Marilah berfikir kebesaran Allah dalam kejadian lidah
1. Ketika di sekolah,kita diajar mengenai 5 asas deria rasa.Rasa
masam,manis,pahit dsb.Adakah semudah itu?Sebenarnya saintis sendiri
kurang pasti mengenai deria rasa yang manusia ada.Fakta yang ada
tidak sejelas fakta-fakta yang mereka ada mengenai deria
penglihatan dan hidu manusia.Deria hidu pun baru difahami
sebenar-benarnya pada tahun 1991.Benarlah kata Tuhan,ilmu manusia
amatlah sedikit jika dibandingkan seluas air laut yang Tuhan ada.
2. Jika diteliti,deria hidu dan penglihatan jauh lebih kompleks
dari deria rasa.Jadi,apa yang membuatkan pemahaman mengenai deria
rasa belum dapat dijelaskan lagi?Sebelum pergi lebih jauh,marilah
kita memahami istilah rasa.Di dalam bahasa Inggeris,rasa mempunyai
dua istilah,iaitu taste dan flavor. 3. Taste dan flavor jika
diterjemahkan akan membawa maksud yang sama dalam bahasa
Malaysia,iaitu rasa.Sebenarnya,istilah taste dan flavor mempunyai
definisi yang eksklusif .Keduanya tidak sama,walaupun serupa. 4.
Definisi taste bersifat saintifik iaitu,kepelbagaian rasa yang
dikesan oleh sel-sel di tunas rasa. Manakala istilah flavor ialah
rasa yang pelbagai.Untuk menentukan sesuatu rasa,otak manusia bukan
sahaja memerlukan gustary stimuli / ransangan rasa,tetapi
memerlukan juga olfactory stimuli / ransangan bau,deria sentuhan
.
Otot pada lidah manusia
1. Terdapat mitos mengatakan lidah ialah otot terkuat
manusia.Itu tak betul.Tidak ada apaapa definisi kekuatan pun yang
boleh disamakan dengan lidah sebab,lidah memang tidak kuat
langsung.Ini untuk memperbetulkan persepsi,sebelum memasuki konten
sebenar bagi tajuk lidah ini. 2. Walaupun lidah tidak kuat
sebagaimana otot-otot lain,lidah memainkan peranan penting kepada
manusia.Ia dicipta untuk memberi rasa dan persepsi kepada satu-satu
makanan.Lidah juga membantu manusia membentuk perkataan-perkataan.
3. Lidah terdiri daripada otot rangka / skeletal muscle.Manusia
mempunyai 3 jenis otot dalam badan mereka,iaitu skeletal
muscle,smooth muscle dan cardiac muscle..Skeletal muscle mempunyai
banyak saiz dan bentuk yang membolehkan manusia melakukan banyak
fungsi-fungsi tertentu.Ia membentuk 40 hingga 50% daripada
keseluruhan berat manusia. 4. Skeletal muscle tidak sama dengan 2
lagi rakannya kerana ia boleh dikawal pergerakannya.Ini membolehkan
lidah manusia bergerak-gerak ,dan dengan gerakan yang pelbagai
itu,membantu manusia untuk membentuk perkataan apabila bercakap. 5.
Ini satu lagi perkara takjub yang Allah pamerkan pada
manusia.Bayangkan kalau lidah diperbuat daripada smooth ataupun
cardiac muscle yang tidak selincah cardiac muscle?Sukar hendak
dibayangkan betapa payahnya manusia hendak bercakap,tidak
begitu?
6. Ketika kita senyum,mengerdipkan mata dsb,kita memerlukan
banyak otot-otot untuk melakukannya.Contohnya,ketika senyum,kita
memerlukan 14 jenis otot untuk melakukan senyuman.Sesetengah otot
yang terlibat mungkin mempunyai panjang kurang daripada setengah
inci. 7. Lidah adalah accessory digestive organ. Accessory
digestive organ bermaksud,lidah bukanlah anggota pencernaan bagi
manusia.Tetapi hanya organ yang membantu / sebagai accessories bagi
organ utama pencernaan.Contoh-contoh lain bagi accessory digestive
organ ialah seperti pundi hempedu / gall bladder, pancreas,kelenjar
air liur,hati dsb.Lidah membantu makanan untuk kekal berada di
tengah mulut ketika dikunyah oleh gigi.
