940710-09-5025 FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENGANGKUTAN DALAM KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SHEIKH AHMAD, PERLIS SINOPSIS Prasarana pengangkutan merupakan salah satu pemacu utama negara maju.Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pengangkutan dalam kalangan pelajar yang dijalankan di kawasan kajian.Tumpuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis pengangkutan yang digunakan oleh para pelajar setiap hari.Kajian ini juga dijalankan untuk menkaji faktor yang mempengaruhi pemilihan pengangkutan misalnya faktor ekonomi, alam sekitar dan lalu lintas.Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad, Perlis dipilih sebagai kawasan kajian kerana lokasinya sebagai satu-satunya sekolah kluster kecemerlangan di kawasan Arau.Soal selidik digunakan bagi mengenalpasti faktor pemilihan jenis pengangkutan dalam kalangan pelajar.Data telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif seperti frekuensi untuk melihat taburan kekerapan, peratusan dan purata.Keputusan analisis menunjukkan bahawa ekonomi merupakan penyumbang utama kepada jenis pengangkutan yang digunakan oleh para pelajar disamping faktor alam sekitar dan lalu lintas. 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
940710-09-5025
FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENGANGKUTAN DALAM
KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
DATO’ SHEIKH AHMAD, PERLIS
SINOPSIS
Prasarana pengangkutan merupakan salah satu pemacu utama negara maju.Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pengangkutan dalam
kalangan pelajar yang dijalankan di kawasan kajian.Tumpuan kajian ini adalah untuk
mengenalpasti jenis pengangkutan yang digunakan oleh para pelajar setiap hari.Kajian ini
juga dijalankan untuk menkaji faktor yang mempengaruhi pemilihan pengangkutan misalnya
faktor ekonomi, alam sekitar dan lalu lintas.Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh
Ahmad, Perlis dipilih sebagai kawasan kajian kerana lokasinya sebagai satu-satunya sekolah
kluster kecemerlangan di kawasan Arau.Soal selidik digunakan bagi mengenalpasti faktor
pemilihan jenis pengangkutan dalam kalangan pelajar.Data telah dianalisis menggunakan
kaedah statistik deskriptif seperti frekuensi untuk melihat taburan kekerapan, peratusan dan
purata.Keputusan analisis menunjukkan bahawa ekonomi merupakan penyumbang utama
kepada jenis pengangkutan yang digunakan oleh para pelajar disamping faktor alam sekitar
dan lalu lintas.
1
940710-09-5025
KANDUNGAN
Halaman
SINOPSIS
KANDUNGAN
SENARAI PETA
SENARAI RAJAH
SENARAI FOTO
PENGHARGAAN
1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Perlis
3.2 Arau
3.3 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’
Sheikh Ahmad
4.0 KAEDAH KAJIAN
4.1 PERSAMPELAN
4.2 PENGUMPULAN DATA
4.2.1 Data Primer
4.2.2 Data Sekunder
4.3 TEKNIK PENGANALISAAN DATA
5.0 DAPATAN KAJIAN
5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
5.1.1 Jantina
5.1.2 Umur
5.1.3 Bangsa
5.2 ANALISIS JENIS PENGANGKUTAN PARA PELAJAR
UNTUK KE SEKOLAH
2
940710-09-5025
5.2.1 Pejalan Kaki
5.2.2 Basikal
5.2.3 Motosikal
5.2.4 Kereta
5.2.5 Bas
5.2.6 Lain-lain
5.3 ANALISIS FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENGANGKUTAN
PARA PELAJAR UNTUK DATANG KE SEKOLAH
5.3.1 Faktor Ekonomi
5.3.2 Faktor Alam Sekitar
5.3.3 Faktor Lalu Lintas
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
3
940710-09-5025
SENARAI PETA
No Peta Halaman
1 Peta Negeri Perlis
2 Peta Kawasan Sekolah
SENARAI RAJAH
No Rajah Halaman
1 Jantina
2 Umur
3 Bangsa
4 Graf Analisis Jenis Pengangkutan
SENARAI FOTO
No Foto
1
2
3
4
5
4
940710-09-5025
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberikan kekuatan untuk menyiapkan tugasan kali ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Halimah bt Khalid selaku penyelia saya di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Teguran dan tunjuk ajar beliau amat dihargai.
Saya turut ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad yang telah banyak membimbing, memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang saya berada di sekolah ini. Terima kasih juga kepada ibu dan abah tercinta iaitu Encik Noh bin Adam dan Puan Wan Hasnah bt Ismail kerana banyak membantu dan tidak jemu memberikan nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan serta sokongan moral dan kewangan. Tidak lupa juga buat adik beradik saya Nor Asyikin bt Noh dan Nor Azlina bt Noh, terima kasih kerana memberikan semangat.
Penghargaan ini juga buat rakan-rakan yang disayangi, Muhd Firdaus bin Nordin, Nor Syafiqah bt Abd Aziz, Hani Sofea Marissa bt Haslizan, Abdul Wafi bin Rosli, Muhd Nur Farez bin Romli, Wan Rasfan Norshiham bin Wan Rostan, Nur Hafizah bt Hasan dan rakan-rakan seperjuangan di Tingkatan Enam Za’ba, terima kasih kerana sudi membantu. Jasa anda semua amat dihargai.
Sekian, terima kasih kepada semua.
5
940710-09-5025
1.0 PENGENALAN
Manusia melakukan banyak aktiviti dan antara aktiviti yang paling penting terutama kepada
remaja ialah aktiviti pembelajaran.Pergerakan yang dilakukan oleh pelajar dari rumah atau
asrama ke sekolah atau institusi pendidikan dikenali sebagai trip sekolah (Lapin 1964 &
Bureau of Transportation Statistics 2006) atau trip pendidikan (Ortúzar & Willumsen
2001).Trip sekolah merupakan salah satu trip yang berasaskan rumah selain daripada trip
kerja, dan trip membeli-belah (Riza Atiq 1994; Ortúzar & Willumsen 2001). Trip pendidikan
dan trip kerja juga dikenali sebagai trip wajib manakala trip lain dikenali sebagai trip pilihan.
Data daripada kajian di Santiago (Ortúzar & Willumsen 2001) mendapati tatisti trip (87.18%)
yang dilakukan pada waktu puncak pagi (7.00 pagi hingga 9.00 pagi) ialah trip kerja dan trip
pendidikan.
Permintaan pengangkutan untuk trip sekolah merupakan keperluan penting untuk
memudahkan proses ulang alik pelajar ke sekolah. Peringkat umur yang berlainan
memerlukan jenis pengangkutan yang berlainan. Misalnya, peringkat umur persekolahan
akan memerlukan perkhidmatan bas sekolah mengikut masa-masa tertentu (Ibrahim 1988).
Bagi memenuhi keperluan trip sekolah, pelajar menggunakan pelbagai jenis pengangkutan
daripada berjalan kaki sehingga kepada penggunaan kenderaan sama ada pengangkutan
awam atau pengangkutan persendirian. Pengangkutan berupaya mewujudkan pengerakan,
membolehkan bidang pendidikan diperluaskan kepada pelajar tanpa mengalami halangan,
dan memberi kesempurnaan terhadap trip sekolah.Kemajuan dalam pengangkutan
membolehkan semakin ramai pelajar membuat lebih banyak trip ke tempat yang lebih jauh.
Corak trip sekolah di Malaysia terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi yang bermula pada
pukul 6.00 hingga 7.30 pagi dan pulang dari sekolah bermula jam 1.10 tengah hari, manakala
sesi petang pula bermula pada jam 11 pagi hingga 1.10 tengah hari dan trip pulang dari
sekolah bermula pada pukul 6.30 petang hingga 7.00 petang. Berdasarkan statistik yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005, bilangan pelajar yang
bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah seramai 5.3 juta orang.Jumlah ini adalah
20.3 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia pada tahun 2005.Pertambahan
bilangan pelajar ini bermakna berlaku pertambahan bilangan trip yang dilakukan oleh pelajar.
Apabila jumlah angka ini terus meningkat maka bilangan trip sekolah juga akan meningkat.
Oleh itu kajian harus dilakukan untuk meneliti penggunaan mod pengangkutan untuk trip
sekolah kerana trip sekolah (pendidikan) adalah penting.
6
940710-09-5025
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah
berlandaskan kepada objektif yang telah disusun :
i. Mengenal pasti jenis kenderaan yang digunakan oleh para pelajar setiap hari.
ii. Menyelidik faktor para pelajar menggunakan kenderaan tersebut.
7
940710-09-5025
3.0 LOKASI KAJIAN
Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting.Kawasan
kajian ini adalah berfokus di kawasan pendidikan yang terdapat di Arau iaitu Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad, Arau Perlis.Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Sheikh Ahmad ini terletak diantara jalan Kangar-Kodiang, lebih kurang dua puluh
minit perjalanan ke kawasan Pusat Bandar Kangar dan lebih kurang sepuluh minit ke
kawasan pekan Kodiang.Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad ini telah
dipilih berdasarkan definisi trip sekolah yang telah dikenal pasti.
3.1 NEGERI PERLIS
Perlis terletak di utara Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan negara jiran iaitu
Thailand.Manakala di sebelah selatan Perlis pula, Perlis berjiran dengan Negeri Kedah.
