MANUAL PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172] PLANMalaysia (JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA) KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN a PLANMalaysia
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Hak Cipta Terpelihara Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula
atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman
atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Ketua Pengarah PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)
ISBN 978-983-2839-86-6
PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur
Tarikh Terbitan : SEPTEMBER 2017
Prakata
Pemerkasaan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan perancangan oleh PBPT adalah salah satu aspek dalam membentuk sesuatu bandar yang berdaya mampan. Pelaksanaan penguatkuasaan adalah penting bagi memberi kesedaran kepada pihak yang melakukan kesalahan bagi memelihara persekitaran kehidupan bandar yang terancang, berkualiti dan sejahtera untuk rakyat. Selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 2B(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) sentiasa komited dalam membuat sebaran dan memberikan maklumat serta pendidikan kepada orang ramai khususnya kepada PBPT, iaitu pihak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan perancangan di Semenanjung Malaysia.
Justeru, penyediaan Manual ini adalah satu inisiatif oleh PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) untuk memperkasakan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan perancangan. Manual ini adalah lanjutan daripada Manual Penyiasatan, Penguatkuasaan dan Pendakwaan di bawah Akta 172 Edisi Kedua yang diterbitkan pada November 2015, khusus menyentuh seksyen 26 hingga seksyen 29 Akta 172. Kini, penyediaan Manual Pelaksanaan Tindakan Penguatkuasaan di Bawah Seksyen 31, 45 dan 46 Akta 172 ini melengkapkan lagi rujukan bagi tatacara dan prosedur tindakan penguatkuasaan kesalahan di bawah Akta 172 oleh PBPT. Diharapkan, Manual ini dapat dijadikan panduan dan membantu pegawai-pegawai di PBPT untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 31, 45 dan 46 Akta 172 secara seragam dan efektif berdasarkan tatacara dan prosedur yang betul. Ini penting supaya pelaksanaan tindakan penguatkuasaan yang dibuat dapat berjalan dengan lancar, seterusnya kesalahan perancangan bagi pembangunan semasa dan akan datang dapat dikawal dan dicegah dengan efektif.
Penghargaan
Sekalung penghargaan daripada PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) kepada pihak-pihak yang telah memberi input dalam penyediaan Manual Pelaksanaan Penguatkuasaan di Bawah Seksyen 31, Seksyen 45 dan Seksyen 46 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pegawai daripada Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Bangunan dan Jabatan Undang-Undang, pihak berkuasa tempatan (PBT) berikut:
MB Johor Bahru MB Kuala Terengganu MB Pulau Pinang MP Subang Jaya MP Klang MP Batu Pahat
MP Kuantan MP Langkawi
Walaupun setiap usaha telah dibuat untuk menyemak ketepatan terbitan ini, PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) mengalu-alukan sebarang teguran, jika ada. Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan manual ini.
ISI KANDUNGAN
MANUAL PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN
DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
ISI KANDUNGAN i
ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN M/S
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN 1-1
1.2 TUJUAN MANUAL 1-2
1.3 TAFSIRAN DAN PUNCA KUASA TINDAKAN
PENGUATKUASAAN DI BAWAH AKTA 172
1-4
1.3.1 TAFSIRAN SEKSYEN 31 DAN PUNCA
KUASA – PELAKSANAAN ORANG
YANG DIBERI KUASA
1-4
1.3.2 TAFSIRAN SEKSYEN 45 – KUASA
MEMASUKI
1-18
1.3.3 TAFSIRAN SEKSYEN 46 –
PENYAMPAIAN DOKUMEN
1-20
1.3.4 TAFSIRAN SEKSYEN 47 –
PENGESAHAN DOKUMEN
1-23
1.3.5 TAFSIRAN SEKSYEN 48 – BUKTI
DOKUMENTAR
1-24
BAB 2 PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN
31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46 AKTA 172
2.1 PROSEDUR PELAKSANAAN TINDAKAN
PENGUATKUASAAN SEKSYEN 31
2-1
2.1.1 PERINGKAT PELAKSANAAN
PENGUATKUASAAN SEKSYEN 31
2-1
2.1.2 PROSEDUR ALIH DAN TAHAN (ADT)
APA-APA BARANG, KENDERAAN
ATAU BENDA
2-39
2.1.3 PROSEDUR PELUCUTHAKKAN DAN
PELUPUSAN
2-54
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
ISI KANDUNGAN ii
ISI KANDUNGAN M/S
2.2 PROSEDUR PELAKSANAAN SEKSYEN 45 2-59
2.3 PROSEDUR PELAKSANAAN SEKSYEN 46,
SEKSYEN 47 DAN SEKSYEN 48
2-60
BAB 3 PENUTUP
LAMPIRAN
A KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT
B RUMUSAN ANALISIS PELAKSANAAN
PENGUATKUASAAN OLEH PBT
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
ISI KANDUNGAN iii
SENARAI RAJAH SENARAI RAJAH M/S
BAB 1 : PENDAHULUAN
1.1 Carta Alir Punca Kuasa Di Bawah Seksyen 27 Akta 172 1-7
1.2 Carta Alir Punca Kuasa Di Bawah Seksyen 28 Akta 172 1-13
1.3 Carta Alir Punca Kuasa Di Bawah Seksyen 29 Akta 172 1-16
1.4 Carta Alir Punca Kuasa Di Bawah Seksyen 30 Akta 172 1-17
BAB 2 : PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31,
SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46 AKTA 172
2.1 Carta Alir Peringkat 1 Pelaksanaan Penguatkuasaan Seksyen 31 2-2
2.2 Carta Alir Peringkat 2 Pelaksanaan Penguatkuasaan Seksyen 31 2-12
2.3 Carta Alir Peringkat 3 Pelaksanaan Penguatkuasaan Seksyen 31 2-15
2.4 Carta Alir Peringkat 4 Pelaksanaan Penguatkuasaan Seksyen 31 2-29
2.5 Carta Alir ADT Apa-apa Barang, Kenderaan atau Benda 2-39
dokumen termasuklah notis-notis penguatkuasaan di bawah Akta
172 atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini. Seksyen ini
menggariskan nama penerima, mod penyerahan dan alamat yang perlu
digunakan dalam proses penyerahan seperti berikut:
KEPADA PENERIMA CARA
PENYERAHAN
ALAMAT
Jabatan Kerajaan Ketua Jabatan Sama ada secara:
a. Dihantar serah (by
hand / direct)
b. Pos berdaftar
Dihantar ke
(mengikut
yang
berkenaan):
a. Pejabat
utama;
b. Pejabat
cawangan;
c. Pejabat
tempatan;
atau
d. Pejabat
berdaftar.
Pihak berkuasa
kereta api
Pengurus
Besar
Pihak berkuasa
tempatan, pihak
berkuasa
berkanun,
syarikat,
perbadanan,
pertubuhan atau
badan lain
Setiausaha
atau
seseorang
pegawai
utama
Penyampaian dokumen (samb…)
(2) Suatu dokumen yang dikehendaki atau dibenarkan untuk
disampaikan kepada pemunya atau penghuni mana-mana tanah atau
bangunan boleh dialamatkan, tanpa apa-apa nama atau perihal selanjutnya,
"pemunya" atau "penghuni", mengikut mana-mana yang berkenaan, yang
dinamakan atau diperihalkan, tanah atau bangunan itu, dan hendaklah
disifatkan sebagai disampaikan dengan sewajarnya jika dokumen itu
dialamatkan sedemikian dan dihantar atau dihantar serah mengikut
perenggan (1)(c).
(3) Jika suatu dokumen disampaikan kepada suatu perkongsian
mengikut perenggan (1)(b), dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai
disampaikan kepada setiap seorang pekongsi.
(4) Suatu dokumen yang dihantar melalui pos berdaftar hendaklah
disifatkan sebagai disampaikan tujuh hari selepas tarikh pendaftaran.
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
BAB 1 : PENDAHULUAN 1-22
KEPADA PENERIMA CARA
PENYERAHAN
ALAMAT
Perkongsian
(Perniagaan)
Nama /
gelaran
perniagaan
Sama ada secara:
a. Dihantar serah (by
hand / direct)
b. Pos berdaftar
Alamat tempat
perniagaan
biasanya
dijalankan
Pemunya atau
penghuni mana-
mana tanah /
bangunan / lain-
lain
Nama; atau
boleh
diletakkan
perkataan
“Pemunya”
atau
“Penghuni”
Sama ada secara:
a. Dihantar serah (by
hand / direct);
atau
b. Pos berdaftar
Jika (a) atau (b) tidak
berjaya, boleh
c. Dikemukakan
kepada seseorang
ahli keluarganya
yang dewasa (18
tahun ke atas);
atau
d. Dilekatkan pada
bahagian yang
mudah dilihat di
tempat kediaman
atau
perniagaannya
yang akhir
diketahui atau di
tanah atau
bangunan
Alamat yang
diketahui
Seperti sekyen 45, peruntukan ini merupakan pemakaian am, ini bermakna
tatacara di atas tidak terpakai sekiranya terdapat apa-apa peruntukan di
dalam Akta ini atau kaedah-kaedah berkenaan yang memperuntukkan
tatacara penyerahan yang sebaliknya.
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
BAB 1 : PENDAHULUAN 1-23
Dokumen yang dihantar melalui pos berdaftar hendaklah disifatkan
sebagai disampaikan tujuh (7) hari selepas tarikh pendaftaran
secara automatik. Oleh demikian, dokumen-dokumen disifatkan sebagai
telah disampaikan dengan wajar sekiranya tatacara di atas dipatuhi dan
institusi atau orang yang ditujukan dokumen tersebut tidak boleh membuat
bantahan ketidakpenerimaan.
1.3.4 TAFSIRAN SEKSYEN 47 – PENGESAHAN DOKUMEN
Petikan bagi seksyen 47 Akta 172 adalah seperti berikut:
Seksyen 47 memperuntukkan bahawa setiap pelan, peta, KM, permit atau
notis yang dibuat atau disampaikan oleh pihak berkuasa perancang
tempatan (PBPT) di bawah Akta 172 hendaklah dimeterai dan disahkan
dengan tandatangan pengerusi atau Datuk Bandar (DB) atau Yang Dipertua
(YDP) PBPT atau orang yang diberi kuasa. Perakuan PBPT bahawa dokumen
itu dibuat, disediakan, disampaikan, dan sebagainya disifatkan sebagai
keterangan muktamad.
Pengesahan dokumen
47. (1) Tiap-tiap pelan, peta, kebenaran merancang, perintah, permit atau
notis yang disediakan, dikeluarkan, dibuat, atau disampaikan oleh pihak
berkuasa perancang tempatan di bawah, menurut, atau bagi maksud, Akta
ini hendaklah dimeterai dengan meterai pihak berkuasa perancang tempatan
yang hendaklah disahkan dengan tandatangan pengerusi atau yang dipertua
pihak berkuasa perancang tempatan atau seseorang orang diberi kuasa.
(2) Suatu perakuan oleh pihak berkuasa perancang tempatan yang
memperakui bahawa suatu dokumen yang disebut dalam subseksyen (1)
yang berupa sebagai disediakan, dikeluarkan, dibuat, atau disampaikan oleh
pihak berkuasa perancang tempatan itu telah disediakan, dikeluarkan,
dibuat, atau disampaikan sedemikian hendaklah menjadi keterangan
muktamad mengenai fakta yang diperakui sedemikian itu.
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
BAB 1 : PENDAHULUAN 1-24
1.3.5 TAFSIRAN SEKSYEN 48 – BUKTI DOKUMENTAR
Petikan bagi seksyen 48 Akta 172 adalah seperti berikut:
Seksyen ini memperuntukkan bahawa dokumen-dokumen yang
disebutkan di dalam seksyen 47 yang bermeterai serta apa-apa resit,
permohonan, rekod atau daftar yang dikeluarkan, dibuat, dan sebagainya
menurut Akta ini adalah muktamad dan diterima sebagai bukti
mengenai kandungan dokumen tersebut. Sebagai contoh, sekiranya
notis penguatkuasaan di bawah perenggan 27(2)(a) [Borang D] yang
dikeluarkan telah dimeterai dan ditandatangani oleh orang yang berkenaan
seperti yang termaktub di bawah seksyen 47, segala kandungan notis
itu adalah sah dan hendaklah diterima sebagai bukti.
Dokumen-dokumen di atas boleh dibuat salinan atau cabutan dan
perlu diperakui oleh pengerusi atau DB atau YDP. Maklumat-
maklumat terkandung di dalam salinan atau cabutan yang disahkan
tersebut diterima sebagai keterangan.
Bukti dokumentar
48. (1) Tiap-tiap dokumen yang disebut dalam seksyen 47 dan dimeterai
secara yang ditetapkan di dalamnya dan tiap-tiap dokumen dalam bentuk resit,
permohonan, rekod, atau daftar yang dikeluarkan, dibuat, atau disenggarakan
di bawah, menurut, atau bagi maksud, Akta ini hendaklah diterima sebagai
bukti mengenai kandungan dokumen itu.
(2) Suatu salinan bagi mana-mana dokumen yang disebut dalam
subseksyen (1) atau sesuatu cabutan daripadanya, jika diperakui oleh
pengerusi atau yang dipertua pihak berkuasa perancang tempatan, hendaklah
diterima sebagai keterangan mengenai perkara dan urusan yang dinyatakan di
dalamnya dalam mana-mana hal yang, dan pada takat yang sama seperti,
salinan asal dokumen itu tentu akan diterima sedemikian jika dikemukakan.
BAB 2: PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN
DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45
DAN SEKSYEN 46 AKTA 172
MANUAL PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN
DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
BAB 2 : PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46 AKTA 172
2-1
2.0 PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN
45 DAN SEKSYEN 46 AKTA 172
2.1 PROSEDUR PELAKSANAAN TINDAKAN
PENGUATKUASAAN SEKSYEN 31
2.1.1 PERINGKAT PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN SEKSYEN 31
Menyediakan laporan operasi dan notis tuntutan kos kepada pemunya, penduduk atau orang yang menjalankan pemajuan sekiranya tindakan operasi atau penguatkuasaan dibuat
oleh PBT.
Melaksanakan tindakan operasi atau penguatkuasaan dengan mengikut sebagaimana yang telah diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan.
Menyelaraskan perkara-perkara yang diperlukan sebelum dan selepas melaksanakan tindakan operasi bagi memudahkan pelaksanaan operasi.
Mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh pemunya, penduduk atau orang yang menjalankan pemajuan supaya Notis / Borang Kaedah yang dikeluarkan tidak bertentangan
dengan kesalahan yang dilakukan.
PERINGKAT 1: PENGESAHAN KESALAHAN DAN PENGELUARAN NOTIS / BORANG KAEDAH
PERINGKAT 2:
MESYUARAT TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN OPERASI
PERINGKAT 3: PELAKSANAAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN OPERASI
PERINGKAT 4:
LAPORAN SELEPAS TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN OPERASI
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
BAB 2 : PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46 AKTA 172
2-2
PERINGKAT 1:
PENGESAHAN KESALAHAN DAN PENGELUARAN NOTIS / BORANG
KAEDAH
Rajah 2.1: Carta Alir Peringkat 1 Pelaksanaan Penguatkuasaan Seksyen 31
*Mengikut kesesuaian dan budi bicara PBT
Lawatan / kenal pasti aktiviti tapak
Penyediaan Laporan Pemeriksaan Tapak
Pengesahan kesalahan
Pengeluaran Notis / Borang Kaedah
Lawatan tapak pematuhan Notis / Borang Kaedah
PATUH
Sumber tindakan penguatkuasaan
*Mesyuarat Jawatankuasa (JK) / arahan berminit daripada DB / YDP
*Mesyuarat JK Penyelarasan
(Keputusan kesalahan)
TIDAK PATUH
Laporan Siasatan Pematuhan Penyediaan Dokumen dan Laporan
Tutup kes *Menjalankan
pendakwaan
PELAKSANAAN SEKSYEN 31
*Menjalankan pendakwaan
Nota: PBT boleh menjalankan pendakwaan ke atas pemunya, penduduk atau orang yang menjalankan pemajuan di bawah peruntukan seksyen 26
Nota: PBT boleh menjalankan pendakwaan ke atas pemunya, penduduk atau orang yang menjalankan pemajuan di bawah peruntukan seksyen 26 - 30
Penyampaian Notis Seksyen
31
@
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
BAB 2 : PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46 AKTA 172
2-3
Berikut adalah perincian skop kerja bagi carta alir peringkat 1 pelaksanaan
penguatkuasaan seksyen 31:
SKOP KERJA TINDAKAN CATATAN
1. Sumber
tindakan
penguatkuasaan
1. Pemantauan berjadual /
berkala
Berdasarkan pemantauan berjadual
/ berkala yang dilakukan oleh
anggota penguatkuasa mengikut
pengagihan kawasan yang telah
ditetapkan atau mengikut amalan
dan kesesuaian PBT.
2. Aduan awam
Berdasarkan maklumat dan aduan
daripada orang awam, jabatan,
agensi kerajaan dan ahli majlis
kawasan melalui saluran online
seperti whatsapp, facebook,
twitter, e-aduan dan email.
3. Semakan permohonan KM
Berdasarkan tindakan susulan bagi
memastikan permohonan KM
mematuhi syarat kelulusan, jika
tidak, tindakan penguatkuasaan
akan dijalankan.
4. Merekodkan / mencatatkan
maklumat mengenai sesuatu kes
yang dilaporkan secara lisan dan
bertulis di dalam Buku Log
Pemeriksaan.
Nota:
1. Rujuk format
Borang
Aduan di
lampiran 3.3
MPPP Edisi
kedua – 2015
2. Rujuk format
Buku Log
Pemeriksaan
di lampiran
3.4 MPPP Edisi
kedua - 2015
2. Lawatan /
kenal pasti
aktiviti tapak
1. Mengkaji kesahihan kes dan
membuat lawatan siasatan tapak
serta membuka fail siasatan tapak.
2. Anggota penguatkuasa hendaklah
membuat lawatan siasatan tapak
mengikut maklumat sesuatu kes
berdasarkan sumber tindakan
penguatkuasaan yang diperolehi
Nota:
Rujuk m/s 27-29
bagi perincian
mengambil
gambar,
melakar rajah
kasar dan
merakam
percakapan
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
BAB 2 : PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46 AKTA 172
2-4
SKOP KERJA TINDAKAN CATATAN
bagi mengenal pasti:
a) Lot yang berkenaan;
b) Kesalahan yang dilakukan; dan
c) Aktiviti yang dijalankan di tapak.
3. Anggota penguatkuasa hendaklah
mengambil gambar tapak atau
bangunan, melakar rajah kasar dan
merakam percakapan bagi
membuktikan kesalahan yang
dilakukan oleh pemunya, penduduk
atau orang yang melakukan
pemajuan.
4. Perkara-perkara berikut hendaklah
dibawa bersama-sama semasa ke
tapak:
a) Kad kuasa;
b) Dokumen-dokumen yang
berkenaan seperti Buku Log
Pemeriksaan;
c) Maklumat tapak untuk
memudahkan urusan siasatan
dan pemeriksaan tapak seperti:
Alamat dan pelan lokasi;
Nombor lot;
Nama pemunya;
Nama penduduk;
Nama orang yang
menjalankan pemajuan;
dan
Pelan yang diluluskan (jika
ada).
