Membangun Generasi Pintar Cerdas & BerbakatSungguh
membanggakan mendapati program PERMATA pintar yang disediakan Pusat
PERMATA pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diiktiraf ramai
kenamaan dari dalam dan luar negara.
Sejak perkhemahan akhir sekolah untuk kanak-kanak pintar cerdas
yang berumur antara 8 hingga 15 tahun dimulakan pada Disember 2008
dan pembukaan sekolah untuk pelajar sedemikian yang berumur 15 dan
16 tahun pada 2011, ia sudah dikunjungi ramai kenamaan termasuk Tun
Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Dr Maya
Soetoro-Ng, adik Presiden Barack Obama serta wanitautama beberapa
negara yang jugasempat beramah mesra dengan pelajar.Isteri Perdana
Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang memulakan program itu sudah
diundang memberi ucaptama di Persidangan Mengenai Pendidikan Pintar
Asia Pacific ke-12 di Dubai pada 14 Julai hingga 15 Julai lalu.
Ramai Menteri Pelajaran yang hadir kagum dengan pembentangannya dan
menyatakan hasrat hendak mengadakan kerjasama dengan Malaysia dalam
hal berkaitan pendidikan kanak-kanak pintar.
Pusat PERMATA pintar dengan kerjasama Pusat Belia Berbakat
Universiti Johns Hopkins juga sudah melangsungkan Perkhemahan Musim
Panas untuk 20 orang Pelajar Perempuan berumur 16 tahun dari
Yayasan MAWHIBA Arab Saudi.
Program PERMATA pintar bertujuan mengenal pasti kanak-kanak
berbakat luar biasa, iaitu seorang setiap 100,000 penduduk, dan
menyediakan pendidikan yang boleh mencungkil dan mengasah kebolehan
mereka dalam sesuatu bidang tertentu secara menyeluruh.
Ujian atas talian
Bagi menentukan tidak seorang pun kanak-kanak pintar cerdas
tercicir,dua ujian atas talian dikenali UKM1 dan UKM2 diadakan
termasuk ujian bersemuka UKM3. Ujian itu sudah pun berjaya memilih
lebih 1,000 kanak-kanak pintar cerdas dalam tempoh dua tahun
kebelakangan ini.
Mereka datang dari pelbagai latar belakang dan tempat di
Malaysia termasuk kawasan yang amat terpencil hingga memerlukan
penggunaan pelbagai jenis kenderaan untuk ke UKM.
Tohmahan kononnya usaha memberikan peluang kepada kanak-kanak
pintar cerdas hanya mewujudkan kelompok elitis harus
disingkirkan.
Dalam ucaptamanya Rosmah berkata: Bakat adalah kurniaan Allah
dan kita mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan ruang dan
peluang bagi membolehkan mereka mengasah potensi kebolehan mereka
secara optimum. Ini adalah kewajipan kita kerana insan berkebolehan
sedemikian adalah aset berharga kepada mana-mana negara pun.
Apabila dipupuk dari usia muda, kurniaan Allah itu boleh digarap
untuk mencapai tahap tertinggi dalam bidang kemahiran mereka
lebih-lebih lagi mengenai pengetahuan baru yang harus diterokai
bagi menangani permasalahan abad ke-21.
Asah kurniaan intelek
Itulah juga mengapa sesetengah negara bersedia memberikan
biasiswa dan kerakyatan untuk memikat anak ini serta keluarga
mereka.
Selain mengasah kurniaan intelekyang ada pada mereka, pendidikan
sesuai perlu disediakan bagi memenuhi kehendak emosi yang tidak
berkembang serentak perkembangan intelek mereka. Itulah kadangkala
kanak-kanak pintar berasa diri tidak difahami dan sering diabaikan.
Adakalanya tingkah laku mereka disalah anggap sebagai nakal, tidak
berdisiplin dan mengacau oleh guru dan ibu bapa hingga membuatkan
orang terdekat buntu untuk membantu mereka.
Sekiranya kita tidak menyediakan pendidikan khusus kepada
mereka, kanak-kanak berbakat demikian boleh berhenti sekolah dan
tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat.
Pusat PERMATA pintar menyediakan sukatan pelajaran meluas,
berimbang dan mencabar yang disesuaikan untuk setiap individu
berasaskan keperluan dan kepintaran mereka. Penyediaan pendidikan
sedemikian amat penting kerana bakat yang ada berbeza-beza.
Setengahnya pintar dalam satu dua perkara manakala yang lain
berbakat dalam banyak perkara pula.
Kurikulum direkabentuk untuk memastikan kedua-dua otak kiri dan
kanan dipupuk dengan mengimbangkan pembelajaran sains, teknologi,
matematik dan kejuruteraan dengan pembelajaran kesenian dan
kemanusiaan, kepintaran pelbagai bahasa, perkembangan rohani,
apresiasi persekitaran alam, kepemimpinan dan semangat
kesukarelawanan.Petikan Artikel:Berita Harian Online
(28/11/2013)http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Membangungenerasipintarcerdas_berbakat/Article/artikelPosted
byPintar Cerdas ICTat05:24No comments:Email This
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=2650900610387152611&target=blog"
\o "BlogThis!" \t "_blank" BlogThis!
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=2650900610387152611&target=twitter"
\o "Share to Twitter" \t "_blank" Share to Twitter
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=2650900610387152611&target=facebook"
\o "Share to Facebook" \t "_blank" Share to Facebook
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=2650900610387152611&target=pinterest"
\o "Share to Pinterest" \t "_blank" Share to PinterestDMGT-Proses
Perkembangan (Developmental Process)PROSES PERKEMBANGAN
(DEVELOPMENTAL PROCESS)Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya
mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan
jika dibandingkan dengan seorang kanak-kanak yang normal(tipikal).
Pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai
Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ
130 dan ke atas. Menurut istilah Persekutuan Amerika Syarikat
maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak, pelajar
atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang
tinggi dari pelbagai bidang seperti intelektual, kreativiti,
artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam
bidang seni dan muzik yang mengagumkan serta mereka ini memerlukan
aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain, perkhidmatan
yang tidak dapat di perolehi di sekolah biasa demi meningkatkan
tahap kebolehan mereka.Golongan seperti ini memerlukan program
pembelajaran yang berbeza atau perkhidmatan pada tahap yang lebih
tinggi berbanding dengan program-program yang dianjurkan oleh
sekolah untuk pelajar-pelajar normal(tipikal) yang biasa. Program
yang khusus adalah perlu bagi menyedari sumbangan mereka terhadap
diri sendiri dan Negara. Kurikulum yang berkesan untuk
pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat adalah kurikulum asas
yang telah diubahsuai bagi memenuhi keperluan mereka. Kurikulum
yang telah diubahsuai mestilah sesuai dengan ciri-ciri peribadi dan
kelebihan setiap pelajar. Bagi mengenalpasti keunikan peribadi
pelajar-pelajar ini adalah agak sukar.Bagi memenuhi keperluan
pelajar-pelajar ini, guru perlu mengubahsuai isi kandungan
pengajaran yang terdiri daripada idea-idea, fakta, konsep dan
maklumat deskriptif mengikut keperluan pelajar. Pelajar-pelajar
pintar cerdas berbakat ini bersifat kreatif dan suka mencuba
sesuatu yang baru. Keadaan ini menyebabkan mereka suka mencipta
kelainan dan cenderung mencipta sesuatu yang baru. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggalakkan
pelajar-pelajar ini menjalankan projek secara bersendirian atau
berkumpulan. Pelajar-pelajar ini juga sangat digalakkan untuk
meneroka dan mempelajari sesuatu pelajaran mengikut kaedah yang
sesuai dan disukai oleh mereka. Guru juga perlu menyediakan
berbagai aktiviti yang menarik dan kreatif di samping mengelakkan
daripada menggunakan aktiviti dan pendekatan yang sama. Hal ini,
dikhuatiri pelajar-pelajar pintar cerdas berbakat akan merasa bosan
sekiranya guru menggunakan cara dan kaedah yang sama dengan pelajar
yang normal(tipikal).Keberkesanan kurikulum yang telah diubahsuai
boleh dinilai dengan melibatkan pelajar pinatr cerdas dan berbakat
ini dalam aktiviti penyelidikan dan penyelesaian masalah. Di
samping itu, penguasaan kemahiran asas perlu diuji dan ditingkatkan
mengikut tahap dan konsep kemahiran yang lebih tinggi. Tidak
semestinya semua program yang bersesuaian dengan seseorang pelajar
turut sesuai dengan pelajar yang lain. Setelah dikenalpasti melalui
penilaian dan pentaksiran yang guru jalankan maka mudah bagi guru
untuk menentukan program-program yang wajar bagi pelajar-pelajar
pintar cerdas berbakat ini ikuti.Kanak-kanak pintar cerdas boleh
dibantu melalui tiga jenis program; pengasingan, pemecutan
(acceleration) atau pengayaan. Dalam program pengasingan,
kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka
disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan
istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak
daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya
secara optima.Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua
cara. Satu cara ialah dimana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada
bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan
ke kelas pada peringkat lebih tinggi yang sesuai dengan
perkembangan mereka untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar
dengan murid yang lebih tua daripada mereka(senior). Cara kedua
ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam
kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu
bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding
dengan rakan sebaya.Karen Roger (1991) juga mencadangkan bahawa
program pemecutan akan lebih memberi manfaat apabila dilaksanakan
pada tahap umur berbeza;Pendidikan permulaan :kemasukan awal,
melangkau kelas, pembelajaran bukan di kelas, memampat
kurikulum.Pendidikan menengah rendah :melangkau kelas, memendekkan
kelas (grade telescoping), pendaftaran serentak (concurrent
enrollment), pemecutan berasaskan subjek dan memampat Pendidikan
menengah atas :pendaftaran serentak di sekolah dan universiti
(concurrent enrollment), pemecutan berasaskan subjek, kelas AP
(advanced placement), program mentor, kredit melalui peperiksaan
(credit by examination), dan kemasukan awal ke pengajian
tinggiManakala, program pengayaan merupakan program yang melibatkan
pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam
kelas atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti
lawatan ke muzium atau perpustakaan Negara.Bagi membantu proses
perkembangan pelajar pintar cerdas dan berbakat ini, semua pihak
perlu melibatkan diri sama ada ibu bapa, penjaga pelajar, guru
pembimbing mahupun rakan-rakan. Memiliki anak pintar cerdas dan
berbakat ini adalah satu cabaran kepada ibu bapa dan guru. Ibu bapa
perlu mengetahui keperluan dan pendekatan yang sesuai bagi
anak-anak ini. Di samping itu, ibu bapa dan guru tidak boleh
terlalu memaksa anak-anak ini melakukan sesuatu pada tahap yang
terlalu tinggi jika tidak dengan kemahuan anak-anak tersebut.
Sebagai contoh, anak-anak pintar cerdas dan berbakat yang layak
memasuki universiti pada usia yang sangat muda perlu
dipertimbangkan dan diambil kira dari segi kematangan mereka.
Adakah mereka boleh menyesuaikan diri dan mengurus kehidupan
seharian dengan baik. Sekiranya anak-anak ini menunjukkan tingkah
laku yang positif, mudah menyesuaikan diri dengan tempat dan
persekitaran yang baru, dan ingin mencabar diri melakukan sesuatu
yang baru, anak-anak pintar cerdas ini boleh meneruskan dan
menerima tawaran memasuki universiti tersebut.Selain itu, ibubapa
perlulah bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan yang agak tinggi
bagi kanak-kanak yang dilahirkan cerdas dan berbakat ini. Keperluan
kanak-kanak pintar cerdas berbakat ini tidak sama seperti
kanak-kanak yang lain. Sebagai contoh kanak-kanak yang dapat
memasuki universiti pada usia yang muda sudah tentu memerlukan
belanja dari segi yuran pengajian, peralatan pengajian, tempat
tinggal, dan keperluan lain. Tempat tinggal yang disediakan untuk
kanak-kanak ini sudah tentu sangat kondusif dan dilengkapi dengan
kemudahan infrasruktur. Pihak yang menyediakan tempat tinggal dan
peralatan bagi kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini juga
memerlukan biaya dan perbelanjaan yang sangat tinggi bagi
mengekalkan kualiti dan keselesaan kepada kanak-kanak ini.Di
samping itu, makanan yang disediakan untuk pelajar-pelajar ini juga
sangat dititikberatkan dari segi kualiti dan khasiat makanan
tersebut. Semua makanan yang disediakan adalah makanan yang
berkualiti tinggi, berkhasiat dan memenuhi keperluan fizikal
pelajar. Hal ini adalah kerana makanan yang berkualiti tinggi dan
berkhasiat dapat membantu proses perkembangan pelajar-pelajar ini.
Pelaburan dari segi kewangan dari ibubapa dan pihak yang terlibat
adalah sangat banyak bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar ini
dari pelbagai aspek.Proses perkembangan pelajar-pelajar pintar
cerdas dan berbakat ini juga memerlukan tenaga kerja dan masa
daripada pihak ibu bapa dan lebih-lebih lagi daripada guru. Cabaran
yang perlu dihadapi oleh guru adalah perlu mewujudkan persekitaran
yang positif yang mana pelajar-pelajar ini tidak rasa disisih
daripada rakan sekelas yang lain. Guru perlu mempunyai hubungan dan
komunikasi yang baik dengan ibubapa setiap pelajar bagi mengetahui
dan mengenali diri serta kebolehan pelajar. Guru juga perlu memupuk
dan memberi pendidikan yang sempurna supaya pelajar-pelajar ini
dapat mempelajari sesuatu perkara dalam pelbagai
aspek.Walaubagaimanapun, adalah penting untuk memahami bahawa tidak
semua pelajar mempunyai kecerdasan dan bakat yang sama dan akan
mencapai matlamat yang sama. Setiap pelajar mempunyai kecerdasan
dan kelebihan bakat yang berlainan, memerlukan pendekatan dan akan
mencapai matlamat yang berbeza untuk masa depan mereka. Justeru,
kita dapat lihat bahawa pelaburan dan pengorbanan dari segi
kewangan, tenaga dan masa oleh ibu bapa dan guru sangat membantu
proses perkembangan pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat
ini.Seterusnya, mari kita lihat sub-komponen terakhir yang terlibat
dalam proses perkembangan adalah kemajuan (progress).
DalamDifferentiated Model of Giftedness and Talent (DMGT),pelajar
pintar cerdas dan berbakat ini pada permulaannya boleh dibahagikan
kepada empat peringkat iaitunovice, advanced, proficient, and
expert. Jadi, dalam setiap peringkat ini akan diwakilkan dengan
kuantitatif kadar. Kuantitatif kadar disini bermaksud kita melihat
seberapa cepat pelajar-pelajar ini mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Contohnya, setiap pelajar akan mempunyai matlamat yang
telah ditetapkan beserta dengan jangkaan masa yang diperuntukkan.
Jadi, guru akan melihat seberapa cepat pelajar-pelajar ini mencapai
matlamat yang telah ditetapkan, samada cepat sebelum atu selepas
masa yang ditetapkan.Akhir sekali, setiap anak-anak mempunyai hak
untuk menerima pendidikan seperti kanak-kanak tipikal yang lain
walaupun mempunyai masalah atau kekurangan upaya. Jadi ibubapa
perlulah peka terhadap segala perkembangan dan masalah yang
didahapi oleh anak-anak mereka supaya intervensi awal boleh
diambil.Posted byPintar Cerdas ICTat04:41No comments:Email This
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=5411402500608487514&target=blog"
\o "BlogThis!" \t "_blank" BlogThis!
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=5411402500608487514&target=twitter"
\o "Share to Twitter" \t "_blank" Share to Twitter
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=5411402500608487514&target=facebook"
\o "Share to Facebook" \t "_blank" Share to Facebook
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=5411402500608487514&target=pinterest"
\o "Share to Pinterest" \t "_blank" Share to PinterestDMGT-
Kebolehah Semulajadi (Natural Ability)DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR
CERDAS (PC)Sebenarnya tidak ada satu definisi yang universal
tentang pintar cerdas (PC). Terdapat ahli professional yang memberi
definisi PC berdasarkan skor kecerdasan/IQ (con: WISC) di atas 130
atau140, ataupun dua sisihan piawai lebih daripada normal (norm),
atau 2.5% daripada populasi. Menurut Carol Bainbridge (seorang ahli
LembagaIndiana Association for theGifted), tidak ada satu definisi
yang tentang PC yang boleh diterima oleh semua pihak. Wujudnya
pelbagai definisi PC telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan
orang ramai tentang maksud PC. Malah, guru dan ibu bapa turut
mendapati sukar mencapai satu persetujuan kerana mereka menggunakan
definisi yang berbeza-beza. Justeru, untuk menghapuskan kekeliruan
tersebut, adalah wajar untuk memahami asal usul pembentukan istilah
PC serta kosep PC daripada pelbagai perspektif.
Istilah PC telah digunakan buat pertama kalinya olehFrancis
Galtonpada tahun 1869, yang merujuk pada orang dewasa yang
menunjukkan bakat yang luar biasa dalam bidang tertentu (con: ahli
kimia yang pintar). Manakala kanak-kanak pula boleh mewarisi
potensi untuk menjadi orang dewasa yang pintar, dan kanak-kanak
tersebut digelar kanak-kanak PC.Lewis Termanmemperkembangan
pendangan Galton dengan memasukkan elemen IQ. Pada tahun 1900an,
beliau menjalankan satu kajian jangka panjang tentang Kanak-kanak
PC dan mengkategorikan mereka yang mempunyai IQ 140 dan ke atas
sebagai kanak-kanak PC. Walau bagaimanapun, kajian beliau mendapati
IQ sahaja tidak dapat meramal kejayaan seseorang pada zaman
dewasa.
Istilah Pintar cerdas/gifteddiperkenalkan olehGuy M. Whipplepada
1920. Konsep pintar merupakan satu istilah rasmi bagi merujuk
kanak-kanak yang memiliki kebolehan intelek yang luar biasa.Davis
& Rimm (1985)membahagikan kepintaran kepada 5 kategori:
1.Berasaskan tahap pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu
bidang yang diceburi
2.Berdasarkan markah pencapaian dalam satu-satu ujian
kecerdasan
3.Berdasarkan peratusan (%) dalam ujian pencapaian
4.Berasasakan bakat semula jadi dalam sesuatu bidang atau
beberapa bidang
5.Berlandaskan kreativiti
Definisi Kepintaran (Giftedness) mengikut Public Law
100-297Istilah kanak-kanak dan remaja pintar and berbakat bermaksud
kanak-kanak dan remaja yang menunjukkan bukti kebolehan pencapaian
yang tinggi dalam bidang-bidang sepertiintelek,kreativiti,seni,
atau keupayaankepimpinan, atau dalam bidang-bidangakademikyang
khusus, dan mereka yang memerlukan perkhidmatan atau aktiviti yang
tidak biasa diberikan oleh sekolah untuk memperkembangkan
kebolehan-kebolehan seperti yang disenaraikan di atas
sepenuhnya.
The Federal Definition of Gifted and Talentedin NCLB (No Child
Left Behind Actof 2001, US):Istilah Pintar Cerdas dan Berbakat
(gifted and talented) merujuk kepada kanak-kanak atau remaja yang
menunjukkan bukti pencapaian yang tinggi dalam bidang intelek,
kreativiti, seni, atau kapasiti pepimpinan, atau dalam bidang
akadmik yang khusus, dan yang memerlukan perkhidmatan atau aktiviti
yang tidak ditawarkan di sekolah yang untuk memperkembangan
sepenuhnya kapasiti tersebut (Title IX, Part A, Section 9101(22),
p. 544).
Gagnes Differentiated Model of Giftedness:PC merupakan potensi
yang perlu dipupuk, dan konsep ini membezakan apa yang boleh
dicapai dengan apa yang akan dicapai oleh kanak-kanak.
Keluarbiasaan potensi yang dimiliki oleh mereka merupakan apa yang
menyebabkan mereka pintar, namun, pesekitran menentukan sama ada
potensi tersebut membawa kepada kejayaan. Jadi, mereka yang
menggunakan definisi PC ini menekankan kepentingan kesesuaian
persekitaran.
DIFFERENTIATED MODEL OF GIFTEDNESS AND TALEND ( DMGT
)PENGENALANMenurut Gagne dalam DMGT,ia mencadangkan satu
peperbezaan yang jelas di antara kedua-dua konsep yang paling asas
dalam bidang pendidkan yang berbakat iaitu berbakat dan pintar
cerdas.Yang kedua,terdapat 5 komponen di dalam DMGT iaitu kebolehan
semulajadi,kecekapan,intrapersonal dan proses perkembangan.
Berbakat: merujuk kepada keadaan seseorang yang mempunyai
potensi untuk menjadi cemerlang dalam bidang-bidang yang tertentu
sama ada dalam bidang akademik atau dalam bidang bukan
akademik.Menurut Gagne(1995),seseorang itu akan dianggap berbakat
dalam bidang tertentu apabila dian menunjukkan potensinya dalam
biang tersebut.Kadang-kadang pencapaiannya dalam bidang itu belum
tentu terbukti dengan cemerlang.
Pintar Cerdas:merujuk situasi seseorang yang berbakat berjaya
mencapai kecemerlangan dalam domain-domain bakatnya pada
peringkat-peringkat yang tertentu(Gagne 1998;Pirto 1999).Individu
pintar cerdas ini adalah individu yang berbakat.Seorang yang
berbakat belum tentu akan menjadi seorang yang pintar cerdas.Banyak
faktor yang akan mempengaruhi laluan sesorang yang dianggap pintar
cerdas dalam sesuatu bidang ialah seorang yang berbakat dan juga
yang cemerlang dalam bidang yang tertentu.
Pintar cerdas merupakan potensi yang perlu dipupuk, dan konsep
ini membezakan apa yang boleh dicapai dengan apa yang akan dicapai
oleh kanak-kanak. Keluarbiasaan potensi yang dimiliki oleh mereka
merupakan apa yang menyebabkan mereka pintar, namun, pesekitran
menentukan sama ada potensi tersebut membawa kepada kejayaan. Jadi,
mereka yang menggunakan definisi PC ini menekankan kepentingan
kesesuaian persekitaran.
KEBOLEHAN SEMULAJADI (NATURAL ABILITIES / GIFT (G)DMGTterbahagi
kepadaenam domainkeupayaan semula jadi. Empat daripadanya ialah
kebolehan mental dan dua ialah kebolehan fizikal. Untuk kebolehan
mental , empat domain ialah :
1.Intelektual (intellectual GI)kepintaran umum, hujah yang
dilontarkan,lisan, nombor , ruang, memori ; prosedur
2.Kreatif (creative GC)penciptaan (penyelesaian masalah),
imaginasi,kesenian
3.Sosial( Social GS)pengaruh ; pujukan, kefasihan, kepimpinan,
keibubapaan, berinteraksi ; kemudahan sosial, kebijaksanaan
4.Persepsi (Perceptual GP)penglihatan, pendengaran, bau , rasa ,
sentuhan,
Manakala untuk kebolehan fizikal pula, dua domainnya ialah :
1.Otot (Mucsular GM)kuasa, kelajuan, kekuatan, ketahanan
2.Kawalan motor (Motor control- GR)kelajuan ( tindak balas),
ketangkasan, koordinasi, imbangan
Setiap domain mempunyai komponen-komponen tertetu dari pelbagai
aspek. Proses pembelajaran ataupun proses pembangunan bakat
semulajadi yang dirangsang oleh pemangkin luaran dan interpersonal.
