1
MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHASHasil
PembelajaranPelajar dapat:1. Menerangkan cara mengidentifikasi
murid berkeperluan khas 2. Mengenal pasti jenis dan ciri murid
khas
Latihan 3.11. Huraikan maksud kanak-kanak luar biasa dalam
konteks pendidikan.2. Apakah perbezaan antara kanak-kanak luar
biasa dengan kanak-kanak kurang upaya?3. Mengapa kanak-kanak
bekerpuan khas dilabel atau dikategorikan mengikut ketidakupayaan
mereka? Bincangkan kebaikan dan keburukan melabel atau mengkategori
kanak-kanak berkeperluan khas. MAKSUD KEPERLUAN KHASDalam konteks
ini, keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas
satu sebab atau yang lain memerlukan bantuan khas, sokongan, dan
rangsangan. Kanak-kanak yang dirujuk di sini boleh dirujuk kepada
kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat dalam satu atau
lebih daripada sebab berikut: Kerencatan akal Kecacatan fizikal
Kekurangan penglihatan Kekurangan pendengaran Gangguan pertuturan
Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosiSebahagian daripada
kanak-kanak ini mungkin memerlukan bantuan khas untuk sepanjang
hayat mereka, sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk
suatu jangka masa tertentu. KONSEP KANAK-KANAK LUAR BIASA
(EXCEPTIONAL CHILDREN) Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila
program pendidikan perlu di ubahsuai untuk memenuhi keperluannya.
Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk kepada mereka yang
tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang
mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa. Kanak-kanak luar
biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai
kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK *) atau kanak-kanak istimewa.
Kirk dan rakan-rakan (1993): Kanak-Kanak luar biasa secara umum
lebih sesuai dirujuk sebagai kanak-kanak berkeperluan khas atau
kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak yang berbeza dari
kanak-kanak biasa dari segi: Ciri-ciri mental Keupayaan deria
Keupayaan komunikasi Perkembangan tingkah laku dan emosi atau
Ciri-ciri fizikal/saraf/otot Perbezaan ini menyebabkan mereka
memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau
perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya ia dapat
berkembang sehingga mencapai tahap kebolehan yang maksimum. Konsep
luar biasa dalam konteks pendidikan: Kanak-kanak hanya dianggap
luar biasa apabila program pendidikan perlu diubah untuk memenuhi
keperluannya. Oleh yang demikian, kanak-kanak luar biasa bukan
hanya merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran
tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar
biasa. Dalam pendidikan, kanak-kanak dikategorikan sebagai
kanak-kanak luar biasa berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi tujuan
pengajaran yang meliputi: perbezaan intelek perbezaan komunikasi
perbezaan deria perbezaan tingkah laku perbezaan fizikal kecacatan
pelbagai dan serius Kanak-kanak berkeperluan khas mengikut Akta
Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas bererti murid-murid
yang mempunyai kecacatan penglihatan, atau kecacatan pendengaran
atau masalah pembelajaran. Kategori Kanak-Kanak Luar Biasa: Secara
umumnya Kanak-kanak luar biasa boleh dikategorikan seperti
berikut:
Rencat akal Masalah Pembelajaran Masalah tingkah laku Masalah
komunikasi Masalah pendengaran Masalah penglihatan Kecacatan
fizikal dan kesihatan Kecacatan yang serius dan pelbagai Pintar
cerdas dan pelbagai
Taburan Skor IQ(1) Kanak-Kanak Berbeza Keupayaan Mental
(a) Kanak-kanak defisit kognitif i Kanak-kanak rencat akal Dari
kumpulan terendah dalam skala kecerdasan (DK=70, 2.14% dpd
populasi) ii Kanak-kanak Down Syndrom Ciri DS: kelainan dari segi
fizikal, intelek, dan personaliti iii Kanak-kanak bermasalah
pembelajaran (Learning Disabilities) Kanak-kanak yang mengalami
masalah pemprosesan maklumat dan mempunyai keupayaan intelek yang
rendah.(b) Kanak-kanak pintar cerdas Dari kumpulan tertinggi dalam
skala kecerdasan (DK>130, 2.14% dpd populasi)(c) Kanak-kanak
kreatif (Menghasilkan idea yang luar biasa dalam penyelesaian
masalah dan berdaya cipta) dan berbakat khas (Mempunyai kebolehan
luar biasa dalam bidang sukan, kraftangan, muzik, seni, drama,
kepimpinan, dll)(2) Kanak-kanak Autistik
Mereka yang mengalami gangguan perkembangan yang luas kerana
mempunyai keperluan dalam banyak aspek spt: tingkah laku, sosial,
akademik, aktiviti fizikal. Masalah utama: interaksi &
komunikasi (3) Kanak-kanak Cacat Deria
(a) Cacat Penglihatan buta (20/200) atau rabun (20/70)(b) Cacat
Pendengaran tidak dapat mendengar langsung atau kurang
pendengaran(4) Kanak-kanak Cacat Fizikal/Anggota Contoh: cerebral
