-
MEMAHAMI CUKAI PENDAPATAN
* Pertanian dan ternakan.
* Penjajaan makanan dan barangan lain.
* Komisen, urus niaga saham, dan jualan lang-sung.
* Bayaran dari perkhidmatan profesional yang diberi seperti
perkhidmatan akauntan, doktor, peguam, jurutera dan arkitek yang
men-jalankan perniagaan sendiri.
Tanggungjawab Peniaga Dalam proses pem-bayaran cukai, setiap
peniaga atau individu yang menjalankan perniagaan atau profesion
sendiri mempunyai tanggungjawab terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN). Antaranya,
* Menyimpan rekod perniagaan dengan leng-kap yang berkaitan
dengan jualan, belian, stok awal dan akhir, dan juga
perbelanjaan-perbelanjaan yang terlibat dalam perniagaan.
* Menyimpan semua resit bayaran dan pernerimaan, bil utiliti,
penyata bank, dan keratan cek bagi menyokong rekod-rekod
perniagaan.
ms 19
KEWANGAN
agi individu yang berniaga, maklumat-maklumat berikut perlu
dikemukakan:
* Nama dan alamat perniagaan
* Sijil Pendaftaran Perniagaan
* Penyata Akaun untuk tahun berkenaan
* Bentuk Perniagaan (contoh: milikan tunggal)
* Tarikh perniagaan dimulakan
* Jenis perniagaan
Pendapatan Perniagaan Lazimnya pendapa-tan seorang peniaga
merangkumi atau meli-puti bayaran yang diterima daripada pelang-gan
ke atas jualan barang niaga atau pelaksan-aan sesuatu perkhidmatan.
Antara pendapa-tan yang diperoleh daripada perniagaan adalah
seperti berikut:
* Jualan barang niaga atau bahan makanan.
* Bayaran yang diterima dari perkhidmatan yang diberi atau
subkontrak yang dijalankan.
BTeks: Mr. Kamal (Chartered Accountant), Dr Leow (Management
Consultant)
-
* Bagi pendapatan perniagaan seperti subkon-traktor, analisis
pendapatan daripada subkon-trak perlu dikemukakan.
* Peniaga digalakkan untuk mendapatkan khidmat agen percukaian
yang bertauliah bagi membantu dalam penyediaan penyata akaun
perniagaan.
Perbelanjaan Yang Dibenarkan Seperti yang dinyatakan dalam
seksyen 33 Akta Cukai Pendapatan 1967 (pindaan), hanya
perbelan-jaan yang dikenakan dalam menghasilkan pendapatan
perniagaan boleh diberi poton-gan dalam pengiraan pendapatan yang
dike-nakan cukai.
Oleh yang demikian, perbelanjaan untuk tujuan peribadi,
perbelanjaan modal, atau perbelanjaan permulaan tidak layak
mendap-atkan potongan.
Berikut adalah contoh-contoh perbelanjaan yang dibenarkan:
* Upah atau gaji pekerja.
* Bonus dan komisen pekerja.
* Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibayar
untuk pekerja.
* Elaun perjalanan pekerja.
* Sewa premis atau bangunan perniagaan.
* Manfaat perubatan dan pergigian kepada pekerja.
* Belanja pembaikan premis, bangunan, dan kenderaan yang
digunakan dalam perniagaan.
* Premium Insurans kebakaran dan kecurian.
* Belanja pengangkutan dan bungkusan produk.
* Pembelian peralatan bagi keperluan pekerja yang hilang upaya
(contoh: komputer). Perbe-lanjaan utiliti seperti api, air,
telefon, dan gas.
* Sewa loji dan mesin, perabot dan kelengka-pan, atau kenderaan
yang digunakan dalam perniagaan perniagaan seperti lori, van atau
bas.
Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan Terda-pat beberapa jenis
perbelanjaan yang tidak dibenarkan sebagai potongan walaupun
perbelanjaan tersebut berkaitan secara lang-sung atau tidak
langsung dalam perniagaan. Antaranya:
* Perbelanjaan peribadi pemilik perniagaan (seperti kenderaan,
kediaman, bil elektrik, air dan telefon).
