S I R I P E N G U R U S A N M K M MEMAHAMI LAPORAN TAHUNAN KOPERASI
S I R I P E N G U R U S A N M K M
MEMAHAMILAPORAN TAHUNAN
KOPERASI
Maktab Kerjasama Malaysia
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
© Maktab Kerjasama Malaysia
Cetakan Pertama : 2006Cetakan Kedua : 2010
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan
dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
Maktab Kerjasama Malaysia.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkalogan-dalam-Penerbitan Pentadbiran koperasi
(Siri pengurusan MKM) ISBN 983-4296-60-61. Cooperation reports -- Handbooks, manuals, etc. I. Maktab Kerjasama Malaysia. II Siri.657.97
Diterbitkan oleh :Maktab Kerjasama Malaysia 103, Jalan Templer46700 Petaling Jaya, SelangorTel : 03-7964 9000 Fax : 03-7957 0434
www.mkm.edu.my
ii
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
KANDUNGANPrakata vi
Bab 1 : Pengenalan Koperasi
1.1 Pengertian Koperasi 11.2 Nilai Dan Prinsip Koperasi 3
1.3 Struktur Organisasi Koperasi 5
Bab 2 : Pelaporan Kewangan
2.1 Kepentingan Pelaporan Kewangan 9
Bab 3 : Laporan Tahunan Koperasi
3.1 Kandungan Laporan Tahunan Koperasi 133.2 Kepentingan Laporan Tahunan Koperasi 163.3 Penyediaan Laporan Tahunan Koperasi 17
3.4 Susunan Laporan Tahunan Koperasi 18
Bab 4 : Maklumat Kewangan
4.1 Penyata Kewangan 214.1.1 Akaun Perdagangan 224.1.2 Akaun Untung Rugi 254.1.3 Akaun Pembahagian Keuntungan 264.1.4 Kunci Kira-kira 294.1.5 Penyata Aliran Tunai 32
4.24.1.6 Nota Kepada Akaun 34Laporan Berkanun Lembaga 39
4.3 Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman 39
4.4 Laporan Juruaudit 40
iii
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
4.5 Pandangan Suruhanjaya 42
4.6 Belanjawan Tahunan Koperasi 46
Bab 5 : Makluman Bukan Kewangan
5.1 Notis dan Agenda Mesyuarat Agung 495.2 Maklumat Korporat 505.3 Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu 505.4 Kenyataan Pengerusi 52
5.5 Laporan-laporan Lembaga 53
Bab 6 : Penutup 55
Bibliografi 57
iv
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Senarai Rajah, Jadual dan Lampiran
Rajah 1 : Sistem Koperasi 2Rajah 2 : Struktur Organisasi Koperasi 5Rajah 3 : Aliran kerja bagi menyediakan Penyata 18
Kewangan dan Laporan Tahunan Koperasi
Jadual 1 : Contoh Akaun Perdagangan 24Jadual 2 : Contoh Akaun Untung Rugi 26Jadual 3 : Pengagihan Keuntungan bagi Koperasi 27
Yang Memperoleh Keuntungan Bersih
Jadual 4Dalam Tahun Semasa
28: Contoh Akaun Pembahagian KeuntunganJadual 5 : Contoh Kunci Kira-Kira 33Jadual 6 : Contoh Penyata Aliran Tunai 35
Jadual 7 : Contoh Belanjawan Tahunan 48
Lampiran 1 : Contoh Laporan Berkanun Lembaga 41Lampiran 2 : Contoh Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman 43Lampiran 3 : Contoh Laporan Juruaudit 44Lampiran 4 : Contoh Pandangan Suruhanjaya 45Lampiran 5 : Petikan Notis Mesyuarat Agung 51
Lampiran 6 : Petikan Minit Mesyuarat Agung Tahun Lalu 52
v
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Prakata
Koperasi adalah milik bersama anggota yang bernaung di bawahnya. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab semua anggota koperasi untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan bagi memahami perjalanan dan pencapaian koperasi yang mereka miliki. Maklumat berkaitan aktiviti ekonomi dan sosial yang telah dijalankan oleh koperasi, cabaran yang dihadapi dan pencapaian yang berjaya diperoleh oleh koperasi sepanjang tahun dirumus dan dibentangkan dalam satu buku yang dikenali sebagai Laporan Tahunan Koperasi. Laporan ini bukan sekadar perlu dibaca, tetapi apa yang penting ialah untuk anggota koperasi memahami dengan jelas dan menilai maklumat yang ada supaya mereka dapat memainkan peranan dan membuat keputusan yang wajar di dalam mesyuarat agung.
Selaras dengan keperluan tersebut, penerbitan Siri Pengurusan MKM bertajuk Memahami Laporan Tahunan Koperasi ini telah dibuat bagi memudahkan pemahaman dan menjadi panduan khususnya kepada anggota koperasi untuk mereka menghayati kandungan laporan tahunan koperasi masing-masing. Buku ini juga sesuai digunakan sebagai bahan bacaan atau rujukan bagi mereka yang terlibat secara langsung tetapi mempunyai minat untuk mengetahui maklumat yang biasanya dimuatkan dalam laporan tahunan sesebuah koperasi.
PengarahMaktab Kerjasama Malaysia
vi
MEMAHAMI LAPORAN TAHUNAN KOPERASI
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
viii
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
BAB 1
Pengenalan Koperasi
Gerakan koperasi di Malaysia telah diiktiraf sebagai satu sektor yang
mempunyai peranan yang sama pentingnya dengan sektor awam dan
swasta terhadap pembangunan ekonomi negara. Bermula pada awal
dekad 20–an dengan aktiviti kredit (pinjam meminjam), gerakan koperasi
hari ini telah menceburi pelbagai aktiviti ekonomi seperti perbankan,
perladangan, pengangkutan, pengguna, pembinaan, perumahan,
pelancongan, perkhidmatan dan perindustrian. Dengan memiliki kekuatan
dari segi nilai dan prinsipnya, jumlah keanggotaan, nilai aset dan
sumbangan modal yang boleh digembleng, koperasi mempunyai potensi
untuk memainkan peranan yang lebih besar di dalam pembangunan
ekonomi negara dan juga di peringkat antarabangsa.
1.1 Pengertian Koperasi
Secara umumnya, koperasi ialah sebuah pertubuhan sosioekonomi
yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502).
Walaupun koperasi telah ditakrifkan dalam pelbagai perspektif,
secara lebih khusus, Deklarasi Manchester yang dibuat dalam
Perhimpunan Agung Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) pada
tahun 1995 telah mendefinisikan koperasi sebagai:
“sebuah persatuan manusia yang berautonomi dan
sukarela bagi memenuhi keperluan dan aspirasi bersama
1
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
dalam bidang ekonomi, sosial dan budaya, melalui
pertubuhan yang dimiliki secara bersama dan dikawal
secara demokratik”
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa koperasi adalah merupakan satu organisasi yang dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia yang bersatu berasaskan semangat kerjasama untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial mereka melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan, berdasarkan konsep dan prinsipnya yang tersendiri. Koperasi bukan saja berperanan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial anggotanya, malah sentiasa berusaha untuk memperluaskan manfaat tersebut kepada anggota masyarakat. Gambar rajah di bawah secara ringkas menerangkan bagaimana sesebuah koperasi beroperasi.
Rajah 1: Sistem Koperasi
2
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
1.2 Nilai dan Prinsip Koperasi
Koperasi didasari oleh nilai-nilai seperti membantu diri sendiri, demokrasi, kesamarataan, keadilan dan perpaduan. Anggota koperasi juga meyakini nilai-nilai etika seperti amanah, keterbukaan, tanggungjawab sosial dan prihatin terhadap orang lain. Koperasi mempunyai prinsipnya yang tersendiri yang dijadikan panduan bagi mengamalkan nilai-nilai yang mereka yakini, iaitu:
1. Keanggotaan Sukarela dan Terbuka Koperasi adalah sebuah organisasi sukarela, terbuka kepada sesiapa sahaja yang boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkannya dan rela menerima tanggungjawab sebagai anggota tanpa mengira jantina, perbezaan sosial, bangsa, fahaman politik mahupun agama.
2. Kawalan Demokratik Anggota Koperasi adalah organisasi berasaskan demokrasi,
dikawal oleh anggotanya sendiri secara melibatkan diri
dengan aktif dalam membuat polisi dan keputusan.
3. Penglibatan Ekonomi Anggota Anggota-anggota memberi sumbangan sama rata kepada modal koperasi dan mengawalnya secara demokrasi. Anggota-anggota selalunya menerima pulangan yang terhad, jika ada, ke atas modal yang disumbangkan sebagai sebahagian daripada syarat menjadi anggota. Anggota-anggota menyediakan peruntukan kewangan untuk satu-satu tujuan atau kesemua tujuan yang memajukan koperasi dan menyokong lain-lain aktiviti yang dipersetujui oleh anggota.
3
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
4. Autonomi dan Kebebasan Koperasi adalah organisasi berdikari dan bercirikan autonomi yang dikawal oleh anggotanya. Jika mereka memasuki mana-mana perjanjian dengan lain-lain organisasi, termasuk dengan kerajaan atau menambah modal daripada sumber luar, mereka berbuat demikian di atas syarat-syarat yang memastikan kawalan demokrasi masih di tangan anggota, di samping masih dapat mengekalkan taraf autonominya.
5. Pendidikan, Latihan dan Maklumat Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, lembaga yang dipilih, pengurus dan pekerja agar mereka boleh menyumbang secara berkesan kepada kemajuan koperasi. Koperasi menyampaikan maklumat kepada orang ramai terutama golongan belia dan ketua-ketua masyarakat berhubung perihal dan faedah berkoperasi.
6. Kerjasama Antara Koperasi Koperasi membantu anggotanya secara lebih berkesan
di samping mengukuhkan gerakan koperasi dengan cara
bekerja bersama-sama di peringkat tempatan, wilayah,
nasional dan antarabangsa.
7. Prihatin Terhadap Komuniti Di samping menumpukan kepada keperluan anggota-anggotanya koperasi juga berusaha untuk
membangunkan masyarakat secara mapan melalui
dasar-dasar yang diterima oleh anggota-anggotanya.