palsy boleh mengakibatkan masalah koordinasi anggota atau masalah
pergerakan-motor. Epilepsi: mengalami sawan, tidak sedarkan diri
dan hilangan kawalan motor. Spastik: Cedera otak dan tidak berupaya
menggerakkan anggota-anggotanya. Otot menjadikan pergerakan tidak
harmoni. Pergerakan lambat dan tersekat-sekat. Biasanya kanak-kanak
ini disertai rencatan akal, kerosakan penglihatan, pendengaran,
pertuturan dan/atau masalah-masalah motor. Cacat anggota (Haring
& McCormick, 1990):
(5) Kanak-Kanak Bermasalah Komunikasi Masalah pertuturan dan
bahasa: pertuturan yang jauh menyimpang daripada pertuturan biasa
atau kod bahasa seperti tidak boleh menyebut atau memahami
perkataan. Masalah utama: gangguan artikulasi dan kesukaran dalam
menghasilkan bunyi. Masalah lain ialah masalah suara dan kelancaran
pertuturan seperti gagap (stuttering). Masalah komunikasi pula
meliputi masalah reseptif (memahami apa yang dituturkan oleh orang
lain) atau ekspresif (melahirkan apa yang ingin diperkatakan kepada
orang lain), atau kedua-dua sekali menyebabkan individu tersebut
tidak boleh berkomunikasi langsung dengan orang lain.(6)
Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku (Behavioral Disorder)
Merangkumi ketidakupayaan yang luas. Yang paling serius ialah
gangguan emosi seperti tingkah laku psikotik dan childhood
schizophrenia. Ciri-ciri: suka langgar peraturan, suka mengganggu,
dan ada yang agresif, tarik diri dan murung, dianggap tingkah laku
yang tidak sesuai di sekolah. Mereka mempunyai kecerdasan yang
normal tetapi menunjukkan pencapaian kemahiran akademik yang rendah
walaupun ada yang menunjukkan pencapaian yang memuaskan. (7)
Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) American
Psychiatric Association (1987) menyifatkan ADHD bercirikan
perkembangan yang kurang sesuai daripada segi darjah tumpuan,
impulsiveness, dan hyperactivity. Pelajar ADHD mengalami masalah
dalam pencapaian akademik di samping masalah tingkah laku. Walaupun
ADHD tidak tergolong sebagai ketidakupayaan daripada segi
undang-undang, tetapi pelajar ini dianggap kurang upaya disebabkan
oleh ketidakupayaan yang lain. Lagi pun, Jabatan Pendidikan Amerika
Syarikat (1991) memerintahkan pelajar-pelajar ini diberi
perkhidmatan pendidikan khas.Latihan 3.21. Jelaskan kaedah mengenal
pasti kanak-kanak berkeperluan.
2. Bincangkan komponen penting dalam pendidikan kanak-kanak
keperluan khas.3. Mengapakah Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
perlu diwujudkan dalam pelakasanaan pendidikan khas? Apakah masalah
yang timbul dalam penyediaan RPI?4. Apakah peranan guru pendidikan
khas dalam program Pendidikan Khas? KAEDAH MENGENAL PASTI
KANAK-KANAK LUAR BIASA
Prosedur Pelaksanaan Proses PenilaianLangkah 1 Penapisan
(Screening) Prosedur menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai
usaha mengenal pasti mereka yang mempunyai risiko yang tinggi;
mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk pemeriksaan dan pengukuran
yang lebih bersungguh dan intensif. Guru, orang yang pertama
melakukan penapisan dengan menggunakan pemerhatian di bilik darjah
dan standardized group assessment tool (con: senarai semak, borang
berkadar/rating, alat pengukuran yang piawai, pemerhatian dlm bilik
darjah) untuk mengesan pelajar berisiko tinggiLangkah 2 Pencalonan
(Referral) Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan
untuk melaksanakan Penilaian Pendidikan Khas. Tugas pertama ialah
menulis kepada ibu bapa supaya mereka memberi kebenaran dan
menerima penerangan tentang proses tersebut. Selepas itu pasukan
ini akan membentuk Pelan Penilaian Individu untuk mengenal pasti
aspek-aspek yang memerlukan perhatian khas dalam prosedur
ujian.Langkah 3 Penilaian Ujian saringan-untuk tujuan
mengklasifikasi, penempatan, dan penentuan program khas Memberi
penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan menggunakan
penilaian formal dan informal untuk mengidentifikasi corak
pembelajaran pelajar(perhatian: tidak menggunakan satu alat ukur
secara Khusus untuk menentukan tahap kefungsian aspek-aspek
tertentu.). Langkah 4 Kelayakan Lepas proses penilaian (analisis
dan penafsiran skor ujian) disempurnakan, pasukan ini harus
mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan pelajar untuk
menerima Pendidikan Khas.Langkah 5 melaksanakan ujian diagnostik
dan Membentuk Program Pendidikan Individu /RPI (IEP) PENEMPATAN
MURID BERKEPERLUAN KHAS Memberi penempatan pendidikan yang sesuai
kepada murid dengan keperluan khas Prinsip Penempatan: Penempatan
dibuat berdasarkan prinsip least restrictive environment iaitu
persekitaran yang paling tidak menghadkan. Seboleh yang mungkin,
seseorang murid harus ditempatkan belajar bersama-sama murid biasa.
