-
Dyadila
1
QEESYA mengelap peluh yang membasahi baju, geram. Masa ni
jugalah Hero (MINI Cooper Mr. Bean) ni nak buat hal. Kenapa tak
buat hal semalam atau minggu lepas? Lagi senang kalau postpone saja
tahun depan. Dah hantar jumpa Dr. Mekanik yang terbaik pun masih
ada penyakit lagi. Perlu ke dia merealisasikan permintaan Khairul
supaya menghumban saja Heronya ini ke dalam sungai. Oh... tidak!
Inilah satu-satunya harta yang dia ada hasil daripada usahanya
sendiri, kereta yang sweet lagi comel. Jadi, tolonglah hargai
okey.
Qees please ganti akak buat presentation dkt wakil Citra
Holding. Akak macam x larat ni, 9.00 pg ok, dont be late... ~
Haryati.
Mesej kecemasan yang diterima daripada Kak Yati tadi. Jam tangan
jenama Adidas made in Uptown dipandang lama. Alamak! Dah lambat
lima minit. Janji pukul sembilan,
Bab 1
-
Menantu vs Mentua
2
ni dah sembilan lima minit pagi. Kalau jalan laju sikit pun,
akan makan masa dua puluh minit juga.
Semakin laju dia melangkah. Nasib baik pakai kasut sukan hari
ni. Kalau high heels, jenuhlah nak menapak. Okey! Jalan laju sikit
Qeesya Ameena, tak payah nak catwalk sangat.
Qeesya menarik nafas lega. Kalau tak difikirkan Kak Yati, tak
mungkin dia akan berkejar ke sini dari site. Sempat dia membetulkan
shawl hitam yang melilit di kepala. Nampak sangat serabainya kau
ni, Qeesya Ameena. Tapi, tak apa. Demi syarikat, dia perlu
berjuang. Bismillahirahmanirrahim....
Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan
sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami
(ini). (Q.S. Al-kahfi : 10)
Amin... go go Qeesya. Chaiyok! Doa Qeesya dalam hati.
Pintu yang tertulis PULL itu ditarik. Terus sahaja dia melangkah
ke arah wanita yang bertugas sebagai penyambut tetamu. Sempat dia
menghadiahkan senyuman ikhlas. Walaupun sebenarnya sedar dengan
pandangan pelik dan hairan manusia di depannya.
Morning, miss. Can I help you?
Jelas mata wanita itu seakan-akan pelik memandang penampilannya.
Saya baru balik dari main FUTSAL okey! Jerit hatinya. Tugas sebagai
pereka dalaman kadangkala perlu juga berubah wajah. Sama macam
setiap sudut yang perlukan perubahan. Mana sempat dia nak tukar
baju nak mekap
-
Dyadila
3
segala. Tak apa. Janji dia masih berbaju, kan? Walaupun
sebenarnya tak formal.
Qeesya mengangguk perlahan, sempat melepaskan lelah.
Cik Qeesya Ameena dari Mutiara Deko. Saya sepatutnya datang
pukul sembilan tadi tapi, disebabkan ada masalah yang tak dapat
dielakkan jadi saya terlambat sikit. Eh... terlambat banyak. Boleh
saya masuk dalam meeting? ujar Qeesya memperkenalkan diri. Sekali
dengan pakej muka 25 sen. Yalah, dah lambat takkan nak
meloncat-loncat suka pula.
Meeting belum habis lagi, sekejap ya cik....
Qeesya mengangguk setuju. Dalam hati, dia berharap sangat agar
dia diberi peluang untuk masuk. Kalau tak, sia-sialah usaha
kumpulannya. Paling muncung nanti mestilah bosnya, Dato Hashim. Dan
yang paling kecewa... si ibu mengandung tu, Kak Yati.
Cik boleh naik terus ke tingkat 5, meeting room number
three.
Qeesya mengangguk lagi sebelum memecut laju menuju ke arah
tangga. Sempat juga dia memberikan ucapan terima kasih kepada si
penyambut tetamu tadi. Uik... budi bahasa budaya kita, kan!
Eh, cik... lif sebelah sana.
Qeesya tersenyum. Tak apa saya naik tangga aje... baik untuk
jantung.
Wah, hebat alasan tu. Walhal lif adalah satu-satunya tempat
berhantu bagi Qeesya. Tapi, dia bukan takut dengan lif, cuma fobia
dengan kegelapan.
Pengalaman pertama terperangkap di dalam lif
-
Menantu vs Mentua
4
suatu ketika dulu, membuatkan dia mengelak kalau jumpa benda
alah tu.
Peluh yang menitis di dahi dilap dengan tisu. Oh, selamat juga
sampai ke tingkat lima. Kenapalah buat meeting tempat tinggi sangat
macam ni? Qeesya sempat menadah tangan di depan pintu bilik
mesyuarat, berdoa apa yang patut. Jangan kena halau, sudah. Tapi,
kata arwah nenek kalau niat kita ikhlas semuanya akan jadi baik.
Go! Go! Qeesya Ameena go! Chaiyok!
Pintu yang dua kali ganda tinggi daripadanya ditolak perlahan.
Macam biasa, berpasang-pasang mata memandang ke arahnya. Dan
satu-satunya muka yang cukup dikenali adalah musuh tradisi Mutiara
Deko.
Hebat juga Mutiara Deko, hantar atlet datang buat presentation,
tegur seseorang dengan suara garau.
Ada yang tersenyum dan ada juga yang ketawa perlahan.
Suara siapa lagi kalau bukan Si Sharip Dol, samseng Kampung
Dusun tu. Musuh Mutiara Deko dalam merebut projek yang satu ni.
Sabar Qeesya sabar! Sabar, kan separuh daripada iman.
Baru lepas maraton ke?
Aik... ada sambungan lagi? Maraton kepala lutut kau. Kalau aku
masuk maraton dah lama aku dapat pingat, bodoh! Nanti kau Sharip
Dol, jangan salahkan aku kalau kau makan bubur seminggu. Alah...
kenapalah Kak Yati tak beritahu yang mamat tak boleh blah ni ada
dekat sini. Qeesya membebel dalam hati.
Sudah! Ini bukan tempat hiburan. Puan Haryati, sila duduk.
Tolong hormati masa orang lain kalau nak orang hormati kita.
-
Dyadila
5
Suara tegas seseorang membuatkan semua terdiam. Suara itu
datangnya daripada lelaki yang duduk di bangku utama. Di kepala
meja. Mungkin juga wakil dari Citra Holding. Eleh... sombong giler
mamat ni.
Okey kita dah tengok rekaan dari Sharip Design, sekarang rasanya
kita terus kepada Mutiara Deko. Puan Haryati, boleh teruskan. Suara
seorang lagi.
Amboi, hensem-hensemlah pulak penilai daripada Citra Holding ni.
But, not my taste!
Qeesya bangun dengan penuh yakin. Walaupun dia hanya berseluar
sukan dan memakai T-shirt Harimau Muda, kekurangan itu sedikit pun
tidak mengurangkan keyakinan yang ada dalam dirinya. Dia terus
melangkah yakin ke depan. Berdiri di layar untuk membentangkan
berkenaan projek hotel bertaraf empat bintang yang ingin dijadikan
tempat bersantai bagi keluarga sederhana dan tentunya golongan
mewah.
Berpasang-pasang mata kini tertumpu kepadanya. Kali ini
pandangan Qeesya terus kepada tiga orang wakil Citra Holding. Ini
Qeesya Ameena Qushairy, la.
Mamat sombong tadi memandang tajam ke arahnya. Amboi, buat muka
tak puas hati nampak. Hah... AAK? (Ada Aku Kisah?). Sengaja melawan
pandangan mata itu. Terasa ibarat ada satu renjatan elektrik di
situ. Pengaliran arus voltan yang cukup tinggi membuatkan dia
terkedu seketika. Jantung berdegup laju.
Puan Haryati! Puan! Puan!
Sergahan itu menyedarkan Qeesya. Dia kalut membuka slide
pembentangan. Adoi... kenapalah kau buat benda yang memalukan ni,
Qeesya Ameena. Jatuh saham!
Hai kalau dah perempuan tu perempuan juga.
-
Menantu vs Mentua
6
Menyibuk lagi Si Sharip Dol ni.
Tolong jangan bazirkan masa kami! tegas satu suara.
Qeesya mencebik dalam hati. Eleh... sombong plus poyo.
Kesimpulannya... menyampah! Macam dia sorang aje ada masa, semua
orang ada masa okey!
Sebelum saya mulakan... saya nak bagi tahu yang saya bukan Puan
Haryati tapi, saya adalah wakil yang menggantikan Puan Haryati. Dia
tak dapat hadir. Saya Qeesya Ameena, salah seorang interior
designer dalam contoh rekaan ini. Bla bla bla....
Qeesya menerangkan satu per satu bahan tentang projek tersebut.
Sedar ada mata yang tergoda dengan kebijaksanaan dan kejelasan
pembentangan yang hot lagi spicy ni.
Setakat ini semuanya sudah saya jelaskan, mungkin ada persoalan
atau sebarang komen dari pihak Citra Holding?
Wah, nampak tak keberaniannya di situ? Tak payah nak tunggu
orang bagi soalan, dia dah mintak untuk ditanya dulu.
Cik Qeesya mungkin sudah tersalah terima info. Yang kami nak
ubah ni bukan restoran ataupun kedai makan, tetapi sekarang ni kami
nak renovate hotel, bukan juga untuk bilik asuhan anak-anak
pekerja, ataupun tadika, mahupun taska, semua ni macam....
Sengaja tidak dihabiskan kata-katanya. Jelas ada nada sinis di
situ.
Qeesya gigit bibir, nampak sangat mamat sombong ni memang
sengaja nak malukan aku, kan? Kalau tak suka
-
Dyadila
7
dengan rekaan aku cakap ajelah. Tak payah nak berperibahasa
segala. Menyampah! Sempat menjeling muka Sharip Dol yang tersengih
dengan riak muka mengejek supaya aku terima kenyataan.
Hotel Citra Holding yang bakal dibuka adalah bertemakan kasih
sayang. Golongan sasaran bukan saja kelas atasan malah, masyarakat
yang berpendapatan sederhana. Kalau semuanya dibangunkan dengan
gaya mewah, rasanya tak akan ada keunikannya dalam projek ini,
suara Qeesya lembut. Cool macam aiskrim.
Maksudnya, perlu ke rekaan pasar malam dimasukkan ke dalam
hotel? Bukan ke semua itu sampah? sindir lelaki itu lagi.
Qeesya mengangkat kening. Pasar malam? Bila pulak ada gambar
pasar malam dalam rekaan ni? Sengaja nak duga akulah ni. Eh... ke
dia nak kata rekaan kami ni rekaan murahan? Cis... kurang ajaran
dah ni! Tangan digenggam perlahan. Cuba mengawal perasaan.
Saya memang dah buat kajian secara menyeluruh mengenai kehendak
dan cita rasa projek ni. Nilai kelainan yang kita nak hasilkan dan
kita tonjolkan sekarang ni. Andai kata rekaan semua sama dan reka
bentuk yang setaraf dengan apa yang dah tersedia ada, tak mungkin
akan nampak kelainan di situ, betul tak? Mungkin tuan rasa design
ni lebih kepada imaginasi tapi, kalau dilihat dari apa yang kita
bincangkan... sasaran utama adalah keluarga. Dan yang pasti istilah
keluarga itu sendiri bermaksud, pasangan suami isteri dan
anak-anak. Bagi suami isteri, saat paling berharga adalah masa
bersama, jadi suite honeymoon adalah paling berkesan, jelas Qeesya
dengan panjang lebar.
Hah, memang tak jumpa noktah dekat situ.
-
Menantu vs Mentua
8
Memang sengaja dia bercakap dalam sekali nafas, baru nampak
yakin. Eh... betul ke?
Jadi, mood honeymoon yang kami nak timbulkan di situ...
sambungnya selamba.
Honeymoon hanya untuk yang baru kahwin saja cik adik oi....
Amboi, menyampuk lagi Sharip Dol ni. Memang tak sayang
mulut.
Kalau dilihat secara terperinci rekaan kami bukan hanya
berkonsepkan honeymoon tapi, lebih kepada rekaan yang menitipkan
nilai kasih sayang. Setiap sudut adalah untuk rakaman setiap memori
waktu bersama keluarga, perasaan ini yang seharusnya
diwujudkan.
Wah, gitu! Kan ke dah keluar bahasa sasterawan negara aku.
Jadi, perlu ke ruang untuk kanak-kanak?
Sekali lagi soalan tak puas hati diajukan. Aik... banyak pulak
soalannya. Bukan ni penilaian ke? So, nilai sendiri arrr... Qeesya
cuba bertenang. Lagipun ini bukan kali pertama dia buat
pembentangan cadangan rekaan.
Inilah keunikan yang kita mahu ketengahkan. Wujudkan satu ruang
untuk anak-anak meneruskan penerokaan imaginasi mereka. Dalam masa
yang sama ibu bapa boleh menikmati cuti yang lebih baik. Tanpa
rungutan rasa bosan daripada anak-anak, tegas Qeesya sambil senyum.
Memang dah agak soalan tu akan keluar. Jadi, dia memang dah
bersedia dengan jawapan dua ratus lima puluh patah perkataan.
Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian. Jadi, untuk memudahkan
pembelajaran saya zahirkan televisyen di
-
Dyadila
9
situ, kalau nak belajar tentang gajah tak perlulah nak bawa
gajah masuk dalam ruang tukan? tambah Qeesya lagi. Pemerhatian
adalah salah satu teknik pembelajaran berkesan. Buktinya kartun
Upin dan Ipin yang menjadi ikutan kanak-kanak, cukuplah dengan
mereka menonton dan meniru. Faham?