MPPP Edisi
kedua - 2015
3. Penyediaan
Laporan
Pemeriksaan
Tapak
1. Menyediakan Laporan Pemeriksaan
Tapak bergambar yang lengkap dan
mengandungi perkara-perkara
berikut:
a) Tarikh dan masa;
b) Lokasi;
Nota:
Rujuk format
Laporan
Pemeriksaan
Tapak di
lampiran 3.5
MPPP Edisi
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
BAB 2 : PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46 AKTA 172
2-5
SKOP KERJA TINDAKAN CATATAN
c) Carian Rasmi Persendirian;
d) Semakan Cukai Tanah / Cukai
Taksiran;
e) Carian Sijil Pendaftaran
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM);
f) Gambar Tapak;
g) Pelan Tapak; dan
h) Pelan Zoning.
2. Menyerahkan Laporan Pemeriksaan
Tapak kepada Ketua Jabatan /
Pegawai Perancang Bandar untuk
meneliti laporan tersebut.
kedua - 2015
4. Pengesahan
kesalahan
1. Membuat semakan akhir
berhubung status pemberian KM di
Unit Kawalan Pembangunan.
2. Membuat pengesahan kesalahan
kes ke atas Laporan Pemeriksaan
Tapak yang disediakan dan
memperakui / menandatangani
laporan tersebut.
3. Membuka Kertas Siasatan (IP)
bermula dari tarikh pengesahan
kesalahan kes.
Nota:
1. Laporan
Pemeriksaan
Tapak perlu
disahkan oleh
Ketua
Jabatan /
Pegawai
Perancang
Bandar
2. Rujuk format
Kertas
Siasatan
Lampiran
CO1 MPPP
Edisi kedua –
2015
5. *Mesyuarat JK
/ arahan
berminit
daripada DB /
YDP
Mengadakan mesyuarat JK /
mendapatkan arahan berminit
daripada DB / YDP mengenai
pengesahan kesalahan. Minit
Mesyuarat JK dan arahan berminit
tersebut perlu direkodkan di dalam
fail kes.
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
BAB 2 : PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46 AKTA 172
2-6
SKOP KERJA TINDAKAN CATATAN
6. Pengeluaran
Notis / Borang
Kaedah
1. Menyediakan Notis / Borang Kaedah
berdasarkan keputusan pengesahan
kesalahan dalam Mesyuarat JK /
arahan berminit daripada DB / YDP.
Borang D Kehendak supaya
tanah dipulihkan
kepada keadaan asal
Borang E Kehendak supaya
pemajuan
diberhentikan serta-
merta dan tanah
dipulihkan kepada
keadaan asal
Borang F Kehendak supaya
permohonan KM
dilakukan
Borang G Kehendak supaya
pemajuan
diberhentikan serta-
merta
Borang H Kehendak supaya
tanah dipulihkan
kepada asal
Borang I(1) Kehendak supaya
pemajuan siap diubah
menepati KM asal
Borang I(2) Kehendak supaya
tanah dipulihkan
kepada keadaan asal
Borang J(1) Kehendak supaya
pemajuan
diberhentikan serta-
merta dan menepati
KM asal serta syarat-
syaratnya
Nota:
1. Rujuk carta
alir punca
kuasa
sebagaimana
dalam
bahagian 1.3
untuk
mengetahui
tindakan yang
perlu dibuat
selepas
kesalahan
disahkan dan
penggunaan
borang dikenal
pasti.
2. Tempoh
pematuhan
Notis / Borang
Kaedah adalah
3/7/14/30 hari
dari tarikh
penyerahan
dibuat.
3. Rujuk
peruntukan di
bawah
perenggan
46(1)(c) atau
bahagian 2.3
bagi
penyerahan
notis.
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
BAB 2 : PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46 AKTA 172
2-7
SKOP KERJA TINDAKAN CATATAN
Borang J(2) Kehendak supaya
pemajuan
diberhentikan serta-
merta dan tanah
dipulihkan kepada
keadaan asal
Borang K Kehendak supaya
permohonan KM baru
dilakukan
Borang L Kehendak
memberhentikan
pemajuan dengan
serta-merta
Borang M Kehendak supaya
pemajuan diubah
menepati KM asal dan
syarat-syaratnya
Borang N Kehendak supaya
tanah dipulihkan
kepada keadaan asal
Borang O Kehendak supaya
bahagian yang
berlawanan diubah
supaya menepati KM
yang telah diubah suai
Borang P Kehendak supaya
pemajuan
diberhentikan serta-
merta dan bahagian
yang berlawanan itu
diubah supaya
menepati KM yang
telah diubah suai
Borang Q Kehendak supaya
tanah dipulihkan
kepada keadaan asal
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
BAB 2 : PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46 AKTA 172
2-8
SKOP KERJA TINDAKAN CATATAN
2. Menyerahkan Notis / Borang
Kaedah kepada pemunya,
penduduk atau orang yang
menjalankan pemajuan melalui:
a) Serahan tangan; atau
b) Pos berdaftar; atau
c) Tampal dan ambil gambar
(sekiranya Notis / Borang
Kaedah tidak dapat disampaikan
melalui serahan tangan atau pos
berdaftar kepada pemunya,
penduduk atau orang yang
menjalankan pemajuan).
7. Lawatan tapak
pematuhan
Notis / Borang
Kaedah
1. Lawatan tapak pematuhan Notis /
Borang Kaedah perlu dibuat setelah
tempoh masa pematuhan notis
yang diberikan tamat bagi
memastikan sama ada penerima
notis telah mengambil tindakan
sebagaimana dikehendaki dalam
Notis / Borang Kaedah atau tidak.
2. Anggota penguatkuasa hendaklah
mengambil gambar tanah atau
bangunan, melakar rajah kasar dan
merakam percakapan sebagai bukti
pemunya, penduduk atau orang
yang menjalankan pemajuan patuh
atau tidak patuh kehendak notis.
Nota:
Rujuk m/s 27-29
bagi perincian
mengambil
gambar,
melakar rajah
kasar dan
merakam
percakapan
MPPP Edisi
kedua - 2015
8. *Mesyuarat JK
Penyelarasan
(Keputusan
Kesalahan)
1. Satu Mesyuarat JK Penyelarasan
yang dipengerusikan oleh DB / YDP
/ Setiausaha (SU) / Ketua Jabatan
perlu diadakan bagi
membentangkan keputusan
kesalahan (PATUH / TIDAK PATUH)
berdasarkan lawatan tapak
pematuhan Notis / Borang Kaedah
yang dilakukan.
Nota:
Rujuk format
Laporan
Pemeriksaan
Pematuhan
Notis di
lampiran 3.6
MPPP Edisi
kedua - 2015
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
BAB 2 : PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46 AKTA 172
2-9
SKOP KERJA TINDAKAN CATATAN
2. Jika PATUH NOTIS,
a) Menyediakan Laporan
Pemeriksaan Pematuhan Notis /
Borang Kaedah dan disahkan
serta hendaklah direkodkan di
dalam fail kes.
b) Kes / fail ditutup.
c) Walau bagaimanapun, PBT
boleh menjalankan pendakwaan
ke atas pemunya, penduduk
atau orang yang menjalankan
pemajuan di bawah peruntukan
SEKSYEN 26.
3. Jika TIDAK PATUH NOTIS,
a) PBT boleh menjalankan
pendakwaan ke atas pemunya,
penduduk atau orang yang
menjalankan pemajuan di
bawah peruntukan SEKSYEN
26 - 30;
ATAU
b) Menyediakan dokumen dan
laporan bagi PELAKSANAAN
SEKSYEN 31.
9. Penyampaian
Notis Seksyen
31
Menyediakan dan menyerahkan
Notis Seksyen 31 kepada pemunya,
penduduk atau orang yang
menjalankan pemajuan bagi
memaklumkan tindakan
penguatkuasaan seksyen 31 akan
dilaksanakan dan hendaklah
direkodkan di dalam fail kes.
Nota:
Rujuk cadangan
Notis Seksyen
31 di muka
surat 2-10 dan
2-11
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
BAB 2 : PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46 AKTA 172
2-10
(Nama borang)
(tarikh penyampaian)
tahun
(tarikh notis)
CADANGAN NOTIS SEKSYEN 31
No. Rujukan:
Nama dan Alamat (Pemunya, Penduduk atau orang yang menjalankan
Pos Berdaftar (Disampaikan tujuh (7) hari selepas tarikh
pendaftaran pos berdaftar)
Pos Berdaftar
(Disampaikan tujuh (7) hari selepas
tarikh pendaftaran
pos berdaftar)
atau
atau
Jika tidak berjaya
Pihak berkuasa tempatan,
pihak berkuasa berkanun,
syarikat, perbadanan, pertubuhan atau
badan lain
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
BAB 2 : PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46 AKTA 172
2-63
Menurut peruntukan seksyen 47 (pengesahan dokumen) dan seksyen
48 (bukti dokumentar), semua dokumen hendaklah disahkan seperti
Rajah 2.9.
Rajah 2.9: Carta Alir Pengesahan dan Pembuktian Dokumen
Contoh Meterai
Setiap dokumen:
Pelan
Peta
KM
Permit
Notis
Oleh:
Pengerusi; atau
YDP; atau
Orang yang diberi
kuasa.
Hendaklah
Dimeterai; dan
Disahkan dengan
tandatangan.
Sebagai bukti mengenai
kandungan dokumen
Semua dokumen boleh
dibuat:
Salinan; atau
Cabutan; dan
Diakui oleh pengerusi atau
DB atau YDP
Maklumat-maklumat terkandung
diterima sebagai KETERANGAN
BAB 3: PENUTUP
MANUAL PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN
DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
BAB 3 : PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46 AKTA 172
3-1
3.0 PENUTUP
Tatacara dan prosedur bagi suatu tindakan penguatkuasaan adalah sangat
penting bagi menjamin kelancaran perjalanan pelaksanaan proses tersebut.
Salah satu faktor yang mempengaruhi keberkesanan dan kejayaan sesuatu
pelaksanaan tindakan penguatkuasaan juga adalah kepakaran dan
keupayaan pegawai-pegawai yang melaksanakannya.
Oleh itu, Manual Pelaksanaan Penguatkuasaan di Bawah Seksyen 31,
Seksyen 45 dan Seksyen 46 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta
172] ini disediakan sebagai rujukan dan panduan utama kepada pegawai-
pegawai di PBT berhubung dengan tatacara dan prosedur untuk
melaksanakan tindakan penguatkuasaan kesalahan perancangan di bawah
seksyen 31, 45 dan 46 Akta 172 secara seragam dan efektif.
Manual ini penting bagi memastikan setiap proses dalam melaksanakan
tindakan penguatkuasaan oleh pegawai-pegawai di PBT tidak bertentangan
dengan peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
[Akta 172] serta selaras dengan undang-undang lain, dan seterusnya tidak
dipertikai serta dicabar oleh pihak-pihak yang terlibat.
Diharapkan Manual yang disediakan oleh PLANMalaysia (Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa) ini dapat membantu PBT dalam
memperkasakan tindakan penguatkuasaan kesalahan perancangan di
Semenanjung Malaysia, bagi mewujudkan persekitaran kehidupan bandar
yang terancang dan berkualiti bagi kesejahteraan rakyat.
LAMPIRAN
MANUAL PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN
DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
LAMPIRAN A i
LAMPIRAN A
A: KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT
Terdapat dua (2) kaedah pengumpulan maklumat yang diguna pakai
dalam menjalankan kajian ini iaitu:
1. SOAL SELIDIK
Soal selidik yang dijalankan melibatkan dua (2) kategori iaitu soal
selidik umum dan soal selidik terperinci.
a. Soal selidik umum
Soal selidik umum telah diagihkan kepada 98 PBT di Semenanjung
Malaysia bagi mendapatkan maklum balas awal berkenaan
pelaksanaan penguatkuasaan di bawah seksyen 31, seksyen 45
dan seksyen 46 Akta 172 oleh PBT.
50 PBT
48 PBT
Soal Selidik Focus Group
Discussion (FGD)
KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT
01 02
PBT
MEMBERI
MAKLUM
BALAS
PBT TIDAK
MEMBERI
MAKLUM
BALAS
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
LAMPIRAN A ii
Tujuan utama soal selidik umum:
Mengenal pasti status pelaksanaan tindakan penguatkuasaan
kesalahan perancangan oleh PBT di Semenanjung Malaysia
berkaitan pelaksanaan seksyen 31, seksyen 45 dan seksyen 46
Akta 172.
Mengenal pasti kelemahan dan kekurangan dalam pelaksanaan
seksyen 31, seksyen 45 dan seksyen 46 Akta 172 oleh PBT.
b. Soal selidik terperinci
Soal selidik terperinci dilaksanakan dengan mengagihkannya
kepada lapan (8) PBT terpilih untuk menjawab soalan-soalan
yang diberikan. Kemudian, membuat temujanji bersama PBT untuk
mengadakan sesi temuramah bagi menerangkan keperluan soal
selidik dan soalan yang diutarakan serta mendengar pengalaman-
pengalaman pelaksanaan penguatkuasaan daripada PBT. Berikut
merupakan senarai lapan (8) PBT yang terpilih:
8 PBT
Terpilih
Majlis
Bandaraya
Johor
Bahru Majlis
Bandaraya
Kuala
Terengganu
Majlis
Bandaraya
Pulau
Pinang
Majlis
Perbandaran
Batu Pahat Majlis
Perbandaran
Kuantan
Majlis
Perbandaran
Langkawi
Majlis
Perbandaran
Subang Jaya
Majlis
Perbandaran
Klang
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
LAMPIRAN A iii
Tujuan utama soal selidik terperinci:
Mendapatkan maklumat berkenaan jenis dan status
penguatkuasaan yang dilaksanakan.
Mengenal pasti sejauh mana pelaksanaan penguatkuasaan di
bawah Akta 172 di peringkat PBT.
Mengenal pasti pelaksanaan penguatkuasaan di bawah akta-
akta lain.
Mengenal pasti tatacara dan prosedur yang diguna pakai dan
diamalkan PBT bagi pelaksanaan tindakan penguatkuasaan.
Mengenal pasti orang yang diberi kuasa dalam melaksanakan
tindakan penguatkuasaan.
2. FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD)
Sesi perbincangan FGD telah diadakan dua (2) kali sepanjang tempoh
kajian. FGD yang dijalankan telah melibatkan PBT terpilih (Jabatan
Perancang, Jabatan Bangunan dan Jabatan Perundangan), PLANMalaysia
peringkat persekutuan dan negeri, serta agensi teknikal yang terlibat.
a. Focus Group Discussion 1 (FGD 1)
Diadakan di Dewan Jubli Intan Batu Pahat pada 18-19 April 2017
(Selasa-Rabu). Perbincangan ini melibatkan empat (4) sesi
pembentangan iaitu:
• Pembentangan
mengenai Pelaksanaan
Tindakan Penguatkuasaan
Seksyen 31,
Akta 172
• Pembentangan
mengenai
Pelaksanaan Penguatkuasaan
di bawah Akta 133
• Pembentangan
mengenai Pelaksanaan
Penguatkuasaan di bawah Akta
133 dan Akta
172
• Pembentangan
mengenai Pemahaman
Awal Pelaksanaan
Tindakan
Penguatkuasaan dan Analisis
Penemuan Soal Selidik
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
LAMPIRAN A iv
Selanjutnya diteruskan dengan sesi perbincangan kumpulan bagi
membincangkan perkara-perkara berikut bersama ahli kumpulan:
b. Focus Group Discussion 2 (FGD 2)
FGD 2 telah diadakan di Kuala Terengganu pada 5-6 Julai 2017.
Perbincangan ini lebih tertumpu kepada cadangan draf manual secara
terperinci iaitu:
Hasil analisis maklumat yang diperolehi daripada maklum balas soal selidik
dan sesi perbincangan FGD merupakan input utama kepada cadangan
pembentukan Manual Pelaksanaan Penguatkuasaan di bawah Seksyen 31,
Seksyen 45 dan Seksyen 46 Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976
[Akta 172].
• Perincian prosedur pelaksanaan seksyen 31, seksyen 45 dan
seksyen 46 Akta 172 meliputi skop kerja dan tindakan.
• Tafsiran
seksyen 31,
seksyen 45 dan
seksyen 46,
Akta 172.
• Mengenal pasti
punca kuasa
tindakan
kesalahan
seksyen 31, Akta
172.
• Mengenal pasti
tatacara dan
prosedur seksyen
31, Akta 172.
• Pemakaian borang-borang, surat, notis dan lain-lain
dokumen yang berkenaan.
• Penambahbaikan peruntukan Akta 172 (jika ada).
01
02
03
04
• Format dan kandungan utama manual pelaksanaan
penguatkuasaan di bawah seksyen 31, seksyen 45 dan
seksyen 46 Akta 172.
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
LAMPIRAN B v
LAMPIRAN B
B: RUMUSAN ANALISIS PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN
OLEH PBT
1. PELAKSANAAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN
a. Pelaksanaan Tindakan Di Bawah Akta 172
Penyertaan pelaksanaan tindakan penguatkuasaan di
bawah seksyen 31 Akta 172
Daripada 48 PBT yang memberi maklum balas, hanya 31
PBT (65%) yang pernah melaksanakan tindakan
penguatkuasaan dan 17 PBT (35%) tidak pernah
melaksanakan tindakan penguatkuasaan.
Walau bagaimanapun, PBT yang melaksanakan tindakan
penguatkuasaan menggunakan seksyen 31 di bawah
Akta 172 adalah 10 PBT (32%).
Penyertaan PBT perlu dipertingkatkan dalam melaksanakan
tindakan penguatkuasaan di bawah Akta 172 bagi
memastikan pembangunan yang dibuat mematuhi syarat-
syarat yang ditetapkan dan memastikan kesejahteraan
masyarakat dilindungi.
Penyertaan pelaksanaan seksyen 45 Akta 172
Daripada 48 PBT yang memberi maklum balas, didapati 29
PBT (60%) menggunakan seksyen 45 Akta 172 untuk
memasuki mana-mana tanah atau bangunan bagi tujuan
siasatan, penguatkuasaan kesalahan dan apa-apa tindakan
yang perlu mengikut akta.
Mengguna pakai Manual Penyiasatan, Penguatkuasaan
dan Pendakwaan di bawah Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1976 [Akta 172] yang disediakan oleh
PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)
sebagai rujukan.
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
LAMPIRAN B vi
Penyertaan pelaksanaan seksyen 46 Akta 172
31 PBT (65%) daripada 48 PBT yang memberi maklum
balas menggunakan sekyen 46 Akta 172 sebagai rujukan
tatacara penyampaian apa-apa dokumen.
Mengguna pakai Manual Penyiasatan, Penguatkuasaan
dan Pendakwaan di bawah Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1976 [Akta 172] yang disediakan oleh
PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)
sebagai rujukan.
Peringkat pelaksanaan tindakan penguatkuasaan di
bawah Akta 172
Berdasarkan lima (5) PBT yang melaksanakan tindakan
penguatkuasaan di bawah Akta 172, berikut merupakan
empat (4) peringkat utama dalam pelaksanaan tindakan
penguatkuasaan:
PERINGKAT 1: PENGESAHAN KESALAHAN DAN PENGELUARAN NOTIS KAEDAH
• Mengenal pasti kesalahan yang dilakukan oleh
pemunya, penduduk atau orang yang menjalankan pemajuan supaya notis yang dikeluarkan tidak bertentangan dengan kesalahan yang dilakukan.
PERINGKAT 2: MESYUARAT TINDAKAN
PENGUATKUASAAN DAN OPERASI • Menyelaraskan perkara-perkara yang diperlukan
sebelum dan selepas melaksanakan tindakan operasi bagi memudahkan pelaksana operasi.
PERINGKAT 3: PELAKSANAAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN OPERASI
• Melaksanakan tindakan operasi atau
penguatkuasaan sebagaimana yang telah
diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan.
PERINGKAT 4: LAPORAN SELEPAS TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN OPERASI
• Menyediakan laporan operasi dan kos tuntutan kepada pemunya, penduduk atau orang yang
menjalankan pemajuan sekiranya tindakan operasi atau penguatkuasaan dibuat oleh PBT.
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
LAMPIRAN B vii
Pengurusan pelaksanaan tindakan penguatkuasaan di
bawah Akta 172
Antara perkara-perkara yang perlu diselaraskan bagi
melaksanakan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta 172
berdasarkan maklum balas lima (5) PBT terpilih.
b. Pelaksanaan Tindakan Di Bawah Akta-Akta Lain
Perundangan yang diguna pakai bagi melaksanakan
tindakan meroboh atau mengubah mana-mana
bangunan atau kerja dan memindahkan apa-apa barang,
kenderaan atau benda
Daripada 31 PBT yang melaksanakan tindakan
penguatkuasaan, 17 PBT (55%) melaksanakan tindakan
penguatkuasaan menggunakan akta-akta lain.
Perundangan yang diguna pakai oleh PBT bagi melaksanakan
tindakan penguatkuasaan selain Akta 172 adalah Akta
Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133].
• Pegawai Perancang Bandar (Gred J41) dan ke atas
Orang yang diberi kuasa
• Pegawai Perancang Bandar (Gred J41) dan ke atas
Kriteria orang yang diberi kuasa
• Melalui surat penurunan kuasa
• Melalui kad kuasa
Prosedur pelantikan orang yang diberi
kuasa
• Pegawai penyiasat
• Penolong Pegawai Perancang
Orang yang menyediakan
laporan dan notis
• Pengarah Perancang Bandar
• Pegawai Perancang Bandar
• Ketua Jabatan
Orang yang mengesahkan
laporan dan notis
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
LAMPIRAN B viii
Sebab PBT lebih cenderung mengguna pakai akta-akta
lain dalam pelaksanaan tindakan penguatkuasaan
Antara sebab utama yang diberikan oleh PBT kerana
melaksanakan tindakan penguatkuasaan di bawah akta-akta
lain adalah:
c. Isu-Isu Pelaksanaan Tindakan Penguatkuasaan Seksyen
31, Seksyen 45 dan Seksyen 46 Akta 172
Terdapat lapan (8) isu utama yang dihadapi oleh PBT dalam
pelaksanaan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta 172.
Perintah perobohan adalah lebih berkesan melalui Akta 133 disebabkan proses yang lebih pendek dan dokumentasi yang lebih mudah serta tidak melibatkan pihak mahkamah.
Pelaksanaan penguatkuasaan aktiviti meroboh atau mengubah mana-mana bangunan atau kerja dan memindahkan apa-apa barang, kenderaan atau benda di bawah Akta 133 lebih jelas dan nyata.
Tindakan penguatkuasaan terus tanpa menunggu perintah mahkamah iaitu Notis Seksyen 72 Akta 133.
Kesukaran mengenal pasti pemunya, penduduk atau orang yang menjalankan pemajuan
•Alamat pemunya, penduduk atau orang yang menjalankan pemajuan tanah / premis tidak lengkap;
•Berlaku pertukaran alamat pemunya, penduduk atau orang yang menjalankan pemajuan dan tidak diketahui oleh pihak lain; dan
•Lokasi premis yang terlalu jauh dari jalan utama menyebabkan pihak PBT sukar menemuinya.
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
LAMPIRAN B ix
Kekurangan kakitangan dan kepakaran
•Kurangnya perjawatan kakitangan dalam struktur organisasi PBT;
•Wujudnya pertindihan tugas di bahagian kawalan pembangunan dan unit penguatkuasaan memberi implikasi beban kerja yang tinggi; dan
•Kurangnya kakitangan mahir untuk melaksanakan penguatkuasaan.
Kurang kerjasama dari pemunya, penduduk atau orang yang menjalankan pemajuan tanah / premis
•Pegawai bertugas mendapat tentangan dan halangan daripada pemunya, penduduk atau orang yang menjalankan pemajuan seperti mengunci dan tidak mengosongkan premis; dan
•Pemunya, penduduk atau orang yang menjalankan pemajuan tanah / premis tidak dapat dikesan dan tiada di tapak ketika pelaksanaan hendak dijalankan.
Penerimaan serahan notis
•Notis tidak dapat disampaikan kepada pemunya, penduduk atau orang yang menjalankan pemajuan akibat pertukaran alamat;
•Pemunya, penduduk atau orang yang menjalankan pemajuan tanah / premis mendakwa tidak mendapat notis meroboh walaupun sudah ditampal (hilang, koyak dan diterbangkan angin); dan
•Pemunya, penduduk atau orang yang menjalankan pemajuan tanah / premis enggan menerima notis ataupun dilekatkan di kawasan premis.
Tempoh prosedur pelaksanaan meroboh mengambil masa yang panjang
•Melibatkan prosedur mahkamah; dan
•Tempoh patuh notis yang panjang
Ancaman keselamatan ketika operasi
•Ancaman binatang peliharaan pemunya, penduduk atau orang yang menjalankan pemajuan tanah / premis seperti anjing; dan
•Kesukaran memasuki tapak seperti tiada jalan masuk, semak-samun dan permukaan jalan yang tidak rata.
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
LAMPIRAN B x
2. PERUNTUKAN PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN
a. Penentuan Kaedah Tafsiran Seksyen 31 Akta 172
Berdasarkan analisis tafsiran literal dan pendekatan tujuan (rujuk
Laporan Penemuan dan Cadangan Awal), kedua-dua tafsiran tersebut
mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri seperti berikut:
KAEDAH
TAFSIRAN
KELEBIHAN KELEMAHAN
Tafsiran literal /
harfiah
(Literal rule)
Kaedah tafsiran
perundangan yang asas
dan diberi keutamaan
sekiranya tidak
melibatkan terma atau
frasa teknikal.
Dapat memastikan
penyampaian kesemua
notis mandatori menurut
seksyen-seksyen
penguatkuasaan telah
sempurna sebelum
pelaksanaan kehendak
diambil oleh PBPT.
Tindakan pantas dan
efektif tidak dapat
diambil bagi
pelanggaran kehendak
memberhentikan
pemajuan serta-merta.
Permohonan injunksi
mengambil masa dan
melibatkan kos guaman.
Batasan waktu menjalankan operasi siasatan / pemeriksaan
•Telah tertakluk di dalam akta bahawa waktu operasi siasatan / pemeriksaan adalah 7 pagi hingga 7 malam.
PBT tiada kemampuan bagi pengeluaran kos awalan meroboh
•Operasi meroboh melibatkan kos yang tinggi;
•Proses mendapatkan kos tuntutan daripada pemunya, penduduk atau orang yang menjalankan pemajuan mengambil masa yang lama; dan
•Melibatkan kos yang tinggi untuk membeli atau menyewa peralatan dan jentera untuk meroboh.
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
LAMPIRAN B xi
KAEDAH
TAFSIRAN
KELEBIHAN KELEMAHAN
Pendekatan tujuan
(Purposive
approach)
PBPT boleh mengambil
tindakan pantas dan
efektif bagi pelanggaran
kehendak
memberhentikan
pemajuan serta-merta.
Terdapat kebarangkalian
tindakan dicabar secara
keseluruhan
terutamanya sekiranya
notis-notis susulan (jika
terpakai) tidak
disampaikan.
Oleh kerana tiada tafsiran seksyen 31 Akta 172 yang tepat pernah
diputuskan oleh mana-mana mahkamah, kedua-dua tafsiran di
atas adalah bersifat persuasif. Kedua-duanya boleh dihujahkan
sekiranya terdapat kes yang dibawa ke mahkamah yang
mempertikaikan skop seksyen 31 Akta 172. PBPT boleh diberikan
pilihan untuk mengguna pakai mana-mana tafsiran yang pada
pendapatnya adalah sesuai dan wajar.
Walau bagaimanapun, adalah dicadangkan di sini agar peruntukan
“selain suatu kehendak supaya dihentikan apa-apa pemajuan
atau aktiviti” di dalam subseksyen 31(1) Akta 172
dimansuhkan bagi mengelakkan kekeliruan dan sekali gus
memperkasakan PBPT untuk mengambil tindakan yang
pantas dan efektif terutamanya bagi membendung kes-kes yang
melibatkan pemajuan yang sedang dijalankan dan bersalahan dengan
Akta 172.
b. Isu-Isu Peruntukan Pelaksanaan Penguatkuasaan
Berikut merupakan dua (2) isu utama yang berbangkit:
Notis untuk memasuki tanah dan tindakan pelaksanaan
Berdasarkan analisis perbandingan di dalam Laporan Penemuan
dan Cadangan Awal, didapati Akta 133 yang memperuntukkan
bahawa notis pengosongan sekurang-kurangnya 30 hari perlu
disampaikan kepada penduduk sebelum tindakan perobohan
boleh dilakukan PBT. Manakala pelaksanaan di bawah Akta 171
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
LAMPIRAN B xii
pula mengkehendaki notis pengosongan bangunan 48 jam (atau
dengan tempoh lanjutan) untuk disampaikan. Persoalan yang
berbangkit, adakah pelaksanaan seksyen 31 Akta 172
memerlukan notis disampaikan dahulu sebelum tindakan
diambil?
Terdapat keperluan menyampaikan notis dalam melaksanakan
tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 31. Hal ini demikian
kerana pelaksanaan seksyen 31 akan secara tidak langsung
memberi kesan kepada hak pemunya tanah menikmati
penggunaan secara eksklusif yang termaktub di bawah seksyen
44 KTN dan hak terhadap harta yang dijamin di bawah Perkara
13 Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, pemakluman ini
adalah sejajar dengan prinsip undang-undang – “keadilan
bukan sahaja hendaklah dilakukan, tetapi ia juga hendaklah
dilihat sebagai sudah dilakukan”. Justeru itu, notis
pelaksanaan ini menjadi instrumen yang
memanifestasikan tindakan berhemah PBPT.
Risiko memindahkan, tuntutan dan pelucuthakkan harta
alih
Pelaksanaan di bawah seksyen 31 boleh melibatkan
pemindahan harta alih. Bagi memastikan pelaksanaan yang
lebih efektif, suatu peruntukan yang jelas perlu diadakan bagi
melindungi PBPT daripada sebarang tuntutan sama ada dari
pemunya harta alih itu sendiri atau pihak ketiga yang terkesan
daripada tindakan yang diambil. Oleh itu, tiga (3) perkara
berikut dicadangkan untuk digubal dan dimasukkan di
dalam seksyen 31:
i. Harta alih yang dipindahkan adalah di atas risiko pemunya;
ini bermakna PBPT tidak boleh dipertanggungjawabkan
atas kerosakan atau kehilangan sebelum, semasa dan
selepas pemindahan dilakukan;
ii. Tempoh yang dibenarkan serta tatacara tuntutan ke atas
harta alih itu sekiranya harta alih itu adalah di dalam
pegangan PBPT; dan
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
LAMPIRAN B xiii
iii. Pelucuthakkan dan melupuskan harta alih tersebut selepas
tamat tempoh tuntutan, peruntukan ini adalah penting
supaya tiada tuntutan terhadap PBPT yang boleh dilakukan
setelah harta alih dilupuskan.
Oleh kerana proses pindaan memerlukan masa, sekiranya
pelaksanaan seksyen 31 melibatkan pemindahan harta alih
dilakukan kini, PBPT boleh mengaplikasi seksyen 40 dan
seksyen 95 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 dengan
menghujahkan PBPT mempunyai kuasa mengadakan
sepertimana di perkara i-iii di atas kerana ia merupakan
langkah yang munasabah untuk melaksanakan kuasanya yang
termaktub di bawah seksyen 31 Akta 172.
PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 31, SEKSYEN 45 DAN SEKSYEN 46
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
PENGHARGAAN i
Setinggi-tinggi Penghargaan Kepada:
PBT yang memberi maklum balas di dalam soal selidik yang dijalankan pada
awal kajian ini.
BIL PIHAK BERKUASA
TEMPATAN BIL
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
BIL PIHAK BERKUASA
TEMPATAN
Negeri Selangor (5/12 PBT)
1 MP Ampang Jaya 2 MP Klang 3 MP Subang Jaya
4 MD Kuala Langat 5 MD Kuala Selangor
Negeri Perak (4/15 PBT)
6 MB Ipoh 7 MP Manjung 8 MP Teluk Intan
9 MD Perak Tengah
Negeri Sembilan (6/8 PBT)
10 MP Seremban 11 MD Tampin 12 MD Kuala Pilah
13 MD Jempol 14 MD Jelebu 15 MD Rembau
Negeri Melaka (3/4 PBT)
16 MB Melaka Bersejarah 17 MP Jasin 18 MP Hang Tuah Jaya
Negeri Johor (9/16 PBT)
19 MB Johor Bahru 20 MP Johor Bahru Tengah 21 MP Pasir Gudang