Top Banner
(PROGRAM DPLI UPSI-KIPSAS) JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP) KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN “MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGATI DEFINISI – DEFINISI FIZIK MELALUI KAEDAH KAD IMBASAN” MUHAMAD NAZRI BIN SAMSUDIN L20122009554 851229-06-5239 (Profesor Madya Dr. Amir Hasan Dawi)
23

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

Oct 23, 2015

Download

Documents

Al Nazuris

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar
semasa mereka menjawab soalan-soalan Fizik SPM. Seramai 23 orang pelajar dari
kelas 5 Ulum terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian terarah kepada soalan berbentuk
definisi definisi dalam kertas 2 Fizik SPM. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak
mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk menjawab soalan aras pengetahuan ini
keran tidak menghafal definisi-definisi fizik. Bagi mengatasi masalah ini, para pelajar
diperkenalkan dengan teknik belajar menggunakan kad imbasan atau lebih dikenali
sebagai “Flash Card”. Hasil dapatan kajian ini, pelajar dapat menjawab soalan
tersebut dengan sistematik, cekap dan mudah.
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

(PROGRAM DPLI UPSI-KIPSAS) JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG (JAIP)

KPR 4063KAJIAN TINDAKAN

“MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGATI DEFINISI – DEFINISI FIZIK MELALUI KAEDAH KAD

IMBASAN”

MUHAMAD NAZRI BIN SAMSUDIN

L20122009554

851229-06-5239

(Profesor Madya Dr. Amir Hasan Dawi)

Page 2: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan i

“Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan”

Oleh:

Muhamad Nazri Bin SamsudinSMA al-Maidah Addiniah Padang Tengku

27200 Kuala Lipis

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar

semasa mereka menjawab soalan-soalan Fizik SPM. Seramai 23 orang pelajar dari

kelas 5 Ulum terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian terarah kepada soalan berbentuk

definisi definisi dalam kertas 2 Fizik SPM. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak

mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk menjawab soalan aras pengetahuan ini

keran tidak menghafal definisi-definisi fizik. Bagi mengatasi masalah ini, para pelajar

diperkenalkan dengan teknik belajar menggunakan kad imbasan atau lebih dikenali

sebagai “Flash Card”. Hasil dapatan kajian ini, pelajar dapat menjawab soalan

tersebut dengan sistematik, cekap dan mudah.

ABSTRACT

This research is carried out to overcome problems faced by the student when

answering Fizik SPM questions. A total of 23 students from class 5 Ulum involved in

this research. The focus of this research is on definition shaped question in paper 2

Fizik SPM. Finding of survey shows student has no skill that is sufficient to answer

this knowledge level questions as a result not memorize physics definitions. To

overcome this problem, students made acquainted with technique learn using Flash

Card or better known as "Kad Imbasan". Results show that the students can answer

definition type of questions with systematic, efficient and easily

Page 3: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan ii

ISI KANDUNGAN

BIL TOPIK m/s

1.0 REFLEKSI PdP TERDAHULU 1

2.0 ISU KAJIAN 1

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 2

3.1 Objektif umum: 2

3.2 Objektif khusus: 2

4.0 SOALAN KAJIAN 3

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN 3

6.0 TINJAUAN LITERASI 3

7.0 MODEL KAJIAN TINDAKAN 5

8.0 KAEDAH / TEKNIK 6

8.1 Kumpulan sasaran 6

8.2 Perlaksanaan Kajian / Instrumen Kajian 6

9.0 JADUAL PELAKSANAAN 7

10.0 KOS KAJIAN 7

11.0 ANALISIS 8

12.0 TINDAKAN 8

13.0 REFLEKSI 11

14.0 KESIMPULAN 13

15.0 SENARAI RUJUKAN 14

LAMPIRAN

A Soalan Berbentuk Definisi (Ujian Pra)

B Soalan Berbentuk Definisi (Ujian Pasca)

C Analisis Data Pemerhatian (Ujian Pra & Ujian Pasca)

D Borang Soal Selidik

E Contoh Kad Imbasan

Page 4: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 1

1.0 REFLEKSI PdP TERDAHULU

Matapelajaran Fizik di dalam KBSM merupakan matapelajaran yang wajib

diambil bagi para pelajar yang mengikuti aliran sains tulen. Tujuan utama

matapelajaran fizik diperkenalkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar

menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dan menangani cabaran dalam

dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan

sains dan teknologi di Malaysia. Matapelajaran fizik amat penting kepada pelajar

yang berhasrat meneruskan pelajaran ke bidang sains dan teknologi.