Faham? Eh... perlu ke perkataan tu? Dah macam cikgu tadika
pulak.
Kata-kata itu disambut dengan ketawa kecil beberapa mata yang
sejak tadi menjadi pemerhati di dalam bilik mesyuarat itu. Namun,
mamat sombong tu masih sama senyum tak, masam pun tak. Dasar
batu!
Dah berapa tahun cik dalam bidang ni?
Dah nak masuk tahun ketiga, jawab Qeesya dengan lancar.
Masih banyak yang perlu Cik Qeesya belajar, tak ada pengalaman
lagi ni... suara Sharip Dol.
Hesy... orang tua ni! Nampak sangat taktik nak sabotaj!
Saya memang masih muda. Walaupun saya tak belajar melalui
pengalaman tapi, saya belajar melalui pendidikan. Pemerhatian
daripada orang sekeliling saya. Bagi saya sendiri, pengalaman
seseorang itu tak akan sama. Antara pengalaman sendiri dengan
pengalaman yang dikumpulkan, rasanya yang terkumpul itu adalah
lebih menarik. Balas Qeesya dengan selamba.
Okey... terima kasih Cik Qeesya.
Tuan Hakim dah bersuara. Siapa lagi kalau bukan mamat sombong
yang hensem. Serius macam ada dalam mahkamah. He he he....
-
Menantu vs Mentua
10
PINTU lif terbuka luas. Dalam asyik menekan telefonnya, kaki
melangkah masuk. Qeesya sempat tersenyum. Khabar gembira terus
dikirimkan kepada Kak Yati. Melompatlah mak buyung tu kalau tahu
rekaan mereka diterima. Terbayang dah muka sengih sampai ke telinga
dia tu.
Qeesya tersenyum lagi memandang hasil kerjanya yang membuahkan
hasil itu. Wah, mesti bangga bos ni kalau dengar aku berjaya dapat
projek ni. Bukan calang-calang orang boleh jadi Qeesya Ameena ni.
Sekali fuh... semua hilang. Sorak Qeesya dalam hati sambil
tersenyum puas.
Namun, senyumannya mati bila dia melihat keadaan sekeliling. Aku
dekat mana ni? Hah, lif?! Qeesya mula gabra. Pucat-pasi
mukanya.
Sorry....
Hanya suara garau itu didengari. Sempat dia menjeling dengan
ekor mata. Mamat sombong ni lagi? Eh... ada manusia lain
rupa-rupanya di dalam lif ni. Ya Allah... Qeesya Ameena, macam
manalah kau boleh tak perasan kaki kau melangkah sampai ke sini?
Inilah balasannya kalau teruja sangat. Adoi! Sila bertenang Qeesya!
Kosongkan fikiran.
Selamat ke duduk kat dalam lif ni? Tapi, kenapalah jantung ni
tak henti-henti menari joget ni? Sekali lagi mata nakalnya meneliti
wajah itu. Rasanya kalau berdua lebih baik. Dah alang-alang duduk
berdua ni, baik ambik kesempatan. Bisik hati nakalnya.
Ya Allah! Hensemnya ciptaanMu ini. Lelaki itu mempunyai mata
redup yang cukup menenangkan. Di sebalik wajah tak berperasaannya
itu ada aura yang menarik setiap mata untuk memandangnya buat kali
kedua. Dia akui yang lelaki di sebelahnya memang memiliki wajah
lelaki Melayu tulen.
-
Dyadila
11
Dup-dap, dup-dap. Hesy, diamlah wahai hati. Jangan malukan tuan
sendiri.
Aku tahu aku ni hensem tapi, tak payahlah pandang sampai nak
terkeluar biji mata. Sempat lelaki itu bersuara sambil
menghadiahkan jelingan maut kepadanya.
Ouch... menikam tepat ke jantung! Sakit tambah malu tambah
segan, jadinya rasa nak sorok muka cun aku kat dalam poket seluar
sendiri!
Qeesya terkedu. Alamak! Betul cakap mak, yang muka suci aku ni
memang tak boleh menipu. Mata Qeesya masih memerhatikan lelaki itu
dengan ekor mata. Eleh... bajet bagus. Pandangannya kembali
dihalakan ke depan.
La la la.... Nyanyi sikit untuk cover malu. Buat aje seolah-olah
mamat tu tak ada. Rasa macam tinggi sangat pulak tingkat 5 ni.
Terima kasih sebab terima rekaan kami. Qeesya memecah sunyi.
Cuba memancing perhatian lelaki di sebelahnya. Muka batunya
dijeling dengan ekor mata. Ini bukan kenyataan nak mengurat tapi,
sengaja dia nak hilangkan rasa takut yang menggila dalam hatinya
sekarang.
Aku tak suka rekaan tu tapi, disebabkan ramai yang tergoda
dengan aksi kau tu jadi kau berjayalah, tutur lelaki itu berbaur
sindiran.
Amboi... memang tak sayang mulut lelaki ni!
Tergoda?! Wah, terima kasih. Saya bangga dengan pujian encik tu.
Tapi, jangan cakap yang orang macam encik ni akan tergoda dengan
Sharip Dol tu. Eee... minta dijauhkan. Tapi, tak tahu jugalah zaman
sekarang. Lelaki pun mudah tertarik dengan lelaki, balas Qeesya
geram.
What?! bentak lelaki itu kuat.
-
Menantu vs Mentua
12
Tiba-tiba lif berhenti, gelap!
Arghhh!!! Jeritan kuat memecah kegelapan. Arghhh!!! Semakin
panjang jeritan Qeesya. Sumpah, dalam hidupnya dia paling takut
berada di dalam lif tapi, tadi sebab nak cepat dia redah juga.
Nafas mula tersekat-sekat. Sesak.
Hoi, apa hal yang menjerit ni? marah lelaki itu sambil
mengeluarkan telefonnya. Terasa lengannya dipaut kuat.
Qeesya hilang kawalan. Bukan dia perempuan gedik atau gatal yang
sengaja memeluk mamat sombong tu. Tapi, memang sekarang nafasnya
terasa sesak. Kegelapan menambahkan lagi rasa takutnya. Tubuhnya
menggigil, sejuk!
Qeesya hilang suara, yang kedengaran nafasnya yang tak
teratur.
Kenapa ni? Kau kenapa? tanya mamat sombong itu kedengaran
resah.
Adoi, kenapalah waktu ni juga nak buat hal lif?
Saya tak boleh... tak boleh... ber... nafas... tolong! Kali ini
memang hilang segala keayuan yang dijaga selama ni. Tadi punya
control ayu, sekarang ni sibuk peluk orang. Tapi bukan sengaja, dah
memang mamat sombong ni sorang aje yang ada di dalam lif ni.
Tolong.... Suaranya semakin perlahan.
Habis tu aku nak buat apa ni? Serta-merta suara maco itu menjadi
panik.
Tolong... tolong.... Suara itu kedengaran semakin sayu. Semakin
lemah.
Qeesya, nampaknya ajal kau dah dekat. Tiba-tiba hati kecilnya
berbisik. Ya Allah, kalau Kau ingin mengambil
-
Dyadila
13
nyawaku, matikanlah aku dengan keimanan dan rasa rendah diriku
kepadaMu.
Rayyan kalut. Dia cuba menjerit meminta tolong. Lif ni kenapalah
masa ni juga nak rosak? Cepat didail nombor seseorang. Mungkin
Hazwan boleh membantu.
Wan tolong aku, aku terperangkap dalam lif ni, sekarang! jerit
Rayyan.
Dalam suasana yang gelap dia cuba untuk membantu. Tapi, dia
masih mengawal segala gerak-gerinya.Tidak mahu dicop mengambil
kesempatan pulak. Tetapi, bila difikirkan semula dalam keadaan
cemas dan darurat macam ni mana boleh nak fikir sempadan dan
batasan. Rayyan masih terus meminta tolong namun, suara wanita di
pangkuannya itu sudah senyap. Hah, sudah! Ada lagi ke tak ni? Bisik
Rayyan dalam hati.
Eh... kenapa diam ni? Sempat digoyang-goyang bahu itu dalam
gelap, cahaya Iphonenya membolehkan dia melihat wajah yang sudah
terpejam itu. Peluh juga sudah memenuhi wajah wanita itu. Belum pun
sempat dia nak meminta tolong pintu lif sudah terbuka dari
luar.
Rayyan, apa kau buat ni? tanya Hazwan. Matanya sempat menangkap
wajah di ribaan sahabatnya. Aik, macam kenal aje? Bukan perempuan
cun tadi ke?
Buat apanya! Cepat tolong! jerit Rayyan kuat.
Hazwan dan beberapa orang pengawal keselamatan cuba
membantu.
Dia mungkin sesak nafas, panggil ambulans. Arah Rayyan tegas.
Dalam hati terfikir kalau ada apa-apa yang berlaku pada perempuan
ni, mesti tahap keselamatan di Citra Holding akan dipertikaikan
seterusnya menjatuhkan reputasi syarikat.
-
Menantu vs Mentua
14
RAYYAN memeriksa semua laporan, setiap perkataan takkan lepas
dari imbasan matanya. Dia bukan saja seorang yang cukup tegas
malah, cukup peka dengan setiap urusan Citra Holding. Baik urusan
yang kecil ataupun besar.
Masuk, pelawa Rayyan dengan yakin. Hazwan sahaja yang akan
mengetuk pintu biliknya pada waktu begini.
Boleh aku duduk? Soalan dalam senyuman panjang. Macam biasa,
Hazwan Haziq memang terkenal dengan gelaran mat senyum.
Sejak bila mintak kebenaran?
Sejak terlihat atau terpandang atau ternampak bos aku berpelukan
dalam lif, rasa macam nak tulis dalam diari. Bukan senang dapat
peluang tengok tayangan free, usik Hazwan dalam tawa.
Rayyan menjeling tajam, tak suka dengan gurauan sahabatnya itu.
Encik Hazwan Haziq, jangan mulakan apa yang tak betul, nanti sebab
mulut kau habis satu Citra Holding ikut otak kuning kau tu.
Hazwan simpan senyum. Habis tu, kau tak cerita pun lagi dekat
aku apa yang dah jadi semalam. Kau tahu, kan bukan mata aku sorang
yang nampak tapi, bertuahlah kau dapat kena peluk dengan Harimau
Malaya yang comel dan cun tu.
Kali ini pecah juga gelak yang ditahannya dari tadi.
Tak ada apa yang nak diceritakan. Kau nampak sendiri dan kau pun
ikut sekali ke hospital semalam, kan? Kau sendiri dengar apa yang
doktor cakap atau kau nak aku terangkan sekali lagi?
Aku tahulah, tapi apa perasaan kau masa tu? soal Hazwan
lagi.
-
Dyadila
15
Soalan biasa yang selalu sangat ditanya oleh rakannya itu. Dia
sendiri dah bosan.
You tell me who I am?
Hazwan menggeleng. Hai, bilalah tembok hati batu Rayyan ni nak
runtuh?
Okey... kita lupakan sekejap soal hati dan perasaan. Sekarang ni
kita kena buat keputusan nak pilih syarikat mana? Untuk dua puluh
satu buah anak syarikat bukan satu kerja mudah dan aku rasa kita
kena pilih yang terbaik. Maksud aku untuk projek yang dekat Johor
tu. Hazwan kembali serius.
Aku dah singkatkan kepada dua pilihan dan aku bagi pilihan
seterusnya dekat kau. Rayyan membuat keputusan. Walaupun dia
sendiri boleh membuat keputusan tapi, dia selalu mengamalkan
perbincangan. Perlu ada kata sepakat daripada semua staf. Kerjasama
yang kuat akan menaikkan lagi kemampuan syarikat.
Aku pun dah buat beberapa tinjauan. Rasanya syarikat ni
mempunyai rekod bersih. Aku sendiri tengok sentuhan pertama mereka.
Fuh! Memang hebat.
Citra Holding tak akan melabur pada sesuatu yang merugikan,
balas Rayyan dengan yakin. Okey... kau uruskan surat jawapan dan
jangan lupa jemput semua wakil syarikat untuk jamuan perasmian
hotel kita tu. Aku nak semua tahu yang Citra Holding memang serius
untuk masuk ke bidang perhotelan.
Itu kau jangan risau. Aku akan pilih yang terbaik.
Rayyan tersenyum mendengar jawapan sahabatnya.
Tapi bos... aku dah rasa lapar ni. Oh... patutlah. Dah pukul
satu.
-
Menantu vs Mentua
16
Jom. Hanya itu saja perkataan yang keluar daripada mulut Rayyan.
Malas nak melayan loyar buruk Hazwan.
Tapi, kan sejujurnya... buat pertama kalinya aku nampak kau
gelabah biawak masa kat dalam lif tu. Aku tak pernah tengok muka
kau cemas sampai macam tu. Cara kau menjerit minta tolong tu macam
kau akan kehilangan kekasih. Hah! Macam dalam drama Melayu setiap
petang tu. Hazwan masih terus membebel sepanjang langkahnya
mengekori Rayyan.
Wan, you better shut your mouth. Nanti orang makan nasi, kau
makan penumbuk.
Laju Hazwan mengunci mulutnya. Dah dapat dua kad kuning... lebih
baik diam. Nanti dapat kad merah tak pasal-pasal muka dia yang
lebam. Bukan boleh dilayan sangat panas baran Rayyan ni.
-
Dyadila
17
KHAIRUL memandang tajam wajah di depannya. Rasa nak dikunyah
lepas tu telan hidup-hidup. Dah tahu diri tu tak boleh naik lif,
yang gatal pergi naik lif tu kenapa? Sekarang ni sampai masuk wad
segala. Nasib baik tak apa-apa. Dia pun pelik peristiwa hantu susu
rekaannya sepuluh tahun lepas membuatkan Qeesya fobia dengan gelap.
