MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I) NO. KELUARAN : 04 NO. PINDAAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016 MUKA SURAT :1/71 KAWALAN DOKUMEN Dokumen Kualiti yang terkandung di dalam fail ini disediakan bagi memastikan pelaksanaan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran bagi Program Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Pascasiswazah penyelidikan, inovasi, pengkomersialan, perundingan dan jalinan komuniti (community engagement)di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), bagi memenuhi keperluan piawaian ISO 9001:2008, Engineering Accreditation Council (EAC) dan COPIA. Dokumen ini adalah TERKAWAL dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:- a) Diberi nombor kawalan tertentu dan dikemaskini apabila terdapat pindaan. b) Dipinda mana-mana bahagian atau keseluruhannya oleh Jawatankuasa Sistem Pengurusan Fakulti atau Wakil Pengurusan dengan kelulusan Dekan FKA atau seperti yang diputuskan di dalam Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan Fakulti FKA. c) Diselia dan diselenggara oleh Pengurus, Pengawal dan Pemegang Dokumen. Salinan-salinan Dokumen Kualiti akan diedarkan kepada pemegang Dokumen Kualiti yang ditetapkan oleh Dekan FKA.
71
Embed
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I) NO ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT :1/71
KAWALAN DOKUMEN
Dokumen Kualiti yang terkandung di dalam fail ini disediakan bagi memastikan pelaksanaan
perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran bagi Program Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah
Pascasiswazah penyelidikan, inovasi, pengkomersialan, perundingan dan jalinan komuniti
(community engagement)di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM),
bagi memenuhi keperluan piawaian ISO 9001:2008, Engineering Accreditation Council
(EAC) dan COPIA.
Dokumen ini adalah TERKAWAL dan tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:-
a) Diberi nombor kawalan tertentu dan dikemaskini apabila terdapat pindaan.
b) Dipinda mana-mana bahagian atau keseluruhannya oleh Jawatankuasa Sistem
Pengurusan Fakulti atau Wakil Pengurusan dengan kelulusan Dekan FKA atau seperti
yang diputuskan di dalam Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan Fakulti FKA.
c) Diselia dan diselenggara oleh Pengurus, Pengawal dan Pemegang Dokumen.
Salinan-salinan Dokumen Kualiti akan diedarkan kepada pemegang Dokumen Kualiti yang
ditetapkan oleh Dekan FKA.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT :1/71
TANGGUNGJAWAB PEMEGANG SALINAN DOKUMEN TERKAWAL
Adalah menjadi tanggungjawab Pemegang Dokumen Kualiti untuk memastikan salinan dokumen
ini sentiasa dikemaskini dengan memasukkan semua pindaan yang dinyatakan di dalam Rekod
Pindaan.
Dokumen ini diedarkan kepada staf yang terlibat dalam pengurusan Program Sarjana Muda dan
Pascasiswazah di FKA, Universiti Teknologi MARA (UiTM), atau staf yang diberi kebenaran oleh
Dekan FKA.Tanggungjawab Pemegang Dokumen Kualiti adalah seperti berikut:-
a) Mengaku terima dokumen ini dan menyimpannya dengan selamat dan baik.
b) Memasukkan halaman atau pindaan baharu supaya ia sentiasa berada dalam keadaan
kemaskini.
c) Memaklumkan sebarang pindaan kepada Ketua Unit Pengurusan Kualiti (KUPK).
d) Menanda dengan cop ”DIBATALKAN” pada halaman asal yang telah dipinda dan
diasingkan mengikut prosedur yang ditetapkan.
e) Mengembalikan dokumen ini kepada Dekan FKA ataupun Wakil Pengurusan atau
menyerahkannya kepada pengganti masing-masing sekiranya berlaku pertukaran jawatan
atau perpindahan.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT :1/71
SENARAI PENYEMAK DOKUMEN KUALITI FKA
BIL JAWATAN
1. Wakil Pengurusan
2. Pengurus Dokumen
3. Ketua Unit Pengurusan Kualiti
4. Timbalan Pendaftar
5. Ketua Pusat Pengajian
6. Koordinator Program
7. Pegawai IT
8. Penolong Jurutera
9. Penolong Pendaftar
10. Pensyarah
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT :1/71
REKOD PINDAAN
Adalah menjadi tanggungjawab Pemegang Dokumen ini untuk memastikan salinan dokumen
ini sentiasa dikemaskini dengan memasukkan semua pindaan-pindaan yang dinyatakan di
dalamnya
BIL MUKASURAT/ PERENGGAN
RINGKASAN KELULUSAN
TARIKH TANDATANGAN
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT :1/71
BAHAGIAN ISI KANDUNGAN MUKASURAT
1.0 PENGENALAN KEPADA MANUAL KUALITI ..................................................9
7.2 Proses Berkaitan Pelanggan ................................................................51
7.2.1 Penentuan Keperluan Yang Berkaitan Dengan Program...........51
7.2.2 Kaji Semula Keperluan Berkaitan Program ...............................52
7.2.3 Komunikasi Dengan Pelanggan ................................................53
7.3 Rekabentuk dan pembangunan Program .............................................54
7.3.1 Perancangan Rekabentuk dan Pembangunan Program............54
7.3.2 Input Rekabentuk dan Pembangunan Program .........................55
7.3.3 Hasil Rekabentuk dan Pembangunan Kurikulum Program ........55
7.3.4 Semakan ke atas Rekabentuk dan Pembangunan Kurikulum Program ………………………………………………………………………56
7.3.5 Verifikasi ke atas Rekabentuk dan Pembangunan Program ......57
7.3.6 Validasi ke atas Rekabentuk dan Pembangunan Kurikulum Program................................................................................................57
7.3.7 Kawalan ke atas Pindaan Rekabentuk dan Pembangunan Kurikulum Program…………………………………………………………...58
8.5.2 Tindakan Pembetulan ...............................................................70
8.5.3 Tindakan Pencegahan ..............................................................70
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 9/71
1.0 PENGENALAN KEPADA MANUAL KUALITI
1.1 Pendahuluan
Manual Kualiti ini adalah berdasarkan keperluan dokumentasi Perkara 4.2.2 ISO
9001: 2008, Code of Practice for Institutional Audit (2008)(COPIA)(Area 9) dan
Engineering Accreditation (EAC)(Criterion 5). Manual ini mengandungi Maklumat
Organisasi, Dasar Kualiti, Objektif Kualiti dan Prinsip Asas Jaminan Kualiti bagi
memberi perkhidmatan kepada pelanggan untuk membantu Fakulti Kejuruteraan
Awam (FKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke arah memenuhi keperluan
Standard/Piawaian ISO 9001: 2008, EAC dan COPIA.
Manual Kualiti ini disokong oleh 26 Prosedur Kualiti, yang terdiri daripada 9 Prosedur
Wajib, 11 Prosedur Akademik dan 6 Prosedur Pengurusan. Manual Kualiti ini juga
disokong dengan Arahan Kerja, Carta Aliran Proses dan Dokumen Sokongan yang
berkaitan dengannya. Dokumen Sokongan antara lain meliputi:
Akta Institut Teknologi MARA 173 dan pindaannya
Akta Institusi Pengajian Tinggi (Tatatertib) 1976, Akta 174
Peraturan Akademik (Pindaan 2013)
Arahan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan
Arahan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan
Pelan Perancangan Strategik Fakulti
Buku Panduan Staf
Code of Practice for Programme Accreditation (2009)(COPPA)
Code of Practice for Institutional Audit (2008)(COPIA)
Engineering Accreditation Manual (EAC) 2012
International Engineering Alliance (IEA) Graduate Attributes and
Professional Competencies version 3 : 21 June 2013
Quality Assurance & Enhancement Policy (2014)
Polisi Penilaian Akademik Pelajar UiTM (2015)
Dasar Plagiarisma UiTM (2012)
Kod Etika Pensyarah
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 10/71
1.2 Tujuan
Manual Kualiti ini adalah bertujuan untuk:-
a) Menerangkan maklumat am mengenai Fakulti Kejuruteraan Awam
(FKA); yang mana selepas ini dirujuk sebagai FKA.
b) Menjelaskan secara ringkas Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)yang
berlandaskanpiawaian ISO 9001:2008, COPIA dalam pengajaran dan
pembelajaran semua peringkat dan mod pengajian dan EAC bagi program
Sarjana Mudayang ditawarkan oleh FKAyang manaselepas ini dirujuk sebagai
Program;
c) Menjelaskan secara ringkas Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang
berlandaskan piawaian ISO 9001:2008 dan COPIA dalam penyelidikan,
inovasi, pengkormesialan, perundingan dan jalinan komuniti yang
dilaksanakan oleh staf dan pelajar FKA yang mana selepas ini dirujuk sebagai
Aktiviti Teras ;
d) Menggariskan dasar dan prinsip jaminan kualiti bagi setiap aktiviti berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran Program, aktiviti penyelidikan, inovasi,
pengkomersialan dan jalinan komuniti yang dilaksanakan dalam memenuhi
keperluan ISO 9001: 2008; dan
e) Menjelaskan proses yang dijalankan serta batasan aplikasi dalam memenuhi
keperluan ISO 9001: 2008, COPIA dan EAC.
1.3 Kandungan Manual
Manual ini mengandungi lapan (8) bahagian yang meliputi perkara-perkara berikut:
Bahagian 1 - Pengenalan Kepada Manual Kualiti
Bahagian 2 - Maklumat Organisasi
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 11/71
Bahagian 3 - Skop Sistem Pengurusan Kualiti
Bahagian 4 - Keperluan Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti
Bahagian 5 - Tanggungjawab Pengurusan
Bahagian 6 - Pengurusan Sumber
Bahagian 7 - Pengzahiran Produk
Bahagian 8 - Pengukuran, Analisis dan Penambahbaikan Sistem
Pengurusan Kualiti
1.4 Penyediaan, Penguatkuasaan dan Capaian
Manual Kualiti ini hanya terpakai dan berkuatkuasa setelah diluluskan dan
ditandatangani oleh Dekan.Manual Kualiti ini adalah Dokumen Terkawal yang diselia
dan diselenggara oleh Pengurus/Pengawal Dokumen.Manual Kualiti ini dikemaskini
mengikut arahan pengemaskinian yang dikeluarkan oleh Dekanatau Wakil
Pengurusan atau Ketua Unit Pengurusan Kualiti dari masa ke semasa.
1.5 Penyelarasan Pindaan
Pengurus/Pengawal Dokumen bertanggungjawab untuk menyelaraskan pindaan ke
atas manual ini seperti mana keperluan Seksyen 4.2.3. Mana-mana bahagian
daripada dokumen ini tidak boleh dikeluarkan atau dipinda tanpa kebenaran pihak
yang meluluskan dokumen ini.
2.0 MAKLUMAT ORGANISASI
2.1 Sejarah dan Latarbelakang
Jabatan Kejuruteraan Awam, Kajian Kejuruteraan telah ditubuhkan pada
tahun 1967 dan bertempat di Jalan Othman, Petaling Jaya. Fungsi penubuhan
ialah untuk memberi pendidikan dan latihan profesional dan separa
profesional kepada pelajar Bumiputera dalam bidang Kejuruteraan Awam.
Sehingga hari ini, Jabatan telah banyak berubah. Sejarah jabatan bermula
dengan pengambilan 12 pelajar kumpulan pertama pada bulan Julai 1968
untuk mengikuti kursus A-Level.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 12/71
Pada tahun 1970, Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengambil pelajar
kumpulan pertama mengikuti kursus Diploma Lanjutan Kejuruteraan Awam.
Pada masa itu, latihan makmal dilakukan di Universiti Malaya sementara
pengajar pula adalah terdiri daripada pensyarah dari universiti yang sama dan
juga dari ‘Australian Volunteers’, pensyarah kontrak dari United Kingdom,
Amerika, India dan beberapa negara lain. Pada tahun 1973, Kajian
Kejuruteraan telah berpindah ke Shah Alam dengan peralatan makmalnya
dibiayai oleh pihak Kerajaan British.
Pada bulan Julai 1974, Jabatan mula mengelolakan kursus Diploma
Kejuruteraan Awam dan Diploma Lanjutan Kejuruteraan Awam yang
dijalankan serentak dalam bentuk sistem dua peringkat (Two-Tier System).
