Top Banner
MESOPOTAMIA
8

Mesopotamia

Feb 20, 2017

Download

Education

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Mesopotamia

MESOPOTAMIA

Page 2: Mesopotamia

PENGENALAN~~~• Tamadun terawal di dunia lahir di wilayah yang dikenali sebagai

Mesopotamia. PerkataanMesopotamia berasal daripada bahasa Yunani yang bermaknatanah di antara dua sungai. • Wilayah Mesopotamia ini terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai

Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hinggalah ke Teluk Parsi. • Kawasan ini dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian timur

laut, dataran tinggi Arab di barat daya, dan Teluk Parsi di bahagian selatan.

Page 3: Mesopotamia

• Tamadun ini telah berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000-5000 S.M.. Pada sekitar tahun 3500 S.M., wilayah Mesopotamia ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal.

• Terdapat banyak kerajaan yang muncul, berkembang dan akhirnya jatuh di lembah Mesopotamia. Kerajaan terawal ialah Kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 S.M. dan kerajaan yang terakhir ialah Chaldea yang jatuh pada tahun 539 S.M..

• Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan yang penting seperti yang tertera di bawah.

Page 4: Mesopotamia

CIRI-CIRI TAMADUN MESOPOTAMIA~• Setiap negara kota itu terbahagi kepada kawasan utama, iaitu pusat kota, tembok kota, luar

kota, dan pelabuhan. • Setiap negara kota ini juga mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang

yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota. • Di dalam kota pula terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumak kedai dan pasar

dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan lebar. • Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat pada masa

itu. (ZIGURAT)

Page 5: Mesopotamia

• Setiap kota juga mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri. Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah telah memudahkan pengangkutan dengan kapal, pedati dan keldai. • Antara jalan penghubung utama termasuklah jalan yang

menhubungkan sumeria dan kota mari yang digunakan oleh perdagangan dari luar Mesopotamia.• Masyarakat negara kota terbahagi kepada 2 golongan, iaitu golongan

pemerintah dan golongan rakyat. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera, dan orang bangsawan. • Golongan rakyat terbahagi kepada 2, iaitu rakyat bebas seperti pertani,

artisan serta perdagangan, dan hamba yang terdiri daripada tawanan perang. Susun lapis masyarakat ini dapat dilihat seperti rajah dibawa.

Page 6: Mesopotamia

SUSUN LAPIS MASYARAKAT MESOPOTAMIA~

Page 7: Mesopotamia

• Dalam tamadun Mesopotamia, raja merupakan pemerintah. Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk teokrasi. Di bawah sistem ini dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilih negara kota. • Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau Wakil tuhan tetapi

masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai Tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291-2255S.M.) di Akkad.

Page 8: Mesopotamia

SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA……..Kita sambung dalam PdP yang seterusnya~

Bye bye~