Merokok Dari Pandangan IslamMuzakarah Sosial/Syariah178346 reads
ShareThis
KeputusanEnglish Version Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang
bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari
Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah
haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat
kemudharatan.
Keterangan/Hujah:
1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut: i. Rokok
mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian
perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi
6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap
rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan
kimia yang boleh memudharatkan badan. ii. Ketagihan tembakau bukan
hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat
keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang
menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko
barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa
jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser
kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang
menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit
jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak
lagi. iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju
atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha
telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi
menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang
ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian
setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu
paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah
pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca
daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan
banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan
dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira
RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan
produktiviti. iv. Imam al-Syafie telah mengeluarkan fatwa dalam
kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu: Jika mereka mengambil (sesuatu
makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut)
yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram.
(Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku
tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt
mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna
membunuh diri sendiri. v. Para ulama sepakat menyatakan bahawa
merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan,
membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu
perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut: a. Firman Allah swt
dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: Dan janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan. b.
Firman Allah swt dalam Surah al-Araf ayat 157 yang bermaksud; Dan
ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan
kepada mereka segala benda yang buruk. c. Sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud: Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan
kemudharatan. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan
al-Daraqutni) d. Kaedah Usul Fiqh: yang bermaksud menolak kerosakan
adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan e. Imam Ibn. Hazm
dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027)
menegaskan bahawa : Pemborosan adalah haram. Yang dimaksudkan
dengan pemborosan di sini ialah: i. Membelanjakan wang untuk
perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit,
walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.
ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.
iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan
membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia. vi. Beberapa
negara Islam dan beberapa ulama muktabar telah mengeluarkan fatwa
tentang amalan merokok. Antaranya seperti berikut: a. Kerajaan Arab
Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan
memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat
kemudharatan. b. Ulama-ulama semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil
Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh
mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat. c. Al Imam
Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud
telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak
mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram
jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. 2. Hukum
pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum
haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir
telah dinyatakan secara jelas dan qatie oleh Allah swt dalam kitab
suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan
merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama terdahulu dan
masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas
dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma Ulama, Qaedah-qaedah
Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang
dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini. 3. Al-Syeikh
Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa
Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:
Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali.
Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok,
maka ulama-ulama fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah
membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip
(qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.
Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak
akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya
perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau
sebagainya. Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram
ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas
utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap
manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: BilTajukBil. JKFTarikh
Keputusan1Hukum Shisha Menurut Pandangan SyarakMuzakarah Khas17
Jul, 2013Fatwa Negeri Berkaitan: BilTajukNegeriPenwartaanTarikh
Keputusan1Merokok Menurut Perspektif IslamMelakaTidak Diwartakan17
Oct, 20032MerokokKedahTidak Diwartakan1 Jan, 19703Fatwa
RokokPerlisTidak Diwartakan1 Jan, 19704Fatwa Tentang RokokPulau
PinangDiwartakan18 Nov, 20045Merokok Pada Pandangan
IslamSarawakTidak Diwartakan9 Dec, 19956Fatwa Tentang
MerokokSelangorDiwartakan25 Oct, 1995
Fakta Mengenai E Cigarette,Rokok Elektronik,Vapers Anda Harus
TahuFakta Mengenai E Cigarette,Rokok Elektronik,Vapers
Fakta Mengenai E Cigarette,Rokok Elektronik,Vapers
Info yang menarik untuk perokok dan yang tidak merokok.
Berdasarkan infographic di bawah, kelebihanrokok
elektronikadalah, ianya tidak mempunyai asap dan kadar
nikotin yang boleh dikawal sendiri oleh perokok disamping ianya
mempunyai pelbagai jenis perisa.
