MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01 NO. KELUARAN : 02 NO. PINDAAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017 MUKA SURAT : i KAWALAN DOKUMEN Dokumen Kualiti yang terkandung dalam fail ini disediakan bagi memastikan pelaksanaan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran Program Pra Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pascasiswazah di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, memenuhi keperluan piawaian ISO 9001:2008, penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan serta penglibatan dengan komuniti. Dokumen ini adalah TERKAWAL dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:- a) Diberi nombor kawalan tertentu dan dikemas kini apabila terdapat pindaan. b) Dipinda mana-mana bahagian atau keseluruhannya oleh Wakil Pengurusan dengan kelulusan Rektor UiTM Cawangan Perak atau seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP) Kampus UiTM Cawangan Perak. c) Ditanda dengan perkataan DOKUMEN INDUK. d) Diselia dan diselenggara oleh Pengawal Dokumen. Salinan-salinan DOKUMEN INDUK tidak akan membawa perkataan DOKUMEN INDUK. Salinan-salinan tersebut akan disebar sebagai “SALINAN DOKUMEN TERKAWAL” dan diedarkan kepada pegawai seperti yang ditetapkan oleh Rektor UiTM Cawangan Perak dalam Senarai Pemegang Dokumen Terkawal.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : i
KAWALAN DOKUMEN Dokumen Kualiti yang terkandung dalam fail ini disediakan bagi memastikan pelaksanaan
perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran Program Pra Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana
Muda dan Pascasiswazah di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, memenuhi
keperluan piawaian ISO 9001:2008, penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan serta
penglibatan dengan komuniti.
Dokumen ini adalah TERKAWAL dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:-
a) Diberi nombor kawalan tertentu dan dikemas kini apabila terdapat pindaan.
b) Dipinda mana-mana bahagian atau keseluruhannya oleh Wakil Pengurusan dengan
kelulusan Rektor UiTM Cawangan Perak atau seperti yang diputuskan dalam
Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP) Kampus UiTM Cawangan Perak.
c) Ditanda dengan perkataan DOKUMEN INDUK.
d) Diselia dan diselenggara oleh Pengawal Dokumen.
Salinan-salinan DOKUMEN INDUK tidak akan membawa perkataan DOKUMEN INDUK.
Salinan-salinan tersebut akan disebar sebagai “SALINAN DOKUMEN TERKAWAL” dan
diedarkan kepada pegawai seperti yang ditetapkan oleh Rektor UiTM Cawangan Perak
dalam Senarai Pemegang Dokumen Terkawal.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : ii
TANGGUNGJAWAB PEMEGANG SALINAN DOKUMEN TERKAWAL
Adalah menjadi tanggungjawab Pemegang Dokumen Terkawal untuk memastikan salinan
dokumen ini sentiasa dikemas kini dengan memasukkan semua pindaan yang dinyatakan
di dalam Rekod Pindaan.
Dokumen ini diedarkan kepada staf yang terlibat dalam pengurusan proses pengajaran dan
pembelajaran (Program Pra Diploma, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pascasiswazah)
penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan serta penglibatan dengan komuniti (community
engagement) di Kampus UiTM Cawangan Perak atau staf yang diberi kebenaran oleh
Rektor UiTM Cawangan Perak. Tanggungjawab Pemegang Dokumen Terkawal adalah
seperti berikut:-
a) Mengaku terima dokumen ini dan menyimpannya dengan selamat dan baik.
b) Memasukkan halaman atau pindaan baharu supaya ia sentiasa berada dalam
keadaan kemas kini.
c) Memaklumkan sebarang pindaan kepada Pengurusan UiTM Cawangan Perak yang
disenaraikan.
d) Mengembalikan dokumen ini kepada Rektor UiTM Cawangan Perak ataupun Wakil
Pengurusan atau menyerahkannya kepada pengganti masing-masing sekiranya
berlaku pertukaran jawatan atau perpindahan.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : iii
SENARAI PEMEGANG DOKUMEN TERKAWAL
BIL JAWATAN TANDATANGAN
1. Rektor
2. Wakil Pengurusan
3. Pengawal Dokumen
4. Ketua Unit Pengurusan Kualiti
5. Timbalan Pendaftar Kanan
6. Ketua Pusat Pengajian
7. Koordinator
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : i
REKOD PINDAAN
BIL MUKASURAT/ PERENGGAN
RINGKASAN KELULUSAN
TARIKH TANDATANGAN
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : ii
BAHAGIAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN KEPADA MANUAL KUALITI ..................................................................... 5
8.5.2 Tindakan Pembetulan ........................................................................... 65
8.5.3 Tindakan Pencegahan ........................................................................... 66
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 5/71
1.0 PENGENALAN KEPADA MANUAL KUALITI
1.1 Pendahuluan
Manual Kualiti ini adalah berdasarkan keperluan dokumentasi Perkara 4.2.2 ISO
9001: 2008. Manual ini mengandungi Maklumat Organisasi, Objektif Kualiti dan
Prinsip Asas Jaminan Kualiti bagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan untuk
membantu UiTM Cawangan Perak ke arah memenuhi keperluan Standard/Piawaian
ISO 9001: 2008.
