KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA CAWANGAN AUDIT DALAM ARAS 5, BLOK E6, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62590 PUTRAJAYA MALAYSIA Telefon: 03-88832162 Faks : 03-88832198 Laman Web : http://audit.moh.gov.my m Ruj. Kami : ( 36 )dlm.KKM192101l31l37 Jld.5 Tarikh : 28 Oktober 2014 SEPERTI SENARAI EDARAN Tuan, PENGURUSAN ASET, AKAUN BELUM BAYAR DAN AKAUN BELUM TERIMA KE ARAH PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN: ISU-ISU BERBANGKIT SEMASA PENGAUDITAN OLEH CAWANGAN AUDIT DALAM Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Cawangan Audit Dalam (CAD) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan pengauditan terhadap pengurusan aset, akaun belum bayar dan akaun belum terima di beberapa Jabatan Kesihatan Negeri (JKN/ Pusat Tanggungjawab (PTJ) tertentu selaras dengan pelaksanaan perakaunan akruan oleh Kerajaan Persekutuan. Daripada pengauditan tersebut, pihak CAD telah mengenalpasti beberapa kelemahan/isu yang perlu diberi perhatian serius dan ditangani oleh JKN/PTJ supaya maklumat dan data yang dikemukakan oleh JKN/PTJ kepada lbu Pejabat KKM adalah betul dan tepat. 3. Sepertimana tuan sedia maklum, pihak CAD telah membentangkan perkara tersebut di Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) dan YBhg Datuk Ketua Setiausaha KKM selaku Pengerusi Mesyuarat JKA telah mengarahkan CAD memaklumkan Pengarah JKN berkenaan kelemahan/isu tersebut supaya tindakan penambahbaikan yang menyeluruh dapat diambil oleh semua Jabatan dan PTJ di bawah seliaan tuan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut: 3.1 ASET TAK ALIH 3.1.1 Pemantauan berterusan terhadap pelaksanaan penilaian aset tak alih oleh Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH); 3.1.2 Perbezaan nombor Hak Milik Tanah dan nombor lot di antara rekod JPPH dan rekod Jabatan; 3.1.3 Perbezaan senarai aset tak alih di antara Daftar Premis ASeUSPATA, senarai Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG), JPPH dan senarai Jabatan; 3.1.4 Hak milik tanah sebenar untuk tanah yang didirikan bangunan Jabatan/KKM; dan 3.1 .5 Tanah atau premis yang kosong dan terbiar.