Negeri Perlis dianggarkan berukuran seluas 793.99km persegi dengan jumlah penduduk
seramai 217,480 orang. Ibu negeri Perlis ialah bandar Kangar, manakala Arau merupakan
bandar Di Raja yang terletak 14 km dari bandar Kangar. Di dalam negeri Perlis, terdapat 103
buah sekolah termasuk 74 buah sekolah rendah dan 29 buah sekolah menengah. Bilangan
keseluruhan para guru yang mengajar di seluruh negeri ini ialah berjumlah 4 693 orang
guru.Bilangan guru lelaki yang mengajar di sekolah menengah ialah 833 orang dan di sekolah
rendah pula ialah seramai 757 orang.Bagi guru perempuan pula yang mengajar di sekolah
menengah ialah seramai 1 393 orang manakala bilangan guru perempuan yang mengajar di
sekolah rendah ialah 1 720 orang.
8
940710-09-5025
Peta 1 : Peta Negeri Perlis
Sumber : Laman Web Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perlis
9
940710-09-5025
3.2 ARAU
Arau merupakan sebuah Bandar DiRaja dan juga mukim di negeri Perlis.Kawasan ini
dijadikan Bandar Di Raja kerana di sini terdapat Istana Di Raja Arau dan Makam Diraja
negeri Perlis.Arau terletak kira-kira 14 kilometer dari tenggara Kangar.Istana Arau yang
berbumbung merah terletak berdekatan dengan Masjid Negeri Perlis di mana dapat
menampung 7,000 orang jemaah di dalamnya.
Bandar Diraja Arau mempunyai sejarah tersendiri. Menurut sejarah, nama “arau” berasal
daripada nama seorang pemimpin pada masa dahulu iaitu Tok Arau. Tok Arau telah
membuka Arau pada Abad ke-19. Mengikut fakta sejarah, nama sebenar Tok Arau ialah
Mohd Yunus b. Mohd Arshad berasal dari Chenak, Thailand. Beliau kemudiannya menjadi
penghulu Arau dan selepas itu dilantik sebagai Perdana Menteri Perlis yang pertama dan
terakhir. Beliau bergelar Datuk Paduka Belat Di Raja Seri Perdana Menteri .Kubur beliau
terletak di Kampung Kebun iaitu salah satu kampong yang terdapat di kawaasan Arau.
Kawasan Arau adalah kawasan bagi pertumbuhan pendidikan tinggi.Antara pusat pengajian
yang terletak di kawasan Arau ini ialah UiTM Arau, Kolej Matrikulasi Perlis dan Universiti
Malaysia Perlis (UniMaP) yang terletak di Pauh Putra.Selain itu, terdapat sekurang
kurangnya 6 buah sekolah menengah di kawasan Arau ini. Antara sekolah menengah berikut
ialah SMK Dato’ Sheikh Ahmad, SMK Arau, SM Vokasional Arau, SMK Agama Arau, Al
Madrasah Al Alawiyah Ad Dinniah, dan SMK Tengku Budriah. Sekolah yang menjadi
kawasan kajian ialah sebuah sekolah bertaraf Sekolah Kluster Kecemerlangan di kawasan
Arau ini iaitu SMK Dato’ Sheikh Ahmad di mana penggunaan pengangkutan para pelajar ini
menjadi sasaran kajian ini dilakukan.
10
940710-09-5025
3.3 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ SHEIKH AHMAD
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad diasaskan pada 1 Januari 1964 sebagai
Sekolah Menengah Aliran Kebangsaan yang pertama di Perlis.Sebelumnya ditumpangkan di
Sekolah Inggeris Derma, Kangar mulai Mei 1958.Dirasmikan pada 12 Jun 1964 oleh Y.T.M
Tengku Suleiman Ibni Almarhum Tengku Bendahara Abu Bakar, sebagai Sekolah Menengah
Melayu Arau. Pada 3 November 1966, diberi nama baru Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Sheikh Ahmad dengan menerima hanya pelajar Tingkatan 4 dan 5 sahaja, manakala
Tingkatan 1, 2, dan 3 belajar di Sekolah Melayu Arau.
Mulai 1968 menjadi pusat aliran sains bagi pelajar Tingkatan 4 seluruh negeri Perlis dan
berakhir pada 1977.Pada 1 Julai 1970 Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad dicantumkan
dengan Sekolah Melayu Arau. Pada 1972 Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad
memasuki era baru apabila Tingkatan 6 Rendah Sastera dimulakan dan setahun kemudian
Tingkatan 6 Rendah Sains.
Pada tahun 1994 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad dijadikansebagai
salah sebuah sekolah kawalan di Perlis, maka hanya pelajar-pelajar berkelayakan minimum
3A1B ditempatkan di sekolah ini.
Pada tahun 1997, sekolah ini dijadikan sekolah perintis Kementerian Pendidikan bagi mata
pelajaran Perkomputeran peringkat STPM dan seterusnya pada tahun 1999, sekolah ini sekali
lagi dipilih sebagai sekolah perintis Kementerian Pendidikan bagi mata pelajaran Teknologi