4
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
1.3 Struktur Organisasi Koperasi
Berdasarkan kepada Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan
Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil, struktur organisasi
koperasi berkisar di sekitar empat (4) komponen yang berlorek
di dalam Rajah 2.
Kuasa yang tertinggi dalam koperasi ialah Mesyuarat Agung di mana anggota koperasi mempunyai peranan yang penting bagi menentukan arah perjalanan sesebuah koperasi. Prestasi dan kejayaan sesebuah koperasi juga bergantung kepada sejauh mana anggota berjaya melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyokong kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi untuk mereka.
Anggota koperasi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) pula
akan memilih dari kalangan mereka Anggota Lembaga Koperasi
(ALK) yang akan memimpin koperasi. ALK memegang teraju
Rajah 2 : Struktur Organisasi Koperasi
MESYUARAT AGUNG
(ANGGOTA KOPERASI)
PENASIHAT / PENAUNG ALK JURUAUDIT LUAR
JAD
PENGURUSAN
5
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
kepimpinan bukan atas sifat peribadi tetapi sebagai pemegang
amanah yang diberi mandat untuk melakukan sesuatu mengikut
had atau bidang kuasa yang tertentu.
Peranan utama ALK yang dilantik adalah untuk mentadbir koperasi, merancang dan melaksanakan aktiviti yang telah diluluskan dan ditetapkan di dalam MAT. Salah satu dari tanggungjawab penting ALK adalah menyelenggarakan sistem perakaunan koperasi, termasuk merekodkan urus niaga, menyemak buku daftar dan dokumen berkaitan dan penyediaan penyata kewangan kepada Mesyuarat Agung Tahunan seperti yang dinyatakan dalam Bahagian VII, Akta Koperasi 1993.
Satu komponen penting dalam struktur organisasi koperasi adalah kakitangan yang digaji oleh koperasi untuk melaksana dasar dan keputusan yang telah dibuat oleh ALK serta mengurus aktiviti-aktiviti koperasi. Komponen pengurusan yang bertanggungjawab kepada ALK ini mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kecekapan dan keberkesanan pengendalian operasi dan pencapaian matlamat koperasi.
Bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran koperasi, ALK juga akan melantik satu Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD). Juruaudit dalaman ini diberi tugas mengkaji dan menilai struktur kawalan dalaman dan kecekapan pelbagai aspek kendalian koperasi. JAD akan menjalankan pengauditan secara berkala dan melaporkan hasil pemeriksaan mereka kepada Pengerusi ALK dan Mesyuarat Agung supaya tindakan dapat diambil untuk menangani sebarang kelemahan atau kekurangan.
Sebagai sebuah ‘syarikat berhad’, koperasi juga perlu melantik
Juruaudit Luar untuk menjalankan pengauditan ke atas akaun-
6
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
akaun koperasi. Peranan Juruaudit Luar bukanlah untuk menjamin
ketepatan penyata kewangan tetapi lebih untuk memastikan
kesaksamaan (lengkap, patuh pada prinsip perakaunan dan tidak
mengelirukan) penyata kewangan yang dibentangkan.
Penasihat atau penaung sesebuah koperasi biasanya bukan ahli koperasi tetapi dilantik oleh ALK dengan persetujuan anggota dalam MAT untuk membimbing serta memberi nasihat kepada koperasi dalam bidang-bidang tertentu seperti perniagaan, undang-undang, ekonomi dan sebagainya. Mereka berhak menghadiri serta mempengerusikan mesyuarat terutamanya MAT tetapi tidak ada kuasa mengundi dan tidak bertanggungjawab terhadap kewangan koperasi.
7
Peranan komponen-komponen
dalam struktur organisasi koperasi.
• Merupakan kuasa tertinggi di dalam koperasi.
• Mempunyai hak dan tanggungjawab dalam koperasi.
• Memilih ALK di kalangan anggota
koperasi untuk mentadbir dan
mengawal koperasi.
• Terdiri tidak kurang dari 6 dan tidak lebih daripada 15 orang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan koperasi, khususnya membuat dasar, merancang dan membuat keputusan.
• Tanggungjawab umum mereka dinyatakan dalam Undang - undang
Kecil setiap koperasi. Anggota Lembaga
JawatankuasaAudit Dalaman
• Dilantik oleh ALK di kalangan anggota yang berkelayakan.
• Terdiri tidak kurang dari 3 dan tidak lebih daripada 5 orang bertanggungjawab dalam memantau hal ehwal koperasi mengikut matlamat dan undang-undang koperasi.
• Memeriksa akaun-akaun koperasi dan
menyediakan laporan secara berkala.
• Dilantik oleh ALK bagi menjalankan kerja-kerja pengurusan dan melaksanakan urusan/ aktiviti koperasi dalam lingkungan polisi yang telah di putuskan MAT dan ALK.
Pengurusan
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
BAB 2
Pelaporan Kewangan
Setiap organisasi sama ada yang bersaiz besar atau kecil mempunyai tanggungjawab untuk membekalkan maklumat berkaitan kewangan dan pengendalian perniagaan kepada pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) terutama pelaburnya. Di Malaysia, organisasi perniagaan milik awam adalah diwajibkan oleh undang-undang untuk menjadikan maklumat kewangan tertentu sebagai ‘maklumat awam’ yang boleh diakses oleh pelbagai pihak termasuk media dan pesaing. Organisasi perniagaan kecil walaupun tidak diperlukan oleh undang-undang untuk menyediakan maklumat kewangan kepada awam, selalu didesak oleh pelabur dan pemiutang agar mereka juga menerima maklumat yang sama.
2.1 Kepentingan Pelaporan Kewangan
Pelabur dan pihak pengurusan atasan dalam sesuatu entiti perniagaan sangat mengambil berat terhadap kedudukan kewangan perniagaan, khususnya berkaitan tahap keberuntungan dan kecairan. Begitu juga pihak luar yang berkepentingan seperti pemiutang, bakal pelabur dan pesaing memerlukan maklumat berkaitan prestasi dan prospek masa depan organisasi untuk membuat keputusan yang melibatkan organisasi dan kedudukan mereka.
Oleh itu, maklumat kewangan tentang organisasi dan pencapaian
perniagaan perlu disampaikan untuk memenuhi pelbagai
9
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
keperluan pihak-pihak berkepentingan ini sekerap dan secepat yang mungkin. Proses untuk membekalkan maklumat kewangan tentang pengendalian organisasi kepada pihak berkepentingan di dalam dan di luar organisasi inilah yang dikenali sebagai pelaporan kewangan. Pelaporan kewangan boleh dibuat dengan pelbagai cara dalam tempoh tertentu, sama ada sebulan sekali, suku tahun, separuh tahun atau lazimnya sekali setahun.
Bentuk pelaporan kewangan yang kerap digunakan untukmenyampaikan maklumat kepada pihak-pihak berkepentinganadalah laporan tahunan. Laporan tahunan bukan saja bolehdikeluarkan melalui dokumen bercetak tetapi juga melaluimedia lain seperti Internet dan sebagainya. Laporantahunan memaparkan pelbagai maklumat kewangan yangmampu memberi petunjuk akan sejauh mana syarikatatau organisasi perniagaan telah berjaya atau gagal dalammenguruskan aktiviti perniagaannya. Dengan adanyajuga maklumat kewangan bagi tempoh tahun yang lalu,pihak-pihak berkepentingan boleh membandingkan pencapaian, melihat arah aliran dan boleh memahami prospek masa hadapan perniagaan. Laporan tahunan juga lazimnya memasukkan maklumat dan peristiwa bukan kewangan yang penting, data makro seperti keadaan ekonomi atau perubahan polisi dan dasar tertentu yang memberi kesan kepada kedudukan organisasi.
Secara keseluruhan, pelaporan kewangan adalah proses yang penting kerana ia dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang kekuatan kewangan semasa organisasi, hasil kendalian perniagaan semasanya dan prospek masa depan organisasi tersebut. Pelaporan kewangan juga dapat menunjukkan kepada pelabur dan pihak berkepentingan tentang sejauh mana sistem maklumat dan hal ehwal kewangan telah diuruskan oleh pentadbir dan pengurus organisasi.
10
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Tujuan Pelaporan Kewangan
PENGGUNA PENGGUNALembaga Pengarah & Mengkaji kecekapan dan
Pengurus membuat keputusan
Pemegang saham Menilai prestasi semasa
Bakal pelabur Menilai dan meramalmasa depan organisasi
PemiutangMenilai keupayaan
Pekerja kewangan
Menilai kekukuhanorganisasi
11
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
BAB 3
Laporan TahunanKoperasi
Sebagai sebuah badan yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993, sesebuah koperasi juga mempunyai tanggungjawab untuk mengurus kewangan koperasi dengan baik dan menyampaikan maklumat tentang kedudukan kewangan dan pengendaliannya untuk pengetahuan pihak-pihak berkepentingan, khususnya kepada anggota koperasi. Selain daripada membentangkan kedudukan kewangan dalam mesyuarat bulanan Anggota Lembaga Koperasi, mengikut Seksyen 59, Akta Koperasi 1993, ALK dan pihak pengurusan bertanggungjawab untuk membentangkan akaun-akaun dan laporan-laporan tertentu sekurang-kurangnya sekali setahun dalam mesyuarat agung tahunannya. Akaun-akaun dan laporan-laporan ini biasanya terkandung dalam senaskhah buku yang dikenali sebagai Laporan Tahunan Koperasi.
3.1 Kandungan Laporan Tahunan Koperasi
Laporan Tahunan Koperasi merupakan buku atau dokumen yang
dikeluarkan oleh koperasi setelah tamat satu tempoh kewangan
bagi menyampaikan secara padat segala hasil kendalian,
kedudukan kewangan dan aktiviti sosial yang telah dijalankan.
Secara umumnya Laporan Tahunan Koperasi boleh dibahagikan
13
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
kepada dua bahagian yang melaporkan :
(i) maklumat berkaitan kewangan (ii) maklumat bukan kewangan
Ia merupakan buku atau naskhah
laporan yang dikeluarkan oleh
koperasi bagi melaporkan secara
terperinci aktiviti dan prestasi
sebenar sesebuah koperasi
sepanjang tahun kewangan.
Apa itu Laporan Tahunan
Koperasi (LTK)?
Maklumat berkaitan kewangan yang perlu dibentangkan dalam
mesyuarat agung tahunan biasanya adalah merupakan
sebahagian besar daripada kandungan di dalam Laporan
Tahunan Koperasi. Bahagian yang berkaitan dengan maklumat
kewangan ini lazimnya akan memuatkan:
(a) Penyata Kewangan Koperasi yang terdiri daripada • Akaun Perdagangan • Akaun Untung Rugi
14
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
• Akaun Pembahagian Keuntungan • Apa-apa penyata sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya (Penyata Aliran Tunai) • Kunci kira-kira
(b) Laporan Berkanun Lembaga (c) Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman (d) Laporan Juruaudit (juruaudit luar) (e) Pandangan Suruhanjaya tentang akaun dan kunci kira-kira
sekiranya ada
Di samping maklumat berbentuk kewangan ini, Laporan Tahunan Koperasi juga memberi ringkasan maklumat bukan kewangan lain yang penting kepada anggota koperasi yang menghadiri sesuatu mesyuarat agung tahunan. Antara maklumat yang biasanya dimuatkan dalam bahagian ini adalah perkara yang telah dibincangkan dan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat agung yang lalu, pencapaian dan prestasi aktiviti ekonomi dan sosial/kebajikan koperasi bagi tempoh 3-5 tahun, perancangan masa depan serta polisi atau keputusan-keputusan penting yang telah dibuat sepanjang tempoh kewangan tersebut. Laporan dan maklumat bukan kewangan yang lazimnya dimuatkan dalam Laporan Tahunan dan dikemukakan dalam mesyuarat agung adalah:
(a) Notis dan agenda mesyuarat agung (b) Kenyataan Pengerusi (c) Maklumat Korporat (latar belakang ringkas koperasi) (d) Minit Mesyuarat Agung yang lalu (e) Laporan-laporan Lembaga (f) Belanjawan Tahunan Koperasi
15
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
3.2 Kepentingan Laporan Tahunan Koperasi
Laporan Tahunan Koperasi adalah merupakan saluran yang memberitahu perkembangan aktiviti ekonomi yang berlaku di dalam koperasi kepada anggota koperasi dan pihak-pihak berkepentingan, terutamanya dari perspektif kewangan. Maklumat berkaitan pelaburan, aset tetap dan jumlah tunai yang dimiliki, jumlah dan bentuk liabiliti yang ditanggung oleh koperasi, jumlah modal yang disumbangkan oleh anggota serta keuntungan bersih yang diraih oleh pelbagai aktiviti ekonomi koperasi adalah di antara maklumat yang mampu diperoleh dari laporan tahunan koperasi.
Melalui laporan tahunan koperasi juga, anggota koperasi dan pihak-pihak berkepentingan boleh mendapat gambaran sejauh mana sumber-sumber dalam koperasi telah dikendalikan dengan cekap dan berkesan. Maklumat dalam laporan tahunan koperasi juga boleh digunakan bagi memantau kepatuhan koperasi terhadap Akta Koperasi 1993, Peraturan Koperasi 1995, Aturan dan polisi yang berkaitan.
16
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Kepentingan Laporan Tahunan Koperasi
1. Menilai untung rugi koperasi dan pengagihannya.
2. Melihat aliran tunai koperasi.
3. Menilai kedudukan aset dan liabiliti.
4. Mengetahui kedudukan modal yang disumbangkan oleh anggota.
5. Menilai prestasi ALK.
6. Melihat prestasi pelaburan dalam subsidiari.
7. Mengetahui pulangan atas pelaburan yang di buat oleh koperasi.
8. Mengetahui pelaksanaan kerja Jawatankuasa Audit Dalaman.
9. Menilai kecekapan pasukan pengurusan.
10. Merancang dan membuat keputusan aktiviti koperasi pada masa
hadapan.
3.3 Penyediaan Laporan Tahunan Koperasi
Kebanyakan koperasi mempunyai sistem maklumat dan perakaunan yang digunakan sebagai asas untuk menyediakan penyata kewangan, laporan tahunan, laporan pengurusan dan maklumat-maklumat lain. Beribu-ribu urus niaga dan maklumat yang direkodkan sepanjang tahun inilah yang diringkas dan dirumuskan dalam Penyata Kewangan dan lain-lain laporan pengurusan yang akan dimuatkan dalam laporan tahunan koperasi berkaitan. Oleh itu, laporan tahunan bolehlah dianggap sebagai produk akhir proses perakaunan dan sistem maklumat di dalam koperasi.
17
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Untuk memastikan laporan tahunan koperasi dapat disiapkan dengan lengkap dan menepati masa, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah penyediaan Penyata Kewangan tahunan koperasi. Ini adalah kerana proses penyediaan penyata kewangan tahunan yang bermula dari perekodan urus niaga, penyimpanan akaun sehinggalah kepada penutupan akaun memerlukan usaha yang keras dan masa yang banyak. Mengikut Seksyen 58(3), penyata kewangan mestilah disediakan dalam tempoh dua bulan selepas tamatnya tahun kewangan. Proses pengauditan dan penyediaan laporan berkaitan lazimnya mengambil masa tambahan dua (2) bulan. Akaun koperasi yang sudah diaudit mesti diedarkan kepada anggota selewatnya 15 hari sebelum dibentang di dalam mesyuarat agung tahunan. Rajah 3 di bawah menunjukkan secara ringkas aliran kerja bagi menyediakan penyata kewangan dan laporan tahunan koperasi selepas tamat satu tempoh kewangan.
Rajah 3 : Aliran kerja bagi menyediakan penyata
kewangan dan laporan tahunan koperasi
31/12/X0 28/02/X1 30/04/X1 30/05/X1 15/06/X1 30/06/X1
2 bulan 2 bulan
Percetakan
Persiapan Penyata Kerja AuditKewangan dan (Per. 27 (8)) Terima Pandangan
laporan tahunan Suruhanjaya(Seksyen 58(3))
15 hari
Tamat 1. Serah penyata kewangan Juruaudit Hantar penyata Hantar penyata Mesyuarat AgungTahun kepada juruaudit mengemukakan kewangan teraudit kewangan teraudit (Seksyen 39(1))Kewangan laporan pengurusan & Laporan lembaga kepada anggota
2. Jika tidak, juruaudit perlu kepada Suruhanjaya kepada Suruhanjaya (Seksyen 59(2))lapor kepada Suruhanjaya (Per. 27(9 ))
3.4 Susunan Laporan Tahunan Koperasi
Pada kelazimannya isi kandungan laporan tahunan koperasi adalah
sama antara koperasi-koperasi, cuma cara persembahan dan
18
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
susunannya mungkin berlainan, bergantung pada gaya koperasi
masing-masing. Susunan kandungan laporan tahunan koperasi
yang biasa adalah mengikut urutan berikut:
Susunan Kandungan Laporan Tahunan Koperasi
a) Notis dan agenda mesyuarat agung
b) Kenyataan Pengerusi (pilihan)
c) Maklumat Korporat (pilihan)
d) Minit Mesyuarat agung yang lalu
e) Laporan –laporan Lembaga
f) Laporan Jawatankuasa Audit Dalam
g) Laporan Juruaudit Luar
h) Laporan Berkanun Lembaga
i) Pandangan Suruhanjaya
j) Penyata Kewangan Koperasi
k) Belanjawan Tahunan Koperasi
19
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
20
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
BAB 4
Maklumat Kewangan
Maklumat mengenai kedudukan kewangan dan hasil kendalian koperasi yang dikemukakan dalam laporan tahunan merupakan bahagian yang sangat penting untuk difahami oleh setiap anggota yang menghadiri mesyuarat agung tahunan. Maklumat kewangan bukan saja memberi gambaran yang menyeluruh tentang kekuatan kewangan dan kecekapan pengendalian tetapi juga amat berguna sebagai asas untuk perancangan masa depan koperasi tersebut. Bahagian ini juga akan memuatkan laporan dan pandangan yang dikeluarkan oleh juruaudit dan Ketua Pendaftar untuk diambil perhatian oleh anggota dan ALK. Oleh yang demikian adalah mustahak bagi setiap anggota untuk menganalisis dan menggunakan maklumat kewangan yang diberikan supaya mereka dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang bijak dalam sesuatu mesyuarat agung.
4.1 Penyata Kewangan
Penyata Kewangan adalah satu set laporan kewangan yang
menerangkan secara keseluruhan kedudukan kewangan sesebuah
koperasi dan hasil kendalian bagi satu tempoh kewangan. Mengikut
seksyen 59 (1) Akta Koperasi 1993 dan peraturan 29(4) Peraturan-
peraturan Koperasi 1995 satu set lengkap penyata kewangan
koperasi yang perlu dikemukakan oleh setiap koperasi
21
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
berdaftar mengandungi lima laporan perakaunan iaitu:
i) Akaun Perdagangan ii) Akaun Untung rugi iii) Akaun Pembahagian Keuntungan iv) Kunci Kira-kira v) Apa-apa penyata sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya (Penyata Aliran Tunai)
Penyata kewangan disediakan sebagai satu alat komunikasi dengan anggota koperasi berkaitan dengan pengendalian sumber dan wang yang telah diamanahkan.
4.1.1 Akaun Perdagangan Koperasi yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran dan jual beli barang niaga (pasar mini, stesen minyak dan lain-lain) perlu menyediakan akaun perdagangan untuk menunjukkan prestasi perniagaan yang diusahakan. Akaun perdagangan boleh disediakan untuk setiap jenis aktiviti perniagaan secara berasingan bagi menunjukkan dengan lebih jelas untung atau rugi kasar yang didapati oleh aktiviti-aktiviti tersebut. Mengikut Pekeliling Ketua Pendaftar Bil 1 Tahun 2005, akaun perdagangan bagi setiap aktiviti perniagaan koperasi ini perlulah ditunjukkan di dalam bahagian nota kepada akaun.