Amalan Penempatan: Penempatan akan dibuat berdasarkan tahap
keterukan masalah murid Biasanya ibu bapa harus member persetujuan
bagi penempatan yang dicadangkan Jenis-jenis Penempatan1. Kelas
biasa Situasi ideal Murid ditempatkan mengikut darjah/gred sendiri
Bantuan dan pemantauan diberikan oleh guru khas Akomodasi dan
modifikasi yang sesuai diberikan kepada murid Amalana) Model
Konsultansi i. Konsultasi pakar - Guru khas memberi nasihat kepada
guru biasa tentang pengurusan dan pengajaran murid khas ii.
Konsultasi kolaborasi- guru dan pakar-pakar dalam bidang lain
bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh muridb)
Team/ Cooperative Teaching- Guru khas dan guru biasa berkongsi
mengajar kelas yang ada murid khasc) Teacher assistance teams-
Sekumpulan guru bekerjasama untuk membantu murid yang ditempatkan
di kelas biasa2. Bilik Resos Juga dikenali sebagi program pull out
Perlaksanaan: murid di kelas biasa di tarik keluar dari kelas untuk
menerima pengajaran akademik (secara individu atau kumpulan)
Perkhidmatan khas seperti latihan bahasa dan pertuturan, latihan
orientasi dan mobiliti atau terapi fizikal 3. Kelas khas Juga
dikenali sebagai self-contained class Perlaksanaan: murid
ditempatkan dalam kelas bersama-sama murid lain yang juga dari
kategori yang sama (program integrasi) Kadangkala mereka
menghabiskan sedikit masa di kelas biasa untuk menerima pengajaran
tertentu (inklusif separa)4. Sekolah Khas Semua murid yang belajar
di sekolah khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan
(contoh: masalah penglihatan dan pendengaran) Biasanya murid
terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan yang teruk
Perlaksanaan: sekolah harian murid belajar di sekolah khas murid
balik selepas waktu persekolahan Sekolah berasrama murid belajar di
sekolah khas selepas waktu persekolahan murid balik ke asrama5.
Pengajaran berdasarkan rumah/hospital guru pendidikan khas pergi ke
rumah murid atau ke hospital untuk mengajar murid Biasanya
perkhidmatan sedemikian adalah buat sementara sehingga murid sedia
pulang ke sekolah6. Pemulihan dalam Komuniti Perkhimatan pendidikan
disediakan di kawasan tempat tinggal murid.
PROSES PENDAFTARAN KANAK-KANAK KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Program
PK KPM dilaksanakan melalui :i. Sekolah Khas bagi murid bermasalah
penglihatan dan bermasalah pendengaran.ii. Program pendidikan khas
intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas
bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah
penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan
menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan
pendekatan pengajaran secara pengasingan dan separa inklusif.Tempoh
Belajar Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah
adalah enam (6) tahun Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan
khas menengah adalah Lima ) 5) tahun Tempoh ini boleh dilanjutkan
hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sama ada
rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.Kurikulum
Program Pendidikan Khas Kurikulum yang diguna pakai di
sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas
Intergrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternative.
Kurikulum kebangsaan adalah kurikulum yang diikuti oleh murid
normal bagi program mas. pendengaran & mas. Penglihatan.
Kurikulum alternatif diikuti oleh murid bermasalah pembelajaran.
