MESIN-MESIN
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT71022
5.0 PENGENALANPenghasilan kerja kayu tanpa menggunakan mesin,
kini telah dianggap sebagai ketingalan zaman. Berbagai-bagai jenis
mesin kayu telah digunakan untuk menghasilkan berbagai-bagai jenis
komponen perabot. Oleh sebab itu, pengetahuan mengenai mesin ini
merupakan sebahagian latihan yang penting bagi semua pekerja dalam
perusahaan ini.
Mesin-mesin yang akan dibincangkan kelak merupakan mesin yang
biasanya didapati didalam bengkel. Secara keseluruhannya terdapat 2
jenis mesin iaitu :
Mesin Mudah Alih
Mesin Tetap
5.1 MESIN MUDAH ALIH
Dalam perusahaan pembinaan kini, terdapat pelbagai jenis alat
berkuasa elektrik mudah alih untuk digunakan dalam bengkel dan
ditepak pembinaan. Alat-alat ini membolehkan kerja pembinaan dibuat
dengan cepat dan mudah. Disamping mengurangkan kos pembinaan.
Dengan bantuan alat-alat ini, produktiviti dapat dipertingkatkan
untuk memenuhi permintaan pasaran. Alat-alat berikut merupakan
sebahagian daripada alat-alat yang biasa digunakan :
5.1.1GERUDI
5.1.1.2 Gerudi merupakan alat mudah alih yang paling banyak
digunakan. Ada tiga kategori gerudi iaitu ringan, am dan kerja
berat yang dihasilkan dalam beberapa saiz dan julat laju. Gerudi
ini direka bentuk untuk menembuk lubang yang berlainan saiznya pada
sebarang bahan. : kayu, konkrit keluli plastik dan lain-lain
lagi.
5.1.2KETAM BERKUASA
Ketam ini berupaya mengetam berbagai jem\nis kayu. Ia
dipasangkan dengan mata mata 100mm lebar yang dilaras untuk
mengetam sedalam 3mm. Mata ketam diperbuat daripada keluli
carbon-crome yang boleh ditukar dan kemudiannya boleh diasah
apabila tumpul. Ketam ini boleh digunakan utnuk mengetam ira kayu,
melintang ira kayu ataupun hujung kayu tanpa merosakkannnya. Ketam
ini juga dilengkapkan dengan beberapa pengadang utnuk kegunaan yang
tertetntu ( rajah)
5.1.3GERGAJI JIG
5.1.3.1 Gergaji ini antara lain digunakan, untuk membuat
potongan dalam yang beraneka bentuk bagi bahan kayu atau logam yang
nipis. Berbagai-bagai jenis mata gergaji boleh didaptui untuk
memotong bahan-bahan yang berlainan.
5.1.3.2 Apabila menggunakan gergaji jig, bahan yang dikerjakan
itu hendaklah diapat supaya tidak berganjak dan juga dapat mengawal
getara yang berlaku semasa dikerjakan. Kayu keras hingga 50mm tebal
boleh dibelah atau dikerat menggunakan gergaji ini. Bergitu juga
kepingan logam, loyang, alumunium, asbestos, plastik dan
bahan-bahan gentian boleh dipotong menggunakan mata yangs
sesuai.
5.1.4GERGAJI BERKUASA
5.1.4.1Gergaji ini mempunyai mata bulat yang berbagai saiz dari
152mm hingga 304 mm. Mata gergaji yangt berlainan boleh ditukarkan
untiuk memotong bahan-bahan seperti batu, bata, jubin, plastik,
gentian bumbung, kepingan asbestos, salur air besi buangan dan
lain-lain lagi. Ia boleh dilkaraskan utnuk memotong tegak dan
memotong serong ke sudut 45 darjah secara mengerat dan
membelah.
5.1.4.2 Gergaji ini juga dipasangkan pengadang keselamatan dan
alat tambahan yang lain untuk memudahkan lagi kerja.
1Nyatakan dengan jelas fungsi mesin ketam berkuasa.
2Mengapakah apit perlu digunakan bersama semasa mengandalikan
gergaji jig?
1Digunakan untuk mengetam mengikut ira kayu, melintang iara kayu
ataupun hujung kayu tanpa merosakkannya.
2Apit perlu digunakan supaya bahan yang dikerjakan tersebut
tidak bergerak dan juga dapat mengawal getaran kuat yang terhasil
semasa gergaji jig digunakan.