22
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Akaun perdagangan menunjukkan keuntungan atau kerugian kasar yang diperoleh daripada hasil sesuatu perniagaan koperasi bagi suatu tempoh kewangan. Keuntungan kasar atau kerugian ini adalah merupakan perbezaan di antara jualan dengan kos jualan (kos barang dijual). Keuntungan kasar adalah penting untuk mengukur keberuntungan urus niaga jual beli yang telah dikendalikan oleh koperasi.
Untung/Rugi kasar = Jualan – Kos
jualan
Jualan > Kos jualan = Untung kasar
Jualan < Kos jualan = Rugi kasar
Nilai jualan dalam akaun perdagangan adalah merupakan jumlah bagi semua hasil jualan tunai dan jualan kredit yang dibuat dalam suatu tempoh kewangan (satu tahun). Manakala kos jualan adalah segala perbelanjaan yang berkaitan barang niaga yang telah dijual dan menghasilkan jualan. Pengiraan kos jualan adalah seperti di bawah:
Kos jualan = Stok Awal + Belian + Belanja langsung–Stok akhir
Stok atau juga dikenali sebagi inventori adalah
merupakan nilai barang niaga dimiliki oleh koperasi
untuk diperdagangkan. Stok yang ada dalam simpanan
koperasi pada awal tahun dikenali sebagai stok awal.
23
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Stok akhir pula adalah nilai stok yang masih belum
dijual pada akhir tahun dan nilainya diperoleh melalui
pengiraan stok secara fizikal pada akhir tahun
kewangan. Nilai stok akhir akan menjadi stok awal pada
tahun kewangan berikutnya.
Belian merupakan barang niaga yang dibeli oleh koperasi untuk dijual. Ia boleh diperoleh secara tunai atau kredit (hutang). Untuk mendapatkan barang niaga, kadang kala koperasi juga perlu membayar perbelanjaan langsung lain yang berkait dengan belian seperti duti import, insurans barang niaga, kos pengangkutan (angkutan masuk) dan lain-lain.
Jadual 1 : Contoh Akaun Perdagangan
Koperasi Tenaga Rakyat BerhadAkaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009
JualanRM RM RM
200,000.00Tolak : Pul. Jualan 500.00
Jualan Bersih 199,500.00
Kos Jualan4,000.00Stok Awal(1/1/09)
(+) Belian 60,000.00
(- ) Pulangan Belian 1,000.00 59,000.00
(+) Kos LangsungCukai Import 3,000.00Angkutan masuk 4,000.00
Insurans b/niaga 1,000.0071,000.00
(- ) Stok Akhir (31/12/09) 10,000.00 61,000.00
Untung kasar 138,500.00
24
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
4.1.2 Akaun Untung Rugi Akaun untung rugi disediakan untuk mengetahui
untung atau rugi bersih pada akhir tahun kewangan.
Akaun ini menunjukkan semua bentuk pendapatan
yang diperoleh koperasi sama ada daripada jualan
barang niaga atau perkhidmatan (dobi, pajak gadai,
pelancongan) dan sumber-sumber lain seperti
sumbangan derma, komisen, faedah simpanan bank,
dividen pelaburan dan sebagainya.
Jumlah pendapatan akan ditolak dengan semua perbelanjaan yang telah dibuat oleh koperasi untuk mendapatkan jumlah keuntungan bersih. Perbelanjaan boleh diklasifikasi kepada dua (2) bahagian, iaitu perbelanjaan untuk jualan/aktiviti dan perbelanjaan am. Antara perbelanjaan yang sering dibuat oleh koperasi adalah seperti gaji dan upah, susut nilai, elaun mesyuarat, latihan dan pendidikan, belanja pos, hutang lapuk, Fi audit, faedah pinjaman dan lain-lain.
Untung bersih diperoleh jika pendapatan melebihi
perbelanjaan, manakala rugi bersih akan didapati
sekiranya perbelanjaan melebihi pendapatan.
Pendapatan > perbelanjaan
= Untung Bersih
Pendapatan < perbelanjaan
= Rugi Bersih
25
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Jadual 2 : Contoh Akaun Untung Rugi
Koperasi Tenaga Rakyat BerhadAkaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2009
Pendapatan dari aktivitiRM RM
52,500.00Untung kasar pasar miniUntung kasar stesen minyak 86,000.00Faedah Pinjaman Anggota 650.00Pelbagai pendapatan
1,500.00Yuran masukPendapatan sewa 3,000.00Derma diterima 250.00
146,050.00Faedah atas simpanan tetap 2,150.00
Tolak: Perbelanjaan14,500.00Gaji dan upah
Perjalanan 3,400.00Belanja pembaikan 4,300.00Alatulis 3,175.00
2,425.00Iklan
Api dan Air 8,090.00Insurans 10,005.00Bayaran Audit 5,550.00
57,845.00Angkutan Luar 6,400.00Keuntungan Bersih Dibawa Ke Akaun
88,205.00Pembahagian Keuntungan
4.1.3 Akaun Pembahagian Keuntungan Penyata ini menunjukkan bagaimana keuntungan bersih
koperasi diagih-agihkan. Pembahagian keuntungan
hendaklah dibuat selaras dengan peruntukan dalam
seksyen 57 Akta koperasi 1993. Bagi koperasi yang
memperoleh keuntungan bersih dalam tahun semasa,
26
Jadual 3 : Pengagihan keuntungan bagi koperasi yang
memperoleh keuntungan bersih dalam tahun semasa.
Jumlah Terkumpul 50 % tetapi kurang daripada Kurang daripada 50% daripada syer dan yuran
SiriKumpulan Wang 100% daripada syer dan yuran
Rizab Statutori
Peng
urusan
Kumpulan Kump. Kump. Jumlah Kumpulan Kump. Kump. Jumlah
Kategori Wang Rizab Wang Wang Kump. Wang Rizab Wang Wang Kump.
Statutori Amanah Amanah Wang Rizab Statutori Amanah Amanah Wang
Lap
oran
Me
ma
ham
i
Pend. Kop. Pemb. Kop. Pend. Kop. Pemb. Kop. Rizab
Kop. Dewasa 12 % 2 % 1 % 15 % 22 % 2 % 1 % 25%
27
(kerugian
terkumpul dapat
di hapus kira)Kop. Dewasa 15 % - - 15 % 25% - - 25%
Tah
un
an
(kerugian
terkumpul tidak
dapat di hapus
Ko
perasi
kira)
Kop. 15 % - - 15 % 25% - - 25%
(untung bersih <
RM 50,000)
Kop. Sekolah 15 % - - 15 % 25% - - 25%
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
seksyen 57 ini menghendaki supaya keuntungan bersih digunakan terlebih dahulu untuk menghapus kira sepenuhnya kerugian terkumpul koperasi jika ada. Seterusnya, keuntungan bersih yang tinggal selepas menghapus kira kerugian ini hendaklah dibuat pembahagian berkanun mengikut seksyen 57 (1)(a), (b)(i) atau (b)(ii), dan (2), iaitu dalam Kumpulan Wang
Rizab Statutori, Kumpulan Wang Amanah Pendidikan
Koperasi dan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan
Koperasi. Peratus pembahagian keuntungan adalah
seperti jadual di bawah:
Jadual 4 : Contoh Akaun Pembahagi Keuntungan
Koperasi Tenaga Rakyat BerhadAkaun Pembahagian Keuntungan bagi tahun
berakhir 31 Disember 2009
RM RMKeuntungan Bersih 88,205.00
Tolak : Kerugian Terkumpul Awal tahun 88,205.00-
Tolak : Pembahagian berkanun (25%)Kumpulan Wang Rizab Berkanun (22%) 19,405.10Kumpulan Wang Amanah 1,764.10Pendidikan Koperasi (2%)
882.05 22,051.25Kumpulan Wang Amanah
Pembangunan Koperasi (1%) 66,153.75Tolak: Pembahagian Lain
16,000.00Dividen (10% atas modal saham)Honorarium ALK 2,500.00Rebet (atas langganan anggota) 3,000.00
23,500.00Tabung Kebajikan 2,000.00
(+) keuntungan terkumpul awal tahun42,653.7523,025.00
Keuntungan Terkumpul pada
65,678.75Akhir Tahun
28
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Selepas pembayaran mengikut seksyen seksyen 57 (1)
(a), (b)(i) atau (b)(ii), dan (2), dibuat, koperasi boleh
menggunakan baki keuntungan bersihnya untuk:-
a) pembayaran potongan kerana langganan (rebet) b) pembayaran dividen, atas syer dan yuran anggota
koperasi sebagaimana yang ditentukan oleh arahan atau garis panduan
c) pembayaran honorarium kepada ALK yang tidak melebihi jumlah yang disyorkan oleh mesyuarat agung tahunan dan diluluskan oleh Suruhanjaya
d) pembayaran untuk kebajikan anggotanya dan
masyarakat
Pembahagian untuk manfaat anggota koperasi yang dicadangkan oleh ALK ini hendaklah dibentangkan dan mendapat kelulusan mesyuarat agung tahunan selaras dengan kehendak peraturan 12 (ja) Peraturan-peraturan Koperasi 1995 dan tertakluk kepada Undang-undang Kecil Koperasi itu sendiri.
Pada dasarnya, koperasi yang mempunyai untung dalam tahun semasa tetapi masih mempunyai kerugian terkumpul tidak boleh membuat pengagihan keuntungan untuk anggota. Bagaimanapun seksyen 57 (8) Akta koperasi memberi pengecualian di mana pembayaran dividen yang tidak melebihi 5 % atas jumlah syer atau yuran anggota atau kedua-duanya boleh dibuat dengan mendapat kelulusan Suruhanjaya terlebih dahulu.
4.1.4 Kunci Kira-kira Kunci kira-kira adalah satu penyata yang meringkas dan
menyenaraikan baki bagi akaun-akaun aset, modal
29
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
dan liabiliti setelah mengambil kira pelarasan-pelarasan akhir tahun. Mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar, Kunci kira-kira perlulah dibentangkan dalam bentuk penyata, di mana butiran akaun dibahagikan kepada enam (6) bahagian mengikut urutan berikut:
i) Aset Tetap ii) Aset Separa Tetap iii)Aset Semasa iv)Liabiliti Semasa v) Kumpulan Wang Anggota vi)Liabiliti Bukan Semasa.