Murid Pendidikan khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti
murid biasa Kurikulum kebangsaan Kurikulum mengikut matapelajaran
seperti kelas biasa spt matematik tahun 2, Bahasa melayu tahun 5,
sejarah tingkatan 3 dll. Kurikulum boleh diperolehi di PPK, Dewan
Bahasa & Pustaka dan kadangkala di pasaran tempatan. Sehubungan
itu, penilaian pencapaian akademik murid bermasalah pendengaran dan
penglihatan sama seperti dengan murid biasa iaitu UPSR, PMR, SPM
dibawah pengendalian Lembaga Peperiksaan. Format dan bentuk soalan
adalah sama seperti yang diduduki oleh murid biasa. Hanya berbeza
dari segi tambahan masa sahaja.Kurikulum Alternatif Hanya
digunapakai oleh murid-murid bermasalah pembelajaran yang mengikuti
program integrasi di kelas khas. Kurikulum ini digunapakai bagi
sekolah rendah dan menengah. Ini adalah kerana terdapat murid yang
perlu mengikuti kurikulum ini bermula dari sekolah rendah dan
bersambung apabila dia telah ke sekolah menengah. Guru tidak boleh
terlalu bergantung kepada kurikulum alternatif sahaja, sebaliknya
kurikulum kebangsaan juga perlu dijadikan rujukan bergantung kepada
kesesuaian dan pencapaian setiap murid. Kurikulum ini terdiri
daripada 3 bidang komponen iaitu a. Bidang akademik berfungsi
Komponen Matematik Komponen Bahasa Melayu Komponen Bahasa Inggeris
b. Bidang Pengurusan Kehidupan Komponen Pengurusan diri Komponen
Kemahiran manipulatif Komponen Pengurusan tingkahlaku Komponen
Kemahiran hidup (masakan, jahitan, pertukangan, perkebunan,
pemeliharaan haiwan, asas mendobi) c. Bidang sosial, riadah dan
kreativiti Komponen Pendidikan Jasmani Komponen Pendidikan Seni
Komponen Pendidikan muzik, gerakan badan dan drama Komponen sains,
sosial dan alam sekitar Penilaian pencapaian akademik murid
bermasalah pembelajaran hanya dilakukan di peringkat sekolah
sahaja. Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab membuat penilaian
ke atas mereka. Namun begitu, murid bermasalah pembelajaran yang
telah mengikuti kelas inklusif layak menduduki peperiksaan UPSR,
PMR dan SPM sama seperti murid biasa tanpa perbezaan dari segi
format dan bentuk soalan serta masa. IMPLIKASI PENDIDIKAN KHAS
Pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas bertujuan memberi
perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak diberi di sekolah biasa dan
bilik darjah biasa berbeza dengan pengajaran kanak-kanak biasa
kerana mengambil kira perbezaan inter dan intra individu Empat
komponen penting dalam pengajaran kanak-kanak khas1.Persekitaran
melibatkan kemudahan dan kos contoh: bilik resos, guru khas/resos,
peralatan khas dan peralatan pembelajaran2. Kurikulum - Perlu
diubahsuai mengikut keperluan khas pelajar- Aspek-aspek: (a)
kandungan (b) kemahiran (c) bahan/ teknologi3.Kaedah Pengajaran-
Pengajaran Individu- Analisis Tugasan- Pengurusan Kontingen-
Modifikasi Tingkah Laku- Pembelajaran Kooperatif- Aplikasi
Komputer4.Penilaian - satu proses yang sistematik dalam mengumpul
maklumat yang relevan dengan pendidikan - jenis penilaian -
Penilaian Sumatif - Penilaian FormatifRancangan Pendidikan Individu
(RPI) RPI merupakan satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dengan
pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana
keperluan ini dapat dipenuhi. Berdasarkan RPI yang telah dibentuk
dan dipersetujui, murid berkeperluan khas berhak menerima
perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan dalam RPI tersebut.
Matlamat dan objektif RPI dirangka berdasarkan prestasi sedia ada
murid. Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat dilihat dengan
jelas dari semasa ke semasa. RPI bertindak sebagai penilaian yang
berterusan bagi murid itu dalam mencapai matlamat dan objektif yang
telah ditetapkan. juga merupakan satu dokumen yang mengandungi
pelbagai maklumat tentang kanak-kanak berkeperluan khas yang dapat
membantu proses pengajaran pembelajaran mereka. menerangkan
objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran serta sumber-sumber
yg. diperlukan utk mencapai objektif-objektif tersebut. disediakan
oleh guru khas, ahli profesional, ibu bapa & ahli badan
sukarela. Ringkasnya, RPI membekalkan satu keterangan yg. ringkas,
tepat dan terperinci tentang program pendidikan terkini bagi
pelajar istimewa. 5 unsur yg. penting penting dlm RPI : keterangan
tentang peringkat pencapaian pendidikan dlm kemahiran-kemahiran
spt: bantuan-kendiri, membaca, mengira, perkembangan bahasa, motor
kasar, motor halus, sosio-emosi, perkembangan fizikal dan
kesihatan. Keterangan tentang maklumat tahunan termasuk objektif
pengajaran jangka pendek. Keterangan tentang perkhidmatan
pendidikan & bahan pengajaran tertentu yg akan diperuntukkan.
Tarikh-tarikh yg. dianggarkan bagi permulaan & jangka masa bagi
perkhidmatan berkenaan. Kriteria & prosedur penilaian yg.
sesuai utk sekurang-kurang sekali setahun bagi menentukan sama ada
objektif pendidikan telah tercapai. Perkara lain adalah spt:
biodata dan masalah pelajar, tahap pencapaian tahunan, keterangan
tentang sumber & pengubahsuaian alternatif pendidikan, senarai
ahli prof. yg. terlibat serta tugasan & tanggungjawab mereka,
akuan persetujuan & tanda tangan ibu bapa/penjaga. RPI perlu
dibentuk oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai
disiplin yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak
berkeperluan khas. Di antaranya adalah: Ahli fisioterapi Ahli
terapi cara kerja Ahli terapi pertuturan Kaunselor Doktor perubatan
Guru Ibu bapaAliran Pembentukan RPI
PERANAN PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS1. Melaksanakan segala
program dan aktiviti yang diarahkan oleh JPN dan JPK2. Melaksanakan
program khas bagi guru besar sekolah3. mewujudkan perhubungan yang
baik dengan ibu bapa4. Membahagikan tugas program kepada guru5.
Mewujudkan sistem-sistem berkesan mengendalikan perkara-perkara
yang wajib6. menjalankan latihan perkembangan staf bagi cikgu di
sekolah7. Mewujudkan suasana persekitaran yang menggalakkan
pembelajaran8. Mewujudkan perhubungan yang baik dengan guru besar
dan guru biasa9. Melaksanakan dan memantau pendidikan inklusif yang
dijalankan10. memastikan peralatan dan keperluan fizikal
mencukupi11. Mengembangkan program khas.PERANAN GURU PENDIDIKAN
KHAS1. Melaksanakan P & P Pendidikan Khas 2. Melaksanakan
aktiviti kokurikulum bagi murid khas 3.Mewujudkan suasana kelas
yang menggalakkanpengajaran dan pembelajaran 4.Mengurus tingkah
laku murid khas 5.Menjalankan pelbagai penaksiran 6. Membantu
penyelaras dalam usaha menjayakan program khas 7.Menjadi Advocate
bagi hak murid khas.8. Membantu murid berkeperluan khas bergaul
dengan murid-murid biasa dari segi sosial dan emosi 9. Mencari
kelemahan dan kekuatan murid-murid dan menjalankan pengajaran 10.
Membuat alat-alat bahan bantu mengajar untuk pengajaran yang lebih
berkesan dan menarik11. Berhubung dengan agensi-agensi bantuan 12.
Membantu murid mencapai perkembangan yang optimum13. Merancang IEP
(RPI) untuk murid-murid bekeperluan khas mengikut keupayaan murid
tersebut 14. Merancang aktiviti untuk murid-murid berkeperluan khas
berasaskan keperluan individu dan ujian diagnostik 15. Merancang
penilaian berkala tentang pencapaian murid berdasarkan keputusan
untuk perubahan atau kutipan data16. melaksanakan sistem modifikasi
tingkah laku untuk meningkatkan tingkah laku yang dikehendaki atau
melupuskan yang tidak diingini Jenis Kanak-kanak Luar Biasa
Perbezaan keupayaan mental
Autisme
Cacat
Fizikal
Cacat Deria
Masalah
Komunikasi
Masalah
Tingkah Laku
Masalah
Tumpuan
& Hiperaktif
Pintar
Cerdas
Kreatif
&
Berbakat
Defisit
Kognitif
Cerebral
Palsy
Epilepsi
Spastik
Cacat Anggota
Buta atau
Rabun
Pekak
Masalah
Pertuturan
Masalah
Bahasa
Gangguan
Emosi
Agresif
Disruptive
ADD
ADHD