1 Muhamad Rais Bin Abd Halim | [email protected] | http://rais.my Membuka akaun Pendaftaran Sebelum memulakan penulisan blog, kita seharusnya mempunyai akaun dengan blogspot. Proses membuka akaun sangat mudah, dengan syarat anda telah mempunyai alamat email. Terdapat tiga proses utama dalam membuka akaun iaitu pendaftaran, pemilihan templat dan pengaktifan akaun. Pendaftaran boleh dilakukan dengan melayari laman web http://www.blogspot.com ataupun http://www.blogger.com. Laman web seperti rajah 1.1 akan terpapar. Rajah 1.1 Klik menu pilihan yang berada disebelah kanan atas untuk memilih bahasa. Lihat rajah 1.2. Bahasa Malaysia akan dipilih bagi memudahkan lagi proses pendaftaran. Bahasa-bahasa lain juga boleh dipilih mengikut kesesuaian dan keselesaan.
41
Embed
Membuka akaun Pendaftaran · Perihal Papan Pemuka Mengedit profil Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1. Rajah 2.1 Paparan penting yang terdapat di papan pemuka
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Terdapat cuma tiga item yang perlu dipenuhi. Item-item tersebut ialah :- o Tajuk blog
Ini merupakan tajuk blog anda Tajuk ini akan dipaparkan pada blog yang telah diterbitkan, papan
pemuka dan juga dalam profil anda. o Alamat blog URL (http://<alamat_anda>.blogspot.com)
Alamat ini akan digunakan oleh pelawat untuk akses ke blog anda. Alamat mestilah tiada ruang kosong Sistem secara automatik akan memeriksa sama ada telah alamat
yang dimasukkan telah didaftarkan sebelum ini atau tidak. Jika telah didaftarkan sebelum ini, alamat lain perlu dipilih.
o Pengesahan perkataan (diisi sama seperti imej yang dilihat)
Setelah semua item-item diisi, klik pautan ’TERUSKAN’ yang berupa anak panah di sebelah bawah kanan laman.
Pilih Templat Setelah pautan ’TERUSKAN’ diklik, laman ’PILIH TEMPLAT’ akan dipaparkan seperti
Rupabentuk papan pemuka dapat dilihat seperti rajah 2.1.
Rajah 2.1
Paparan penting yang terdapat di papan pemuka ialah blog yang didaftarkan dibawah id [email protected] (contoh), blog yang sedang diikuti, konfigurasi akaun (akaun saya), profil, dan juga konfigurasi blog (edit catatan, tetapan dan reka letak).
Pengemaskinian profil boleh dilakukan dengan memilih pautan ‘Edit Profil’.
Paparan yang akan dilihat adalah seperti rajah 2.2
Laman ini memaparkan maklumat profil yang telah dimasukkan dan pembaca boleh mengetahui latar belakang penulis blog.
Jika pengemaskinian ingin dilakukan, sekali lagi klik pada pautan ‘EDIT PROFIL’ yang terletak di sebelah kiri atas laman seperti di rajah 2.2.
Bahagian-bahagian profil yang boleh dikemaskini ialah :- o Privasi o Identiti o Fotograf o Klip Audio o Umum o Lokasi o Kerja o Maklumat Lanjut
Bahagian-bahagian ini boleh dilihat dengan lebih terperinci seperti di rajah 2.3, rajah 2.4, rajah 2.5, rajah 2.6, rajah 2.7, rajah 2.8, rajah 2.9 dan rajah 2.10.
Sekiranya anda membuat perubahan alamat emel ini, log masuk anda masih menggunakan emel yang asal.
o Nama Paparan Nama paparan ini diperlukan untuk dijadikan tandatangan setiap
artikel yang anda terbitkan di blog. o Nama Pertama o Nama Terakhir
Rajah 2.5
Di bahagian Fotografi seperti rajah 2.5, cuma item foto URL. Foto penulis boleh dimasukkan ke dalam blog melalui proses muat naik atau pun pautan daripada laman web lain
Rajah 2.6
Begitu juga di bahagian Klik Audio seperti rajah 2.6. Penulis boleh memasukkan klik audio menggunakan pautan daripada laman web lain.