Aset ialah sumber ekonomi yang dimiliki oleh koperasi
yang boleh memberi manfaat kepada aktiviti perniagaan
koperasi. Aset mungkin mempunyai bentuk fizikal
tertentu atau wujud dalam bentuk bukan fizikal (nyata).
Terdapat tiga jenis aset dalam koperasi iaitu:-
a) Aset Tetap Aset yang tahan lama dan boleh digunakan untuk beberapa tahun. Aset ini digunakan untuk
membantu menjalankan perniagaan. Contohnya
kenderaan, premis, mesin, perabot, komputer, dan
kelengkapan.
b) Aset Separa Tetap Aset jenis ini berubah-berubah bentuknya dalam
keadaan jangka masa iaitu kadangkala panjang dan
kadangkala pendek tempohnya. Contohnya
pelaburan siar harga atau tak siar harga, pinjaman
30
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
anggota, bon, syer dan saham yang dimiliki oleh
sesebuah koperasi.
c) Aset Semasa Aset yang boleh ditukar menjadi tunai dalam tempoh
satu tahun perakaunan. Aset semasa sentiasa berubah
bentuk dan nilainya dalam satu tempoh kewangan.
Aset semasa disenaraikan dalam Kunci kira-kira
mengikut urutan kecairan. Contoh aset semasa adalah
stok, penghutang, simpanan tetap (matang kurang
dari satu tahun) belanja-belanja prabayar, wang di
tangan dan wang di bank.
Liabiliti adalah hutang koperasi kepada pihak luar. Individu atau organisasi yang memberi hutang dikenali sebagai pemiutang. Ia wujud hasil daripada belian barang niaga atau perkhidmatan yang didapati dengan cara kredit. Hutang koperasi kepada pihak luar perlu dijelaskan dengan wang, barang atau perkhidmatan.Liabiliti dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
a) Liabiliti Jangka Panjang Liabiliti jangka panjang ialah hutang perniagaan yang perlu dibayar balik dalam masa melebihi satu tahun atau satu tempoh kewangan. Contohnya pinjaman bank, pembiayaan kenderaan, pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) dan simpanan jangka panjang anggota.
b) Liabiliti Semasa Liabiliti semasa ialah hutang perniagaan yang perlu
dibayar balik dalam satu tempoh kewangan atau
31
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
satu tahun. Contohnya pemiutang perdagangan dan
pelbagai pemiutang seperti dividen belum bayar,
honorarium belum bayar, deposit sewa diterima,
bil belum bayar, elaun belum bayar dan bayaran
audit belum bayar.
Kumpulan Wang Anggota ialah dana yang dilabur dalam koperasi oleh pemilik iaitu anggota koperasi. Kumpulan Wang Anggota terdiri daripada beberapa bentuk pelaburan anggota seperti modal syer, modal yuran, kumpulan wang penebus syer, tabung kebajikan anggota dan keuntungan terkumpul,
Kumpulan Wang Rizab Statutori adalah tabungan yang diwujudkan oleh koperasi hasil dari pembahagian berkanun seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 57 (1)(a) dan (b) Akta Koperasi 1993. Kumpulan wang ini tidak boleh diagih-agihkan kepada anggota dan hendaklah diwakili oleh dalam bentuk aset cair atau mudah cair yang selamat dan terjamin.
4.1.5 Penyata Aliran Tunai Mengikut subperaturan 29(4) Peraturan-peraturan Koperasi 1995, koperasi dikehendaki menyediakan penyata sumber dan penggunaan wang untuk dibentangkan dalam mesyuarat agung. Namun begitu kebanyakan koperasi menyediakan Penyata Aliran Tunai selaras dengan perkembangan bidang perakaunan. Tujuan penyata aliran tunai disediakan adalah untuk memberikan maklumat mengenai pergerakan tunai iaitu sumber tunai dan penggunaan tunai dalam koperasi untuk satu tempoh kewangan.
32
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Jadual 5 : Contoh Kunci Kira-kira
Koperasi Tenaga Rakyat Berhad Kunci Kira-Kira pada31 Disember 2009
Nota RM RMAset Tetap
56,250.00Kenderaan45,000.00- susut nilai terkumpul 11,250.00
Perabot 9,375.007,500.00- susut nilai terkumpul 1,875.00
Aset Separa Tetap52,500.00
8,000.00Pelaburan dalam saham tak siar hargaPinjaman Anggota 100,410.00
Aset Semasa108,410.00
10,000.00StokPenghutang 80,970.00Tunai di bank 122,500.00Tunai di tangan 250.00Bayaran Terdahulu 2,270.00
Liabiliti Semasa215,990.00
10,000.00OverdrafPemiutang 32,220.00Bayaran Terakru 1,500.00Dividen 18,000.00Rebet 3,600.00Honorarium ALK 6,500.00Kump.Wang Amanah Pendidikan Kop. 2,352.10Kump.Wang Amanah Pembangunan Kop 1,176.05
Aset semasa bersih (modal kerja)75,348.15
140,641.85
Dibiayai oleh:301,551.85
Kumpulan Wang Anggota160,000.00Modal Saham
Keuntungan Terkumpul 74,499.25
Kumpulan Wang Rizab Statutori
234,499.25
17,052.60
Liabiliti Jangka Panjang 50,000.00301,551.85
33
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Ringkasnya, penyata aliran tunai dapat membantu anggota untuk menilai dari mana koperasi mendapatkan tunai dan bagaimana ia digunakan. Maklumat ini juga berguna kepada pihak-pihak lain yang berkepentingan untuk mengetahui keupayaan koperasi untuk menyelesaikan tanggungannya, membayar dividen dan menjana aliran tunai positif di masa hadapan. Penyata ini mengelaskan aliran tunai berasaskan kepada aktiviti-aktiviti berikut :
Aktiviti Butiran
Aktiviti operasi Aktiviti-aktiviti yang menghasilkan pendapatan utamaperniagaan dan lain-lain aktiviti yang bukan aktiviti pelaburandan kewangan seperti terimaan tunai daripada jualan barang/perkhidmatan, royalti, Fi atau bayaran tunai kepada pembekal
barang/perkhidmatan dan bayaran kepada pekerja.
Aktiviti pelaburan Perolehan dan pelupusan aset jangka panjang dan lain-lainpelaburan yang tidak termasuk di dalam aset hampir tunai.Pelaburan ini dilakukan untuk memperoleh lebih pendapatandan aliran tunai masa depan. Contohnya seperti belian asettetap dan aset tidak ketara, jualan aset tetap, pinjaman kepada
anggota dan terimaan bayaran balik pinjaman.
Aktiviti kewangan Aktiviti yang menyebabkan perubahan dalam saiz dankomposisi modal ekuiti dan pinjaman perniagaan sepertiterimaan tunai daripada tambahan modal syer anggota,terimaan pinjaman jangka panjang dan bayaran balik
pinjaman.
4.1.6 Nota kepada Akaun Penyata-penyata kewangan koperasi yang disediakan
biasanya tidak cukup untuk menjelaskan perkara-perkara
tertentu yang terdapat di dalam penyata berkenaan. Oleh
itu, nota-nota kepada akaun digunakan untuk menjelaskan
lagi angka-angka yang terdapat di dalam
34
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Jadual 6 : Contoh Penyata AliranPenyata Aliran Tunai bagi tahun berakhir 31 Disember 2009
Aliran tunai daripada aktiviti OperasixxxUntung bersih sebelum cukai
Pelarasan untuk:xSusut nilai
Keuntungan/kerugian jualan aset tetap xPulangan pelaburan (Dividen) xBelanja faedah (faedah pinjaman bank) x
Untung operasi sebelum perubahan modal kerja xxTambahan/kurangan penghutang xTambahan/kurangan stok xTambahan/kurangan pemiutang x
Tunai diperoleh daripada operasi xxFaedah dibayar xCukai pendapatan dibayar xZakat perniagaan dibayar x
Tunai bersih daripada aktiviti operasi xxx
Aliran tunai untuk Bayaran Berkanun dll pembahagianxKumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi
Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi xKumpulan Wang Kebajikan xKumpulan Wang Biasiswa x
Tunai untuk bayaran berkanun xxx
Aliran tunai daripada aktiviti PelaburanxBelian aset tetap/saham pelaburan
Jualan aset tetap/saham pelaburan xPinjaman anggota dikeluarkan xBayaran balik pinjaman anggota xFaedah diterima xDividen diterima x
Tunai bersih daripada aktiviti pelaburan xxx
Aliran tunai daripada aktiviti PembiayaanxTerimaan modal syer anggota
Modal syer dikeluarkan xTerimaan pinjaman jangka panjang xBayaran balik pinjaman jangka panjang xTerimaan simpanan anggota xBayaran dividen anggota xBayaran pulangan atas simpanan anggota x
Tunai bersih daripada aktiviti pembiayaan xxxLebihan/kurangan tunai dan aset hampir tunai xxxTunai dan aset hampir tunai akhir tahun xxxx
35
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
beberapa item/akaun di dalam Kunci Kira-kira, Akaun
Untung Rugi dan juga Akaun Pembahagian Keuntungan.
Sebagai contoh, nota kepada akaun Perbelanjaan Anggota
Lembaga Koperasi yang dicatat dalam Akaun Untung
Rugi akan menyatakan butir-butir perbelanjaan mengikut
sifat belanja. Begitu juga nota kepada item pemiutang
pelbagai yang dicatat dalam Kunci Kira-kira akan
ditunjukkan secara terperinci seperti di bawah :
Contoh nota kepada akaun
Nota 7 : PEMIUTANG PELBAGAI
2004 2005
Faedah belum bayar 2,406 11,315
Dividen tertunggak 8,764 7,903
Utiliti tertunggak 780 330
Kawalcekap Sdn. Bhd. 5,000 2,500
16,950 22,048
Perkara-perkara lain yang lazimnya dimuatkan ke dalam
nota kepada akaun adalah :
1. Jenis kegiatan utama perniagaan koperasi 2. Dasar perakaunan yang diamalkan 3. Penyata pergerakan bilangan dan modal syer/yuran
anggota dan nilai yang telah dapat disahkan melalui surat pekeliling
4. Pergerakan kumpulan-kumpulan wang rizab 5. Butiran bagi pinjaman jangka panjang seperti sama
ada pinjaman kerajaan atau tidak, tarikh pinjaman
diterima, jumlah asal pinjaman, kadar faedah
pinjaman, tempoh matangnya pinjaman dan butir-
butir cagaran.