Merujuk kepada format soalan Fizik Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia,

definisi berkaitan teori, konsep, prinsip dan fakta adalah penting dalam menentukan

tahap pemahaman pelajar dalam bidang fizik yang diuji. Soalan-soalan berbentuk

definisi ini seringkali diuji dalam peperiksaan. Soalan berbentuk definisi ini juga

merupakan salah satu bentuk soalan bagi menguji tahap pengetahuan berdasarkan aras

Taksonomi Bloom. Untuk menjawab soalan-soalan berbentuk definisi ini, kemahiran

mengingat dan menghurai fakta merupakan aspek yang penting. Oleh itu, melalui Kad

Imbasan, dapat membantu pelajar mengingati dan memahami konsep-konsep fizik

dan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) seterusnya

membantu pelajar menjawab soalan-soalan pada aras yang lebih tinggi.

2.0 ISU KAJIAN

Matapelajaran fizik dibahagikan kepada pelbagai bidang utama. Berdasarkan

bidang-bidang ini sebanyak 10 bab yang perlu dipelajari pelajar. Dalam setiap bab

mengandungi banyak definisi yang perlu diketahui pelajar. Oleh itu, melalui kad

imbasan, dapat membantu pelajar mengingati definisi-definisi penting dan memahami

konsep-konsep fizik dan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)

seterusnya membantu pelajar menjawab soalan-soalan pada aras yang lebih tinggi.

Page 5: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 2

Akan tetapi pelajar kurang berminat untuk menjawab soalan-soalan berbentuk

definisi ini dan sekiranya menjawab, masih terdapat isi-isi penting yang tidak

dinyatakan. Masalah ini dilihat telah menjadi ikutan kepada pelajar pada tahun-tahun

yang berikutnya. Oleh sebab itu, kajian tindakan ini perlu dilakukan bagi

mengelakkan masalah yang sama berulang dan juga bagi meningkatkan kefahaman

pelajar dalam menguasai sesuatu teori, konsep, prinsip dan fakta dalam matapelajaran

Fizik.

Berdasarkan pemehatian dalam kelas-kelas terdahulu, antara punca pelajar

kurang menjawab soalan-soalan definisi adalah pelajar terlalu ambil mudah pada

soalan-soalan definisi kerana hanya 1 markah sahaja diperuntukkan untuk setiap

soalan definisi. Selain itu, pelajar sering memberi jawapan yang tidak cukup lengkap

dan tidak memenuhi kehendak skema jawapan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif umum:

Meningkatkan kemahiran murid mengingati definisi-definisi dalam

Matapelajaran Fizik

3.2 Objektif khusus:

3.2.1 Objektif gelung pertama:

3.2.1.1 Menggunakan Kad Imbasan dalam pengajaran fizik

supaya mudah maklumat diingati lebih lama dan

berkesan

3.2.1.2 Meningkatkan pefahaman pelajar ke atas setiap topik

3.2.1.3 Membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran

Page 6: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 3

4.0 SOALAN KAJIAN

4.1 Adakah Kad Imbasan dapat membantu dalam pengajaran fizik supaya

maklumat diingati lebih lama dan berkesan?

4.2 Adakah Kad Imbasan dapat meningkatkan pefahaman pelajar ke atas

setiap topik?

4.3 Bagaimana Kad Imbasan dapat membantu pelajar dalam

mengulangkaji pelajaran?

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

5.1 Memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru

dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran

5.2 Meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran fizik dan

menyumbang kepada markah dalam peperiksaan

5.3 Menghidupkan budaya belajar sepanjang masa di sekolah

6.0 TINJAUAN LITERASI

Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum

guru membuat perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah

kreativiti. (Hj. Mohd Ali, 1994). Seorang guru yang hebat bukanlah diukur

berdasarkan kepada kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang

ditonjolkan dalam setiap sesi P&P yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif

dan menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah

dapat membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran

tersebut, selaras dengan kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu “Seorang guru yang

kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para

pelajar”.

Page 7: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 4

Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius serta

bertumpu kapada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden

ini, perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara.

Pendidikan sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan dan bermakna yang menuntut guru untuk menjadi seorang individu

yang kreatif dan inovatif. Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan

kreativiti yang bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya

imaginasi dan boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad

ke-21 selain daripada 5 penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Antara kaedah

yang boleh diketengahkan untuk para guru dan pelajar supaya menjadi lebih kreatif

adalah pembelajran melalui kad imbasan

Kad imbasan atau dikenali juga sebagai ”Flash Card” ialah satu set kad

membawa maklumat (perkataan atau nombor), di salah satu atau kedua-dua bahagian

muka kad. Biasanya bahagian depan ditulis soalan atau perkataan penting dan

bahagian yang lain diletakkan jawapan. Maklumat-maklumat yg biasa ditulis pada

kad imbasan ini adalah seperti perbendaharaan kata, tarikh bersejarah, formula atau

mana-mana isi yang boleh dipelajari melalui satu format soal-jawab. Kad Imbasan

digunakan secara meluas sebagai latihan bilik darjah atau di kajian swasta. Kad

imbasan juga digunakan dengan meluas sebagai satu kaedah pembelajaran yang

membantu penghafazan.

Berdasarkan analisis peperiksaan pertengahan tahun dan juga percubaan SPM

bagi matapelajaran fizik baru-baru ini, didapati soalan-soalan pada aras pengetahuan

untuk soalan definisi ini kurang menyumbang markah kepada pelajar. Ini adalah

kerana samada pelajar tidak menjawab dengan lengkap ataupun tidak menjawab

langsung soalan-soalan berbentuk definisi ini. Salah satu alternative yang akan

digunakan untuk mengatasi masalah ini adalah melalui penggunaan kad imbasan.

Page 8: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 5

7.0 MODEL KAJIAN TINDAKAN

Model kajian tindakan yang dipilih adalah Model Kajian Tindakan Kemmis

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis

Perlaksanaan Penggunaan Kad Imbasan

Perlaksanaan Ujian Pasca

Perlaksanaan Soal Selidik

Analisis Data

Kumpul data

# Punca pejlajar tidak menjawab soalan definisi

Analisis

# Pelajar tidak ingat # maklumat dalam jawapan tidak lengkap

Penyelesaian

# Perbaiki kaedah mengingat pelajar guna Kad Imbasan

Refleksi dan Penilaian Gelung Pertama

Cadangan-cadangan penambahbaikan

Kenal pasti masalah

# Ramai pelajar dapat markah rendah dalam peperiksaan.

# Ramai pelajar tidak menjawab soalan definisi

Page 9: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 6

8.0 KAEDAH / TEKNIK

8.1 Kumpulan sasaran

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada pelajar tingkatan 5 Ulum yang

mengikuti kelas aliran sains tulen. Seramai 23 orang pelajar yang

terdiri daripada 8 orang pelajar dan 15 orang pelajar perempuan.

Kesemua pelajar ini didapati mengalami masalah dalam menjawab

soalan-soalan berbentuk definisi.

8.2 Perlaksanaan Kajian / Instrumen Kajian

Pemerhatian

Untuk meninjau masalah pelajar, saya telah membuat pemerhatian

semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta

menganalisis skrip jawapan peperiksaan percubaan SPM negeri

Pahang 2013.

Soalan ujian (Ujian Pra dan Ujian Pasca)

Ujian Pra telah dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian

relajar tanpa menggunakan kad imbasan. Ujian Pra yang telah

dijalankan terdiri daripada 10 soalan definisi (rujuk lampiran A).

Selain itu, satu lagi ujian iaitu Ujian Pasca yang diberikan kepada

pelajar untuk mendapatkan keberkesanan setelah menggunakan kad

imbasan. Ujian ini terdiri daripada 10 soalan berbentuk definisi dan

tidak sama dengan soalan untuk soalan ujian pra (rujuk lampiran B).

Soal Selidik

Soal selidik (rujuk lampiran D) dijalankan bagi mendapatkan respon

daripada para pelajar berkaitan keberkesanan penggunaan kad imbasan

untuk mengatasi masalah ini. Soal selidik terdiri daripada 3 bahagian.

