Yusnita Binti Yatim 790202025310 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN BANDAR DARUL AMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN ________________________________________________ __________ PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IJAZAH SARJANA MUDA SEKOLAH RENDAH SEMESTER 1 SESI 2011 PKB 3102 – PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI _______________________________________________________ ___ NAMA : YUSNITA BINTI YATIM NO K/P : 790202-02-5310 PENSYARAH : ENCIK AZMI BIN ABU BAKAR TAJUK TUGASAN : KAJIAN KES MASALAH BAHASA DAN
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
TUGASAN PROJEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
TAJUK PROGRAM : PPG NAMA GURU PELATIH :
YUSNITA BINTI YATIM
TAJUK KURSUS :
PENGENALAN KEPADA MASALAH
BAHASA DAN KOMUNIKASI
KOD KURSUS : PKB 3102
SEMESTER : 1
TARIKH MULA 20 OGOS 2011 TARIKH HANTAR 24 SEPTEMBER 2011
HASIL PEMBELAJARAN :
1. Menjelaskan hubung kait dan isu-isu yang berkaitan dengan komunikasi, bahasa dan pertuturan.
2. Menghuraikan masalah-masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
3. Membanding ciri-ciri bahasa dan komunikasi mengikut kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
4. Memberi saranan dan cadangan mengaplikasi pendekatan dan kaedah untuk mengatasi masalah-masalah dan meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa dan komunikasi.
OBJEKTIF KERJA KURSUS :
1. Pelajar dapat menghasilkan laporan berfokus berdasarkan tajuk yang berkaitan dengan
masalah bahasa dan komunikasi
2. Pelajar dapat menghasilkan satu laporan kajian kes seorang kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi berdasarkan pemerhatian yang dijalankan.
3. Pelajar dapat mengaplikasikan kaedah intervensi yang sesuai untuk mengatasi masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak tersebut.
Tugasan Projek (50%)
Tajuk Tugasan
Kanak-kanak dengan gangguan bahasa dan komunikasi menghadapi risiko tinggi untuk gagal dalam akademik. Mereka yang mengalami masalah tersebut mungkin tidak dapat mengikuti arahan lisan, bertu,is dan komunikasi secara berkesan.
Berdasarkan situasi di atas setiap pelajar dikehendaki mendapatkan seorang murid maslah pembelajaran yang mengalami masalah bahasa dan komunikasi dalam lingkungan umur 8 hingga 12 tahun. Jelaskan ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak tersebut dengan memfokuskan kepada tahap pencapaian bahasa dan komunikasinya. Huraikan kesan-kesan masalah tersebut dalam komunikasi harian dan cadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan atau mengatasi masalah tersebut.
Arahan
Menjalankan satu kajian kes terhadap kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi dengan berfokus kepada jenis masalah bahasa/komunikasi yang dialami serta memberi cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.
1. Memilih seorang kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
2. Menjalankan pemerhatian terhadap tingkahlaku bahasa dan komunikasi dalam pelbagai konteks dan situasi.
3. Mentaksir masalah bahasa dan komunikasi yang dialami
Membuat cadangan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut : –
1. Menyediakan nota dalam bentuk pengurusan grafik yang sesuai mengenai
1. Kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan komunikasi
2. Ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami masaalh bahasa dan komunikasi
3. Kesan-kesan masalah bahasa dan komunikasi
4. Membuat kerja lapangan dengan mengenalpasti seorang kanak-kanak masalah
pembelajaran yang mengalami masalah bahasa dan komunikasi berumur antara 8-12
tahun.
5. Merancang dan menjalankan sesi temubual dengan pihak yang relevan
(guru,ibubapa,rakan) serta pemerhatian untuk mengumpul maklumat mengenai
kebolehan kanak-kanak dalam aspek bahasa dan komunikasi. Sediakan laporan yang
relevan.
6. Menganalisa masalah-masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak berdasarkan
maklumat serta dapatan yang dikumpulkan.
7. Menyediakan satu laporan bertulis yang mengandungi komponen-komponen berikut :
1. Latar belakang, sejarah perkembangan dan ciri-ciri kanak-kanak yang dipilih dengan
berfokus kepada aspek bahasa dan komunikasinya.