Anatomi lidah
1. Lidah berupaya bergerak kemana saja arah yang kita hendaki
samada ke atas,bawah,kiri,kanan dsb.Lidah juga boleh diubah saiznya
untuk dikembangkan,dikecilkan dan pelbagai lagi.Ada sesetengah
orang malah mampu untuk menggulung dan melipatkan lidah
mereka.Apa-apa pun,ini adalah tanda betapa fleksibelnya lidah
manusia. 2. Bagaimana lidah mempunyai keupayaan-keupayaan ini?Lidah
sebenarnya terbahagi kepada dua otot,iaitu otot luar / extrinsic
muscle ataupun otot dalam,iaitu intrinsic muscle 3. Extrinsic
muscle membolehkan lidah untuk bergerak dalam banyak
arah,atas,bawah,kanan,kiri dsb.Otot ini bersambung
dibahagian-bahagian tertentu dalam badan dan terus ke lidah.
4. Instrinsic muscle pula terdapat di dalam lidah.Ia membolehkan
lidah untuk mengembang ,mengecut,dan berubah kepada pelbagai bentuk
dan saiz.Otot dalam ini terdiri daripada longitudinalis superior,
longitudinalis inferior, transversus linguae dan verticalis lingua
yang membolehkan manusia untuk bercakap,dan menelan makanan.
Salah faham mengenai deria rasa
1. Lidah manusia bukan sahaja mempunyai deria rasa untuk menilai
sesuatu makanan lazat atau tidak.Ia juga mempunyai reseptor untuk
berasa sakit.Reseptor ini juga penting untuk menilai
makanan,umpamanya apabila sesuatu makanan itu berasa pedas,itu
disebabkan reseptor sakit yang terdapat pada lidah manusia.Istilah
inggeris bagi reseptor ini ialah pain receptor. 2. Ramai orang
tersalah faham dengan fungsi tunas rasa / taste bud yang mereka
pelajari di sekolah.Ini adalah misconception yang kita pernah
pelajari ketika pendidikan rendah.Umpama Michael Jordan yang tidak
layak mewakili universiti dalam sukan bola keranjang,Albert
Einstein seorang pelajar yang bodoh ketika sekolah,dsb.Ini semua
adalah antara kesilapan-kesilapan yang telah diajar ketika belajar
dahulu. 3. Apa yang kita belajar dulu?Menurut buku teks,lidah
mempunyai kawasan-kawasan tertentu yang peka kepada rasa-rasa
tertentu.Umpamanya,di hujung lidah berfungsi merasa benda
manis,pahit di bahagian belakang,masam dan manis pula di spanjang
kanan dan kiri lidah.Malah guru di sekolah mengajar
murid-muridnya,untuk mengurangkan rasa pahit sebiji pil
doktor,letakkannya di bahagian hujung lidah,jadi pil akan menjadi
kurang pahit kerana di hujung lidah mengesan rasa manis.
4. Ini semua gara-gara kajian 1901 yang pernah dibuat oleh
seorang saintis Jerman bernama Herr Hanig yang mendakwa
demikian.Menurutnya bahagian tertentu lidah peka terhadap rasa
tertentu.Kajiannya dikukuhkan lagi dengan kajian 1942 seorang
saintis bernama Edwin Boring yang menghasilkan sebuah buku bertajuk
Sensation and Perception in the History of Experimental Psychology.
5. Walaubagaimanapun,dakwaan kedua-dua saintis ini disangkal oleh
satu kajian yang dibuat pada tahun 1974 oleh Virginia
Collings.Kajian Collings adalah kajian yang menyeluruh dan diterima
oleh sainis-saintis sehingga ke hari ini.Selari dengan penemuan
semasa,kajian sains menunjukkan,tunas rasa tidak hanya merasa
sesuatu benda secara spesifik.Mereka sebenarnya boleh merasa semua
jenis rasa.
Bagaimana lidah mengesan rasa?1. Di bahagian tunas rasa
terdapatnya sel-sel rasa yang dikenali sebagai papillae.Papillae
adalah struktur yang bertanggungjawab dalam merasa sesuatu
makanan.Terdapat beberapa bentuk papillae yang terdapat di lidah
iaitu Vallate papillae,Follate papillae, dan fungi papillae.Rujuk
rajah :
FizikrMedia.com //Marilah berfikir kebesaran Allah dalam
kejadian telinga manusia