KAW 1043 PENGESANAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS CACAT PENGLIHATAN DAN CACAT PENDENGARAN (VISUAL DISORDER AND HEARING DISORDER) NAMA AHLI KUMPULAN : NORYUSMANIA BT JUNAIDI (E 20101000826) NUR NADIRAH BT MAHAMAT (E 20101000829) SIM MING CHING (E 20101000840) KATTY LING SING HUI (E 20101000907) NUR AMALINA BT MOHD FADZIL (E 2010100909) PROGRAM : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK. SEMESTER : SEMESTER 3 2011/2012 KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN B 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KAW 1043
PENGESANAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
CACAT PENGLIHATAN DAN CACAT PENDENGARAN
(VISUAL DISORDER AND HEARING DISORDER)
NAMA AHLI KUMPULAN : NORYUSMANIA BT JUNAIDI (E 20101000826)
NUR NADIRAH BT MAHAMAT (E 20101000829)
SIM MING CHING (E 20101000840)
KATTY LING SING HUI (E 20101000907)
NUR AMALINA BT MOHD FADZIL (E 2010100909)
PROGRAM : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK.
SEMESTER : SEMESTER 3 2011/2012
KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN B
NAMA PENSYARAH : DR. KANNAMAH A/P MOTTAN
TARIKH SERAHAN : 28 OGOS 2011
1
ISI KANDUNGAN
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Pengenalan Cacat Penglihatan
2 Ciri-ciri Kanak-kanak Cacat Penglihatan
3 Tahap Perkembanagn Kanak-kanak Cacat Penglihatan
4 Punca Cacat Penglihatan
5 Jenis-jenis Cacat Penglihatan
6 Tahap Cacat Penglihatan
7 Masalah Penglihatan Yang Lain
Katarak
Glaukoma
Degenerasi Makular
Ocular Motility
Strabismus
Amblyopia
Nistagmus
8 Ujian Pengesanan Cacat Penglihatan
9 Alat Bantu bagi Kanak-kanak Cacat Penglihatan
10 Pengenalan Cacat Pendengaran
11 Ciri-ciri Kanak-kanak Cacat Pendengaran
12 Tahap Perkembangan Kanak-kanak Cacat Pendengaran
13 Punca Cacat Pendengaran
14 Tahap Pendengaran
15 Jenis Kehilangan Pendengaran
16 Ujian Pengesanan Cacat Pendengaran
17 Kaedah Komunikasi Bagi Kanak-kanak Cacat Pendengaran
18 Alat Bantu bagi Kanak-kanak Cacat Pendengaran
19 Rujukan
20 Lampiran
2
CACAT PENGLIHATAN (VISUAL DISORDER)
1.0 PENGENALAN CACAT PENGLIHATAN
Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam
Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti tidak dapat melihat
langsung dan kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan
Ujian Snellen.
Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus. Dari segi pendidikan,
bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana
masalah penglihatan. Selain itu, murid-murid di program ini mengikuti pelajaran yang
sama seperti diikuti oleh murid normal tetapi mempunyai kaedah yang berbeza di mana
murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz
tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan
Braille. Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah
biasa (bagi program integrasi).
Kanak-kanak memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran
yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka disekolah amat berharga
yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan kecacatan terhadap
keupayaan mereka.
3
2.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN
Yang pertama adalah kesukaran membaca tulisan dan ilustrasi dalam buku serta di
papan kapur dan sering membawa buku dekat matanya untuk membaca. Selain itu,
kanak-kanak juga sering mengesat matanya. Matanya juga amat sensitif terhadap
cahaya. Kebanyakannya mempunyai mata juling dan mempunyai mata yang tidak boleh
memfokus.
