Top Banner
Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah (Kelas Prasekolah 2)
34

Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Oct 18, 2020

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Mari

Belajar Bersama

Ibu dan Ayah

di rumah

(Kelas Prasekolah 2)

Page 2: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Aktiviti Di Rumah - #1

Kelas: Prasekolah 2

Tema: Hari Ibu

Jangka Masa: 30 minit

Objektif:

1) Menghasilkan kad Hari Ibu. 2) Menulis frasa atau ayat yang santun.

Bahan-bahan yang diperlukan:

carta lirik lagu ‘Selamat Hari Ibu’

kad perkataan: ibu, sayang, saya, selamat, hari, terima kasih (Sila rujuk pada lampiran 1B)

kertas berukuran A4

alat tulis

alat mewarna

Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:

Aktiviti pertama:

Mulakan aktiviti dengan sesi nyanyian

1) Menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Ibu’ bersama-sama. (Sila rujuk pada lampiran 1A)

Aktiviti kedua:

1) Memperkenalkan kosa kata seperti ibu, sayang, hari, selamat, terima kasih dan saya.

2) Berbincang mengenai kegiatan-kegiatan yang boleh dilakukan sempena Hari Ibu.

3) Menghasilkan ‘Kad Hari Ibu’ (Sila rujuk pada lampiran 1C)

Cara-cara membuat ‘Kad Hari Ibu’ Anak anda :

dikehendaki menggunakan sehelai kertas berukuran A4 yang berwarna atau bercorak.

dikehendaki menampalkan kertas yang telah digulung atau yang telah dilukiskan seperti bentuk tangkai bunga pada permukaan kertas warna atau bercorak yang berukuran A4 pilihannya.

dikehendaki menekap dan menyurih tapak tangannya pada permukaan kertas warna atau kertas polos.

setelah selesai menyurih tapak tangannya, dikehendaki mewarnakannya dan kemudian menggunting dan menampalkan lukisan telapak tangan tersebut pada setiap tangkai bunga yang telah dihasilkan pada permukaan kertas berwarna atau bercorak yang telah disiapkan terlebih dahulu… ATAU…

boleh juga mencetak bentuk tapak tangan pada kertas polos dengan menggunakan cat air, dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunting dan kemudiannya menampalkan telapak tangan tersebut pada setiap tangkai bunga yang telah

Page 3: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

dihasilkan pada permukaan kertas berwarna atau bercorak yang telah disiapkan terlebih dahulu.

dikehedaki melukis bentuk pasu bunga pada permukaan kertas berwarna dan kemudiannya menggunting dan menampalkan bentuk pasu bunga tersebut pada permukaan kertas yang telah siap dengan tampalan tangkai bunga dan telapak tangannya.

akhir sekali dikehendaki menulis sepotong ayat ringkas mengenai ibunya.

Page 4: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

(Dinyanyikan mengikut irama lagu ‘Bangun Pagi’)

Hari ini Hari Ibu,

Semoga Ibu sihat selalu,

Semoga Ibu gembira selalu,

Saya sangat sayang Ibu.

Ibu, Ibu,

Ibu hebat,

Oh, Selamat Hari Ibu!

Saya sangat sayang Ibu,

Oh, Selamat Hari Ibu!

Lampiran 1A

Page 5: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

(Cetak dan gunting atau tulis di kertas)

ibu

selamat

hari

sayang

Lampiran 1B

saya

terima kasih

Page 6: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Contoh : Kad Hari Ibu

Ibu,

(Saya atau nama anak),

sayang ibu.

Terima kasih ibu!

Selamat Hari Ibu!

tangkai bunga

pasu bunga

Lampiran 1C

Ibu,

(Saya atau nama anak),

sayang Ibu.

Terima kasih Ibu!

Selamat Hari Ibu!

Page 7: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Aktiviti Di Rumah - #2

Kelas: Prasekolah 2

Tema: Hari Ibu

Jangka Masa: 30 minit

Objektif:

1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2) Mengucapkan kata-kata atau ucapan-ucapan yang santun.

