[Type the document title] [Yea r] MENINGKATKAN KEMAHIRAN PRANOMBOR DALAM MATEMATIK KEPADA MURID- MURID KELAS K2 DENGAN TEKNIK PERMAINAN NOOR AZREENA BINTI A.AZIZ INSTITUT PENDIDKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS 1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kemahiran asas matematik seperti mengetahui cara untuk mengira dan menyelesaikan masalah amatlah penting sebagai persediaan kehidupan berdikari. Matematik juga adalah kurikulum penting yang memberi kesan kepada seluruh aspek kehiduapan individu termasuk pendidikan formal, aktiviti riadah, pekerjaan dan hari-hari yang mendatang (Miller, Butler, & Lee, 1998). Oleh itu, kemahiran pranombor yang merupakan permulaan bagi Silibus Matematik Masalah Pembelajaran KSSR tahun 1 telah diajar kepada semua murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran sejak tahun 2011. Kemahiran pranombor merupakan kemahiran yang paling awal sebelum memperkenalkan murid dengan konsep nombor. Kemahiran ini melibatkan pengkelasan dan perbandingan warna, saiz, dan bentuk. Walaupun perkara ini mudah bagi murid-murid aliran perdana, namun perkara ini kerap kali menjadi masalah kepada murid-murid khas (Miller, & Mercer, 1997). 1
40
Embed
Meningkatkan Kemahiran Pranombor Dalam Matematik Kepada Murid
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
[Type the document title] [Year]
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PRANOMBOR DALAM MATEMATIK KEPADA MURID-MURID KELAS K2 DENGAN TEKNIK PERMAINAN
NOOR AZREENA BINTI A.AZIZ
INSTITUT PENDIDKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Kemahiran asas matematik seperti mengetahui cara untuk mengira dan
menyelesaikan masalah amatlah penting sebagai persediaan kehidupan berdikari.
Matematik juga adalah kurikulum penting yang memberi kesan kepada seluruh
aspek kehiduapan individu termasuk pendidikan formal, aktiviti riadah, pekerjaan
dan hari-hari yang mendatang (Miller, Butler, & Lee, 1998). Oleh itu, kemahiran
pranombor yang merupakan permulaan bagi Silibus Matematik Masalah
Pembelajaran KSSR tahun 1 telah diajar kepada semua murid-murid Pendidikan
Khas Masalah Pembelajaran sejak tahun 2011.
Kemahiran pranombor merupakan kemahiran yang paling awal sebelum
memperkenalkan murid dengan konsep nombor. Kemahiran ini melibatkan
pengkelasan dan perbandingan warna, saiz, dan bentuk. Walaupun perkara ini
mudah bagi murid-murid aliran perdana, namun perkara ini kerap kali menjadi
masalah kepada murid-murid khas (Miller, & Mercer, 1997).
Menurut Carnine, Jitendra, & Silbert (1997), individu yang menunjukkan masalah
dalam pembelajaran mungkin bukan disebabkan ketidakupayaan intelektual tetapi
mungkin disebabkan reka bentuk kurikulum yang tidak bersesuaian. Oleh itu,
menjadi tanggungjawab bagi guru pendidikan khas untuk mengubahsuai kurikulum
agar ia bersesuaian dengan tahap murid-murid pendidikan khas.
Kanak-kanak khas berpeluang untuk mengalami pengalaman pembelajaran seperti
kanak-kanak biasa. Gay (2002), mengatakan kebanyakan kanak yang mengalami
ketidakupayaan kelihatan normal dan sesetengahnya bekelakuan normal kecuali di
1
[Type the document title] [Year]
bahagian tertentu ketidakupaaan jadi mengapa mereka tidak boleh diberi peluang
untuk menjadi normal dan berkelakuan seperti kanak-kanak biasa.
Kewujudan pelbagai ketidakupayaan ini menjadi satu cabaran terbesar kepada
semu guru pendidikan khas. Hal ini kerana murid datang dari pelbagai pengalaman
pengajaran , kebolehan dan gaya pembelajaran. Keberhasilan pengajaran dan
pembelajaran banyak bergantung kepada kebolehan guru untuk mengenalpasti
minat dan kebolehan murid.
Teknik pengajaran seperti belajar sambil main mampu menawarkan peluang murid
untuk meneroka dan memperolehi maklumat melalui cara yang seronok dan
menarik. Umum mengetahui bahawa alam kanak-kanak ialah alam yang paling
menyeronokkan kerana ketika inilah mereka berpeluang untuk bermain dengan
bebas. Jika murid-murid pendidikan khas mempunyai masalah dalam pembelajaran
maka mengapa tidak guru menggunakan pendekatan dan teknik selain tradisional di
dalam kelas. Hanya dengan cara ini murid pendidikan khas akan mudah memahami
dan tertarik dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.
1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pada praktikum kali ketiga ini, pengkaji telah dipertanggungjawabkan untuk
mengajar mata pelajaran matematik kepada murid-murid kelas K2 di Program
Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra selama 3 bulan
yang lalu. Sewaktu pengkaji mengajar murid K2 mengenai kemahiran pranombor,
beberapa masalah telah timbul.
Pengkaji telah menghadapi masalah untuk mengajar murid K2 mengenai kemahiran
pranombor. Masalah yang timbul ialah kurangkan kefahaman terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran. Pada hari tersebut, pengkaji menggunakan kad
gambar dan kad perkataan untuk mengajar kemahiran pranombor. Walaupun pada
awalnya murid tertarik melihat kad perkataan dan kad gambar, namun secara
keseluruhannya pengkaji tidak berpuas hati dengan suasana di dalam kelas.
Apabila tiba sesi bersoal jawab, hanya 2 orang murid yang menumpukan perhatian
berjaya menjawab soalan yang ditujukan oleh pengkaji. Baki 7 orang murid tidak
2
[Type the document title] [Year]
dapat menjawab dengan betul dan menggeleng apabila ditanya. Begitu juga
keesokkan hari apabila tiba waktu mata pelajaran Matematik. Pengkaji cuba untuk
mengingatkan kembali isi pelajaran sebelum ini. hanya 2 orang yang sama masih
berjaya menjawab soalan dengan betul. Manakala yang lain menjawab dengan
salah dan hanya meneka-neka jawapan.
Perkara ini disebabkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, tumpuan
murid terhadap pengajaran kurang memuaskan pengkaji. Hanya seramai 5 orang
murid dari 9 orang berjaya menumpukan perhatian. Manakala selebihnya kurang
menumpukan perhatian. Ini menganggu kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran yang berjalan kerana pengkaji selalu memberi teguran kepada
mereka. Situasi ini menyebabkan aktiviti pengajaran tidak berjalan sepenuhnya
mengikut masa yang ditetapkan.
Keadaan yang berlaku ini membuatkan pengkaji menilai semula aktiviti pengajaran
yang dirancang. Adakah aktiviti yang dirancangkan membosankan dan tidak menarik
minta murid K2? Perasaan sedih dan kecewa terdetik di hati di atas kegagalan ini
kerana pengkaji telah berusaha semampu mungkin untuk merancang dan
menjalankan aktiviti yang akan dapat memudahkan pemahaman murid. Namun
ianya gagal. Untuk mendapatkan kepastian, pengkaji telah menjalankan satu temu
bual bersama guru pembimbing yang juga merupakan guru mata pelajaran
Matematik bagi kelas K2. Beliau menasihatkan pengkaji supaya menggunakan
kaedah lain untuk menarik perhatian murid seterusnya meningkatkan kefahaman
mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai guru pelatih, pengkaji sedar banyak kelemahan berpunca dari perancangan
pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Oleh itu, pengkaji bertekad untuk mencari
penyelesaian kepada masalah ini.
1.3 REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN
Walaupun kelas K2 berada dalam kedudukan kelas kedua di Pendidikan Khas,
pencapaian murid tersebut dalam bidang matematik masih lagi di tahap yang
rendah. Ini menjadikan jurang pencapaian kelas K1 dan K2 sangat jauh berbeza.
3
[Type the document title] [Year]
Oleh itu menjadi tanggungjawab guru yang mengajar untuk mencari kaedah dan
gaya pembelajaran yang sesuai untuk membantu meningkatkan pencapaian murid
kelas K2.
Masalah yang sering wujud dalam kaedah pengajaran bilik darjah ialah mengadakan
situasi pembelajaran yang membolehkan murid mendekati pengalaman sebenar
secara langsung, terutama sekali kepada murid-murid pendidikan khas. Mereka
memerlukan kaedah pengajaran yang akan dapat menarik perhatian serta memberi
mereka pengalaman secara langsung.
Kaedah pengajaran belajar sambil bermain apabila digunakan secara berkesan
boleh meningkatkan respons murid dan kepekaan kepada perasaan orang lain.
Malahan murid boleh meningkatkan kebolehan dalam berinteraksi dengan rakan-
rakannya yang lain. Terdapat kaijian yang membuktikan bahawa teknik main dapat
memperkembangkan pengetahuan merentasi kurikulum dan meningkatkan
perkembangan kemahiran sosial, kompetens dan persediaan untuk belajar (Wood &
Attfield, 2005).
Dalam kajian ini, teknik main sambil belajar telah diaplikasikan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran matematik. Kaedah ini
menyediakan satu pembelajaran yang menumpukan kepada kemahiran pranombor
supaya murid kelas K2 berasa seronok dan berminat terhadap aktiviti pengajaran
yang pengkaji sediakan. Secara keseluruhannya, semua responden berjaya
memberi kerjasama yang baik dan seronok semasa menjalankan teknik main sambil
belajar ini.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 ISU KAJIAN
2.1.1 TINJAUAN AWAL
Menurut Lovitt (1898), kanak-kanak khas dibahagikan kepada tiga ciri-ciri iaitu
ketidakfungsian neurologikal , masalah dalam tugasan akademik, discrepancy
antara pencapaian dan potensi disebabkan pelbagai faktor. Jelas di sini
4
[Type the document title] [Year]
menunjukkan murid bermasalah pembelajaran kerap menganggap pembelajaran
adalah sukar dan proses yang menyakitkan. Masalah pembelajaran yang dihadapi
membuatkan pembelajaran seperti membaca, menulis dan matematik khususnya
sangat mencabar bagi diri mereka tempoh (Sturomski, 1997).
Kebanyakan murid bermasalah pembelajaran berusaha keras untuk memahami
apakah yang dimaksudkan dengan matematik. Mereka akan menghadapi masalah
dalam pembelajaran matematik, pencapaian lebih rendah dari rakan sebaya dan
memerlukan kaedah khas dalam pengajaran (Kroesbergen & Van Luit, In Press).
Ketidakbolehan murid bukan sahaja menggangu murid dalam mempelajari
kemahiran asas seperti menambah atau menolak tetapi turut berlaku dalam
kemahiran pranombor seperti mengenali bentuk atau turutan nombor (Van de Rijt &
Van Luit, 1998).
Perkara ini turut terjadi kepada murid-murid bermasalah pembelajaran kelas K2.
Mereka menghadapi masalah dalam memahami pengajaran dan pembelajaran
mengenai kemahiran pranombor. Buktinya apabila pengkaji telah menghadapi
masalah ini semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun
pengkaji menggunakan teknik pandang sebut dengan kad gambar berwarna-warni,
ianya masih tidak dapat menarik minat dan membantu meningkatkan kefahaman
murid-murid kelas K2.
Kelemahan ini dapat dilihat lebih ketara apabila tiba aktiviti penilaian. Lembaran
kerja yang diberi oleh pengkaji tidak dapat dijawab tanpa bimbingan guru.
Sepatutnya murid dapat mejawab beberapa soalan yang disediakan oleh gurul hal
ini kerana lembaran keraja meruapakan salah satu alat penilaian pencapaian murid.
2.1.2 ANALISIS TINJAUAN AWAL
Kelas Pendidikan Khas sememangnya berbeza dengan kelas aliran perdana. Dalam
kelas yang berbeza, murid-murid tidak disusun mengikut umur tetapi mengikut tahap
kebolehan dan kesesuaian seseorang di kelas tersebut. Malahan guru tidak
mengharapkan perhatian daripada seluruh murid di kelas tersebut. Daripada guru
bersyarah depan papan putih, guru akan berkerja secara individu dengan setiap
5
[Type the document title] [Year]
murid supaya murid dapat dibantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(Hanson, 2006).
Terdapat beberapa faktor yang menjadi penghalang kepada murid bermasalah
pembelajaran dalam Matematik. Antaranya kelemahan memori menyebabkan murid
mengalami masalah untuk mengingati kandungan isi pelajaran matematik atau
mengingati turutan langkah yang betul untuk sesetengah kemahiran matematik
(Mercer 1997). Sebagai contoh ada murid khas yang pandai menyebut nombor
mengikut turutan tetapi tidak dapat mengenalpasti simbor nombor yang mewakili
sebutannya.
Fokus kajian tindakan pengkaji ialah membantu murid-murid kelas K2 meningkatkan
pemahaman terhadap kemahiran prabombor dalam Matematik. Masalah ini telah
dikenalpasti oleh pengkaji apabila pengkaji menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran selama sejam pada 28 Januari 2013. Murid kelas K2 mempunyai
tahap literasi Matematik yang rendah. Mereka hanya mampu menyebut terma di
dalam Matematik tetapi tidak mengingati maksud terma tersebut seperti besar atau
kecil. tinggi atau rendah dan lain-lain. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji
mengaplikasikan teknik bermain sambil belajar di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru yang efektif mampu mengenlpasti perbezaan antara murid dan
berkemampuan untuk membuat keputusan yang efektif agar murid memberi respons
seperti yang diharapkan (Fadzilah Abd Rahman, Nurul Aini Yahya & Habibah Ab
Jalil, 2010). Kaedah pengajaran yang pelbagai dan berkesan seperti teknik main
sambil belajar mampu membantu murid-murid kjas dalam meningkatkan
pemahaman dan pencapaian mereka.
Hasil analisa pengkaji akan melakukan kajian yang akan menumpukan fokus kepada
membantu murid K2 meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran pranombor
melalui aktiviti permainan. Oleh itu wujudlah pelbagai masalah seperti berikut :-