Masalah ponteng sekolah sudah menjadi isu yang hangat secara
bertahun-tahun yang lepas. Akan tetapi pada kebelakangan ini,
terdapat isu guru ponteng yang dipaparkan di surat khabar dengan
tajuk Guru Ponteng Isu Serius. Kes ini berlaku di negari Sabah,
Ranau.Pada 22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru dari 11
sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula
seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas.(The
Borneo Post Online, 24/12/2011)
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada
tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Oleh itu, ponteng
merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua
kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan
yang munasabah. Bukan sahaja murid yang ponteng sekolah, guru yang
bertanggungjawab sebagai seorang pendidik turut terbabit dalam
gejala ponteng ini. Menurut Supriyadi 1999, guru adalah seorang
yang berilmu, berahklak, jujur dan baik hati, disegani serta
menjadi teladan bagi masyarakat. Manakala dalam pasal 1
Undang-undang No. 14 tahun 2005 Tentang Guru dan Dosen, Guru adalah
pendidik profesional dengan tugas utama mendidik, mengajar,
membimbing, mengarahkan, melatih, menilai, dan mengevaluasi peserta
didik pada pendidikan anak usia dini jalur pendidikan formal,
pendidikan dasar, dan pendidikan menengah. Di sini, dapat kita
dihat bahawa guru memainkan peranan yang amat penting dalam
sesebuah masyarakat. Apa yang menyebabkan seorang guru itu ponteng
kerjanya? Apa yang tindakan yang dilakukan oleh kerajaan untuk
menangani masalah guru ponteng di Malaysia? Ponteng kerja adalah
antara perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang
tertekan. Menurut laporan akhbar (Utusan Malaysia Online: 20 Mei
2008) terdapat seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri
ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang
kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran
akan mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap guru terbabit
termasuk memecatnya. Perkara ini dikhuatiri ada kaitannya dengan
tekanan kerja yang dihadapi oleh guru. Ramai menganggap isu guru
ponteng ini suatu perkara yang terpencil. Kebanyakannya berlaku di
kawasan luar bandar dan pedalaman sehingga menyebabkan Jabatan
Pelajaran Negeri sukar untuk mengambil tindakan. Bagaimanapun,
perkara ini jika berlarutan boleh memberi kesan yang tidak baik
kepada kualiti pembelajaran di sekolah. Yang menjadi mangsa
pastinya anak-anak murid yang mengharapkan pendidikan yang sempurna
daripada guru sesuai dengan gaji mereka perolehi saban tahun. Pada
pendapat saya, beberapa faktor yang akan menyumbang kepada isu guru
ponteng ini. Antaranya adalah bebanan kerja guru yang semakin
meningkat. Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi
perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang
keterlaluan. Contohnya apabila ada pegawai baru di Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau di peringkat
kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul
oleh guru. Bebanan ini bertambah dalam keadaan jumlah guru yang
tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid (Harian Metro,
2005).
Laporan awal Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru telah
mendapati guru- guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur
sebagai `guru terbeban' memandangkan mereka terpaksa mengambil masa
74 jam seminggu untuk menjalankan tugas keguruan seperti 50.4 jam
atau 68 peratus berkaitan kurikulum. Dapatan dari laporan awal itu
juga didapati 12.7 peratus masa guru di negara ini dihabiskan untuk
aktiviti ko-kurikulum, 8.9 peratus untuk hal ehwal murid dan 1.2
peratus untuk pengurusan asrama. Jawatankuasa itu turut mendapati
4.3 peratus daripada masa guru digunakan untuk pengurusan, 2.4
peratus kewangan, 1.1 peratus masing-masing untuk latihan dan
hubungan komuniti manakala 0.1 peratus untuk pembangunan fizikal
sekolah. Resolusi yang dipersetujui oleh Persidangan Pertubuhan
Buruh Sedunia (ILO) (1930) telah mengkelaskan guru-guru yang
bertugas melebihi 48 jam seminggu termasuk dalam tugas perancangan,
persediaan, penilaian, penyediaan kurikulum dan perhubungan
dikategorikan sebagai terbeban (Utusan Malaysia, 6 julai 2005).
Para pendidik hari ini mempunyai tanggungjawab yang berat dalam
menyediakan sumber tenaga manusia yang mampu menghadapi cabaran
masa hadapan khususnya ke arah wawasan 2020. Tugas guru bukan
sahaja mengajar dan mendidik terpaksa kerja- kerja tambahan seperti
kerja mentadbir, perkeranian, pembantu makmal, tukang kebun atau
pembantu am rendah yang sepatutnya dilakukan oleh orang lain tetapi
terpaksa dilakukan oleh guru-guru (Minda pengarang, Berita Harian,
15 Januari 1997).Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa
dipikul oleh guru-guru telah menyebabkan mereka tidak
menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya ditegur atau
dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami
stres. Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi
seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan
hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang
bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya
(Abdul Malik, 2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999)
yang mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran dan
bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi guru.
Tekanan emosi gurulah yang menjadi faktor kedua dalam isu guru
ponteng. Menurut Kyriacou (2000), stres guru merujuk kepada
pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan,
kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada
tugasnya sebagai seorang guru. Maka stress merupakan tindak balas
fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang
boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.
Bebanan kerja yang semakin meningkatkan menyumbang kepada
tekanan emosi guru. Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran
yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat,
pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti
pendidikan. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut
perubahan paradigm dalam kalangan guru akan secara langsung atau
tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Tekanan emosi
sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai
tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu
menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik
darjah. Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru
kian menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham
antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau
menangani cabaran yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanan
emosi.
Berdasarkan kepada kajian oleh Jesus (2000), yang telah
dijalankan di Portugal, lebih daripada 50% daripada guru yang
menjawab borang soal selidik mengakui mereka mahu mencari kerja
lain akibat tekanan yang berlebihan di sekolah. Adalah menjadi satu
kerugian yang besar kepada negara sekiranya kebanyakan daripada
guru yang tertekan meneruskan niat mereka untuk berhenti kerja
kerana ianya akan menggangu proses pendidikan di sekolah dan
akhirnya yang akan menjadi mangsa sekali lagi ialah para pelajar.
Kerajaan juga perlu mengeluarkan kos yang besar dan menghabiskan
masa yang panjang untuk melatih guru-guru baru bagi menggantikan
kekosongan tersebut.
Masalah disiplin sememangnya boleh menggugat emosi guru. Masalah
disiplin pelajar di sekolah pada hari ini berada pada paras yang
agak serius walaupun kadangkala kenyataan ini telah ditolak oleh
pihak-pihak tertentu. Apabila guru memasuki kelas yang bermasalah,
maka mereka akan sentiasa terbayang-bayangkan sikap dan perlakuan
pelajar-pelajar sebegini sehinggakan kadangkala menimbulkan trauma
pula kepada guru tersebut. Menurut Nogueira, kebiasaannya guru akan
berfikir secara negatif apabila berhadapan dengan pelajar,
contohnya Aku bosan dengan kelakuan pelajar ini. Pemikiran sebegini
sebenarnya banyak dipengaruhi oleh sikap para pelajar yang
bermasalah seperti ponteng kelas, bergaduh, malas membuat kerja
sekolah, membuat bising dan sebagainya. Apabila guru berhadapan
dengan perkara yang sama setiap kali sesi pengajaran bermula, maka
mereka akan berasa tertekan dengan keadaan tersebut. Dengan ini,
guru kadangkala akan mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan
masalah disiplin pelajar seperti menengking pelajar dan tidak
menghadirkan diri ke kelas terbabit. Semasa saya berpraktikum di
sekolah, terdapat seorang guru kelas yang dibuli oleh muridnya
sendiri. Murid tersebut memberontak dan melawan guru tersebut
dengan menolak mejanya. Akibatya, guru tersebut menangis di hadapan
kelas tersebut lalu mengadu kepada pihak atasan. Pada keesokkan
harinya, guru tersebut tidak hadir ke sekolah. Dengan ini jelas
menyatakan bahawa disiplin dan sikap murid yang buruk menyebabkan
guru tersebut hilang minat terhadap kerjanya dan seterusnya akan
menyebabkan guru tersebut mengalami stres. Selain itu, terdapat
juga guru yang ponteng kerana ingin balik kampung semata-mata.
Salah satu kes yang berlaku di Sri Aman,Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawanberkata Ibu bapa ada mengadu
guru-guru kerap ponteng mengajar kerana hendak pulang ke kampung
masing-masing sebelum hujung minggu..Kadang-kadang ada yang
mengajar cuma tiga dan empat hari se-minggu kerana hendak balik.
(NamaBerita.Com, 27 Jun 2010) Punca-punca tekanan yang dialami oleh
guru tidak boleh dipandang enteng kerana ianya boleh membawa kesan
yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan negara amnya dan
kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal menjadi
pemimpin pada masa depan . Guru yang ponteng kerja akan menyebabkan
proses pembelajaran dan pentadbiran di sekolah terganggu untuk satu
jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak
boleh diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan
silibus pengajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti
kokurikulum. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan
juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari
perancangan asal menyebabkan perancangan yang baru perlu disusun
semula. Akhirnya, pelajar-pelajar kelas terbabit juga akan menerima
padah apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan
dengan baik terutamanya peperiksaan besar seperti SPM dan STPM ,
kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak
lancar.
Guru-guru yang ponteng kerjanya sebenarnya telah melanggar kod
etika perguruan sebagai seorang guru. Guru perlu mematuhi kod
etikanya sendiri demi mermartabatkan profesion perguruan. Kod etika
dianggap penting kerana telah menyediakan garis panduan bagaimana
guru harus beringkah laku dalam profesion perguruan. Kod Etika
Perguruan menyatakan dengan jelas tentang akauntabilitii guru
terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Salah satu kod
etika profesion keguruan yag dilanggar adalah Guru tidaklahharus
bertingkah lakubegitu rupasehingga bolehmencemarkansifat
profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilangkepercayaan
orangramai terhadap profesionperguruan. Apabila seorang guru yang
ponteng kerja, ini akan memberikan imej yang tidak baik kepada
pihak pengurusan, murid dan juga pihak ibu bapa. Apabila kes ini
dihebohkan di kalangan ibu bapa, maka masyarakat akan berpendapat
bahawa guru-guru di sekolah tersebut tidak beretika dan tidak
menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya. Bak kata pepatah Sebab
nila setitik, rosak susu sebelanga, hanya kerana salah seorang guru
yang membuat kesalahan, semua guru dan sekolah mendapat nama yang
buruk. Terdapat satu kes di mana seorang guru yang mengabaikan
seorang murid yang hiperaktif dalam kelas dan akhirnya ibu murid
tersebut memohon untuk berhenti sekolah selamanya. Ibu tersebut
mengatakan dia berasa amat kecewa dengan semua guru disebabkan kes
tersebut. Di sini, kita dapat lihat bahawa guru haruslah bertingkah
laku baik supaya tidak menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai
terhadap profesion keguruan. Seterusnya, guru yang ponteng kerja
turut melanggar kod etika Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa
supaya menjadi contoh baik kepada muridnya. Kita tahu bahawa gejala
ponteng amat serius dalam kalangan pelajar. Salah satu sebab murid
ponteng kelas atau sekolah disebabkan sikap guru semasa pengajaran
dijalankan. Guru-guru terutamanya guru di sekolah menengah yang
sering ponteng kelas, tidak masuk kelas semasa waktu pengajaran
akan menyebabkan murid-murid hilang minat terhadap subjek tersebut
dan lama-kelamaannya murid akan ponteng kelas seperti apa yang
ditunjukkan oleh guru tersebut. Ada di kalangan guru yang
memberikan alas an terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan.
Malahan kadangkala memberikan alasan kononnya dipanggil guru besar
atau pengetua. Apabila seseorang guru tidak melaksanakan
tanggungjawabnya dengan penuh keikhlasan, maka tidak akan mendapat
rasa hormat daripada murid-murid. Hal ini adalah kerana guru
tersebut telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada muridnya.
Menurut Dr. Ragbir Kaur (2005), setiap guru mesti ada satu bentuk
sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas, pembelajaran yang
sihat dan produktif. Ini membawa maksud guru hendaklah berusaha
untuk membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku
negatif. Untuk mencapai matlamat ini, guru sendiri haruslah
menunjukkan satu contoh yang baik. Datuk Muhiddin Yusin, Pengarah
Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) menegaskan walaupun kejadian itu
mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan
berterusan kerana ia mampu melumpuhkan sitem pendidikan Negara jika
tidak ditangani sewajarnya. Denagan itu, JPNS telah mewujudkan satu
lagi program AKUN yang dilaksanakn pada tahun 2012 2016. Program
AKUN ini bertujuan meningkatkan peratusan kehadiran guru di sekolah
sekaligus memantapkan lagi keberkesanan penyampaian serta
penyebaran maklumat pekeliling dan peraturan si semua peringkat,
menerusi empat strategi iaitu e-Cerap, Pemantauan Silang,
Pemantauan Bersepadau dan e-Hadir. Menurut Datuk Muhiddin lagi,
program itu bersifat serampang empat mata akan menekankan
pemantapan kualiti perkhidmatan di peringkat sekolah yang menjadi
cermin kejayaan dan pencapaian sebenar pendidikan. Namun apa yang
membataskan pelaksanaan sistem pemantauan kehadiran bersepadu
e-Hadir ini adalah capaian internet di setiap sekolah di Negeri
Sabah. Jika hendak dilaksanaakan pelaksanaannya, capaian internet
di semua sekolah aruslah berkeadaan baik. Jika disekolah pedalaman
bagaimana mahu mengunakan aplikasi ini kerana ada diantara
sekolah-sekolah pedalaman yang masih belum mempunyai capaian
internet. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah
ini sebelum pelaksanaan sistem e-hadir dilaksanakan sepenuhnya.Buat
masa ini sistem ini baru dilaksanakan di beberapa buah sekolah di
kawasan-kawasan bandar sahaja dan sekolah-sekolah yang mempunyai
capaian internet yang baik. Diharap sistem ini dapat dilaksanaka
untuk kesemua sekolah di negeri Sabah supaya isu ketidakhadiran
guru di sekolah tidak menjadi duri dalam daging sistem pendidikan
Jabatan Pelajaran Sabah. Selain usaha kerajaan dalam menangani
masalah ini, saya berpendapatan bahawa guru sendiri turut mempunyai
tanggungjawab dalam mengelakkan masalah ini berlaku. Kebanyakan
guru pada hari ini merungut mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat
menumpukan perhatian kepada pengajaran dalam kelas. Kemahiran
pengurusan masa amat penting kerana tanpanya, guru mungkin akan
menghabiskan banyak masa dengan melakukan aktiviti yang
menghalangnya daripada mencapai matlamat. Menurut Stephen Covey
(1989) dalam bukunya The Seven Habits of Highly Effective People,
menyatakan bahawa konsep masa mestilah dilihat secara menyeluruh
dalam seluruh aspek yang membabitkan kehidupan manusia. Seseorng
guru boleh melakukan kerja sambilan seperti mengajar piano ataupun
belajar sesuatu yang diminati asalkan guru tersebut tahu membezakan
mana aktiviti yang harus didahulukan dan mana pula yang harus
dikemudiankan. Dengan mengamalkan kemahiran pengurusan masa yang
baik, seseorang guru akan dapat melaksanakan tugasnya dengan
efisien tanpa berasa stress dan tidak akan mempunyai niat untuk
ponteng kerjanya. Di samping itu, pemerhatian dan pemantauan
berterusan hendaklah dijalankan. Guru besar atau orang-orang
kanannya perlu sentiasa turun padang. Sesekali masuklah ke kelas
ketika guru sedang mengajar, melihat hasil murid dalam kelas-kelas.
Hal ini adalah kerana dari situ penilaian dapat dibuat secara
spontan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku di
bilik darjah. Seperti apa yang saya dapat lihat di sekolah saya
berpraktikum, guru besar sekolah tersebut akan meronda di
sekeliling sekolah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan untuk memastikan setiap guru berada dalam kelas mengikut
jadual waktu yang ditetapkan. Dengan ini secara tidak langsung akan
dapat meningkatkan kesedaran guru terhadap tanggungjawab sendiri
sebagai seorang guru.
Selain sebagai seorang guru, kita juga merupakan seorang
pemimpin, adalanh menjadi tugas utama untuk menyahut cabaran dan
perubahan sistem pendidikan supaya kita berupaya dan berkebolehan
menjadi role model yang dapat memberi inspirasi dan motivasi
kendiri kepada anak didik dan guru-guru lain di sekolah serta
kepada ibu bapa. Sebagai seorang professional, kita harus bekerja
dengan tidak ikhlas, yakni melakukan sesuatu dengan tidak
mengharapkan balasan, pupuklah rasa cinta kepada tugas dan cinta
kepada organisasi tanpa mengira siapa murid yang diajar.
Secara keseluruhannya, guru adalah orang yang selalu mendapati
perhatian walau di mana mereka berada. Segala tindak tanduknya
sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Adalah menjadi
satu kewajipan bagi guru-guru mengamalkan penampilan diri dan
menunjukkan kesantunan yang tinggi untuk memelihara martabat
profesion perguruan. Oleh kerana guru menjadi idola dalam
masyarakat, maka guru perlu berupaya menampilkan diri dan
mengaplikasikan nilai-nilai kesantunan supaya dapat menyesuaikan
diri dalam apa jua keadaan yang dihadapinya.
Rujukan:1. Syed Ismail Bin Syed Mustapa (2010). Asas Kepimpinan
& Perkembangan Profesional. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.2. Raja Maria Diana Bt. Raja Ali (2011).
Faktor-fakor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) di Kalangan Guru
Sekolah Menengah di Daerah Pasir Puteh. Diakses pada 21 Ogos 2012
darihttp://eprints.oum.edu.my/666/1/faktor_raja_maria.pdf.3. Mohd
Fitri Bin Sahhari (2006). Tahap Beban Tugas Guru Sekolah Menengah
Di Daerah Skudai: Kajian Kes. Diakses pada 21 Ogos 2012
darihttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/MOHDFITRIAP010212D2006TTP.pdf4.
Amaran Keras Kepada Guru Ponteng: Muhyuddin. Diakses pada 21 Ogos
2012
darihttp://www.namaberita.com/2010/06/amaran-keras-kepada-guru-ponteng.html.5.
Guru Ponteng Isu Serius. Diakses pada 20 Ogos 2012
darihttp://www.theborneopost.com/2011/12/24/guru-ponteng-isu-serius/6.
Guru Ponteng: Tindakan Tegas Akan Diambil. Diakses pada 21 Ogos
2012
darihttp://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/05/guru-ponteng-tindakan-tegas-akan.html
TAJUK 6: PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
6.3 PengenalanInovasi dan perubahan akan berlaku dari semasa ke
semasa. Matlamat akhirnya adalah untuk menyumbang kepada perubahan
organisasi, perkembangan dan pembangunan negara. Dalam konteks
pendidikan, setiap unit atau individu dalam organisasi pendidikan
harus bergerak dan sedia berubah dalam usaha meningkatkan kualiti
pendidikan
Dalam topik ini, perbincangan akan memfokuskan pada aspek
inovasi dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan.
Perubahan yang berlaku ini adalah untuk menyediakan modal insan
yang berkualiti dan mampu bersaing pada peringkat global. Sebagai
golongan pendidik, bagaimanakah anda sebagai guru harus
mengadaptasikan perubahan yang berlaku ini ?
6.4 Kepentingan Inovasi dan Perubahan PendidikanMenurut Noriati
(2010) inovasi diertikan sebagai suatu cara atau pendekatan terkini
dalam melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan manusia.
Matlamat inovasi menjadikan kehidupan manusia itu lebih baik yang
mendorong ke arah peningkatan produktiviti. Manakala perubahan pula
merujuk kepada masyarakat yang mengalami globalisasi perlu sentiasa
melakukan perubahan dalam pendidikan sebagai suatu keperluan bagi
memastikan amalan yang diguna pakai relevan dan diterima (Swenson,
1997 dalam Noriati).
Jika dilihat pada hari ini perkembangan yang berlaku dalam
bidang Teknologi Maklumat adalah begitu pantas. Penggunaan komputer
riba telah menjadi suatu keperluan, manakala desktop dianggap
ketinggalan zaman. Konsep dunia tanpa sempadan telah menular dalam
dunia pendidikan. Pelajar hari ini boleh mendapatkan pelbagai
maklumat dan data dari perpustakaan maya. Jelaslah bahawa matlamat
inovasi pada hari ini akan menghasilkan perubahan yang positif
iaitu;
Mampu melahirkan sebuah masyarakat dan negara kreatif.Menjadikan
pengajaran lebih menarik kerana menggunakan bahan bantu mengajar
yang pelbagai & kreatifDapat mengembangkan bakat & potensi
pelajar.Penyampaian nilai-nilai P&P dapat dijalankan dengan
berkesan.Meningkatkan kualiti pendidikan dan dapat meningkatkan
kecekapan tenaga pendidik.Menjana idea kreatif pelajar seterusnya
dapat menarik minat pelajar untuk belajar
Sebagai penegasannya, kaji dan bincangkan ucapan yang
dikemukakan di bawah.
......adalah menjadi satu keperluan untuk kita melonjakkan
kecemerlangan sistem pendidikan negara, menjadikannya relevan bukan
sahaja untuk memenuhi tuntutan semasa, malahan membina keupayaan
(capacity building) untuk mendepani cabaran masa depan.
(Ucapan YAB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien (2007),Menteri
Pelajaran Malaysia)
6.5 Strategi Pengurusan Inovasi Dan PerubahanPengurusan
perubahan membawa maksud sesuatu yang berubah daripada sedia ada
kepada yang baharu. Anda pasti mendengar frasa hari ini sepatutnya
lebih baik daripada semalam. Dalam merealisasikan sesuatu
perubahan, kita sering mengharapkan perubahan itu berlaku
berbanding berusaha keras untuk merealisasikannya. Kadang-kala
dalam kalangan kita lebih suka mengekalkan status quo sahaja
sedangkan dunia semakin berubah. Kita seharusnya menerima
perubahan-perubahan ini dengan senang hati demi kecemerlangan.
Dalam bidang pendidikan khususnya, perubahan akan terus berlaku
kerana bidang pendidikan itu adalah dinamik. Kurikulum sentiasa
sahaja mengalami perubahan dan penambahbaikan dari semasa ke
semasa. Misalnya, amalan MS ISO 9000 yang suatu ketika dahulu hanya
diamalkan dalam sektor korporat kini mula digunakan dalam
organisasi pendidikan. Begitu juga dengan penggunaan ICT dalam
pembelajaran dan pengisian markah secara online mula diperkenalkan
di sekolah-sekolah. Kalau kita renung dari mula kita bersekolah
hingga kini terlalu banyak perubahan yang berlaku.
6.5.1 Strategi PerubahanAntara strategi perubahan yang berlaku
dalam organisasi ialah:
Strategi Kekuasaan
Pihak pentadbir akan menggunakan autoriti formal dan kawalan
untuk memaksa ahli-ahli di bawahnya mematuhi segala peraturan yang
telah ditetapkan. Misalnya, penguatkuasaan waktu masuk kerja dan
balik. Pelbagai kaedah digunakan seperti kad perakam waktu atau cap
jari (thumb print). Bagi memastikan peraturan ini diikuti, konsep
ganjaran dan tindakan disiplin diamalkan.
Strategi Pujukan
Dalam melaksanakan strategi ini, seorang ketua harus memiliki
kemahiran interpersonal bagi menyakinkan kumpulan sasaran atau
ahli-ahlinya. Setiap perubahan yang ingin dilakukan perlu dirancang
dengan teliti dan dapat diterima oleh mereka. Misalnya, amalan
penjimatan penggunaan kertas atau elektrik dalam organisasi. Memang
tidak ada paksaan untuk melakukannya. Jadi, kejayaan dan pengamalan
budaya ini bergantung kepada sejauh mana seorang ketua sebagai agen
perubahan berjaya mempengaruhi orang bawahannya.
Strategi Pendidikan Semula
Sebagai ketua, beliau harus mendorong kumpulannya melakukan
refleksi atau berfikir sejenak tentang tindakan yang telah diambil
dan sejauhmana tindakan tersebut menemukan kejayaan dan kegagalan.
Sebagai contoh, kita ambil kes yang sama seperti di atas. Ahli
kumpulan harus membuat refleksi tentang implikasi mengamalkan
budaya penjimatan kertas atau elektrik kepada organisasi itu
sendiri. Banyak baik atau buruk ?
Strategi Memudah Cara
Dalam kes ini kumpulan sasaran akan menentukan rancangan yang
dipilih oleh mereka dan agen perubahan akan menyediakan
sumber-sumber yang diperlukan. Tindakan ini adalah untuk memastikan
bahawa tiada sebarang halangan kepada kumpulan sasaran untuk
meneruskan perubahan yang dirancang. Contohnya, guru di kelas
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan memilih untuk melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer untuk
kemahiran menulis; maka pihak sekolah hendaklah berusaha
mendapatkan kemudahan tersebut.
6.6 Adaptasi Pelbagai Inovasi dan Perubahan PendidikanSeiring
dengan perubahan masa pelbagai inovasi dan perubahan telah berlaku
dalam sistem pendidikan di negara kita. Program yang dianggap
sesuai pada masa dahulu, kini dilihat sudah tidak relevan lagi
dengan perkembangan semasa. Dalam usaha membentuk rakyat yang mampu
berdaya saing, maka dasar yang baru perlu diadaptasi dalam sistem
pendidikan di negara kita. Amalan adaptasi itu merangkumi
aspek-aspek berikut:
6.6.1 Latihan PerguruanPembentukan modal insan guru bergantung
yang berkualiti bergantung kuat pada sistem latihan perguruan.
Antara perubahan dalam latihan perguruan ialah menaik taraf Maktab
Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru.
Perubahan dari Maktab Perguruan ke Institut Perguruan
Pada tahun 2004 27 nama maktab perguruan dan 1 English Language
Teaching Centre telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru
selepas dinaik taraf.Pada tahun 2005 Jemaah Menteri telah
meluluskan 27 Maktab Perguruan dinaik taraf kepada Institut
Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah Sarjana
Muda Perguruan dan B.Ed. pada 13 Julai 2005Pada tahun 2006
pengisytiharan naik taraf Maktab Perguruan kepada Institut
Pendidikan Guru. Pengisytiharan ini membolehkan IPG melaksanakan
Program Pensiswazahan Guru seperti Program Pensiswazahan Guru
Sekolah Rendah (PGSR), latihan praperkhidmatan kepada guru sekolah
rendah melalui Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) seperti Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL.Pada tahun 2009
Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato Hishamuddin Tun Hussein telah
mengisytiharkan secara rasmi semua Institut Perguruan di Malaysia
dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Dari aspek pengurusan berlaku pemisahan fungsi antara IPGM
dengan BPG. IPGM akan memberi fokus kepada latihan praperkhidmatan
manakala BPG akan menumpukan fokus kepada urusan latihan dalam
perkhidmatan. IPGM juga diletakkan di bawah penyeliaan terus KPM
manakala BPG kekal di bawah penyeliaan TKPPM (Profesional
Keguruan).
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Dengan
KepujianProgram ini dibuka kepada bakal-bakal guru ini terdiri yang
daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM). Pelajar ini
dipilih oleh BPG berdasarkan beberapa temu duga dan ujian. Pelajar
yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk
menyambung Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di
IPG.
PISMP adalah satu program latihan perguruan praperkhidmatan
untuk melatih guru sekolah rendah yang berijazah di bawah sistem
pendidikan kebangsaan. Program ini menawarkan 15 kursus di 27 buah
IPGM. Program ini mula ditawarkan pada ambilan Jun 2005 kepada 2000
orang pelajar. Mereka dikehendaki mengikuti kursus persediaan
selama tiga semester di IPG yang ditetapkan sebagai prasyarat untuk
mengikuti program PISMP. Secara rasminya kohort pertama program
PISMP ini bermula pada ambilan Januari 2007. Para pelajar akan
dianugerahkan ijazah dengan kepujian setelah mengikuti pengajian
sekurang-kurangnya 8 semester di IPGM
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah
yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran,
dan ketrampilan profesionalisme dalam bidang masing-masing selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
Sepanjang tempoh pengajian, pelajar-pelajar ini akan didedahkan
dengan kurikulum yang akan membentuk insan guru yang mempunyai
ciri-ciri seperti berikut:
Bersifat dinamik, relevan, futuristik, responsif, holistik, dan
bersepadu.Konsep the personhood of teachers dan pendekatan
humanistik akan diberi fokus.Aplikasi teori untuk membina insan
guru yang dapat menangani cabaran sebagai pendidik.Bersifat koheren
antara pengajaran berkesan (effective learning) dan pengalaman
klinikal (clinical experience).Menggalakkan pembelajaran sepanjang
hayat.
Kurikulum Pendidikan Guru yang digubal turut mengutamakan
kemahiran insaniah dan pelbagai kemahiran yang lain. Perspektif
global berkaitan dengan pendidikan juga diambil kira seperti
Education For All (EFA), Education for International Understanding
(EIU), Education for Sustainable Development (ESD), dan juga empat
tonggak pendidikan UNESCO (Pillars of Education). Fokus hasil
pembelajaran yang hendak dicapai sepanjang selama empat tahun
pengajian adalah dari segi:
Etika ProfesionalPengetahuan dan KefahamanKemahiran
IntelekKemahiran PraktikalKemahiran KebolehpindahanPenghayatan dan
Amalan Nilai
6.6.2 Program Pensiswazahan Guru
Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)Mesyuarat Jawatankuasa
Pembangunan Staf Kementerian Pelajaran bertarikh 5 Februari 2007
telah meluluskan program PGSR di IPG menggunakan mod Latihan
Pensiswazahan Berasaskan Sekolah (LPBS) dengan syarat guru
mengikuti pengajian di IPG pada hujung minggu atau cuti semester
tanpa meninggalkan sekolah; mendapat gaji penuh; tidak dikenakan
yuran pengajian dan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan di akhir
pengajian. Program PGSR merupakan satu saluran utama untuk guru
bukan siswazah meningkatkan taraf pendidikan ke peringkat ijazah
pertama. Ijazah yang diperoleh membolehkan mereka dilantik ke gerd
DG 41.
Program Pensiswazahan Guru (PPG)Pihak KPM bersama-sama dengan
Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah
mencadangkan supaya semua guru yang layak akan disiswazahkan dalam
tempoh RMKe-10 (2011-2015) melalui Program Pensiswazahan Guru
(PPG). BPG telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi urus setia
pada peringkat KPM bagi pelaksanaan program tersebut.
Mesyuarat Pengurusan KPM Bil. 16/2010 pada 29 September 2010
telah meluluskan Cadangan Pelaksanaan PPG di bawah RMKe-10. Sasaran
KPM adalah untuk memastikan bahawa 60% guru sekolahrendah dan 90%
guru sekolah menengah adalah terdiri daripada guru-guru siswazah
menjelang tahun 2015. Semua PPLD yang berumur di bawah 47 layak
memohon dan mengikuti PPG. Dianggarkan jumlah guru yang akan
mengikuti program ini hampir 100,000 orang yang terdiri daripada
8,686 orang guru sekolah rendah dan 91,171 orang guru sekolah
menengah.
PPG mendapat tajaan biasiswa dengan ikatan kontrak dan
menggunakan mod pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Tempoh
pengajian akan memakan masa antara tiga tahun setengah hingga empat
tahun. Pelajar-pelajar program ini ditempatkan di Institut
Pendidikan Guru Kampus (IPGK) 40%, Institut Pendidikan Tinggi Awam
(IPTA) 40% dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 20%.
Penganugerahan ijazah akan diberikan oleh institusi pengajian
masing-masing.
6.6.3 Kurikulum TransformasiDalam bahagian perbincangan akan
berfokus pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah
dilaksanakan pada tahun 2011. Transformasi kurikulum sekolah rendah
merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum
persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk
memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad
ke-21.Secara ringkas bentuk KSSR ini dapat dirumuskan seperti
berikut:
Hasrat KSSR berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak
pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to
know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk
hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk
membentuk peribadi (learning to be).Prinsip KSSR berasaskan prinsip
KBSR iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara
menyeluruh, pendidikan saksama untuk semua murid dan pendidikan
seumur hidup.Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR,
merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan
nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.Memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca,
menulis, mengira dan menaakul. Pada Tahap I, pengajaran dan
pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Pada Tahap II,
penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran
4M.Diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata
pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai Modul Teras
Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.Penambahbaikan Kurikulum
Pendidikan Khas yang melibatkan tiga cabang utama iaitu Masalah
Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran.Dalam
memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR, elemen yang baharu telah
ditambah iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta
Teknologi Maklumat dan Komunikasi.KSSR digubal dalam bentuk
pernyataan Standard. Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu
dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan.Sistem
Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) merupakan transformasi
daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan
peperiksaan kepada sistem yang lebih holistik. Komponen PBS dalam
sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:Pentaksiran
SekolahPentaksiran PusatPentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
KokurikulumPentaksiran Psikometrik
6.6.4 Sekolah Berprestasi TinggiSekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti
yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek
pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat
tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang
secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada
antarabangsa. Rasional penubuhan SBT adalah untuk mengangkat
kualiti sekolah-sekolah terbaik, menghasilkan murid cemerlang dan
merapatkan jurang antara sekolah dalam sistem pendidikan di
Malaysia.
Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan dilaksanakan oleh
Jawatankuasa Pemilihan SBT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia (KPPM). Proses pemilihan SBT akan melalui tiga
proses saringan. Untuk memahami proses saringan itu, anda diminta
merujuk laman web berikut:
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1288585406.pdf.
Selepas melepasi proses saringan, pihak kementerian telah
menetapkan kriteria yang diambilkira dalam pengiktirafan SBT
iaitu:
Menunjukkan trend pencapaian akademik yang menaik bermula dengan
Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan
awam.Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau
instrumen yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua
dimensiMenerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.Berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul
(towering personalities) yang menerajui kepimpinan negara, negeri,
organisasi dan komuniti.Menjadi penanda aras dan contoh bagi
sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara dengan menggunakan
piawaian antarabangsa seperti Trends in International Mathematics
and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student
Assessment (PISA).Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah
dengan masyarakat.Mempunyai jaringan yang aktif dengan
sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau pada peringkat
antarabangsa.Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi
sama di dalam dan di luar negara dalam pemindahan kredit, kajian
tindakan bersama, perkongsian kemudahan dan prasarana.
Ciri-Ciri Sekolah Berprestasi Tinggi
Pemimpin Sekolah di SBT mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti
dalam pengurusan sekolah. Mereka mempunyai autonomi dalam membuat
keputusan: memilih kurikulum dan kaedah pengajaran, proses
pemilihan serta penempatan semula guru. Pihak pentadbir juga harus
menyediakan perancangan strategik dalam menentukan hala tuju
sekolah pada sesi tahun berkenaan.Guru Sekolah di SBT seharusnya
boleh menyampaikan maklumat, mempunyai akauntabiliti dan
kredibiliti dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Penggunaan kaedah pengajaran yang berteraskan ICT dan hands-on.
Mereka seharusnya membangunkan potensi yang pada murid-murid bukan
sahaja pada peringkat sekolah atau negeri tetapi sehingga ke
peringkat antarabangsa.Murid di SBT harus mampu menyediakan sasaran
tahunan bagi peningkatan diri sendiri. Mereka diberi kuasa autonomi
untuk pembelajaran kendiri, mengendali dan menguruskan diri dan
aktiviti sekolah.
6.6.5 Sekolah BestariSekolah Bestari Malaysia ialah institusi
pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan
pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk menyediakan
pelajar bagi menghadapi ledakan zaman maklumat. Sekolah Bestari
berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang
bertambah dan pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah
menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah. Secara
ringkasnya ciri-ciri di Sekolah Bestari ialah
Proses pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar,
kesinambungan dan reflektif. Kurikulum di Sekolah Bestari dirancang
supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, holistik, global
dan terbuka. Amalan ini menggalakkan pembelajaran holistik,
membenarkan kanak-kanak maju mengikut tahap pencapaian
masing-masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan keperluan
pelajar yang berbeza-beza.Sistem penilaian fleksibel ini akan
membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal untuk belajar pada
aras yang berlainan dalam mata pelajaran yang sama. Pelajar akan
dibenarkan terus ke aras yang lain dalam mata pelajaran yang
berlainan pada bila-bila masa. Dengan cara ini, pelajar kurang
cerdas, yang biasanya diabaikan akan diberi perhatian yang
sewajarnya.Guru digalakkan untuk membina kemahiran sosial pelajar
dan menerap moral dan etika yang baik serta nilai patriotisme.
Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan membolehkan
penyimpanan data dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan semula
data yang banyak.Pemantauan sistematik kemajuan pelajar akan
mengingatkan sekolah tentang perlunya tindakan susulan bagi pelajar
pintar dan yang kurang pintar. Penilaian berasaskan unsur dan
rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat
tentang prestasi pelajar. Penilaian juga menggunakan bahan
pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai
dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai.
6.7 Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
6.7.1 Latar belakangBagi memastikan kualiti pendidikan di
institusi pendidikan meningkat secara berterusan pihak Jemaah Nazir
Sekolah (JNS) telah memperkenalkan suatu mekanisme iaitu Standard
Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP). Selepas dua pelaksanaannya
berlaku penambahbaikan pada STKP. Kini, STKP dikenali sebagai
Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Pelaksanaan standard ini
memberi peruntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah memastikan taraf
pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi
pendidikan (an adequate standard of teaching is developedand
maintain in educational institutions).Pelaksanaan SKPM Sekolah
diperincikan dalam tiga dokumen iaitu:
SKPM 1 : Pernyataan Standard (PS)SKPM 2 :Instrumen Pemastian
Standard (IPS)SKPM 3 :Rancangan Pemajuan Sekolah
6.7.2 Prinsip-prinsip SKPMSKPMSekolah diolah berdasarkan
prinsip-prinsip yang berikut:
Sekolah berupaya dibangunkan ke tahap yang tinggi secara
terancang berasaskan potensinya.Sekolah bertanggungjawab
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Kepimpinan sekolah memainkan peranan
yang sangat penting dalam usaha meningkatkan kualiti
pendidikan.Kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan
pembangunan sahsiah adalah petunjuk utama kepada kejayaan sekolah
menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi.Sekolah sebagai
sebuah organisasi pendidikan ditadbir urus berdasarkan teori dan
amalan pengurusan berkesan.Proses pendidikan di peringkat mikro
hendaklah berteraskan teori pembelajaran, kaedah pembelajaran
berkesan dan berpandukan pengalaman dan pandangan pakar dalam
bidang pendidikan.Perancangan dan proses membuat keputusan
program-program pendidikan berasaskan maklumat dan fakta yang
tepat.Program-program yang dianjurkan oleh Jabatan dan Bahagian
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pelajaran Bahagian dan Pejabat Pelajaran Daerah merupakan
usaha-usaha yang selari dengan matlamat SKPM.Sekolah berupaya
menggunakan segala input yang diperuntukkan mengikut tatacara dan
prosedur yang ditentukan.
6.8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM)6.8.1 Latar
belakangPada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia
melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara
menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia yang baharu. Tujuan utama kajian semula ini dibuat dalam
konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat,
peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk
menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa
serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.
6.8.2 ObjektifPelan ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus,
iaitu:
Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia
dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan,
meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian
(ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta
mengoptimumkan kecekapan sistem.Mewujudkan visi dan aspirasi yang
jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan
bagi tempoh 13 tahun akan datang.Menggariskan transformasi sistem
pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam
Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi
masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan
awam.
6.8 3 Aspirasi Sistem Pendidikan
Akses
100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada
prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020.
Kualiti
Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran
antarabangsa dan PISA dalam tempoh 15 tahun.
Ekuiti
50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar - luar bandar,
sosioekonomi, gender) menjelang 2020.
Perpaduan
Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan
nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian
Kecekapan
Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan
sedia ada.
6.8.4 Aspirasi terhadap MuridPelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) adalah berasaskan aspirasi alsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah menyediakan pendidikan seimbang untuk setiap
murid. Pelaksanaan pelan ini adalah merujuk kepada sistem
pendidikan yang berprestasi tinggi bagi membina kemahiran khusus
dan atribut kepada murid sebagai persediaan menghadapi cabaran
pembangunan ekonomi dan globalisasi.
PPPM ini telah menggariskan enam ciri-ciri utama yang menjadi
asas aspirasi bagi setiap murid di negara ini.
Rajah 6.1 : Aspirasi murid
Pengetahuan
Di peringkat paling asas, setiap kanak- kanak perlu menguasai
sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting
bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik
dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang
menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah,
manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik,
dan sukan.
Kemahiran Berfikir
Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan
sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka
menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu.
Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk
penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang
ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya
untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di
luar konteks akademik.
Kemahiran Memimpin
Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk
memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat
penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid
mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal
dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri
kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi
empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi,
dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.
Kemahiran Dwibahasa
Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai
bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap
minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan
persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia
dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu,
Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain
sebagai bahasa tambahan.
Etika dan Kerohanian
Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri
setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam
kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara
harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip
ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan
sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk
membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada
kesejahteraan komuniti dan negara.
Identiti Nasional
Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun
Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap
murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira
etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu
dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah
negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara.
Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat
keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan
dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima
kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian.
6.8.5 Sebelas Anjakan Utama Untuk Mentransformasi Sistem
Pendidikan NegaraKementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang
perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh
semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu memberi impak kepada
sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, iaitu
akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Kualiti menjadi
fokus utama merentasi semua anjakan kerana kualiti merupakan
dimensi penting yang perlu diberikan perhatian segera. Sebahagian
daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju
pendidikan. Anjakan yang lain merupakan perubahan pelaksanaan dalam
cara Kementerian dan sekolah melaksanakan dasar sedia ada. Sama ada
perubahan bersifat strategi atau pelaksanaan, semuanya
menggambarkan anjakan daripada amalan semasa. Sebelas anjakan
tersebut adalah :
Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidika
berkualiti bertaraf antarabangsa.Anjakan 2: Memastikan setiap murid
menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan
digalakkan mempelajari bahasa tambahan.Anjakan 3: Melahirkan rakyat
yang menghayati nilai.Anjakan 4: Mentransformasi profesion keguruan
menjadi profesion pilihan.Anjakan 5: Memastikan kepimpinan
berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.Anjakan 6:
Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian
khusus berasaskan keperluan.Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.Anjakan 8:
Mentransformasi kebolehandan keupayaan penyampaian
Kementerian.Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan
sektor swasta secara meluas.Anjakan 10:Memaksimumkan keberhasilan
murid bagi setiap ringgit.Anjakan 11:Meningkatkan ketelusan untuk
kebertanggungjawaban awam secara langsung.
6.8.6 Urutan Anjakan TransformasiBerdasarkan keperluan membina
kebolehan dan keupayaan sistem pendidikan negara, Kementerian telah
menyusun transformasi yang akan dilaksanakan dalam tiga gelombang;
gelombang satu, gelombang dua dan gelombang tiga.
Rajah 6.2 : Gelombang transformasi
Kementerian memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan
mempercepatkan perubahan kaedah pelaksanaan program. Dalam tempoh
pelaksanaan ini, tumpuan akan diberikan kepada kaedah peningkatan
kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di
dalam sistem, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan
memperbaiki pendekatan pelantikan dan melatih pengetua/guru besar,
dan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris dan numerasi menerusi program pemulihan yang intensif).
Kementerian juga akan mengukuhkan dan memberi pengupayaan kepada
pegawai di peringkat negeri dan daerah untuk meningkatkan kualiti
sokongan yang diberikan kepada kumpulan barisan hadapan ini bagi
membantu semua sekolah. Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian
akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah
mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan. Antara
inisiatif Kementerian dalam Gelombang 1 adalah:
Meningkatkan standard pengajaran melalui bimbingan guru secara
khusus terutamanya dalam mata pelajaran teras (Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Matematik, Sains).Mereka bentuk semula soalan
peperiksaan supaya lebih menjurus kepada soalan kemahiran berfikir
aras tinggi.Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM melalui pengukuhan
kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model
pembelajaran pelbagai mod (blended learning).Melaksanakan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia SJK yang direka
bentuk untuk murid yang bahasa ibundanya bukan bahasa
Malaysia.Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris
melalui pengujian dan latihan semula guru, memperluas LINUS, dan
menyediakan sokongan pemulihan serta model pembelajaran pelbagai
mod (blended learning).Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah
untuk mengintegrasi ICT dalam pembelajaran harian.Melaksana Program
Transformasi Daerah dengan tumpuan kepada sekolah berprestasi
rendah termasuk murid berkeperluan khusus untuk memacu prestasi
sekolah.Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan dan meningkatkan
standard kemasukan bagi guru baharu.Mewujudkan pembimbing
pengetua/guru besar yang berdedikasi untuk sekolah Band 5,6 & 7
dan mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi
meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah.Mentransformasi Kementerian
dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk menerajui jawatan penting
di JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi sistem
penyampaian.Meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah
melalui kempen galakan enrolmen, lebih pelibatan ibu bapa, dan
program vokasional yang lebih baik.Mengukuhkan praktikum dalam
program vokasional melalui peningkatan kerjasama dengan sektor
swasta.
Dalam tempoh Gelombang 2, Kementerian akan melaksanakan
perubahan struktur sistem pendidikan negara untuk mempercepatkan
perjalanan perubahan (rancangan untuk semua inisiatif akan bermula
semasa Gelombang 1). Perancangan ini melibatkan pergerakan kesemua
410,00 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya
baharu, penstrukturan semula Kementerian, JPN dan PPD untuk
menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang 1,
dan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disemak semula dalam usaha
menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai
untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.
Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan semula bagi
meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran setanding dengan
standard antarabangsa.Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam
STEM melalui kempen dan kerjasama.Merintis pilihan program untuk
meningkatkan pendedahan kepada bahasa Inggeris, dan mengukuhkan
penyediaan bahasa tambahan dalam usaha menambah baik penguasaan
kemahiran bahasa secara menyeluruh.Mengukuhkan program untuk
kumpulan berkeperluan khusus seperti kumpulan peribumi dan kumpulan
minoriti lain, pintar cerdas, dan berkeperluan khas.Memacu inovasi
ICT khususnya untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran
terarah kendiri.Meningkatkan bimbingan dan sokongan kepada guru
bagi penambahbaikan penyampaian pengetahuan, kemahiran, dan nilai
merentasi semua aspek kurikulum dan kokurikulum.Meningkatkan
kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi serta memantapkan
laluan kerjaya guru untuk mencergaskan semula profesion
keguruan.Mengukuhkan bahagian utama Kementerian, menyusun semula
peranan Kementerian, JPN dan PPD untuk meningkatkan kapasiti dan
keupayaan pelaksanaan.Memperoleh akreditasi antarabangsa dan
memantapkan kurikulum program matrikulasi sebagai persediaan murid
ke universiti.Memperluas pilihan pendidikan vokasional melalui
perjanjian pelaksanaan dengan pembekal pendidikan vokasional
swasta.
Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah, guru dan
pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard
minimum. Oleh itu, Kementerian akan memberikan tumpuan kepada
meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan
rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional.
Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada
model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan
sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. Matlamat Kementerian
adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang
mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang
lebih tinggi.
Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan penguasaan
kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris secara
berterusan dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk mempelajari
bahasa tambahan.Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan
berkeperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan standard
pembelajaran secara berterusan.Memupuk budaya kecemerlangan
profesional keteladanan rakan setugas, iaitu guru dan pemimpin
sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan
rakan setugas mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard
profesional.Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan
autonomi dari segi pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan
bagi kebanyakan sekolah yang layak, sekiranya tidak kepada semua
sekolah.Memperkasa Kementerian dan menginstitusikan transformasi
melalui pengukuhan kemajuan kerjaya pegawai Kementerian.Mengkaji
semula penstrukturan sekolah untuk menentukan sekiranya wujud
keperluan untuk mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan.
RumusanInovasi dan perubahan yang berlaku dalam bidang
pendidikan mempunyai matlamat untuk menghasilkan modal insan yang
kreatif dan inovatif. Sebagai pengurus dan pendidik, mereka harus
memahami peranan dan bersedia dalam menghadapi perubahan ini. Hal
ini disebabkan inovasi dan perubahan akan memberi implikasi dalam
setiap aspek program pendidikan yang dilaksanakan. Perubahan ini
juga akan meningkatkan kualiti modal insan guru yang dihasilkan.
Sebagai panduannya, Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia akan
mengawal hala tuju perubahan yang berlaku.
Rujukan
Abdullah Sani bin Yahaya. (1997). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur
: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.Abdul Sukor Abdullah. (Jun
2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan Pendidikan Cemerlang.
Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan 14(01). IAB, Genting
Highlands : Pp 18 20Ishak Sin. (2003). Gaya Kepimpinan Transformasi
dan Pengajaran: Gaya manakah yang diperlukan Oleh Pengetua. Jurnal
Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. 02(13). IAB. Genting
Highlands. Pp 01 11.Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asas Pendidikan
III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur:
Longman.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan2006-2010.
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=home&bhs=my.Tarikh
capaian 17 hb Februari 2007Kementerian Pendidikan Malaysia. (1981).
Kurikulum baru sekolah rendah: Matlamat, rasional, bidang pelajaran
dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur : Pusat
Perkembangan Kurikulum.Kementerian Pelajaran Malaysia. (1993).
Falsafah Pendidikan Negara.
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=falsafah&bhs=my. Tarikh
capaian 18hb Februari 2007.Kementerian Pelajaran Malaysia. (1993).
Misi Pendidikan Negara
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=misi&bhs=my. Tarikh
capaian 18hb Februari 2007.Kurikulum Baru Sekolah Rendah. (1986).
Buku Panduan Am. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan PustakaMohamed Nor.
(1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Flo
Enterprise.Mohd Salleh Lebar. (2002). Perancangan pendidikan:
Peringkat sekolah dan IPT. Kuala Lumpur. Utusan Publication dan
Distributor Sdn. Bhd.Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, (2013),
Kementerian Pendidikan Malaysia.Pusat Perkembangan Kurikulum.
(2000). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah:Pendidikan Moral. Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025http://nizamkakashi.blogspot.com/2015/03/tajuk-6-pengurusan-inovasi-dan.html