Peringkat pertama mengandungi 6 semester yang memakan masa selama 3
tahun di mana para lulusan dianugerahkan dengan Diploma Kejuruteraan
Awam. Peringkat kedua pula mengandungi lima (5) semester, iaitu tambahan
selama 2½ tahun pengajian. Di akhir peringkat ini, para lulusan
dianugerahkan dengan Diploma Lanjutan Kejuruteraan Awam yang telah
diiktiraf oleh kerajaan sebagai setaraf dengan Program Sarjana Muda
(Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan Awam. Pengiktirafan ini dibuat pada
bulan Disember 1974. Diploma Lanjutan juga telah diiktiraf oleh Institusi
Jurutera Malaysia (IEM) di mana pemegangnya boleh menjadi ‘Graduate
Member’ institusi tersebut. Dalam tahun itu juga, sistem Purata Nilai Gred
(PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) diperkenalkan di Jabatan.
Dengan penyusunan semula struktur ITM, Kajian Kejuruteraan telah
dipisahkan kepada tiga fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti
Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal pada 1 Ogos 1996.
Apabila UiTM dinaiktaraf kepada universiti pada Ogos 1999, halatuju Fakulti
Kejuruteraan Awam berubah selari dengan status UiTM sebagai sebuah
universiti. Perancangan Strategik Transformasi Fakulti Kejuruteraan Awam ke
arah Fakulti yang unggul disediakan dengan memberi tumpuan kepada
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 13/71
mewujudkan ‘niche’, memperkenalkan konsep mesra pelajar, kecemerlangan
penyelidikan dan perundingan serta menekankan tahap pengurusan yang
efisyen dan berdikari.
Manakala itu, Institut Pengajian Siswazah (IPSiS), Universiti Teknologi MARA
telah ditubuhkan pada bulan April 1997, dengan tujuan untuk mengukuhkan
program siswazah Universiti. Objektifnya adalah seperti berikut:
i. Memberi peluang kepada siswazah yang berminat untuk melanjutkan
pelajaran mereka di tahap Sarjana dan Doktor Falsafah.
ii. Beroperasi sebagai pusat induk pendidikan siswazah di peringkat
universiti
iii. Bertanggungjawab bagi pelaksanaan, pengurusan dan pentadbiran
keseluruhan pengajian siswazah
iv. Menyelaras dan merangka dasar kemasukkan dan peraturan akademik
v. Menyediakan sokongan untuk memudahkan penyelidikan dan
pembelajaran
Dua (2) program pascasiswazah secara penyelidikan dan empat (4) Program Sarjana
secara kerjakursus telah diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Pendidikan Tinggi
(JPT) pada 22 Julai 2005 dan ditawarkan bermula pada sesi kemasukan Julai 2005.
Lanjutan itu, Rangka Rancangan Jangka Panjang (2001–2010) juga dirangka
mengikut Dasar Pembangunan Nasional (DPN:1991–2010) yang berteraskan
pembangunan seimbang di mana DPN menumpukan ke arah penyertaan Bumiputera
dalam pelbagai bidang pada kadar yang lebih seimbang serta meningkatkan kualiti
penyertaannya. Oleh itu, Pelan Perancangan Strategik Fakulti Kejuruteraan Awam
2006-2010 merangka mekanisma untuk meningkatkan kadar penyertaan Bumiputera
dalam bidang Kejuruteraan Awam agar nisbah graduan jurutera Bumiputera yang
berilmu, cekap dan berdayasaing akan dihasilkan bagi mengimbangi keperluan
Negara. Enrolmen pelajar untuk program pascasiswazah secara kursus, penyelidikan
bermula dari tahun 2008. Tahun 2015, UiTM telah memperkenalkan program
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 14/71
Transformasi dimana FKA beroperasi berdasarkan Kerangka RMKe-11 UiTM (2016-
2020) yang telah menetapkan hala strategik ke arah Universiti Keushawanan
Berintensifkan penyelidikan, berlandaskan graduan dinamik, pendidikan tinggi
berkualiti dan aksebiliti kearah Universiti Tersohor. UiTM telah menetapkan lapan (8)
Key Perfomance Index (KPI)nya yang akan dipenuhi oleh FKA iaitu :
a. KPI 1 : Peratus siswazah UiTM yang telah mendapat pekerjaan
semasa konvokesyen.
b. KPI 2 : Peratus siswazah UiTM yang telah bekerja sendiri semasa
konvokesysen.
c. KPI 3 : Peratus pelajar bergraduat dalam tempoh
Sarjana Muda dan Diploma
Sarjana
PhD
d. KPI 4 : Indeks Pendidikan Tinggi berkualiti (i-UiTM)
e. KPI 5 : Skor myRA bagi fakulti di UiTM Selangor
Jumlah penerbitan dalam jurnal berindeks per
pensyarah
Bilangan sitasi per pensyarah secara kumulatif dalam
tempoh 5 tahun kebelakang
Enrolmen pelajar antarabangsa peringkat
pascasiswazah
f. KPI 6 : Peratus belanja mengurus yang dibiayai oleh pendapatan
dalaman yang dijana universiti.
g. KPI 7 : Enrolmen pelajar
Sepenuh Masa
Separuh Masa
h. KPI 8 : Kadar keciciran pelajar
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 15/71
2.2 Visi
Visi FKA adalah “Menjadikan Fakulti Kejuruteraan Awam sebuah universiti
unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi
menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf
dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika”.
2.3 Misi
Misi FKA adalah”Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera
dalam Kejuruteraan Awam bidang menerusi penyampaian program
profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang
berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan”.
2.4 Dasar Kualiti
Dasar kualiti yang digunapakai FKA adalah seperti berikut:
Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) komited untuk menyediakan program
Diploma, Program Sarjana Muda, Sarjana & Doktor Falsafah dalam bidang
Kejuruteraan Awam yang berkualiti yang memenuhi keperluan EAC dan
COPIA bagi menghasilkan graduan yang bertaraf antarabangsa dan
sentiasa memenuhi keperluan pelanggan.
FKA akan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti yang cekap, berkesan
dan sentiasa melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dalam
menghasilkan graduan berciri holistik, pensyarah berkualiti tinggi
menghasilkan penyelidikan yang boleh dikomersilkan, penerbitan
berimpak, khidmat perundingan dan jalinan komuniti kearah menjadi
sebuah organisasi unggul.
Pihak pengurusan atasan FKA mewujudkan Dasar Kualiti yang:
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 16/71
a) Bersesuaian dengan hala tuju dan matlamat FKA dan bersesuaian
dengan objektif kualiti FKA.
b) Merangkumi komitmen untuk mematuhi dan memenuhi keperluan
EAC, COPIA, pelanggan dan meningkatkan prestasi pengurusan
kualiti, sistem akademik, penyelidikan, inovasi, jalinan komuniti dan
masyarakat dari semasa ke semasa.
c) Dikawal, disemak dan dikaji semula (sekiranya perlu) bagi jaminan
kualiti yang berterusan bagi perkhidmatan yang disediakan.
d) Menjadi asas dalam mewujudkan dan mengkaji semula Objektif
Kualiti.