Bahagian A bertujuan mendapatkan maklumat latar belakang pelajar,

Bahagian B pula bertujuan mendapatkan respon daripada para pelajar.

Bahagian C pula bertujuan mendapatkan cadangan penambahbaikan

kaedah ini.

Page 10: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 7

9.0 JADUAL PELAKSANAAN

Aktiviti Tarikh Pelaksanaan

Penulisan Kertas Cadangan 3 Oktober 2013

Penyediaan Kad imbasan4 Oktober 20138 Oktober 2013

Pelaksanaan Data Ujian Pra 9 Oktober 2013

Analisis Data dari Ujian Pra dan Pemerhatian10 Oktober 201321 Oktober 2013

Pelaksaan Data Ujian Pos 22 Oktober 2013

Analisis Data dari Ujian Pra dan Pemerhatian23 Oktober 20131 November 2013

Perlaksanaan Soal Selidik 2 November 2013

Analisis Data dari Soal Selidik 2 November 2013

Refleksi dan Penilaian3 November 2013

12 November 2013

Penulisan Laporan Kajian3 November 2013

14 November 2013

Pemurnian Laporan Kajian 15 November 2013

Hantar Laporan Kajian Tindakan 16 November 2013

Jadual 1: Jadual Perlaksanaan Kajian

10.0 KOS KAJIAN

Bil Jenis Bahan Kuantiti x harga seunit Jumlah kos

1. Kertas A4 1 x RM7.00 RM 7.00

2. Print RM0.10 x Set RM 7.50

3. Fotokopi bahan RM 5.00

JUMLAH RM 19.50

Jadual 2: Kos Kajian

Page 11: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 8

11. 0 ANALISIS

11.1 Ujian Pra

Satu Ujian Pra telah dilaksanakan pada awal pelaksanaan Kajian

Tindakan ini di mana soalan dalam ujian ini merangkumi 10 soalan subjektif.

Markah bagi setiap soalan adalah satu mengikut format pemarkahan kertas

peperiksaan SPM. Ujian Pra dilaksanakan untuk menentukan keberkesanan

aktiviti yang dirancang untuk kajian ini. Pelajar dikehendaki menjawab soalan

yang diberikan dalam tempoh 15 minit. Hasil keputusan daripada Ujian Pra ini

telah digunakan sebagai dokumen kawalan bagi melihat keberkesanan teknik

yang diperkenalkan.

Berikut pula ialah analisis tinjauan berdasarkan hasil keputusan ujian

pra yang dilaksanakan bagi menyokong dapatan pemerhatian yang

dilaksanakan;

Calon 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23

% 20 40 20 10 20 20 10 50 10 30 50 40 30 20 60 30 50 50 40 40 50 30 50

Gred D C D E D D E C E D C C D D B D C C C C C D C

Jadual 3: Keputusan Ujian Pra

Pemerhatian:

Melalui keputusan Ujian Pra, didapati keputusan yang diperolehi oleh murid

amat tidak memuaskan kerana separuh daripada 23 murid yang diuji mendapat

markah 40% ke bawah iaitu sebanyak 12 orang pelajar. Seramai 3 orang

pelajar memperolehi markah kurang daripada 20% manakala 9 orang lagi

memperolehi markah 20%-39%. Kebanyakan pelajar berada pada aras 40% -

59% iaitu seramai 10 orang. Hanya seorang sahaja yang memperolehi markah

60%-79. Lebih menyedihkan apabila tiada seorang pun murid yang berjaya

memperoleh markah melebihi 80%.

Page 12: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 9

Peratusan Bilangan Pelajar Mengikut Julat Markah (Pre-Test)

0% 4%

44%

39%

13%

A (80-100)

B (60-79)

C (40-59)

D (20-39)

E (0-19)

Carta 1: Peratusan Bilangan Pelajar Mengikut Julat Markah

Refleksi :

Maklumat yang diperolehi ini jelas menunjukkan murid yang dipilih

menyertai Kajian Tindakan ini amat tidak mampu untuk menjawab soalan

yang diberikan walaupun soalan yang diberikan adalah soalan pada aras

pengetahuan sahaja. Kelemahan murid ini tidak boleh dibiarkan dan perlu

diberikan pemulihan yang sewajarnya.

12.0 TINDAKAN

Setelah Ujian Pra dilaksana, ternyata para pelajar mengalami masalh dalam

menjawab soalan-soalan berbentuk definisi ini. Bagi mengatasi masalah beberapa

langkah dijalankan bagi meneruskan tindakan dalam kajian ini. Ringkasan langkah-

langkah yang diambil seperti yang dinyatakan di bawah;

Aktiviti 1: Penyediaan kad imbasan

Penyediaan kad imbasan ini dilakukan bersama-sama dengan pelajar. Kesemua

definisi-definisi yang ada dalam topik yang berkaitan diagihkan kepada pelajar. Setiap

pelajar akan mencari definisi yang berkaitan dan kemudian dikumpulkan bersama.

Kesemua definisi ini dicetak pada kertas keras. Halaman depan diisi dengan soalan

yang berkaitan, manakala halaman belakang diisi dengan jawapan yang perlu dihafal

oleh setiap pelajar.

Page 13: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 10

Aktiviti 2: Perlaksanaan penggunaan kad imbasan

Setiap pelajar dibekalkan dengan kad imbasan yang telah disediakan. Pelajar

diberikan tempoh selama 10 hari untuk meghafal definisi-definisi yang terdapat pada

kad imbasan. Pelajar digalakkan untuk menyediakan pelbagai permainan yang boleh

digunakan bersama-sama dengan kad imbasan ini.

Aktiviti 3: Perlaksanaan ujian-pos

Setelah pelajar selesai menghafal fakta menggunakan kaedah akronim, ujian pos

dijalankan untuk menguji tahap daya ingatan pelajar. Set soalan yang lain tetapi

dalam topik yang sama seperti ujian pra diedarkan kepada pelajar. Pelajar hanya

diminta menjawab soalan selama 15 minit. Kemudian proses menyemak jawapan

bersama pelajar.

Aktiviti 4: Analisis data

Analisis data dilakukan berdasarkan hasil daripada pencapaian pelajar bagi kedua-dua

ujian iaitu Ujian Pos dan juga Ujian Pra. Analisis dijalankan bertujuan mendapatkan

keberkesanan kaedah yang dinyatakan.

Aktiviti 5: Perlaksanaan soal selidik

Soal selidik dilakukan setelah data-data dianalisis bertujuan mendapatkan respon

pelajar dan juga cadangan-cadangan yang boleh digunakan pada masa akan datang

setelah pelajar memperoleh pengalan menggunakan kad imbasan ini

Page 14: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 11

13.0 REFLEKSI

Penilaian terhadap kejayaan kajian ini dilakukan dengan mengadakan Ujian

Pasca ke atas kumpulan sasaran di mana soalan yang diuji dalam Ujian Pasca adalah

soalan yang berlainan dengan Ujian Pra. Skor yang diperolehi oleh murid semasa

Ujian Pasca dibandingkan dengan skor Ujian Pra. Perbandingan Skor Ujian Pra dan

Ujian Pasca adalah seperti di dalam jadual berikut:

TRIAL UJIAN PRA UJIAN PASCAR 5

markah10

markah% Gred

10 markah

% GredPENINGKATAN

1 0 2 20 D 5 50 C +30

2 1 4 40 C 10 100 A +60

3 0 2 20 D 3 30 D +10

4 1 1 10 E 7 70 B +60

5 1 2 20 D 4 40 C +20

6 1 2 20 D 5 50 C +30

7 1 1 10 E 5 50 C +40

8 2 5 50 C 10 100 A +50

9 0 1 10 E 6 60 B +50

10 0 3 30 D 8 80 A +50

11 1 5 50 C 10 100 A +50

12 2 4 40 C 9 90 A +50

13 0 3 30 D 6 60 B +30

14 1 2 20 D 6 60 B +40

15 2 6 60 B 10 100 A +40

16 1 3 30 D 9 90 A +60

17 2 5 50 C 9 90 A +40

18 0 5 50 C 9 90 A +40

19 2 4 40 C 9 90 A +50

20 0 4 40 C 9 90 A +50

21 0 5 50 C 8 80 A +30

22 1 3 30 D 8 80 A +50

23 0 5 50 C 10 100 A +50

Jadual 4: Perbandingan Markah Ujian Pra & Ujian Pasca

Page 15: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 12

Perbezaan markah Pre-Test dan Post Test

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Responden

mar

kah

(%)

Pre-Test (%) 20 40 20 10 20 20 10 50 10 30 50 40 30 20 60 30 50 50 40 40 50 30 50

Post-Test (%) 50 10 30 70 40 50 50 10 60 80 10 90 60 60 10 90 90 90 90 90 80 80 10

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23

Carta 2: Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Pemerhatian:

Pengenalan pelbagai aktiviti dalam menyelesaikan masalah banyak memberi

impak positif kepada murid. Ini dapat dilihat melalui peningkatan positif

markah Ujian Pasca murid berbanding markah Ujian Pra seperti yang

ditunjukkan dalam Jadual 4 di atas. Ini membuktikan keberkesanan langkah

intervensi yang telah diambil. Berdasarkan Carta 2 di atas, jelas

menunjukkan kaedah yang digunakan ini berjaya dan prestasi murid-murid

saya telah meningkat dan amat memberangsangkan. Daripada pemerhatian

yang dibuat sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, didapati relajar

memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Terdapat juga kumpulan relajar

yang telah menggabungkan kaedah ini dengan pelbagai permainan yang dapat

menjadikan proses menghafal dan mengulangkaji menjadi lebih menarik

Page 16: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 13

Refleksi:

Respon yang positif juga diperolehi melalui soalselidik yang telah dijalankan

selepas Ujian Pasca dilakukan. Kesemua pelajar bersetuju bahawa kad

imbasan ini memberi impar yang positif terhadap teknik menghafal dan juga

dapat meningkatkan kemahiran menghafal untuk para pelajar. Pelajar-pelajar

yang mengalami masalah untuk menghafal definisi ini juga menjadi lebih

yakin dan berminat untuk menjawab soalan-soalan definisi. Pelajar juga

bersetuju bahawa estela menghafal definisi, lebih mudah untuk memahami

konsep dan teori fizik yang berkaitan. Selain itu, mereka juga berminat

menggunakan kaedah ini dalam mengulangkaji matapelajaran yang lain.

14.0 KESIMPULAN

Keberkesanan tindakan ini bergantung kepada tindakan secara menyeluruh

langkah intervensi yang telah dirancang. Saya amat percaya jika kita tidak

mempelbagaikan aktiviti dalam PdP kita, maka semakin ramai murid yang akan

berasa Fizik adalah subjek yang sukar. Kemahiran menghafal pelajar perlu

dititikberatkan supaya pelajar mampu menjawab soalan pada aras pengetahuan secara

menyeluruh. Salah satu kaedah yang perlu diketengahkan kepada pelajar ini adalah

kaedah penggunaan kad imbasan. Selain itu, pelajar juga perlu menjadi lebih kreatif

bagi memastikan ulangkaji kendiri menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

Penggunaan kaedah kad imbasan ini ternyata dapat membantu pelajar

mengingati definisi lebih lama dan berkesan dan juga memberi alternative baharu

kepada pelajar intuk memperkembangkan teknik ataupun kaedah pembelajaran yang

lebih berkesan. Ini dapat dilihat melalui jadual 4 di atas yang mana secara

keseluruhan, peningkatan markah yang ketara berlaku setelah menggunakan kad

imbasan.

Page 17: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

KPR 4063 – KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan 14

Perkara ini akan menjadi tumpuan guru untuk menjadikan tindakan intervensi

bagi kajian akan datang menjadi lebih baik. Antara cadangan penambahbaikan bagi

cadangan yang akan dating ialah;

i. Penggunaan Kad Imbasan bewarna mengikut topic-topik dalam

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)

ii. Kaedah ini sesuai digayakan dengan pelbagai permainan yang boleh

direka berdasarkan kreativiti pelajar.

iii. Pelajar boleh menggunakan ganjaran jika betul dan dendaan sekiranya

salah ketika mengulangkaji menggunakan kad imbatan ini.

15.0 SENARAI RUJUKAN

Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan : Teori dan Amalan.

Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim: Perak

Haji Mohd Ali Muda. (1994). Isu kreativiti Dan Tuntutan Perubahan Dalam

Pendidikan. Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu. 1(1):53-60.

Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teorikital dan

Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.

Noor Azmi Ibrahim. (1998). Pembangunan Kurikulum Abad Ke-21. Berita

Kurikulum. 9 (1):6-7. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Page 18: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

LAMPIRAN A – SOALAN BERBENTUK DEFINISI (PRE-TEST)KPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

m/s 1 drpd 1

NAMASUBJEK FIZIK TINGKATAN EMPATTOPIK BAB 2 : DAYA DAN GERAKANTARIKH MARKAH /

a. Nyatakan definisi bagi setiap teori/konsep/prinsip/fakta fizik yang berikut;ITEM MEANING / DEFINITION MARKAH

Kuantiti scalar1

Kuantiti vector1

Halaju1

Inersia1

Hukum Pertama Newton 1

Hukum Kedua Newton

1

Hukum Ketiga Newton

1

Momentum1

Prinsip keabadian momentum 1

Daya1

JUMLAH MARKAH

Page 19: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

LAMPIRAN B – SOALAN BERBENTUK DEFINISI (POST-TEST)KPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

m/s 1 drpd 1

NAMASUBJEK FIZIK TINGKATAN EMPATTOPIK BAB 2 : DAYA DAN GERAKANTARIKH MARKAH /

a. Nyatakan definisi bagi setiap teori/konsep/prinsip/fakta fizik yang berikut;ITEM MEANING / DEFINITION MARKAH

Daya impuls1

Impuls1

Berat1

Jisim1

Kerja1

Medan gravity1

Tenaga keupayaan

1

Prinsip keabadian

tenaga 1

Kuasa1

Hukum Hooke1

JUMLAH MARKAH

Page 20: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

LAMPIRAN C – ANALISIS DATA PEMERHATIAN (PRE-TEST & POST TEST)KPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

m/s 1 drpd 1

TRIAL PRE-TEST POST-TESTBil NAMA 5

markah10

markah%

10 markah

%PENINGKATAN

1 AHMAD FAIZ BIN ZULQUARNAIN 0 2 20 D 5 50 C 302 AINA FAZALIA ATHIRAH BINTI AHMAD FAHAMI 1 4 40 C 10 100 A 603 AMAR AMIRA BIN ROMZI 0 2 20 D 3 30 D 104 MUHAMAD SYUSYEI BIN MOHD FUAD 1 1 10 E 7 70 B 605 MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD ISA 1 2 20 D 4 40 C 206 MUHAMMAD AIZUDDIN BIN SHAMSUDIN 1 2 20 D 5 50 C 307 MUHAMMAD RIDHWAN BIN SHAFII 1 1 10 E 5 50 C 408 MUHAMMAD SAIFULADHA BIN DOLAHSAJAT 2 5 50 C 10 100 A 509 NIK DANIEL AFIQ BIN NIK LUKMAN 0 1 10 E 6 60 B 50

10 NOOR FITRINA BINTI MOHD ZAMRI 0 3 30 D 8 80 A 5011 NUR ADZWA BINTI JUNIDAK 1 5 50 C 10 100 A 5012 NUR ARINAH AQILAH BINTI ZAINUDIN 2 4 40 C 9 90 A 5013 NUR SHAHIRA BINTI AHMAD YUSOF 0 3 30 D 6 60 B 3014 NUR SYAFIQAH BINTI MOHD ZAINUN 1 2 20 D 6 60 B 4015 NUR SYUHADA BINTI AHAMAD NAWAWI 2 6 60 B 10 100 A 4016 NUR ZAIRI NADIA BINTI AZMAN 1 3 30 D 9 90 A 6017 NURUL HIDAYAH BINTI MOHAMAD NORDIN 2 5 50 C 9 90 A 4018 NURUL IZZATI BINTI KHAIRI 0 5 50 C 9 90 A 4019 NURUL SITI FARZANA BINTI NOORMAN 2 4 40 C 9 90 A 5020 NURUL SYAZWANIE BINTI ROZALI 0 4 40 C 9 90 A 5021 SITI MAISARAH BINTI SAZALI 0 5 50 C 8 80 A 3022 SITI NABILAH BINTI MOHD ZUBIR 1 3 30 D 8 80 A 5023 ULFAH HANI BINTI BURHAN 0 5 50 C 10 100 A 50

Ringkasan Ujian PraA (80-100) 0B (60-79) 1C (40-59) 10D (20-39) 9E (0-19) 3

Ringkasan Ujian PascaA (80-100) 14B (60-79) 4C (40-59) 4D (20-39) 1E (0-19) 0

Jadual : Analisis Data Pemerhatian

Page 21: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

LAMPIRAN D – SOAL SELIDIK KEBERKESANAN KAD IMBASANKPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

m/s 1 drpd 2

BAHAGIAN A: BUTIR-BUTIR PERIBADI

Arahan: Sila lengkapkan maklumat peribadi dan tandakan () pada pilihan anda di petak yang disediakan

1. Nama : ………………………………………………………………………………………………………………………

2. Asal : ………………………………………………………………………………………………………………………

3. Kelas : ………………………………………………………………………………………………………………………

4. Jantina : Lelaki [ ] Perempuan [ ]

5. Umur : ………………………….(tahun) ………………………….(bulan)

6. Tahukah anda mengenai kad imbasan?

Ya [ ] Tidak [ ]

Jika pilihan jawapan untuk soalan 6 adalah ‘Ya’, sila jawab soalan ini.

Dari manakah anda mengetahui mengenai kecerdasan pelbagai?

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

BAHAGIAN B: KECENDERUNGAN PENGGUNAAN KAD IMBASAN

Arahan: Bulat dan gelapkan salah satu daripada lima nombor yang diberikan bagi menunjukkan tahap persetujuan anda berkaitan penyataan yang diberikan

STS = Sangat Tidak SetujuTS = Tidak SetujuB = Biasa

S = SetujuSS = Sangat Setuju

BIL SOALAN STS TS B S SS

1. Saya lemah dalam menghafal definisi-difinisi fizik 1 2 3 4 5

2. Saya kurang pendedahan berkaitan teknik-teknik menghafal 1 2 3 4 5

3. Saya jenis yang suka menghafal1 2 3 4 5

4. Kad imbasan memberi kesan yang positif terhadap teknik menghafal saya. 1 2 3 4 5

5. Kad imbasan membantu saya meningkatkan kemahiran mengingati definisi-definisi dalam matapelajaran Fizik 1 2 3 4 5

6. Sebelum ini, saya mengalami masalah untuk menghafal definisi-definisi fizik 1 2 3 4 5

Page 22: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

LAMPIRAN D – SOAL SELIDIK KEBERKESANAN KAD IMBASANKPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

m/s 2 drpd 2

BIL SOALAN STS TS B S SS

7. Saya bertambah yakin untuk menjawab soalan-soalan definisi1 2 3 4 5

8. Saya berminat menggunakan kad imbasan untuk menghafal fakta1 2 3 4 5

9. Kad Imbasan membantu dalam pembelajaran Fizik 1 2 3 4 5

10. Saya dapat mengingati fakta fizik lebih lama dan berkesanmenggunakan kad imbasan 1 2 3 4 5

11. Kad imbasan membantu saya memahami pembelajaran Fizik1 2 3 4 5

12. Pembelajaran Fizik menjadi lebih mudah dengan kad imbasan ini. 1 2 3 4 5

13. Kad imbasan membantu saya memperoleh markah untuk soalan-soalan berbentuk definisi 1 2 3 4 5

14. Pembelajaran fizik menjadi lebih seronok1 2 3 4 5

15. Meningkatkan pefahaman pelajar ke atas setiap topik 1 2 3 4 5

16. Kad imbasan sesuai digunakan dalam mengulangkaji matapelajaran lain. 1 2 3 4 5

17. Saya akan mengesyorkan kad imbasan kepada rakan-rakan lain1 2 3 4 5

18. Saya lebih berminat untuk belajar 1 2 3 4 5

19. Saya akan menggunakan kaedah ini untuk mengulangkaji matapelajaran lain

1 2 3 4 5

20. Kad imbasan membantu saya dalam mengulangkaji pelajaran1 2 3 4 5

BAHAGIAN C: CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Arahan: Isikan jawapan pada ruang yang telah disediakan

Cadangan penambahbaikan;

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Page 23: Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan” Refresh (dynamic_bypass_reload) Click here if you are not automatically redirected. For assistance, contact

LAMPIRAN E – CONTOH KAD IMBASANKPR 4063 - Meningkatkan kemahiran mengingat definisi fizik melalui kaedah Kad Imbasan

m/s 1 drpd 1

Halaman hadapan : ruangan soalan

Halaman belakang : ruangan jawapan