Rajah 2.7
Di bahagian umum pula, anda boleh membiarkan item-item tersebut berkeadaan kosong ketana item-item yang di peruntukan tidak perlu dipenuhi
Di bahagian umum seperti rajah 2.7, item-item yang boleh dilihat ialah :- o Jantina o Hari Jadi o Halaman Utama URL o Senarai Impian URL o Nama Pengguna IM (instant mesegging seperti yahoo mesengger, Hotmail,
Bahagian lokasi seperti rajah 2.8 pula cuma memaparkan 3 item iaitu :- o Bandar/Pekan o Wilayah/Negeri o Negara
Anda boleh berkongsi lokasi anda dengan pelawat dengan mengisi ruangan yang disediakan.
Rajah 2.9
Di bahagian Kerja seperti rajah 2.9, item insudtri dan pekerjaan dipaparkan.
Sekiranya penulis ingin berkongsi maklumat bekerja, penulis bolehlah memenuhkan ruangan yang disediakan.
Rajah 2.10
Di bahagian Maklumat Lanjut seperti rajah 2.10. Penulis boleh berkongsi minat-minat penulis kepada pembaca blog. Item-item yang terdapat di bahagian Maklumat Lanjut ialah :-
o Minat Minat boleh dimasukkan lebih daripada satu. Asingkan setiap minat dengan tanda koma (,).
o Mengenai Saya Tulis sedikit atau sebanyak mana yang anda mahu mengenai diri
anda tidak melibihi 1200 aksara. o Filem Kegemaran
Merujuk kepada rajah 2.1, penulis boleh klik pada pautan ’CATATAN BARU’ yang berupa segi empat tepat.
Paparan laman kemasukkan catatan dapat dilihat seperti rajah 3.1.
Rajah 3.1
Tiga perkara penting yang perlu diisi ialah tajuk, kandungan catatan dan label catatan.
Tajuk merupakan tajuk kepada catatan yang bakal diterbitkan.
Pelawat akan mendapat gambaran asas catatan berdasarkan tajuk yang diletakkan.
Tajuk juga memainkan peranan penting dalam menarik perhatian pelawat membaca catatan yang diterbitkan.
Pada ruangan yang besar sekali merupakan ruangan catatan anda.
Pada ruangan ini, anda bukan sahaja boleh memasukkan teks, tetapi imej dan video juga boleh dimuatkan.
Label catatan boleh diumpamakan sebagai kategori catatan.
Setiap catatan boleh diletakan lebih daripada satu label. Pelawat juga boleh membaca siri-siri catatan menggunakan label supaya catatan yang mempunyai label yang sama disenaraikan.
Rajah 3.2 merupakan contoh mengisi catatan sebelum diterbitkan.
Di dalam tetapan asas, terdapat banyak item yang boleh dikemaskini seperti :- o Alat Blog
Anda boleh melakukan proses import catatan dan ulasan daripada blog lain.
Anda juga melakukan proses eksport semua catatan dan ulasan sedia ada.
Sekiranya blog sudah tidak diperlukan lagi, blog tersebut boleh dipadam.
o Tajuk Tajuk kepada blog
o Keterangan Keterangan kepada blog
o Tambah blog anda ke penyenaraian kami Blog yang disenaraikan akan dipautkan pada blogger.com. jika
memilih ‘Tidak’, blog masih berada di internet cuma tidak dipautkan pada blogger.com sahaja.
o Benarkan enjin carian mencari blog anda Jika ‘Ya’, blog akan disenaraikan di dalam Carian Blog Google dan
ping Weblogs.com. o Papar mengedit pantas dalam blog anda
Tetapan ini membolehkan kemaskinian catatan dilakukan dengan satu klik.
o Tunjuk pautan catatan e-mel Pauta catatan e-mel membolehkan pelawat menghantar e-mel
catatan daripada blog kepada rakan mereka dengan mudah. o Kandungan dewasa
Pelawat akan diminta untuk pengesahan sebelum memasuki blog anda.
o Pilih editor catatan Membuat pemilihan editor mengikut kesesuaian anda dalam
keselesaan menulis catatan. o Dayakan transliterasi
Jika diaktifkan, blog akan ditambah dengan bar terjemahan. Ini memberi peluang kepada pelawat yang menggunakan bahasa yang berlainan untuk memahami catatan.