Bahan-bahan yang diperlukan:

carta lirik lagu ‘Selamat Hari Ibu’

telur

roti

keju

buah-buahan

sayur-sayuran

Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:

Aktiviti pertama:

Mulakan aktiviti dengan menonton video cerita ‘Si Tanggang’.

(Sila layari: https://youtu.be/RGpJptVJJvM)

1) Anda dikehendaki bersoal jawab dengan anak anda tentang pengajaran yang anak

anda boleh pelajari daripada cerita Si Tanggang?

Aktiviti kedua:

1) Mengimbas kembali kosa kata yang telah dipelajari seperti ibu, sayang, hari, selamat,

terima kasih dan saya.

2) Menghasilkan sejenis makanan ringan istimewa sempena sambutan Hari Ibu (Sila

rujuk pada lampiran 2A)

3) Mengucapkan kata-kata atau ucapan-ucapan santun sempena Hari Ibu seperti

Saya sayang kepada Ibu!

Terima kasih ibu kerana……

.

Page 8: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Lampiran 2A

Page 9: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Aktiviti Di Rumah - #3

Kelas: Prasekolah 2

Tema: Pakaian tradisional

Jangka Masa: 30 minit

Objektif:

1) Mengenal pasti dan menyebut nama-nama pakaian tradisonal Melayu. 2) Mengetahui cara-cara pemakaian pakaian tradisional Melayu.

Bahan-bahan yang diperlukan:

kad perkataan: tanjak, baju kurung, baju Melayu, songkok, samping, capal, kebaya, kain batik, kain pelekat (Sila rujuk pada lampiran 3D - 3E)

kad bergambar atau bahan maujud: tanjak, baju kurung, baju Melayu, songkok, samping, capal, kebaya (Sila rujuk pada lampiran 3A - 3C)

video cerita ‘Si Tanggang’ (Sila layari: https://youtu.be/RGpJptVJJvM)

Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:

Aktiviti pertama:

Mulakan aktiviti dengan menonton video cerita ‘Si Tanggang’.

(Sila layari: https://youtu.be/RGpJptVJJvM)

1) Setelah menonton video tersebut, anak anda dikehendaki menyebutkan nama jenis-jenis

pakaian yang dapat dilihat di dalam cerita Si Tanggang.

Aktiviti kedua:

1) Memperkenalkan kosa kata seperti tanjak, baju kurung, baju Melayu, songkok, samping,

capal, kebaya, kain batik, kain pelekat. (Sila rujuk pada lampiran 3A - 3E)

2) Berbincang mengenai:

cara-cara pemakaian pakaian tradisional Melayu. (Sila rujuk pada lampiran 3F) jenis-jenis pakaian tradisional yang dipakai untuk sesuatu acara atau majlis.

Page 10: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Lampiran 3A

songkok

baju kurung

baju Melayu

Page 11: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Lampiran 3B

samping

kebaya

tanjak

Page 12: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

capal

Lampiran 3C

Page 13: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

(Cetak dan gunting atau tulis di kertas)

songkok

baju kurung

baju Melayu

tanjak

samping

Lampiran 3D

kebaya

Page 14: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

(Cetak dan gunting atau tulis di kertas)

Lampiran 3E

capal

Page 15: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Lampiran 3F

Page 16: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Aktiviti Di Rumah - #4

Kelas : Prasekolah 2

Tema : Pakaian tradisional

Jangka Masa : 30 minit

Objektif:

1) Mengenal pasti dan menyebut nama-nama pakaian tradisonal Melayu.

Bahan-bahan yang diperlukan:

kad perkataan: tanjak, baju kurung, baju Melayu, songkok, samping, capal, kebaya, kain batik, kain pelekat (Sila rujuk pada lampiran 3D-3E)

kad bergambar atau bahan maujud: tanjak, baju kurung, baju Melayu, songkok, samping, capal, kebaya (Sila rujuk pada lampiran 3A-3C)

anak patung kertas (Sila rujuk pada lampiran 4A & 4B)

alat mewarna

Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:

Aktiviti pertama:

1) Mengimbas kembali nama-nama pakaian tradisional yang telah dipelajari.