Achluophobia. Fobia pada kegelapan, penyakit Qeesya dari kecil.
Tapi, tak adalah serius sangat. Cuma pada tempat dan ketikanya
sahaja akan jadi serius.
Amboi... muka tu macam nak bunuh orang kenapa? Aku bukan tak
boleh naik lif tapi, salah lif tu yang gelap. Qeesya membina
alasan. Walaupun satu Malaysia dah tahu yang memang Qeesya Ameena
takut dengan G.E.L.A.P!
Khairul masih diam. Memandang serius sambil berpeluk tubuh.
Geram! Tadi sejam dia kena dengar ceramah dengan Hajah Zainab sebab
tak jaga Qeesya betul-betul, cuai! Hesy....
Alah... janganlah marah. Aku rasa aku kena
Bab 2
-
Menantu vs Mentua
18
rasuklah masa tu. Sebab aku tak sedar pun, sedar-sedar aku dah
ada dalam lif... macam kena pukau. Sempat lagi dia mereka babak
mistik.
Khairul masih buat muka batu. Serius semacam langsung tak nampak
termakan dengan alasannya. Eh... bukan alasan tapi, kenyataan.
Okeylah. Aku janji tak buat lagi... sumpah, janji Qeesya sambil
mengangkat tangannya tinggi. Dah lama ke aku pengsan?
Dah setahun kau koma, nasib baik kau sedar juga akhirnya, tutur
Khairul dengan serius.
Bulat mata Qeesya. Matanya memandang tepat ke arah Khairul. Biar
betul dah setahun? Takkan kut, sampai koma. Kau jangan nak buat
lawaklah. Bukan aku kena langgar dengan lori dua belas tayar
pun.
Wajah lelaki itu kekal serius. Qeesya telan air liur. Biar
betul! Wajahnya kembali pucat.
Khairul simpan senyum. Menoleh ke belakang sambil ketawa tanpa
bersuara. Serius kelakar!
Hah, tadi berlagak sangat. Sekarang yang pucat sangat tu dah
kenapa? Baru koma setahun, bukan sepuluh tahun pun.
Qeesya gigit bibir. Geram. Kurang asam punya budak. Boleh pulak
buat lawak tak berapa cerdik dia ni. Terbayang kalau dia koma
sepuluh tahun, sedar-sedar muka dah tua? Alamak! Siapa nak kahwin
dengan aku masa tu? Kau ni sampai hati. Dahlah aku ni tengah
sakit.
Khairul mencebik. Alah, ini bukan pertama kali kau tidur
hospital ni sebab takut. Nasib baiklah ada orang selamatkan
kau.
-
Dyadila
19
Qeesya tersenyum, teringat kembali detik cemasnya bertarung
antara hidup dan mati. Datang mamat sombong menjadi hero
menyelamatkannya. Bahagianya! Eh... cakap pasal hero aku tu, mana
dia ek? Mesti dia yang dukung aku masa tukan? Patutlah aku rasa
macam aku akan diselamatkan oleh seorang putera.
Amboi... bukan dia pun yang hantar kau ke hospital tapi, pekerja
dia. Jangan nak berangan sangat! jawab Khairul bernada tegas.
Qeesya mencebik. Prang! Hancur berkecai kenangannya. Gedebuk!
Macam ditimpa buah kelapa. Hesy, potong betullah Khairul ni. Rul,
kau datang tak bawa apa-apa ke?
Bawa diri aje.
Qeesya mencebik dalam masa yang sama perut sudah berjoget
lambak. Hesy, perut ni memang tak tahu nak cover maruah tuan
sendiri tau.
Tak payah nak sedih. Tu... dekat sebelah kau tu ada nasi ayam
madu kegemaran kau. Makan. Lepas tu kemas semua, kita balik. Doktor
pun dah menyampah tengok kau dekat sini. Dari tadi dia halau kau
suruh balik.
Mesti doktor tu perempuan. Sebab tu dia cemburu dengan aku yang
hot ni, suara Qeesya dengan selamba. Rul... Rul....
Apa lagi?!
Nak suap... Qeesya tayang muka 25 sen.
Khairul berdengus. Hesy, memanglah suka nak buat hati aku yang
marah ni menjadi lemah.
Khairul mencapai sudu di dalam laci dan membuka bungkusan nasi
ayam yang dibelinya.
-
Menantu vs Mentua
20
Qeesya tersenyum dan bersedia dengan mulut ternganga. Masa sakit
inilah nak bermanja.
Khairul Ikhwan Abdul Rahman. Orangnya hensem, berbadan tegap
memang lengkap ciri-ciri lelaki idaman. Apa yang penting, walaupun
sengal, mamat sorang ni stok masjid okey! Dia merangkap sahabat,
kawan, ayah, abang dan lelaki pujaan yang sentiasa bersama aku.
Hubungan aku dan dia? Hanya kami yang tahu.
Tapi, kan Rul... malu juga aku masa tu. Mana nak letak muka
comel ni. Dahlah masa tu aku jual mahal konon-konon DIVA, nasib
baiklah mamat sombong tu selamatkan aku. Aku betul-betul tak boleh
nak lupakan dia, cerita Qeesya sambil mulutnya penuh dengan
nasi.
Dah! Tak payah nak sinetron sangat. Makan dulu, dah sihat nanti
bolehlah keluar cepat dari sini. Dah keluar nanti, kau nak buat apa
pun boleh... bebel Khairul lagi.
Rul... mak tahu tak?
Laju Khairul menggeleng. Bohong sunat. Eh... ada ke bohong
sunat?
Kenapa, nak aku repot ke? Duga Khairul. Maaflah Qeesya, Hajah
Zainab memang dah tahu pun. Bersedialah nanti dengar bebelan.
Oh, tak payah-tak payah. Aku dah sihat dah.
Khairul menggeleng lagi. Hesy, Qeesya... Qeesya... orang lain
fobia dengan benda yang menakutkan. Kau pulak fobia dengan gelap?
Hesy, tak maco langsung. Bisik hati Khairul dalam senyum. Kalau dia
ketawa nanti tak pasal-pasal kena pelangkung.
-
Dyadila
21
QEESYA melangkah masuk ke dalam biliknya. Panas betullah rumah
Dato Syed Mokhtar tadi. Nasib baiklah anak dia, Badri tu hensem,
boleh juga cuci mata. Uik! Nampak gatalnya di situ. Belum pun
sempat pintu tertutup, Kak Yati meredah masuk. Amboi... dia duduk
dulu sebelum aku. Hebat betul dia ni. Tak padan dengan mak buyung.
Dipandang perut Kak Yati yang membulat ke depan. Macam susah aje
nak bawa perut tu.
Hah, Qees macam mana? Sihat dah ke? Macam nak tercabut nyawa
akak bila dengar Qees pengsan sampai masuk hospital. Menyesal akak
suruh Qees gantikan akak. Kak Yati berwajah bimbang.
Amboi Kak Yati pun, tak sempat lagi Qees nak bernafas. Kalau ya
pun, cubalah banyakkan bersabar. Tak ada apa-apalah, sikit aje.
Bukan cedera parah. Saja nak lepak sambil cuci mata tengok
doktor-doktor hensem dekat hospital tu, seloroh Qeesya sambil duduk
bersandar di kerusinya.
Kak Yati mencebik. Suka sangat mengusik.
Macam mana semua boleh setuju dengan idea kita tu? Lepas tu
macam mana pulak Qees yang pengsan masuk hospital?! Kak Yati
mengajukan soalan bertalu-talu.
Qeesya menggaru kepalanya. Pening pulak nak jawab soalan yang
sama berpuluh kali. Sejak semalam lagi setiap orang yang dia jumpa
di Mutiara Deko akan bertanyakan isu yang sama. Hesy... macam artis
pulak.
Kak Yati ni dah berapa bulan, ek? Kenapa macam berat sangat aje
perut tu Qees tengok? soal Qeesya kembali tanpa menjawab soalan Kak
Yati.
Hesy... budak ni sibukkan perut kita pulak. Cuba kau jawab dulu
soalan akak ni.
Qeesya tersengih.
-
Menantu vs Mentua
22
Tengoklah siapa yang pergi. Baru aje Qees buka mulut, terus
semua kata setuju. Tapi, macam biasalah gara-gara lif tu buat Qees
dimalukan sekejap. Kak Yati, kan tahu yang Qees ni tak suka gelap,
boleh pulak masa tu juga lif tu buat perangai. Tapi, tak apalah
janji projek dapat, tutur Qeesya bangga. Sengaja nak mengusik Kak
Yati.
Amboi... patutlah bos kita tu sayang sangat dekat Qees ni. Bukan
setakat projek Citra Holding tu, Dato Syed Mokhtar yang banyak hal
tu pun boleh dijinakkan, puji Kak Yati. Terima kasih Qees sebab
tolong akak....
Tak payah nak puji-pujilah. Qees tolong Kak Yati sebab kesian
tengok Kak Yati kena menapak dengan bawa perut yang berat tu.
Lagipun ini masa akak, nanti esok lusa mana tahu masa Qees pulak
minta tolong.
Nanti akak belanja makan okey.
Makan aje?
Habis tu, Qees nak apa?
Tengok wayang pun okey juga, usik Qeesya.
Kalau nak tengok wayang segala, pergi cari pakwe. Dah ada pakwe
nanti nak dating tiap-tiap hari pun boleh. Jangan kata nak tengok
wayang, nak buat wayang pun boleh. Nanti boleh jadi macam akak
ni.
Qeesya menjelir lidah. Buat-buat loya.
Siapalah nak, kan Qees ni kak? Rupa tak ada, harta jauh sekali.
Lepas tu nak jadi macam akak? Rasanya kena fikir sepuluh kali dulu
la, ujar Qeesya dengan muka kesian.
Hesy... tak payahlah nak buat ayat sedih macam tu Qees. Bukan
akak tak tahu, kau tu yang memilih sangat. Kalau nak ikutkan
berbaris aje yang nak isi borang, tapi semua kena reject. Kalah
tanpa bertanding... balas Kak Yati.
-
Dyadila
23
Qeesya ketawa kuat. Tiba-tiba dia teringatkan hero idamannya.
Memang dah angau dah ni. Bukan angau aje tapi, dah jadi langau,
bangau semua ada. Penyakit apa pulak ni Qeesya Ameena!
Adoi, cara akak cakap macam Qees ni piala pulak, kan? Ada kalah
menang. Tapi, nanti akak kena follow up balik dengan Dato ya, sebab
dia kata nak renovate dapur dia sekali. Bajet tak ada limit, jelas
Qeesya sambil mengangkat keningnya.
Kak Yati tersenyum lebar. Terbayang simbol RM di depan matanya.
Ya Allah, rezeki ni. Tapi, kenapa pulak Qees bagi kat akak, Qees
ajelah yang teruskan.
Alah... Qees, kan tolong aje. Lagipun anggap aje ni rezeki anak
akak. Kalau ada apa-apa nanti Qees akan tolong, tapi biar projek ni
atas nama akak okey, kata Qeesya. Dia memang tak pernah berkira bab
kerja ni tapi, untuk orang tertentu sajalah. Sebab pesan Hajah
Zainab, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.
Kak Yati tersenyum senang. Bersyukur. Terima kasih, Qees. Qees
ni memang baik tau. Tu sebab akak tak percaya apa aje yang orang
cakap pasal Qees.
Qeesya menggaru dagunya. Aik... ada yang mengata saya ke
kak?
Hah, kantoi! Kak Yati tak senang duduk. Nampak sangat dia memang
salah cakap.
Emmm... siapa lagi kalau bukan Si Sofea tu. Alah... sebenarnya
dia cemburu dengan apa yang Qees ada. Qees, kan ada link baik
dengan bos. Kak Yati masih di pihak Qeesya.
Qeesya menggeleng. Nama yang memang tak asing lagi di pentas
mengata dan mengumpat orang. Sofea Dizly wajah berdarah campurannya
yang cantik, tak sama dengan
-
Menantu vs Mentua
24
mulutnya yang agak busuk. Tapi, tak apalah mulut orang bukan dia
boleh tutup.
Tak apalah, kak. Kalau seorang tak suka kita, ada sepuluh orang
lagi yang lain boleh sayangkan kita, ujar Qeesya.
Hah, kan dah keluar ayat motivasi diri yang selalu Khairul
ceramahkan untuknya. Memang tak sia-sia Khairul berceramah
kepadanya.
Tapi... akak nak tanya Qees ni, empunya badan sendiri. Betul ke
Qees bercinta dengan mekanik? Ni pun Si Sofea tu juga yang buat
cerita, soal Kak Yati perlahan. Macam teknik mengumpat bawah pokok
mempelam.
Qeesya tersenyum lagi. Ya, kak. Mekanik tu memang insan
teristimewa dalam hidup Qees. Dialah tempat Qees bergantung kasih
sayang.
Titik, full stop. Yakan ajelah Qeesya.
Oh... tak kisahlah, Qees. Janji baik hati, tak buat kerja haram.
Akak ni dulu pun kahwin dengan Abang Pie kau tu bukan ada apa.
Setakat office boy aje, nak bagi akak makan apa? Tapi sekarang akak
bahagia.... Bersinar-sinar mata Kak Yati bercerita.
Memanglah kak, kalau tak bahagia tak adalah ke depan perutnya
tu. Usik Qeesya sambil ketawa kuat.
Kak Yati turut ketawa sambil mengusap lembut perutnya.
Emmm... Kak Yati kenal tak siapa wakil Citra Holding yang
terlibat dalam meeting hari tu?
Kak Yati menggeleng perlahan. Tak kenal pun. Tapi Dato kenallah
kut, sebab bos kita tu yang bersungguh sangat nak dapatkan projek
tu.