Jika telah membuat pengubahsuaian pada tetapan asas, tetapan tersebut boleh di simpan dengan klik pada pautan ‘SIMPAN TETAPAN’.
Penerbitan
Klik pada menu ‘Penerbitan’ untuk tetapan penerbitan.
Paparan seperti rajah 4.2 akan diperolehi.
Tetapan ini membolehkan alamat blogspot ditukar kepada alamat yang lain sama ada menggunakan subdomain blogspot mahupun menggunakan domain sendiri.
Setelah tetapan dilakukan, isi pengesahan perkataan dan klik pautan ‘SIMPAN TETAPAN’ untuk menyimpan tetapan.
Pelbagai item boleh diubah tetapannya seperti :- o Ulasan
Blog akan memaparkan ulasan sekiranya ada. Mungkin juga anda tidak mahu memaparkan ulasan.
o Siapa boleh ulas Blog juga boleh menentukan siapa yang boleh mengulas blog. Di sini terdapat 4 pilihan iaitu sesiapa sahaja, pengguna berdaftar,
pengguna akaun google dan hanya ahli blog sahaja. o Perletakan berbentuk ulasan
Perletakan berbentuk ulasan membolehkan cara paparan ulasan dipertontonkan.
o Ulasan lalai untuk catatan o Pautan balik
Pautan balik membolehkan anda mencari halaman lain pada wbe yang memaut catatan anda.
o Pautan balik lalai untuk catatan o Format cap waktu ulasan o Mesej borang ulasan o Penyederhanaan ulasan o Papar pengesahan perkataan untuk ulasan
Bagi mengelakkan spam kepada ulasan anda, kemudahan ini boleh diaktifkan supaya setiap ulasan memerlukan pengesahan perkataan.
o Papar imej profil dalam ulasan o E-mel pemberitahuan ulasan
Sehingga sepuluh alamat e-mel dan diasingkan menggunakan koma (,) di mana alamat e-mel akan dihantar peringatan sekiranya seseorang meninggalkan ulasan pada blog.
Sekiranya semua tetapan telah dilakukan perubahan, klik pautan ‘SIMPAN TETAPAN’ untuk menyimpan tetapan.
Mengarkib
Klik pada menu ‘Mengarkib’ untuk tetapan mengarkib.
Terdapat dua item di dalam tetapan mengarkib iaitu kekerapan arkib iaitu sekerap mana arkib dilakukan dan upayakan halaman catatan untuk halaman catatan memberikan setiap catatan anda halaman web unik tersendiri
Klik pautan ‘SIMPAN TETAPAN’ untuk menyimpan tetapan mengarkib.
Klik pada menu ‘Emel & Mudah Alih’ untuk tetapan e-mel & mudah alih.
Paparan seperti rajah 4.7 akan diperolehi.
Rajah 4.7
Item-item yang terlibat di dalam tetapan ini ialah alamat blogsend iaitu untuk pemberitahuan bila artikel diterbitkan, alamat pengiriman e-mel membolehkan artikel diterbitkan melalui pengiriman e-mel dan peranti mudah alih untuk memasukkan peranti mudah alih di tetapan.
Pautan ‘SIMPAN TETAPAN’ disediakan bagi menyimpan tetapan yang telah dimasukkan.
Elemen laman membolehkan segmen-segmen yang ada pada blog diubah lokasinya seperti catatan blog, alat pengikut, alat arkib blog, alat mengenai saya dan banyak lagi.
Perubahan lokasi boleh dilakukan dengan klik dan seret sahaja.
rajah 5.1
Selain daripada alat-alat lalai yang ada, alat-alat lain boleh ditambah dari masa kesemasa dengan klik pada pautan ‘Tambah Alat’ dan satu tetingkap akan muncul seperti rajah 5.2 untum membuat pemilihan alat.