Kanak-kanak yang menghidapi penyakit ini sering mengelak dari cahaya
terang dan mengerdip atau menggosok mata. Mereka juga sering terjatuh dan terlanggar
objek kecil dan mengadu sakit kepala, pening atau loya selepas membuat kerja yang
perlu penumpuan. Tidak dapat mencari dan mengambil objek kecil yang terjatuh. Jika
mereka separa buta, mereka mungkin dapat melihat bayang, warna atau gambar yang
besar. Sebagai contoh, memegang buku atau objek dekat dengan muka. Biasanya sukar
atau tidak dapat melakukan tugasan seperti membaca atau menulis tanpa menggunakan
alat bantuan khas.
Gangguan penglihatan berlaku apabila penglihatan seseorang individu tidak
dapat dibantu untuk mencapai tahap penglihatan normal. Gangguan penglihatan ini
boleh disebabkan penyakit yang dialami, trauma serta masalah kongenital atau
keturunan. Kanak-kanak ini juga sering menundukkan kepala ke tepi atau ke depan dan
kerap berkerut atau mengecilkan mata serta matanya juga akan kelihatan kemerah-
merahan. Dan yang terakhir sekali, kerap menulis perkataan-perkataan dengan ejaan
lama.
4
3.0 TAHAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN
Berikut adalah carta perkembangan kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan
mengikut peringkat umur dan pencapaiannya:
Aspek
Perkembangan
Umur Pencapaian
Sosial dan
Emosi
0 - 3 bulan Mengenali dan mengecam suara ibu bapa dan pengasuh.
Boleh ditenangkan dengan suara atau pun dengan
sentuhan.
Tersenyum apabila di agah atau kita bermain
bersamanya.
4 - 6 bulan Mula menunjukkan suka akan perhatian. Sebagai contoh
menangis apabila ditinggalkan dan tidak dituruti
permintaannya.
7 - 9 bulan Membezakan antara yang biasa & orang yang tidak
dikenali
Menunjukkan "kebimbangan terhadap orang asing"
Menunjukkan takut perpisahan
10 - 12
bulan
Menggunakan gerak isyarat
Menangis apabila ibu bapa atau pengasuh
meninggalkannya
Mula menikmati permainan sosial seperti main Pee-ke-
boo
1 - 2 tahun Meniru ibu bapa atau pengasuhnya
Dimainkan bersama-sama kanak-kanak lain
Minta bantuan orang lain apabila memerlukan bantuan
2 - 3 tahun Suka dipuji selepas melakukan tugas mudah
Sedar dan mengetahui perasaan orang
4 - 5 tahun Bermain dengan kanak-kanak lain
Memahami kaedah-kaedah meluahkan pelbagai bentuk
perasaan
Kemahiran
Motor Halus
0 - 3 bulan Bermain dengan tangan
Menggunakan tangan untuk melakukan sesuatu
5
Mampu memegang objek tengan tangan tanpa
menjatuhkannya.
Bermain dengan mainan yang mengeluarkan bunyi
4 - 6 bulan Mencapai objek dalam hubungan dengan badan dengan 1
tangan
Meletakkan objek ke dalam mulut
Menggunakan hujung jari untuk memegang objek kecil
Pemindahan objek dari tangan ke tangan
Membawa objek ke garis tengah
Menarik objek daripada bekas
7 - 9 bulan Meneroka tekstur yang berlainan
Meletakkan objek ke dalam bekas
Memainkan permainan “pat-a-cake”
10 - 12
bulan
Meletakkan salah satu tambatan berulang kali ke dalam lubang (permainan meletakkan objek ke dalam lubang yang sepadan)
1 - 2 tahun Menyusun objek besar namun susunannya agak tidak
teratur.
2 - 3 tahun Menggunakan tangan untuk tugas-tugas kompleks
Membaling bola
4 - 5 tahun Meniru dan menyalin bentuk mudah seperti bulat, segi
empat dan segi tiga namun bentuknya tidak kemas.
Kemahiran
Motor Kasar
0 - 3 bulan Mampu mngangkat kepala dan mengawal kepala apabila
bergerak.