36
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
6. Pergerakan Pertaruhan dan Simpanan ahli bersama dengan penyata peratus dan nilai yang telah dapat disahkan melalui surat pekeliling.
7. Butiran berkaitan Overdraf Bank seperti had overdraf, kadar faedah, tempoh matang kemudahan dan butir-butir cagaran.
8. Penjenisan harta tetap kepada perkara-perkara seperti Tanah, Bangunan, Kenderaan, Mesin, Kelengkapan Pejabat dan lain-lain, dengan menunjukkan kos atau nilaian, susut nilai terkumpul dan butir-butir sama ada harta-harta dicagarkan atau tidak.
9. Pecahan harta yang mewakili Kumpulan Wang Rizab Statutori.
10. Butir-butir pelaburan seperti jumlah kos asal projek hingga siap, peratus kos yang telah dibelanjakan dan catatan sama ada kos terkumpul rendah daripada nilai semasa projek.
11. Butir-butir pelaburan di dalam anak-anak syarikat
seperti berikut :-
i) Nama anak syarikat. ii) Jumlah ekuiti dan peratusnya. iii) Nilai harta bersih mengikut akaun
terakhir yang telah diaudit. iv) Keuntungan / kerugian syarikat.
12. Butir-butir pelaburan dalam saham-saham syarikat siar harga seperti, nama syarikat, bilangan unit saham, kos saham dan nilai pasaran pada tarikh Kunci Kira-kira.
13. Butir-butir pelaburan dalam saham-saham syarikat
37
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
tak siar harga seperti nama syarikat, bilangan unit saham, kos saham, peratus saham yang dimiliki. dan nilai harta bersih mengikut akaun terakhir yang telah diaudit.
14. Penyata pergerakan pinjaman ahli dalam tahun mengandungi catatan peratus dan nilai yang telah dapat disahkan melalui surat pekeliling. Persediaan hutang saham juga perlu ditunjukkan berasingan.
15. Stok perdagangan hendaklah diasingkan daripada bahan dalam proses. Kenyataan sama ada kewujudan stok telah disahkan dan cara penilaian digunakan adalah diperlukan.
16. Pecahan kasar lain-lain penghutang dan pemiutang diperlukan jika maklumat tersebut akan menolong ahli-ahli membuat sebarang keputusan.
17. Butiran berkenaan dengan ikatan (commitment) luar jangka.
18. Butiran berkenaan dengan kejadian-kejadian selepas tarikh Kunci Kira-kira yang boleh memberi kesan kepada akaun-akaun berikutnya.
19. Catatan berkenaan dengan kejadian-kejadian selepas tarikh Kunci Kira-kira yang boleh memberi kesan kepada akaun-akaun berikutnya.
20. Bilangan kakitangan yang bekerja sepenuh masa.
Maklumat yang dimasukkan dalam nota kepada akaun mestilah dapat membantu mendedahkan kepada anggota fakta yang cukup berkaitan dasar yang diamalkan, aktiviti koperasi serta membolehkan penyata kewangan ditafsirkan dengan baik. Tiada senarai menyeluruh tentang apakah butiran yang mesti didedahkan oleh koperasi. Bagaimanapun penyediaan nota kepada akaun perlulah disesuaikan dengan keperluan setiap koperasi.
38
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
4.2 Laporan Berkanun Lembaga
Seksyen 59(1)(c) Akta Koperasi 1993 mengehendakinya setiap koperasi berdaftar menyediakan satu laporan mengenai hal-ehwal koperasi dan subsidiarinya (jika ada) setiap tahun untuk dibentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan koperasi. Laporan ini kebiasaannya ditandatangani oleh tiga orang Ahli Lembaga Koperasi yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Matlamat penyediaan laporan ini adalah untuk memaklumkan kepada anggota bahawa maklumat berkaitan kewangan dan aktiviti telah dilaporkan dengan jelas dan benar (tiada yang disembunyikan) serta tidak terjejas secara material
oleh perkara-perkara yang luar biasa sifatnya. Sebarang
perubahan polisi atau kaedah penaksiran serta penghapusan kira
hutang lapuk yang banyak (substantial) amaunnya juga
hendaklah dinyatakan dalam laporan ini.
Laporan Berkanun Lembaga juga perlu menyatakan cadangan
amaun yang diperuntukkan untuk kumpulan wang rizab dan
kumpulan wang/tabung lain dan cadangan pembahagian yang
dibuat oleh ALK untuk dividen, pulangan atas modal yuran dan
peruntukan honorarium kepada ALK dan lain-lain pembahagian.
4.3 Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman
Laporan ini merupakan hasil pengauditan yang telah dilakukan oleh JAD ke atas urus niaga kewangan dan pengurusan operasi yang berlaku dalam koperasi tersebut. Laporan ini disediakan bagi mematuhi kehendak Undang-undang Kecil 32 (1)(b) dan 44 (2)(l). Laporan JAD yang ditimbangkan dalam mesyuarat agung ini pada keseluruhannya akan memuatkan teguran dan cadangan JAD bagi menambah baik pentadbiran koperasi.
39
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Melalui laporan JAD juga anggota boleh mendapat maklumat sama
ada koperasi telah ditadbir mengikut matlamat dan peruntukan
undang-undang koperasi. Keutamaan laporan JAD adalah kepada
pandangan dan teguran terdahulu yang telah dikemukakan dalam
laporan berkalanya kepada Lembaga koperasi yang belum diambil
tindakan. Pada masa yang sama, laporan JAD juga boleh memberi
pandangan terhadap perkara-perkara yang melibatkan kepentingan
anggota koperasi dan masa hadapan koperasi.
4.4 Laporan Juruaudit
Pendapat profesional juruaudit luar tentang sejauh mana penyata kewangan koperasi memberi gambaran yang benar dan saksama (true and fair view), dikenali sebagai Laporan Juruaudit. Laporan ini akan disertakan bersama dengan penyata kewangan apabila laporan tahunan diedarkan kepada anggota koperasi. Laporan Juruaudit yang dikeluarkan oleh firma audit bertauliah ini
menyatakan sejauh mana penyata kewangan yang disediakan
oleh koperasi adalah lengkap, mematuhi prinsip perakaunan dan
tidak mengelirukan.
Juruaudit juga perlu memastikan akaun-akaun yang dibentangkan dalam penyata kewangan adalah berpandukan kepada Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan 1995, pekeliling-pekeliling Suruhanjaya, Garis Panduan Suruhanjaya dan Undang-undang Kecil koperasi. Satu laporan pengurusan juruaudit juga akan dikemukakan kepada Suruhanjaya seperti yang dinyatakan dalam peraturan 27 (9) Peraturan-peraturan Koperasi 1995. Salinan laporan pengurusan juruaudit ini juga boleh disampaikan kepada pihak pentadbiran koperasi untuk diambil tindakan penambahbaikan.
40
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Lampiran 1 : Contoh Laporan Berkanun Lembaga
KOPERASI SETIABUDI BERHAD
LAPORAN BERKANUN LEMBAGA MENGIKUT
AKTA KOPERASI 1993 SEKSYEN 59(1)
Kami bagi pihak Lembaga Koperasi Setiabudi Berhad dengan sukacitanya membentangkan Laporan
Tahunan dan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Dis 2009.
Sesuai dengan kehendak –kehendak Akta Koperasi 1993, kami bagi pihak Lembaga Koperasi
melaporkan bahawa:
a) Pada pendapat Lembaga, hasil operasi koperasi bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2009
tidak dipengaruhi secara berkesan oleh perkara-perkara abnormal mengikut takrif Seksyen 59(4)
b) Pelarasan-pelarasan akaun seperti yang ditunjukkan di dalam Akaun Pembahagian Keuntungan dan lain-lain akaun tahun ini adalah dipersetujui oleh Anggota-Anggota Lembaga
c) Berdasarkan kepada keuntungan yang di peroleh dalam tahun ini, Lembaga bercadang membuat
pengagihan seperti berikut:
i) Dividen atas Modal Syer (10%) RM 8,550.78ii) Dividen atas Modal Yuran (8%) RM 11,400.30iii) Pulangan Atas Simpanan Anggota(5%) RM 3,280.50iv) Kump. Wang Kebajikan Anggota RM 4,300.00v) Kump. Wang Khairat Kematian RM 1,000.00
vi) Honorarium Anggota Lembaga RM 2,500.00
d) Tiada hal-hal berbangkit yang menjadikan cara menilai Aset dan Liabiliti Koperasi yang digunakan sekarang mengelirukan atau tidak sesuai.
e) Dalam jangka masa yang diliputi oleh Akaun Untung Rugi tiada liabiliti kontinjen yang di aku janji oleh Koperasi yang belum diselesaikan
f) Lembaga Koperasi juga berpendapat bahawa jumlah Aset Semasa yang ditunjukkan di Kunci Kira-Kira adalah munasabah
g) Lembaga bersetuju membuat persediaan peruntukan rosot nilai atas pelaburan berjumlah RM
6,500.00
Kami bagi pihak Lembaga Koperasi mengaku bahawa selain daripada perkara-perkara yang tersebut di
atas, tiada lain-lain perkara di dalam pengetahuan kami yang tidak dinyatakan seperti yang dikehendaki
oleh Akta Koperasi 1993, Seksyen 59(3)
…… …..
SULAIMAN RAMLI
Pengerusi
ALI AHMAD ISMAIL ANI
Setiausaha Bendahari
Tarikh : 9 April 2010
41
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
4.5 Pandangan Suruhanjaya
Pandangan Suruhanjaya merupakan pandangan dan teguran yang dibuat berdasarkan penyata kewangan yang dikemukakan oleh koperasi kepada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Laporan ini memberi perhatian khusus terhadap akaun-akaun dan kunci kira-kira koperasi yang telah diaudit. Laporan ini juga boleh memuatkan teguran Suruhanjaya berkaitan operasi koperasi, kewangan dan pentadbiran koperasi khasnya yang tidak mematuhi sebarang peruntukan undang-undang koperasi. Semua pandangan yang mempunyai kesan kewangan terhadap akaun teraudit dan kunci kira-kira koperasi hendaklah diselaraskan dengan sewajarnya dan ditunjukkan dengan jelas dalam akaun teraudit koperasi dalam tahun kewangan yang berikutnya selaras dengan kehendak Seksyen 59 (2A) akta Koperasi 1993.
Pandangan Suruhanjaya bagi tahun semasa sebaiknya dibentangkan bersama dengan penyata kewangan koperasi dalam mesyuarat agung tahunan bagi tahun yang berkenaan. Walau bagaimanapun sekiranya ia tidak dapat dibentangkan, maka laporan tersebut perlu dibentangkan dalam mesyuarat agung tahun berikutnya.
Sebagai seorang anggota koperasi yang bertanggungjawab,
pandangan Suruhanjaya ini hendaklah diberi perhatian supaya
apa juga pandangan dan teguran dapat dibincangkan di dalam
MAT bagi tujuan penambahbaikan prestasi koperasi.
42
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Lampiran 2 : Contoh Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman
Anggota-Anggota KoperasiKoperasi Jasapermai
Berhad Teluk Bayu, Perak.
Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman bagi tahun 2009/2010
Laporan audit ini disediakan untuk mematuhi kehendak Undang-undang Kecil 32 (1)(b)
dan 44 (2)(l ) untuk dibentangkan dalam Mesyuarat agung Tahunan kali ke-10.
2. Skop Audit Laporan yang dibuat adalah berasaskan hasil pengauditan terhadap hal ehwal
kewangan, pentadbiran dan aktiviti-aktiviti koperasi yang dijalankan dari I Julai 2009
hingga 30 Jun 2010.
3. Hasil Penemuan Audit Penemuan-penemuan kami adalah seperti berikut:-
3.1 Penyelenggaraan buku-buku dan rekod. Didapati daftar aset tetap tidak dikemaskinikan walaupun telah ditegur oleh
JAD dalam laporan terdahulu.
3.2.1 Mesyuarat Lembagamengadakan mesyuarat sepanjang tempoh tigaDidapati lembaga tidak
bula mulai bulan November 2009 hingga bulan Januari 2010. Ini adalahtidak selaras dengan kehendak Undang-Undang Kecil 39(2) di manalembaga perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali
dalam sebulan.
4. Kesimpulan Dan Pandangan Tertakluk kepada perkara-perkara di atas kami berpendapat bahawa pengurusan dan hal ehwal koperasi telah dilaksanakan dengan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Koperasi 1993, Peraturan-Peraturan Koperasi 1995 dan Undang-Undang Kecil Koperasi.
5. Penghargaan Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab pengauditan dalaman yang diamanahkan.
Sekian, terima kasih
Dasuki Masran Kartini Othman……………........…
Ali Sulaiman
Pengerusi JAD Anggota JAD Anggota JAD
43
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Lampiran 3: Contoh Laporan Juruaudit
DON & CO.
Laporan JuruauditTahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2009
KepadaPengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia,Anggota-Anggota Koperasi Damai Berhad
Tetuan,Mengikut kehendak Seksyen 63 (2), (3) dan (5) Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan yang diperbuat di bawahnya dan Undang-undang Kecil Koperasi, kami melaporkan bahawa kami telah mengaudit akaun Koperasi Damai Berhad bagi tahun berakhir30 Jun 2009 dan pandangan-pandangan kami adalah seperti berikut:-
(a) Rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain yang sepatutnya disimpan oleh koperasi telah disimpan dengan sempurna mengikut kehendak Seksyen 58 Akta Koperasi 1993.
(b) Penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang serta peroleha dan pelupusan aset-aset oleh koperasi dalam tahun ini adalah mengikut akta, peraturan-peraturan dan undang-undang kecil koperasi.
(c) Kedudukan aset-aset dan liabiliti-liabiliti koperasi termasuk hutang-hutang belum bayar kepada koperasi adalah dinyatakan dengan munasabah.
(d) Penyata kewangan bersama-sama dengan nota-nota memberikan gambaran yang
benar dan saksama tentang transaksinya kewangan dan kedudukan hal ehwal
koperasi pada 30 Jun 2009 dan keuntungan koperasi bagi masa berakhir pada
tarikh tersebut.
.........................................DON & CO.
DONNY ASHRAF B. ABDULLAH
No. Juruaudit : SKM (A) 0791
Batu PahatTarikh : 20 November 2009.
44
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Lampiran 4: Contoh Pandangan Suruhanjaya
Laporan JuruauditAnggota Koperasi,Koperasi Cergas Jaya Bhd.Marang, Terengganu
Tuan,
PANDANGAN SURUHANJAYA DI BAWAH SUBSEKSYEN 59(2) AKTA KOPERASI
1993 KE ATAS AKAUN-AKAUN DAN KUNCI KIRA-KIRA KOPERASI BERAKHIR
PADA 31 DIS 2009
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa akaun Koperasi yang diaudit oleh Firma Juruaudit Don & Co. telah diterima oleh Suruhanjaya.2. Berpandukan kepada peruntukan Subseksyen 59(2) Akta Koperasi 1993 pandanganSuruhanjaya ke atas Akaun tersebut adalah seperti berikut:
a) Penghutang Perdagangan
Selain daripada hutang barang niaga Ho Yan (M) Sdn.Bhd yang bagi dua tahun
kewangan masih berbaki RM 24,500.00, hutang-hutang lama yang masih tertunggak
hendaklah diusahakan kutipannya dengan lebih giat untuk mengelakkan koperasi
menanggung hutang lapuk.
3. Pandangan-pandangan tersebut di atas hendaklah dibentangkan bersama-sama dengan
Akaun dan Kunci Kira-kira di dalam Mesyuarat Agung Koperasi
Sekian,
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
FAIRUZ B. ISMAILb.p Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia
45
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
4.6 Belanjawan Tahunan Koperasi
Peraturan 14 (1) Peraturan-peraturan koperasi 1995 menghendaki setiap koperasi untuk menyediakan belanjawan tahunan yang menunjukkan dengan jelas segala butiran pendapatan dan perbelanjaan untuk dikemukakan bagi kelulusan mesyuarat agung. Oleh itu, anggota koperasi haruslah memahami maklumat yang terkandung dalam belanjawan supaya mereka dapat menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan koperasi dengan wajar. Belanjawan tahunan yang diluluskan adalah penting kerana ia akan menjadi mandat yang membenarkan pihak pengurusan koperasi membelanjakan wang koperasi bagi tujuan menjalankan operasi perniagaan koperasi.
Belanjawan bukan satu penyata kewangan, tetapi lebih merupakan
satu dokumen yang menunjukkan keputusan yang diharapkan bagi
tahun akan datang (ramalan prestasi). Belanjawan berfungsi untuk
membantu pihak pengurusan merancang dan menyelaras aktiviti-
aktiviti koperasi dan memandu mereka untuk menguruskan
kewangan dengan lebih berhemah dan terkawal.
Belanjawan tahunan koperasi memuatkan jangkaan pendapatan dan jangkaan perbelanjaan bagi sesuatu tempoh kewangan. Jangkaan pendapatan menyenaraikan jangkaan hasil daripada semua aktiviti perniagaan dan bukan perniagaan koperasi. Penetapan amaun jangkaan ini dibuat berdasarkan pendapatan sebenar tahun sebelumnya dan mengandaikan pendapatan yang munasabah. Jangkaan perbelanjaan pula menunjukkan pecahan elemen perbelanjaan secara terperinci. Ia meletakkan amaun yang munasabah berdasarkan beberapa faktor seperti perbelanjaan sebenar, pengalaman, perubahan ekonomi pasaran, isu semasa dan sebagainya.
46
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Belanjawan Tahunan
Suatu penyata tentang rancangan kewangan koperasi yang melibatkan
amaun pendapatan dan perbelanjaan yang dijangka bagi satu tempoh akan datang
TUJUAN BELANJAWAN
Perancanganuntuk merancang aktiviti perniagaan supaya sesuatu objektif boleh tercapai
Koordinasiuntuk mengkoordinasi semua aktiviti perniagaan terhadap pencapaian objektif yang ditetapkan
Motivasiuntuk menggalakkan usaha bekerjasama di antara semua pihak bagi menjayakan rancangan perniagaan
Penilaianuntuk sentiasa menilai prestasi sesebuah koperasi dengan membandingkan
prestasi sebenar dengan yang dirancangkan
Pelaksanaanuntuk mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya untuk memulihkan
keadaan apabila prestasi koperasi adalah tidak memuaskan
47
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Jadual 7 : Contoh Belanjawan Tahunan
Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Bagi Tahun 2009/2010
PENDAPATAN Anggaran Sebenar Anggaran2009 2009 2010
(RM) (RM) (RM)
Keuntungan bersih pasar raya 9,500.00 10,250.15 10,250.00
Keuntungan bersih jualan barang runcit 10,250.00 10,125.00 10,750.00
Keuntungan bersih jualan barangan elektrik 35,200.00 38,254.50 40,500.00
Keuntungan jualan buku 5,250.00 5,224.00 5,500.00
Fi masuk 500.00 500.00 600.00
Keuntungan Katering 5,000.00 6,528.15 7,000.00
Dividen/keuntungan saham amanah 4,000.00 1,250.13 1,300.00
Dividen/keuntungan syer siar harga 1,500.00 815.05 850.00
Jumlah Pendapatan 71,200.00 72,946.98 76,750.00
PERBELANJAAN Anggaran Sebenar Anggaran2009 2009 2010
(RM) (RM) (RM)
Fi Juruaudit 1,000.00 1,300.00 1,300.00
Belanja Pejabat 1,500.00 1,725.00 2,000.00
Belanja Pentadbiran 1,500.00 1,790.50 1,800.00
Alatulis 300.00 150.50 200.00
Gaji Pekerja 25,000.00 26,500.00 27,000.00
KWSP 2,000.00 2,500.00 3,000.00
Elaun mesyuarat lembaga 4,000.00 5,000.00 6,000.00
Belanja Mesyuarat agung 2,500.00 3,250.15 3,500.00
Jumlah Perbelanjaan 37,800.00 42,216.15 44,800.00
Lebihan Pendapatan 33,400.00 30,730.83 31,950.00
48
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
BAB 5
Maklumat BukanKewangan
Bagi memastikan MAT dapat berjalan dengan lancar dan berkesan, Laporan Tahunan Koperasi juga memuatkan maklumat lain yang penting seperti notis dan agenda mesyuarat agung, minit mesyuarat agung yang lalu serta maklumat latar koperasi. Di samping itu, perbincangan tentang peristiwa bukan kewangan yang penting dan memberi kesan kepada koperasi seperti perubahan rancangan dan prosedur, tindakan atau langkah tertentu yang telah diambil untuk menambah baik prestasi koperasi dan perancangan masa depan koperasi juga biasanya akan dibincangkan.