Manual Kualiti ini disokong oleh 28 Prosedur Kualiti, yang terdiri daripada 11
Prosedur Pengurusan dan 17 Prosedur Operasi beserta Arahan Kerja, Carta Aliran
Proses dan Dokumen Sokongan yang berkaitan dengannya. Dokumen Sokongan
antara lain meliputi:
Akta Institut Teknologi MARA 173 dan pindaannya
Akta Institusi Pengajian Tinggi (Tatatertib) 1976, Akta 174
Peraturan Akademik (Pindaan 2013)
Arahan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan
Arahan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan
Pelan Perancangan Strategik Fakulti
Buku Panduan Staf
Code of Practice for Programme Accreditation (2009)
Code of Practice for Institutional Audit (2008)
Quality Assurance & Enhancement Policy (2014)
Polisi Penilaian Akademik Pelajar UiTM (2015)
Dasar Plagiarisma UiTM (2012)
Kod Etika Pensyarah
Manual Pengurusan Akademik untuk Pentadbir (2013)
Manual Pengendalian Peperiksaan Akhir
Garis panduan pengurusan penyelidikan dan inovasi (2015)
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 6/71
1.2 Tujuan
Manual Kualiti ini adalah bertujuan untuk:-
a) Menerangkan maklumat am mengenai UiTM Cawangan Perak
b) Menjelaskan secara ringkas Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) PTJ yang
berlandaskan piawaian ISO 9001:2008 dan COPIA dalam pengajaran dan
pembelajaran semua peringkat dan mod pengajian yang ditawarkan oleh PTJ
yang mana selepas ini dirujuk sebagai Program (Rujuk lampiran 1),
c) Menggariskan dasar dan prinsip jaminan kualiti bagi setiap aktiviti berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran Program yang dilaksanakan dalam
memenuhi keperluan ISO 9001: 2008 dan COPIA;
d) Menjelaskan proses yang dijalankan serta batasan aplikasi dalam memenuhi
keperluan ISO 9001: 2008, dan
e) Menggariskan dasar dan prinsip jaminan kualiti bagi setiap aktiviti berkaitan
dengan penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan, serta penglibatan dengan
komuniti (community engagement)
1.3 Kandungan Manual
Manual ini mengandungi lapan (8) bahagian yang meliputi perkara-perkara berikut:
Bahagian 1 - Pengenalan Kepada Manual Kualiti
Bahagian 2 - Maklumat Organisasi
Bahagian 3 - Skop Sistem Pengurusan Kualiti
Bahagian 4 - Keperluan Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti
Bahagian 5 - Tanggungjawab Pengurusan
Bahagian 6 - Pengurusan Sumber
Bahagian 7 - Penzahiran Produk
Bahagian 8 - Pengukuran, Analisis dan Penambahbaikan Sistem
Pengurusan Kualiti
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 7/71
1.4 Penyediaan, Penguatkuasaan dan Capaian
Manual Kualiti ini hanya terpakai dan berkuatkuasa setelah diluluskan dan
ditandatangani oleh Rektor UiTM Cawangan Perak. Manual Kualiti ini adalah
Dokumen Terkawal yang diselia dan diselenggara oleh Pengawal Dokumen.
Manual Kualiti ini dikemas kini mengikut arahan pengemaskinian yang dikeluarkan
oleh Rektor UiTM Cawangan Perak atau Wakil Pengurusan dari semasa ke semasa.
1.5 Penyelarasan Pindaan
Pengawal Dokumen bertanggungjawab untuk menyelaraskan pindaan ke atas
manual ini seperti mana keperluan Seksyen 4.2.3. Mana-mana bahagian daripada
dokumen ini tidak boleh dikeluarkan atau dipinda tanpa kebenaran pihak yang
meluluskan dokumen ini.
2.0 MAKLUMAT ORGANISASI
2.1 SEJARAH DAN LATARBELAKANG UITM CAWANGAN PERAK
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak telah ditubuhkan dengan kerjasama
Kerajaan Negeri Perak dan telah dibuka secara rasmi pada 1 Januari 1985 di kampus
sementara di Bandar Baru Seri Manjung. Pada 1 Januari 1999, universiti ini telah
dipindahkan ke Bandar Baru Seri Iskandar, Daerah Perak Tengah di tanah
berkeluasan kira-kira 392.36 ekar. Kedudukan kampus berhampiran Lebuhraya Ipoh-
Lumut sangat strategik dan memudahkan perhubungan antara Bandar Ipoh dan
Lumut.