Pemangkin-pemangkin ini memainkan peranan dalam membantu
pengembangan bakat.
Kebolehan semulajadi (natural ability) ini adalah bukan
semulajadi. Ia berkembang dalam perjalanan kehidupan seseorang
terutama semasa kanak-kanak melalui proses kematangan dan latihan
formal. Perkembangan dan tahap ekspresi dikawal oleh genetik dan
keturunan individu. Kebolehan semulajadi lebih mudah dilihat serta
dikesan semasa zaman kanak-kanak kerana kanak-kanak pembelajaran
sistemik yang terhad telah mengubah dan membawa mereka kepada bakat
yang spesifik Walaubagaimanapun, ia juga dapat dikesan pada
individu yang lebih tua iaitu orang dewasa melalui kelajuan dan
kecekapan seseorang individu dalam memperolehi sesuatu seperti
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang dan aktiviti tertentu. Dalam
erti kata yang mudah, kelajuan dan kecekapan dalam sesuatu
pebelajaran adalah tanda seseorang itu berbakat
(giftedness).Semakin cekap dan cepat proses pembelajaran, kita akan
mengangap semakin tinggi kebolehan semula jadi seseorang itu.
DMGT juga berkait dengan kejadian semulajadi pada manusia. Ia
terbahagi kepada tiga peringkat iaitu :
1.Pada peringkat bawah sekali, ia berkaitan dengan proses dan
struktur genotype( contohnya DNA, RNA dan pengeluaran protein)
2.Peringkat kedua pula mengandungi pelbagai proses fisiologi dan
neurologi ( yang lebih dikelani sebagai endophenotypes) yang
memastikan badan dan otak berfungsi dengan baik. Kebanyakannya
dikenali sebagai sumber perbezaan dalam komponen kebolehan
semulajadi (G) dan intrapersonal (I).
3.Peringkat yang tertinggi ialah struktur anatomi yang dipanggil
exophenotypes
( contohnya saiz otak, ketinggian dan fleksibiliti sendi).
Kebolehan semulajadi ini boleh dilihat ketika kanak-kanak
menyelesaikan dan melakukan aktiviti harian dan di sekolah.
Misalnya, kebolehan intelektual yang memerlukan mereka mmbaca dan
bercakap dalam bahasa asing atau memahami konsep matematik yang
baru.Dalam aspek pemprosesan kognitif, pelajar-pelajar cerdas
pintar biasanya apabila diuji dengan ujian-ujian psikometrik akan
mendapat skor Darjah Kecerdasan (DK) atau Intelligent Quotion (IQ)
yang tinggi biasanya melebihi 130 (Kyle 1998). Malahan, potensi
kognitif dalam bentuk potensi akademik dapat dilihat daripada
keputusan peperiksaan yang cemerlang. Selain itu ciri-ciri kognitif
pelajar cerdas pintar merangkumi keupayaan untuk menaakul idea-idea
yang abstrak, cepat memahami unsur-unsur utama dalam sesuatu isu,
sangat empati, ingatan yang kuat, dan berkecenderungan untuk
menjadi terlalu asyik dalam sesuatu topik yang diminati.
Robinson (2002) pula merumuskan ciri-ciri pelajar cerdas pintar
seperti berikut; mempunyai ingatan serta penaakulan yang luar
biasa, sangat suka kepada perkara-perkara intelektual berserta
sifat ingin tahu yang menebal, mempunyai strategi yang berbeza
ketika menyelesaikan sesuatu masalah, gemar mengajukan
soalan-soalan yang susah, dan memberikan pendapat yang ganjil hasil
dari pemikiran yang mencapah. Malahan, menurut Stemberg & Zhang
(1995) berpendapat bahawa kanak-kanak pintar cerdas mempunyai
kebolehan-kebolehan dari aspek memiliki asas pengetahuan dan
kebolehan untuk mengingati semula maklumat dari ingatan yang
tersimpan. Malahan, kanak-kanak ini mahir menggunakan kemahiran dan
strategi dalam menyelesaikan masalah serta memiliki kemahiran
metakognitif yang akan meregulasi. Apa yang penting mereka dapat
mengaplikasikan kemahiran dalam mengawal penggunaan strategi dalam
menyelesaikan masalah.
Francis Galton pula menyatakan kanak-kanak pintar cerdas sebagai
seseorang yang mempunyai penaakulan yang tinggi dan melihat sesuatu
itu di dalam perspektif yang berbeza daripada orang biasa. Dalam
erti kata lain, perkembangan awal mereka dapat dikenal pasti
sebagai seorang individu yang mempunyai pemikiran kognitif yang
arasnya adalah lebih tinggi daripada individu lain. Pandangan yang
dilontarkan oleh Galton adalah amat bernas kerana bukan semua
individu mempunyai pemikiran kognitif yang tinggi serta memerlukan
penerokaan yang lama untuk diambil oleh seseorang individu yang
biasa.
Untuk kebolehan kreatif pula banyak dilihat dalam aktiviti di
mana kanak-kanak menulis cerita pendek, mengarang lagu,meyelesaikan
masalah dan menghasilkan kerja sains, melukis poster yang cantik
ataupun bermain blok LEGO. Selain itu,antara ciri yang dipamerkan
dengan memiliki pemikiran yang kreatif ialah sangat yakin ketika
menjelaskan dan menyatakan idea-idea yang telah difikirkan serta
idea-idea yang bernas itu terhasil daripada kebolehan mereka dalam
membuat hubung kait antara dua idea yang terpencil yang tidak dapat
dilihat dan difikirkan oleh orang lain. Malahan, mereka juga boleh
meneka dan mengecam akan kewujudan seseuatu masalah dalam sesuatu
perkara tertentu dan secara spontan mereka dapat bertindak mengikut
daya pemikiran yang kreatif. Relaitinya, idea yang sering
dilontarkan dapat dikekalkan dengan hujah-hujah yang boleh menarik
minat orang lain.
Apa yang lebih penting apabila mereka berjaya mengekalkan idea
dalam setiap perbincangan atau kolaborasi dengan mereka yang
normal. Dalam pada itu, mereka menunjukkan minat yang mendalam
dalam menghasilkan projek tertentu seperti projek sains dan
robotik. Hal ini demikian kerana projek-projek seperti ini akan
menggalakkan mereka supaya berimaginasi dengan lebih jauh dan
mendalam. Jika ada yang cuba menandingi idea yang telah dilakukan
oleh mereka, pelbagai persoalan akan diajukan sehingga mereka
berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
Kebolehan sosial boleh dilihat dalam aktiviti harian dimana
kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sekelas, guru-guru dan ibu
bapa.
Kebolehan fizikal dilihat dalam aktiviti sukan, muzik dan kerja
kayu.,Akhir sekali, kebolahan persepsi dan kebolehan fizikal dapat
dilihat dalam aktiviti yang dilakukan di sekolah, dalam aktiviti
sukan atau seni ( menari, mengukir patung dan membuat
kraftangan).
PENGEMBANGAN BAKAT YANG DINAMIKPERATURAN ASAS DINAMIK /
pertimbangan dinamikDalam DMGT , kebolehan semulajadi bertindak
sebagai raw materialkepada bakat. Maksudnya, dengan adanya bakat,
barulah seseorang itu mempunyai kebolehan semulajadi yang baik.
