MANUAL JURULATIH TAHAP I SEPAK TAKRAW
UNIT 1.0
1.SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PENUBUHAN
PERSEKUTUAN SEPAKRAGA MALAYA/MALAYSIA
Sepertimana yang diceritakan dari satu sudut sejarah bahawa
Persatuan Sepakraga Pulau Pinanglah yang bertanggungjawab untuk
menganjurkan suatu persidangan di antara wakil-wakil negeri dalam
Persekutuan Tanah Melayu pada 28hb Januari 1960 bertempat di
Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang, 160 Jalan Perak.
Persidangan itu telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada Selangor,
Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah dan Singapura. Persidangan
tersebut seterusnya mengambil keputusan untuk menubuhkan
Persekutuan Sepakraga Malaya. Pegawai-pegawai sementara yang
dilantik oleh persidangan untuk menguruskan pendaftaran Persekutuan
ialah:
Pengerusi:Encik Daud Meah
Setiausaha : Encik Yusuf Latiff
Serta beberapa orang ahli jawatankuasa.
Akhirnya pada 25 Jun 1960 maka lahirlah Persekutuan Sepak Raga
Malaya dengan rasminya di suatu persidangan yang diadakan di Balai
Rakyat, Jalan Patani, Pulau Pinang. Persidangan tersebut telah
dirasmikan oleh YAB Datuk Wong Pow Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang
pada masa itu. Wakil-wakil yang hadir itu ialah daripada Negeri
Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang telah dengan
sebulat suara melantik YB. Encik Khir Johari sebagai Yang Dipertua
bagi julung-julung kalinya. Lain-lain pegawai yang dilantik adalah
seperti berikut :-
Naib Yang Dipertua
Encik Daud Meah (Pulau Pinang)
Encik Mohd. Said A. Rahman (Selangor)
Penghulu Zainal Abidin Mohd Latif (Negeri Sembilan)
Setiausaha:Encik Mohd Yusuf Latiff (Pulau Pinang)
Serta beberapa orang ahli jawatankuasa yang dilantik.
2.MENGGUBAL DAN MENYUSUN UNDANG-UNDANG
PERMAINAN SEPAKRAGA JARING
Satu persidangan di antara wakil-wakil negeri telah diadakan di
Kelab Sultan, Jalan Hale, Kuala Lumpur pada hari Jumaat 15 April
1960 bagi menggubal dan menyusun undang-undang permainan sepakraga
jaring. Wakil-wakil yang hadir telah membincangkan peraturan
permainan dan bersetuju menggubal satu aturan peraturan permainan
untuk disahkan dalam Mesyuarat Agung Pertama Persekutuan di Pulau
Pinang pada 25 Jun 1960.
3. PERTANDINGAN SEPAKTAKRAW ANTARA NEGERI-NEGERI
Persekutuan Sepak Raga Jaring Melaya telah menjalankan usaha
memberi penerangan kepada persatuan-persatuan negeri yang bergabung
dengannya. Maka pada tahun 1962 bermulalah suatu babak baru dalam
sejarah negara ini iaitu pada julung-julung kalinya menganjurkan
satu pertandingan sepakraga jaring di peringkat kebangsaan bagi
merebut Piala Emas Khir Johari. Pertandingan akhir telah
berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 27- 28 Disember
1962 di mana Negeri Pulau Pinang telah menjadi johan dan Singapura
sebagai naib johan. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebelum menyampaikan piala
keagungan permainan ini telah memberi ucapan di antaranya ialah YTM
Tunku berkata, Sepakraga bukanlah suatu permainan baru di negeri
kita ini bahkan ianya telah dimainkan turun-temurun dari zaman
datuk nenek kita. Maka kemajuan yang telah dibuat dalam permainan
ini dengan menggunakan jaring dan kegemaran yang ditunjukkan oleh
pemuda-pemuda kita kepada permainan ini sangatlah menggembirakan.
Maka saya yakin sepakraga jaring ini akan bertambah maju dan akan
menjadi satu daripada permainan kebangsaan yang utama di negara
ini.Sebagaimana juga dengan pertandingan dalam permainan-permainan
yang lain, maka pasukan yang lebih baik pasti akan berjaya menjadi
johan. Tetapi kemenangan sahaja bukanlah menjadi tujuan utama dalam
satu-satu pertandingan itu, kerana tujuan pertandingan diadakan
ialah untuk membangkitkan kegemaran dan meninggikan mutu
permainan.
4. PENUKARAN NAMA SEPAKRAGA JARING KEPADA SEPAK- TAKRAW DAN
DIMAINKAN DALAM SUKAN ANTARABANGSA (SEAP GAMES)
Atas usaha yang gigih oleh Persekutuan di bawah pimpinan YB.
Encik Mohd Khir Johari, maka permainan sepakraga jaring pada
julung-julung kalinya dipertandingkan di peringkat antarabangsa
iaitu SEAP Games yang mana Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun
1965. Sebelum permainan diterima oleh Jawatankuasa Pengelola Sukan
SEAP, satu perbincangan yang hangat telah berlaku di antara
wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan wakil- wakil dari
Thailand dan Burma mengenai dengan nama permainan ini. Jawatankuasa
Sukan SEAP telah memutuskan pada akhirnya bahawa permainan ini
hendaklah dinamakan permainan SEPAKTAKRAW.
5. PERMAINAN PERTUNJUKAN SEPAKTAKRAW DI SUKAN ASIA.
Pada tahun 1970 ketika Sukan Asia diadakan di Bangkok satu
permainan pertunjukan Sepaktakraw telah diperkenalkan kepada
negara-negara Asia. Permainan pertunjukan ini telah disertai oleh
pasukan Malaysia dan Thailand.
Pada tahun 1975, pasukan Malaysia telah turut mengambil bahagian
di Sukan SEA Bangkok. Pada tahun itu juga pasukan negeri Kedah
telah melawat negara Jerman sempena dengan The Sports Press Feast
1975 di Wolfburg, Humberg untuk membuat pertunjukan permainan
Sepaktakraw sebagai satu promosi.
Tahun 1976, pasukan Persatuan Sepakraga seluruh Indonesia telah
melawat Malaysia dan beberapa pertandingan persahabatan telah
dimainkan di Kuala Lumpur, Kedah dan Pulau Pinang. Pada 15 hingga
21 Mac, 1977 Pasukan Sepaktakraw Pulau Pinang tetah dibawa ke North
Malaysian Week di Adelaide, Australia.
8. PERTUNJUKAN SEPAKTAKRAW DI NEGERI CHINA DAN KOREA SELATANDari
8 hingga 11 April, 1980 Pasukan Sepaktakraw Malaysia diketuai oleh
YB Tan Sri Dato Samad Idris, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
telah mengadakan beberapa pertunjukan permainan Sepaktakraw di
Republik Rakyat China, Korea Selatan dan Hong Kong yang disaksikan
oleh ribuan penonton. Ini adalah satu kejayaan yang cemerlang dalam
sejarah Sepaktakraw ke arah memperkenalkan permainan ini ke negara
Asia Timur.9.SEMINARMENGKAJISEMULAUNDANG-UNDANG
PERMAINAN SEPAKTAKRAW
Dari 12 hingga 14 April, 1979 Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan (KKBS) dan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah
menganjurkan satu Seminar Mengulangkaji Undang-undang Permainan dan
Pertandingan Sepaktakraw di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
Hasil dari seminar ini, undang-undang permainan yang baru dan telah
dikemaskini (pindaan) dikeluarkan.
10. PERSIDANGAN ASEAN SEPAKTAKRAW FEDERATION (ASTAF) 25
SEPTEMBER, 1979ASTAF buat pertama kalinya telah mengadakan
persidangan di Jakarta pada 25 September, 1979 sempena Sukan SEA
dan telah mengkaji Undang-Undang Sepaktakraw yang dikemukakan oleh
PSM. Jawatankuasa teknik ASTAF telah mengadakan mesyuarat keduanya
di Singapura pada 27 hingga 30 Disember, 1979 bagi tujuan yang
sama. 11. KEJAYAAN DAN PEMBAHARUAN DALAM ARENA SEPAKTAKRAW MALAYSIA
PADA TAHUN 1980
PSM telah berjaya menganjurkan Kejohanan Antara Regu Terbuka dan
Regu Bukan Melayu pertama kalinya di kejohanan Antara Regu Terbuka
dan Regu-regu bukan Melayu di Kuala Lumpur dari 12 hingga 16 April,
1980 dengan jayanya.Bank Bumiputra Malaysia Berhad telah menaja
kejohanan Sepaktakraw Asia Pertama yang berlangsung di Stadium
Negara, Kuala Lumpur pada 25 hingga 28 Jun, 1980. Kejohanan ini
telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agung pada 25 Jun, 1980 telah mendapat sambutan yang hangat
daripada segenap lapisan masyarakat. Pasukan-pasukan dari Thailand,
Singapura, Indonesia, Brunei dan Malaysia telah menyertai kejohanan
tersebut. Pasukan Malaysia telah berjaya menjadi johan setelah
mengalahkan pasukan Singapura di peringkat akhir pada 28 Jun, 1980.
Manakala tempat ketiga disandang oleh negara Thailand.
12. PIALA THAI SPORT ASSOCIATION
Thailand telah menganjurkan Piala Thai Sport Association di
Nakhon Sawan, Thailand dari 23 hingga 27 November, 1980.
Pertandingan telah disertai oleh negara Thailand, Singapura,
Malaysia dan Brunei. Pasukan Malaysia telah berjaya dalam kejohanan
ini dengan mengalahkan pasukan Thailand.13. KURSUS KEJURULATIHAN
BAGI NEGARA-NEGARA SUKAN SEA
1980
KKBS dan PSM buat pertama kalinya telah menganjurkan Kursus
Kejurulatihan Lanjutan bagi 19 peserta dari negara-negara Sukan SEA
mulai 11 hingga 25 November, 1980 di Universiti Malaya, Kuala
Lumpur. Seramai 14 peserta telah lulus dalam kursus jurulatih
ini.
i. Malaysia- 9 peserta
ii.Thailand- I peserta
iii.Singapura- 2 peserta
iv.Indonesia-2 peserta14. KURSUS PENGADIL KEBANGSAAN 1981
PSM dengan kerjasama KKBS telah menganjurkan Kursus Pengadil
Sepaktakraw Peringkat Kebangsaan dari 15 hingga 19 April, 1981 di
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang dikelolakan oleh
Jawatankuasa Pengadil PSM. Seramai 62 orang peserta yang mewakili
13 persatuan negeri telah mengambil bahagian termasuk PERSEWIP, ATM
dan Singapura. Seramai 40 orang telah lulus dalam ujian teori dan
praktikal serta telah diiktiraf sebagai Pengadil Kebangsaan Kelas
3.
