1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kerja kursus ini adalah berkaitan dengan dengan seorang tokoh iaitu Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman yang banyak menyumbangkan jasa dalam bidang Persuratan Melayu terutamanya dalam bidang penulisan bahasa.Beliau bukan sahaja dikenang dari sumbangan terhadap kegiatan Pakatan Melayu Persuratan Buku Diraja Johor tetapi juga merupakan tokoh yang telah banyak menghasilkan sejumlah karya-karya yang mengkagumkan. Dan apa yang benar-benar dibanggakan hasil karya dan buku-buku beliau masih diguna pakai hingga hari ini.Maka atas sumbangan beliau ini,pada 16 November 1984 Perpustakaan Universiti Malaya telah mengadakan majlis upacara mengenang jasa dan seterusnya menyampaikan buku-buku hasil karya Muhammad Said Sulaiman bertujuan agar hasil karyanya terus kekal “ tak lapuk dihujan tak lekang dek panas”. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Kerja kursus ini adalah berkaitan dengan dengan seorang tokoh iaitu Mejar Dato’
Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman yang banyak menyumbangkan jasa dalam bidang
Persuratan Melayu terutamanya dalam bidang penulisan bahasa.Beliau bukan sahaja
dikenang dari sumbangan terhadap kegiatan Pakatan Melayu Persuratan Buku Diraja Johor
tetapi juga merupakan tokoh yang telah banyak menghasilkan sejumlah karya-karya yang
mengkagumkan. Dan apa yang benar-benar dibanggakan hasil karya dan buku-buku beliau
masih diguna pakai hingga hari ini.Maka atas sumbangan beliau ini,pada 16 November
1984 Perpustakaan Universiti Malaya telah mengadakan majlis upacara mengenang jasa
dan seterusnya menyampaikan buku-buku hasil karya Muhammad Said Sulaiman
bertujuan agar hasil karyanya terus kekal “ tak lapuk dihujan tak lekang dek panas”.
1.2 OBJEKTIF
Objektif kerja kursus ini ialah menghuraikan dan membincangkan serta mengkaji
mengenai sejarah kehidupan tokoh, pendidikan tokoh, sumbangan tokoh, buah tangan
tokoh dalam bidang persuratan dan anugerah serta pengiktirafan yang diterima oleh tokoh
sepanjang penglibatan tokoh dalam bidang persuratan di zaman kegemilangan beliau.
1
1.3. KAEDAH
Pelbagai kaedah yang telah digunakan dalam menghasilkan kerja kursus ini
terutamanya merujuk ke perpustakaan, untuk mendapatkan buku-buku yang berkaitan
dengan tokoh.Saya telah berulang kali merujuk di Perpustakaan Daerah Kudat dan
Perpustakaan Negeri Sabah . Saya juga mendapt bantuan sepenuhnya daripada tenaga
kerja perpustakaan yang memberikan buku yang sesuai untuk kajian ini. Disamping itu ,
saya juga mencari dan mendapatkan buku-buku Pusat Sumber sekolah SMK Abdul Rahim,
Kudat. Tidak ketinggalan juga bahan rujukkan daripada Dewan Bahasa Pustaka , Kota
Kinabalu .Selain itu saya juga menggunakan kaedah merujuk internet untuk mengumpul
maklumat melalui laman sesawang yang bersesuaian dan berkenaan.
1.4 BATASAN
Batasan kajian ini hanya meliputi tentang biodata, pendidikan tokoh, sejarah hidup
tokoh kerjaya tokoh,perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu , sumbangan dan hasil
karya tokoh serta anugerah yang pernah diterima oleh tokoh.
2
1.5 DEFINISI KONSEP
Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Sulaiman merupakan tokoh yang menjadi
pelopor dalam bidang Bahasa Melayu terutamanya aspek tatabahasa.Beliau yang menjadi
pelopor bahasa yang di banggakan sekitar zaman 1930-an terutamanya di Negeri
Johor.Sesiapa yang pernah membaca dan memiliki buku serta semua karya yang pernah
hasilkan oleh beliau, pastinya kagum dan menjadikannya sebagai panduan sepanjang
zaman.Beliau yang di angkat sebagai Pendeta Bahasa Negeri Johor ini, bukan sahaja
menghasilan buku-buku berbentuk bahasa terutamanya Bahasa Melayu tetapi beliau juga
menghasilkan banyak karya yang lain berbentuk sastera, keagamaan, sosial dan kesenian.
2.0 MEJAR DATO’ HAJI MUHAMMAD SAID BIN HAJI SULAIMAN
Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiaman adalah seorang tokoh
cendekiawan yang terkenal dengan pangglan “Orang Teluk Belanga” yang lahir pada
zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar. Beliau merupakan tokoh kebudayaan istana yang
telah banyak melahirkan buku-buku yang berbentuk ilmu pengetahuan untuk tatapan umum
pada zamannya. Oleh kerana kelebihan dan keistemewaan beliau ini dalam lapangan
karang mengarang beliau dipanggil pengarang serba boleh.
3
Kebolehan beliau sangat unik. Beliau mencebur dirinya dalam semua bidang
penulisan yang termampu oleh daya pemikiran dan pengetahuannya. Ini disebabkan beliau
mengamal dan menganuti satu prinsip,tidak tahu kenal malu dan tidak takut berbuat salah
untuk melahirkan pendapat dan pengetahuan yang diwarisinya untuk sama-sama dipunyai
oleh masyarakat umum. Atas prinsip inilah beliau telah menghasilkan pelbagai buku ilmu
pengetahuan di dalam lapangan bahasa,kesusasteraan, agama dan geografi serta sejarah.
Beliau juga tidak ketinggalan giat membuat terjemahan dan menyusun susur-galur
keturunan diraja Johor.
Prinsip yang beliau teguhi itu sekurang-kurangnya telah mempengaruhi seseorang
sarjana yang terkena,Drs. Li Cuan Siu,untuk menyusun Iktisar Sejarah Kesusasteraan
Melayu Baru 1830-1945.Dalam pendahuluannya beliau menyebut prinsip Muhammad Said
Sulaiman yangmembuat penuh keyakinan melahirkan bukunya iaitu “Never be afraid that
your wrting is too poor or your fact are at fault.Able people will correct you and improve
on what you have begun by producing better works.If never writer afraid to write
because people may laugh at his shallowness there would have been n book in the word”.
2.1 LAHIRNYA SEORANG PENDETA BAHASA
Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Bin Haji Sulaiman ialah tokoh yang dianggap
seorang sejarahwan yang prolifik dan terkenal lagi disegani. Diputerakan di Teluk
4
Belanga,Singapura pada tanggal 7 Oktober 1876. Ibu beliau iaitu Hajah Salmah adalah
berketurunan Orang Kaya Semantan dan bersaudara kandung kepada Abdul Rahman
Andak, Datuk Seri Amar Diraja Johor.Beliau yang berlatar belakangkan keluarga yang
ternama ini, maka tidak hairanlah beliau mendapat kedudukan yang baik dikalangan
masyarkat atasan Negeri Johor.
2.2 PENDIDIKAN MUHAMMAD SAID SULAIMAN
Mendapat pendidikan awal sewaktu berusia lima tahun di Sekolah Melayu Teluk
Belanga, Singapura.Beliau juga menerima pendidikan kelas Al-Quran dari seorang guru
yang bernama Mohd .Salleh, Bendahari Kerajaan Negeri Johor. Sebagai seorang yang
pintar dan bijak, beliau sering mendapat kedudukan-kedudukan yang baik dalam
peperiksaan sekolah rendah.Sebagai hadiah atas kepintaran yang ditunjukkan itu maka
kerajaan Negeri Johor telah menghadiahkan beliau biasiswa kewangan iaitu sebanyak $
2.00 setiap bulan selama setahun. Beliau yang juga mempelajari Bahasa Inggeris dalam
Darjah Tiga, semasa berada di sekolah Melayu. Semangat beliau yang ingin terus
menguasai Bahasa Inggeris sehinga beliau sanggup belajar Bahasa Inggeris pada sebelah
petangnya di Sekolah Inggeris Cawangan Kampung Baru.
Beliau meneruskan pendidikan Inggeris selepas tamat Darjah Empat Sekolah
Melayu di Sekolah Inggeris Raffles (Raffless School). Pelajaran beliau terganggu apabila
5
keluarga beliau membawa beliau ke Mekkah dan ini memaksa Muhammmad Said
Sulaiman berhenti sekolah ketika dalam Darjah Lima.Sekembalinya beliau ke tanah air,
beliau meneruskan usaha mempelajari Bahasa Inggeris secara tidak formal pada sebelah
petang daripada seorang pegawai kanan yang juga merupakan ahli keluarganya yang
bertugas di Pejabat Keretapi Muar.Demi kepentingan pelajaran pelajaran, beliau mendaftar
semula untuk bersekolah di Sekolah Anglo-Chinese Singapura hingga Darjah Tujuh.
Beliau menamatkan persekolahan setakat Darjah 7 ketika berusia 16 tahun akibat masalah
kesempitan wang kerana ibu bapa beliau tidak mahu lagi membantu menanggung
pembiayaan persekolahannya.
Disebabkan sumbangan yang banyak dalam aspek kebahasaan, beliau telah
dianugerhkan gelaran pendeta oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja
Johor.Beliau bukan sahaja seorang pengarang buku yang tersohor di Johor beliau juga
adalah seorang tokoh ilmuan yang berkalibar khususnya dalam bidang kebahasaan.Beliau
yang mendapat gelaran Dato’ juga merupakan anggota tentera berpangkat Mejar dalam
Pasukan Tentera Tambahan Setia Johor
2.3. SEJARAH HIDUP TOKOH
Selepas menamatkan pelajaran setakad Darjah 7, Muhammad Said Bin
Sulaiman,telah berkhidmat sebagai sorang kerani dengan seorang paderi Kristian dari
pertubuhan British and Foreign Bible Society. Beliau tetap meneruskan pekerjaan tersebut
walaupun bertukar majikan yang baru iaitu Tuan Miller setelah paderi yang sebelumnya
6
berpindah pulang ke England.Perkhidmatan beliau ini berlanjutan selama empat tahun
sebagai kerani Tuan Miller.Kerjaya beliau kemudiannya berubah dengan masa depan yang
terbentang luas apabila pada 1 Septembar 1898, beliau dilantik sebagai “tukang wang”di
Pejabat istana Besar, Johor Bahru.Berkat kesesungguhan dan kegigihan serta disiplin kerja
yang yang diperlihatkan, beliau seterusnya telah menjawat jawatan sebagai penolong Pos
Master-general. Dan dengan penuh kepercayaan beliau dilantik pula, menjadi setiausaha
Sulit kepada Sultan Johor ketika itu, iaitu Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim bagi
menggantikan abangnya Datuk Daud Sulaiman
Haji Muhammad Said yang berbadan kecil, memperlihatkan semangat yang penuh
dedikasi untuk melaksanakan tugas-tugas yang berat yang tetap dipikulnya dengan penuh
tanggungjawab. Seperti yang termaklum, Sultan Ibrahim adalah seorang sultan yang begitu
absolute dan ditakuti oleh rakyat.Tetapi Muhammad Said tetap member khidmat kepada
baginda dengan akur dan taat setia. Segala urusan yang berkaitan dengan tugas beliau
laksanakan dengan baik dan sempurna.
Antara tugas utama beliau ialah menyusun dan menubuhkan Johor Volunteer
Forces dengan pangkat Leftenan. Kemudian beliau diserapkan dalam Johor Military Forces
(Timbalan Setia Negara) sebagai staff officer dengan pangkat kapten.Atas kepimpinan
yang terserlah, beliau di beri mandat untuk menerajui unit ini dengan membuka cawangan
lain di Mersing, Segamat dan Pontian.Pangkat beliau sebagai Mejar memberikan
bertanggugjawab yang besar untuk beliau sentiasa memantau Johor Military dan Johor
7
Volunteer Forces sentiasa berjalan dengan baik dari struktur pentadbiran dan kebajikan
setiap anggota-anggotanya.
Beliau yang pernah melawat ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu dan bandar
seperti Betawi, Bogor, Bandung, Cheribon,Semarang di Indonesia telah memberikan beliau
ilham untuk menulis bukunya yang berjudul Perihal Tanah Jawa. Selepas Perang Dunia
Pertama, buat pertama kalinya beliau telah melawat London dan tinggal dikediaman ayah
saudaranya Abdul Rahman Andak yang beristerikan wanita Jerman. Bersama-sama
sepupunya Dr. Walter Raman, beliau telah dibawa melawat Paris, Belgium,Frankfurt dan
Berlin di Eropah.
Tanggal Mei 1955, adalah tarikh persaraan beliau tanda perkhidmatannya beliau
telah sampai ke penghujungnya, namun disebabkan khidmat beliau masih diperlukan maka
beliau terus berkhidmat sehingga 31 Ogos 1954.Beliau juga merupakan tokoh yang
mempolopori bidang bahasa bilamana beliau telah dilantik sebagi Naib yang Dipertua
PBMPB Diraja Johor , iaitu Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja bagi Johor
yang dilembagakan oleh Surat Kebebasan Diraja.Beliau yang pernah menjadi penaja buku-
buku terutamanya buku bahasa,dan dipertanggungjawabkan menjadi ahli khas bagi “Tubuh
Lembagaan”. Beliau yang mendapat anugerah sebagi Pendeta Bahasa Johor(PBJ) PBMPB
Diraja sejak penubuhannya sehingga 17 Septembar 1940 bersama-sama Dato’ Haji
Abdullah Bin Abdul Rahman dan Sir Richard Winstedt. Beliau juga pernah menjadi
Pengarang Majalah Tawarikh dari tahun 1949 sehingga 1958.
8
Beliau yang turut bergiat cergas dalam bidang ketenteraan di Johor sehingga Sultan
Johor berkenan menganugerahi beliau pangkat Kapten dan seterusnya Mejar. Tidak
menafikan atas segala sumbangan beliau , maka beberapa anugerah dan pingat kebesaran
telah beliau terima sehingga membawa gelaran Dato’ oleh Sultan Johor. Muhammad Said
Sulaiman telah meninggal dunia pada 27 Ogos 1955.
2.4. SUMBANGAN TERHADAP PAKATAN BELAJAR DAN
MENGAJAR (PBMPB)
Muhammad Said Sulaiman merupakan seorang tokoh dalam bidang persuratan
Melayu ditinjau dari aspek karya yang telah dihasilkan dan sumbangannya terhadap
Persuratan Melayu khususnya untuk Negeri Johor. Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah
,kajian sejarah awal bahasa dan sastera melayu menyatakan bahawa, Muhammad Said
Sulaiman bersama Abdul Rahman Andak adalah pelopor yang bertanggungjawab dan
menjadi penggerak utama Pakatan Belajar dan Mengajar Pengetahuan Bahasa Melayu
pada 1888,di Negeri Johor. Seterusnya pada 14 April 1935 menjadi Pakatan Bahasa
Melayu Dan Persuratan Buku Diraja Johor(PBMPB). Beliau yang dilantik sebagai Naib
Yang Dipertua PBMPB Diraja Johor dan menjadi pendeta bahasa bagi pertubuhan tersebut
sejak ia ditubuhkan sehingga 17 September 1940.
9
Pakatan Bahasa Melayu Dan Persuratan Buku Diraja Johor ini mempunyai
matlamat tersendiri. Antara matlamatnya ialah:
i. Untuk memelihara, melengkap dan memodenkan Bahasa Melayu.
ii. Memelihara tulisan Jawi.
iii. Mereka juga ingin membaiki ejaan dan Perkataan.
iv. Tidak ketinggalan untuk mencapai hasrat pakatan tersebut
mengadakan
ceramah dan penyelidikan dengan menerbitkan Jurnal Peredar
sebagai
perantara dengan masyarakat.
v. Dengan usaha gigih pakatan ini juga mengadakan perpustakaan
sebagai
peniup semangat amalam baik iaitu membaca dikalangan
masyarakat.
vi Dan pada zaman pakatan inilah, terciptanya perkataan-perkataan baru
seperti setiausaha, dato, datin, pesuruhjaya dan Pegawai Daerah.
10
2.5. ULASAN BUKU BERBENTUK BAHASA KARYA MUHAMMAD
SAID SULAIMAN
Sepanjang tempoh tersebut beliau telah menghasilkan beberapa buah buku yang
berkaitan tatabahasa, Bahasa Melayu. Antara buku yang telah diterbitkan yang masih
digunakan sebagai bahan rujukkan pengamal bahasa sehingga hari ini ialah Buku Katan
Kamus Melayu yang diterbitkan pada tahun 1936.Buku yang ditulis dalam tulisan jawi
diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu dan persuratan Diraja Johor.Buku ini memuatkan
daftar kata yang disusun mengikut abjad jawi daripada huruf “alif ya”Setiap kata
dimasukkan etemologinya, kemudian diberikan makna kata dan akhirnya diberikan senarai
kata terbitnya.Dan buku ini diterbitkan semula pada tahun 1997 oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka agar dapat dimanfaatkan oleh generasi sekarang dan akan datang.Ini adalah kerana
buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan umum.Perkara ini tidak dapat disangkal lagi
apabila buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka pada tahun2009, tulisan Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan
Abdul Hamid Mahmood menjadikan Buku Katan Kamus ini sebagai bahan salah satu buku
rujukan mereka.
Pada tahun 1937, buku Jalan Basa Melayu yang telah ditulis oleh tokoh telah
diterbitkan oleh Matbaah Al- Ahmadiah di Singapura.Buku yang ringkas ini mengandungi
11
bahagian-bahagian dan pecahan terpenting dalam ilmu perkataan (peri perkataan) dan ilmu
ikatan ( ayat-ayat). Buku yang terbahagi kepada tiga bahagian ini , iaitu ilmu ejaan (jalan
basa) huruf, ilmu perkataan dan ilmu ikatan ayat (jalan basa perenggan kata). Selain itu
buku ini juga menghuraikan tanda-tanda perhentian,binaan perkataandan rangkapan iaitu
kaedah mengarang syair, pantun, gurindam dan lain-lain lagi.Tokoh juga memberikan
panduan bagaimana bertutur dan menulis dengan betul di dalam buku ini.
Berikutnya pada tahun 1939, Muhammad said Sulaiman menghasilkan buku yang
bertajuk Penokok dan Penambah Dalam Bahasa Melayu.Buku yang khusus
membincangkan nahu Bahasa Melayu tentang pembinaan kata.Beliau menyatakan bahawa
dalam jalan Bahasa Melayu, bahasa cakapan itu dijadikan daripada bunyi-bunyi dan bahasa
tulisan itu dijadikan daripada bunyi-bunyi dan bahasa tulisan itu dijadikan daripada huruf-
huruf.Bunyi-bunyi atau huruf-huruf dirangkaikan menjadi perkataan.Beliau menggunakan
istilah yang agak berbeza seperti perkataan umbi sebagai Kata Dasar,pendepan untuk
awalan,pandin ( penambah kemudian) untuk akhiran , umbutan untuk kata terbitan,
penokok untuk satu atau lebih pendepan, penambah untuk satu atau lebih pandin,kandin
untuk apitan. Dalam buku ini imbuhan apitan tidak hadir sekaligus.Setiap imbuhan hadir
secara berperingkat dari dalam ke luar .
12
2.6. KETOKOHAN MUHAMMAD SAID BIN SULAIMAN
Muhammmad Said Sulaiman merupakan pedeta bahasa yang terkenal pada
zamannya.Bersama-sama Abdul Rahman Andak dan Pakatan Bahasa Melayu Diraja Johor
beliau telah sedaya upaya demi memertabatkan Bahasa Melayu dengan agenda-agenda
mereka sendiri untuk kepentingan masyarakat sejagat.Maka dengan itu terbitlah beberapa
buah buku hasil karya Muhammad Said Sulaiman.Menurut sumber, beliau semasa
hayatnya telah menulis sekurang-kurangnya kurang 16 buah buku yang hingga kini masih
diguna pakai oleh generasi baru sebagai warisan bahasa yang tidak ternilai harganya.
Antara- buku-buku tulisan beliau ialah:
2.6.1 Karya-karya Berbentuk Bahasa Dan Sosial
BILANGAN JUDUL BUKU TAHUN DITERBITKAN
1 Buku Katan Kamus (Kamus Melayu) 1936
2 Jalan Basa Melayu (Jawi) 1937
3 Penokok Dan Penambah Dalam Bahasa Melayu
1939
4 Buku Ketetapan Hejaan Melayu 1941
13
5 Manual Of Malay Language 1947
6 Karya yang ditulis melalui Siri Peredar 1937-1940
7 Pakai Patut Melayu -
2.6.2 Karya-karya Berbentuk Peredar
BILANGAN JUDUL TAHUN
DITERBITKAN
1.Peredar 2 Panduan Bagi Hejaan 1937
2.Peredar 4 Tawarikh Dan Manusia 1935
3.Peredar 9 Kisah sejarah Melayu Diringkaskan 1939