-
Dyadila
25
Qeesya hanya mengangguk perlahan sebelum menghalau Kak Yati
keluar dari biliknya. Bukan apa, kalau ada Kak Yati ni alamatnya
memang tak jadi kerjalah hari ni.
KALAU ada perumpamaan mandi tak basah, tidur tak lena dan makan
tak kenyang, memang itu jugalah yang terjadi dalam hidup Qeesya
Ameena lepas peristiwa lif. Entah kenapa... ke mana sahaja dia
pergi mesti dia akan terbayangkan mamat sombong tu. Nak mandi pun
ingat dia. Ops... hah! Tapi, serius aku dah jatuh cinta. Kalau
inilah yang dinamakan cinta, memanglah sakit! Eh... betul ke jatuh
cinta?!
Oleh kerana perasaan ting-tong yang melanda hatinya, Qeesya
telah nekad berjumpa dengan mamat sombong itu. Meluahkan apa yang
sepatutnya dilahirkan daripada mulutnya. Apa lagi memang birulah
muka mamat sombong tu. Dan akhirnya dia termalu sendiri bila
ditinggalkan tanpa jawapan.
Adoi, parah ni! Nak buat apa ni Rul? Semua serba salah. Mulut
kata lain tapi, hati ni nyanyi lagu lain pulak. Sumpah tak pernah
rasa macam ni. Qeesya memegang kepalanya.
Khairul menggaru kepalanya. Kalaulah boleh dicekik minah di
depannya ni dah lama dia buat. Biar tak bernafas dalam dua puluh
minit. Macam manalah dia ni boleh buat hal yang memalukan tu tanpa
berbincang dulu dengan tuan penasihat. Ini... main redah aje!
Kau serius ke dah jatuh cinta dengan mamat tu? soal Khairul
dengan serius.
-
Menantu vs Mentua
26
Encik Khairul Ikhwan Abdul Rahman, perlu ke aku buat siaran
ulangan untuk kali kesepuluh? Kau ada masalah pendengaran ke atau
ada wayar dalam otak kau yang dah tak boleh memproses? marah
Qeesya. Hah, payah jugak la cakap dengan spesies sepana ni. Asyik
dengan enjin kereta aje, tu jadi macam ni.
Kau jangan main-main cakap kau jatuh cinta....
Qeesya menepuk dahinya. Uik! Ingat aku budak dua belas tahun ke
nak main-main. Aku tak pasti apa perasaan aku pada dia. Tapi, jauh
dalam hati aku ni memang dah tertulis yang itu adalah cinta.
Ewah... rasa nak muntah pulak berfalsafah macam tu. Sejak
dilamun cinta ni ayat brutalnya sudah menjadi ayat
berbunga-bunga.
Aku tahulah kau dah dua puluh enam tahun. Tapi secara
teknikalnya otak kau tu macam budak dua belas tahun, tu yang aku
risau. Kau tu, semua lelaki kau kata hensem.Kalau Pak Daud kurus
kering tu naik Kawasaki Ninja pun kau kata hensem, luah
Khairul.
Aik... Khairul Ikhwan Abdul Rahman. Itu satu penghinaan tau. Nak
kena cepuk ke?
Khairul tersengih. Dah dua kali Qeesya menyebut nama penuhnya.
Maknanya memang insan di depannya itu sedang serius.
Qeesya duduk bersandar di kerusi kayu yang tersedia di hujung
bengkel Khairul. Semakin maju juga bengkel ni. Semakin banyak pulak
kereta yang sakit. Tapi, alhamdulillah rezeki. Bisik Qeesya dalam
hati. Dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk lelaki itu.
Emmm... tapi, kan... aku nak tanya satu bendalah dengan kau.
Qeesya masih serius.
-
Dyadila
27
Apa?
Emmm... selama kau dengan aku ni, ada tak secara rahsia, hati
kau tu jatuh cinta dengan aku? Maknanya ada perasaan dalam diam,
tanya Qeesya terus, tak payah nak U turn ke belok-belok.
Kening Khairul bersatu. Memproses kata-kata Qeesya, cuba
menyelami hatinya sendiri. Tak mahu ada yang tertinggal. Soalan
yang membuatkan dia berfikir panjang. Kenapa kau tanya?
Soalan dibalas dengan soalan.
Tak adalah... aku tak naklah nanti ada pulak yang kuciwa bila
aku hangat bercinta dengan orang lain.
Perghhh! Sekali lagi Qeesya meletakkan dirinya di tahap
perempuan tak tahu malu. Eh... tapi, ni berterus terang namanya.
Cuma over confident sikit.
Kalau diberi pilihan antara aku dengan mamat yang kau feeling
tu, kau pilih siapa? duga Khairul.
Qeesya menggaru kepalanya. Uik... soalan susah ni, tahap PhD.
Kalau sekarang ni disuruh buat pilihan mestilah aku pilih kau.
Tapi, kalau dia dah ditakdirkan untuk jadi suami aku, aku akan
pilih dia.
Hah! Yes! Itulah jawapan terbaik yang pernah lahir daripada
mulutnya.
Khairul ketawa perlahan. Qeesya memang kalut!
Kenapa kau ketawa?
Aku pun rasa memang kau dah jatuh cinta dengan mamat tu. Buat
pertama kalinya Khairul menyokong perasaan gila Qeesya. Bukan kali
pertama wanita di depannya tu ada idea gila dan suka bertindak ikut
perasaan.
La... dah memanglah itu kenyataannya. Kau baru
-
Menantu vs Mentua
28
dapat celik akal ke? Adoi... tapi, betul kau tak pernah cintakan
aku?
Sekali lagi soalan yang sama diungkit. Dia dah tahu jawapannya
tapi, sengaja nak cari pasal.
Aku dengan kau ni... atas sikit dari hubungan girlfriend
boyfriend tapi, bawah sikit dari hubungan adik-beradik. Khairul
meneruskan kerjanya.
Qeesya tersenyum. Hesy... kalaulah Khairul ni Khadijah, dah lama
aku peluk kuat-kuat. Memang sentiasa memahami. Kawan, teman,
sahabat dan juga merangkap saudara terbaik. Yang sentiasa ada saat
dia memerlukan.
Habis tu, sekarang ni kau nak buat apa?
Buat apa lagi... tackle hati dia dan ikat perasaan dialah, jawab
Qeesya dengan yakin.
Falsafah cinta pun dah pandai, satu perubahan yang baik.
Amboi... tingginya tahap keyakinan kau tu. Macam mana kalau
mamat tu dah tunang? Dah kahwin ataupun....
Hah?! Alamak! Macam manalah dia boleh tertinggal maklumat
penting tu? Darjah keyakinannya mula menurun.
Kalau dia milik orang, aku tak nak kacaulah sebab aku bukan
perempuan yang suka tengok kaum sejenis aku menangis. Tapi...
ataupun yang terakhir tu kau nak cakap apa? soal Qeesya.
Ataupun mamat pujaan kau tu gay ke... sambung Khairul sambil
ketawa kuat. Adoi... sakit perut cakap dengan budak ni.
Hesy, mulut kau ni! Tapi, kalau dia gay aku pass kat kaulah.
Turn kaulah pulak goda dia. Kali ini Qeesya pula melepaskan
tawa.
-
Dyadila
29
Khairul buat muka geli-geleman tapi, akhirnya dia ikut
ketawa.
Aku nak buat apa ni ek, Rul? Qeesya kembali serius. Memanglah
dia yakin tapi... dia mana ada pengalaman.
Kalau kau yakin kau dah syok dekat dia, kau pikatlah dia.
Lagipun aku yakin hanya lelaki bodoh aje yang tak jatuh cinta
dengan Qeesya Ameena. Khairul mengelap tangannya yang penuh dengan
minyak.
Oh, kesiannya.... Qeesya bersuara sedih.
Apa yang kesian? tanya Khairul lagi. Pelik, tiba-tiba nak
kesiankan orang.
Kau pun termasuklah dalam lelaki yang bodoh tu ek? Seloroh
Qeesya dalam tawa yang tak mampu ditahan-tahan.
Khairul gigit bibir. Cis, kena lagi!
-
Menantu vs Mentua
30
PUAN SRI AFIFAH tersenyum lagi melihat satu per satu gambar
anak-anaknya semasa bercuti di Paris sepuluh tahun lepas. Saat yang
paling bahagia. Tak sangka masa berlalu begitu pantas. Sekarang
semua anak-anaknya dah pandai membawa diri masing-masing. Kalaulah
abang masih ada, mesti abang akan bangga tengok anak-anak kita.
Mereka dah semakin dewasa. Dan Ifah juga semakin rindukan
abang.
Membesarkan tiga orang anak tanpa suami bukanlah sesuatu yang
mudah. Tapi, dengan kekuatan yang ada pada setiap wajah
anak-anaknya, Puan Sri Afifah kini berbangga dengan apa yang dia
miliki. Segala-galanya dipermudahkan.
Apa lagi yang dimenungkan tu Ifah? Hajah Sarifah merebahkan
tubuh tuanya di atas sofa dengan perlahan, bertentangan dengan
menantunya.
Tak ada apa mak, tengok gambar budak-budak ni. Seronok pulak
masa budak-budak ni kecik. Semua ada depan
Bab 3
-
Dyadila
31
mata, tapi sekarang ni nak berkumpul pun susah, luah Puan Sri
Afifah dengan nada kecewa.
Izz Rayyan Iskandar sibuk menguruskan Citra Holding sampai balik
pun tak tentu masa. Langsung tak ada rehat, tak pernah nak
bercuti.
Izzah Rania pulak sibuk dengan kawan-kawan dia, sibuk dengan
kerja kolej sampai malam baru nampak muka. Anak daranya yang sorang
tu memang suka sangat dengan dunia sosialnya.
Izz Faez Nawfal, anaknya yang bongsu pula, asyik dengan aktiviti
luarnya. Kajian itu kajian ini. Seminggu sekali baru nampak muka.
Tapi, dia tahu anak bongsunya itu sibuk dengan aktiviti amal dengan
kelab keseniannya.
Anak-anak dah besar memang macam itulah Ifah. Mak ni... ada
empat orang anak... tapi macam tak ada juga, kan? Hajah Sarifah
tersenyum. Dengan cucu-cucunya juga, memang semakin payah nak
berjumpa. Tambah-tambah Rayyan tu.
Mak lain. Alang dengan angah dah memang jauh dekat luar negara
tu. Acu pun selesa dekat kampung tapi, dia selalu call mak. Yang
Ifah ni pulak anak-anak dekat tapi, macam tak ada... rungut Puan
Sri Afifah.
Biasalah. Lumrah manusia, takkanlah semakin muda. Mestilah
budak-budak tu semakin dewasa. Aku pun bertuah sebab cucu-cucu
semua dah ada kehidupan masing-masing. Sepatutnya sekarang ni kamu
bangga dengan apa yang kamu miliki. Cuma Rayyan tu aje yang aku
risaukan.... Hajah Sarifah memang mengambil berat tentang
cucu-cucunya. Terutamanya anak-anak Mustafar dengan Afifah.
Kenapa mak? Along ada buat benda yang tak elok ke?
-
Menantu vs Mentua
32
Hesy... kamu ni! Cucu aku semuanya elok. Tapi aku risau. Bilalah
nak dapat cucu menantu ni? Teringin jugak nak dapat cicit. Hajah
Sarifah memasang angan-angan. Dah lama dia teringin nak menimang
cicit.
Puan Sri Afifah tersenyum. Kalau bercakap dengan Hajah Sarifah
ni memang tak boleh menang, kalah peguam negara bila dapat
berhujah. Tapi, dia cukup menghormati wanita itu. Wanita yang
melahirkan arwah suaminya. Wanita yang sentiasa bersamanya saat dia
sibuk membesarkan anak-anak yang masih memerlukan perhatian. Mentua
terbaik di dalam dunia. Walaupun mereka selalu tak sefahaman.
Mak paksa aje dia kahwin. Along tukan cucu kesayangan mak. Dia
manalah nak dengar cakap Ifah ni. Tapi, kalau cakap tuk wan dia
memang tak melawan, terus setuju... usik Puan Sri Afifah. Dan
memang itulah hakikat sebenar.
Aku kalau boleh tak naklah masuk campur dalam masa depan
cucu-cucu aku tu. Tapi, kalau hati tua ni dah marah, memang semua
orang kena dengar keputusan aku, putus Hajah Sarifah. Perlahan
tapi, cukup tegas.
Puan Sri Afifah telan air liur. Tersekat ayatnya. Hah, siapa tak
kenal Hajah Sarifah. Kalau A katanya maka, A jugalah. Takkan boleh
bertukar jadi B. Menyesal pulak terlepas cakap. Maksud mak?
Biar aku aje yang carikan calon untuk dia. Masa tu, jangan ada
siapa pun yang berani sebut tak! putus Hajah Sarifah.
Tapi mak....
Termasuk juga Ifah. Cepat Hajah Sarifah memotong ayat
menantunya.
Puan Sri Afifah terdiam. Lebih baik jangan buka
-
Dyadila
33
mulut. Kalau buka mulut mungkin perkara ini akan jadi serius.
Kalau jadi serius, dia juga yang susah.
Hah! Memang tak sangguplah dia nak menghadapi pilihan Hajah
Sarifah yang entah sesiapa. Macam mana kalau mak mentuanya tu
berkenan dengan anak Lebai Kordi banglo hujung tu. Kus semangat!
Bukan tak cantik tapi, perangai memang hodoh. Turun naik kelab
malam sesuka hati. Emmm... betullah kata orang, iman itu tidak
boleh diwarisi. Minta dijauhkanlah anak-anaknya dari tempat-tempat
macam tu.
