MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401 HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 2 PROGRAM “MENGHULUR KASIH, SEJUTA HARAPAN” BERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR NAMA : MASNAWIYAH BINTI MASRA
22
Embed
MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401
HHHC 9401KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
SET 2
PROGRAM “MENGHULUR KASIH, SEJUTA HARAPAN” BERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG,
SELANGOR
NAMA : MASNAWIYAH BINTI MASRA
NO MATRIK : A143212
FAKULTI : FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
TAHUN : TAHUN 2 SEMESTER 1 SESI 2014/2015
NAMA PENSYARAH : PROF. DR. ABDUL HAMID BIN JAAFAR
MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401
NAMA MASNAWIYAH BINTI MASRANO. MATRIK A143212NAMA PROGRAM “MENGHULUR KASIH, SEJUTA HARAPAN” BERSAMA
ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR
ANJURAN PELAJAR PROGRAM EKSEKUTIF IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN, PUSAT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN, UKM
JAWATAN BIRO SUKAN & REKREASI
PERANAN
1. Merancang aktiviti sukan dan rekreasi bersama ajk lain2. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang bersama ajk lain
semasa program berlangsung3. Membantu anak-anak yatim melaksanakan aktiviti4. Membantu ajk lain dari segi persediaan tempat, penyampaian
hadiah, penyediaan makanan dan lain-lain
SINOPSIS PROGRAM
Program ini bermatlamat memupuk hubungan persaudaraan dan kemesraan yang harmonis di kalangan siswa siswi pelbagai kaum bersama anak yatim melalui program yang dijalankan. Selain itu, melahirkan mahasiswa/i yang berjiwa masyarakat, disamping mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan. Tambahan pula, program ini mewujudkan kerjasama dan perpaduan yang erat di antara warga anak-anak yatim yang berbilang kaum. Seterusnya program ini berobjektifkan melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban terhadap persekitaran. Disamping itu, membentuk golongan mahasiswa/i berpotensi menguruskan program yang dapat membina daya kepimpinan dan mampu bekerja dalam satu pasukan. Seterusya, mewujudkan Nilai, Sikap, Etika & Profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i dalam menguruskan sesuatu perkara. Tambahan pula, mempraktikkan ‘komunikasi inter-personal’ dalam suasana yang mencabar di mana kumpulan sasaran praktikal adalah anak yatim yang terputus hubungan kasih sayang dengan keluarga masing-masing yang mempumyai pelbagai latar belakang berbeza. Program ini dilaksanakan bersama anak-anak yatim Rumah Jalinan Kasih dan Open Hand , iaitu adalah sebuah institusi yang dibina khas bagi menempatkan anak-anak yatim, miskin yang tinggal sebatang kara atau tiada waris yang sanggup mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka. Institusi ini bangkit membantu golongan yang kurang mendapat kasih sayang yang sempurna. Selain itu, institusi ini juga secara tidak langsung mengekalkan budaya hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain.
TARIKH 14 Disember 2014HARI Ahad
MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401
MASA 12.30 pm hingga 6.30 pm
TEMPAT Dewan Kuliah 1, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
MANFAAT PROGRAM
1. Dapat memupuk hubungan persaudaraan dan kemesraan yang harmonis di kalangan siswa siswi pelbagai kaum bersama anak yatim melalui program yang dijalankan
2. Dapat melahirkan sifat berjiwa masyarakat3. Dapat mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan serta
anak-anak yatim4. Telahh mewujudkan kerjasama dan perpaduan yang erat di
antara warga anak-anak yatim yang berbilang kaum5. Telah melahirkan kemahiran yang baik, antaranya kemahiran
sosial dan kebertanggungjawaban terhadap persekitaran, seterusnya membina daya kepimpinan dan mampu bekerja dalam satu pasukan serta mempraktikkan ‘komunikasi inter-personal’ dalam suasana yang mencabar dengan anak-anak yatim dan ahl kumpulan
6. Tambahan pula, telah mewujudkan Nilai, Sikap, Etika & Profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i dalam menguruskan sesuatu perkara
MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401
REFLEKSI
Program “Menghulur Kasih, Sejuta Harapan” bersama anak-anak yatim Rumah Jalinan Kasih, Cheras, Selangor & Open Hand, Sg. Ramal Luar, Kajang, Selangor ini adalah bermatlamat memupuk hubungan persaudaraan dan kemesraan yang harmonis di kalangan siswa siswi pelbagai kaum bersama anak yatim melalui program yang dijalankan. Selain itu, melahirkan mahasiswa/i yang berjiwa masyarakat, disamping mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan. Tambahan pula, program ini mewujudkan kerjasama dan perpaduan yang erat di antara warga anak-anak yatim yang berbilang kaum. Seterusnya program ini berobjektifkan melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban terhadap persekitaran. Disamping itu, membentuk golongan mahasiswa/i berpotensi menguruskan program yang dapat membina daya kepimpinan dan mampu bekerja dalam satu pasukan. Seterusya, mewujudkan Nilai, Sikap, Etika & Profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i dalam menguruskan sesuatu perkara. Tambahan pula, mempraktikkan ‘komunikasi inter-personal’ dalam suasana yang mencabar di mana kumpulan sasaran praktikal adalah anak yatim yang terputus hubungan kasih sayang dengan keluarga masing-masing yang mempumyai pelbagai latar belakang berbeza. Program ini dilaksanakan bersama anak-anak yatim Rumah Jalinan Kasih dan Open Hand , iaitu adalah sebuah institusi yang dibina khas bagi menempatkan anak-anak yatim, miskin yang tinggal sebatang kara atau tiada waris yang sanggup mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka. Institusi ini bangkit membantu golongan yang kurang mendapat kasih sayang yang sempurna. Selain itu, institusi ini juga secara tidak langsung mengekalkan budaya hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain.
Sebelum mengadakan sesuatu program, beberapa mesyuarat telah dijalankan supaya program yang dijalankan dapat berjalan dengan baik. Tujuan utama mesyuarat ini dijalankan adalah untuk mengetahui akan gerak kerja setiap ahli, menghuraikan segala permasalahan yang berlaku dari segi kemusykilan dan sebagainya, memberi pendapat dan pandangan masing-masing dengan penuh etika dan sentiasa professional dalam menjalankan tugas walaupun ada kekangan masa antara ahli kumpulan. Bukan itu sahaja, dalam mesyuarat juga akan wujudnya sifat bekerjasama apabila kita menjalankan kerja secara berpasukan.
Semasa program dijalankan, bermula dengan ceramah dari Ustaz Mohd Salman Idrus, kami bersama-sama anak-anak yatim telah memberikan nasihat, panduan dalam kehidupan serta menyerapkan nilai-nilai positif. Seterusnya solat zohor berjemaah, telah merapatkan hubungan antara ahli jawatankuasa dan anak-anak yatim dan menyerapkan sifat mahmudah(baik) kepada anak-anak yatim ini. Aktiviti yang menarik dan telah mengeratkan silaturrahim antara anak-anak yatim dan ahli jawatankuasa dan membina nilai bekerjasama dan bersatu padu antara satu sama lain adalah aktiviti sukaneka. Aktiviti pertama adalah permainan mummia, iaitu anak-anak yatim diberikan 2 gulung tisu untuk membalut rakan mereka tanpa tisu itu putus dalam beberapa minit dengan iringan muzik yan menarik dan bantuan ahli jawatankuasa. Kerusi Misteri pula, adalah aktiviti belakang kerusi mereka mempunyai arahan, di mana arahannya adalah anak-anak yatim ini perlu membuat bunyi mengikut muzik berdasarkan haiwan yang mereka terima seperti ayam, itik dan lain- lain.
MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401
Tiru Macam Saya adalah permainan kerjasama antara ahli pasukan anak-anak yatim, di mana orang pertama membuat gayanya, yang kedua pula perlu membuat semula gaya pertama dan menyambung dengan gayanya yang tersendiri, dan seterusnya hingga orang yang terakhir. Aktiviti-aktiviti ini telah menyerapkan nilai-nilai murni antara anak-anak yatim seperi bekerjasama antara satu sama lain, seterusnya dapat menghiburkan anak-anak yatim tanpa mengira bangsa. Aktiviti terakhir adalah 1000 impian, di mana mereka diberikan satu set pen magic dan sehelai kertas A4, merka dikehendaki menggambarkan impian mereka agar tercapai dalam bentuk lukisan atau lain-lain, dan kertas tersebut menjadi rahsia antara anak-anak yatim dan ahli jawatankuasa agar mereka tidak rasa malu dan sebagai satu privasi untuk mereka. Seterusnya, kami juga menyanyi bersama-sama atas permintaan anak-anak yatim, seperti lagu frozen dan lain-lain. Ini telah merapatkan hubungan silaturrahim kami.
Melalui program ini saya dapat menunjukkan kemahiran dan bakat yang saya miliki dan menjadi lebih bertanggungjawab dalam setiap amanah yang diberikan. Malahan ia juga mendidik saya supaya sentiasa berdisiplin. Melalui penglibatan saya dalam program ini, saya dapat menyedari akan kepentingan mematuhi prosedur, kod dan etika dalam menonjolkan sikap profesionalisme seseorang. Dengan adanya pengalaman saya dalam menjalankan tugas ini ianya akan menbantu saya di alam pekerjaan yang bakal saya ceburi kelak.
MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401
STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM “MENGHULUR KASIH, SEJUTA HARAPAN” BERSAMA ANAK-
ANAK YATIMRUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR DAN
SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR
Penasihat
PROF MADYA DR. NORLIDA HANIM MOHD SALLEH
Ketua Program
MONA MAS AYU WAHANAH BINTI ABDUL WAHAB
Timbalan Ketua Program
FATMA SOPHIA MOHD AMIN @ CHE MIN
Setiausaha
NOR ASYIKEEN BT BAHARUDIN
Bendahari
HASFIZA BINTI HASSAN
Biro Pengangkutan
& Keselamatan
: MOHD SHARUDDIN B MAT IDRIS
MOHD AMIRUNIZAM BIN ISMAIL
Biro Pemasaran &
Publisiti
: FAZLIN BINTI TAMISI
Biro Makanan &
Jamuan
: MAZNI BINTI MOHD AZRUL
ASLIRA BINTI MOHAMED SALIH
Biro Sukan dan
Rekreasi
: HARIMILAGANGES A/P
SANASSIAH
MASNAWIYAH BINTI MASRA
Biro Peralatan &
Cenderamata
: NORATIKAH BINTI JOHAR
ANITA DAVID
Biro Tugas-tugas
Khas
: EULIS RATNANINGSIH SDE DODO
S.AKHMAD
HARNYZURINA MOHD IBRAHIM
MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401
ALIFAH SUMAIYAH MOHD SAFFE
SENARAI NAMA URUSETIA
BIL NAMA URUSETIA
1. MONA MAS AYU WAHANAH BINTI ABDUL WAHAB (GA01889)
2. FATMA SOPHIA BINTI MOHD AMIN @ CHE MIN (GA01846)