2. Kesan masalah bahasa dan komunikasi yang dialami dalam kehidupan seharian
3. Huraian mengenai masalah bahasa dan komunikasi yang dialami dan cadangan untuk
mengatasi masalah tersebut
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
4. Membuat refleksi sepanjang menjalankan projek dengan mengaitkan teori-teori yang
dipelajari.
Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus
1. Tugasan ini adalah tugasan individu
2. Laporan hendaklah disediakan bertaip komputer menggunakan font jenis Arial, Saiz 12 dan langkau 1.5 baris 12-15 muka surat
3. Sumber bahan/rujukan perlu dinyatakan :
Contoh : Jabatan Pendidikan Khas. 2002. Maklumat Pendidikan Khas 2002. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.
4. Bahagian kulit luar tugasan projek hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut :-
1. Nama Pelajar2. Angka Giliran3. Nombor Kad Pengenalan4. Tajuk Tugasan5. Kumpulan/ Unit6. Nama Pensyarah Pembimbing 7. Tarikh Serahan
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan
6. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
1. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.
2. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah.
3. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
4. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.
Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.
Tugasan disediakan oleh
(AZMI BIN ABU BAKAR)
Pensyarah
Jabatan Pendidikan Khas
IPGM Kampus Darulaman
ISI KANDUNGAN
1. Bahagian A
1. Definisi masalah komunikasi dan bahasa
2. Peringkat masalah bahasa
3. Jenis-jenis masalah komunikasi
4. Kesan masalah komunikasi
5. Definisi bahasa dan komunikasi
6. Lima komponen utama
2. Bahagian B
1. Latar belakang
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
3. Bahagian C
1. Laporan
4. Bahagian D
1. Refleksi
5. Rujukan
6. Lampiran
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
PENGENALAN
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang
memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak
normal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,
keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri
fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan
dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan
mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak
terabai seperti kanak-kanak normal.
Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau “kanak-
kanak luar biasa” sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari
segi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Manakala
Garciulo (2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti kenyataan di
bawah;
"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy.
These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or
behavioral characteristics. Many of these children may require educational
programs customized to their unique needs."
Selain itu, Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti
berikut:
1. Terencat akal.
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
2. Kurang upaya dalam pembelajaran.
3. Kecelaruan emosi atau tingkah laku
4. Pintar cerdas dan berbakat
5. Masalah bahasa dan pertuturan
6. Masalah pendengaran
7. Masalah penglihatan
8. Kecelaruan spektrum autism
9. Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan
Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah
kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid
bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran
(Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).
Kesimpulan yang dapat menerangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas
adalah golongan kanak-kanak yang menghadapi ketidakupayaan yang serius sehingga
memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan normal dan pembelajaran serta
perkembangan kognitif mereka (Abd. Rahim 2006).
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan golongan kanak-kanak
istimewa ini mestilah dikenal pasti ketidakupayaan mereka bagi memenuhi keperluan
perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan (Abu Bakar & Ikhsan 2003).
Autism
Menurut Sheila & Samsilah (2006) autism merujuk kepada kecacatan bersosial di mana
kanak-kanak yang mengalami autism tidak mempunyai kemahiran berhubung,
berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain seperti murid normal. Emosi kanak-
kanak sangat sukar diramal dan berubah-ubah. Di antaranya adalah (Jamila 2005) :
1. Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab mengamuk tanpa terkawal jika
tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang
diingininya.
2. Merosakkan apa saja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu.
3. Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.
4. Ada kalanya mencederakan diri sendiri dan
5. Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.
Tingkah Laku
1. Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif.
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
2. Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti
bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk tangan,
berputar-putar, mendekatkan mata ke televisyen, berlari atau berjalan mundar-
mandir.
3. Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya) dan
4. Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.
Interaksi sosial
Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan
ekstrem :
1. Suka bersendirian.
2. Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain.
3. Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.
4. Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
Masalah komunikasi terjadi apabila terdapat satu penyimpanan daripada pendengaran pertuturan atau bahasa yang normal yang mengganggu komunikasi
DEFINISI MASALAH KOMUNIKASI
Ketidakupayaan seorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen iaitu FONOLOGI, MORFOLOGI, SINTAKSIS, SEMANTIK dan PRAGMANTIK
DEFINISI MASALAH BAHASA
PERINGKAT MASALAH BAHASA
Masalah bahasa penerimaan
Auditori
Peringkat bahasa pelahiran Auditori
Masalah bahasa dalaman
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
JENIS-JENIS MASALAH BAHASA
KOMUNIKASI
Masalah pertuturan
Masalah kelancaran
Masalah gagap
Masalah bahasa
Picture 1 ...
Pengalaman Persekitaran Pengamatan
Dorongan dan motivasi
Kecerdasan dan Psikomotor
Jantina dan kematangan
FAKTOR MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
BAHASA
Yusnita Binti Yatim
790202025310
Picture 1 ...
FAKTOR-FAKTOR MASALAH BAHASA DAN
KOMUNIKASI
Neurologi
Keturunan
Kehilangan pendengaran
Persekitaran
Kerencatan kognitif
Implikasi semasa prenatal
Yusnita Binti Yatim
790202025310
Picture 1 ...
KESAN MASALAH KOMUNIKASI
PERSEPSI MESEJ
EMOSI
SOSIAL EKONOMI
PEMBELAJARAN
KESIHATAN
DEFINISI
KOMUNIKASI
MERUPAKAN SATU PROSES PERKONGSIAN
MAKLUMAT DAN PENDAPAT ANTARA
INDIVIDU
IA MELIBATKAN PENGKODANPENYAMPAIAN
DAN PENAKSIRAN KOD MESEJ
BAHASA
PENGGUNAAN LAMBANG BAHASA SEBAGAI MEWAKILI KONSEP TERTENTU ATAU MEMPUNYAI
MAKNA YANG DITERIMA OLEH MASYARAKAT
MANUSIA SAHAJA
Yusnita Binti Yatim
790202025310
LIMA KOMPONEN UTAMA BAHASA
MORFOLOGI
SINTAKSIS
FONOLOGIPRAGMATIK
SEMANTIK
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
Pengenalan
Masalah bahasa dan komunikasi seringkali terjadi pada kanak-kanak
yang berkategori kanak-kanak khas. Antara contoh kanak-kanak yang akan
mengalami masalah bahasa dan komunikasi ini adalah seperti kanak-kanak
sindrom sown, cerebral palsi, autisme dan lain- lain lagi. Masalah bahasa
adalah ketidakupayaan seorang kanak-kanak menguasai kemahiran
berbahasa yang terdiri daripada lima komponen iaitu fonologi, morfologi ,
sintaksis , semantik dan pragmatik. Manakala masalah komunikasi pula
terjadi apabila terdapat satu penyimpanan daripada pendengaran pertuturan
atau bahasa yang normal mengganggu komunikasi.
Bagi kajian kes untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan
komunikasi ini, saya telah pun memilih seorang kanak-kanak autism. Seperti yang
sedia maklum, kanak-kanak autism adalah merupakan seorang kanak-kanak yang
sukar untuk didekati kerana sikapnya yang suka untuk bersendirian. Autism
merupakan salah satu daripada kecacatan yang kadangkala dipanggil ‘pervasive
developmental disorders’ ataupun autisme spectrum. Walaupun symptom autism
berbeza, namun terdapat beberapa perwatakan yang biasa. Ini termasuklah,
kelemahan interaksi sosial yang seperti saya telah katakan tadi. Perbezaan dalam
hubungan sosial kemungkinan ciri yang paling menonjol dalam spectrum disorders.
Kanak-kanak ini kebiasaannya sukar memberi respons kepada ibubapa ataupun
penjaga yang lain.
Selain itu, kanak-kanak autism juga mempunyai kelemahan dalam bahasa
dan komunikasi. Anggaran menunjukkan bahawa sesetengah daripada mereka
tidak faham apa yang dipertuturkan.(Rutter and Shoppler, 1987) . Kesukaran
komunikasi dan berbahasa adalah bukti bagi kebanyakan kanak-kanak yang
mengalami autism dan ini berlanjutan sehingga dewasa. Selain itu juga, kanak-
kanak autism sering berkelakuan aneh dan berbeza berbanding budak normal yang
lain. Kanak-kanak ini sering dianggap berkelakuan pelik seperti suka memukul
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
kepala mereka, menepuk tangan dan membuat apa saja yang mereka suka. Mereka
juga akan merasa sedih jika terdapat sesuatu yang berlainan daripada asal.(Puttar&
Schopler, 1987).