Dalam kebanyakan situasi, seseorang itu tidak berbakat jika tidak
dianugerahkan kebolehan semulajadi terlebih dahulu. Contohnya,
fenomena dimana kemunduran akademik di kalangan kanak-kanak
berbakat dan berkebolehan intelektual.
Terdapat juga hubungan dinamik di antara pintar dan berbakat.
Oleh kerana status kebolehan semulajadi sebagai raw material,
kebolehan semualajadi yang mewakili kebolehan generik dapat
dibentuk dan digunakan dalam pelbagai kemahiran dan cara yang
berbeza, bergantung kepada bidang yang diceburi oleh seseorang.
Contohnya ketangkasan manual, salah satu daripada kebolehan
fizikal semulajadi, boleh dibentuk kedalam kemahiran tertentu
kepada pemain piano, doktor gigi , jurutaip atau pemain permainan
video. Begitu juga dengan kebolehan semulajadi kognitif iaitu
pemikiran analitikal boleh dibentuk dan diaplikasi ke dalam
pemikiran saintifik seorang ahli kimia, penganalisis pemain catur
atau perancangan atlet yang strategik.
Posted byPintar Cerdas ICTat04:39No comments:Email This
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=6013712711444268015&target=blog"
\o "BlogThis!" \t "_blank" BlogThis!
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=6013712711444268015&target=twitter"
\o "Share to Twitter" \t "_blank" Share to Twitter
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=6013712711444268015&target=facebook"
\o "Share to Facebook" \t "_blank" Share to Facebook
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=6013712711444268015&target=pinterest"
\o "Share to Pinterest" \t "_blank" Share to PinterestWEDNESDAY, 27
NOVEMBER 2013Pintar Cerdas Dan Berbakat Dalam ICTMaksud ICTICT
adalah singkatan daripada Information and Communication Technology
(Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan
dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian untuk
mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada
internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen,telefon,telefon
mudah alih,fax,telegram,PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan
maklumat.Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi
maklumat iaitu teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat
yang digunakan membuatsuntingan dengan menggunakan teknologi, untuk
memanipulasikan maklumat dan proses semula imej, dan digunakan
untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat
digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada
sumber kepada penerima.
ICT dalam Pintar Cerdas dan BerbakatICT boleh memainkan peranan
penting dalam memenuhi keperluan individu pelajar pintar dan
berbakat di seluruh fasa pembangunan di dalam dan di luar bilik
darjah. Ia boleh memberi peluang pengayaan kepada pelajar untuk
melibatkan diri dalam dan merupakan salah satu strategi untuk
menyediakan peluang kurikulum yang berbeza.
Terdapat beberapa manfaat ICT untuk pelajar pintar cerdas dan
berbakat ialah boleh memberi peluang kepada pelajar berbakat untuk
kemajuan pada kadar yang sesuai dengan kebolehan masing-masing,
boleh menampung gaya pembelajaran individu pelajar, boleh memberi
peluang kepada pelajar untuk membangunkan dan mengamalkan kemahiran
pemikiran peringkat yang lebih tinggi, membolehkan pelajar
berkomunikasi dengan pelajar-pelajar lain yang pintar cerdas dan
berbakat di seluruh dunia, boleh digunakan sebagai sumber maklumat
yang kuat, boleh menyediakan peluang berstruktur untuk siasatan
berkumpulan, boleh memberi peluang untuk mengambil bahagian dalam
pengalaman pembelajaran kerjasama, dan membolehkan pelajar untuk
melibatkan diri dalam program-program pembelajaran jarak jauh.
Pelajar-pelajar yang pintar cerdas dan berbakat dalam bidang ICT
akan:
1.Menunjukkan keupayaan ICT yang ketara yang dijangka untuk umur
mereka dengan tahap pencapaian yang lebih tinggi daripada yang
dijangkakan bagi kumpulan tahun mereka.
2.Belajar dan menggunakan teknik-teknik ICT baru dengan
cepat.
3.Menggunakan inisiatif untuk mengeksploitasi potensi ciri-ciri
yang lebih maju alat ICT, contohnya menggunakan fungsi canggih dan
formula dalam spreadsheet.
4.Memindahkan dan menggunakan kemahiran dan teknik ICT dengan
yakin dalam konteks yang baru seperti menggunakan kemahiran yang
dipelajari dalam bidang ICT dan menggunakannya untuk mata pelajaran
lain.
5.Membantu pelajar-pelajar yang lain.6.Memulakan idea-idea dan
menyelesaikan masalah dengan menggunakan ICT dengan berkesan dan
kreatif, membangunkan sistem yang memenuhi keperluan peribadi dan
kepentingan.7.Memiliki kendiri - mereka tahu bagaimana mereka
belajar dengan lebih baik dan boleh memantau pembelajaran
mereka.8.Menjangka dan menangani masalah dengan memikirkan
penyelesaian yang kreatif dan dapat menentukan penyelesaian
terbaik.9.Menumpukan perhatian untuk tempoh yang lebih lama.Pelajar
pintar cerdas dan berbakat juga belajar dan menggunakan
teknik-teknik ICT baru dengan cepat, sebagai contoh, murid-murid
menggunakan kekunci pintasan untuk tugas-tugas rutin dengan
berkesan dan sewajarnya, mereka dengan cepat menggunakan
teknik-teknik untuk mengintegrasikan aplikasi seperti mengemel.
Mereka juga menggunakan inisiatif untuk mengeksploitasi potensi
ciri-ciri yang lebih maju dengan menggunakan alat ICT. Sebagai
contoh, murid-murid akan menyiasat kod sumber HTML laman web dan
menggunakan ciri-ciri seperti kaunter atau bingkai reka bentuk web
mereka sendiri untuk memindahkan dan menggunakan kemahiran dan
teknik ICT.Pelajar pintar cerdas dan berbakat juga akan meneroka
secara bebas di luar topik yang diberikan kepadanya. Sebagai
contoh, mereka membuat keputusan secara bebas untuk mengesahkan
maklumat yang mereka dapati dari laman web. Mereka akan memulakan
idea-idea dan menyelesaikan masalah menggunakan ICT dengan berkesan
dan kreatif, membangunkan sistem yang memenuhi keperluan peribadi
dan kepentingan mereka. Sebagai contoh, mereka mencipta sebuah
laman web kelab peminat interaktif yang menghantar surat berita
bulanan kepada pelanggan elektronik (sama ada bekerja sendiri, atau
bersama-sama dengan rakan-rakan).Sumber: Gifted and talented
children understanding and suppoting their development by christine
Macintyre
http://books.google.com.my/books?id=nAVqCBb-dFsC&pg=PA236&dq=kanak-kanak+pintar+cerdas&hl=en&sa=X&ei=Mn1sUpTqMcHDrAfw4oCQAg&redir_esc=y#v=onepage&q=kanak-kanak%20pintar%20cerdas&f=false
http://ibu2be.blogspot.com/2010/12/20-kelebihan-kanak-kanak-pintar.html
http://www.becta.org.uk/techology/infosheetPosted byPintar Cerdas
ICTat06:30No comments:Email This
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=6458419269080835424&target=blog"
\o "BlogThis!" \t "_blank" BlogThis!
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=6458419269080835424&target=twitter"
\o "Share to Twitter" \t "_blank" Share to Twitter
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=6458419269080835424&target=facebook"
\o "Share to Facebook" \t "_blank" Share to Facebook
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=6458419269080835424&target=pinterest"
\o "Share to Pinterest" \t "_blank" Share to
PinterestDifferentiated Model of Giftedness and Talent (DMGT)
DMGT merupakan singkatan kepada Differentiated Model of Gifted
and Talented atau model perbezaan pintar cerdas dan berbakat. Model
ini mula diperkenalkan oleh Robert Mils Gagne iaitu pakar psikologi
pendidikan Amerika pada tahun 1985. Model ini menceritakan kepada
umum bagaimana individu pintar cerdas ini boleh diukur. Gagne telah
mengumpulkan semua pemboleh ubah yang relevan dalam setiap komponen
dibawah model DMGT. Model DMGT Gagne (2009) memperkenalkan tujuh
komponen iaitu Academic (TC), Technical (TT), Arts (TA), Social
Service (TP), Administration Sales (TM), dan Business Operations
(TB).Posted byPintar Cerdas ICTat06:18No comments:Email This
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=3923098330880566742&target=blog"
\o "BlogThis!" \t "_blank" BlogThis!
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=3923098330880566742&target=twitter"
\o "Share to Twitter" \t "_blank" Share to Twitter
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=3923098330880566742&target=facebook"
\o "Share to Facebook" \t "_blank" Share to Facebook
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=3923098330880566742&target=pinterest"
\o "Share to Pinterest" \t "_blank" Share to PinterestKenali
Individu Pintar CerdasCiri-ciri positif dari aspek fizikal,
psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdasPengamatan
tinggi Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan
kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas
pandang.
Keinginan untuk tahu tinggi Ingin mengetahui semua hal seperti
objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara.
Minat mendalam Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang
diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan
menjadi terlampau dalam hal tersebut.
Menerima infomasi dengan pantas Selalu diandaikan seperti
span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak.
Ingatan yang tinggi Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan
memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula
dengan cepat.
Mungkin dapat membaca lebih awal Kebanyakannya dapat membaca
sebelum umur 5 tahun.
Kerap membaca serta meluas Suka membaca bacaan yang meluas dan
pelbagai subjek serta membaca dengan pantas.
Tatabahasa yang tinggi Memiliki penggunaan tatabahasa yang
canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan
unik.
Tahap penumpuan yang lama Berbanding kanak-kanak normal mereka
ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara
kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran.
Kebolehan menyelesaikan masalah Kanak-kanak pintar cerdas ini
mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan
serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi.
Suka bertanya dengan lebih teliti Kebolehan untuk mencipta teori
baru terhadap sesuatu benda yang berlaku.
Keupayaan imaginasi yang tinggi Mampu untuk membayangkan sesuatu
samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta
boleh menyatakan segala kebimbangannya.
Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial Sebagai contoh,
perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu
alam sekitar.
Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku Mudah
kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air
mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar
lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat
simpati terhadap haiwan.
Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan Sangat teliti dalam
hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah
untuk orang lain.
Bersemangat dan bertenaga Mereka ini kurang tidur berbanding
rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga
untuk meneruskan kehidupan seharian
Pandai berjenaka Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan
melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak
memahami.
Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan Tidak suka melakukan
kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan
dengan sempurna.
Perkembangan asynchronous Perkembangan fizikal intelektual,
emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak
berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya,
kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6
tahun dari segi emosinya.
Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak
pintar cerdasPermasalah dari segi perkembangan asynchronous1.
Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel
mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani
perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa
mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti
dan isu-isu yang lain
2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan
membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya
menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan
mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah
kekecewaan
3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa
seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka
akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh
seseorang
Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan
memberi alasan1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap
tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka
tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sengguh pun
mereka itu bijak
2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang
dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang
yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.
3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu
bapa dan guru
Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta
masalah emosi yang sensitif1. Sikap kesempurnaan boleh membawa
mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi
seorang yang putus asa
2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap
soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari
jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial
3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu
untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran,
ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan
isu-isu ini mereka akan mengalami masalah introverted dan mungkin
menjurus kearah existential depression.
Posted byPintar Cerdas ICTat05:56No comments:Email This
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=1784027898310947256&target=blog"
\o "BlogThis!" \t "_blank" BlogThis!
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=1784027898310947256&target=twitter"
\o "Share to Twitter" \t "_blank" Share to Twitter
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=1784027898310947256&target=facebook"
\o "Share to Facebook" \t "_blank" Share to Facebook
HYPERLINK
"http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=4603128369030007824&postID=1784027898310947256&target=pinterest"
\o "Share to Pinterest" \t "_blank" Share to PinterestTUESDAY, 26
NOVEMBER 2013Sejarah Perkembangan Kanak-kanak Pintar Cerdas Di
MalaysiaPendidikan di negara Malaysia tidak menekankan kepada
pembezaan pembelajaran yangdapat dimanfaatkan oleh pelajar pintar
cerdas . Tanpa mengira lokasi dan tempat tinggal,semua pelajar
pintar cerdas ini memerlukan satu pendekatan berbeza yang dapat
meningkatkan tahap pembelajaran mereka selaras dengan kebolehan
mereka yang boleh belajar di aras kognitif yang lebih tinggi. Buat
masa ini, tidak wujud satu akta yang menekankan kepada proses
pembelajaran pelajar-pelajar pintar cerdas. Akta sedemikianamatlah
penting untuk memastikan keperluan pelajar-pelajar pintar cerdas di
Malaysia dapatdipenuhi dan potensi semula jadi yang wujud dalam
diri mereka tidak terkulai separuh jalan.
Pemerhatian menunjukkan bahawa pembangunan pendidikan pelajar
pintar cerdas di Malaysia amat jarang diberikan pemerhatian
walaupun Malaysia telah merdaka 53 tahunyang lalu. Dalam sistem
pendidikan di Malaysia, pelajar-pelajar pintar cerdas
pernahdiberikan peluang untuk belajar ditahap yang lebih tinggi
melalui Sistem Kelas Ekspressyang telah dilaksanakan pada tahun
1962. Pelajar- pelajar tersebut dikenalpasti dahulusebelum
diberikan peluang untuk memendekkan tempoh pembelajaran disekolah
rendah darienam kepada lima tahun. Dari tempoh tersebut sehingga ke
awal 1980an, KementerianPelajaran Malaysia tidak menyediakan satu
program yang khusus untuk memenuhi keperluanpembelajaran
pelajar-pelajar pintar cerdas sehinggalah Persatuan MENSA
Malaysiaditubuhkan pada tahun 1983 dengan keahlian seramai 140
oarang pelajar.
Disebabkan oleh keperluan untuk menyediakan satu bentuk
pendidikan bagi pelajatpintar cerdas wujud, maka pada tahun 1985,
Prof. Madya Azman Wan Cik, pensyarah FakultiPendidikan, Universiti
Malaya telah memperkenalkan program Pintar Cerdas BAKA
melaluipenyelidikan beliau. Program berbentuk penyelidikan tersebut
telah menggunakan satu ujiandinamakan BAKA untuk mengenalpasti
pelajar pintar cerdas yang ada di Malaysia.
Iniseterusnya di susuli dengan penubuhan Persatuan Kanak-Kanak
Bergeliga Malaysiapadatahun 1987. Persatuan ini kemudiannya telah
menjadi pentas kepada perbincangan danperkongsian diantara para
individu termasuk guru, para akademik dan ibu bapa yangberminat
atau terlibat dengan pendidikan pelajar pintar cerdas.
Pada tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
memperkenalkan UjianPenilaian Tahap Satu (PTS) untuk para pelajar
darjah tiga bagi mengenalpasti pelajar-pelajarpintar cerdas.
Pemilihan tersebut berdasarkan pencapaian akademik, dan
pelajar-pelajar yangcemerlang diberikan peluang untuk terus ke
darjah lima. PTS dilaksanakan sehingga tahun2001 dan kemudiannya
dimansuhkan kerana beberapa masalah. Sehingga akhir tahun
2006,belum ada sebarang usaha, peruntukan, mahu pun program yang
dirangka khusus bagimembantu pelajar-pelajar pintar cerdas untuk
meningkatkan potensi diri mereka dalambidang akademik dan
kehidupan.
Sejarah pendidikan pelajar pintar cerdas di Malaysia bermula
semula pada tahun 2007apabila seorang kanak-kanak pintar cerdas
matematik, Adi Putra Abd. Ghani menjadiperhatian media massa.
Beliau telah diuji tahap kepintarannya oleh Prof. Madya Dr.
NoriahMohd. Ishak seorang pakar kaunseling dan psikologi dan Dr.
Rosadah Abd. Majid seorangpakar bidang bidang pendidikan khas untuk
kanak-kanak pintar cerdas dari UniversitiKebangsaan Malaysia. Adi
Putra didapati mempunyai kepintaran yang superior dalambeberapa
bahagian matematik. Adi Putra kemudiannya telah ditawarkan beberapa
pilihanprogram pembelajaran berbentuk pecutan dan pengayaan oleh
beberapa buah universititempatan. Ini merupakan titik tolak kepada
permulaan program pendidikan kanak-kanakpintar cerdas di Malaysia
selepas program BAKA yang diperkenalkanpada awaltahun1970an.
Bertitik tolak dari Adi Putra dan dengan kesungguhan Tan Sri Dato
DrSharifah Hapsah Syed Shahabudin, Naib Canselor UKM serta sokongan
padu YAB DatinSeri Paduka Rosmah Mansor yang ketika itu adalah
isteri kepada Timbalan Perdana ManteriMalaysia, projek PERMATA
pintar seterusnya telah digarap dengan teliti.
Adalah menjadiharapan negara supaya projek ini dapat mengcungkil
lebih ramai pelajar-pelajar pintar yangberada di seluruh pelusuk
negara tanpa mengira bangsa, agama, latar belakang keluarga
danbudaya. Ini merupakan satu program yang dapat menggambarkan
konsep satu Malaysia yangdiketengahkan oleh Perdana Menteri
Malaysia keenam.Posted byPintar Cerdas ICTat03:151 comment:pintar
cerdas dan berbakat
1.0PendahuluanPendidikan pintar cerdas merupakan satu aspek
pendidikan yang sangat penting dan telah diberikan perhatian oleh
banyak negara. Ini kerana terlalu ramai kanak-kanak yang memiliki
tahap keupayaan yang luar biasa. Oleh itu, pihak-pihak yang
bertanggungjawab telah menyedari dan mengambil tindakan dalam
membantu masalah ini. Malaysia merupakan sebuah negara yang komited
untuk mengembangkan institusi pendidikan di mana kedua-dua ekuiti
dan kecemerlangan merupakan matlamat utama proses pembelajaran bagi
setiap pelajar. Senario pendidikan di Malaysia sekarang tidak
menekankan kepada pembezaan pembelajaran yang dapat dimanfaatkan
oleh pelajar pintar cerdas. Tanpa mengira lokasi dan tempat
tinggal, semua pelajar pintar cerdas ini memerlukan satu pendekatan
berbeza yang dapat meningkatkan tahap pembelajaran mereka yang
selaras dengan kebolehan kognitif mereka.Buat masa kini, tidak
terdapat satu pun akta yang menekankan kepada proses pembelajaran
pelajar-pelajar pintar cerdas. Sebenarnya, akta beginilah penting
untuk memastikan keperluan pelajar-pelajar pintar cerdas di
Malaysia. Ini kerana untuk memenuhi setiap potensi semula jadi yang
wujud dalam diri mereka tidak terkulai separuh jalan. Negara-negara
yang mempunyai tamadun purba terawal seperti Cina, Athens, Jepun,
dan Rom telah lama memberi perhatian terhadap individu berbakat. Di
Cina semasa pemerintahan dinasti Tang, kanak-kanak yang berbakat
telah dihantar ke institusi khusus untuk belajar sesuatu ilmu
tertentu yang dianggap penting kepada masyarakat pada waktu itu.
Ada diantara mereka yang dihantar untuk mempelajari sistem
perundangan sejak kecil lagi.Dapat kita perhatikan bahawa
pembangunan pintar cerdas di Malaysia amat jarang diberi perhatian
walaupun Malaysia telah medeka 52 tahun yang lalu. Memandangkan
perubahan fizikal, emosi, dan kognisi yang dialami oleh setiap
remaja berlaku dengan pesat dan tahap yang berbeza, justeru peluang
pembelajaran yang ditawarkan kepada mereka perlu direka khusus
untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang unik serta dapat
memenuhi keperluan lengkung pembelajaran pelajar yang pelbagai.
Sejarah pendidikan pelajar pintar cerdas di Malaysia bermula
apabila pada tahun 2007 apabila seorang kanak-kanak pintar cerdas
matematik, Adi Putra Abd. Ghani menjadi perhatian media
massa.2.0Definisi Pintar CerdasTerdapat pelbagai definisi mengenai
pintar cerdas. Perbezaan kepada definisi adalah berdasarkan
aspek-aspek konservatif atau liberal, satu atau pelbagai dimensi
dan fokus kepada potensi atau prestasi.Konservatif atau
liberalKonsep ini cenderung menghadkan bidang yang termasuk di
bawah kategori pintar cerdas. Definisi ini menggunakan satu
kriteria sahaja seperti satu kecerdasan tinggi yang diukur
menggunakan ujian IQ untuk mendefinisikan pintar cerdas.Satu atau
Pelbagai DimensiSesetengah definisi memfokus kepada pencapaian di
dalam domain akademik sahaja sementara yang lain memasukkan
pencapaian di dalam beberapa domain lain. Lebih banyak dimensi yang
diambil kira di dalam mendefinisi yang pelbagai menunjukkan satu
usaha untuk mengelakkan daripada mengenepikan individu yang
benar-benar pintar cerdas. Pada masa yang sama terdapat
pengiktirafan bahawa definisi pintar cerdas perlu diperluaskan,
tetapi ia tidak boleh menjadi begitu luas sehingga semua individu
dianggap sebagai pintar cerdas iaitu luar biasa kerana
keluarbiasaan akan menjadi suatu norma pula.Potensi atau
PrestasiPintar cerdas adalah sesuatu yang dicipta dan bukan yang
dijumpai. Ia adalah apa yang masyarakat mahukan. Kita memilih
dimana untuk meletakkan individu pintar cerdas dan individu yang
berkebolehan biasa. Dalam erti kata lain ialah politikal dan
psikologikal. Oleh itu, kita perlu sedar penilaian kita tentang
kebolehan dan keperluan kanak-kanak dengan kesedaran akan limitasi,
konstruk dan alat yang membimbing dalam amalan kita berkaitan
kanak-kanak pintar cerdas.2.1Istilah-Istilah Yang Sering
DigunakanBerbakat atauGiftedmerujuk kepada keadaan seseorang yang
mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang dalam bidang-bidang
tertentu sama ada dalam bidang akademik atau dalam bidang bukan
akademik. Gagne (1995) berpendapat bahawa seseorang itu dianggap
berbakat apabila dia menampakkan potensinya dalam bidang tersebut.
Kadang-kadang pencapaiannya dalam bidang yang diceburi itu belum
tentu terbukti cemerlang.Pintar cerdas atauTalentedialah keadaan
seseorang yang berbakat berjaya menempa kecemerlangan dalam
domain-domain bakatnya pada peringkat-peringkat tertentu (Gagne
1998; Piirto 1999). Pintar cerdas berpunca dari suatu sifat yang
sedia ada dalam diri seseorang itu. Individu sebegini merupakan
seorang individu yang berbakat. Sebaliknya pula, individu yang
berbakat belum tentu menjadi seorang yang pintar cerdas. Banyak
faktor yang mempengaruhi laluan seseorang itu daripada berbakat
kepada pintar cerdas.Pintar Cerdas Berbakat (PCB) atauGifted and
Talentedmerupakan satu kategori umum yang merangkumi semua jenis
bakat atau kecerdasan di kalangan individu. Istilah ini sering
diguna dalam penulisan-penulisan ilmiah yang dirujuk untuk kajian
ini. Ringkasnya PCB merupakan satu trait sama ada masih dalam
bentuk potensi atau sudah menempa kecemerlangan pada tahap-tahap
tertentu. PCB tidak merujuk kepada satu sifat yang tetap atau
kekal. Sebaliknya PCB sentiasa berubah mengikut keadaan dan
persekitaran (Renzulli, 2002). Ada kalanya persekitaran akan
menyumbangkan kepada perkembangan individu menjadi pintar cerdas
daripada keadaannya yang asal yang dikenali sebagai berbakat.Tidak
mencapai tahap (TMT) atauUnderachievementiaitu seseorang yang gagal
mencapai kecemerlangan setanding dengan bakat. Kemampuan kognitif
merujuk kepada kemahiran dan pemprosesan mental seseorang untuk
menyelesaikan tugasan yang melibatkan pemikiran.3.0Ciri-Ciri
Kanak-Kanak Pintar CerdasCiri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ini
adalah berdasarkan beberapa definisi yang berasaskan konsep bahawa
satu keupayaan yang mendasari proses kognitif dan keupayaan satu
atau lebih yang membezakan tahap pintar cerdas seseorang itu.IQ
tinggiKeupayaan pelbagaiPemerosesan maklumatPerbezaan secara
kualitatifKreativitiPrestasi luar biasaKemahiran
metakognisiKesedaran kendiri yang tinggiCemerlang mengurus
kendiriMotivasi kendiri tinggiPenumpukan perhatian yang tinggiLokus
kawalan dalaman yang tinggiBerdikariKemahiran bahasa dan
percakapanKemahiran sosial tinggiMembina rasa takut pada usia
mudaPenghargaan kendiri tinggiMencari kesempurnaanTerlampau
sensitifMudah berasa kecewaSangat malang(Gardner, Renzulli, Clark
(Gargiulo 2006) dan Sousa (2003).3.1 Ciri Negatif Dan Cabaran Yang
Dihadapi Oleh Kanak-Kanak Pintar CerdasSelain daripada ciri-ciri di
atas, kanak-kanak pintar cerdas juga memiliki ciri-ciri yang boleh
dikatakan bersifat negatif seperti perkembanganasynchronous.
Kanak-kanak pintar cerdas dikatakan mengalami perkembangan tersebut
apabila perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosialnya tidak
sekata dan setara dengan usianya. Untuk menjelaskan lagi penerangan
tersebut, sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun yang
mempamerkan tingkah laku yang setara dengan umur 10 tahun tetapi
mungkin mempunyai tahap emosi seperti kanak-kanak berusia 6
tahun.kesan daripada perkembangan tidak sekata ini, kanak-kanak
pintar cerdas yang boleh memahami secara intelek mengenai perkara
yang lebih mendalam dari kemampuan rakan sebayanya menyebabkan
ketidakstabilan emosi berlaku.Dalam aspek perkembangan fizikal pula
ialah mereka mampu menyelesaikan sesuatu tugasan yang dirasakannya
begitu mudah diselesaikan dalam gambaran intelek mereka. Sikap
ketelitian yang terlampau menyebabkan mereka terdorong untuk berasa
kecewa apabila sesuatu yang diinginkan tidak dapat dipenuhi. Mereka
lebih gemar melibatkan diri dalam perbualan orang dewasa mengenai
isu-isu global, politik dan member pendapat tentang isu tersebut.
Sikap mementingkan kesempurnaan yang tinggi boleh mendorong
kanak-kanak ini kearah takut untuk gagal. Kesannya akan menyebabkan
mereka mudah berputus asa dan tidak mampu untuk melaksanakan
sesuatu tugasan.Menurut Davis & Rimm (1998) menyatakan bahawa
faktor persekitaran seperti masalah keluarga, masalah komunikasi,
diskriminasi terhadap golongan ini, masalah tidak dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran, dan pandangan
orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka bertambah.
Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak
lain menghadapi masalah penyesuaian diri dengan rakan sebaya (Bee
1999).Oleh yang sedemikian, ketika berdepan dengan masalah
perbezaan tersebut, kanak-kanak ini akan mengalami kemurungan
kerana gagal menghadapi kemahiran sosial yang sesuai dengan tahap
kepintaran mereka. Jadi mereka akan berpura-pura tidak bijak dengan
tidak mencapai pencapaian yang sebenar.4.0Teori-Teori Dalam Pintar
Cerdas.Teori:Developmental Theories of Intelligence-piaget-
Intelligent Theorist-nonuniversal Theory- FeldmanCognitive Theories
of Intelligence-Multiple Intelligence Theory (MI)- Howard
Gardner-Triarchic Theory- Robert StenbergPsychosocial Theories of
Giftedness-overexcitability Theory- Dabrowski-Renzulli Theory-
Renzulli-Tannembaum;s Theory- TannembaumComprehensive
Theories-Feldhusens TIDE Model- Feldhusen-gagnes Differentiated
Model of Giftedness and Talent- Gagne5.0Kerangka Teori Berasaskan
Model Berbakat Dan Pintar Cerdas GagneModel ini adalah hasil usaha
Gagne (1995) untuk mengurangkan kecelaruan yang timbul kerana
penggunaan perkataan berbakat dan pintar cerdas secara bebas. Gagne
berpendapat bahawa seseorang itu mungkin dilahirkan dengan aptitud
atau kecenderungan semulajadi untuk melakukan sesuatu.
Domain-domain termasuk aspek intelek, penghasilan kreatif,
kepimpinan berserta interpersonal, dan psikomotor. Aptitud merujuk
kepada potensi kecekapan seseorang untuk melakukan sesuatu. Ia
mungkin ciri semula jadi seseorang atau mungkin juga yang ciri yang
dipelajari. Justeru itu, Gagne (1995) menegaskan bahawa aptitud
adalah bakat semula jadi.Individu yang berbakat semula jadi atau
yang mempunyai aptitud yang tinggi dalam domain-domain tertentu
yang berguna kepada masyarakat, akan berkembang menjadi individu
pintar cerdas. Ini adalah kesan daripada proses perkembangan yang
dipacu oleh pemangkin-pemangkin yang membantu. Pemangkin tersebut
kemungkinan daripada unsur intrapersonal dan juga daripada unsur
persekitaran. Model ini meletakkan teras kepentingan terhadap
proses perkembangan yang meliputi pembelajaran, latihan, dan
percubaan. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang mempunyai
potensi akan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaannya. Berkemungkinan dia berada pada kedudukan 5% teratas
dalam kumpulan yang seumur dengannya dalam keputusan peperiksaan
tersebut. Begitu juga dengan sebaliknya. Hal ini mungkin disebabkan
oleh masalah dalam proses perkembangan yang dilalui yang kurang
membantu kearah pencapaian tersebut.Mungkin fenomena ini berlaku
disebabkan oleh kekurangan pada pemangkin-pemangkin. Antaranya
ialah persekitaran yang tidak membantu, sifat dan sikap diri yang
berpegang pada nilai yang salah ataupun minat yang lebih memberi
tumpuan kepada perkembangan diri dalam bidang lain seperti dalam
bidang sukan contohnya. Namun individu terbabit kadang kala
berhadapan dengan situasi di mana dia terhalang daripada peluang
untuk menggunakan kemampuan semula jadinya yang berprestasi tinggi
itu. Justeru itu, mereka tidak berpeluang untuk mempamerkan
kemampuan mereka dalam golongan yang pintar cerdas. Ini disebabkan
oleh keadaan atau persekitarannya yang tidak menyokong keperluan
pembelajarannya (Gagne 1995, Piirto 1999).Posted byshidaat22:07