MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Asemblaj
Topik 4 Asemblaj
PENGENALAN
Dari pelbagai idea, pengarca mencari penemuan-penemuan baru
bagaimana menghasilkan arca boleh dilakukan dengan lebih kreatif
dan berpotensi. Jika arca luakan dihasilkan melalui kerja mengurang
dan meluak objek asal, arca dicetak untuk menghasilkan arca acuan,
arca digerak untuk membentuk arca mobail atau kinetik dan akhirnya
timbul pula gagasan pengarca mencantumkan bahan-bahan buangan
daripada pelbagai bahan konkrit dan membentuk satu kesatuan atau
komposisi arca yang harmoni lalu membentukarca asemblaj. Arca
asemblaj mula mendapat perhatian di Amerika Syarikat sekitar tahun
1950-an dan 60-an apabila Louise Nevelson menghasilkan karya
asemblajnya yang berjudulSky Cathedralpada tahun 1958 dan menjadi
koleksi The Museum of Modern Art, New York. Karya asemblaj Nevelson
ini lebih dikenali sebagaiWall-scale-assemblage.Karya Nevelson ini
menggabungkan konsep kubis dari bahan terbuang seperti kaki kerusi,
batang penyapu, pintu kabinet dan pelbagai bahan kutipan lain
terutamanya dari pelbagai bahan kayu. Berikutnya barulah muncul
arcawan Jean Tinguely menghasilkan karyaHomage to New Yorktahun
1960. Di peringkat awalan, Robert Rauschenberg telah menghasilkan
karya asemblaj dari kombinasi dua dimensi dan tiga dimensi. Bagi
Marcel Duchamp pula arca asemblajnya yang bertajukBicycle
WheelGreen Monumenta Vkarya Ramlan Abdullah,Pemain Rebab 1, karya
Mad Anuar Ismail danKilling Toolkarya Raja Shariman Raja
Azidin.
Asemblaj (assemblage) merupakan karyadua dimensiatautiga
dimensiyang terhasil daripada gabungan pelbagai bahan terpakai. Ia
merupakan cabang daripadaabstrak ekspressionisme.
4.1 CONTOH-CONTOH ASEMBLAJ
Gambar 1 hingga 3 di atas merupakan contoh asemblaj yang
terkenal dalam dunia arca.Gambar 4.1 Karya Louise Nevelson,Sky
Catheral, 1958.Gambar 4.2 Karya Jean Tinguely,Homage to New York,
1960.Gambar 4.3 Karya Robert Rauschenberg,Canyon, 1959.
4.2 CONTOH-CONTOH ASEMBLAJ
4.2.1 Alatan
4.2.2 Bahan/Media
Alat dan Media Asemblaj
Berpandukan gambar di atas:
1. Set alat asas asemblaj
2. Media asas untuk membuat asemblaj
3. Pahat untuk kerja mengukir dan membuat tektura pada kayu
4. Alat ragum dan pengapit
5. Kikir dan alat mengukir pada loyang dan aluminium
6. Pengapit meja.
4.2.3 Bagaimana Proses Asemblaj Dilakukan atau Dihasilkan?
4.2.4 Penyediaan Lakaran Idea
Lakaran idea menjadi langkah permulaan yang amat penting di
dalam menghasilkan arca asemblaj. Perancangan yang rapi dan tertib
boleh mendatangkan faedah yang besar untuk peringkat penghasilan
karya pada peringkat yang berikutnya. Justeru itu, perancangan
seperti yang dinyatakan di bawah ini akan menjadikan penghasilan
arca asemblaj lebih bermakna.
4.2.5 Penjanaan Idea (Thumbnail-Print)
Rajah 4.2:Thumbnail-print asemblaj
4.2.6 Pemilihan Lakaran Akhir untuk Penghasilan Karya Asemblaj
daripada Sketsa 2
Rajah 4.3:Pemilihan idea untuk karya
4.2.7 Proses Membentuk Asemblaj
Setelah penyediaan lakaran idea di atas selesai, proses berikut
merupakan urutan kerja membentuk asemblaj yang perlu dilakukan;
Membuat model kecil atau prototaip(proto-type) merupakan model
awal sebagai panduan untuk penghasilan arca yang sebenar. Karya
akan dibina atau dibuat berpandukan model ini di samping pengiraan
pelbagai ukuran reka bentuk, penyesuaian alat dan bahan serta
tinjauan dari pelbagai kemungkinan yang boleh mengganggu kelancaran
dalam penghasilan.