Antara sebab-sebab yang menyebabkan autism ini ialah disebabkan
faktor genetik. Selain itu ada juga mencadangkan kecacatan dalam sistem
otak mungkin menyebabkan kesukaran dalam memproses maklumat dan
kelakuan streotaip pada kanak-kanak autism.(Tanguny&Edwards,1992).
Folstein &Rutter (1988) pula mengatakan punca autism adalah organik
daripada psikososial. Mungkin ini sahaja yang dikatakan mengenai autism,
namun punca sebenar untuk autism masih belum diketahui. Seterusnya,
saya akan mula membincangkan kajian kes mengenai kanak-kanak autism
yang telah saya kaji semasa proses pengajaran dan pembelajaran saya di
sekolah. Berikut adalah merupakan hasil dapatan yang saya perolehi. ( Rujuk
muka surat seterusnya )
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
Latar Belakang
Nama : Muhammad Faris Haikal Bin ZikriUmur : 8 tahunTarikh lahir : 07 Mei 2003
Tempat lahir : Hospital Daerah Sg Petani
Jantina : Lelaki
Anak ke: 1 dari 2 adik beradik.No Surat Beranak :BC 35234Jenis Ketidakupayaan : Autisme
Tarikh masuk ke sekolah intergrasi : 03 Januari 2010
Alamat : 799, Jalan Seri Bayu 2/24, Taman Seri Bayu Fasa 2, 08100 Sg Lalang, Sg
Faris adalah merupakan kanak-kanak yang dikategorikan sebagai
kanak-kanak autisme. Dari aspek fizikal, kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri
fizikal yang kemas dan menarik. Kanak-kanak ini juga mempamerkan ciri-ciri
kebersihan yang sesuai dengan tahap umurnya. Tidak seperti kanak-kanak
normal yang lain, Faris didapati lebih suka untuk bersendirian dan tidak
gemar untuk bersosial dengan rakan-rakan sekelasnya. Hal ini jelas
menunjukkan Faris lebih suka untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan
sendirinya.
Selain itu, Faris juga seringkali melakukan aktiviti yang disukainya iaitu menyanyi ( cenderung kepada muzik). Boleh dikatakan setiap 5 minit Faris akan sentiasa menyanyi dengan mengulanginya berkali-kali. Selepas itu, Faris akan mula mengomel secara bersendirian. Dari segi aktiviti bermain, didapati Faris tidak berapa memberi tumpuan terhadap aktiviti bermain yang dilakukan seperti mana tumpuannya terhadap muzik. Ini mungkin disebabkan aktiviti bermain seperti bermain bola tidak menjadi aktiviti yang digemarinya. Dari pengamatan saya, Faris hanya menggemari bidang muzik , jadi tidak hairan sekiranya Faris boleh menyanyi dengan lebih baik berbanding rakan-rakan sekelasnya yang lain walaupun penggunaan bahasa tidak tepat tetapi sebutannya jelas. Selain itu, semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran, didapati Faris juga sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya. Ini kerana tumpuan yang diberikan tidak lama.
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
Bahasa dan komunikasi
Melalui pemerhatian saya, Faris boleh menuturkan beberapa
perkataan dengan jelas namun perbendaharaan kata yang dimiliki adalah
sangat terhad. Ini mungkin adalah disebabkan beberapa faktor. Pertama
sekali adalah disebabkan sikap antisosial Faris yang ditunjukkan oleh kanak-
kanak ini. Ini kerana dengan bersikap sebegini maka pertukaran bahasa
dengan kekerapan yang tinggi tidak akan berlaku. Dalam erti kata lain, Faris
mungkin tidak mendapat perkataan atau lambang bahasa baru disebabkan
sikapnya yang lebih suka bersendirian.
Selain itu, sikapnya yang tidak memberi tumpuan semasa proses
pembelajaran dan pengajaran juga menyebabkan Faris mungkin tidak dapat
menguasai perbendaharaan kata yang baru. Dari segi fonologi bagaimana pun Faris
dapat menuturkan bunyi bahasa dengan baik.
Selain itu, kanak-kanak ini juga seringkali membunyikan sesuatu yang
agak kurang difahami terutama sekali jika kanak-kanak ini bersendirian. Dalam erti
kata yang lain ‘bubling’ juga merupakan salah satu aspek yang terdapat kepada
pencirian kanak- kanak ini. Kanak-kanak ini juga didapati lebih suka menyanyi dan
bercakap bersendirian. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak ini hanya akan
berkomunikasi dengan rancak dengan dunia sendirinya sahaja.
Dalam aspek pertuturan juga, kanak-kanak ini tidak dapat mengungkapkan ayat yang panjang. Ini adalah disebabkan faktor bahasanya yang terhad tadi. Seperti kanak-kanak normal yang lain, Faris juga mengalami echolalia iaitu jenis ‘delayed echolalia’. Sebagai contoh semasa proses pembelajaran, Faris tidak akan menumpukan perhatian sebaliknya akan bermain dan melakukan aktiviti yang disukainya iaitu menyanyi. Kanak-kanak ini juga tidak akan menghiraukan arahan yang dikeluarkan oleh guru kelasnya,namun, setelah tamat proses pembelajaran Faris akan secara
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
spontan menyebut beberapa perkataan yang telah diungkapkan oleh gurunya tadi.
Dari aspek komunikasi, Faris merupakan kategori yang agak sukar untuk
berkomunikasi dengannya. Ini adalah disebabkan sikapnya yang lebih menyendiri
dan tidak akan menumpukan apa jua yang akan diperkatakan oleh kita kepadanya.
Walaupun kita masih mendapatkan ‘eye contact’ dengannya, namun hanya
beberapa seketika sahaja. Seterusnya Faris akan terus mengelamun dan pergi ke
tempat yang lain. Jadi, proses komunikasi bersama Faris agak sukar. Akibat
daripada ini, maka proses pertukaran maklumat dengan Faris tidak dapat berlaku.
Jadi untuk mengetahui dan memahami kehendak Faris akhirnya menjadi agak
sukar.
Dari aspek non verbal Faris juga mempamerkan beberapa contoh mimik
muka sebagai bahasa isyarat yang dikeluarkan olehnya. Sebagai contoh sekiranya
dia mula hilang tumpuan, Faris akan mula mempamerkan raut wajah yang
menunjukkan dia sudah jemu seperti mencebik. Selain itu, Faris juga akan
menggelengkan kepala untuk membantah dan tidak mahu melakukan sesuatu
arahan kepadanya.
Melalui pemerhatian saya juga, Faris juga mengalami masalah untuk
menaksirkan mesej atau pun kod bahasa. Ini kerana, untuk bertutur dan memberi
arahan kepada Faris, kita perlu menunjukkan beberapa contoh sebagai tunjuk ajar.
Sebagai contoh, untuk menyuruh Faris memasukkan bola dalam bakul, Faris
kelihatan agak lambat untuk menaksirkan arahan yang disuruh, jadi contoh secara
realistik perlu ditunjukkan dan diajar kepada kanak-kanak ini.
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
Analisis masalah bahasa dan komunikasi (kekuatan dan kelemahan)
Jika dianalisis masalah bahasa Faris ini, kita boleh bahagikan
kepada masalah dalam fonologi, sintaksis,morfologi, pragmatik dan
semantik. Manakala dari segi komunikasi, Faris lebih gemar untuk
berkomunikasi secara non verbal kepada orang ramai. Di sini terdapat
kekuatan dan kelemahan dalam setiap aspek seperti yang dinyatakan tadi.
Jadi saya akan membincangkan kelemahan dan kekuatan bagi setiap aspek
itu.
Fonologi.
Dalam aspek fonologi, kekuatan yang dimiliki oleh Faris ialah, Faris dapat
menuturkan beberapa bunyi dengan jelas. Namun begitu, terdapat beberapa
kelemahan yang ditunjuk oleh Faris terutama sekali nada yang dikeluarkan
olehFaris semasa mengeluarkan bunyi. Didapati, kadang-kala Faris akan
mengeluarkan perkataan mengikut nada yang berbeza-beza iaitu dari rendah ke
tinggi secara tiba-tiba. Kadangkala perbuatan ini menimbulkan sedikit kekeliruan
mengenai apa yang ingin disampaikan oleh Faris. Dalam erti kata yang lain, kanak-
kanak ini tidak dapat mengawal nada dan jeda yang dipertuturkan. Selain itu,
kadangkala kanak-kanak ini juga kelihatan bernyanyi apabila ingin menuturkan
sesuatu. Hal ini jelas menunjukkan kanak-kanak ini mengalami masalah dalam
suprasegmental.
Menurut (Goldfarb, Braunstein & Horge, 1956) individu yang mengalami
autism seringkali mempunyai masalah luahan yang rendah dalam suara dan
bercakap dalam ‘ekanada’. (Fag &Schuler,1980) pula menyatakan bahawa individu
autisme ini mempunyai masalah luahan suara disebabkan oleh ketidakupayaan
memproses cirri- ciri suprasegmental dalam pertuturan. Namun begitu, kekuatan
yang boleh digunakan oleh kanak-kanak ini ialah, kelebihan kanak-kanak untuk
menyanyi.
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
Mengikut pemerhatian saya sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran, Faris dapat menyanyikan sesebuah lagu dari awal permulaan lagu
sehingga habis. Hal ini menunjukkan walaupun kelemahan Faris ini boleh memberi
tafsiran dan makna yang negatif namun kelebihan yang ada dapat digunakan oleh
Faris untuk mengasah bakatnya yang terpendam itu.
Sintaksis
Dari aspek pembinaan ayat, didapati Faris tidak dapat menuturkan ayat
dengan panjang. Faris juga hanya boleh bertutur secara ringkas dan pendek sahaja.
Sebagai contoh, jika kita hanya menanyakan adakah Faris ingin mandi, Faris akan
mengulang ayat tersebut berulang kali. Setelah berulang kali bertanya barulah Faris
menjawab ‘tak nak’ sambil menggeleng. Di samping itu, jika kita cuba
berkomunikasi secara bertutur dengannya, kanak-kanak ini tidak akan
mengeluarkan perkataan dengan baik. Seolah-olah kanak-kanak ini tidak tahu
berbahasa walaupun hakikatnya kanak-kanak ini jika bertutur, kita dapat
memahami sebutannya itu.Faktor yang menjurus ini mungkin disebabkan oleh
kekurangan bahasa dan kecelaruan yang berlaku dalam sistem bahasa dalam diri
kanak-kanak ini. Dalam erti kata yang lain, pertuturan kanak-kanak ini kelihatan
agak kompleks dan sukar untuk kita dekati supaya bertutur dengan kita lebih jelas.
Bartak, Rutter & Cox(1975) membandingkan perkembangan sintaksis
pada diri kanak-kanak autisme dan dysphasia(kecacatan bahasa khusus). Mereka
mendapati walaupun kanak-kanak tersebut lebih kepada ukuran maksud
pengucapan, namun kanak-kanak autism menunjukkan reaksi yang lebih teruk
dalam ujian pemahaman bahasa. Mereka juga mendapati kesukaran pertuturan
kanak-kanak autism lebih luas, melibatkan penggunaan dan pemahaman isyarat
dan penulisan di samping bahasa yang dipertuturkan.
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
Akan tetapi, walaupun kanak-kanak ini tidak dapat membuat ayat dengan
baik, kanak-kanak ini masih lagi dapat memberi beberapa perkataan yang masih
jelas dan boleh dimengertikan.
Morfologi.
Dari segi bidang morfologi, kanak-kanak ini dapat menggantikan kata
ganti nama nya dengan menamakan dirinya sebagai Faris. Faris juga dapat
menggantikan namanya sebagai saya. Namun dari kelemahan aspek
morfologi pula, Faris didapati tidak tahu untuk menuturkan perkataan yang
berimbuhan. Disebabkan itulah, Faris hanya sedikit bertutur. Ini
membuktikan bahawa perkembangan bahasa Faris tidak banyak dan tidak
sama dengan kanak-kanak normal lain.
Dalam satu kajian (Fein & Waterhouse, 1979) jika dibandingkan hasil
morfologi kanak-kanak autisme dalam perkembangan skizofernia( sejenis
penyakit jiwa) dan kanak-kanak tidak upaya , didapati tiada perbezaan yang
ketara sama ada yang berkenaan dengan jumlah angka ‘morphemes’ yang
digunakan dengan kekerapan penggunaan ‘morphemes’.
Semantik
Dari segi semantik, seperti kanak-kanak yang lain, kanak-kanak ini
juga mempunyai bahasanya tersendiri iaitu bahasa idiosinkratik. (Volden &
Lord ,1991), mendefinisikan bahasa idiosinkratik sebagai penggunaan ayat
atau frasa dalam keadaan berbeza untuk menyampaikan maksud yang
spesifik.
Tidak seperti kanak-kanak yang normal,jika Faris mengelamun,
beliau seringkali mengeluarkan bunyi yang sukar untuk difahami. Walaupun
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
begitu, bahasa ini hanya difahami oleh kanak-kanak ini sahaja. Oleh itu,
kekuatan bahasa idiosinkratik ini sebenarnya boleh menjadi satu medium
bagi Faris untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Sebagai contoh, bagi mengingati suatu frasa atau perkataan yang
diajar, Faris mungkin mengeluarkan bunyi yang berbeza walaupun
maksudnya sama. Maknanya di sini, mungkin ‘saya’ bagi Faris ialah kamu.
Walaupun dari sudut negatif kita melihat perkara ini mungkin menimbulkan
kecelaruan tetapi dari sudut positifnya kita mungkin boleh mengajar Faris
mengikut perspektif yang difahaminya. Apa yang penting makna bahasa itu
adalah betul walaupun ujaran yang dihasilkan berbeza.
Pragmatik.
Dari segi pragmatik, Faris merupakan seorang penutur yang pasif.
Seperti yang diperbincangkan tadi, disebabkan sikapnya yang antisosial
maka Faris tidak dapat berkomunikasi secara spontan dan seterusnya
menghasilkan komunikasi yang lemah dengan individu yang lain. Dari segi
kekuatan, Faris didapati boleh berkomunikasi dengan bahasanya iaitu
bahasa idiosinkratik. Jadi ini menjelaskan Faris mempunyai keunikan
tersendiri. Semasa pengamatan saya, matanya akan terpejam secara tiba-
tiba ataupun terkebil jika berbahasa dengan secara sendirinya. Kita sebagai
pendidik seharusnya harus cuba memahami isyarat dan mesej yang ingin
disampaikan bagi memudahkan kita untuk melakukan proses pembelajaran
dan pengajaran kita.
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
Cara-cara untuk mengurangi atau mengatasi masalah bahasa
Bagi mengatasi masalah Faris ini, program intervensi boleh dilakukan
terhadapnya. Antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan menghantar
Faris ke terapi pertuturan yang dikendalikan oleh mana-mana pihak kerajaan
ataupun NGO. Selain itu kita juga boleh menggunakan prinsip intervensi
bahasa yang dicadangkan oleh Wetherby(1986) semasa proses
pembelajaran dan pengajaran. Menurut Wetherby(1986) terdapat empat
prinsip program intervensi bahasa bagi kanak- kanak austisme iaitu pertama
sekali, kesediaan untuk berbicara dengan bersungguh- sungguh harus diberi
penekanan dalam intervensi bahasa. Kanak-kanak autisme perlu untuk
menunjukkan keperluan melalui komunikasi, pertuturan, pergerakan tidak
verbal (contohnya mimik muka). Kedua, program intervensi bahasa harus
keluar atau menyimpan dari model normal dan menfokuskan kepada
perkembangan komunikasi untuk kanak-kanak autism. Dalam erti kata yang
lain , kanak-kanak autism tidak selalunya mengikut cara normal dalam
perkembangan bahasanya. Para professional harus lebih fleksibel dalam cara
membimbing kanak-kanak ini untuk mencapai kejayaan. Cadangan
Wetherby yang ketiga ialah, ahli- ahli klinik perlu memikirkan perkembangan
mental mempunyai kaitan dengan komunikasi yang baik atau tidak baik.
Fungsi komunikasi yang baru (baik) boleh diajar dengan menggunakan lebih
banyak komunikasi yang lama (contohnya gerakan). Persamaannya, dalam
mengajar kanak- kanak menggunakan cara baru dalam menunjukkan reaksi
(seperti pertuturan), adalah lebih baik jika memulakannya dengan cara
berkomunikasi yang telah dipelajari dengan baik oleh kanak-kanak.
Keempat, Wetherby mencadangkan bahawa penjaga perlu memikirkan
mengenai ‘social content of language intervention’. Ianya tidak cukup
dengan hanya mengajar kanak-kanak tentang kemahiran bahasa.
Persekitaran social harus diubah selaras dengan kegunaan dan kebolehan.
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
Ianya sangat penting jika kanak-kanak belajar untuk meminta sesuatu,
mereka perlu meminta. Contohnya, makan tengahari sebagai salah satu
persekitaran sosial mereka. Prinsip-prinsip ini harus menjadi satu petunjuk
yang berguna untuk merancang program intervensi bahasa kanak-kanak
autism.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan penting bagi
membantu mengurangi masalah yang dihadapi oleh Faris. Sebagai contoh,
ibu bapa Faris hendaklah sentiasa berkomunikasi dengan Faris. Jadi sedikit
sebanyak perbendaharaan kata dan kosa kata kanak-kanak ini bertambah.
Pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan oleh guru mestilah
berkisarkan tentang minat yang dicenderungi oleh kanak-kanak ini.
Contohnya, Faris suka menyanyi dan lebih cenderung kepada muzik. Jadi
muzik dalam pengajaran dan pembelajaran mungkin akan dapat membantu
Faris dalam memperkembangkan bahasanya.
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
REFLEKSI
Sepanjang menyiapkan tugasan ini,saya telah pun memperoleh banyak
pengalaman dan input yang berguna terutama sekali mengenai tips-tips ataupun
kaedah yang sesuai untuk mendekati dan mengajar kanak- kanak autisme ini.
Selain itu,saya juga telah berpeluang untuk mendekati keluarga mereka. Hal ini
sedikit sebanyak dapat mengajar saya untuk bersosial dengan lebih baik dengan
masyarakat sekeliling saya. Dari pengalaman saya juga, saya dapat menghayati dan mendalami
perasaan keluarga yang mempunyai kanak- kanak khas. Di sinilah saya dapat
melihat secara mata kasar bagaimana ibu bapa yang mempunyai anak
berkeperluan khas ini sabar dan tabah dalam mendidik anak mereka ini. Oleh itu,
nilai moral yang diperoleh oleh saya ini harus saya gunakan dalam kehidupan
seharian saya. Seperti yang sedia maklum, sebagai guru pendidikan khas, saya
hendaklah mempunyai kesabaran yang tinggi, jadi dengan menerapkan nilai murni
ini maka sedikit sebanyak dapat memudahkan saya untuk proses pembelajaran dan
pengajaran secara teratur dan berterusan.
Dalam aspek penambahan ilmu pula, saya telah pun berjaya memperolehi
banyak maklumat dan pengetahuan mengenai autisme. Ini kerana, kategori yang
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
dipilih saya untuk kajian kes ini ialah autisme. Pengetahuan yang diperoleh ini
sememangnya amat berguna. Sebagai contoh, kanak-kanak autisme adalah kanak-
kanak yang kurang bersosial jadi saya perlu bijak dalam mendekati kanak-kanak ini.
Selain itu, semasa melakukan kajian kes ini juga saya telah mengalami yang
agak melucukan iaitu semasa membantu kanak-kanak khas ini melakukan aktivti
mewarna. Penat dan lucu itulah yang boleh yang diungkapkan saya. Di sini saya
lihat gelagat kanak-kanak autism ini yang tiba-tiba sahaja menyanyi lagu dengan
nyaring sekali sambil memejam matanya. Walaupun hairan dengan keletahnya tapi
inilah dikatakan ciri istimewa yang terdapat pada kanak-kanak ini.
Akhir kata saya berharap segala pengetahuan yang saya perolehi ini dapat
saya jadikan sebagai panduan di masa hadapan.
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
.
Picture 1 ...
Yusnita Binti Yatim
790202025310
RUJUKAN
Buku
1. Open University Malaysia (2006), Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran, Meteor Doc Sdn Bhd ,Selangor Darul Ehsan
2. Open University Malaysia (2006), Pengenalan Pendidikan Khas , Meteor Doc Sdn Bhd, Selangor Darul Ehsan
3.Kuder. S. Jay (2003), Teaching Student With Language And Communication Disabilities, Pearson Education. Inc , United States of America
Modul
1. Bahagian Pendidikan Guru (2008), Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia