FKK NEWS Faculty of Chemical Engineering Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang A Newsletter for Alumni, Students and Friends of The Faculty Issue 9/2016 Mesej dari Koordinator Program Inside: Past events p.2-5, Recogni- tions p.6-7, ChESS Update p.8-11, Profile p.12, Recreation p.13 Road to Accreditation p14. ISSN 2231– 7414 وبركاته ﷲ ورحمة عليكمم السAlhamdulillah, saya panjatkan rasa kesyukuran kepada Maha Suci Alllah SWT Pemerintah Sekalian Alam, kerana diberi peluang berkongsi coretan dalam edisi FKK News pada kali ini. Di kesempatan ini saya mewakili semua warga FKK ingin mengucapkan sekalung tahniah buat warga kerja Buletin FKK yang diketuai oleh Pn Noorzalila Muhammad Niza kerana telah berjaya menghasilkan satu lagi terbitan FKK News bagi isu yang ke 9/2016. Syabas dan Tahniah kepada pelajar FKK khususnya yang telah berjaya mem‐ perolehi keputusan yang cemerlang di dalam Peperiksaan Akhir Disember 2015 yang lalu. Seramai 24 orang pelajar (17%) telah memperolehi Anugerah Dekan (AD). Saya berharap agar angka peratusan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Justeru itu, bagi yang tidak berjaya, tingkatkan usaha dan teruskan perjuangan mencari ilmu pada semester yang berikutnya. Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan Syabas dan Tahniah kepada semua anggota Kumpulan Penyelidik Muda FKK, pensyarah pembimbing dan juga orang perseorangan di atas kejayaan cemerlang yang telah me‐ rangkul pelbagai anugerah di dalam setiap penyertaan pertandingan inovasi di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Kejayan ini telah membuktikan kebolehan, kreativiti, kecekapan dan daya saing para pelajar dan pensyarah di dalam setiap perlaksanaan tugas. Bersempena dengan permulaan semester ini, ucapan aluan Selamat Datang saya tujukan khas pada Pelajar Semester 1 dan Pelajar Semester 3 (Penerapan) kerana telah berjaya sampai ke menara gading dan memilih program EH224. Tanamkan azam untuk menimba ilmu dengan bersungguh‐sungguh untuk bersama‐sama menyumbang dalam kecemerlangan akademik fakulti. Di samping itu juga, pihak fakulti amat mengalu‐alukan kedatangan staf akade‐ mik baru iaitu Dr Norhusna binti Mohamad Nor dan En Mohd Jumain Jalil ke FKK. Saya dengan rasa rendah hati memohon agar semua warga FKK (staf akade‐ mik, staf teknikal/ sokongan serta para pelajar) dapat bersama‐sama ber‐ ganding bahu dan menggembeleng tenaga dalam memacu FKK ke arah men‐ capai kecemerlangan akademik serta peningkatan insaniah secara fizikal dan spiritual. “TOGETHER WE INSPIRE OTHERS” Terima Kasih. Wassalam Nor Aida Zubir (Dr) Koordinator Program Fakulti Kejuruteraan Kimia FKK NEWS EDITORIAL BOARD PATRON Prof. Madya Dr. Mohd Fozi Ali ADVISOR Dr. Nor Aida Zubir EDITOR Noorzalila Muhammad Niza REPORTERS Dr. Nor Fariza Ismail Dr. Norhusna Mohamad Nor Dr. Wan Zuraida Wan Kamis Nurulhuda Amri Nur Alwani Ali Bashah Siti Maznah Hj Sulaiman Siti Fatimah Abdul Halim
14
Embed
Mesej dari Koordinator Program · 2016-07-13 · saya tujukan khas pada Pelajar Semester 1 dan Pelajar Semester 3 (Penerapan) kerana telah berjaya sampai ke menara gading dan memilih
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
FKK NEWS Faculty of
Chemical Engineering
Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang
A Newsletter for Alumni, Students and Friends of The Faculty
Issue 9/2016
Mesej dari Koordinator Program
Inside: Past events p.2-5, Recogni-tions p.6-7, ChESS Update p.8-11, Profile p.12, Recreation p.13 Road to Accreditation p14.