Mengangkat diri dengan tangan serta lengan apabila di
telungkupkan (bayi yang buta tidak boleh berbuat
demikian sehingga selepas mereka roll dari belakang ke
perut)
4 - 6 bulan Duduk dengan sokongan
Berguling dari perut ke belakang, dari belakang ke perut
Duduk sahaja mantap
Menarik untuk berdiri (sambil memegang tangan anda)
Bergerak ke hadapan dengan merangkak, menjalar, atau
apa-apa cara lain
6
7 - 9 bulan Menarik diri untuk kedudukan duduk
Menarik untuk kedudukan berdiri (menggunakan
perabot)
Duduk
Percubaan untuk berjalan (sambil memegang tangan
anda)
Melangkah mengikut koordinasi (semasa bertatih)
10 - 12
bulan
Berdiri sendiri
Mampu untuk tunduk untuk mengambil objek
Berjalan ke sisi mengikut dinding
Berjalan sendiri (3 langkah)
Berjalan bersendirian dengan penyelarasan yang baik (5
langkah)
Menolak halangan-halangan kecil daripada menghalang
perjalannannya.
Berjalan di rumah atau di laman dengan bebas
1 - 2 tahun “Squats”
Bergerak mengelilingi halangan besar
Berjalan tangga dengan bantuan, turun tangga dengan
bantuan
2 - 3 tahun Berjalan, melompat, mendaki
4 - 5 tahun Mudah berjalan ke belakang
Melompat dengan satu kaki
Bahasa dan
Komunikasi
0 - 3 bulan Suara tangisan yang berbeza ketika bayi menangis.
Respons kepada suara biasa
Bertindak balas kepada bunyi secara tiba-tiba
Mengabaikan bunyi tertentu & mengabil kisah
sesetengah bunyi.
4 - 6 bulan Berpaling ke arah bunyi yang didengar
Membuat 3 bunyi vokal yang berbeza
Meniru “vocalization”
7 - 9 bulan Menghasilkan kombinasi vokal-konsonan (Contohnya
ga-ga atau ba-ba)
7
Mengenali bunyi biasa atau frasa
10 - 12
bulan
Menggunakan gerak isyarat
Memberi respons yang sesuai untuk biasa permintaan
“Jabbers expressively”
Mula nama benda-benda
1 - 2 tahun Menjangka rutin sebagai tindak balas kepada permintaan
biasa
Menggunakan 2 kata-kata yang sesuai
Menggunakan kata-kata untuk membuat mahu dikenali
Menggunakan 8 perkataan yang sesuai
Strings 2 perkataan bersama-sama (contohnya "ma-ma
selamat tinggal ")
Menggunakan 2 & 3 ayat perkataan
2 - 3 tahun Memahami bahasa yang paling mudah
Berkomunikasi dengan jelas
4 - 5 tahun Suka bercerita mengenai apa yang dia telah melakukan
Minta banyak soalan
Kognitif dan
Intelektual
0 - 3 bulan Mengenali ibubapa atau pengasuh
Bermain dengan bubbling secara berterusan
Menangis apabila lapar atau tidak selesa
4 - 6 bulan menoleh ke arah bunyi
Meletakkan objek di dalam mulut
Menunjukkan keutamaan dalam bahan mainan
Mencapai objek yang dekat dengannya.
7 - 9 bulan Meneroka tekstur yang berlainan
Mendedahkan mainan
Menarik tali untuk mengaktifkan mainan
Mencari objek yang lepas dar genggaman namun jauh
dari kontaks badan nya(jauh dari nya).
Bergerak ke arah objek berdasarkan petunjuk bunyi.
Meletakkan objek ke dalam bekas atas permintaan
10 - 12
bulan
Bergerak atau gerak isyarat ke arah anda apabila
dipanggil
8
Menempatkan objek tetap (contohnya kerusi tinggi, meja,
dsb. )
Meletakkan banyak objek dalam bekas
Belajar bahawa objek itu wujud walaupun daripada
diluar kemampuan penglihatannya
Berjaya untuk menyelesaikan masalah yang mudah
Mula memahami sebab & kesan
1 - 2 tahun Menggunakan 2 objek yang berkaitan (contohnya sudu
dan garfu)
Menggunakan objek untuk melaksanakan tindakan sosial
(contohnya menyikat rambut, memakai kalung, dll. )
Memadankan objek
Memberi perhatian kepada aktiviti yang lama.
2 - 3 tahun Sesuai bentuk ke dalam lubang yang hampir sama
Mengkategorikan objek
Mengasingkan blok & menyantumkannya kembali
4 - 5 tahun Berikut arahan mudah & teka-teki mudah
Memahami mengira
Perkembangan kanak-kanak bermasalah penglihatan bergantung pada tahap
kehilangan penglihatan, jenis masalah penglihatan dan umur semasa mengalami
masalah penglihatan. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan
terutamanya kebutaan mereka tiada pengalaman visual sama sekali. Ini menyebabkan
perkembangan akal mereka terencat dan terbatas berbanding dengan kanak-kanak
normal yang lainnya. Pemahaman dan pengenalan terhadap objek dan alam
disekelilingnya dibantu oleh deria selain daripada deria penglihatan. Sebagai contoh
kanak-kanak yang buta mengenali buah-buahan dari segi bentuk, tekstur dan juga bau
dengan menggunakan deria bau, sentuhan, rasa dan dengar mereka.
Selain itu, daripada segi fizikal tidak terdapat perbezaan antara kanak-kanak
bermasalah penglihatan dengan kanak-kanak normal malah mereka sering dianggap
sebagai kanak-kanak biasa.
9
Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan kadang kala mengalami
manasalah dalam perhubungan social. mereka mengalami masalah untuk mengenal dan
mengecam orang yang berada disekeliling mereka melainkan orang tersebut betul-betul
rapat dengannya.
Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan kebiasaannya mengalami
masalah pembelajaran di sekolah. Terdapat banyak kesan masalah penglihatan terhadap
pembelajaran kanak-kanak terutamanya dari segi tingkah laku, kebolehan membaca,
menulis dan pencapaian am di sekolah. Masalah begini timbul akibat penglihatan
kanak-kanak yang terhad dan terbatas sehingga mereka tidak dapat memvisualisasikan
sesuatu objek atau perkara.
Sokongan daripada segi psikologi dan latihan untuk berdikari penting bagi
membantu kanak-kanak ini dalam aspek komunikasi dan menjalanrutin harian dengan
sendiri tanpa bantuan orang lain amat diperlukan bagi membantu melonjakan tahap
perkambangan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan. Selain itu kanak-
kanak yang mengalami masalah penglihatan harus dibekalkan dengan alat bantuan
penglihatan seperti cermin mata untuk membantu melihat dengan jelas bagi yang
mengalaman masalah penglihatan terhad, latihan kemahiran pemahaman dan
penggunaan tulisan daripada mesin Braille, bahan bacaan dalam tulisan Braille serta alat
sentuh seperti peta, gambar rajah timbul dan model tiga dimensi bagi memastikan
kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan tidak ketinggalan dari segi kognitif,
intelektual dan pemahaman dunia sekelilingnya.
10
4.0 PUNCA CACAT PENGLIHATAN
Punca-puncanya adalah baka dan keturunan, komplikasi sebelum, semasa dan selepas
lahir, Rubella, Sifilis, Kekurangan zat makanan, Kesakitan mata, Kecederaan,
Kerosakan saraf optic, Penyakit (hypermetropia, myopia, dylexia, dll) Trauma, masalah
congenital.
5.0 JENIS-JENIS CACAT PENGLIHATAN
Menurut Pertubuhan kesihatan dunia (WHO), terdapat dua kategori masalah penglihatan
iaitu, kebutaan dan rabun/penglihatan terhad.
Kebutaan adalah penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik
ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan
ataupun pembetulan biasa (refractive).
Manakala rabun atau penglihatan terhad ( Low Vision) adalah penglihatan
kurang 6/18 sehingga persepi cahaya pada mata yang terbaik pembetulan biasa. Individu
dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria
penglihatan.
11
Masalah Penglihatan
ButaRabun atau Penglihatan
Terhad
(Low Vision)
6.0 TAHAP CACAT PENGLIHATAN
Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan
penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi
pendidikan pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:
Tahap Penglihatan Huraian
Sederhana Masalah pada tahap ini masih
membolehkan kanak-kanak melihat cahaya
dan menjalankan aktiviti melalui deria
penglihatan dengan menggunakan alat
bantu khas seperti kanta dan cermin mata.
Teruk Masalah pada tahap teruk menyebabkan
kanak-kanak memerlukan lebih banyak
masa dan tenaga dalam menjalankan
aktiviti malah mengalami kesukaran
melakukan aktiviti berkaitan penglihatan
termasuk mobiliti, walaupun dengan
bantuan alat khas.
Sangat Teruk Masalah pada tahap ini sangat teruk
mengakibatkan kanak-kanak menghadapi
kesukaran melakukan aktiviti visual
seperti membaca dan mobiliti serta perlu
bergantung pada deria-deria lain.
12
7.0 MASALAH PENGLIHATAN YANG LAIN
7.1. KATARAK
Penyakit katarak adalah lensa mata yang keruh atau berkabut. Biasanya lensa
mata yang sihat adalah jernih. Jika mata keruh, jalannya sinar akan terhambat dan
lensa tidak dapat di fokuskan. Katarak umumnya timbul pada usia lanjut akibat
pengerasan lensa yang tidak dapat dihindarkan, tanpa ada rasa nyeri mahupun rasa
tidak selesa. Penyakit ini berlaku apabila kanta mata semakin keruh dan
mengganggu laluan cahaya masuk ke retina mata. Masalah katarak ini adalah
berbeza dengan glaukoma. Kanta yang semakin keruh akan menyebabkan pesakit
menghadapi masalah seperti berikut :
Penglihatan kabur
Imej berganda
Gangguan penglihatan warna
Masalah melihat cahaya terang.
Katarak dikatakan menyerang satu daripada enam individu yang telah
melangkau usia 40 tahun. Menjelang usia 75 tahun pula, hampir semua orang
akan mengalami katarak di salah satu atau kedua-dua belah mata mereka.
Penyakit ini boleh menjejaskan penglihatan pesakit dan boleh menyebabkan
pesakit menjadi buta sekiranya tidak dirawat dari peringkat awal lagi
Penyakit ini juga akan berlaku tanpa mengira jantina lelaki ataupun perempuan.
Seorang penderita katarak mungkin tidak menyedari bahawa telah
mengalami gangguan katarak. Katarak terjadi secara perlahan-perlahan sehingga
penglihatan penderita terganggu secara beransur. Ini kerana umumnya katarak
tumbuh sangat lambat dan tidak mempengaruhi daya penglihatan sejak awal.
13
Daya penglihatan baru terpengaruh setelah katarak berkembang sekitar 3 hingga 5
tahun. Hal ini demikian kerana katarak biasanya menyedari penyakitnya setelah
memasuki peringkat kritikal.
Antara simptom awal yang akan dialami oleh seseorang yang
menghidapi katarak adalah seperti berikut :
Merasa gatal-gatal pada mata
Air matanya mudah keluar
Pada malam hari penglihatan terganggu
Tidak biasa menahan silau sinar matahari atau sinar lampu.
Selanjutnya penderita akan melihat selaput seperti awan di depan
penglihatannya. Awan yang menutupi lensa mata tersebut akhirnya semakin
merapat dan menutup seluruh bahagian mata. Bila sudah sampai tahap ini,
penderita akan kehilangan penglihatannya.
Antara faktor lain yang menyebabkan berlakunya penyakit katarak
adalah seperti yang berikut:
cedera pada lensa mata,
pesakit diabetis juga terdedah kepada penyakit ini,
penyakit mata,
katarak bawaan sejak lahir iaitu dilahirkan dengan katarak (kongenital),
katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu
menghidap jangkitan penyakit seperti rubela semasa kehamilan dan ia
dikenali Ia dikenali sebagai katarak congenital
14
paparan berlebihan dengan sinar ultraviolet yang menyebabkan berlakunya
penyakit katarak.
mereka yang mempunyai sejarah keluarga penyakit katarak ini juga
mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mewarisinya.
Terdapat empat (4) jenis penyakit katarak iaitu:
Menurut Dr. Shatriah Ismail, Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi,
Jabatan Oftalmologi, Pusat Perubatan Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, USM
Kelantan. Penyakit selaput mata pada kanak-kanak juga dikenali sebagai penyakit
katarak kongenital dalam bahasa perubatan yang dikesan selepas kelahiran.
Antara faktor penyebab berlakunya katarak kongenital adalah :
sejarah keluarga penyakit katarak kongenital serta beberapa penyakit yang
lain.
Kelahiran pramatang.
Jangkitan kuman semasa dalam kandungan seperti rubella, syphilis,
toxoplasmosis dan herpes.
Gangguan metabolik seperti hypoglisemia, hyperglysemia, hypokalsemia
dan galaktosemia.
Pesakit yang mengalami penyakit seperti Sindrom Down, Sindrom
Edward dan Sindrom Patau juga dilaporkan berisiko mendapat penyakit
katarak kongenital.
15
Katarak Kongenital
Katarak Senilis
Katarak Traumatik
Katarak Komplikata
Katarak senilis pula terjadi akibat degenerasi lensa mata, juga
melibatkan proses stres oksidatif. Katarak senilis terjadi akibat proses degenerasi
penuaan, jumlahnya hingga 90 peratus dari seluruh masalah katarak. Katarak
senilis masih menjadi penyebab kebutaan utama di seluruh dunia. Setidaknya ada
5 hingga 10 juta kebutaan akibat katarak ini setiap tahunnya. Dengan teknik
pembedahan terbaru, hanya 100 000 hingga 200 000 yang boleh disembuhkan.
Patofisiologi di balik terjadinya katarak senilis amat kompleks dan belum
sepenuhnya difahami. Namun ada beberapa kemungkinan di antaranya terkait usia
lensa mata yang membuat berat dan ketebalannya bertambah, sementara
kekuatannya menurun. Kerosakan lensa pada katarak senilis juga dikaitkan
dengan kerosakan oksidatif yang progresif. Beberapa kajian menunjukkan
peningkatan produk oksidasi seperti oxidized glutathione dan penurunan
antioksidan (vitamin) dan enzim superoksidase. Teori stres oksidatif pada katarak
disebut kataraktogenesis.
Katarak traumatik merupakan katarak yang muncul sebagai akibat
cedera pada mata yang dapat merupakan trauma perforasi ataupun tumpul yang
terlihat sesudah beberapa hari ataupun beberapa tahun. Katarak traumatik ini dapat
muncul akut, subakut, ataupun gejala sisa dari trauma mata. Di Amerika Syarikat
diperkirakan terjadi 2,5 juta trauma mata setiap tahunnya. Kurang lebih 4 hingga 5
peratus dari pesakit mata yang memerlukan rawatan komperhensif merupakan
keadaan sekunder akibat trauma mata. Trauma merupakan penyebab tertinggi
untuk buta monokular pada orang kelompok usia di bawah 45 tahun. Setiap
tahunnya diperkirakan 50 000 orang tidak dapat membaca surat khabar sebagai
akibat trauma mata. Dilihat dari jenis kelamin perbandingan terjadi katarak
traumatik lelaki dan perempuan adalah 4 : 1. National Eye Trauma System Study
melaporkan rata-rata usia penderita katarak traumatik adalah 28 tahun dari 648
kasus yang berhubungan dengan trauma mata.
Katarak komplikata merupakan katarak akibat penyakit mata lain
seperti radang, dan proses degenerasi seperti ablasi retina, retinitis pigmentosa,