Pada 29 Jun 2006 bertempat di Dataran Ilmu, UiTM Cawangan Perak Kampus Seri
telah berlangsung Majlis Perasmian Kampus Tetap (blok pentadbiran, blok akademik
dan Perpustakaan). Majlis ini telah disempurnakan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Perak
Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah Muhibbudin Shah.
Kemudahan kolej kediaman yang telah dibina mampu menampung kira-kira 8,000
orang pelajar. Selain itu, kemudahan sukan turut disediakan seperti padang bola
sepak/hoki/ragbi, dewan badminton dan beberapa buah gelanggang untuk sukan iaitu
tenis, futsal, bola keranjang, bola jaring, bola tampar, sepak takraw dan squash.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 8/71
Selain Kampus Seri Iskandar, Kampus Metro yang terletak di Station 18, Jalan
Pengkalan, Ipoh telah mula beroperasi pada bulan Jun 2002. Kampus ini diwujudkan
bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar bumiputera di sekitar Ipoh
melanjutkan pelajaran. Kampus ini memberi tumpuan kepada pengajian luar kampus
serta menyediakan prasarana yang bersesuaian dan kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran.
Terkini, UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah telah memulakan operasi pada
2010. Kampus Tapah terletak di Tapah Road, Tapah mempunyai bangunan
pentadbiran dan akademik. Kemudahan kolej kediaman siswa dan siswi serta
kemudahan sukan turut disediakan.
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, menawarkan
program pengajian berteraskan Experiential Learning in A Green Environment,
Kampus Tapah fokus kepada Netizen Learning in Digital Environment, manakala
Kampus Ipoh dikenali sebagai Kampus Metro.
2.2 VISI UITM
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan
kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua
bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya
saing, global dan beretika.
2.3 MISI UITM
Misi UiTM Cawangan Perak adalah mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran
bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional,
penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-
nilai murni dan etika keprofesionalan.
2.4 DASAR KUALITI UiTM CAWANGAN PERAK
Kampus UiTM Cawangan Perak akan melaksanakan sistem pengurusan
professional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas pengurusan:
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 9/71
1) program Pengajaran dan Pembelajaran berdasarkan sistem “Outcome-based
Education (OBE)”,
2) penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan
3) penglibatan dengan komuniti (community engagement)
yang memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan, serta penambahbaikan secara
berterusan dan akur kepada ‘standard’ dan perundangan yang ditetapkan.
2.5 OBJEKTIF KUALITI UiTM CAWANGAN PERAK Objektif Kualiti UiTM Cawangan Perak adalah seperti berikut:
1. Mencapai enrolmen pelajar dengan sasaran: (a) 14,000 pelajar (sepenuh masa) menjelang 2020 (b) Nisbah siswazah dan pascasiswazah sebanyak 97:3 menjelang 2020
2. Mencapai kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan:
(a) Memastikan semua kurikulum bersifat kerja kursus disemak setiap 4 tahun bagi program-program yang tempoh pengajiannya adalah 3 tahun atau kurang dan setiap 5 tahun bagi program-program yang pengajiannya adalah 4 tahun
(b) Memastikan sekurang-kurangnya 90% pelajar sepenuh masa pada peringkat Diploma dan Sarjana Muda bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan (c) Memastikan sekurang-kurangnya 15 graduan PhD menjelang 2020 (d) Memastikan kadar keboleh pasaran siswazah melebihi 80% bagi Sarjana Muda, 95% bagi Diploma dan 5% bekerja sendiri pada tahun semasa 3. Meningkatan kecemerlangan kesarjanaan akademia dengan:
(a) Bilangan penerbitan berindeks mencapai 150 pada tahun semasa (b) Jumlah dana penyelidikan mencapai RM1juta pada tahun semasa (c) 30% staf akademik berkelulusan PhD menjelang 2020
4. Memastikan kecemerlangan dalam pemindahan ilmu dan pengkomersilan dengan mengkomersilkan 2 produk hasil penyelidikan menjelang 2020 5. Melahirkan graduan dinamik berteraskan model graduan dengan: (a) 20% pelajar menjadi pemimpin muda pada tahun semasa (b) 50% pelajar terlibat dengan aktiviti keusahawanan menjelang 2020 (c) 20% aktiviti kesukarelawan diadakan dalam setahun 6. Memperkasa pembangunan sumber manusia dengan: (a) Mencapai nisbah pelajar, pensyarah dan staf pentadbiran sebanyak
(15:1:1) menjelang 2020 (b) 95% staf menghadiri 42 jam latihan dengan nisbah jam 15:15:12 bagi
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 10/71
kompetensi umum, khusus dan ICT dalam tahun semasa
(c) Mencapai nisbah Profesor/Profesor Madya (VK7 & DM53/54) dan pensyarah sebanyak 1:25 menjelang 2020
7. Melonjak kecemerlangan universiti dalam tahun semasa melalui:
(a) 5% akademia terlibat dalam jaringan industri (b) 1 MOU atau MOA (c) 5 projek bersama industri (d) 5 projek bersama masyarakat (e) 2 jaringan antarabangsa
8. Mencapai status universiti lestari dan memenuhi kriteria penarafan Ui Green
Matric World University Ranking yang ditetapkan menjelang 2020 (a) Memperkasakan pengurusan kewangan yang cekap dengan: i. 100% peruntukan tahunan dibelanjakan secara berhemah ii. 30% penjanaan pendapatan setahun iii. RM250,00 endowmen/infaq menjelang 2020 (b) Mempunyai prasarana yang lengkap dengan: i. 5% peningkatan koleksi perpustakaan setahun ii. 80% perkhidmatan ICT untuk staf akademik dan pentadbiran
mencapai tahap kepuasan melebihi skala 4.5 (c) Memperkasa pengurusan pelanggan dengan:
i. 100% indeks kepuasan melebihi skala 4.0 ii. 100% aduan pelanggan diproses dalam tempoh 3 hari (d) Meningkatkan indeks keselamatan pada tahun semasa dengan: i. Mengurangkan kes kecurian harta benda persendirian pada
kadar 1% ii. Mengelakkan kehilangan harta benda UiTM pada tahap sifar iii. Mengurangkan kes kecurian harta persendirian staf pada kadar
1% iv. Mengurangkan kes salah laku pelajar pada kadar 1%
v. Mencegah kes pencerobohan anasir luar pada tahap sifar (e) Memperkasa pengurusan fasiliti dengan: i 10% pengurangan tenaga elektrik setahun (KWH/tahun) ii. 80% skor kepuasan pelanggan terhadap kebersihan kampus (f) Memperkasa pengurusan kerohanian dan ukhwah dengan: i. 60% staf yang layak berzakat membayar zakat pendapatan
dalam tahun semasa ii. Melaksanakan program kerohanian 30 kali dalam tahun semasa iii. 35% warga kampus mendapat bimbingan dan khidmat nasihat
(g) 13 inisiatif kampus hijau menjelang 2020
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 11/71
2.6 CARTA ORGANISASI UiTM CAWANGAN PERAK
REKTOR
PENYELARAS UNIT HAL EHWAL
UNDANG-UNDANG
PENYELARAS UNIT PENGURUSAN
RISIKO
KETUA UNIT PENGURUSAN
KUALITI
KETUA UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
TIMBALAN REKTOR HAL
EHWAL AKADEMIK
TIMBALAN REKTOR HAL
EHWAL PELAJAR
TIMBALAN REKTOR
PENYELIDIKAN JARINGAN INDUSTRI,
MASYARAKAT & ALUMNI
PENOLONG REKTOR KAMPUS
TAPAH
TIMBALAN PENDAFTAR
KANAN
TIMBALAN BENDAHARI
KANAN
TIMBALAN KETUA PUSTAKAWAN
PENGARAH PENGURUSAN
FASILITI DAN ICT
KETUA POLIS BANTUAN
KETUA AKADEMIK PENGAJIAN
ISLAM KONTEMPORARI
NAIB CANSELOR
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 12/71
2.7 DEFINISI
a) Pelanggan
Pelanggan boleh dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu:-
i) Pelanggan misi
Ibubapa/Penjaga, Penaja Pelajar, Kementerian Pendidikan Tinggi,
Lembaga Pengarah Universiti, UiTM dan Industri.
ii) Pelanggan proses
a. Pengajaran & pembelajaran: Pelajar yang mengikuti Program di
fakulti/cawangan/pusat, pensyarah, pentadbir akademik dan
profesional, staf sokongan;
b. Penyelidikan, perundingan & pengkomersilan: Pensyarah penyelidik,
pegawai penyelidik dan pembantu penyelidik, pentadbir akademik
dan profesional, staf sokongan;
c. Jaringan industri & masyarakat: staf (akademik dan bukan akademik)
dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti jaringan industri, masyarakat
dan alumni, pentadbir akademik dan profesional, staf sokongan.
Pensyarah ialah staf yang memberi perkhidmatan pengajaran dan
pembelajaran, penyelidik, pentadbir akademik, dan pensyarah profesional.
