Top Banner
MANHAJ HERMENEUTIKA DALAM MENTAFSIR A-QURAN ABSTRAK Artikel ini menjelaskan tentang hermeneutika iaitu salah satu metod yang digunapakai oleh para liberalis untuk mentafsirkan al-Quran. Pada awalnya metod hermeneutika ini digunakan untuk mentafsir Bible dan kini mereka gunakan pula untuk mentafsir al-Quran menggantikan metodologi yang telah disusun oleh ahli mufassirin sendiri. Objektif utama artikel ini adalah membahaskan berkenaan metod hermeneutika yang kian berkembang menjangkiti umat Islam, serta pandangan dan pendapat yang menolak kaedah ini. Kajian artikel ini menggunakan pendekatan kepustakaan dan analisis dokumen yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama pengenalan mengenai kajian, kedua huraian berkenaan maksud hermeunatik, sejarah bermulanya hermeunatik, dan tokoh- tokoh hermeneutik, ketiga perbincangan mengenai metodologi hermeunatik dalam mentafsirkan al-Quran serta hujah yang menolaknya. Dapatan awal kajian ini merumuskan bahawa kaedah hermeneutika yang digunakan untuk mentafsir al-Quran adalah sama sekali bercanggah dengan metodologi tafsir al-Quran yang telah disusun oleh para alim ulama’ dan mencabar syariah Islam itu sendiri. 1
37

Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Apr 03, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

MANHAJ HERMENEUTIKA DALAM MENTAFSIR A-QURAN

ABSTRAK

Artikel ini menjelaskan tentang hermeneutika iaitu salah

satu metod yang digunapakai oleh para liberalis untuk

mentafsirkan al-Quran. Pada awalnya metod hermeneutika

ini digunakan untuk mentafsir Bible dan kini mereka

gunakan pula untuk mentafsir al-Quran menggantikan

metodologi yang telah disusun oleh ahli mufassirin

sendiri. Objektif utama artikel ini adalah membahaskan

berkenaan metod hermeneutika yang kian berkembang

menjangkiti umat Islam, serta pandangan dan pendapat

yang menolak kaedah ini. Kajian artikel ini menggunakan

pendekatan kepustakaan dan analisis dokumen yang

dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama pengenalan

mengenai kajian, kedua huraian berkenaan maksud

hermeunatik, sejarah bermulanya hermeunatik, dan tokoh-

tokoh hermeneutik, ketiga perbincangan mengenai

metodologi hermeunatik dalam mentafsirkan al-Quran serta

hujah yang menolaknya. Dapatan awal kajian ini

merumuskan bahawa kaedah hermeneutika yang digunakan

untuk mentafsir al-Quran adalah sama sekali bercanggah

dengan metodologi tafsir al-Quran yang telah disusun

oleh para alim ulama’ dan mencabar syariah Islam itu

sendiri.

1

Page 2: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

PENDAHULUAN

Sejak akhir-akhir ini, kita sering dikejutkan dengan

perkara yang telah mengancam akidah umat Islam. Pelbagai

pertubuhan, aliran dan ilmu yang muncul atas nama Islam

dengan membawa ideologi yang berbeza yang jelas tersasar

dari ajaran Islam yang sebenar. Begitu juga dalam bidang

tafsir, munculnya ilmu hermeneutika yang di dukung oleh

golongan liberal yang menghendaki keterbukaan melampau

dalam berijtihad dan mengamalkan hukum Islam.

Dalam mentafsirkan al-Quran, seorang mufassir itu

dituntut untuk menguasai cabang dan disiplin ilmu untuk

mentafsirkan suatu ayat al-Quran selari dengan kaedah

Islam. Seorang mufassir tidak boleh sesuka hati

mentafsirkan mengikut akal bila tidak mempunyai keahlian

yang baik dalam bidang tafsir. Metodologi tafsir yang

digunakan juga mestilah mengikut garis panduan

2

Page 3: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Rasulullah, para sahabat dan para ulama’ kerana mereka

adalah sumber rujukan kita selepas al-Quran. Namun

begitu, tanpa kita sedari, umat Islam kini diserang

dengan pemikiran liberalisme yang mengatas namakan

sebagai hak asasi manusia, maka ilmu hermeneutika

digunakan untuk mentafsir hukum yang ditetapkan. Istilah

Hermeneutika mungkin masih asing di telinga sebahagian

besar umat Islam di tanah air. Namun apabila kita

melihat kepada sejarah hermeneutika itu sendiri,

sebenarnya ia bermula sejak abad yang lalu dan

berkembang di Eropah Barat. Pada mulanya, ilmu

hermeneutika ini digunakan untuk mentafsirkan kitab

Bible dan memenuhi tuntutan perkembangan zaman. Maka

melalui tradisi ini lahirlah pemikiran sekular-liberal,

dan kini ilmu hermeneutika telah diterapkan oleh

kelompok ini dalam mentafsirkan al-Quran sebagai sumber

hukum.

DEFINISI METODOLOGI HERMENEUTIKA

3

Page 4: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Metod menurut kamus Maurid al-hadis bermaksud tariqah,

manhaj, nizham. Manakala metodologi pula bermaksud ilmu

manhaj atau kajian mengenai metod. ا) ي� ودول�وج�� ت� (م�ي� (Munir

Ba’albaki. 2009 : 721) . Hermeneutic menurut kamus Maurid

al-Hadis bermaksud tafsiriy, ta’wiliy. Manakala hermeneutics

bermaksud ilmu tafsir, dan khususnya tafsir kitab suci

(Munir Ba’albaki. 2009 : 539). Secara harfiah,

hermeneutika bermasud ‘tafsir’. Secara etimologi, istilah

hermeneutika berasal dari bahasa Yunani hermeneuin yang

bererti mentafsirkan. Istilah ini merujuk kepada seorang

tokoh mitologi dalam metologi Yunani yang dikenal dengan

nama Hermes (Mercurius). Di kalangan pendukung

hermeneutika ada yang menghubungkan tokoh Hermes dengan

Nabi Idris. Dalam mitologi Yunani, Hermes dikenal

sebagai dewa yang bertugas menyampaikan pesan-pesan dewa

kepada manusia. Dari tradisi Yunani, Hermeneutika

berkembang sebagai metologi penafsiran Bible, yang di

kemudian hari di kembangakan oleh para teologi dan

falsafah Barat sebagai metod penafsiran secara umum

dalam ilmu-ilmu sosial dan humanniora.(Adian Husaini.

2007:7-8)

Menarik juga untuk disemak bahawa ada perbezaan

antara istilah ‘hermeunatic’ dan ‘hermeunatics’. Istilah yang

pertama yang bermaksud sebagai kata sifat yang apabila

diterjemahkan dapat diertikan sebagai suatu sifat yang

terdapat dalam suatu pentafsiran. Manakala istilah yang

4

Page 5: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

kedua ialah sebuah kata benda dan istilah tersebut

mengandungi tiga maksud iaitu :

i. Ilmu pentafsiran

ii. Ilmu untuk mengetahui maksud yang terkandung dalamkata-kata dan ungkapan penulis.

iii.Pentafsiran secara khusus menunjukkan kepadapentafsiran kitab suci (Fakhruddin Faiz.2002:21 ).

SEJARAH HERMENEUTIKA

Secara etimologi, istilah “hermeunatics” berasal dari

bahasa Yunani (ta Hermeneutika) bentuk jamak dari (to

Hermeneutikon) yang bererti hal-hal yang berhubungkait

dengan pemahaman dan penterjemahan suatu mesej. Kedua-

dua kata tersebut merupakan serapan dari kata “Hermes”,

yang dalam keyakinan bangsa Yunani dikatakan sebagai

dewa yang diutus oleh Zeus (Tuhan) untuk menyampaikan

mesej dan berita di bumi. Dalam karya logika Aristotle,

kata “hermeneias” bererti ungkapan atau pernyataan sahaja.

(Adian Husaini. 2004)

Secara lebih luas, hermeneutik didefinisikan oleh

Zygmunt Bauman sebagai upaya menjelaskan dan menerokai

mesej dan pengertian dasar sesuatu ucapan atau tulisan

yang tidak jelas, rigid dan bercanggah yang menimbulkan

kebingungan pendengar atau pembaca. (Mazlan

Ibrahim,Achmad Yaman.2010:40)

5

Page 6: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Istilah hermeneutika dalam khazanah Islam memang

tidak diketemukan, namun al-Farabi (w.339H) pernah

membahaskan mengenai istilah hermeneutika menerusi dari

karya Aristotle yang bertajuk Peri Hermeneias, begitu

juga dengan Abu Ma`syar (272H) dalam kitab beliau yang

bertajuk al-Ulf fi Buyut al-Ibadah, beliau ada menyebutkan

istilah yang mirip dengan hermeneutika iaitu Hirmis,

Harmes, yang diertikan dengan al-Muthalath bi al-Hikmah (tiga

rangkaian aliran pemikiran), yang dijumpai dalam

falsafah Yunani. (Ilyas Ibrahim. Tth)

Hermeneutika pada dasarnya adalah suatu metod atau

cara untuk mentafsirkan simbol yang berupa teks untuk

dicari maksud dan maknanya. Dimana metod hermeunatik ini

mensyaratkan adanya kemampuan untuk mentafsirkan masa

lampau yang tidak dialami, kemudian dibawa ke masa

sekarang. Dalam perkembangannya, hermeunatik mengalami

perkembangan dan perubahan-perubahan persepsi dan model

penerapannya muncul daripada keragaman pentafsiran dan

pemahaman terhadap hermeneutik. Antara perkembangan

hermeunatik ada beberapa kategori seperti hermeneutik

sebagai pentafsiran kitab suci, hermeunatik sebagai

teori filologi (kemanusiaan), hermeneutik sebagai

pemahaman linguistik dan hermeneutik sebagai metod

tafsir.(Fakhruddin Faiz. 2002:22)

Hermeneutika dipergunakan sebagai metode untuk

mentafsirkan naskah-naskah sejarah kuno dan kitab suci.

Jika dilihat ke belakang, keberadaan hermeunatik ini

6

Page 7: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

sebenarnya sudah ditemukan sejak zaman Yunani Kuno. Pada

masa itu sudah ada perbincangan tentang hermeneutik

sepertimana yang terdapat dalam tulisan Aristotle yang

bertajuk Peri Hermenians (de interpretation).(Sahiron

Syamsuddin.2003:54)

Di antara disiplin ilmu yang paling banyak menggunakan

hermenetika adalah ilmu tafsir kitab suci, seperti kitab

Zabur, Taurat dan Injil. Kemudian sejarah interpretasi

teks mengalami perkembangan yang sangat pesat melalui

tradisi pemikiran teologi, sama ada Yahudi maupun

Kristian, iaitu sekitar abad 4 dan 5 M. Seterusnya pada

abad ke- 17 dan 18 hermeneutika berkembang secara luas

dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan, banyak sarjana

barat yang memberikan idea-idea yang berkaitan dengan

hermeneutika, seperti Friedrich Schleiermacher (1768 –

1834), Wilhelm Dilthey (1833 – 1911), dan Rudolf Karl

Bultman (1884 – 1976). Kemudian di abad 20, kajian

hermeneutika di dunia Barat mengalami lompatan yang

cukup besar, kerana perdebatannya lebih mengarah pada

persoalan ontology (sebuah cabang ilmu falsafah atau

metafizik yang berkaitan dengan fitrah makhluk) dan

epistemologi. Lompatan hermeneutika kontemporari

tersebut di pelopori oleh para filosuf besar seperti;

Martin Heidegger (1889 – 1976), Paul Ricoerur (1913 –

2005) dan Hans George Gadamer (1900 – 2002). (Ilyas

Ibrahim. Tth)

7

Page 8: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Friedrich Schleiermacher (1768-1834M) seorang

teologi asal Jerman, yang kononya memperluas hermeneutik

dari teknik pentafsiran kitab suci Bible (Biblical

Hermeneutics) menjadi hermeneutik umum (general hermeneutics)

yang mengkaji keadaan-keadaaan apa saja yang

memungkinkan terwujudnya pemahaman atau pentafsiran yang

betul terhadap suatu teks. Schleiremacher bukan hanya

meneruskan usaha Semler dan Ernesti untuk membebaskan

tafsir daripada doktrin agama, bahkan ia melakukan

desakralisasi teks. (Mazlan Ibrahim, Achmad Yaman.

2010:40)

Dalam tradisi Bible, para pemuka Kristian memang

mengakui bahawa teks-teks Bible bukanlah keseluruhannya

wahyu Tuhan. Di dalamnya terdapat percampuran antara

firman Tuhan dan karangan-karangan manusia, selain

bahasa wahyu asal juga sudah tiada. Oleh itu

dikembangkanlah juga satu metodologi pentafsiran yang di

sebut sebagai hermeneutika untuk mencari kebenaran Bible

itu sendiri.

For both Jews and Christians throughout their histories, the primary

purpose of hermeneutics, and of the exegetical methods employed in

interpretation, has been to discover the truths and values of the Bible.

(Encyclopedia Britanica)

[Sepanjang sejarah orang-orang Yahudi dan Kristian,

tujuan utama hermeneutik dan metod tafsir yang digunakan

dalam interpretasi adalah untuk mencari nilai dan

kebenaran Bible]

8

Page 9: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Dakwaan ini jelas sangat berbeza dengan al-Quran,

kerana para ulama’ yang mengkaji dan mentafsir al-Quran

bukanlah untuk mencari kebenaran dalam al-Quran, kerana

al-Quran itu sendiri adalah sumber kebenaran yang tidak

dapat dipertikaikan. Hermeneutik bukan sekadar tafsir,

melainkan satu metode tafsir tersendiri atau satu

falsafah tentang penafsiran yang sangat berbeza dengan

metod tafsir al-Quran. Dalam kalangan Kristian,

penggunaan hermeunatik sudah sangat lazim meskipun

menimbulkan perdebatan. Salah satu buku yang selalu

dirujuk kalangan akademik IAIN dalam menulis

hermeneutika adalah buku E.Sumaryono bertajuk “

Hermeneutika : Sebuah Metod Filsafat” (Yogyakarta

penerbit kanisiua 1999). Buku ini mempunyai kesalahan

yang besar dalam memandang konsep teks kitab suci agama-

agama dan mengatakan tafsir al-Quran sama dengan teks

hermeneutika. Beliau menulis dalam bukunya :

“Disiplin ilmu yang pertama banyak menggunakan

hermeunatik ialah kitab suci. Kerana semua karya yang

mendapat inspirasi Ilahi ialah al-Quran, taurat,

kitab-kitab veda dan Upanishad supaya dapat difahami

memerlukan intepretasi atau hermeunatik”

Cara pandang Sumaryono sebagai orang katolik memang

khas konsep Kristian terhadap Bible. Tetapi Sumaryono

jelas tidak cermat kerana di kalangan Kristian seperti

Dr.C. Groenen, ramai sedar terhadap kontesk perbezaan

anatara al-Quran dan Bible. Al-Quran bukanlah kitab yang

9

Page 10: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

mendapat inspirasi dari Tuhan sebagaimana konsep Bible,

tetapi al-Quran ialah kitab yang tanzil, lafzhan wa ma’nan

(lafaz dan maknanya dari Allah) konsep ini berbeza

dengan Bible,yang merupakan teks dari manusia yang

mendapat inspirasi dari roh kudus. Bahkan pope sendiri

mengaku sendiri perbezaan antara al-Quran dan Bible.

Pada 17 Januari 2006, surat khabar New York Sun

menurunkan tulisan Danial Pipes, bertajuk “The Pope And

The Qoran” (pope dan al-Quran). (Adian Husaini.2007:9)

BENTUK-BENTUK HERMENEUTIKA

i. Hermeneutika ObjektifDikembangkan oleh tokoh-tokoh klasik, khususnya Friedrick

Schleiermacher (1768-1834), Wilhelm Dilthey (1833-1911) dan Emilio

Betti (1890-1968).(Fazlur Rahman. 1985:9-10). Menurut model

pertama ini, penafsiran bermaksud memahami teks sebagaimana

yang difahami pengarangnya, sebab apa yang disebut teks,

menurut Schleiermacher, adalah ungkapan jiwa pengarangnya,

sehingga seperti juga disebutkan dalam hukum Betti, apa yang

disebut makna atau tafsiran atasnya tidak didasarkan atas

kesimpulan kita melainkan diturunkan dan bersifat intruktif.( Josef

Bleicher.1980:29)

ii. Hermeneutika SubjektifDikembangkan oleh tokoh-tokoh modern khususnya Hans-Georg

Gadamer (1900-2002) dan Jacques Derida (l. 1930).( Fazlur Rahman.

1985:13). Menurut model kedua ini, hermeneutika bukan usaha

menemukan makna objektif yang dimaksud si penulis seperti yang

digambarkan model hermeneutika objektif melainkan memahami

apa yang tertera dalam teks itu sendiri. Pemikiran mereka adalah

10

Page 11: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

isi teks itu sendiri secara tersendiri bukan pada idea awal si

penulis. Inilah perbezaan utama antara hermeneutika objektif dan

subjektif.

Dalam pandangan hermeneutika subjektif, teks bersifat

terbuka dan dapat diinterpretasikan oleh siapa jua, kerana itu

sebuah teks diterbitkan dan dilepas, ia telah menjadi berdiri

sendiri dan tidak lagi berkaitan dengan si penulis. Oleh itu,

sebuah teks tidak harus difahami berdasarkan idea si pengarang

melainkan berdasarkan sumber yang tertera dalam teks itu sendiri.

Bahkan, penulis telah mati dalam pandangan kelompok ini.“ ”Karena itu pula, pemahaman atas tradisi si pengarang seperti yang

disebutkan dalam hermeneutika objektif, tidak diperlukan lagi.

iii.  Hermeneutika Pembebasan

Dikembangkan oleh tokoh-tokoh Muslim kontemporari khususnya

Hasan Hanafi (1935) dan Farid Esack (1959). Hermeneutika ini

sebenarnya didasarkan atas pemikiran hermeneutika subjektif,

khususnya dari Gadamer. Namun, menurut para tokoh

hermeneutika pembebasan ini, hermeneutika tidak hanya

bermaksud ilmu penafsiran atau metode pemahaman tetapi lebih

dari itu sebagai tindakan. Menurut Hanafi, dalam kaitannya

dengan al-Quran, hermeneutika adalah ilmu tentang proses

wahyu dari huruf sehinggalah kepada kenyataan, dari spiritual

sehingga praktik, dan juga tranformasi wahyu dari fikiran

Tuhan kepada kehidupan manusia. Hermeneutika sebagai sebuah

proses pemahaman hanya menduduki tahap kedua dari keseluruhan

proses hermeneutika. Yang pertama adalah kritik sejarah untuk

menjamin keaslian teks dalam sejarah. Ini penting, kerana

tidak akan terjadi pemahaman yang benar jika tidak ada

kepastian bahawa yang difahami tersebut secara sejarah adalah

asli. Pemahaman atas teks yang tidak asli akan menjerumuskan

orang pada kesalahan.

11

Page 12: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

TOKOH MUSLIM LIBERAL YANG MENGGUNAKAN TAFSIR

HERMENEUTIKA

Hermeneutika mula digunakan terhadap kajian al-Quran

pada abad 19 Masihi oleh para sarjana Islam, akan tetapi

banyak kalangan ulama mempersoalkannya. Ini kerana hal

tersebut dapat meragukan keaslian dan kesucian al-Quran.

Di samping itu juga, hermeneutik telah digunapakai dalam

menafsirkan Bible bagi mencari nilai kebenarannya. Namun

hal ini bertolak belakang terhadap penggunaannya kepada

al-Quran yang telah diakui keasliannya.

           

Di antara para sarjana tersebut adalah Muhammad

‘Abid al-Jabiri, Mohammad Arkoun, Fazlur Rahman (1919 –

1988), Nasr Hamid Abu Zayd dan Muhammad Syahrur. Mereka

merancang projek besar terhadap telaah kitab suci al-

Quran. Fazlur Rahman membawa wacana Hermeneutik melalui

konsep Doble Movement of Interpretation iaitu sebagai

alternatif dari konsep lama tentang Qat`I dan Zanni.

Muhammad Arkon membangun kritik terhadap pemikiran Islam

(Critique de la raison Islamique). Hasan Hanafi mencanangkan

kebangkitan umat (Masyru` Nahdhawi) melalui projek

besarnya, menerusi buku beliau yang bertajuk al-Turath

wa al-Tajdid. `Abid al-Jabiri, Pemikir asal Maroco

mencetuskan kritik terhadap pemikir Arab (Naqd al-`Aql al-

`Arabi). Nasr Hamid Abu Zayd membangunkan kritikan

terhadap wacana agama (Naqd al-Khitab al-Dini). Kemudian

12

Page 13: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Muhammad Syahrur menawarkan telaah Kontemporari terhadap

Pemahaman Teks al-Quran (Qiraah Mu`ashirah), ia adalah

seorang tokoh yang banyak menimbulkan polemik, beliau

berasal dari damaskus, Syiria.(Ilyas Ibrahim. Tth)

Ada juga di kalangan mereka yang kagum dengan

pendapat-pendapat beliau dengan anggapan dapat

memberikan semangat baru dalam dunia pemikiran islam,

seperti Sultan Qaboos Kerajaan oman, beliau memberikan

tanggapan yang positif serta merekomenkan kepada para

menterinya untuk membaca karya Muhammad Syahrur, begitu

juga para sarjana non Muslim seperti Wael B. Hallaq dan

Dael F. Eickelman. (Ilyas Ibrahim. Tth)

MOHAMMED ARKOUN

Arkoun berpandangan bahawa banyak hal yang terdapat dalam Islam

yang unthinkable (tak dapat difikirkan) kerana kekuatan dan

pemaksaan penguasa rasmi. Sebagai contohnya adalah mushaf

Utsmani yang dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima

akal. Arkoun menganjurkan free thinking (berfikir liberal) untuk

mengubah unthinkable menjadi thinkable. Ia beralasan bahawa

free thinking merupakan respon terhadap dua perkara utam;

pertama, umat Islam perlu memikirkan masalah-masalah yang tak

difikirkan sebelumnya dan kedua, umat Islam Islam perlu membuka

wawasan baru melalui pendekatan sistematis lintas budaya

terhadap masalah-masalah asas. Dalam konteks al-Quran, Arkoun

melihat bahawa penolakan umat Islam terhadap biblical criticism

13

Page 14: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

kerana alasan politik dan psikologi. Alasan politik kerana

mekanisme demokrasi belum berlaku dan psikologi kerana

pandangan “khalq al-Qur’ân” Mu’tazilah tertolak.(Ahmad Isnaeni.

tth). Arkoun juga membahagi wahyu menjadi dua peringkat:

a. Umm al-kitab. Wahyu jenis ini berada di lauh al-mahfûzh,

bersifat abadi,tak terikat waktu dan mengandung kebenaran

tertinggi.

b. Apa yang disebut Arkoun sebagai wahyu edisi dunia

(terrestresedition). Termasuk dalam wahyu ini adalah al-Quran dan

Bibel. Menurutnya wahyu edisi dunia ini telah mengalami

modifikasi.

Selain itu, Arkoun juga membahagi sejarah al-Quran dalam tiga

zaman:

a. Masa Prophetic Discourse (610-632 M). Al-Quran zaman ini lebih

suci dibanding zaman lain. Sebabnya al-Quran zaman ini

berbentuk lisan yang terbuka untuk semua maksud yang mungkin.

b. Masa Official Closed Corpus (12-324 H/632-936 M). Arkoun

berpendapat bahawa al-Quran di masa ini telah tereduksi dari al-

kitâb al-mûhâ menjadi tak lebih dari buku biasa. Kerana itu mushaf

menurutnya tidak patut untuk disucikan.

c. Masa ortodoks (324 H/936 M).

NASR HAMID ABU ZAYD

14

Page 15: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Jika Arkoun menggunakan pendekatan sejarah terhadap al-

Quran, Nasr Hamid Abu Zayd memilih untuk mengaplikasikan

metode analisis teksbahasa-sastra. Abu Zayd berpijak pada

pendapat bahawa al-Quran walaupun ia merupakan kalam Ilahi,

namun al-Quran menggunakan bahasa manusia. Kerana itu ia tak

lebih dari teks-teks karangan manusia biasa. Menurut Abu Zayd,

al-Quran telah terbentuk oleh realiti dan budaya Arab selama

kurang lebih 20 tahun. Oleh sebab itu, ia mengatakan bahawa al-

Quran merupakan hasil budaya (muntaj tsaqâfî ). Al-Quran yang

terbentuk melalui realiti, budaya dan terungkapkan dalam bahasa

menjadikan al-Quran sebagai teks bahasa. Sedang realiti, budaya

dan bahasa itu sendiri tidak lepas dari sisi sejarah yang

melingkupinya, kerana itu al-Quran juga merupakan teks sejarah.

Ia juga mengkritik paradigma penafsiran yang dipakai oleh para

ulama, menurutnya, perkara metafizik yang selalu difikirkan

dalam benak mereka tidak mendorong pada sikap ilmiah.(Nasr

Hamid Abu Zayd. 2003.)

PENGGUNAAN HERMENEUTIKA DALAM METOD ILMU TAFSIR

Dalam perbahasan falsafah heremeneutika sentiasa melihat

sebuah karya dari sudut tiga serangkai (triadic relation), iaitu

teks, pengarang dan pembaca. Ketika Bible dihalakan

kepada tiga sudut pandang ini maka para ahli teologi

Kristian mengakui bahawa teks-teks Bible bukanlah dari

Tuhan, bahawa Bible itu ada pengarangnya dan pembaca

Bible mempunyai jarak, baik masa mahupun bahasa dengan

wahyu Tuhan yang sebenarnya. Sehingga si pembaca tidak

15

Page 16: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

dapat secara langsung memahami firman Tuhan itu sendiri.

Bahkan mereka juga mengakui bahawa teks-teks Bible

mmempunyai masalah yang sangat banyak. Jadi apabila

teks-teks sudah bermasalah maka jelaslah tafsirannya

juga ikut bermasalah. Itulah dilema yang terjadi dalam

hermeneutika diberi tugas untuk memperbetulkan teks dan

di sisi lain dituntut untuk memberikan penafsiran

terhadap teks itu. (Ugi Suharto. 2007:27)

Secara umumnya konsep yang menjadi panduan kepada

golongan liberal ini dalam mentafsirkan al-Quran ialah :

1. Relativisme Tafsir. Para pengaplikasi hermeneutik

menganut fahaman relativisme tafsir. Tidak ada tafsir

yang tetap. Semua tafsir dipandang sebagai produk akal

manusia yang relative, kontekstual, temporal dan

personal. Prof. Amin Abdullah menggambarkan fungsi

hermeneutika seperti berikut.

“dengan sangat intensif hermeneutika cuba membongkar kenyataan,

bahawa siapapun orangnya, dia berada dalam kelompok manapun,

kalau dia seorang manusia, pasti pemikirannya terbatas

pemahamannya, serta boleh sahaja keliru, perkara ini mungkin juga

berkait dengan perasaan ego yang menginginkan selalu betul”

Prof. Amina Wadud seorang tokoh feminis juga

menyatakan “no method of quranic exegsis fully objectives, each exegete

makes some subjectives choices” (Tidak ada metod penafsiran al-

Quran yang sepenuhnya objektif. Masing-masing penafsir

16

Page 17: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

boleh membuat pilihan yang subjektif. (Adian

Husaini.2007:18)

Berdasarkan kepada fahaman relativisme ini, maka

pandangan ini menyebabkan tiada suatu kebenaran yang

betul-betul dapat dipastikan keabsahannya kerana

menganggap semua manusia boleh sahaja salah. Ummat Islam

sejak zaman Nabi hingga kini sentiasa bersepakat kepada

perkara-perkara dasar tanpa perlu perbahasan seperti

membaca syahadat dengan lafaz yang sama, puasa di bulan

ramadhan, solat itu wajib, haji kebaitullah. Ini

menunjukkan bahawa akal manusia boleh menjangkau sesuatu

yang mutlak dan membenarkan kebenaran yang satu.

Berdasarkan metod al-Quran, di dalam al-Quran

terdapat ayat-ayat qat’i dan juga ayat-ayat zanni yang

merupakan ciri dan tabiat al-Quran dalam menjelaskan

hukum. Umumnya, ayat qat’i mengatur tentang asas-asas

ajaran Islam yang bersifat tetap (al-tsawabit) sehingga

tidak berpeluang dilakukan takwil dan dirubah. Ayat

zanni merupakan ayat dengan mengandungi kemungkinan

beberapa makna sehingga menjadi ruang lingkup ijtihad

menentukan makna mana yang dimaksudkan ayat. Ayat-ayat

zanni banyak berkaitan dengan bidang muamalat.

2. Pentafsiran berdasarkan ‘kontekstual histories’ (kondisi

dan masa sejarah : Dengan Hermeneutika, hukum Islam

memang menjadi tidak pasti. Sebagai contoh adalah hukum

17

Page 18: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

perkahwinan antara agama. Dalam Islam, berdasarkan

kepada surah Mumtahanah ayat 10 jelas diharamkan bahawa

perempuan muslim di larang berkahwin dengan lelaki kafir

ataupun sebaliknya :

“ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila orang-orang

perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada

kamu, maka ujilah (iman) mereka Allah lebih mengetahui

akan iman mereka dengan yang demikian, sekiranya kamu

mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu

mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir.

Mereka tidak halal bagi orang-orang kafir itu (sebagai

isteri), dan orang-orang kafir itu pula tidak halal bagi

mereka (sebagai suami). Dan berilah kepada suami-suami

(yang kafir) itu apa yang mereka telah belanjakan. Dan

tidaklah menjadi salah kamu berkahwin dengan mereka

(perempuan-perempuan yang berhijrah itu) apabila kamu

memberi kepada mereka maskahwinnya. Dan janganlah kamu

(wahai orang-orang Islam) tetap berpegang kepada `aqad

perkahwinan kamu dengan perempuan-perempuan yang (kekal

18

Page 19: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

dalam keadaan) kafir, dan minta lah balik maskahwin yang

kamu telah berikan, dan biarkanlah mereka (suami-suami

yang kafir itu) meminta balik apa yang mereka telah

belanjakan. Demikianlah hukum Allah Ia hukumkan diantara

kamu”.

Namun Musdah menghuraikan dengan metod kontekstualnya

tentang ayat ini :

“Jika kita memahami konteks waktu turunnya ayat ini, larangan pada

ketika itu sangat sesuai, kerana pada ketika itu kaum kafir quraish

sangat memusuhi Rasulullah dan pengikutnya. Waktu itu konteksnya

adalah peperangan kaum muslim dan kafir. Kerana ayat itu harus

difahami secara kontekstual. Jika kondisi peperangan itu tidak ada lagi,

maka larangan itu gugur dengan sendirinya..

Daripada contoh ini kita boleh lihat, bagaimana

metodologi kontekstual histories digunakan secara

semberono dan menjadikan suatu hukum menjadi relative

dan tidak tetap. Padahal pada pandangan Islam, hal agama

adalah yang terpenting dalam sebuah perkahwinan (Adian

Husaini. 2007:21).

KONSEP-KONSEP HERMENEUTIKA MUHAMMAD SYAHRUL

Di antara konsep-konsep yang menjadi panduan para tokoh

hermeneutik dalam pentafsiran terhadap al-Quran

adalah: Hubungkait Tafsir, mengenepikan syari’ah dan

19

Page 20: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

menolak kuasa Mufassir. Sehingga sebagaimana yang

penulis kutip dari seorang hermeneutik terkenal timur

tengah Muhammad Syahrur dalam bukunya Qiraah Mu`asirah

akan terjadi pemahaman yang sangat menghancurkan sendi-

sendi Islam dari akarnya, (Ilyas Ibrahim. Tth).

Antaranya adalah:

1.      Penafian Sinonim Dalam Bahasa al-Quran.

Muhammad Syahrur berpendapat, bahawa pandangan yang

mengatakan kalimat-kalimat al-quran memiliki makna yang

sama atau mirip adalah keliru kerana menurut beliau

setiap kalimat dalam al-Quran memiliki makna yang

spesifik atau lebih dari satu makna, hal  itu sebagai

bukti kemukjizatan al-quran yang releven di setiap ruang

dan waktu. Dari konsep tersebut timbullah pentafsiran

baru terhadap istilah-istilah dalam al-Quran yang

berlandaskan penafian sinonim. Maka seperti kata-kata

al-kitab, al-Quran al-Dhikir, al-Furqan, Uluhiyyah, al-

Risalah, al-Nubuwwah, Islam, Iman dan lain sebagainya

masing-masing mempunyai makna tersendiri. Maka

pentafsiran semacam ini bertentangan dengan metode

tahlili1 yang telah menjadi kesepakatan para ulama, hal

tersebut dapat dibuktikan dengan bentuk penafsiran lafaz

seperti berikut:

1Metode tafsir analitik terdapat 2 kategori tafsir dalam bentuk ini iaitu tafsir bi al-Ma’thur dan tafsir bi al-Ra’y. Analitik bermaksudmenjelaskan kandungan ayat-ayat AlQur’an dari seluruh aspeknya.

20

Page 21: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

            

Kata ه ي� ي��ب� ف�� ه ditafsirkan oleh ulama tafsir dengan لا ر ي� ك�ّ ف�� , لا ش ��sekiranya kata Rayba tidak sama maknanya dengan kata

Syak maka penafsiran tersebut sebuah kesilapan, begitu

juga seperti pentafsiran dalam ayat berikut:

           

Kata al-Zulm pada ayat diatas ditafsirkan dengan al-

Syirk, tafsiran tersebut daripada penjelasan Nabi s.a.w

yang merujuk kepada ayat dalam surah Luqman, oleh sebab

itu dengan penafian kepada sinonim dapat menafikan

bentuk-bentuk tafsir yang telah dipraktekkan oleh nabi

dan para sahabat dalam memahami al-Quran.

2.      Penafian Terhadap Asbab al-Nuzul al-Quran

Al-Inzal adalah proses pemindahan maklumat yang diluar

jangkauan akal manusia dari sesuatu yang abstrak menjadi

dapat dipahami oleh manusia. Sedangkan al-Tanzil adalah

proses pemindahan objek secara bentuk yang berlangsung

diluar kesadaran manusia  seperti transformasi gelombang

satelit. Kemudian Muhammad Syahrur menjelaskan mengenai

proses penurunan al-Quran dengan tiga istilah; al-Ja`l,

al-Inzal dan al-Tanzil. Al-Ja`l adalah pengubahan wujud

dari bentuk yang ringkas/tidak nyata kepada bentuk yang

dapat dipahami oleh manusia secara relative, ini

bermakna al-quran mengalami perubahan struktur

21

Page 22: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

eksistensi (Taghyir fi al-Sairurah), Ia mencontohkan konsep al-

Inzal dan al-Tanzil dengan tayangan TV yang menyiarkan

pertandingan bola sepak secara langsung dari satu tempat

kemudian dilihat oleh penonton yang berada di tempat

yang lain. (Ilyas Ibrahim. Tth)

3.      Kemukjizatan al-Quran

Muhammad Syahrur berpendapat bahawa al-Quran mempunyai

dua sisi kemukjizatan sastera dan ilmiah. Beliau

menggunakan pendekatan deskriptif dan gramatis untuk

kajian sastera al-Quran dan pendekatan histori untuk

kajian ilmiah.

4.      Dialektik dan pengetahuan dalam al-Quran

Menurut Nashr Hamid Abu Zayd dalam bukunya,

“Hermeneutika Inklusif”, permasalahan dasar yang

diteliti hermeneutika adalah masalah penafsiran teks

secara umum, sama ada berupa teks historis mahupun teks

keagamaan. Oleh kerananya, yang ingin dipecahkan

merupakan persoalan yang sedemikian banyak lagi kompleks

yang terjalin di sekitar watak dasar teks dan

hubungannya dengan al-Turath di satu sisi, serta

hubungan teks di sisi lain.

Yang terpenting di antara sekian banyak persoalan di

atas adalah bahawa hermeneutika mengkonsentrasikan diri

pada hubungan mufassir dengan teks. Ia berpendapat

bahawa al-Quran adalah teks yang berupa bahasa (nasshun

lughawiyyun). Peradaban Arab Islam tidak mungkin

22

Page 23: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

melupakan sentralisasi teks. Menurutnya, prinsip-

prinsip, ilmu-ilmu dan juga kebudayaan Arab Islam itu

tumbuh dan berdiri di atas teks. Namun demikian, teks

tidak akan dapat berkesan kalau tidak ada campur tangan

manusia. Ertinya, teks tidak akan mampu mengembangkan

peradaban dan keilmuan Arab Islam apabila tidak

mendapatkan sentuhan dari pemikiran manusia. Dalam

pandangan demikian, dengan kata lain agama sebagai teks

tidak akan berfungsi apabila keberadaanya tidak

dipikirkan manusia. Kerananya, ia berpendapat bahawa

perkembangan Islam itu sangat tergantung kepada relasi

dialektis antara manusia dengan dimensi realitasnya pada

satu sisi, dan teks pada sisi yang lainnya. Di sini

jelas terlihat Nashr Hamid Abu Zayd menganggap Islam dan

al-Quran masih harus terus didialektikkan dan harus

mengikuti perubahan zaman, bukan hanya dalam tataran

praktis, namun juga dalam tataran konsep, termasuk

konsep mengenai metode tafsir. Oleh kerana itu kaum

Ahlussunnah menyusun sumber-sumber utama pentafsiran al-

Quran pada empat hal: penjelasan Rasulullah, sahabat,

tabi’in, dan terakhir yaitu tafsir bahasa.

TOKOH YANG MENOLAK TAFSIR HERMENEUTIKA

Terdapat di kalangan ilmuan yang menolak idea-idea yang disusun

Muhammad Syahrur di dalam bukunya (Qiraah Mu`ashirah, diantaranya: Prof. Dr. Muhammad Sa`id Ramadhan al-Buti dalam

majalah Nahj Islam, bertajuk al-Khalfiyat al-Yahudiyyah li Siar Qiraah

Mu`ashirah, (Disember 1990), Dr. Syauqi Abu Khalil dalam

23

Page 24: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

tulisannya bertajuk Taqatu`at Khatirah fi Darb al-Qiraah al-Mu`ashirah,dalam majalah Nahj Islam (maret 1991). Seluruh umat Islam

sepakat bahawa lafaz al-Qur an adalah dari Allah SWT. Setelah’kesepakatan ini, maka tugas umat Islam dan para ulamanya

selanjutnya adalah menafsirkannya apabila ada ayat-ayat yang

perlu diperhalusi lagi. Prof. Naquib al-Attas, misalnya,

pernah mengatakan:

“Indeed, it was because of scientific nature of the

structure of the language that the first science

among the Muslims – the science of exegesis and

commentary (tafsir) became possible and actualized;

and the kind of exegesis and commentary not quite

identical with Greek hermeneutics, nor indeed with

the hermeneutics of the Christians, nor with any

‘science’ of interpretation of sacred scripture of

any other culture and civilization”. (Ugi

Suharto.2008)

Sesungguhnya, ia adalah kerana sifat saintifik struktur bahasa yang sains

yang pertama di kalangan umat Islam - sains tafsiran dan ulasan (tafsir)

menjadi mungkin dan direalisasikan; dan jenis tafsiran dan ulasan tidak

cukup serupa dengan hermeneutics Yunani, Tiada juga dengan

hermeneutics orang-orang Kristian, dan tidak juga dengan mana-mana

'sains' tafsiran kitab suci mana-mana budaya dan tamadun lain.

HUJAH PENOLAKAN HERMENEUTIKA

24

Page 25: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Pertama, hermeneutika menganggap semua teks adalah sama,

semuanya merupakan karya manusia. Tanggapan ini lahir

dari kekecewaan mereka terhadap Bible. Teks yang semula

dianggap suci itu diragukan keasliannya. Campur tangan

manusia dalam Perjanjian Lama (Torah) dan Perjanjian

Baru (Gospels) didapati jauh lebih banyak menyeleweng

apa yang sebenarnya diwahyukan Allah kepada Nabi Musa

a.s dan Nabi Isa a.s. Bila diterapkan pada al-Quran,

hermeneutika akan menolak status al-Quran sebagai

Kalamullah, memperlekeh kebenarannya, dan menggugat ke-

mutawatir-an mushaf Usmani. (Syamsuddin Arif. 2008)

Kedua, hermeneutika menganggap setiap teks sebagai

‘hasil sejarah’ iaitu sebuah andaian yang sangat tepat

dalam kitab Bible, mengingat sejarahnya yang amat

bermasalah. Hal ini tidak berlaku kepada al-Quran, yang

kebenarannya

melintasi setiap ruang dan waktu (trans-historical) dan pesan-

pesannya

ditujukan kepada seluruh umat manusia (hudan li-n naas).

Ketiga, pengamal hermeneutika dituntut untuk

bersikap skeptis, selalu

meragukan kebenaran dari manapun datangnya, dan terus

terperangkap dalam apa

yang disebut sebagai ‘lingkaran hermeneutik’, dimana

maknanya sentiasa

berubah. Hal ini hanya sesuai untuk kitab Bibel, yang

telah mengalami

pergantian bahasa (dari Hebrew dan Syriac ke Greek, lalu25

Page 26: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Latin) dan menjadi

banyak perubahan serta kesalahan redaksi (textual corruption

and scribal

errors). Tetapi tidak pada al-Quran yang jelas kesahihan

proses

penjagaanya dari zaman ke zaman.

Keempat, hermeneutika menghendaki pelakunya untuk

mengikut relativisme

epistemologi. Iaitu tidak ada tafsir yang mutlak,

semuanya relatif. Yang

benar menurut seseorang, boleh jadi salah menurut orang

lain. Kebenaran

terikat dan bergantung pada konteks (zaman dan tempat)

tertentu. Selain

mengaburkan dan menolak kebenaran, faham ini juga akan

melahirkan

mufassir-mufassir palsu dan pemikir-pemikir yang tidak

terkendali (liar).

Hermeneutika al-Quran seperti yang diuraikan di atas

wajib ditolak berdasarkan beberapa alasan berikut :

1. Hermeneutika asal-usulnya dari tradisi orang Kafir.

Ianya bukan berasal dari tradisi keilmuan Islam,

melainkan dari tradisi keilmuan kafir, iaitu kaum

Yahudi dan Kristian, yang digunakan sebagai metode

untuk menafsirkan kitab agama mereka (Bible). Allah

SWT berfirman:

26

Page 27: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

yang bermaksud : “ Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu maka

terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.”

(Al-Hasyr: 7)

Pemahaman terbalik ayat itu, adalah “apa yang

diberikan selain Rasul kepadamu, maka janganlah kamu

terima dia.” (Taqiyuddin an-Nabhani, Asy-Syakhshiyah Al-

Islamiyah, Juz III (Ushul Al-Fiqh), Bab Madzhab Ash-Shahabi). Maka

jelaslah bahawa hermeneutika yang tidak datang dari

Rasul, haram hukumnya diterima oleh umat Islam.

Diriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab r.a pernah

memegang selembar Taurat. Nabi SAW melihatnya lalu

bersabda; “Tidakkah aku telah mendatangkan sesuatu yang

terang benderang bagimu, yang tidak tercemar dan tidak

rosak. Andaikata Musa saudaraku menjumpaiku, nescaya dia

tidak boleh berbuat apa-apa selain mengikuti aku."

(Taqiyuddin an-Nabhani, Mafahim Hizb Al-Tahrir).

Jika lembaran-lembaran Taurat ditolak oleh Islam,

maka lebih-lebih lagi metodologi tafsirnya mengikut

metode hermeneutika. Namun sebagai catatan, Islam

membolehkan kita mengambil sesuatu dari orang kafir

selama tidak dipenuhi pandangan hidup asing (value-free),

seperti sains dan teknologi. Di sinilah makna sabda Nabi

SAW : “Kamu lebih tahu urusan-urusan duniamu.” (HR

Muslim).

27

Page 28: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Segala idea atau benda yang mengandungi pandangan

hidup asing (value-bond/ value-laden), seperti hermeneutika,

Islam tidak dapat menerimanya. Hermeneutika bukan

termasuk sains dan teknologi yang bersifat universal,

melainkan termasuk dalam peradaban (al-hadharah) yang sarat

dengan nilai-nilai kehidupan kufur yang bertentangan

dengan Islam.

2. Hermeneutika tidak sesuai untuk menafsirkan al-Quran.

Hermeneutika dapat diumpamakan tongkat untuk orang buta

(cacat) bagi memahami Bible. Itu memang baik dan sudah

seharusnya demikian. Contoh, dalam Mazmur (Pasal) 93

ayat 1 tertulis, “Yea, the world is established, it shall never be

moved.” Ayat ini menerangkan bumi tidak bergerak, yakni

sebagai pusat utama suria. Ayat ini secara literal

bertentangan dengan temuan Copernicus dan Galileo yang

menteorikan matahari sebagai pusat tata suria. Di

sinilah hermeneutika diperlukan untuk menafsirkan ayat

tadi secara kiasan, bukan dalam makna literalnya yang

jelas akan menimbulkan kekacauan pemahaman atau bahkan

kegoncangan iman penganut Kristian. Jadi, hermeneutika

mungkin memang sesuai untuk Bible. Al-Quran tidak

memerlukan hermeneutika. Kerana Al-Quran masih terjaga

keasliaannya, dan tidak mengalami masalah-masalah

seperti yang dialami Bible. Allah SWT berfirman:

Bermaksud: “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quran dan

sesungghnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr : 9)

28

Page 29: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Menurut Prof. Wan Mohd. Nur Wan Daud, hermeneutika

teks-teks agama Barat bermula dari masalah-masalah

besar, iaitu : (1) ketidakyakinan tentang kesahihan

teks-teks tersebut oleh para ahli dalam bidang itu sejak

awal kerana tidak adanya bukti material teks-teks yang

paling awal, (2) tidak adanya laporan-laporan tentang

tafsiran yang dapat diterima umum, iaitu ketiadaan

tradisi mutawatir dan ijma’, (3) tidak adanya sekelompok

manusia yang menghafal teks-teks yang telah hilang itu.

Ketiga masalah besar yang dialami Bible ini, tidak

dialami oleh al-Quran . Yang mengerikan adalah, ada

sebagian pemikir liberal yang kemudian mencoba

membuktikan bahwa Al-Qur`an juga bermasalah, sebagaimana

Bible. Tujuannya supaya penggunaan hermeneutika

menemukan alasannya yang rasional. Mereka menggugat teks

al-Quran yang disebut-sebut sebagai hasil dari rekaan

Quraisy, yang katanya bermotifkan politik belaka. Jelas

ini sikap taqlid yang berbahaya. (Wan Mohd Nor Wan Daud.

2003)

3. Hermeneutika semakin menguatkan sekularisme dalam

penggunaannya untuk menafsirkan al-Quran, yang

seharusnya dihancurkan umat Islam, iaitu idealogi

sekularisme-liberalisme di Dunia Islam. Misalnay seperti

mengharamkan poligami, menyamakan bahagian waris lelaki

dan perempuan, menghalalkan perkawinan dalam waktu

tertentu iaitu membolehkan kahwin kontrak, menghalalkan

perkawinan antara agama secara bebas dan sebagainya.

Perkara ini lahir kerana metodologi yang digunakan untuk

29

Page 30: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

memahami al-Quran adalah hermeneutika. Dengan

hermeneutika, ayat-ayat al-Quran ditundukkan pada

prinsip yang merupakan idea sekularisme.

Menurut para penggagas CLD KHI, idea yang menjadi

paradigma perkara itu adalah : (1) kesetaraan gender, (2)

pluralisme, (3) hak asasi manusia, dan (4) demokrasi. Dari sini

jelaslah pengaruh hermeneutika dalam memperlakukan ayat al-

Quran di satu sisi, dengan ideologi Barat di sisi lain. Tujuan

hermeneutika tidak lain dan tidak bukan adalah menyesuaikan al-

Quran dengan ideologi Barat, atau menggunakan ideologi Barat

dalam reality kini. Perkara inilah yang sering mereka sebut sebagai

kontekstualisasi al-Quran untuk menyesatkan umat Islam. Hasil“ ”akhir dari aplikasi hermeneutika terhadap al-Quran adalah bukan

untuk kepentingan umat Islam apalagi untuk meninggikan agama

Islam. Hasil akhirnya adalah untuk menyesatkan umat Islam,

menghancurkan agama Islam, dan mengokohkan dominasi

sekularisme di Dunia Islam.

ANALISIS

Setelah huraian mengenai hermeneutika dan tafsir dari segi

sejarah dan metode yang digunakan, beberapa kesimpulan dapat

dibuat, antaranya:

1. Jika dilihat dari faktor munculnya hermeneutika, idea 

untuk menerapkan hermeneutika muncul kerana desakan

rasionalisasi yang dipelopori oleh falsafah Yunani waktu itu.

Syair Homer yang dianggap mengandung pesan Ilahi, di mata para

ahli falsafah lebih dekat pada mitos daripada kenyataan. Hal

yang sama terjadi pada kitab suci umat Yahudi dan Kristian,

Bibel. Masalah yang mereka hadapi iaitu hingga kini, tidak

seorangpun yang dapat memastikan siapa penulis Bibel yang 30

Page 31: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

sebenarnya. Malah, naskah Bibel yang asal belum ditemukan

hingga hari ini. Di sisilain, pengaruh falsafah yang semakin

menguat menjadikan teks Bibel berubah-rubah. Maka adalah

bahawa dalam penulisan Bibel, unsure kemanusiaan para penulis

masih terlibat. Bibel bukan seratus peratus dari Tuhan. Maka

wajar apabila terdapat kesalahan antara satu versi Bibel dengan

lainnya. Oleh itu, segala perbezaan yang terjadi antara satu

versi Bibel dengan yang lainnya berpangkal dari sang penulis.

Salah satunya dengan Schleiermacher menyamakan antara teks

Bibel dan teks Yunani atau Romawi kuno dan menerapkan teori

hermeneutika untuk mentafsirkan Bibel sebagai penjelasan

kekeliruaan. Kedudukan yang berbeza kita dapati dalam al-Quran.

Al-Quran tidak mengalami permasalahan dari segi sejarah, kerana

al-Quran telah dihafal oleh puluhan sahabat di bawah bimbingan

Rasulullah Saw. Selain itu al-Quran telah ditulis sejak

turunnya dan dijaga dengan baik di masa khalifah ‘Utsmân ra

Manakal dsri segi pewahyuan, al-Quran sendiri telah menjelaskan

bahwa Nabi SAW dalam proses pewahyuan adalah hanya menerima

wahyu tanpa merubah redaksinya sedikit pun.

2. Hermeneutika dalam hal ini adalah teori penafsiran yang

hanya dapat digunakan terhadap teks-teks yang manusiawi. Hal

ini keran tidak mungkin kita menyelidiki kehendak Tuhan sesuai

dengan konsep Schleiermacher misalkan. Atau menelusuri komponen

sejarah yang mempengaruhi Tuhan, seperti teori Dilthey. Sedang

konsep al-Quran, wahyu dan sejarahnya membuktikan kebenaran

bahawa al-Quran lafzhan wa ma‘nan dari Allah Swt. Kesimpulannya,

konsep Hermeneutika tidak dapat diterapkan pada al-Quran.

31

Page 32: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Kerana konsep ini bertujuan untuk mengurangi nilai ilahiah

dalam al-Quran dan menegaskan bahawa unsur-unsur manusiawi

telah tercampur di dalamnya. Nasr Hamid Abu Zayd misalkan, ia

menyatakan bahawa al-Quran adalah hasil budaya (muntaj tsaqafi ).

Al-Quran kerana menggunakan bahasa Arab yang tidak biasa

digunakan manusia lain, maka ia telah menjadi teks bahasa. Teks

ini telah melalui proses panjang berdialog dengan budaya dan

masyarakat. Hubungan antara teks dan masyarakat merupakan

hubungan timbal balik (al-tasyakkul wa al-tasykîl, istilah Nasr Hamid), dimana

kenyataan membentuk teks dan teks kembali pada masyarakat

dengan pandangan baru akan membawa maksud yang pelbagai:

a. Al-Quran bukanlah teks Arab biasa dan tidak dilahirkan

oleh budaya. Hal ini sejalan dengan kesukaran para sahabat

sendiri untuk memahami beberapa kosakata al-Quran. Selain itu,

gaya bahasa al-Quran benar-benar khas, tidak dikenali bangsa

Arab sebelumnya. Sebaliknya, al-Quran merubah konsep-konsep

jahiliyah seperti kemuliaan, dan memaknakan kosakata Arab

dengan maksud yang baru, seperti solat dansebagainya.

b. Pandangan Nasr Hamid bahawa al-Quran terhasil daripada

budaya sekaligus melalui proses al-tasyakkul wa al-tasyill adalah

racun. Ia menggabungkan dua hal yang saling bertentangan.

Idea Nasr Hamid berdasar peradaban Islam terbangun berpaksi

pada teks al-Quran. Namun bukan teks itu sendiri yang membuat

peradaban, budaya dan ilmu, akan tetapi proses dialog antara

manusia, realiti dan teks. Penggunaan teori dialektik

materialis ini mengandungi kaitan bertolak dari makna kosakata

32

Page 33: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Bahasa Arab. Al-Quran dan sunnah berbahasa Arab. Tafsir bi al-

ra’yi disyaratkan untuk tidak menafikan dan menyimpang jauh

dari maksud yang sebenarnya. Takwil yang dilakukan para ulama

harus dengan alasan yang menyebabkan sebuah kata tidak dapat

diertikan dengan makna aslinya. Dengan nas sebagai titik tolak,

al-Quran terhindar dari penafsiran-penafsiran yang menyimpang.

Sedangkan dalam hermeneutika, interpretasi sebuah teks saling

berbeza menimbang unsur yang terlibat dalam penafsiran.

Perbezaan tempat, waktu dapat menyebabkan perbezaan makna.

Belum lagi perbezaan pengetahuan antara penafsir satu dengan

lainnya mengenai sejarah teks, psikologi pengarang dan sejauh

mana kedua factor tersebut mempengaruhi pemikiran pengarang

dalam teks. Seterusnya factor tersebut menjadikan hermeneutika

lebih bernilai relatif.

Jika dibandingkan antara tafsir dan hermeneutika, ta

fsir lebih mempunyai kedudukan tradisi yang kuat. Sumber

primer tafsir dalam Islam adalah al-Quran, Rasulullah SAW dan

sahabat. Tafsir yang berasal dari ketiga sumber tersebut

disambung melalui jalur riwayat yang jelas. Rasulullah SAW

menjelaskan erti ayat dengan petunjuk yang diberikan oleh Allah

SWT kepada para sahabat. Kemudian para sahabat mendirikan

madrasah-madrasah tafsir sebagai wadah untuk meneruskan rantai

riwayat kepada tabi’in. Selepas masa tabi’in, muncul usaha

untuk memperkembangkan tafsir diikuti dengan penetapan syarat-

syarat mufassir.

33

Page 34: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

PENUTUP

Setelah perbandingan-perbandingan tersebut, di penghujung

makalah ini, kami menyimpulkan bahawa hermeneutika mempunyai

latar belakang dan metode yang berbeza bahkan cenderung

bertentangan dengan sifat al-Quran, tafsir, serta pandangan

hidup Islam. Oleh kerana itu, hermeneutika tidak dapat

diterapkan sebagai metode tafsir al-Quran.

Penerapan metodologi hermeneutika untuk al-Quran

perlu ditolak, kerana hermeneutika berasal dari

pandangan hidup kufur, tidak sesuai untuk menafsirkan

al-Quran, dan akan membawa kepada pengaruh sekularisme

yang bersalahan dengan budaya Islam. Oleh yang demikian,

kita semua wajib berwaspada, kerana orang-orang yang

mempropagandakan dan menyebarkan metode hermeneutika ini

bukan sahaja orang kafir, melainkan orang-orang yang di

tengah-tengah kita, yang mengikuti orang-orang kafir

itu.

34

Page 35: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Oleh itu, kita perlu menggunakan nikmat dikurniakan

akal fikiran untuk berfikir sebaiknya. Jika tidak,

manusia hidup mengikuti pola, standar, atau perilaku

seperti binatang. Namun, itu boleh terjadi, jika ada di

antara umat Islam ini yang mengikuti cara orang kafir,

termasuk menggunakan metode hermeneutika untuk

menafsirkan al-Quran. Akhirnya bukan kemuliaan, tapi

malah kenistaan. 

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Adian Husaini & Abdurrahman Albaghdadi. 2007. Hermeneutika

Dan Tafsir Al Quran. Jakarta. : Gema Insani

Ahmad Isnaeni. t.t. Pro Kontra Hermeneutika Al-Qur’an. Artikel

Indonesia.

Encyclopedia Britanica.2014.www.britannica.com

35

Page 36: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Fakhruddin Faiz. 2002. Hermeneutika Qur’ani : Antara Tek,Konteks

Dan Kontekstual.Yogyakarta : Qalam.

Fazlur Rahman.1998. Islam and Modernity: Transformation of an Intelectual Tradition. Chicago London: The University of Chicago Press.

Ilyas Ibrahim. Tth. Isu-isu Kontemporari Dalam Pengajian al-Quran :

Permasalahan Hermeneutika dalam Tafsir al-Quran.

Jurnal Hadhari UKM.

2013.http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/V5n12013/makalah

03.pdfMazlan Ibrahim & Achmad Yaman.2010. Penyelewengan

Tafsir Alquran : Kritikan Terhadap Buku Fiqih Lintas Agama.Bangi :

Fakulti Pengajian Islam,Universti Kebangsaan Malaysia.

Munir Ba’albaki. 2009. al-Maurid al-Hadis : Qamus ingiliziy – ‘arabi:

Dar al- ilm li al-Malayin.

Link ilyas Ibrahim :

(http://arifinmalay.blogspot.com/2011/12/permasalahan-hermeneutika-

dalam-tafsir.html)

Mohd. Khuailid. 2009. Filsafat Hermeneutika: Studi Tentang Filsafat

Bahasa Dan Para Tokohnya. Artikel Indonesia: Program

Pascasarjana Stain Cirebon.

Muhammad Syahrur. 1990. Al-Khitab wa al-Quran Qiraah Mu`asarah.

Damsyiq: al-`Ahali.

Nasr Hamid Abu Zayd. 2003. Al-Quran Hermeneutika dan Kekuasaan,

Dede Iswadi A. Rohman dan Ali Mursyid(terj.), Bandung:

RQis (Risearch for Quranic Studies)

36

Page 37: Manhaj Hermeneutika dalam mentafsir al quran

Sahiron Syamsuddin. 2003. Hermeneutika Al-Quran Mazhab

Yogya.Yogyakarta.Islamika.

Syamsuddin Arif. 2008. Orientalis & Diabolisme Pemikiran-Bab

Hermenutika dan Tafsir Al-Qur’an. Jakarta : Gema Insani Press.

Ugi Suharto.2007. Pemikiran Islam Liberal Pembahasan Isu-Isu

Sentral.Selangor : Dewan Pustaka Fajar.

Wan Mohd Nor Wan Daud. 2003. Filsafat Praktik Pendidikan Syed

M.Naquib Al-Attas. diterjemahkan dari The Educational

Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib Al-

Attas. Bandung: Mizan.

37