ISSN 2231– 7414
السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته
Alhamdulillah, saya panjatkan rasa kesyukuran kepada Maha Suci Alllah
SWT Pemerintah Sekalian Alam, kerana diberi peluang berkongsi coretan
dalam edisi FKK News pada kali ini. Di kesempatan ini saya mewakili semua
warga FKK ingin mengucapkan sekalung tahniah buat warga kerja Buletin
FKK yang diketuai oleh Pn Noorzalila Muhammad Niza kerana telah berjaya
menghasilkan satu lagi terbitan FKK News bagi isu yang ke 9/2016.
Syabas dan Tahniah kepada pelajar FKK khususnya yang telah berjaya mem‐
perolehi keputusan yang cemerlang di dalam Peperiksaan Akhir Disember
2015 yang lalu. Seramai 24 orang pelajar (17%) telah memperolehi Anugerah
Dekan (AD). Saya berharap agar angka peratusan ini akan terus meningkat
dari semasa ke semasa. Justeru itu, bagi yang tidak berjaya, tingkatkan usaha
dan teruskan perjuangan mencari ilmu pada semester yang berikutnya.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan ucapan Syabas dan Tahniah kepada
semua anggota Kumpulan Penyelidik Muda FKK, pensyarah pembimbing
dan juga orang perseorangan di atas kejayaan cemerlang yang telah me‐
rangkul pelbagai anugerah di dalam setiap penyertaan pertandingan inovasi
di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Kejayan ini telah membuktikan
kebolehan, kreativiti, kecekapan dan daya saing para pelajar dan pensyarah
di dalam setiap perlaksanaan tugas.
Bersempena dengan permulaan semester ini, ucapan aluan Selamat Datang
saya tujukan khas pada Pelajar Semester 1 dan Pelajar Semester 3 (Penerapan)
kerana telah berjaya sampai ke menara gading dan memilih program EH224.
Tanamkan azam untuk menimba ilmu dengan bersungguh‐sungguh untuk
bersama‐sama menyumbang dalam kecemerlangan akademik fakulti. Di
samping itu juga, pihak fakulti amat mengalu‐alukan kedatangan staf akade‐
mik baru iaitu Dr Norhusna binti Mohamad Nor dan En Mohd Jumain Jalil ke
FKK.
Saya dengan rasa rendah hati memohon agar semua warga FKK (staf akade‐
mik, staf teknikal/ sokongan serta para pelajar) dapat bersama‐sama ber‐
ganding bahu dan menggembeleng tenaga dalam memacu FKK ke arah men‐
capai kecemerlangan akademik serta peningkatan insaniah secara fizikal dan
spiritual.
“TOGETHER WE INSPIRE OTHERS”
Terima Kasih. Wassalam
Nor Aida Zubir (Dr)
Koordinator Program
Fakulti Kejuruteraan Kimia
FKK NEWS EDITORIAL BOARD
PATRON
Prof. Madya Dr. Mohd Fozi Ali
ADVISOR
Dr. Nor Aida Zubir
EDITOR
Noorzalila Muhammad Niza
REPORTERS
Dr. Nor Fariza Ismail
Dr. Norhusna Mohamad Nor
Dr. Wan Zuraida Wan Kamis
Nurulhuda Amri
Nur Alwani Ali Bashah
Siti Maznah Hj Sulaiman
Siti Fatimah Abdul Halim
FACULTY UPDATE PAST EVENTS BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK & PROGRAM HIGH IMPACT TEAMBUILDING
FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA, UiTM CAWANGAN PULAU PINANG
Laporan Oleh: Dr. Nor Fariza Ismail
2
Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMPP) dengan kerjasama Institut Pengurusan
dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik & Program High
Impact Teambuilding (HIT!) bertempat di Sedim Rainforest Resort, Kulim, Kedah pada 8-10 November 2015.
Penganjuran bengkel seumpama ini merupakan program julung kali diadakan semenjak penubuhan FKK di UiTMPP
pada Jun 2005. Bengkel Perancangan Strategik telah dijalankan bagi merancang dan mendokumentasi perancangan
strategik FKK bagi tempoh 5 tahun akan datang secara terperinci selaras dengan visi dan misi fakulti serta UiTMPP.
Perancangan strategik meliputi hal-hal berkaitan keperluan akademik dan staf, tadbir urus dan pengurusan
pentadbiran, penyelidikan, aktiviti pelajar, kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta fasiliti bagi FKK.
Perbincangan dan pembentangan tentang perancangan bagi setiap topik/perkara dijalankan secara berkumpulan bagi
memastikan perkara yang dibangkitkan meliputi aspek-aspek yang berkaitan. Teambuilding bagi staf FKK adalah
bertujuan untuk memupuk semangat kerja berpasukan dan memberi suntikan semangat serta motivasi di kalangan
staf untuk sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dalam tugas-tugas yang diamanahkan. Antara aktiviti-aktiviti fizikal
yang dijalankan adalah Nature Walk, Scavenger Hunt dan Water Impact (Water tubing). Selain memupuk semangat
berpasukan, aktiviti fizikal yang dijalankan dapat memberi peluang bagi peserta membina keyakinan diri dan
menghargai alam semulajadi. Disamping aktiviti fizikal, ceramah motivasi bertajuk ‘Keseronokan Bekerja dan
Pembinaan Diri ke Arah Kecemerlangan Kerja’ telah disampaikan oleh Haji Harun Mat Isa dari Institut Pengurusan
dan Integriti Kedah Darul Aman (INSPIN). Berdasarkan ceramah yang disampaikan, nilai-nilai agama adalah penting
dalam membentuk peribadi individu dan seterusnya menjayakan sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat yang
disasarkan.
Program Benchmarking intends to compare the entire programme including Vision and Mission, Program Educational
Objectives, Program Outcomes, Engineering Curriculum, Laboratories, external examiner and academic staff. This
has been accomplished through the conducted benchmarking visit at The University of Nottingham, Malaysia Campus
which offer the Master of Engineering (Honours) in Chemical Engineering with Environmental Engineering program on
last 12 Jan 2016. The benchmarking activities were fruitful with lots of valuable knowledge sharing vital to the program
success.
Pada 25 November 2015 lalu, Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), UiTMPP
telah mengadakan satu program Lawatan Penanda Arasan ke Pusat
Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar (PPKAS), Universiti Malaysia Perlis
(UniMAP). Lawatan yang disertai oleh 8 orang pensyarah ini adalah
bertujuan untuk menimba ilmu dan pengalaman terutamanya dalam aspek
penyediaan Self-Assessment Report (SAR) dan perancangan mekanisma
untuk pengukuran Program Outcomes dan Program Educational Objective
bagi penilaian akreditasi Program Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia
(Persekitaran) dengan Kepujian (EH224). Pemilihan UniMAP sebagai lokasi
penanda aras adalah disebabkan pencapaian institusi ini yang telah
mendapat pengiktirafan program ijazah untuk tempoh 3 tahun (2014-2016)
dari Engineering Accreditation Council Malaysia (EAC) dan Board of
Engineering Malaysia (BEM). Disamping itu, lawatan ini bertujuan untuk
mengenalpasti keunikan pengisian kursus yang ditawarkan di FKK UiTMPP
berbanding UniMAP, mengadaptasi kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang bersesuaian dan efektif, dan seterusnya meningkatkan prestasi fakulti
yang sedia ada. Para pensyarah juga telah dibawa melawat ke bilik kuliah
serta makmal-makmal yang terdapat di PPKAS, UniMAP bagi meninjau
fasiliti serta kemudahan yang disediakan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Secara keseluruhannya, program ini telah dapat
dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif seperti
yang disasarkan.
PAST EVENTS 3
LAWATAN PENANDA ARASAN KE PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR
(PPKAS), UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP)
Laporan Oleh: Nurulhuda Amri
EH224 PROGRAM BENCHMARKING VISIT AT THE UNIVERSITY OF NOTTINGHAM, MALAYSIA CAMPUS
By: Dr. Wan Zuraida Wan Kamis
FACULTY UPDATE PAST EVENTS 4
Pada 4 hingga 15 April 2016, telah berlangsungnya lawatan
pemeriksa luar dari luar negara di Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM
Cawangan Pulau Pinang. Lawatan ini merupakan sebahagian
daripada keperluan asas yang perlu dijalankan sebelum proses
akreditasi sebenar diadakan bagi program EH224 pada Jan 2017 di
Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), UiTMPP. Program ini adalah
dibawah anjuran Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTMPP dengan
kerjasama Bahagiann Hal Ehwal Akademik, UiTM
Pulau Pinang. Program ini juga melibatkan pihak
Pengurusan Fakulti Kejuruteraan Kimia, AJK unit
akreditasi, pensyarah-pensyarah yang mengajar
subjek EH224 dan resource person kursus EH224
UiTM Pulau Pinang. Pemeriksa luar iaitu Prof. Joe
Diniz da Costa adalah tokoh terkemuka dari universiti
luar negara yang telah dilantik oleh UiTM telah
dijemput untuk menilai Program Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia
(Persekitaran) dengan Kepujian (EH224)
secara terperinci yang melibatkan struktur
dan juga kurikulum program. Adalah menjadi
harapan pihak UiTM agar beliau dapat
memberi pandangan terhadap dasar dan
polisi yang digubal ke arah memantapkan
sistem pengurusan dan kualiti akademik
universiti dalam melahirkan graduan yang
berkaliber seiring dengan keperluan bagi
meningkatkan keboleh pasaran pekerjaan
graduan. Secara keseluruhannya lawatan
Pemeriksa Luar, Prof. Joe Diniz da Costa
untuk tujuan proses semakan dan
pengiktirafan Program Ijazah Sarjana
Muda Kejuruteraan Kimia (Persekitaran)
dengan Kepujian (EH224) ini telah berjalan
dengan lancar dan baik. Hasil daripada
lawatan beliau ini telah berjaya
memfokuskan perkara-perkara yang perlu
ditambahbaik dalam kurikulum Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia
(Persekitaran) dengan Kepujian (EH224).
LAWATAN PEMERIKSA LUAR (LUAR NEGARA)
Laporan Oleh: Dr. Nor Husna
PAST EVENTS TAKLIMAT CHARTERED ENGINEER APPLICATION
Laporan Oleh: Siti Fatimah Abdul Halim
5
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI MADRASATUL TAHFIZ ARRAHMAH
Laporan Oleh: Noorzalila Muhammad Niza
Pada tanggal 19 Februari 2016 yang lalu, satu Taklimat
Chartered Engineer Application telah dianjurkan oleh FKK
UiTMPP bertempat di Bilik Mesyuarat FKK, UiTMPP.
Taklimat ini diadakan sejajar dengan keperluan Engineering
Acreditation Council (EAC) untuk mempunyai pensyarah
berkelayakan professional engineer (PE) sekurang-
kurangnya tiga orang. Seramai 10 orang pensyarah FKK
UiTMPP telah menghadiri taklimat ini. Ir. Mohd Azahar
memulakan taklimat dengan memperkenalkan IChemE
secara amnya dan prosedur-prosedur yang terlibat dalam
permohonan Chartered Engineer. Ir Mohd Azahar juga ber-
kongsi pengalaman beliau berjaya mendapatkan Chartered
Engineer. Akhir sekali, sesi taklimat diakhiri dengan sesi soal
jawab. Bengkel ini telah berjaya memberi pendedahan dan
kefahaman dengan jelas tentang prosedur-prosedur bagi
memohon Chartered Engineer. Secara keseluruhannya semi-
nar yang diberikan oleh Ir. Mohd Azahar ini telah berjalan
dengan lancar dan baik serta hasil dari seminar tersebut,
berjaya membuka minda pensyarah-pensyarah tentang
semua perkara berkaitan Professional Engineer (C.Eng).
Satu program khidmat masyarakat telah diadakan di Madrasatul Tahfiz Arrahmah di Butterworth pada Jun 2016 yang
lepas. Program ini disertai oleh 6 orang pelajar bahagian 3 Fakulti Kejuruteraan Kimia dan seorang pensyarah bersa-
ma dengan 17 orang pelajar tahfiz. Antara pengisian aktiviti adalah sesi gotong royong pembersihan ruang dalaman
Madrasah, mengecat bahagian dinding dapur, sumbangan bantal dan selimut kepada pelajar, sumbangan kipas dan
cenderahati kepada Madrasah. Pihak Fakulti mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang yang
terdiri daripada warga UiTMPP serta sponsor daripada individu dan syarikat di luar. Semoga aktiviti ini memberi
manfaat kepada yang memerlukan.
RECOGNITIONS 6
AFIQAH HUSNA BINTI ABD RAZAK ANEES NURZALIKHA BINTI ZAKARYA
MOHAMMAD KAMARUL BIN MOHD SIPI NURAFADYLA BINTI JEMAN
MUHAMMAD SALMAN BIN SAIMIN NURUL HAFFIZA BINTI ABD RAHIM
MUHAMMAD SYAFIQ ADHAM BIN MOHD SITI AMIRA NORFARAHIH
NUR ELIS SHARMILA BINTI ZULAZMI NUR IZYAN NAZIHAH BINTI DUSUKI
AIN NAJWA BINTI SHAMSUL ARIFFIN ASYRAF HAFIZUDDIN BIN ABDUL
JAYNATHAN LESTER BIN JASLI MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABDUL JALIL
NIK NUR FARAHANIM BINTI WAN SHAH NUR HIDAYAH BINTI ZAINAL ABIDIN
SARAH IRDINA BINTI ISHAK SITI MAISARAH BINTI ALIAS
SYAHMI IZZUDIN BIN KASMIR UMMI FADHILAH BINTI MISBAN
MAYA AQILAH BINTI MASHUD MUHAMMAD SYAKIRAN IKHWAN
RECOGNITIONS 7
EVENT MEDAL PROJECT TEAM
PENANG INVENTION, INNOVATION AND DESIGN 2015
SILVER MEDAL
EFFECTIVE GREEN LIQUID MEMBRANE FOR WASTEWATER TREATMENT
DR. CHANG SIU HUA
ALIF AZWAN ABDUL WAHAB
GOLD MEDAL
V-HEALTH TEA—SUPPLEMENTAL TEA FOR DEN-GUE DISEASE
MUHAMMAD IZHAM HASHIM
NURUL ASIKIN MOHD AZELAM
MOHD ASYURUL KHAZWAN RAFAIE
NOORFARAH ASYIQIN NOOROSSAIDY
PN. NOORZALILA MUHAMMAD NIZA
GOLD MEDAL GRAPHENE OXIDE-IRON OX-IDE NANOCOMPOSITES FOR DYE CONTAMINATED WASTEWATER REMEDATION
DR. NOR AIDA ZUBIR
JOE DINIZ DA COSTA
CHRISTELLE YACOU
XIWANG ZHANG
SILVER MEDAL CLAY: AN AUSPICIOUS CATA-LYST SUPPORT AND/OR CO-CATALYST
HAMIZURA HASSAN
DR. NOR AIDA ZUBIR
NORHASLINDA NASUHA
NUR HIDAYATI ABDULLAH
SILVER MEDAL ENHANCEMENT OF ANIONIC DYE REMOVAL USING MODI-FIED CLINOPTILOLITE
NURUL HAFFIZA ABDUL HALIM
YUSFARIZA ATIQA MUSTAFA
MUHAMMAD IMRAN SULAIMAN
MUHAMMAD AZMIL ANOR
PN. RASYIDAH ALROZI
BRONZE MEDAL INSOL-TEA
AFFENDI YUSRI
NUR SHUHADA MAZLAN
MOHD IQBAL ADNAN
BRITISH INVENTION SHOW (BIS), LONDON
SILVER MEDAL PRO-TAG
HARIZ MOHD HANAFIAH
MUHAMMAD SAIFUDDIN SHAHAR
MARTUNIS ZAMZANI IBRAHIM
SILVER MEDAL Ti-CAPs
MARTUNIS ZAMZANI IBRAHIM
MUHAMMAD SAIFUDDIN SHAHAR
HARIZ MOHD HANAFIAH
SILVER MEDAL MY-BOTANY TEA
SYAHMI IZZUDIN KASMIR
AMIRUL IQBAL DEWA SAFRI
ANEES NUR ZALIKHA ZAKARYA
BRONZE MEDAL INSOL-TEA
AFFENDI YUSRI
NUR SHUHAIDA MAZLAN
MOHD IQBAL ADNAN
NATIONAL INNOVATION AND INVEN-TION COMPETITION THROUGH EXHI-BITION (ICOMPLEX) 2016
ChESS UPDATE 8
Persatuan ChESS telah mula diterajui oleh presiden Muhammad Hafeez Danial bermula dari November 2014 sehingga November 2015. Pada Januari 2016, Mesyuarat Agong ChESS kali kedua telah berlangsung dengan jayanya dan seramai 13 ahli jawatan kuasa baru telah dilantik untuk menerajui persatuan ChESS yang di ketuai oleh presiden Nooraffendi Ariffin. Persatuan ini diwujudkan sebagai platform kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti selain daripada aktiviti akademik. Berikut adalah carta organisasi untuk AJK yang baru dilantik:
CHEMICAL ENGINEERING STUDENT SOCIETY
Laporan Oleh: Nur Alwani (Penasihat ChESS)
ChESS UPDATE 9
Sepanjang Mei 2015 – Mei 2016, persatuan pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia, telah merancang dan melaksanakan pelbagai akitiviti yang melibatkan ahli persatuan. Program-program yang telah dilaksanakan, meliputi beberapa teras utama dalam pembentukan kendiri pelajar seperti sifat kepimpinan, khidmat masyarakat dan keusahawanan. Pro-gram-program ini adalah sejajar dengan matlamat fakulti khususnya dan UiTM amnya untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja memenuhi keperluan akademik malahan mempunyai kemahiran bagi melengkapkan diri untuk alam pekerjaan nanti. Antara program yang telah dilaksanakan adalah program Mini National Chemical Engineering Sym-posium (NACES 2015), Family day FKK(2015), ‘Developing A Leadership Characters’(2016), Recycling week, Sus-pended Meal dan Iftar bersama warga FKK. Disamping aktiviti dalaman, ChESS juga telah melibatkan diri dengan aktiviti anjuran persatuan di luar UiTM iaitu National Chemical Engineering Symposium (NACES 2015) anjuran UTP, dan ‘Intervarsity Sport Event’ anjuran UTM, Skudai. Program-program ini memberi peluang kepada pelajar untuk membentuk kemahiran berkomunikasi, ber-fikir, berinovasi serta kepimpinan. Disamping itu ada diantara program yang telah melibatkan para pensyarah dimana dengan penglibatan pensyarah dalam aktivi-ti mereka, para pelajar dapat berkomunikasi dan bertukar pandangan secara langsung. Diharapkan, pada masa akan datang, per-satuan ChESS akan dapat melaksanakan program yang lebih memberi impak kepada pelajar dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Semoga ChESS akan lebih ber-jaya pada masa hadapan dalam membantu para pelajar untuk membentuk atribut grad-uan yang seba boleh.
Intervarsity Sport Day di
UTM Skudai, Johor
ChESS UPDATE
10
WARNA-WARNI AKTIVITI ChESS SEPANJANG 2015—2016
National Chemical Engineering Symposi‐
um (NACES) di Curtin University, Sarawak
Mini‐NACES 2015
ChESS UPDATE 11
WARNA-WARNI AKTIVITI ChESS SEPANJANG 2015—2016
Family Day FKK 2016
Iftar bersama warga FKK
PROFILE 12
NAME: NOORZALILA MUHAMMAD NIZA
BORN: 25 APRIL 1984, KUALA LUMPUR
ALMA MATER:
- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (MSc. CHEMICAL ENGI-NEERING)
- BACHELOR OF CHEMICAL ENGINEERING, UNIVERSI-TY OF MINNESOTA, MINNEAPOLIS USA
INTEREST: WINDOW SHOPPING
PLACE OF INTEREST: NEW ZEALAND
Tell us about your family.
Married to a lovely husband, Muhammad Nizam and blessed with a daughter, Sofea Eleanora and
son, Muhammad Ariff.
What is your philosophy in teaching and learning?
I believe that all of us have the potential to succeed in life no matter what kind of educational back‐ground we have and who we are. However, this is depending on our will to succeed. I believe that if there is a strong will to succeed, and then there is always a way to achieve it. Success is not limited to academic learning and how much knowledge you have gained; instead it is defined as from various accomplishments you have achieved in your life that satisfied your inner self. Learning is a continu‐ous process, hence we shall prepare ourselves for the challenges that we might face for a better to‐morrow.
What were your favorite and least favorite chemical engineering classes?
Favorite chemical engineering classes is Material and Energy Balance and least favorite is Transport Phenomena
Other than chemical engineering, what field that you are interested to study?
Veterinary medicine, Music
What was the best memory of your time at UiTM?
To get accepted as an academic staff in the university. ‘MARA’ has always been a meaningful memory from the past 16 years till present.
Where you will be in 10 years from now?
Soaring upwards!
What are some of your beliefs on how to be successful?
Determination, consistent, believe in God.
What advices would you give to current students and recent graduates?
Enjoy your students’ life. You will not become a student forever in your life. Enjoy learnings, as learn‐
ings will make you a human.
RECREATION 13
7 TIPS PEMAKANAN SIHAT INI MAMPU BUAT ANDA SENTIASA BERTENAGA DAN LANCAR BERIBADAH DI BULAN RAMADHAN
SUMBER MOHD KHAIRUL AZUAN (DIETITIAN)
1.Mula Puasa Sunat
Mula berpuasa sunat lebih-lebih lagi yang ada penyakit kronik. Tengok kemampuan. Kalau ada kencing ma-nis, cuba periksa gula jam 2 petang masa hari berpuasa sunat. Kalau dh tinggal 4mmol/l ke bawah, ber-bukalah. Kalau tinggi sangat pun berbukalah. Darurat!
2. Jangan Tinggal Sahur
Lewatkan masa bersahur dan latih diri jangan tinggal sahur walaupun puasa sunat. Banyakkan nasi perang/ basmati/ wholegrain berbanding yang putih dan ajar makan buah masa bersahur.
3. Lebihkan Pengambilan Protein Latih diri makan protein lebih sikit supaya penghadaman da-lam perut lebih lama.
4. Makan Sayur! Siapa yang tak suka makan sayur, boleh cuba tambah sayur atau salad dalam lunch atau dinner anda. Sayur penting untuk bantu tenaga jadi lagi berpanjangan sepanjang hari.
5. Banyakkan Minum Air Kosong Perkenalkan air kosong lebih kerap dalam tempoh sing-kat. Ini kerana nanti bulan ramadhan anda perlu lebih banyak minum air semasa sahur dan berbuka.
6. Senaman Intensif Untuk Stamina Belajar bersenam gaya HIIT (High-Intensity In-terval Training). Full efforts dalam limited time supaya tidak lapar sangat sebelum berbuka pua-sa.
7. Amalkan Pemakanan Sihat! Amalkan pemakanan yang sihat dalam pengambilan menu diet harian semasa di bulan Ramadhan
Laporan Oleh: Siti Maznah Haji Sulaiman
Inquiries & Feedback:
Faculty of Chemical Engineering,
UiTM Cawangan Pulau Pinang,
13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang.
Tel: 04‐3822652
Faks: 04‐3822652
Website: http://penang.uitm.edu.my/v2/
Future Accreditation Activities:
Industrial Advisory Panel (IAP) visit: 27 July 2016