem
Cell Therapy (dengan izin) berkaitan indikasi penyakit-penyakit
yang boleh dirawat melalui transplantasi sel stem yang telah diiktiraf
melalui evidence-based medicine seperti penyakit kanser darah dan
beberapa penyakit genetik yang lain.
4. Manakala rawatan transplantasi menggunakan ‘stem cell’ yang
belum terbukti kesahihannya dari segi keberkesanan dan
keselamatan kepada pesakit, ia perlu dilaksanakan di bawah kajian
klinikal dan perlu mematuhi kriteria penyelidikan (research protocol)
yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 10
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Mohan A/L Thangarasu minta MENTERI PERPADUAN
NEGARA menyatakan langkah-langkah yang telah dilaksanakan
Kerajaan setakat ini dalam membendung isu-isu perpaduan yang
bertambah buruk sejak dua tahun yang lalu.
NO SOALAN: 10
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Antara langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan setakat ini dalam
membendung isu-isu perpaduan yang bertambah buruk sejak dua tahun
yang lalu adalah seperti berikut :
1. Merangka Dasar Perpaduan Negara yang mengambilkira semua
inisiatif dan perancangan strategik Kementerian seperti
menubuhkan:
a) Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) yang
berperanan menasihati Kerajaan dalam hal-ehwal perpaduan
dan integrasi nasional serta menangani isu dan keharmonian
rakyat berbilang kaum di Malaysia;
b) Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara (JKPPN)
sebagai forum perbincangan isu dan masalah yang berkaitan
dengan perpaduan dan integrasi nasional yang dianggotai
oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)
Perpaduan Negeri; dan
c) Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri (JKTPN) yang
akan memainkan peranan menjelaskan isu-isu semasa dan
menjawab persoalan yang menjadi pertikaian (contestation) di
peringkat akar umbi.
NO SOALAN: 10
2. Membangunkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN)
yang menggariskan usaha-usaha Kementerian dan Agensi dalam
mengukuhkan perpaduan masyarakat Malaysia yang bersifat
spesifik, inklusif dan holistik.
3. Menjenama semula inisiatif Kawasan Rukun Tetangga (KRT)
dari aspek fungsi KRT dan program / aktiviti berimpak tinggi yang
melibatkan semua kaum.
4. Memperkasa Pengantara atau Mediator Komuniti dalam
menyelesaikan pertikaian atau perselisihan dalam kalangan
masyarakat.
5. Menjenama semula Tabika Perpaduan melalui pemerkasaan
silibus Tabika Perpaduan (TBK) dan Taska Genius Perpaduan.
6. Memperkasa Kelab Rukun Negara (KRN) dan Sekretariat
Rukun Negara (SRN) adalah satu manifestasi penghayatan
Pendidikan Rukun Negara.
7. Mewujudkan Jawatankuasa Keharmonian Antara Agama
(HARMONI) atas persetujuan bersama Kementerian Perpaduan
Negara (KPN) dan JAKIM yang akan memainkan peranan
memupuk perhubungan yang baik dalam kalangan pemimpin serta
penganut pelbagai agama berteraskan semangat saling hormat-
menghormati dan bekerjasama di semua peringkat.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 11
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah strategi dan
langkah segera yang dilakukan oleh pihak Kementerian dalam strategi
memulihkan aktiviti perdagangan dan ekonomi yang terjejas teruk akibat
pandemik COVID-19.
NO SOALAN: 11
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Bagi memulihkan aktiviti perdagangan dan ekonomi negara yang
terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, strategi dan langkah
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah
seperti berikut:
i. Bagi meningkatkan pelaburan di Malaysia, pelbagai Inisiatif dan
strategi telah diperkenalkan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi
Negara (PENJANA) dan dilaksanakan melalui agensi di bawah
MITI iaitu Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
seperti berikut:-
a. Pengecualian cukai 100% selama 10 tahun untuk pelaburan
baharu dalam sektor pengilangan dengan pelaburan harta tetap
antara RM300 - RM500 juta;
b. Pengecualian cukai 100% selama 15 tahun untuk pelaburan
baharu dalam sektor pengilangan dengan pelaburan harta tetap
melebihi RM500 juta;
c. Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% selama 5 tahun bagi
syarikat sedia ada di Malaysia yang memindahkan fasiliti
pengilangan luar negara ke Malaysia dengan pelaburan harta
tetap melebihi RM300 juta;
NO SOALAN: 11
d. Galakan elaun pelaburan semula Reinvestment Allowance (RA)
tambahan, bagi tahun taksiran 2020 hingga 2022 untuk syarikat
sedia ada dalam aktiviti pembuatan dan pertanian terpilih yang
melaksanakan pelaburan semula;
e. Kelulusan Lesen Pengilangan (Manufacturing License – ML
secara fast track, melalui platform digital e-ML untuk industri
yang tidak sensitif dalam tempoh dua (2) hari bekerja; dan
f. Penubuhan Unit Penyelarasan dan Akselerasi Projek (Project
Acceleration and Coordination Unit – PACU) untuk
mempercepatkan kelulusan dari pelbagai agensi dan
pelaksanaan projek pelaburan di Malaysia dalam pelbagai
peringkat.
ii. untuk meningkatkan eksport negara, MITI telah memperkenalkan
inisiatif dan strategi melalui Perbadanan Pembangunan
Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) seperti berikut:
a. Program eTRADE untuk membantu syarikat pengeksport
mempromosi produk dan perkhidmatan ke pasaran global
menerusi penyenaraian di dalam 20 platform e-Dagang
antarabangsa terpilih; dan
b. Geran Pembangunan Pasaran (Market Development Grant –
MDG) membantu meringankan beban kewangan yang dialami
oleh syarikat pengeksport pengusaha kecil dan sederhana
(PKS) Malaysia.
NO SOALAN: 11
Tuan Yang di-Pertua,
2. Adalah diharapkan dengan strategi-strategi dan langkah segera
yang diambil oleh pihak Kementerian serta agensi-agensinya, serta
sokongan pelbagai pihak akan dapat mempercepatkan pemulihan
aktiviti perdagangan dan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat
pandemik COVID-19.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 12
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN
NAIR
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan adakah Kerajaan merancang untuk
mengadakan undang-undang yang lebih keras dengan denda berat dan
hukuman penjara mandatori dengan mengenakan bayaran kepada
pesalah untuk membersihkan air dan menggantung lesen kilang yang
terlibat dalam pencemaran air mentah yang masa kini menjadi suatu
ancaman di seluruh negara dan menjejaskan ribuan isi rumah.
NO SOALAN: 12
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengambil berat segala
bentuk aktiviti yang merosakkan alam termasuk pencemaran air.
Berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) sedia ada,
bagi kesalahan pencemaran air, denda maksima yang boleh dikenakan
adalah sebanyak RM100 ribu atau penjara selama tempoh tidak melebihi
5 tahun atau kedua-duanya sekali.
2. Berdasarkan rekod, sebanyak 525 premis telah diambil tindakan
penguatkuasaan kerana didapati melakukan kesalahan berkaitan
pencemaran air.
3. Manakala sebanyak 815 tindakan penguatkuasaan telah diambil
yang merangkumi:
a. 224 Notis Arahan;
b. 517 kompaun dengan nilai RM1.034 juta;
c. 20 Penahanan Operasi Kelengkapan;
d. 6 premis digantung lesen; dan
e. 48 kertas siasatan untuk tindakan mahkamah, sehingga kini
sebanyak 39 premis telah didakwa dan disabitkan kesalahan
dengan jumlah denda bernilai RM1.051 juta.
NO SOALAN: 12
4. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, bagi tempoh Januari
hingga Ogos 2020, jumlah keseluruhan kadar kompaun dan denda
mahkamah adalah sebanyak RM2.085 juta.
5. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, proses pindaan AKAS 1974
sedang dilaksanakan oleh pihak Kementerian, antara perkara yang
diambilkira dalam pindaan tersebut adalah meningkatkan denda maksima
bagi kes pencemaran air di samping memastikan had denda minima
supaya pendekatan ini akan bersifat deterrent (dengan izin). Jumlah
denda maksima dan minima masih sedang dimuktamadkan mengambil
kira pandangan pelbagai pemegang taruh dan pakar-pakar alam sekitar.
Pindaan AKAS 1974 akan dibentang di dewan yang mulia ini pada tahun
hadapan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 13
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK HJ. BASHIR BIN HJ. ALIAS
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Hj. Bashir Bin Hj. Alias minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan jumlah pesakit Labuan yang perlu dirujuk ke Hospital Kota
Kinabalu termasuk rawatan susulan untuk tahun-tahun terakhir ini.
Apakah perancangan bagi meningkatkan kemudahan dan kepakaran di
Hospital Labuan agar pesakit boleh dirawat sepenuhnya di Hospital
Labuan.
NO SOALAN: 13
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Hospital Labuan merupakan sebuah hospital pakar minor
berkapasiti 122 katil. Pada masa ini, Hospital Labuan mempunyai
pakar residen dalam sepuluh (10) bidang kepakaran iaitu bidang
Perubatan Am, Pembedahan Am, Pediatrik, Anestesiologi, Obstetrik
dan Ginekologi, Ortopedik, Kecemasan, Psikiatri, Radiologi serta
Patologi.
2. Di samping itu, Hospital Labuan juga menerima perkhidmatan pakar
dari Hospital Queen Elizabeth yang bertugas secara penggiliran
tetap dalam bidang-bidang lain.
3. Hospital Labuan juga merupakan sebahagian daripada inisiatif
Hospital Kluster Wilayah II yang diketuai oleh Hospital Kuala Lumpur
sebagai lead hospital dan Hospital Labuan, Hospital Tuanku Azizah
dan Institut Perubatan Respiratori sebagai non-lead hospital.
4. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2018, seramai
117 pesakit yang dirujuk keluar ke hospital berpakar terdekat
iaitu Hospital Queen Elizabeth, Hospital Queen Elizabeth II dan
Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas. Manakala pada tahun
2019, seramai 141 orang pesakit yang dirujuk keluar. Kadar
penggunaan katil di Hospital Labuan adalah sebanyak 55.53% pada
tahun 2018 dan juga tahun 2019.
NO SOALAN: 13
Tuan Yang di-Pertua,
5. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum akan
keperluan untuk menaiktaraf kemudahan di Hospital Labuan selaras
dengan perancangan perkhidmatan perubatan yang bakal
disediakan di hospital tersebut.
6. Permohonan projek pembangunan Farmasi Steril (Bilik Bersih)
Hospital Labuan telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-11.
Projek ini sedang dalam peringkat memuktamadkan skop projek bagi
tujuan tender.
7. Selain itu, KKM bercadang untuk menaiktaraf infrastruktur hospital
termasuk sistem gas perubatan dan sistem penghawa dingin. Bagi
perancangan jangka masa panjang, KKM juga bercadang untuk
membina sebuah kompleks pakar baru bagi menempatkan klinik
pakar, pusat rawatan harian dan lain-lain. KKM akan memohon
pelaksanaan projek-projek ini di dalam Rolling Plan RMK-12 akan
datang.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 14
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Manolan bin Mohamad minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Kerajaan akan meneruskan Jawatankuasa Kabinet mengenai
isu-isu masyarakat minoriti khususnya untuk masyarakat Orang Asli
yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 12 Jun 2019 yang
dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.
NO SOALAN: 14
JAWAPAN
[YB DATUK SHABUDIN BIN YAHAYA, TIMBALAN MENTERI DI
JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-
UNDANG)]
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sebelum ini telah
menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu Masyarakat
Minoriti (JKKMIMM) dengan peranan yang telah ditetapkan adalah
seperti berikut :
i. menggubal dasar dan hala tuju berkaitan hak kumpulan
minoriti berdasarkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan;
ii. menilai dan meluluskan strategi bagi menangani tujuh (7) isu
utama berkaitan komuniti terpinggir yang iaitu pendidikan,
kesihatan, tanah, ekonomi, infrastruktur, kebudayaan dan
kepimpinan;
iii. menimbang dan meluluskan program/projek berkaitan
kumpulan minoriti untuk tindakan Jawatankuasa peringkat
Eksekutif dan Jawatankuasa Kumpulan Kerja Kluster;
iv. memperakukan syor dan keputusan JKKMIMM untuk
pertimbangan Mesyuarat Jemaah Menteri; dan
NO SOALAN: 14
v. memantau keberkesanan pelaksanaan ke atas keputusan
yang telah dibuat oleh JKKMIMM.
Keanggotaan JKKMIMM ini adalah terdiri daripada wakil-wakil
Kementerian, ahli-ahli akademik, wakil non-government organization
(NGO), pemain industri dan wakil-wakil persatuan dan golongan
profesional yang berkaitan. Jawatankuasa ini telah bersidang buat kali
pertama (kick off) pada 17 Januari 2020.
Penyusunan semula Kementerian-Kementerian di bawah
pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional telah menyaksikan empat (4)
bidang tanggungjawab utama telah diwujudkan seperti berikut :
i. Ekonomi;
ii. Keselamatan;
iii. Pembangunan Infrastruktur; dan
iv. Pendidikan dan Sosial.
Berikutan daripada penyusunan semula tersebut, Kerajaan sedang
meneliti dan menyemak semula peranan dan tanggungjawab
Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu Masyarakat Minoriti yang
diwujudkan sebelum ini dengan objektif untuk memastikan fungsinya
yang lebih fokus, tersusun dan holistik. Ini termasuklah meneliti semula
hala tuju Jawatankuasa berkenaan supaya selaras dengan objektif
tersebut.Kerajaan juga sentiasa komited untuk mencari mekanisme
yang terbaik bagi membantu masyarakat minoriti mendapat hak yang
sewajarnya.
NO SOALAN: 14
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 15
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan tumpuan dan usaha yang lebih komprehensif dalam
memastikan norma baharu pencegahan pandemik COVID-19 diutamakan
rakyat dan bagaimana Kerajaan membendung kes import atau kes
COVID-19 dalam kalangan pekerja asing di Malaysia yang didapati
menginap di rumah-rumah kongsi pekerja yang sesak.
NO SOALAN: 15
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Bagi memastikan norma baharu pencegahan pandemik COVID-19
diutamakan oleh rakyat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
mengambil inisiatif memperkasakan komuniti bagi menjaga
kesihatan kendiri daripada dijangkiti COVID-19 melalui pendekatan
“Cegah dan Didik, Amal, Patuh dan Pantau” (CAPP). CAPP dalam
Program Pengurangan Risiko Daerah COVID-19 (District Risk
Reduction Programme - DRRP) ini adalah bertujuan untuk
melindungi daerah hijau supaya kekal bebas daripada jangkitan
COVID-19 dan menukar daerah kuning kepada hijau dalam tempoh
14 hari. Inisiatif ini bagi memastikan masyarakat lebih
bertanggungjawab dan bertindak sebagai barisan hadapan bagi
melindungi diri, keluarga dan komuniti setempat daripada penularan
COVID-19. Pendekatan ini juga selari dengan salah satu daripada
tujuh (7) strategi yang telah digariskan bagi pelaksanaan PKPP –
iaitu “Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti”.
2. Sejak awal Jun 2020, YB Menteri Kesihatan bersama pegawai-
pegawai kanan KKM telah membuat sesi taklimat (roadshow) dan
perbincangan dengan YAB Menteri Besar dan YAB Ketua Menteri
bagi mendapatkan komitmen negeri, di mana taklimat mengenai
Program Kesedaran dan Pemerkasaan Komuniti Bagi Menangani
COVID-19 ini telah diberikan. Selain itu, Pegawai Kesihatan Daerah
juga telah diberikan taklimat dan amanat untuk memaklumkan
NO SOALAN: 15
pencapaian aktiviti berkaitan DRRP ini dalam agenda Mesyuarat
Tindakan Daerah masing-masing.
3. Bagi menjayakan lagi pelaksanaan inisiatif CAPP dalam DRRP ini
dalam komuniti, kerjasama dan komitmen dari kementerian dan
agensi lain termasuk kerajaan negeri amat diperlukan. Setiap
agensi perlu berganding bahu mempromosikan CAPP bagi
mencegah penularan COVID-19 ini dalam kawasan dan skop
tanggungjawab masing-masing. Bagi tujuan tersebut,YAB Perdana
Menteri telah melancarkan Kempen Pembudayaan Norma Baharu
di Pagoh, Johor pada 8 Ogos 2020 yang lalu. Melalui kempen
tersebut, ahli masyarakat telah diseru untuk memainkan peranan
masing-masing sebagai "petugas barisan hadapan" dan terus
mengamalkan norma baharu dalam usaha membantu kerajaan
memerangi penularan COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua,
4. Kes import adalah melibatkan pengembara dan pemastautin tetap
Malaysia yang tiba dari luar negara dan kemudiannya disahkan
dengan ujian pengesanan COVID-19 sebagai positif COVID-19
dalam tempoh 14 hari beliau balik dari luar negara termasuk
warganegara dan bukan warganegara. Kes tempatan pula adalah
orang yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau
orang yang mendapat jangkitan COVID-19 daripada orang lain di
dalam Malaysia serta disahkan positif COVID-19.
5. Kerajaan telah membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP)
untuk pelbagai sektor dan sub-sektor. Pematuhan kepada SOP ini
NO SOALAN: 15
adalah paling utama dalam memastikan kes COVID-19 di negara
kita terus berkurang.
6. Bagi isu penginapan pekerja asing di rumah-rumah kongsi pekerja
di Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan
SOP Sektor Pelbagai yang merangkumi kemudahan penginapan
berpusat pekerja (CLQ) / hostel / asrama pekerja di sektor
pembuatan dan lain-lain sektor. SOP ini telah menetapkan
beberapa arahan tetap seperti berikut:
i. Menghadkan pergerakan penghuni;
ii. Kawasan gunasama disanitasi sekurang-kurangnya tiga (3)
kali sehari;
iii. Patuh safe work procedure di tempat penginapan;
iv. Patuh Prosedur Pencegahan COVID-19 yang ditetapkan
KKM dari masa ke semasa;
v. Patuh arahan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)
dari semasa ke semasa; dan
vi. Sebarang keperluan ujian COVID19 adalah tertakluk kepada
arahan oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 16
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Ismail Bin Yusop minta MENTERI PEMBANGUNAN
USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah pendekatan yang
diambil oleh pihak Kementerian khususnya bagi membantu Perusahan
Kecil dan Sederhana (PKS) untuk dipertingkatkan produktiviti dalam
memastikan PKS terus berdaya saing serta boleh memenuhi permintaan
pasaran semasa.
NO SOALAN: 16
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian ini melalui agensi-agensinya iaitu TEKUN Nasional,
Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp, Perbadanan Nasional
Berhad (PNS), Institut Keusahawanan Negara Insken (INSKEN),
UDA Holdings, Protege, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),
dan Institut Koperasi Malaysia (IKM) telah, sedang dan akan
melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi meningkatkan lagi produktiviti
serta memastikan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) terus
berdaya saing dan mampu memenuhi permintaan pasaran
semasa. Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan Kementerian
merangkumi aspek kemudahan kewangan, akses kepada
pasaran, serta pembangunan kapasiti kepada usahawan dan
bakal usahawan, melalui agensi dibawah MEDAC.
2. Antara inisiatif dan kemudahan pembiayaan yang disediakan
oleh MEDAC serta agensi-agensi di bawahnya kepada usahawan-
usahawan adalah seperti berikut:
i. SME Bank – Sehingga Ogos 2020, SME Bank telah
meluluskan pembiayaan sebanyak hampir RM33.7 bilion
kepada melebihi 18,944 usahawan (2005-2020).