5.2MESIN TETAP
Mesin tetap merupakan mesin-mesin berat yang besar dan
kedudukannya didalam bengkel adalah tetap dan tidak mudah atau
tidak boleh digerakkan. Biasanya, pengendali mesin terpaksa
bergerak dari satu mesin ke mesin yang lain dan membawa benda kerja
untuk diproses oleh mesin tersebut, berbeza dengan mesin mudah alih
yang mudah digerakkan ke mana sahaja.
Mesin-mesin tetap ini mempunyai bentuk fizikal yang besar dan
lazimnya memiliki keupayaan kerja yang tinggi dan sangat berkuasa
untuk memproses benda kerja berbanding mesin mudah alih yang
mempunyai keupayaan yang terhad dan minima.
Terdapat beberapa mesin yang lazimnya boleh didapi di setiap
bengkel perabot iaitu :
5.2.1 GERGAJI BULAT (Circullar Saw)
5.2.1.1
Antara mesin-mesin kerja kayu, gergaji bulat ini merupakan mesin
yang paling berguna. Mesin ini mengandungi empat bahagian utama
iaitu :
a) rangka besi tuangan
b) meja atas
c) motor
d) mata gergaji piring
5.2.1.2
Terdapat 3 jenis mata gergaji piring yang digunakan untuk kerja
am. Iaitu gergaji belah, gergaji kerat dan gergaji kombinasi
seperti gergaji tangan, gergaji belah digunakan untuk membelah kayu
mengikut ira kayu, gergaji kerat untuk memotong secara melintang,
manakala gergaji kombinasi yang mempunyai gigi membelah dan
mengerat pula berfungsi kedua-dua jenis kerja membelah dan
mengerat.
5.2.1.3
Sesetengah mesin gergaji boleh berfungsi memotong secara serong,
samaada diserongkan meja atas atau motornya.
5.2.1.4
Sebagai langkah kemudahan dan keselamatan, beberapa pengadang
hendaklah digunakan pada gergaji ini antaranya adalah (rajah 2.15)
:
a) pengadang dan pencerai pengadang dipasang diatas meja untuk
menutup mata gergaji. Pencerai pula dipasang dibelakang mata
gergaji untuk menceraikan kayu yang telah dipotong dan memastikan
benda kerja tidak tendang balik semasa dipotong.
b) Pemandu membelah ia merupakan pagar keluli yang lurus
diapitkan pada meja atas semasa membelah kayu. Pemandi ini
digunakan untuk memandu potongan yang lurus apabila membelah papan
kepada lebar yang dikehendaki. Ia juga digunakan apabila melurah,
meningkat, menepi serong dan membuang persegi. Ujian hendaklah
dilakukan dengan kerap untuk menentukan pemandu ini selari dengan
mata gergaji.
c) Tolok rencong tolok ini digunakan untuk memandu dan menolak
benda kerja apabila menggergaji secara melintang atau merencong.
Tolok ini mengesot dalam lurah diatas meja secara selari dengan
mata gergaji. Penahan tolok boleh dilaras untuk mengerat dari 30 -
135.
5.2.1.5 Peraturan keselamatan
Semua mesin kerja kayu hendaklah digunakan dengan cermat supaya
dapat mencegah kemalangan, terutama gergaji bulat. Langkah-langkah
yang berikut perlu difahami dengan betul dan cermat,
1) mesin hendaklah sentiasa diminyakkan dengan minyak pelicin
setelah digunakan
2) jangan biarkan alatan dan bahan-bahan bertaburan diatas
meja.
3) Lantai disekelilin mesin hendaklah sentiasa bersih.
4) Periksa mesin terlebih dahulu, sebelum kerja dilakukan.
5) Jangan membetul atau menukar alat ganti ssemasa mesin masih
berjalan.
6) Selalu menggunakan pangadang seperti yang dikehendaki semasa
bekerja dengan mesin.
5.2.1.6 Cara Pengendalian Mesin
Pengendalian mesin gergaji bulat ini terbahagi kepada dua
operasi iaitu opersi membelah kayu lebar dan operasi membelah kayu
sempit.
5.2.1.7 Operasi Membelah Kayu Lebar
Lebar bermakna jarak antara mata gergaji dengan pengadang pagar
dan hendaklah cukup lebar bagi tangan kanan menolak kayu dengan
selamat. Jarak ini tidak kurang daripda 125 mm.
Proses membelah kayu ini adalah seperti berikut :
1) Laraskan kedudukan pengadang pagar mengikut labar kayu yang
akan dibelah dengan mengukur jarak antara pagar dengan gigi
gergaji.
2) Tempatkan kayu diatas meja dengan menaikan atau menurunkan
meja melalui rola pelaras sehingga gigi gergaji terunjur dari
permukaan kayu tidak melebihi 3mm.
