SOALAN 1 Tajuk : Tuliskan huraian untuk menerangkan bagaimana guru dapat membantu kanak-kanak membina minat dan perasaan ingin tahu mereka mempelajari sains. Pendahuluan. Untuk membantu kanak-kanak membina minat dan perasaan ingin tahu mereka mempelajari sains ialah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru sains perlu mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mestilah yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi di tanyakan kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka.Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik. Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui beberapa pendekatan seperti inkuiri penemuan, konstruktivisme, sains, teknologi dan masyarakat, pembelajarn konstekstual dan pembelajaran masteri. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SOALAN 1
Tajuk : Tuliskan huraian untuk menerangkan bagaimana guru dapat membantu
kanak-kanak membina minat dan perasaan ingin tahu mereka mempelajari sains.
Pendahuluan.
Untuk membantu kanak-kanak membina minat dan perasaan ingin tahu mereka
mempelajari sains ialah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru sains perlu
mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses
pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat
mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Aktiviti yang
dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mestilah yang dapat mencetuskan
pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara
eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran.
Soalan atau masalah yang beraras tinggi di tanyakan kepada murid dan murid
diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka.Murid
dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan
pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan
sikap saintifik. Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui beberapa pendekatan
seperti inkuiri penemuan, konstruktivisme, sains, teknologi dan masyarakat,
pembelajarn konstekstual dan pembelajaran masteri.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains.
1.Pendekatan inkuiri penemuan.
Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan
pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat,
menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan
merupakan sifat utama inkuiri.
Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji
dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat
1
sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing
murid untuk memahami konsepsains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut.
Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri
penemuan ini. Namun demikian perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri penemuan
tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa
konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui
inkuiri penemuan terbimbing.
2. Konstruktivisme.
Konstruktivisme ialah satu fahaman yang mencadangkan bahawa murid belajar
sesuatu dengan cara membina sendiri pemahaman yang bermakna terhadap alam
sekeliling mereka. Antara unsur penting dalam dalam konstruktivisme adalah seperti
berikut:
Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid.
Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.
Pembelajaran bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi
menstrukturkan semula idea mereka.
Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat
refleksi.
3. Pembelajaran konstekstual.
Pembelajaran konstektual ialah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan
harian murid. Pendekatan konstektual digunakan di mana murid belajar secara
menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan. Dalam pembelajaran
konstekstual, kaitan di antara bahan yang diajar dengan kehidupan harian
dieksplisitkan.dalam konteks ini, murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat
menghayati kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan mereka.
4. Pembelajaran masteri.
Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua
murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang
2
kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu
diberi kepada murid untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan
pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
5. Pendekatan sains, teknologi dan masyarakat.
Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan
apa yang dipelajari dengan kehidupan harian mereka.Pembelajaran bermakna berlaku
dalam pendekan seperti pembelajaran kontekstual dan pendekatan sains, teknologi dan
maasyarakat ( STM ). Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM
diwujudkan dalam kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran sains
melalui penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains dan teknologi dalam
masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi dipelajari bersama dengan aplikasi sains
dan teknologi serta implikasi kepada masyarakat.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang telah disebutkan diatas boleh
dilaksanakan oleh guru melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti
eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, penggunaan sumber luar bilik darjah,kajian
masa depan dan penyelesaian masalah. Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah
pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu di
nyatakan secara eksplisit dalam bentuk cadangan aktiviti pembelajaran. Walau
bagaimanapun guru boleh mengubah suaikan cadangan aktiviti pembelajaran jika perlu.
Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan
kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta
sumber prasarana yang ada. Untuk membantu kanak-kanak membina minat dan
perasaan ingin tahu mereka untuk mempelajari sains, guru perlu prihatin terhadap
kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza
perlu dirancang untuk murid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini adalah
visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik,
perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara
insan dengan Penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar.
3
Antara kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh
guru untuk membantu kanak-kanak membina minat dan perasaan ingin tahu mereka
untuk mempelajari sains ialah:
Ekseperimen
Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran
sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau idea
sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen.
Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses
dan kemahiran manipulatif.
Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah
seperti berikut:
1. Mengenal pasti masalah
2. Membuat hipothesis
3. Merancang eksperimen:
- mengawal pemboleh ubah.
- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
- menentulkan langkah menjalanakan eksperimen
- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
4. Melakukan eksperimen
5. Mengumpul data
6. Menganalisis data
4
7. Mentafsirkan data
8. Membuat kesimpulan
9. Membuat laporan
Selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru murid diberi peluang
mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang
berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data
serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.
Perbincangan
Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil
atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka
untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan semasa dan
sebelum sesuatu aktiviti.
Projek
Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai
sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu
pembelajaran yang formal.
Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang
dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam
bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para
pelajar lain.
Lawatan
Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran
sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi
5
penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan,
menyeronokkan dan bermakna.
Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi
dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa
lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering
dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini.
Kajian masa depan
Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan
keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa
depan.pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang
seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini
bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.
Penyelesaian masalah
Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif
untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa
penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh
dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:
1. Kenal pasti dan faham masalah
2. Jelaskan masalah
3. Cari alternatif penyelesaian masalah.
4. Lakukan operasi penyelesaian.
5. Nilaikan penyelesaian
Sebagai rumusan sains bagi kanak-kanak adalah mencari penjelasan bagi
memahami alam sekeliling. Pada peringkat awal kanak-kanak, sains diintegrasikan
6
dalam kurikulum. Aktiviti adalah berpusatkan kanak-kanak dan berbentuk hands-on,
dirangka bagi meningkatkan kekaguman kanak-kanak ke atas fenomena yang
diperhatikan. Kurikulum berasaskan inkuiri menitikberatkan penerokaan persekitaran,
merangsang kanak-kanak meneroka lebih jauh bagi meningkatkan kefahaman,
membantu mereka memperkembangkan kemahiran berbincang, berkomunikasi dan
merekodkan pembelajaran; memperkenalkan cara-cara penerokaan dan menyusun
pemerhatian, membantu kanak-kanak menghargai dan gembira menggunakan deria
bagi meneroka dan mendiskriminasikan serta menggalakkan mereka
memperkembangkan kebolehan mencari jawapan dengan melakukan eksperimen-
eksperimen yang mudah.
Pendekatan inkuiri diharapkan mampu memupuk minat dan sikap yang positif
dalam diri kanak-kanak dan membantu mereka dalam pembelajaran pada peringkat
yang lebih tinggi. Pada peringkat awal kanak-kanak, aktiviti-aktiviti yang bercorak
hands-on, aktif, autentik dan yang dimulakan sendiri oleh kanak-kanak adalah penting.
Kanak-kanak yang sedang membesar belajar melalui penglihatan, sentuhan, bau, rasa,
pendengaran dan manipulasi bahan-bahan.
Menyediakan bahan-bahan yang selamat serta mudah diakses untuk kanak-
kanak menjalankan eksperimen adalah suatu langkah penting ke arah penerokaan
sains yang berkesan. Satu cara lagi meneroka konsep-konsep sains adalah melalui
buku-buku yang menggabungkan konsep-konsep sains dalam cerita seperti konsep
cuaca, haiwan, air dan sebagainya. Aktiviti penyiasatan sains juga membantu kanak-
kanak membina kosa kata, kesediaan membaca dan menggerakkan perkembangan
literasi.
7
SOALAN 2
Tajuk : Beri difinisi dan terangkan maksud konstruktivisme dan ciri-cirinya didalam kelas mata pelajaran sains
Pengenalan
Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung
kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut
Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-
kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi
mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan. Menurut Esah Sulaiman (2003),
pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti
pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan
berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan,
kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah
yang dikatakan strategi pengajaran. Rajah 1.1 menunjukkan beberapa ringkasan
perbandingan mengenai model dan strategi
pengajaran pembelajaran ( Arends, R.I., 1997).
Merujuk kepada penjelasan di atas, salah satu teori pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan ialah teori pembelajaran Konstruktivisme.
Pembelajaran secara Konstruktivisme adalah satu pandangan baru tentang ilmu
pengetahuan. Pembentukan pengetahuan baru tersebut lahir daripada gabungan
pembelajaran yang terdahulu dengan persekitaran semasa. Bagi memudahkan proses
8
pengajaran dan pembelajaran, guru merekabentuk situasi pembelajaran di mana
pelajar boleh mencipta penyelesaian mereka sendiri terhadap tugasan pembelajaran
tersebut (Kauchak, D. P. dan Eggen, P.D., 1998).
Konstruktivisme
Teori behaviorisme tidak mementingkan struktur mental pemikiran pelajar.
Sebaliknya tindakan dan pola perlakuan pelajar diberi penekanan ( Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2001 ). Satu lagi teori yang menekankan kepada struktur mental
ialah teori kognitivisme ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001 ). Teori ini telah
dipelopori oleh Piaget ( 1954 ) dalam Quaintance ( 2005 ). Konsep penting dalam teori
kognitivisme ialah skema, asimilasi, akomodasi, keseimbangan kognitif ( Quaintance,
2001 ).
Konstruktivisme timbul daripada anjakan paradigma teori behaviorisme kepada
teori kognitivism ( Gagnon dan Collay, 2001 ). Daripada teori kogtivisme ini lahirlah
konstruktivisme ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001 ). Rajah 2.1 menunjukkan
perkaitan antara teori behaviorisme, teori kognitivisme dan konstruktivisme.
Konstruktivisme merupakan teori yang menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh
wujud di luar minda pelajar tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman
sebenar ( Poh Swee Hiang, 1997 ).
9
Takrifan Konstruktivisme
Takrifan konstruktivisme berbeza-beza mengikut pegangan aliran pemikiran dan
falsafah sarjana pendidikan. Diantaranya konstruktivisme personel atau kendiri
( Osborne dan Wittrock,1985 dalam Embong Omar, 2004 ), konstruktivisme sosial
( Vygotsky, 1978 dalam Quaintance, 2005 ) dan konstruktivisme radikal ( Von
Glasersfeld, 1995 )
Antara takrifan konstruktivisme dalam pendidikan adalah pengetahuan individu
dibentuk melalui interaksi sosial ( Vygotsky, 1978 dalam Quaintance, 2005 ). Beliau
juga menyatakan melalui interaksi sosial pemikiran individu akan bertambah bersama
dengan pengetahuan sedia adanya dan membentuk pengetahuan baru. Brooks &
Brooks ( 1993 ) pula mentakrifkan konstruktivisme sebagai teori tentang pengetahuan
dan pembelajaran bukan merupakan teori pengajaran. Beliau juga menyatakan bahawa
teori ini menganggap pengetahuan bersifat sementara, berkembang dan dipengaruhi
oleh konteks sosial dan budaya. Manakala Von Glasersfeld ( 1995 ) mentakrifkan
konstruktivisme sebagai pengetahuan, walaupun ditakrifkan dengan pelbagai cara ia
tetap berada dalam minda seseorang. Menurut beliau lagi, individu yang berfikir tidak
mempunyai alternatif lain kecuali untuk membina pengetahuan berdasarkan apa-apa
yang telah diketahui melalui pengalamannya sendiri. Nik Azis Nik Pa ( 1999 ) dalam
Kementerian Pelajaran Malaysia pula mentakrifkan konstruktivisme tidak lebih daripada
satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri.
Beliau menyatakan bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang
10
individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan
sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Manakala
Jenkins ( 2000 ) mentakrifkan konstruktivisme sebagai kefahaman pelajar akan
berkembang melalui penglibatan aktif.
Daripada takrifan konstruktivisme yang telah dinyatakan, penyelidik dapat
membahagikannya kepada dua kategori falsafah konstruktivisme iaitu konstruktivisme
sosial dan konstruktivisme radikal. Cendiakiawan seperti Vygotsky ( 1978 ), Brooks &
Brooks ( 1993 ) dan Jenkins ( 2000 ) dikategorikan sebagai mengamalkan falsafah
konstruktivisme sosial. Von Glasersfeld ( 1995 ) dan Nik Azis Nik Pa ( 1999 ) pula