* Modal untuk pembelian aset tetap. Susut nilai ke atas aset
tetap (bangunan, kenderaan, loji dan mesin).
ms 20
KEWANGAN
-
* Perbelanjaan keraian terhadap pelanggan atau pembekal.
* Peruntukan hutang ragu.
* Bayaran cukai pendapatan perniagaan termasuk sebarang bayaran
yang berkaitan dengan rayuan cukai.
* Denda terhadap kesalahan undang-undang.
* Belanja pengubahsuaian premis perniagaan.
* Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja melebihi 19
peratus.
Perbelanjaan Dua Kali Ganda Terdapat perbelanjaan yang boleh
dituntut dua kali ganda sebagai potongan. Antaranya:
* Gaji atau upah yang dibayar kepada pekerja-pekerja yang hilang
upaya.
* Perbelanjaan hasil untuk latihan yang dilulus-kan.
* Perbelanjaan hasil untuk promosi eksport.
* Perbelanjaan hasil untuk tujuan penyelidikan yang
diluluskan.
Perbelanjaan Khusus Terdapat perbelanjaan khusus yang dibenarkan
untuk dituntut dalam pengiraan cukai pendapatan perniagaan.
Peruntukan ini dinyatakan dalam seksyen 34(6) Akta Cukai Pendapatan
1967 (pindaan).
Perbelanjaan khusus bermakna perbelanjaan yang bukan dikenakan
dalam perniagaan tetapi membantu negara dari segi ekonomi dan
sosial. Antaranya:
* Perbelanjaan bagi penyebaran risalah, artikel, atau terjemahan
buku dalam bahasa Melayu berkaitan dengan kebudayaan,
kesusasteraan, profesional, sains, atau teknikal yang dilulus-kan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
* Sumbangan kepada perpustakaan awam (tidak melebihi RM100,000).
Jika sumbangan melebihi RM100,000, lebihan akan campur dengan
untung perniagaan.
* Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelenggaraan pusat
rawatan kanak-kanak untuk manfaat pekerja.
* Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian dan kebudayaan (tidak
melebihi RM200,000). Jika penajaan melebihi RM200,000, lebihan akan
dicampur dengan untung perniagaan.
ms 21
KEWANGAN
-
Elaun Modal Seperti yang diterangkan sebe-lum ini, belanja susut
nilai ke atas aset tetap tidak dibenarkan walaupun aset tersebut
digu-nakan dalam perniagaan. Sebagai gantiannya, Akta Cukai
Pendapatan 1967 (pindaan) telah membenarkan peniaga untuk menuntut
elaun modal. Kadar elaun modal bergantung kepada jenis aset seperti
yang telah ditetapkan.
Oleh yang demikian pembayar cukai dike-hendaki menuntut potongan
elaun modal di ruangan yang telah disediakan dalam borang cukai B.
Butir-butir yang perlu dinyatakan atau dikemukakan bersama penyata
akaun ialah:
* Pengiraan cukai pendapatan.
* Jadual dan pengiraan elaun modal.
* Jenis-jenis aset yang dibeli.
* Salinan perjanjian sewa beli atau sewa pajak bagi aset yang
berkenaan.
Antara kadar elaun modal tahunan yang telah ditetapkan
ialah:
* Kenderaan 20 peratus setahun
* Perabot & kelengkapan perniagaan/pejabat 10 peratus
setahun
* Loji dan mesin berat 20 peratus setahun
* Loji dan mesin (umum) 16 peratus setahun
* Komputer 40 peratus setahun
Kerugian Perniagaan Jika mengalami keru-gian, peniaga masih
dikehendaki untuk
mengemukakan penyata akaun. Terdapat peruntukan dalam Akta Cukai
Pendapatan 1967 (pindaan) yang membolehkan kerugian perniagaan
tahun asas ditolak daripada pendapatan agregat dalam tahun semasa.
Jika kerugian ini tidak boleh ditolak atau diserap semuanya, ia
boleh dibawa ke tahun hadapan.
Kesimpulan Percukaian merupakan tang-gungjawab setiap individu
di negara ini. Kega-galan untuk isytihakan cukai pendapatan dan
cukai syarikat akan menyebabkan Lembaga Hasil Dalam Negeri
mengenakan denda sehingga 300% maksimum keatas cukai yg
dikenakan.
KEWANGAN
22