5.1 Notis dan agenda mesyuarat agung
Undang-undang kecil 28 (1) dan (2) memerlukan notis mesyuarat agung dan penyata kewangan koperasi seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 59 (2) disampaikan kepada anggota koperasi selewatnya 15 hari sebelum MAT diadakan. Kebiasaannya ini bermaksud notis mesyuarat agung akan disampaikan bersekali dengan Laporan Tahunan Koperasi kepada semua anggota koperasi.
Notis mesyuarat agung adalah merupakan satu pemberitahuan
yang menyebarkan maklumat mengenai tarikh, tempat, masa
49
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
dan agenda Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan notis boleh dipamerkan di pejabat koperasi dan boleh juga diterbitkan di dalam mana-mana akhbar tempatan atau media cetak untuk memastikan pemberitahuan ini sampai ke pengetahuan anggota. Agenda mesyuarat yang dimuatkan dalam notis mesyuarat agung adalah berasaskan peruntukan undang-undang kecil koperasi dan merupakan panduan senarai perkara yang akan dibincangkan dalam MAT. Bagaimanapun agenda mesyuarat agung boleh diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian dalam MAT. Perjalanan sesebuah mesyuarat agung tahunan akan lebih teratur jika dijalankan berlandas agenda yang ditentukan.
5.2 Maklumat korporat / latar
Satu bahagian yang mengandungi maklumat latar koperasi seperti
tahun penubuhan, visi dan misi, senarai Anggota Lembaga,
Jawatankuasa Audit Dalaman, pengurus dan kakitangan serta
aktiviti utama koperasi akan juga dimuatkan dalam laporan tahunan
koperasi. Dari maklumat ini, anggota koperasi dapat mengenali
wakil-wakil mereka yang telah diberi mandat dan amanah untuk
mentadbir dan memimpin koperasi dan mengetahui sedikit
sebanyak tentang sejarah koperasi mereka.
5.3 Minit Mesyuarat Agung yang lalu
Minit Mesyuarat Agung yang lalu juga akan disertakan sekali dalam Laporan Tahunan Koperasi. Ini adalah untuk memudahkan anggota yang menghadiri MAT merujuk kembali perkara yang telah dibincangkan dan keputusan yang telah diambil. Semasa mesyuarat agung, anggota koperasi boleh membincangkan sebarang perkara berbangkit yang berkaitan dengan minit mesyuarat agung yang lepas sebelum ia disahkan.
50
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Lampiran 5: Petikan Notis Mesyuarat Agung
KOPERASI WARISAN BERHAD107, Jalan Tanding, 46500 Petaling Jaya, Selangor
KEPADA SEMUA ANGGOTA
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE – 18Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi WarisanBerhad bagi kali ke – 18 akan diadakan sebagaimana berikut:-
Tarikh : Khamis, 14 Disember 2009Masa : Mulai 9.00 pagi
Tempat : Auditorium Dato’ Abd Majid, PJ
AGENDA1. Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan ke – 17 pada 31 Disember
2008 2. Menimbangkan Laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman
mengenai akaun-akaun teraudit dan Laporan Lembaga Koperasi 3. Menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit koperasi bersama dengan
mencadangkan pembahagian keuntungan dan laporan juruaudit. 4. Memilih Anggota Lembaga untuk mengisi kekosongan bagi mereka yang
gugur mengikut giliran 5. Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan 2009/2010 6. Meluluskan elaun-elaun kepada Anggota Lembaga
Sekian. Terima Kasih
Dengan perintah Lembaga
Mohamed Ehsan BabaSetiausahaKoperasi Warisan Berhad
51
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
Lampiran 6: Petikan Minit Mesyuarat Agung Tahunan
Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali-17Koperasi Budiman Berhad
Tarikh : 31 Disember 2009Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Jitra.
Agenda xx : Mengesahkan minit mesyurat agung tahunan ke-16 pada 31 Disember 2008Atas cadangan En. Remy Amat (No.Anggota 0122) dan
disokong oleh En. Musa Kamil (No. Anggota 0145) mesyuarat
bersetuju mengesahkan minit Mesyurat Agung Tahunan ke-16
bertarikh 31 Disember 2008
Agenda xx : Menimbang laporan Lembaga dan Jawatankuasa audit Dalaman, pandangan Ketua Pendaftar mengenai akaun-akaun teraudit dan Laporan Lembaga Koperasi2.1 Pengerusi mesyuarat bagi pihak Anggota Lembaga
membentangkan laporan Lembaga
5.4 Kenyataan Pengerusi
Sesetengah koperasi mempunyai satu bahagian dalam laporan tahunan yang dikenali sebagai Kenyataan Pengerusi. Bahagian ini tidak menjadi kewajipan untuk disediakan oleh setiap koperasi. Kenyataan pengerusi adalah merupakan satu penyataan yang diberikan oleh pengerusi sebagai mukadimah laporan tahunan. Kebiasaannya, kenyataan ini merumuskan pencapaian aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun, perancangan dan harapan untuk masa depan koperasi. Kenyataan pengerusi juga kadang kala disebut sebagai kata aluan, ucapan pengerusi dan sebagainya.
52
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
5.5 Laporan-laporan Lembaga
Laporan Tahunan Koperasi bukan saja memberi maklumat yang
boleh diukur dengan nilai ringgit. Selain daripada maklumat
kewangan, mesyuarat agung tahunan juga memperuntukkan
ruang bagi menimbang laporan-laporan Lembaga secara lebih
terperinci.
Laporan-laporan Lembaga akan memuatkan ulasan terhadap aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial yang telah dijalankan sepanjang tempoh kewangan. Di samping menunjukkan statistik prestasi (keuntungan atau kerugian) untuk beberapa tempoh kewangan, bahagian ini selalunya juga akan menerangkan punca bagaimana sesuatu aktiviti itu boleh berjaya atau gagal. Penglibatan jawatankuasa kecil, sokongan anggota, masalah dan cabaran yang dihadapi juga dapat digambarkan dalam laporan ini. Secara tidak langsung, anggota juga berpeluang menilai prestasi ALK melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun dan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh koperasi.
Kebiasaannya anggota koperasi yang hadir dalam mesyuarat
akan mengambil kesempatan mengajukan soalan, mendapatkan
penjelasan lanjut, memberi maklum balas atau mengutarakan
ketidakpuasan hati mereka terhadap sesuatu perkara semasa
agenda ini dipertimbangkan.
53
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
54
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
BAB 6
Penutup
Kejayaan atau kegagalan sesebuah koperasi itu bukan saja bergantung kepada kebijaksanaan ALK tetapi juga kepada sokongan anggotanya. Anggota koperasi sebagai komponen yang penting dalam struktur pentadbiran koperasi mempunyai peranan dalam menentukan dasar dan polisi, corak pentadbiran serta arah tuju sesuatu koperasi. Sebagai anggota, mereka bukan saja mempunyai hak-hak tertentu tetapi juga mempunyai tanggungjawab yang berat untuk memastikan koperasi berjaya mencapai matlamat yang telah dipersetujui bersama. Salah satu daripada hak dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh anggota adalah menghadiri mesyuarat agung tahunan.
Mesyuarat agung yang merupakan kuasa yang tertinggi dalam koperasi adalah platform di mana anggota koperasi berkumpul sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengetahui perkembangan dan menilai pencapaian yang telah diperoleh oleh koperasi sepanjang tahun. Maklumat berkaitan kedudukan kewangan dan prestasi ini akan dimuatkan dalam bentuk penyata kewangan dan pelbagai laporan yang dikenali sebagai laporan tahunan koperasi.
Laporan tahunan harus digunakan oleh anggota untuk menilai prestasi
dan pencapaian koperasi dalam sesuatu tahun, seterusnya digunakan
sebagai asas untuk merancang masa depan koperasi. Oleh itu wajarlah
anggota koperasi mempunyai kemahiran untuk memahami,
55
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
menganalisis dan menilai pelbagai maklumat yang terkandung dalam laporan tahunan ini supaya mereka boleh membuat keputusan yang terbaik untuk koperasi. Dengan fahaman yang jelas tentang maklumat yang terkandung dalam laporan tahunan, anggota tentunya dapat menyumbang idea yang lebih bernas dan kritikal, memberi cadangan yang membina bagi memantapkan pengurusan koperasi dan meningkatkan lagi prestasinya.
56
Siri Pengurusan Memahami Laporan Tahunan Koperasi
BibliografiAkta Koperasi 1993 (Akta 502) dan Peraturan-peraturan (Hingga 10hb
November 2000). International Law Book Services.
Firus, M., Basnan, N. & Zakaria, H. (2003). Prinsip perakaunan.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Harvard Business Essentials Series (2000). Finance for managers.
Harvard Business School Publishing Coorporation.
Isa, S. (1998). Prinsip pengauditan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail, A. M. (2004). Jati diri koperasi. Utusan Publications &
Distributors.
Kursus IDA 111 Memahami Laopran Tahunan Koperasi (Lecture
notes). Maktab Kerjasama Malaysia.
Laporan Tahunan 2004. Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama
Malaysia.
Laporan Tahunan 2004. Koperasi Pelaburan Pekerja
Safeguards. Laporan Tahunan 2004. Koperasi Tentera.
Melgs, R. F. et al. (2000). Pentadbiran kewangan dan pelaporan. Mc
Graw Hill.
Wood, F., & Sangster, A. (1999). Business accounting. Piman
Publishing.
57