1 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
1. PENDAHULUAN
Tujuan modul Kem Cemelang Jawi ialah untuk membantu murid-murid
yang tidak dapat menguasai kemahiran asas jawi sewaktu pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, bermula dari tahun 1 hingga tahun 6.
Kem ini dijalankan agar dapat membantu guru-guru melaksanakan program
pemulihan jawi yang tidak dapat dijalankan di dalam kelas setelah
penyelarasan guru pendidikan Islam dilaksankan diseluruh negara. Kolaboratif
yang dilaksankan sebelum ini dapat dilaksanakan dengan adanya kem ini.
2. OBJEKTIF
2.1 Murid dapat mengenal dan menyebut huruf-huruf jawi tunggal dengan
betul.
2.2 Murid dapat membaca suku kata, perkataan dan ayat mudah dengan
betul. 2.3 Murid dapat mengenal dan tahu menggunakan padanan huruf rumi dan
jawi ketika menulis ejaan jawi.
2.4 Murid dapat menulis huruf jawi dari arah yang betul iaitu dari kanan ke
kiri, bentuk-bentuk huruf dari atas tengah dan bawah, kedudukan dan
bilangan titik huruf serta perubahan bentuk huruf ketika berada di awal,
tengah ataupun akhir.
2.5 Faham dan mahir dalam menyambung huruf ketika menulis kalimah jawi.
2.6 Murid dapat memahami, mengeja dan menulis perkataan mudah yang
terdiri daripada sukukata terbuka dan tertutup dengan kaedah yang
betul
3. PELAKSANAAN
3.1 MODUL BACAAN
- Masa yang diperlukan untuk kem membaca ialah 6 jam.
3.1.1 Latih Tubi
- merupakan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi menanam
konsep dan kefahaman kepada murid.
- pentaksiran dan penilaian penguasaan murid boleh menggunakan
latihan menulis dan lisan (syafawi).
3.1.2 Syafawi
- dijalankan semasa aktiviti latihan bertulis dengan secara individu
untuk diuji kemahiran mengenal dan membaca.
- pencapaian murid perlu dicatat sebagai rekod di dalam Modul
aktiviti murid dan borang kelompok guru.
2 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
- di berikan kepada murid sebagai aktiviti pengukuhan.
3.1.3 Isi Kandungan
3.1.3.1 Huruf jawi tunggal
- Modul Bacaan
Soal jawab dengan murid tentang nama huruf-huruf
yang ditunjuk oleh guru.
Latih tubi 1: menyebut nama huruf-huruf jawi tunggal
bersama murid-murid.
Huruf-huruf ini boleh dilagukan mengikut kreativiti guru.
Latih tubi 2 : Guru menyebut nombor dan murid
menyebut nama huruf.
- Modul Syafawi dan Aktiviti
Latihan diberikan selepas guru berpuas hati dengan
perubahan tingkah laku murid.
Latihan 1: Murid menulis kembali huruf-huruf jawi
mengikut urutan. Murid boleh meniru dari Modul Modul
bacaan. Guru perlu memastikan murid memulakan
penulisan dari arah kanan dan kedudukan huruf pada
garis huruf.
Latihan 2 : Murid menandakan pilihan jawapan
mengikut yang disediakan.
Latihan 3 : Murid menulis huruf-huruf berdasarkan ejaan
rumi yang disediakan di dalam petak soalan.
Latihan 4 : Murid menulis huruf-huruf digraf mengikut
kehendak soalan.
Ketika murid-murid sedang menyiapkan latihan
menulis, guru boleh memanggil murid seorang demi
seorang untuk dinilai.
Syafawi 1: Guru menanda () pada petak yang disediakan jika murid dapat mengenal dan menyebut
dengan betul huruf-huruf jawi tunggal.
3.1.3.2 Suku kata terbuka a+a, perkataan dan ayat
Latih tubi 1
Sifir suku kata ini mengandungi semua pola vokal
1. Mengeja dan membunyikan suku kata.
2. Membunyikan terus suku kata.
Guru boleh melagukan sifir suku kata ini mengikut
kreativiti sendiri.
3 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
Latih tubi 2
Minta murid berusaha untuk membaca suku kata-suku
kata ini.
Guru membaca suku kata dan gabungan suku kata
menjadi perkataan dan diikuti oleh murid.
Murid membaca suku kata dan gabungan suku kata
secara berkumpulan, berpasangan atau individu.
Latih tubi 3
Minta murid berusaha untuk membaca ayat-ayat ini.
Unit ini mengandungi perkataan tradisi iaitu ini. Guru perlu memberi penekanan cara mengeja perkataan
ini.
Latihan 1: Murid memilih jawapan yang disediakan dan
menulis pilihan jawapan ke dalam ruang jawapan
yang disediakan.
Latihan 2 : Murid perlu memadankan pilihan jawapan
dan menulis jawapan ke dalam ruangan kosong yang
disediakan.
Latihan 3 : Murid perlu menyusun semula perkataan-
perkataan menjadi ayat yang betul.
* Pada waktu yang sama guru menjalankan aktiviti
syafawi.
3.1.3.3 Suku kata terbuka u+u, perkataan dan ayat
Latih tubi 1
Murid membunyikan terus suku kata.
Latih tubi 2
Minta murid berusaha untuk membaca suku kata-suku
kata ini.
Guru membaca suku kata dan gabungan suku kata
menjadi perkataan dan diikuti oleh murid.
Murid membaca suku kata dan gabungan suku kata
secara berkumpulan, berpasangan atau individu.
Latih tubi 3
Minta murid berusaha untuk membaca ayat-ayat ini.
Latihan 1 : Murid memilih jawapan yang disediakan
dan menulis pilihan jawapan ke dalam ruang jawapan
yang disediakan.
Latihan 2 : Murid perlu memadankan pilihan jawapan
dan menulis jawapan ke dalam ruangan kosong yang
disediakan.
4 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
Latihan 3 : Murid perlu menyusun semula perkataan-
perkataan menjadi ayat yang betul.
* Pada waktu yang sama guru boleh memanggil murid
seorang demi seorang untuk aktiviti syafawi dan
perkataan tradisi bagi unit ini ialah itu. 3.1.3.4 Suku kata terbuka o+o, perkataan dan ayat
Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit di atas.
Perkataan tradisi bagi unit ini ialah ada 3.1.3.5 Suku kata terbuka i+i, perkataan dan ayat
Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit di atas.
Perkataan tradisi bagi unit ini ialah dan. 3.1.3.6 Suku kata terbuka, perkataan dan ayat yang
mengandungi bunyi e taling. Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit di atas.
Perkataan tradisi bagi unit ini ialah kita . 3.1.3.7 Suku kata terbuka, perkataan dan ayat yang
mengandungi bunyi e pepet. Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit di atas.
Perkataan tradisi bagi unit ini ialah di 3.1.3.8 Suku kata tertutup pola vokal i, perkataan dan ayat.
Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit di atas.
Perkataan tradisi bagi unit ini ialah lima 3.1.3.9 Suku kata tertutup pola vokal u, perkataan dan ayat.
Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit di atas.
3.1.3.10 Suku kata tertutup pola vokal o, perkataan dan ayat. Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit di atas.
3.1.3.11 Suku kata tertutup, perkataan dan ayat yang
mengandungi vokal a digugurkan huruf alif. Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit 2.
3.1.3.12 Vokal awal kata.
Aktiviti bagi unit ini adalah sama seperti unit di atas.
Diftong bermaksud dua vokal bergandingan di dalam
satu suku kata.
Contohnya: Pisau,pantai dan amboi.
3.1.3.13 Karangan pendek
Murid yang berjaya membaca karangan-karangan
pendek ini dikira sebagai murid yang telah berjaya
dalam kemahiran membaca.
- Aktiviti-aktiviti di dalam modul-modul ini adalah cadangan sahaja.
- Guru boleh menggunakan modul-modul mengikut pendekatan dan kreativiti
sendiri.
5 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
3.1.4 Kaedah
- Dilaksanakan seiring dengan waktu Modul Tulisan - (12 jam)
- Dilaksanakan berasingan dengan Modul Tulisan - (6 jam)
3.2 MODUL TULISAN
- Masa yang diperlukan untuk kem membaca ialah 6 jam
3.2.1 Isi Kandungan
Kad Jadual Padanan Huruf
Mengandungi 4 mukasurat
a. Muka surat 1 - Padanan Huruf jawi dan huruf di awal.
b. Muka surat 2 TANDA TAMBAH; untuk merujuk huruf yang bertanda [ + ]
c. Muka surat 3 TANDA TOLAK; untuk merujuk huruf yang bertanda [ - ].
d. Muka surat 4 Huruf DIGRAF dan huruf ARAB.
Digunakan sebagai rujukan dalam latihan a. Latihan padanan huruf dan huruf tunggal.
b. Sebutan huruf jawi.
c. Menanda tanda [-] atau [+].
d. Bentuk huruf di awal , tengah dan akhir.
e. Rujukan semua modul latihan sepanjang kem berjalan.
3.2.1.1 Latihan menulis padanan huruf jawi - 1 jam
Set 1: Unit 1 :
Latihan Padanan huruf dan huruf tunggal.
3.2.1.2 Latihan menulis sambungan huruf - 1 jam
Set 1: Unit 2 :
Latihan menyambung huruf
3.2.1.3 Latihan menulis suku kata terbuka - 2 jam
Set 2: Unit 3 hingga 8 :
Latihan Sukukata terbuka
Penilaian unit 3 hingga 8
3.2.1.4 Latihan menulis sukukata tertutup - 1 jam
Set 3: Unit 9 :
Latihan suku kata tertutup
Penilaian unit 9
3.2.1.5 Vokal awal kata dan diftong / tradisi - 1 jam
Set 4: Unit 10 hingga 12 :
Latihan awal kata / digtong / tradisi
Penilaian unit 10 hingga 12
6 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
3.2.1.6 Latihan Padanan Huruf
Murid dapat menulis jawi dari arah yang betul iaitu menulis dari
sebelah kanan ke kiri.
Murid dapat menulis bentuk huruf jawi dengan betul dari segi
kedudukan huruf atas atau bawah garisan, kedudukan titik dan
bentuk-bentuk huruf tunggal.
Murid dapat mengenal pasti bentuk-bentuk huruf di awal, di
tengah dan di akhir.
Murid dapat mengenal, menyebut dan menulis padanan huruf
rumi dan jawi.
Nota
a. Guru mengarahkan murid merujuk jadual padanan huruf dengan
betul mengikut seperti mana dalam jadual tersebut.
b. Guru memastikan murid menulis semua huruf dengan betul dari
kanan ke kiri mengikut nombor.
c. Guru memastikan murid menulis semua huruf dengan betul iaitu:-
petak nombor 1 sebelah kiri untuk huruf jawi dalam petak nombor 1 di sebelah kanan.
Nombor 2 sebelah kiri untuk nombor 2 sebelah kanan. Nombor 3 sebelah kiri untuk nombor 3 sebelah kanan Nombor 4 sebelah kiri untuk nombor 4 sebelah kanan
dan begitulah seterusnya.
d. Contoh latihan padanan huruf:
7 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
CONTOH LATIHAN SATU HURUF
CONTOH LATIHAN DUA HURUF
CONTOH LATIHAN TIGA HURUF
CONTOH LATIHAN EMPAT HURUF
8 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
3.2.1.7 - SOALAN LAZIM
Soalan 1 Adakah perlu menyelesaikan semua 6 set soalan dalam masa 1 jam?
Jawapan: Ya, kerana murid hanya perlu menyalin huruf dan
meletakkan ke dalam kotak yang betul dan murid mesti tahu
semua padanan huruf tersebut.
Soalan 2 Bagaimana jika murid tidak dapat menyiapkan semua latihan?
Jawapan: Murid tidak perlu meneruskan latihan seterusnya kerana
murid tersebut akan bertemu latihan yang sama dalam latihan
menyambung pula.
Latihan yang tidak dapat disiapkan akan digunakan
oleh guru dalam waktu lain sama ada di dalam kelas atau kelas
tambahan.
Soalan 3 Bilakan sepatutnya guru menanda latihan kem tersebut? Jawapan 1: Guru perlu terus menanda latihan murid yang siap
lebih awal dan memastikan semua huruf ditulis dengan betul (
tanpa salah)
Jawapan 2: JIka murid melakukan kesalahan, guru hendaklah
menanda (X) KECIL pada huruf yang salah tanpa memadam
huruf yang salah itu, dan meminta murid itu membetulkan huruf
yang sepatutnya; guru perlu menandakan ( ) dengan lebih besar
jika huruf itu telah dibuat pembetulan.
3.3 - UNIT 2 : LATIHAN MENYAMBUNG
Latihan menyambung mestlah berpandukan kepada perkara berikut:-
3.3.1 Huruf Tolak iaitu: AVU ZAR ZAD
Guru hanya perlu memperkenalkan HURUF TOLAK sahaja manakala huruf selain huruf TOLAK hendaklah di tanda dengan tanda [+].
9 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
3.3.2 Cara menanda (-) atau (+) pada huruf jawi Jika huruf tersebut ada dalam jadual huruf TOLAK di atas
maka tanda [ - ]
Jika huruf tersebut tiada dalam jadual di atas, maka
tandakan [ + ]
Atau murid boleh merujuk JADUAL PADANAN HURUF sama
ada tanda [ - ] atau [ + ]
3.3.3 PANDUAN MENYAMBUNG HURUF
Latihan dua huruf
Latihan tiga huruf
10 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
Contoh Latihan empat huruf
Langkah 1: Letakkan tanda [ - ] atau [ + ] (Guru hanya perlu
memperkenalkan huruf [TOLAK] kepada murid dengan menjelaskan
bahawa selain huruf [TOLAK] hendaklah di tanda dengan [ + ] )
Langkah 2: Rujuk kad jadual huruf, dan tuliskan huruf SIN di awal.
Langkah 3: Seterusnya tanda [ + ] , hendaklah dirujuk pada mukasurat
TANDA TAMBAH [+] dan tulis huruf ALIF di tengah.
Langkah 4: Seterusnya tanda [ - ] , hendaklah dirujuk pada mukasurat
TANDA TOLAK [-] dan tulis huruf TA di tengah.
Langkah 5: Seterusnya tanda [ + ] , hendaklah dirujuk pada mukasurat
TANDA TAMBAH [+] dan tulis huruf WAU di akhir.
11 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
3.3.4 Kaedah Lain Menyambung Huruf
Kaedah 1
Tanda (+) bermaksud SAMBUNG dengan huruf di hadapannya
Tanda (-) bermaksud berhenti.
Contoh:
Arahan: Guru meminta murid menulis sambil menyebut:-
SIN SAMBUNG dengan ALIF (berhenti) Huruf TA SAMBUNG dengan WAU
Kaedah 2
Tanda (+) bermaksud PANJANGKAN tambah dengan huruf di hadapannya
(Jangan turun ke bawah)
Tanda (-) bermaksud angkat menulis
Contoh:
Arahan: Guru meminta murid menulis sambil menyebut:-
SIN PANJANGKAN, tambah dengan ALIF (berhenti) Huruf TA PANJANGKAN tambah dengan WAU
Kaedah 3
Merujuk terus kepada Kad Jadual Huruf
Seperti contoh di atas.
12 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
4 MANUAL SET 2 Unit 3 hingga 8
4.1 UNIT 3 : SUKUKATA TERBUKA (Latihan 12) Teknik: Untuk mengeja dan menulis sukukata terbuka, hendaklah
menggunakan sukukata [a+a] sebagai panduan asas.
4.1.1 Dua sukukata [a+a] Contoh ada huruf ALIF selepasnya.
Teknik: Huruf KETIGA hendaklah berdasarkan jadual di bawah (DERLONG]:
Langkah 1: Tukar huruf rumi kepada huruf jawi
Langkah 2: Jika huruf KETIGA ada dalam jadual DERLONG di atas,
maka ada huruf ALIF selepasnya. (Kekalkan huruf ALIF)
Langkah 3: Tandakan TAMBAH dan TOLAK kemudian sambungkan.
13 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
4.1.2 Dua sukukata [a+a] (Latihan 13 contoh tiada ALIF )
Teknik: Huruf KETIGA hendaklah berdasarkan jadual di bawah (DERLONG]:
Langkah 1: Tukar huruf rumi kepada huruf jawi
Langkah 2: Jika huruf KETIGA tiada dalam jadual DERLONG di atas,
maka tiada huruf ALIF, (Gugurkan huruf ALIF)
* Huruf KETIGA di atas ialah huruf MIM dan tiada dalam DERLONG, maka tiada ALIF nya. (Buang ALIF selepasnya)
Langkah 3: Tandakan TAMBAH dan TOLAK kemudian sambungkan.
14 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
4.2 Sukukata terbuka yang bukan [a+a] Teknik : Untuk menulis perkataan yang BUKAN terdiri dari sukukata terbuka
(a+a), murid hanya perlu menukar huruf rumi kepada huruf jawi.
4.2.1 Sukukata u
4.2.2 Sukukata terbuka o
+ - -
15 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
4.2.3 Sukukata terbuka [i] .
4.3.3 Sukukata terbuka [e] taling
4.3.4 Sukukata terbuka e Pepet Teknik : Untuk menulis perkataan sukukata terbuka, yang
mengandungi e pepet, murid perlu:- gugur huruf e pepet kemudian tukar huruf rumi yang tinggal kepada huruf jawi.
+ - +
16 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
5 MANUAL SET 3 Unit 9
5.1 UNIT 9 : SUKUKATA TERTUTUP Teknik : Untuk menulis perkataan sukukata tertutup, murid perlu
membuang huruf a di tengah sukukata seperti: kan = kn , sam = sm supaya perkataan tersebut yang ditulis dengan ejaan yang betul.
Contoh huruf a ditengah sukukata
Sukukata tertutup yang tidak melibatkan huruf a di tengah. Teknik: Murid hanya perlu menukar huruf rumi kepada huruf jawi
dan sambungkan hingga menjadi perkataan.
Tiada huruf a di tengah
Ada huruf a tetapi tidak berada di tengah
17 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
Sukukata tertutup yang tidak melibatkan huruf e pepet Teknik: Murid perlu :
o membuang huruf e pepet tersebut. o Kemudia tukarkan huruf rumi yang tinggal kepada huruf jawi
dan sambungkan hingga menjadi perkataan.
e pepet dan a e pepet di tengah
6 MANUAL SET 4 Unit 10 hingga 12
6.1 UNIT 9 : VOKAL AWAL KATA Teknik: Perkataan yang bermula dengan huruf vokal eiou hendaklah ditambah dengan huruf ALIF.
Guru mengarahkan murid menyemak jika ada huruf a di tengah atau e pepet yang mesti dibuang.
Kemudian tukarkan huruf jawi yang tinggal
Tambah huruf ALIF dan sambungkan huruf jawi tersebut.
6.1.1 vokal a kekalkan huruf a iaitu ALIF Contoh:
18 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
6.1.2 vokal e tambah huruf a iaitu ALIF Contoh:
6.1.3 vokal i tambah huruf a iaitu ALIF Contoh:
6.1.4 vokal o tambah huruf a iaitu ALIF Contoh:
19 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
6.1.5 vokal u tambah huruf a iaitu ALIF Contoh:
6.2 UNIT 9 : DIFTONG [ai] [au] [oi] Diftong ialah gabungan dua huruf vokal dalam satu sukukata iaitu [ai]
,[au] dan [oi] , hendaklah dieja dengan ( ) kekal huruf a di tengah.
Teknik: Sukukata yang mengandungi [ai] [au] [oi] hendaklah dikekalkan
huruf [a] ditengah.
Guru mengarahkan murid menyemak jika ada huruf a di tengah atau e pepet yang mesti dibuang.
Kemudian gariskan sukukata ai , ai , oi sebagai tanda tidak boleh
dibuang.
Tukarkan huruf jawi dan sambungkan menjadi perkataan.
Contoh
[ai] [au] [oi]
20 | B u k u P a n d u a n G u r u K C J
6.3 UNIT 12 : PERKATAAN TRADISI
Latihan untuk perkataan tradisi, murid hanya perlu menulis kembali
perkataan yang diberi.
Guru hendaklah memastikan murid menulis mengikut kaedah yang
telah dipelajari termasuklah bentuk huruf, titi dan sebagainya.
7 MANUAL SET 4 Unit 10 hingga 12
7.1 Penilaian dilaksanakan sebanyak 4 set soalan setiap kali tamat latihan
setiap bahagian.
7.2 Murid dinilai daripada pencapaiannya dalam 4 set soalan tersebut.
7.3 Walaubagaimana pun, guru boleh juga menilai pencapaian murid
daripada latihan-latihan yang dibuat.
7.4 Guru mesti mencetak dan mengisi boring kelompok kem tulisan jawi
semasa kem berjalan.
contoh
7.5 Guru hendaklah:
o Mengisi nama sekolah
o Senarai nama murid yang terlibat
o Menanda ( ) dalam borang kelompok, latihan yang telah
disiapkan oleh murid.
Bilangan
latihan