RAYYAN berusaha membuka ikatan di tangannya. Sedaya upaya dia
cuba melepaskan diri tapi, entah kenapa dia jadi selemah ini. Tak
tahu apa yang jadi pada tubuhnya sekarang. Sumpah, dia memang
terasa lemah. Terasa semua tenaga lelakinya tersekat dengan satu
kuasa ghaib. Suara ketawa itu semakin kuat dan semakin dekat.
Eh, kau nak apa ni? Kenapa bawa aku dekat sini, ha?
Wanita itu ketawa perlahan. Mengusap lembut pipinya. Pandangan
yang cukup menakutkan.
Saya tak akan buat apa-apa dekat awak kalau awak sudi
bekerjasama dengan saya. Saya yakin kita akan jadi keluarga
bahagia, dengan anak-anak kita nanti. Awak nak anak berapa orang?
Wanita di depannya sudah mula merepek.
Apa yang kau merepek ni? Bila masa pulak aku nak kahwin dengan
kau?!
-
Menantu vs Mentua
34
Tawa itu kedengaran lagi.
Berdiri bulu roma Rayyan. Tak pernah dia mendengar seorang
wanita ketawa sampai macam tu sekali. Eh! Kau ni manusia ke hantu
sebenarnya?
Ketawa itu semakin kuat dan lama-kelamaan semakin dekat di
telinganya.
Pergilah! Pergi!
Aku tak akan pergi... aku akan lagi dekat dengan kau. Aku tahu
kau sayang aku, kan?
Tawa itu bergema lagi. Semakin dekat.
Kau nak apa lagi ni? jeritnya kuat.
Aku nak kau! balas suara itu.
Aku tak suka orang paksa aku, marah Rayyan seakan-akan mahu
melarikan diri. Namun, cubaannya gagal. Kakinya seakan-akan tak
mampu bergerak.
Wajah itu tersenyum lagi.
Mulut kau saja yang menafikan tapi, kau sebenarnya sukakan aku,
kan? Beritahu sajalah yang dalam hati kau dah mula ada aku. Suara
itu tak putus asa. Ketawa semakin kuat. Jeritnya semakin
nyaring.
Pergi! jerit Rayyan kuat. Pergi!
Rayyan Rayyan! Apa ni tidur maghrib-maghrib ni, kan dah
mengigau. Izz Rayyan Iskandar! Hajah Sarifah menarik kuat ibu jari
kaki cucunya.
Ya Allah! Rayyan terbangun sambil mengusap wajahnya dengan
tangan. Wajah Hajah Sarifah jelas di depan matanya.
Hah, bangun pun. Mimpi apa sampai menjerit-jerit ni? Hajah
Sarifah menggeleng perlahan.
-
Dyadila
35
Rayyan menggeleng perlahan. Dia sendiri tak tahu apa yang
dimimpikan.
Hah, itulah... orang waktu maghrib macam ni habiskan masa kat
atas sejadah. Dia pergi tidur pulak. Memanglah syaitan suka, bebel
Hajah Sarifah sambil mengusap rambut cucunya. Cucu yang membesar
depan mata dari umur tiga tahun hingga sekarang dah masuk tiga
puluh tahun. Pergi mandi, lepas tu solat.
Rayyan mengangguk. Laparlah tuk wan.
Keluar dah ayat manjanya. Emmm... hilanglah maco. Rayyan
bermanja memang macam ni, suka duduk bawah ketiak tuk wan dan
umi.
Hajah Sarifah tersenyum. Kalau lapar bangunlah cepat, lepas
solat nanti kita boleh makan. Hari ni tuk wan ada buat asam
pedas.
Rayyan tersenyum mendengar lauk kegemarannya.
Hesy... kenapa? Kenapa? Dan kenapa sampai dia masuk dalam mimpi
aku? Takkan tak ada perempuan lain yang boleh jadi hantu dalam
mimpi aku. Kenapa mesti dia? Laju dia mencapai tuala dan masuk ke
dalam bilik air. Cuba membuang bayangan wajah itu. Perempuan tu
memang menakutkan!
Di atas sejadah dia cuba menenangkan fikiran. Bibirnya lancar
membaca beberapa surah pendek.
Kedamaian yang akan dirasai setiap kali sujud kepada-Nya.
Sejak pengakuan berani Qeesya yang mengaku jatuh cinta padanya,
membuatkan kehidupan Rayyan menjadi sedikit terganggu. Dia terkejut
bila wanita itu langsung tidak teragak-agak untuk menghulurkan
salam perkenalan. Bukan
-
Menantu vs Mentua
36
untuk menjadi kawan tapi... untuk rasa cinta yang kononnya dah
berputik dalam hatinya.
Projek baik pulih hotel membuatkan hubungan mereka bertambah
pelik. Dia memang benci wanita yang terlalu mudah mengucapkan kata
sayang. Tapi, dia jadi serba salah bila melihat Qeesya sangat
bertanggungjawab dalam melaksanakan. Wanita itu seakan-akan
mempunyai dua personaliti yang berbeza. Sekejap menjadi seorang
perempuan gila, sekejap lagi bertukar menjadi wanita yang terlalu
fokus dengan kerja. Entah mana satu agaknya diri Qeesya Ameena yang
sebenar.
Qeesya Ameena. Eh... kenapa pulak aku kena ingat dekat dia?!
Laju Rayyan bangun dari duduknya. Lebih baik makan daripada
mengingati minah tak berapa nak betul tu.
QEESYA tersenyum melangkah masuk ke dalam Hotel Citra Holding.
Ewah! Dah macam hotel sendiri pulak. Dia tersenyum bila melihat
beberapa orang pekerja yang sedang berehat.
Sejak menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian rekaan dalaman
hotel ini, secara automatik dia dilantik sebagai pemantau. Bukan
pantau sangat pun, cuma tengok saja apa yang diperlukan oleh Abang
Nizam untuk projeknya. Lagipun dengan adanya tenaga mahir seperti
Abang Nizam dan rakan-rakan, memang semua lakaran di atas kertas
akan menjadi kenyataan.
Jadi, untuk apa dia berada di sini? Jawapannya senang aje.
Lepak-lepak walaupun bukan dekat Setapak. Dalam diam dia mengagumi
kejayaan syarikat Citra Holding.
-
Dyadila
37
Bukan saja ada hotel, syarikat pengangkutan dan syarikat
pembinaan. Pendek kata banyaklah perniagaan. Memang hebatlah Puan
Sri Afifah tu. Wanita yang pernah menjadi idolanya dulu. Wanita
berjaya. Tapi, sampai sekarang dia masih tak sempat nak bertentang
mata dengan tokoh wanita Malaysia itu.
Sorang aje?
Qeesya berpaling sambil tersenyum.
Eh... taklah ramai tadi, satu bas. Tapi... suruh duduk dekat
luarlah, usik Qeesya. Wajah di depannya kemerahan.
Hazwan ketawa, terkena dia.
Saya Hazwan. Hazwan memperkenalkan diri.
Qeesya mengangguk perlahan.
Mana kawan awak tu? tanya Qeesya sambil matanya masih mengawasi
gerak tugas beberapa orang pekerja Abang Nizam.
Kawan yang mana?
Soalan dibalas soalan.
Kawan awak yang takutkan saya tu... jelas Qeesya.
Dia tahu lelaki itu tahu siapa yang dia maksudkan. Rasa nak
tergelak juga bila mamat sombong tu seolah-olah mahu melarikan diri
daripadanya. Macamlah aku nak buat sesuatu dekat dia. Qeesya
ketawa. Ops... sorry! Tak boleh nak control.
Tadi ada, mungkin ada dekat sebelah sana. Awak kenal ke siapa
dia sebenarnya? pancing Hazwan.
Dari gaya wanita di depannya itu, dia tidak tahu siapa Rayyan
sebenarnya. Kalau tidak, takkanlah Qeesya
-
Menantu vs Mentua
38
dengan selamba menegur dan kadangkala meninggikan suara dengan
Rayyan. Sepanjang dia bekerja bersama Rayyan, hanya wanita di
depannya ini saja yang berani buat macam tu.
Tahu....
Tahu? duga Hazwan lagi.
Dia kawan awak, kan? Kerja dekat Citra Holding. Emmm... itu
ajelah yang saya tahu.
Jujurnya Qeesya menjawab soalan. Hah, baru dia perasan,
rupa-rupanya banyak yang dia tak tahu pasal putera idamannya
tu.
Rasanya lebih baik awak tahu siapa dia dulu sebelum meletakkan
rasa cinta awak pada dia. Jatuh cinta biar pada orang yang betul,
ujar lelaki itu dengan senyuman manis.
Cinta tak perlukan syarat. Cuma letakkan saja pada syarak dan
berpandukan cinta berteraskan al-Quran dan sunah. Tak salah saya
mencintainya. Tapi, jika jatuh cinta dengan dia menjadikan saya
berdosa, saya tak teragak-agak untuk tidak bercinta, balas Qeesya
selamba. Cukup tenang, walaupun tersentap juga dengan ayat lelaki
di depannya. Eloklah tu berkawan dengan mamat sombong tu. Sesuai
sangat!
Hari ni bawa apa Kak Qees? soal salah seorang pekerja yang
sedang duduk melepak, berehat seketika.
Suara itu menarik mata Qeesya dan Hazwan.
Hari ni ada donat coklat tersedap dekat Malaysia. Kalau tak
malu, mari makan. Tapi... sorrylah Kak Qees hanya mampu bawakan air
mineral aje, jawab Qeesya, terus lupa dengan mamat di
sebelahnya.
-
Dyadila
39
Suara Qeesya membuatkan beberapa orang pekerja Mutiara Deko
bangun dan mendekati Qeesya. Qeesya memang dah biasa membahasakan
dirinya Kak Qees. Walhal ada juga antara pekerjanya lebih berumur.
Nak buat macam mana dah semua suka kakakkan dia.
Fulamak sedapnya... rupa dahlah cantik, rasa pun enak... usik
Abang Nizam. Separuh donat dah masuk ke dalam mulut pun nak
bercakap juga.
Amboi... bestnya kalau macam ni. Hari-hari bos bawakan makanan.
Kalau macam ni saya pun nak jadi pekerja Mutiara Deko la... tutur
Hazwan.
Hai Wan... usik Qeesya. Sengajalah nak beramah mesra walaupun
dah lama berbual dengan lelaki di sebelahnya itu.
Hazwan tarik muncung. Dia tahu Qeesya sengaja menguatkan
panggilan haiwan tu. Hesy... dia ni. Untuk saya tak ada ke?
Ni untuk awak dan yang pink ni untuk sahabat awak yang asyik
menyombong dua puluh empat jam tu. Cakap dekat dia, tak ada lagi
mana-mana berita orang mati sebab senyum. So, senyumlah. Sebab...
senyum tu sedekah. Dua kotak kecil dihulurkan kepada Hazwan. Lelaki
itu nampak teruja dengan pemberiannya.
Pergilah bagi sendiri, dia ada dekat depan tu, suruh Hazwan
dengan selamba menapak duduk bersama Abang Nizam.
Qeesya gigit bibir. Memandang kotak pink itu. Lama dia berfikir.
Akhirnya dia melangkah ke arah Rayyan. Dilihat lelaki itu sedang
meneliti beberapa kertas di depannya, entah kertas apa dia sendiri
tak tahu. Nah untuk awak.
Kotak itu diletakkan di depan Rayyan.
-
Menantu vs Mentua
40
Apa ni?
Bom cinta. Kalau meletop terus boleh buat orang jatuh cinta
dekat kita, balas Qeesya dengan muka serius. Sengaja buat lawak
bodoh dengan mamat sombong ni.
Hah, jawapannya memang jelas. Rayyan membuka kotak di depannya
dengan muka yang tidak berperasaan. Dua biji donat berbentuk hati
dan di atasnya ada cairan strawberry. Ada tulisan LOVE U di atas
cairan itu.
Kau memang tak berputus asa, kan? Kalau kau nak tahu aku bukan
jenis yang suka mainkan perasaan perempuan, ujar Rayyan terus
meletak kembali kotak donat itu di atas meja.
Mungkin sebab tu juga saya boleh jatuh cinta dengan Encik
Rayyan. Tapi, tak apalah saya anggap yang Encik Rayyan ni
Caligynephobia kata Qeesya, selamba.
Apa tu? tanya Rayyan garang.
Fobia pada gadis cantik macam saya. Sekali lagi dia buat ayat
minta lempang. Qeesya simpan senyum. Sengaja membakar hati lelaki
itu. Lagi panas lagi best.
Rayyan ketap bibir. Geram. Ada aje nak menjawab. Kau tak kenal
siapa aku tapi, kau boleh letakkan cinta sesuka hati... tak murah
ke cinta macam tu?
Qeesya tersenyum sinis. Nak menghina akulah tu. Saya pun tak
tahu macam mana saya boleh jatuh cinta dengan Encik Rayyan tapi,
apa yang pasti cinta saya bukan murah.
Rayyan ketawa kuat.
Jadi cinta kau berapa juta? Atau bilion? sindir Rayyan. Hah,
pelik betul perempuan ni.
Qeesya senyum senget. Amboi, dah pandai nak main
-
Dyadila
41
tarik tali nampak. Qeesya mengangkat keningnya tinggi. Sempat
menjeling ke arah lelaki di depannya. Cinta, cinta juga tapi,
jangan sebab cinta sampai jatuhkan maruah wanita. Darjah wanita dah
diangkat ke tahap yang cukup tinggi. Jadi, be careful Qeesya
Ameena. Qeesya mengingatkan diri sendiri.
Cinta saya tak ada nilai. Kenapa saya jatuh cinta dengan Encik
Rayyan? Saya sendiri tak boleh jawab soalan tu. Cuma jika cinta
saya dinilai mungkin Encik Rayyan sendiri tak mampu nak
membayarnya. Nada Qeesya bersahaja.
Rayyan kembali serius.
Mungkin kau tak tahu lagi. Bagi aku, cinta tu memang tak ada
nilai. Tapi, kalau rumah kau memang dah tak ada cermin, biar aku
hadiahkan kau cermin besar dan ajar kau macam mana nak tengok diri
sendiri depan cermin tu, balas Rayyan geram. Aku cuma akan berkawan
dengan wanita yang boleh masuk ke dunia aku.
Uik, serius sombong giler mamat ni. Qeesya melepaskan keluhan.
Emmm... tak adalah mahal dan hebat sangat kalau nak berkawan dengan
Encik Rayyan. Maknanya kita memang ditakdirkan bersama sebab dunia
saya dan dunia Encik Rayyan sama. Sedar atau tak kita di dunia yang
sama, berkongsi udara yang sama dan berlangitkan awan yang
serupa.
Hah, kan Qeesya Ameena dah berpujangga.
Jangan terlampau yakin... cabar Rayyan.
Qeesya panas hati. Hesy... ikutkan hati nak aje aku sumbat mulut
mamat ni dengan selipar made in China aku ni. Biar bisu setahun.
Beraninya cabar Qeesya Ameena. Dia tak tahu panahan cinta boleh
buat orang lakukan apa sahaja.
Jangan agungkan cinta sesama manusia kerana cinta-Nya adalah
cinta yang paling agung. Pujuk hatinya.
-
Menantu vs Mentua
42
Kalau kau tak tahan just angkat bendera putih and mengaku kalah.
Simple, kan? jawab Rayyan, masih berkeras.
Simpan dalam peti besi ke apa hati mamat sombong ni sampai boleh
jadi beku macam tu?
Untuk pengetahuan Encik Rayyan, saya ni memang degil dan pantang
dicabar. Saya akan masuk dalam dunia Encik Rayyan, tapi dengan
syarat. Qeesya mengangkat kening tinggi. Dah macam gengster zombie
Kampung Pisang. Dan dah pastilah Izz Rayyan Iskandar adalah
zombienya.
Rayyan bangun dari duduknya. Layak ke kau nak meletakkan
syarat?
Takkan takut kut? Sengaja diapi-apikan hati Rayyan. Buat gempak
sikit.
Apa?! Siapa takut?
Qeesya tersenyum. Pantang cuit sikit lelaki ni. Saya cuba masuk
ke dunia Encik Rayyan, Encik Rayyan pun kena masuk ke dunia saya.
Baru adil orang kata. Ini namanya win-win situation. Tapi, kalau
Encik Rayyan takut nak masuk dalam dunia saya... Encik Rayyan boleh
aje angkat bendera putih and say, Im lost.
Qeesya mengangkat keningnya. Sengaja buat hati mamat sombong ni
terbako! (Kata orang Perak).
Kau terlalu yakin dengan diri sendiri.
Saya memang dah diajar untuk menerima hakikat yang saya ni hebat
dan cool. Emmm... satu lagi hot. Kening diangkat beberapa kali.
Wah! Dup-dap, dup-dap. Jantung semakin memecut laju. Tapi, berlagak
cool.
Rayyan tersenyum senget. Okay... just wait and see.
Rayyan terkedu dengan ayatnya sendiri. Sejak bila
-
Dyadila
43
pulak dia terlibat dengan benda-benda tak berfaedah ni? Tapi,
semua itu lahir secara spontan. Dia sendiri tidak terduga yang dia
akan berkata sedemikian.
Qeesya kembali dengan pandangan redupnya. Okey... saya balik
dulu Encik Rayyan. Dont miss me, okay.
Sempat lagi Qeesya mempamerkan aksi menggoda. Qeesya tersenyum
sendiri dengan mood gedik yang dibuat-buat.
Rahang pipi Rayyan bergerak-gerak menahan geram. Laju sahaja
kotak donat di hadapannya diangkat dan digigit rakus donat
strawberry yang lembut. Emmm... sedap juga. Bisik hatinya.
Dari jauh ada senyuman tergaris di wajah Qeesya Ameena. Memang
poyolah mamat sombong ni. Nak aje dia menjerit, Encik Rayyan saya
dah letak ubat cinta dalam donat strawberry tu, siapa makan mesti
akan ingat saya! He he he! Confirm mamat sombong tu muntah balik
semua donat tu.
Qeesya tersenyum lagi dan berlalu meninggalkan Hotel Citra
Holding.
-
Menantu vs Mentua
44
HARI ni pengumuman ikhlas daripada Qeesya Ameena, dengan
berbesar hati dan yakinnya bersetuju mengikut Dato Hashim ke Citra
Holding. Bukan sebab projek yang berjaya kami dapat tapi, sebab nak
jumpa my prince Rayyan aka mamat sombong. Rindu pulak nak tengok
muka hensem tu. Ops... gatal, kan?
Pelik juga akak, sejak bila Qees rajin ikut Dato ni? Dahlah
pergi semata-mata untuk jamuan ringan perasmian projek kita tu aje.
Bukan semua tu tak termasuk dalam senarai tugas Qees ke selama ni?
soal Kak Yati dengan nada pelik. Seperti tidak percaya dengan
keinginan Qeesya.
Qeesya tersenyum. Takkanlah nak menjerit beritahu satu dunia
yang dia rindukan Izz Rayyan Iskandar. Oh... walaupun dalam hati
yang paling dalam dia menyatakan itu. Betullah kata Hajah Zainab.
Kalau kita dah suka, tak dapat tengok muka tengok atap rumah pun
jadilah.
Walaupun tiada dalam kamus tugas Qees tapi, boleh ditambah dalam
list baru, kan? Lagipun kesian pulak tengok
Bab 4
-
Dyadila
45
Kak Yati yang memboyot ni seorang aje pergi dengan Dato, nanti
buatnya akak nak terberanak ke? Boleh juga Qees sambut baby...
jawab Qeesya. Bijak sangatlah jawapannya tu.
Ya Allah, Qeesya adikku. Akak ni belum sampai masa lagi nak
bersalin tau. Kenapalah doakan akak beranak awal sangat?
Agak-agaklah... banyak lagi benda nak makan ni. Nanti bila
berpantang dah tak boleh nak makan. Kak Yati tarik muncung.
Qeesya tersengih. Macam tu pulak. Qeesya menggaru dahinya.
Alamak! Nampak sangatlah, kan tak prihatin. Tapi, melihat dari saiz
diameter perut Kak Yati macam nak dekat sangat dah.
Dah. Tak payah nak buat muka comel tu. Jom kita pergi sekarang,
Dato dah tunggu dekat bawah tu, arah Kak Yati. Suka melihat wajah
manis Qeesya bila tersenyum. Comel. Pujian itu hanya dalam
hati.
Qeesya mencapai beg tangannya. Wah! Hebat juga kita nikan Kak
Yati? Selalunya kita yang tunggu Dato tapi, sekarang ni Dato pulak
yang tunggu kita.
Memang Dato Hashim seorang majikan yang baik dan menjaga
kebajikan pekerja. Disebabkan Dato Hashim juga dia bertahan di
Mutiara Deko walaupun datang tawaran yang lebih baik.
Qeesya cantik awak hari ni, puji Dato Hashim.
Saya memang hari-hari cantik, Dato. Cuma hari ni lebih cantik
daripada biasa sebab jadi PA Dato tiba-tiba. Dato apa kurangnya,
langsung tak nampak enam puluh tahun. Sentiasa muda aje saya
tengok. Tapi, dah usia macam Dato ni kena perbanyakkan amalan, kan?
usik Qeesya.
Dia terdiam apabila tangannya disiku kuat oleh Kak Yati. Aik
kenapa pulak? Dia salah cakap ke?
-
Menantu vs Mentua
46
Dato Hashim mengangguk dalam senyum.
Amboi Qeesya, sejak bila pulak kau cantik? Bukan ke kali pertama
kau datang ke Citra Holding ni dengan T-shirt Harimau Malaya.
Cantiklah sangat! Matanya tercari-cari seseorang. Hesy... mana
mamat tu ek? Takkan tak ada tapi, bukan semua pekerja Citra Holding
ada dekat sini ke?
Cari siapa? tanya Kak Yati, pelik.
Seseorang tapi, dia tak ada kut.
Aik bunyi macam misteri aje. Yang ada dekat sini semua yang
berpangkat aje dalam Citra Holding, yang dicari tu kerja bahagian
mana? bisik Kak Yati.
Entah, Qees pun tak tahu bahagian mana. Cleanerlah kut he he
he....
Cari orang, tapi tak kenal siapa... apalah... bebel Kak
Yati.
Emmm... manalah dia sempat nak tanya kerja apa pada mamat
sombong tu. Tapi, tengok gaya macam hebat aje. Tapi... entahlah.
AAK?
Telefonnya berbunyi. Khairul? Alamak! Teringat janji dengan
Khairul nak beli hadiah untuk Hajah Zainab. Talian tidak dijawab.
Tak apalah. Biar Mr. Mekanik tu tunggu sekejap. Namun, sekali lagi
lagu Ayat-Ayat Cinta bergema. Kali ini Dato Hashim berdeham,
mungkin rimas dengan telefon yang asyik berbunyi.
Emmm... Dato dengan Kak Yati naik dulu, saya akan datang
kemudian. Saya kena jawab panggilan ni.
Dato Hashim mengangguk dan tersenyum.
Kak Yati sempat membuat isyarat mata supaya jangan
lama-lama.
Qeesya mengangguk perlahan.
-
Dyadila
47
Pintu lif tertutup.
1- Alasan utama memang nak jawab panggilan Khairul.
2- Memang taklah aku nak naik lif berhantu tu lagi. Aku rela
naik tangga tingkat 12. Alamak! Tingkat 12? Tabahlah wahai Qeesya
Ameena.
Rayyan tersenyum melihat tetamu khas yang diundang. Dia bangga
dengan kejayaan Dato Hashim. Bukan sahaja kejayaan dalam Mutiara
Deko malah, dengan kepakaran lelaki itu dalam banyak bidang. Saya
sangat berbesar hati dengan kesudian Dato untuk hadir hari ni.
Walaupun bukan majlis perasmian projek besar.
Citra Holding sentiasa menarik minat saya untuk menjalinkan
hubungan kerjasama. Dan saya tak sangka anak buah saya boleh
memikat Encik Rayyan dengan rekaan tak seberapa kami. Dato Hashim
jelas merendah diri.
Kami memilih atas persetujuan semua. Bukan ada kepentingan
tertentu. Walaupun Encik Sharip ada menyatakan bantahan. Tapi,
rasanya pihak Citra Holding lebih tahu siapa yang lebih bagus. Satu
per satu ayat disusun.
Dato Hashim mengangguk. Bangga dengan anak muda di depannya,
berani dan bijak menyesuaikan diri dalam membina hubungan
perniagaan. Hebat!
Saya kenalkan ini salah seorang designer Mutiara Deko, banyak
pengalaman dan dah lama berkhidmat dengan saya. Puan Haryati.
-
Menantu vs Mentua
48
Oh... jadi hari pembentangan tu... Puan Haryati yang sepatutnya
datang? tanya Rayyan perlahan.
Kak Yati tersenyum dan mengangguk perlahan. Sepatutnya saya,
tapi dengan keadaan saya sekarang ni susah sikit nak bergerak,
nasib baik Qeesya sudi tolong.
Beberapa pekerja dan jemputan telah mengambil tempat
masing-masing.
Rayyan memberi penghormatan kepada Dato Hashim untuk duduk di
meja VVIP bersamanya. Namun, belum sempat mereka duduk, Qeesya
melangkah yakin ke arah meja yang terletak di depan.
Maaf Dato saya terlambat... bisik Qeesya.
Mata Qeesya terus mencari mata hitam milik Rayyan. Dan dalam
masa yang sama mata itu juga sedang memandang tajam ke arahnya.
Eleh! Nak pandang, pandang ajelah. Malu-malu konon. Qeesya
mencebik.
Encik Rayyan mungkin dah kenal. Ini Qeesya Ameena, antara
pekerja yang paling saya sayang. Kalau dia dapat tawaran dari
syarikat lain... saya susah hati, usik Dato Hashim.
Rayyan tersenyum sinis.
Qeesya mengangkat kening beberapa kali, sengaja mencabar
kesabaran mamat sombong di depannya. Dengan cara renungan itu dah
mampu mengubat rindu.
Rayyan menarik nafas perlahan. Hari ini Qeesya Ameena nampak
sangat menarik dengan blaus merah hati dan skirt labuh putih. Di
pinggangnya diselitkan tali pinggang dari warna pelangi. Selendang
yang melilit kemas di kepalanya begitu sama dengan tudung hitam
yang dipakai semasa pembentangan dulu.
-
Dyadila
49
Tak sangka nenek kebayan boleh bertukar jadi Puteri Gunung
Ledang... sindir Rayyan, saja nak sakitkan hati Qeesya. Walaupun
matanya sendiri susah untuk melepaskan pandangan. Secara tak sedar,
dia asyik mengawasi tingkah wanita itu.
Terima kasih, saya memang tahu saya cantik, sambut Qeesya,
sengaja memutar-belitkan fakta yang keluar daripada mulut Rayyan.
Nenek kebayan? Aku ni punyalah cantik dia kata nenek kebayan.
Juling betullah biji mata mamat sombong ni.
Rayyan mencebik.
Cantik bagi saya bukan terletak pada raut wajah tapi, pada otak.
Cantik sekalipun tak ada gunanya kalau tak betul, bisik suara itu
perlahan.
Qeesya ketawa perlahan. Kau nak cakap aku tak betullah Izz
Rayyan? Poyo! Tapi, petanda baik. Hari ini lelaki itu yang sengaja
berusaha menyakitkan hatinya. Tapi seribu kali sayang yang hati ini
bukan sakit, tapi bertambah sayang!
Encik Rayyan jangan pandang saya lama macam tu... nanti boleh
jatuh cinta. Tapi, kalau nak jatuh cinta pun saya rela. Bisik
Qeesya perlahan tapi, cukup untuk sampai ke pendengaran Rayyan.
Eee... gatalnya ayat kau Qeesya Ameena!
Rayyan cuba menahan perasaan. Hah, dah mula datang sewel
perempuan ni.
PUAN SRI AFIFAH mengeluarkan beberapa keping not RM50.00 dan
diserahkan kepada Rania. Senyuman lebar terserlah di wajah itu.
Memang senanglah minta duit dengan
-
Menantu vs Mentua
50
umi. Kalau dengan alongnya... banyak sangat soalan, kalah polis.
Pipi kiri dan kanan umi dicium tanda terima kasih.
Rania janganlah kerap sangat keluar dengan kawan. Kalau asyik
keluar melepak aje bilanya nak skor dalam pelajaran? Ni dah berapa
kali ulang? Nasib baik bab belajar ni along tak cakap apa. Bila
Rania nak belajar betul-betul ni?
Puan Sri Afifah dan mula bersyarah. Pelik juga bila Rania tak
pernah serius dalam pelajarannya. Asyik gagal. Dah puas dia
membebel, kadang-kadang malu juga bila ada mulut-mulut yang
bertanya bila anak daranya tu nak habis belajar.
Alah... sabarlah umi, bukan senang nak belajar benda yang kita
tak minat ni. Tambah-tambah kalau kena berfikir. Rasa macam nak
pecah dah kepala ni, rungut Rania. Dah dua kali dia merungut pada
umi dan alongnya, Rayyan yang dia nak berhenti belajar. Tapi,
permintaannya itu ditolak keras.
Manalah ada benda yang senang dalam dunia ni Rania? Kalau duduk
goyang kaki dekat rumah pun penat juga. Faez tu umi tengok elok
aje... result tetap cemerlang.
Faez tu lain. Dia mana ada ramai kawan. Kawan dia budak-budak
minta sedekah tu ajelah. Tak habis-habis minta sedekah, rungut
Rania. Dia tak suka bila dibandingkan dengan Faez.
Eh... Kak Nia cakap baik sikit ek. Bukan minta sedekah tapi,
kami buat kerja amal minta sumbangan untuk orang yang tak mampu.
Bukan macam orang tu sibuk nak habiskan duit umi dengan along.
Langsung tak reti nak bersyukur, sambut Faez yang muncul dari mana
entah. Tadi tak nampak pulak.
Rania mencebik sambil menjeling tajam ke arah adiknya. Mulalah
nak biadab.
-
Dyadila
51
Samalah tu sumbangan dengan sedekah nama aje budak bijak tapi,
tak tahu nak beza.
Hanya orang buta kebajikan macam Kak Nia aje yang tak tahu
bezakan. Faez tetap tak mahu mengaku kalah. Geram betul dia dengan
sikap Rania yang suka merendah-rendahkan orang lain. Perangai
hodoh!
Amboi, sedapnya mulut tu mengata orang. Nak kena ek memang dah
lama tak rasa penampar kut, marah Rania.
Hesy... apanya yang bising-bising ni? Pantang jumpa, mulalah nak
bertekak. Jangan sampai along masuk campur, bentak Rayyan dengan
keras dari arah tangga. Rayyan melangkah selamba ke meja makan. Dia
sempat memandang wajah kedua-dua adik kesayangannya.
Faez dan Rania terdiam. Takut bila Rayyan bersuara. Hanya mata
memainkan peranan memang jelas tak puas hati lagi.
Umi, tuk wan mana? tanya Rayyan sambil memanjangkan leher
meninjau ke kiri dan ke kanan. Malas nak merosakkan mood paginya
dengan sikap Rania dan Faez. Dia tahu dengan adanya dia di sini
pergaduhan Rania dan Faez pasti akan berhenti.
Pergi kelas fardu ain dengan Mak Kiah.
Rayyan mengambil tempat di bangku utama. Memang bangku itu
tersedia untuknya. Sejak arwah ayah meninggal, Rayyan yang
bertindak menjadi ketua keluarga. Apa-apa keputusan penting dalam
keluarga terutamanya Citra Holding semuanya terletak di
bahunya.
Nia dengan Ez hari ni tak ada kelas ke? tanya Rayyan lagi.
-
Menantu vs Mentua
52
Ez kelas petang... jawab Faez sambil meneruskan suapan nasi
lemaknya.
Rania?
Emmm... Nia tak ada kelas. Tapi, pagi ni ada kerja nak buat
sikit dekat kampus... jawab Rania perlahan.
Sejak dari kecil mereka dua beradik telah diajar menghormati
abang mereka yang sulung itu. Bagi Rania, keputusan Rayyan lebih
mempengaruhi kehidupan mereka berbanding keputusan tuk wan atau
umi. Tapi, dia cukup sayangkan Rayyan. Baginya, Rayyan adalah
seorang abang yang cukup sempurna.
Along nak ke mana pagi-pagi ni? Kata hari ni tak masuk pejabat?
Giliran Puan Sri Afifah mengajukan soalan.
Faez tersenyum, dah rasa macam balai polis pulak lepas
sorang-sorang tanya soalan.
Nak tengok keadaan hotel kita tu, umi. Dah seminggu mula
renovation... kena pantau juga macam mana mereka tu buat kerja
sebab kita dah bayar, terang Rayyan.
Aik kenapa pulak bos besar yang turun padang? Kan boleh hantar
orang lain yang pantau hotel tu. Kenapa along pulak nak
susah-susah? Faez pelik. Setahunya kalau dah CEO ni kerjanya duduk
di dalam bilik bagi arahan. Tapi, alongnya asyik sibuk
memanjang.
Walaupun kita ketua, setiap apa yang berlaku dalam syarikat kita
perlu ambik tahu. Lagipun bidang perhotelan ni masih baru untuk
Citra Holding. Jadi, along kena tengok sendiri.
Faez mengangguk faham. Oh... susah juga kerja dengan Citra
Holding. Sebab itulah dia tak minat bisnes ni. Rumit!
-
Dyadila
53
Along pergi dengan Hazwan? teka Puan Sri Afifah. Risau juga dia
bila anaknya itu asyik berkepit dengan Hazwan tu. Ke mana saja
dengan Hazwan. Hesy....
Emmm... macam biasalah umi. Ni, Rania nak ke mana? Mari along
hantarkan, pelawa Rayyan.
Hah?! Laju Rania menggeleng. Tak apalah along, sikit lagi kawan
datang ambik....
Dalam hati berdoa agar alongnya tak bertegas nak tumpangkan dia
ke kolej. Kalau tak, habislah.
Emmm... kalau macam tu along pergi dululah, ujar Rayyan sebelum
melangkah laju selepas mencium tangan uminya.
Tak sampai dua minit kereta Rayyan meninggalkan rumah,
kedengaran kuat bunyi hon dari luar.
Rania kalut menghabiskan air Milo di dalam cawannya. Nia pun nak
gerak ni umi. Selamat tinggal budak jahat!
Sempat Rania menolak sedikit kepala Faez.
Faez mencebik ke arah Rania. Mesti ada yang tak kena dengan
kakaknya sorang ni. Kalau tak ada kelas kenapa nak pergi kolej.
Ez cepat makan, teman umi pergi pasar. Arah Puan Sri Afifah.
Pasar? Alah....
Muka kelat Faez mengundang senyuman di wajah Puan Sri
Afifah.
QEESYA cekak pinggang bila melihat wajah itu tersengih-
-
Menantu vs Mentua
54
sengih berjalan perlahan ke arahnya. Geram juga kalau mak orang
tak faham bahasa ni. Jalan pun dah macam itik, ada hati lagi tu nak
jadi pemantau.
Kak Yati ni degillah dah nak meletop sangat buat apa datang
sini? marah Qeesya. Hesy... geram betullah dengan mak buyung ni.
Tahulah berdedikasi tapi, dah saat-saat getir ni duduk sahajalah
dekat ofis.
Alah... Qees ni, nak takut apanya? Kalau akak nak meletop pun,
kan Qees ada. Takkan Qees nak tinggalkan akak kut? jawab Kak Yati
selamba. Memang dia dah sampai masa tapi, selagi tak sakit selagi
tu kena berjalan. Nanti senang nak beranak, kata oranglah.
Qeesya gigit bibir. Amboi, menjawab bukan main! Qees ni nampak
aje cool, sopan, cantik dan bergaya mutu keunggulan macam ni
tapi... hakikatnya kalau bab-bab meletop ni Qees orang yang paling
takut tahu tak? Dulu memanglah cita-cita nak jadi doktor. Tapi,
tengok darah pun pengsan. Terus kena reject.
Kak Yati ketawa kuat. Suka pulak dia mendengar perkataan meletop
daripada mulut Qeesya. Risau apanya kalau nak meletop? Nanti
hantarlah akak pergi hospital.
Ewah! Senangnya Kak Yati bercakap. Omel Qeesya dalam hati.
Tapi, akak pun bukan berani sangat. Saja-saja buat berani. Kena
banyak jalan nanti baby senang keluar....
Yelah tu, nak takut apa... bukan kali pertama pun. Kalau kita
tak motivate diri sendiri siapa lagi yang nak buat? Memang kena
sentiasa upkan diri kalau nak sentiasa positif.
Ewah! Dah macam pakar motivasi pulak.
Kehidupan ni cermin kepada keperibadian diri...
-
Dyadila
55
tambah Kak Yati lagi. Yakin! Eh... sekejap. Siapa yang nasihat
siapa ni?
Adoi... adik akak ni kalau dapat membebel memang susah nak
berhenti. Nanti dari akak sihat ni terus nak terberanak bila dengar
Qees membebel... marah Kak Yati.
Qeesya mencebik. Namun, muncungnya bertukar menjadi senyuman
bila melihat beberapa orang lelaki segak berjalan menuju ke arah
mereka. Tiba-tiba telinganya menangkap lagu Kuch-Kuch Hota Hai.
Degup jantung berlari laju. Wahai hati tolonglah bersabar, jangan
gelojoh dan malukan tuan sendiri.
Memang hari ini dia sengaja turun padang. Untuk apa? Ah!
Mestilah nak melihat Prince Rayyannya. Qeesya tersengih sendiri.
Dari tadi matanya menjeling ke arah lelaki itu. Tak ada langsung
niat hatinya nak menggatal. Tapi, aura lelaki itu sentiasa menarik
lirikan matanya. Hah, siapa yang berada di tempatnya saja yang akan
tahu.
Rasa-rasanya akan siap tak pada masa yang dijanjikan?
Suara garau Rayyan menyedarkan Qeesya.
Mestilah, Encik Rayyan. Kalau Mutiara Deko, semuanya akan
selesai. Cuma mungkin dua hari ni kerja agak lambat sebab nak
tunggu barang yang kita oder tu sampai, ikutkan esok pagi akan
sampai, terang Kak Yati.
Rayyan mengangguk beberapa kali. Hazwan di sebelahnya tersenyum
puas melihat hasil kerja Mutiara Deko. Atau dalam perkataan
tepatnya, terpegun!
Rayyan dan Hazwan meninggalkan dua wanita itu. Mereka terus
mendapatkan Nizam dan kumpulannya yang sedang menyusun peralatan
untuk dibawa ke tingkat seterusnya.
-
Menantu vs Mentua
56
Auch! jerit Kak Yati tiba-tiba.
Qeesya yang ralit memandang wajah Rayyan hanya memandang sekilas
wajah itu.
Qees Qees... auch.... Kak Yati cuba memanggil Qeesya di
sebelahnya. Qees, akak rasa nak meletoplah.
Kak Yati menangkap tangan Qeesya.
Hesy... akak ni, memanglah Encik Rayyan tu meletop. Bagi Qees,
dialah lelaki yang terhensem buat masa ni yang pernah Qees jumpa.
Tapi, bukan sebab hensem Qees suka tengok dia. Hmmm... entahlah tak
tahu nak cakap macam mana. Tak pernah Qees rasa macam ni... pertama
kali dan mungkin ini yang terakhir, jawab Qeesya. Mata masih setia
pada wajah tegas itu. Eee... banyak dosa mata hari ni. Ya Allah,
hebatnya ciptaanMu.
Kak Yati menggenggam kuat bahu Qeesya.
Qees! Bukan Encik Rayyan yang meletop tapi, akak ni yang nak
meletop ni! jerit Kak Yati sedaya upaya menahan sakit. Badannya
menggigil menahan sakit. Tunduk sambil memegang perutnya.
Emmm... nak meletop pun nak heboh akak ni. Qeesya menoleh
sekejap dan kembali ke arah wajah yang jelas serius membincangkan
sesuatu dengan pembantunya. Oh! my prince Rayyan.
Qeesya!!!
Kali ini jeritan Kak Yati membuatkan dia tersedar.
Beberapa mata di situ turut menoleh ke arah mereka.
Aku sakit dah ni... nak beranak!
Hah! Ya Allah! Macam mana ni? Akak kata minggu depan. Eh...
sabar sayang, sabar... jangan keluar dulu, keluar
-
Dyadila
57
esok, ek? Keluar... eh jangan keluar... adoi. Qeesya kalut.
Panik! Nafasnya turun naik sama macam Kak Yati.
Kenapa ni? tegur Rayyan yang tiba-tiba sudah berada di belakang
Qeesya.
Nak meletop! balas Qeesya, masih kalut. Sekejap ke kiri sekejap
ke kanan memegang perut Kak Yati.
Meletup? Sambut Rayyan dan Hazwan.
Qeesya menepuk dahinya. Adoiyai! Qeesya Ameena!
Hospital Seri Pantai: Lima petang.
QEESYA tersenyum melihat wajah suci bersih anak kecil itu.
Hatinya seakan-akan melonjak ingin menyentuh wajah itu. Ya Allah,
agungnya kuasaMu. Lahirlah seorang lagi anak Adam yang akan menjadi
hambaMu yang terbaik.
Sayang jadi anak yang soleh pada ayah dan ibu, jadi insan yang
sentiasa berjuang untuk kebaikan dan hamba yang selalu mengingati
Pencipta Yang Esa, bisik Qeesya perlahan. Dia terlupa ada mata yang
memandang. Dia seakan-akan berada dalam dunia yang baru.
Rayyan memandang lama wajah wanita di depannya. Qeesya nampak
begitu asyik bila berbisik dengan si comel yang baru menjengah
dunia. Tak ada kekurangan, cantik, manis, ada lesung pipit di
kedua-dua belah pipinya bila tersenyum. Memang memiliki kriteria
sebagai seorang wanita yang digilai ramai. Bisik Rayyan dalam
hati.
Encik Rayyan jangan tengok saya macam tu. Nanti jatuh cinta...
suara Qeesya dalam senyuman penuh makna. Tapi tak apa, termakbul
juga doa saya.
-
Menantu vs Mentua
58
Rayyan mencebik, melarikan matanya ke arah Kak Yati yang sedia
tersenyum di katil. Walaupun bukan pertama kali dia mendengar kata
cinta daripada seorang perempuan tapi, ini kali pertama dia
mendengar luahan tanpa berselindung. Jauh dalam hati dia mengagumi
keberanian wanita di depannya.
Eh! Takkan kau pun dah melayan perasaan Rayyan? Bisik hati
Rayyan nakal. Cepat dihalau jauh-jauh perasaan aneh yang
muncul.
Lagipun dulu arwah nenek saya pernah cakap yang saya akan kahwin
dengan lelaki yang akan selamatkan saya bisik Qeesya lagi.
Ewah! Pandai aje kau Qeesya, sejak bila pulak nenek pesan macam
tu? Skrip drama mana kau cilok ni?
Bagusnya nenek kau boleh tengok masa depan? Dia tak cakap yang
kau akan membesar jadi perempuan perasan? sindir Rayyan. Maafkan
saya, Yati. Nampaknya... saya kena balik ke pejabat. Apa pun,
tahniah. Tolong cakap dengan kawan awak lain kali kalau berdepan
dengan kecemasan jangan over sangat.
Sayang juga Encik Rayyan dekat saya ek? Sahut Qeesya laju.
Aku kesiankan orang yang akan jadi mangsa sebab gelabah biawak
kau tu.
Lelaki itu terus meninggalkan bilik selepas menghulurkan sedikit
sumbangan kepada Kak Yati.
Pap! Terasa macam lori enam belas tayar melanggar badannya. Uik,
Qeesya Ameena! Sila malu semalu-malunya. Kurang asam punya mamat
sombong.
Kak Yati hanya tersenyum melihat gelagat Qeesya
-
Dyadila
59
dan Rayyan. Dia sempat mengucapkan terima kasih kepada
Rayyan.
Hazwan hanya menemani mereka hingga ke pintu hospital, lepas tu
lelaki itu hilang entah ke mana. Mungkin balik ke pejabat.
Hah, tak ada perkataan putus asa dalam kamus hidup Qeesya
Ameena.
Okey... Encik Rayyan, jangan rindukan saya! Qeesya menjerit
kuat.
Pintu bilik wad 2B ditutup.
Rayyan menggeleng dan akhirnya terbit senyuman kecil di
bibirnya. Sewel!
-
Menantu vs Mentua
60
NADIA meletakkan tangannya ke atas dahi Qeesya. Tak panas.
Tangan beralih pula pada mata bulat milik kawannya itu. Dibuka
seluas-luasnya. Tak ada pun tanda kemurungan atau stres. Makin kuat
makan adalah. Sejak dia mengenali Qeesya, satu benda yang susah
sekali nak berlaku dalam hidup sahabatnya itu adalah stres.
Datanglah ujian sesusah mana pun, mesti Qeesya akan selamba dan
tersenyum.
Hesy! Kau ni duk raba-raba aku dari tadi ni dah kenapa? Jangan
sampai aku saman kau atas tuduhan mencabul... bidas Qeesya geram.
Ditolak laju tangan Nadia. Tiga tahun dia tinggal serumah dengan
Nadia dah cukup buat dia faham apa yang bermain dalam kepala minah
ni.
Laju Nadia mengangkat tangannya. Kau ingat aku ni apa nak
cabul-cabul? Aku masih waras. Aku masih berpijak pada paksi
keimanan walaupun taklah sekuat orang lain.
Nadia lepas geram. Suka hati mulut dia aje kalau nak
bercakap.
Bab 5
-
Dyadila
61
Qeesya tersengih. Hah, ambik kau sebiji! Tak adalah, yang dari
tadi duk usik-usik duk belek-belek aku pasal apa? Kau ingat aku ni
patung cendana ke?
Qeesya tersenyum melihat muncung itik temannya itu. Amboi,
pantang marah sikit budak manja ni. Lempang sekali baru tahu.
Yalah, aku minta maaf. Janganlah buat muncung itik tu, tak
cantik langsung... kau nak apa? sambung Qeesya lagi bila wanita itu
hanya diam. Merajuk pulak dah.
Hah... lain kali cakap tu biar berhemah sikit. Ini... main redah
aje. Kau ni kenapa? Sihat ke?
Kenapa? Qeesya meraba mukanya. Ada ke tulis dekat dahi aku yang
aku tak sihat?
Kau tu kenapa? tanya Nadia. Soalan dijawab dengan soalan.
Nad, kau percaya tak dengan C.I.N.T.A? tanya Qeesya perlahan.
Siap dieja lagi perkataan ajaib itu satu per satu.
Cinta?! Hoi!!! Kau dah jatuh cinta dengan Khairul ke? Tu la, kan
aku dah cakap kau tak akan boleh berkawan baik dengan dia.
Lama-lama mesti akan ada rasa cinta tu. Tak percaya lagi cakap aku,
tengok sekarang apa dah jadi? Nadia mula lari dari landasan
sebenar. Mulalah tu nak membebel.
Mulut Nadia ditekup dengan tangan.
Kau ni... lain yang orang tanya lain pulak yang kau jawab. Sebab
tu kau tak lulus BM, ujar Qeesya, geram. Dahlah cakap macam nak
bagi satu dunia tahu. Adoi! Nadia PotPet betul. Sesuailah dengan
gelaran kau. Nadia PotPet.
Eh, helo... BM aku A okey, balas Nadia sambil menolak tangan
Qeesya yang menutup mulutnya.
-
Menantu vs Mentua
62
Nad kau boleh tolong aku tak? tanya Qeesya lagi. Rasa-rasanya
jawapan Nadia tak diperlukan sekarang ni.
Nak tolong apa?
Boleh tak tolong kumpulkan maklumat pasal mamat ni, nama dia Izz
Rayyan Iskandar Mustafar. Dia kerja dekat Citra Holding.
Kau ni serius ke? soal Nadia selepas beberapa minit memproses
permintaan Qeesya.
Ada macam aku melawak ke? Qeesya mengangkat keningnya tinggi.
Hesy! Kenapalah susah orang nak percaya yang dia serius?
Aku kenal kau sejak zaman universiti lagi. Sekarang ni aku nak
tanya kau betul-betul, siapa mamat bertuah yang dah buka hati kau
ni? Sebelum ni bukan tak ada yang cuba nak masuk line tapi, kau
awal-awal dah tutup line diorang. Sekarang ni Qeesya Ameena nak
tackle hati seorang lelaki? tanya Nadia tak percaya. Sengaja buat
muka pelik. Memang muka minta lempang!
Hah! Tak percaya, kan? Aku pun pelik juga tapi, nak buat macam
mana? Aku rasa aku suka dia dan yang penting dia lelaki kedua yang
selamatkan aku selepas Khairul. Hati aku ni kalau berdepan dengan
dia, berdendang macam dalam disco kau tahu. Asyik meloncat-loncat
suka, jelas Qeesya. Sempat jugalah berangan.
Mamat tu macam mana?
Qeesya seperti berfikir sesuatu yang rumit. Eee... susahlah
dengan dia ni. Muka memang macam orang tak ada perasaan. Susah nak
tengok kemanisan pada wajah dia. Sepanjang masa asyik buat muka
batu bata aje. Entah kenapalah hati aku ni boleh jatuh cinta dekat
dia?
-
Dyadila
63
Nadia seakan-akan tak percaya apa yang meniti daripada mulut
itu. Memang pelik bin ajaib. Tapi, kalau dah ketentuan Allah... tak
ada siapa kata tak boleh atau tak.
Apa reaksi dia bila kau kata kau suka dekat dia?
Mula-mula dia buat tak tahu aje. Tapi, nampak dia macam terkejut
beruk juga. Cuma biasalah... lelaki macam dia mestilah cover, kan?
Tapi, apa yang pasti dia cabar aku masuk dalam dunia dia dan aku
pun tetapkan syarat yang dia juga kena masuk ke dalam dunia
aku.
Nadia mengangguk lagi. Emmm... satu idea yang menarik. Aku tahu,
mesti dia nak test kau tu.
Sebab aku tahulah aku terima, dan dalam masa yang sama aku pun
sebenarnya nak test dia, tutur Qeesya sambil tergelak jahat.
Nadia tersenyum, suka dia melihat mood Qeesya yang sentiasa
gembira. Tapi, kau tahu ke siapa mamat tu?
Qeesya tepuk dahi. Sebab tak tahulah aku suruh kau siasat!
Adoyai....
Nadia tersenyum. Buat muka tak bersalah.
BMW 7 SERIES putih meluncur perlahan menyusuri jalan.
Seakan-akan memerhati gelagat mereka yang bersidai di bahu jalan.
Hai anak muda sekarang, suka sangat membuang masa. Ada juga
antaranya yang sibuk berkepit dan... oh terselit jugalah aksi tak
senonoh 18SX tu. Kalaulah remaja sekarang tahu betapa susahnya
hidup ketika zaman penjajah, mesti mereka ini akan takut untuk
mengkianati diri sendiri, keluarga dan negara.
Hah, lemas aku tengok budak-budak sekarang ni.
-
Menantu vs Mentua
64
Dah macam negeri omputih. Baru lepas sekolah dah berpeluk-peluk
tepi jalan... rungutnya sendiri.
Azman tersenyum mendengar rungutan majikannya itu. Kadang-kadang
yang masih sekolah pun macam tu, Puan Hajah. Cabaranlah untuk mak
bapak nak didik anak-anak sekarang.
Emmm banyak sangat benda yang tak berfaedah sekarang ni. Tak
payah tengok orang lain, kamu tengok aje cucu aku tu. Macam-macam
perangai.
Dia mengeluh perlahan. Paling sakit bila melihat cara pemakaian
Izzah Rania. Rasa senak jantungnya. Dah berbuih mulutnya membebel.
Hasilnya, berubahlah sehari. Lepas tu buat balik! Katanya panas
kalau pakai tudung. Hesy!
Tapi, cucu-cucu Puan Hajah tu saya tengok menjadi juga. Cuma Cik
Rania yang nampak degil sikit. Azman berterus terang. Sengaja
mengingatkan majikannya tentang Cik Rania. Bukan dia tak tahu
kegiatan cucu majikannya tu. Tapi, sebagai pemandu dia kena sedar
kedudukannya.
Kamu ada tahu apa-apa ke, Man? Ke kamu ada sorokkan apa-apa
daripada aku? soal Hajah Sarifah tegas.
Hesy... tak adalah. Saja teringatkan Cik Rania tu.
Man, kamu berhenti dekat situ. Tunggu aku dekat sini aje nanti.
Lepas beli barang nanti aku telefon... arah Hajah Sarifah. Buat
kali pertamanya dia keluar tanpa Rokiah di sisi sebagai peneman.
Bukan apa, malas nak mengganggu tugas pembantunya tu.
Baik, Puan Hajah. Tapi, lama ke Puan Hajah pergi? Kalau lama...
saya nak pergi makan dulu, tadi tak sempat nak makan, jawab
Azman.
-
Dyadila
65
Sudah dua belas tahun dia berkhidmat sebagai pemandu keluarga
Puan Sri Afifah. Dia merasakan ini adalah pekerjaan yang paling
senang. Cuma sekali-sekala aje Puan Sri Afifah akan buat hal.
Mengamuk sampai habis semua dia nak marah.
Aku ni orang tua, Man... nak beli apa lama-lama sangat. Tapi,
kalau kamu nak makan pergilah. Hajah Sarifah memberi kebenaran.
Tapi, nanti Puan Sri marah kalau dia tahu saya tinggalkan Puan
Hajah macam tu aje.
Alah... macam kamu tak biasa kena marah dengan dia. Kalau dia
marah, kamu tutup aje telinga. Habis dia membebel, habislah marah
dia, jawab Hajah Sarifah pula.
Azman tersenyum. Memanglah tapi, sementara nak tunggu habis
marahnya tu boleh berdarah anak telinga.
Hajah Sarifah melangkah dengan berhati-hati. Dengan usia tuanya
mana boleh nak sepantas dulu. Tapi, dia cukup bersyukur dengan
tahap kesihatannya sekarang. Boleh lagi menunaikan suruhan-Nya.
Sebuah kereta Wira tiba-tiba berhenti di hadapannya. Menjerit
bunyi tayar kereta itu bila tiba-tiba paddlenya ditekan kuat. Hajah
Sarifah terkedu, Ya Allah!
Mak cik! Qeesya sempat menarik tubuh itu ke tepi jalan.
Oih, orang tua! Tak nampak ke? marah lelak