Aktiviti kedua:

Aktiviti kraf ‘Anak Patung Kertas’:

Cara-cara membuat anak patung kertas: 1) Warna dan corakkan gambar-gambar anak patung dan pakaiannya (Sila rujuk pada

lampiran 4A-4B) 1) Gunting gambar-gambar anak patung dan pakaiannya mengikut bentuknya. 2) Padankan anak patung kertas tersebut dengan pakaiannya yang bersesuaian.

Page 17: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Lampiran 4A

Page 18: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Lampiran 4B

Page 19: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Aktiviti Di Rumah - #5

Kelas: Prasekolah 2

Tema: Pakaian tradisional

Jangka Masa: 30 minit

Objektif:

2) Mengenal pasti dan menyebut nama-nama pakaian tradisonal Melayu.

Bahan-bahan yang diperlukan:

kad perkataan: tanjak, baju kurung, baju Melayu, songkok, samping, capal, kebaya, kain

batik, kain pelekat (Sila rujuk pada lampiran 3D-3E)

kad bergambar atau bahan maujud: tanjak, baju kurung, baju Melayu, songkok, samping,

capal, kebaya (Sila rujuk pada lampiran 3A-3C)

Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:

Aktiviti pertama:

1) Mengimbas kembali nama-nama pakaian tradisional yang telah dipelajari.

Aktiviti kedua:

*Sebelum aktiviti ini dimulakan, anda dikehendaki meletakkan kad-kad bergambar secara

rambang di sekitar rumah anda.

1) Berikan kepada anak anda kad-kad perkataan.

2) Arahkan anak anda untuk mencari dan memadankan kad perkataan yang dimiliki oleh

mereka dengan kad-kad bergambar yang telah diletakkan di sekitar rumah anda.

3) Setelah anak anda berjaya memadankan kad-kad perkataan dengan kad-kad bergambar

dengan betul, anda dikehendaki menggalakan dan meransang anak anda untuk

menyebut nama-nama pakaian yang tertera pada kad-kad bergambar tersebut.

Page 20: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Aktiviti Di Rumah - #6

Kelas: Prasekolah 2

Tema: Perayaan – Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Jangka Masa: 30 minit

Objektif:

Mempelajari tentang pengertian di sebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Mempelajari tentang persediaan yang dlakukan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Kad bergambar (Sila rujuk pada lampiran 6A-6B)

Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:

Aktiviti pertama:

1) Berbincang dengan anak anda tentang matlamat dan maksud di sebalik sambutan Hari

Raya Aidilfitri.

2) Anda dikehendaki bersoal jawab dengan anak anda mengenai soalan-soalan berikut:

- Siapakah yang menyambut Hari Raya Aidilfitri?

- Mengapakah Hari Raya Aidilfitri disambut?

- Apakah persiapan yang perlu dilakukan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri?

Aktiviti kedua:

Lisan - Penerangan berdasarkan gambar:

1) Tunjukan kepada anak anda kad-kad bergambar yang memaparkan tentang persiapan

sambutan Hari Raya Aidilfitri. (Sila rujuk pada lampiran 6A-6B)

2) Berbincang dengan anak anda mengenai persediaan-persediaan yang perlu dilakukan

untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

3) Galakkan anak anda untuk membantu anda dalam melakukan persediaan-persediaan

untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Page 21: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Lampiran 6A

Page 22: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Lampiran 6B

Page 23: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Aktiviti Di Rumah - #7

Kelas: Prasekolah 2

Tema: Perayaan – Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Jangka Masa: 30 minit

Objektif:

Mempelajari tentang pengertian di sebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Mempelajari tentang persediaan yang dlakukan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bahan-bahan yang diperlukan:

carta lirik lagu ‘Selamat Hari Raya’ (Sila rujuk pada lampiran 7A)

Resipi Kek Cawan buah-buahan (Sila rujuk pada lampiran 7B)

Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:

Aktiviti pertama:

Mulakan aktiviti dengan sesi nyanyian

1) Menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Raya’ bersama-sama. (Sila rujuk pada lampiran 7A

dan sila layari: https://youtu.be/gUo8IWi5Kws)

Aktiviti kedua:

1) Membuat kek cawan buah-buahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. (Sila rujuk

pada lampiran 5B)

2) Menerangkan tentang bahan-bahan yang perlu digunakan untuk membuat adunan kek

cawan buah-buahan.

3) Menerangkan dan menunjukkan cara-cara membuat kek cawan buah-buahan.

4) Memberi peluang kepada anak anda untuk membuat adunan kek cawan buah-buahan.

5) Menerangkan kepada anak anda tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu

diberi perhatian semasa menggunakan pengadun kek dan ketuhar yang panas.

**Peringatan: Berhati-hati apabila membakar kek cawan buah-buahan dengan

menggunakan ketuhar yang panas!

Page 24: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Selamat Hari Raya

Aidilfitri mulia

Ampun maaf dipinta

Mensuci hening dosa

Setahun menghilang

Sekarang menjelang

Hari yang bahagia

Selamat hari raya

Selamat Hari Raya

Aidilfitri mulia

Ampun maaf diminta

Mensuci hening dosa

Seruan kita

Untuk semua

Selamat… selamat…

Selamat hari raya

Selamat… Selamat…

Selamat Hari Raya!

Lampiran 7A

Page 25: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Resipi Kek Cawan Buah-Buahan

***********************************

Bahan-bahannya:

150gm mentega

150gm gula kastor

175gm tepung gandum

1 sudu teh serbuk penaik

3 biji telur

1 sudu teh esen vanilla

Buah-buahan campur - gaulkan dengan sedikit tepung

untuk mengelakkan buah-buahan tersebut mendap selepas

dibakar

Cara-cara membuatnya:

1) Mula-mula panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selsius.

2) Campurkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar.

3) Kemudian, putarkan menggunakan alat pengadun kek

selama 2 atau 5 minit.

4) Seterusnya, masukkan buah-buahan campur ke dalam

adunan dan gaulkan hingga sebati.

5) Selepas itu, susunkan acuan cawan kertas di atas dulang

pembakar.

6) Selanjutnya, senduk adunan menggunakan sudu dan

masukkannya ke dalam acuan cawan kertas.

7) Akhir sekali bakar di dalam ketuhar pada suhu

180darjah selsius selama 15 minit.

Selamat Mencuba

Lampiran 7B

Page 26: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Aktiviti Di Rumah - #8

Kelas: Prasekolah 2

Tema: Perayaan – Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Jangka Masa: 30 minit

Objektif:

Mempelajari tentang pengertian di sebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Mempelajari tentang persediaan yang dlakukan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bahan-bahan yang diperlukan:

carta lirik lagu ‘Selamat Hari Raya’ (Sila rujuk pada lampiran 7A)

Kad bergambar (Sila rujuk pada lampiran 7B-7E)

Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:

Aktiviti pertama:

Mulakan aktiviti dengan sesi nyanyian

1) Menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Raya’ bersama-sama. (Sila rujuk pada lampiran 7A

dan sila layari: https://youtu.be/gUo8IWi5Kws)

Aktiviti kedua:

Lisan - Penerangan berdasarkan gambar:

- Berbincang dengan anak anda mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan

mengajukan soalan-soalan berikut:

- Apakah yang perlu dilakukan pada pagi Hari Raya Aidilfitri?

- Apakah yang perlu dilakukan selepas itu?

- Bagaimanakah adab ketika berkunjung ke rumah saudara mara?

- Apakah nama kuih-muih dan juadah yang biasanya dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri? (Sila rujuk pada lampiran 8A – 8D)

Anda boleh menerangkan kepada anak anda tentang beberapa penyesuaian yang

perlu dilakukan sempena kita berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sepanjang tempoh pemutus litar ekoran penularan wabak virus Covid-19.

Page 27: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Lampiran 8A

Page 28: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Lampiran 8B

Page 29: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

tart nanas biskut suji

nanas

kuih baulu kuih makmur

nanas

Lampiran 8C

Page 30: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

ketupat rendang

lodeh ayam masak merah

sambal goreng

merah

Lampiran 8D

Page 31: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

Aktiviti Rumah - #9

Kelas: Prasekolah 2

Tema: Perayaan – Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Jangka Masa: 30 minit

Objektif:

Mempelajari tentang pengertian di sebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Mempelajari tentang persediaan yang dlakukan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bahan-bahan yang diperlukan: Video lagu dan cerita Upin dan Ipin:

- Suasana Hari Raya (sila layari: https://youtu.be/MmFGRFL6Lio)

- Selamat Hari Raya (sila layari: https://youtu.be/XDaJ0kMHAL0)

- Satu Hari Di Hari Raya (sila layari: https://youtu.be/A3dLmvtLCoo)

- Balik Kampung (sila layari: https://youtu.be/bJpSikhuMqA)

- cerita ‘Tibanya Syawal’ (Sila layari:https://youtu.be/VlaYwm_JtP4)

Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:

Aktiviti pertama:

Mulakan aktiviti dengan sesi nyanyian

1) Menyanyikan lagu dari video Upin dan Ipin:

- Suasana Hari Raya (sila layari: https://youtu.be/MmFGRFL6Lio)

- Selamat Hari Raya (sila layari: https://youtu.be/XDaJ0kMHAL0)

- Satu Hari Di Hari Raya (sila layari: https://youtu.be/A3dLmvtLCoo)

- Balik Kampung (sila layari: https://youtu.be/bJpSikhuMqA)

Aktiviti kedua:

Mulakan aktiviti dengan menonton video cerita ‘Tibanya Syawal (Sila layari:

https://youtu.be/VlaYwm_JtP4)

Setelah menonton video tersebut, anak anda dikehendaki menerangkan pengertian di

sebalik sambutan Hari Raya Aidilfitri dan tentang persediaan yang dilakukan sempena

menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Anda boleh menerangkan kepada anak anda tentang beberapa penyesuaian yang perlu dilakukan sempena kita berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sepanjang tempoh pemutus litar ekoran penularan wabak virus Covid-19.

Page 32: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

(Cetak dan gunting atau tulis di kertas)

Aktiviti Di Rumah - #10

Kelas: Prasekolah 2

Tema: Fonik

Jangka Masa: 30 minit

Objektif:

1) Mengecam kosa kata 2) Menyebut kosa kata dengan jelas 3) Memahami arahan yang diberi

Bahan-bahan yang diperlukan:

kad imbasan suku kata (Sila rujuk pada lampiran 10A-10B)

Penerangan dan cara-cara pelaksanaan aktiviti:

Aktiviti pertama:

1) Mengulang kaji menyebut suku kata ‘la’, ‘li’, ‘lu’, ‘ra’, ‘ri’ dan ‘ru’ ‘ha’, ‘hi’, ‘hu’, ‘ja’, ‘ji’ dan

‘ju’. (Sila rujuk pada lampiran 10A & 10B)

Aktiviti kedua:

1) Letakkan kesemua kad suku kata di atas lantai secara rambang. 2) Anda dikehendaki menyebut suku kata pilihan anda dan anak anda pula dikehendaki

melompat ke arah kad suku kata yang bersesuaian dengan sebutan suku kata pilihan anda.

3) Anak anda dikehendaki menggabungkan kad-kad suku kata untuk dijadikan perkataan dengan melompat ke arah kad-kad suku kata yang berada di atas lantai.

Lampiran 10A

Page 33: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

(Cetak dan gunting atau tulis di kertas)

la li

lu ra

ru ri Lampiran 10B

Page 34: Mari Belajar Bersama Ibu dan Ayah di rumah€¦ · Kelas: Prasekolah 2 Tema: Hari Ibu Jangka Masa: 30 minit Objektif: 1) Menghasilkan makanan ringan sempena sambutan Hari Ibu. 2)

ha hi

hu ja

ju ji