3) Kayu mesti diletakkan diatas permukaan meja denagan tepi
lurusnya terasak kepada pengadang pagar.
4) Pastikan pengadang pencerai dipasangkan pada tempatnya dan
tudung pengadang melindungi gigi gergaji diatas meja.
5) Tekan suis mesin dan biarkan mesin mencapai kadar laju yang
cukup. Berdi disebelah tepi kiri mesin dan pegang kayu supaya
tangan kiri disebelah luar mata gergaji dan tangan kanan diantara
mata gergaji dan pengadang pagar. Kayu ditolak supaya digergaji
mengikut lajunya. Jangan tplak kayu terlalu kuat atau terlalu laju
sehinggan melebihi had lajunya. Ini dapat mencegah gigi gergaji
dari terbakar.
6) Bahagian kayu yang telah dipotong dibiar jatuh ke hadapan
ataupun dikutip oleh seorang penolong.
7) Apabila mengergaji kayu yang panjang, seorang penolong
diperlukan untuk memberi bantuan mengutip kayu tersebut.
5.2.1.8 Operasi Membelah Kayu Sempit
Sempit bermakna kayu yang lebarnya kurang daripada 125mm dan
apabila terletak antara mata gergaji dengan pengadang pagar, sukar
ditolak dengan tangan.
1) letakkan kepingan kayu secara rata diatas meja dan asakkan
tepinya ke pengadang pagar dengan kuat.
2) Gunakan sekeping kayu penolak untuk menolak dan menekan kayu
yang dibelah, setelah mesin berjalan lancar dengan kadar laju yang
cukup.
3) Jika kepingan kayu cukup lebar dipegang dengan tangan kiri.,
maka pembelahannya hendaklah dibuat dengan menolak dengan tangan
kiri dan kayu penolak dengan tangan kanan.
4) Jika membelah kepingan kayu yang sempit, pembelahannya
bolehlah dibuat dengan cara belah dua kali iaitu membelah sehingga
separuh panjangnya, kemudian membelah dari hujung yang lain hingga
sampai ke pembelahan yang mula tadi.
1Nyatakan empat bahagian utama gergaji bulat.
2Namakan empat jenis mata gergaji bulat.
3Terangkan prosedur dalam operasi membelah kayu sempit.
1a) rangka besi tuangan
b) meja atas
c) motor
d) mata gergaji piring
2a)mata gergaji kombinasi untuk mengerat dan membelah secara
kasar.
b) mata gergaji kombinasi 4 gigi.
c) Mata gergagi mengerat
d) Mata gergaji membelah
3a)Letakkan kepingan kayu secara rata diatas meja dan asakkan
tepinya ke pengadang pagar dengan kuat.
b)Gunakan sekeping kayu penolak untuk menolak dan menekan kayu
yang dibelah, setelah mesin berjalan lancar dengan kadar laju yang
cukup.
c)Jika kepingan kayu cukup lebar dipegang dengan tangan kiri.,
maka pembelahannya hendaklah dibuat dengan menolak dengan tangan
kiri dan kayu penolak dengan tangan kanan.
d)Jika membelah kepingan kayu yang sempit, pembelahannya
bolehlah dibuat dengan cara belah dua kali iaitu membelah sehingga
separuh panjangnya, kemudian membelah dari hujung yang lain hingga
sampai ke pembelahan yang mula tadi
5.2.2 GERGAJI LENGAN (RADIAL ARM SAW)
Gergaji lengan merupakan satu mesin kerja kayu yang mempunyai
berbagai-bagai fungsi. Ia boleh digunakan untuk memotong
berbagai-bagai jenis bahan seperti kayu, papan gentian, logam dan
jiak dipasangkan dengan mata yang tertentu boleh membuat kumai,
tetingkat, peparit dan beberapa jenis tanggam yang lain. Mesin ini
juga boleh menerima berbagai-bagai alat tambah seperti gerudi dan
piring pemasir. Bahagian utama mesin gergaji ini ialah terdiri
daripada bahagian-bahagian seperti berikut (rajah ):
a) rangka penyokong dan aci
b) lengan
c) motor
d) mata gergaji
e) meja
f) suis
g) pengadang
5.2.2.1 Langkah-langkah Keselamatan
1) matikan suis sebelum membuat sebarang pemasangan dan kerja
baru
2) pastikan mata gergaji dan pemasangan yang lain diketatkan
dengan betul sebelum memulakan kerja.
3) Laraskan mata dan pengadang pada kedudukan yang dikehendaki
untuk jenis kerja yang berlainan.
