Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2019 No.2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT _________________________________________________________________________ Daripada : Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Kepada : Semua pelajar semester 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 Salinan : 1. Pengarah 2. KJKA / KJKE / KJKM / KJP / KJPA / KJMSK / KUSKK 3. Ketua Unit 4. Peg. Eksekutif Kanan 5. Fail Timbul Tarikh : 25 Oktober 2019 Ruj.Kami: PMK/HEP/12/01/1 ( ) Tel: 06-3376054 Saudara/saudari; LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DISEMBER 2019 Tahniah kerana anda telah mencapai kelulusan dalam peperiksaan yang lalu. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Lapor Diri Pelajar Senior akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti mana ketetapan berikut:- A) MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR (PENDAFTARAN PENGAJIAN) a) Proses lapor diri pelajar senior akan dibuat MELALUI DALAM TALIAN (ONLINE). b) Sila layari laman web Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) Politeknik Melaka melalui URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-HELP). c) Rujuk LAMPIRAN 1 untuk mengetahui jumlah yuran yang perlu dibayar. PERHATIAN : Semua pelajar Politeknik Melaka DIWAJIBKAN membuat pendaftaran ini secara dalam talian (online) bermula 02 Disember 2019 (Isnin) – 9 Disember 2019 (Isnin) . Kegagalan anda melaksanakan pendaftaran ini sehinggalah hari pengajian mungkin akan menyebabkan anda TIDAK AKAN DIDAFTARKAN untuk pendaftaran pengajian sesi DISEMBER 2019. Sila kemaskini maklumat peribadi anda di laman URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i- HELP) bagi memudahkan urusan pengurusan pelajar untuk di masa hadapan. Pelajar yang lupa kata laluan untuk login ke portal SPMP, sila rujuk kepada Penasihat Akademik (PA) anda. Pelajar semester 2 dan ke atas boleh mula layari URL di atas selepas 2 hari pembayaran yuran dibuat. Kesemua pembayaran perlu dibuat bermula dari 30/11/19 (Sabtu) – 06/12/19 (Jumaat)
15
Embed
MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT · yuran tidak akan dibenarkan mengikuti kelas, makmal, bengkel atau menggunakan sebarang kemudahan politeknik. Rekod kehadiran kuliah akan diambil kira
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2019
No.2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka
Pelajar hanya boleh login ke URL SPMP setelah 2 hari pembayaran yuran dibuat. Pelajar WAJIB menjelaskan kedua-dua jenis yuran sebelum pendaftaran pengajian dibuat. Sila rujuk JHEPP bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk pendaftaran pengajian –
04 DIS 2019 (Rabu) Pelajar yang masih belum membuat pendaftaran pengajian selepas tarikh di atas PERLU
MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA KETUA JABATAN AKADEMIK masing-masing untuk pelepasan pendaftaran pengajian.
MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI
30/11/19 (Sabtu) - 06/12/19 (Jumaat)
NOTA : Pelajar LATIHAN INDUSTRI SESI DIS 2019 TIDAK PERLU MEMBAYAR SEBARANG YURAN
PENDAFTARAN KURSUS DI http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-DAFTAR)
Sila rujuk Penasihat Akademik (PA) atau Jabatan Akademik anda untuk proses pendaftaran kursus.
NOTA : Pendaftaran kursus hanya boleh dibuat setelah anda lapor diri di i-Help.
KULIAH BERMULA
09 DISEMBER 2019
Pelajar yang masih belum mendaftar pengajian sehingga tarikh ini perlu mendapatkan KEBENARAN
BERTULIS DARIPADA KETUA JABATAN AKADEMIK MASING-MASING untuk mendaftar pengajian.
6) Paparan berikut akan keluar. Di bawah menu Pendaftaran, klik Lapordiri Pelajar
Senior.
7) Masukkan No Kp / No Pend pelajar dan klik. Cari Maklumat Pelajar. Klik Daftarkan
Saya.
DIS 2013 II DISEMBER 2013
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2019
8) Paparan berikut akan keluar. Klik Cetak Slip Pengesahan Lapordiri.
Cetakan Slip Pengesahan Pendaftaran Pengajian ini hendaklah di bawa dan dikemukakan
kepada Penasihat Akademik pada hari Lapor diri di jabatan akademik masing-masing.
Proses Pendaftaran Pengajian Online Pelajar Senior TAMAT.
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2019
AMANAT DARI JHEPP, POLITEKNIK MELAKA SEBAGAI SEORANG PELAJAR POLITEKNIK MELAKA, ANDA:
1. HENDAKLAH SENTIASA MENJAGA IMEJ DAN NAMA BAIK POLITEKNIK
MELAKA
2. HENDAKLAH MENGENAKAN PAKAIAN YANG SOPAN DAN BERSESUAIAN
sewaktu menghadiri kuliah, makmal dan bengkel di Kampus PMK. (SILA RUJUK
LAMPIRAN A).
3. TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI SELUAR JEANS ATAU BERPOTONGAN JEANS
atau codroy sewaktu menghadiri kuliah, makmal dan bengkel (SILA RUJUK
LAMPIRAN B).
4. TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI T-SHIRT sewaktu menghadiri Kuliah, Amali &
Bengkel KECUALI sewaktu Aktiviti Kokurikulum Dan Aktiviti Yang Dibenarkan
Sahaja.
5. TIDAK DIBENARKAN BERAMBUT PANJANG iaitu sama ada rambut melepasi
kening di bahagian hadapan, menutup telinga di bahagian sisi dan mencecah
kolar baju di bahagian belakang. (SILA RUJUK LAMPIRAN A).
6. TIDAK DIBENARKAN MEWARNAKAN RAMBUT ATAU MENGGAYAKAN
RAMBUT DENGAN FESYEN YANG MENGGUSARKAN.
7. SENTIASA MEMPAMERKAN KAD PELAJAR sepanjang anda berada di dalam
kampus Politeknik Melaka dan tidak mengubahsuai serta tidak menggunakan
kad pelajar lain.
8. TIDAK MEMBUAT BISING YANG MENGGUSARKAN ATAU MENGGANGGU
ORANG LAIN DI KAMPUS PMK.
9. TIDAK MENGGUNAKAN MANA-MANA BAHAGIAN DI DALAM KAMPUS
SEBAGAI TEMPAT TINGGAL ATAU TIDUR.
10. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN DI DALAM KAMPUS PMK.
KEGAGALAN ANDA MEMATUHI PERKARA 2 HINGGA 10 YANG DISENARAIKAN DI ATAS, ANDA BOLEH DIKENAKAN KOMPAUN MAKSIMUM RM50.00 DI BAWAH KAEDAH 26 A, BAHAGIAN II, TATATERTIB AM, AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976.
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2019
SEKIRANYA ANDA DIKOMPAUN,
1. Surat rayuan (berserta salinan notis kompaun) boleh dikemukakan kepada JHEPP dalam tempoh 5 hari dari tarikh notis kompaun.
2. Pembayaran kompaun hendaklah dijelaskan di Unit Kewangan Politeknik Melaka dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kompaun dikeluarkan.
3. Resit Pembayaran Kompaun hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Hal Ehwal
Pelajar dalam masa 3 hari dari tarikh kompaun dijelaskan untuk tujuan kemaskini sistem.
SEKIRANYA ANDA GAGAL MENJELASKAN KOMPAUN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN, ANDA BOLEH DIGANTUNG PENGAJIAN BERDASARKAN KAEDAH 63 & 64, BAHAGIAN V, TATACARA TATATERTIB, AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976.
LAMPIRAN A
Contoh pemakaian yang dibenarkan semasa menghadiri kuliah.
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2019
LAMPIRAN B
SELUAR JEANS DAN POTONGAN JEANS
SELUAR JEANS
SELUAR BERPOTONGAN JEANS
Lapor Diri Senior - Sesi Disember 2019
PERINGATAN KEPADA PARA PELAJAR PMK !!!
SEBELUM ANDA MENDAFTAR PENGAJIAN BAGI SESI DIS 2019, SILA PASTIKAN:
1. ANDA BERAMBUT PENDEK DAN KEMAS
a. Rambut tidak melepasi kening di bahagian hadapan.
b. Rambut tidak menyentuh/menutup telinga di bahagian tepi.
c. Rambut tidak menyentuh kolar baju di bahagian belakang.
d. Rambut tidak diwarnakan.
e. Rambut tidak digayakan dengan fesyen yang menggusarkan
(seperti mohawk, punk dan sebagainya)
2. BERPAKAIAN KEMAS DAN SOPAN
a. Memakai Baju Kemeja (Lelaki) / Baju Kurung (Wanita)
b. Tidak memakai pakaian yang ketat dan jarang
c. Tidak memakai seluar jeans atau berpotongan jeans
d. Baju hendaklah tuck in
e. Pakaian tradisi adalah dibenarkan tetapi mestilah sopan dan
tidak menjolok mata.
3. MEMAKAI KASUT BERTUTUP
a. Tidak dibenarkan sama sekali mengenakan selipar.
b. Sila pastikan kasut bertutup terutamnya kepada para pelajar
wanita.
4. TIDAK MENGENAKAN SEBARANG AKSESORI DAN PERHIASAN BAGI
LELAKI
a. Tidak dibenarkan memakai rantai leher, gelang tangan serta
subang atau anting-anting bagi lelaki.
KEGAGALAN PELAJAR UNTUK MEMATUHI PERATURAN RUPADIRI
DAN BERPAKAIAN PMK, BOLEH MENYEBABKAN ANDA
DIHALANG DARI MENERUSKAN PROSES PENDAFTARAN PENGAJIAN ANDA BAGI SESI DIS 2019.