Pentadbir akademik ialah staf akademik yang memegang jawatan
pentadbiran di universiti di samping melaksanakan tugas hakiki sebagai
pensyarah.
iii) Pelanggan dalaman
Staf yang berkhidmat di fakulti/cawangan/pusat.
iv) Pelanggan luar
Universiti, Industri, Agensi Kerajaan, masyarakat (komuniti termasuk alumni)
dan lain-lain
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 13/71
a) Produk
i. Pengajaran dan Pembelajaran
Produk akhir dari proses perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran ini
adalah graduan, iaitu pelajar yang tamat program. Produk sampingan yang
lain termasuklah pelan pengajian, fail kursus dan bahan pengajaran, kertas
soalan peperiksaan yang disediakan, tesis penyelidikan, serta hasil dari
setiap proses pengajaran dan pembelajaran (termasuk laporan CDL/CQI,
SuFO, PROPENS, laporan audit, penilaian kendiri, laporan pemeriksa luar
dan keputusan peperiksan).
ii. Penyelidikan, pengkomersilan dan perundingan
Produk akhir dari proses penyelidikan ialah hasil penyelidikan dan
pensyarah yang berkepakaran di dalam bidang tujahan (niche) masing-
masing. Produk sampingan penyelidikan ialah bakat (graduan pasca
siswazah, pembantu penyelidik pasca siswazah dan bukan siswazah),
penulisan dan penerbitan serta pengkomersilan produk/teknologi, hasil
royalti, pelesenan harta intelek seperti hakcipta, paten, rekabentuk industri
serta syarikat ‘spin-off’ juga turut terhasil.
Produk akhir dari proses perundingan ialah perkhidmatan yang diberi,
masalah yang diselesaikan serta penjanaan pendapatan dari industri.
Produk sampingan perundingan ialah peningkatan kepakaran pensyarah,
pengiktirafan kepakaran pensyarah oleh industri dan peningkatan reputasi
dan kredibiliti universiti.
iii. Jaringan industri dan masyarakat (komuniti)
Produk akhir dari proses jaringan industri, masyarakat (komuniti) dan
alumni ialah pelajar/pensyarah yang tamat menjalani latihan industri,
sukarelawan, aktiviti kesukarelawanan, laporan latihan praktik/industri,
laporan aktiviti bersama industri, laporan aktiviti kemasyarakatan,
MOU/MOA, tajaan, ‘endowment’, dan masalah yang diselesaikan. Produk
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 14/71
sampingan ialah jalinan dan hubungan baik dan kerjasama antara UiTM
dengan pihak industry, masyarakat dan alumni.
c) Program
Program Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran yang
dijalankan di PTJ secara sepenuh/separuh masa.
d) Staf UiTM Cawangan Perak
Staf PTJ terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran (Rujuk Lampiran 2).
e) Pengurusan Eksekutif
Pengurusan Eksekutif terdiri daripada Rektor, Timbalan Rektor HEA,
Timbalan Rektor HEP, Timbalan Rektor PJIM&A, Penolong Rektor Kampus
Tapah, Timbalan Pendaftar Kanan dan Timbalan Bendahari Kanan.
f) Wakil Pengurusan
Wakil Pengurusan adalah salah seorang dari staf Pengurusan Eksekutif
yang dilantik oleh Rektor untuk memastikan proses pembangunan,
pelaksanaan, dan penyelenggaraan Sistem Pengurusan Kualiti UiTM
Cawangan Perak selaras dengan keperluan ISO 9001: 2008 dan COPIA.
Wakil Pengurusan UiTM Cawangan Perak adalah Timbalan Rektor HEA.
g) Ketua Unit Pengurusan Kualiti
Staf yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa
(TNCAA) UiTM bagi merancang dan memantau pelaksanaan aktiviti dan
inisiatif penambahbaikan kualiti yang menyokong dan memantapkan Sistem
Pengurusan Kualiti di UiTM Cawangan Perak seperti yang dinyatakan dalam
Polisi Jaminan dan Pengukuhan Kualiti.
h) Pengawal Dokumen
Pengawal Dokumen adalah terdiri dari Timbalan Pendaftar Kanan seperti
yang dinyatakan dalam Polisi Jaminan dan Pengukuhan Kualiti yang
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 15/71
bertanggungjawab untuk menyelia dan menyelenggara dokumen kualiti
Sistem Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Perak.
Pengawal Dokumen akan dibantu oleh Penolong Pendaftar atau Pegawai
Eksekutif.
2.8 SINGKATAN
UiTM - Universiti Teknologi MARA
PTJ - Pusat Tanggungjawab
MQA - Malaysian Qualifications Agency
COPIA - Code of Practice for Institutional Audit
COPPA - Code of Practice for Programme Accreditation
CSPI - Centre for Strategic Planning
ICRESS - Integrated Course Registration & Scheduling System
OBE - Outcome-based Education
KPM - Kementerian Pengajian Tinggi
MQF - Malaysian Qualifications Framework
WP - Wakil Pengurusan
SPK - Sistem Pengurusan Kualiti
JAF - Jawatankuasa Akademik Fakulti
JAN - Jawatankuasa Akademik Negeri
MKSP - Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan
LPU - Lembaga Pengarah Universiti
KUPK - Ketua Unit Pengurusan Kualiti
BHEA - Bahagian Hal Ehwal Akademik
BHEP - Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UKK - Unit Komunikasi Korporat
OSHA - Occupational, Safety and Health Act
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 16/71
3.0 SKOP SISTEM PENGURUSAN KUALITI
3.1 Skop Pelaksanaan
Skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Perak adalah
meliputi penyediaan perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran (bagi program
Pra-Diploma, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran), penyelidikan,
inovasi dan pengkomersilan serta penglibatan dengan komuniti (community
engagement) di UiTM Cawangan Perak.
3.2 Aktiviti Teras Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Terdapat lapan (8) aktiviti teras bagi proses pengajaran dan pembelajaran di UiTM
Cawangan Perak. Proses pengajaran dan pembelajaran di UiTM Cawangan Perak
adalah berdasarkan sistem “Outcome-based Education” atau OBE seperti yang
ditetapkan oleh MQA.
3.2.1 Rekabentuk dan Semakan Program
Rekabentuk program baru dan sedia ada adalah proses pembangunan
berasaskan panduan dan ketetapan KPT, MQA, Badan Profesional dan
UiTM. UiTM Cawangan Perak hendaklah mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan rekabentuk dan pembangunan kurikulum program baru
serta semakan semula bagi program sedia ada, verifikasi dan validasi setiap
rekabentuk dan peringkat pembangunan program yang bersesuaian.
3.2.2 Pendaftaran Program
Pendaftaran program adalah proses pendaftaran kemasukan pelajar ke
program akademik fakulti. Selepas mendaftar, pelajar dikehendaki mengikuti
taklimat UiTM Cawangan Perak untuk diberi penerangan mengenai
peraturan serta keperluan program akademik dan lain-lain perkara yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 17/71
3.2.3 Pendaftaran Kursus
Pendaftaran kursus ialah proses pendaftaran kursus oleh pelajar mengikut
Pelan Pengajian program yang ditetapkan oleh Senat pada semester
berkenaan secara atas talian (on-line). Penentuan kursus yang akan
ditawarkan disediakan sebelum semester bermula. Ini adalah untuk
merancang penjadualan aktiviti akademik dan keperluan fasiliti pembelajaran
dan pengajaran berdasarkan kepada bilangan pelajar berdaftar.
3.2.4 Pengendalian Pengajaran dan Pembelajaran
Pengajaran topik-topik dibuat berpandukan kepada Maklumat Kursus
(Course Information) dan Skema Kerja (Scheme of Work). Kelas dijadualkan
menggunakan sistem ICRESS sebelum semester bermula dan kawalan dari
segi penyelarasan dilakukan melalui sistem pelantikan Pensyarah Sumber
(Resource Person) atau Pensyarah Bertanggungjawab (Lecturer Incharge)
bagi setiap kod kursus.
3.2.5 Penilaian
Bagi program Pra-Diploma, Diploma dan Ijazah, penilaian dilakukan
berdasarkan penilaian formatif (kerja kursus, latihan praktik, projek sarjana
muda, ujian) atau sumatif (peperiksaan akhir semester). Manakala untuk
program Ijazah Sarjana dan program Ijazah Kedoktoran, penilaian adalah
mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Institut Pengajian Siswazah atau
mana-mana gabungan daripada penilaian ini. Penilaian dilakukan secara
berkala tetapi berterusan menurut kaedah yang ditentukan oleh fakulti dan
tertakluk kepada kelulusan Senat.
3.2.6 Pengendalian Penilaian
Hasil pembelajaran pelajar (Student’s Learning Outcomes) dinilai mengikut
kriteria yang ditetapkan dan direkod serta disahkan. Pemantauan
dilaksanakan untuk mendokumen dan melaporkan status kemajuan pelajar
untuk tujuan penganugerahan ijazah.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 18/71
3.2.7 Pengurusan Keputusan
Proses ini melibatkan pemarkahan, pengredan, pengumpulan dan
pembetulan keputusan. Hebahan keputusan peperiksaan kepada pelajar
dibuat setelah pengesahan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penilaian
Akademik (JKIPA) diperolehi.
3.2.8 Pengijazahan
Semua pelajar yang telah memenuhi syarat penganugerahan akan
dianugerahkan Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran
setelah diperakukan oleh Senat.
3.3 Aktiviti Teras Proses Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan
Proses pengurusan penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan adalah
berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan, Institut Pengurusan
Penyelidikan dan Inovasi.
3.4 Aktiviti Teras Proses Penglibatan dengan Komuniti (community
engagement)
Proses pengurusan penglibatan dengan komuniti (community engagement)
adalah berdasarkan Buku Industry – Community Engagement: A University
Framework.
4.0 SISTEM PENGURUSAN KUALITI
4.1 Keperluan Am
Sistem Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Perak diwujudkan bagi memastikan
satu Sistem Pengurusan Kualiti dapat dibentuk, didokumen, dilaksana dan
diselenggara dengan cekap dan berkesan yang juga merangkumi penambahbaikan
berterusan yang berkesan selaras dengan kehendak pelanggan dan keperluan
piawaian ISO 9001:2008 dan COPIA. Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Perak
akan:-
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 19/71
Produk
a. Mengenal pasti proses yang diperlukan dalam Sistem Pengurusan Kualiti dan
perlaksanaannya ke seluruh fakulti/kampus.
b. Menentukan turutan dan hubung kait di antara proses.
c. Menentukan kriteria dan kaedah yang diperlukan bagi menilai operasi dan
kawalan yang berkesan ke atas proses.
d. Memastikan terdapat sumber dan maklumat yang diperlukan bagi menyokong
operasi dan pemantauan proses termasuk proses khidmat luar (outsourced)
e. Memantau, mengukur (di mana perlu) dan menganalisa proses.
f. Melaksanakan tindakan-tindakan yang perlu untuk mencapai keputusan yang
telah dirancang dan penambahbaikan berterusan ke atas proses.
Proses-proses yang diperlukan dalam Sistem Pengurusan Kualiti telah dikenal pasti
mengikut turutan dan hubung kait antara setiap proses ditunjukkan melalui Rajah 4.1.
Penambahbaikan Berterusan Sistem Pengurusan Kualiti
Input Output
Rajah 4.1: Hubung kait dan turutan proses-proses SPK UiTM Cawangan Perak
Tanggungjawab Pengurusan
Kaji Semula Pengurusan
Tindakan Pembetulan
Tindakan Pencegahan
Kawalan Dokumen
Kawalan Rekod
Pengurusan Sumber
Pengurusan Latihan & Kompetensi
Perolehan Khidmat & Bahan
Pengurusan Storan
Penyelenggaraan Ruang
Pengukuran, Analisa dan Penambahbaikan
Audit Dalaman
Produk tidak Memenuhi Spesifikasi
Maklumbalas & Kepuasan Pelanggan
Penzahiran Produk
Rekabentuk & Semakan Program
Pendaftaran Pelajar
Pendaftaran Kursus
Pengendalian Program
Pengurusan Peperiksaan
Pengurusan Keputusan
Pengijazahan
K E P U A S A N
P E L A N G G A N
K E P E R L U A N
P E L A N G G A N
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 20/71
4.2 Keperluan Dokumentasi
Dokumentasi proses pengurusan dan operasi sistem kualiti yang merangkumi
penyediaan dan pengendalian pengajaran dan pembelajaran program yang
ditawarkan di UiTM Cawangan Perak adalah perlu bagi mengenal pasti, memahami
dan memenuhi kehendak pelanggan.
4.2.1 Am
Sistem dokumentasi merangkumi penyataan Dasar Kualiti, Objektif Kualiti,
prosedur-prosedur dan rekod-rekod yang ditetapkan oleh piawaian ISO
9001:2008. Ianya bertujuan untuk memastikan perancangan, operasi dan
kawalan proses adalah berkesan. Struktur Dokumentasi Sistem Pengurusan
Kualiti UiTM Cawangan Perak adalah berasaskan kepada Rajah 4.2 di bawah:
Manual Kualiti (Dasar, Objektif)
Prosedur Kualiti (Pengurusan & Operasi)
Dokumen Sokongan Arahan Kerja,Carta Aliran Senarai Semak, Dokumen Luar
Rekod Kualiti
Borang
Rajah 4.2: Struktur Dokumentasi ISO 9001:2008 UiTM Cawangan Perak
TANGGUNGJAWAB Rektor, Timbalan Rektor, Penolong Rektor, dan Ketua-ketua Bahagian
Ketua Pusat Pengajian, Pengerusi Program, Koordinator Kursus, Koordinator, Penyelaras, Staf Akademik
Timbalan Pendaftar, Penolong
Pendaftar, Ketua Pusat Pengajian, Koordinator Kursus, Penyelaras, Pegawai Eksekutif Pensyarah, Pembantu Tadbir
PENERANGAN Dasar,Objektif dan Manifesto Perancangan Sistem Kualiti Dokumen berkaitan Aktiviti Operasi dan Pengurusan Dokumen Terperinci mengenai Tugasan Rekod/Dokumen yang menjadi sokongan kepada Sistem Kualiti
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 21/71
4.2.1(a) Dasar dan Objektif Kualiti UiTM Cawangan Perak
Dasar dan Objektif Kualiti UiTM Cawangan Perak adalah berlandaskan Dasar
dan Objektif Kualiti UiTM. Sila rujuk 2.4 dan 2.5 untuk Dasar dan Objektif
Kualiti UiTM Cawangan Perak.
4.2.1(b) & 4.2.2(a) Manual Kualiti
Manual Kualiti adalah dokumen utama yang menjelaskan dasar dan
perancangan bagi penyediaan, pengendalian perkhidmatan pengajaran dan
pembelajaran Program di UiTM Cawangan Perak, penyelidikan, inovasi dan
pengkomersilan serta penglibatan dengan komuniti (community engagement).
Manual ini merupakan sumber rujukan utama bagi Sistem Pengurusan Kualiti
UiTM Cawangan Perak menurut ketetapan piawaian ISO 9001: 2008. Manual
Kualiti UiTM Cawangan Perak akan meliputi:
a) Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Perak
b) Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti UiTM Cawangan Perak
c) Rujukan kepada prosedur dan lain-lain dokumen sokongan
d) Huraian pertalian antara proses dalam Sistem Pengurusan Kualiti
UiTM Cawangan Perak. (rujuk 2.4 & 2.5)
*Nota : Dimasukkan dalam 2.4 & 2.5 supaya selari dengan misi dan visi)
4.2.1(c) & 4.2.2(b) Prosedur Kualiti
Prosedur Kualiti adalah dokumen yang menyatakan segala aktiviti pengurusan
dan operasi UiTM Cawangan Perak. Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan
Perak bertanggungjawab untuk menyedia dan melaksanakan prosedur ini
secara konsisten dan mengikut piawaian ISO 9001: 2008.
Sehubungan dengan itu, UiTM Cawangan Perak mewujudkan 11 Prosedur
Pengurusan dan 17 Prosedur Operasi (Rujuk Lampiran 3)
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 22/71
4.2.1(d) Dokumen Sokongan, Luaran dan Arahan Kerja
Dokumen Sokongan dan Luaran adalah dokumen yang dijadikan bahan
rujukan bagi pelaksanaan sesuatu proses. Dokumen-dokumen tersebut
mestilah disimpan dan diselenggarakan oleh UiTM Cawangan Perak sebagai
rujukan dan sokongan kepada Sistem Pengurusan Kualiti. Manakala Arahan
Kerja pula adalah dokumen yang menjelaskan proses kualiti khusus secara
terperinci dan diwujudkan mengikut keperluan aktiviti yang menyokong
sesuatu Prosedur Kualiti.
Dokumen Sokongan:
1. Visi & Misi UiTM
2. Visi & Misi UiTM Cawangan Perak
3. Dokumen OBE
4. Malaysian Qualifications Framework (MQF)
5. Code of Practice for Institutional Audit (COPIA)
6. Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA)
7. Dokumen Trans4U
4.2.3 Kawalan Dokumen
4.2.3.1 Kawalan Ke Atas Dokumen
a) Dokumen Kualiti yang perlu dikawal ialah Manual Kualiti,
Prosedur Kualiti, Arahan Kerja, Pelan Kualiti dan Dokumen
Sokongan meliputi bahan pengajaran dan pembelajaran,
penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan serta penglibatan
dengan komuniti (community engagement) yang diperlukan
serta garis panduan berkaitan. Dokumen ini perlu mendapat
kelulusan sebelum diedarkan mengikut keperluan ISO
9001:2008.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : MK. UiTM. KPK.01
NO. KELUARAN : 02
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 08/02/2017
MUKA SURAT : 23/71
b) Senarai Dokumen Induk Kualiti yang mengandungi semua
dokumen yang digunakan dalam Sistem Pengurusan Kualiti ini
hendaklah disediakan. Senarai berkenaan hendaklah dikemas
kini dari masa ke semasa apabila berlaku sesuatu perubahan
atau pindaan.
c) Semua dokumen akan diberikan kod rujukan identifikasi nombor
keluaran dan pindaan terkini serta menunjukkan tarikh keluaran
untuk memastikan salinan dokumen adalah jelas dan mudah
dikenalpasti. Pemegang Dokumen dan nombor salinan
dokumen dikenal pasti melalui Senarai Pemegang Dokumen
Terkawal.
d) Manual dan Prosedur Kualiti asal yang diluluskan akan
ditandakan di kulit luar sebagai ‘DOKUMEN INDUK’. Salinan
Dokumen Induk tidak akan membawa perkataan DOKUMEN
INDUK. Salinan yang diedarkan kepada Pengawal Dokumen