4) Jaga mesin supaya bersih terutamanya pada gelangsar lengan
dan permukaan pengalas
5) Apabila menggunakan mesin tumpukan penuh perhatian dan
pastikan tangan supaya tidak dekat sangat kepada mata gergaji yang
sedang berjalan.
5.2.2.2 Cara Pengendalian Mesin
1) Melaraskan Lengan lengannya boleh diturunkan dan dinaikan
dengan melaras pemegang tegak yang terletak dibahagian atas aci,
mata gergaji hendaklah diturunkan sehingga membuat potongan ke
dalam papan meja sedalam 1.5mm.
2) Memangsi Lengan lengan mesin ini boleh diputarkan kekiri dan
kekanan untuk memotong serong atau sudut, apit serong hendaklah
dilonggarkan dan lengannya dapat dipusingkan ke sudut 90 atau 45 .
selepas lengannya dipangsikan, apit tersebut hendaklah
diketatkan.
3) Memutar badan gergaji badan gergaji boleh diputarkan kepada
kedudukannya supaya mata gergaji dapat mengerat ayau membelah. Ini
boleh dilakukan dengan menarik pin yang diatas badan yang
tersangkut pada lengan.
4) Mencodongkan gergaji sebelum gergaji dapat dicondongkan, ia
hendaklah dinaikkan supaya mata gergaji lebih tinggi daripada aras
mejanya. Ini boleh dilakukan dengan melonggarkan pin apit
condongnya. Mata gergaji boleh dicondong kepada 45, 90 atau secara
mendatar.
5.2.3 MESIN PENGETAM
terdapat dua jenis mesin pengetam iaitu mesin penetam penebal
dan mesin pengetam pelurus yang digunakan untuk meyediakan
permukaan kayu supaya licindan mendapatkan tebal yang
dikehendaki.
5.2.3.1 MESIN PENGETAM TEBAL
5.2.3.1.1 Mesin ini berfungsi mengetam permukaan kayu
menjadikanya licin dan lurus disamping mendapatkan tebal yang
dikehendaki.
5.2.3.1.2 Mesin ini didapati dalam dua jenis iaitu kepala
tunggal dan kepala kembar (rajah ). Satu rola suap masuk yang
bergelugur dipasangkan dibahagian atas meja untuk menolak kayu
masuk semasa kayu tersebut diketam dengan bantuan rola licin suap
masuk yang ditempatkan dibawah meja. Sepasang rola licin suap
keluar yang dipasangkan diatas dan dibawah meja pula membantu kayu
ditolak keluar ke belakangnya.
5.2.3.1.3 Mesin ini juga mempunyai beberapa rola pelaras untuk
melaraskan ketebalan kayu, setengah mesin juga mempunyai rola
pelaras untuk kawalan laju mesin. Kayu yang permukaanya kasar
hendaklah diketam laju manakala permukaan halus dan kayu keras
hendaklah diketam laju manakala permukaan halus dan kayu keras
hendaklah diketam dengan perlahan.
5.2.3.1.4 Peraturan Keselamatan
Mesin ini adalah paling selamat digunakan dibangdingkan dengan
mesin-mesin kerja kayu yang lain kerana mata ketam, gear dan
bahagian-bahagian lain yang bergerak adalah tertudung. Walau
bagaimanapun, peraturan keselamatan yang berikut haruslah
dipatuhi:
1) kepingan kayu yang mengeleding tidak boleh diketam sebelum
ianya diketam dengan ketam pelurus sehingga rata pada sebelah
muka.
2) Kayu yang pendek sangat, tidak boleh diketam dengan mesin
ini. Kayu yang boleh diketam dengan ketam ini ialah tidak kurang
daripada 350mm.
3) Semasa menggunakan mesin ini, lepaskan tangan sebaik sahaja
kayu disuap dengan rola suap masuk.
4) Jangan letak jari dibawah kepingan kayu semasa mengetam.
5) Kepingan kayu yang panjang hendaklah di sokong dengan rola
atau kekuda dihadapan dan dibelakang mesin.
6) Apabila kayu telah disuap masuk, adalah lebih selamat berdiri
disebelah tepi kerana serpihan kayu yang pecah mungkin terbuang
dengan kuat.
7) Jangan membongkokkan badan dengan tujuan melihat kedalam rola
semasa kayu diketam, kerana kepingan yang pecah boleh terpelanting
dengan kuat.
8) Kepingan kayu yang tidak sama tebalnya tidak boleh diketam
bersama-sama kerana kepingan yang nipis boleh ditendang balik
dengan kuat.
9) Jangan pakai sarung tangan atau pakaian lain yang longgar
semasa bekerja dengan mesin ini.
10) Mata ketam hendaklah dijaga supaya tajam dan bahagian yang
bergerak dalam keadaan yang baik.
11) Kepingan kayu lama yang hendak diketam mestilah dibersihkan
terlebih dahulu dan pastikan tiada paku yang melekat kepadanya.
5.2.3.1.4Cara Pengendalian Mesin
1) Ukur bahagian yang paling tebal pada kayu yang akan diketam
dan laraskan meja supaya 1.5mm kurang dartipada tebal kayu mengikut
skala yang ada pada mesin.
2) Tekan suis untuk menghidupkan mesin.
3) Tentukan arah ira kayu sebelum menolak kayu masuk kedalam
masin. Pastikan sebelah muka kayu elok menghala kebawah.
4) Jika papan tebal perlu diketam banyak kali, maka kedua-dua
belah muka papan hendaklah diketamkan berselang seli supaya tebal
buangannya sama banyak pada kedua-dua belah muka. Ini adalah
bertujuan mencegah papan menggelending yang berlaku akibatkandungan
lembapan yang tidak seimbang pada muka papan selepas diketam
5) Apabila kepingan kayu pendek tersangkut didalam mesin,
gunakan sekeping kayu panjang untuk menolak kayu itu keluar.
5.2.3.2 MESIN KETAM PELURUS (JOINTER)
5.2.3.2.1 Mesin ini direka dalam beberapa saiz daripada 152mm
hingga 915mm lebar. Kepala matanya menagndungi dua, tiga atau empat
pisau yang boleh diputarkanselaju 4500 putaran perminit.
Bahgian-bahagian utama bagi mesin ini adalah seperti yang
berikut(rajah):
1) Badan ia diperbuat daripada rangka keluli atau besi
tuangan
2) Motor A.C motor dipasangkan didalam badannya.
3) Meja ada dua meja sebagai suap masuk dan suap luar
4) Pagar ia dipasangkan diatas meja untuk menahan kayu semasa
diketam
5) Pengadang ia diperbuat daripada sekeping besi yang
dipasangkan diatas meja untuk menutup kepala mata sebagai langkah
menjaga keselamatan
6) kepala mata ia diperbuat daripada sebatang besi bulat yang
mempunyai lubang alur untuk menerima keping pisau ketam yang
diketatkan padanya. Kepala mata ini diputarkan oleh motor melaui
pemacu tali sawat.
7) rola pelaras meja ada dua rola, satu untuk melaraskan meja
suap masuk dan satu lagi untuk melaras meja suap keluar.
8) Suis ia dipasang ditepi badanya supaya senangdigunakan untuk
menghidupkan dan mematikan motor.
5.2.3.2 Peraturan Keselamatan
1) semasa menggunakan mesin ini tumpukan sepenuh perhatian.
Jangan bergurau senda dan melihat kearah yang lain.
2) Jaga pisau ketamnya supaya sentiasa tajam dan dilaras dengan
betul bagi mencegah tendang balik.
3) Jangan mengetam kepingan kayu yang panjangnya kurang daripada
250mm, lebarnya kurang daripada 25mm atau tebalnya kurang daripada
12mm.
4) Gunakan blok tolak untyuk menolak kepingan kayu apabila
mengetam muka rata terutamanya pada kepingan kayu yang pendek dan
nipis.
5) Jangan memegang kayu terlalu dekat pada mata ketam atau pada
hujung kayu.
6) Jangan laras atau tukar pengadang mesin apabila mesin sedang
hidup.
7) Sentiasa gunakan pengadang mesin ini kecuali pada masa
membuat tetingkat.
8) Sarung tangan, tali leher dan pakaian yang longgar tidak
boleh dipakai semasa membuat kerja dengan mesin ini.
5.2.4 MESIN PELUBANG
5.2.4.1 Mesin pelubang digunakan untuk menebuk lubang pada kayu
yang digunakan dalam tanggam lubang dan putting dengan cepat dan
tepat. Ada tiga jenis mesin pelubang yang boleh digunakan dalam
perusahaan kayu :
a) mesin pelubang pahat mesin ini menggunakan pelubang pahat
yang bersegiempat dan mata gerudi bulat untuk menghasilkan
lubang
b) mesin pelubang rantai ia mempunyai mata pemotong yang berupa
gergaji rantai kecil dan menghasilkan lubang yang berbentuk bulat
dibahagian bawahnya.
c) Mesin pelubang pahat bersalingan ia mempunyai batang besi
padu bergigi pada mata pemotongnya. Lubang dibuat dengan getaran
mata ini kedepan pada mata pemotongnya, lubang dibuat dengan
getaran mata ini kedepan dan kebelakang. Mesin ini boleh membuat
lubang pada kayu secara menegak dan secara mendatar (rajah)
5.2.4.2 Bahagian-bahagian utama pelubang pahat
a) Badan - ia diperbuat daripada keping keluli tau besi tuangan
untuk menghasilkan lubang.
b) Aci ia adalah sebahagian daripada badan pelubang yang
berfungsi melaras motor untuk dinaikkan atau diturunkan.
c) Motor ia berkuasa eletrik yang memusingkanmata gerudi untuk
menebuk lubang.
d) kepala pahat dan mata gerudi kepala pahat berbentuk segiempat
dengan hujungnya tajam dan berliang ditengahnya. Saiznya dari 6mm
hingga 64mm. Mata gerudi dipasangkan didalam pahat ini. Saiz gerudi
yang digunakan hendaklah mengikut saiz pahat.
e) Pemijak apabila membuat lubang, pekerja hendaklah memijak
pemijak ini supaya pahat menembusi lubang. Pemijak ini dikaitkan
pada motor yang dilaras pada aci untuk dinaikan dan diturunkan.
f) Meja ia diperbuat daripada besi tuangan dan ditempatkan
ditengah badannya untuk menyokong kayu yang akan dilubangkan.
g) Pagar pagar ini adalah daripada kepingan besi yang dipasakkan
di sebelah belakang meja untuk menahan kayu yang dikerjakan.
h) Apit skru apit ini ditempatkan dihadapan meja untuk
megapitkan kayu yang dikerjakan supaya lubangd apat dibuat dengan
tepat dan selamat.
i) Rola Pelaras - rola pelaras ini difgunakan utnuk menggerakkan
ke kiri dan ke kanan semasa membuat lubang. Satu lagi rola pelaras
mengawal gerakan meja samada ke depan aatau ke belakang.
j) Suis suis ini mengawal kuasa elektrik yang disambungkan
kepada motor.
5.2.5 PEMUTING
5.2.5.1 Putting boleh dibuat dengan gergaji tangan ataupun mesin
gergaji. Amalan ini hanya dilakukan jika hendak membuat suatu atau
dua putting sahaja. Akan tetapi, dalam perusahaan kerja kayu
memerlukan penghasilan putting yang banyak, mamesinpemuting perlu
digunakan. Ada dua jenis mesin permuting iaitu permuting satu
hujung dan permuting dua hujung.
5.2.5.2 Permuting satu hujung memotonng putting pada satu hujung
kayu sahaja dalam satu operasi. Jika hujung kayu yang lain hendak
dibuatkan putting, operasi kedua hendaklah dilakukan.
5.2.5.3 Permuting dua hujung berdaya memotong putting pada
kedua-dua hujung kayu dalam satu operasi. Mesin ini juga boleh
digunakan untuk momotong dadu dan kumai yang lain. (rajah)
5.2.5.4 Bahagian-bahagian utama mesin permuting.
a) kepala permuting kepala ini terdiri daripada rola besi bulat,
mempunyai tiga alur untuk menerima pisau pemotong dan empat alur
untuk menerima taji (spur). Sepasang kepala permuting dipasangkan
pada atas dan bawah meja supaya putting dapat dibuat sekaligus.
b) Gergaji bulat. Gergaji ini mototong hujung putting yang
berlebihan dan mendapatkan hujungnya berbentuk sudut tepat. Gergaji
ini berbentuk bulat dan bergigi mengerat.
c) Kepala Koping - kepala ini berfungsi membuat koping pada bahu
putting.
5.2.6PENCANAI
5.2.6.1 Mesin ini terdiri daripada satu motor yang dipasakkan di
atas meja. Pada pengumpar motor, dipasangkan rola canai yang
diperbuat daripada batu korborundum. Biasanya, satu pengumpar
dipasngkan dengan rola canai gred halus dan satu laggi dipasangkan
dengan rola canai gred kasar. Alat-alat tangan seperti pahat, mata
ketam, mata gerudi dan sebagainya ditajamkan dengan mesin pencanai
ini.
Setelah alam digunakan, rola canai perlu dibersihakan dengans
salah satu cara berikut :
a) rola canai ini perlu dikisarkan dengan kikir yang dikenali
sebagai dressing.
b) Ia hendaklah direndamkan dalam minyak tanah
c) Ia hendaklah dipanaskan dalam dapur.
5.2.6.2 Peraturan Keselamatan
Selain daripada mengikuti peraturan keselamatan am, peraturan
berikut adalah khas untuk mesin pencanai.
a) memakai pelindung mata semasa menggunakan mesin ini. Apabila
mencanai, serpihan logam yang halus akan terhumban keluar dan besar
kemungkinan serpihan ini akan memauski mata dan ini perlu
dicegah.
b) Alat yang dikerjakan hendaklah dipegang dengan ketat oleh
penahan yang dibekalkan untuk mendapatkan sudut yang dikehandaki
disamping mencegah alat itu dari tercampak keluar daripada kawalan
tangan.
c) Gunakan minyak atau cecair penyejuk semasa mencanai untuk
mencegah alat logam terbakar.
1Namakan semua bahagian penting pada mesin Gergaji Lengan.
2Terangkan dengan jelas mesin pelubang rantai.
3Terangkan tiga cara pembersihan roda canai pada mesin
pencanai.
4Terangkan 3 bahagian utama kepala permuting.
1a)lengan pemutar
b) skala condong
c) suis
d) pemancut habuk kayu
e) skala serong
f) penahan tending balik
g) kerangka meja
h) meja
i) pagar
j) mata gergaji
k) pengadang
l) aci
2Ia mempunyai mata pemotong yang berupa gergaji rantai kecil dan
menghasilkan lubang berbantuk bulat untuk menghasilkan lubang.
3a) Roda canai perlu dikisarkan dengan kikir yang dikenali
sebagai alat dressing.
b) Ia hendaklah direndamkan dengan minyak tanah
c) Ia hendaklah dipanaskan dalam dapur.
4
3 bahagian utama mesin permuting.
a)kepala permuting kepala ini terdiri daripada rola besi bulat,
mempunyai iga alur untuk menerima pisau pemotong dan empat alur
untuk menerima taji (spur). Sepasang kepala permuting dipasangkan
pada atas dan bawah meja supaya putting dapat dibuat sekaligus.
b)Gergaji bulat. Gergaji ini mototong hujung putting yang
berlebihan dan mendapatkan hujungnya berbentuk sudut tepat. Gergaji
ini berbentuk bulat dan bergigi mengerat.
c)Kepala Koping - kepala ini berfungsi membuat koping pada bahu
putting
1) Tandakan ( / )bagi penyataan yang benar dan (x ) bagi
penyataan yang salah
a) Mesin permuting digunakan khas untuk kerja-kerja menebuk
lubang ( )
b) Kepala mata (cutter head) merupakan salah satu daripada
bahagian utama bagi mesin ketam pelurus
( )
c) Terdapar 3 jenis mesin pelubang yang biasa digunakan didalam
perusahaan kayu iaitu mesin pelubang pahat, mesin pelubang rantai
dan mesin pelubang pahat bersalingan.
( )
d) Gergaji berkuasa merupakan salah satu daripada kategori
mesin-mesin besar
( )
2) Padankan penyataan dibawah mengikut kesusaian
Mesin
fungsi
Mesin pengetam digunakan untuk membuat potongan dalam yang
beraneka bentuk bagi bahan kayu atau logam yang nipis.
Mesin pelubangdigunakan untuk memotong berbagai-bagai jenis
kayu, logam, dan papan gentian
Mesin gergaji lengandigunakan untuk membuat tanggam lubang dan
putting dengan cepat dan tepat
Gergaji j Gergaji Jigmenyediakan permukaan kayu supaya licin dan
mendapatkan tebal yang dikehendaki.
3) senaraikan 10 bahagian utama bagi mesin pelubang pahat
4) Anda dikehendaki oleh pensyarah anda untuk membuat satu
tanggan lubang dan tanggam permuting yang telah siap diketam,
nyatakan mesin-mesin yang anda akan digunakan
1)
a)Mesin permuting digunakan khas untuk kerja-kerja menebuk
lubang (x )
b) Kepala mata (cutter head) merupakan salah satu daripada
bahagian utama bagi mesin ketam pelurus
( / )
c) Terdapar 3 jenis mesin pelubang yang biasa digunakan didalam
perusahaan kayu iaitu mesin pelubang pahat, mesin pelubang rantai
dan mesin pelubang pahat bersalingan.
( / )
d)Gergaji berkuasa merupakan salah satu daripada kategori
mesin-mesin besar
( x )
2) Mesin
fungsi
Mesin pengetam digunakan untuk membuat potongan dalam yang
beraneka bentuk bagi bahan kayu atau logam yang nipis.
Mesin pelubangdigunakan untuk memotong berbagai-bagai jenis
kayu, logam, dan papan gentian
Gergaji lengandigunakan untuk membuat tanggam lubang dan putting
dengan cepat dan tepat
Gergaji jig Gergaji Jigmenyediakan permukaan kayu supaya licin
dan mendapatkan tebal yang dikehendaki.