2.5 Objektif Kualiti
Objektif kualiti FKA adalah seperti berikut;
Objektif Kualiti 1:
Mencapai kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan:
i. Memastikan sekurang-kurangnya 89% pelajar sepenuh masa
sarjana muda bergraduat dalam tempoh menjelang tahun 2020.
ii. Memastikan kadar kebolehpasaran siswazah sarjana muda
melebihi 80%.
iii. Memastikan sekurang-kurangnya 80% pelajar sepenuh masa
sarjana kerja kursus dan 20% sarjana penyelidikan bergraduat
dalam tempoh menjelang 2020.
iv. Memastikan sekurang-kurangnya 60 graduan PhD dan sarjana
penyelidikan menjelang 2020.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 17/71
Objektif Kualiti 2:
Memastikan kriteria pengiktirafan program dipenuhi dengan:
i. Memastikan 100% bilangan tenaga pengajar berelayakan PhD
atau Profesional menjelang tahun 2020.
ii. Memastikan semua kurikulum program sarjana muda disemak
sekurang-kurangnya setiap 5 tahun.
Objektif Kualiti 3:
Mencapai enrolmen 7,000 pelajar (sepenuh masa dan separuh masa)
menjelang 2020.
Objektif Kualiti 4:
Meningkatkan kesarjanaan dan kepakaran dengan:-
i. Memastikan 100% pensyarah terlibat dalam
penyelidikan/perundingan menjelang tahun 2020.
ii. Memastikan geran penyelidikan mencapai RM 10 juta menjelang
tahun 2020.
iii. Memastikan 30% staf akademik memperolehi kelayakan
professional menjelang tahun 2020.
iv. Memastikan lima (5) orang staf akademik telah menjalani
sangkutan industri pada tahun 2020.
v. Memastikan dua (2) aktiviti jalinan komuniti yang berimpak setiap
tahun.
Objektif Kualiti 5:
Memastikan kecemerlangan dalam pemindahan pengetahuan dan
pengkomersilan hasil penyelidikan dengan:-
i. Memastikan bilangan penerbitan jurnal berimpak faktor mencapai
1500 menjelang tahun 2020.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 18/71
ii. Memastikan pengkomersilan sekurang-kurangnya satu 91) produk
hasil penyelidikan menjelang tahun 2020.
2.6 Keberhasilan Program (Programme Outcomes)
Keberhasilan program pendidikan (Programme Educational Outcomes (PEO) dan
keberhasilan program (Programme Outcomes (PO)) bagi dua tahap program FKA
adalah seperti berikut :
2.6.1 Program Sarjana Muda
Keberhasilan program pendidikan (Programme Educational Outcomes (PEO))
mengikut piawaian EAC dan COPIA bagi program Sarjana Muda adalah
graduan yang dikeluarkan oleh FKA memiliki cirri seperti berikut :
PEO 1 Demonstrate a high level of competency in their engineering practices within the global boundaries.
PEO 2 Practice the engineering profession based on sound principles and ethics with consideration of sustainability.
PEO 3 Demonstrate communication and leadership skills thus (while) recognising the need for life-long learning for successful career development.
Manakala keberhasilan program (PO) adalah seperti berikut :
PO1 Apply knowledge ofmathematics, natural science, engineering fundamentals and an engineering specialization as specified in WK1 to WK4 respectively to the solution of complex engineering problems.
PO2 Identify, formulate, research literature and analyse complex civil engineering problems reaching substantiated conclusions using first principles of mathematics, natural sciences and engineering sciences.
PO3 Design solutions for complex civil engineering problems and design systems, components or processes that meet specified needs with appropriate with consideration for public health and safety, cultural, societal
PO4 Conduct investigations of complex problems using research-based knowledge (WK8) and research methods including design of experiments, analysis and interpretation of data, and synthesis of information to provide valid conclusions.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 19/71
PO5 Create, select and apply appropriate techniques,resources,and modern engineering and It tools, including prediction and modelling, to complex civil engineering problems,with an understanding (WK6).
PO6 Apply reasoning informed by contextual knowledge to assess societal,health, safety, legal and cultural issues and the consequent responsibilities relevant to professional engineering practice and solutions to complex engineering problems (WK7).
PO7 Understand and evaluate the sustainability and impact of professional engineering work in the solution of complex engineering problems in societal and environmental contexts (WK7).
PO8 Apply ethical principles and commit to professional ethics and responsibilities and norms of engineering practice (WK7).
PO9 Function effectively as an individual, and as a member or leader in diverse teams and in multi-disciplinary settings.
PO10 Communicate effectively on complex engineering activities with the engineering community andwith society at large,such as beingable to comprehend and write effective reports and design documentation, make effective presentation, and give and receive clear instructions.
PO11 Demonstrate knowledge and understanding of engineering management principles andeconomic decision-making and apply these to one’s own work,as a member andleader ina team, to manage projects and in multidisciplinary environments.
PO12 Recognise the need for,and havethe preparation and ability to engage in independent and life-long learning in the broadest context of technological change.
2.6.2 Program Pascasiswazah
Jadual di bawah menunjukkan satu contoh keberhasilan program pendidikan
(PEO) dan PO bagi satu bidang program pascasiswazah secara kerja kursus
FKA.
PEOs
PEO1 Capable highway engineers who can push the frontiers by applying the advanced principles of science and engineering.
PEO2 Capable highway engineers with leadership and innovative abilities.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 20/71
PEO3 Capable highway engineers who can accomplish outstanding achievements through a cohesive team of industry players and organisations.
POs
PO1 Enhanced ability to apply advanced knowledge of mathematics, sciences, engineering and technology.
PO2 Enhanced ability to solve highway engineering problem through independent research.
PO3 Enhanced ability to think critically and evaluate problems scientifically.
PO4 Enhanced ability to communicate effectively in highway engineering solutions to multi disciplinary teams.
PO5 Enhanced ability to solve complex highway engineering problems through team work.
PO6 Enhanced ability to make ethically informed decision with limited resources, considering impact on society, environment and economy.
PO7 Enhanced ability to effectively manage information and engage in life-long learning.
PO8 Enhanced ability to apply managerial and entrepreneurial skills in highway engineering projects.
