TERHAD TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4) Penggal 2 Tahun 2016 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan Guru, Pemeriksa, dan Calon sahaja. Manual ini terdiri daripada 61 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia 2016 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
panduan kerja kursus pengajian am pemggal 2 2016 stpm
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
TERHAD
TERHAD
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Pelaksanaan
Kerja Kursus Pengajian Am
Kertas 4 (900/4)
Penggal 2 Tahun 2016
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan Guru, Pemeriksa, dan Calon sahaja.
Manual ini terdiri daripada 61 halaman bercetak.
Majlis Peperiksaan Malaysia 2016
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
2
TERHAD
TERHAD
KANDUNGAN
Bahagian I: Manual Guru/Pemeriksa
Halaman
1.0 Pengenalan 4
2.0 Objektif
2.1 Kemahiran kognitif
2.2 Kemahiran manipulatif
2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)
5
3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus
3.1 Arahan Umum
3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah
Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan)
3.3 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah
swasta yang tidak diberi kebenaran untuk memeriksa kerja kursus
calon)
3.4 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah
swasta yang diberi kebenaran untuk memeriksa kerja kursus calon)
3.5 Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan)
3.6 Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah swasta yang tidak
diberi kebenaran untuk memeriksa kerja kursus calon)
3.7 Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah swasta yang diberi
kebenaran untuk memeriksa kerja kursus calon)
3.8 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus) untuk
calon sekolah swasta yang tidak diberi kebenaran untuk memeriksa
kerja kursus calon
3.9 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa) kerja kursus untuk
Calon Persendirian Individu
6−12
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
4.1 Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
4.2 Guru Sekolah Swasta (Sekolah swasta yang tidak diberi kebenaran
untuk memeriksa kerja kursus calon)
4.3 Guru Sekolah Swasta (Sekolah swasta yang diberi kebenaran untuk
memeriksa kerja kursus calon)
4.4 Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Sekolah swasta yang diberi
kebenaran untuk memeriksa kerja kursus calon)
4.5 Pemeriksa Calon Persendirian Individu
13−26
5.0 Format Penulisan 27
6.0 Struktur Penulisan 27
7.0 Penskoran 28
8.0 Garis Panduan Pemilihan Isu Kajian Kerja Kursus 29
9.0 Carta Alir Proses Penghasilan Kerja Kursus 30−33
10.0 Lampiran 34−46
3
TERHAD
TERHAD
Bahagian II: Manual Calon
Halaman
1.0 Pengenalan 47
2.0 Pelaksanaan Kerja Kursus
2.1 Arahan Umum
2.2 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan
Kerajaan
2.3 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta (Sekolah swasta yang tidak
diberi kebenaran untuk memeriksa kerja kursus calon)
2.4 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta (Sekolah swasta yang diberi
kebenaran untuk memeriksa kerja kursus calon)
2.5 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu
47−51
3.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
3.1 Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan
3.2 Calon Sekolah Swasta (Sekolah swasta yang tidak diberi kebenaran
untuk memeriksa kerja kursus calon)
3.3 Calon Sekolah Swasta (Sekolah swasta yang diberi kebenaran untuk
memeriksa kerja kursus calon)
3.4 Calon Persendirian Individu
52−59
Bahagian III: Kertas Soalan
Halaman
1.0 Kertas soalan (tema) 60-61
4
TERHAD
TERHAD
BAHAGIAN I: MANUAL GURU DAN PEMERIKSA
1 PENGENALAN
Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sekolah kerajaan, sekolah bantuan
kerajaan, sekolah swasta, dan calon persendirian individu wajib melaksanakan kerja kursus
sebagai satu daripada komponen penilaian untuk penggal 2. Wajaran markah bagi komponen
kerja kursus ini adalah sebanyak 20%. Markah penilaian kertas kerja kursus hendaklah dihantar
kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk diambil kira bersama-sama dengan markah
peperiksaan akhir bagi setiap penggal untuk tujuan penggredan mata pelajaran Pengajian Am.
Penilaian pencapaian calon dalam kerja kursus ini berdasarkan aspek yang telah ditetapkan
dalam Sukatan Pelajaran (SP).
Manual kerja kursus ini disusun bagi membantu guru dan pemeriksa menilai kerja kursus calon.
Pada masa yang sama, manual ini juga dapat membantu calon untuk menghasilkan kerja kursus
bagi mata pelajaran Pengajian Am. Penyediaan dan penilaian kerja kursus ini mestilah
dilaksanakan pada penggal 2 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh MPM.
5
TERHAD
TERHAD
2 OBJEKTIF
Kerja kursus ini disediakan untuk menilai keupayaan calon dalam;
2.1 Kemahiran kognitif:
2.1.1 mengenal pasti dan menghuraikan masalah dan isu yang berkaitan dengan
pembangunan negara serta mencadangkan langkah untuk mengatasinya
2.1.2 mengaplikasi teori dan kaedah yang diajar dalam bilik darjah dengan tugasan
yang diberikan
2.1.3 mentafsir, mensintesis, dan merumuskan data dan maklumat berkaitan dengan isu
yang dibentangkan
2.2 Kemahiran manipulatif:
2.2.1 mencari dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada pelbagai
sumber
2.2.2 memperoleh sumber melalui aktiviti memerhati, merekod, menemubual, dan
mengkaji selidik
2.2.3 memperoleh sumber melalui kajian perpustakaan, penulisan agensi kerajaan dan
swasta serta daripada sumber Internet
2.2.4 mempersembahkan data dan maklumat yang diperoleh dalam bentuk grafik,
jadual, rajah, carta, dan tulisan
2.3 Kemahiran insaniah (soft skills):
2.3.1 berkebolehan untuk berkomunikasi secara lisan dan tulisan
2.3.2 berkebolehan untuk bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan
bekerja sebagai satu pasukan
2.3.3 berupaya mengawal aktiviti kerja kursus yang disediakan dengan berkesan
2.3.4 berupaya menguruskan masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan
2.3.5 berupaya menyelesaikan masalah
2.3.6 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif
2.3.7 berkemampuan untuk menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara
saintifik
2.3.8 berkebolehan untuk menjalankan kajian dengan jujur, amanah, dan beretika
2.3.9 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan motivasi
6
TERHAD
TERHAD
3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS
3.1 Arahan Umum
3.1.1 Kerja kursus Pengajian Am wajib diambil oleh semua calon.
3.1.2 Kerja kursus Pengajian Am hendaklah dilaksanakan dalam penggal 2.
3.1.3 Tema kerja kursus Pengajian Am tahun 2016 adalah berdasarkan tajuk yang
dipelajari dalam penggal 2.
3.2 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan)
3.2.1 Memastikan calon yang melaksanakan kerja kursus Pengajian Am dibimbing dan
ditaksir kerja mereka oleh guru mata pelajaran Pengajian Am
3.2.2 Memastikan pemeriksa kedua ada untuk menilai pembentangan kerja kursus
Pengajian Am calon semasa sesi pembentangan dan soal jawab. Pemeriksa kedua
hendaklah dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am
pada penggal kerja kursus itu dilaksanakan. Jika di sekolah tersebut cuma ada
seorang guru sahaja yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am pada penggal
kerja kursus itu dilaksanakan, maka pemeriksa kedua hendaklah dipilih dalam
kalangan guru yang mengajar mata pelajaran di Tingkatan Enam.
3.2.3 Menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC)
sebagai pengesahan bahawa calon telah menghasilkan kerja kursus Pengajian Am
dan kerja kursus itu telah ditaksir dan diberikan markah oleh guru mata pelajaran
Pengajian Am mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam Kriteria
Pentaksiran Kerja Kursus Pengajian Am
3.3 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah swasta yang tidak
diberi kebenaran untuk memeriksa kerja kursus calon)
3.3.1 Memastikan calon yang melaksanakan kerja kursus Pengajian Am dibimbing dan
diselia oleh guru mata pelajaran Pengajian Am
3.3.2 Menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC)
sebagai pengesahan bahawa calon telah menghasilkan kerja kursus Pengajian
Am, telah ditaksir, dan diberikan markah oleh pemeriksa mengikut prosedur dan
kriteria yang ditetapkan dalam Kriteria Pentaksiran Kerja Kursus Pengajian Am
3.4 Tanggungjawab Pengetua/Penolong Kanan Tingkatan Enam (Sekolah swasta yang diberi
kebenaran untuk memeriksa kerja kursus calon)
3.4.1 Memastikan calon yang melaksanakan kerja kursus Pengajian Am dibimbing dan
ditaksir kerja mereka oleh guru mata pelajaran Pengajian Am
3.4.2 Memastikan pemeriksa kedua ada untuk menilai pembentangan kerja kursus
Pengajian Am calon semasa sesi pembentangan dan soal jawab. Pemeriksa kedua
hendaklah dalam kalangan guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am
pada penggal kerja kursus itu dilaksanakan. Jika di sekolah tersebut cuma ada
seorang guru sahaja yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am pada penggal
kerja kursus itu dilaksanakan, maka pemeriksa kedua hendaklah dipilih dalam
kalangan guru yang mengajar mata pelajaran di Tingkatan Enam.
3.4.3 Menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC)
sebagai pengesahan bahawa calon telah menghasilkan kerja kursus Pengajian Am
dan kerja kursus itu telah ditaksir dan diberikan markah oleh guru mata pelajaran
Pengajian Am mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam Kriteria
Pentaksiran Kerja Kursus Pengajian Am
7
TERHAD
TERHAD
3.5 Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan)
3.5.1 Memastikan semua calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Pengajian Am
3.5.2 Memastikan semua calon memahami keperluan melaksanakan kerja kursus
Pengajian Am
3.5.3 Memuat turun Manual Pelaksanaan, Kriteria Pentaksiran dan Tema Kerja Kursus
Pengajian Am dari portal MPM
3.5.4 Menjadi pemudah cara kepada calon sewaktu proses penghasilan kerja kursus
Pengajian Am
3.5.5 Memastikan semua calon menghasilkan kerja kursus Pengajian Am secara
individu
3.5.6 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Am berdasarkan
garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan
dan Pelaksanaan
3.5.7 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
Pengajian Am mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian
Am
3.5.8 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) memilih tema,
(b) mengenal pasti isu,
(c) menetapkan tajuk dan skop kerja kursus,
(d) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan
(e) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
3.5.9 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/
maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Am
3.5.10 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus
Pengajian Am
3.5.11 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain untuk menghasilkan
kerja kursus Pengajian Am
3.5.12 Memastikan calon menghantar hasil kerja kursus kepada guru Pengajian Am pada
masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru Pengajian Am/pihak sekolah.
Calon hendaklah menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan
oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.5.13 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh
penghantaran akhir yang telah ditetapkan oleh MPM akan menyebabkan calon
dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Am dan tidak mengambil
kertas 900/4
3.5.14 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus
Pengajian Am
3.5.15 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.5.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus
8
TERHAD
TERHAD
3.5.17 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.5.18 Menghantar surat iringan, kerja kursus Pengajian Am, Borang Markah Kerja
Kursus Calon (BMKKC), dan BRKKC ke sekolah calon yang baharu bagi calon
yang bertukar sekolah
3.5.19 Memeriksa/menilai/mentaksir kerja kursus Pengajian Am setiap calon dan
mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)
(Lampiran 4)
3.5.20 Mematuhi penskoran dan kriteria pentaksiran yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir kerja kursus Pengajian Am calon
3.5.21 Mendapatkan pengesahan daripada Pengetua dan menghantar markah kerja kursus
Pengajian Am calon kepada MPM dengan menggunakan Borang Rumusan
Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC) (Lampiran 5). Kegagalan guru
menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak
melaksanakan kerja kursus Pengajian Am dan tidak mengambil kertas 900/4
3.5.22 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi
e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
3.5.23 Mencetak rumusan markah kerja kursus calon dari aplikasi e-submission dan
membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus calon bersama
dengan seorang lagi guru Pengajian Am. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya
terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon
3.5.24 Memastikan kerja kursus Pengajian Am , BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap
calon disimpan di tempat yang selamat bagi tempoh enam bulan dari tarikh
keputusan peperiksaan STPM diumumkan.
3.6 Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah swasta yang tidak diberi kebenaran untuk
memeriksa kerja kursus calon)
3.6.1 Memastikan semua calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Pengajian Am
3.6.2 Memastikan semua calon memahami keperluan melaksanakan kerja kursus
Pengajian Am
3.6.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Am dari portal MPM
3.6.4 Menjadi pemudah cara kepada calon sewaktu proses penghasilan kerja kursus
Pengajian Am
3.6.5 Memastikan semua calon menghasilkan kerja kursus Pengajian Am secara
individu
3.6.6 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Am berdasarkan
garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan
dan Pelaksanaan
3.6.7 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
Pengajian Am mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian
Am
3.6.8 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) memilih tema,
(b) mengenal pasti isu,
(c) menetapkan tajuk dan skop kerja kursus,
(d) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan
(e) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
9
TERHAD
TERHAD
3.6.9 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/
maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Am
3.6.10 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus
Pengajian Am
3.6.11 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain untuk menghasilkan
kerja kursus Pengajian Am
3.6.12 Memastikan calon menghantar hasil kerja kursus kepada pemeriksa kerja kursus
Pengajian Am yang dilantik oleh MPM pada masa dan tarikh yang telah
ditetapkan oleh pemeriksa. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan kerja
kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.6.13 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus
Pengajian Am
3.6.14 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.6.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus
3.6.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC calon setiap kali pertemuan antara guru
dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.6.17 Memastikan kerja kursus calon yang telah siap mempunyai Borang Markah Kerja
Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
3.6.18 Menghantar surat iringan, kerja kursus Pengajian Am, BMKKC, dan BRKKC ke
sekolah calon yang baharu bagi calon yang bertukar sekolah
3.6.19 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh
penghantaran akhir yang telah ditetapkan oleh pemeriksa akan menyebabkan
calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Am dan tidak
mengambil kertas 900/4
3.7 Tanggungjawab Guru Pengajian Am (Sekolah swasta yang diberi kebenaran untuk
memeriksa kerja kursus calon)
3.7.1 Memastikan semua calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Pengajian Am
3.7.2 Memastikan semua calon memahami keperluan melaksanakan kerja kursus
Pengajian Am
3.7.3 Memuat turun Manual Pelaksanaan, Kriteria Pentaksiran dan Tema Kerja Kursus
Pengajian Am dari portal MPM
3.7.4 Menjadi pemudah cara kepada calon sewaktu proses penghasilan kerja kursus
Pengajian Am
3.7.5 Memastikan semua calon menghasilkan kerja kursus Pengajian Am secara
individu
3.7.6 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Am berdasarkan
garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan
dan Pelaksanaan
3.7.7 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
Pengajian Am mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian
Am
10
TERHAD
TERHAD
3.7.8 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) memilih tema,
(b) mengenal pasti isu,
(c) menetapkan tajuk dan skop kerja kursus,
(d) mengenal pasti sumber maklumat yang sesuai, dan
(e) mengenal pasti asas kaedah penyelidikan
3.7.9 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/
maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Am
3.7.10 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus
Pengajian Am
3.7.11 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain untuk menghasilkan
kerja kursus Pengajian Am
3.7.12 Memastikan calon menghantar hasil kerja kursus kepada guru Pengajian Am pada
masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru Pengajian Am/pihak sekolah.
Calon hendaklah menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan
oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.7.13 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh
penghantaran akhir yang telah ditetapkan oleh MPM akan menyebabkan calon
dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Am dan tidak mengambil
kertas 900/4
3.7.14 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus
Pengajian Am
3.7.15 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.7.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus
3.7.17 Menyelia dan menandatangani BRKKC calon setiap kali pertemuan antara guru
dan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.7.18 Menghantar surat iringan, kerja kursus Pengajian Am, BMKKC, dan BRKKC ke
sekolah calon yang baharu bagi calon yang bertukar sekolah
3.7.19 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus Pengajian Am setiap calon dan mengisi
serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
3.7.20 Mematuhi penskoran dan kriteria pentaksiran yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir kerja kursus Pengajian Am calon
3.7.21 Mendapatkan pengesahan daripada Pengetua dan menghantar markah kerja kursus
Pengajian Am calon kepada MPM dengan menggunakan Borang Rumusan
Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC) (Lampiran 5). Kegagalan guru
menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak
melaksanakan kerja kursus Pengajian Am dan tidak mengambil kertas 900/4
3.7.22 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi
e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
11
TERHAD
TERHAD
3.7.23 Mencetak rumusan markah kerja kursus calon dari aplikasi e-submission dan
membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus calon bersama
dengan seorang lagi guru Pengajian Am. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya
terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon
3.7.24 Menyediakan dan menyerahkan kerja kursus calon yang diminta sebagai sampel
untuk tujuan penyelarasan oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
3.7.25 Menyediakan calon yang kerja kursusnya dipilih sebagai sampel untuk membuat
pembentangan (jika diminta oleh KPK)
3.7.26 Memastikan kerja kursus Pengajian Am , BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap
calon disimpan di tempat yang selamat bagi tempoh enam bulan dari tarikh
keputusan peperiksaan STPM diumumkan.
3.8 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang
dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus untuk calon sekolah swasta yang tidak diberi
kebenaran untuk memeriksa kerja kursus calon)
3.8.1 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain untuk menghasilkan
kerja kursus Pengajian Am.
3.8.2 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus
Pengajian Am
3.8.3 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.8.4 Memeriksa/menilai/mentaksir kerja kursus Pengajian Am setiap calon dan
mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)
(Lampiran 4)
3.8.5 Mematuhi penskoran dan kriteria pentaksiran yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir kerja kursus Pengajian Am calon
3.8.6 Menghantar markah kerja kursus Pengajian Am calon kepada MPM dengan
menggunakan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC)
(Lampiran 5). Kegagalan pemeriksa menghantar markah kerja kursus calon akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Am dan
tidak mengambil kertas 900/4
3.8.7 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi
e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
3.8.8 Mencetak rumusan markah kerja kursus calon dari aplikasi e-submission dan
membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus calon bersama
dengan seorang lagi guru Pengajian Am. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya
terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon
3.8.9 Memastikan kerja kursus Pengajian Am, BPC, BMKKC dan BRKKC bagi setiap
calon disimpan di tempat yang selamat bagi tempoh selama enam bulan dari
tarikh keputusan peperiksaan STPM diumumkan.
3.9 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang
dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus untuk Calon Persendirian Individu)
3.9.1 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan kerja
kursus Pengajian Am
12
TERHAD
TERHAD
3.9.2 Menemui calon sebelum calon melaksanakan kerja kursus. Pertemuan ini adalah
untuk menyampaikan taklimat tugasan kepada calon di samping memaklumkan
tarikh akhir penyerahan kerja kursus mengikut arahan MPM. Pemeriksa juga
dikehendaki menjelaskan aspek yang dinilai dalam penulisan kerja kursus dan
memberikan penjelasan kepada calon tentang elemen kemahiran insaniah (soft
skill) yang dinilai dalam kerja kursus calon. Pemeriksa juga diharapkan dapat
membimbing calon untuk mengenal pasti tema dan memilih isu, tajuk, dan skop
kerja kursus.
3.9.3 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja
kursus Pengajian Am
3.9.4 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.9.5 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus Pengajian Am setiap calon dan
mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)
(Lampiran 4)
3.9.6 Mematuhi penskoran dan kriteria pentaksiran yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir kerja kursus Pengajian Am calon
3.9.7 Menghantar markah kerja kursus Pengajian Am calon kepada MPM dengan
menggunakan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC)
(Lampiran 5). Kegagalan pemeriksa menghantar markah kerja kursus calon
akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian
Am dan tidak mengambil kertas 900/4
3.9.8 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi
e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
3.9.9 Mencetak rumusan markah kerja kursus calon dari aplikasi e-submission dan
membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus calon bersama
dengan seorang lagi guru Pengajian Am. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya
terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon
3.9.10 Memastikan kerja kursus Pengajian Am, BPC, BMKKC dan BRKKC bagi setiap
calon disimpan di tempat yang selamat bagi tempoh selama enam bulan dari
tarikh keputusan peperiksaan STPM diumumkan.
13
TERHAD
TERHAD
4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
4.1 Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
18
Disember
2015
Manual
Pelaksanaan Kerja
Kursus Pengajian
Am Kertas 4
(900/4), Penggal 2
Tahun 2016
Kriteria Pentaksiran
Kerja Kursus
Pengajian Am
Kertas 4 (900/4),
Penggal 2 Tahun
2016
Tema Kerja Kursus
Pengajian Am
Kertas 4 (900/4),
Penggal 2 Tahun
2016
Memuat turun:
Manual Pelaksanaan
Kerja Kursus
Pengajian Am Kertas
4 (900/4), Penggal 2
Tahun 2016
Kriteria Pentaksiran
Kerja Kursus
Pengajian Am Kertas
4 (900/4), Penggal 2
Tahun 2016
Tema Kerja Kursus
Pengajian Am Kertas
4 (900/4), Penggal 2
Tahun 2016
Memuat turun:
Manual Pelaksanaan
Kerja Kursus
Pengajian Am
Kertas 4 (900/4),
Penggal 2 Tahun
2016
Tema Kerja Kursus
Pengajian Am Kertas
4 (900/4), Penggal 2
Tahun 2016
Dari 18
Januari
2016
hingga
15 April
2016
Pelaksanaan,
pemeriksaan dan
pembentangan kerja
kursus
Menyampaikan
taklimat tugasan
kepada calon
Menjelaskan aspek
yang dinilai dalam
penulisan kerja kursus
Memberikan
penjelasan kepada
calon tentang elemen
kemahiran insaniah
(soft skill) yang akan
dinilai
Membimbing calon
untuk memahami skop
tugasan kerja kursus
Membimbing calon
mengenal pasti tema
dan memilih isu,
tajuk, dan skop kerja
kursus
Membimbing calon
untuk merancang
jadual kerja
Membimbing calon
untuk mengumpul
data dan maklumat
berkaitan dengan kerja
kursus
Memahami aspek
yang dinilai dalam
penulisan kerja
kursus
Memahami skop
tugasan kerja kursus
Membincangkan
tema, isu, tajuk dan
skop kerja kursus
yang telah dipilih,
dikenal pasti, dan
ditetapkan bersama
dengan guru
Merancang jadual
kerja
Mengumpul data
dan maklumat
melalui pemerhatian,
temu bual, dan kaji
selidik daripada
pelbagai sumber
Menyusun dapatan
(data dan maklumat)
Memproses data dan
maklumat –
mentafsir,
menganalisis dan
membuat hubung
14
TERHAD
TERHAD
Tarikh Aktiviti Tindakan Guru Tindakan Calon
Membimbing calon
memproses dan
menganalisis data
Membimbing calon
untuk menulis
mengikut format yang
ditetapkan
Memantau kemajuan
hasil penulisan calon
secara berterusan
dengan merekod dan
menandatangani
Borang Rekod Kerja
Kursus Calon
Membimbing calon
membuat
penambahbaikan
terhadap kerja kursus
yang dihasilkan
Menerima kerja kursus
daripada setiap calon
Menyemak kerja
kursus dan menilai
pembentangan kerja
kursus calon mengikut
kriteria pentaksiran
yang ditetapkan oleh
MPM
Menilai elemen
kemahiran insaniah
(soft skill) calon
kait antara dapatan
yang diperoleh
Mempersembahkan
data dan maklumat
dalam bentuk jadual,
graf, carta, dan lain-
lain yang bersesuaian
Membincangkan
dapatan kajian dan
menghubung-
kaitkannya dengan
teori yang
bersesuaian
Menghasilkan
penulisan yang
lengkap mengikut
format yang
ditetapkan
Menyemak dan
membuat
penambahbaikan
terhadap kualiti
penulisan kerja
kursus
Menyerahkan kerja
kursus mengikut
tarikh yang
ditetapkan kepada
guru
Membentangkan
kerja kursus dan
menjawab secara
lisan soalan yang
dikemukakan oleh
guru dalam masa
masa 10 hingga 15
minit pada tarikh
dan waktu yang
ditetapkan
Dari 1
Mac 2016
hingga 15
April
2016
Pemantauan kerja
kursus oleh
Pengurusan MPM
dan Pegawai Mata
Pelajaran MPM
Menyediakan kerja
kursus calon (yang
terkini), fail kerja
kursus guru, dan fail
kerja kursus calon
Menyediakan kerja
kursus calon (yang
terkini), dan fail
kerja kursus calon
15
TERHAD
TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
Dari 18
April
2016
hingga 18
Mei 2016
Pengisian dan
penghantaran
markah kerja kursus
melalui
e-submission
Memasukkan markah
kerja kursus calon ke
dalam sistem e-
submission
Mencetak rumusan
markah kerja kursus
calon dan membuat
semakan silang (cross
checking) rumusan
tersebut bersama-sama
dengan guru Pengajian
Am yang lain atau
guru yang mengajar
mata apelajaran
tingkatan enam
Membuat pembetulan
sekiranya terdapat
kesilapan markah pada
rumusan markah kerja
kursus calon yang
dicetak daripada
e-submission
Menghantar markah
kerja kursus calon ke
MPM melalui e-
submission sebelum
atau pada tarikh yang
ditetapkan
Menghantar markah
kerja kursus
Pengajian Am calon
yang telah disahkan
oleh Pengetua kepada
MPM dengan
menggunakan Borang
Rumusan Markah
Kerja Kursus Calon
(BRMKKC)
Dari 19
Mei 2016
hingga 15
Oktober
2017
Penyimpanan
evidens kerja
kursus
Menyimpan evidens
kerja kursus dan Fail
Kerja Kursus calon di
tempat yang selamat
sehingga sampai
tarikh pelupusan
evidens kerja kursus
calon
Nota:
Tarikh akhir taklimat Kerja Kursus 2016 oleh Jurulatih Utama (JU) negeri kepada guru-guru
Tingkatan 6 ialah dari 16 Januari hingga 17 Januari 2016.
16
TERHAD
TERHAD
4.2 Guru Sekolah Swasta (Sekolah swasta yang tidak diberi kebenaran untuk memeriksa kerja
kursus calon)
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
18
Disember
2015
Manual Pelaksanaan
Kerja Kursus
Pengajian Am
Kertas 4 (900/4),
Penggal 2 Tahun
2016
Tema Kerja Kursus
Pengajian Am
Kertas 4 (900/4),
Penggal 2 Tahun
2016
Memuat turun:
Manual Pelaksanaan
Kerja Kursus
Pengajian Am Kertas
4 (900/4), Penggal 2
Tahun 2016
Tema Kerja Kursus
Pengajian Am Kertas
4 (900/4), Penggal 2
Tahun 2016
Memuat turun:
Manual Pelaksanaan
Kerja Kursus
Pengajian Am
Kertas 4 (900/4),
Penggal 2 Tahun
2016
Tema Kerja Kursus
Pengajian Am
Kertas 4 (900/4),
Penggal 2 Tahun
2016
Dari 18
Januari
2016
hingga 30
Mac 2016
Pelaksanaan kerja
kursus
Menyampaikan
taklimat tugasan
kepada calon
Memaklumkan tarikh
akhir penyerahan kerja
kursus mengikut
arahan Majlis
Peperiksaan Malaysia
Menjelaskan aspek
yang dinilai dalam
penulisan kerja kursus
Memberikan
penjelasan kepada
calon tentang elemen
kemahiran insaniah
(soft skill) yang akan
dinilai
Membimbing calon
untuk memahami
skop tugasan kerja
kursus
Membimbing calon
mengenal pasti tema
dan memilih isu,
tajuk, dan skop kerja
kursus
Membimbing calon
untuk merancang
jadual kerja
Memahami aspek
yang dinilai dalam
penulisan kerja
kursus
Memahami skop
tugasan kerja kursus
Membincangkan
tema, isu, tajuk dan
skop kerja kursus
yang telah dipilih,
dikenal pasti, dan
ditetapkan bersama
guru
Merancang jadual
kerja
Mengumpul data dan
maklumat melalui
pemerhatian, temu
bual, dan kaji selidik
daripada pelbagai
sumber
Menyusun dapatan
(data dan maklumat)
Memproses data dan
maklumat –
mentafsir,
menganalisis dan
membuat hubung
kait antara dapatan
yang diperoleh
17
TERHAD
TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
Membimbing calon
untuk mengumpul
data dan maklumat
berkaitan kerja kursus
Membimbing calon
memproses dan
menganalisis data
Membimbing calon
untuk menulis
mengikut format yang
ditetapkan
Memantau kemajuan
hasil penulisan calon
secara berterusan
dengan merekod dan
menandatangani
Borang Rekod Kerja
Kursus Calon
Membimbing calon
membuat
penambahbaikan
terhadap kerja kursus
yang dihasilkan
Mempersembahkan
data dan maklumat
dalam bentuk jadual,
graf, carta, dan lain-
lain yang bersesuaian
Membincangkan dapatan kajian dan
menghubung-
kaitkannya dengan
teori yang
bersesuaian
Menghasilkan
penulisan yang
lengkap mengikut
format yang
ditetapkan
Menyemak dan
membuat
penambahbaikan
terhadap kualiti
penulisan kerja
kursus
31 Mac
2016
Penghantaran kerja
kursus dan bahan
pembentangan
kerja kursus oleh
calon kepada
pemeriksa
Menerima kerja
kursus daripada setiap
calon untuk
diserahkan kepada
pemeriksa bagi tujuan
penyemakan
Menyerahkan kertas
kerja kursus
mengikut tarikh
yang ditetapkan
kepada pemeriksa
bagi tujuan
penyemakan
Dari 1
April 2016
hingga 15
April 2016
Pemeriksaan kerja
kursus oleh
pemeriksa yang
dilantik oleh MPM
Menyerahkan kerja
kursus setiap calon
kepada pemeriksa
bagi tujuan
penyemakan
Dari 18
April 2016
hingga 29
April 2016
Sesi pembentangan
kerja kursus
Menyediakan calon
untuk sesi
pembentangan dan
soal jawab kerja
kursusdi hadapan
pemeriksa (semua
calon)
Membentangkan
kertas kerja kursus di
hadapan pemeriksa
dan menjawab
secara lisan beberapa
soalan yang
dikemukakan oleh
pemeriksa dalam
masa 10 hingga 15
minit pada tarikh dan
waktu yang
ditetapkan
18
TERHAD
TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
Dari 3 Mei
2016
hingga 17
Mei 2016
Pengisian dan
penghantaran
markah melalui e-
submission oleh
pemeriksa yang
dilantik oleh MPM
Dari 1
April 2016
hingga 15
Oktober
2017
Penyimpanan
evidens kerja
kursus oleh
pemeriksa yang
dilantik oleh MPM
di tempat yang
selamat, iaitu di
Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN)
sehingga sampai
tarikh pelupusan
evidens kerja
kursus calon
Nota:
Tarikh akhir taklimat Kerja Kursus 2016 oleh Jurulatih Utama (JU) negeri kepada guru-guru
Tingkatan 6 ialah dari 16 Januari hingga 17 Januari 2016.
19
TERHAD
TERHAD
4.3 Guru Sekolah Swasta (Sekolah swasta yang diberi kebenaran untuk memeriksa kerja
kursus calon)
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
18
Disember
2015
Manual
Pelaksanaan Kerja
Kursus Pengajian
Am Kertas 4
(900/4), Penggal 2
Tahun 2016
Kriteria Pentaksiran
Kerja Kursus
Pengajian Am
Kertas 4 (900/4),
Penggal 2 Tahun
2016
Tema Kerja Kursus
Pengajian Am
Kertas 4 (900/4),
Penggal 2 Tahun
2016
Memuat turun:
Manual Pelaksanaan
Kerja Kursus
Pengajian Am Kertas
4 (900/4), Penggal 2
Tahun 2016
Kriteria Pentaksiran
Kerja Kursus
Pengajian Am Kertas
4 (900/4), Penggal 2
Tahun 2016
Tema Kerja Kursus
Pengajian Am Kertas
4 (900/4), Penggal 2
Tahun 2016
Memuat turun:
Manual Pelaksanaan
Kerja Kursus
Pengajian Am Kertas
4 (900/4), Penggal 2
Tahun 2016
Tema Kerja Kursus
Pengajian Am Kertas
4 (900/4), Penggal 2
Tahun 2016
Dari 18
Januari
2016
hingga
15 April
2016
Pelaksanaan,
pemeriksaan dan
pembentangan kerja
kursus
Menyampaikan
taklimat tugasan
kepada calon
Menjelaskan aspek
yang dinilai dalam
penulisan kerja kursus
Memberikan
penjelasan kepada
calon tentang elemen
kemahiran insaniah
(soft skill) yang akan
dinilai
Membimbing calon
untuk memahami skop
tugasan kerja kursus
Membimbing calon
mengenal pasti tema
dan memilih isu,
tajuk, dan skop kerja
kursus
Membimbing calon
untuk merancang
jadual kerja
Memahami aspek
yang dinilai dalam
penulisan kerja
kursus
Memahami skop
tugasan kerja kursus
Membincangkan
tema, isu, tajuk dan
skop kerja kursus
yang telah dipilih,
dikenal pasti, dan
ditetapkan bersama
dengan guru
Merancang jadual
kerja
Mengumpul data dan
maklumat melalui
pemerhatian, temu
bual, dan kaji selidik
daripada pelbagai
sumber
Menyusun dapatan
(data dan maklumat)
20
TERHAD
TERHAD
Tarikh Aktiviti Tindakan Guru Tindakan Calon
Membimbing calon
untuk mengumpul
data dan maklumat
berkaitan dengan kerja
kursus
Membimbing calon
memproses dan
menganalisis data
Membimbing calon
untuk menulis
mengikut format yang
ditetapkan
Memantau kemajuan
hasil penulisan calon
secara berterusan
dengan merekod dan
menandatangani
Borang Rekod Kerja
Kursus Calon
Membimbing calon
membuat
penambahbaikan
terhadap kerja kursus
yang dihasilkan
Menerima kerja kursus
daripada setiap calon
Menyemak kerja
kursus dan menilai
pembentangan kerja
kursus calon mengikut
kriteria penilaian yang
ditetapkan oleh MPM
Menilai elemen
kemahiran insaniah
(soft skill) calon
Memproses data dan
maklumat –
mentafsir,
menganalisis dan
membuat hubung
kait antara dapatan
yang diperoleh
Mempersembahkan
data dan maklumat
dalam bentuk jadual,
graf, carta, dan lain-
lain yang bersesuaian
Membincangkan
dapatan kajian dan
menghubung-
kaitkannya dengan
teori yang
bersesuaian
Menghasilkan
penulisan yang
lengkap mengikut
format yang
ditetapkan
Menyemak dan
membuat
penambahbaikan
terhadap kualiti
penulisan kerja
kursus
Menyerahkan kerja
kursus mengikut
tarikh yang
ditetapkan kepada
guru
Membentangkan
kerja kursus dan
menjawab secara
lisan soalan yang
dikemukakan oleh
guru dalam masa 10
hingga 15 minit pada
tarikh dan waktu
yang ditetapkan
21
TERHAD
TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
Dari 1
Mac 2016
hingga 15
April
2016
Pemantauan kerja
kursus oleh
Pengurusan MPM
dan Pegawai Mata
Pelajaran MPM
Menyediakan kerja
kursus calon (yang
terkini), fail kerja
kursus guru, dan fail
kerja kursus calon
Menyediakan kerja
kursus calon (yang
terkini), dan fail
kerja kursus calon
Dari 18
April
2016
hingga 18
Mei 2016
Pengisian dan
penghantaran
markah kerja kursus
melalui
e-submission
Memasukkan markah
kerja kursus calon ke
dalam sistem e-
submission
Mencetak rumusan
markah kerja kursus
calon dan membuat
semakan silang (cross
checking) rumusan
tersebut bersama-sama
dengan guru Pengajian
Am yang lain atau
guru yang mengajar
matapelajaran
tingkatan enam
Membuat pembetulan
sekiranya terdapat
kesilapan markah pada
rumusan markah kerja
kursus calon tersebut
Menghantar markah
kerja kursus calon ke
MPM melalui e-
submission sebelum
atau pada tarikh yang
ditetapkan
Menghantar markah
kerja kursus
Pengajian Am calon
yang telah disahkan
oleh Pengetua kepada
MPM dengan
menggunakan Borang
Rumusan Markah
Kerja Kursus Calon
(BRMKKC)
Dari 1
Mac 2016
hingga 15
April
2016
Penyelarasan
markah kerja
kursus oleh Ketua
Penyelaras
Kebangsaan (KPK)
Menyediakan dan
menyerahkan kerja
kursus calon yang
diminta sebagai
sampel untuk tujuan
penyelarasan oleh
Ketua Penyelaras
Kebangsaan (KPK)
Membentangkan
kerja kursus dan
menjawab lisan
beberapa soalan
yang dikemukakan
Ketua Penyelaras
Kebangsaan (KPK)
dalam masa 10
hingga 15 minit pada
22
TERHAD
TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon
Menyediakan calon
yang kerja kursusnya
dipilih sebagai sampel
tarikh dan waktu
yang ditetapkan
(calon yang dipilih
sahaja jika diminta
oleh KPK)
Dari 18
April
2016
hingga 15
Oktober
2017
Penyimpanan
evidens kerja
kursus
Menyimpan evidens
kerja kursus dan Fail
Kerja Kursus calon di
tempat yang selamat
sehingga sampai
tarikh pelupusan
evidens kerja kursus
calon
Nota:
Tarikh akhir taklimat Kerja Kursus 2016 oleh Jurulatih Utama (JU) negeri kepada guru-guru
Tingkatan 6 ialah dari 16 Januari hingga 17 Januari 2016.
23
TERHAD
TERHAD
4.4 Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Sekolah swasta yang tidak diberi kebenaran untuk
memeriksa kerja kursus calon)
Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa
18 Januari
2016 hingga
30 Mac 2016
Pelaksanaan kerja kursus
oleh calon
31 Mac 2016
Penghantaran kerja kursus
dan bahan pembentangan
kerja kursus kepada
pemeriksa
Menerima kerja kursus calon daripada
guru sekolah swasta pada tarikh yang
ditetapkan bagi tujuan penilaian
Dari 1 April
2016 hingga
15 April
2016
Pemeriksaan kerja kursus
oleh pemeriksa
Memeriksa kerja kursus calon
mengikut kriteria pentaksiran yang
ditetapkan oleh MPM
Dari 18
April 2016
hingga 29
April 2016
Sesi pembentangan kerja
kursus oleh calon
Menilai pembentangan kerja kursus
calon (seorang calon antara 10
hingga 15 minit) mengikut kriteria
pentaksiran yang ditetapkan oleh MPM
Menilai elemen kemahiran insaniah
(soft skill) calon
Dari 3 Mei
2016 hingga
17 Mei 2016
Pengisian dan penghantaran
markah kerja kursus
melalui e-submission
Memasukkan markah kerja kursus
calon ke dalam sistem e-submission
Membuat semakan silang (cross
checking) markah kerja kursus calon
bersama-sama dengan seorang lagi
pemeriksa kerja kursus Pengajian Am
atau guru yang mengajar mata
pelajaran tingkatan enam
Membuat pembetulan sekiranya
terdapat kesilapan markah pada
rumusan markah kerja kursus calon
yang dicetak daripada e-submission
Menghantar markah kerja kursus calon
ke MPM melalui e-submission
sebelum atau pada tarikh yang
ditetapkan
Menghantar markah kerja kursus
Pengajian Am calon yang telah
disahkan oleh Pengetua kepada MPM
dengan menggunakan Borang
Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRMKKC)
24
TERHAD
TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa
Dari 31 Mac
2016 hingga
15 Oktober
2017
Penyimpanan evidens kerja
kursus
Menyimpan evidens kerja kursus di
tempat yang selamat, iaitu di Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) sehingga
sampai tarikh pelupusan evidens kerja
kursus calon
Nota:
Tarikh akhir taklimat Kerja Kursus 2016 oleh Jurulatih Utama (JU) negeri kepada guru-guru
Tingkatan 6 ialah dari 16 Januari hingga 17 Januari 2016.
25
TERHAD
TERHAD
4.5 Pemeriksa Calon Persendirian Individu
Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa
18 Januari
2016 hingga
30 Mac 2016
Pertemuan Pemeriksa
dengan calon persendirian
individu
Pelaksanaan kerja kursus
oleh calon
Menyampaikan taklimat tugasan
kepada calon
Memaklumkan tarikh akhir penyerahan
kerja kursus mengikut arahan Majlis
Peperiksaan Malaysia
Menjelaskan aspek yang dinilai dalam
penulisan kerja kursus
Menjelaskan kepada calon tentang
elemen kemahiran insaniah (soft skill)
yang dinilai dalam kerja kursus calon
Membimbing calon untuk mengenal
pasti tema dan memilih isu, tajuk, dan
skop kerja kursus
31 Mac 2016
Penghantaran kerja kursus
dan bahan pembentangan
kerja kursus kepada
pemeriksa
Menerima kerja kursus calon pada
tarikh yang ditetapkan bagi tujuan
penilaian
Dari 1 April
2016 hingga
15 April
2016
Pemeriksaan kerja kursus
oleh pemeriksa
Menyemak kerja kursus calon
mengikut kriteria pentaksiran yang
ditetapkan oleh MPM
Dari 18
April 2016
hingga 29
April 2016
Sesi pembentangan kerja
kursus oleh calon
Menilai pembentangan kerja kursus
calon (seorang calon antara 10
hingga 15 minit) mengikut kriteria
pentaksiran yang ditetapkan oleh
MPM. (Membawa komputer semasa
sesi pembentangan kerja kursus oleh
calon)
Menilai elemen kemahiran insaniah
(soft skill) calon
Dari 3 Mei
2016 hingga
17 Mei 2016
Pengisian dan penghantaran
markah kerja kursus
melalui e-submission
Memasukkan markah kerja kursus
calon ke dalam sistem e-submission
Membuat semakan silang (cross
checking) markah kerja kursus calon
bersama-sama dengan seorang lagi
pemeriksa kerja kursus Pengajian Am
atau guru yang mengajar mata
pelajaran Pengajian Am
Membuat pembetulan sekiranya
terdapat kesilapan markah pada
rumusan markah kerja kursus calon
tersebut yang dic tak daripada
e-submission
26
TERHAD
TERHAD
Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa
Menghantar markah kerja kursus calon
ke MPM melalui e-submission sebelum
atau pada tarikh yang ditetapkan
Menghantar markah kerja kursus calon
ke MPM dengan menggunakan Borang
Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRMKKC)
Dari 31 Mac
2016 hingga
15 Oktober
2017
Penyimpanan evidens kerja
kursus
Menyimpan evidens kerja kursus di
tempat yang selamat, iaitu di Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) sehingga
sampai tarikh pelupusan evidens kerja
kursus calon
Nota:
Tarikh akhir taklimat Kerja Kursus 2016 oleh Jurulatih Utama (JU) negeri kepada guru-guru
Tingkatan 6 ialah dari 16 Januari hingga 17 Januari 2016.
27
TERHAD
TERHAD
5 FORMAT PENULISAN
5.1 Calon digalakkan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk
mencari maklumat tambahan.
5.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut
format berikut:
5.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja
5.2.2 Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
5.2.3 Tulisan: Times New Roman (font 12)
5.2.4 Langkau (spacing): 1.5
5.3 Panjang penulisan tidak melebihi 5000 patah perkataan, iaitu tidak termasuk jadual,
rajah, graf, carta, senarai rujukan, lampiran, sinopsis, kandungan, dan penghargaan.
5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan. Format
penghasilan gambar rajah, jadual, peta, dan foto adalah seperti pada Lampiran 5.
5.5 Calon dikehendaki menulis rujukan mengikut kaedah Gaya Dewan. Format penulisan
rujukan adalah seperti pada Lampiran 6.
5.6 Panjang abstrak adalah antara 100 hingga 150 patah perkataan. Abstrak hendaklah
meliputi permasalahan kajian, kaedah kajian, penemuan utama, dan kesimpulan yang
ditulis dalam satu perenggan.
5.7 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:
5.7.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)
5.7.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
5.7.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
5.7.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
5.7.5 Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRMKKC) (Lampiran 5)
5.7.6 Kerja kursus (kerja projek) Pengajian Am
5.8 Setiap helaian kertas jawapan kerja kursus hendaklah dicatatkan nombor kad pengenalan
di bahagian atas sebelah kanan kertas tersebut (nama calon tidak perlu).
5.9 Kerja kursus yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak
dan berjilid.
6 STRUKTUR PENULISAN
6.1 Abstrak
6.2 Kandungan (butiran dan muka surat)
6.3 Penghargaan
6.4 Pengenalan
6.5 Objektif Kajian
6.6 Lokasi Kajian
6.7 Metodologi Kajian
6.8 Dapatan Kajian dan Perbincangan
6.9 Rumusan/Kesimpulan
6.10 Rujukan
6.11 Lampiran (jika perlu)
28
TERHAD
TERHAD
7 PENSKORAN
Bil. Aspek Pemarkahan Markah Markah Penuh
1.
Penulisan:
Abstrak 2
40 (72.7%)
2. Kandungan (butiran dan muka surat) −
3. Penghargaan −
4. Pengenalan 4
5. Objektif Kajian 3
6. Lokasi Kajian 2
7. Metodologi Kajian 5
8. Dapatan Kajian dan Perbincangan 18
9. Rumusan/Kesimpulan 4
10. Rujukan 2
11. Lampiran (jika perlu) −
Bil Aspek Pemarkahan Markah Markah Penuh
1. Pembentangan dan soal jawab:
Pembentangan Hasil Kajian
(a) Pembentangan
(b) Kreativiti persembahan
(c) Keterampilan
2
2
1
10 (18.2%)
2. Soal jawab 5
Bil Aspek Pemarkahan Markah Markah Penuh
1. Impak keseluruhan:
Impak keseluruhan (Penulisan, Pembentangan
dan Soal jawab)
5 5
(9.1%)
JUMLAH MARKAH 55 55 (100%)
29
TERHAD
TERHAD
8 GARIS PANDUAN PEMILIHAN ISU KAJIAN KERJA KURSUS
8.1 MPM menentukan dua tema.
8.2 Pihak sekolah dan calon perlu berbincang untuk mengenal pasti isu dan menetapkan tajuk
dan skop tugasan daripada tema yang telah dipilih.
8.3 Kawasan kajian yang dipilih hendaklah dihadkan kepada sekolah/kampung/bandar/
daerah/negeri calon.
30
TERHAD
TERHAD
9 CARTA ALIR PROSES PENGHASILAN KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
Contoh:
Tema 1: Pencemaran Budaya
Tema 2:
Kebebasan Media
Calon mengenal pasti isu dan menetapkan tajuk dan skop tugasan
Calon memilih tema:
Tema 1: Pencemaran Budaya
Calon mengenal pasti isu: (Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada