MANUAL PERINGKAT ASAS - 1 - PENGENALAN KEPADA KOMPUTER PENGENALAN • Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang menerima dan menyimpan data. melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan) ke atas data. kemudian mengeluarkan keputusan ( maklumat ). • Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama. • Program (atau atur cara) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya. KOMPONEN UTAMA Terdiri daripada 4 komponen utama iaitu : 1. Unit Pemprosesan Utama (CPU – Central Processing Unit) 2. Monitor 3. Papan Kekunci (Keyboard) 4. Tetikus (Mouse) Tetikus Papan Kekunci Monitor Unit Pemprosesan Pusat
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
MANUAL PERINGKAT ASAS - 1 -
PENGENALAN KEPADA KOMPUTER PENGENALAN
• Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang
� menerima dan menyimpan data.
� melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik (membuat keputusan)
ke atas data.
� kemudian mengeluarkan keputusan ( maklumat ).
• Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan manusia) di bawah
arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama.
• Program (atau atur cara) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan
komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada padanya.
KOMPONEN UTAMA
Terdiri daripada 4 komponen utama iaitu :
1. Unit Pemprosesan Utama (CPU – Central Processing Unit)
2. Monitor
3. Papan Kekunci (Keyboard)
4. Tetikus (Mouse)
Tetikus
Papan Kekunci
Monitor
Unit Pemprosesan Pusat
MANUAL PERINGKAT ASAS - 2 -
CARA KOMPUTER BERFUNGSI
Papan Kekunci Pencetak
Tetikus
Pengimbas Disket (3 ½ Floppy A)
CD-R
CDR-W
STRUKTUR SISTEM KOMPUTER
• UNIT INPUT
� Semua data / arahan dimasukkan sistem komputer melalui unit masukan
untuk diproses oleh CPU.
� Bertindak sebagai perantara muka.
� Contoh Unit Masukan : Papan Kekunci, tetikus, pengimbas, kayu-ria
(joystick), pendigit (digitizer), mikrofon,pen cahaya (light pen), OCR
(Optical Character Recognition), OMR (Optical Magnetic Reader/
Recognition) dan MICR (Magnetic Ink Reader/ Recognition).
• UNIT OUTPUT
� Output merupakan penghantaran data yang telah diproses keluar
daripada ingatan utama komputer atau storan sampingan ke peranti luar.
Peranti paparan
(Display devices)
Ia merupakan peranti output visual yang mengeluarkan soft copy.
Contohnya monitor.
Pencetak Ia merupakan peranti output yang mencetak output dari komputer
pada kertas. Cetakan ini juga dipanggil salinan keras (hard copy).
Audio output Ia menghasilkan output dalam bentuk perkataan, muzik, stereo
atau suara. Contohnya speaker, earphone dll.
Video output Imej video yang direkod menggunakan peranti input video seperti
monitor komputer dan HDTV.
UNIT
PEMPROSESAN
UNIT
INPUT
UNIT
OUTPUT
UNIT
STORAN
MANUAL PERINGKAT ASAS - 3 -
KETERANGAN BAHAGIAN-BAHAGIAN KOMPUTER
MONITOR
� Untuk paparan signal komputer.
� Mempunyai pelbagai
jenis dan saiz.
PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD)
� Hampir menyamai
kekunci pada mesin
taip.
� Digunakan untuk menaip data ke dalam
komputer.
UNIT PEMPROSESAN
PUSAT (CPU)
� Mengawal operasi
komputer.
� Berfungsi sebagai otak kepada komputer.
� Menerima arahan,
meinterprasi arahan dan
melaksanakan arahan.
� Memanipulasi simbol,
huruf, nombor, perkataan.
TETIKUS (MOUSE)
� Untuk pengguna memberi
arahan kepada computer.
� Memilih item yang
dipaparkan pada skrin
monitor.
� Arahan diberikan dengan klik pada item dipilih.
� Kawalan sepenuhnya kepada pengguna.
KOMPUTER
1 USB 2.0
(Connectors )
Untuk menyambungkan peranti seperti Joystick atau kamera.
Juga terdapat dibelakang komputer
2
3 Pemacu CD/DVD
Untuk penggunaan CD samada CD Audio, VCD, DVD dan
untuk menghasilkan CD.
4 Pemacu Disket Penggunaan disket untuk menyimpan maklumat
5 Butang Power Untuk menghidupkan dan mematikan computer.
6 Lampu Power
Lampu kuning menandakan bahawa komputer sedang
berfungsi.
Lampu oren menandakan computer berada dalam keadaan
idle.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 4 -
UNIT INPUT
Merupakan alat-alat yang digunankan untuk memasukkan data ke dalam unit pemprosesan.
PAPAN KEKUNCI (keyboard)
� Set papan kekunci yang mempunyai pelbagai fungsi.
� Sebahagian kekuncinya iaitu kekunci abjad, nombor, jarak, shift, tab, dan caps adalah
sama seperti mesin taip.
� Function key [F] mempunyai fungsi yang tertentu bergantung kepada aplikasi yang
sedang digunakan.
� Keyboard digunakan untuk menaip dan memasukkan data ke dalam komputer.
PANDUAN
TURUN PADAM ARAH KIRI
PADAM ARAH KANAN HURUF BESAR
+ SEBILANGAN HURUF BESAR
BERGERAK IKUT ARAH ANAK PANAH
ENTER BACKSPACE
DELETE CAPS LOCK
SHIFT HURUF
MANUAL PERINGKAT ASAS - 5 -
TETIKUS (Mouse)
� Mouse dapat memudahkan kerja-kerja yang dijalankan. Ia juga membolehkan
pengguna berkomunikasi dengan computer.
Penggunaan Tetikus
i- Semasa menggunakan tetikus, anda memegang dan menggerakkannya di atas
permukaan yang rata atau di atas “mouse pad”
ii- Mouse adalah untuk mengawal satu penunjuk di atas skrin computer yang
berbentuk kepala panah (mouse pointer). Ia akan bergerak pada skrin mengikut arah
gerakan mouse.
Istilah click (klik), click and drag (klik dan seret) dan double click (klik dua kali) akan
diterangkan.
KLIK KIRI Untuk pilih tajuk atau program
KLIK KANAN Untuk menu tambahan
*Contoh menu tambahan
MANUAL PERINGKAT ASAS - 6 -
� Pointer
Cuba gerakkan mouse di mana-mana arah. Anda akan melihat sebuah anak panah akan
ikut bergerak di skrin computer. Anak panah ini digunakan untuk menunjuk pada
mana-mana objek yang ada di skrin.
� Click
Gerakkan anak panah pada skrin computer dan tunjuk pada ikon ‘My Computer’.
Klik butang kiri mouse.
Klik pula butang kanan mouse. Function?
� Click and Drag
Tekan butang kiri pada satu ikon dan jangan lepaskan
Gerakkan tetikus
Lepaskan butang kiri. Function?
� Double Click
Menekan butang kiri mouse dua kali.
Untuk membuka program.
Cuba klik dua kali pada ikon ‘My Computer’
MANUAL PERINGKAT ASAS - 7 -
LAIN-LAIN MOUSE POINTER (Penunjuk)
Memindahkan objek
Sistem sedang sibuk
Tiada kebenaran akses
Besarkan ke atas dan ke bawah
Besarkan ke tepi
MANUAL PERINGKAT ASAS - 8 -
PENGIMBAS ( SCANNER )
� Merupakan alat input yang digunakan untuk memasukkan gambar ke dalam computer
untuk pengubahsuaian atau cetakan.
� Menggunakan cahaya untuk mengimbas dan menterjemahkan kembali kepada
komputer dalam format digital.
� Berfungsi sama seperti mesin fotostat.
UNIT PEMPROSESAN PUSAT
� Unit ini memproses data atau maklumat yang telah dimasukkan melalui unit input dan
seterusnya menghantar maklumat yang telah diproses ke unit storan atau unit output.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 9 -
UNIT STORAN
CD-R / CDR-W DISKET (3 ½ Floppy A)
� Digunakan untuk menyimpan kerja yang telah dihasilkan.
DISKET
• Disket diperbuat daripada plastik mylar, berbentuk cakera liut dan permukaannya
diselaputi oleh magnetik oksida.
• Data yang disimpan di dalamnya diwakilkan oleh titik-titik magnet.
• Ia memerlukan pemacu disket yang mempunyai kepala baca/tulis.
• Disket boleh didapati dalam dua bentuk saiz iaitu 5 1/4 inci (jarang digunakan) dan 3
1/2 inci.
• Dalam komputer ia dikenali sebagai 3 ½ FLOPPY A
• Kelebihan disket :
� Mudah alih - ia boleh dikeluarkan dan dibawa dari satu komputer ke
komputer lain.
� Backup - sesuai umtuk membuat salinan fail dari cakera keras untuk
simpanan sekiranya fail dalam cakera keras hilang atau rosak.
� Bekalan perisian baru - salinan asal perisian yang disediakan dalam
disket boleh dibeli/disalin dan pengguna dengan mudah dapat
memindahkannya ke dalam cakera keras.
CD-ROM
• Cakera CD-ROM merupakan satu teknologi yang selalu digunakan pada
mikrokomputer.
• CD-ROM bermaksud cakera padat - ingatan baca sahaja (Compact Disk Read Only
Memory).
• Baca-sahaja bermaksud kita hanya boleh membaca apa sahaja data yang ditulis pada
cakera CD-ROM.
• Cakera CD-ROM merupakan sekeping cakera plastik yang berdiameter 120mm dan
boleh menyimpan data sehingga 650MB.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 10 -
UNIT OUTPUT
Pencetak (printer)
PENCETAK WARNA PENCETAK LASER
� Disambung kepada CPU untuk mencetak data atau maklumat yang telah diproses.
� Lampu hijau pada pencetak menandakan pencetak berada dalam keadaan bersedia
untuk mencetak.
� Lampu oren yang berkelip menandakan kertas telah habis dan perlu ditambah.
� Kertas yang tersangkut perlu dialihkan untuk pencetak berfungsi seperti biasa.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 11 -
PENGENALAN KEPADA MICROSOFT WINDOWS
PENGENALAN
� Mocrosoft Windows adalah satu perisian system yang digunakan untuk membolehkan
computer berfungsi.
� Tanpa perisian system, computer tidak dapat beroperasi.
DESKTOP DAN MENU
� Apabila komputer dihidupkan, secara automatik perisian MS Windows akan dimuatkan
ke dalam sistemnya. Satu paparan desktop akan muncul pada skrin.
DESKTOP
� Merupakan skrin utama “Windows XP”. Ia berfungsi sebagai tempat permulaan di
mana perisisan komputer dan maklumat yang disimpan dapat diambil.
Contoh ikon pada desktop
� Ikon-ikon pada desktop adalah shortcut kepada fail, dokumen dan program.
� Dengan menggunakan mouse, klik dua kali pada ikon untuk melancarkan item tersebut.
� Di penjuru sebelah kiri terdapat butang ‘START’. Apabila butang diklik, ‘START
MENU’ akan dipaparkan.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 12 -
� Bila sesuatu perisian di ‘install’ pada komputer, satu ikon akan ditambahkan pada menu
START.
� Butang ini diklik untuk memaparkan menu yang mengandungi semua aplikasi dalam
cakera keras.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 13 -
Contoh untuk langkah-langkah memulakan program ‘Calculator’ yang
boleh didapati dalam kumpulan ‘Accessories’
1. Klik butang START untuk paparan MENU
2. Gerakkan penunjuk TETIKUS ke perkataan PROGRAMS, menu kedua akan
dipaparkan.
3. Gerakkan penunjuk TETIKUS ke perkataan ACCESSORIES dalam menu kedua. Menu
ketiga dipaparkan.
4. Gerakkan penunjuk TETIKUS ke perkataan CALCULATOR
5. Klik CALCULATOR untuk paparan perisian.
� Butang LOG OFF berfungsi untuk menamatkan sessi bagi satu pengguna.
� Butang TURN OFF COMPUTER adalag untuk mematikan computer. Apabila ia di klik
sebuah menu yang mengandungi tiga butang akan dipaparkan.
� Butang Stand-By adalah membiarkan computer berada dalam keadaan bersedia
(penjimatan penggunaan elektrik)
� Butang Turn-Off adalah untuk menutup terus computer.
� Butang Restart adalah untuk tutup dan buka semula computer.
� Langkah-langkah ini adalah penting untuk menjamin computer sentiasa berada dalam
keadaan yang baik.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 14 -
IKON
MY COMPUTER
� Digunakan untuk melihat bahagian komputer dan menyusun kandungan cakera keras.
� Bolehkan pengguna membuat konfigurasi perkakasan yang dipasang pada komputer.
MY DOCUMENTS
� Untuk storan dokumen dan fail pengguna.
� Di simpan dalam memori yang terdapat pada pemprosesan utama
RECYCLE BIN � Tempat pembuangan fail yang tidak dikehendaki lagi.
� Merupakan storan sementara sebelum fail dibuang secara permanent dengan arahan
“Empty Recycle Bin"
MANUAL PERINGKAT ASAS - 15 -
PENGENALAN KEPADA MICROSOFT WORD 2003
MODUL PEMBELAJARAN MICROSOFT WORD
Kemahiran yang dipelajari :
1. Membuat dokumen baru.
2. Menaip dokumen.
3. Bold, Italic dan Underline.
4. Menukar jenis dan saiz font.
5. Membuka, menyimpan, menamakan dan menutup dokumen.
6. Mencetak dokumen dan melihat simulasi hasil cetakan.
7. Memasukkan imej dan grafik pada dokumen.
8. Jadual.
PENGENALAN
� Microsoft Word adalah sebuah aplikasi untuk pengguna :
1. Menulis dokumen
2. Surat
3. Membuat brochure
4. Membuat kad
� Penggunaannya menggabungkan teks, data dan grafik untuk menghasilkan satu dokumen
yang menarik dan berkesan.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 16 -
CARA MEMBUKA PROGRAM WORD
� Satu dokumen baru yang kosong akan dibuka dan diberi nama Document 1 secara automatik.
1. Klik pada
butang START
2. Klik pada ALL
PROGRAMS
3. Klik pada
MICROSOFT
OFFICE
4. Klik pada
MICROSOFT
OFFICE WORD
Bar Bar Bar Alat Pembaris
Tempat mula
masuk teks
Scroll Bar utk
dokumen bergerak
ke atas dan bawah
Scroll Bar utk
dokumen bergerak
ke kiri dan kanan
MANUAL PERINGKAT ASAS - 17 -
IKON
AKTIVITI 1
MEMBUAT DOKUMEN BARU
� Untuk membuat fail baru :
1. Klik pada FILE 2. Pilih NEW
3. pilih BLANK DOCUMENT untuk membuat dokumen kosong.
Dokumen
baru
Buka
dokumen
sedia ada
baru
Menyimpan
fail
Mencetak
dokumen
Melihat
dokumen
sebelum cetak
Padam /
Cut
Salin /
Copy
Tampal/
paste
Undo / Redo Saiz Paparan
Jenis-jenis Dokumen
MANUAL PERINGKAT ASAS - 18 -
AKTIVITI 2
MENAIP DOKUMEN
Sila taipkan petikan yang berikut.
AKTIVITI 3 - FORMATTING
Left Center Right Justify
Bold Italic Underline
Font (Tulisan) Font Size
REMAJA DAN BUDAYA INTERNET
Zaman sains dan teknologi, zaman pesatnya kemajuan teknologi maklumat dan sains
komputer, akhir-akhir ini telah membentuk satu budaya baru iaitu "budaya internet". Remaja
adalah golongan yang cukup sensitif dengan perkara yang baru-baru dan mudah terperangkap
dalam lingkungan yang bernilai negatif serta kurang memberi kebaikan dari segi jangka
panjang untuk diri, peribadi dan masa depan yang terbaik.
Kerana itu golongan remaja harus bijak memanfaatkan ilmu atau maklumat yang disalurkan
melalui internet. Malah kita sewajarnya memiliki daya tapis dan seiring antara maklumat yang
berguna, baik dan boleh membina nilai-nilai positif demi sebuah kehidupan yang bahagia,
sejahtera dan selamat di dunia dan akhirat.
Manakala maklumat yang bersifat negatif dan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada
diri remaja dan rakan, ketegasan diri dan sikap kita perlu diperkatakan supaya nilai-nilai
negatif yang terdapat dalam internet tidak menyubur dalam pemikiran dan pembawaan remaja.
Seumpama kita melihat peraturan, hukum atau etika yang dikenakan dalam perkara yang
menyangkut kehidupan seharian, seperti kawasan larangan merokok, bagi orang yang mahu
dan sensitif dengan peraturan dia tidak akan merokok di kawasan larangan itu, bukan sekadar
takut kena denda, tetapi dijiwanya terasuh suatu sikap dan peribadi hormat kepada hukum dan
terasa dirinya mempunyai tanggungjawab bersama dalam mendaulatkan peraturan yang
bermanfaat kepada diri dan masyarakatnya.
LEFT - ______________________
RIGHT - _____________________
CENTER - ___________________
JUSTIFY - ___________________
BOLD - _______________________
ITALIC - ______________________
UNDERLINE - _________________
MANUAL PERINGKAT ASAS - 19 -
ARAHAN :
� Hasilkan PERENGGAN dengan menggunakan KEKUNCI TAB.
� TAJUK – center, underline, bold, Font - Comic Sans, Font Size
(16), Font Color (Blue)
� PETIKAN – justify
� Perkataan Zaman - Font Size (18)
� Italic - kesemua PERENGGAN 2
� Bold - “budaya internet”
� Tukarkan FONT PERENGGAN 3 � Berlin Sans FB (14)
SIMPAN dengan nama fail BUDAYA INTERNET menggunakan arahan
SAVE ke dalam Disket (3 ½ Floppy A)
AKTIVITI 4
MENYIMPAN DOKUMEN
� Menyimpan dokumen baru
1. Klik FILE pada bar menu
2. Klik SAVE untuk dokumen yang sedia ada.
Klik pada Floppy A = DISKET
Beri nama fail Tekan Save
MANUAL PERINGKAT ASAS - 20 -
AKTIVITI 5
MEMBUKA SEMULA DOKUMEN
� Untuk menyunting semula dokumen yang telah disimpan, anda perlu membuka fail
berkenaan.
1. Klik FILE pada bar menu
2. Klik OPEN untuk membuka kotak dialog
3. Pada kotak LOOK In, pilih Floppy A
4. Klik pada NAMA FAIL.
5. Klik OPEN.
AKTIVITI 6
MENCETAK DOKUMEN
1. Klik FILE pada bar menu
2. Klik PRINT
Tukar pada
31/2 Floppy A
Klik OPEN
MANUAL PERINGKAT ASAS - 21 -
AKTIVITI 7
PC buruk? - Jangan dibuang ... kitar semula!
KOMPUTER peribadi (PC) adalah keperluan kepada masyarakat masa kini. Ia digunakan
dengan meluas sama ada untuk kegunaan kerja-kerja persekolahan, perniagaan, urusan
pejabat atau hiburan.
Bagaimanapun, perkembangan pesat PC menyaksikan kebanyakan komputer yang
kita miliki beberapa tahun lepas seakan telah kurang mampu mengendalikan
pelbagai aplikasi masa kini.
Ini kerana setiap tahun, pelbagai aplikasi termasuk perisian sistem operasi seperti Windows
telah dipertingkatkan keupayaannya yang memerlukan komputer lebih berkuasa.
Selain daripada menjadikan ia lebih berkuasa, perisian dan aplikasi baru juga bertujuan menawarkan keselamatan yang tinggi kepada pengguna terutama apabila menggunakan e-mel dan Internet yang semakin berleluasa gejala penyebaran virus dan aplikasi berkaitannya.
Mengikut kajian, sesebuah PC kebiasaannya hanya mempunyai jangka hayat lima tahun
sahaja dan anda sebenarnya telah memerlukan sebuah komputer baru yang mampu
Laman rasmi Kementerian Pelajaran - http://www.moe.gov.my/ Laman web rasmi Kementerian Pelajaran adalah laman paling utama dan wajar diketahui oleh semua pendidik dan pelajar, serta mereka yang ada urusan berkaitan dengan pendidikan negara. Ia menyediakan pelbagai maklumat penting, termasuklah amanat daripada pihak kerajaan dalam bentuk ucapan-ucapan menteri dan pegawai-pegawai penting dalam majlis-majlis rasmi.
Garis panduan dan pekeliling yang perlu diambil tahu oleh semua pihak juga disediakan sebagai rujukan, walaupun kebanyakannya memang diedarkan secara manual ke semua sekolah. Ini termasuklah juga pengumuman-pengumuman penting yang ingin disampaikan. Maklumat khusus tentang kementerian seperti falsafah, etika, piagam pelanggan, carta organisasi dan sejarah juga disediakan kepada para pengguna yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 26 -
LATIHAN MICROSOFT WORD 2003
LATIHAN 1
1. Taipkan petikan dibawah
2. Simpan di dalam disket dengan nama ‘Kaduk’
KADUK – Daun Herba Paling Diminati
Pokok Kaduk dikategorikan dalam keluarga sirih-sirihan (Piperaceae). Tumbuhan ini
pada asalnya di temuai di dataran Tanah Besar China dan kemudiannya disebar luas sehingga
ke Semenanjung Tanah Melayu. Biarpun termasuk dalam kumpulan tumbuhan herba yang
tidak begitu dipedulikan, namun kaduk sebenarnya mempunyai tempat yang istimewa di
beberapa Negara di Asia Tenggara. Di Thailand dan Vietnam misalnya, ia menjadi bahan
masakan yang paling banyak digunakan dan paling digemari kerana bau dan rasanya yang
istimewa.
Tumbuhan yang dikenali dengan nama Lo Lap di Vietnam dan Bai Chaa-Ploo di
Thailand amat mudah tumbuh dan membesar. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang cantik
dengan daun berbentuk hati dengan daun berwarna hijau gelap dan berkilat. Kaduk
mengeluarkan bunga kecil berwarna putih yang akan bertukar hijau atau coklat bila matang.
Kaduk atau dikenali dengan nama botaninya Piper Sermentosum mudah untuk ditanam
sama ada dengan menggunakan akar atau keratin batang. Ia memerlukan tanah yanggembur
dan tempat yang agak redup. Pembajaan dan penyiraman yang dilakukan secara teratur akan
membuatkan kaduk hidup subur dan mudah membiak. Biarpun kaduk tergolong dalam
tumbuhan separa tropika dan tropika, ia dapat hidup dalam negara yang berhawa sejuk jika
diletakkan di tempat yang berhawa panas. Kaduk bukanlah tumbuhan bermusim dan ia hidup
sepanjang tahun.
ARAHAN
1. Tajuk (KADUK- Daun Herba Yang Paling Diminati)
i- Formatkan tajuk supaya berada di tengah-tengah petikan.
ii- Tukarkan tulisan Times New Roman kepada tulisan Copper Black
iii- Tukar saiz tulisan dari 11 ke 14
iv- Tebalkan tulisan.
v- Gariskan tulisan
2. Format petikan supaya berada dalam keadaan seimbang kiri dan kanan.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 27 -
3. Tukarkan perkataan-perkataan berikut kepada Italic
- Piperaceae
- Lo Lap
- Bai Chaa-Ploo
- Piper Sermentosum
4. Masukkan gambar menggunakan CLIPART (Plant : Result Should Be � Photograph)
KADUK – Daun Herba Paling Diminati
Pokok Kaduk dikategorikan dalam keluarga sirih-sirihan (Piperaceae). Tumbuhan ini
pada asalnya di temui di dataran Tanah Besar China dan kemudiannya disebar luas sehingga ke
Semenanjung Tanah Melayu. Biarpun termasuk dalam kumpulan tumbuhan herba yang tidak
begitu dipedulikan, namun kaduk sebenarnya mempunyai tempat yang istimewa di beberapa
Negara di Asia Tenggara. Di Thailand dan Vietnam misalnya, ia menjadi bahan masakan yang
paling banyak digunakan dan paling digemari kerana bau dan rasanya yang istimewa.
Tumbuhan yang dikenali dengan nama Lo Lap di Vietnam dan Bai Chaa-Ploo di
Thailand amat mudah tumbuh dan membesar. Ia merupakan sejenis tumbuhan yang cantik
dengan daun berbentuk hati dengan daun berwarna hijau gelap dan berkilat. Kaduk
mengeluarkan bunga kecil berwarna putih yang akan bertukar hijau atau coklat bila matang.
Kaduk atau dikenali dengan nama botaninya Piper Sermentosum mudah untuk ditanam
sama ada dengan menggunakan akar atau keratin batang. Ia memerlukan tanah yanggembur
dan tempat yang agak redup. Pembajaan dan penyiraman yang dilakukan secara teratur akan
membuatkan kaduk hidup subur dan mudah membiak. Biarpun kaduk tergolong dalam
tumbuhan separa tropika dan tropika, ia dapat hidup dalam negara yang berhawa sejuk jika
diletakkan di tempat yang berhawa panas. Kaduk bukanlah tumbuhan bermusim dan ia hidup
sepanjang tahun.
MANUAL PERINGKAT ASAS - 28 -
LATIHAN 2
LATIHAN MENFORMAT DAN JADUAL
1) Sila taipkan seperti yang berikut
BELIMBING BESI – Baik Untuk Pesakit Darah Tinggi
Tumbuhan ini berasal dari Sri Lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya di Indonesia
dan Malaysia. Terdapat dalam dua jenis yang nyata iaitu belimbing manis dan belimbing sayur
(belimbing buluh). Dalam rencana ini akan dibincangkan tentang belimbing manis atau
belimbing besi (Averrhoa Carambola)
Dalam bahasa Inggeris buah ini disebut sebagai “Star Fruit” lantarannya bentuknya yang
serupa bintang apabila dihiris tipis melintang. Rasanya manis dan menyegarkan dengan aroma