PO9 Enhanced ability to establish a leadership role through a high degree of autonomy with innovation.
2.7 Carta Organisasi FKA
Fakulti Kejuruteraan Awam diterajui oleh Dekan dan dibantu oleh tiga (3)
Timbalan Dekan iaitu Timbalan Dekan Akademik, Timbalan Dekan
Penyelidikan & Jaringan Industri dan Alumni, Timbalan Dekan Hal Ehwal
Pelajar. Lima (5) orang Ketua Pusat Pengajian (KPP), lima (5) orang
Koordinator Program (KP), seorang (1) Ketua Unit Pengurusan Kualiti,
seorang (1) Timbalan Pendaftar dan dua (2) orang Penolong Pendaftar.
Carta Organisasi adalah seperti di Lampiran 1.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 21/71
Fakulti Kejuruteraan Awam Shah Alam menawarkan sepuluh (10) program di
pelbagai peringkat iaitu:
(i) EC220 – Sarjana Muda Kejuruteran (Kepujian) Awam (B. Eng)
(ii) EC701 – Sarjana Kejuruteraan Awam (MSc. ) (Struktur)
(iii) EC702 – Sarjana Kejuruteraan Awam (MSc. ) (Geoteknik)
(iv) EC703 – Sarjana Kejuruteraan Awam (MSc. ) (Sumber Air)
(v) EC704 – Sarjana Kejuruteraan Awam (MSc.) (Kejuruteraan
Alam Sekitar)
(vi) EC705 – Sarjana Kejuruteraan Awam (MSc. ) (Pembinaan)
(vii) EC706 – Sarjana Kejuruteraan Awam (MSc.) (Lebuhraya)
(viii) EC708 – Sarjana Kejururteraan Awam (MSc.) (Gempa Bumi)
(ix) EC750 – Sarjana Kejuruteran Awam (MSc.)
(x) EC950 – Doktor Falsafah Kejuruteran Awam (Ph.D)
2.8 Definisi
Pelanggan boleh dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu:-
a) Pelanggan
Pelanggan boleh dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu :
i) Pelanggan misi
Ibubapa/Penjaga, Penaja Pelajar, Kementerian Pendidikan Tinggi,
Lembaga Pengarah Universiti, UiTM dan Industri.
ii) Pelanggan proses
a. Pengajaran & pembelajaran: Pelajar yang mengikuti Program di
fakulti, pensyarah, pentadbir akademik dan professional dan staf
sokongan;
PENOLONG PENDAFTAR FUNGSI 1. Pengurusan sumber manusia 2. Pemantauan latihan
staf 3. Pemantuan fasiliti
fakulti 4. Urusetia lawatan
fakulti 5. Pengurusan kewangan
fakulti 6. Pengurusan
pembelian & pembayaran fakulti 7. Urusan cuti belajar
PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT • Membantu
perlaksanaan e-learning.
• Membantu pengendalian laman web fakulti dengan mengemaskini maklumat
• Membantu perkembangan penggunaan IT di
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 22/71
b. Penyelidikan, perundingan & pengkomersilan: Pensyarah,
penyelidik, pegawai penyelidik dan pembantu penyelidik, pentadbir
akademik dan profesional, dan staf sokongan;
c. Jaringan industry & masyarakat: staf (akademik dan bukan
akademik) dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti jaringan industri,
masyarakat dan alumni, pentadbir akademik dan profesional, staf
sokongan.
Pensyarah ialah staf yang memberi perkhidmatan pengajaran dan
pembelajaran, penyelidik, pentadbir akademik, dan pensyarah
profesional.
Pentadbir akademik ialah staf akademik yang memegang jawatan
pentadbiran di universiti di samping melaksanakan tugas hakiki
sebagai pensyarah.
iii) Pelanggan dalaman
Staf yang berkhidmat di fakulti/cawangan/pusat. iv) Pelanggan luar Universiti, Industri, Agensi Kerajaan, masyarakat (komuniti termasuk
alumni) dan lain-lain.
b) Produk
i) Pengajaran dan Pembelajaran
Produk akhir dari proses perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran
ini adalah graduan, iaitu pelajar yang tamat program. Produk
sampingan yang lain termasuklah pelan pengajian, fail kursus dan
bahan pengajaran, kertas soalan peperiksaan yang disediakan, tesis
penyelidikan, serta hasil dari setiap proses pengajaran dan
audit, penilaian kendiri, laporan pemeriksa luar dan keputusan
peperiksan).
ii) Penyelidikan, pengkomersilan danperundingan
Produk akhir dari proses penyelidikan ialah hasil penyelidikan dan
pensyarah yang berkepakaran di dalam bidang tujahan (niche)
masing-masing. Produk sampingan penyelidikan ialah bakat
(graduan pascasiswazah, pembantu penyelidik pascasiswazah dan
bukan siswazah), penulisan dan penerbitan serta pengkomersilan
produk/teknologi, hasil royalti, pelesenan harta intelek seperti hak
cipta, paten, rekabentuk industri serta syarikat ‘spin-off’ juga turut
terhasil.
Produk akhir dari proses perundingan ialah perkhidmatan yang diberi,
masalah yang diselesaikan serta penjanaan pendapatan dari industri.
Produk sampingan perundingan ialah peningkatan kepakaran
pensyarah, pengiktirafan kepakaran pensyarah oleh industri dan
peningkatan reputasi dan kredibiliti universiti.
iii) Jaringan industri dan masyarakat (komuniti)
Produk akhir dari proses jaringan industri, masyarakat (komuniti) dan
alumni ialah pelajar/pensyarah yang tamat menjalani latihan industri,
sukarelawan, aktiviti kesukarelawanan, laporan latihan praktik/industri,
laporan aktiviti bersama industri, laporan aktiviti kemasyarakatan,
MOU/MOA, tajaan, ‘endowment’, dan masalah yang diselesaikan.