NO SOALAN: 16
ii. TEKUN Nasional – Sehingga Julai 2020, TEKUN Nasional
telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM6.1 bilion
kepada seramai 460,324 usahawan (1998-2020)
iii. Bank Rakyat – Sehingga Julai 2020, Bank Rakyat telah
meluluskan pembiayaan sebanyak RM4.65 bilion, kepada
seramai 2,073 usahawan (2001-2020)
3. MEDAC melalui agensinya iaitu SME Bank, SME Corp.,
Perbadanan Nasional Berhad (PNS) & INSKEN menyediakan
pelbagai program pembangunan kapasiti dan latihan
keusahawanan dan produk seperti berikut, antaranya;
i. SME Bank- Centre for Entrepreneur Development & Research
Sdn. Bhd. (CEDAR)
• SME Bank Strategic Series (SBSS) – Account & Financing
• SME Bank Strategic Series (SBSS) – Business Planning
• SME Bank Upward migration program – program peningkatan
usahawan untuk pengembangan perniagaan.
ii. SME Corp
• Program Business Scale Up (Biz-Up)
• Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP)
iii. Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
• Program Business In Transformation (BIT)
• Program Pembangunan Francaisor,
NO SOALAN: 16
• Program Pemantapan Francaisor,
• Program Latihan Keusahawanan.
iv. Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
• INSKEN Bizlive (iaitu sesi perkongsian secara dalam talian),
• INSKEN Industry Based Business Coaching (IBBC),
• INSKEN e-BizClinic,
• INSKEN Online Business Coaching,
• Business Enhancement Programme (BEP) dan
• INSKEN Business Training.
4. MEDAC melalui agensinya, SME Corp. melaksanakan program-
program dalam meluaskan akses pasaran antaranya seperti:
• SMEs Go Global
• Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB)
5. MEDAC percaya melalui program-program yang dijalankan ini
dapat mempertingkatkan produktiviti para PKS untuk terus
berdaya saing baik di peringkat lokal mahupun di peringkat global.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 17
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Puan Asmak Binti Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan
langkah yang diambil untuk memperkasa Dewan Negara dan adakah
pihak Kerajaan mempunyai perancangan untuk menurunkan had
kelayakan umur untuk menjadi senator di Dewan Negara.
NO SOALAN: 17
JAWAPAN
[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN
PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]
Tuan Yang di-Pertua,
Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kaukus Dewan
Negara telah ditubuhkan pada 12 Disember 2019 melalui Penyata Khas
Jawatankuasa Pemilih (DN. 2 Tahun 2019). Dimana Kaukus ini telah
dibentuk oleh Kerajaan terdahulu dan Kerajaan sekarang ini akan meneliti
dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan.
Kaukus tersebut bertujuan untuk menerajui dan meneruskan usaha-
usaha reformasi Dewan Negara, berperanan sebagai badan rundingan
dan inkuiri terhadap isu-isu semasa dan permasalahan rakyat secara
lebih efektif, memperkasakan peranan ahli Dewan Negara dalam
parliamentary diplomacy dan memberi fokus kepada pembangunan
kapasiti Ahli Dewan Negara.Dalam hal ini, Kerajaan sentiasa
berkerjasama dengan pihak kaukus dalam usaha memartabatkan Dewan
Negara.
Berkaitan menurunkan had kelayakan umur untuk menjadi Ahli
Dewan Negara, Kerajaan belum ada perancangan mengenainya.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 18
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DAROPADA : YB DATUK PAUL IGAI
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Paul Igai minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
MAKANAN apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambil
untuk menggalakkan pekerja tempatan khususnya golongan belia yang
sedang menganggur mengambil peluang bekerja di sektor pertanian.
NO SOALAN: 18
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Sektor pertanian merupakan sektor yang amat penting bagi
membekalkan makanan negara. Untuk makluman, Kementerian telah
membuat pelbagai usaha dan perancangan untuk menarik minat belia
dalam sektor pertanian dan industri pembuatan makanan.
Golongan belia sangat diberikan keutamaan di dalam menjadikan
pertanian sebagai satu sumber pendapatan yang mampan dan kukuh
serta menguntungkan untuk petani, penternak, nelayan dan usahawan
makanan. Ini adalah selaras dengan hasrat dan usaha Kementerian
untuk meremajakan sektor pertanian.
Keseriusan kerajaan dibuktikan dengan penubuhan Unit Agropreneur
Muda pada tahun 2014 bagi menyelaras hala tuju dan agenda
pembangunan belia di dalam sektor agromakanan negara. Kementerian
sentiasa berusaha untuk meremajakan sektor pertanian dengan
melaksanakan antara lain program-program seperti berikut:
1. Program Agropreneur Muda
Program Agropreneur Muda telah diperkenalkan di bawah
Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) untuk meremajakan sektor
pertanian. Secara ringkasnya, Program Agropreneur Muda
menawarkan tiga (3) perkhidmatan iaitu bantuan Geran sehingga
NO SOALAN: 18
RM20,000, pinjaman sehingga RM200,00 dan bimbingan
teknikal kepada semua belia.
Melalui Program Agropreneur Muda, para belia dibantu dengan
geran in-kind contribution dan pembiayaan mudah serta latihan
teknikal dengan sasaran 1,200 orang agropreneur muda berumur
18 hingga 40 tahun bagi tahun 2020.
Kementerian melalui Unit Agropreneur Muda secara aktif
menganjurkan kursus-kursus webinar, sesi taklimat Geran
Agropreneur Muda dan perkongsian kisah-kisah kejayaan
agropreneur muda secara langsung melalui live streaming di
media sosial.
Penganjuran secara aktif Jelajah Agropreneur Muda di seluruh
negara juga dilaksanakan bagi mempromosikan Program
Agropreneur Muda. Malahan, pelbagai aktiviti dilaksanakan
seperti pemantauan projek, taklimat dan lawatan kerja ke tapak-
tapak projek bagi memastikan mereka sentiasa diberikan
keutamaan dan bantuan bimbingan.
2. Program Mobiliti Tenaga Kerja dalam Sektor Agromakanan
atau MyFutureAgro
Pelaksanaan Program Mobiliti Tenaga Kerja Dalam Sektor
Agromakanan atau MyFutureAgro khas kepada yang terkesan
akibat penularan wabak COVID-19. Di bawah Pelan Pemulihan
Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA), Kementerian telah
diluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk melaksanakan
NO SOALAN: 18
Program Mobiliti Tenaga Kerja Dalam Sektor Agromakanan atau
MyFutureAgro pada tahun ini dan tahun 2021. Kementerian
menyasarkan seramai 6,000 peserta yang terdiri daripada
graduan, penganggur dan lepasan sekolah akan mendapat
manfaat sepanjang program ini dilaksanakan sehingga tahun
2021.
3. Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan
(PLKPK)
Dilaksanakan di bawah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional (TVET) kepada semua generasi belia berumur di
antara 18 hingga 25 tahun yang berkelayakan. Program ini
menawarkan pembelajaran di peringkat Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan
diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),
Kementerian Sumber Manusia (KSM).
4. Program Geran Pemadanan (Pembiayaan Modal)
Program High Impact Product (HIP) dan Program Change
Upgrade Product (CUP) merupakan bantuan peruntukan yang
disalurkan dalam bentuk Geran Pemadanan atau matching grant.
5. Program Pembangunan Modal Insan
Program Pembangunan Modal Insan turut dirangka bagi menarik
minat belia dalam sektor pertanian. Program ini adalah program
pembangunan latihan usahawan industri makanan bertujuan bagi
memantapkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan.
NO SOALAN: 18
Bagi memperkukuhkan lagi penglibatan belia di dalam sektor ini,
Kementerian, selepas pembentukan kerajaan baru pada Mac 2020 giat
mengadakan sesi engagement bersama Kementerian Belia dan Sukan
(KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk menjalinkan
kerjasama strategik merentas Kementerian demi menarik lebih ramai
belia menyertai sektor pertanian.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 19
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Puan Nuridah Binti Mohd Salleh minta MENTERI BELIA DAN SUKAN
menyatakan sama ada bentuk kerjasama antara Kerajaan Persekutuan
bersama Kerajaan Negeri dalam usaha memperkasakan golongan belia
secara holistik di negara ini.
NO SOALAN: 19
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai penyelaras kepada
pembangunan belia, sentiasa berkolaborasi dengan pemegang taruh
termasuk kerajaan negeri bagi memperkukuh dan menyerlahkan potensi
modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara
berpandukan kepada Perlembagaan dan Rukun Negara. Ini selari
dengan Dasar Belia Malaysia Konsep IV: Merentas Pelaksana dan
Generasi iaitu melibatkan kerjasama kerajaan negeri bagi menjayakan
pembangunan belia Malaysia.
Pelbagai program telah dijalankan, antaranya ialah :
1. Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) merupakan platform
mengetengahkan isu-isu pembangunan belia kepada pihak
kerajaan. MPBN memberi ruang kepada pertubuhan-pertubuhan
belia untuk mengemukakan usul, pandangan dan cadangan bagi
memartabatkan dan meneruskan agenda pembangunan belia di
negara ini selaras dengan matlamat Dasar Belia Malaysia.
2. Majlis Perundingan Belia Negeri menjalankan fungsi ini di
peringkat negeri dengan kerjasama agensi-agensi negeri dan
persekutuan.
NO SOALAN: 19
(i) Agensi-agensi KBS di peringkat negeri seperti Jabatan Belia
dan Sukan (JBS) Negeri sentiasa bekerjasama dengan Exco
Kerajaan Negeri dan juga pertubuhan-pertubuhan belia
untuk memperkasa agenda belia, membangunkan
infrastruktur fizikal dan memberi sokongan dan nasihat.
(ii) Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah memainkan
peranan untuk menggembleng tenaga dan melakukan
koordinasi dengan persatuan-persatuan belia di akar umbi
agar lebih tersusun dan berfokus. Ini juga untuk
menggalakkan agar para belia terus berpersatuan.
(iii) Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, penglibatan Kerajaan-
kerajaan Negeri dan pemegang-pemegang taruh di peringkat
akar umbi adalah lebih menyeluruh berbanding sebelum ini.
3. Pihak kementerian turut melaksanakan program pembangunan jati
diri belia bersama pasukan keselamatan negara. Program
Pelayaran Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera (Skim Belia)
dilaksanakan dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM). Pelaksanaan program ini menerapkan elemen
kepimpinan, kerjasama berpasukan dan semangat patriotism
dalam diri peserta belia. Pada tahun 2019, sebanyak tiga siri
pelayaran telah dilaksanakan dan pada tahun 2020 ini hanya satu
akibat COVID-19.
4. Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) di bawah Kementerian juga
bertujuan melatih belia-belia berjawatan di dalam organisasi agar
bakat serta potensi kepimpinan dapat terus ditingkatkan.
NO SOALAN: 19
Ini ditumpukan kepada belia berpertubuhan di bawah umur 30
tahun selaras dengan Dasar Belia Malaysia (DBM) dan transisi
kepimpinan belia yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2021.
Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran kepimpinan di
kalangan belia dan memperkasakan pertubuhan belia. Ianya
dianjurkan oleh setiap daerah di seluruh negara melalui Pejabat
Belia dan Sukan Daerah dengan pemantauan daripada Jabatan
Belia dan Sukan Negeri.
5. Program Jati Diri Belia Berisiko yang merupakan salah satu
inisiatif dalam membendung gejala sosial dalam kalangan anak
muda. Program tersebut ialah Kem Anak Muda (KAMU) yang telah
dilaksanakan pada tahun 2019. Program ini dilaksana dengan
melibatkan pelbagai institusi dan perkhidmatan sosial yang dapat
membantu belia berisiko menjalankan fungsi dan peranan sosial
secara berkesan. Bagi tahun 2019 hingga 2020 sebanyak 8
program telah dilaksanakan dengan jumlah penyertaan seramai
555 orang yang terdiri daripada 345 peserta lelaki dan 210 peserta
perempuan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 20
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN SURESH SINGH A/L RASHPAL
SINGH
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Suresh Singh A/L Rashpal Singh minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan jumlah bilangan graduan-graduan dari bidang farmasi dan
kedoktoran yang masih belum ditempatkan setakat Julai 2020 dan
apakah langkah-langkah diambil untuk mempercepatkan penempatan
mereka.
NO SOALAN: 20
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan
pengambilan graduan perubatan sebanyak enam (6) kali setahun.
Buat masa ini, tempoh masa menunggu pengambilan tersebut
adalah di antara 8 hingga 9 bulan. Terdapat peningkatan tempoh
menunggu bagi graduan perubatan berikutan penularan wabak
COVID-19 yang menyebabkan urusan pengambilan terpaksa
ditangguhkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
2. Sehingga kini, sebanyak empat sesi ambilan tahun 2020 telah
dilaksanakan oleh pihak KKM dengan perincian berikut:
i. Sesi pengambilan pertama pada 3 Februari 2020 melibatkan
seramai 740 org;
ii. Sesi pengambilan kedua pada 16 Mac 2020 melibatkan 915
orang;
iii. Sesi pengambilan ketiga pada 20 Julai 2020 melibatkan 1,071
orang;
iv. Sesi pengambilan keempat pada 24 Ogos 2020 melibatkan
950 orang; dan
NO SOALAN: 20
v. Sesi pengambilan kelima yang melibatkan penawaran kepada
907 orang graduan perubatan telah dibuat pada 2 September
2020.
3. Sehubungan itu, bilangan graduan perubatan yang telah lulus
tapisan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tetapi masih
menunggu penempatan adalah seramai 635 orang. Mereka akan
ditawarkan pelantikan serterusnya bagi sesi pengambilan keenam
tahun ini yang dijadualkan pada 26 Oktober 2020 tertakluk kepada
kekosongan slot latihan siswazah sedia ada.
4. Tiada graduan farmasi yang menunggu penempatan buat masa
ini memandangkan kesemua 208 orang yang lulus tapisan SPA
sehingga 31 Julai 2020 telah dilantik.
5. Bagi memendekkan tempoh menunggu penempatan latihan
siswazah dan khidmat wajib ini, Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) sentiasa membuat penambahbaikan, antaranya adalah :
(a) menambah bilangan Hospital Latihan Siswazah iaitu
daripada 38 buah pada 2009 kepada 48 buah pada tahun
2019;
(b) bekerjasama dengan Konsortium Hospital Universiti
Awam Malaysia bagi meningkatkan slot penempatan latihan
siswazah di Hospital Universiti seperti PPUM, HUKM dan
HUSM sehingga 950 slot latihan siswazah; dan
NO SOALAN: 20
(c) meningkatkan slot latihan siswazah daripada 10,835 pada
tahun 2013 kepada 12,153 pada masa ini.
6. Selain daripada langkah-langkah yang dinyatakan, Kerajaan
menerusi Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan
Moratorium Penawaran Kursus Baru Bidang Perubatan di
Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara sejak 2011 sehingga
2021, dan telah memohon agar dilanjutkan selama lima (5) tahun
lagi iaitu sehingga 2026. Moratorium tersebut meliputi tiga (3) aspek
berikut:
(a) tiada pertambahan universiti kolej perubatan baru;
(b) tiada pertambahan Program Pengajian Perubatan yang baru;
dan
(c) tiada pertambahan kuota pelajar Pengajian Perubatan.
7. KKM akan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan isu lantikan
kontrak ini agar pendekatan yang dilaksanakan lebih menyeluruh
dan dapat menambahbaik kerjaya pegawai dalam jangka masa
panjang.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 21
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L
PONNUSAMY
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan daripada jumlah 525 sekolah Tamil, berapakah sekolah yang
disediakan dengan kemudahan pra-sekolah. Apakah langkah-langkah
yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk memastikan semua
sekolah Tamil mempunyai kemudahan pra-sekolah.
NO SOALAN: 21
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam melaksanakan
peluasan kelas prasekolah tanpa mengira lokasi di kawasan yang
berkeperluan. KPM berhasrat meningkatkan enrolmen prasekolah
seperti yang terkandung dalam Anjakan 1 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu meningkatkan kualiti
prasekolah dan menggalakkan enrolmen sejagat menjelang tahun 2020.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan membuka
prasekolah di semua jenis institusi bawah KPM termasuk Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT) adalah berdasarkan permintaan, keperluan
dan kesesuaian tempat. Kelas prasekolah baharu KPM dilaksanakan
secara berterusan mengikut unjuran keperluan daripada Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN). Sehingga Julai 2020, sebanyak 247 buah SJKT
di seluruh negara telah dilengkapi dengan kemudahan prasekolah.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 22
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI YAKUBAH KHAN
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Haji Yakubah Khan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
adakah pihak Kementerian akan mempertimbangkan cadangan untuk
melengkapkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
(ESSCOM) dengan kelengkapan aset udara sendiri bagi memperkukuhkan
rondaan udara di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).
NO SOALAN: 22
JAWAPAN
Tuan Yang Di-pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui agensi-agensi penguatkuasaan
KDN sentiasa proaktif dalam usaha mempertingkatkan penguatkuasaan dan
kawalan keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
(ESSCOM) dengan kerjasama agensi penguatkuasaan di bawah KDN dan
ATM. Tanggungjawab mengawal keselamatan dan kedaulatan negara di
atur gerak dengan menggunakan kekuatan anggota dan aset daripada
pelbagai agensi seperti Polis di-Raja Malaysia (PDRM), Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) bagi mengekang aktiviti pencerobohan, pengedaran dadah dan
jenayah rentas sempadan.
Kementerian ini menghargai keprihatinan YB dalam mengusulkan supaya
ESSCOM mempunyai kelengkapan aset udara sendiri bagi
memperkukuhkan rondaan udara di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).
Kementerian sentiasa komited dalam melakukan penambahbaikan,
walaubagaimanapun kementerian berpandangan keperluan untuk
mewujudkan aset udara bagi ESSCOM pada masa ini masih belum menjadi
keutamaan. Ini selari dengan langkah memperkasakan agensi
penguatkuasaan di bawah ESSCOM seperti PDRM, APMM dari segi
pertambahan aset penting seperti Dron, radar dan Sistem Pengawasan Laut
(SWASLA) yang berkeupayaan tinggi.
NO SOALAN: 22
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 23
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian
akan membuka lebih ruang untuk kerjasama dan kolaborasi antara
Kementerian dan NGO-NGO kebajikan dalam memperkukuhkan sistem
bantuan dan sokongan kepada warga-warga emas, golongan kurang
upaya dan yang berpendapatan rendah.
NO SOALAN: 23
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama strategik dengan mana-mana
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Korporat dan Government-
Linked Company (GLC) dalam memperkukuhkan sistem bantuan dan
sokongan kepada kumpulan sasar kementerian.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, bagi menggalakkan
penyertaan dan penglibatan NGO sebagai rakan kongsi strategik,
Kementerian telah menyediakan bantuan kewangan melalui pemberian
Bantuan Kewangan Kerajaan dan Bantuan Khas Perbendaharaan untuk
tujuan pelaksanaan program Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat. Langkah ini bertujuan memastikan perkhidmatan kebajikan
yang terbaik dapat diberikan secara langsung kepada kumpulan sasar.
Antara program kerjasama strategik yang telah dilaksanakan oleh
Kementerian bersama NGO, Syarikat Korporat dan GLC adalah seperti
berikut:
i. Program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) yang
dilaksanakan di seluruh Negara dengan kerjasama Empat (4)
buah NGO iaitu Majlis Pusat Kebajikan Se-Malaysia
(MPKSM), Persatuan USIAMAS, Persatuan Bulan Sabit
Merah (PBSM) dan Majlis Perkhidmatan Sabah;
NO SOALAN: 23
ii. Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang dilaksanakan
dengan kerjasama MPKSM, Persatuan USIAMAS dan NGO
lain di peringkat komuniti;
iii. Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang
dilaksanakan bersama NGO di peringkat komuniti serta
dengan sokongan Syarikat Korporat dan GLC;
iv. Program Penyumberluaran Perkhidmatan Institusi Rumah
Seri Kenangan Sri Iskandar bersama NGO dan Syarikat
Korporat; dan
v. Pengurusan sumbangan di bawah CSR oleh Syarikat
Korporat dan GLC kepada kumpulan sasar Kementerian
seperti yang telah dilaksanakan semasa tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
Kementerian sentiasa mengalu-alukan mana-mana NGO, Syarikat
Korporat dan GLC untuk menjalinkan kerjasama strategik demi
kepentingan dan kesejahteraan kumpulan sasar di bawah Kementerian.
Ini juga adalah selaras dengan prinsip kebajikan adalah tanggungjawab
bersama.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 24
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L
NACHIAPPAN
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan kawalan kualiti yang dilaksanakan pihak
Kementerian terhadap Institusi Pengajian Tinggi yang menyediakan
pelbagai lulusan ijazah supaya mengikut permintaan tenaga kerja
tempatan dan global.
NO SOALAN: 24
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat.
Bagi memastikan program pengajian yang ditawarkan di institusi
pengajian tinggi adalah berkualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
memberikan kelulusan ke atas penawaran sesuatu program pengajian,
hanya setelah proses semakan dan pengesahan terhadap kualiti program
pengajian tersebut dilaksanakan melalui penilaian akreditasi oleh Agensi
Kelayakan Malaysia atau dengan izin Malaysian Qualifications Agency
(MQA).
Proses semakan kualiti program pengajian atau penilaian akreditasi oleh
MQA, meliputi pematuhan kualiti berdasarkan Kerangka Kelayakan
Malaysia atau Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang
menekankan kepada pemupukan bakat pelajar secara seimbang dan
berdaya saing dari segi ilmu pengetahuan; kemahiran; dan sikap. MQA
turut membuat semakan terhadap kualiti program berdasarkan standard
program yang telah ditanda aras dengan amalan baik antarabangsa dan
turut mengambil kira input daripada pihak industri serta pihak
berkepentingan agar penawaran program menepati keperluan semasa.
Sehingga 31 Ogos 2020, MQA telah mengakredit sebanyak 15,367
program pengajian di pelbagai tahap dan bidang pengajian. Program
yang telah diakredit MQA disenarai dalam Daftar Kelayakan Malaysia
yang boleh dirujuk secara dalam talian oleh semua pihak.
NO SOALAN: 24
Di samping proses mengakreditasi program pengajian oleh MQA,
Kementerian juga turut melaksanakan saringan awal yang ketat terhadap
program-program akademik yang hendak ditawarkan oleh Universiti
Awam. Proses saringan ini dilaksanakan secara bersama dengan
beberapa Jabatan dan Agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan
Awam; Jabatan Perangkaan Malaysia; Institut Maklumat dan Analisis
Pasaran Buruh (ILMIA); Talentcorp; Malaysia Investment Development
Authority (MIDA), Badan Profesional dan sebagainya. Proses saringan
yang ketat ini dilaksanakan bagi memastikan program-program akademik
atau bidang pengajian yang menjadi fokus dan keperluan guna tenaga
negara sahaja yang ditawarkan oleh IPT, di samping mengelakkan
berlakunya lambakan graduan dalam bidang-bidang pekerjaan yang tidak
diperlukan.
Kementerian turut melaksanakan pelbagai insiatif lain untuk memastikan
program akademik yang ditawarkan, relevan dan terkini seperti
memperkasakan program 2u2i, memperkenalkan program apprenticeship
di mana pelajar ditempatkan di industri untuk tempoh tertentu bagi
melengkapkan kursus pengajian; memaksimakan pendekatan Work
Based learning supaya pelajar memperolehi pengalaman dan kemahiran
secara terus daripada industri; dan memperkenalkan program Service
Learning Malaysia, University for Society (SULAM) yang membolehkan
pelajar mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam
membantu menyelesaikan permasalahan di komuniti melalui kursus
dalam program akademik mereka. Kementerian juga telah menerbitkan
Kerangka Kurikulum Tersedia Masa Hadapan untuk dijadikan panduan
kepada universiti awam dalam membangunkan program-program
akademik seiring dengan keperluan pekerjaan abad ke-21.
NO SOALAN: 24
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 25
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Razali Bin Idris minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan komitmen dan jaminan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) bagi pelaburan luar negara dan setakat mana pelaburan luar
negara memberikan pulangan dari segi keuntungan modal dan tukaran
asing serta adakah menepati profil risiko pulangan pelaburan kepada
pencarumnya.
NO SOALAN: 25
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaburan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) adalah berpandukan Alokasi Aset
Strategik (SAA) yang dirangka untuk mengoptimumkan pulangan
jangka panjang dengan mengambil kira had toleransi risiko KWSP
sebagai sebuah dana simpanan persaraan. KWSP telah melantik dan
berkerjasama dengan perunding global yang mempunyai kredibiliti
yang tinggi di dalam merangka SAA yang bersesuaian dengan profil
risiko dan pulangan KWSP. SAA ini dikaji semula setiap tiga tahun
bagi memastikan jangkaan pulangan dan risiko adalah relevan
dengan situasi dan keadaan pasaran modal semasa, perubahan
polisi, regulatori, perakaunan dan bekalan aset di pasaran.
2. Sehingga Jun 2020, pelaburan luar negara mewakili 30% daripada
keseluruhan nilai aset pelaburan KWSP, selaras dengan kelulusan
Kementerian Kewangan yang membenarkan KWSP melabur
sebanyak 32% di pasaran luar negara untuk tempoh 2017-2019 dan
telah dilanjutkan untuk tempoh 2020-2022 sehingga kajian semula
SAA yang kini diperingkat akhir diluluskan.
3. Pelaburan luar negara KWSP telah bermula pada tahun 2006
sebagai sebahagian daripada inisiatif KWSP untuk mendiversifikasi
pelaburannya merentasi pelbagai kelas aset, negara, pasaran dan
mata wang. Pelaburan luar negara yang terkini melibatkan lebih
NO SOALAN: 25
daripada 40 negara dan 29 mata wang telah berjaya mengimbangi
risiko pelaburan KWSP dan meningkatkan pulangan pelaburan
keseluruhan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 26
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RITA SARIMAH ANAK PATRICK
INSOL
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI TENAGA DAN
SUMBER ASLI menyatakan sasaran peratusan penutup hutan (forest
cover) di Malaysia dan apakah inisiatif Kerajaan bagi mengekalkan
keluasan hutan di Malaysia.
NO SOALAN: 26
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Perkara 74 (2)
Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa
perkara-perkara berkaitan tanah dan hutan adalah di bawah bidang
kuasa Kerajaan Negeri. Kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan
hanya terhad untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal,
latihan serta menjalankan penyelidikan berkaitan perhutanan.
2. Walau bagaimanapun, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
(KeTSA) sentiasa komited dalam usaha memelihara khazanah
hutan negara dan memastikan sasaran dan komitmen negara
seperti yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de
Jeneiro pada tahun 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya
50% daripada keluasan tanah negara dilitupi pokok-pokok dan
kawasan hutan tercapai.
3. Dalam hubungan ini, antara langkah-langkah yang diambil bagi
menjaga dan mengekalkan hutan-hutan simpan oleh KeTSA melalui
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta Jabatan
Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak adalah seperti
berikut:
(i) mempergiatkan usaha ke arah mewartakan kawasan-
kawasan berhutan sebagai HSK dengan sasaran untuk
meningkatkan jumlah kawasan HSK di Semenanjung
Malaysia kepada 5 juta hektar menjelang tahun 2020;
NO SOALAN: 26
(ii) meningkatkan keluasan Kawasan Perlindungan Sepenuhnya
(Totally Protected Area - TPA) selaras dengan Dasar Hutan
Sabah 2018 iaitu meningkatkan keluasan TPA di seluruh
Sabah kepada 30% menjelang tahun 2025;
(iii) mempertingkatkan usaha pemeliharaan dan pemulihan
kawasan hutan antara lainnya melalui Program Penanaman
Pokok Bakau dan Spesies-spesies Yang Bersesuaian di
Pesisiran Pantai Negara, Projek Central Forest Spine (CFS),
Program Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan
Terosot di Semenanjung Malaysia dan Inisiatif Heart of
Borneo;
(iv) melaksanakan pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984
[Akta 313] bagi memperketatkan proses pewartaan keluar
Hutan Simpanan Kekal yang melibatkan proses pendengaran
awam (public hearing) serta memantapkan penguatkuasaan
hutan, meningkatkan kadar denda dan hukuman bagi
membendung kesalahan hutan;
(v) melaksanakan aktiviti rawatan hutan dan silvikultur dalam
Hutan Simpanan Kekal seluas 250 hektar di bawah
Rancangan Malaysia Ke-11. Manakala, di bawah Rancangan
Malaysia Ke-12, seluas 1,640 hektar kawasan Hutan
Simpanan Kekal telah dikenal pasti untuk tujuan yang sama;
(vi) melaksanakan dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan
hutan secara bersepadu dengan agensi kerajaan yang
NO SOALAN: 26
berkaitan bagi menangani aktiviti pencerobohan dan
kesalahan hutan;
(vii) menyedia, melaksana dan memantau Catuan Tebangan
Tahunan (CTT) setiap tempoh Rancangan Malaysia bagi
kawasan hutan pengeluaran dalam HSK;
(viii) menjana pendapatan melalui potensi baharu selain daripada
kayu balak termasuk inisiatif REDD Plus dan bayaran bagi
perkhidmatan ekosistem (Payment for Ecosystem Services –
PES) bagi mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti
pembalakan;
(ix) memperkasa amalan pengurusan hutan berkekalan dengan
membangun dan mengaplikasikan teknologi terkini dalam
penguatkuasaan hutan bagi tujuan pemantauan perubahan
kawasan hutan; dan
(x) kerjasama dan engagement dengan Kerajaan Negeri antara
lainnya melalui platform Majlis Tanah Negara untuk
membincangkan berkenaan dasar dan perundangan untuk
memajukan dan mengawal penggunaan tanah bagi maksud
perhutanan dalam usaha meningkatkan lagi kecekapan dan
keberkesanan pentadbiran tanah negara.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 27
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG
TARIKH ; 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN
TEMPATAN menyatakan adakah pihak Kementerian akan mengkaji
semula kriteria baharu menaik taraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang
telah digunakan sejak 2008. Apakah persediaan Kementerian dalam
menaik taraf bandar yang akan berhadapan dengan cabaran pertambahan
penduduk.
NO SOALAN: 27
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Pada masa ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) tidak mempunyai cadangan untuk mengkaji semula kriteria
baharu naik taraf Pihak Berkuasa tempatan (PBT) yang telah
digunakan sejak tahun 2008. Walau bagaimanapun, KPKT sedia
menimbang cadangan tersebut jika terdapat keperluan yang berkaitan
seperti perkhidmatan PBT, kesejahteraan penduduk dan kelestarian
alam sekitar.
2. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, pertambahan penduduk
dalam kawasan bandar memberi tekanan kepada PBT dalam
pengurusan bandar seperti peluang pekerjaan, perumahan, jaringan
pengangkutan, pencemaran alam sekitar dan lain-lain. Bagi
memastikan bandar-bandar yang ditadbir oleh PBT mampu
berhadapan dengan cabaran pertambahan penduduk, KPKT
mengangkat agenda Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) untuk
dilaksanakan di peringkat PBT agar semua PBT dapat meningkatkan
usaha untuk mencapai 17 SDG menjelang 2030.
3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, dalam usaha menangani
matlamat tersebut, beberapa pendekatan dan kerangka seperti
Bandar Pintar (Smart Cities) diwujudkan dalam merancang,
NO SOALAN: 27
membangun dan menguruskan bandar ke arah bandar yang lebih
inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 28
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DR. YAAKOB BIN SAPARI
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Dr. Yaakob Bin Sapari minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
apakah usaha Kerajaan untuk mengawal sempadan negara dari
diceroboh masuk oleh pendatang asing, pelarian atau aktiviti
penyeludupan dadah, rokok dan lain-lain terutamanya di kawasan pantai
dan hutan dan berapa banyak tangkapan yang telah dibuat dari tahun
2015 hingga 2020.
NO SOALAN: 28
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kerajaan sentiasa komited melaksanakan langkah-langkah strategik bagi
memastikan kawalan sempadan tanah air sentiasa terpelihara, tidak
dibolosi dan dicemari dengan penyeludupan serta jenayah rentas
sempadan melalui:
(a) Penubuhan National Task Force (NTF) pada 1 Mei 2020 melalui
pelaksanaan Ops Benteng yang bertujuan untuk mengekang
kemasukkan PATI ke tanah air yang diketuai oleh ATM dan
dianggotai oleh agensi penguatkuasaan lain seperti PDRM, APMM,
JIM, AKSEM, RELA, dan ESSCOM. Dengan adanya kerjasama ini,
segala bentuk penugasan dan atur gerak aset dapat diselaraskan
dengan lebih sempurna bagi tujuan pemantauan khususnya
melibatkan jalan laut.
(b) Agensi penguatkuasaan seperti PDRM, APMM, JIM, dan AKSEM
telah mengambil langkah drastik khususnya di daratan bagi
mengenalpasti lorong–lorong tikus bagi kegiatan penyeludupan
rentas sempadan. Antaranya ialah dengan membuat risikan secara
berkala ke lokasi yang dikenalpasti.
(c) Memperkasakan aset-aset termasuklah menempatkan lebih
banyak pos-pos statik dan pos-pos sementara Pasukan Gerakan
Am (PGA), PDRM di sempadan darat negara.
NO SOALAN: 28
(d) Meneliti dan mempertimbangkan penggunaan teknologi terkini
sebagai contoh pemasangan sensor, kamera litar tertutup dan
penggunaan dron di sepanjang sempadan negara bagi
membendung penyeludupan dan jenayah rentas sempadan negara
amnya.
Tuan Yang Di-pertua,
Pada masa yang sama, Kerajaan turut mengambil langkah-langkah
khusus di kawasan perairan dalam menangani dan memastikan kawalan
sempadan tanah air kita tidak lagi menghadapi masalah penyeludupan
dan jenayah rentas sempadan. Antara langkah-langkah yang telah dan
sedang diambil oleh Agensi Penguatkuasaan bagi memastikan
keselamatan maritim sentiasa terjamin seperti berikut:
(a) Mempertingkatkan rondaan di kawasan strategik dengan
menggunakan aset-aset Pasukan Polis Marin, APMM dan TLDM
secara optima;
(b) Mempertingkatkan pemeriksaan terhadap bot-bot yang keluar
masuk dari Indonesia dan sebaliknya bagi memastikan bot-bot
berkenaan tidak diguna untuk melakukan aktiviti yang menyalahi
undang-undang. Tumpuan pemeriksaan adalah pada bot barter
trade dan bot nelayan untuk memastikan penumpang dan bot tidak
digunakan untuk tujuan yang salah;
(c) Meningkatkan aktiviti risikan dan melancarkan operasi khas dan
bersepadu dengan gabungan kepakaran PDRM, Pasukan Polis
Marin, Pasukan Gerakan Am, Agensi Penguatkuasaan Maritim
NO SOALAN: 28
Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, AKSEM, Jabatan Kastam DiRaja
Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia;
(d) Mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa negara jiran
khususnya Polisi Air dan Udara (POLAIRUD) Indonesia dalam
menangani permasalahan di perairan sempadan seperti
mengadakan mesyuarat bilateral untuk membincangkan isu-isu
semasa yang berlaku di sempadan;
(e) Mengadakan pertemuan di laut (Rendezvous) di antara bot ronda
Malaysia dengan negara jiran seperti Indonesia, Thailand,
Singapura dan Filipina dalam pertukaran maklumat kegiatan haram
dan ancaman yang sering berlaku di sempadan perairan untuk
mempertingkatkan keberkesanan operasi dengan perancangan
yang lebih teliti.
Hasil daripada operasi yang dijalankan, sejak tahun 2015 sehingga Ogos
2020, sebanyak 34,132 kes telah disiasat dengan jumlah tangkapan
sebanyak 26,490 dan jumlah nilai rampasan adalah sebanyak
RM891,090,114.30 direkodkan.
Sekian, terima kasih,
NO SOALAN: 29
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Puan Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perancangan
Kementerian dalam memastikan semua pertubuhan badan bukan
Kerajaan OKU diberi bantuan dana bagi menyokong usaha mereka dalam
membantu Kerajaan melaksanakan program pasca COVID-19 khusus
buat golongan OKU.
NO SOALAN: 29
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
melihat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau dikenali sebagai
Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) sebagai rakan strategik yang
melengkapi usaha Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan
sehingga ke peringkat akar umbi.
Pada 5 Jun yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia
telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)
untuk menjana semula ekonomi Negara bagi pasca COVID-19. KPWKM
telah diperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk menggalakkan NGO di
bawah kumpulan sasar KPWKM bagi menjalankan program-program
yang berkaitan melalui Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP).
Peruntukan BKP adalah Bantuan Kewangan Kerajaan disalurkan kepada
NGO bagi tujuan pelaksanaan program Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat. Bantuan Kewangan Kerajaan disalurkan bagi
menggalakkan penyertaan dan penglibatan NGO dalam program dan
khidmat kebajikan. Juga sebagai rakan kongsi Kementerian dalam
menyediakan perkhidmatan kebajikan yang terbaik kepada masyarakat
yang memerlukan, di samping perkhidmatan yang telah disediakan oleh
kerajaan.
NO SOALAN: 29
Permohonan peruntukan tersebut terbuka kepada semua NGO yang
berdaftar dengan mana-mana Pendaftar yang diiktiraf atau mana-mana
badan Kerajaan yang diberi kuasa melalui undang-undang Negara dan
menjalankan sesuatu program yang mempunyai kepentingan untuk
wanita, keluarga dan masyarakat.
Sekian,terima kasih.
NO SOALAN: 30
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI YAKUBAH KHAN
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Haji Yakubah Khan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
adakah pihak Kementerian bercadang untuk mengkaji semula Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi
meningkatkan penalti dan hukuman yang dianggap terlalu rendah
dikenakan ke atas individu yang ingkar terutamanya dalam tempoh
pandemik COVID-19 memandangkan berlakunya kluster baru iaitu
Sivagangga disebabkan keingkaran individu tidak bertanggungjawab.
NO SOALAN: 30
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (342) dan Peraturan-
Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
(Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)
(No. 7) 2020 [P.U. (A) 181/2020] boleh dikenakan kompaun. Kadar
kompaun yang diperuntukkan ini adalah RM1,000, merupakan
kadar maksimum denda dan ia juga terpakai bagi kesalahan-
kesalahan lain di bawah Akta 342 ini.
2. Kompaun adalah salah satu tindakan awal prosiding jenayah di
mana kegagalan untuk membayar kompaun yang dikenakan akan
menyebabkan suatu tindakan pendakwaan dimulakan di
mahkamah. Sekiranya disabitkan kesalahan, maka penalti dan
hukuman bagi kesalahan tersebut adalah seperti yang dinyatakan
dalam seksyen 24 Akta 342, iaitu:
"24. Mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan di
bawah akta ini, yang baginya tiada penalti tertentu diperuntukkan,
apabila disabitkan-
(a) berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau
kedua-duanya.
NO SOALAN: 30
(b) berkenaan dengan kesalahan kedua atau kesalahan
berikutnya, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau
didenda atau kedua-duanya.
(c) berkenaan dengan kesalahan yang berterusan didenda
selanjutnya tidak melebihi 200 ringgit bagi tiap-tiap hari
kesalahan itu berterusan.”
3. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti untuk
meminda Akta 342 termasuk penalti dan kompaun seperti yang
termaktub dalam seksyen 24 dan seksyen 25 Akta 342.
Sementara menunggu Akta 342 dibuat pindaan, bagi yang
melakukan kesalahan di bawah Akta 342 boleh dikenakan kompaun
maksima sebanyak RM 1,000.00.
Sekian, terima kasih
NO SOALAN: 31
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED
YASSIN
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kekerapan
kebakaran berlaku di luar bandar yang melibatkan bangunan tinggi, apakah
langkah yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian untuk menambah baik
mutu perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat di seluruh negara.
NO SOALAN: 31
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini tiada rekod
menunjukkan kebakaran melibatkan bangunan tinggi di luar bandar
yang dihadiri oleh pihak JBPM. Merujuk kepada aspek kebombaan,
definisi bangunan tinggi ialah mana-mana bangunan yang mempunyai
ketinggian lantai tertinggi diduduki melebihi 18.5 meter. Secara
umumnya, bangunan tinggi dipasang dengan sistem pepasangan
keselamatan kebakaran iaitu alat pemadam api, sesalur pancur
kering/basah, lif bomba dan lobi menentang kebakaran.
2. Pematuhan kepada pepasangan di bangunan ini dilaksanakan
sebelum pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
Manakala jika bangunan tinggi termasuk dalam premis ditetapkan
mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1984, pemeriksaan dan
pengujian pepasangan keselamatan kebakaran dilaksanakan setiap
tahun oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi
tujuan pengeluaran Perakuan Bomba.
3. Berdasarkan statistik kebakaran yang direkodkan oleh JBPM, bagi
tahun 2018 sebanyak 233 kes kebakaran yang melibatkan bangunan
tinggi di negara ini iaitu melibatkan hotel (45 kes) dan rumah
apartment/kondo (188 kes). Manakala bagi tahun 2019 sebanyak
270 kes kebakaran direkodkan melibatkan hotel (36 kes) dan rumah
apartment/kondo (234 kes). Bagi tahun 2020 sehingga bulan Julai
NO SOALAN: 31
sebanyak 113 kes kebakaran yang melibatkan hotel (17 kes) dan
rumah apartment/kondo (96 kes).
4. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi memperkasakan lagi
penyampaian perkhidmatan JBPM kepada rakyat, JBPM telah
melaksanakan beberapa inisiatif antaranya:
i. Merancang dan membina balai-balai bomba baharu di lokasi yang
strategik bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan
kebombaan khususnya pencapaian Response Time;
ii. Memperlengkapkan kapasiti logistik operasi termasuk
kelengkapan pemadaman bagi menangani sebarang insiden yang
berlaku; dan
iii. Memberi latihan kebombaan melibatkan pemadaman,
penyelamatan dan pengungsian bangunan kepada Organisasi
Keselamatan Kebakaran (OKK) di premis-premis ditetapkan yang
bertindak sebagai First Responder sewaktu berlaku kecemasan
atau kebakaran di bangunan tersebut.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 32
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR
menyatakan bilangan kilang yang telah diambil tindakan kerana
membuang bahan cemar ke dalam sungai sehingga merosakkan alam
sekitar serta kadar denda yang dikenakan kepada pengusaha kilang
tersebut sejak Januari sehingga Ogos 2020.
NO SOALAN: 32
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam
Sekitar (JAS) memandang serius isu-isu pencemaran alam sekitar
termasuk pencemaran air yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat.
Tindakan tegas di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974)
dan Peraturan-Peraturan dibawahnya digunakan ke atas kilang-kilang
yang didapati tidak mematuhi undang-undang tersebut.
2. Bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2020, sebanyak 525 premis
telah diambil tindakan penguatkuasan kerana didapati melakukan
kesalahan berkaitan pencemaran air di bawah perundangan tersebut.
Sebanyak 815 tindakan penguatkuasaan telah diambil merangkumi 224
Notis Arahan, 517 kompaun dikeluarkan dengan nilai RM1.034 juta, 20
Penahanan Operasi Kelengkapan, 6 premis digantung lesen dan 48
kertas siasatan disediakan untuk tindakan mahkamah.
3. Bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2020 tersebut juga, sebanyak
39 premis yang telah melakukan kesalahan di bawah AKAS 1974 dan
Peraturan-Peraturan di bawahnya telah disabitkan kesalahan oleh
mahkamah dengan jumlah denda keseluruhan bernilai RM1.051 juta.
Sekian. terima kasih.
NO SOALAN: 33
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPA BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK THEODORE DOUGLAS LIND
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun ini dan
tahun hadapan, serta langkah-langkah yang akan diambil bagi mengatasi
kadar pengangguran dan kes kebankrapan yang dijangka meningkat naik
pada suku keempat tahun ini.
NO SOALAN: 33
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Ekonomi Malaysia mencatatkan penguncupan sebanyak 8.3 peratus
dalam tempoh separuh pertama 2020 berikutan langkah
pembendungan yang ketat pada peringkat global dan dalam negeri
bagi mengawal penularan pandemik COVID-19. Walau
bagaimanapun, susulan daripada kegiatan ekonomi yang telah dibuka
kembali pada awal bulan Mei 2020 dan sokongan dasar dalam negeri
yang berterusan, ekonomi dijangka pulih secara beransur-ansur
terutamanya pada separuh tahun kedua setelah mencatatkan
penguncupan mendadak pada suku kedua tahun 2020. Secara
keseluruhan, ekonomi Malaysia telah disemak semula dan diunjur
menyusut antara -5.5 peratus hingga -3.5 peratus pada tahun 2020,
sebelum kembali pulih dalam julat pertumbuhan antara 5.5 peratus
hingga 8 peratus pada tahun 2021.
Tuan Yang di-Pertua,
2. Bagi mengurangkan impak negatif penularan wabak COVID-19
terhadap operasi pasaran buruh, Kerajaan telah melaksanakan
inisiatif subsidi upah, Program Pengekalan Pekerjaan, hiring
incentive (dengan izin), program peningkatan kemahiran dan latihan
semula serta bantuan mobiliti di bawah pakej PRIHATIN dan
NO SOALAN: 33
PENJANA. Inisiatif tersebut dijangka dapat menstabilkan semula
pasaran pekerjaan seterusnya mengurangkan kadar pemberhentian
pekerja. Justeru, sehingga Julai 2020, kadar pengangguran berjaya
mencatat pengurangan kepada 4.7% atau 745,100 orang berbanding
tahap tertinggi 5.3% atau 826,100 orang pada Mei 2020. Ini
menunjukkan tanda-tanda pemulihan dalam operasi pasaran buruh
dan keberkesanan pelaksanaan pelbagai inisiatif penstabilan
pekerjaan yang dilaksanakan oleh Kerajaan di bawah pakej
rangsangan tersebut. Kerajaan yakin bahawa ekonomi berupaya
kembali kepada tahap guna tenaga penuh dalam tempoh terdekat
selaras dengan pelaksanaan kesemua inisiatif yang diumumkan dan
pemulihan ekonomi global.
3. Bagi mengelakkan pertambahan mendadak kes kebankrapan pula,
Kerajaan telah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU)
Insolvensi (Pindaan) 2020 bagi meningkatkan nilai ambang hutang
minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan. Selain
daripada penggubalan undang-undang, Jabatan Insolvensi Malaysia
(MdI) telah dan akan terus melaksanakan pelbagai program bagi
mewujudkan kesedaran masyarakat tentang isu muflis dengan
melaksanakan program bersama masyarakat (outreach programme)
serta MdI Prihatin. Program ini bertujuan untuk menyampaikan
maklumat, memberikan pendidikan dan mewujudkan kesedaran
kepada orang awam bagi menerangkan kesan dan akibat daripada
perintah kebankrapan. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada semua golongan supaya masalah ini dapat ditangani di
peringkat awal lagi. Selain itu, Kerajaan juga melalui Agensi
NO SOALAN: 33
Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) iaitu sebuah agensi di
bawah Bank Negara Malaysia telah dan akan terus mengadakan
program-program untuk memberi kesedaran tentang pengurusan
kewangan termasuklah muflis. Program ini juga melibatkan
perancangan kewangan kepada semua golongan supaya dapat
menangani masalah pengurusan kewangan di peringkat pra
kebankrapan.
Tuan Yang di-Pertua,
4. Bergerak ke hadapan, Kerajaan akan terus memperkemas dan
melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup
rakyat, terus menyokong perniagaan dan merancakkan ekonomi
melalui Belanjawan 2021 yang merupakan pelan jangka sederhana
dan akan dibentangkan pada bulan November 2020.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 34
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah
Kerajaan Malaysia telah membenarkan sektor kawalan keselamatan untuk
mengambil warga negara asing daripada Pakistan untuk menggantikan
warga negara asing daripada Nepal.
NO SOALAN: 34
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pada
masa sekarang Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya membenarkan
pengambilan warganegara Nepal sahaja untuk bekerja sebagai pengawal
keselamatan di dalam syarikat kawalan keselamatan bagi menampung
keperluan semasa dalam sektor ini. Kerajaan Malaysia masih tidak
membenarkan sektor kawalan keselamatan untuk mengambil warga negara
asing daripada Pakistan atau mana-mana negara lain untuk menggantikan
warganegara Nepal.
Dasar Kementerian untuk membenarkan pengambilan warganegara Nepal
sebagai pengawal keselamatan adalah sebagai langkah sementara sahaja.
Ini adalah bertujuan untuk dijadikan contoh dan model kepada pengawal
keselamatan tempatan dari aspek imej, kualiti kerja, disiplin, setia dan patuh
kepada arahan yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
`NO SOALAN: 35
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI
TARIKH : 15 SEPTEMEBR 2020
Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI
menyatakan sejauh mana prospek eksport tenaga elektrik hidro Sarawak
ke Kalimatan Barat dan peluang atau manfaat yang boleh dijana ekoran
cadangan pemindahan Pusat Pentadbiran Indonesia dari Jakarta ke
Kalimantan Timur menjelang 2024.
`NO SOALAN: 35
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat, perancangan pembekalan
elektrik di negeri Sarawak adalah terletak di bawah bidang kuasa
Kerajaan Negeri termasuklah perkara-perkara berkaitan eksport
elektrik ke negara jiran seperti Indonesia dan Brunei Darussalam.
2. Eksport tenaga elektrik dari Sarawak ke Kalimatan Barat (KALBAR)
telah dimulakan sejak tahun 2016 di bawah kerjasama Brunei-
Indonesia-Malaysia-Philippines East Asean Growth Area (BIMP-
EAGA). Projek ini melibatkan penyaluran bekalan elektrik dengan
kapasiti 200MW daripada Sarawak Energy Berhad (SEB) kepada
Perusahaan Listrik Negara (PLN), syarikat utiliti Indonesia. Ia
disambungkan melalui talian berkapasiti 275kV dari Mambong di
Sarawak ke Bengkayang di Kalimantan Barat.
3. Cadangan pemindahan Pusat Pentadbiran Indonesia dari Jakarta
ke Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur menjelang 2024 ini
dijangka berupaya membuka peluang kepada Kerajaan Negeri
Sarawak untuk meningkatkan kapasiti eksport, tertakluk kepada
persetujuan Kerajaan Indonesia
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 36
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Puan Ras Adiba Binti Mohd Radzi Minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan berapakah jumlah terkini mahasiswa OKU di IPT
sehingga Disember 2019 serta apakah usaha Kementerian bagi
meningkatkan jumlah OKU mendapat pendidikan tertiari.
NO SOALAN: 36
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Berdasarkan data sistem MyMOHES, sehingga 31 Disember 2019,
terdapat seramai 1,234 orang pelajar OKU atau 0.2 peratus daripada
567,625 enrolmen pelajar di universiti awam. Daripada jumlah tersebut
1,106 atau 89.6 peratus merupakan pelajar warganegara dan 128 atau
10.4 peratus merupakan pelajar bukan warganegara.
Kementerian amat prihatin terhadap keperluan khusus yang diperlukan
oleh kelompok pelajar tertentu dan berpegang kepada prinsip inklusiviti
pendidikan untuk semua. Justeru sebagai usaha untuk meningkatkan
bilangan OKU di peringkat pengajian tertiari, Pelan Tindakan Bagi
Meningkatkan Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Kurang Upaya
Di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) telah disediakan oleh
Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada tahun 2012, sebagai panduan
kepada IPTA menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif
kepada pelajar OKU. Pelan Tindakan ini seterusnya ditambahbaik melalui
Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya Di
Institusi Pendidikan Tinggi yang dilancarkan pada 11 Ogos 2019 bagi
memastikan kemudahan dan sistem sokongan pendidikan yang
berterusan dapat diberikan kepada pelajar-pelajar OKU yang berjaya
mendapat tempat di IPT.
Satu sistem berasaskan web yang dinamakan Projek Kerangka
Kampus Inklusif Meningkatkan Kemasukan Pelajar OKU ke
NO SOALAN: 36
Universiti Awam Malaysia (MyU-OKU) juga sedang dibangunkan oleh
kementerian untuk membantu universiti awam melaksanakan penilaian
kendiri terhadap ketersediaan setiap universiti awam dalam mewujudkan
kampus inklusif bagi memastikan pelajar yang berkeperluan khas tidak
terpinggir. Ketersediaan universiti awam dinilai berasaskan instrumen
untuk menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas yang meliputi
aspek tadbir urus; pengajaran dan pembelajaran; perkhidmatan
sokongan dan aksesibiliti; dan ketersambungan persekitaran kampus.
Dalam memastikan pelajar berkeperluan khas tidak terpinggir, 19
universiti awam juga telah menubuhkan Unit Perkhidmatan OKU yang
berfungsi sebagai unit perkhidmatan dan sokongan khusus kepada
pelajar dan kakitangan berkeperluan khas di universiti berkenaan. Unit
Perkhidmatan OKU ini dipertanggungjawabkan secara terus kepada
Naib-naib Canselor di universiti masing-masing.
Kementerian juga menyediakan peluang pendidikan tertiari dalam aliran
kemahiran bagi OKU di Politeknik dan Kolej Komuniti. Terdapat lima (5)
buah Politeknik yang menyediakan peluang pengajian kepada OKU bagi
mendapatkan Sijil Kemahiran sama ada melalui laluan kemasukan biasa
atau laluan kemasukan khas. Bagi laluan kemasukan biasa, OKU yang
memohon perlu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala
bagi laluan kemasukan khas, OKU hanya perlu menamatkan
pembelajaran sehingga Tingkatan Lima. Selain itu, Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) merupakan satu bidang tujahan utama di Kolej
Komuniti sejak diberikan mandat sebagai Hab Pembelajaran Sepanjang
Hayat pada tahun 2004. Terdapat lima (5) buah Kolej Komuniti yang
menyediakan peluang pengajian kepada OKU bagi mendapatkan Sijil
Kemahiran Khas.
NO SOALAN: 36
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 37
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Liew Chin Tong minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah
perancangan Kementerian untuk merancakkan semula pembangunan
ekonomi di Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di Johor selepas
krisis COVID-19 dan pelaburan IRDA dalam mencipta peluang pekerjaan
kepada pekerja tempatan yang telah hilang pekerjaan di Singapura.
NO SOALAN: 37
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada Iskandar
Malaysia terutamanya kepada sektor pelancongan khususnya dalam
industri perhotelan dan taman tema, sektor pendidikan berikutan
pengurangan jumlah pelajar antarabangsa yang masuk ke Iskandar
Malaysia dan sektor logistik yang turut terjejas dari segi jumlah kargo
yang masuk ke Malaysia. Selain itu, isu pengangguran rakyat
Malaysia turut berlaku disebabkan pemberhentian kerja oleh majikan
di Singapura.
2. Bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi dalam negara, Pihak
Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berpandangan
bahawa pembukaan pintu masuk negara seperti di Tambak Johor
dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
adalah sangat penting bagi meningkatkan pergerakan manusia ke
Iskandar Malaysia. Peningkatan pergerakan manusia (people
mobility) terutamanya dari Singapura dan negara-negara yang
dikategorikan selamat akan membantu pembangunan ekonomi
dalam pelbagai sektor terutamanya pelancongan, pendidikan dan
logistik. Pembukaan pintu masuk juga membolehkan pelabur asing,
pekerja mahir dan separa mahir bukan tempatan serta pelajar
antarabangsa dapat memasuki Iskandar Malaysia untuk
menjalankan aktiviti ekonomi dalam pelbagai sektor. Buat masa ini
pembukaan pintu masuk di Tambak Johor dan LINKEDUA telah
NO SOALAN: 37
dilaksanakan secara berperingkat dan inisiatif ini perlu diperluaskan
bagi membantu pemulihan ekonomi di Iskandar Malaysia yang
terjejas disebabkan COVID-19.
3. Selain itu, Kerajaan Persekutuan melalui IRDA turut merangka
beberapa strategi untuk mempergiatkan kegiatan ekonomi di
Iskandar Malaysia. Ini termasuklah pemberian bantuan dan
sokongan kepada pelabur sedia ada, pemberian insentif kepada
pelajar dan pengajar yang melanjutkan pelajaran dan memulakan
kerjaya di Educity, Iskandar Malaysia, pemberian insentif khusus
kepada sektor yang terjejas serta usaha untuk memudahkan proses
pertimbangan kelulusan kepada pelabur. Di samping itu, IRDA juga
turut merancang untuk meneroka sektor baharu yang berpotensi
seperti pertanian moden bagi mempelbagaikan sumber ekonomi di
Iskandar Malaysia.
4. Bagi usaha untuk mengurangkan pengangguran rakyat tempatan
disebabkan pemberhentian pekerja oleh majikan di Singapura,
Kerajaan secara dasarnya sentiasa berusaha mempelbagaikan
program dan inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran dan
kemahiran. Kerajaan melalui IRDA dan pelbagai agensi lain yang
berkaitan sentiasa memberi ruang dan peluang kepada individu yang
memerlukan untuk meningkatkan kebolehan masing-masing dalam
bidang keusahawan dan peningkatan kemahiran. Melalui program
keusahawanan dan peningkatan kemahiran ini, individu tersebut
akan lebih berupaya dalam meneruskan kehidupan. Selain itu,
terdapat juga ruang di mana individu yang terkesan boleh memohon
untuk mendapatkan bantuan kewangan mikro untuk memulakan
perusahaan kecil dan sederhana.
NO SOALAN: 37
5. Kerajaan percaya bahawa dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif
yang telah dirancang bukan sahaja akan menggalakkan semula
pertumbuhan ekonomi negara bahkan mampu untuk menangani
masalah pengangguran tenaga tempatan di Iskandar Malaysia.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 38
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI
MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN
MASYARAKAT menyatakan penekanan dan usaha Kementerian untuk
mengekang gejala sosial bawah umur seperti pembuangan bayi dari
tingkap atas rumah yang terjadi di Ipoh, Perak baru-baru ini.
NO SOALAN: 38
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
sememangnya memandang serius terhadap gejala sosial yang
melibatkan remaja bawah umur dan pembuangan bayi yang berlaku di
dalam masyarakat kita. Usaha itu membendung masalah ini bukanlah
terletak kepada Kementerian semata-mata tetapi memerlukan komitmen
daripada semua pihak termasuk NGO, swasta dan Ibu bapa.
Justeru, Kementerian melalui LPPKN akan terus melaksanakan pelbagai
program pencegahan dan intervensi seperti berikut :
(i) Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial
(PEKERTI)
Program PEKERTI memberi kemahiran dan pengetahuan
berkaitan kesihatan reproduktif dan sosial serta memupuk sikap
yang positif serta menghindari daripada tingkah laku yang
berisiko. Program ini juga turut menyentuh berkaitan kesan dan
akibat hubungan seks dalam kalangan remaja, pembuangan bayi
serta undang-undang berkaitan dengannya. Ia turut dilaksanakan
dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan telah memberi
manfaat kepada 293,994 peserta sejak tahun 2011.
NO SOALAN: 38
(ii) Program KafeTEEN
Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial juga diterapkan
melalui 18 buah Pusat Remaja KafeTEEN di seluruh negara. Dari
tahun 2006 sehingga Mac 2020, seramai 687,565 golongan
remaja telah mendapat manfaat daripada penganjuran program-
program pendidikan dan pembangunan kemahiran diri, 35,458
remaja telah menerima perkhidmatan kesihatan reproduktif dan
13,864 remaja mendapat perkhidmatan kaunseling sosial.
Aplikasi mykafeTEEN, pula telah diakses oleh 5,064 remaja pada
tahun 2019.
(iii) Program Pendidikan Keibubapaan
Kursus pendidikan keibubapaan dan perkahwinan yang
mencakupi pelbagai aspek sosial dilaksanakan untuk memberi
pengetahuan kepada ahli keluarga mengenai ilmu kekeluargaan.
Sepanjang tahun 2006 sehingga 2019 sebanyak 15,965 program
pendidikan keibubapaan yang memberi pengetahuan kepada
2,755,719 ahli keluarga.
(iv) Program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak
(PEKA)
Program PEKA dilaksanakan pada sejak 2016 untuk
meningkatkan kesedaran ibu bapa atau penjaga terhadap isu
pengabaian, kecuaian, penderaan dan perlindungan kanak-
kanak. Sejak tahun 2018 sehingga 2019, seramai 9,640 ahli
keluarga telah mendapat manfaat daripada program tersebut.
NO SOALAN: 38
(v) Program Promosi Pengukuhan Nilai Teras Keluarga
Sempena program pengukuhan nilai seperti Bulan Keluarga
Kebangsaan, Hari Ibu, Hari Bapa dan Bulan Kaunseling, LPPKN
mengadakan aktiviti perkongsian ilmu dan panduan
kekeluargaan. Melalui program ini seramai 85,726 telah
mendapat pengetahuan dan kemahiran dalam aspek
kekeluargaan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 39
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ ISA AB. AHAMID
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Dato’ Isa Ab. Ahamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan langkah-langkah dan pendekatan baharu JAKOA
untuk mengatasi proses pembayaran kewangan yang lambat setiap
tahun seperti bayaran tambang bas, elaun Tok Batin, biasiswa IPTA,
wang saku dan lain-lain lagi.
NO SOALAN: 39
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Pihak kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah
cuba mencari kaedah yang terbaik dalam menyelesaikan langkah-
langkah dan pendekatan baharu bagi mengatasi pembayaran lewat
berkaitan bayaran tambang pengangkutan, elaun Tok Batin, biasiswa
IPTA, wang saku dan lain-lain.
Di antara langkah- langkah dan pendekatan baru yang dilaksanakan
oleh pihak JAKOA ialah membuat pembayaran secara electronic fund
transfer (EFT) bagi bayaran elaun berkenaan.
Pihak JAKOA juga telah mengadakan perundingan dengan pihak
berkepentingan seperti pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi mencari kaedah yang
terbaik dalam menyelesaikan isu kelewatan pembayaran biasiswa
kepada pelajar Orang Asli.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 40
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB HAJAH SABANI BINTI MAT
TARIK : 15 SEPTEMBER 2020
Hajjah Sabani Binti Mat minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan berapakah jumlah hutang negara yang sebenar dan apakah
perancangan jangka pendek serta jangka panjang yang diambil oleh
Kementerian bagi menangani prestasi ekonomi negara yang tidak baik di
bawah Kerajaan yang lalu serta dalam menghadapi COVID-19.
NO SOALAN: 40
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Berdasarkan pengiraan had statutori, nisbah hutang terkumpul
Kerajaan Persekutuan kepada KDNK pada akhir-Jun 2020 adalah
53.2% (akhir-2019: 48.7%), masih di bawah had 55% KDNK yang
ditetapkan. Jumlah pinjaman untuk tahun 2020 akan turut mengambil
kira tambahan pinjaman bagi membiayai pelaksanaan pakej
rangsangan dan pemulihan ekonomi dengan suntikan langsung fiskal
berjumlah RM45 bilion, yang diperoleh sepenuhnya menerusi
pinjaman domestik.
2. Semua langkah yang telah diumumkan dalam Pakej Rangsangan
Ekonomi adalah bersifat one-off agar tidak membebankan kewangan
Kerajaan Persekutuan dalam jangka masa sederhana dan panjang.
Hal ini adalah penting bagi memastikan kedudukan fiskal dan hutang
negara kekal pada paras terkawal. Selain itu, Kerajaan akan kembali
melaksanakan langkah konsolidasi fiskal dalam jangka masa
sederhana bagi mewujudkan ruang fiskal untuk menghadapi krisis
luar jangka pada masa hadapan.
3. Sebagai usaha dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan
semula ekonomi negara, Kerajaan menggunakan pendekatan
strategi 6 fasa atau “6R”, iaitu:
NO SOALAN: 40
a. Ketegasan (resolve) dalam mengawal Covid-19 dengan
melaksanakan PKP;
b. Ketahanan (resilience) melalui pakej Rangsangan ekonomi
PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan untuk meningkatkan
kemampuan rakyat dan ekonomi;
c. Menjana semula (restart) ekonomi secara teratur dan terkawal;
d. Melaksanakan strategi pemulihan (recovery) ekonomi;
e. Memperkasa (revitalize) ekonomi secara menyeluruh; dan
f. Menyusun semula (reform) struktur ekonomi untuk kita
melangkah ke era ‘new normal’.
4. Dalam hal ini, Kerajaan telah bertindak proaktif dengan
melaksanakan pelbagai pakej rangsangan ekonomi bernilai RM295
bilion bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dalam
menangani krisis COVID-19, meringankan beban yang ditanggung
oleh rakyat, membantu perniagaan dan memulihkan semula ekonomi
negara. Antara inisiatif yang telah diumumkan termasuklah:
a. Memberi bantuan tunai (Bantuan Prihatin National) secara one-
off sehingga RM1,600 kepada golongan isi rumah B40 dan
M40 serta individu bujang;
b. Memberi kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kadar
maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan;
c. Memberi bantuan tunai kepada pemandu e-hailing dan
pemandu teksi sepenuh masa;
NO SOALAN: 40
d. Memperkenalkan Program Subsidi Upah bagi membantu
majikan mengekalkan pekerja daripada dibuang dan hilang
pendapatan;
e. Memberi kemudahan moratorium pinjaman selama enam bulan
oleh institusi perbankan dan agensi Kerajaan;
f. Menyediakan Geran Khas PRIHATIN sebanyak RM3,000 untuk
setiap PKS mikro bagi menampung keperluan aliran tunai
perniagaan yang terjejas;
g. Memberi insentif cukai bagi merancakkan semula pasaran
hartanah dengan memperkenalkan semula Kempen Pemilikan
Rumah dan memberi pengecualian Cukai Keuntungan Harta
Tanah;
h. Memberi pengecualian cukai jualan ke atas penjualan kereta
penumpang pemasangan tempatan dan kereta penumpang
yang diimport; dan
i. Memperuntukkan sebanyak RM4 bilion bagi pelaksanaan
projek infrastruktur berskala kecil seperti menambah baik jalan,
menaik taraf sekolah daif serta meningkatkan kemudahan
pelancongan.
5. Bergerak ke hadapan, Kerajaan akan terus memperkemas dan
melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup
rakyat, terus menyokong perniagaan dan merancakkan ekonomi
melalui Belanjawan 2021 yang merupakan pelan jangka sederhana
dan akan dibentangkan pada bulan November 2020.
NO SOALAN: 40
6. Selain itu, Fasa ke-6 iaitu Menyusun Semula (Reform) yang
merupakan pelan jangka panjang pula, Rancangan Malaysia Kedua
Belas 2021 – 2025 (RMKe-12) yang dijadualkan semula untuk
dibentangkan pada awal tahun hadapan sedang dirangka dengan
mengadakan libat urus bersama semua pihak berkepentingan bagi
memastikan pertumbuhan jangka sederhana adalah berkualiti,
inklusif dan mampan. RMKe-12 bermatlamat untuk membolehkan
ekonomi dipulihkan sepenuhnya serta memastikan kesejahteraan
rakyat dapat ditingkatkan dan kekayaan negara dapat dikongsi
bersama.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 41
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN IR. MD. NASIR BIN HASHIM
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan harga rumah yang masih tinggi di
pasaran. Adakah Kerajaan bercadang untuk membina lebih banyak rumah
mampu milik di kawasan bandar.
NO SOALAN: 41
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan standard
pengukuran antarabangsa, harga rumah yang mampu dimiliki rakyat
di Malaysia iaitu RM211,428 iaitu pada paras ambang 3.0 iaitu 3 kali
ganda pendapatan penengah tahunan (RM5,873 x 12). Namun
begitu bagi tahun 2019 harga rumah yang mampu dimiliki rakyat di
Malaysia masih tinggi iaitu pada harga RM288,951 (paras 4.1)
melebihi paras ambang 3.0 standard pengukuran antarabangsa.
2. Ini adalah disebabkan, penentuan harga rumah adalah dipengaruhi
oleh beberapa faktor. Antaranya adalah lokasi, harga tanah, kos
bahan binaan, kos bahan mentah, kos pematuhan seperti caj
premium tanah, caj sumbangan utiliti yang dikenakan oleh pembekal
perkhidmatan utiliti serta kadar keuntungan yang diambil oleh
pemaju.
3. Semua jabatan dan agensi perumahan di bawah Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan terus
menfokuskan penyediaan RMM kepada rakyat terutamanya di
kawasan bandar melalui pelaksanaan program dan skim perumahan
seperti berikut:
NO SOALAN: 41
i) Program Perumahan Rakyat (PPR) yang menawarkan rumah
kepada pembeli rumah pertama dari golongan B40
berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan dan
golongan setinggan;
ii) Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) yang
menawarkan insentif RM30,000 bagi pembeli rumah pertama
dari kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan isi rumah di
bawah RM10,000 sebulan;
iii) Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) yang
merupakan program khusus kepada penjawat awam dari
kalangan B40 dan M40 untuk memiliki rumah yang lebih rendah
dari harga pasaran;
iv) Perumahan PR1MA yang menawarkan perumahan kepada
golongan B40 dan M40 berpendapatan isi rumah di bawah
RM15,000 sebulan untuk memiliki rumah; dan
v) Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara
Berhad (SPNB), di mana individu yang berkelayakan dan
memiliki tanah sendiri boleh memohon program Rumah Mesra
Rakyat (RMR) untuk membina rumah dengan harga RM75,000
(Semenanjung Malaysia) dengan subsidi Kerajaan berjumlah
RM20,000. Manakala baki RM55,000 dibiayai melalui pinjaman
yang ditawarkan oleh SPNB dengan bayaran balik ansuran yang
lebih rendah.
NO SOALAN: 41
vi) KPKT akan terus membina RMM, justeru, pihak Kementerian
mengalu-alukan penyediaan tapak yang sesuai di kawasan
bandar oleh Kerajaan Negeri.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 42
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DR NUING JELUING
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Dr Nuing Jeluing minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI
DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan mekanisme program
subsidi petrol yang akan dilaksanakan dan berapakah jumlah kos
tanggungan Kerajaan untuk subsidi ini
NO SOALAN: 42
JAWAPAN
Tuan Yang di Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
KPDNHEP bersama Kementerian Kewangan pada 9 Julai 2020
telah bersetuju agar bantuan bersasar kepada golongan B40 bagi
menampung kenaikan harga petrol RON95 melalui Program Subsidi
Petrol (PSP) tidak diteruskan dan cadangan ini akan dimuktamadkan
melalui pembentangan Memorandum Jemaah Menteri oleh Kementerian
Kewangan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 43
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah pelan yang dirangka dalam mengatasi isu kesesakan
dalam penjara dan menjadikannya tempat untuk pemulihan dan bukan
sebagai tempat menjalani hukuman semata-matanya.
NO SOALAN: 43
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menangani masalah kesesakan
penghuni di dalam penjara, Jabatan Penjara Malaysia bukan sahaja
mengambil pendekatan pembinaan penjara baru malah beberapa langkah
proaktif turut diambil untuk menangani atau mengurangkan masalah
tersebut. Di samping itu ada di antara langkah tersebut turut membantu
mengembangkan lagi program pemulihan yang dilaksanakan terhadap
penghuni. Di antaranya adalah:
i. Melaksanakan pemindahan banduan dari penjara sesak ke penjara
yang kurang sesak dan mengubahsuai penjara sedia ada bagi
meningkatkan kapasiti;
ii. Mempergiatkan pelaksanaan Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib
dan Program Pemulihan Pemasyarakatan agar lebih ramai banduan
terlibat dalam program pemulihan di luar penjara. Sehingga kini
program-program tersebut telah melibatkan seramai 59,018 orang
banduan menjalani pemulihan di luar penjara.
NO SOALAN: 43
iii. Pada masa kini Sistem Parol telah diperkembangkan melalui program
Corporate Smart Internship (CSI), manakala Program Pemulihan
Pemasyarakatan telah diperkasakan melalui Program Pemulihan
Pemasyarakatan Industri. Kedua-dua program ini membolehkan
banduan menjalani latihan pekerjaan dalam sektor perkilangan,
perladangan dan perkhidmatan di luar penjara, menikmati insentif gaji
yang setaraf dengan pekerja lain, mengurangkan belanja pengurusan
serta banduan boleh terus bekerja selepas mereka dibebaskan;
iv. Melalui pindaan Peraturan-Peraturan Penjara 2000, Program
Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) bagi banduan yang
dihukum penjara kurang dari 1 tahun akan dilaksanakan dalam masa
terdekat. Dijangkakan pada peringkat awal ini sekitar 3,000 banduan
di mana hukumannya di bawah 1 tahun, layak dipertimbangkan bagi
Pelepasan Banduan Secara Lesen.
v. Meneliti keperluan pindaan perundangan berkaitan cadangan
penyahjenayahan kesalahan penyalahgunaan dadah serta dasar
pengalihan penyalahgunaan dadah dari hukuman penjara ke program
rawatan dan pemulihan selaras dengan keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-undang pada 21
Julai 2020. Satu akta baharu yang dicadangkan bagi menggantikan
Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 sedang
diperhalusi. Cadangan pindaan ini mempunyai kaitan dengan statistik
banduan sabitan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya
1952 berjumlah 4,075 banduan di seluruh penjara di Malaysia; dan
NO SOALAN: 43
vi. Meneliti kesesuaian alternatif lain kepada hukuman pemenjaraan dan
pelaksanaan program pemulihan di luar penjara yang boleh
dilaksanakan di Malaysia contohnya tahanan rumah (home detention),
perintah koreksional (correctional order) dan perintah pengawasan
penjara (prison supervision).
Jabatan Penjara Malaysia turut memperkasakan program pemulihan di
dalam penjara dalam aspek membina semula masa depan banduan agar
mereka insaf, pulih, berkemahiran, mampu berdikari serta tidak mengulangi
kesilapan setelah dibebaskan. Antara langkah-langkah yang diambil oleh
Jabatan dalam menjayakan usaha ini adalah:
i. Menggalakkan pembelajaran akademik kepada banduan untuk
peringkat persekolahan dan pengajian tinggi. Pada masa kini terdapat
seramai 2,081 penghuni penjara mengikuti pembelajaran akademik dan
39 daripada mereka adalah di peringkat diploma, ijazah sarjana muda,
ijazah sarjana dan doktor falsafah;
ii. Latihan secara tidak bersijil dan bersijil di bengkel-bengkel perusahan,
akaun amanah dan usaha sama. Pada ketika ini terdapat seramai 8,393
penghuni sedang mengkuti latihan kemahiran di 385 bengkel
perusahaan, akaun amanah dan usaha sama. Semenjak tahun 2012
hingga Disember 2019, seramai 19,885 penghuni telah didaftarkan
untuk mengikuti program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan
seramai 15,730 penghuni telah berjaya menerima sijil kemahiran
tersebut dengan kerjasama dari Kementerian Sumber Manusia;
NO SOALAN: 43
iii. Latihan kemahiran secara bersijil juga ditawarkan kepada penghuni
dalam bentuk latihan pekerjaan dengan beberapa syarikat swasta yang
akan mengambil banduan berkenaan untuk bekerja setelah dibebaskan;
dan
iv. Banduan turut menjalani ujian psikologi, program keagamaan, motivasi,
kaunseling dan lain-lain aktiviti berasaskan fasa-fasa pemulihan
sepertimana yang ditetapkan oleh Program Pembangunan Insan iaitu
program pemulihan yang dibina untuk Jabatan Penjara Malaysia.
Peningkatan keberkesanan pemulihan dan latihan mampu
mengurangkan kemasukan semula banduan ke penjara selepas
mereka dibebaskan.
Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia bersama-sama
dengan Agensi kerajaan lain yang berkaitan, sentiasa komited dan
bekerjasama dalam memastikan inisiatif-inisiatif dalam menangani masalah
kesesakan di penjara ini dilaksanakan. Seterusnya kaedah pemulihan yang
lebih bersifat berperikemanusiaan dan bukan sebagai tempat menjalani
hukuman semata-mata telah digunapakai oleh Jabatan Penjara yangmana
ianya selaras dengan dasar pentadbiran sepertimana prinsip yang
ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 44
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L
PONNUSAMY
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020 (SELASA)
Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy minta MENTERI PERPADUAN
NEGARA menyatakan sama ada Kerajaan telah mengiktiraf (recognize)
kepercayaan agama yang diamalkan oleh masyarakat orang asal di
Malaysia dan bersetuju memasukkan wakil orang asal di dalam
keahlian Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan
Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) sebagai mewakili
agama tradisi masyarakat orang asal.
NO SOALAN: 44
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
KERAJAAN berhasrat untuk mengekalkan keanggotaan Jawatankuasa
Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut
Agama (JKMPKA) yang kini telah dijenamakan semula sebagai
Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI)
pada 14 Ogos 2020.
Keahlian terdiri daripada wakil-wakil badan agama:
• Islam
• Buddha
• Kristian
• Hindu
• Sikh
• Tao dan;
• Bahai
Kerajaan tidak pernah menafikan kewujudan kepercayaan suku adat
dan kepercayaan animisme masyarakat orang asal atau Orang Asli
yang masih diamalkan di negara ini.
Merujuk kepada Statistik Bilangan Penduduk Orang Asli sehingga Jun
2018 (sumber data.gov.my) adalah seramai 178,189 orang.
NO SOALAN: 44
Antara agama-agama yang dianuti oleh masyarakat Orang Asli;
• Islam
• Buddha
• Kristian
• Hindu dan;
• Bahai.
Daripada jumlah keseluruhan masyarakat Orang Asal, seramai 58,047
orang mengamalkan kepercayaan animisme. Manakala agama suku
adat sebanyak 14,975 orang, tiada agama sebanyak 42,757 orang dan
lain lain sebanyak 2,740 orang.
KEPERCAYAAN ORANG ASAL BILANGAN
Animisme 58,047 orang
Agama Suku Adat 14,975 orang
Tiada agama 42,757 orang
Lain lain 2,740 orang
Walau bagaimanapun Kerajaan tidak pernah meminggirkan suara
mewakili masyarakat orang asal. Melalui penubuhan Majlis Penasihat
Perpaduan Negara (MPPN), wakil orang asal telah dilantik untuk
berkongsi pandangan dalam usaha penyatuan nasional dari pelbagai
sudut serta mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik bagi
menangani isu dan cabaran perpaduan dalam mengukuhkan agenda
perpaduan nasional
NO SOALAN: 44
Selain itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merupakan agensi di
bawah Kementerian Luar Bandar juga bertanggungjawab sepenuhnya
menjaga hal ehwal masyarakat Orang Asli termasuk amalan tradisi
setiap suku kaum yang wujud di negara ini.
Kementerian Perpaduan Negara terus proaktif memberi perhatian
kepada semua kelompok masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
kaum, fahaman agama dan kepercayaan adat resam kerana perpaduan
adalah tonggak utama kestabilan negara.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 45
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PRTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN RAJ MUNNI BINTI SABU
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER
ASLI menyatakan setakat mana pembalakan di Negeri Kelantan
mematuhi piawaian dan undang-undang alam sekitar.
NO SOALAN: 45
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri yang
mempunyai hak mutlak ke atas hasil hutan. Bidang kuasa
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah dalam
memberikan nasihat teknikal mengenai pengurusan dan
pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan dan khidmat
latihan.
2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, salah satu kriteria utama
dalam Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) ialah
pengawalan terhadap pembukaan kawasan Hutan Simpanan Kekal
(HSK) untuk pengusahasilan melalui pelaksanaan Catuan
Tebangan Tahunan (CTT) yang ditetapkan di semua negeri
termasuk negeri Kelantan pada setiap Rancangan Malaysia Lima
Tahun. Bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe11), CTT
yang ditetapkan untuk negeri Kelantan adalah 27,085 hektar. Bagi
tempoh 2016 hingga 2019, seluas 10,861 hektar kawasan hutan
telah diusahasilkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan jumlah ini
masih mematuhi CTT bagi negeri Kelantan.
3. Pelaksanaan CTT juga merupakan salah satu keperluan utama
dalam Pensijilan Pengurusan Hutan. Sejak kebelakangan ini, aspek
NO SOALAN: 45
pensijilan kayu merupakan keperluan yang penting di pasaran
antarabangsa. Melalui pelaksanaan Malaysian Criteria and
Indicators for Forest Management Certification (MC&I) bagi negeri-
negeri yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran hasil kayu balak
termasuk negeri Kelantan, kayu-kayan negara akan dapat terus
diperdagangkan dan diterima di pasaran antarabangsa. Pensijilan
MC&I ini merupakan kayu pengukur pelaksanaan prinsip
Pengurusan Hutan Secara Berkekalan yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa selain turut mencerminkan perlaksanaan pengurusan
hutan mampan yang diamalkan di negara kita. Pada masa kini,
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah selesai menjalani audit
tahap satu dan dijangka akan memperolehi pensijilan MC&I pada
tahun 2021.
4. Manakala pembalakan di luar Hutan Simpanan Kekal (HSK) iaitu di
kawasan Tanah Kerajaan (TK) dan Tanah Berimilik (TM) dilakukan
untuk tujuan pembangunan tanah dan lazimnya dilakukan secara
tebang habis bagi maksud pengubahan hutan kepada kegunaan
tanah yang lain. Bagi perlesenan pembalakan di kawasan TK dan
TM, ianya tertakluk kepada keperluan Penilaian Impak Alam Sekitar
(EIA) yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Jabatan Perhutanan
Negeri akan hanya mengeluarkan lesen pembalakan selepas
laporan EIA diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 46
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Puan Lim Hui Ying minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah
Kerajaan Persekutuan mempunyai hasrat untuk memperkenalkan
peruntukan kepada parti-parti politik yang menerima peratusan sokongan
yang besar di dalam sesebuah pilihan raya walaupun tidak menang,
seperti mana yang diamalkan di negara-negara lain seperti negara
Jerman.
NO SOALAN: 46
JAWAPAN
[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN
PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini, SPR tidak
mempunyai sebarang mekanisme khusus bagi mewujudkan peruntukan
kepada parti parti politik. Walau bagaimanapun, Kerajaan sentiasa
terbuka menerima sebarang cadangan untuk meneliti perkara tersebut
sekiranya bersesuaian dilaksanakan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 47
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan rancangan Kerajaan memperkenalkan lebih
banyak program mengenai Sarawak di saluran-saluran TV RTM untuk
mempromosikan pelancongan, seni dan budaya bagi Sarawak.
NO SOALAN: 47
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, kementerian
menerusi Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sentiasa berusaha
menambah baik perkhidmatan menerusi tawaran kandungan yang
lebih baik agar setiap dasar dan usaha kerajaan dapat
disampaikan kepada rakyat secara efektif dan efisien serta usaha
mempromosi budaya dan adat resam yang pelbagai di negara ini
diperhebat daripada semasa ke semasa.
2. Menerusi 5 saluran TV dan 34 stesen radio, RTM telah berusaha
menyajikan kandungannya agar seimbang daripada seluruh
pelusuk tanah air dan pastinya dapat memenuhi keperluan setiap
kumpulan masyarakat, termasuk di Sarawak.
3. Menerusi siaran TV OKEY umpamanya, RTM berusaha
memastikan kandungan saluran berkenaan dapat menyuntik
semangat perpaduan di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung
Malaysia. Saluran ini banyak mengetengahkan program
kepelbagaian budaya, etnik dan adat resam masyarakat Malaysia
terutamanya di Sabah dan Sarawak, serta sebagai medium
penyampaian berita dan informasi mengenai masyarakat
setempat. Malah bahasa dialek tempatan seperti Iban turut
digunakan dalam berita di TV Okey agar RTM dapat mendekati
rakyat dengan menyampaikan mesej-mesej penting kerajaan.
Adalah dimaklumkan, rancangan yang berunsurkan budaya dan
NO SOALAN: 47
seni di Sarawak merupakan satu keperluan yang telah ditetapkan
saluran TV Okey menerusi perancangan tahunannya. Ia mewakili
10% daripada keseluruhan siaran di saluran berkenaan.
4. Secara keseluruhan, sejak Januari hingga Julai 2020, RTM
menerusi 5 saluran TVnya telah menyiarkan rancangan berbentuk
pelancongan, seni dan budaya bagi Sarawak berjumlah 316 jam.
Ia menerusi rancangan bergenre dokumentari, travelog, Public
Service Announcement (PSA), kapsul dan bicarawara. Antara
rancangan berkenaan ialah Majalah Colors Of Sarawak,
Kenyalang Terbang Tinggi, Raon Di Bumi Kenyalang, Kanvas
Sarawak, Sayau Kopusan Borneo dan Jateman, Drama Antara
Laut China Selatan, dan Filem Anak Langkau : The Iban Warrior.
5. Selain itu, kementerian juga telah menetapkan sambutan Hari
Malaysia bagi tahun 2020 ini diadakan di Sibu, Sarawak. Oleh
kerana itu, daerah-daerah di Sarawak juga akan menerima
limpahan manfaat daripada penganjuran berkenaan terutama
promosi pelancongan, seni dan budaya masyarakat setempat.
RTM akan turut mengadakan siaran langsung acara pada hari
yang berkenaan iaitu 16 September 2020 di TV1 dan juga lintas
langsung di Saluran Berita pada jam 7.30 malam.\
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 48
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Muhammad Zahid Bin Md Arip minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah FELCRA
bersedia melangkah jauh dengan menubuhkan MRSM FELCRA
khususnya untuk generasi baharu FELCRA dan jika bersedia, bolehkah
projek ini diumumkan pada pembentangan bajet yang akan datang.
NO SOALAN: 48
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Pengurusan FELCRA Berhad sehingga kini masih menumpukan kepada
teras perniagaan utamanya iaitu dalam bidang perladangan.
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, MARA tiada perancangan
untuk pembinaan MRSM khusus yang baharu setakat ini. Ini adalah
kerana, terdapat 53 buah MRSM sedia ada di seluruh negara dengan
kapasiti pelajar seramai 38,000 dan bermula 2021 - 2024, sejumlah
sembilan (9) buah MRSM baharu akan dibuka secara berfasa yang akan
turut meningkatkan jumlah MRSM sedia ada kepada 62 buah dengan
jumlah kapasiti pelajar seramai 47,700 orang pelajar.
Permohonan kemasukan ke MRSM adalah terbuka kepada semua
pelajar dan pemilihan akan dilaksanakan berasaskan kepada dasar dan
peraturan yang telah ditetapkan oleh MARA.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 49
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK ABDUL GHANI BIN MOHAMED
YASSIN
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah konkrit yang telah diambil
oleh Kerajaan untuk membanteras isu penyalahgunaan dan
memperdagangkan dadah sintetik yang semakin berleluasa di negara
kita, terutamanya di Sabah.
NO SOALAN: 49
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Dalam Negeri amat memandang serius isu penyalahgunaan
dan pengedaran dadah di negara kita. Usaha-usaha yang dilaksanakan
merangkumi pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah,
program rawatan dan pemulihan dadah dan tindakan penguatkuasaan
terhadap penagih serta pengedar dadah. Di negeri Sabah, tindakan yang
telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
i. Program pendidikan pencegahan dadah dilaksanakan dengan tujuan
memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada semua
golongan masyarakat agar tidak terjebak dalam penyalahgunaan
dadah. Kumpulan sasar program pencegahan ini terdiri daripada
institusi pendidikan, tempat kerja dan komuniti. Dari tahun 2019
sehingga Julai 2020, sebanyak 761 program telah dilaksanakan di
Sabah, iaitu:
a. 12 program Institusi Keluarga;
b. 191 program Institusi Pendidikan termasuk Program Intelek
Asuhan Rohani, Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya
(SHIELDS) dan Tomorrow’s Leaders;
c. 42 buah program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD);
d. 114 buah program bersama komuniti; dan
e. 402 ceramah antidadah.
NO SOALAN: 49
ii. Program Rawatan dan Pemulihan juga dilaksanakan dengan
memberi fokus terhadap pengekalan kepulihan seseorang penagih
dadah dan pengamalan gaya hidup yang berkualiti. Dalam hal ini,
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menyediakan
perkhidmatan rawatan dan pemulihan di dalam komuniti yang boleh
diperolehi di 9 Pejabat AADK Daerah dan 4 Pusat Khidmat AADK di
Sabah. Fasiliti-fasiliti ini menyediakan program rawatan dan
pemulihan dengan penerapan elemen biopsiko-sosial spiritual dan
melaksanakan latihan kerjaya serta peluang penempatan pekerjaan
yang bersesuaian.
iii. Dari aspek penguatkuasaan terhadap penagih dadah, sebanyak
338 Ops Cegah AADK telah dilaksanakan pada tahun 2019 sehingga
Julai 2020. Ops Cegah ini bertujuan mengesan penyalahguna dadah
yang ingkar untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, sebanyak
66 Ops Bersepadu, iaitu operasi pengesanan dan penahanan
penagih dadah yang diadakan secara bersama di antara AADK, Polis
Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan
Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan
Imigresen Malaysia telah diadakan. Daripada Ops ini, sebanyak
2,208 orang telah disahkan postif dadah, hasil daripada ujian
saringan awal yang dijalankan.
iv. Selain itu, Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM juga
mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan bagi mengesan dan
menangkap serta mengambil tindakan undang-undang ke atas
individu atau sindiket pengedaran dadah di bawah Akta Dadah
Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah
Pencegahan Khas) 1985. Langkah seterusnya yang diambil adalah
NO SOALAN: 49
tindakan perlucuthakan harta di bawah Akta Dadah Berbahaya
(Perlucuthakan Harta) 1988 ke atas pengedar-pengedar dadah untuk
melumpuhkan aktiviti sesuatu sindiket secara total.
v. PDRM turut memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
dengan mewujudkan elemen Sekretariat Nukleus Narkotik (SNN) di
beberapa buah negeri termasuk Sabah. Penubuhan SNN ini
bertujuan untuk meluaskan jaringan kerjasama antara negara jiran
seperti Filipina, Indonesia dan Thailand. Mengikut statistik PDRM,
pada tahun 2019, jumlah tangkapan di negeri Sabah yang melibatkan
dadah sintetik adalah seramai 4,745 orang manakala tangkapan
sehingga 31 Julai tahun ini adalah sebanyak 2,296 orang.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 50
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISANDEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020,PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PROF. EMERITUS TAN SRI DATO’ SERI
DR. IBRAHIM SHAH BIN ABU SHAH
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah
minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
menyatakan usaha-usaha yang telah dilakukan bagi membantu
usahawan PKS yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.
NO SOALAN: 50
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)
komited dalam usaha untuk membantu usahawan termasuk
perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat
penularan wabak COVID-19.
2. Sebagai langkah memastikan usahawan dapat terus bertahan,
MEDAC telah membangunkan Pelan Pemulihan Usahawan dan
Koperasi yang mengandungi 29 program jangka pendek dan
sederhana di bawah enam (6) strategi yang dilaksanakan dalam
tempoh bermula Mei 2020 hingga Mei 2021. Strategi-strategi yang
dirangka adalah seperti:
i. meningkatkan keyakinan rakyat;
ii. memperkasakan keupayaan dan kapasiti;
iii. meningkatkan akses dan bantuan pembiayaan;
iv. meningkatkan penggunaan teknologi;
v. membuka dan memperluaskan pasaran; dan
vi. menyampaikan perkhidmatan berkesan.
3. Pelan ini akan memanfaatkan lebih 20,000 penerima yang terdiri
daripada usahawan mikro, perusahaan kecil sederhana, usahawan
sosial, startup dan koperasi serta melibatkan implikasi kewangan
berjumlah RM372.85 juta.
NO SOALAN: 50
Tuan Yang di-Pertua,
4. MEDAC dan agensi-agensi di bawahnya iaitu TEKUN Nasional,
SME Corp., SME Bank, Bank Rakyat, UDA Holding, Perbadanan
Nasional Berhad (PNS), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN),
Institut Koperasi Malaysia (IKM) dan Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM) telah melaksanakan beberapa insiatif bagi
memastikan usahawan mampu bertahan dalam menghadapi impak
COVID-19.
5. Antara insiatif yang diambil dan dilaksanakan oleh MEDAC
menerusi agensi-agensi di bawah kementerian adalah:
i. penyediaan pembiayaan kepada usahawan,
ii. penjadualan semula pinjaman;
iii. penangguhan bayaran balik atau moratorium pinjaman;
iv. latihan serta bimbingan keusahawanan secara dalam talian;
dan
v. pelaksanaan program berimpak tinggi.
6. Inisiatif tersebut merangkumi Skim Pembiayaan Pemulihan
Perniagaan Mikro (CBRM) melalui TEKUN Nasional, Skim
Special Relief Facility oleh SME Bank dan Skim BR Care oleh
Bank Rakyat. Di bawah program PENJANA pula, beberapa inisiatif
telah disediakan seperti pembiayaan TEKUN Business Recovery
Scheme (TBRS) melalui TEKUN Nasional, SME Technology
Transformation Fund (STTF) dan Skim SME-Go melalui SME
Bank dan pembangunan Portal MyAssist MSME oleh SME Corp.
NO SOALAN: 50
7. Melalui inisiatif-inisiatif ini, Kementerian percaya akan dapat
membantu usahawan dalam mendepani impak penularan COVID-
19.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 51
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan sejauh mana usaha yang dibuat DBKL dalam
memastikan lesen-lesen perniagaan warga tempatan tidak diseleweng untuk
kegunaan warga asing serta bagaimana aktiviti pengesanan dan
penguatkuasaan lebih tegas DBKL menghapuskan semua peniagaan yang
dijalankan oleh warga asing di Ibu Negara Kuala Lumpur.
NO SOALAN: 51
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) maklum dengan isu dan permasalahan ke atas
penyelewengan lesen perniagaan warga tempatan kepada warga asing
dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tindakan penguatkuasaan
sememangnya diambil. Antara langkah dan usaha yang dilakukan bagi
memastikan penyelewengan ini tidak terus berlaku, DBKL telah
menempatkan anggota penguatkuasa pada setiap hari bagi membuat
pemantauan dan mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan
peruntukan di bawah :-
1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan
Perindustrian (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016;
2) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur) 2016;
3) Undang-Undang Kecil Pelesenan Pasar (Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur) 2016;
4) Undang-Undang Kecil Pasar Borong (Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur) 2002.
Bagi perkara ini, jika DBKL mendapati berlakunya pelanggaran ke atas
syarat lesen perniagaan seperti premis perniagaan dikendalikan oleh warga
asing yang tiada permit kerja sah atau menggajikan warga asing tanpa
kebenaran, tindakan Notis Kompaun dikeluarkan kepada pengusaha/
NO SOALAN: 51
pemilik perniagaan dan tindakan tutup premis serta merta akan
dilaksanakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Untuk makluman Yang Berhormat Senator jua, larangan menyerahkan atau
memindahkan lesen kepada pihak lain merupakan satu kesalahan. Bagi
memastikan tiada perlanggaran syarat atau menyalahgunakan lesen seperti
aktiviti sewaan kepada warga asing, pemeriksaan berkala dijalankan oleh
DBKL dari semasa ke semasa. Jika didapati pelesen telah melanggar
syarat-syarat lesen, tindakan pembatalan lesen akan dibuat ke atas premis
berkenaan.
Manakala bagi tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana warga asing
yang didapati menjalankan aktiviti perniagaan/ penjajaan tanpa lesen,
tindakan sitaan serta merta terhadap pelbagai barangan perniagaan akan
dilaksanakan dan semua barangan yang disita tidak boleh dituntut semula
oleh warga asing tersebut.
Selanjutnya, DBKL telah mengadakan Operasi ‘TEGAS’ iaitu tindakan
bersepadu ke atas warga asing bersama-sama dengan Agensi Kerajaan lain
supaya penguatkuasaan yang lebih efektif boleh dilakukan.
Dimaklumkan, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19
yang berkuatkuasa bermula 18 Mac 2020, DBKL telah melaksanakan
tindakan khas terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga
asing yang tiada permit kerja sah serta didapati beroperasi tanpa kebenaran.
Sehingga 20 Ogos 2020, DBKL telah menutup serta merta sejumlah 261
NO SOALAN: 51
premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di sekitar Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. DBKL akan terus bekerjasama dengan Agensi
Kerajaan yang berkaitan untuk melaksanakan tindakan khas ini dari semasa
ke semasa.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 52
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Adrian Banie Lasimbang minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kerajaan
membuka peluang kepada usahawan Sabah untuk membangunkan
industri Bambu di Sabah khasnya dalam penghasilan benih serta
menyediakan program "buy back guarantee" dan apakah industri hiliran
yang dibangunkan oleh Kerajaan di kawasan pedalaman Sabah.
NO SOALAN: 52
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kerajaan sentiasa membuka peluang kepada semua usahawan untuk
terlibat dalam pembangunan industri komoditi seperti industri buluh
termasuk usahawan di Sabah. Peluang pembangunan kepada usahawan
ini termasuklah bagi pengeluaran benih buluh. Sementara bagi program
buy back guarantee, buat masa ini belum lagi dilaksanakan, walau
bagaimanapun Kementerian melalui Lembaga Perindustrian Malaysia
(MTIB) dalam usaha untuk menarik pelabur-pelabur dari luar dan dalam
negara terlibat dalam pembangunan industri pemprosesan buluh. Selari
dengan usaha ini, MTIB akan membuat perjanjian dengan syarikat-
syarikat pelabur supaya melaksanakan program corporate social
responsibility (CSR) dalam bentuk buy back guarantee untuk buluh-buluh
yang dihasilkan oleh pekebun-pekebun kecil terlibat.
Buat masa ini, belum ada industri hiliran yang dibangunkan di pedalaman
Sabah, namun begitu, beberapa inisaiatif telah dilaksanakan untuk
usahawan di Sabah seperti berikut:
1. Penganjuran Seminar berkaitan potensi dan pembangunan
industri buluh pada tahun 2019. Seminar ini telah dihadiri oleh
lebih 100 peserta terdiri daripada pemain-pemain industri buluh
di Sabah; dan
NO SOALAN: 52
2. Pelaksanaan program-program pembangunan dan latihan
industri buluh bagi penyediaan tapak semaian untuk penghasilan
anak benih buluh. Program ini juga turut melibatkan pemain
industri dan usahawan daripada Sabah. Program dan latihan ini
dilaksanakan secara in-situ di ladang dan pusat pemprosesan
serta secara praktikal bersama penanam buluh dan pengeluar
produk buluh supaya perserta dapat melihat sendiri potensi
industri ini.
Selain itu, bagi menggalakan penyertaan usahawan pekebun kecil dalam
perladangan buluh, MTIB turut menyediakan insentif berbentuk pinjaman
mudah di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) bagi
kategori skala kecil iaitu keluasan di antara 4 hektar hingga 40 hektar.
Setakat ini, terdapat sebuah syarikat dari Sabah telah memohon
peruntukan di bawah program ini dan proses penilaian sedang
dilaksanakan.
Kementerian juga telah mengemukakan permohonan projek
pembangunan industri buluh melalui Rancangan Malaysia Ke 12 (RMKe-
12). Ia merangkumi penyediaan insentif berbentuk anak pokok buluh dan
baja serta kemudahan mesin asas bagi pekebun-pekebun kecil yang
berhasrat menceburi industri buluh.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 53
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK THEODORE DOUGLAS LIND
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Theodore Douglas Lind minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan kadar peratusan penembusan rangkaian
"fiber optic" di Sabah dan adakah Kerajaan akan meneruskan program
National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) di Sabah yang
membabitkan 50 kawasan fasa pertama.
NO SOALAN: 53
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, kadar
penembusan jalur lebar talian tetap di Sabah adalah pada tahap
3.3% setakat suku pertama 2020 iaitu bersamaan 128,100
langganan bagi perkhidmatan ini. Kementerian melalui
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah
dan sentiasa memberi tumpuan kepada penambahbaikan
infrastruktur komunikasi melalui penyediaan liputan jalur lebar
berkelajuan tinggi. Setakat suku kedua 2020, sebanyak 107,332
sambungan tersedia di bawah inisiatif jalur lebar berkelajuan tinggi
(HSBB) dan sebanyak 48,450 sambungan tersedia di bawah
insiatif jalur lebar pinggir bandar (SUBB) dan jalur lebar luar
bandar (RBB) di Sabah.
2. Manakala bagi inisiatif penyediaan perkhidmatan liputan jalur lebar
mudah alih 3G dan 4G yang telah dirancang sebelum ini di bawah
Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP),
sebanyak 50 tapak di Sabah telah pun bermula sejak 15 Februari
2020. Kesemua menara komunikasi baharu ini dijangka siap dan
beroperasi secara berperingkat bermula suku pertama 2021.
3. Pada masa yang sama, SKMM juga telah bekerjasama dengan
pihak industri dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk
membangunkan satu pelan infrastruktur digital yang dikenali
sebagai JENDELA (Jalinan Digital Negara) bagi memantapkan
kualiti dan liputan perkhidmatan di seluruh negara dengan
NO SOALAN: 53
menggunakan pelbagai teknologi. Melalui pelan ini, semua
perancangan dan pembinaan infrastruktur digital dimudahcara
oleh pelbagai kementerian dan agensi terbabit termasuklah di
peringkat negeri.
Sekian , terima kasih.
NO SOALAN: 54
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Kamarudin bin Abdun minta PERDANA MENTERI menyatakan
sejauh manakah status memperkasakan institusi Parlimen sebagai
sebuah badan bebas dalam membuat keputusan.
NO SOALAN: 54
JAWAPAN
[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN
PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sedang
memperhalusi dan mengkaji dengan teliti hala tuju untuk memperkasakan
Parlimen termasuk reformasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan terdahulu.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 55
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN
BUDAYA menyatakan apakah program-program yang telah dirancang
oleh pihak Kementerian di seluruh negara dalam usaha untuk memulihkan
sektor pelancongan dalam negara selepas penularan COVID-19 dan
bagaimanakah cara-cara untuk memastikan keberkesanan program
tersebut.
NO SOALAN: 55
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Di antara program-program yang telah dirancang oleh Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam usaha untuk memulihkan
sektor pelancongan dalam negara selepas penularan COVID-19
termasuklah:
i) “Siri Jelajah Semarakkan Pelancongan Domestik” bagi
menggalakkan pelancongan dalam negara yang telah
dilancarkan pada 13 Jun 2020 oleh Kementerian ini di seluruh
negara. Setakat ini, siri promosi ini telah diadakan di negeri
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Kuala Lumpur,
Perlis dan Kedah. Siri promosi akan diteruskan secara
berperingkat sehingga hujung tahun yang akan melibatkan
pendedahan kepada produk-produk pelancongan baru serta
produk warisan seni dan kebudayaan negara;
ii) Pembukaan semula Istana Budaya (IB) pada 17 Julai 2020
bagi merancakkan semula industri seni persembahan secara
langsung (live performance);
iii) Menawarkan penggunaan ruang-ruang di premis-premis
MOTAC dan agensi-agensi di bawahnya secara percuma untuk
NO SOALAN: 55
pementasan atau persembahan oleh penggiat seni seperti
dewan auditorium di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian
Negara (JKKN) di seluruh negara. Inisiatif ini bukan sahaja
dapat membantu penggiat seni terus berkarya malah boleh
merancakkan kembali industri pelancongan;
iv) Menganjurkan acara-acara persembahan seni dan budaya di
seluruh negara. Sehingga kini, terdapat 12 persembahan seni
dan budaya yang dijadualkan untuk dipentaskan mulai
September hingga Disember 2020, dimulakan dengan
persembahan Colours of Malaysia oleh Orkestra Tradisional
Malaysia pada 23 September 2020 yang akan datang.
v) Pelancaran “Pakej Istimewa Cuti-Cuti Malaysia Bagi Penjawat
Awam” pada 3 September 2020 bagi menggalakkan lagi
penjawat awam untuk bercuti dalam negara seterusnya
membantu meningkatkan pendapatan operator pelancongan
yang turut serta;
vi) Pelaksanaan “Siri Jelajah Kempen Pembudayaan Norma
Baharu” yang akan dijalankan dengan kerjasama Agensi
Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memberi pendedahan kepada
penggiat industri pelancongan di 6 buah zon iaitu Zon Utara,
Zon Tengah, Zon Timur, Zon Selatan, Sabah dan Sarawak
akan norma-norma baharu yang perlu di amalkan dalam
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
NO SOALAN: 55
vii) memberikan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga
RM1,000 bagi perbelanjaan melancong dalam negara sehingga
31 Disember 2021;
viii) bekerjasama dengan persatuan-persatuan berkaitan
pelancongan dengan pelaksanaan program webinar berkenaan
pelancongan domestik; dan
ix) melaksanakan Familiarization Trip (Fam Trip) bagi kumpulan
media, agensi pelancongan, krew-krew penggambaran
televisyen, personaliti media sosial tempatan bagi membuat
liputan serta penggambaran di lokasi-lokasi pelancongan yang
menarik di seluruh negara.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 56
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ISMAIL BIN YUSOP
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Ismail bin Yusop minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah
status terkini kedudukan negara kita dalam Indeks Persepsi Rasuah
Transparency International dan usaha-usaha Kerajaan memastikan
gejala rasuah dapat diperangi.
JAWAPAN
[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,MENTERI DI JABATAN
PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2019, Malaysia
telah berjaya menaikkan skor daripada skor 47 kepada skor 53
berbanding pada tahun 2018 daripada kedudukan ke-61 ke kedudukan
ke-51, yang terbaik dalam tempoh 20 tahun. Peningkatan pencapaian
negara dalam Indeks Persepsi Rasuah ini membuktikan keseriusan
Kerajaan dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif-inisiatif Kerajaan
berhubung governans, integriti dan anti-rasuah.
Manakala pembanterasan rasuah oleh SPRM sentiasa
dipertingkatkan dan diperkemaskan sama ada dalam aspek operasi,
pencegahan dan pendidikan. SPRM juga menambahbaik kaedah
penyiasatan dalam kes-kes rasuah dan salahgunakuasa di negara ini.
Antara lain ialah melaksanakan pengurusan penyiasatan berkesan dalam
kes-kes High Profile and Public Interest. Penggunaan kaedah analisa
kewangan dan perisikan sedang diperkembangkan lagi kerana jenayah
rasuah semakin kompleks.
Sehingga ke hari ini, masyarakat dapat menyaksikan SPRM begitu
agresif mengekang rasuah di negara ini. Tindakan ini merangkumi
tangkapan dan pendakwaan yang membawa tertuduh ke muka
pengadilan. Beberapa kes salahguna kuasa yang menyebabkan ketirisan
dalam pengurusan dana rakyat telah disiasat dan dituduh.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 57
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Manolan Bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR menyatakan apakah penyelesaian yang boleh diambil
untuk mengatasi jumlah dividen yang diterima oleh peserta Tanam
Semula Komersial (TSK) yang terlalu kecil serendah RM 100 sebulan.
NO SOALAN: 57
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, pada masa ini, purata
jumlah dividen bulanan yang telah dibayar kepada peserta program
Tanam Semula Komersil (TSK) adalah berjumlah RM 184.39 sehektar.
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah dividen TSK yang
rendah adalah harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang rendah, kos
pembangunan tanah yang tinggi, peningkatan harga input pertanian
seperti baja dan racun rumpai, kadar upah tenaga kerja yang meningkat
setiap tahun dan kekerapan bencana alam serta serangan perosak dan
penyakit. Selain itu, kebanyakkan projek TSK telah berusia lebih
daripada 20 tahun dan selayaknya ditanam semula.
Justeru itu, RISDA Plantations Sdn. Bhd. (RPSB) yang merupakan agen
pengurusan TSK telah mengambil inisiatif bagi menangani persoalan
jumlah dividen yang rendah seperti membuat kawalan kos yang
optimum iaitu hanya melaksanakan kerja-kerja pembangunan yang
diperlukan sahaja mengikut Amalan Pertanian Baik (GAP). Selain itu,
sekiranya harga MSM dapat ditetapkan pada nilai minimum RM2,500
per tan metrik, maka projek TSK akan mempunyai lebihan pendapatan
seterusnya dividen yang lebih tinggi boleh dibayar kepada peserta.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 58
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Paul Igai minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa
ramai orang tempatan khasnya di Sarawak yang masih mempunyai kad
pengenalan sementara mengikut daerah dan kaum dan apakah langkah
yang diambil untuk penyelesaian masalah ini.
NO SOALAN: 58
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga 17
Ogos 2020, sebanyak 560 orang pemegang Kad Pengenalan
Pemastautin Sementara (MyKAS) yang beralamat di negeri Sarawak.
Perincian bilangan pemegang MyKAS berkenaan mengikut daerah dan
kaum adalah seperti mana berikut:-
Kaum
a. Melayu : 13 orang;
b. Cina : 10 orang;
c. Etnik Sabah : 16 orang;
d. Etnik Sarawak : 395 orang; dan
e. Lain-Lain Kaum : 126 orang.
42 Daerah dan Kaum
BANDAR MELAYU CINA ETNIK
SABAH
ETNIK
SARAWAK
LAIN-
LAIN JUMLAH
BALINGIAN 0 0 0 3 0 3
BARAM 0 0 0 60 59 119
BAU 0 1 0 4 1 6
BEKENU 0 0 0 2 0 2
NO SOALAN: 58
BELAGA 0 1 0 28 0 29
BETONG 0 0 1 0 0 1
BINTANGOR 0 0 0 1 0 1
BINTULU 2 0 0 14 5 21
ENGKILILI 0 0 0 4 0 4
JULAU 0 0 0 4 0 4
KABONG 1 0 0 0 0 1
KANOWIT 0 0 0 2 0 2
KAPIT 0 0 0 95 3 98
KOTA
SAMARAHAN 0 0 0 1 1 2
KUCHING 1 3 0 9 5 18
LAWAS 0 0 1 26 0 27
LIMBANG 1 0 0 1 3 5
LINGGA 0 0 0 1 0 1
LONG LAMA 0 0 0 2 0 2
LUBOK ANTU 0 0 0 19 0 19
LUNDU 0 0 0 3 2 5
MATU 0 0 0 0 1 1
MIRI 2 0 14 38 19 73
MUKAH 0 0 0 3 3 6
NIAH 0 0 0 7 4 11
OYA 0 0 0 0 1 1
PAKAN 0 0 0 6 0 6
PUSA 1 0 0 1 0 2
ROBAN 0 0 0 1 0 1
SARATOK 0 0 0 2 0 2
SARIKEI 0 2 0 6 4 12
NO SOALAN: 58
SEBAUH 0 0 0 5 0 5
SERIAN 0 0 0 14 2 16
SIBU 0 3 0 14 7 24
SIBUTI 1 0 0 2 1 4
SIMUNJAN 2 0 0 4 3 9
SONG 0 0 0 3 0 3
SPAOH 1 0 0 0 0 1
SRI AMAN 1 0 0 5 0 6
SUNDAR 0 0 0 0 1 1
TATAU 0 0 0 3 1 4
TEBEDU 0 0 0 2 0 2
JUMLAH 13 10 16 395 126 560
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MyKAS dikeluarkan kepada
individu dengan Sijil Kelahirannya didaftarkan dengan taraf Belum
Ditentukan atau maklumat ibubapa tanpa dokumen pengenalan diri.
Dalam hal ini, antara langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk
menangani isu kewarganegaraan pemegang MyKAS adalah melalui
permohonan kewarganegaraan Malaysia sama ada melalui pendaftaran
atau penaturalisasian, tertakluk kepada pematuhan syarat dalam
Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-Kaedah
Kewarganegaraan 1964 [L.N.82/1964] serta perundangan berkaitan yang
berkuatkuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan,
kesahtarafan anak, dan peraturan imigresen.
Kementerian melalui JPN sentiasa mengambil langkah proaktif dalam
memastikan urusan pendaftaran dokumen pengenalan diri individu yang
berkelayakan dapat dilaksanakan dengan mudah di seluruh negara
NO SOALAN: 58
termasuk di kawasan pedalaman dan luar bandar melalui inisiatif
berterusan iaitu Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang
merangkumi Program Pendaftaran Bergerak (Unit Mobile) dan Bas
Mobile. Program MEKAR menyediakan pelbagai perkhidmatan
termasuklah khidmat nasihat berkaitan pendaftaran Kad Pengenalan,
Kelahiran dan Kematian.
Sukacita diingatkan bahawa ibu bapa dan penjaga kepada individu yang
bertaraf ‘Belum Ditentukan’ atau ‘Bukan Warganegara’
bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan kewarganegaraan,
dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan dengan negara asal
bagi mengelakkan ketiadaan dokumen pengenalan diri, keberadaan tidak
sah di Malaysia dan seterusnya disalah anggap sebagai tidak memiliki
kewarganegaraan dari mana-mana negara (stateless).
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 59
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Mohan A/L Thangarasu minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah yang dirancang untuk
diambil oleh Kerajaan dalam membantu meningkatkan kapasiti pelajar-
pelajar pengajian tinggi dari latar belakang B40 dan M40 untuk
menyambung pengajian secara atas talian dalam usaha membendung
pandemik COVID-19.
NO SOALAN: 59
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian mengambil berat dan komited dalam membantu pelajar
yang menghadapi kesulitan menjalani pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dalam talian terutama pelajar-pelajar pengajian tinggi dari latar
belakang B40 dan M40.
Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian ialah
mengadakan perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti capaian liputan
internet mengikut keberadaan pelajar untuk tujuan pemetaan liputan
capaian internet. Selain itu, Kementerian juga telah mengedarkan 871
maklumat lokasi kemudahan pusat internet di bawah seliaan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada universiti awam.
Kemudahan ini boleh diakses oleh semua pelajar di seluruh Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak secara percuma. Kementerian juga telah
mengalakkan pelajar untuk mengakses Internet melalui Eduroam yang
sedia ada di kampus universiti awam yang berdekatan semasa berada di
luar kampus.
Bagi membolehkan PdP dijalankan dengan lebih baik dan dapat diakses
oleh semua pelajar, pensyarah turut menyediakan bahan pembelajaran
yang boleh diakses oleh pelajar melalui beberapa platform dan kaedah
seperti Massive Open Online Courses (MOOC), Learning Management
System (LMS), YouTube dan sebagainya. Universiti awam juga telah
NO SOALAN: 59
mengoptimumkan penggunaan kaedah Open Distance Learning (ODL)
sendiri untuk berkongsi bahan pengajaran serta menjalankan PdP dalam
talian. Inisiatif untuk menghantar bahan pengajaran secara pos bagi
memudahkan pelajar di luar bandar dan yang menghadapi masalah
capaian internet turut juga dilaksanakan oleh universiti awam.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 60
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TAN SRI RADZI BIN TAN SRI SHEIKH
AHMAD
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tan Sri Radzi Bin Tan Sri Sheikh Ahmad minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan berapa banyak pusat jagaan anak yatim dan orang tua
mengikut negeri yang didaftar di bawah Akta Pusat Jagaan yang
mendapat bantuan Kerajaan. Berapa kos makan dan minum seorang
anak yatim dan orang tua setiap hari yang ditanggung oleh Kerajaan.
Adakah Kerajaan bercadang untuk menambah kos makan minum
tersebut memandangkan kos bahan mentah dan kos bahan langsung kian
meningkat.
NO SOALAN: 60
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi Bantuan
Kewangan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang
memberikan perkhidmatan penjagaan, perlindungan dan pemulihan
kepada kumpulan sasar JKM iaitu Warga Emas, Orang Kurang Upaya
(OKU) dan Kanak-kanak.
Sehingga bulan Jun 2020, JKM telah menyalurkan peruntukan sebanyak
RM5.54 juta kepada 89 buah pusat jagaan kanak-kanak yang memenuhi
syarat kelayakan Jabatan. Senarai pusat jagaan kanak-kanak mengikut
negeri adalah seperti berikut:
NEGERI
PSK KANAK-KANAK
JUMLAH
PSK
JUMLAH BANTUAN
(RM)
Perlis 2 160,120.00
Kedah 11 572,400.00
Pulau Pinang 5 150,092.00
Perak 17 814,900.00
Selangor 20 1,613,416.00
Kuala Lumpur 6 229,464.00
Negeri Sembilan 4 245,000.00
Melaka 3 288,584.00
Johor 3 132,000.00
Pahang 4 269,000.00
Terengganu 5 300,000.00
Kelantan 3 287,000.00
Sarawak 3 147,576.00
Sabah 3 334,720.00
JUMLAH 89 5,544,272.00
NO SOALAN: 60
Bagi tempoh yang sama, JKM telah menyalurkan peruntukan sebanyak
RM2.87 juta kepada 22 buat pusat jagaan warga emas. Senarai pusat
jagaan kanak-kanak mengikut negeri adalah seperti berikut:
NEGERI
PSK WARGA EMAS
JUMLAH
PSK
JUMLAH BANTUAN
(RM)
Kebangsaan 3 1,786,000.00
Pulau Pinang 3 248,336.00
Perak 2 179,000.00
Selangor 7 329,000.00
Johor 2 100,000.00
Pahang 1 60,000.00
Terengganu 2 157,000.00
Kelantan 2 10,000.00
JUMLAH 22 2,869,336.00
Pada masa ini, di bawah peruntukan JKM, bantuan yang disalurkan masih
sebanyak RM8.00 sehari bagi kos perbelanjaan dan penyediaan makan
dan minum kepada penghuni di pusat jagaan. Sebagai menyokong usaha
Kerajaan, PSK wajar mengambil inisiatif untuk mendapatkan dana lain
bagi menampung kos tambahan makan minum penghuni mengikut
keperluan.
Pengiraan bantuan kewangan yang disalurkan juga mengambil kira
prestasi kewangan semasa PSK tersebut. Ini adalah selaras dengan
prinsip kebajikan tanggungjawab bersama melalui kerjasama strategik
antara kerajaan dan PSK.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 61
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan:
(a) mengenai berapakah jumlah hospital-hospital yang telah dibaik
pulih dan juga pembinaan baru, apakah perkembangan terkini
berkenaan hospital-hospital ini; dan
(b) setelah negara dilanda COVID-19, dan belum ada penemuan
vaksin, adakah ada perancangan Kerajaan untuk menubuhkan
hospital khas bagi pesakit COVID-19.
NO SOALAN: 61
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa berusaha
menambahbaik capaian sistem perkhidmatan kesihatan demi
kesejahteraan rakyat Malaysia.
2. Sepanjang Rancangan Malaysia ke-11, sebanyak 14 buah hospital
telah siap dibaik pulih, manakala sebanyak 31 buah hospital lagi kini
sedang dibaik pulih.
3. Selain itu, dua (2) buah hospital baharu telah siap dibina iaitu
Hospital Kuala Krai pada tahun 2018 dan Hospital Rembau pada
tahun 2019. Manakala, terdapat sembilan (9) buah hospital baharu
masih dalam pembinaan iaitu:
i. Hospital Tanjung Karang, Selangor;
ii. Hospital Bachok, Kelantan;
iii. Hospital Dungun, Terengganu;
iv. Hospital Sri Aman, Sarawak;
v. Hospital Parit Buntar, Perak;
vi. Hospital Pendang, Kedah;
vii. Hospital Kemaman, Terengganu;
viii. Hospital Lawas, Sarawak; dan
ix. Hospital Bera, Pahang.
NO SOALAN: 61
4. Sementara itu, terdapat tiga (3) buah hospital baharu masih dalam
Fasa Pra Pelaksanaan melibatkan aktiviti perancangan, reka
bentuk dan perolehan iaitu :
i. Hospital Pasir Gudang, Johor;
ii. Hospital Seri Iskandar, Perak; dan
iii. Hospital Petra Jaya, Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua,
5. Pada masa ini, sebanyak 38 hospital daripada 146 buah hospital
KKM dan 1 hospital pengajar telah dikenalpasti sebagai
hospital hibrid COVID-19, di mana perawatan pesakit COVID-19
serta pesakit bukan COVID-19 diberikan. Jumlah katil yang
dikhaskan kepada pesakit COVID-19 di dalam 39 hospital ini ialah
sebanyak 2,387 katil.
6. Di samping itu, sebanyak 15 fasiliti luar selain hospital COVID-19
seperti Institut Latihan KKM, Pusat Belia dan Sukan, asrama
jururawat dan sebagainya juga telah dikenalpasti untuk
menempatkan pesakit COVID-19 dan PUI yang stabil. Fasiliti-fasiliti
ini menyumbang sebanyak 1,349 katil.
7. Sehingga kini, kadar penggunaan katil di kesemua hospital dan
fasiliti bukan hospital yang merawat pesakit COVID-19 adalah
masih rendah iaitu sebanyak 7%.
8. Kerajaan turut telah membina Pusat Kuarantin dan Rawatan
COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS, Serdang yang telah
NO SOALAN: 61
beroperasi bermula 16 April 2020 hingga 15 Julai 2020. Ia telah
dibangunkan dalam jangkamasa 3 hari sahaja dengan kapasiti
maksimum 1,104 katil. Pusat ini telah berjaya merawat seramai
1,362 pesakit dalam tempoh tersebut.
9. Justeru, KKM tiada perancangan bagi pembinaan sebuah hospital
khas untuk perawatan pesakit COVID-19 pada masa ini
memandangkan jumlah katil COVID-19 sedia ada masih mampu
menampung jumlah kes pada masa ini.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 62
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD SALLEH
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Puan Nuridah Binti Mohd Salleh minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan usaha yang dilakukan pihak Kementerian dalam memastikan
setiap bantuan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi PENJANA sampai
kepada kelompok dan individu yang sepatutnya secara lebih efektif dan
efisyen.
NO SOALAN: 62
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Sebagai langkah memulihkan ekonomi yang terjejas akibat penularan
wabak COVID-19, Kerajaan telah memperkenalkan:
i. Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai
RM250 bilion pada 27 Mac 2020 bagi merangsang ekonomi,
membantu rakyat dan menggalakkan aktiviti ekonomi domestik;
ii. Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat tambahan (PRIHATIN
TAMBAHAN) pada 6 April 2020 bernilai RM10 bilion bagi menyokong
kelangsungan perniagaan terutamanya Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS); dan
iii. Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun 2020
bernilai RM35 bilion yang bertujuan untuk memulihkan dan menjana
semula ekonomi negara dalam jangka masa pendek.
Kesemua pakej-pakej ini keseluruhannya bernilai RM295 bilion dan
merangkumi lebih daripada 80 initiatif yang berteraskan rakyat, perniagaan
dan ekonomi. Initiatif ini dilaksanakan oleh pelbagai Kementerian, Agensi
dan pihak swasta, dan sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
NO SOALAN: 62
Dalam memastikan kesemua inisiatif di bawah PRIHATIN dan PENJANA
sampai kepada individu dan kelompok sasar secara efektif dan berkesan,
ia akan dipantau rapat oleh Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus
Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), Kementerian Kewangan
bagi memastikan pelaksanaannya dibuat secara cekap dan berkesan serta
bantuan sampai kepada golongan telah disasarkan dengan sepenuhnya.
Pihak LAKSANA juga akan dari masa ke semasa membuat penilaian
kepada inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuk menilai kaedah
pelaksanaannya serta mencadangkan langkah-langkah intervensi atau
penambahnaikan. Sekiranya perlu, pihak Kerajaan boleh
mempertimbangkan untuk meningkatkan peruntukan bagi membantu
golongan sasar terlibat tertakluk kepada kedudukan Kewangan Kerajaan.
Kementerian Kewangan turut membangunkan laman sesawang khusus
bagi PENJANA di www.penjana.treasury.gov.my bagi membolehkan
masyarakat umum mendapatkan maklumat mutakhir berkaitan inisiatif-
inisiatif yang ada di bawah PRIHATIN dan PENJANA. Selain itu, rakyat
juga boleh menghubungi talian hotline PENJANA di 03-88824666 bagi
pertanyaan berkaitan pakej rangsangan.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 63
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK RAZALI BIN IDRIS
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Razali bin Idris minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan
penjawat awam OKU yang telah diberi kenaikan pangkat dalam
perkhidmatan awam dan jumlah penjawat awam OKU yang masih statik
(tiada pergerakan dalam mana-mana gred pangkat).
NO SOALAN: 63
JAWAPAN
[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,MENTERI DI JABATAN
PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap pegawai awam yang
layak sememangnya sentiasa diberi ruang dan peluang kenaikan
pangkat untuk mengisi jawatan di pelbagai peringkat selaras dengan
peruntukan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 -
Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam
Perkhidmatan Awam. Peraturan ini juga terpakai kepada Orang Kurang
Upaya (OKU).
Proses pemilihan adalah berdasarkan merit, prestasi, kelayakan,
kompetensi, daya kepimpinan, integriti dan kesesuaian penerimaan
di peringkat Kementerian atau Jabatan. Ini adalah bagi memastikan
pegawai yang mengisi jawatan-jawatan berkenaan adalah terdiri
daripada pegawai yang kompeten dan berkebolehan.
Seramai 2,122 pegawai daripada 3,598 pegawai OKU, iaitu 58.97%
telah menerima kenaikan pangkat berdasarkan kekosongan jawatan dan
memenuhi kriteria kenaikan pangkat. Pecahannya mengikut kumpulan
adalah seperti beriut:
Kumpulan Dinaik Pangkat
Pengurusan Tertinggi 5
Pengurusan & Profesional 884
Pelaksana 1,233
JUMLAH KESELURUHAN 2,122
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 64
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan apakah usaha-usaha yang diambil oleh Kementerian untuk
memastikan bekalan pekerja asing di dalam negara mencukupi semasa
tempoh penularan COVID-19 dan adakah Kementerian merancang untuk
membenarkan kemasukan pekerja asing untuk memenuhi permintaan
sektor-sektor tertentu tanpa kompromi aspek kesihatan pada tempoh
pandemik ini.
NO SOALAN: 64
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Kerajaan pada masa ini telah membekukan pengambilan pekerja
asing baharu mengambil kira penularan wabak pandemik COVID-19 serta
impak pandemik tersebut kepada pasaran pekerjaan negara. Tempoh ini
akan digunakan oleh Kementerian ini untuk mengambil pendekatan “all
out” bagi memastikan pencari kerja warganegara diserapkan dalam
pasaran pekerjaan bagi mengurangkan kadar pengangguran dan
menjamin kelangsungan hidup rakyat.
2. Bagi membantu industri yang memerlukan khidmat pekerja asing
sedia ada yang terkesan akibat pandemik ini, Kerajaan bermula 10 Jun
2020 telah menjalankan program pertukaran majikan bagi membolehkan
majikan yang tidak dapat meneruskan penggajian pekerja asing mereka
supaya menyerahkan pekerja-pekerja tersebut kepada majikan baharu.
Proses ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Tenaga Kerja
Semenanjung Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta hanya
untuk sektor pekerjaan yang sama.
3. Berhubung dengan rancangan untuk membenarkan kemasukan
pekerja asing untuk memenuhi permintaan sektor-sektor tertentu tanpa
kompromi aspek kesihatan, sebarang keputusan berhubung perkara
tersebut akan dibuat tertakluk kepada nasihat Kementerian Kesihatan
berhubung status dan impak COVID-19.
NO SOALAN: 64
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 65
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATO’ RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
BIN RAJA AHMAD
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Dato’ Raja Kamarul Bahrin bin Raja Ahmad minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah kriteria untuk SPRM membuka semula
kes lama atau kes yang telah ditutup oleh SPRM setelah menerima aduan
dari orang awam.
NO SOALAN: 65
JAWAPAN
[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,MENTERI DI JABATAN
PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai sebuah badan bebas
dalam menjalankan penyiasatan terhadap kes-kes rasuah, salahguna
kuasa dan penyelewengan, SPRM akan membuka semula kertas
siasatan sekiranya terdapat fresh evidence di dalam kes tersebut.
Berdasarkan bukti-bukti baru ini, siasatan dijalankan dengan bebas, telus
dan profesional mengikut lunas undang-undang.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 66
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPATBELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara, jumlah
kelahiran hidup di Negeri Sabah pada tempoh-tempoh berikut, 1963-
1970, 1971-1980, 1981-1990, 1991-2000 dan 2001-2020.
NO SOALAN: 66
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Selaras dengan peruntukan dalam Akta Pendaftaran Kelahiran dan
Kematian 1957 (Akta 299) bagi Semenanjung Malaysia, Ordinan
Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Sabah Cap. 123) 1948 bagi negeri
Sabah, dan Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Sarawak
Cap.10) 1951 bagi negeri Sarawak, kelahiran setiap individu di Malaysia
sama ada bertaraf warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara,
hendaklah didaftarkan oleh Pendaftar bagi kawasan pendaftaran di mana
individu itu dilahirkan dengan butir-butir kelahirannya.
Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 1963
hingga tahun 2020, sebanyak 2,559,693 kelahiran hidup yang didaftarkan
di negeri Sabah. Perincian jumlah kelahiran berkenaan mengikut tahun
adalah seperti mana berikut:-
a. Tahun 1963 hingga tahun 1970: 92,742 orang;
b. Tahun 1971 hingga tahun 1980: 216,072 orang;
c. Tahun 1981 hingga tahun 1990: 502,586 orang;
d. Tahun 1991 hingga tahun 2000: 636,121 orang; dan
e. Tahun 2001 hingga tahun 2020: 1,112,172 orang.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 67
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB TUAN ADRIAN BANIE LASIMBANG
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Tuan Adrian Banie Lasimbang minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Kerajaan Perikatan Nasional akan membentangkan
semula usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk
mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi utama
penubuhan Persekutuan Malaysia.
NO SOALAN: 67
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, satu kertas
kabinet akan diangkat kepada Jemaah Menteri dalam masa
terdekat bagi mencadangkan supaya satu jawatankuasa kerja
ditubuhkan bagi membincangkan mengenai hala tuju pindaan
kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana, di
bawah pentadbiran Kerajaan sebelum ini, masih belum terdapat
sebarang draf Rang Undang-Undang berkenaan Pindaan Perkara
1(2) Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui di antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan
Kerajaan Negeri Sarawak. Oleh yang demikian Kerajaan
memerlukan sedikit masa bagi menggerakkan semula
perbincangan mengenai perkara ini.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 68
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Datuk John Ambrose minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
MAKANAN menyatakan adakah Kementerian ingin membantu golongan
graduan untuk terlibat dalam pertanian moden seperti tanaman fertigasi,
nanoteknologi dan kaedah moden yang lain seperti hidroponik. Dengan
cara ini, sekaligus membantu golongan pelajar mendapatkan pendapatan
dan membekalkan bekalan makanan kepada masyarakat setempat
NO SOALAN: 68
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa peka dan
bersedia untuk membantu golongan graduan melibatkan diri dalam sektor
agromakanan. Pelbagai inisiatif dan program telah disediakan untuk
memperkasa golongan graduan di dalam pertanian moden seperti
tanaman fertigasi, nanoteknologi dan hidroponik. Untuk makluman Yang
Berhormat, Kementerian antara lain telah mengambil inisiatif-inisiatif
berikut:
1) Perluasan skop Program Agropreneur Muda di bawah bidang
tanaman meliputi sistem fertigasi, tanaman hidroponik, akuaponik
dan penggunaan agroteknologi. Pada tahun 2016 hingga 2020,
seramai 954 orang belia telah mendapat kelulusan Geran
Agropreneur Muda bagi menjalankan projek-projek fertigasi
berjumlah RM 17.4 juta. Manakala bagi projek-projek hidroponik
dan akuaponik, Kementerian telah meluluskan perluasan skop
tersebut mulai Jun 2020.
Bagi pencapaian keseluruhan dari tahun 2016 sehingga Ogos 2020,
seramai 6,349 orang peserta agropreneur muda dari seluruh negara
telah mendapat manfaat daripada Geran Agropreneur Muda yang
melibatkan peruntukan RM111.02 juta. Jumlah pembiayaan khas
agropreneur muda (pinjaman) pula adalah seramai 58 usahawan
berjumlah RM3.9 juta dari tahun 2017 hingga Ogos 2020.
NO SOALAN: 68
2) Kementerian juga telah melaksanakan Program Latihan Kemahiran
Pertanian Kebangsaan (PLKPK) di bawah Pendidikan dan Latihan
Teknikal dan Vokasional (TVET). Program PLKPK yang diiktiraf
oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian
Sumber Manusia (KSM) ini menawarkan pembelajaran di peringkat
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia
(DKM) yang merangkumi sembilan (9) bidang. Antaranya tanaman,
ruminan, akuakultur, teknologi penangkapan ikan dan pemasaran.
Dari tahun 1969 sehingga tahun 2019, seramai 19,565 orang
graduan telah berjaya dilahirkan. Penggunaan teknologi moden
dalam pertanian merupakan di antara silibus pembelajaran yang
digunapakai dalam PLKPK seperti tanaman cili fertigasi, hidroponik,
penggunaan simulasi elektronik dan sebagainya.
Sekian, terima kasih.
NO SOALAN: 69
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2020
Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan badan yang
bertanggungjawab menggubal dan memantau sukatan pelajaran dan
sistem pendidikan di institusi kebajikan yang melibatkan penempatan
kanak-kanak seperti rumah kanak-kanak dan lain-lain.
NO SOALAN: 69
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Semua kanak-kanak di Malaysia wajib mendapat pendidikan sewajarnya.
Hal ini seiring dengan kehendak Konvensyen Mengenai Hak Kanak-
Kanak (CRC) yang telah ditandatangani oleh Malaysia pada 28 Disember
1994 dan telah diguna pakai pada 7 Februari 1995. Berdasarkan
konvensyen ini, empat (4) hak dan keperluan kanak-kanak yang mesti
dipenuhi adalah Kelangsungan Hidup, Perlindungan, Perkembangan dan
Penyertaan. Bagi kanak-kanak yang ditempatkan di institusi kanak-kanak
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mereka juga diberi hak dan
peluang untuk mendapat pendidikan sama seperti kanak-kanak di luar
sana.
JKM mempunyai 36 buah institusi kanak-kanak meliputi Rumah Kanak-
kanak, Sekolah Tunas Bakti, Asrama Akhlak dan Taman Seri Puteri.
Pendidikan adalah salah satu daripada perkhidmatan yang disediakan
kepada kanak-kanak yang ditempatkan di institusi memandangkan ia
adalah elemen penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan
bagi kanak-kanak. Pendidikan yang disediakan adalah terdiri daripada
pendidikan formal dan pendidikan bukan formal.
Bagi kanak-kanak yang ditempatkan di institusi kanak-kanak JKM,
mereka mengikuti pendidikan formal di sekolah-sekolah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kurikulum standard yang
diguna pakai oleh KPM adalah Kurikulum Standard Sekolah Rendah
NO SOALAN: 69
(KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kanak-
kanak ini dihantar ke sekolah luar yang berdekatan dengan institusi,
secara harian menggunakan kenderaan institusi.
Pendidikan formal di institusi kanak-kanak juga meliputi Latihan
Vokasional dan Pendidikan Teknikal (TVET) pelbagai bidang seperti
elektrik, kimpalan, jahitan dan masakan. Sukatan pelajaran bagi bidang
TVET ini pula mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia
(KSM) melalui persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Bagi persijilan
GIATMARA pula, sukatan pelajaran adalah berdasarkan kepada modul
yang ditetapkan oleh GIATMARA.
Di samping itu, JKM turut menjalinkan kerjasama bersama agensi lain
seperti Yayasan Peneraju Bumiputera bagi program galakan
pembelajaran dan GIATMARA serta Akademi Binaan Malaysia di bawah
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi
program latihan TVET.
Pendidikan bukan formal adalah pendidikan yang dilaksanakan dalam
institusi merangkumi pendidikan am seperti pengurusan rumah tangga,
pembangunan diri, komunikasi dan kebudayaan, pendidikan sosial
seperti kesihatan, kemasyarakatan, keusahawanan dan etika serta
pendidikan rohani seperti agama, moral dan sivik. Sukatan pelajaran bagi
pendidikan bukan formal ini disediakan oleh JKM dengan kerjasama
beberapa agensi lain sebagai contoh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) dalam pembangunan Modul Pemerkasaan Rohani bagi Kanak-
kanak Institusi JKM. Terkini, JKM sedang dalam proses pembangunan
NO SOALAN: 69
bagi Modul Pemulihan Dadah bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK).
Aktiviti pendidikan ini dilaksanakan oleh kakitangan institusi atau dengan
kerjasama agensi kerajaan serta badan korporat. Ini bagi memastikan
pendidikan tersebut kekal relevan dan mampu memberi manfaat kepada
kanak-kanak selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan CRC.
Sekian, terima kasih.