Oleh kerana ianya tidak berasap (ianya mengeluarkan wap), maka
tiadalah orang di sekeliling dapatmenghisap seconhand smoke dan
yang paling penting, anda sebenarnya boleh merokok di kawasan
yangtertulis'no smoking'terutamanya didalambangunan kerana
perbuatan menghisap rokok elektronik adalah'vaping'.
struktur vaper atau e-cigarete terbahagi pada bahagian
tertentu
Body (Mechanical Mod/Eletronics Mod) - Baterry,Electronic
circuit
body mekanikal
Mechanical body:aliran elektik trus dari bateri dan tiada
sebarang wayar dan litar elektrik digunakan,tidak boleh mengawal
voltan,voltan hanya boleh dikawal melalui jumlah rintangan pada
Atomizer(Sesuai untuk Vapers yang berpengalaman dan
profesional)
joyetech evic
Provari Body
Electronical Body:body elekronik mempunyai litar elekronik yang
membolehkankitamengawal bacaan voltan serta dapat membaca jumlah
rintangan pada atomizer(sesuai untuk permulaan vaping)
Vivi Nova Tank
Era Atomizer,Drip Tank
Tank / Atomizer -tank adalah tempat penghasilan vape,tempat
pemnasan cecair dan tempat penyimpanan liquid.ada pelbagai jenis
keluaran tank/atomizer dipasaran,yang menggunakan wick/benang atau
juga menggunakan stainles steel Mesh(Genesis atomizer)
ini adalah carta untuk pengaliran voltan dan rintangan yang
selamat bagi anda ketika menghisap rokok elektronik "Vaping"
untuk pengetahuan Di negara Malaysia kita juga sudah Ada
pengeluar e-Juice,e-liquid atau perisa rokok elektroniuk yang
dihasilkan dari bumiputera kita sendiri,Jika anda pandai anda boleh
membuat sendiri perisa tersebut dirumah dan keperluannya bahan
kandungannya terdapat di kedai-kedai menjual peralatan kek,,
bahan-bahannya adalah
PG - Propylene Glycol
VG - Vegetable Glycerine
AG - Aqueous Glycerine
PEG 400 - Poly Ethylene Glycol
Ramai orang kata Vape ini permainan orang kaya?sejak akhir-akhir
ini penerimaan rokok elektronik kepada masyarakat semakin meningkat
dan bertambah meriah,dan banyak juga rokok elektronik yang dijual
di pasaran,Up-town dengan harga yang murah dalam pelbagai
pilihan.terpulang kepada ketebalan poket anda sendiri,,,
Namun Harus diambil kira dari segi cara pengambilanVapingdan
tujuan untukVaping,,Bagi saya kalau untuk mengikuti trend yang ada
pada masa kini baik tak payah vape,ini akan menjadi kepada
pembaziran wang ringgit anda sahaja..
kalau anda berniat untuk berhenti dari menghisap rokok analog
dan sudah mencuba pelbagai cara namun tidak berkesan,,Cubalah
kepadarokok elektronik,Vapingmungkin anda akan kurangkan
pengambilan rokok analog yang membahayaka kesihatan itu dan mugnkin
juga anda akan terus berhenti merokok,,tertakluk kepada usaha anda
untuk berhenti.
Vaping ini banyak juga kelebihan sosial yang terhasil contohnya
dapat kenalan baru dan bertukar-tukar pendapat dariVape Meetyang
diadakan ,orang sekeliling kita tidak menjauhi kita dengan asap
rokok bisas yang busuk dan kita mengeluarkan vape yang wangi dari
pelbagai perisa,kita juga dapat merasakan badan lebih cergas dan
lebih ceria akibat dari kesan pengambilan rokok analog yang
merbahaya,,
The World Health Organization does not consider theelectronic
cigaretteto be a legitimate nicotine replacement therapy, he
said.The devices, which resemble real cigarettes and are powered by
rechargeable batteries, produce a nicotine mist that is absorbed in
the lungs. The cigarettes, made of steel, have a chamber for
storing liquid nicotine in different concentrationsIt is of great
concern that certain manufacturers of these cigarettes around the
world have included WHOs name, for example on their Web (sites) or
on their package inserts or on their advertisements, as having
endorsed these products, Bettcher said.No tests have been made to
find out exactly what the nicotine cartridges contain, he said.Also
theres no experience in pharmacology yet of nicotine replacement
therapies which actually inhale nicotine into the lungs, he
said:Dipetik dariDouglas Betcheryang mengetuai WHO's Tobacco free
initiative.
Mengikut petikan ayat diatas, beliau tidak menunjukkan yang
rokok elektronik itu merbahaya sebaliknya dia
menafikane-cigarsebagai alternatif untuk berhenti merokok. Selain
itu belum ada kajian atau ujikaji yang menunjukkan rokok elektronik
ini membawa kesan sampingan yang merbahaya
BIDAH TERHADAP FATWA ROKOK,
TATKALA CUBA MENCABAR IJTIHAD IMAM MUJTAHID IMAM SYAFIESEHINGGA
BERLAKUNYA BURUK SANGKA TERHADAP SESAMA ISLAM, TERMASUK KEPADA
ULAMAK SERTA ILMUAN AGAMA YANG MEROKOK.
JUGA GAGAL DALAM MENGGUNAKAN KAEDAH FIQH YANG LEBIH BERDISIPLIN
BAGIMENGHARAMKAN ROKOK.
1.HUKUM ASAL ROKOK daripada Ulamak atau Imam Mustaqdimin (ulamak
awal) adalah lebih kepada Mubah (harus) dan juga Makruh sahaja.
2.Tiada Nas yang Mutlak bagi pengharaman Rokok, melainkan
menggunakan Kias terhadap ayat atau hadith yang bersifat umum.
(dihujahkan oleh bukan Mujtahid).
3.Fatwa atau Ijtihad baru hanyalah kepada perkara yang belum
diputuskan Hukum oleh Imam Mujtahid dan keatas.
4.Rokok mempunyai hukum khilafiah yang masing-masing boleh
diterima pakai. Iaitu samada ingin memilih yang berhukum Harus,
makruh atau haram, kerana sudah ada Ulamak awal yang bertanggung
jawab mengeluarkan hukum tersebut.
5.Hukum Fiqh tidak boleh diukur menggunakan teknologi Canggih,
melainkan ianya hanya terikat kepada Usul dan kaedah Fiqh sahaja.
Contohnya rakaman Video tidak boleh menjadi saksi liwat atau
zina.
6.Ayat tentang janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri dalam
kebinasaan. (Al-Baqarah: 195). Adalah ayat yang menampakkan jelas
100% kebinasaan. Contohnya membunuh diri ataupun sengaja memilih
jalan ke Neraka. Bagi perkara yang berbahaya seperti berlatih
senjata, aktiviti lasak, berperang, bermain kuda, sukan yang
berbahaya dan sebagainya, yang mana padanya terdapat bahaya tetapi
tidak semestinya semua akan binasa, maka keadaan ini tidak dilarang
dalam agama. Umpamanya jika semua perokok akan cacat atau mati
setelah menghisap rokok, maka keadaan inilah yang boleh
disabitkan.
Serta kebanyakan ancaman Al-Qoran adalah tentang bahaya,
kerosakan atau kebinasaan adalah lebih kepada berhubung dengan
aqidah atau dosa maksiat hamba Allah yang paling utama iaitu enggan
(kufr), Syirik, Bidah, sesat dan sebagainya.
7.Manakala bagi pembaziran pula ianya terlalu Umum kerana,
seseorang manusia itu sudah mampu kenyang dengan nasi kosong,
tetapi mereka suka menambah aneka lauk. Pakaian berlebihan, hiasan
berlebihan, menggunakan air berlebihan walau dalam wudhu dan
sebagainya.
8.Sejarah Rokok tidak semestinya membinasakan seseorang perokok
kerana ramai perokok yang mampu hidup sihat sehingga umur 100 tahun
lebih.
9.Rokok telah wujud sejak 4000 tahun lalu (daripada Sumber
Budha), tetapi tidak pernah diharamkan oleh Ulamak Islam zaman
awal, termasuk zaman nabi.
10.Asap kenderaan, atau asap-asap lain yang dikeluarkan oleh
kilang atau dapur adalah lebih berbahaya berjuta kali ganda
berbanding asap rokok. Iaitu membahayakan kepada orang lain
sekiranya terlampau terdedah.
11.Didalam mazhab Syafie juga telah menyimpulkan bahawa Asap
atau abu najis tidak akan dikira Najis (suci), Sekiranya mereka
menggunakan alasan kandungan rokok tersebut sekalipun.
12.JIka kerana bau, juga tidak semestinya semua perokok akan
berbau busuk. Kerana mereka mungkin menghisap rokok sebelum ke
masjid dan setelah bersugi.
OLEH YANG DEMIKIAN AMATLAH BIDAH JIKA MENYEBUT ATAU MENDATANGKAN
FATWA TENTANG ROKOK ITU HARAM, TERUTAMANYA KERANA SUDAH ADA FATWA
TENTANGNYA OLEH IMAM MAZHAB. Serta Ulamak-ulamak terdahulu yang
lebih baik dan alim serta amat berhati-hati dalam menyimpulkan
sesuatu hukum.
Fatwa baru adalah seolah-olah merendahkan Ijtihad Imam Mujtahid
dalam ASWJ. Serta telah menyalahgunakan usul fiqh semasa mewujudkan
fatwa terhadap rokok.Abg Ngoh:APA YANG BENAR?Memandangkan ROKOK
telah mempunyai fatwanya atau Ijtihadnya (harus atau makruh).Maka
cukuplah disitu hukumnya.
MELAINKAN JIKA FATWA BARU INGIN MENGHARAMKAN ROKOK IALAH:DENGAN
TIDAK MENYEBUT MEROKOK ITU HARAM.
TETAPI HARUS BESERTAKAN MUQAYYAD (KAITAN) PADA ISTILAH ROKOK
TERSEBUT IAITU:MEROKOK SEMASA ****** ADALAH HARAM.ROKOK ********
ADALAH HARAM. ( iaitu mereka harus menambah perkataan lain pada
tanda ***** tersebut).
Contoh:1.Jika merokok berlebihan itu haram.2.Rokok Moden itu
haram, Rokok elektronik itu haram3.Rokok dari Syarikat yahudi itu
haram.4.Rokok dalam kotak adalah haram5.Rokok Bensen, Rokok
dunhill, rokok Winston dan lain-lain (dinyatakan cirinya) adalah
haram.6.Merokok ditempat tertutup itu haram.7.Orang miskin yang
membeli rokok adalah haram.8.Merokok berhampiran bayi adalah haram,
dan sebagainya.9.Jika merokok akan menyebababkan kematian adalah
haram (contohnya bagi pesakit asma ).10. Rokok Dunhill, Benson,
Marlboro (sertakan nama tertentu) adalah haram.
* kerana Muqayyad atau kaitan ini atau produk ini adalah tidak
berkaitan dengan Ijtihad awal (imam Mujtahid dan ke atas).
Iaitu Hanya boleh dengan mengaitkan dengan benda lain, peristiwa
lain, perbuatan lain, cara lain dan sebagainya.
(Namun Fatwa Sebegini Masih Belum Wujud).
IAITU:
Jangan hanya guna istilah solo Rokok atau Merokok. Kerana ia
telah mempunyai hukum.
Setiap Fatwa atau Hukum baru hanyalah kepada perkara, perbuatan
atau benda yang baharu juga. Iaitu harus disandarkan kepada sesuatu
yang baru.
Contohnya jangan kata Roti itu Haram, tetapi yang adilnya ialah
dengan mengatakan bahawa Roti Cap X adalah, haram, Roti Israel
adalah Haram.- Inilah yang benar.
(iaitu mesti ditambah ayatnya, kerana yang single atau asal
telah digunakan oleh Ijtihad asal)
Jadi Mufti atau fatwa yang bijak ialah mereka yang menjaga
Disiplin Ijtihad atau fatwa (Jangan Cabar fatwa asal).
NAMUN MEREKA BOLEH MENGHARAMKAN ROKOKdengan alasan yang muqayyad
(berkait) seperti contoh di atas.Agar tidak berlaku perpecahan dan
salah faham diantara Umat islam yang merokok dengan yang anti
rokok. Agar tidak berlaku umpat, tajasus, syak, buruk sangka sesama
islam. Terutamanya yang mencela golongan awal termasuk guru dan
ulamak dulu-dulu.
Fiqh atau syariat agama tidak semestinya berselari dengan akal
manusia. Iainya lebih bersifat adil, berhikmah dan sempurna.
KE ARAH PENYATUAN UMAT ISLAM.