15. PESTA SEPAKTAKRAW KEBANGSAAN 1981Persekutuan Sepak Raga
Jaring Selangor (PSJS) telah diberi penghormatan untuk menganjurkan
Pesta Sepaktakraw Kebangsaan bagi merebut Piala Emas Khir Johari,
Piala Tunku Abd. Rahman dan Piala Tun Abdul Razak di Stadium Negara
dari 8 hingga 13 April, 1981 yang telah dirasmikan pembukaannya
oleh YAB Dato Hormat Rafie, Menteri Besar Selangor. PSJS telah
mendapat tajaan sepenuhnya daripada TOSHIBA Malaysia sebanyak RM
40,000.16. KEJOHANAN BELIA KEBANGSAAN 1981
PSM telah menganjurkan kejohanan Belia Kebangsaan bagi merebut
Piala Dato Ali Haji Ahmad dan Piala MILO (Regu Terbuka) dari 2Ohb
hingga 25hb September, 1981 di Stadium Negara dengan tajaan
sebanyak RM 1O,000. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB. Encik
Mohd. Khir Johari selaku Presiden PSM.
UNIT 2
UNDANG-UNDANG PERMAINAN DAN PERATURAN PERTANDINGAN
SEPAKTAKRAWRujuk kepada buku Undang-Undang Permainan Sepaktakraw
yang berasingan Peraturan Pertandingan
Dalam satu-satu kejohanan atau pertandingan sepaktakraw,
biasanya satu peraturan pertandingan ditentukan oleh pihak
penganjur berdasarkan kepada aspek-aspek seperti berikut:
i. Tujuan dan matlamat pertandingan
ii. Peruntukan masa
iii. Bilangan penyertaan
iv. Kemudahan dan alatan
V. Jumlah peruntukan kewangan dan lain-lain.
Peraturan pertandingan biasanya menentukan sistem pertandingan
seperti kalah mati, liga ataunpun separuh liga dan juga
berlandaskan Undang-Undang sepaktakraw.
Peraturan pertandingan dapat membantu semua pihak yang terlibat
dalam pengurusan dan penyertaan pertandingan memahami perjalanan
kejohanan agar tidak timbul salah faham yang boleh mengganggu
kelicinan pertandingan.UNIT 3 FALSAFAH KEJURULATIHANPeranan
jurulatih
Instruktor
- Mengarah aktiviti
Guru
- Menyampai pengetahuan dan idea baru
Penggerak
- Menggerak perlakuan
Pendisiplin
- Mewujudkan ganjaran dan dendaan
Pengurus
- Mengetuai dan mengarah atlet
Agen publisiti
- Menghubungkan media dan orang awam
Pekerja sosial
- Membimbing, menasihat dan membantu atlet
Rakan
- Memberi ruang dan masa untuk eratkan
perhubungan
Saintis
- Menganalisis, menilai dan membuat
keputusan
Pelajar
- Mendengar, mempelajari dan berfikir
untuk kebaikan diriSelain itu, hubungan antara jurulatih dan
atlet juga adalah penting untuk
mewujudkan suasana yang baik. Di antara perkara-perkara yang
perlu dititik
beratkan adalah
Menjadi contoh yang baik
Jangan memalukan atlet
Persahabatan yang positif
Hormat-menghormati
Komunikasi dua hala
Bersikap objektif
Alasan bagi setiap arahan
Sama rata
Adil
Jurulatih yang baik juga harus menjalankan tugas yang tertentu
dan
diantaranya adalah: Menyediakan program sebelum, semasa dan
selepas pertandingan
Mengawal dan mengendalikan program latihan
Memberi nasihat mengenai latihan
Mengelola latihan seimbang
Menyimpan rekod atlet Mengendalikan kursus-kursus teknikal
Mempengaruhi cara hidup pemain yang berkesanUntuk menjadikan
seseorang jurulatih berjaya menyampaikan segala teknik & taktik
permainan sesuatu sukan, jurulatih perlu:
i.Mengenali diri sendiri tentang
-Kekuatan dan kelemahan diri-Kejayaan yang diperolehi
-Kekecewaan yang dialami
-Ilmu pengetahuan dan pengalaman
ii.Mengenali atlet sendiri
-Perlu mengenali atlet dari segi pencapaian, komitmen,
objektif,
kecerdasan dan emosi, pemikiran, rakan dan keluarga,
pemakanan,
kesihatan dan masalah diri.
-Mengenal pasti bakat dan mengasah bakat
-Memahami batasan perhubungan di antara jurutatih dan atlet
iii.Pengetahuan tentang sukan yang diceburi
Meningkatkan pengetahuan tentang permainan, teknik dan
strategi
sukan yang diceburi.iv. Sifat-sifat jurulatih yang baik
- Berpersonaliti- Keterampilan- Stabil emosi
- Tegas & berani
- Yakin diri- Berobjektif
- Demokratik
- Berfikiran terbuka dan jujur
- Fleksibel
- Futuristik
- Rasional
- Kreatif
- Boleh menyesuaikan diri- BerfalsafahJurulatih yang baik juga
perlu berpengetahuan dan berkebolehan tentang
- teknik dan taktik permainan
- pembinaan program latihan
- kaedah pengajaran, menganalisis dan menilai
- struktur dan organ badan (anatomi)
- fungsi kesan tubuh manusia (fisiologi)
- kesan pemakanan terhadap atlet
- pencegahan dan rawatan kecederaan
- proses dan reaksi pembelajaran motor
- psikologi kemanusiaan dan sosialGaya-Gaya KejurulatihanSetiap
jurulatih mempunyai daya kepimpinan tersendiri. Ia berbeza di
antara seorang jurulatih dengan jurulatih yang lain. Terdapat
beberapa jenis sifat kepiminpinan yang menonjolkan gaya seorang
jurulatih. Gaya-gaya ini juga biasanya dipengaruhi oleh falsafah
yang dipegang oleh jurulatih itu sendiri.
Di antara gaya-gaya yang biasa dikenal pasti ialah:-
i. Autokraktik kepimpinan yang berpusat kepada jurulatih
ii. Demokratik kepimpinan yang menekankan kepada proses dua
hala
iii. Laisse-faire kepimpinan yang banyak memberi kebebasan
kepada pemain untuk membuat keputusan
UNIT 4.0
KEMAHIRAN ASAS4.1 SEPAKAN
4.1.1 SepakSila
Kegunaan
1.Mengawal dan menimang bola2.Membuat hantaran/ umpanan
3.Menyelamat serangan lawan.Teknik Lakuan
Sebelum
- Berdiri dalam keadaan selesa.
- Kaki utama di belakang dan kaki sokongan di hadapan.
- Tangan dalam keadaan bebas.
Semasa
- Lakukan lakuan bersila.
- Berat badan diimbang atas kaki sokongan.
- Mata memandang arah bola.
- Kontak bola pada bahagian dalam kaki.Selepas
- Selepas melakukan sepakan, ikut lajak pergerakan.
- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur Maju
Statik
- Lambung bola dan lakukan sepak sila secara perseorangan.
- Gunakan kaki kiri / kanan.
- Mulakan sepak sila dengan bola rendah, sederhana dan
tinggi.
Dinamik
- Menerima dan menghantar bola secara berpasangan.
- Lakukan dalam berbagai arah kiri/ kanan/ depan/ belakang.
- Gunakan kedua - dua kaki secara berselang-seli.
- Kawal bola dahulu kemudian buat hantaran tepat ke arah
sasaran.
- Tingkatkan aras ketinggian bola dan kawal lakuan sepakan
tersebut.
- Bergerak ke arah bola yang dilontar dan buat kawalan.
- Terima bola dari gelanggang lawan dan terus kawal.
- Gunakan kaki kiri kanan secara berselang-seli.
- Variasikan corak pergerakan melalul kreativiti jurulatih.
4.1.2
Sepak Kuda
Kegunaan
1. Untuk menyelamatkan bola yang jauh dan rendah. 2. Variasi
melakukan servis.
Teknik Lakuan
Sebelum
- Berdiri dalam keadaan selesa.
- Kaki utama di belakang dan kaki sokongan di hadapan.
- Tangan dalam keadaan bebas.
Semasa
- Hayunkan kaki utama ke arah bola ke hadapan
- Lutut dibengkokkan sedikit.
- Berat badan dipindahkan kepada kaki sokongan.
- Kontak bola di atas kekura kaki.
Selepas
- Ikut lajak sepakan
- Bersedia untuk lakuan seterusnya
Latih Tubi dan Ansur Maju
Statik
- Lambung bola dan sepak dengan kekura kaki ke arah sasaran.
- Gunakan kaki kiri/ kanan secara berselang-seli.
Dinamik
- Sepak dengan menggunakan kekura kaki secara berpasangan.-
Lakukan sepakan ke atas bola yang datang dari berbagai arah.
- Kelajuan bola dipelbagaikan.
4.1.3 Sepak Cungkil
1. Mengawal bola dalam keadaan laju dan rendahTeknik Lakuan
Sebelum
- Dirian dalam keadaan selesa.
- Buka kaki seluas bahu. Semasa
- Kaki utama digerakkan ke hadapan mengikut arah bola.
- Pergerakan menggunakan sendi pergelangan kaki.
- Flik bahagian hujung kaki semasa kontak.
- Pindahkan berat badan ke kaki utama.
Selepas
- Ikut lajak pergerakan/ sepakan
- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur Maju
Statik
- Lambung bola dan cungkil gunakan hujung kekura kaki.
- Gunakan kaki kiri/kanan scara berselang-seli.- Lakukan
berulang kali.
- Mulakan dengan bilangan sekali dan diteruskan dengan berkali-
kali.
Dinamik
- Aktiviti mendapatkan bola yang jauh dari kaki
- Lakukan sepak cungkil dalam berbagai arah kiri/ kanan/
depan.
- Gunakan kaki kiri/ kanan secara berselang-seli.
- Tingkatkan kelajuan bola yang dilontar oleh rakan.
- Lakukan secara berterusan.
4.1.4 Sepak BadikKegunaan
1. Untuk menyelamatkan bola yang berada di sisi kanan/ kiri dan
belakang.
2. Untuk menyelamatkan bola semasa mati Iangkah
(off-position)Teknik Lakuan
Sebelum
- Dirian dalam keadaan selesa- Buka kaki seluas bahu.Semasa
- Hayun kaki utama keluar sambil lutut dibengkokkan.
- Kontak bola di bahagian luar kaki.
- Mata memandang ke arah bola.
- Berat badan di atas kaki sokongan.
- Rotasikan sedikit sendi pinggang.
- Gerakkan sedikit pinggang ke sisi.Selepas
- Selepas kontak balik kepada dirian asal.
- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur Maju
Statik
- Lambung bola ke sisi kiri/ kanan dan lakukan badikan.
- Tingkatkan ketinggian bola yang dibadik.
- Lakukan badikan kiri dan kanan secara berselang-seli.
Dinamik
- Bergerak ke arah bola dari jarak yang berbeza-beza.
- Lakukan badikan kiri/ kanan.
- Tingkatkan kelajuan bola yang dihantar.
- Tingkatkan ketinggian bola yang dibadik - rendah/ sederhana/
tinggi
4.2 TANDUKAN
4.2.1 Tandukan DahiKegunaan
1. Mengawal mengumpan dan merejam.
Teknik Lakuan
Sebelum
- Dirian dalam keadaan selesa.
- Mata memandang ke arah bola.Semasa
- Lutut dibengkokkan sedikit.
- Tangan ikut keselesaan.
- Lembutkan sendi di bahagian leher. - Kepala didongakkan ke
atas.
- Tumpuan mata sentiasa ke arah bola.
- Kontak bola di bahagian dahi.
- Tolakan bola daripada lakuan meluruskan lutut.
- Pergelangan leher dilembutkanSelepas
- Selepas kontak, balik kepada kedudukan asal.
- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur Maju
Statik
- Lambung bola secara individu dan lakukan tandukan
setempat.
- Lakukan secara berulang-kali.Dinamik
- Tanduk bola yang dilambung secara berpasangan tepat ke arah
sasaran.
- Tingkatkan kelajuan bola yang dihantar untuk tandukan.
- Pastikan bola yang ditanduk berada pada ketinggian yang
sesuai.
- Tanduk bola dari pelbagai arah dan kelajuan.
- Jarakkan bola secara beransur-ansur
4.2.2 Tandukan SisiKegunaan
1. Mengawal bola yang datang di sisi.
2. Merejam bola ke gelanggang pihak lawan.
Teknik Lakuan
Sebelum
- Dirian dalam keadaan selesa.
- Badan bongkok ke hadapan sedikit.
- Lutut dibengkokkan sedikit.Semasa
- Badan condong ke sisi mengikut arah bola kiri/kanan.
- Tampan bola di bahagian sisi kepala kiri/ kanan.Selepas
- Selepas kontak, balik kepada kedudukan asal.
- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur Majui.
Kawalan Statik- Lambung bola dan guna sisi kepala untuk kawalan
kiri/kanan.
- Lakukan berulang-kaliDinamik (Kawalan)- Tanduk bola yang
dilambung secara berpasangan
- Tingkatkan kelajuan bola dan pelbagaikan arah bolaii. Rejaman
Statik
Melompat sambil melakukan rejaman tanpa bola
- Lambung dan rejam bola secara individu dengan lompatan.
- Lakukan berulang-kali.Dinamik- Lambung bola, lompat sambil
merejam bola tersebut melintasi jaring- Rejam bola yang dihantar
oleh rakan
- Tingkatkan daya rejaman.
4.2.3 Tandukan Belakang Kegunaan
1. Merejam
2. Mengelirukan pihak lawanTeknik Lakuan
Sebelum
- Dirian selesa di sisi jaring
- Mata memandang ke arah bolaSemasa
- Bergerak ke arah bola yang datang
- Melonjak sambil melenggokkan kepala
- Kontak bola di bahagian belakang kepalaSelepas
- Mendarat sambil menyerap daya untuk mendapatkan imbangan
- Bersedia untuk lakuan seterusnyaLatih Tubi dan Ansur Maju
Statik
- Lakuan tanpa bola ( menggayakan tandukan belakang)
- Lakuan tanpa bola (menggayakan tandukan belakang dengan
lompatan)
-Bola digantung pada aras ketinggian mengikut kesesuaian,
Iakukan tandukan
belakang seperti latih tubi tanpa bola
Dinamik
- Melakukan tandukan betakang kepada bola yang diumpan oleh
rakan/jurulatih
-Jurulatih mempelbagaikan kedudukan bola umpanan untuk direjam
secara
tandukan belakang.UNIT 5.0 KEMAHIRAN KHUSUS
5.1 SERVIS5.1.1 Hantaran/ Lambungan Bola ServisKegunaan
1. Memulakan permainan.
2. Memudahkan tekong membuat servis.
3. Mempastikan ketepatan tekong membuat servis. Teknik
LakuanSebelum
- Kedudukan pemain di dalam suku bulatan
- Dirian ikut keselesaan
- Mata memandang ke arah tekong.
- Lambung/hantar bola ke arah sasaran yang dikehendaki.
Semasa
- Pegang bola dengan tapak tangan.
- Rendahkan badan sambil tangan dihayunkan ke belakang.-
Hayunkan tangan ke hadapan untuk melambung bola.
- Gunakan pergelangan tangan semasa melepaskan bola untuk
mempastikan ketepatan.
Selepas
- Lakuan badan dan tangan mengikut lajakan.5.1.2 Servis Sepak
Sila Kegunaan1. Mendapatkan ketepatan serta kelajuan ke arah
sasaran.Teknik Lakuan
Sebelum
- Kaki sokongan di dalam bulatan. - Kaki utama di luar bulatan
mengikut keselesaan.
- Tangan ikut keselesaan.
- Mata memandang ke arah bola yang datang.
- Imbangan badan di atas kaki sokongan.Semasa- Hayun kaki utama
dan belakang ke sisi mengikut aras bola.
- Kontak bola di bahagian dalam kaki.
- Berat badan dipindahkan dari kaki sokongan ke kaki utama.
- Lakuan memerlukan kelembutan statik dan dinamik.Selepas
- Ikut lajak lakuan.
- Balik kepada kedudukan asal untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi
dan Ansur Maju
Statik
- Lakukan lakuan servis sepak sila tanpa bola (bayangan).
- Lakukan servis sepak sila kepada bola yang digantung pada satu
aras.
Dinamik
- Lakukan servis kepada bola yang di lambung/ hantar melintasi
jaring.
- Arahkan bola kepada sasaran yang berbeza.
- Tingkatkan kelajuan bola yang diservis.
- Lakukan berulang-kali.
- Lakuan variasi servis sepak sila bola dipelbagaikan dengan
cara putaran (top-spin) atau dicantas (slice).5.1.3 Servis Sepak
Kuda
Kegunaan
1. Mendapatkan ketajaman bola servis dan ketepatan menuju
sasaran.Teknik Lakuan
Sebelum
- Kaki sokongan di dalam bulatan.
- Kaki utama di luar bulatan mengikut keselesaan.
- Tangan ikut keselesaan.
- Mata pandang arah bola yang datang.
- Imbangan badan di atas kaki sokongan.
Semasa
- Hayun kaki utama dan belakang ke sisi mengikut aras bola.
- Kontak bola di paras yang tertinggi
- Gunakan bahagian kekura kaki.
- Berat badan dipindahkan dan kaki sokongan ke kaki
utamaSelepas
- Ikut lajak lakuan.
- Balik kepada kedudukan asal untuk lakuan seterusnya
Latih Tubi dan Ansur Maju
Statik
- Lakukan lakuan servis sepak kuda tanpa bola (bayangan).
- Lakukan servis sepak kuda kepada bola yang digantung pada satu
aras.Dinamik
- Lakukan servis terhadap bola yang dilambung/hantar melintasi
jaring.
- Arahkan bola kepada berbagai sasaran.
- Tingkatkan kelajuan bola yang diservis.
- Lakukan berulang-kali.
5.1.4 Servis Tapak Kaki
Kegunaan
1. Mengelirukan pihak lawan semasa servis
Teknik LakuanSebelum
- Kaki sokongan di dalam bulatan- Kaki utama di luar bulatan
mengikut keselesaan.
- Tangan ikut keselesaan.
- Mata memandang ke arah bola yang datang.
- Imbangan badan di atas kaki sokongan.Semasa
- Hayun kaki utama dan belakang ke sisi mengikut aras bola.
- Kontak bola di paras yang tertinggi.
- Gunakan bahagian tapak kaki.
- Berat badan dipindahkan dan kaki sokongan ke kaki
utama.Selepas
- Ikut lajak lakuan.
- Balik kepada kedudukan asal untuk lakuan seterusnyaLatih Tubi
dan Ansur MajuStatik
- Lakukan lakuan servis tapak kaki tanpa bola (bayangan).
- Lakukan servis tapak kaki kepada bola yang digantung pada satu
aras.Dinamik
- Lakukan servis terhadap bola yang dilambung/hantar melintasi
jaring.
- Arahkan bola kepada berbagai sasaran di gelanggang pihak
lawan.
- Lakukan berulang-kali
5.2 KAWALAN
5.2.1 Kawalan Kaki (Sepak Sila)Kegunaan
1. Untuk mengawal dan rnenyelamatkan serangan lawan.
Teknik Lakuan
Sebelum
- Berdiri dalam keadaan selesa.
- Kaki utama di belakang dan kaki sokongan di hadapan.
- Tangan dalam keadaan bebas.Semasa
- Lakukan lakuan bersila.
- Berat badan diimbang atas kaki sokongan.
- Mata memandang ke arah bola.
- Kontak bola pada bahagian dalam kaki.Selepas
- Selepas melakukan sepakan, ikut lajak pergerakan.
- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur Maju
Statik
- Lakukan sepak sila tanpa bola.
- Lambung bola dan lakukan sepak sila secara perseorangan.
- Gunakan kaki kiri / kanan.
- Mulakan sepak sila dengan bola rendah, sederhana dan
tinggi.Dinamik
- Menerima dan menghantar bola secara berpasangan.
- Lakukan dalam berbagai arah - kiri kanan/ depan/ belakang.
- Gunakan kedua - dua kaki secara berselang-seli.
- Kawal bola dahulu kemudian buat hantaran tepat ke arah
sasaran.
- Tingkatkan aras ketinggian bola dan kawal lakuan sepakan
tersebut.
- Terima bola dari gelanggang lawan dan terus kawal.
- Bergerak ke arah bola yang dilontar dan buat kawalan.- Lakukan
umpanan ke arah perejam.
- Gunakan kaki kiri kanan secara berselang-seli.
- Tingkatkan kelajuan bola yang dilontar.5.2.2 Kawalan
KepalaKegunaan
1. Untuk mengawal dan menyelamatkan bola daripada serangan
lawan.Teknik Lakuan
Sebelum
- Dirian dalam keadaan selesa.
- Mata memandang ke arah bola.
Semasa
- Lutut dibengkokkan sedikit.
- Tangan ikut keselesaan.
- Lembutkan sendi di bahagian leher.
- Muka didongakkan sedikit.
- Mata sentiasa memandang ke arah bola.
- Kontak bola di bahagian dahi.- Tolakan bola daripada lakuan
meluruskan lutut.Selepas
- Selepas kontak, balik kepada kedudukan asal- Bersedia untuk
lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur MajuStatik
- Lakuan kawalan kepala tanpa bola.
- Lambung bola dan kawal secara perseorangan
dengan menggunakan kepala.
- Kawal bola yang sederhana tinggi di atas kepala.
- Lakukan berulang-kali
Dinamik
- Menerima dan mengawal bola secara berpasangan.
- Lakukan dalam berbagai arah kiri, kanan, depan dan
belakang.
- Tingkatkan aras ketinggian bola dan buat kawalan kepala.
- Terima bola dari gelanggang lawan dan terus kawal dengan
kepala.
- Bergerak ke arah bola yang dilontar dan buat kawalan dengan
kepala.
- Tingkatkan kelajuan bola yang dilontar5.2.3 Kawalan
PehaKegunaan
1. Mengawal bola dalam keadaan terdesak bola yang datang tepat
ke paras di antara lutut dan pinggangTeknik Lakuan
Sebelum
- Kedudukan badan dalam keadaan selesa.
- Mata sentiasa pandang bola.Semasa
- Tampan bola di atas peha mengikut arah bola yang datang.
- Peha dinaikkan selari dengan permukaan lantai.
- Lutut utama dibengkokkan.
- Badan ditegakkan sedikit.Selepas
- Selepas kontak, balik kepada kedudukan asal.
- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur
MajuStatik
- Lambung bola dan memeha bola.
- Gunakan peha kiri dan kanan secara berselang-seli.
Dinamik
- Memeha bola yang dihantar oleh rakan.
- Tingkatkan kelajuan bola yang dihantar dari berbagai arah.
- Pelbagaikan ketinggian bola yang ditampan.
- Guna peha kiri dan kanan secara berselang-seli.5.3 HANTARAN
ATAU UMPANAN5.3.1 Kaki (Sepak Sila)Kegunaan
1. Menghantar bola tepat ke arah sasaran mengikut keperluan
perejam. Teknik Lakuan
Sebelum
- Berdiri dalam keadaan selesa.
- Kaki utama di belakang dan kaki sokongan di hadapan.
- Tangan dalam keadaan bebas.
- Mata memandang arah bolaSemasa
- Lakukan lakuan seperti bersila dengan kelembutan.
- Berat badan diimbang atas kaki sokongan.
- Kontak bola pada bahagian dalam kaki.
- Mata memandang arah sasaran- Kenakan daya pada bola mengikut
kesesuaian umpanan.Selepas
-Selepas melakukan sepakan, ikut lajak pergerakan.
- Bersedia untuk lakuan seterusnyaLatih Tubi dan Ansur
MajuStatik
- Lepaskan bola dari pegangan pada paras pinggang dan lakukan
sepak sila serta sambut semula bola itu.
- Tingkatkan ketinggian bola yang disepak.
- Kawal bola sepakan pertama dan tinggikan sepakan kedua.
- Ulang aktiviti kawalan dan umpananDinamik
- Kawal bola yang dihantar oleh pengumpan dan tinggikan bola
pada
sepakan kedua.
Pelbagaikan arah dan ketinggian bola.
5.3.2 KepalaKegunaan
1. Menghantar, mengawal dan mengumpan apabila bola berada di
atas kepala.
Teknik Lakuan
Sebelum
- Dirian dalam keadaan se!esa.
- Mata memandang ke arah bola.Semasa
- Lutut dibengkokkan sedikit.
- Tangan ikut keselesaan.
- Semasa kontak, lonjakkan badan
- Tumpuan mata sentiasa ke arah bola.- Tolakan bola daripada
lakuan meluruskan lutut.
- Berat badan berada di atas hujung kaki.
- Daya yang dikenakan ke atas bola mengikut kesesuaian
umpanan.Selepas
- Ikut lajak perlakuan
- Selepas kontak, balik kepada kedudukan asal.
- Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur
MajuStatik
- Lakuan menanduk tanpa bola ( Iembutkan pergerakan badan)
- Lambung dan tanduk bola tinggi.
- Kawal bola pertama dan umpan ke sasaran bola kedua.
- Ulang aktiviti mengawal dan mengumpan dengan
kepala.Dinamik
- Kawal bola yang dihantar oleh pengumpan dan tanduk tinggi boIa
yang diterima
ke arah sasaran.
Pelbagaikan arah dan ketinggian ke arah sasaran.5.4 REJAMAN
5.4.1 Rejaman Kaki KEGUNAAN
1. Mematikan bola ke gelanggang pihak IawanTeknik Lakuan
Sebelum
- Berdiri selesa bersedia untuk bertindak.
- Mata memandang ke arah bola. Semasa
- Bergerak sambil melonjak mengikut teknik rejaman.
- Kaki utama dihayun ke tahap ketinggian bola.
- Melibas kaki untuk kontak bola seterusnya.
Selepas
- Mendarat dengan menyerap daya sambil membengkokkan lutut.
- Bersedia untuk lakuan seterusnya.
Latih Tubi dan Ansur MajuStatik
- Lompat dan buat rejaman tanpa bola (bayangan) mengikut teknik
rejaman.- Bola digantung mengikut paras ketinggian yang sesuai.
Lompat dan lakukan
rejaman kaki mengikut teknik rejaman yang dipilih.Dinamik
- Lambung bola dengan tangan dan buat rejaman mengikut gaya
rejaman- Variasikan kedudukan rejaman.
- Pelbagaikan arah rejaman.
5.4.2 Rejaman Kepala
KEGUNAAN
1. Mematikan bola yang berhampiran dengan jaring ke gelanggang
pihak lawan.Teknik Lakuan
Sebelum
- Berdiri selesa di sisi jaring.
- Mata memandang ke arah bola.Semasa
- Bergerak ke arah bola.
- Lonjak sambil menghayun badan ke belakang.
- Dongakkan kepala.- Kontak bola menggunakan bahagian kepala
mengikut gaya pilihan dengan
daya yang kuat.Selepas
- Mendarat sambil menyerap daya untuk mendapatkan imbangan.
- Bersedia untuk lakuan seterusnya.
Latih Tubi dan Ansur Maju
Statik
- Rejam dengan menggunakan kepala tanpa bola (bayangan) gaya
mengikut
pilihan.
- BoIa digantung mengikut ketinggian yang sesuai. Lakukan
rejaman kepala
berulang-ulang kali.Dinamik
- Rejam bola yang diumpan oleh rakan.
- Variasikan kedudukan semasa merejam.
- Pelbagaikan cara rejaman menggunakan sisi kiri ke hadapan dan
belakang kepala.
5.5 HADANGAN5.5.1 Hadangan Kaki KEGUNAAN
1. Menghalang dan mematahkan rejaman pihak lawan daripada masuk
ke gelanggang sendiri.Teknik LakuanSebelum
- Berdiri selesa di sisi jaring.
- Mata memandang ke arah bola. Semasa- Melangkah untuk
mendapatkan daya lonjakan.
- Angkat kaki utama di atas paras jaring/selari dengan
jaring.
- Tangan utama melindungi bahagian muka untuk mengelakkan
kecederaan.
Selepas
- Mendarat dengan kaki sokongan untuk menyerap daya bagi
mendapatkan
imbangan.
Bersedia untuk lakuan seterusnya.Latih Tubi dan Ansur Maju
Statik
- Lompat dan buat hadangan setempat.
- Lakukan berulang-kali.Dinamik
- Bergerak dari sisi untuk melakukan hadangan tanpa bola-
Bergerak dari sisi melakukan hadangan kaki berkali-kali menyusur
jaring.
- Bergerak dari sisi untuk menghadang bola yang dibaling dari
arah bertentangan.
- Menghadang bola yang direjam oleh pihak lawan dari berbagai
arah (kiri dan kanan).
- Lakukan berulang-kali.
5.5.2 Hadangan BadanKEGUNAAN
1. Menghalang dan mematahkan rejaman pihak lawan daripada masuk
ke gelanggang sendiri apabila keadaan memaksa.Teknik Lakuan
Sebelum
- Berdiri selesa di sisi jaring.
- Mata memandang ke arah bola dan perejam.Semasa
- Melonjak sambil membelakangkan jaring.
- Sesuaikan lonjakan dengan arah bola.
Selepas
- Mendarat dengan kedua-dua kaki.
- Serap daya dan imbang badan.
Latih Tubi dan Ansur Maju Statik
- Lompat dan buat hadangan dengan menggunakan belakang badan
berhampiran dengan jaring .(tanpa bola atau lawan)
- Ulang lakuanDinamik- Menghalang bola yang dilontar oleh rakan-
Variasikan arah balingan dan kedudukan.
- Menghadang bola yang direjam oleh pihak lawan.5.5.3 Hadangan
KepalaKEGUNAAN
1. Menghadang bagi mematahkan rejaman pihak lawan daripada masuk
ke
gelanggang sendiri secara terdesak.Teknik Lakuan
Sebelum- Mata memandang ke arah bola dan perejam.
- Berdiri menghadap jaring dengan selesaSemasa- Lompat sambil
tundukkan kepala di atas aras jaring.
- Permukaan dahi menghadap arah lantai.
- Sesuaikan lonjakan mengikut pergerakan bola.Selepas
- Mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
- Serap daya untuk imbangan.
Latih Tubi dan Ansur MajuStatik
- Menghadang dengan menggunakan bahagian atas kepala di hadapan
jaring
sambil melompat.
- Lakukan berulang-kaIi.
- Kepala ditundukkan sepenuhnya.Dinamik
- Menghadang dengan kepala bola yang dibaling oleh rakan dari
arah
bertentangan.
- Variasikan arah balingan dan kedudukan.
- Lakukan berulang-kali.UNIT 6.0 PENGURUSAN6.1 Pengurusan
Teknikal
Pengurusan teknikal yang dimaksudkan adalah tugasan yang harus
dilaksanakan oleh jurulatih dari awal perancangan sesuatu sesi
latihan sehinggalah selesai mengenai hal-hal yang berkaitan dengan
kemudahan dan peralatan latihan itu. Jurulatih hendaklah
mempastikan persiapan dari segi teknikal ini telah dirancang lebih
awal dan dilaksanakan.
Sebagai contoh, jurulatih perlu mempastikan segala kemudahan dan
peralatan yang akan digunakan dalam sesi latihannya bertepatan dan
mencukupi jumlahnya dengan keperluan latihan yang akan dijalankan.
Pengurusan teknikal ini penting kerana jika ia tidak dirancang
dengan cekap, jurulatih akan menghadapi masalah teknikal seperti
kekurangan kemudahan atau peralatan yang boleh membazirkan masa dan
mengganggu sesi latihan.
Dalam hal ini, jurulatih perlu memikirkan beberapa perkara
misalnya tempat latihan, gelanggang, bola takraw, jaring, skitel,
jam randik, pilihan peralatan yang bersesuaian dengan jenis latihan
dan lain-lain aspek yang berkaitan dengannya.6.2 Pengurusan
LatihanPengurusan latihan bermaksud persiapan dan perlaksanaan
jurulatih mengendalikan sesi latihannya selain daripada persediaan
teknikal. Pengurusan sesuatu sesi latihan memerlukan perancangan
dan persiapan yang kemas. Jurulatih perlu mempunyai wawasan dalam
mengendalikan sesi latihannya agar latihan mencapal objektifnya.
Dalam konteks ini persediaan jurulatih hendaklah merangkumi aspek
pengurusan gelanggang untuk mempastikan sesi latihan berjalan
lancar dan menepati objektifnya. Sebagai contoh jika jurulatih
hendak menjalankan sesi latihan kemahiran, dia mestilah merancang
corak latihannya. Sekiranya Iatih tubi sesuatu kemahiran hendak
dilaksanakan di manakah dia akan menempatkan pemain yang dilatih
itu dan di mana pula pemain yang melambung bola akan berada atau
berapa orangkah yang akan memungut dan mengumpul bola.Pengurusan
masa dalam sesuatu sesi latihan amatlah penting supaya tidak
berlaku pembaziran masa latihan. Adalah baik jika jurulatih
mengetahui pelbagai corak menyusun pemain semasa sesi latih tubi
misalnya corak sebaris, bintang, barisan selari, bulatan, tiga
segi, empat segi dan lain-lain. Pengurusan masa dikatakan kurang
berkualiti apabila pada satu-satu masa latihan hanya seorang sahaja
pemain dilatih manakala sebelas pemain yang lain hanya menonton
tidak berbuat apa apa. Rancanglah bagaimana dapat dilaksanakan
latihan agar masa tidak terbuang dengan cara menonton
sahaja.Mengurus satu-satu sesi latihan memerlukan perancangan dan
persiapan yang kemas. Jurulatih perlu mempunyai wawasan dalam
mengendalikan sesi latihan agar latihan mencapai
objektifnya.Persediaan jurulatih hendaklah merangkumi aspek
Pengurusan Gelangganguntuk memastikan sesi latihan berjalan lancar
dan menepati objektifnya. Contoh jika Jurulatih hendak menjalankan
sesi latihan kemahiran beliau mestilah merancang corak latihannya.
Sebagai contoh sekiranya latih tubi sesuatu kemhiran hendak
dilaksanakan dimanakah dia akan meletakkan pemain yang dilatih itu
dan dimana pula pembantu yang akan melambung bola. Pengurusan masa
dalam sesuatu sesi latihan amatlah penting supaya tidak terdapat
pembaziran masa latihanUNIT 7ANATOMI DAN FISIOLOGI ASAS
7.1 SistemTulang
Definisi:
Sistem tulang terdiri daripada 206 jenis tulang. Terdapat 2
bahagian
sistem tulang laitu axial dan appendicular.
7.1.1Fungsi.
i. Menyokong badan.
ii. Menghasilkan sel darah merah.
iii. Memberi perlindungan kepada organ dalaman.
iv. Menyimpan mineral (kalsium).
v. Menyambung otot kepada tulang untuk pergerakan.7.1.2
Jenis Tulang.
i. Tulang panjang, contohnya seperti Humerus, Radius, Ulna.
ii. Tulang pendek, contohnya seperti Carpals, Tarsal.
iii.Tulang leper, contohnya seperti Cranial, Sternum,
Scapula.
iv. Tulang tidak sama bentuk, contohnya seperti Vertebra,
Sphenoid, Mandible.
7.1.3
SendiTulang-tulang bertemu di sendi. Segala pergerakan sendi
ditentukan oleh struktur sendi.7.1.4 Bahagian dan Struktur
Sendi.
i. Sendi Lesung (Bola dan Soket) contohnya, sendi bahu.
ii. Sendi Engsel contohnya, sendi siku.
iii. Sendi Paksi contohnya, sendi antara tulang atlas dan
aksis.
iv. Sendi Pelana contohnya, sendi antara tulang tapak tangan dan
ibu jari.
v. Sendi telangsar contohnya sendi di antara dua tulang
pergelangan
tangan atau kaki.7.2 Sistem OtotKira-kira 40% dari berat badan
adalah terdiri daripada otot. Terdapat kira-kira 600 otot rangka di
dalam badan manusia.7.2.1 Fungsi Otot Rangkai. Otot rangka
merupakan satu bahagian penting dalam mekanisma pergerakan.
ii. Tempat menyimpan tenaga (ATP)iii. Menyokong dan melindungi
tulang.7.2.2 Jenis Ototi. Otot licin, contohnya seperti otot-otot
di arteri dan Sistem Penghadaman.
ii. Otot rangka, contohnya seperti otot-otot di kaki seperti
kuadriceps dan
tangan seperti biceps.
iii. Otot jantung.
7.3 Sistem Kardiovaskular
Tubuh badan memerlukan bahan nutrien untuk melakukan aktiviti
atau senaman. Bahan-bahan ini perlu dibekalkan bagi membolehkan ia
terus berfungsi.Di samping itu, bahan-bahan buangan perlu
dikeluarkan dari sel untuk dibawa keluar dari badan73.1
Fungsi-fungsi Sistem Kardiovaskular
i. Mengepam darah ke seluruh badan yang bekerja.
ii. Mengangkut nutrien dan sistem penghadaman ke seluruh set
badan.
iii. Mengangkut oksigen melalui darah ke seluruh sel badan.
iv. Melindungi badan dari penyakit.
v. Menolong dalam pengimbangan tahap suhu badan.
vi. Menolong dalam pengimbangan cecair dan garam badan.
7.3.2 Organ-organ sistem Kardiovaskular
i. Jantung a adalah satu organ yang berfungsi untuk mengepam
darah ke seluruh badan.
ii. Arteri Saluran darah yang mana
digunakan untuk mengangkut darah keluar dari jantung.
iii. Vein Saluran darah yang mana digunakan
untuk mengangkut darah ke jantung.
iv. Kapilari Saluran halus yang terdapat dalam saluran darah.
7.4 Sistem RespiratoriSistem ini melibatkan organ peparu di dalam
tubuh badan yang berfungsi untuk pertukaran gas oksigen dan karbon
dioksida di udara dan di sel badan semasa proses pernafasan
berlaku.7.4.1 Fungsi Sistem Respiratorii. Membekalkan oksigen
kepada semua sel di dalam badan.
ii.Membawa keluar karbon dioksida dari badan dan sel untuk
mengelakkan asidosis.7.4.2 Organ-organ Respiratorii. Hidung
ii. Pharynx
iii. Trakea
iv. Bronchus
v. Bronchiol
vi. Alveolar
UNIT 8.0 LATIHAN DAN SUAIAN FIZIKAL8.1 Komponen Kecergasan
Fizikal
8.1.1 Kekuatan Otot
Kekuatan otot ialah keupayaan satu atau sekumpulan otot
mengaplikasi daya. Daya yang diaplikasikan seterusnya akan
menghasilkan kerja yang menyebabkan pergerakan pada sendi.
Contohnya, penguncupan otot quadriceps akan meluruskan sendi lutut
seterusnya memberi kekuatan untuk membuat servis.
8.1.2 Daya Tahan OtotDaya tahan otot ialah keupayaan otot atau
sekumpul otot untuk melakukan sesuatu kerja atau aktiviti secara
berulang-ulang tanpa merasa letih. Contohnya, daya tahan otot
quadriceps membolehkan pemain membuat pukulan atau servis secara
berterusan.
8. 1.3 Daya Tahan KardiovaskularDaya tahan kardiovaskular ialah
keupayaan melakukan sesuatu aktiviti atau tugas secara berterusan
untuk suatu jangka masa yang lama. Contohnya, pemain Sepaktakraw
yang mempunyai daya tahan kardiovaskular yang tinggi mampu
melakukan servis yang Iebih tajam dan konsisten serta mampu
memulihkan tenaganya dengan cepat.8.1.4 Tahap Kandungan LemakTahap
kandungan lemak merujuk kepada berat lemak yang terdapat kepada
pemain Sepaktakraw. Formula yang digunakan adalah seperti
berikut:
Jumlah Berat badan = Berat Badan Tanpa Lemak
+ Berat Lemak
Male
8-12 %
Female10-15 %
Junior
8-12 %
Kandungan lemak yang berlebihan akan menyebabkan atlet
menanggung berat yang Iebih tinggi seterusnya menyebabkan cepat
penat. Ia juga akan menyebabkan fleksibiliti pada sendi
berkurangan.8.1.5 Fleksibiliti Kemampuan menggerakkan sendi badan
melalui julat pergerakan yang maksimum tanpa merasa sebarang
tekanan atau sakit. Ia bergantung kepada saiz badan, jantina, umur
dan aktiviti fizikal. Contohnya, fleksibiliti yang tinggi akan
memberikan kelebihan kepada altet untuk bergerak dengan efisien
serta mengelakkan kecederaan.8.1.6 KepantasanKeupayaan individu
untuk menggerakkan seluruh tubuh badan atau bahagian anggota badan
dengan cepat. Contohnya, otot quadriceps yang dibantu oleh
otot-otot fleksor pinggang yang pantas juga akan membantu pemain
Sepaktakraw melakukan servis dengan Iebih baik.8.1.7
Ketangkasan
Keupayaan badan menukar arah dengan cepat dan berkesan sewaktu
pergerakan pantas. Ia boleh diperbaiki dengan Iatih tubi yang
mempraktikkan ketangkasan. Contohnya, atlet perlu mempunyai
ketangkasan yang baik untuk menukar arah.
8.1.8 Koordinasi
Keupayaan menyelaras anggota badan semasa membuat sesuatu
pergerakan dengan sempurna dan selamat. Biasanya koordinasi
melibatkan deria seperti mata dan anggota badan yang terlibat.
Contohnya, tekong melakukan servis dari bola yang dilambuang dengan
tepat ke arah sasaran. 8.1.9 KuasaKeupayaan untuk menghasilkan daya
yang maksimum dalam tempoh masa yang sengkat. Ia juga boleh
diringkaskan kepada formula di bawah:
Kuasa = Daya (kekuatan otot) x Laju (kepantasan)Contohnya, otot
quadriceps yang kuat akan mempunyai kuasa tinggi melalui pengucupan
yang pantas.8.1.10 ImbanganKeupayaan atlet untuk mengekalkan
kestabilan kedudukan badan. Sebagai contoh komponen ini adalah
penting semasa mendarat selepas melakukan rejaman.
8.1.11 Masa TindakbalasKeupayaan untuk bertindak secara spontan
dalam jangka masa yang singkat. Ia juga bermaksud keupayaan
individu untuk menghasilkan reaksi daripada rangsngan. Contohnya,
pemain Sepaktakraw yang mempunyai reaksi yang Iebih baik boleh
menyelamatkan bola rejaman dari pihak lawan.
8.2 Jenis-jenis Latihan
8.2.1 Latihan JedaDefinasi:
Latihan jeda merupakan latihan yang melibatkan beberapa aktiviti
tertentu yang dilakukan serta diselang selikan dengan waktu pulih
dan waktu rehat.
Tujuan:
Memberi peluang kepada pemain melakukan latihan pada intensiti
yang Iebih tinggi dan berulang-ulang kali dengan mempunyai masa
rehat di antaranya.
8.2.2 Latihan Bebanan.Definasi:
Latihan yang dilakukan dengan menggunakan bebanan sebagai
rintangan. Latihan ini juga boleh menggunakan berat badan sebagai
beban.
Tujuan:
Latihan ini untuk menguat dan meningkatkan kekuatan, daya tahan
dan kuasa otot. Contoh, latihan yang menggunakan bebanan ialah
Chest Press. Push-up ialah latihan menggunakan berat badan sebagai
beban.8.2.3 Latihan LitarDefinasi:
Latihan yang melibatkan lakuan aktiviti di beberapa stesyen dan
setiap stesyen mempunyai aktiviti-aktiviti yang ditetapkan. Setiap
aktiviti memerlukan atlet melakukan kerja pada intensiti atau
ulangan yang telah ditetapkan.
Tujuan:
Latihan litar sesuai bagi meningkatkan kecergasan fizikal
keseluruhan pemain. Contoh, biasanya susunan latihan litar adalah
seperti berikut:Stesyen 1 - Burpee
Stesyen 2 - Lari uIang-alik
Stesyen 3 - Bangkit tubiStesyen 4 - Lompat Skip
Stesyen 5 - Lari zig-zag
UNIT 9
KONSEP LATIHAN 9.1 Prinsip-prinsip Latihan
9.1.1 Initensiti
Intensiti merujuk kepada sesuatu latihan itu perlu ditambah
bebanannya dari semasa ke semasa. Contohnya, bagi menambah daya
tahan kardiovaskular, kadar denyutan nadi semasa latihan perlu
mencapai 70%-85% daripada kadar maksimum dalam seminit.
9.1.2 Kekerapan
Kekerapan merujuk kepada bilangan ulangan atau bilangan hari
yang diperlukan bagi sesuatu program latihan. Contohnya, pemain
sepaktakraw perlu melakukan latihan sebanyak 3 kali seminggu bagi
meningkatkan kekuatan otot.
9.1.3 Tambah Beban
Tambah beban ialah tambahan beban yang dilakukan ke atas sesuatu
aktiviti latihan dengan meningkatkan ulangan, rintangan atau
bebanan. Contohnya, mengangkat rintangan atau bebanan yang lebih
berat dari semasa ke semasa. Ia boleh dipecahkan kepada dua iaitu
berdasarkan beban atau masa. Contohnya, seseorang atlet boleh
meningkatkan bilangan ulangan tekan tubi minggu pertama sebanyak 50
kali dan meningkat pada minggu ketiga sebanyak 60 kali.9.1.4 Ansur
Maju
Ansur maju ialah penambahan kesukaran atau beban latihan dari
satu peringkat ke satu peringkat lain secara beransur-ansur.
Prinsip ini juga melibatkan pengajaran teknik dan kemahiran yang
ingin dikuasai. Contohnya, pengajaran kemahiran perlu dilakukan dan
kemahiran mudah kepada kemahiran yang !ebih kompleks.
9.1.5 Pengkhususan
Pengkhususan ialah latihan ke atas sistem otot, sistem tenaga
dan kemahiran bagi mendapatkan kesan yang terbaik. Contohnya,
trisep, atlet harus menumpukan kepada meningkatkan kerja-kerja
ulangan bagi otot tersebut.
9.2 Perancangan Program Latihan
Dalam pembelajaran kemahiran terdapat 3 peringkat:
i. Peringkat Pemikiran (Kognitif)
ii. Peringkat Pembelajaran (Penyatuan)
III. Peringkat Kemahiran (Autonomous)9.2.1 Peringkat
Permikiran
Mendapatkan gambaran perlakuan sebelum mempelajari sesuatu,
kanak-kanak perlu mendapatkan gambaran yang jelas terhadap
perlakuan yang perlu dicapai. Kesilapan yang sering dilakukan oleh
seseorang jurulatih yang kurang berpengalaman adalah memulakan
latihan dengan memberitahu atau menujukkan sesuatu perlakuan tanpa
menjelaskan terlebih dahulu apa yang cuba dicapai. Mereka
mengandaikan bahawa kanak-kanak sedia maklum, andaian ini kurang
tepat. Semasa peringkat ini, proses kemajuan mungkin agak perlahan
bergantung kepada kemampuan kanak-kanak dan bentuk kemahiran itu
sendiri.
9.2.2 Peringkat Pembelajaran
Peringkat ini memberi peluang kepada kanak-kanak mencuba
perlakuan yang diarahkan. Kemahiran terbentuk daripada kemahiran
asas yang sedia ada. Ia akan mengambil masa yang Iebih kompleks
kerana kesulitan dalam mengkoordinasikan rangkaian pergerakan.
Dalam fasa ini jurulatih perlu memberi tunjuk ajar untuk melakukan
kemahiran yang berkaitan dengan pengalaman lepas kanak-kanak.9.2.3
Peringkat Kemahiran Peringkat ini memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk menyempurnakan perlakuan kemahiran. Pergerakan
bukan sahaja Iebih terkawal serta automatik, bahkan kanak-kanak
mampu menunjukkan keupayaan untuk melaksanakannya dengan baik pada
masa yang diperlukan. Pada peringkat ini atlet akan mampu
mempelajari teknik dan strategi yang boleh dikembangkan dan
kemahiran yang dipelajari tadi.9.3 Langkah-Langkah Pengajarani.
Mencatat mengapa kemahiran (tertutup) atau kemahiran (terbuka) itu
penting.
ii. Pilih 2-5 bahan mengajar.
iii. Tentukan sama ada alat bantu mengajar diperlukan.
iv. PiIih formasi yang sesuai dan berkesan.
v. Tentukan pandangan dan sudut manakah peserta harus
memerhati.
vi. Tentukan siapa yang membuat demonstrasi.9.3.1 Latihan
Berkesan
Terdapat 7 prinsip yang membolehkan sesuatu latihan itu dapat
dijalankan dengan berkesan iaitu:
i. Berlatih kemahiran yang betul.
ii. Berlatih kemahiran yang seakan-akan sama dengan keadaan
semasa hendak bertanding.
iii. Latihan hendaklah singkat dan kerap apabila mengajar
kemahiran baru.
iv. Gunakan peralatan dan kemudahan dengan maksimum.
v. Tentukan pemain mencapai kejayaan pada setiap latihan.
vi. Jadikan latihan itu menyeronokkan.9.3.2 Latihan
Berkumpulan
Proses pengajaran sewajarnya mempertimbangkan pembentukan atau
susunan yang sesuai bagi atlet supaya ia menjadi satu panduan yang
balk terhadap pembelajaran dan pergerakan yang telah ditentukan.
ini adalah penting kerana pembentukan yang berbeza adalah
diperlukan dalam setiap sesi latihan.
9.3.3 ContohContoh Pembelajaran dan Susunan Latihan
Berkumpulan
i. Pembentukan rapat atau bersepah
Dijalankan secara bebas supaya atlet mempunyai ruang untuk
bergerak ke semua arah dengan licin dan selamat.ii. Pasukan
berjarak
Struktur pembentukan yang sesuai untuk latihan kemahiran asas.
Ketua pasukan berdiri di hadapan seperti dalam gambarajah.
Biasa K PPPPPP
Berjarak K P P P P
iii. Berganti-ganti pusing balik9.4 Komponen Sesi Latihan
i.Perbincangan Pra-Latihan
ii. Memanaskan Badan
iii. Arahan Kemahiran
iv. Latihan Kemahiran
v. Suaian Fizikal
vi. Menyejukkan Badan
vii. Penilaian9.4.1 Perbincangan Pra-Latihan
Jurulatih memberikan suatu gambarajah yang menyeluruh terhadap
sesi latihan yang akan dijalankan9.4.2 Memanaskan Badan
(warming-up)
Aktiviti memanaskan badan mengambil masa kira-kira 15-20 mirtit.
Jangkamasa dan struktur memanaskan badan mengikut peringkat umur
atlet dan jenis sukan. Bagaimanapun, tujuan bagi semua jenis sukan
adalah sama, ia diolah untuk menyediakan otot, meransang
penghasilan asid lermak bebas, meningkatkan pengaliran darah ke
seluruh badan, menyediakan minda untuk bertindak, mengelakkan
kecederaan dan meningkatkan keupayaan otot untuk bekerja dengan
Iebih licin. Aktiviti memanaskan badan merangkumi komponen aerobik,
latihan kelembutan dan beberapa latihan spesifik yang mudah.9.4.3
Arahan Kemahiran
Selepas memanaskan badan, jurulatih Iazimnya memberi arahan yang
berkaitan dengan kemahiran atau strategi yang akan dipelajari dan
sesi tersebut. Arahan hendaklah pendek dan ringkas. Sekiranya
arahan mengambil masa yang panjang, Ia akan menghilangkan kesan
memanaskan badan tadi. Jika demikian, lebih elok sebahagian
daripada arahan tersebut dibuat sebelum aktiviti memanaskan
badan.9.4.4 Latihan Kemahiran
Latihan kemahiran mengambil masa kira-kira 45-60 minit daripada
sesi latihan. Ia mempunyal 2 komponen. Komponen pertama melibatkan
ulangkaji dan mengekalkan kemahiran atau strategi yang dipelajari
di dalam sesi-sesi yang lepas. Komponen kedua ialah pengenalan
kepada kemahiran atau strategi baru. Tidak semua sesi mempunyai
kedua-dua komponen tersebut. Masa yang diperuntukkan bagi setiap
komponen berbeza mengikut keupayaan atlet dan keperluan
jurulatih.9.4.5 Suaian Fizikal
Setiap sesi perlu menumpukan 15-20 minit bagi suaian fizikal.
Dengan memperuntukkan masa yang khas bagi suaian fizikal, atlet
boleh memberi penumpuan kepada perkembangan keupayaan fizikal tanpa
perlu melakukan kemahiran. Langkah ini bagi menge!akkan latihan
kemahiran dan terjejas.9.4.6 Menyejukkan Badan
Aktiviti menyejukkan badan perlu selepas setiap latihan. Ia
boleh dilakukan dengan mengerakkan badan secara beransur-ansur
seperti berjoging, berjalan dan latihan regangan. Ia dilakukan
selama 5-10 minit bagi membantu mengalirkan bahan buangan metabolik
ke seluruh badan, seterusnya mengembalikan keadaan fisiologikal
badan pada tahap rehat.9.4.7 PenilaianPenilaian sesuatu sesi perlu
dijalankan sama ada sebelum atau selepas menyejukkan badan. Ia
mengambil selama kira-kira 5 minit. Ia melibatkan perbincangan di
antara jurulatih dengan atlet terhadap elemen-elemen yang penting
serta objektif sesi latihan. Maklumat-maklumat yang diperolehi
semasa sesi penilaian memberikan sumbangan yang bermakna kepada
perancangan bagi sesi latihan berikutnya. Bagaimanapun, bahagian
latihan yang paling penting ini sering diabaikan oleh jurulatih
yang kurang berpengalaman.KESIMPULANBagi merancang sesi latihan,
seseorang jurulatih perlu menilai keadaan semasa
atlet, sumber dan matlamat yang perlu dicapai. Adalah amat
penting bagi
jurulatih merancang ke arah:1. aktiviti Optima2. demontrasi dan
arahan yang tepat dan jelas3. ansur maju yang betul4.
variasi/kepelbagaian5. latih mirip pertandingan6. perbezaan
individu
7. fleksibiliti
Setiap sesi latihan perlu mengandungi sesi memanaskan badan,
arahan kemahiran, suaian fizikal, menyejukkan badan dan
penilaian.UNIT 1O
KESELAMATAN DAN PENGURUSAN KECEDERAAN SUKAN10.1 Jenis- jenis
Kecederaan
10.1.1 Intrinsik (Kecederaan Tak Langsung)
Kecederan yang disebabkan oleh atlet sendiri. Kecederaan seperti
overstretching dan muscle pull. Kecederaan yang melibatkan otot,
tendon dan ligamen. Biasanya kecederaan ini tidak seteruk
kecederaan ekstrinsik atau kecederaan langsung. Contoh sukan adalah
seperti olahraga dan acara pecut, lompat tinggi, tarian aerobik,
gimnastik,. badminton dan lain-lain.10.1.2 Ekstrinsik (Kecederaan
Langsung)
Kecederaan yang disebabkan oleh pukulan atau hentakan ke badan,
contohnya seperti pelanggaran dengan lawan, dipukul lawan dan
terkena objek seperti bola , reket atau kayu pemukul. Contoh sukan
seperti hoki, bolasepak, ragbi dan lain-lain.10.1.3 Kecederaan
Lebih Guna (Overuse Injury)
Kecederaan yang disebabkan oleh tekanan yang kuat ke atas
sesuatu tisu umpamanya tulang, ligamen dan tendon yang
berpanjangan. Sekiranya tekanan yang dikenakan itu terlalu kerap
dan banyak maka kerosakan yang berlaku dan melampaui tahap
keupayaan biasanya perkara berikut mungkin berlaku; patah,
terseliuh, kecederaan teruk pada ligamen mungkin tendon dan otot.
Dalam keadaan ini mungkin menyebabkan kesakitan dan bengkak.10.1.4
Heat Injuries (Kecederaan Kepanasan)
Kepanasan boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan atau membawa
maut. Peningkatan tahap kepanasan akan berlaku berpunca dan radiasi
matahari dan persekitaran. Badan akan kehilangan banyak air ini
mungkin akan mengakibatkan heat exhaustion, heat cramp dan
heatstroke.
i. Heat Cramp
Kekejangan otot disebabkan oleh kekurangan garam dan elektrolit
dalam badan. Untuk menegakan kekejangan dengan meregangan, aplikasi
rawatan ais dan urutan.
ii. Heat Exhaustion
Kepanasan yang melampau yang berlaku hasil daripada peripheral
vasodilation, hilang kawalan sistem saraf dan berlaku tekanan dalam
pembuluh darah. Disebabkan pembuluh darah tersumbat peredaran darah
dalam badan menjadi perlahan.
Rawatan:Rehatkan mangsa, baringkan dan tinggikan kaki. Bukakan
peralatan dan pakaian. Bagi proses cooling down boleh dilakukan
dengan membasahkan badan mangsa dengan air sejuk. Jika mangsa dalam
keadaan sedarkan diri beri mangsa minum air sejuk.
IiiHeatstroke
Sistem penyejukan badan terlebih guna atau tahap peredaran darah
menjadi sangat perlahan. Oleh itu mekanisma perpeluhan terhad untuk
mengatasi paras cecair. Rawatan:Basahkan badan dengan air sejuk
ataupun rendam atlet ke dalam air sejuk. Sponging badan dengan air
sejuk atau alkohol. Tanggal pakaian dan peralatan bagi mencegah
penahan panas badan. Bagi atlet yang dalam keadaan sedarkan diri
dibenarkan minum air.10.2 Pengurusan Kecederaan
10.2.1 Primary Survey (Permerhatian A wal)
Ia merupakan Iangkah mengesan berlakunya sebarang pendarahan
atau pemerhatian ringkas bagi mengenal pasti sama ada atlet itu
sedar atau tidak sedarkan diri.
10.2.2 Secondary Survey (Permerhatian Pertengahan)
Ia adalah Iangkah tanda-tanda kecederaan dan pemeriksaan penting
tentang fizikal atlet. Terdapat skop utama bagi mengumpul maklumat
iaitu:i. SimptomTermasuk sakit, pening, kesejukan, rasa mual,
tekanan, keresahan, anggota badan Iemah dan tindakbalas pada
bahagian tertentu.
ii. Tanda
Bukti-bukti fizikal yang dikumpul semasa memeriksa atlet.
Contohnya, apa yang dilihat, rasa dengar, lebam dan bau.
iii. Tanda-tanda penting
Termasuk tahap kesedaran, denyutan nadi, pernafasan, suhu badan
dan warna.10.2.3 Prinsip RICEdan NO HARMLangkah serta merta
kecederaan sukan (RICE)Rest
Merehatkan atlet yang cedera.
Ice Letakkan ais selama kira-kira 20 minit. Ulangi setiap 2 jam
sepanjang 48 jam. Jangan meletakkan ais terus ke atas kulit kerana
akan mengakibatkan kulit terbakar, masukkan ais ke dalam beg
plastik atau tuala. Ais boleh menyebabkan kapilasi darah mengecut
dan akan mengurangkan pendarahan. Jangan mandi air panas atau sauna
dalam masa dua hari selepas cedera.Compression Anggota yang cedera
dibalut untuk mengawal bengkak dan bertambah besar. Balutan harus
ketat tetapi jangan sehingga menggangu peredaran darah.Elevation
Angkat bahagian yang cedera ini untuk membantu darah kembali ke
jantung supaya mengurangkan tekanan cecair ke tisu di bahagian yang
cedera.
NO HARMdalam masa 48- 72 jamHeat
Sebarang bahan kimia sama ada krim
atau minyak yang panas tidak boleh
digunakan untuk disapu ke bahagian
yang cedera.
Alkohol
Jangan minum alkohol atau diletak di
bahagian yang cedera.
Run & Exercise
Jangan melakukan apa-apa aktiviti ke
atas bahagian yang cedera.
Massage
Jangan diurut bahagian yang cedera
kerana akan menyebabkan semakin
bengkak.
10.2.4 Warm-up dan Cooling Down
Warm-up (memanaskan badan) adalah kumpulan senaman yang
dilakukan sebelum aktiviti yang mana menyediakan badan untuk
adaptasi daripada keadaan rehat kepada aktiviti. Ia dibentuk untuk
meningkatkan prestasi dan mengurangkan peluang untuk mendapat
kecederaan dengan menggerakkan fizikal dan mental. Cooling down
(menyejukkan badan) merupakan kumpulan senaman yang dilakukan serta
merta selepas menjalankan aktiviti bagi memberi ruang kepada badan
untuk membuat penyesuaian daripada mengalami kesakitan dan
melonggarkan anggota badan selepas melakukan aktiviti sukan.10.3
Mencegah kecederaan10.3.1
Memanaskan badan dan menyejukkan badanMemanaskan badan dan
menyejukkan badan dengan sempurna akan mengurangkan peluang untuk
mendapat kecederaan. Peruntukan 15 minit untuk senaman regangan dan
10 minit menyejukkan badan. Apabila dilakukan dengan sempurna akan
dapat mengurangkan kesakitan otot dan melonggarkan sendi. Tahap
kecergasan yang balk juga penting bagi mengelakkan berlakunya
sebarang kecederaan.
i. Stamina Tingkatkan daya tahan anda
ii. Kepantasan Pastikan anda cukup pantas
iii. Kekuatan Anda perlu kuat
iv. Kuasa Kuat dan pantas
v. Kesesuaian Bertanding dengan lawan dalam kategori
dan jantina yang sama
vi. Kelenturan Kelembutan Julat pergerakkan sendi
vii. Kemahiran Perlu mempunyai kemahiran bagi
mengelakkan/mengurangkan kecederaan10.3.2 Berlatih tetapi jangan
keterlaluan
Setiap program hendaklah sesuai, selamat dan memberi kesan yang
baik untuk anda. Apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya
baik untuk anda.10.3.3 Dapatkan rehat yang cukup
Pemulihan otot selepas latihan yang berat mengambil masa Iebih
kurang 24 jam. Latihan berselang hari adalah mencukupi dan Iebih
efektif.10.3.4 Latihan pelaziman beransur dari aktiviti senang
Contohnya berjalan, jogging dan regangan, kepada aktiviti yang
Iebih berat dan cergas.10.3.5
Jangan bersenam jika anda kurang sihat atau demam10.3.6 Tempat
latihan dan kemudahan hendaklah selamat dan sesuai termasuklah
gelanggang, permukaan lantai, lampu dan sebagainya.10.3.7 Gunakan
alatan perlindungan yang sempurna, contohnya pelindung alat sulit,
gusi, bandage, pelindung kepala dan sebagainya apabila
diperlukan10.3.8 Pemakaian pakaian sukan yang sesuai10.3.9
Mengetahui kaedah dan peraturan pemakanan dan perlu peka tentang
persekitaran. Hindarkan kecederaan yang disebakan oleh terlalu
panas (heat injuries) dengan selalu minum air mengantikan cecair
yang hilang daripada badan.10.3.10 Panduan pengambilan air
i. Minum 100-200ml setiap 10-20 minit semasa
aktiviti atau kira-kira 500-1000 mI/jam.
Pengambilan maksima semasa aktiviti adalah
kira-kira 1000 mI/jam.
ii. Minum hendaklah
Mengandungi kurang dan 1 sudu teh gula
bagi setiap gelas.
Minum dalam kuantiti yang kecil setiap kali
Sejuk kira-kira 6-10 darjah celcius
Digemari oleh atlet
iii. Contoh komposisi minuman
20- 25 gm glukos/1 liter glukos
23 mg natrium/1 liter air
195 mg kalium/1liter air
50 1500 mg choloride/ 1 liter air
Komposisi minuman di atas dapat menggantikan
kehilangan elektrolit natrium dan kalium dalam 1
liter peluh. 1 liter peluh bersamaan kira-kira 1 kg
air/berat badan.iv.Bagi mengantikkan simpanan tenaga (glikogen)
selepas pertandingan yang panjang, atlet dicadangkan mengambil
karbohidrat walaupun dalam bentuk manisan seperti kueh, coklat dan
sebagainya serta merta selepas bertanding/berlatih.Teruskan setiap
2 jam sehingga 6 jam. Ini akan membantu atlet untuk bersedia bagi
latihan/pertandingan seterusnya.UNIT 11
MELATIH ATLET MUDA
11.1 Kanak-kanak dan LatihanSebagai seorang jurulatih, kita
harus memahami bahawa kanak-kanak tidak boleh menerima latihan yang
sama dengan orang dewasa. Mereka juga tidak mempunyai kemampuan
untuk mengenalpasti limitasi dalam latihan. Contohnya kanak-kanak
mungkin mengalami dehidrasi tetapi tidak mampu mengenalpasti
simptomnya (rasa haus merupakan simptom yang kurang tepat).
Kanak-kanak juga perlu berlatih dengan lebih keras berbanding
dengan orang dewasa bagi menyediakan oksigen kepada tubuh badan
bagi melakukan aktiviti. Contohnya kanak-kanak yang berumur 6
tahun, secara purata perlu mengambil 38 liter udara untuk
rnendapatkan 1 liter oksigen. Manakala remaja yang berumur 18 tahun
memerlukan 28 liter udara bagi mendapat jumlah oksigen yang sama.
Sebelum akil baligh, kanak-kanak lazimnya memperolehi tenaga dan
sistem aerobik berbanding dengan orang dewasa yang memperolehi
tenaga dan kedua-dua sistem aerobik dan anaerobik. Secara amnya,
kanak-kanak lebih selesa dengan latihan yang panjang, perlahan
serta stabil
11.2 Panduan latihan bagi kanak-kanak
Bagi melahirkan bakal juara yang mantap pada masa akan datang,
jurulatih perlu merancang dan menyediakan proses latihan jangka
panjang. Melalui latihan yang memakan masa bertahun-tahun dan
program yang terancang akan menyediakan persekitaran yang sesuai
bagi membentuk kemahiran dan sahsiah atlet. Adalah menjadi satu
kesilapan sekiranya jurulatih mengabaikan maklumat dan
latarbelakang atlet seprti umur dan perkembangan biologikal.
Makiumat ini penting bagi melaksanakan prinsip-prinsip latihan yang
betul.11.3 Prinsip -prinsip latihan jangka panjang11.3.1
Perkembangan Holistik
Jurutatih perlu membantu membina kemahiran atlet supaya melalui
kemahiran tersebut ia akan dapat membantu atlet selepas menamatkan
kerjaya sukannya. Aspek-aspek seperti pengurusan kesihatan,
komunikasi, kaedah membuat keputusan, pengurusan masa, organisasi,
pengurusan kewangan, perancangan kerjaya serta amalan agama tidak
diabaikan. Selain daripada pembangunan kemahiran hidup, atlet-atlet
muda perlu digalakkan dan didedahkan dengan aspek-aspek teori
latihan. Atlet perlu membina kefahaman asas dalam perkara-perkara
seperti anatomi, perkembangan dan pertumbuhan, pemakanan,
pembelajaran kemahiran, kaedah latihan, perubatan sukan,
keselamatan dan pengurusan tekanan.Usaha mereka membentuk suatu
program latihan holistik bukanlah mudah. Bagairnanapun kita perlu
mengasaskan suatu sukan yang memenuhi keperluan holistik atlet.
11.3.2 Pelbagaian latihan
Kanak-kanak dan remaja perlu melalui ribuan jam untuk bertatih.
Sesetengah senaman dan Iatih tubi kadang kala perlu dilakukan
beribu kali, dengan itu program latihan perlu dipantau dan
dipelbagaikan bagi mengurangkan tekanan fizikal dan psikologikal.
Dalam sukan-sukan berpasukan, atlet lazimnya boleh didedahkan
dengan kaedah latihan dan latih tubi yang pelbagai. Bagaimanapun
dalam sukan-sukan individu seperti renang, tinju dan lumba basikal,
ianya agak terhad. Contohnya seorang perenang sering didedahkan
dengan jenis senaman, senaman teknikal dan latih tubi selama 2
hingga 3 jam sehari, 4 hingga 7 hari seminggu, 45 hingga 50 minggu
setahun dalam jangka masa selama 20 tahun. Jenis latihan yang
berulang-ulang boleh menyebabkan kecederaan Iebih guna dan masalah
psikologikal. Kesannya sering berlaku burnout atau keciciran semasa
muda.Contoh pelbagaian latihan sebagal persediaan jangka panjang
dalam sukan olahragaSeseorang jurulatih perlu kreatif
berpengetahuan dan imiginatif dalam mereka bentuk aktiviti dan
senaman yang pelbagai. Setiap sesi latihan perlu direka bentuk
dengan memperkenalkan peIbaga senaman dan Iatih tubi. Contohnya
bagi membina daya tahan dan kecergasan, jurulatih boleh mengunakan
kombinasi sukan-sukan lain seperti merentas desa, renang dan
berbasikal.11.3.2 Ciri-ciri individu
Setiap individu mempunyai keunikan personaliti, ciri-ciri
fizikal, tingkah sosial dan keupayaan intelek. Bagi mereka bentuk
program latihan yang berkesan, jurulatih perlu memahami kekuatan
dan limitasi setiap individu. Jurulatih pertu mengambil kira
perbezaan setiap individu. Contohnya pada peringkat perkembangan
dan pertumbuhan atlet, latarbelakang dan pengalaman latihan, status
kesihatan dan kadar pemullhan di antara sesi latihan.a. Umur
Morphologikal
Umur morphologikal merujuk kepada beberapa peringkat pertumbuhan
anatomi. Ia dapat dikenalpasti melalui perkembangan bahagian
tertentu. Perkembangan atlet pada peringkat 6 hingga 18 tahun
merupakan peringkat yang paling penting. Pada peringkat ini
atlet-atlet bagi kebanyakan sukan akan membentuk kemahiran dan
keupayaan motor yang berbagai serta mengasaskan tapak yang kukuh
bagi perkembangan seterusnya dalam sukan yang dipilih.b. Umur
BiologikalUmur biologikal merujuk kepada perkembangan fisiologikal
organ- organ dan sistem dalaman badan atlet. Perkembangan akan
menentukan potensi fisiologikal atlet. Potensi ini akan menentukan
keupayaan atlet untuk menjalani latihan dan pertandingan ke arah
tahap prestasi yang tinggi.C.Umur Latihan
Umur latihan merujuk kepada bilangan tahun latihan yang dilalui
oleh seseorang atlet. Jangkamasa ini akan mempengaruhi perbezaan
tahap kecergasan dan pengalaman individu. Jadual berikut dapat
menjelaskan pentingnya pertimbangan umur biologikal dan umur
latihan disamping umur kronologikal.11.4 Perkembangan
menyeluruh
Perkembangan menyeluruh merupakan prinsip yang paling penting
dalam latihan kanak-kanak dan remaja. Ianya penting untuk membina
asas yang kukuh bagi atlet muda sebelum mereka memilih dan
mengkhususkan diri dalam suatu sukan. Asas multilateral bagi
perkembangan fizikal yang kukuh adalah perlu bagi meningkatkan
tahap pengkhususan dan pembentukan kemahiran teknikal.
Kesimpulannya tujuan pembangunan multilateral adalah bagi
membolehkan atlet membina adaptasi menyeluruh. Kariak-kanak dan
remaja yang mempunyal keupayaan, kemahiran dan kebolehan motor
lebih mampu untuk menghadapi beban latihan yang lebih mencabar
tanpa menghadapi risiko tekanan yang berkaitan dengan pengkhususan
awal.UNIT 12
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI
Pengenalan
Komunikasi yang berkesan merupakan faktor penting dalam kerjaya
kejurulatihan. Jurulatih dituntut untuk berkomunikasi dalam
pelbagai situasi. Tahap kemahiran komunikasi yang tinggi ini bo!eh
mempengaruhi dan merangsang potensi atlet.
12.1 Motivasi dan Keperluan Atlet
Motivasi amat penting dalam mempengaruhi penglibatan atlet dalam
sukan. Memahami keperluan seseorang atlet itu merupakan salah satu
aspek penting dalam motivasi. Ia memberi ransangan kepada atlet
untuk bertindak. Ransangan dan dorongan ini akan wujud dan motivasi
intrinsic (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran). Walau
bagaimanapun kehendak atlet berbeza mengikut matlamatnya. Di dapati
4 faktor utama yang menggerakkan penglibatan atlet dalam sukan:i.
Untuk keseronokan.
ii. Untuk keperluan sosial dan berinteraksiiii. Untuk
menunjukkan kebolehan dan kecekapan diri supaya mempunyai
harga diri.iv. Untuk mendapatkan ganjaran.12.2 Kaedah
Meningkatkan Imej Kendiri Pemain Sepaktakraw12.2.1 Tunjukkan
Penerimaan
Jurulatih perlu me!ayani atlet-atlet sebagai insan. Mereka perlu
sedar untuk menghargai sumbangan atlet. Jurulatih juga perlu
menunjukkan yang mereka sentiasa mengambil berat keadaan atlet
walaupun di luar gelanggang sukan.
12.2.2 Beri Puji-Pujian IkhlasPujian diberikan kepada atlet yang
menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh.
12.2.3 Beri Tumpuan Peribadi
Jurulatih perlu meluangkan lebih masa untuk berkomunikasi dengan
atlet. Langkah ini merangkumi mengajar, membantu, memerhati,
bercakap, memberi galakan dan memberi maklumbalas terhadap lakuan
atlet.
12.2.4 Membina Rasa Tanggungjawab Kendiri
Jurulatih perlu membantu atlet membina rasa tanggungjawab
terhadap diri sendiri. Di antara amalan yang boleh dilakukan adalah
memberi peluang kepada atlet untuk berfikir dan memberi pendapat
terhadap latihan yang perlu dilakukan. Amalan-amalan ini juga boleh
dikembangkan kepada aspek-aspek lain di luar dari bidang sukan.
Contohnya dalam akademik dan sosial atlet.12.3 Langkah
Berkomunikasi
Berkomunikasi dengan atlet anda mengandungi 6 Iangkah:
i. Kenalpasti apakah pemikiran(pengetahuan/maklumat) yang
ingin
disampaikan. ii. Memikirkan kaedah bagi menyampaikan mesej-mesej
tersebut.
iii. Apakah bentuk penyampaian dan alat bantuan yang perlu
digunakan. Contohnya mikrofon, bola, flipchart, flashcard dan
sebagainya.
iv. Atlet menerima mesej anda. Contohnya, daripada suara dan
alat bantuan mengajar yang ditunjukkan seperti gambar atau
cerita.
v. Altet menterjemahkan makna mesej. Terjemahan bergantung
kepada pengetahuan dan pemahaman asas yang ada pada atlet. Ia juga
bergantung kepada penyampaian kandungan dan objektif yang jelas dan
tepat.
vi. Atlet akan mempelajari apa yang telah disampaikan. Kesan
pembelajaran ini boleh berlaku secara dalaman atau ditunjukkan
melalui perbuatan. Contohnya, apabila atlet faham makluman tersebut
ia akan disimpan dalam fikiran mereka. Umpamanya sampah itu kotor
atlet akan menunjukkan bentuk tingkah laku dengan membuang sampah
ke dalam tong sampah.PAGE 64