MENGENAL KRAF TRADISIONAL Tahun : 1 Pintar Bidang : Mengenal Kraf Tradisional Aktiviti : Wau – Capan Tema : Alam Benda Tajuk : Wau Bulan Masa : 60 minit Media : Alatan : pisau, berus lukisan, palette,pelepah pisang. Bahan: kertas lukisan A3, warna air. Bahan Bantu Mengajar : Gambar wau EMK : Kreativiti dan inovasi Keusahawanan Teknologi Maklumat dan Komunikasi STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual ( unsur seni dan prinsip rekaan : garisan, rupa, jalinan, warna, kontra dan imbangan ).
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MENGENAL KRAF TRADISIONAL
Tahun : 1 Pintar
Bidang : Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti : Wau – Capan
Tema : Alam Benda
Tajuk : Wau Bulan
Masa : 60 minit
Media : Alatan : pisau, berus lukisan, palette,pelepah pisang.
Bahan: kertas lukisan A3, warna air.
Bahan Bantu Mengajar : Gambar wau
EMK : Kreativiti dan inovasi
Keusahawanan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual ( unsur seni dan prinsip rekaan : garisan, rupa, jalinan, warna, kontra dan imbangan ).
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami
bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Garisan – melengkung
4.1.1.2 Rupa – organik
4.1.1.3 Jalinan – tampak
4.1.1.4 Warna – primer ( merah, biru dan kuning )
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Kontra – warna asas
4.1.2.2 Imbangan – simetri
4.2 Aplikasi seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan menerusi
penggunaan media dan teknik dalam aktiviti seni.
4.2.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan
karya seni .
4.2.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.2.1 Alatan : pisau, berus lukisan, palette dan pelepah pisang
4.2.2.2 Bahan : lakaran Wau pada kertas A3 dan warna air.
4.2.3 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan
karya.
4.2.3.1 Teknik : capan
4.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman
dan kemahiran bahasa seni visual dalam
menghasilkan karya seni 2D.
4.3.1 Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni
visual dalam menghasilkan karya seni 2D
4.3.1.1 Memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.1.2 Menghasilkan karya seni berdasarkan perancangan
proses kerja
4.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri
dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya seni yang dihasilkan
4.4.2 Menceritakan karya seni sendiri secara lisan
4.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.
STANDARD ILUSTRASI AKTIVITI
PEMBELAJARAN
Persepsi Estetik
Menyanyikan lagu ‘wau bulan’.
Ala ewah ewah bule,
Wau bule teraju tigo,
Mari sini kawe-kawe,
Buat wau bersamo-samo.
Aplikasi Seni
Menunjukkan contoh wau sebenar dalam skrin komputer.
Bersoal jawab tentang :
Unsur Seni – garisan, rupa, warna dan jalinan
Prinsip Rekaan – kontra (warna) dan imbangan ( simetri).
Menyusun proses penghasilan bagi mendapatkan idea perancangan proses kerja.
Ekspresi Kreatif
Langkah 1
Mengedarkan lakaran wau.
Memperkenalkan warna primer dan bahan yang akan digunakan.
Langkah 2
Mengecop corak batang pisang pada lakaran wau yang diberi.
Langkah 3
Membuat kemasan.
Apresiasi Seni
Mempamerkan hasil kerja dan bercerita mengenainya. Contoh : wau terkenal di pantai timur terutamanya Kelantan dan ia biasa dimainkan selepas musim menuai padi. Wau yang dipasang busur akan mengeluarkan bunyi.