3
i. Badan - ia diperbuat daripada keping keluli tau besi tuangan
untuk menghasilkan lubang.
ii. Aci ia adalah sebahagian daripada badan pelubang yang
berfungsi melaras motor untuk dinaikkan atau diturunkan.
iii. Motor ia berkuasa eletrik yang memusingkanmata gerudi untuk
menebuk lubang.
iv. kepala pahat dan mata gerudi kepala pahat berbentuk
segiempat dengan hujungnya tajam dan berliang ditengahnya. Saiznya
dari 6mm hingga 64mm. Mata gerudi dipasangkan didalam pahat ini.
Saiz gerudi yang digunakan hendaklah mengikut saiz pahat.
v. Pemijak apabila membuat lubang, pekerja hendaklah memijak
pemijak ini supaya pahat menembusi lubang. Pemijak ini dikaitkan
pada motor yang dilaras pada aci untuk dinaikan dan diturunkan.
vi. Meja ia diperbuat daripada besi tuangan dan ditempatkan
ditengah badannya untuk menyokong kayu yang akan dilubangkan.
vii. Pagar pagar ini adalah daripada kepingan besi yang
dipasakkan di sebelah belakang meja untuk menahan kayu yang
dikerjakan.
viii. Apit skru apit ini ditempatkan dihadapan meja untuk
megapitkan kayu yang dikerjakan supaya lubangd apat dibuat dengan
tepat dan selamat.
ix. Rola Pelaras - rola pelaras ini difgunakan utnuk
menggerakkan ke kiri dan ke kanan semasa membuat lubang. Satu lagi
rola pelaras mengawal gerakan meja samada ke depan aatau ke
belakang.
x. Suis suis ini mengawal kuasa elektrik yang disambungkan
kepada motor.
4dua jenis mesin yang digunakan ialah :
b) mesin permuting
c) mesin pengetam
d) mesin pelubang
INPUT
Rajah 5.3 - menunjukkan Mesin Gergaji Bulat
Rajah 5.4 Jenis dan corak mata gergaji bulat
Rajah 5.5 Menunjukkan cara penggunaan Gergaji Bulat.
Rajah 5.6 Gergaji Lengan (Radial Arm Saw)
Rajah 5.7 Mesin Pengetam Tebal
Rajah 5.8 Mekanisme kerja mesin pengetam tebal
Rajah 5.9 Mesin Ketam Pelurus (Jointer)
AKTIVITI
UNIT 5 (A)
MAKLUMBALAS
UNIT 5 (A)
Rajah 5.13 Mesin Pencanai
AKTIVITI
UNIT 5 (C)
MAKLUMBALAS
UNIT 5 (C)
Rajah 5.12 - Menunjukkan bahagian dan struktur kepala
permuting.
Rajah 5.1 Gerudi dan barisan matanya.
Rajah 5.2 - Menunjukkan gambar Ketam Berkuasa, Gergaji Jig dan
Gergaji Berkuasa.
Rajah 5.10 Dua jenis mesin pelubang
5.11 Dua jenis mesin pemuting
INPUT
MAKLUMBALAS
UNIT 5 (B)
AKTIVITI
UNIT 5 (B)
INPUT
PENILAIAN
KENDIRI 5
MAKLUMBALAS
PENILAIAN KENDIRI 5
TUMPUKAN PERHATIAN !
Bersedia?
Pengujian Minda disebelah
Mesin tetap - ketam tebalpelubang..permuting..ketam
luruspencanaigergaji bulatbal..bla..bla
Sila buat pembacaan dan pemahaman semula jika anda masih
ragu-ragu akan jawapannya.!
MESIN-MESIN DALAM PEMBUATAN PERABOT
Di akhir unit ini anda dapat :
Mengenal mesin-mesin yang digunakan dalam pembuatan perabot.
Menyatakan fungsi-fungsi setiap mesin.
Menerangkan penggunaan dan penyelenggaraan mesin.
Membezakan antara kategori-kategori peralatan mesin mengikut
penggunaannya.
OBJEKTIF AM
Mengenal dan mengetahui mesin-mesin dalam pembuatan perabot.
OBJEKTIF KHUSUS
5
UNIT
_1089032694.bin
_1089035814.bin
_1089112883.bin
_1089113306.bin
_1089035843.bin
_1089033161.bin
_1089033290.bin
_1089035106.bin
_1089033226.bin
_1089033054.bin
_1089032461.bin
_1089032614.bin
_1089032073.bin