Membuat kerangka atau struktur kerangka sesuatu asemblaj mungkin
berasaskan dawai, lingkaran besi, kayu atau plastik. Kerangka atau
struktur adalah tulang temulang asemblaj sebelum arca sebenar
dihasilkan. Ia penting untuk kawalan bentuk di samping menjadikan
asemblaj lebih kukuh dan seimbang.
Membuat asemblaj yang sebenar Bahagian urutan kerja ini amat
penting. Kerangka akan ditutup dengan kepingan logam atau bahan
pilihan yang dirancang atau ditokok tambah binaannya sehingga
asemblaj berada pada saiz yang sebenar.
Kemasan dan persembahan Untuk mendapatkan hasilan yang baik,
proses kemasan boleh dilakukan dengan melarik bahagian-bahan
asemblaj yang masih kasar, menambahkan tekstura pada bentuk,
menghalus, menyapu syelek, mengecat, mencanai dan sebagainya
sehingga peragaan arca tampak menarik dan mempunyai nilai estetika
yang tinggi. Tokok tambah hiasan seperti skru yang dikimpal,
baji-baji kayu yang membentuk tekstura, syelek, varnis, cat dan
sebagainya akan menjadikan asemblaj lebih hebat dan menarik.
4.3 PERSEMBAHAN HASIL KERJA
4.3.1 Ekspresi Diri
Asemblaj dikatakan cantik dan menarik apabila memenuhi
spesifikasi pembuatan dan kemasan. Ia menyerupai seperti arca dan
karya seni yang lain yang menampilkan ciri-ciri estetika. Secara
ringkasnya ciri-ciri berikut dianggap sebagai kriteria utama
ekspresi asemblaj.
1. Menepati Tema dan TajukSering kali tema dan tajuk menjadi
pokok persoalan yang ingin dikongsi sama oleh pengarca. Ia mungkin
berupamaklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan
perasaan, sindiran atau satira, protes, kegilaan idea dan
lain-lain. Soal tepat atau tidaknya pokok persoalan ini biasanya
hanya diketahui oleh pengarca. Bagi pemerhati atau penonton, tema
dan tajuk ini hanya dirujuk berdasarkan kepada ketepatan tajuk yang
dipaparkan di kaki-kaki arca.
2. Bahan Binaan Sesuai dengan Tujuan HasilanDalam pengkaryaan
arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai dari
penggunaan bahan atau media. Sebabnya amat jelas, asemblaj wujud
secara gabungan dan cantuman. Selagi bahan yang dipilih serasi dan
boleh disepadukan, ia terus menerus mewakili penggunaan bahan
subjek yang mewah dan pelbagai.
3. Asemblaj yang Kuat, Kukuh dan SelamatDari rintisan sejarah
asemblaj, penggunaan alat dan bahan terdiri daripada kombinasi yang
padat dan kukuh. Banyak bongkah-bongkah keluli, kepingan logam, rod
besi dan bongkah kayu yang kuat dan kukuh diaplikasikan dalam
penghasilan asemblaj. Kemudian, asemblaj disepadukan dengan
kimpalan, skru, bol dan nat serta tanggam antara objek secara kukuh
dan terancang.
4. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan
BaikAsemblaj mengadun pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan
komposisi yang artistik. Ciri bentuk dan sifat bahan yang pelbagai
mengujudkan satu ritma atau rentak yang menarik. Ini disebabkan
keistimewaan objek yang berbeza-beza.
5. Mengaplikasi Asas Seni Reka, Estetika dan Etika
PengkaryaanSemua objek seni digubah berdasarkan asas seni reka. Di
dalamnya terkandung unsur seni, prinsip seni dan struktur seni.
Apabila asas seni reka ini diaplikasi dengan baik dan betul,
penampilan karya akan menjadi lebih terancang dan rapi.
6. Asli, Unik dan BerketerampilanCiplakan atau plagiat merupakan
suatu fenomena yang tidak seharusnya berlaku. Ia dianggap suatu
kelemahan, kepicikan dan kejahilan terhadap si pengkarya. Sebagai
pengkarya yang memahami hakikat keaslian (originality), ciplakan
adalah satu kelemahan apatah lagi jika tujuannya untuk komersial.
Asemblaj yang asli diambil kira melalui penyataan hanya satu
atautiada di tempat lain yang seperti ini.Bagi tujuan keaslian reka
cipta di dalam dunia perdagangan, hak cipta terpelihara disahkan
sebagai satu penguatkuasaan agar plagiat tidak berlaku.
4.3.2 Kemahiran Mengaplikasi Alat, Bahan dan Teknik
Kemahiran-kemahiran mengaplikasi alat, bahan dan teknik sering
kali merujuk kepada lima perkara yang berikut:
1. Kesesuaian Tajuk, Tema dan Teknik yang Dikaitkan dengan
Pemilihan Alat dan Bahan
Pemilihan tajuk menentukan alatan yang berkaitan untuk
menghasilkan asemblaj yang dirancang.
Pemilihan alatan ada kaitan dengan pemilihan bahan binaan
asemblaj.
Tema menentukan kombinasi alat dan bahan serta bagaimana konsep
gabungan (assemble) ke atas objek pilihan di susun atur.
Teknik juga mempengaruhi terhadap pemilihan alat dan bahan.
2. MembuatThumbnail-printBertujuan untuk Membuat Pilihan yang
Terbaik
Thumbnail-printdianggap suatu kemestian untuk mendapatkan hasil
karya yang mapan dan menarik.
Setiapthumbnail-printditentukan oleh tajuk dan tema serta hal
subjek.
Sketsathumbnail-printasemblaj mengambil kira asas seni reka
seperti unsur seni, prinsip seni dan struktur seni.
Sketsathumbnail-printasemblaj juga mengambil kira sebagai asas
penghasilan model sebelum karya pada saiz yang sebenar
diimplementasikan.
Thumbnail-printmenjadi sebagai rumus alat, bahan dan teknik yang
akan dikaryakan.
Sketsa membantu untuk pengesanan dalam konteks peragaan atau
tempat pameran sama adain-dooratauout-door
3. Kaedah Mengguna Alat Perlu Betul dan Mengikut Peraturan
Kemahiran penggunaan alat dianggap sangat penting kerana
berkaitan dengan keberkesanan hasil, tema dan tajuk.
Alatan yang bersesuaian dan mencukupi penting agar proses
penghasilan berjalan dengan lancar dan terancang.
Alatan digunakan pada tempat yang sesuai seperti bengkel, studio
seni dan ruang kerja yang bersesuaian.
Alatan diurus dan ditadbir selia dengan baik dan kemas.
4. Kemasan dan Peragaan
Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi,
perada, labuci, manik-manik sering kali menjadi pilihan untuk
dijadikan kemasan akhir produk. Bagi asemblaj, aksesoris ini tidak
begitu relevan kerana hiasan yang sedemikian mungkin penting untuk
karya membentuk yang lain.
Tapak asemblaj perlu mantap, stabil dan kukuh. Asemblaj tiga
dimensi banyak diperagakan di ruang luar bangunan, di taman-taman
bunga, taman perumahan dan di beranda-beranda pejabat.
Tekstura yang ditokok tambah pada asemblaj mungkin menjadikan
arca ini lebih menarik dan anggun.
Kepelbagaian dalam pemasangan bahan perlu mengambil kira rentak,
pergerakan, kontra, keseimbangan, kadar banding dan kesatuan imej
atau objek.
Teliti semula tema dan tajuk asemblaj. Kaji dan nilaikan
ketepatan mengikut persekitaran dan isu yang ingin
dibangkitkan.
4.3.3 Ekspresikan Diri Anda
Hasilkan sketsa asemblaj berdasarkan tema-tema yang diberi:
Buku dan alat tulis
RUMUSAN
Asemblaj adalah arca yang termasuk dalam
aliranabstrak-ekperssionisme.
Asemblaj dinukilkan secara dua dimensi , tiga dimensi atau
kedua-duanya sekali.
Dibentuk melalui gabungan pelbagai bahan terutamanya bahan
terbuang yang bersifat pejal dan tahan lama.
Konsep asemblaj terjadi daripada gabungan, bina semula dan reka
bentuk semula bahan konkrit yang pelbagai melalui proses artistik
dan estetik.
Objek digabung melalui teknik kimpalan, skru, bol dan nat, gam,
tanggam dan ikatan.
Komposisi objek membentuk cerita, konotasi makna dan rentetan
peristiwa. Ini bermakna semakin besar gabungan objek yang dibina,
semakin besar makna dan cerita.
Di Malaysia asemblaj mula mendapat perhatian secara lebih
mendalam selepas 1990-an.
Asemblaj memerlukan ruang, kesepaduan bentuk dan paksi simetri
yang stabil. Biarpun begitu, asemblaj boleh digabungkan dengan arca
kinetik dan mobail.