Produk sampingan ialah jalinan dan hubungan baik dan kerjasama
antara UiTM dengan pihak industri, masyarakat dan alumni.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 24/71
c) Program
Program Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran yang dijalankan di FKA
secara sepenuh/separuh masa.
d) Staf FKA
Staf FKA terdiri daripada staf akademik, staf pentadbiran, pegawai penyelidik,
penolong pegawai penyelidik, penolong pegawai ICT, pembantu penyelidik
dan penolong jurutera.
e) Pengurusan Atasan
Pengurusan atasan terdiri daripada Dekan, Timbalan-timbalan Dekan dan
Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar.
f) Wakil Pengurusan
Wakil Pengurusan adalah salah seorang dari staf Pengurusan Atasan Fakulti
yang dilantik oleh Dekan untuk memastikan proses pembangunan,
pelaksanaan, dan penyelenggaraan Sistem Pengurusan Kualiti FKA selaras
dengan keperluan ISO 9001: 2008, COPIA dan EAC. Wakil Pengurusan
Fakulti adalah Timbalan Dekan (Akademik).
g) Ketua Unit Kualiti
Staf yang dilantik oleh Dekan bagi merancang dan memantau pelaksanaan
aktiviti dan inisiatif penambahbaikan kualiti yang menyokong dan
memantapkan Sistem Pengurusan Kualiti di FKA sepertimana yang
dinyatakan dalam Dasar Jaminan & Pengukuhan Kualiti.
h) Pengawal Dokumen
Pengawal Dokumen adalah terdiri dari Penolong Pendaftar
Akademik/Pentadbiran sepertimana yang dinyatakan dalam Dasar Jaminan &
Pengukuhan Kualiti UiTM yang bertanggungjawab untuk menyelia dan
menyelenggara dokumen kualiti SPK FKA.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 25/71
2.9 Singkatan
UiTM - Universiti Teknologi MARA
FKA - Fakulti Kejuruteraan Awam
MQA - Malaysian Qualifications Agency
COPIA - Code of Practice for Institutional Audit
COPPA - Code of Practice for Programme Accreditation
EAC - Engineering Accreditation Council (EAC)
CSPI - Centre for Strategic Planning
ICRESS - Integrated Course Registration & Scheduling System
OBE - Outcome-based Education
KPM - Kementerian Pengajian Tinggi
MQF - Malaysian Qualifications Framework
WP - Wakil Pengurusan
SPK - Sistem Pengurusan Kualiti
JAF - Jawatankuasa Akademik Fakulti
JAN - Jawatankuasa Akademik Negeri
MKSP - Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan
LPU - Lembaga Pengarah Universiti
KUPK - Ketua Unit Pengurusan Kualiti
UCTC - Pusat Transformasi Komuniti Universiti, UiTM
IRMI - Instituteof Research management and Innovation
RMC - Research Management centre
RIBU - Research Innovation Business Unit
3.0 SKOP SISTEM PENGURUSAN KUALITI
3.1 Skop Pelaksanaan
Skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti FKA adalah meliputi penyediaan
perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran bagi program Ijazah Sarjana Muda,
Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran di FKA, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di
Shah Alam, Kampus Selangor.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 26/71
Skop perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti FKA juga merangkumi aktiviti
penyelidikan, inovasi, pengkomersilan dan jalinan komuniti yang dilaksanakan oleh
staf dan pelajar FKA
3.2 Aktiviti Teras Proses
Terdapat aktiviti teras bagi proses pengajaran dan pembelajaran di FKA. Aktiviti teras
adalah seperti berikut;
i) Proses pengajaran dan pembelajaran di FKA adalah berdasarkan sistem
”Outcome-based Education” atau OBE seperti yang ditetapkan oleh EAC dan
MQA;
ii) Proses permohonan geran dan melaksanakan kerja penyelidikan;
iii) Proses melaksanakan aktiviti berkaitan inovasi dan pengkomersialan; dan
iv) Proses melaksanakan aktiviti berkaitan jalinan komuniti (community
engagement)
3.2.1 Rekabentuk dan Semakan Program
Rekabentuk program baru dan sediaada adalah proses pembangunan
berasaskan panduan dan ketetapan KPT, MQA, Badan Profesional, iaitu EAC
dan UiTM. FKA mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
rekabentukdan pembangunan kurikulum program baru serta semakan semula
bagi program sediaada, verifikasi dan validasi setiap rekabentuk dan peringkat
pembangunan program yang bersesuaian
3.2.2 Pendaftaran Program
Pendaftaran program adalah proses pendaftaran kemasukan pelajar ke
program akademik fakulti. Selepas mendaftar, pelajar dikehendaki mengikuti
taklimat untuk diberi peneranganmengenai peraturan serta keperluan program
akademik dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 27/71
3.2.3 Pendaftaran Kursus
Pendaftaran kursus ialah proses pendaftaran kursus oleh pelajar mengikut
Pelan Pengajian program yang ditetapkan oleh Senat pada semester
berkenaan secara atas talian (on-line). Penentuan kursus yang akan
ditawarkan disediakan sebelum semester bermula. Ini adalah untuk
merancang penjadualan aktiviti akademik dan keperluan fasiliti pembelajaran
dan pengajaran berdasarkan kepada bilangan pelajar berdaftar.
3.2.4 Pengendalian Pengajaran dan Pembelajaran
Pengajaran topik-topik dibuat berpandukan kepada Maklumat Kursus (Course
Information) dan Skima Kerja (Scheme of Work). Kelas dijadualkan
menggunakan sistem ICRESS sebelum semester bermula dan kawalan dari
segi penyelarasan dilakukan melalui sistem pelantikan Pakar Rujuk (Resource
Person) bagi setiap kod kursus.
3.2.5 Penilaian
Bagi program Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana secara kerja kursus, penilaian
dilakukan berdasarkan kerja kursus, latihan praktik, projek dan peperiksaan
akhir semester. Manakakala untuk program Ijazah Sarjana penyelidikan dan
program Ijazah Kedoktoran, pelajar dinilai melalui beberapa siri penilaian oleh
penilai dalaman FKA yang dilantik oleh Dekan. Penilaian akhir tesis dibuat
secara lisan viva voce oleh Pemeriksa Dalam juga Pemeriksa Luar.
Penilaiandilakukan secara berkala tetapi berterusan menurut kaedah yang
ditentukan oleh fakulti tertakluk kepada kelulusan Senat.
3.2.6 Pengendalian Penilaian
Hasil pembelajaran pelajar (Student’s Learning Outcomes) dinilai mengikut
kriteria yang ditetapkan dan direkod serta disahkan. Pemantauan
dilaksanakan untuk mendokumen dan melaporkan status kemajuan pelajar
untuk tujuan penganugerahan ijazah.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 28/71
3.2.7 Pengurusan Keputusan
Proses ini melibatkan pemarkahan, penggredan, pengumpulan dan
pembetulan keputusan. Hebahan markah kepada pelajar dibuatsetelah
kelulusan Senat diperolehi.
3.2.8 Pengijazahan
Semua pelajar yang telah memenuhi syarat penganugerahan akan
dianugerahkanIjazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran
setelah diperakukan oleh Senat.
3.2.9 Perolehan geran dan pelaksanaan penyelidikan
Rujuk pada garis panduan Research Management Centre (RMC)
(rmc.uitm.edu.my).
3.2.10 Inovasi dan pengkomersilan
Rujuk pada garis panduan Research Innovation Business Unit (RIBU)
(ribu.uitm.edu.my).
3.2.11 Perundingan
Rujuk pada garis panduan RMC (rmiconsultancy.uitm.edu.my).
3.2.12 Jalinan Komuniti
Rujuk pada garis panduan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
(uctc.uitm.edu.my).
3.2.13 Latihan Industri/Professional
Rujuk pada garispanduan Pengurusan Skim Latihan Industri/Profesional
Untuk Industri dan Pensyarah FKA yang akan menjalani Latihan Industri yang
telah diluluskan di Mesyuarat Pengurusan bertarikh 3 Mac 2016. Sila Rujuk
Prosedur Pengendalian dan Latihan Industri (SPK.UiTM.FKA.(A)06) bagi
penempatan pelajar menjalani Latihan Industri.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 29/71
4.0 SISTEM PENGURUSAN KUALITI
4.1 Keperluan Am
Sistem Pengurusan Kualiti FKA diwujudkan bagi memastikan satu Sistem
Pengurusan Kualiti dapat dibentuk, didokumen, dilaksana dan diselenggara dengan
cekap dan berkesan yang juga merangkumipenambahbaikan berterusan yang
berkesan selaras dengan kehendak pelanggan dan keperluan piawaian ISO
9001:2008, COPIA dan EAC. Pengurusan Atasan FKA akan:-
a. Mengenalpasti proses yang diperlukan dalam Sistem Pengurusan Kualiti dan
perlaksanaannya di fakulti;
b. Menentukan turutan dan hubungkait di antara proses;
d. Menentukan kriteria dan kaedah yang diperlukan bagi menilai operasi dan
kawalan yang berkesan ke atas proses;
e. Memastikan terdapat sumber dan maklumat yang diperlukan bagi menyokong
operasi dan pemantauan proses termasuk proses khidmat luar (outsourced);
e. Memantau, mengukur (di mana perlu) dan menganalisa proses;dan
f. Melaksanakan tindakan-tindakan yang perlu untuk mencapai keputusan yang
telah dirancang dan penambahbaikan berterusan ke atas proses.
Proses-proses yang diperlukan dalam Sistem Pengurusan Kualiti telah dikenalpasti
mengikut turutan dan hubungkait di antara mereka seperti yang ditunjukkan oleh
Rajah 1. menunjukkan pelan pengzahiran produk FKA.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 30/71
Produk
Penambahbaikan Berterusan Sistem Pengurusan Kualiti
Input Output
Rajah 1a : Hubungkait dan Turutan Proses-proses SPK FKA
Lampiran 2 menunjukkan perincian Pengzahiran Produk FKA.
Tanggungjawab Pengurusan
Kaji Semula Pengurusan
Tindakan Pembetulan
Tindakan Pencegahan
Kawalan Dokumen
Kawalan Rekod
Pengurusan Sumber
Pengurusan Latihan & Kompetensi
Perolehan Khidmat & Bahan
Pengurusan Storan
Penyelenggaraan Ruang
Pengukuran, Analisa dan Penambahbaikan
Audit Dalaman
Produk tidak Memenuhi Spesifikasi
Maklumbalas & Kepuasan Pelanggan
Penzahiran Produk
Rekabentuk & Semakan Program
Pendaftaran Pelajar
Pendaftaran Kursus
Pengendalian Program
Pengurusan Peperiksaan
Pengurusan Keputusan
Pengijazahan
Penyelidikan
Inovasi’
Pengkomersilan
Perundingan
Jalinan komuniti
K E P U A S A N
P E L A N G G A N
K E P E R L U A N
P E L A N G G A N
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 31/71
4.2 Keperluan Dokumentasi
Dokumentasi proses pengurusan dan operasi sistem kualiti yang merangkumi
penyediaan dan pengendalian pengajaran dan pembelajaran program yang
ditawarkan di FKA adalah perlu bagi mengenalpasti, memahami dan memenuhi
kehendak pelanggan.
4.2.1 Am
Sistem dokumentasi merangkumi penyataan Dasar Kualiti, Objektif Kualiti,
prosedur-prosedur dan rekod-rekod yang ditetapkan oleh piawaian ISO
9001:2008.Ianya bertujuan untuk memastikan perancangan, operasi dan
kawalan proses adalah berkesan. Struktur Dokumentasi Sistem Pengurusan
Kualiti FKA adalah berasaskan kepada Rajah 2 di bawah:
Manual Kualiti
(Dasar, Objektif)
Prosedur Kualiti (Pengurusan & Operasi)
Dokumen Sokongan
Arahan Kerja,Carta Aliran Senarai Semak, Dokumen Luar
Rekod Kualiti Borang
Rajah 2 :Struktur Dokumentasi ISO 9001:2008 FKA
TANGGUNGJAWAB
Dekan, Timbalan Dekan, Timbalan Pendaftar, Wakil Pengurusan
Ketua Pusat Pengajian, Koordinator Kursus, Koordinator, Penyelaras, Staf Akademik
Timbalan Pendaftar,
Penolong Pendaftar, Ketua Pusat Pengajian, Koordinator Kursus, Penyelaras, Pegawai Eksekutif Pensyarah, Pembantu Tadbir
PENERANGAN Dasar,Objektif dan
Manifesto Perancangan Sistem Kualiti Dokumen berkaitan Aktiviti Operasi dan Pengurusan Dokumen Terperinci mengenai Tugasan Rekod/Dokumen yang menjadi sokongan kepada Sistem Kualiti
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 32/71
4.2.1(a) Dasar dan Objektif Kualiti
Dasar dan Objektif Kualiti FKA adalah berlandaskan Dasar dan Objektif Kualiti
UiTM. Sila rujuk Seksyen 2.4 dan 2.5 untuk Dasar dan Objektif Kualiti FKA.
4.2.1(b) & 4.2.2(a) Manual Kualiti
Manual Kualiti adalah dokumen utama yang menjelaskan dasar dan
perancangan bagi penyediaan, pengendalian perkhidmatan pengajaran dan
pembelajaran Program dan Aktiviti Teras, di FKA. Manual ini merupakan
sumber rujukan utama bagi Sistem Pengurusan Kualiti FKA menurut
ketetapan piawaian ISO 9001: 2008.Manual Kualiti FKA akan meliputi:
a) Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti
b) Dasar Kualiti dan Objektif Kualiti
c) Rujukan kepada prosedur dan lain-lain dokumen sokongan
d) Huraian pertalian antara proses dalam Sistem Pengurusan Kualiti.
(rujuk Seksyen 2.4 & 2.5)
*Nota : Dimasukkan dalam Seksyen 2.4 & 2.5 supaya selari dengan misi dan
visi)
4.2.1(c) & 4.2.2(b) Prosedur Kualiti
Prosedur Kualiti adalah dokumen yang menyatakan segala aktiviti pengurusan
dan operasi FKA. Pengurusan Atasan FKA bertanggungjawab untuk
menyedia dan melaksanakan prosedur ini secara konsisten dan mengikut
piawaian ISO 9001: 2008.
Sehubungan dengan itu, FKA mewujudkan 26 Prosedur Kualiti, yang terdiri
daripada 9 Prosedur Wajib, 11 Prosedur Akademik dan 6 Prosedur
Dokumen perolehan yang digunakan hendaklah mengandungi semua
maklumat yang menjelaskan bahan yang hendak diperolehi termasuk:-
a) keperluan/tatacara kelulusan produk, perkhidmatan, prosedur, proses
dan peralatan mengikut garispanduan FKA dan UiTM.
b) keperluan kelayakan staf
c) keperluan sistem pengurusan kualiti
d) harga dan bayaran perkhidmatan yang ditawarkan
Semua butiran dalam dokumen perolehan hendaklah dikaji dan dipastikan
memenuhi keperluan perolehan dan diluluskan olehPengurusan FKA sebelum
disampaikan kepada pembekal.
7.4.3 Verifikasi ke atas Bekalan dan Perkhidmatan
Pengurusan FKA hendaklah melaksanakan pemeriksaan ke atas bekalan dan
perkhidmatan yang diperolehi dan diterima untuk memastikan ianya
memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 60/71
Sekiranya Pengurusan FKA bercadang menjalankan verifikasi di premis
pembekal, cara verifikasi yang akan dilakukan dan kaedah pengesahan
penerimaan hendaklah dinyatakan dalam dokumen perolehan.
Dokumen Rujukan:
1. SPK.UiTM.FKA.(P)04- Prosedur Pengurusan Makmal
2. SPK.UiTM.FKA.(W)04- Prosedur Kawalan Produk Yang Tidak Memenuhi
Spesifikasi.
3. Pekeliling Pelantikan Pensyarah Sambilan UiTM
4. Area 6, COPIA
5. Criterion 4, EAC Manual
7.5 Penyediaan Perkhidmatan Pengajaran Dan Pembelajaran
7.5.1 Kawalan Perkhidmatan Pengajaran & Pembelajaran
Pengurusan Atasan FKA bertanggungjawab merancang dan melaksanakan
perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran bagi semua program fakulti
secara terkawal. Keadaan terkawal merangkumi:-
a) Penyediaan maklumat yang menerangkan ciri-ciri program;
b) Penyediaan dan pelaksanaan penawaran program baharu,
kursus, maklumat penjadualan dan pengagihan tenaga pengajar;
c) Panduan mengenai proses pengendalian pengajaran dan
pembelajaran;
d) Panduan penggunaan peralatan dan bilik pengajaran seperti makmal
komputer, bilik kuliah dan sebagainya;
e) Pematuhan kurikulum dan Peraturan Akademik;
f) Penyediaan kaedah, pengukuran serta pemantauan pengajaran dan
pembelajaran;
g) Pelaksanaan pemantauan, pengukuran dan penilaian pencapaian
proses pengajaran dan pembelajaran; dan
h) Penentuan status akademik dan pengijazahan.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 61/71
Dokumen Rujukan:
1. Bab 9 – Status ZZ kepada Pelajar, Manual Pengurusan Akademik Untuk Pentadbir, 2013
2. Bab 10 – Status FD kepada Pelajar, Manual Pengurusan Akademik Untuk
Pentadbir, 2013 3. Bab 11 – Pengijazahan, Manual Pengurusan Akademik Untuk Pentadbir, 2013 4. Bab 18 - Pelaksanaan Kurikulum OBE-SCL, Manual Pengurusan Akademik
Untuk Pentadbir, 2013
7.5.2 Validasi Proses Perkhidmatan Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan validasi proses membuktikan keupayaan kawalan keatas proses
menepati kriteria, syarat dan hasil sasaran yang ditetapkan oleh FKA.
Validasi proses pengajaran dilaksanakan melalui proses kawalan silibus dan
skima kerja, proses pemantauan keberadaan kuliah, proses semakan dan
kelulusan jadual waktu dan ATP pensyarah. FKA juga hendaklah
melaksanakan proses validasi ke atas penyediaan kertas soalan peperiksaan
akhir supaya memenuhi keperluan kursus dan program.
Validasi proses pembelajaran pula dilaksanakan dengan proses penilaian
berterusan pelajar dan pemantauan kedatangan pelajar (Sila nyatakan
bagaimana ianya dilakukan di peringkat asasi, diploma, ijazah sarjana muda
dan juga di peringkat pasca siswazah). Validasi pembelajaran dan
pencapaian pelajar ditentukan dengan pencapaian keputusan peperiksaan
akhir dengan sistem pengurusan markah Himpunan Purata Nilai Gred
(HPNG) pelajar dan pengijazahan. Jika terdapat produk / program / pelajar
yang tidak menepati atau memenuhi syarat dan ketetapan selepas validasi,
FKA melaksanakan langkah dan tindakan kawalan produk yang tidak
memenuhi spesifikasi.
MANUAL KUALITI NO. RUJUKAN : SPK.UiTM.FKA.(I)
NO. KELUARAN : 04
NO. PINDAAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 01/04/2016
MUKA SURAT : 62/71
Dokumen Rujukan:
1. SPK.UiTM.FKA.(A)01- Prosedur Pendaftaran Kursus Sarjana Muda
2. SPK.UiTM.FKA.(A)04- Prosedur Pengendalian Kursus
3. SPK.UiTM.FKA.(A)08- Prosedur Penyediaan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir